2. DINAR EMAS
– Dinar emas merupakan mata wang berasaskan emas yang dicadangkan digunakan di seluruh dunia
terutama di negara-negara Islam.
– Istilah ini dipilih kerana berteraskan mata wang Islam yang pernah digunakan di negara Madinah al-
Munawwarah pada zaman Nabi Muhammad lagi, iaitu dinar. Dinar emas telah diperluaskan lagi
pada zaman Khulafa Al Rasyidin yang tersebar dari Afrika Utara, Andalusia hinggalah
ke Bukhara, Delhi dan Asia Tenggara kemudiannya.
– Dinar emas disasarkan kepada negara-negara Islam yang menyertai OIC. Dinar emas diharap
menjadi mekanisme pasaran global yang dapat mengatasi masalah penyangak mata wang yang
berleluasa di setiap pasaran saham. Republik Turki yang diketuai Mustafa Kamal Ataturk telah
membatalkan penggunaan dinar emas sebagai mata wang dan menukarnya dengan syiling dari
barat pada 1924.
3. PENGGUNAAN DINAR EMAS
ZAMAN MODEN
– Dr Mahathir bin Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia telah
melihat kebaikan dinar emas untuk digunakan sebagai wang seragam dan sama
nilai sejak 2003 lagi. Tetapi pada ketika gagasan ini agak baru, di pandang remeh
dan dilihat sebagai saingan dan meniru euro dolar di Eropah.
– Dinar emas dijadikan mata wang sandaran terbaik bagi negara-negara Islam
kerana mampu menjadi pengukur prestasi pertumbuhan ekonomi.
– Pada 2003 Bank Negara Malaysia telah memperkenalkan wang emas yang
dikilang oleh The Royal Mint.
– 20 September 2006 Kerajaan Negeri Kelantan telah menjual kepingan-kepingan
dinar yang dibuat daripada emas tulen 22 karat (4.25 gram).
4. PANDANGAN MENGENAI
PENGGUNAANNYA DALAM DUNIA
MODEN
– Pada pendapat saya, zaman sekarang banyak berlaku penyelewengan emas dan
dinar yang mana ada pihak yeng menghasilkan emas secara tiruan dan
sebagainya menyebabkan segelintir masyarakat tidak mahu terlibat dengan
aktiviti mengumpul atau menukar dinar emas ini.
– Jika dipandang dari sudut positif pula, nilai dinar emas pada masa kini semakin
meningkat dan ia boleh menjamin masa depan ekonomi kita yang belum tentu
stabil pada masa akan datang.
– Penggunaan dinar emas ini hendaklah digunakan dalam keadaan tertentu
sahaja kerana ia hanya sesuai dalam sesuatu perkara sahaja walaupun nilainya
tinggi.
5. DI ANTARA KEGUNAAN
DINAR EMAS IALAH :
– 1) Boleh disimpan sebagai pelaburan dan simpanan.
– 2) Boleh digunakan untuk membayar zakat.
– 3) Boleh digunakan sebagai Mas Kahwin.
– 4) Boleh diberikan sebagai hadiah/cenderamata.
– 5) Boleh digunakan untuk aktiviti jual beli.
SEKIAN, TERIMA KASIH..