SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
Download to read offline
See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/346672272
Kajian Analisis Keperluan Program Diploma Pengurusan Perhidmatan
Makanan di Politeknik Tawau, Sabah
Research · December 2020
DOI: 10.13140/RG.2.2.19421.44001
CITATIONS
0
READS
743
9 authors, including:
Nor Asyikeen Mohammad Amrin
Polytechnic Kota Kinabalu
1 PUBLICATION   0 CITATIONS   
SEE PROFILE
All content following this page was uploaded by Nor Asyikeen Mohammad Amrin on 07 December 2020.
The user has requested enhancement of the downloaded file.
Kajian Analisis Keperluan Program Diploma Pengurusan Perhidmatan Makanan di
Politeknik Tawau, Sabah
Nor Asyikeen Binti Mohammad Amrin
Tshin Lip Vui
Abstrak
Menurut (Nuzul Akhtar, Siti Nor Afini, Suhaila dan Nor Fadilah, 2016) perkhidmatan
makanan merujuk kepada sesuatu institusi, kedai makan, restoran atau pihak-pihak tertentu
yang menawarkan khidmat penghidangan makanan dan minuman yang telah siap untuk
dipesan dan dimakan (atau minum) di premis atau diluar premis. Kajian ini dijalankan
bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar sekolah menengah terhadap penawaran bidang
pengurusan perkhidmatan makanan di Politeknik Tawau. Selain itu ia bertujuan untuk
mengkaji sejauh mana pengetahuan dan minat pelajar terhadap bidang pengurusan
perkhidmatan makanan serta kepentingan bidang ini kepada perkembangan kerjaya dan
keperluan industri di masa hadapan. Kajian ini memberi tumpuan kepada responden dari
kalangan pelajar sekolah menengah dari sekolah sekitar negeri Sabah dan juga wakil industri,
ibu bapa dan wakil setempat. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan analisis
dokumen dan temubual serta instrumen kajian yang menggunakan 5 skala likert. Data akan
dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 23 dan dilaporkan dalam bentuk
deskriptif berbentuk kekerapan, peratus dan min sahaja. Hasil dari analisis data akan
menjawab kepada persoalan kajian sekaligus memberi maklumat sekiranya bidang
pengurusan perkhidmatan makanan sesuai ditawarkan di Politeknik Tawau.
Kata Kunci: bidang pengurusan perkhidmatan makanan, persepsi pelajar, pelajar sekolah
menengah, Politeknik Tawau
Pengenalan
Politeknik merupakan institusi peneraju TVET yang berperanan melahirkan dan membekal
modal insan berdaya saing yang menepati kehendak industri. Kementerian Pengajian Tinggi
melalui Jabatan Pengajian Politeknik dan politeknik telah berusaha melaksana agenda kritikal
bagi mendukung teras Pelan Strategik Pengajian Tinggi dalam melahirkan insan yang
seimbang melalui sistem pendidikan yang mampu menggarap dan membina potensi akal,
jasmani, emosi dan rohani pelajar secara holistik. Bertepatan dengan hasrat ini, penambahan
politeknik dipertingkatkan selari dengan perubahan globalisasi masa kini dalam memenuhi
permintaan yang tinggi terhadap tenaga kerja dalam bidang berkaitan teknik dan vokasional.
Berdasarkan bajet 2017 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia,
YAB Dato’ Seri Najib Razak pada 21 Oktober 2016, sebanyak sembilan buah kampus Institut
Pendidikan Guru (IPG) akan diubahsuai untuk menjadi Politeknik dan Kolej Vokasional.
Empat buah kampus itu akan menjadi politeknik manakala empat lagi kolej vokasional dan
sebuah lagi sebagai Pusat Latihan Jurulatih Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Kapasiti pendidikan TVET akan diperkasakan dengan peruntukan RM4.6 bilion kepada
institusi-institusi TVET. Sehubungan dengan itu, pertukaran IPG Tawau ke Politeknik Tawau
dilihat akan dapat memberi lebih banyak peluang kepada pelajar lepasan SPM untuk
melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan TVET.
Bandar Tawau dikenal pasti sebagai salah sebuah daerah yang mendapat perhatian
kerajaan negeri Sabah untuk dibangunkan. Oleh itu, sebagai sebuah bandar yang akan
membangun, pendidikan TVET difikirkan amat perlu disemai dalam kalangan masyarakat
sekitar. Selaras dengan idea ini, penubuhan Politeknik Tawau dilihat sebagai satu cadangan
yang bersesuaian bagi menyediakan akses kepada program TVET yang berkualiti dan
diiktiraf. Dalam usaha merealisasikan hasrat ini, beberapa perkara penting perlu difikirkan
antarannya ialah penawaran program yang bersesuaian di Politeknik Tawau selaras dengan
perancangan kerajaan dan kesediaan industri serta kemudahan fasiliti bagi menampung
penawaran program yang dicadangkan. Pemilihan bidang yang bersesuaian juga perlu
melihat kepada implikasi pelaksanaan program tersebut sekiranya ditawarkan.
Kajian Literatur
Bab ini membincangkan tentang konsep-konsep dan teori yang mendasari kajian serta
meninjau kajian-kajian berkaitan yang ada hubungan dengan pembangunan sistem
pendidikan dan pencapaiannya. Topik-topik ini menyediakan latar belakang penting terhadap
penyataan masalah, pembentukan soalan penyelidikan, objektif kajian dan kerangka
konseptual kajian.
Untuk melahirkan modal insan kelas pertama yang mampu berdaya saing, cekap,
tahan lasak dan fleksibel apabila berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam pekerjaan, maka
penekanan aspek kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar perlu ditingkatkan (Ahmad
Anuar & Esa, 2010). Dalam dunia pekerjaan pada hari ini, kemahiran teknikal bukan sahaja
aspek tunggal yang ditekankan oleh majikan dalam menilai dan mengambil pekerja malah
kemahiran insaniah kini semakin diperlukan untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran dan
persediaan pelajar menghadapi dunia pekerjaan. Minat juga berkait rapat dengan motivasi
dalaman. Kenworthy (dalam Noraini 2008) mengatakan bahawa pembelajaran yang
berkesan wujud jika ada minat dalam kalangan pelajar dan salah satu daripada cara
menimbulkan minat pelajar ialah menerusi kaedah pengajaran dan aktiviti pembelajaran
yang menarik.
Quek (2005) pula berpendapat skop pendidikan institusi pengajian tinggi di beberapa
buah negara di Amerika, Eropah dan Asia-Pasifik termasuk Malaysia dikatakan terlalu
menekankan soal pencapaian akademik pelajar dan kurikulum yang tidak menepati keperluan
kerjaya dan kursus-kursus yang ditawarkan kurang memberi penekanan terhadap aspek
latihan yang dapat memenuhi keperluan pekerjaan. Soo Wee Leng dan Juma‘ayah (1997)
mendapati kurikulum yang ditawarkan oleh institusi vokasional tidak mengikut permintaan
pasaran industri yang mengakibatkan kemahiran lepasan vokasional tidak memenuhi
keperluan pihak industri. Ini bermakna institusi pendidikan vokasional tidak menjurus kepada
pasaran kerja. Maka timbul masalah di kalangan pelajar-pelajar yang tidak dapat
mengaplikasikan apa yang dipelajari dengan keperluan pekerjaannya dan tidak dapat
menyesuaikan diri di alam pekerjaan baru. Oleh yang demikian program WBL diwujudkan
bagi memenuhi kurikulum yang memenuhi keperluan kerjaya dan pihak industri.
Politeknik Malaysia juga mempunyai kerangka Body of Knowledge (BOK) untuk
setiap program yang ditawarkan. Ia adalah set lengkap yang mengandungi konsep, terma dan
aktiviti yang membentuk satu domain profesional, seperti yang ditakrifkan oleh masyarakat
berpendidikan ataupun badan dan persatuan professional. Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
merupakan badan tertinggi di Malaysia yang berperanan untuk melaksanakan Kerangka
Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) sebagai landasan sistem
jaminan kualiti pengajian tinggi dan titik rujukan kriteria dan standard kelayakan kebangsaan.
MQA berperanan sebagai badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan
akreditasi pendidikan tinggi negara. Bagi bidang pengurusan perkhidmatan makanan, bidang
ini merupakan salah satu disiplin dalam sektor hospitaliti dan pelancongan. Ini boleh dirujuk
pada rajah 2.1 teras utama program pengajian.
Rajah 2.1: Teras Utama Program Pengajian
Gunatenaga dan kadar pengangguran semasa merupakan dua indikator penting
berhubung dengan penawaran sesebuah program di politeknik. Kajian ini cuba
mengetengahkan isu-isu sedemikian agar ia boleh dijadikan panduan yang lebih tepat dalam
membuat keputusan. Lokasi penubuhan politeknik juga merupakan salah satu faktor penting
yang perlu dipertimbangkan. Ini kerana pembangunan setempat dan permintaan pasaran sedia
ada menentukan maju mundur sesuatu projek itu.
Metodologi
Bab ini menghuraikan tentang metodologi kajian yang merangkumi aspek-aspek seperti
rekabentuk kajian, populasi kajian, sampel kajian, instrumen kajian, kajian rintis dan aspek
kesahan dan kebolehpercayaan. Ia turut membincangkan cara penganalisisan data kajian yang
berbeza iaitu kajian kualitatif dan kajian kuantitatif yang digunakan untuk menjawab soalan
kajian dan mencapai objektif kajian
Kajian keperluan ke atas program ini dilakukan melalui dua (2) sumber penyelidikan
data primer dan sekunder. Dalam bab ini juga diperbincangkan tentang kaedah-kaedah yang
digunapakai untuk menjalankan kajian iaitu melibatkan proses pengumpulan data dan analisa
awal. Seperti penyataan diatas, kaji selidik ini dijalankan dengan menggunakan dua kaedah
iaitu melaui soalan kaji selidik dan temu bual berdasarkan objektif kajian. Responden kajian
ini terdiri dari 437 orang pelajar sekolah menengah sekitar Sabah dan 50 responden mewakili
industri, wakil setempat dan penjaga.
Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah reka bentuk Penumpuan
Selari. Reka bentuk penumpuan selari ini menggunakan kaedah kajian kualitatif dan
kuantitatif secara serentak.
Populasi kajian ini adalah terdiri dari pelajar-pelajar tingkatan lima di seluruh Sabah.
Sejumlah 12 buah bilangan sekolah yang terlibat dalam pengumpulan data yang meliputi
sekolah di seluruh Sabah. Pemilihan tersebut adalah untuk melihat sambutan masyarakat
Sabah terhadap penawaran program Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tawau.
Setelah menentukan populasi kajian, langkah seterusnya ialah untuk menentukan kaedah
pensampelan. Dalam kajian ini, kaedah pensampelan rawak berstrata dipilih. Untuk
memastikan bilangan sampel guru dan pelajar adalah mencukupi, saiz sampel kajian
ditentukan menggunakan persampelan rawak berstrata mengikut saiz populasi dengan
bantuan jadual Kerjie dan Morgan (1970).
Terdapat dua jenis instrumen yang digunakan di dalam kajian ini iaitu kajian
kuantitatif berbentuk pengedaran borang soal selidik dan kajian kualitatif berbentuk protokol
temu bual kumpulan sasaran. Alat pengukur untuk menjawab soalan kajian bagi kaedah
kuantitatif adalah dengan menggunakan borang soal selidik. Jawapan kepada soalan dalam
borang soal selidik ini menjurus kepada soalan-soalan berkenaan dengan penawaran program
di Politeknik Tawau. Kaedah soal selidik digunakan bertujuan untuk mendapatkan maklumat
dengan cara menyoal responden melalui soalan-soalan yang dikemukakan di dalam borang
soal selidik. Menurut Creswell dan Plano (2011), soalan kajian kuantitatif dan hipotesis
mendalami isu kajian melalui soalan-soalan kajian yang dipersembahkan dalam bentuk
borang soal selidik untuk melihat kaitan antara pemboleh ubah atau hipotesis. Philips (1971)
menyatakan bahawa pengumpulan maklumat daripada sampel rawak melalui soal selidik
merupakan kaedah yang paling berkesan serta mudah bagi memperolehi data yang piawai.
Dalam kajian ini, borang soal selidik dibahagikan kepada dua set. Set pertama untuk dijawab
oleh wakil industri, ibu bapa dan wakil setempat manakala set kedua dijawab oleh pelajar.
Kedua-dua borang soal selidik menggunakan skala jenis likert untuk mengukur skor item-
item bagi setiap soalan yang dikemukakan.bagi instrument kajian kualitatif, temu bual
kumpulan sasaran telah dilaksanakan. Instrumen berbentuk protokol digunakan untuk tujuan
ini. Kaedah ini digunakan bagi membolehkan pengkaji mendapat pandangan kumpulan
sasaran mengenai penerimaan penduduk Sabah terhadap penawaran program Diploma
Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tawau. Temu bual melibatkan pegawai-
pegawai dari jabatan-jabatan kerajaan dan swasta serta sekolah-sekolah yang dipilih. Melalui
temu bual ini pengkaji percaya maklumat yang diperoleh adalah lebih telus kerana soalan
dijawab secara berdepan dengan responden. Responden turut diminta untuk memberikan
pandangan mengenai cadangan terhadap penawaran program Diploma Pengurusan
Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tawau.Sampel kajian difokuskan kepada pegawai-
pegawai dari jabatan-jabatan kerajaan dan swasta terlibat secara langsung dengan
perancangan sosio ekonomi dan pendidikan di Sabah. Temu bual dijalankan secara individu
dan teknik yang digunakan ialah Temu Bual Protokol.
Untuk analisis data kuantitatif, hanya borang soal selidik yang lengkap sahaja akan
dianalisis. Oleh itu, sebelum penganalisisan dibuat, penyemakan bagi setiap instrumen
dijalankan bagi memastikan semua soalan-soalan dijawab dengan lengkap. Sampel yang
tidak lengkap dikecualikan dari proses analisis. Data-data dianalisis dengan menggunakan
perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) version 23.0. Dalam kajian ini analisis
statistik deskriptif digunakan untuk menghuraikan secara menyeluruh tentang profil subjek
kajian seperti demografi dan item-item sambutan serta persepsi terhadap penawaran program
Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tawau. Jadual 3.1 menunjukkan
interpretasi skor min menurut Creswell (2011). Skor min 1.00 hingga 1.80 menunjukkan
tahap sambutan penawaran program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan adalah
sangat rendah, nilai skor min 1.81 hingga 2.60 pula menunjukkan tahap sambutan penawaran
program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan berada pada tahap rendah. Diikuti 2.61
hingga 3.40 pada tahap sederhana, dan 3.41 hingga 4.20 adalah pada tahap tinggi. Tahap
sambutan sangat tinggi apabila skor min berada antara 4.21 hingga 5.00.
Jadual 3.1 : Interpretasi Skor Min
Skor Min Interpretasi
1.00 – 1.80 Sangat Rendah
1.81 – 2.60 Rendah
2.61 – 3.40 Sederhana
3.41 – 4.20 Tinggi
4.21 – 5.00 Sangat Tinggi
Data daripada bahagian dua kajian yang berbentuk temu bual dianalisis secara
kualitatif. Data ini digunakan untuk menjawab soalan kajian pertama, kedua, ketiga dan
keempat. Kaedah analisis ini melibatkan proses transkripsi data secara ‘kata demi kata’
(verbatim), reduksi atau saringan data, pembinaan tema-tema, pengkodan tema dan paparan
hasil. Proses trnskripsi data ‘kata demi kata’ (verbatim) dilakukan dengan bantuan komputer.
Perbualan yang didengar dari perakam audio ditranskripsi terus ke dalam perisian Microsoft
word. Setelah proses transkripsi selesai, pengkaji menumpukan kepada perkara-perkara yang
ditekankan semasa perbualan bersama peserta. Pengkaji turut memberikan perhatian kepada
perkara-perkara baru yang ditemui dalam perbincangan dan mencatatkannya di dalam
transkripsi. Setelah selesai, pengkaji membaca keseluruhan catatan yang telah dibuat.
Catatan dibaca secara berhati-hati, barisan demi barisan. Perkara yang kerap kali diutarakan
peserta, direkod untuk mengkaji dengan lebih mendalam tentang tahap kecenderungan
maklumat tersebut dalam keperluan kajian. Setelah selesai proses transkripsi, pembacaan
secara menyeluruh dibuat sekali lagi untuk mendapat gambaran keseluruhan dapatan kajian.
Bagi tujuan pengkodan, pengkaji membaca setiap frasa transkripsi kumpulan sasaran. Mana-
mana frasa yang memberi makna yang sama direkodkan kepada nod tertentu pada nod pokok.
Proses reduksi atau penyaringan data ini dijalankan pada semua transkripsi temu bual
kumpulan sasaran. Data-data yang dikenal pasti dikelompokkan mengikut tema yang
ditentukan pengkaji. Data-data tersebut disusun dalam gambar rajah pokok yang
menggambarkan perkaitan dan perbezaan antara kelompok data.
Dapatan Kajian
Kajian ini melibatkan responden seramai 437 orang pelajar, 50 orang terdiri dari industri
yang merupakan wakil industri, ibu bapa dan wakil setempat di sekitar Sabah. Penyelidik
telah memilih dua belas (12) buah Sekolah Menengah arus perdana mewakili 437 orang
responden yang terdiri daripada Pelajar Tingkatan 5. Dapatan kajian ini akan dilaporkan
dalam bentuk laporan deskriptif dalam min dan peratusan. Penentuan tahap sambutan
penawaran program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan berdasarkan Creswell
(2011).
Analisis sampel pelajar:
Bilangan soalan kaji selidik yang dikeluarkan adalah sebanyak 437 keping kertas kaji
selidik yang dihantar kepada tiga buah sekolah untuk diberikan kepada pelajar Tingkatan 5
bagi sekolah masing-masing dan sejumlah 437 keping kertas kaji selidik yang telah
dikembalikan. Penyelidik telah menggunakan pendekatan secara bersemuka dengan wakil
pihak sekolah bagi memastikan tiada berlakunya kehilangan data maklumbalas berlaku.
Aliran Pengajian:
Jadual 4.1: Taburan Pelajar Mengikut Aliran Pengajian
Aliran Pengajian Kekerapan Peratusan (%)
Sains 110 25.2
Sastera 62 14.2
Teknik & Vokasional 54 12.4
Perdagangan &
Ekonomi
100 22.9
Lain-lain 111 25.4
Total 437 100
Jadual 4.1 menunjukkan bilangan pelajar mengikut aliran masing-masing yang menunjukkan
dapatan tertinggi sebanyak 25.4% (n = 111) adalah daripada lain-lain aliran pengajian. Aliran
kedua tertinggi adalah mewakili 25.2% (n = 110) adalah pelajar daripada aliran sains diikulti
sebanyak 22.9% (n = 100) pelajar daripada aliran Perdagangan dan Ekonomi. Terdapat
14.2% (n = 62) pelajar daripada aliran Sastera dan 12.4% (n = 54) orang pelajar adalah
daripada aliran Teknik & Vokasional.
Pengetahuan Dalam Bidang Pengurusan Pengurusan Perkhidmatan Makanan
Jadual 4.2: Taburan Pengetahuan Pelajar Terhadap Bidang Pengurusan Perkhidmatan
Makanan
Pengetahuan Bidang Kekerapan Peratusan (%)
Tidak tahu 84 19.2
Sedikit 143 32.7
Sederhana 154 35.2
Banyak 56 12.8
Total 437 100
Melalui kaji selidik yang dijalankan, pengetahuan pelajar dalam bidang pengurusan
perkhidmatan makanan menunjukkan sebanyak, 56% (n = 56) pelajar mempunyai
pengetahuan yang banyak terhadap bidang tersebut. Walau bagaimanapun, sebanyak 35.2%
(n = 154) pelajar mempunyai pengetahuan tentang bidang ini pada tahap yang sederhana,
diikuti sebanyak 32.7% (n = 143) pelajar mempunyai pengetahuan yang sedikit terhadap
program pengurusan perkhidmatan makanan. Manakala berbaki 19.2% (n = 84) pelajar tidak
mempunyai gambaran dan pengetahuan terhadap pengurusan perkhidmatan makanan.
Analisis Sambutan Pelajar Terhadap Penawaran Program
Berdasarkan analisis yang dijalankan, terdapat 44.6% (n = 195) daripada responden bersetuju
akan melanjutkan pelajaran ke Politeknik Malaysia selepas menamatkan pengajian peringkat
SPM diikuti seramai 10.1% (n = 44) daripada pelajar sangat bersetuju dan sebanyak 29.5% (n
= 129) yang kurang bersetuju untuk melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi. Seramai
38.4% (n = 168) bilangan pelajar bersetuju bahawa penawaran Diploma Pengurusan
Perkhidmatan Makanan adalah sesuai dengan minat mereka diikuti dengan sejumlah 25.9%
(n = 113) pelajar yang kurang bersetuju dan 13% (n = 57) bilangan belajar yang sangat setuju
dengan penawaran program tersebut. 36.8% (n = 161) dan 16.7% (n = 73) merupakan jumlah
pelajar yang bersetuju dan sangat bersetuju bahawa Program Diploma Pengurusan
Perkhidmatan Makanan dapat menyumbang kepada pembangunan kerjaya mereka dan 28.6%
(n = 125) daripadanya kurang bersetuju.
Seramai 44.9% (n = 196) bilangan pelajar yang bersetuju bahawa penawaran Program
Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tawau dapat memenuhi
keperluan industri perkhidmatan makanan pada masa akan datang. Ianya diikuti dengan
22.4% (n = 98) bilangan pelajar yang sangat bersetuju manakala 18.5% (n = 81) bilangan
pelajar yang kurang bersetuju dengan pendekatan tersebut. Bagi persetujuan penawaran
program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tawau pula, seramai
34.1% (n = 149) bilangan pelajar yang sangat bersetuju, 39.1% (n = 171) bilangan pelajar
yang bersetuju dan hanya 16% (n = 70) bilangan pelajar sahaja yang kurang bersetuju. Selain
itu, penyelidik juga mendapatkan hasil analisis kajian melalui nilai skor min. Jadual 4.3
menunjukkan skor min terhadap minat pelajar Sekolah Menengah sekitar Sabah terhadap
penawaran program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tawau pada
tahap persetujuan yang tinggi.
Jadual 4.3: Skor Min bagi sambutan Pelajar terhadap penawaran Program Diploma
Pengurusan Perkhidmatan Makanan
No Item Skor
Min
Tahap
Kesediaan
1. Saya akan melanjutkan pelajaran ke
Politeknik Malaysia selepas SPM.
3.55 Tinggi
2. Saya berpendapat penawaran program
Diploma Penyediaan Makanan adalah
sesuai dengan minat saya.
3.33 Sederhana
3. Program Diploma Penyediaan Makanan
berikut mampu menyumbang kepada
perkembangan kerjaya saya di masa
hadapan.
3.44 Tinggi
4. Saya berpendapat bahawa program
Diploma Pengurusan Perkhidmatan
Makanan dapat memenuhi keperluan
industri/agensi di masa hadapan..
3.69 Tinggi
5. Saya bersetuju sekiranya program
Diploma Pengurusan Perkhidmatan
Makanan dapat ditawarkan di Politeknik
Tawau.
3.91 Tinggi
Analisis Sambutan Industri Terhadap Penawaran Program
Berdasarkan analisis yang dijalankan, terdapat 52.0% (n = 26) orang daripada responden
sangat bersetuju untuk memberi galakan kepada bakal pekerja, anak-anak mereka dan
komuniti untuk melanjutkan pelajaran ke Politeknik Malaysia selepas menamatkan pengajian
peringkat SPM diikuti seramai 44.0% (n = 22) daripada responden bersetuju dan hanya 2.0%
(n = 1) yang tidak bersetuju untuk melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi. Sebanyak
46.0% (n = 23) bilangan industri, ibu bapa dan wakil setempat bersetuju bahawa penawaran
Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan adalah sesuai dengan minat mereka diikuti
dengan sejumlah 6.0% (n = 3) tidak bersetuju dengan penawaran program tersebut. Sebanyak
56.0% (n = 28) bersetuju bahawa dengan penawaran program ini akan dapat menyumbang
kepada pembangunan karier pelajar tersebut. Hanya 4.0% (n = 2) responden yang kurang
bersetuju dengan kenyataan tersebut..
Seramai 50.0% (n = 25) bilangan responden yang sangat bersetuju bahawa penawaran
Program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tawau dapat memenuhi
keperluan industri perkhidmatan makanan pada masa akan datang. Ianya diikuti dengan
48.0% (n = 24) bilangan bilangan industri, ibu bapa dan wakil setempat yang bersetuju
manakala hanya 2.0% (n = 1) bilangan pelajar yang sangat bersetuju dengan pendekatan
tersebut. Bagi persetujuan penawaran program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan
di Politeknik Tawau pula, seramai 60.0% (n = 30) responden sangat bersetuju jika program
ini ditawarkan di Politeknik Tawau, 38.0% (n = 19) bilangan pelajar yang bersetuju dan
hanya 2.0% (n = 1) bilangan yang kurang bersetuju. Selain itu, penyelidik juga mendapatkan
hasil analisis kajian melalui nilai skor min. Jadual 4.4 menunjukkan skor min kehendak
industri, ibu bapa dan wakil setempat sekitar Sabah terhadap penawaran program Diploma
Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tawau pada tahap persetujuan yang tinggi.
Penyelidik juga mendapatkan hasil analisis kajian melalui nilai skor min.
Jadual 4.4: Skor Min bagi Jangkaan Penawaran Program Diploma Pengurusan
Perkhidmatan Makanan
Analisis Data Kualitatif
Data kualitatif telah dikumpulkan melalui kaedah temu bual kumpulan sasaran. Hasil
temubual dengan beberapa pihak telah turut membawa kepada beberapa cadangan berhubung
dengan program-program yang boleh ditawarkan.
Kesimpulan
Kajian kebolehlaksanaan penawaran program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan
di Politeknik Tawau di daerah Tawau secara majoriti mendapat sokongan dari kedua-dua
aspek kuantitatif mahupun kualitatif. Responden memberikan keputusan bahawa penawaran
program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tawau adalah boleh
dilaksanakan. Malah mereka berpendapat ia akan mendatangkan kesan positif yang banyak
berbanding kesan negatif. Isu yang perlu diketengahkan di sini adalah ia bukan sekadar
penawaran program itu sahaja, malah ia perlu mendapat sokongan dari kalangan pemain-
pemain industri bagi menyediakan peluang pekerjaan untuk bakal graduan ini.Selaras dengan
hasrat kerajaan untuk mempergiatkan dan memperkasakan lagi bidang TVET, maka
No Item Skor Min Tahap
Jangkaan
1 Saya akan menggalakkan
bakal pekerja/anak/komuniti
melanjutkan pelajaran ke
Politeknik Malaysia selepas
SPM.
4.46 Sangat Tinggi
2 Saya berpendapat penawaran
program Diploma
Pengurusan Perkhidmatan
Makanan adalah bersesuaian
dengan minat pelajar
4.30 Sangat Tinggi
3 Saya berpendapat program
Diploma Pengurusan
Perkhidmatan Makanan
mampu menyumbang kepada
perkembangan kerjaya bakal
pekerja/anak/komuniti di
masa hadapan.
4.36 Sangat Tinggi
4 Saya berpendapat bahawa
program Diploma
Pengurusan Perkhidmatan
Makanan dapat memenuhi
keperluan industri/agensi di
masa hadapan.
4.44 Sangat Tinggi
5 Saya sangat bersetuju
sekiranya program Diploma
Pengurusan Perkhidmatan
Makanan dapat ditawarkan di
Politeknik Tawau.
4.58 Sangat Tinggi
penawaran program ini dikatakan dapat menyediakan tenaga kerja mahir dalam bidang
perkhidmatan makanan yang seiring dengan matlamat ini. Perkembangan yang rancak dalam
industri pelancongan dan hospitaliti masa kini secara tidak langsung akan mewujudkan
banyak peluang pekerjaan dan permintaan yang tinggi untuk industri perkhidmatan makanan.
Hubungkait diantara Persoalan Kajian 1 dan Objektif Kajian 1:
PK1: Adakah terdapat permintaan terhadap program Diploma?
OK1: Mengenal pasti permintaan terhadap program Diploma Pengurusan
Perkhidmatan Makanan.
Berdasarkan analisis yang dijalankan melalui kajian ini, pelaksanaan bagi penawaran
program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tawau dilihat adalah
dalam keadaan yang positif serta menerima sokongan daripada industri, ibu bapa dan juga
penduduk setempat. Walaubagaimanapun, masih terdapat ruang yang perlu dilihat bagi
memastikan pencapaian dari segi pengetahuan pelajar peringkat SPM ataupun Pelajar
Tingkatan Lima yang menjadi sasaran utama bagi kemasukan ke Politeknik Tawau terhadap
program Pengurusan Perkhidmatan Makanan pada tahap yang baik.
Merujuk kepada maklumbalas yang di terima berkaitan pengetahuan terhadap bidang
Pengurusan Perkhidmatan Makanan, terdapat pelajar yang tidak tahu tentang kewujudan
bidang pengurusan perkhidmatan makanan. Dengan peratusan yang hampir sama diantara
sedikit dan sederhana memberikan maklumbalas kepada penyelidik untuk mengadakan sesi
taklimat berkaitan program yang bakal ditawarkan kepada pelajar sasaran ini. Pendekatan
seperti ini perlu dilakukan dengan kekerapan yang padat jika dilihat kepada minat pelajar
terhadap bidang pengurusan perkhidmatan makanan. Peratusan pelajar yang minat terhadap
bidang ini adalah tinggi jika dibandingkan dengan peratusan yang tidak berminat. Ini
menunjukkan bahawa peluang bagi pelaksanaan program Diploma Pengurusan Perkhidmatan
Makanan adalah wajar dan bakal mempunyai permintaan bagi pelajar sekitar Sabah.
Hubungkait diantara Persoalan Kajian 2 dan Objektif Kajian 2:
PK1: Mengapakah Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan diperlukan?
OK2: Mengenal pasti keperluan program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan.
Bagi persoalan dan objektif kajian kedua ini, maklumbalas daripada pihak industri perlu
dijadikan rujukan. Berdasarkan maklumat yang diberikan, Zon Tawau menawarkan lokasi-
lokasi tarikan pelancong dari semasa ke semasa. Hal ini dibuktikan dengan kedatangan
pelancong ke daerah Semporna bagi menikmati kehidupan laut yang dapat menjana ekonomi
penduduk setempat secara khasnya dan secara tidak langsung dapat menjana ekonomi negeri
Sabah secara keseluruhannya. Pihak industri juga percaya bahawa dengan penawaran
pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan
Perkhidmatan Makanan di kawasan Zon Tawau ini juga dapat membekalkan industri dengan
tenaga kerja yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang luas tentang industri ini.
Dengan perkembangan pesat industri pelancongan di Sabah masa ini juga, secara tidak
langsung memberi ruang dan peluang kepada bidang pengurusan perkhidmatan makanan
berkembang. Kerana ianya saling berkait rapat.
Selain daripada itu, kerjasama yang dapat dilihat daripada pihak industri dalam
memberikan sokongan serta sumbangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar
juga dilihat mampu menghasilkan pelajar yang mempunyai daya saing yang tinggi melalui
penerapan pengalaman secara terus daripada industri. Dari segi latihan industri juga, dilihat
terdapat industri yang masih belum pernah mendapat permohonan daripada mana-mana
institusi bagi menghantar pelajar untuk menjalani latihan industri dalam organisasi mereka
walaupun mereka boleh mempertimbangkanya malah sangat memerlukannya kumpulan
pelajar ini. Melalui penawaran program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan di
Politeknik Tawau adalah dilihat dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi serta
kerjaya penduduk setempat.
Hubungkait diantara Persoalan Kajian 3 dan Objektif Kajian 3:
PK3: Apakah implikasi sekiranya Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan
ditawarkan?
OK3: Mengenal pasti implikasi pelaksanaan program Diploma Pengurusan Perkhidmatan
Makanan.
Secara asasnya, pelaksanaan program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan di
Politeknik Tawau memerlukan keperluan fizikal seperti makmal (komputer dan dapur) dan
bangunan yang berteknologi tinggi. Untuk makluman, pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal) sudah
sedia ditawarkan di beberapa politeknik di Malaysia. Walau bagaimanapun, bidang yang
ditawarkan lebih fokus kepada amalan halal manakala cadangan penawaran Diploma
Pengurusan Perkhidmatan Makanan tidak. Berlandaskan penawaran Diploma Pengurusan
Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal) yang telah dilaksanakan, perancangan dan anggaran
tentang ruang, kemudahan dan peralatan yang diunjurkan boleh dirujuk pada jadual
Secara keseluruhan, dapatan kajian ini menunjukkan sokongan padu ke atas
penawaran program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan.Jabatan Pengajian
Politeknik (JPP) dipohon bersetuju dengan penawaran program baharu Diploma Pengurusan
Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tawau Sabah (PTS), di bawah Kementerian
Pendidikan Tinggi Malaysia.
Penghargaan
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga kami menyempurnakan
tugasan Kajian Analisis Keperluan Program Diploma Pengurusan Perhidmatan Makanan di
Politeknik Tawau, Sabah. Sepanjang menjalankan kajian ini, kami telah memperoleh
pelbagai pengalaman yang amat berharga dan bermakna. Pengalaman yang kami perolehi
sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup
kami. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat sepanjang menjayakan kajian ini. Terutamanya kepada responden kami yang
terdiri dari pelajar sekolah menengah sekitar Sabah, para ibu bapa, pihak industri dan wakil
setempat. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada ahli keluarga kami yang telah banyak
memberi sokongan moral dan pihak Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) atas peluang dan
sumber kewangan dalam menyelesaikan kajian ini. Selain itu, kami turut berterima kasih
kepada Ketua Jabatan dan rakan-rakan pensyarah atas bantuan dan kerjasama bagi
merealisasikan kajian ini dengan jayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak
yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak
langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah kami hargai.
Rujukan (APA 6th edition)
Baharudin,N.A.,Hashim,S.N.A.,Nadzri,S.,and Ahmad,N.W. (2016). Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap
Perkhidmatan Makanan Di Kafetaria Kuis,978-967-0850-61-0
Creswell, J.W dan Miller,D. 2002. Determining Validity in Qualitative Inquiry.Theory into Practice. Journal of
Mixed Methods Research . 39(3):124-130.
Creswell, J.W dan Plano Clark, V.L . 2011. Designing and Conducting Mixed methods Research. Edisi kedua.
Thousand Oakes, California: Sage Publication Inc.
Creswell, J.W. 1994. Research Design:Qualitative and Quantitative Approaches. Thousand Oakes, California:
Sage Publication Inc.
Creswell, J.W. 2007. Qualitative Inquiry and Research Design:Choosing Among Five Traditions. Edisi kedua.
Thousand Oakes, California: Sage Publication Inc.
Handicapping Strategies. Journal of Early Adoloscene. 15, 389-411.
Jabatan Perangkaan Statistik Malaysia. Cawangan Sabah.
Jabatan Perangkaan Malaysia (2016)
Jabatan Pengajian Politeknik, Laporan Kajian Pengesanan Graduan Politeknik 2008 dan 2009
Jabatan Pengajian Politeknik (2014) Work Based Learning, Pelaksanaan di Politeknik Malaysia, Edisi
Pengenalan
Kaplan D. 2000. Structural Equation Modeling: Foundations and Extentions. Education Group. Inc.
Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and
Psychological Measurement, 30, 607-610.
Krueger, R.A. 1994. Focus Group:A Practical Guide Foe Applied Research. Edisi ke dua. Thousand Oaks: Sage
Publications.
Lincoln, Y.S dan Guba, E.G. 1985. Naturalistic Inquiry. Beverly Hills CA: Sage Publications.
Midgley, C., and Urdan,T. 1995. Predictor Of Middle School Students’ Use Of Self-
Norusis, M.J. 1999. SPPS 9.0 guide to data analysis. New Jersey: Prentice Hall.
Patton, M.Q. 1990. Qualitative Evaluation and Research Methods. Edisi kedua. London:Sage Publication Ltd.
Sekaran U. 2000. Research Method for Business. Edisi ketiga. New York: John Wiley dan Sons Inc. There’s A
Reason: Predictors Of Adolescents’ Use Of Academic Self-Handicapping Strategies. Journal of
Educational Psychology. 88, 423-434.
Standard Program: Hospitaliti dan Pelancongan 2013. Diakses pada 20 Mac 2018 daripada laman sesawang
http://www.mqa.gov.my.
Unit Perancang Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia (2016)
Unit Perancangan Ekonomi. Cawangan Sabah
Uma Sekaran and Roger Bougie. 2010. Reseach Methods For Business. A Skill Building Approach. 5th
edi. John
wiley & sons Ltd.
Uma Sekaran. 1992. Research Methods for Business:A Skill Building Approach. Edisi kedua. Canada: John
Wiley and Sons Inc.
Yin, R.k. 1994. Case Study Research:Design and Methods. Edisi ke dua. London: Sage Publication Ltd.
View publication stats
View publication stats

More Related Content

What's hot

amalan baik kurikulum MQA.pdf
amalan baik kurikulum MQA.pdfamalan baik kurikulum MQA.pdf
amalan baik kurikulum MQA.pdfAziraKasim
 
Proposal for event
Proposal for eventProposal for event
Proposal for eventZalina Kemat
 
Bab 3 contoh
Bab 3 contohBab 3 contoh
Bab 3 contohmonazemis
 
Panduan.penubuhan.tadika
Panduan.penubuhan.tadikaPanduan.penubuhan.tadika
Panduan.penubuhan.tadikaaliztrade
 
Muka Depan Report Latihan Industri JKE PSAS
Muka Depan Report Latihan Industri JKE PSASMuka Depan Report Latihan Industri JKE PSAS
Muka Depan Report Latihan Industri JKE PSASMuhammad Hamizan
 
Iklan jurulatih sukan ssm terkini 2018
Iklan jurulatih sukan ssm terkini 2018Iklan jurulatih sukan ssm terkini 2018
Iklan jurulatih sukan ssm terkini 2018Chon Seong Hoo
 
Manual pbppp
Manual pbpppManual pbppp
Manual pbpppNor AB
 
Business research (Last Semester Project)
Business research (Last Semester Project)Business research (Last Semester Project)
Business research (Last Semester Project)Nur Dalila Zamri
 
Cotoh Report LI Jabatan perdagangan
Cotoh Report LI Jabatan perdaganganCotoh Report LI Jabatan perdagangan
Cotoh Report LI Jabatan perdaganganAhmadShafiqJamian
 
Garis panduan kemudahan cuti belajar bergaji penuh pplv si bawah skills malaysia
Garis panduan kemudahan cuti belajar bergaji penuh pplv si bawah skills malaysiaGaris panduan kemudahan cuti belajar bergaji penuh pplv si bawah skills malaysia
Garis panduan kemudahan cuti belajar bergaji penuh pplv si bawah skills malaysiaذوالكفلى حاج حمدان
 
Pelan strategik interim kpm 2011 2020
Pelan strategik interim kpm 2011 2020Pelan strategik interim kpm 2011 2020
Pelan strategik interim kpm 2011 2020wmzuri
 
Dasar Sogoshosha Malaysia dan Dasar Pandang ke Timur
Dasar Sogoshosha Malaysia dan Dasar Pandang ke TimurDasar Sogoshosha Malaysia dan Dasar Pandang ke Timur
Dasar Sogoshosha Malaysia dan Dasar Pandang ke Timurrecentlid
 
Laporan akhir ( pdf)
Laporan akhir ( pdf)Laporan akhir ( pdf)
Laporan akhir ( pdf)afzan93
 
Assignment pra 5.2009 organisasi
Assignment pra 5.2009 organisasiAssignment pra 5.2009 organisasi
Assignment pra 5.2009 organisasiAishah Idris
 

What's hot (18)

Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
amalan baik kurikulum MQA.pdf
amalan baik kurikulum MQA.pdfamalan baik kurikulum MQA.pdf
amalan baik kurikulum MQA.pdf
 
Proposal for event
Proposal for eventProposal for event
Proposal for event
 
Bab 3 contoh
Bab 3 contohBab 3 contoh
Bab 3 contoh
 
Pbppp
PbpppPbppp
Pbppp
 
8. kertas dasar mqa
8. kertas dasar mqa8. kertas dasar mqa
8. kertas dasar mqa
 
Panduan.penubuhan.tadika
Panduan.penubuhan.tadikaPanduan.penubuhan.tadika
Panduan.penubuhan.tadika
 
Muka Depan Report Latihan Industri JKE PSAS
Muka Depan Report Latihan Industri JKE PSASMuka Depan Report Latihan Industri JKE PSAS
Muka Depan Report Latihan Industri JKE PSAS
 
Iklan jurulatih sukan ssm terkini 2018
Iklan jurulatih sukan ssm terkini 2018Iklan jurulatih sukan ssm terkini 2018
Iklan jurulatih sukan ssm terkini 2018
 
5. penulisan bab (16 havent print) check up
5. penulisan bab (16 havent print) check up5. penulisan bab (16 havent print) check up
5. penulisan bab (16 havent print) check up
 
Manual pbppp
Manual pbpppManual pbppp
Manual pbppp
 
Business research (Last Semester Project)
Business research (Last Semester Project)Business research (Last Semester Project)
Business research (Last Semester Project)
 
Cotoh Report LI Jabatan perdagangan
Cotoh Report LI Jabatan perdaganganCotoh Report LI Jabatan perdagangan
Cotoh Report LI Jabatan perdagangan
 
Garis panduan kemudahan cuti belajar bergaji penuh pplv si bawah skills malaysia
Garis panduan kemudahan cuti belajar bergaji penuh pplv si bawah skills malaysiaGaris panduan kemudahan cuti belajar bergaji penuh pplv si bawah skills malaysia
Garis panduan kemudahan cuti belajar bergaji penuh pplv si bawah skills malaysia
 
Pelan strategik interim kpm 2011 2020
Pelan strategik interim kpm 2011 2020Pelan strategik interim kpm 2011 2020
Pelan strategik interim kpm 2011 2020
 
Dasar Sogoshosha Malaysia dan Dasar Pandang ke Timur
Dasar Sogoshosha Malaysia dan Dasar Pandang ke TimurDasar Sogoshosha Malaysia dan Dasar Pandang ke Timur
Dasar Sogoshosha Malaysia dan Dasar Pandang ke Timur
 
Laporan akhir ( pdf)
Laporan akhir ( pdf)Laporan akhir ( pdf)
Laporan akhir ( pdf)
 
Assignment pra 5.2009 organisasi
Assignment pra 5.2009 organisasiAssignment pra 5.2009 organisasi
Assignment pra 5.2009 organisasi
 

Similar to Ebook kajian analisiskeperluanprogramdiplomapengurusanperhidmatanmakanandipolitekniktawausabah

Kecenderungan menjalankan penyelidikan
Kecenderungan menjalankan penyelidikanKecenderungan menjalankan penyelidikan
Kecenderungan menjalankan penyelidikannurulliyana28
 
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...Siti Fatimah Dzulkifli
 
Implikasi pelaksanaan promosi terhadap pengambilan pelajar ke kolej komuniti ...
Implikasi pelaksanaan promosi terhadap pengambilan pelajar ke kolej komuniti ...Implikasi pelaksanaan promosi terhadap pengambilan pelajar ke kolej komuniti ...
Implikasi pelaksanaan promosi terhadap pengambilan pelajar ke kolej komuniti ...nurulliyana28
 
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari...
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil  Teknologi Elektrik : Dari...Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil  Teknologi Elektrik : Dari...
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari...Zaharah Alang Ahmad
 
nota SPP Bab 6
nota SPP Bab 6nota SPP Bab 6
nota SPP Bab 6Rainne Lee
 
Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044hazwaniAM
 
1276 1-4245-3-10-20161225
1276 1-4245-3-10-201612251276 1-4245-3-10-20161225
1276 1-4245-3-10-20161225daythree
 
Buku garis panduan pembelajaran digital jppkk
Buku garis panduan pembelajaran digital jppkkBuku garis panduan pembelajaran digital jppkk
Buku garis panduan pembelajaran digital jppkkhambadah
 
CONTOH PELAN STRATEGIK UNIT HEM
CONTOH PELAN STRATEGIK UNIT HEMCONTOH PELAN STRATEGIK UNIT HEM
CONTOH PELAN STRATEGIK UNIT HEMYati Yula
 
Tahap kepuasan peserta kursus pendek
Tahap kepuasan peserta kursus pendekTahap kepuasan peserta kursus pendek
Tahap kepuasan peserta kursus pendekNurul Ijad
 
Tugasan hbml2203 (jan 2013)
Tugasan hbml2203 (jan 2013)Tugasan hbml2203 (jan 2013)
Tugasan hbml2203 (jan 2013)AmRie Nibin
 
Fail meja 2014 pkhemskbud2
Fail meja 2014 pkhemskbud2Fail meja 2014 pkhemskbud2
Fail meja 2014 pkhemskbud2gschong83
 

Similar to Ebook kajian analisiskeperluanprogramdiplomapengurusanperhidmatanmakanandipolitekniktawausabah (20)

Kecenderungan menjalankan penyelidikan
Kecenderungan menjalankan penyelidikanKecenderungan menjalankan penyelidikan
Kecenderungan menjalankan penyelidikan
 
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
 
Implikasi pelaksanaan promosi terhadap pengambilan pelajar ke kolej komuniti ...
Implikasi pelaksanaan promosi terhadap pengambilan pelajar ke kolej komuniti ...Implikasi pelaksanaan promosi terhadap pengambilan pelajar ke kolej komuniti ...
Implikasi pelaksanaan promosi terhadap pengambilan pelajar ke kolej komuniti ...
 
Psptn fasa2
Psptn fasa2Psptn fasa2
Psptn fasa2
 
PENILAIANKOMPETENSIKK.pdf
PENILAIANKOMPETENSIKK.pdfPENILAIANKOMPETENSIKK.pdf
PENILAIANKOMPETENSIKK.pdf
 
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari...
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil  Teknologi Elektrik : Dari...Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil  Teknologi Elektrik : Dari...
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari...
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
Pentaksiran
 
nota SPP Bab 6
nota SPP Bab 6nota SPP Bab 6
nota SPP Bab 6
 
Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044
 
1911
19111911
1911
 
1276 1-4245-3-10-20161225
1276 1-4245-3-10-201612251276 1-4245-3-10-20161225
1276 1-4245-3-10-20161225
 
Tugasan 3 asse tbase kertas 3
Tugasan 3 asse tbase kertas 3Tugasan 3 asse tbase kertas 3
Tugasan 3 asse tbase kertas 3
 
Sertifikasi profesi dosen berkongsi pengalaman
Sertifikasi profesi dosen berkongsi pengalamanSertifikasi profesi dosen berkongsi pengalaman
Sertifikasi profesi dosen berkongsi pengalaman
 
Buku garis panduan pembelajaran digital jppkk
Buku garis panduan pembelajaran digital jppkkBuku garis panduan pembelajaran digital jppkk
Buku garis panduan pembelajaran digital jppkk
 
CONTOH PELAN STRATEGIK UNIT HEM
CONTOH PELAN STRATEGIK UNIT HEMCONTOH PELAN STRATEGIK UNIT HEM
CONTOH PELAN STRATEGIK UNIT HEM
 
Ict 3
Ict 3Ict 3
Ict 3
 
Tahap kepuasan peserta kursus pendek
Tahap kepuasan peserta kursus pendekTahap kepuasan peserta kursus pendek
Tahap kepuasan peserta kursus pendek
 
Jurnal ict 1
Jurnal ict 1Jurnal ict 1
Jurnal ict 1
 
Tugasan hbml2203 (jan 2013)
Tugasan hbml2203 (jan 2013)Tugasan hbml2203 (jan 2013)
Tugasan hbml2203 (jan 2013)
 
Fail meja 2014 pkhemskbud2
Fail meja 2014 pkhemskbud2Fail meja 2014 pkhemskbud2
Fail meja 2014 pkhemskbud2
 

Recently uploaded

Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 

Recently uploaded (14)

Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 

Ebook kajian analisiskeperluanprogramdiplomapengurusanperhidmatanmakanandipolitekniktawausabah

  • 1. See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/346672272 Kajian Analisis Keperluan Program Diploma Pengurusan Perhidmatan Makanan di Politeknik Tawau, Sabah Research · December 2020 DOI: 10.13140/RG.2.2.19421.44001 CITATIONS 0 READS 743 9 authors, including: Nor Asyikeen Mohammad Amrin Polytechnic Kota Kinabalu 1 PUBLICATION   0 CITATIONS    SEE PROFILE All content following this page was uploaded by Nor Asyikeen Mohammad Amrin on 07 December 2020. The user has requested enhancement of the downloaded file.
  • 2. Kajian Analisis Keperluan Program Diploma Pengurusan Perhidmatan Makanan di Politeknik Tawau, Sabah Nor Asyikeen Binti Mohammad Amrin Tshin Lip Vui Abstrak Menurut (Nuzul Akhtar, Siti Nor Afini, Suhaila dan Nor Fadilah, 2016) perkhidmatan makanan merujuk kepada sesuatu institusi, kedai makan, restoran atau pihak-pihak tertentu yang menawarkan khidmat penghidangan makanan dan minuman yang telah siap untuk dipesan dan dimakan (atau minum) di premis atau diluar premis. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar sekolah menengah terhadap penawaran bidang pengurusan perkhidmatan makanan di Politeknik Tawau. Selain itu ia bertujuan untuk mengkaji sejauh mana pengetahuan dan minat pelajar terhadap bidang pengurusan perkhidmatan makanan serta kepentingan bidang ini kepada perkembangan kerjaya dan keperluan industri di masa hadapan. Kajian ini memberi tumpuan kepada responden dari kalangan pelajar sekolah menengah dari sekolah sekitar negeri Sabah dan juga wakil industri, ibu bapa dan wakil setempat. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan analisis dokumen dan temubual serta instrumen kajian yang menggunakan 5 skala likert. Data akan dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 23 dan dilaporkan dalam bentuk deskriptif berbentuk kekerapan, peratus dan min sahaja. Hasil dari analisis data akan menjawab kepada persoalan kajian sekaligus memberi maklumat sekiranya bidang pengurusan perkhidmatan makanan sesuai ditawarkan di Politeknik Tawau. Kata Kunci: bidang pengurusan perkhidmatan makanan, persepsi pelajar, pelajar sekolah menengah, Politeknik Tawau Pengenalan Politeknik merupakan institusi peneraju TVET yang berperanan melahirkan dan membekal modal insan berdaya saing yang menepati kehendak industri. Kementerian Pengajian Tinggi melalui Jabatan Pengajian Politeknik dan politeknik telah berusaha melaksana agenda kritikal bagi mendukung teras Pelan Strategik Pengajian Tinggi dalam melahirkan insan yang seimbang melalui sistem pendidikan yang mampu menggarap dan membina potensi akal, jasmani, emosi dan rohani pelajar secara holistik. Bertepatan dengan hasrat ini, penambahan politeknik dipertingkatkan selari dengan perubahan globalisasi masa kini dalam memenuhi permintaan yang tinggi terhadap tenaga kerja dalam bidang berkaitan teknik dan vokasional. Berdasarkan bajet 2017 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Najib Razak pada 21 Oktober 2016, sebanyak sembilan buah kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) akan diubahsuai untuk menjadi Politeknik dan Kolej Vokasional. Empat buah kampus itu akan menjadi politeknik manakala empat lagi kolej vokasional dan sebuah lagi sebagai Pusat Latihan Jurulatih Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET). Kapasiti pendidikan TVET akan diperkasakan dengan peruntukan RM4.6 bilion kepada institusi-institusi TVET. Sehubungan dengan itu, pertukaran IPG Tawau ke Politeknik Tawau dilihat akan dapat memberi lebih banyak peluang kepada pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan TVET. Bandar Tawau dikenal pasti sebagai salah sebuah daerah yang mendapat perhatian kerajaan negeri Sabah untuk dibangunkan. Oleh itu, sebagai sebuah bandar yang akan membangun, pendidikan TVET difikirkan amat perlu disemai dalam kalangan masyarakat sekitar. Selaras dengan idea ini, penubuhan Politeknik Tawau dilihat sebagai satu cadangan
  • 3. yang bersesuaian bagi menyediakan akses kepada program TVET yang berkualiti dan diiktiraf. Dalam usaha merealisasikan hasrat ini, beberapa perkara penting perlu difikirkan antarannya ialah penawaran program yang bersesuaian di Politeknik Tawau selaras dengan perancangan kerajaan dan kesediaan industri serta kemudahan fasiliti bagi menampung penawaran program yang dicadangkan. Pemilihan bidang yang bersesuaian juga perlu melihat kepada implikasi pelaksanaan program tersebut sekiranya ditawarkan. Kajian Literatur Bab ini membincangkan tentang konsep-konsep dan teori yang mendasari kajian serta meninjau kajian-kajian berkaitan yang ada hubungan dengan pembangunan sistem pendidikan dan pencapaiannya. Topik-topik ini menyediakan latar belakang penting terhadap penyataan masalah, pembentukan soalan penyelidikan, objektif kajian dan kerangka konseptual kajian. Untuk melahirkan modal insan kelas pertama yang mampu berdaya saing, cekap, tahan lasak dan fleksibel apabila berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam pekerjaan, maka penekanan aspek kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar perlu ditingkatkan (Ahmad Anuar & Esa, 2010). Dalam dunia pekerjaan pada hari ini, kemahiran teknikal bukan sahaja aspek tunggal yang ditekankan oleh majikan dalam menilai dan mengambil pekerja malah kemahiran insaniah kini semakin diperlukan untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran dan persediaan pelajar menghadapi dunia pekerjaan. Minat juga berkait rapat dengan motivasi dalaman. Kenworthy (dalam Noraini 2008) mengatakan bahawa pembelajaran yang berkesan wujud jika ada minat dalam kalangan pelajar dan salah satu daripada cara menimbulkan minat pelajar ialah menerusi kaedah pengajaran dan aktiviti pembelajaran yang menarik. Quek (2005) pula berpendapat skop pendidikan institusi pengajian tinggi di beberapa buah negara di Amerika, Eropah dan Asia-Pasifik termasuk Malaysia dikatakan terlalu menekankan soal pencapaian akademik pelajar dan kurikulum yang tidak menepati keperluan kerjaya dan kursus-kursus yang ditawarkan kurang memberi penekanan terhadap aspek latihan yang dapat memenuhi keperluan pekerjaan. Soo Wee Leng dan Juma‘ayah (1997) mendapati kurikulum yang ditawarkan oleh institusi vokasional tidak mengikut permintaan pasaran industri yang mengakibatkan kemahiran lepasan vokasional tidak memenuhi keperluan pihak industri. Ini bermakna institusi pendidikan vokasional tidak menjurus kepada pasaran kerja. Maka timbul masalah di kalangan pelajar-pelajar yang tidak dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dengan keperluan pekerjaannya dan tidak dapat menyesuaikan diri di alam pekerjaan baru. Oleh yang demikian program WBL diwujudkan bagi memenuhi kurikulum yang memenuhi keperluan kerjaya dan pihak industri. Politeknik Malaysia juga mempunyai kerangka Body of Knowledge (BOK) untuk setiap program yang ditawarkan. Ia adalah set lengkap yang mengandungi konsep, terma dan aktiviti yang membentuk satu domain profesional, seperti yang ditakrifkan oleh masyarakat berpendidikan ataupun badan dan persatuan professional. Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) merupakan badan tertinggi di Malaysia yang berperanan untuk melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) sebagai landasan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi dan titik rujukan kriteria dan standard kelayakan kebangsaan. MQA berperanan sebagai badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negara. Bagi bidang pengurusan perkhidmatan makanan, bidang ini merupakan salah satu disiplin dalam sektor hospitaliti dan pelancongan. Ini boleh dirujuk pada rajah 2.1 teras utama program pengajian.
  • 4. Rajah 2.1: Teras Utama Program Pengajian Gunatenaga dan kadar pengangguran semasa merupakan dua indikator penting berhubung dengan penawaran sesebuah program di politeknik. Kajian ini cuba mengetengahkan isu-isu sedemikian agar ia boleh dijadikan panduan yang lebih tepat dalam membuat keputusan. Lokasi penubuhan politeknik juga merupakan salah satu faktor penting yang perlu dipertimbangkan. Ini kerana pembangunan setempat dan permintaan pasaran sedia ada menentukan maju mundur sesuatu projek itu. Metodologi Bab ini menghuraikan tentang metodologi kajian yang merangkumi aspek-aspek seperti rekabentuk kajian, populasi kajian, sampel kajian, instrumen kajian, kajian rintis dan aspek kesahan dan kebolehpercayaan. Ia turut membincangkan cara penganalisisan data kajian yang berbeza iaitu kajian kualitatif dan kajian kuantitatif yang digunakan untuk menjawab soalan kajian dan mencapai objektif kajian Kajian keperluan ke atas program ini dilakukan melalui dua (2) sumber penyelidikan data primer dan sekunder. Dalam bab ini juga diperbincangkan tentang kaedah-kaedah yang digunapakai untuk menjalankan kajian iaitu melibatkan proses pengumpulan data dan analisa awal. Seperti penyataan diatas, kaji selidik ini dijalankan dengan menggunakan dua kaedah iaitu melaui soalan kaji selidik dan temu bual berdasarkan objektif kajian. Responden kajian ini terdiri dari 437 orang pelajar sekolah menengah sekitar Sabah dan 50 responden mewakili industri, wakil setempat dan penjaga. Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah reka bentuk Penumpuan Selari. Reka bentuk penumpuan selari ini menggunakan kaedah kajian kualitatif dan kuantitatif secara serentak. Populasi kajian ini adalah terdiri dari pelajar-pelajar tingkatan lima di seluruh Sabah. Sejumlah 12 buah bilangan sekolah yang terlibat dalam pengumpulan data yang meliputi sekolah di seluruh Sabah. Pemilihan tersebut adalah untuk melihat sambutan masyarakat Sabah terhadap penawaran program Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tawau. Setelah menentukan populasi kajian, langkah seterusnya ialah untuk menentukan kaedah pensampelan. Dalam kajian ini, kaedah pensampelan rawak berstrata dipilih. Untuk memastikan bilangan sampel guru dan pelajar adalah mencukupi, saiz sampel kajian ditentukan menggunakan persampelan rawak berstrata mengikut saiz populasi dengan bantuan jadual Kerjie dan Morgan (1970). Terdapat dua jenis instrumen yang digunakan di dalam kajian ini iaitu kajian kuantitatif berbentuk pengedaran borang soal selidik dan kajian kualitatif berbentuk protokol temu bual kumpulan sasaran. Alat pengukur untuk menjawab soalan kajian bagi kaedah
  • 5. kuantitatif adalah dengan menggunakan borang soal selidik. Jawapan kepada soalan dalam borang soal selidik ini menjurus kepada soalan-soalan berkenaan dengan penawaran program di Politeknik Tawau. Kaedah soal selidik digunakan bertujuan untuk mendapatkan maklumat dengan cara menyoal responden melalui soalan-soalan yang dikemukakan di dalam borang soal selidik. Menurut Creswell dan Plano (2011), soalan kajian kuantitatif dan hipotesis mendalami isu kajian melalui soalan-soalan kajian yang dipersembahkan dalam bentuk borang soal selidik untuk melihat kaitan antara pemboleh ubah atau hipotesis. Philips (1971) menyatakan bahawa pengumpulan maklumat daripada sampel rawak melalui soal selidik merupakan kaedah yang paling berkesan serta mudah bagi memperolehi data yang piawai. Dalam kajian ini, borang soal selidik dibahagikan kepada dua set. Set pertama untuk dijawab oleh wakil industri, ibu bapa dan wakil setempat manakala set kedua dijawab oleh pelajar. Kedua-dua borang soal selidik menggunakan skala jenis likert untuk mengukur skor item- item bagi setiap soalan yang dikemukakan.bagi instrument kajian kualitatif, temu bual kumpulan sasaran telah dilaksanakan. Instrumen berbentuk protokol digunakan untuk tujuan ini. Kaedah ini digunakan bagi membolehkan pengkaji mendapat pandangan kumpulan sasaran mengenai penerimaan penduduk Sabah terhadap penawaran program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tawau. Temu bual melibatkan pegawai- pegawai dari jabatan-jabatan kerajaan dan swasta serta sekolah-sekolah yang dipilih. Melalui temu bual ini pengkaji percaya maklumat yang diperoleh adalah lebih telus kerana soalan dijawab secara berdepan dengan responden. Responden turut diminta untuk memberikan pandangan mengenai cadangan terhadap penawaran program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tawau.Sampel kajian difokuskan kepada pegawai- pegawai dari jabatan-jabatan kerajaan dan swasta terlibat secara langsung dengan perancangan sosio ekonomi dan pendidikan di Sabah. Temu bual dijalankan secara individu dan teknik yang digunakan ialah Temu Bual Protokol. Untuk analisis data kuantitatif, hanya borang soal selidik yang lengkap sahaja akan dianalisis. Oleh itu, sebelum penganalisisan dibuat, penyemakan bagi setiap instrumen dijalankan bagi memastikan semua soalan-soalan dijawab dengan lengkap. Sampel yang tidak lengkap dikecualikan dari proses analisis. Data-data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) version 23.0. Dalam kajian ini analisis statistik deskriptif digunakan untuk menghuraikan secara menyeluruh tentang profil subjek kajian seperti demografi dan item-item sambutan serta persepsi terhadap penawaran program Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tawau. Jadual 3.1 menunjukkan interpretasi skor min menurut Creswell (2011). Skor min 1.00 hingga 1.80 menunjukkan tahap sambutan penawaran program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan adalah sangat rendah, nilai skor min 1.81 hingga 2.60 pula menunjukkan tahap sambutan penawaran program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan berada pada tahap rendah. Diikuti 2.61 hingga 3.40 pada tahap sederhana, dan 3.41 hingga 4.20 adalah pada tahap tinggi. Tahap sambutan sangat tinggi apabila skor min berada antara 4.21 hingga 5.00. Jadual 3.1 : Interpretasi Skor Min Skor Min Interpretasi 1.00 – 1.80 Sangat Rendah 1.81 – 2.60 Rendah 2.61 – 3.40 Sederhana 3.41 – 4.20 Tinggi 4.21 – 5.00 Sangat Tinggi
  • 6. Data daripada bahagian dua kajian yang berbentuk temu bual dianalisis secara kualitatif. Data ini digunakan untuk menjawab soalan kajian pertama, kedua, ketiga dan keempat. Kaedah analisis ini melibatkan proses transkripsi data secara ‘kata demi kata’ (verbatim), reduksi atau saringan data, pembinaan tema-tema, pengkodan tema dan paparan hasil. Proses trnskripsi data ‘kata demi kata’ (verbatim) dilakukan dengan bantuan komputer. Perbualan yang didengar dari perakam audio ditranskripsi terus ke dalam perisian Microsoft word. Setelah proses transkripsi selesai, pengkaji menumpukan kepada perkara-perkara yang ditekankan semasa perbualan bersama peserta. Pengkaji turut memberikan perhatian kepada perkara-perkara baru yang ditemui dalam perbincangan dan mencatatkannya di dalam transkripsi. Setelah selesai, pengkaji membaca keseluruhan catatan yang telah dibuat. Catatan dibaca secara berhati-hati, barisan demi barisan. Perkara yang kerap kali diutarakan peserta, direkod untuk mengkaji dengan lebih mendalam tentang tahap kecenderungan maklumat tersebut dalam keperluan kajian. Setelah selesai proses transkripsi, pembacaan secara menyeluruh dibuat sekali lagi untuk mendapat gambaran keseluruhan dapatan kajian. Bagi tujuan pengkodan, pengkaji membaca setiap frasa transkripsi kumpulan sasaran. Mana- mana frasa yang memberi makna yang sama direkodkan kepada nod tertentu pada nod pokok. Proses reduksi atau penyaringan data ini dijalankan pada semua transkripsi temu bual kumpulan sasaran. Data-data yang dikenal pasti dikelompokkan mengikut tema yang ditentukan pengkaji. Data-data tersebut disusun dalam gambar rajah pokok yang menggambarkan perkaitan dan perbezaan antara kelompok data. Dapatan Kajian Kajian ini melibatkan responden seramai 437 orang pelajar, 50 orang terdiri dari industri yang merupakan wakil industri, ibu bapa dan wakil setempat di sekitar Sabah. Penyelidik telah memilih dua belas (12) buah Sekolah Menengah arus perdana mewakili 437 orang responden yang terdiri daripada Pelajar Tingkatan 5. Dapatan kajian ini akan dilaporkan dalam bentuk laporan deskriptif dalam min dan peratusan. Penentuan tahap sambutan penawaran program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan berdasarkan Creswell (2011). Analisis sampel pelajar: Bilangan soalan kaji selidik yang dikeluarkan adalah sebanyak 437 keping kertas kaji selidik yang dihantar kepada tiga buah sekolah untuk diberikan kepada pelajar Tingkatan 5 bagi sekolah masing-masing dan sejumlah 437 keping kertas kaji selidik yang telah dikembalikan. Penyelidik telah menggunakan pendekatan secara bersemuka dengan wakil pihak sekolah bagi memastikan tiada berlakunya kehilangan data maklumbalas berlaku. Aliran Pengajian: Jadual 4.1: Taburan Pelajar Mengikut Aliran Pengajian Aliran Pengajian Kekerapan Peratusan (%) Sains 110 25.2 Sastera 62 14.2 Teknik & Vokasional 54 12.4 Perdagangan & Ekonomi 100 22.9 Lain-lain 111 25.4 Total 437 100 Jadual 4.1 menunjukkan bilangan pelajar mengikut aliran masing-masing yang menunjukkan dapatan tertinggi sebanyak 25.4% (n = 111) adalah daripada lain-lain aliran pengajian. Aliran
  • 7. kedua tertinggi adalah mewakili 25.2% (n = 110) adalah pelajar daripada aliran sains diikulti sebanyak 22.9% (n = 100) pelajar daripada aliran Perdagangan dan Ekonomi. Terdapat 14.2% (n = 62) pelajar daripada aliran Sastera dan 12.4% (n = 54) orang pelajar adalah daripada aliran Teknik & Vokasional. Pengetahuan Dalam Bidang Pengurusan Pengurusan Perkhidmatan Makanan Jadual 4.2: Taburan Pengetahuan Pelajar Terhadap Bidang Pengurusan Perkhidmatan Makanan Pengetahuan Bidang Kekerapan Peratusan (%) Tidak tahu 84 19.2 Sedikit 143 32.7 Sederhana 154 35.2 Banyak 56 12.8 Total 437 100 Melalui kaji selidik yang dijalankan, pengetahuan pelajar dalam bidang pengurusan perkhidmatan makanan menunjukkan sebanyak, 56% (n = 56) pelajar mempunyai pengetahuan yang banyak terhadap bidang tersebut. Walau bagaimanapun, sebanyak 35.2% (n = 154) pelajar mempunyai pengetahuan tentang bidang ini pada tahap yang sederhana, diikuti sebanyak 32.7% (n = 143) pelajar mempunyai pengetahuan yang sedikit terhadap program pengurusan perkhidmatan makanan. Manakala berbaki 19.2% (n = 84) pelajar tidak mempunyai gambaran dan pengetahuan terhadap pengurusan perkhidmatan makanan. Analisis Sambutan Pelajar Terhadap Penawaran Program Berdasarkan analisis yang dijalankan, terdapat 44.6% (n = 195) daripada responden bersetuju akan melanjutkan pelajaran ke Politeknik Malaysia selepas menamatkan pengajian peringkat SPM diikuti seramai 10.1% (n = 44) daripada pelajar sangat bersetuju dan sebanyak 29.5% (n = 129) yang kurang bersetuju untuk melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi. Seramai 38.4% (n = 168) bilangan pelajar bersetuju bahawa penawaran Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan adalah sesuai dengan minat mereka diikuti dengan sejumlah 25.9% (n = 113) pelajar yang kurang bersetuju dan 13% (n = 57) bilangan belajar yang sangat setuju dengan penawaran program tersebut. 36.8% (n = 161) dan 16.7% (n = 73) merupakan jumlah pelajar yang bersetuju dan sangat bersetuju bahawa Program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan dapat menyumbang kepada pembangunan kerjaya mereka dan 28.6% (n = 125) daripadanya kurang bersetuju. Seramai 44.9% (n = 196) bilangan pelajar yang bersetuju bahawa penawaran Program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tawau dapat memenuhi keperluan industri perkhidmatan makanan pada masa akan datang. Ianya diikuti dengan 22.4% (n = 98) bilangan pelajar yang sangat bersetuju manakala 18.5% (n = 81) bilangan pelajar yang kurang bersetuju dengan pendekatan tersebut. Bagi persetujuan penawaran program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tawau pula, seramai 34.1% (n = 149) bilangan pelajar yang sangat bersetuju, 39.1% (n = 171) bilangan pelajar yang bersetuju dan hanya 16% (n = 70) bilangan pelajar sahaja yang kurang bersetuju. Selain itu, penyelidik juga mendapatkan hasil analisis kajian melalui nilai skor min. Jadual 4.3 menunjukkan skor min terhadap minat pelajar Sekolah Menengah sekitar Sabah terhadap penawaran program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tawau pada tahap persetujuan yang tinggi.
  • 8. Jadual 4.3: Skor Min bagi sambutan Pelajar terhadap penawaran Program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan No Item Skor Min Tahap Kesediaan 1. Saya akan melanjutkan pelajaran ke Politeknik Malaysia selepas SPM. 3.55 Tinggi 2. Saya berpendapat penawaran program Diploma Penyediaan Makanan adalah sesuai dengan minat saya. 3.33 Sederhana 3. Program Diploma Penyediaan Makanan berikut mampu menyumbang kepada perkembangan kerjaya saya di masa hadapan. 3.44 Tinggi 4. Saya berpendapat bahawa program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan dapat memenuhi keperluan industri/agensi di masa hadapan.. 3.69 Tinggi 5. Saya bersetuju sekiranya program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan dapat ditawarkan di Politeknik Tawau. 3.91 Tinggi Analisis Sambutan Industri Terhadap Penawaran Program Berdasarkan analisis yang dijalankan, terdapat 52.0% (n = 26) orang daripada responden sangat bersetuju untuk memberi galakan kepada bakal pekerja, anak-anak mereka dan komuniti untuk melanjutkan pelajaran ke Politeknik Malaysia selepas menamatkan pengajian peringkat SPM diikuti seramai 44.0% (n = 22) daripada responden bersetuju dan hanya 2.0% (n = 1) yang tidak bersetuju untuk melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi. Sebanyak 46.0% (n = 23) bilangan industri, ibu bapa dan wakil setempat bersetuju bahawa penawaran Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan adalah sesuai dengan minat mereka diikuti dengan sejumlah 6.0% (n = 3) tidak bersetuju dengan penawaran program tersebut. Sebanyak 56.0% (n = 28) bersetuju bahawa dengan penawaran program ini akan dapat menyumbang kepada pembangunan karier pelajar tersebut. Hanya 4.0% (n = 2) responden yang kurang bersetuju dengan kenyataan tersebut.. Seramai 50.0% (n = 25) bilangan responden yang sangat bersetuju bahawa penawaran Program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tawau dapat memenuhi keperluan industri perkhidmatan makanan pada masa akan datang. Ianya diikuti dengan 48.0% (n = 24) bilangan bilangan industri, ibu bapa dan wakil setempat yang bersetuju manakala hanya 2.0% (n = 1) bilangan pelajar yang sangat bersetuju dengan pendekatan tersebut. Bagi persetujuan penawaran program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tawau pula, seramai 60.0% (n = 30) responden sangat bersetuju jika program ini ditawarkan di Politeknik Tawau, 38.0% (n = 19) bilangan pelajar yang bersetuju dan hanya 2.0% (n = 1) bilangan yang kurang bersetuju. Selain itu, penyelidik juga mendapatkan hasil analisis kajian melalui nilai skor min. Jadual 4.4 menunjukkan skor min kehendak industri, ibu bapa dan wakil setempat sekitar Sabah terhadap penawaran program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tawau pada tahap persetujuan yang tinggi. Penyelidik juga mendapatkan hasil analisis kajian melalui nilai skor min.
  • 9. Jadual 4.4: Skor Min bagi Jangkaan Penawaran Program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan Analisis Data Kualitatif Data kualitatif telah dikumpulkan melalui kaedah temu bual kumpulan sasaran. Hasil temubual dengan beberapa pihak telah turut membawa kepada beberapa cadangan berhubung dengan program-program yang boleh ditawarkan. Kesimpulan Kajian kebolehlaksanaan penawaran program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tawau di daerah Tawau secara majoriti mendapat sokongan dari kedua-dua aspek kuantitatif mahupun kualitatif. Responden memberikan keputusan bahawa penawaran program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tawau adalah boleh dilaksanakan. Malah mereka berpendapat ia akan mendatangkan kesan positif yang banyak berbanding kesan negatif. Isu yang perlu diketengahkan di sini adalah ia bukan sekadar penawaran program itu sahaja, malah ia perlu mendapat sokongan dari kalangan pemain- pemain industri bagi menyediakan peluang pekerjaan untuk bakal graduan ini.Selaras dengan hasrat kerajaan untuk mempergiatkan dan memperkasakan lagi bidang TVET, maka No Item Skor Min Tahap Jangkaan 1 Saya akan menggalakkan bakal pekerja/anak/komuniti melanjutkan pelajaran ke Politeknik Malaysia selepas SPM. 4.46 Sangat Tinggi 2 Saya berpendapat penawaran program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan adalah bersesuaian dengan minat pelajar 4.30 Sangat Tinggi 3 Saya berpendapat program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan mampu menyumbang kepada perkembangan kerjaya bakal pekerja/anak/komuniti di masa hadapan. 4.36 Sangat Tinggi 4 Saya berpendapat bahawa program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan dapat memenuhi keperluan industri/agensi di masa hadapan. 4.44 Sangat Tinggi 5 Saya sangat bersetuju sekiranya program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan dapat ditawarkan di Politeknik Tawau. 4.58 Sangat Tinggi
  • 10. penawaran program ini dikatakan dapat menyediakan tenaga kerja mahir dalam bidang perkhidmatan makanan yang seiring dengan matlamat ini. Perkembangan yang rancak dalam industri pelancongan dan hospitaliti masa kini secara tidak langsung akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan permintaan yang tinggi untuk industri perkhidmatan makanan. Hubungkait diantara Persoalan Kajian 1 dan Objektif Kajian 1: PK1: Adakah terdapat permintaan terhadap program Diploma? OK1: Mengenal pasti permintaan terhadap program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan. Berdasarkan analisis yang dijalankan melalui kajian ini, pelaksanaan bagi penawaran program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tawau dilihat adalah dalam keadaan yang positif serta menerima sokongan daripada industri, ibu bapa dan juga penduduk setempat. Walaubagaimanapun, masih terdapat ruang yang perlu dilihat bagi memastikan pencapaian dari segi pengetahuan pelajar peringkat SPM ataupun Pelajar Tingkatan Lima yang menjadi sasaran utama bagi kemasukan ke Politeknik Tawau terhadap program Pengurusan Perkhidmatan Makanan pada tahap yang baik. Merujuk kepada maklumbalas yang di terima berkaitan pengetahuan terhadap bidang Pengurusan Perkhidmatan Makanan, terdapat pelajar yang tidak tahu tentang kewujudan bidang pengurusan perkhidmatan makanan. Dengan peratusan yang hampir sama diantara sedikit dan sederhana memberikan maklumbalas kepada penyelidik untuk mengadakan sesi taklimat berkaitan program yang bakal ditawarkan kepada pelajar sasaran ini. Pendekatan seperti ini perlu dilakukan dengan kekerapan yang padat jika dilihat kepada minat pelajar terhadap bidang pengurusan perkhidmatan makanan. Peratusan pelajar yang minat terhadap bidang ini adalah tinggi jika dibandingkan dengan peratusan yang tidak berminat. Ini menunjukkan bahawa peluang bagi pelaksanaan program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan adalah wajar dan bakal mempunyai permintaan bagi pelajar sekitar Sabah. Hubungkait diantara Persoalan Kajian 2 dan Objektif Kajian 2: PK1: Mengapakah Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan diperlukan? OK2: Mengenal pasti keperluan program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan. Bagi persoalan dan objektif kajian kedua ini, maklumbalas daripada pihak industri perlu dijadikan rujukan. Berdasarkan maklumat yang diberikan, Zon Tawau menawarkan lokasi- lokasi tarikan pelancong dari semasa ke semasa. Hal ini dibuktikan dengan kedatangan pelancong ke daerah Semporna bagi menikmati kehidupan laut yang dapat menjana ekonomi penduduk setempat secara khasnya dan secara tidak langsung dapat menjana ekonomi negeri Sabah secara keseluruhannya. Pihak industri juga percaya bahawa dengan penawaran pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Perkhidmatan Makanan di kawasan Zon Tawau ini juga dapat membekalkan industri dengan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang luas tentang industri ini. Dengan perkembangan pesat industri pelancongan di Sabah masa ini juga, secara tidak langsung memberi ruang dan peluang kepada bidang pengurusan perkhidmatan makanan berkembang. Kerana ianya saling berkait rapat. Selain daripada itu, kerjasama yang dapat dilihat daripada pihak industri dalam memberikan sokongan serta sumbangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar juga dilihat mampu menghasilkan pelajar yang mempunyai daya saing yang tinggi melalui penerapan pengalaman secara terus daripada industri. Dari segi latihan industri juga, dilihat
  • 11. terdapat industri yang masih belum pernah mendapat permohonan daripada mana-mana institusi bagi menghantar pelajar untuk menjalani latihan industri dalam organisasi mereka walaupun mereka boleh mempertimbangkanya malah sangat memerlukannya kumpulan pelajar ini. Melalui penawaran program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tawau adalah dilihat dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi serta kerjaya penduduk setempat. Hubungkait diantara Persoalan Kajian 3 dan Objektif Kajian 3: PK3: Apakah implikasi sekiranya Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan ditawarkan? OK3: Mengenal pasti implikasi pelaksanaan program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan. Secara asasnya, pelaksanaan program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tawau memerlukan keperluan fizikal seperti makmal (komputer dan dapur) dan bangunan yang berteknologi tinggi. Untuk makluman, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal) sudah sedia ditawarkan di beberapa politeknik di Malaysia. Walau bagaimanapun, bidang yang ditawarkan lebih fokus kepada amalan halal manakala cadangan penawaran Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan tidak. Berlandaskan penawaran Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal) yang telah dilaksanakan, perancangan dan anggaran tentang ruang, kemudahan dan peralatan yang diunjurkan boleh dirujuk pada jadual Secara keseluruhan, dapatan kajian ini menunjukkan sokongan padu ke atas penawaran program Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan.Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dipohon bersetuju dengan penawaran program baharu Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tawau Sabah (PTS), di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Penghargaan Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga kami menyempurnakan tugasan Kajian Analisis Keperluan Program Diploma Pengurusan Perhidmatan Makanan di Politeknik Tawau, Sabah. Sepanjang menjalankan kajian ini, kami telah memperoleh pelbagai pengalaman yang amat berharga dan bermakna. Pengalaman yang kami perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup kami. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan kajian ini. Terutamanya kepada responden kami yang terdiri dari pelajar sekolah menengah sekitar Sabah, para ibu bapa, pihak industri dan wakil setempat. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada ahli keluarga kami yang telah banyak memberi sokongan moral dan pihak Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) atas peluang dan sumber kewangan dalam menyelesaikan kajian ini. Selain itu, kami turut berterima kasih kepada Ketua Jabatan dan rakan-rakan pensyarah atas bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan kajian ini dengan jayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah kami hargai.
  • 12. Rujukan (APA 6th edition) Baharudin,N.A.,Hashim,S.N.A.,Nadzri,S.,and Ahmad,N.W. (2016). Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Perkhidmatan Makanan Di Kafetaria Kuis,978-967-0850-61-0 Creswell, J.W dan Miller,D. 2002. Determining Validity in Qualitative Inquiry.Theory into Practice. Journal of Mixed Methods Research . 39(3):124-130. Creswell, J.W dan Plano Clark, V.L . 2011. Designing and Conducting Mixed methods Research. Edisi kedua. Thousand Oakes, California: Sage Publication Inc. Creswell, J.W. 1994. Research Design:Qualitative and Quantitative Approaches. Thousand Oakes, California: Sage Publication Inc. Creswell, J.W. 2007. Qualitative Inquiry and Research Design:Choosing Among Five Traditions. Edisi kedua. Thousand Oakes, California: Sage Publication Inc. Handicapping Strategies. Journal of Early Adoloscene. 15, 389-411. Jabatan Perangkaan Statistik Malaysia. Cawangan Sabah. Jabatan Perangkaan Malaysia (2016) Jabatan Pengajian Politeknik, Laporan Kajian Pengesanan Graduan Politeknik 2008 dan 2009 Jabatan Pengajian Politeknik (2014) Work Based Learning, Pelaksanaan di Politeknik Malaysia, Edisi Pengenalan Kaplan D. 2000. Structural Equation Modeling: Foundations and Extentions. Education Group. Inc. Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610. Krueger, R.A. 1994. Focus Group:A Practical Guide Foe Applied Research. Edisi ke dua. Thousand Oaks: Sage Publications. Lincoln, Y.S dan Guba, E.G. 1985. Naturalistic Inquiry. Beverly Hills CA: Sage Publications. Midgley, C., and Urdan,T. 1995. Predictor Of Middle School Students’ Use Of Self- Norusis, M.J. 1999. SPPS 9.0 guide to data analysis. New Jersey: Prentice Hall. Patton, M.Q. 1990. Qualitative Evaluation and Research Methods. Edisi kedua. London:Sage Publication Ltd. Sekaran U. 2000. Research Method for Business. Edisi ketiga. New York: John Wiley dan Sons Inc. There’s A Reason: Predictors Of Adolescents’ Use Of Academic Self-Handicapping Strategies. Journal of Educational Psychology. 88, 423-434. Standard Program: Hospitaliti dan Pelancongan 2013. Diakses pada 20 Mac 2018 daripada laman sesawang http://www.mqa.gov.my. Unit Perancang Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia (2016) Unit Perancangan Ekonomi. Cawangan Sabah Uma Sekaran and Roger Bougie. 2010. Reseach Methods For Business. A Skill Building Approach. 5th edi. John wiley & sons Ltd. Uma Sekaran. 1992. Research Methods for Business:A Skill Building Approach. Edisi kedua. Canada: John Wiley and Sons Inc. Yin, R.k. 1994. Case Study Research:Design and Methods. Edisi ke dua. London: Sage Publication Ltd. View publication stats View publication stats