SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
BAB 6 : PROGRAM SOKONGAN DAN HAL EHWAL MURID
1.1 : Asrama
1.2 : Skim Pinjaman Buku Teks
1.3 : Biasiswa dan Pinjaman
1.4 : Program Bersepadu Sekolah Sihat
1.5 : Program Pemakanan Sekolah
1.6 : Bimbingan dan Kaunseling
1.7 : MalaysiaTeacher Standard atau Standard Guru Malaysia(SGM)
1.8 : PIBG
1.9 : Skim Baucer Tuisyen
1.1 : Asrama
Pengawasan Asrama
4.1 Menentukan sistemkemasukan dan penempatan pelajar keasrama.
4.2 Membantu di dalampemilihan dan penyeliaan warden-warden asrama.
4.3 Menyelaras hal-hal pembelajaran dan menentukan langkah-langkah keselamatan asrama.
4.4 menyelaras penyeliaan kebersihan dan mewujudkan keceriaan asrama.
4.5 Menyelaras penyeliaan hal makanan dan dapur.
4.6 Menyelaras pengawasan hal-hal kesihatan penghuni asrama.
4.7 Membantu dalamurusan sebutharga/tender makanan asrama sekolah.
4.8 Memastikan bahawa kemudahan dan penyertaan penghuni asrama dalamaktiviti riadah dan kokurikulum
diadakan.
4.9 Menyelaras segala jenispungutan wang dan pembayaran yangberkaitan dengan asrama.
1.2 : Skim Pinjaman Buku Teks
Pengenalan
Program SkimPinjaman Buku Teks (SPBT) mula dilaksanakan pada tahun 1975.SPBT merupakan satu program
pinjaman buku teks kepada murid yang layak di semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.
Pemberian pinjaman buku teks dilaksanakan mengikutDasar Kelayakan SPBTyang telah diluluskan oleh
Jawatankuasa Kabinet.Dasar Kelayakan ini digunakan untuk menentukan sama ada seseorangmurid itu layak
atau tidak layak menerima pinjaman buku teks SPBT sebagaimana yangdigunakan pada borangSPBT
Program SPBT asalnya dilaksanakan bertujuan untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu
bapa atau penjaga yang kurangmampu dan memastikan murid daripada keluarga yangkurangmampu tidak
tercicir dalampersekolahan mereka. Namun, bermula tahun 2008, kerajaan Malaysiatelah memberi bantuan
pinjaman buku teks kepada semua murid yang bersekolah di sekolah kerajaan tanpa mengira taraf kewangan
keluarga.Justeru, keadaan ini menjadikan tanggungjawab unit SPBT bertambah berat bagi memastikan setiap
buku diproses dan diagihkan kepada semua murid di SMKS19.
Objektif
Murid- murid yanglayak mendapat bekalan buku yangmencukupi.
Pengurusan dan pengagihan buku- buku teks dapat dijalankan dengan lancar dan sistematik.
Murid - murid dapatmenggunakan buku- buku tersebut secara berkesan di dalamkelas dan sebagai rujukan
ketika di rumah.
Skim Pinjaman Buku Teks
a. Menyelaras hal-hal pengeluaran,pengambilan,pengagihan dan hapuskira.
b. Menguruskan kutipan-kutipan data,mengawal buku-buku stok dan mengawal bilik Buku Bantuan.
c. Menyediakan anggaran belanjawan mengurus skimpinjaman buku teks.
http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
1.3 : Biasiswa dan Pinjaman
Pinjaman dan Biasiswa
Beberapa program biasiswa telah diwujudkan bagi para pelajar yangmemerlukan bantuan dalammeneruskan
pengajian mereka. Ini termasuklah program-programyang dimulakan oleh kerajaan,syarikat-syarikat
berkepentingan kerajaan (GLC) serta entiti-entiti korporat.
Maklumatlanjutmengenai program biasiswa yangditawarkan oleh badan-badan kerajaan:
Dana Pendidikan dari Kementerian Pendidikan
Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang
Skim Tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam Sabah
Pinjaman dan Biasiswa MARA
Bantuan Pendahuluan Pendidikan Tinggi (HESK) Lembaga Tembakau Negara (LTN)
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
1.4 : Program Bersepadu Sekolah Sihat
Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Kementerian Kesihatan telah melancarkan ProgramBersepadu
Sekolah Sihat(PBSS). Program ini bertujuan untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan kesihatan kepada
murid di sekolah rendah hingga sekolah menengah. Usaha murni untuk mewujudkan Program Bersepadu
Sekolah Sihat(PBSS) adalah berasaskan rasional berikut:
 Terdapat beberapa program kesihatan sekolah sedia adayangperlu diselaraskan di bawah satu
program bersepadu
 Untuk mewujudkan satu sistemyang fleksibel,inovatif dan kreatif serta menjurus kepada keperluan
sekolah berlandaskan kepada keperluan semasa
 Hasratuntuk mewujudkan satu programkesihatan yangmampu melahirkan rasa kekitaan dan
komitmen di kalangan warga sekolah
 Keperluan untuk mewujudkan satu programbersepadu yang menghasilkan impak serta dapatdinilai
keberkesanannya
 Satu usaha yangmeningkatkan kesefahaman dan kerjasama perlu diwujudkan antarasekolah dan
masyarakatdalammenangani isu-isu kesihatan
 Satu usaha yangteratur dan berfokus ke arah amalan kesihatan perlu dipraktikkan melalui program
yang terancangdan bersepadu
1.5 : Program Pemakanan Sekolah
Program-programpemakanan seperti ProgramRancangan Makanan Tambahan Sekolah (RMTS) yang mula
diperkenalkan ke seluruh sekolah rendah di Malaysia padatahun 1979 dan diikuti oleh ProgramSusu Sekolah
yang mula dipekenalkan pada tahun 1989,adalah antara programyangdijalankan bagi meminimumkan
masalah tersebut. (Abdul Rahman, 1993).
1.6 : Bimbingan dan Kaunseling
a. Merancangdan menyelaras pelaksanaan programbimbingan dan kaunseling.
b. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan keunselingmurid dan menyediakan laporan yang
diperlukan.
c. Merancangdan melaksanakan programkebajikan dan orientasi bagi murid-murid baru.
http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
Apa itu kaunseling?
Suatu proses perhubungan menolong yangsistematik berasaskan prinsip psikologi.Ia dijalankan oleh kaunselor
profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yangbaik dan menyeluruh.
Pertemuan adalah secara sukareladan berterusan sepanjanghayatberlandaskan Etika Kaunseling.
Kaunselingbukan bererti nasihat,walaupun terdapatnasihatyangdiberikan.Malah kaunselor tidak memberi
jawapan secara langsungkepada semua persoalan klien,kerana apa yangbaik untuk kaunselor tidak
semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmatkaunselingialah iamembimbingklien mencari
sumber dirinya yangmenyumbang kepada isu yangdihadapi.Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah
penting dalammenghasilkan perubahan diri.
1.7 : Malaysia Teacher Standard atau Standard Guru Malaysia (SGM)
Pengertian Standard Guru Malaysia
" Standard Guru Malaysia ialah pernyataan kompetensi profesional yangpatut dicapai oleh guru (Standard) dan
pernyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan
(Keperluan). "
Standard Guru Malaysia(SGM) menggariskan kompetensi profesional yangpatutdicapai oleh guru,dan
keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai
tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru,
pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalamusahauntuk melahirkan dan melestarikan guru
berkualiti.Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.
Malaysiamemberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama di mana bina upaya
adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020.Modal insan adalah harta
yang boleh disuntik nilai tambahnya,diinjakkan nilai inteleknya serta diperbanyakkan modal budayanya.
Pembangunan modal insan berkualiti bergantungkepada pendidikan berkualiti;yangdapatmenghasilkan
individu yangmempunyai jati diri yangkukuh, berketerampilan,berkeperibadian mulia,berpengetahuan dan
berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju. Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang
mampu berfikiran kritisdan kreatif,berkemahiran menyelesaikan masalah,berkeupayaan mencipta peluang
baru,mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yangsering
berubah.
Dalamabad ke-21 ini,negara menghadapi cabaran baru kesan daripadaglobalisasi,liberalisasi,
pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumatdan Komunikasi (TMK).Sehubungan dengan itu
Malaysiamemerlukan modal insan yangjuga celik TMK, progresif dan mampu bersaingdi pasaran kerja global.
Pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysiaadalah agenda utama Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Justeru itu,guru perlu memahami,
menunjukkan kesungguhan, dan mempunyai iltizamyangtinggi dalammelaksanakan daya usaha dan
pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan seperti petikan yangberikut:
”... as the most significantand costly resourcein schools,teachers arecentral to school improvement efforts.
Improvingthe efficiency and equity of schoolingdepends,in largemeasure, on ensuringthat competent people
want to work as teachers, that their teaching is of high quality,and that all students haveaccess to high quality
teaching.”
(Organization for Economic Co-operation and Development; petikan daripada Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan KPM2007; hal.106 )
Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usahauntuk melahirkan guru yang berkualiti dan
http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
memastikan mereka yangberkualiti kekal dalamsistempendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang
tempoh perkhidmatan. Antara langkah yangtelah diusahakan termasuklah memantapkan latihan perguruan,
menambah baik sistempemilihan calon guru,melonjakkan kecemerlangan institusi latihan perguruan,dan
menambah baik laluan kerjaya serta kebajikan guru.
Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan peneraju utama latihan
perguruan di Malaysia.BPGbersama-sama InstitutPendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam
(IPTA) bertanggungjawab merancang dan melaksanakan latihan perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga
pengajar di institusi pendidikan seluruh negara.Bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti tinggi,tiga aspek
utama ditekankan iaitu amalan nilai profesionalismekeguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran
pengajaran dan pembelajaran.
Bahagian Pendidian Guru telah mengambil langkah proaktif dalammembangunkan standard guru sebagai
panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan di Malaysia.
Rasional
Standard Guru Malaysiaini digubal berdasarkan rasional yangberikut:
 Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalismekeguruan, pengetahuan dan kefahaman,
serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yangtinggi bagi membolehkan mereka berfungsi
sebagai guru profesional dengan berkesan,
 Agensi dan institusi latihan perguruan patutmenyediakan keperluan yang jelas dan lengkap seperti
dasar,kurikulum,infrastruktur,tenaga pengajar,sumber pengajaran dan pembelajaran,serta jaminan
kualiti untuk membolehkan proses latihan dijalankan dengan lancar,berkesan dan bermutu tinggi,
 KPM sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru yangdapat
dijadikan showcase.Justeru itu,adalah wajar standard bagi institusi latihan perguruan diwujudkan,
dan
 Standard Guru Malaysiamenggariskan kriteria dan standard amguru selaras dengan Malaysian
QualificationsFramework (MQF) yang menggariskan kriteria dan standard ampendidikan tinggi.
Tujuan
Standard Guru Malaysiadigubal bagi tujuan yangberikut:
 mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalamaspek amalan nilai profesionalisme
keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran,
 mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi latihan
perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai.
 Standard Guru Malaysiaakan dapatmengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru
yang patut ditambahbaik sejajardengan perkembangan dan cabaran semasa duniapendidikan.
Penggubalan
 Penggubalan SGM adalah berasaskan kepada prinsip dan proses yangberikut:
 Pernyataan Standard dan Keperluan jelas,tepat, relevan, praktikal,adil,dan realistik,
 Standard dan Keperluan yang dicadangkan adalah berasaskan kajian serta penandaarasan,dan
 Proses penggubalan dilaksanakan secara kolaboratif,telus,terbuka dan persetujuan bersama dengan
pihak-pihak berkepentingan.
Penggunaan
Standard Guru Malaysiaadalah dokumen rujukan yangpatut diguna pakai oleh pihak yangberikut:
Guru
http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
 Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard.
 Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalismediri.
Pendidik Guru di Institusi Latihan Perguruan
 Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard.
 Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalismediri.
 Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih (guru praperkhidmatan) atau peserta
kursus (guru dalamperkhidmatan).
 Mengenal pasti strategi bagi membantu guru pelatih atau peserta kursus meningkatkan tahap
pencapaian standard.
Pengurus dan Pentadbir Institusi Latihan Perguruan
 Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus.
 Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh institusi.
 Mengenal pasti strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard dan keperluan.
Guru Besar dan Pengetua Sekolah
 Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru.
 Menyediakan dan melaksanakan strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard oleh guru.
Agensi Latihan Perguruan
 Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus di institusi latihan
perguruan.
 Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan oleh agensi dan institusi latihan
perguruan.
 Mengenal pasti dasardan strategi pembangunan pendidikan guru yangboleh ditambahbaik.
Komponen SGM
Standard merangkumi tiga aspek berikut:
Standard 1: Amalan Nilai ProfesionalismeKeguruan
Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalismekeguruan berdasarkan domain diri,
profesion dan sosial,yangpatut ada pada seseorangguru.
Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman
Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan,ilmu
pendidikan,kurikulumdan kokurikulumyangpatut ada pada seseorangguru.
Standard 3: Kemahiran Pembelajaran dan Pembelajaran
Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yangpatutdikuasai oleh
seseorangguru.
KEPERLUAN
Bagi menyokong dan membantu guru mencapai tahap kompetensi amalan nilai profesionalismekeguruan,
pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yangdiharapkan,agensi dan
institusi latihan perguruan patutmenyediakan dan melaksanakan keperluan yangberikut:
http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
Keperluan 1: Kelayakan dan Prosedur Pengambilan Calon ProgramLatihan Perguruan
Keperluan ini memperincikan syaratdan kriteria serta prosedur pengambilan calon programlatihan perguruan.
Keperluan 2: Latihan,Pentaksiran dan Penilaian Keperluan ini memperincikan programlatihan,sistem
pemantauan, dan pentaksiran dan penilaian.
Keperluan 3: Kolaborasi
Keperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensi dan institusi latihan perguruan dengan pihak
sekolah,institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara,badan bukan kerajaan serta lain-lain institusi
yang boleh memantapkan lagi latihan perguruan.
Keperluan 4: Infrastruktur dan Infostruktur
Keperluan ini memperincikan prasaranapengajaran dan pembelajaran,informasi dan komunikasi bagi
mengoptimum kecekapan dan keberkesanan programlatihan.
Keperluan 5: Jaminan Kualiti
Keperluan ini memperincikan semua aspek perancangan dan pelaksanaan dasar,strategi,prosedur serta
aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa kualiti latihan sentiasaterpeliharadan ditingkatkan secara
berterusan.
Perincian standard dan keperluan yangdigariskan amatpenting bagi menjamin program latihan yang
dilaksanakan akan menghasilkan guru yangkompeten, kreatif, inovatif,dan berketerampilan.
Guru (digambarkan oleh huruf G) yang dihasratkan oleh Malays iamempunyai kompetensi yang tinggi dalam
aspek amalan nilai profesionalismekeguruan (Standard 1), pengetahuan dan kefahaman (Standard 2) serta
kemahiran pengajaran dan pembelajaran (Standard 3). Ketiga-tiga standard tersebut digambarkan oleh tiga
lingkaran kecil yangbertindan;membawa maksud ketiga-tiga aspek kompetensi yang dikuasai oleh guru adalah
salingberkaitdan bersepadu.
Lingkaran besar putih yang melingkari Standard menggambarkan Keperluan utama yang patut disediakan oleh
agensi dan institusi latihan perguruan bagi menyokong dan membantu guru mencapai Standard. Keperluan
http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
yang dimaksudkan ialah kelayakan masuk dan prosedur pengambilan calon programlatihan perguruan
(Keperluan 1), latihan,pentaksiran dan penilaian programperguruan (Keperlua n 2), kolaborasi (Keperluan 3),
infrastruktur dan infostruktur (Keperluan 4),dan jaminan kualiti (Keperluan 5).
Lingkaran besar yangmemagari Keperluan menggambarkan asas penentuan Standard dan Keperluan iaitu Misi
Nasional,Falsafah Pendidikan Kebangsaan,Falsafah Pendidikan Guru,Tatasusila Profesion Keguruan,dan Etika
Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia,
Glob di tengah-tengah lingkaran Standard merujuk kepada kualiti guru bertaraf dunia yang
dipertanggungjawab membangunkan modal insan berminda kel as pertama,iaitu menguasai ilmu dan
kemahiran tinggi,menjunjung nilai budaya bangsa,memiliki semangatpatriotismeyangutuh, mempunyai daya
saingyangtinggi dan berwibawa.
Standard Guru Malaysiamenetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang patutdicapai oleh guru
untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yangberkualiti kepada warganegara Malaysiakini dan akan
datang. Buku Standard Guru Malaysia,bersama-sama dengan buku Panduan Standard Guru Malaysia dan
Manual Instrumen Standard Guru Malaysiaakan dapatmemastikan guru yang dihasilkan mempunyai
kompetensi yang tinggi dalamaspek amalan nilai profesionalismekeguruan,pengetahuan dan kefahaman serta
kemahiran pengajaran dan pembelajaran.
Penutup
Standard Guru Malaysiamenetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yangpatutdicapai oleh guru
untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yangberkualiti kepada warganegara Malaysiakini dan akan
datang. Buku Standard Guru Malaysia,bersama-sama dengan buku Panduan Standard Guru Malaysia dan
Manual Instrumen Standard Guru Malaysiaakan dapatmemastikan guru yang dihasilkan mempunyai
kompetensi yang tinggi dalamaspek amalan nilai profesionalismekeguruan,pengetahuan dan kefahaman serta
kemahiran pengajaran dan pembelajaran.
Glosari
Berikut adalah penjelasan kepada istilah yangdigunakan dalamdokumen Standard Guru Malaysia,Panduan
Standard Guru Malaysiadan Instrumen Standard Guru Malaysia.
Guru
Tiga kategori guru yang dimaksudkan ialah guru terlatih yangsedangmengajar di sekolah,guru terlatih yang
sedang mengikuti kursus dalamperkhidmatan di institusi latihan perguruan,dan guru pelatih yang sedang
mengikuti kursus praperkhidmatan di institusi latihan perguruan.
Institusi Pendidikan
Sekolah atau mana-mana tempat lain,di mana dalam menjalankan kerja sesuatu organisasi atau institusi,
individu lazimnya diajar,sama ada di dalamsatu kelas atau lebih.
Standard
Pernyataan kompetensi profesional yangpatutdicapai oleh guru.
Keperluan
Pernyataan aspek latihan perguruan yangpatut disediakan dan dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan
perguruan.
Bilik Darjah
Lokasi dan ruangdi mana sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan,termasuk bilik kuliah,bengkel dan
makmal.
Kompetensi
Kemahiran profesional guru berdasarkan amalan nilai profesionalisme,pengetahuan dan kefahaman, dan
kemahiran pengajaran dan pembelajaran.
http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
Institusi Latihan Perguruan
Organisasi yangbertanggungjawab mereka bentuk dan melaksanakan latihan perguruan termasuklah IPGdan
fakulti pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Agensi Latihan Perguruan
Organisasi yangmenggubal dasar dan memantau pelaksanaan latihan perguruan seperti Kementerian
Pengajian Tinggi dan BPG
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
Institusi yangmelaksanakan latihan perguruan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sekolah
Institusi pendidikan ini merangkumi sekolah rendah dan menengah, sekolah teknik, sekolah pendidikan khas,
sekolah vokasional.
Murid
Pelajar sekolah yangmenerima pengajaran dan pembelajaran daripadaguru.
Program
Susunan kursus dan isi kandungan pembelajaran yangdirancangserta direka bentuk bagi suatu tempoh
tertentu untuk mencapai hasil pembelajaran seperti yangditentukan dalammatlamatdan objektifnya.
Program yangdimaksudkan akan menjurus kepada penganugerahan sesuatu kelayakan.
Kursus
Unit asas pembelajaran yangmembentuk sesuatu program, mempunyai hasil khusus,kandungan dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran serta kaedah penilaian bagi menyokong pencapaian hasil pembelajaran.
Kurikulum
Skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di institusi latihan perguruan.Kurikulummerangkumi semua
pengetahuan, kemahiran,norma, nilai,unsur kebudayaan,dan kepercayaan untuk membantu perkembangan
seseorangpelajar dengan sepenuhnya dari segi jasmani,rohani ,mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yangdiingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
Aktiviti Kokurikulum
Aktiviti persatuan atau kelab, sukan dan olahraga,serta unitberuniformyang wajib diikuti oleh semua guru
pelatih yangmengikuti latihan perguruan.
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)
Guru pelatih ProgramIjazah SarjanaMuda Perguruan (PISMP) ditempatkan di sekolah selama satu minggu
untuk memberi peluangkepada mereka memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan
guru di dalambilik darjah melalui pemerhatian,penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan
komuniti sekolah.
Minggu Orientasi Sekolah (MOS)
Guru pelatih Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Jawi,Qura n, bahasa Arab dan Fardu Ain
(j-QAF) ditempatkan di sekolah selama satu minggu untuk memberi peluangkepada mereka memahami
sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalambilik darjah melalui pemerhatian,
penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah.
Praktikum
Semua guru pelatih yangmengikuti latihan perguruan di tempatkan di sekolah untuk pengalaman praktik di
dalamdan di luar bilik darjah.Praktikummenyediakan peluangkepada guru pelatih mempraktikkan teori
dalamamalan pengajaran dan pembelajaran serta menghasilkan teori pengajaran dan pembelajaran yang
tersendiri.
Penilaian
Pengukuran berterusan yangdijalankan sepanjangtempoh kursus pengajian atau programlatihan dan
http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
termasuklah apa-apa peperiksaan bertulisyangmembawa markah atau gred bagi sesuatu kursus atau program
latihan atau sebahagian daripadanya.
Pembangunan Profesionalisme Berterusan
Program latihan secarasistematik yangmenjurus ke arah peningkatan profesionalismedan pembangunan
kerjaya serta kecemerlangan perkhidmatan.
Hasil Pembelajaran
Penguasaan guru dalamamalan nilai profesionalismekeguruan,ilmu pengetahuan dan kefahaman serta
kemahiran pengajaran dan pembelajaran.
Pihak Berkepentingan
Pihak yangmempunyai kepentingan bersama secara langsungdalamkonteks perkhidmatan pendidikan.
Contohnya sekolah,ibu bapa,penaja,ketua perkhidmatan.
Budaya IPG
Amalan kerja warga IPG bertujuan mewujudkan identiti institusi unggul yangmelahirkan guru yangberpekerti
mulia,berpandangan progresif dan saintifik,bersedia menjunjungaspirasi negara,serta menyanjungwarisan
kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu,dan memelihara suatu masyarakatyangbersatu padu,
demokratik, progresif dan berdisiplin.
Infrastruktur
Kemudahan fizikal di institusi latihan perguruan bagi menyokong penterjemahan dan pelaksanaan kurikulum
serta kokurikulumyang berkesan, bermakna dan menyeronokkan.
Infostruktur
Pemilihan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) secara berkesan,jaringan dalaman dan
luaran serta perkhidmatan pusatsumber.
Pengurusan Kualiti
Mekanisme dan kerangka kualiti semua proses aktiviti organisasi bagi menjamin kualiti produk dan
perkhidmatan yang ditawarkan.
Pendidik Guru
Merupakan individu yangbertauliah yangmelatih guru di institusi latihan perguruan.
1.8 : PIBG (Persatuan IbuBapa dan Guru)
Tujuan-tujuan Persatuan
a) untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam
Sekolah dalammeningkatkan imej Sekolah;
b) untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalammemenuhi kehendak dan keperluan kebendaan
murid-murid dalamkegiatan mereka;
c) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalamSekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumatmengenai
pendidikan;
d) untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalamsekolah berundingantara satu sama lain dengan
cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya; dan
e) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalamSekolah untuk berusaha menambah kewangan Sekolah dan
meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran
Fungsi Persatuan
Fungsi Persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau programbagi mencapai tujuan-tujuan persatuan yang
dinyatakan di perenggan 3, seperti:
http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
a) membantu dalammemajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid;
b) menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di Sekolah;
c) meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan
masyarakatsetempat;
d) meningkatkan kecerian premis Sekolah supya dapatmewujudkan suasana yangkondusif bagi menjayakan
aktiviti dan programpendidikan
Keanggotaan Persatuan
Anggota Persatuan terdiri daripada:
a) semua guru di Sekolah;
b) ibu bapa kepada murid yang belajar dalamSekolah;dan
c) warganegara Malaysiayangdiluluskan permohonan untuk menjadi anggota Persatuan oleh Pegawai
Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian atau Pendaftar,mengikut mana yangberkenaan (seperti
di Lampiran A); dan
Guru Besar atau Pengetua Sekolah hendaklah menjadi ex-officio dan PenasihatPersatuan.
Jawatankuasa Persatuan
Persatuan hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasayangdikenali sebagai "JawatankuasaPIBG".
Jawatankuasa PIBGhendaklah dilantik oleh anggota Persatuan pada setiap MesyuaratAgung Tahunan.
Anggota Jawatankuasa PIBGhendaklah terdiri daripada warganegaraMalaysiasahaja.
Keanggotaan Jawatankuasa PIBGadalah seperti berikut:
a) seorang Yang Di-Pertua;
b) seorangNaib Yang Di-Pertua;
c) seorangSetiausaha;
d) seorangBendahari;dan
e) .......... orang Ahli Jawatankuasa
Bilangan ibu bapa dan guru yangmenganggotai Jawatankuasa PIBGhendaklah,seboleh-bolehnya,seimbang.
Guru Besar atau Pengetua tidak boleh menganggotai Jawatankuasa PIBGdan hanya bertindak sebagai
PenasihatPersatuan.
Bilangan Ahli Jawatankuasa PIBGdi perenggan 9(e) hendaklah antara 1 hingga 11 orang.
Bilangan anggota Jawatankuasa PIBGdi kalangan anggota Persatuan (bukan anggota guru di sekolah tersebut)
yang tidak mempunyai anak di sekolah itu hendaklah tidak melebihi 1/5 daripada keseluruhan bilangan
anggota Jawatankuasa PIBGberkenaan.
Tertakluk kepada perenggan 13 Perlembagaan ini dan subperaturan 6(4) hingga (6) Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa - Guru) 1998,Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian
(mengikut mana yangberkenaan) boleh melantik tidak lebih daripada 2 orangyangbukan anggota Persatuan
untuk menjadi anggota Jawatankuasa PIBGsetelah mendapat kelulusan bertulisPendafta r.
Tempoh memegang jawatan dalamJawatankuasa PIBGadalah bermula dari tarikh pelantikan sehingga tarikh
MesyuaratAgung Tahunan pada tahun berikutnya atau sehingga suatu tempoh yang diluluskan oleh pendaftar.
Jika berlaku kekosongan jawatan dalamJawatankuasa PIBG,YangDi Pertua hendaklah melantik mana-mana
anggota biasa Persatuan,berdasarkan undian terbanyak di kalangan anggota Jawatankuasa PIBG,untuk
mengisi kekosongan jawatan itu.
http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
Jawatankuasa PIBGhendaklah mengedarkan kepada anggota Persatuan senarai nama dan alamatpemegang
jawatan dalamJawatankuasaPIBGpada setiap tahun selewat-lewatnya 14 hari selepas tarikh MesyuaratAgung
Tahunan.
Fungsi Jawatankuasa PIBG
Fungsi Jawatankuasa PIBGialah mengelola dan mengatur kegiatan Persatuan dan membua t keputusan atas
perkara-perkara yangmenyentuh perjalanan Persatuan,tanpa bercanggah dengan dasar umum yang
ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan,Perlembagaan ini dan Akta Pendidikan 1996 serta peraturan-
peraturan yang dibuatdi bawahnya.
1.9 : Skim Baucer Tuisyen
PENGENALAN
Skim Baucar Tuisyen adalah merupakan satu usaha murni kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia
untuk merapatkan jurangpencapaian antara murid keluarga miskin dengan murid keluarga berada.Matlamat
Skim Baucar Tuisyen adalah untuk memberi tuisyen kepada murid miskin yanglemah dalammata pelajaran
Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris,Sainsdan Matematik bagi membolehkan murid tersebut menguasai
pengetahuan dan kemahiran asas dalammata pelajaran berkenaan.
OBJEKTIF
Membolehkan murid miskin yanglemah dalammata pelajaran Bahasa Melayu,BahasaInggeris,Sainsdan
Matematik dapatmenguasai pengetahuan dan kemahiran asas yangdiperlukan agarsetandingdengan murid
yang lain.
KUMPULAN SASARAN
Murid yang belajar di Tahun 4, 5 atau 6;
Semenanjung : Keluarga yangberpendapatan bulanan RM 530.00 dan ke bawah,
Sarawak : Keluarga yangberpendapatan bulanan RM585.00 dan ke bawah,
Sabah/Labuan:Keluarga yangberpendapatan bulanan RM685.00 dan ke bawah.
PELAKSANAAN PROGRAM
 Setiap murid yang terpilih diberikan satu buku baucar bagi setiap mata pelajaran yangbernilai
RM10.00.
 Berdasarkan senarai murid yanglayak,sekolah akan menubuhkan pusattuisyen dengan menyediakan
jadual waktu tuisyen dan keperluan guru tuisyen.
 Pegawai Pelajaran Daerah akan melantik dan mengagihkan guru tuisyen kepada sekolah daripada pool
guru tuisyen SBT daerah.
 Sekolah akan mengadakan kelas tuisyen SBT untuk murid mereka sendiri.
 JPN/PPD akan memantau dan menyediakan pelaporan status pelaksanaan SBTkepada KPM.
PENUTUP
Adalah diharapkan melalui SBTini,peluangdan pencapaian di antara murid daripadakeluargamiskin dan
murid daripada keluarga yangberada dapatdi seimbangkan.Kejayaan programini bergantungkepada
komitmen dan kerjasama antara pihak sekolah,guru tuisyen dan ibu bapa.

More Related Content

What's hot

009 buku penerangan kssm
009 buku penerangan kssm009 buku penerangan kssm
009 buku penerangan kssmgirlfrida
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)Chon Seong Hoo
 
Pembentukan & pelaksanaan KSSR semakan 2017. (pembentangan)
Pembentukan & pelaksanaan KSSR semakan 2017. (pembentangan)Pembentukan & pelaksanaan KSSR semakan 2017. (pembentangan)
Pembentukan & pelaksanaan KSSR semakan 2017. (pembentangan)RBT50621NoorAmiraHan
 
DSKP Pendidikan Islam KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidikan  Islam  KSSR Tahun 1 ( Semakan )DSKP Pendidikan  Islam  KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidikan Islam KSSR Tahun 1 ( Semakan )Safiah Sulaiman
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025Chon Seong Hoo
 
Presentation seminar sek kluster & sbt latest (2)
Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)
Presentation seminar sek kluster & sbt latest (2)Rozhan Zakaria
 
DSKP BAHASA ARAB (SK) SEMAKAN 2017
DSKP BAHASA ARAB (SK) SEMAKAN 2017DSKP BAHASA ARAB (SK) SEMAKAN 2017
DSKP BAHASA ARAB (SK) SEMAKAN 2017Mohd Suhaimin Isnen
 
1. taklimat umum kssr dskp terkini
1. taklimat umum kssr dskp terkini1. taklimat umum kssr dskp terkini
1. taklimat umum kssr dskp terkiniSySai AR
 
nota SPP Bab 3
nota SPP Bab 3nota SPP Bab 3
nota SPP Bab 3Rainne Lee
 
Dsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ld
Dsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ldDsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ld
Dsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ldArmi AbuBakar
 
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)gpbsmkjk
 
Buku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaanBuku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaanAng Xiao Yean
 

What's hot (20)

009 buku penerangan kssm
009 buku penerangan kssm009 buku penerangan kssm
009 buku penerangan kssm
 
Perkembangan pendidikan di Malaysia
Perkembangan pendidikan di MalaysiaPerkembangan pendidikan di Malaysia
Perkembangan pendidikan di Malaysia
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
 
Pembentukan & pelaksanaan KSSR semakan 2017. (pembentangan)
Pembentukan & pelaksanaan KSSR semakan 2017. (pembentangan)Pembentukan & pelaksanaan KSSR semakan 2017. (pembentangan)
Pembentukan & pelaksanaan KSSR semakan 2017. (pembentangan)
 
DSKP Pendidikan Islam KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidikan  Islam  KSSR Tahun 1 ( Semakan )DSKP Pendidikan  Islam  KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidikan Islam KSSR Tahun 1 ( Semakan )
 
Hsp tmk
Hsp tmkHsp tmk
Hsp tmk
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
 
Dasar-dasar kpm 2011-2016
Dasar-dasar kpm 2011-2016Dasar-dasar kpm 2011-2016
Dasar-dasar kpm 2011-2016
 
Buletin Bulanan KPM
Buletin Bulanan KPMBuletin Bulanan KPM
Buletin Bulanan KPM
 
NKRA Pendidikan
NKRA PendidikanNKRA Pendidikan
NKRA Pendidikan
 
Presentation seminar sek kluster & sbt latest (2)
Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)
Presentation seminar sek kluster & sbt latest (2)
 
DSKP BAHASA ARAB (SK) SEMAKAN 2017
DSKP BAHASA ARAB (SK) SEMAKAN 2017DSKP BAHASA ARAB (SK) SEMAKAN 2017
DSKP BAHASA ARAB (SK) SEMAKAN 2017
 
1. taklimat umum kssr dskp terkini
1. taklimat umum kssr dskp terkini1. taklimat umum kssr dskp terkini
1. taklimat umum kssr dskp terkini
 
nota SPP Bab 3
nota SPP Bab 3nota SPP Bab 3
nota SPP Bab 3
 
Dsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ld
Dsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ldDsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ld
Dsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ld
 
Kssr 2011
Kssr 2011Kssr 2011
Kssr 2011
 
lm
lmlm
lm
 
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
 
Buku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaanBuku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaan
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (anjakan 3)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (anjakan 3)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (anjakan 3)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (anjakan 3)
 

Similar to nota SPP Bab 6

Jnjk buku panduan bm
Jnjk buku panduan bmJnjk buku panduan bm
Jnjk buku panduan bmTar Mizi
 
Prakata garis-panduan-men
Prakata garis-panduan-menPrakata garis-panduan-men
Prakata garis-panduan-menrosmizai
 
CONTOH PELAN STRATEGIK UNIT HEM
CONTOH PELAN STRATEGIK UNIT HEMCONTOH PELAN STRATEGIK UNIT HEM
CONTOH PELAN STRATEGIK UNIT HEMYati Yula
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Nirwanah Snd
 
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfProgram_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfssuserd0ceaf
 
Buku_Panduan_PdP_Matematik_Program22.pdf
Buku_Panduan_PdP_Matematik_Program22.pdfBuku_Panduan_PdP_Matematik_Program22.pdf
Buku_Panduan_PdP_Matematik_Program22.pdflina629260
 
Piawaian Pusat Sumber Sekolah Malaysia
Piawaian Pusat Sumber Sekolah MalaysiaPiawaian Pusat Sumber Sekolah Malaysia
Piawaian Pusat Sumber Sekolah MalaysiaFadzliaton Zainudin
 
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025Anjakan sistem pendidikan 2013 2025
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025Chell Mn
 
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali keTeks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali keamir alhaj
 
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam PendidikanGPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam PendidikanAhmad Fahmi
 
KPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdf
KPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdfKPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdf
KPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdfbaizuraharun
 
KPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdf
KPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdfKPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdf
KPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdfbaizuraharun
 
FAIL MEJA GURU BESAR
FAIL MEJA GURU BESARFAIL MEJA GURU BESAR
FAIL MEJA GURU BESARAker Derashid
 
Fail meja 2014 pkhemskbud2
Fail meja 2014 pkhemskbud2Fail meja 2014 pkhemskbud2
Fail meja 2014 pkhemskbud2gschong83
 
Keadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbezaKeadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbezaDr. Saprani
 
Pppm preliminary blueprint-bm
Pppm preliminary blueprint-bmPppm preliminary blueprint-bm
Pppm preliminary blueprint-bmZahari Zabri
 

Similar to nota SPP Bab 6 (20)

Jnjk buku panduan bm
Jnjk buku panduan bmJnjk buku panduan bm
Jnjk buku panduan bm
 
Prakata garis-panduan-men
Prakata garis-panduan-menPrakata garis-panduan-men
Prakata garis-panduan-men
 
CONTOH PELAN STRATEGIK UNIT HEM
CONTOH PELAN STRATEGIK UNIT HEMCONTOH PELAN STRATEGIK UNIT HEM
CONTOH PELAN STRATEGIK UNIT HEM
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
 
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfProgram_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
 
Buku_Panduan_PdP_Matematik_Program22.pdf
Buku_Panduan_PdP_Matematik_Program22.pdfBuku_Panduan_PdP_Matematik_Program22.pdf
Buku_Panduan_PdP_Matematik_Program22.pdf
 
Hal ehwal murid
Hal ehwal muridHal ehwal murid
Hal ehwal murid
 
Sppk 2011
Sppk 2011Sppk 2011
Sppk 2011
 
Piawaian Pusat Sumber Sekolah Malaysia
Piawaian Pusat Sumber Sekolah MalaysiaPiawaian Pusat Sumber Sekolah Malaysia
Piawaian Pusat Sumber Sekolah Malaysia
 
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025Anjakan sistem pendidikan 2013 2025
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025
 
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali keTeks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
 
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam PendidikanGPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
 
KPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdf
KPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdfKPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdf
KPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdf
 
KPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdf
KPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdfKPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdf
KPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdf
 
FAIL MEJA GURU BESAR
FAIL MEJA GURU BESARFAIL MEJA GURU BESAR
FAIL MEJA GURU BESAR
 
Fail mejagb
Fail mejagbFail mejagb
Fail mejagb
 
Buku panduan sejarah
Buku panduan sejarahBuku panduan sejarah
Buku panduan sejarah
 
Fail meja 2014 pkhemskbud2
Fail meja 2014 pkhemskbud2Fail meja 2014 pkhemskbud2
Fail meja 2014 pkhemskbud2
 
Keadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbezaKeadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbeza
 
Pppm preliminary blueprint-bm
Pppm preliminary blueprint-bmPppm preliminary blueprint-bm
Pppm preliminary blueprint-bm
 

More from Rainne Lee

Format suruhanjaya perkhidmatan_pelajaran_terbaharu_2011
Format suruhanjaya perkhidmatan_pelajaran_terbaharu_2011Format suruhanjaya perkhidmatan_pelajaran_terbaharu_2011
Format suruhanjaya perkhidmatan_pelajaran_terbaharu_2011Rainne Lee
 
Apakah nama jawatan_yang_anda_temuduga_ini
Apakah nama jawatan_yang_anda_temuduga_iniApakah nama jawatan_yang_anda_temuduga_ini
Apakah nama jawatan_yang_anda_temuduga_iniRainne Lee
 
Nota SPP Bab 10
Nota SPP Bab 10Nota SPP Bab 10
Nota SPP Bab 10Rainne Lee
 
Nota SPP Bab 8
Nota SPP Bab 8Nota SPP Bab 8
Nota SPP Bab 8Rainne Lee
 
nota SPP Bab 5
nota SPP Bab 5nota SPP Bab 5
nota SPP Bab 5Rainne Lee
 
nota SPP Bab 2
nota SPP Bab 2nota SPP Bab 2
nota SPP Bab 2Rainne Lee
 
nota SPP Bab 1
nota SPP Bab 1nota SPP Bab 1
nota SPP Bab 1Rainne Lee
 

More from Rainne Lee (8)

Interview SPP
Interview SPPInterview SPP
Interview SPP
 
Format suruhanjaya perkhidmatan_pelajaran_terbaharu_2011
Format suruhanjaya perkhidmatan_pelajaran_terbaharu_2011Format suruhanjaya perkhidmatan_pelajaran_terbaharu_2011
Format suruhanjaya perkhidmatan_pelajaran_terbaharu_2011
 
Apakah nama jawatan_yang_anda_temuduga_ini
Apakah nama jawatan_yang_anda_temuduga_iniApakah nama jawatan_yang_anda_temuduga_ini
Apakah nama jawatan_yang_anda_temuduga_ini
 
Nota SPP Bab 10
Nota SPP Bab 10Nota SPP Bab 10
Nota SPP Bab 10
 
Nota SPP Bab 8
Nota SPP Bab 8Nota SPP Bab 8
Nota SPP Bab 8
 
nota SPP Bab 5
nota SPP Bab 5nota SPP Bab 5
nota SPP Bab 5
 
nota SPP Bab 2
nota SPP Bab 2nota SPP Bab 2
nota SPP Bab 2
 
nota SPP Bab 1
nota SPP Bab 1nota SPP Bab 1
nota SPP Bab 1
 

Recently uploaded

Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 

Recently uploaded (11)

Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 

nota SPP Bab 6

  • 1. http://fadzilmahasiswa.blogspot.com BAB 6 : PROGRAM SOKONGAN DAN HAL EHWAL MURID 1.1 : Asrama 1.2 : Skim Pinjaman Buku Teks 1.3 : Biasiswa dan Pinjaman 1.4 : Program Bersepadu Sekolah Sihat 1.5 : Program Pemakanan Sekolah 1.6 : Bimbingan dan Kaunseling 1.7 : MalaysiaTeacher Standard atau Standard Guru Malaysia(SGM) 1.8 : PIBG 1.9 : Skim Baucer Tuisyen 1.1 : Asrama Pengawasan Asrama 4.1 Menentukan sistemkemasukan dan penempatan pelajar keasrama. 4.2 Membantu di dalampemilihan dan penyeliaan warden-warden asrama. 4.3 Menyelaras hal-hal pembelajaran dan menentukan langkah-langkah keselamatan asrama. 4.4 menyelaras penyeliaan kebersihan dan mewujudkan keceriaan asrama. 4.5 Menyelaras penyeliaan hal makanan dan dapur. 4.6 Menyelaras pengawasan hal-hal kesihatan penghuni asrama. 4.7 Membantu dalamurusan sebutharga/tender makanan asrama sekolah. 4.8 Memastikan bahawa kemudahan dan penyertaan penghuni asrama dalamaktiviti riadah dan kokurikulum diadakan. 4.9 Menyelaras segala jenispungutan wang dan pembayaran yangberkaitan dengan asrama. 1.2 : Skim Pinjaman Buku Teks Pengenalan Program SkimPinjaman Buku Teks (SPBT) mula dilaksanakan pada tahun 1975.SPBT merupakan satu program pinjaman buku teks kepada murid yang layak di semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Pemberian pinjaman buku teks dilaksanakan mengikutDasar Kelayakan SPBTyang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kabinet.Dasar Kelayakan ini digunakan untuk menentukan sama ada seseorangmurid itu layak atau tidak layak menerima pinjaman buku teks SPBT sebagaimana yangdigunakan pada borangSPBT Program SPBT asalnya dilaksanakan bertujuan untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga yang kurangmampu dan memastikan murid daripada keluarga yangkurangmampu tidak tercicir dalampersekolahan mereka. Namun, bermula tahun 2008, kerajaan Malaysiatelah memberi bantuan pinjaman buku teks kepada semua murid yang bersekolah di sekolah kerajaan tanpa mengira taraf kewangan keluarga.Justeru, keadaan ini menjadikan tanggungjawab unit SPBT bertambah berat bagi memastikan setiap buku diproses dan diagihkan kepada semua murid di SMKS19. Objektif Murid- murid yanglayak mendapat bekalan buku yangmencukupi. Pengurusan dan pengagihan buku- buku teks dapat dijalankan dengan lancar dan sistematik. Murid - murid dapatmenggunakan buku- buku tersebut secara berkesan di dalamkelas dan sebagai rujukan ketika di rumah. Skim Pinjaman Buku Teks a. Menyelaras hal-hal pengeluaran,pengambilan,pengagihan dan hapuskira. b. Menguruskan kutipan-kutipan data,mengawal buku-buku stok dan mengawal bilik Buku Bantuan. c. Menyediakan anggaran belanjawan mengurus skimpinjaman buku teks.
  • 2. http://fadzilmahasiswa.blogspot.com 1.3 : Biasiswa dan Pinjaman Pinjaman dan Biasiswa Beberapa program biasiswa telah diwujudkan bagi para pelajar yangmemerlukan bantuan dalammeneruskan pengajian mereka. Ini termasuklah program-programyang dimulakan oleh kerajaan,syarikat-syarikat berkepentingan kerajaan (GLC) serta entiti-entiti korporat. Maklumatlanjutmengenai program biasiswa yangditawarkan oleh badan-badan kerajaan: Dana Pendidikan dari Kementerian Pendidikan Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang Skim Tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam Sabah Pinjaman dan Biasiswa MARA Bantuan Pendahuluan Pendidikan Tinggi (HESK) Lembaga Tembakau Negara (LTN) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1.4 : Program Bersepadu Sekolah Sihat Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Kementerian Kesihatan telah melancarkan ProgramBersepadu Sekolah Sihat(PBSS). Program ini bertujuan untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan kesihatan kepada murid di sekolah rendah hingga sekolah menengah. Usaha murni untuk mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat(PBSS) adalah berasaskan rasional berikut:  Terdapat beberapa program kesihatan sekolah sedia adayangperlu diselaraskan di bawah satu program bersepadu  Untuk mewujudkan satu sistemyang fleksibel,inovatif dan kreatif serta menjurus kepada keperluan sekolah berlandaskan kepada keperluan semasa  Hasratuntuk mewujudkan satu programkesihatan yangmampu melahirkan rasa kekitaan dan komitmen di kalangan warga sekolah  Keperluan untuk mewujudkan satu programbersepadu yang menghasilkan impak serta dapatdinilai keberkesanannya  Satu usaha yangmeningkatkan kesefahaman dan kerjasama perlu diwujudkan antarasekolah dan masyarakatdalammenangani isu-isu kesihatan  Satu usaha yangteratur dan berfokus ke arah amalan kesihatan perlu dipraktikkan melalui program yang terancangdan bersepadu 1.5 : Program Pemakanan Sekolah Program-programpemakanan seperti ProgramRancangan Makanan Tambahan Sekolah (RMTS) yang mula diperkenalkan ke seluruh sekolah rendah di Malaysia padatahun 1979 dan diikuti oleh ProgramSusu Sekolah yang mula dipekenalkan pada tahun 1989,adalah antara programyangdijalankan bagi meminimumkan masalah tersebut. (Abdul Rahman, 1993). 1.6 : Bimbingan dan Kaunseling a. Merancangdan menyelaras pelaksanaan programbimbingan dan kaunseling. b. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan keunselingmurid dan menyediakan laporan yang diperlukan. c. Merancangdan melaksanakan programkebajikan dan orientasi bagi murid-murid baru.
  • 3. http://fadzilmahasiswa.blogspot.com Apa itu kaunseling? Suatu proses perhubungan menolong yangsistematik berasaskan prinsip psikologi.Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yangbaik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukareladan berterusan sepanjanghayatberlandaskan Etika Kaunseling. Kaunselingbukan bererti nasihat,walaupun terdapatnasihatyangdiberikan.Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsungkepada semua persoalan klien,kerana apa yangbaik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmatkaunselingialah iamembimbingklien mencari sumber dirinya yangmenyumbang kepada isu yangdihadapi.Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalammenghasilkan perubahan diri. 1.7 : Malaysia Teacher Standard atau Standard Guru Malaysia (SGM) Pengertian Standard Guru Malaysia " Standard Guru Malaysia ialah pernyataan kompetensi profesional yangpatut dicapai oleh guru (Standard) dan pernyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan (Keperluan). " Standard Guru Malaysia(SGM) menggariskan kompetensi profesional yangpatutdicapai oleh guru,dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalamusahauntuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti.Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan. Malaysiamemberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama di mana bina upaya adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020.Modal insan adalah harta yang boleh disuntik nilai tambahnya,diinjakkan nilai inteleknya serta diperbanyakkan modal budayanya. Pembangunan modal insan berkualiti bergantungkepada pendidikan berkualiti;yangdapatmenghasilkan individu yangmempunyai jati diri yangkukuh, berketerampilan,berkeperibadian mulia,berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju. Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritisdan kreatif,berkemahiran menyelesaikan masalah,berkeupayaan mencipta peluang baru,mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yangsering berubah. Dalamabad ke-21 ini,negara menghadapi cabaran baru kesan daripadaglobalisasi,liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumatdan Komunikasi (TMK).Sehubungan dengan itu Malaysiamemerlukan modal insan yangjuga celik TMK, progresif dan mampu bersaingdi pasaran kerja global. Pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysiaadalah agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Justeru itu,guru perlu memahami, menunjukkan kesungguhan, dan mempunyai iltizamyangtinggi dalammelaksanakan daya usaha dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan seperti petikan yangberikut: ”... as the most significantand costly resourcein schools,teachers arecentral to school improvement efforts. Improvingthe efficiency and equity of schoolingdepends,in largemeasure, on ensuringthat competent people want to work as teachers, that their teaching is of high quality,and that all students haveaccess to high quality teaching.” (Organization for Economic Co-operation and Development; petikan daripada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan KPM2007; hal.106 ) Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usahauntuk melahirkan guru yang berkualiti dan
  • 4. http://fadzilmahasiswa.blogspot.com memastikan mereka yangberkualiti kekal dalamsistempendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Antara langkah yangtelah diusahakan termasuklah memantapkan latihan perguruan, menambah baik sistempemilihan calon guru,melonjakkan kecemerlangan institusi latihan perguruan,dan menambah baik laluan kerjaya serta kebajikan guru. Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan peneraju utama latihan perguruan di Malaysia.BPGbersama-sama InstitutPendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bertanggungjawab merancang dan melaksanakan latihan perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di institusi pendidikan seluruh negara.Bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti tinggi,tiga aspek utama ditekankan iaitu amalan nilai profesionalismekeguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Bahagian Pendidian Guru telah mengambil langkah proaktif dalammembangunkan standard guru sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan di Malaysia. Rasional Standard Guru Malaysiaini digubal berdasarkan rasional yangberikut:  Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalismekeguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yangtinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional dengan berkesan,  Agensi dan institusi latihan perguruan patutmenyediakan keperluan yang jelas dan lengkap seperti dasar,kurikulum,infrastruktur,tenaga pengajar,sumber pengajaran dan pembelajaran,serta jaminan kualiti untuk membolehkan proses latihan dijalankan dengan lancar,berkesan dan bermutu tinggi,  KPM sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru yangdapat dijadikan showcase.Justeru itu,adalah wajar standard bagi institusi latihan perguruan diwujudkan, dan  Standard Guru Malaysiamenggariskan kriteria dan standard amguru selaras dengan Malaysian QualificationsFramework (MQF) yang menggariskan kriteria dan standard ampendidikan tinggi. Tujuan Standard Guru Malaysiadigubal bagi tujuan yangberikut:  mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalamaspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran,  mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai.  Standard Guru Malaysiaakan dapatmengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang patut ditambahbaik sejajardengan perkembangan dan cabaran semasa duniapendidikan. Penggubalan  Penggubalan SGM adalah berasaskan kepada prinsip dan proses yangberikut:  Pernyataan Standard dan Keperluan jelas,tepat, relevan, praktikal,adil,dan realistik,  Standard dan Keperluan yang dicadangkan adalah berasaskan kajian serta penandaarasan,dan  Proses penggubalan dilaksanakan secara kolaboratif,telus,terbuka dan persetujuan bersama dengan pihak-pihak berkepentingan. Penggunaan Standard Guru Malaysiaadalah dokumen rujukan yangpatut diguna pakai oleh pihak yangberikut: Guru
  • 5. http://fadzilmahasiswa.blogspot.com  Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard.  Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalismediri. Pendidik Guru di Institusi Latihan Perguruan  Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard.  Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalismediri.  Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih (guru praperkhidmatan) atau peserta kursus (guru dalamperkhidmatan).  Mengenal pasti strategi bagi membantu guru pelatih atau peserta kursus meningkatkan tahap pencapaian standard. Pengurus dan Pentadbir Institusi Latihan Perguruan  Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus.  Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh institusi.  Mengenal pasti strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard dan keperluan. Guru Besar dan Pengetua Sekolah  Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru.  Menyediakan dan melaksanakan strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard oleh guru. Agensi Latihan Perguruan  Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus di institusi latihan perguruan.  Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan oleh agensi dan institusi latihan perguruan.  Mengenal pasti dasardan strategi pembangunan pendidikan guru yangboleh ditambahbaik. Komponen SGM Standard merangkumi tiga aspek berikut: Standard 1: Amalan Nilai ProfesionalismeKeguruan Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalismekeguruan berdasarkan domain diri, profesion dan sosial,yangpatut ada pada seseorangguru. Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan,ilmu pendidikan,kurikulumdan kokurikulumyangpatut ada pada seseorangguru. Standard 3: Kemahiran Pembelajaran dan Pembelajaran Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yangpatutdikuasai oleh seseorangguru. KEPERLUAN Bagi menyokong dan membantu guru mencapai tahap kompetensi amalan nilai profesionalismekeguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yangdiharapkan,agensi dan institusi latihan perguruan patutmenyediakan dan melaksanakan keperluan yangberikut:
  • 6. http://fadzilmahasiswa.blogspot.com Keperluan 1: Kelayakan dan Prosedur Pengambilan Calon ProgramLatihan Perguruan Keperluan ini memperincikan syaratdan kriteria serta prosedur pengambilan calon programlatihan perguruan. Keperluan 2: Latihan,Pentaksiran dan Penilaian Keperluan ini memperincikan programlatihan,sistem pemantauan, dan pentaksiran dan penilaian. Keperluan 3: Kolaborasi Keperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensi dan institusi latihan perguruan dengan pihak sekolah,institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara,badan bukan kerajaan serta lain-lain institusi yang boleh memantapkan lagi latihan perguruan. Keperluan 4: Infrastruktur dan Infostruktur Keperluan ini memperincikan prasaranapengajaran dan pembelajaran,informasi dan komunikasi bagi mengoptimum kecekapan dan keberkesanan programlatihan. Keperluan 5: Jaminan Kualiti Keperluan ini memperincikan semua aspek perancangan dan pelaksanaan dasar,strategi,prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa kualiti latihan sentiasaterpeliharadan ditingkatkan secara berterusan. Perincian standard dan keperluan yangdigariskan amatpenting bagi menjamin program latihan yang dilaksanakan akan menghasilkan guru yangkompeten, kreatif, inovatif,dan berketerampilan. Guru (digambarkan oleh huruf G) yang dihasratkan oleh Malays iamempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalismekeguruan (Standard 1), pengetahuan dan kefahaman (Standard 2) serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran (Standard 3). Ketiga-tiga standard tersebut digambarkan oleh tiga lingkaran kecil yangbertindan;membawa maksud ketiga-tiga aspek kompetensi yang dikuasai oleh guru adalah salingberkaitdan bersepadu. Lingkaran besar putih yang melingkari Standard menggambarkan Keperluan utama yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menyokong dan membantu guru mencapai Standard. Keperluan
  • 7. http://fadzilmahasiswa.blogspot.com yang dimaksudkan ialah kelayakan masuk dan prosedur pengambilan calon programlatihan perguruan (Keperluan 1), latihan,pentaksiran dan penilaian programperguruan (Keperlua n 2), kolaborasi (Keperluan 3), infrastruktur dan infostruktur (Keperluan 4),dan jaminan kualiti (Keperluan 5). Lingkaran besar yangmemagari Keperluan menggambarkan asas penentuan Standard dan Keperluan iaitu Misi Nasional,Falsafah Pendidikan Kebangsaan,Falsafah Pendidikan Guru,Tatasusila Profesion Keguruan,dan Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia, Glob di tengah-tengah lingkaran Standard merujuk kepada kualiti guru bertaraf dunia yang dipertanggungjawab membangunkan modal insan berminda kel as pertama,iaitu menguasai ilmu dan kemahiran tinggi,menjunjung nilai budaya bangsa,memiliki semangatpatriotismeyangutuh, mempunyai daya saingyangtinggi dan berwibawa. Standard Guru Malaysiamenetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang patutdicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yangberkualiti kepada warganegara Malaysiakini dan akan datang. Buku Standard Guru Malaysia,bersama-sama dengan buku Panduan Standard Guru Malaysia dan Manual Instrumen Standard Guru Malaysiaakan dapatmemastikan guru yang dihasilkan mempunyai kompetensi yang tinggi dalamaspek amalan nilai profesionalismekeguruan,pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Penutup Standard Guru Malaysiamenetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yangpatutdicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yangberkualiti kepada warganegara Malaysiakini dan akan datang. Buku Standard Guru Malaysia,bersama-sama dengan buku Panduan Standard Guru Malaysia dan Manual Instrumen Standard Guru Malaysiaakan dapatmemastikan guru yang dihasilkan mempunyai kompetensi yang tinggi dalamaspek amalan nilai profesionalismekeguruan,pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Glosari Berikut adalah penjelasan kepada istilah yangdigunakan dalamdokumen Standard Guru Malaysia,Panduan Standard Guru Malaysiadan Instrumen Standard Guru Malaysia. Guru Tiga kategori guru yang dimaksudkan ialah guru terlatih yangsedangmengajar di sekolah,guru terlatih yang sedang mengikuti kursus dalamperkhidmatan di institusi latihan perguruan,dan guru pelatih yang sedang mengikuti kursus praperkhidmatan di institusi latihan perguruan. Institusi Pendidikan Sekolah atau mana-mana tempat lain,di mana dalam menjalankan kerja sesuatu organisasi atau institusi, individu lazimnya diajar,sama ada di dalamsatu kelas atau lebih. Standard Pernyataan kompetensi profesional yangpatutdicapai oleh guru. Keperluan Pernyataan aspek latihan perguruan yangpatut disediakan dan dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan. Bilik Darjah Lokasi dan ruangdi mana sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan,termasuk bilik kuliah,bengkel dan makmal. Kompetensi Kemahiran profesional guru berdasarkan amalan nilai profesionalisme,pengetahuan dan kefahaman, dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran.
  • 8. http://fadzilmahasiswa.blogspot.com Institusi Latihan Perguruan Organisasi yangbertanggungjawab mereka bentuk dan melaksanakan latihan perguruan termasuklah IPGdan fakulti pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Agensi Latihan Perguruan Organisasi yangmenggubal dasar dan memantau pelaksanaan latihan perguruan seperti Kementerian Pengajian Tinggi dan BPG Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Institusi yangmelaksanakan latihan perguruan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah Institusi pendidikan ini merangkumi sekolah rendah dan menengah, sekolah teknik, sekolah pendidikan khas, sekolah vokasional. Murid Pelajar sekolah yangmenerima pengajaran dan pembelajaran daripadaguru. Program Susunan kursus dan isi kandungan pembelajaran yangdirancangserta direka bentuk bagi suatu tempoh tertentu untuk mencapai hasil pembelajaran seperti yangditentukan dalammatlamatdan objektifnya. Program yangdimaksudkan akan menjurus kepada penganugerahan sesuatu kelayakan. Kursus Unit asas pembelajaran yangmembentuk sesuatu program, mempunyai hasil khusus,kandungan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta kaedah penilaian bagi menyokong pencapaian hasil pembelajaran. Kurikulum Skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di institusi latihan perguruan.Kurikulummerangkumi semua pengetahuan, kemahiran,norma, nilai,unsur kebudayaan,dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorangpelajar dengan sepenuhnya dari segi jasmani,rohani ,mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yangdiingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Aktiviti Kokurikulum Aktiviti persatuan atau kelab, sukan dan olahraga,serta unitberuniformyang wajib diikuti oleh semua guru pelatih yangmengikuti latihan perguruan. Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Guru pelatih ProgramIjazah SarjanaMuda Perguruan (PISMP) ditempatkan di sekolah selama satu minggu untuk memberi peluangkepada mereka memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalambilik darjah melalui pemerhatian,penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah. Minggu Orientasi Sekolah (MOS) Guru pelatih Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Jawi,Qura n, bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) ditempatkan di sekolah selama satu minggu untuk memberi peluangkepada mereka memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalambilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah. Praktikum Semua guru pelatih yangmengikuti latihan perguruan di tempatkan di sekolah untuk pengalaman praktik di dalamdan di luar bilik darjah.Praktikummenyediakan peluangkepada guru pelatih mempraktikkan teori dalamamalan pengajaran dan pembelajaran serta menghasilkan teori pengajaran dan pembelajaran yang tersendiri. Penilaian Pengukuran berterusan yangdijalankan sepanjangtempoh kursus pengajian atau programlatihan dan
  • 9. http://fadzilmahasiswa.blogspot.com termasuklah apa-apa peperiksaan bertulisyangmembawa markah atau gred bagi sesuatu kursus atau program latihan atau sebahagian daripadanya. Pembangunan Profesionalisme Berterusan Program latihan secarasistematik yangmenjurus ke arah peningkatan profesionalismedan pembangunan kerjaya serta kecemerlangan perkhidmatan. Hasil Pembelajaran Penguasaan guru dalamamalan nilai profesionalismekeguruan,ilmu pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Pihak Berkepentingan Pihak yangmempunyai kepentingan bersama secara langsungdalamkonteks perkhidmatan pendidikan. Contohnya sekolah,ibu bapa,penaja,ketua perkhidmatan. Budaya IPG Amalan kerja warga IPG bertujuan mewujudkan identiti institusi unggul yangmelahirkan guru yangberpekerti mulia,berpandangan progresif dan saintifik,bersedia menjunjungaspirasi negara,serta menyanjungwarisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu,dan memelihara suatu masyarakatyangbersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Infrastruktur Kemudahan fizikal di institusi latihan perguruan bagi menyokong penterjemahan dan pelaksanaan kurikulum serta kokurikulumyang berkesan, bermakna dan menyeronokkan. Infostruktur Pemilihan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) secara berkesan,jaringan dalaman dan luaran serta perkhidmatan pusatsumber. Pengurusan Kualiti Mekanisme dan kerangka kualiti semua proses aktiviti organisasi bagi menjamin kualiti produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Pendidik Guru Merupakan individu yangbertauliah yangmelatih guru di institusi latihan perguruan. 1.8 : PIBG (Persatuan IbuBapa dan Guru) Tujuan-tujuan Persatuan a) untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam Sekolah dalammeningkatkan imej Sekolah; b) untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalammemenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalamkegiatan mereka; c) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalamSekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumatmengenai pendidikan; d) untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalamsekolah berundingantara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya; dan e) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalamSekolah untuk berusaha menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran Fungsi Persatuan Fungsi Persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau programbagi mencapai tujuan-tujuan persatuan yang dinyatakan di perenggan 3, seperti:
  • 10. http://fadzilmahasiswa.blogspot.com a) membantu dalammemajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid; b) menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di Sekolah; c) meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakatsetempat; d) meningkatkan kecerian premis Sekolah supya dapatmewujudkan suasana yangkondusif bagi menjayakan aktiviti dan programpendidikan Keanggotaan Persatuan Anggota Persatuan terdiri daripada: a) semua guru di Sekolah; b) ibu bapa kepada murid yang belajar dalamSekolah;dan c) warganegara Malaysiayangdiluluskan permohonan untuk menjadi anggota Persatuan oleh Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian atau Pendaftar,mengikut mana yangberkenaan (seperti di Lampiran A); dan Guru Besar atau Pengetua Sekolah hendaklah menjadi ex-officio dan PenasihatPersatuan. Jawatankuasa Persatuan Persatuan hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasayangdikenali sebagai "JawatankuasaPIBG". Jawatankuasa PIBGhendaklah dilantik oleh anggota Persatuan pada setiap MesyuaratAgung Tahunan. Anggota Jawatankuasa PIBGhendaklah terdiri daripada warganegaraMalaysiasahaja. Keanggotaan Jawatankuasa PIBGadalah seperti berikut: a) seorang Yang Di-Pertua; b) seorangNaib Yang Di-Pertua; c) seorangSetiausaha; d) seorangBendahari;dan e) .......... orang Ahli Jawatankuasa Bilangan ibu bapa dan guru yangmenganggotai Jawatankuasa PIBGhendaklah,seboleh-bolehnya,seimbang. Guru Besar atau Pengetua tidak boleh menganggotai Jawatankuasa PIBGdan hanya bertindak sebagai PenasihatPersatuan. Bilangan Ahli Jawatankuasa PIBGdi perenggan 9(e) hendaklah antara 1 hingga 11 orang. Bilangan anggota Jawatankuasa PIBGdi kalangan anggota Persatuan (bukan anggota guru di sekolah tersebut) yang tidak mempunyai anak di sekolah itu hendaklah tidak melebihi 1/5 daripada keseluruhan bilangan anggota Jawatankuasa PIBGberkenaan. Tertakluk kepada perenggan 13 Perlembagaan ini dan subperaturan 6(4) hingga (6) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa - Guru) 1998,Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian (mengikut mana yangberkenaan) boleh melantik tidak lebih daripada 2 orangyangbukan anggota Persatuan untuk menjadi anggota Jawatankuasa PIBGsetelah mendapat kelulusan bertulisPendafta r. Tempoh memegang jawatan dalamJawatankuasa PIBGadalah bermula dari tarikh pelantikan sehingga tarikh MesyuaratAgung Tahunan pada tahun berikutnya atau sehingga suatu tempoh yang diluluskan oleh pendaftar. Jika berlaku kekosongan jawatan dalamJawatankuasa PIBG,YangDi Pertua hendaklah melantik mana-mana anggota biasa Persatuan,berdasarkan undian terbanyak di kalangan anggota Jawatankuasa PIBG,untuk mengisi kekosongan jawatan itu.
  • 11. http://fadzilmahasiswa.blogspot.com Jawatankuasa PIBGhendaklah mengedarkan kepada anggota Persatuan senarai nama dan alamatpemegang jawatan dalamJawatankuasaPIBGpada setiap tahun selewat-lewatnya 14 hari selepas tarikh MesyuaratAgung Tahunan. Fungsi Jawatankuasa PIBG Fungsi Jawatankuasa PIBGialah mengelola dan mengatur kegiatan Persatuan dan membua t keputusan atas perkara-perkara yangmenyentuh perjalanan Persatuan,tanpa bercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan,Perlembagaan ini dan Akta Pendidikan 1996 serta peraturan- peraturan yang dibuatdi bawahnya. 1.9 : Skim Baucer Tuisyen PENGENALAN Skim Baucar Tuisyen adalah merupakan satu usaha murni kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia untuk merapatkan jurangpencapaian antara murid keluarga miskin dengan murid keluarga berada.Matlamat Skim Baucar Tuisyen adalah untuk memberi tuisyen kepada murid miskin yanglemah dalammata pelajaran Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris,Sainsdan Matematik bagi membolehkan murid tersebut menguasai pengetahuan dan kemahiran asas dalammata pelajaran berkenaan. OBJEKTIF Membolehkan murid miskin yanglemah dalammata pelajaran Bahasa Melayu,BahasaInggeris,Sainsdan Matematik dapatmenguasai pengetahuan dan kemahiran asas yangdiperlukan agarsetandingdengan murid yang lain. KUMPULAN SASARAN Murid yang belajar di Tahun 4, 5 atau 6; Semenanjung : Keluarga yangberpendapatan bulanan RM 530.00 dan ke bawah, Sarawak : Keluarga yangberpendapatan bulanan RM585.00 dan ke bawah, Sabah/Labuan:Keluarga yangberpendapatan bulanan RM685.00 dan ke bawah. PELAKSANAAN PROGRAM  Setiap murid yang terpilih diberikan satu buku baucar bagi setiap mata pelajaran yangbernilai RM10.00.  Berdasarkan senarai murid yanglayak,sekolah akan menubuhkan pusattuisyen dengan menyediakan jadual waktu tuisyen dan keperluan guru tuisyen.  Pegawai Pelajaran Daerah akan melantik dan mengagihkan guru tuisyen kepada sekolah daripada pool guru tuisyen SBT daerah.  Sekolah akan mengadakan kelas tuisyen SBT untuk murid mereka sendiri.  JPN/PPD akan memantau dan menyediakan pelaporan status pelaksanaan SBTkepada KPM. PENUTUP Adalah diharapkan melalui SBTini,peluangdan pencapaian di antara murid daripadakeluargamiskin dan murid daripada keluarga yangberada dapatdi seimbangkan.Kejayaan programini bergantungkepada komitmen dan kerjasama antara pihak sekolah,guru tuisyen dan ibu bapa.