SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
BAB 1




             PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI




 1.1 PENGENALAN




      Latihan industri merupakan salah satu syarat yang diwajidkan kepada pelajar-
pelajar politeknik mahupun institute Pengajian Tinggi bagi memenuhi system pengajian
sama ada sijil atau diploma.Melalui latihan industri ini para pelajar di beri pendedahan
tentang aspek dalam bidang yang dipelajari.Latihan industri ini merupakan salah satu
langkah untuk para menyesuaikan diri di alam pekerjaan. Pelajar-pelajar yang menjalani
latihan industri bukan sahaja didedahkan kepada latihan semata-mata malah dapat
memperluaskan kemahiran teknikal serta mencungkil bakat serta minat para pelajar
dalam bidang yang diceburi.Para pelajar boleh mendapat banyak pengalaman serta
pengetahuan yang berguna sepanjang tempoh latihan.Ini boleh membantu para pelajar
memahami bagaimana cara untuk menggunakan teori yang di pelajari serta
mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan dalam industri.




                                           1
Latihan industri seperti ini adalah bertujuan untuk mempraktikkan teori yang
dipelajari di politeknik dan meluaskan pengetahuan teknikal dan kemahiran seseorang
pelajar agar dapat menyesuaikan diri di alam pekerjaan kelak. Semasa menjalani
latihan industri,para pelajar dikehendaki mencatat segala aktiviti yang dijalankan
semasa latihan di dalam buku laporan yang telah di sediakan oleh pihak politeknik.
Sementara itu, buku laporan rasmi juga perlu dihasilkan oleh para pelajar setelah
tamat latiahan industri.




1.1.2   Pendahuluan.




    Sebelum dianugerahkan sesebuah Sijil atau Diploma,pelajar disyaratkan lulus
Latihan industri terlebih dahulu sebelum di perakukan penganugerahan Sijil atau
Diploma. Pelajar diwajidkan menjalani latihan industri selama satu semester iaitu
selama 5 bulan sebelum dianugerahkan sijil atau diploma . Bagi pelajar yang
mengambil kursus diploma,mereka diwajibkan menjalani latihan industri pada
semester 4 manaka;la pelajar yang mengambil kursus sijil, mereka diwajibkan
menjalani latihan industri pada semester 3.


    Kebiasaannya, tempat untuk menjalani latihan industri akan dipilih oleh pelajar itu
sendiri sama ada di sector swasta ataupun kerajaan.Pelajar boleh memohon tempat
latihan industri dengan cara melalui Unit Perhubungan dan Latihan Industri atau
memohon sendirike organisasi yang disukai untuk pilihan. Sepanjang menjalani latihan
industri,semua pelajar yang menjalankan latihan industri dikenhendaki dan diwajibkan
menuliskan laporan latihan industri dan mencatat kerja harian pada buku laporan
harian yang telah disediakan oleh pihak polikteknik.


    Buku laporan yang ditulis hendaklah diserahkan kepada penyelia yang bertugas
mengawasi pelajar sepanjang tempoh latihan pada setiap 2 minggu untuk disemak dan
ditandatangan.




                                              2
Buku laporan harian amat penting dan ia diambil kira bagi penilaian modul latihan
industri. Markah untuk laporan harian adalah 20% daripada keseluruhan markah
latihan industri. Ia amat penting kerana ia akan menjadi panduan kepada pelajar untuk
menyiapkan laporan latihan industri dan kerja-kerja teknikal. Selain itu,juga akan
menjadi panduan dan rujukan bagi menjelaskan aspek dan skop kerja mengenai apa
yang dipelajari dan diberi penerangan oleh pihak yang terlibat selama menjalani latihan
industri. Laporan latihan industri mestilah lengkap dan mengikut Garis Panduan
Latihan Industri Politeknik yang telah ditetapkan oleh sector pengurusan politeknik




1.1.3   Objektif latihan industri.


   Latihan industri merupakan satu latihan amali yang mesti dijalani oleh setiap
pelajar yang menuntut di politeknik. Semua pelajar juga wajib lulus latihan industri
sebelum dianugerahkan sesebuah sijil atau diploma.


   Antara objektif utama dalam latihan industri adalah bagi melahirkan sikap
bertanggungjawab keatas setiap pelajar bagi melaksanakan sesuatu tugas yang telah
diberikan oleh majikan di firma masing-masing. Pelajar dikehendaki menyiapkan kerja
yang ditugaskan pada waktu yang telah ditetapkan. Kerja yang disiapkan mestilah
kemas dan lengkap serta mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Selain itu juga, ia
melahirkan pelajar yang berdisiplin tinggi semasa datang dan pulang dari bekerja.


   Selain itu , pelajar yang menjalani latihan industri juga, akan didedahkan dengan
beberapa aspek kemahiran contohnya seperti,kemahiran dalam bekerja,pekerja
mestilah berdisiplin dalam menjalankan kerja. Seterusnya, kemahiran bekerjasama,
kemahiran komunikasi serta berterampilan diri. Dengan ini,apabila para pelajar
menamatkan latihan industri,mereka akan lebih berkeyakinan untuk berhadapan
dengan pelbagai situasi yang akan mendatang.


   Latihan industri juga mendedahkan kepada pelajar mengenai alam pekerjaan yang
sebenarnya. Oleh itu, pelajar akan mempelajari dan mempraktikkan apa yang



                                            3
dipelajari secara amali bersesuaian dengan kursus masing-masing. Para pelajar juga
akan mendapat ilmu yang selebihnya semasa menjalani latihan ini.


   Seterusnya,latihan industri juga akan memupuk semangat kerjasama. Ini kerana,
pelajar dan perkerja akan berkerjasama untuk melakukan sesuatu kerja. Pekerja yang
telah berpengalaman akan memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar. Di sini,para
pelajar akan juga mendapat pengalaman semasa di tempat kerja.


   Selama menjalani latihan industri,para pelajar dapat mempelajari kaedah-kaedah
sebenar didalam pembinaan. Jika sebelum ni pelajar hanya didedahkan dengan
teori,yang dipelajari di politeknik,maka di firma mereka dapat mempelajari dengan lebih
terperinci. Oleh yang demikian pelajar akan memahami dengan lebih mendalam dan
menberi gambaran yang jelas malah dapat dipraktikkan dengan betul.


   Justeru itu,dengan menjalani latihan industri ini, ia akan melahirkan pelajar yang
berproduktif dan cekap dalam melakukan sesuatu perkerjaan. Apa yang
penting,pelajar telah mendapat dan mengetahui suasana di tempat kerja.Ini akan
member faedah kepada pelajar suatu hari nanti setelah memasuki alam pekerjaan
yang sebenarnya benarnya.




1.1.4   Objektif laporan




   Apabila telah menjalani latihan industri selama 6 bulan, pelajar wajib menyediakan
satu laporan lengkap mengenai latihan yang telah dijalani.Laporan tersebut hendaklah
menerangkan mengenai perkara-perkara yang telah dijalankan semasa dalam latihan
industri bersama firma.


   Antara objektif utama laporan latihan industri dibuat adalah untuk panduan yang
sangat berguna kepada pelajar di masa hadapan kelak. Dengan adanya laporan ini, ia




                                           4
akan memudahkan pelajar membuat rujukan setelah menempuh alam pekerjaan
kelak.Ini memberi banyak faedah kepada pelajar.
Selain itu,laporan ini juga menerangkan dengan terperinci mengenai kerja-kerja atau
kegiatan yang dilakukan oleh pelajar sepanjang menjalani latihan industri. Para pelajar
mestilah menulis dengan lebih terperinci tentang aktiviti yang dijalankan di dalam buku
laporan ini. Membuat buku laporan latihan industri adalah perkara wajib bagi pelajar
polteknik sebelum diluluskan atau tidak latihan industri.Jika pelajar gagal menjalani
latihan industri dengan baik,pelajar dikehendaki mengulang semula.Jika
Berjaya,pelajar dibenarkan mendaftar semester seterusnya.


   Tambahan lagi,laporan ini juga adalah sebagai dokumen sokongan bagi pelajar
dalam temuduga pekerjaan nanti. Laporan yang baik dan lengkap boleh membantu
pelajar dalam mendapatkan pekerjaan apabila tamat pengajian nanti.Laporan yang
kemas dan teratur dapat membantu para pelajar untuk meyakinkan pihak pengurusan
firma apabila ingin memohon pekerjaan kelak.




1.1.5 Kepentingan latihan industri.




   Latihan industri sememangnya member banyak kebaikan kepada para pelajar.Ia
memberi pengalaman yang sebenarnya semasa melakukan latihan amali nin mengikut
dan bersesuain dengan kursus masing-masing.Pelajar dapat menyesuaikan diri
semasa bekerja dan cara untuk berkomunikasi dengan orang-orang yang terlibat.


   Selain itu,latihan industri juga dapat mengaitkan teori-teori yang telah dipelajari
semasa di polteknik dengan aspek-aspek praktikal yang sebenarnya.Para pelajar akan
dapat mempraktikkan ilmu teori dan keadaan sebenar semasa amali dijalankan. Ini
akan lebih membuka minda pelajar agar mengetahui adakah teori dan praktikal itu
adalah perkara yang sama atau berbeza.




                                            5
Pada masa yang sama,ia dapat melahirkan individu ynag berkualiti dan memenuhi
kehendak kerajaan yang mahu melahirkan ramai pelajar untuk mengisi jawatan di
sektor kerajaan atau swasta.Ini akan member sejuta kelebihan kepada pelajar lulusan
Polikteknik khususnya untuk merebut peluang tersebut bersama pengalaman yang ada
semasa menjalani latihan industri ini.


   Sememangnya,latihan industri juga mengajar pelajar untuk membina paersonaliti
dan keyakinan seseorang individu. Dengan ini, pelajar lebih merasa berkeyakinan
untuk berhadapan dengan orang ramai seterusnya meningkatkan motivasi diri semasa
melangkah ke alam pekerjaan kelak.Latihan industri hendaklah dikekalkan supaya
dapat melahirkan individu yang berkualiti kelak.




1.2 LATAR BELAKANG ORGANISASI




1.2.1 Pengenalan organisasi


     Majlis Dearah Batu Gajah merupakan tempat yang membantu penduduk
setempat meyelesaikan masalah-masalah aduan dan lain-lain.Ia juga untuk
Meningkatkan kualiti kehidupan rakyat di kawasan pentadbiran Majlis dengan
mengadakan infrastruktur yang lengkap, persekitaran yang bersih, cantik dan
tersusun.Disamping meningkatkan prestasi dan produktiviti pegawai dan anggota
Majlis supaya memberi perkhidmatan yang cekap, berkualiti, bersih dan amanah.




1.2.2   Latar Belakang Penubuhan Organisasi




   Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) ditubuhkan pada 01 September 1977 di bawah
Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).Keluasan kawasan pentadbiran
MDBGterbaru (19Disember 2002) berjumlah lebih kurang 41920 hektar (104800



                                           6
ekar)dengan jumlah penduduk kira-kira seramai 97,367 orang.Pusat Pentadbiran
MDBG terletak di Bandar Batu Gajah dan mempunyai 3 buah pejabat cawangan iaitu
Pekan Pusing,Pekan Tronoh dan Pekan Tg.Tualang.Ia bertujuan untuk memudahkan
urusan pentadbiran di samping melaksanakan kawalan yang lebih komited ke atas
segala aspek pembersihan dan pembangunan Bandar.Sebagai sebuah organisasi
yang diletakkan di bawah bidangkuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan (KPKT),MDBG juga bertanggungjawab di dalam Perancangan
Pembangunan kawasan pentadbirannya bagi mengwujudkan dan melahirkan satu
corak kehidupan masyarakat yang sejahtera,berbudaya,berilmu demi menuju kea rah
alaf akan datang.Kawasan Majlis Daerah Batu Gajah meliputi lima mukim iaitu
Sg.Terap,Belanja,Tg.Tualang,dan sebahagian Sg.Raia dan Hulu Kinta. Kawasan
pentadbiran utama ialah Batu Gajah manakala Bandar lain ialah
Tg.Tualang.Pusing,Tronoh,Papan,Sg.Durian,Siputeh dan Sg.Raia.


   MDBG juga Berjaya merangkul beberapa anugerah seperti Anugerah Pejabat
Terbaik (Ketiga)Tahun 2003 (Kategori PBT Negeri Perak ),Anugerah Kempen Jalur
Gemilang (Pertama) Tahun 2003 (Kategori PBT Negeri Perak) dan Anugerah
Perbarisan Kawad Sempena Bulan Kemerdekaan Tahun 2004 –Johan (Kategori
jabatan Kerajaan).




                                         7
1.2.3 Ahli Lembaga Pengarah

   1. Yang Dipertua

        Dato’ Razali Bin Othman

   2. Setiausaha

        En. Ismail Bin Ibrahim


  3.    Pegawai Perancang Bandar

        En. Andri Ari
  4.    Akauntan

        Pn. Norita Binti Md. Alwi


  5.    Pegawai Perancang Bandar (osc)

       Pn. Haslizawati Bt. Ngah


  6. Pegawai Teknologi Maklumat

       Cik Anisyahayati Binti Ismail

  7. Penolong Pegawai Tadbir

       En. Makhlis Bin Othman


  8.    Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
       (Kebersihan Bandar)

       En. Mohd. Faizal Bin Azizi


  9. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
     (Pelesenan)

       Pn. Azlin Nora Binti Muhd. Nazeri



                                           8
10. Penolong Jurutera

   En. Ahmad Zuhaimee Bin Matsah


11. Penolong Pegawai Senibina

   Pn. Amiziana Binti Mohd. Radi


12. Pembantu Undang-Undang

   Pn. Zailayati Binti Lot


13. Penolong Akauntan

   Cik Zahratul Aini Binti Md. Ismail


14.Penolong Pegawai Penilaian

   En. Azim Bin Mohd. Layani


15. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

   Pn. Normawati Binti Harun


16. Penolong Jurutera(Kejuruteraan)

   Pn. Asnita Bt. Kusoiry


17. Penolong Jurutera (OSC)

   Pn. Nurul Asyikin Binti Najhib


18. Pembantu Tadbir Kanan (Khidmat Pengurusan)

   Pn. Sharifah Binti Haji Kadir



                                        9
19. Pembantu Tadbir Kanan (Pelesenan)

       En. Abd. Khupur Bin Najar Din, AMP.,PPT.,PJK.




1.2.4 Aktiviti Organisasi


       Majlis Daerah Batu Gajah diketuai oleh Yang Dipertua Dato’Razali bin
Othman.Majlis daerah batu gajah terdiri daripada bahagian-bahagian seperti berikut:


   -    Unit jabatan khidmat pengurusan/pentadbiran
   -    Unit jabatan kejuruteraan awam
   -    Unit jabatan perancangan bandar
   -    Unit jabatan bangunan
   -    Unit jabatan pelesenan
   -    Unit jabatan penilaian
   -    Unit jabatan penguatkuasaan
   -    Unit Jabatan Kesihatan, Taman dan Rekreasi


Piagam Pelanggan Setiap Unit.


a) Jabatan Pengurusan/pentadbiran

“Mengeratkan hubungan dan meningkatkan persefahaman antara Majlis Daerah Batu
Gajah dengan pelanggan untuk membolehkan Majlis Daerah Batu Gajah memberikan
perkhidmatan yang berkualiti, serta mengekalkan imej Majlis.”


        Sedia memberikan maklumat-maklumat mengenai perkhidmatan dan program-
        program Majlis Daerah Batu Gajah pada setiap masa.




                                          10
Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh (3) hari bekerja dari
      tarikh penerimaan.




b) Jabatan Kejuruteraan awam

“Memastikan projek pembangunan dan penyelenggaraan harta Majlis diuruskan
mengikut prinsip-prinsip pengurusan yang berkualiti untuk memenuhi kehendak
pelanggan dengan kos yang berpatutan”

      Memberi keputusan ke atas permohonan pembangunan persendirian dalam
      masa enam (6) minggu.
      Menyampaikan keputusan lembaga sebutharga dan tender dalam tempoh satu
      (1) minggu daripada tarikh.
      Menyiasat ke atas aduan dan mengambil tindakan dalam tempoh tiga (3) hari
      bekerja dari tarikh aduan diterima mengikut keutamaan.




c) Jabatan Perancangan bandar

“Berusaha untuk mewujudkan perancangan yang berkualiti dengan menyediakan serta
membekal maklumat-maklumat perancangan dan kawalan pembangunan di kawasan
Majlis Daerah Batu Gajah kepada orang ramai dengan cepat, tepat dan mesra.”

      Memberi ulasan dan pandangan kepada permohonan pecah sempadan tanah,
      tukar syarat, pecah bahagian, cantuman tanah dan permohonan tanah dibuat
      dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penerimaan dengan syarat ianya
      lengkap dan mengikut kaedah-kaedah pengawalan perancangan am negeri
      perak.
      Memberi ulasan dan pandangan permohonan pelan-pelan pembangunan
      dibuat dalam tempoh (1) minggu dengan syarat ianya lengkap dan mematuhi
      kehendak undang-undang.




                                        11
Memperaku kelulusan pelan pinta ukur yang lengkap dalam tempoh dua (2)
       minggu.




d) Jabatan Bangunan

“Berusaha untuk mengawal pembinaan bangunan di kawasan Majlis mengikut
piawaian dan dasar Majlis.

       Memberi keputusan ke atas permohonan pelan bangunan, skim perumahan,
       perdagangan dan industri dalam tempoh dua (2) bulan setelah menerima
       semua ulasan dari jabatan teknikal dan memenuhi semua perundangan yang
       telah ditetapkan.
       Memberi keputusan pada permohonan / pelan rumah persendirian (rumah
       sesebuah), pelanpembangunan berbentuk sementara, kerja-kerja tambahan
       pelan pindaan dan pelan setara dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh
       permohonan yang lengkap dan mematuhi semua keperluan dan dokumen
       berkaitan.
       Memberi kelulusan sijil kelayakan menduduki bangunan dalam tempoh dua (2)
       minggu dari tarikh permohonan tertakluk kepada pengemukaan borang E
       (Undang-undang kecil bangunan seragam) serta surat sokongan daripada
       jabatan teknikal dalaman dan luaran.




e) Jabatan Pelesenan


“Berusaha untuk berkhidmat kearah pencapaian yang berkualiti dalam penyusunan
dan pengawalan peniaga-peniaga di dalam kawasan majlis”


       Memberi keputusan permohonan iklan dalam tempoh empat belas (14) hari
       bekerja.
       Memberi keputusan permohonan lesan penjaja dalam tempoh satu (1) bulan.




                                         12
Memberi keputusan permohonan premis perniagaan dalam tempoh dua (2)
       bulan
       Memberi keputusan permohonan permit sementara dalam tempoh satu (1) hari
       bekerja.




f) Jabatan penilaian

“Menilaikan harta berkadar untuk maksud cukai taksiran secara adil dan wajar”

       Memberi keputusan dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh penerimaan
       bantahan daripada pembayar cukai.
       Mengeluarkan bil cukai taksiran kepada pemilik harta berkadar selewat-
       lewatnya pada 15 Januari, (1/2 Penggal Pertama) dan 15 Julai (1/2 Penggal
       Kedua)
       Menyediakan jawapan bertulis bagi carian maklumat harta dalam tempoh dua
       (2) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
       Menyerahkan notis pindaan penilaian kepada pemilik harta berkadar selewat-
       lewatnya tiga puluh (30) hari bekerja sebelum tarikh berkuatkuasa.




g) Jabatan Penguatkuasaan


“Berusaha untuk mewujudkan suasana yang aman, tersusun dan harmoni kepada
semua penduduk di dalam kawasan Majlis”


       Membuat pemeriksaan serta-merta apabila menerima aduan .
       Mengambil tindakan dalam tempoh 7 hari ke atas aduan yang didapati tepat,
       Membuat rondaan ke atas petak letak kereta setiap 15 minit sekali.
       Mengambil tindakan pencegahan dan penghapusan ke atas laporan anjing-
       anjing liar dalam tempoh 3 hari selepas aduan.




                                          13
Memeriksa dan menyusun atur kedudukan pasar malam setengah jam sebelum
       waktu mula berniaga dan mengambil tindakan ke atas peniaga tanpa lesen di
       waktu yang sama.




h) Jabatan Kesihatan, Taman dan Rekreasi


“Berusaha meningkatkan kebersihan dalam kawasan Majlis Daerah Batu Gajah bagi
mewujudkan kawasan yang permai, bersih, indah, teratur dan dinamik.”


       Memberi perkhidmatan memotong rumput dua (2) kali sebulan bagi laluan
       utama.
       Memberi perkhidmatan pungutan sampah pada tiap-tiap hari di pusat Bandar.
       Memberi perkhidmatan pungutan sampah tiga (3) kali seminggu di kawasan
       perumahan.
       Memberi perkhidmatan menyapu jalan pada tiap-tiap hari di pusat bandar dan
       di tempat-tempat awam.
       Setiap longkang dibersihkan sekurang-kurangya satu (1) kali sebulan.
       Menyiasat dan bertindak ke atas semua aduan dalam tempoh tiga (3) hari
       bekerja dari tarikh aduan diterima.




                                             14
1.2.5 Halatuju Organisasi




Misi dan Visi



Misi Organisasi




       Merancang dan memangkin pembangunan tempatan supaya lebih berdaya
       maju.
       Merancang dan mengawal pembangunan selaras dengan maklumat-maklumat
       terkini dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada.
       Menyedia dan memberikan perkhidmatan perbandaran yang efisen, kualiti dan
       komited
       Memangkin pembangunan ekonomi tempatan sejajar dengan dasar
       pembangunan ekonomi negara.




Visi Organisasi


      Menjadikan MDBG sebagai sebuah organisasi yang berwibawa, berdaya maju
dan berinovatif di dalam pentadbiran dan perkhidmatan, perbandaran yang cekap,
berkesan dan komited kepada penduduk serta kawasan di bawah pentadbiranny




                                        15

More Related Content

What's hot

REPORT LATIHAN INDUSTRI DSK
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSKREPORT LATIHAN INDUSTRI DSK
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSKNur Arissa
 
Contoh Report LI Jabatan perdagangan
Contoh Report LI Jabatan perdaganganContoh Report LI Jabatan perdagangan
Contoh Report LI Jabatan perdaganganAhmadShafiqJamian
 
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)Rizalshah Zulkifli
 
Kolej Vokasional Langkawi Laporan Latihan Industri / Praktikal 07mei2018
Kolej Vokasional Langkawi Laporan Latihan Industri / Praktikal 07mei2018Kolej Vokasional Langkawi Laporan Latihan Industri / Praktikal 07mei2018
Kolej Vokasional Langkawi Laporan Latihan Industri / Praktikal 07mei2018fnurizdian
 
PANDUAN MENULIS LATIHAN INDUSTRI
PANDUAN MENULIS LATIHAN INDUSTRIPANDUAN MENULIS LATIHAN INDUSTRI
PANDUAN MENULIS LATIHAN INDUSTRICitizen Logen
 
Laporan Akhir Latihan Industri
Laporan Akhir Latihan IndustriLaporan Akhir Latihan Industri
Laporan Akhir Latihan IndustriKizizikachi Izzat
 
Latihan Industri Politeknik
Latihan Industri Politeknik Latihan Industri Politeknik
Latihan Industri Politeknik Hajar Hafizah
 
Laporan Akhir Latihan Industri
Laporan Akhir Latihan IndustriLaporan Akhir Latihan Industri
Laporan Akhir Latihan IndustriKizizikachi Izzat
 
KOMEN DAN CADANGAN
KOMEN DAN CADANGANKOMEN DAN CADANGAN
KOMEN DAN CADANGANcik Ena
 
report latihan industri politeknik ( Bab 1 )
report latihan industri politeknik ( Bab 1 )report latihan industri politeknik ( Bab 1 )
report latihan industri politeknik ( Bab 1 )Ikhwan_Fakrudin
 
CONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DAT
CONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DATCONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DAT
CONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DATummu_aiman95
 
Pembentengan Laporan Akhir Latihan Industri Diploma Rekabentuk Industri
Pembentengan Laporan Akhir Latihan Industri Diploma Rekabentuk IndustriPembentengan Laporan Akhir Latihan Industri Diploma Rekabentuk Industri
Pembentengan Laporan Akhir Latihan Industri Diploma Rekabentuk IndustriMLee Official
 
Kesimpulan Report Latihan Industri
Kesimpulan Report Latihan IndustriKesimpulan Report Latihan Industri
Kesimpulan Report Latihan Industricik Ena
 
Contoh Presentation Latihan Industri (PIS)
Contoh Presentation Latihan Industri (PIS)Contoh Presentation Latihan Industri (PIS)
Contoh Presentation Latihan Industri (PIS)Syafwan Laili
 
Presentation latihan Industri
Presentation latihan IndustriPresentation latihan Industri
Presentation latihan IndustriEiwan Azrul
 
MADA internship report
MADA internship reportMADA internship report
MADA internship reportDhom Nawhki
 
pembentangan latihan industri
pembentangan latihan industripembentangan latihan industri
pembentangan latihan industrihasyimah ismail
 

What's hot (20)

REPORT LATIHAN INDUSTRI DSK
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSKREPORT LATIHAN INDUSTRI DSK
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSK
 
5. penulisan bab (16 havent print) check up
5. penulisan bab (16 havent print) check up5. penulisan bab (16 havent print) check up
5. penulisan bab (16 havent print) check up
 
Contoh Report LI Jabatan perdagangan
Contoh Report LI Jabatan perdaganganContoh Report LI Jabatan perdagangan
Contoh Report LI Jabatan perdagangan
 
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)
 
Kolej Vokasional Langkawi Laporan Latihan Industri / Praktikal 07mei2018
Kolej Vokasional Langkawi Laporan Latihan Industri / Praktikal 07mei2018Kolej Vokasional Langkawi Laporan Latihan Industri / Praktikal 07mei2018
Kolej Vokasional Langkawi Laporan Latihan Industri / Praktikal 07mei2018
 
PANDUAN MENULIS LATIHAN INDUSTRI
PANDUAN MENULIS LATIHAN INDUSTRIPANDUAN MENULIS LATIHAN INDUSTRI
PANDUAN MENULIS LATIHAN INDUSTRI
 
Laporan Akhir Latihan Industri
Laporan Akhir Latihan IndustriLaporan Akhir Latihan Industri
Laporan Akhir Latihan Industri
 
Latihan Industri Politeknik
Latihan Industri Politeknik Latihan Industri Politeknik
Latihan Industri Politeknik
 
Laporan Akhir Latihan Industri
Laporan Akhir Latihan IndustriLaporan Akhir Latihan Industri
Laporan Akhir Latihan Industri
 
KOMEN DAN CADANGAN
KOMEN DAN CADANGANKOMEN DAN CADANGAN
KOMEN DAN CADANGAN
 
report latihan industri politeknik ( Bab 1 )
report latihan industri politeknik ( Bab 1 )report latihan industri politeknik ( Bab 1 )
report latihan industri politeknik ( Bab 1 )
 
CONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DAT
CONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DATCONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DAT
CONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DAT
 
Example Presentation Latihan Industri
Example Presentation Latihan IndustriExample Presentation Latihan Industri
Example Presentation Latihan Industri
 
Pembentengan Laporan Akhir Latihan Industri Diploma Rekabentuk Industri
Pembentengan Laporan Akhir Latihan Industri Diploma Rekabentuk IndustriPembentengan Laporan Akhir Latihan Industri Diploma Rekabentuk Industri
Pembentengan Laporan Akhir Latihan Industri Diploma Rekabentuk Industri
 
Kesimpulan Report Latihan Industri
Kesimpulan Report Latihan IndustriKesimpulan Report Latihan Industri
Kesimpulan Report Latihan Industri
 
Contoh Presentation Latihan Industri (PIS)
Contoh Presentation Latihan Industri (PIS)Contoh Presentation Latihan Industri (PIS)
Contoh Presentation Latihan Industri (PIS)
 
Presentation latihan Industri
Presentation latihan IndustriPresentation latihan Industri
Presentation latihan Industri
 
MADA internship report
MADA internship reportMADA internship report
MADA internship report
 
Jabatan perdagangan
Jabatan perdaganganJabatan perdagangan
Jabatan perdagangan
 
pembentangan latihan industri
pembentangan latihan industripembentangan latihan industri
pembentangan latihan industri
 

Viewers also liked

Viewers also liked (20)

Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
 
report latihan Idustri politeknik ( PSAS )
report latihan Idustri politeknik ( PSAS )report latihan Idustri politeknik ( PSAS )
report latihan Idustri politeknik ( PSAS )
 
Dedikasi
DedikasiDedikasi
Dedikasi
 
Pelan Strategik PDT Kuala Kangsar
Pelan Strategik PDT Kuala Kangsar Pelan Strategik PDT Kuala Kangsar
Pelan Strategik PDT Kuala Kangsar
 
Bab 4
Bab 4Bab 4
Bab 4
 
Bab 6
Bab 6Bab 6
Bab 6
 
Bab 7
Bab 7Bab 7
Bab 7
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Bab 7
Bab 7Bab 7
Bab 7
 
Bab 8
Bab 8Bab 8
Bab 8
 
Bab 8
Bab 8Bab 8
Bab 8
 
Full report.doc 2
Full report.doc 2Full report.doc 2
Full report.doc 2
 
Bab 5
Bab 5Bab 5
Bab 5
 
Dedikasi
DedikasiDedikasi
Dedikasi
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Bab 131130215629-phpapp02
Bab 131130215629-phpapp02Bab 131130215629-phpapp02
Bab 131130215629-phpapp02
 
Bab 5
Bab 5Bab 5
Bab 5
 
Bab 4
Bab 4Bab 4
Bab 4
 

Similar to Bab 1

Laporanliakhir 140225234509-phpapp01
Laporanliakhir 140225234509-phpapp01Laporanliakhir 140225234509-phpapp01
Laporanliakhir 140225234509-phpapp01najihahjay
 
Slide Latihan Industri Di Misyail Othman & Co ( Teng Mei Ting - A164554)
Slide Latihan Industri Di Misyail Othman & Co ( Teng Mei Ting -  A164554)Slide Latihan Industri Di Misyail Othman & Co ( Teng Mei Ting -  A164554)
Slide Latihan Industri Di Misyail Othman & Co ( Teng Mei Ting - A164554)MeiTing Teng
 
Bahan bengkel kik 2
Bahan bengkel kik 2Bahan bengkel kik 2
Bahan bengkel kik 2k_anuar
 
Bahan bengkel kik 2
Bahan bengkel kik 2Bahan bengkel kik 2
Bahan bengkel kik 2rajamad
 
Huraian Sukatan Produksi Multimedia
Huraian Sukatan Produksi MultimediaHuraian Sukatan Produksi Multimedia
Huraian Sukatan Produksi Multimediaruude_90
 
Huraian Sukatan Pelajaran Produksi Multimedia
Huraian Sukatan Pelajaran Produksi MultimediaHuraian Sukatan Pelajaran Produksi Multimedia
Huraian Sukatan Pelajaran Produksi Multimediazhafdiana
 
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN : PRODUKSI MULTIMEDIA
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN : PRODUKSI MULTIMEDIAHURAIAN SUKATAN PELAJARAN : PRODUKSI MULTIMEDIA
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN : PRODUKSI MULTIMEDIAKean Hagen
 
Unit 3.7 iso 9000 , unit 3.8 kaizen dan jit( belum edit)1 baru
Unit 3.7   iso 9000 , unit 3.8 kaizen dan jit( belum edit)1 baruUnit 3.7   iso 9000 , unit 3.8 kaizen dan jit( belum edit)1 baru
Unit 3.7 iso 9000 , unit 3.8 kaizen dan jit( belum edit)1 baruuthm
 
946 sp pengajian perniagaan (30.3.12)portal mpm
946 sp pengajian perniagaan (30.3.12)portal mpm946 sp pengajian perniagaan (30.3.12)portal mpm
946 sp pengajian perniagaan (30.3.12)portal mpmdoojoonis
 
946 sp pengajian_perniagaan_30312portal_mpm (1)
946 sp pengajian_perniagaan_30312portal_mpm (1)946 sp pengajian_perniagaan_30312portal_mpm (1)
946 sp pengajian_perniagaan_30312portal_mpm (1)JoeyRevell
 
Ebook kajian analisiskeperluanprogramdiplomapengurusanperhidmatanmakanandipol...
Ebook kajian analisiskeperluanprogramdiplomapengurusanperhidmatanmakanandipol...Ebook kajian analisiskeperluanprogramdiplomapengurusanperhidmatanmakanandipol...
Ebook kajian analisiskeperluanprogramdiplomapengurusanperhidmatanmakanandipol...ahmadsobri11
 
Panduan bagi pekilang-pekilang malaysia, Buku 8
Panduan bagi pekilang-pekilang malaysia, Buku 8Panduan bagi pekilang-pekilang malaysia, Buku 8
Panduan bagi pekilang-pekilang malaysia, Buku 8Azmi Yusoff
 
Pengajian keusahawanan tahap 1
Pengajian keusahawanan tahap 1Pengajian keusahawanan tahap 1
Pengajian keusahawanan tahap 1nurul_dn
 
Pengajian keusahawanan tahap 1 konsep
Pengajian keusahawanan tahap 1 konsepPengajian keusahawanan tahap 1 konsep
Pengajian keusahawanan tahap 1 konsepaznnawie
 

Similar to Bab 1 (20)

Laporanliakhir 140225234509-phpapp01
Laporanliakhir 140225234509-phpapp01Laporanliakhir 140225234509-phpapp01
Laporanliakhir 140225234509-phpapp01
 
Slide Latihan Industri Di Misyail Othman & Co ( Teng Mei Ting - A164554)
Slide Latihan Industri Di Misyail Othman & Co ( Teng Mei Ting -  A164554)Slide Latihan Industri Di Misyail Othman & Co ( Teng Mei Ting -  A164554)
Slide Latihan Industri Di Misyail Othman & Co ( Teng Mei Ting - A164554)
 
Bahan bengkel kik 2
Bahan bengkel kik 2Bahan bengkel kik 2
Bahan bengkel kik 2
 
Bahan bengkel kik 2
Bahan bengkel kik 2Bahan bengkel kik 2
Bahan bengkel kik 2
 
Huraian Sukatan Produksi Multimedia
Huraian Sukatan Produksi MultimediaHuraian Sukatan Produksi Multimedia
Huraian Sukatan Produksi Multimedia
 
Sukatan pro multimedia
Sukatan pro multimediaSukatan pro multimedia
Sukatan pro multimedia
 
sukatan pelajaran produksi multimedia
sukatan pelajaran produksi multimediasukatan pelajaran produksi multimedia
sukatan pelajaran produksi multimedia
 
Huraian Sukatan Pelajaran Produksi Multimedia
Huraian Sukatan Pelajaran Produksi MultimediaHuraian Sukatan Pelajaran Produksi Multimedia
Huraian Sukatan Pelajaran Produksi Multimedia
 
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN : PRODUKSI MULTIMEDIA
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN : PRODUKSI MULTIMEDIAHURAIAN SUKATAN PELAJARAN : PRODUKSI MULTIMEDIA
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN : PRODUKSI MULTIMEDIA
 
Unit 3.7 iso 9000 , unit 3.8 kaizen dan jit( belum edit)1 baru
Unit 3.7   iso 9000 , unit 3.8 kaizen dan jit( belum edit)1 baruUnit 3.7   iso 9000 , unit 3.8 kaizen dan jit( belum edit)1 baru
Unit 3.7 iso 9000 , unit 3.8 kaizen dan jit( belum edit)1 baru
 
946 sp pengajian perniagaan (30.3.12)portal mpm
946 sp pengajian perniagaan (30.3.12)portal mpm946 sp pengajian perniagaan (30.3.12)portal mpm
946 sp pengajian perniagaan (30.3.12)portal mpm
 
946 sp pengajian_perniagaan_30312portal_mpm (1)
946 sp pengajian_perniagaan_30312portal_mpm (1)946 sp pengajian_perniagaan_30312portal_mpm (1)
946 sp pengajian_perniagaan_30312portal_mpm (1)
 
Ebook kajian analisiskeperluanprogramdiplomapengurusanperhidmatanmakanandipol...
Ebook kajian analisiskeperluanprogramdiplomapengurusanperhidmatanmakanandipol...Ebook kajian analisiskeperluanprogramdiplomapengurusanperhidmatanmakanandipol...
Ebook kajian analisiskeperluanprogramdiplomapengurusanperhidmatanmakanandipol...
 
Panduan bagi pekilang-pekilang malaysia, Buku 8
Panduan bagi pekilang-pekilang malaysia, Buku 8Panduan bagi pekilang-pekilang malaysia, Buku 8
Panduan bagi pekilang-pekilang malaysia, Buku 8
 
Pengajian keusahawanan tahap 1
Pengajian keusahawanan tahap 1Pengajian keusahawanan tahap 1
Pengajian keusahawanan tahap 1
 
Pengajian keusahawanan tahap 1 konsep
Pengajian keusahawanan tahap 1 konsepPengajian keusahawanan tahap 1 konsep
Pengajian keusahawanan tahap 1 konsep
 
Perdagangan tahap 1
Perdagangan tahap 1Perdagangan tahap 1
Perdagangan tahap 1
 
CU 4 WA 3 CONDUCT STAFF TRAINING - Part 2.pptx
CU 4 WA 3 CONDUCT STAFF TRAINING - Part 2.pptxCU 4 WA 3 CONDUCT STAFF TRAINING - Part 2.pptx
CU 4 WA 3 CONDUCT STAFF TRAINING - Part 2.pptx
 
CU4 WA3 Mengendalikan Latihan Kakitangan
CU4 WA3 Mengendalikan Latihan KakitanganCU4 WA3 Mengendalikan Latihan Kakitangan
CU4 WA3 Mengendalikan Latihan Kakitangan
 
Dsp khb76 ting 3 2013
Dsp khb76 ting 3 2013Dsp khb76 ting 3 2013
Dsp khb76 ting 3 2013
 

Bab 1

  • 1. BAB 1 PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI 1.1 PENGENALAN Latihan industri merupakan salah satu syarat yang diwajidkan kepada pelajar- pelajar politeknik mahupun institute Pengajian Tinggi bagi memenuhi system pengajian sama ada sijil atau diploma.Melalui latihan industri ini para pelajar di beri pendedahan tentang aspek dalam bidang yang dipelajari.Latihan industri ini merupakan salah satu langkah untuk para menyesuaikan diri di alam pekerjaan. Pelajar-pelajar yang menjalani latihan industri bukan sahaja didedahkan kepada latihan semata-mata malah dapat memperluaskan kemahiran teknikal serta mencungkil bakat serta minat para pelajar dalam bidang yang diceburi.Para pelajar boleh mendapat banyak pengalaman serta pengetahuan yang berguna sepanjang tempoh latihan.Ini boleh membantu para pelajar memahami bagaimana cara untuk menggunakan teori yang di pelajari serta mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan dalam industri. 1
  • 2. Latihan industri seperti ini adalah bertujuan untuk mempraktikkan teori yang dipelajari di politeknik dan meluaskan pengetahuan teknikal dan kemahiran seseorang pelajar agar dapat menyesuaikan diri di alam pekerjaan kelak. Semasa menjalani latihan industri,para pelajar dikehendaki mencatat segala aktiviti yang dijalankan semasa latihan di dalam buku laporan yang telah di sediakan oleh pihak politeknik. Sementara itu, buku laporan rasmi juga perlu dihasilkan oleh para pelajar setelah tamat latiahan industri. 1.1.2 Pendahuluan. Sebelum dianugerahkan sesebuah Sijil atau Diploma,pelajar disyaratkan lulus Latihan industri terlebih dahulu sebelum di perakukan penganugerahan Sijil atau Diploma. Pelajar diwajidkan menjalani latihan industri selama satu semester iaitu selama 5 bulan sebelum dianugerahkan sijil atau diploma . Bagi pelajar yang mengambil kursus diploma,mereka diwajibkan menjalani latihan industri pada semester 4 manaka;la pelajar yang mengambil kursus sijil, mereka diwajibkan menjalani latihan industri pada semester 3. Kebiasaannya, tempat untuk menjalani latihan industri akan dipilih oleh pelajar itu sendiri sama ada di sector swasta ataupun kerajaan.Pelajar boleh memohon tempat latihan industri dengan cara melalui Unit Perhubungan dan Latihan Industri atau memohon sendirike organisasi yang disukai untuk pilihan. Sepanjang menjalani latihan industri,semua pelajar yang menjalankan latihan industri dikenhendaki dan diwajibkan menuliskan laporan latihan industri dan mencatat kerja harian pada buku laporan harian yang telah disediakan oleh pihak polikteknik. Buku laporan yang ditulis hendaklah diserahkan kepada penyelia yang bertugas mengawasi pelajar sepanjang tempoh latihan pada setiap 2 minggu untuk disemak dan ditandatangan. 2
  • 3. Buku laporan harian amat penting dan ia diambil kira bagi penilaian modul latihan industri. Markah untuk laporan harian adalah 20% daripada keseluruhan markah latihan industri. Ia amat penting kerana ia akan menjadi panduan kepada pelajar untuk menyiapkan laporan latihan industri dan kerja-kerja teknikal. Selain itu,juga akan menjadi panduan dan rujukan bagi menjelaskan aspek dan skop kerja mengenai apa yang dipelajari dan diberi penerangan oleh pihak yang terlibat selama menjalani latihan industri. Laporan latihan industri mestilah lengkap dan mengikut Garis Panduan Latihan Industri Politeknik yang telah ditetapkan oleh sector pengurusan politeknik 1.1.3 Objektif latihan industri. Latihan industri merupakan satu latihan amali yang mesti dijalani oleh setiap pelajar yang menuntut di politeknik. Semua pelajar juga wajib lulus latihan industri sebelum dianugerahkan sesebuah sijil atau diploma. Antara objektif utama dalam latihan industri adalah bagi melahirkan sikap bertanggungjawab keatas setiap pelajar bagi melaksanakan sesuatu tugas yang telah diberikan oleh majikan di firma masing-masing. Pelajar dikehendaki menyiapkan kerja yang ditugaskan pada waktu yang telah ditetapkan. Kerja yang disiapkan mestilah kemas dan lengkap serta mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Selain itu juga, ia melahirkan pelajar yang berdisiplin tinggi semasa datang dan pulang dari bekerja. Selain itu , pelajar yang menjalani latihan industri juga, akan didedahkan dengan beberapa aspek kemahiran contohnya seperti,kemahiran dalam bekerja,pekerja mestilah berdisiplin dalam menjalankan kerja. Seterusnya, kemahiran bekerjasama, kemahiran komunikasi serta berterampilan diri. Dengan ini,apabila para pelajar menamatkan latihan industri,mereka akan lebih berkeyakinan untuk berhadapan dengan pelbagai situasi yang akan mendatang. Latihan industri juga mendedahkan kepada pelajar mengenai alam pekerjaan yang sebenarnya. Oleh itu, pelajar akan mempelajari dan mempraktikkan apa yang 3
  • 4. dipelajari secara amali bersesuaian dengan kursus masing-masing. Para pelajar juga akan mendapat ilmu yang selebihnya semasa menjalani latihan ini. Seterusnya,latihan industri juga akan memupuk semangat kerjasama. Ini kerana, pelajar dan perkerja akan berkerjasama untuk melakukan sesuatu kerja. Pekerja yang telah berpengalaman akan memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar. Di sini,para pelajar akan juga mendapat pengalaman semasa di tempat kerja. Selama menjalani latihan industri,para pelajar dapat mempelajari kaedah-kaedah sebenar didalam pembinaan. Jika sebelum ni pelajar hanya didedahkan dengan teori,yang dipelajari di politeknik,maka di firma mereka dapat mempelajari dengan lebih terperinci. Oleh yang demikian pelajar akan memahami dengan lebih mendalam dan menberi gambaran yang jelas malah dapat dipraktikkan dengan betul. Justeru itu,dengan menjalani latihan industri ini, ia akan melahirkan pelajar yang berproduktif dan cekap dalam melakukan sesuatu perkerjaan. Apa yang penting,pelajar telah mendapat dan mengetahui suasana di tempat kerja.Ini akan member faedah kepada pelajar suatu hari nanti setelah memasuki alam pekerjaan yang sebenarnya benarnya. 1.1.4 Objektif laporan Apabila telah menjalani latihan industri selama 6 bulan, pelajar wajib menyediakan satu laporan lengkap mengenai latihan yang telah dijalani.Laporan tersebut hendaklah menerangkan mengenai perkara-perkara yang telah dijalankan semasa dalam latihan industri bersama firma. Antara objektif utama laporan latihan industri dibuat adalah untuk panduan yang sangat berguna kepada pelajar di masa hadapan kelak. Dengan adanya laporan ini, ia 4
  • 5. akan memudahkan pelajar membuat rujukan setelah menempuh alam pekerjaan kelak.Ini memberi banyak faedah kepada pelajar. Selain itu,laporan ini juga menerangkan dengan terperinci mengenai kerja-kerja atau kegiatan yang dilakukan oleh pelajar sepanjang menjalani latihan industri. Para pelajar mestilah menulis dengan lebih terperinci tentang aktiviti yang dijalankan di dalam buku laporan ini. Membuat buku laporan latihan industri adalah perkara wajib bagi pelajar polteknik sebelum diluluskan atau tidak latihan industri.Jika pelajar gagal menjalani latihan industri dengan baik,pelajar dikehendaki mengulang semula.Jika Berjaya,pelajar dibenarkan mendaftar semester seterusnya. Tambahan lagi,laporan ini juga adalah sebagai dokumen sokongan bagi pelajar dalam temuduga pekerjaan nanti. Laporan yang baik dan lengkap boleh membantu pelajar dalam mendapatkan pekerjaan apabila tamat pengajian nanti.Laporan yang kemas dan teratur dapat membantu para pelajar untuk meyakinkan pihak pengurusan firma apabila ingin memohon pekerjaan kelak. 1.1.5 Kepentingan latihan industri. Latihan industri sememangnya member banyak kebaikan kepada para pelajar.Ia memberi pengalaman yang sebenarnya semasa melakukan latihan amali nin mengikut dan bersesuain dengan kursus masing-masing.Pelajar dapat menyesuaikan diri semasa bekerja dan cara untuk berkomunikasi dengan orang-orang yang terlibat. Selain itu,latihan industri juga dapat mengaitkan teori-teori yang telah dipelajari semasa di polteknik dengan aspek-aspek praktikal yang sebenarnya.Para pelajar akan dapat mempraktikkan ilmu teori dan keadaan sebenar semasa amali dijalankan. Ini akan lebih membuka minda pelajar agar mengetahui adakah teori dan praktikal itu adalah perkara yang sama atau berbeza. 5
  • 6. Pada masa yang sama,ia dapat melahirkan individu ynag berkualiti dan memenuhi kehendak kerajaan yang mahu melahirkan ramai pelajar untuk mengisi jawatan di sektor kerajaan atau swasta.Ini akan member sejuta kelebihan kepada pelajar lulusan Polikteknik khususnya untuk merebut peluang tersebut bersama pengalaman yang ada semasa menjalani latihan industri ini. Sememangnya,latihan industri juga mengajar pelajar untuk membina paersonaliti dan keyakinan seseorang individu. Dengan ini, pelajar lebih merasa berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai seterusnya meningkatkan motivasi diri semasa melangkah ke alam pekerjaan kelak.Latihan industri hendaklah dikekalkan supaya dapat melahirkan individu yang berkualiti kelak. 1.2 LATAR BELAKANG ORGANISASI 1.2.1 Pengenalan organisasi Majlis Dearah Batu Gajah merupakan tempat yang membantu penduduk setempat meyelesaikan masalah-masalah aduan dan lain-lain.Ia juga untuk Meningkatkan kualiti kehidupan rakyat di kawasan pentadbiran Majlis dengan mengadakan infrastruktur yang lengkap, persekitaran yang bersih, cantik dan tersusun.Disamping meningkatkan prestasi dan produktiviti pegawai dan anggota Majlis supaya memberi perkhidmatan yang cekap, berkualiti, bersih dan amanah. 1.2.2 Latar Belakang Penubuhan Organisasi Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) ditubuhkan pada 01 September 1977 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).Keluasan kawasan pentadbiran MDBGterbaru (19Disember 2002) berjumlah lebih kurang 41920 hektar (104800 6
  • 7. ekar)dengan jumlah penduduk kira-kira seramai 97,367 orang.Pusat Pentadbiran MDBG terletak di Bandar Batu Gajah dan mempunyai 3 buah pejabat cawangan iaitu Pekan Pusing,Pekan Tronoh dan Pekan Tg.Tualang.Ia bertujuan untuk memudahkan urusan pentadbiran di samping melaksanakan kawalan yang lebih komited ke atas segala aspek pembersihan dan pembangunan Bandar.Sebagai sebuah organisasi yang diletakkan di bawah bidangkuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT),MDBG juga bertanggungjawab di dalam Perancangan Pembangunan kawasan pentadbirannya bagi mengwujudkan dan melahirkan satu corak kehidupan masyarakat yang sejahtera,berbudaya,berilmu demi menuju kea rah alaf akan datang.Kawasan Majlis Daerah Batu Gajah meliputi lima mukim iaitu Sg.Terap,Belanja,Tg.Tualang,dan sebahagian Sg.Raia dan Hulu Kinta. Kawasan pentadbiran utama ialah Batu Gajah manakala Bandar lain ialah Tg.Tualang.Pusing,Tronoh,Papan,Sg.Durian,Siputeh dan Sg.Raia. MDBG juga Berjaya merangkul beberapa anugerah seperti Anugerah Pejabat Terbaik (Ketiga)Tahun 2003 (Kategori PBT Negeri Perak ),Anugerah Kempen Jalur Gemilang (Pertama) Tahun 2003 (Kategori PBT Negeri Perak) dan Anugerah Perbarisan Kawad Sempena Bulan Kemerdekaan Tahun 2004 –Johan (Kategori jabatan Kerajaan). 7
  • 8. 1.2.3 Ahli Lembaga Pengarah 1. Yang Dipertua Dato’ Razali Bin Othman 2. Setiausaha En. Ismail Bin Ibrahim 3. Pegawai Perancang Bandar En. Andri Ari 4. Akauntan Pn. Norita Binti Md. Alwi 5. Pegawai Perancang Bandar (osc) Pn. Haslizawati Bt. Ngah 6. Pegawai Teknologi Maklumat Cik Anisyahayati Binti Ismail 7. Penolong Pegawai Tadbir En. Makhlis Bin Othman 8. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (Kebersihan Bandar) En. Mohd. Faizal Bin Azizi 9. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (Pelesenan) Pn. Azlin Nora Binti Muhd. Nazeri 8
  • 9. 10. Penolong Jurutera En. Ahmad Zuhaimee Bin Matsah 11. Penolong Pegawai Senibina Pn. Amiziana Binti Mohd. Radi 12. Pembantu Undang-Undang Pn. Zailayati Binti Lot 13. Penolong Akauntan Cik Zahratul Aini Binti Md. Ismail 14.Penolong Pegawai Penilaian En. Azim Bin Mohd. Layani 15. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Pn. Normawati Binti Harun 16. Penolong Jurutera(Kejuruteraan) Pn. Asnita Bt. Kusoiry 17. Penolong Jurutera (OSC) Pn. Nurul Asyikin Binti Najhib 18. Pembantu Tadbir Kanan (Khidmat Pengurusan) Pn. Sharifah Binti Haji Kadir 9
  • 10. 19. Pembantu Tadbir Kanan (Pelesenan) En. Abd. Khupur Bin Najar Din, AMP.,PPT.,PJK. 1.2.4 Aktiviti Organisasi Majlis Daerah Batu Gajah diketuai oleh Yang Dipertua Dato’Razali bin Othman.Majlis daerah batu gajah terdiri daripada bahagian-bahagian seperti berikut: - Unit jabatan khidmat pengurusan/pentadbiran - Unit jabatan kejuruteraan awam - Unit jabatan perancangan bandar - Unit jabatan bangunan - Unit jabatan pelesenan - Unit jabatan penilaian - Unit jabatan penguatkuasaan - Unit Jabatan Kesihatan, Taman dan Rekreasi Piagam Pelanggan Setiap Unit. a) Jabatan Pengurusan/pentadbiran “Mengeratkan hubungan dan meningkatkan persefahaman antara Majlis Daerah Batu Gajah dengan pelanggan untuk membolehkan Majlis Daerah Batu Gajah memberikan perkhidmatan yang berkualiti, serta mengekalkan imej Majlis.” Sedia memberikan maklumat-maklumat mengenai perkhidmatan dan program- program Majlis Daerah Batu Gajah pada setiap masa. 10
  • 11. Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan. b) Jabatan Kejuruteraan awam “Memastikan projek pembangunan dan penyelenggaraan harta Majlis diuruskan mengikut prinsip-prinsip pengurusan yang berkualiti untuk memenuhi kehendak pelanggan dengan kos yang berpatutan” Memberi keputusan ke atas permohonan pembangunan persendirian dalam masa enam (6) minggu. Menyampaikan keputusan lembaga sebutharga dan tender dalam tempoh satu (1) minggu daripada tarikh. Menyiasat ke atas aduan dan mengambil tindakan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh aduan diterima mengikut keutamaan. c) Jabatan Perancangan bandar “Berusaha untuk mewujudkan perancangan yang berkualiti dengan menyediakan serta membekal maklumat-maklumat perancangan dan kawalan pembangunan di kawasan Majlis Daerah Batu Gajah kepada orang ramai dengan cepat, tepat dan mesra.” Memberi ulasan dan pandangan kepada permohonan pecah sempadan tanah, tukar syarat, pecah bahagian, cantuman tanah dan permohonan tanah dibuat dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penerimaan dengan syarat ianya lengkap dan mengikut kaedah-kaedah pengawalan perancangan am negeri perak. Memberi ulasan dan pandangan permohonan pelan-pelan pembangunan dibuat dalam tempoh (1) minggu dengan syarat ianya lengkap dan mematuhi kehendak undang-undang. 11
  • 12. Memperaku kelulusan pelan pinta ukur yang lengkap dalam tempoh dua (2) minggu. d) Jabatan Bangunan “Berusaha untuk mengawal pembinaan bangunan di kawasan Majlis mengikut piawaian dan dasar Majlis. Memberi keputusan ke atas permohonan pelan bangunan, skim perumahan, perdagangan dan industri dalam tempoh dua (2) bulan setelah menerima semua ulasan dari jabatan teknikal dan memenuhi semua perundangan yang telah ditetapkan. Memberi keputusan pada permohonan / pelan rumah persendirian (rumah sesebuah), pelanpembangunan berbentuk sementara, kerja-kerja tambahan pelan pindaan dan pelan setara dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh permohonan yang lengkap dan mematuhi semua keperluan dan dokumen berkaitan. Memberi kelulusan sijil kelayakan menduduki bangunan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh permohonan tertakluk kepada pengemukaan borang E (Undang-undang kecil bangunan seragam) serta surat sokongan daripada jabatan teknikal dalaman dan luaran. e) Jabatan Pelesenan “Berusaha untuk berkhidmat kearah pencapaian yang berkualiti dalam penyusunan dan pengawalan peniaga-peniaga di dalam kawasan majlis” Memberi keputusan permohonan iklan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja. Memberi keputusan permohonan lesan penjaja dalam tempoh satu (1) bulan. 12
  • 13. Memberi keputusan permohonan premis perniagaan dalam tempoh dua (2) bulan Memberi keputusan permohonan permit sementara dalam tempoh satu (1) hari bekerja. f) Jabatan penilaian “Menilaikan harta berkadar untuk maksud cukai taksiran secara adil dan wajar” Memberi keputusan dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh penerimaan bantahan daripada pembayar cukai. Mengeluarkan bil cukai taksiran kepada pemilik harta berkadar selewat- lewatnya pada 15 Januari, (1/2 Penggal Pertama) dan 15 Julai (1/2 Penggal Kedua) Menyediakan jawapan bertulis bagi carian maklumat harta dalam tempoh dua (2) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima. Menyerahkan notis pindaan penilaian kepada pemilik harta berkadar selewat- lewatnya tiga puluh (30) hari bekerja sebelum tarikh berkuatkuasa. g) Jabatan Penguatkuasaan “Berusaha untuk mewujudkan suasana yang aman, tersusun dan harmoni kepada semua penduduk di dalam kawasan Majlis” Membuat pemeriksaan serta-merta apabila menerima aduan . Mengambil tindakan dalam tempoh 7 hari ke atas aduan yang didapati tepat, Membuat rondaan ke atas petak letak kereta setiap 15 minit sekali. Mengambil tindakan pencegahan dan penghapusan ke atas laporan anjing- anjing liar dalam tempoh 3 hari selepas aduan. 13
  • 14. Memeriksa dan menyusun atur kedudukan pasar malam setengah jam sebelum waktu mula berniaga dan mengambil tindakan ke atas peniaga tanpa lesen di waktu yang sama. h) Jabatan Kesihatan, Taman dan Rekreasi “Berusaha meningkatkan kebersihan dalam kawasan Majlis Daerah Batu Gajah bagi mewujudkan kawasan yang permai, bersih, indah, teratur dan dinamik.” Memberi perkhidmatan memotong rumput dua (2) kali sebulan bagi laluan utama. Memberi perkhidmatan pungutan sampah pada tiap-tiap hari di pusat Bandar. Memberi perkhidmatan pungutan sampah tiga (3) kali seminggu di kawasan perumahan. Memberi perkhidmatan menyapu jalan pada tiap-tiap hari di pusat bandar dan di tempat-tempat awam. Setiap longkang dibersihkan sekurang-kurangya satu (1) kali sebulan. Menyiasat dan bertindak ke atas semua aduan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh aduan diterima. 14
  • 15. 1.2.5 Halatuju Organisasi Misi dan Visi Misi Organisasi Merancang dan memangkin pembangunan tempatan supaya lebih berdaya maju. Merancang dan mengawal pembangunan selaras dengan maklumat-maklumat terkini dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada. Menyedia dan memberikan perkhidmatan perbandaran yang efisen, kualiti dan komited Memangkin pembangunan ekonomi tempatan sejajar dengan dasar pembangunan ekonomi negara. Visi Organisasi Menjadikan MDBG sebagai sebuah organisasi yang berwibawa, berdaya maju dan berinovatif di dalam pentadbiran dan perkhidmatan, perbandaran yang cekap, berkesan dan komited kepada penduduk serta kawasan di bawah pentadbiranny 15