SlideShare a Scribd company logo
1 of 44
Download to read offline
BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN KOMPETENSI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MANUAL
PENILAIAN BERSEPADU
PEGAWAI PERKHIDMATAN
PENDIDIKAN
© Kementerian Pendidikan Malaysia 2016
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, gambar dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara
sama ada elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat izin bertulis daripada Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi
Kementerian Pendidikan Malaysia.
MANUAL PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
Diterbitkan oleh:
Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2250, Century Square 2,
Off Persiaran Multimedia Cyber 6,
63000 Cyberjaya
Selangor.
1.0 PENDAHULUAN 1
2.0 PENGENALAN 2
2.1 PUNCA KUASA PELAKSANAAN 4
2.2 MATLAMAT PBPPP 4
2.3 OBJEKTIF PBPPP 4
2.4 KONSEP PENILAIAN 5
2.5 KOMPONEN INSTRUMEN 5
2.5.1 Komponen Generik 6
2.5.2 Komponen Fungsional 6
2.5.3 Komponen Keberhasilan 7
2.6 KONSEP INSTRUMEN 7
2.7 ARAS PENCAPAIAN 9
2.8 SISTEM E-PRESTASI 10
2.9 TEMPOH PENILAIAN 10
2.10 FASA PENILAIAN 11
2.10.1 Prapenilaian 11
2.10.2 Semasa Penilaian 11
2.10.3 Pascapenilaian 12
3.0 JAWATANKUASA PBPPP 13
3.1 STRUKTUR JAWATANKUASA 13
3.2 TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA 14
3.3 PERANAN JAWATANKUASA 15
4.0 PEGAWAI PENILAI 17
4.1 PELANTIKAN PP 17
4.2 TANGGUNGJAWAB PP 18
5.0 PEGAWAI YANG DINILAI 20
5.1 KRITERIA PYD 20
5.2 TANGGUNGJAWAB PYD 21
6.0 PENUTUP 22
SOALAN LAZIM PBPPP 25
AKRONIM 35
GLOSARI 36
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENDAHULUAN
Manual Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)
disediakan sebagai panduan kepada semua warga Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan (PPP) yang terlibat dengan pelaksanaan PBPPP. Kandungan
manual ini meliputi:
Pengenalan PBPPP secara ringkas mengenai kronologi pembangunan
instrumen, matlamat, objektif, konsep penilaian, konsep instrumen, aras
pencapaian, sistem e-Prestasi, tempoh dan fasa penilaian PBPPP.
Struktur, tanggungjawab dan peranan Jawatankuasa PBPPP Organisasi.
Syarat pelantikan dan tanggungjawab Pegawai Penilai (PP).
Kriteria dan tanggungjawab Pegawai Yang Dinilai (PYD).
Soalan-soalan lazim tentang PBPPP.
Akronim dan glosari.
a.
b.
c.
d.
e.
f.
1
2
2.0 PENGENALAN
PBPPP adalah penilaian baharu yang memberi fokus kepada elemen
pembangunan kompetensi, potensi dan keberhasilan berasaskan gred dan
jawatan serta mengambil kira kepelbagaian bidang tugas Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PPP).
Pembangunan instrumen PBPPP bermula daripada pemansuhan Penilaian
Tahap Kompetensi (PTK) pada Oktober 2010. Selepas pemansuhan PTK,
Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK) mula mengorak
langkah dengan mengadakan Persidangan Penilaian Kompetensi BPPK dan
JPN pada Disember 2010, Persidangan Pegawai Kanan KPM pada Januari
2011 dan Persidangan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) pada Februari
2011 untuk mendapat input dan idea bagi menghasilkan penilaian
kompetensi yang boleh diterima oleh semua pihak. Pada tahun 2011,
Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) mula diperkenalkan dan BPPK
menggunakan keputusan persidangan yang telah dianjurkan dalam
membangunkan Instrumen Penilaian Kompetensi dan Potensi (PROSPEK).
Pada Februari 2012, SBPA dibatalkan manakala pelaksanaan PROSPEK
ditangguhkan, namun pembangunan penilaian ini tidak terhenti kerana
pada April sehingga Mei 2012, Makmal Government Transformation
Programme 2.0 (GTP 2.0) telah membangunkan instrumen bersepadu
(Unified Instrument) untuk guru berasaskan kerangka instrumen PROSPEK
dan kajian terhadap instrumen tersebut telah dilaksanakan kepada semua
guru di Negeri Sembilan.
Pada 15 Disember 2012, Mesyuarat Pelarasan New Teacher’s Charter (NTC)
bersama BPPK, Delivery Management Office (DMO) dan Bahagian
Pendidikan Guru (BPG) telah bersetuju supaya BPPK membangunkan
Instrumen Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.
Pembangunan instrumen yang bermula pada tahun 2013 telah menetapkan
format instrumen penilaian yang akan digunakan.
Malaysia Education Blueprint 2013 - 2025
Foreword
Pada peringkat awal, sebanyak 20
instrumen dibangunkan mengikut
kumpulan bidang tugas. Namun
begitu, pemetaan semula instrumen
dilaksanakan dengan 5 kumpulan
bidang tugas iaitu Kumpulan PdP,
PT(A), PT(B), Fasilitator dan Jurulatih.
Pembangunan instrumen PBPPP
selaras dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu
pada Anjakan 4 (Mentransformasi
Penilaian yang adil dan telus berasaskan kepada prestasi/ hasil kerja/
output/ outcome/ impak yang bersesuaian serta perlakuan yang
berkaitan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
Menggalakkan persaingan positif dalam meningkatkan kualiti dan
produktiviti ke arah pencapaian objektif organisasi.
Berfokus kepada penilaian terhadap pegawai mengikut tanggungjawab
dan bidang tugas.
ANJAKAN
Mentransformasi
Profesion keguruan
menjadi profesion
pilihan
Memastikan
kepimpinan
berprestasi tinggi
ditempatkan di
setiap sekolah
Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan
kompetensi & prestasi mulai 2016
Memperluaskan laluan guru untuk peranan
kepimpinan, pakar pengajaran, & pakar bidang
khusus menjelang 2016
Memperkukuh kriteria pemilihan & proses
perancangan penggantian bagi pengetua/ guru
besar mulai 2013.
Melaksanakan Pakej Kerjaya Pengetua/ Guru Besar
yang baharu secara berperingkat, dengan lebih
sokongan & kebertanggungjawaban yang tinggi
bagi meningkatkan keberhasilan murid.
a.
b.
c.
PBPPP digubal berdasarkan kepada prinsip asas penilaian berikut:
Pembangunan instrumen PBPPP selaras dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu pada Anjakan 4 (Mentransformasi
Profesion Keguruan Menjadi Profesion Pilihan) dan Anjakan 5 (Memastikan
Kepimpinan Berprestasi Tinggi Ditempatkan di Setiap Sekolah).
3
44
55
4
PBPPP telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan arahan
pelaksanaan peringkat KPM telah dikeluarkan pada 20 November 2015.
Pelaksanaan PBPPP bagi kumpulan guru dan pemimpin sekolah bermula
pada tahun 2015 dan pelaksanaan menyeluruh kepada semua Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bermula pada tahun 2016. Pelaksanaan
PBPPP ini menggantikan semua penilaian prestasi termasuk LNPT kepada
semua PPP di KPM.
Meningkatkan kecekapan dan komitmen bagi melahirkan PPP yang
berprestasi tinggi.
Penilaian menyeluruh yang menggabungjalinkan kompetensi dan
potensi serta keberhasilan PPP.
Mendokong aspirasi ke arah pendidikan yang berkualiti tinggi.
2.1 PUNCA KUASA
PELAKSANAAN
2.2 MATLAMAT PBPPP
2.3 OBJEKTIF PBPPP
a.
b.
c.
Matlamat PBPPP adalah seperti berikut:
Menilai kompetensi dan potensi PPP.
Menilai keberhasilan yang merupakan hasil kerja PPP.
Mengenal pasti kompetensi dan potensi PPP untuk membolehkan.
Program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) dilaksanakan.
Mengenal pasti keperluan latihan untuk pembangunan laluan kerjaya
PPP.
a.
b.
c.
d.
Objektif PBPPP adalah seperti berikut:
4
2.5 KOMPONEN INSTRUMEN
PBPPP merupakan suatu penilaian yang fleksibel kerana tidak terikat hanya
pada satu kaedah, masa dan tempat penilaian. Penilaian boleh dilaksanakan
oleh PP mengikut kesesuaian kaedah, masa dan tempat berdasarkan tugas
yang dijalankan oleh PYD.
Instrumen PBPPP terdiri daripada tiga komponen iaitu Generik, Fungsional,
dan Keberhasilan.
2.4 KONSEP PENILAIAN
fleksibiliti
kepelba
gaian
kaed
ah
ke
sesuaian
m
asa
tempat
k
esesuaian
GENERIK
FUNGSIONAL
KEBERHASILAN
G
F
K Dinilai berdasarkan peningkatan
dan/atau pencapaian hasil kerja
berasaskan bidang tugas PPP.
Dinilai berdasarkan pengetahuan dan
kemahiran mengikut tugas dan tempat
bertugas PPP.
Dinilai berdasarkan keperluan
kompetensi umum perkhidmatan
awam.
5
2.5.1 Komponen Generik
Komponen Generik bertujuan untuk menilai tahap profesionalisme dan
penglibatan PPP. Semua warga PPP di KPM dinilai menggunakan komponen
generik yang sama tanpa mengira bidang tugas.
2.5.2 Komponen Fungsional
Komponen Fungsional bertujuan untuk menilai pengetahuan dan
kemahiran PPP mengikut bidang tugas yang dijalankan.
Terdapat lima kategori kumpulan dalam komponen fungsional berasaskan
bidang tugas iaitu PdP, PT(A), PT(B), Fasilitator, dan Jurulatih.
PT(A)PT(B)
Pengajaran dan Pembelajaran - PPP yang terlibat dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan institusi
pendidikan bawah kelolaan KPM (Sektor Pelajaran)
Pengajaran dan Pentadbiran (A) - PPP di peringkat pengurusan
di sekolah dan institusi pendidikan bawah kelolaan KPM yang
terlibat dalam pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran
• Kepimpinan Sekolah
• Kepimpinan Institusi Pendidikan
Pengurusan dan Pentadbiran (B) - PPP di peringkat pengurusan
dan pentadbiran di organisasi KPM yang terlibat hanya
berkaitan pengurusan dan pentadbiran tanpa pengajaran dan
pembelajaran.
• Pegawai di Bahagian KPM, Institusi Pendidikan, JPN dan PD
FASILITATORJURULATIH
PPP yang bertindak sebagai pembimbing dan pemudah cara
• Guru Bimbingan Kaunseling, Kaunselor Bahagian, JPN, PPD,
& IPG, SISC+, SIPartners+ dan FasiLINUS & Pegawai Pusat
Perkhidmatan Pendidikan (3PK)
PPP yang mengisi jawatan khusus untuk memberikan latihan
dalam bidang sukan dan seni di Sekolah Sukan & Sekolah Seni
sahaja.
• Jurulatih Sukan dan Seni
KATEGORIKUMPULAN
PdP
6
2.5.3 Komponen Keberhasilan
Komponen Keberhasilan bertujuan menilai peningkatan dan/ atau
pencapaian sasaran kerja serta usaha yang dilaksanakan berasaskan bidang
tugas PPP yang telah dirancang sepanjang tempoh penilaian.
2.6 KONSEP INSTRUMEN
Komponen generik dan fungsional dalam instrumen PBPPP mempunyai
struktur yang terdiri daripada Dimensi, Elemen dan Aspek.
Dimensi
Elemen
Aspek
Perincian tentang perkara
yang dinilai dalam sesuatu
elemen
Pemboleh ubah bagi sesuatu
Dimensi (Konstruk)
Menggambarkan konstruk
yang hendak dinilai
7
8
Penilaian dibuat mengikut aspek dalam instrument dan pencapaian PYD
diberikan mengikut aras penilaian berdasarkan rubrik yang ditetapkan.
Struktur Instrumen
Rubrik dan Skor Penilaian
DIMENSI
ELEMEN
DAN ASPEK
KOD DESKRIPSI
Keupayaan pengawal untuk:
mengetahui, memahami, menghayati
dan mempamerkan:
● etika kerja penjawat awam
● semangat patriotisme, non-partisan, neutrality
dan mematuhi tata kelakuan sebagai penjawat
awam
● etika kerja keguruan
PROFESIONALISMED1
NILAI PROFESIONALE1
AMALAN PROFESIONALA1.1
DIMENSI ELEMEN ASPEK
ARAS PENILAIAN
CEMERLANG BAIK SEDERHANA LEMAH
4 3 2 1
Mengetahui,
memahami dan
menghayati semua
etika kerja yang
berkaitan serta jelas
Mengetahui, dan
memahami semua
etika kerja yang
berkaitan serta
mempamerkan
Kurang mengetahui,
dan kurang
memahami etika
kerja yang berkaitan
dan
Kurang mengetahui,
dan tidak
memahami etika
kerja yang berkaitan
dan tidak
ARAS PENILAIAN RUBRIK
9
Prestasi Rendah
0-59.99%
Prestasi Sederhana
60-79.99%
Prestasi Tinggi
80-89.99%
Prestasi Cemerlang
90-100%
2.7 ARAS PENCAPAIAN
PPP akan dinilai berdasarkan Penilaian Kompetensi dan Potensi yang
merangkumi Generik dan Fungsional serta Penilaian Keberhasilan.
Prestasi pencapaian PYD dalam PBPPP dibahagikan kepada empat kategori
iaitu Cemerlang, Tinggi, Sederhana dan Rendah.
G
K
F
+1 2
Sistem e-Prestasi dibangunkan bagi pelaksanaan PBPPP dan boleh dilayari
melalui laman sesawang https://eprestasi.moe.gov.my.
Sistem ini boleh diakses oleh Ahli Jawatankuasa dan PP sahaja. Walau
bagaimanapun, bahan yang berkaitan PBPPP boleh dimuat turun daripada
laman sesawang tersebut.
Fleksibiliti diberikan kepada organisasi untuk melaksanakan penilaian
secara berterusan dalam tempoh satu tahun penilaian mengikut takwim
yang dikeluarkan KPM.
Penilaian melalui sistem e-Prestasi mestilah dilaksanakan dua kali setahun.
2.8 SISTEM E-PRESTASI
2.9 TEMPOH PENILAIAN
https://eprestasi.moe.gov.my
10
2.10.1 Prapenilaian
Sepanjang tempoh setahun penilaian, terdapat tiga fasa penilaian iaitu
prapenilaian, semasa penilaian dan pascapenilaian.
Menerima takwim pelaksanaan PBPPP pada tahun semasa.
Taklimat pelaksanaan PBPPP di peringkat organisasi.
Pelantikan Jawatankuasa PBPPP peringkat organisasi dan pengesahan.
Pelantikan PP dan pengesahan.
Perancangan jadual pelaksanaan penilaian peringkat organisasi.
a.
b.
c.
d.
e.
2.10 FASA PENILAIAN
11
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
PP1 dan PP2 berbincang dengan PYD untuk menetapkan sasaran
keberhasilan.
PP1 dan PP2 membuat penilaian secara berterusan terhadap PYD.
PP1 dan PP2 membuat penilaian melalui sistem e-Prestasi dua kali
setahun.
PP berbincang dengan PYD berkaitan pencapaian semasa dan
memberikan bimbingan untuk meningkatkan pencapaian PYD dalam
tugas yang dijalankan.
PP1, PP2 dan PYD membuat semakan semula sasaran komponen
keberhasilan selepas penilaian pertama.
PP1, PP2 dan PYD membuat semakan semula sasaran komponen
keberhasilan selepas penilaian pertama.
PP mengisi, menyimpan dan menghantar skor PYD dalam secara dalam
talian (online) melalui laman sesawang https://eprestasi.moe.gov.my.
2.10.2 Semasa Penilaian
12
a.
b.
c.
h.
g.
Jawatankuasa PBPPP Organisasi perlu bermesyuarat untuk membuat
pelarasan bagi perbezaan markah yang melebihi 10 antara PP1 dan
PP2.
Jawatankuasa perlu menghantar markah akhir PYD yang telah
diselaraskan melalui laman sesawang https://eprestasi.moe.gov.my.
PYD boleh mendapatkan (mengakses) markah prestasi PBPPP bagi
tahun penilaian melalui Sistem HRMIS.
PP membuat salinan borang markah dan menyerahkan sesalinan
kepada PYD bagi setiap penilaian yang dilaksanakan.
Jawatankuasa PBPPP organisasi perlu memantau pelaksanaan PBPPP di
organisasi masing-masing bagi memastikan pelaksanaan mengikut
jadual yang ditetapkan.
2.10.3 Pascapenilaian
13
Jawatankuasa PBPPP ditubuhkan untuk melancarkan pelaksanaan PBPPP
pada peringkat organisasi masing-masing. Jawatankuasa ini juga
bertanggungjawab untuk memastikan PBPPP dilaksanakan mengikut
kaedah dan prosedur yang ditetapkan.
Keanggotaan Jawatankuasa PBPPP Organisasi terdiri daripada Pengerusi,
Setiausaha, tiga orang Ahli Jawatankuasa dan seorang Urus Setia. Walau
bagaimanapun, bilangan ahli jawatankuasa boleh dilantik melebihi tiga
orang di luar sistem e-Prestasi.
3.1 STRUKTUR JAWATANKUASA
3.0 JAWATANKUASA PBPPP
PENGERUSI
AHL
I JAWATANKUA
SA1
AHL
I JAWATANKUA
SA2
AHL
I JAWATANKUA
SA3
S
ETIAUSAH
A
URU SETIA
Dalam kes-kes tertentu, Jawatankuasa PBPPP Organisasi boleh terdiri
daripada minimum tiga orang.
Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti penilaian di peringkat
organisasi.
Menetapkan senarai PP dan PYD di organisasi mengikut kriteria yang
ditetapkan.
Mengesahkan senarai jawatankuasa dan PP yang dikemukakan oleh
organisasi yang diselia.
Merancang dan melaksanakan latihan dalaman PBPPP kepada warga
organisasi.
Memastikan pelaksanaan PBPPP mengikut takwim yang telah
ditetapkan.
Memastikan pengurusan dokumen terperingkat peringkat TERHAD
mengikut garis panduan Arahan Keselamatan.
Memastikan PP membuat penilaian dalam tempoh masa yang
ditetapkan.
Memastikan semua PYD dinilai.
Menjaga kerahsiaan skor PYD dan dokumen terperingkat sepanjang
masa.
Menyediakan laporan pelaksanaan penilaian di peringkat organisasi.
Membuat pelarasan bagi kes-kes markah yang tidak tekal (perbezaan
markah melebihi 10 antara PP1 dengan PP2).
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.
i.
j.
k.
3.2 TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA
14
Menubuh dan melantik Jawatankuasa.
Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa dan mesyuarat pelarasan
markah.
Menyampaikan taklimat di peringkat organisasi.
Menjaga kerahsiaan skor PYD dan dokumen terperingkat sepanjang
masa.
a.
b.
c.
d.
PENGERUSI
Menjadi penyelaras kepada Jawatankuasa.
Menghadiri mesyuarat.
Menyediakan minit mesyuarat.
Menyediakan jadual pelaksanaan.
Mengurus taklimat kepada PP dan PYD.
Menyediakan senarai cadangan PP.
Memberi latihan dalaman kepada PP.
Memantau status pelaksanaan penilaian.
Menjadi perantara organisasi dengan agensi yang berkaitan/ KPM.
Memastikan Fail Am 435 (Fail Pengurusan PBPPP) disediakan oleh urus
setia.
Menjaga kerahsiaan skor PYD dan dokumen terperingkat sepanjang
masa.
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.
i.
j.
k.
SETIAUSAHA
3.3 PERANAN JAWATANKUASA
15
Mengurusetiakan mesyuarat.
Menyedia dan menguruskan Fail Am 435 (Fail Pengurusan PBPPP).
Memantau status pelaksanaan penilaian.
Menjaga kerahsiaan skor PYD dan dokumen terperingkat sepanjang
masa.
URUS SETIA
a.
b.
c.
d.
Menghadiri mesyuarat.
Mencadangkan PP.
Memantau pelaksanaan PBPPP.
Memantau status pelaksanaan penilaian.
Menjaga kerahsiaan skor PYD dan dokumen terperingkat sepanjang
masa.
a.
b.
c.
d.
e.
AHLI JAWATANKUASA
16
4.0 PEGAWAI PENILAI
Syarat-syarat pelantikan PP adalah seperti berikut:
Pegawai Penilai (PP) ialah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik
oleh Jawatankuasa PBPPP organisasi dan telah disahkan pelantikan.
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.
i.
4.1 PELANTIKAN PP
PP mesti mempunyai hubungan kerja dengan PYD.
PP yang dilantik terdiri daripada:
• sekurang-kurangnya satu gred lebih tinggi daripada PYD;
atau
• Ketua Organisasi atau Penyelia kepada PYD.
Sekiranya kriteria PP di atas tidak dapat dipenuhi maka PP boleh dilantik
mengikut kekananan/ lama tempoh berkhidmat dalam gred semasa/
ditentukan oleh jawatankuasa PBPPP organisasi.
PP tiada hubungan kekeluargaan terdekat melalui pertalian darah atau
perkahwinan (suami, isteri, anak, adik beradik, anak saudara, mertua,
menantu, ipar, sepupu atau biras) dengan PYD.
PP menyelia PYD sekurang-kurangnya 6 bulan (180 hari) pada tahun
semasa.
Sekiranya tiada PP yang layak menilai kerana tempoh penyeliaannya
kurang dari 6 bulan dalam tahun yang dinilai, maka penilaian hendaklah
dilakukan oleh penyelia yang terdekat dan mempunyai hubungan kerja
dengan PYD. Bagi kes-kes tertentu, tempoh minimum ialah 3 bulan.
Sekiranya PP berkhidmat di dua jabatan yang berlainan dalam tempoh
yang sama panjang, maka PP masih boleh menjadi penilai di jabatan
sebelum jika perlu.
PP boleh dilantik dalam kalangan pegawai yang berlainan skim
perkhidmatan.
Sekiranya penilaian tidak diselesaikan oleh PP yang telah bersara,
meninggal dunia, meletak jawatan atau tidak dapat dikesan, maka
Jawatankuasa PBPPP Organisasi perlu melantik PP baharu bagi PYD
tersebut.
17
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.
j.
4.2 TANGGUNGJAWAB PP
Tanggungjawab PP adalah seperti berikut:
PP perlu dilantik dalam organisasi yang sama (Job-Based & Work Place)
kecuali bagi kumpulan kepimpinan organisasi, PP dilantik dalam
kalangan pegawai dari organisasi yang menyelia. Contohnya, Pengetua/
Guru Besar dan Guru Penolong Kanan dinilai oleh Pegawai di PPD.
PP1, PP2 dan PYD perlu mengadakan sesi perbincangan bersama bagi
tujuan penetapan sasaran keberhasilan pada awal tahun penilaian.
PP mesti memastikan penggunaan instrumen yang betul mengikut
bidang tugas PYD bawah seliaannya.
PP hendaklah menyelia PYD melalui pengawasan dan bimbingan yang
berterusan berdasarkan kompetensi dan prestasi kerja sepanjang tahun
yang dinilai.
PP hendaklah berbincang dengan PYD mengenai kemajuan kerja
sekurang-kurangnya dua kali setahun dan dari semasa ke semasa bagi
membuat pengubahsuaian strategi kerja untuk meningkatkan prestasi
kerja.
PP1, PP2 dan PYD perlu mengadakan sesi perbincangan bersama bagi
tujuan semakan semula sasaran keberhasilan selepas penilaian pertama
(jika perlu).
PP perlu memasukkan skor PYD ke dalam talian (online) melalui laman
sesawang https://eprestasi.moe.gov.my.
PP perlu memastikan penilaian dilaksanakan tanpa dipengaruhi oleh
prestasi tahun-tahun sebelumnya atau faktor yang boleh dianggap
sebagai unsur-unsur pilih kasih yang boleh mencemarkan nilai integriti.
PP1 dan PP2 boleh mengadakan perbincangan berkaitan prestasi PYD
namun tidak boleh berbincang dalam penetapan pemberian skor PYD.
18
i.
j.
k.
l.
m.
n.
o.
PP membuat penilaian dengan keyakinan bahawa PYD merupakan aset
penting yang perlu dan boleh dimajukan dari semasa ke semasa.
PP melaksanakan penilaian tanpa tergesa-gesa atau dilakukan pada saat
akhir.
PP melaksanakan penilaian tanpa mengambil jalan mudah dengan
memberikan skor dalam lingkungan pertengahan sahaja.
PP menilai tanpa memberikan perhatian yang lebih kepada perkara yang
baru berlaku, sama ada bersifat positif atau negatif yang boleh
mempengaruhi penilaian keseluruhan seseorang pegawai.
PP perlu memaklumkan skor yang diperoleh PYD mengikut aspek yang
dinilai.
PP perlu menyimpan salinan Borang Markah dan menyerahkan satu
salinan kepada PYD.
PP perlu menjaga kerahsiaan skor PYD sepanjang masa.
19
Kriteria PYD yang terlibat dalam PBPPP adalah seperti berikut:
Pegawai yang dinilai merupakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang
telah dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).
5.0 PEGAWAI YANG DINILAI
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.
i.
j.
k.
5.1 KRITERIA PYD
PPP yang sedang berkhidmat secara tetap atau kontrak di KPM dan
agensi bawah seliaan.
Melibatkan hanya PPP Gred 54 ke bawah, Gred Khas C dan B (VK).
PPP kumpulan JUSA (VU), guru pinjaman dan kader tidak dinilaI
menggunakan PBPPP.
PPP mesti berkhidmat di tempat bertugas melebihi 6 bulan (180 hari).
PPP yang baru dilantik pada tahun penilaian semasa perlu berkhidmat
sekurang-kurangnya 6 bulan (180 hari) sebelum dinilai.
Jika tempoh berkhidmat pada tahun penilaian semasa tidak mencukupi,
PYD akan dinilai setelah genap 6 bulan (180 hari) berkhidmat pada
tahun berikutnya.
Sekiranya PYD berkhidmat di dua jabatan yang berlainan dalam tempoh
yang sama panjang, maka penilaian hendaklah dilaksanakan di jabatan
semasa.
PYD yang akan bersara pada tahun penilaian semasa tetapi berkhidmat
melebihi 6 bulan (180 hari) perlu dinilai.
Bagi jawatan tertentu, PYD boleh dinilai oleh seorang PP sahaja seperti
jawatan Pegawai Khas dan Ketua Sektor di JPN (WP Labuan dan WP
Kuala Lumpur).
Pegawai interim/ lantikan secara pentadbiran perlu dinilai di tempat
bertugas semasa.
PPP status POOL perlu dinilai berdasarkan syarat tempoh penilaian.
20
Tanggungjawab PYD adalah seperti berikut:
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.
i.
5.2 TANGGUNGJAWAB PYD
PYD perlu mengetahui PP1 dan PP2 yang dilantik untuk menilainya.
PYD perlu menghadiri sesi perbincangan bersama PP1 dan PP2 bagi
tujuan penetapan sasaran keberhasilan pada awal tahun penilaian.
PYD perlu memastikan instrumen yang betul mengikut bidang tugas
digunakan untuk menilainya.
PYD perlu mendapat pengawasan dan bimbingan yang berterusan
berdasarkan kompetensi dan prestasi kerja sepanjang tahun yang dinilai
oleh PP.
PYD perlu berbincang mengenai kemajuan kerja sekurang-kurangnya
dua kali setahun dan dari semasa ke semasa bagi membuat
pengubahsuaian strategi kerja untuk meningkatkan prestasi kerja
dengan PP.
PYD perlu menghadiri sesi perbincangan bersama dengan PP1 dan PP2
bagi tujuan semakan semula sasaran keberhasilan selepas penilaian
pertama (jika perlu).
PYD perlu memastikan PP memaklumkan skor yang diperoleh mengikut
aspek yang dinilai.
PYD perlu memastikan PP memberi salinan Borang Markah penilaian
bagi setiap sesi penilaian.
PYD perlu menyimpan salinan Borang Markah.
21
Manual ini diharap dapat membantu pelaksana PBPPP di organisasi untuk
merancang pelaksanaan dengan terancang dan tersusun seperti yang
dihasratkan.
Selain sebagai sumber rujukan bagi pelaksanaan PBPPP, manual ini dapat
memberi kefahaman tentang penilaian dan skop tugas serta
tanggungjawab individu-individu yang terlibat secara langsung dalam
pengurusan dan pelaksanaan penilaian.
Pelaksanaan penilaian yang dibuat secara tersusun dapat memberikan
impak untuk meningkatkan kebolehpercayaan sistem penilaian yang
digunakan dan membantu meningkatkan prestasi dan potensi PPP di
organisasi.
6.0 PENUTUP
22
SOALAN LAZIM
PBPPP
a.
b.
c.
Apakah PBPPP?
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)
adalah satu bentuk kaedah bersepadu untuk menilai kompetensi,
potensi dan keberhasilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)
berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job Based and
Work Place).
Apakah punca kuasa pelaksanaan PBPPP?
PBPPP telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan
arahan pelaksanaan peringkat KPM telah dikeluarkan pada 20
November 2015. Pelaksanaan PBPPP ini menggantikan semua
penilaian prestasi sedia ada termasuk LNPT kepada semua PPP di
KPM.
Apakah matlamat PBPPP?
Matlamat PBPPP adalah seperti berikut:
Apakah objektif PBPPP?
Objektif PBPPP adalah untuk:
meningkatkan kecekapan dan komitmen bagi melahirkan PPP
yang berprestasi tinggi.
penilaian menyeluruh yang menggabungjalinkan kompetensi
dan potensi serta keberhasilan PPP.
mendokong aspirasi ke arah pendidikan yang berkualiti tinggi.
1.
2.
3.
4.
a.
b.
c.
d.
menilai kompetensi dan potensi PPP.
menilai keberhasilan yang merupakan hasil kerja PPP.
mengenal pasti kompetensi dan potensi PPP untuk membolehkan
Program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD)
dilaksanakan.
mengenal pasti keperluan latihan untuk pembangunan laluan
kerjaya PPP.
25
Siapakah kumpulan sasaran PBPPP?
PPP yang telah dilantik oleh SPP secara tetap atau kontrak yang
berkhidmat di KPM dan agensi bawah seliaan. Melibatkan PPP dari
Gred Khas C dan B, Gred 54 dan ke bawah.
Siapakah PYD yang tidak perlu dinilai dalam PBPPP?
PYD yang tidak perlu dinilai dalam PBPPP ialah:
Bagaimanakah PBPPP dilaksanakan?
Penilaian dilaksanakan melalui e-Prestasi berasaskan konsep Tugas
dan Tempat Bertugas (Job Based and Work Place) dengan
menggunakan instrumen PBPPP oleh dua orang pegawai penilai.
Bilakah penilaian dijalankan?
Fleksibiliti diberikan kepada organisasi untuk melaksanakan penilaian
secara berterusan dalam tempoh setahun. Penilaian melalui sistem
e-Prestasi mesti dilaksanakan dua kali setahun.
Apakah bentuk keputusan penilaian yang akan dikeluarkan?
Keputusan penilaian akan dikeluarkan dalam bentuk slip keputusan
yang mengandungi peratus markah pencapaian keseluruhan dan Aras
Pencapaian selepas markah akhir dimuktamadkan oleh BPSM KPM
melalui aplikasi Sistem HRMIS.
Apakah tanggungjawab JKPBPPP?
Rujuk Topik 3.2 dalam Manual PBPPP.
Apakah tanggungjawab PP dalam PBPPP?
Rujuk Topik 4.2 dalam Manual PBPPP.
a.
b.
c.
d.
PPP yang bercuti tanpa gaji melebihi 180 hari dalam tahun
penilaian.
PPP yang cuti sakit berpanjangan melebihi 180 hari.
PPP yang diluluskan cuti belajar bergaji penuh atau cuti belajar
separuh gaji melebihi 180 hari dalam tahun penilaian semasa.
PPP yang dipinjam keluar dari KPM.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
26
Apakah tanggungjawab PYD dalam PBPPP?
Rujuk Topik 5.2 dalam Manual PBPPP
Sejauh manakah bidang kuasa JKPBPPP dalam pengoperasian
PBPPP?
JKPBPPP bertanggungjawab menentukan pemilihan dan pelantikan
pegawai penilai, merancang, menyelaras dan memantau aktiviti
penilaian serta membuat pelarasan bagi kes-kes markah yang tidak
tekal (perbezaan markah melebihi 10 antara PP1 dan PP2).
Bagaimanakah penentuan pelarasan markah dibuat oleh JKPBPPP?
Pelarasan markah yang dibuat oleh JKPBPPP haruslah berada antara
markah maksimum dengan minimum yang diberikan oleh PP1 dan
PP2.
Bagaimanakah keanggotaan JKPBPPP di sekolah bagi Sekolah
Kurang Murid?
Perlantikan JKPBPPP Sekolah Kurang Murid ialah Guru Besar sebagai
Ketua Organisasi manakala Guru Penolong Kanan lantikan sekolah
boleh dilantik sebagai Setiausaha dan Ahli Jawatankuasa. Minimum
ahli jawatankuasa adalah 3 orang (Pengerusi, Setiausaha, Seorang
Ahli).
Apakah yang perlu dilakukan oleh Pegawai Penilai (PP) sebelum
bertukar/ bersara?
PP bertanggungjawab menyelesaikan penilaian kepada setiap PYD
dalam tempoh waktu yang ditetapkan.
Apakah yang perlu dilakukan jika PP meninggal dunia?
JK PBPPP perlu membuat pengemaskinian semua PYD bawah seliaan
PP berkenaan.
Adakah PYD dapat melihat skor penilaian yang diberikan oleh PP?
Boleh. PYD berhak mendapat sesalinan Borang Markah daripada
kedua-dua PP bagi setiap sesi penilaian.
Adakah PP dan PYD dapat melihat markah akhir penilaian?
Tidak. PP dan PYD hanya dapat mengetahui skor penilaian bagi setiap
aspek seperti dalam Borang Markah.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
27
Bagaimanakah proses pelarasan markah dilakukan?
JK PBPPP organisasi perlu mengadakan mesyuarat pelarasan untuk
menyelaras dan memuktamadkan markah PYD yang tidak tekal.
Markah akhir dihantar melalui Sistem e-Prestasi.
Apakah yang dimaksudkan dengan Sistem e-Prestasi?
Sistem e-Prestasi dibangunkan bagi tujuan pelaksanaan PBPPP dapat
dibuat secara dalam talian.
Siapakah yang boleh mengakses Sistem e-Prestasi?
Pada masa ini, hanya pegawai yang dilantik sebagai ahli jawatankuasa,
dan penilai sahaja yang boleh mengakses Sistem e-Prestasi.
Bagaimanakah pegawai yang terlibat boleh mengakses Sistem
e-Prestasi?
Pegawai boleh mengakses laman web e-Prestasi melalui laman web di
https://eprestasi.moe.gov.my.
Bolehkah Sistem e-Prestasi dicapai menggunakan medium lain selain
daripada komputer?
Boleh. Sistem e-Prestasi boleh dicapai menggunakan medium lain
seperti tablet dan telefon pintar.
Adakah Sistem e-Prestasi hanya boleh dicapai menggunakan pelayar
internet tertentu sahaja?
Tidak. Sistem e-Prestasi boleh dicapai menggunakan semua pelayar
internet yang ada seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox, Google
Chrome dan juga Safari.
Perlukah pengguna mendaftar untuk menggunakan Sistem
e-Prestasi?
Tiada pendaftaran pengguna diperlukan. Pengguna boleh log masuk
menggunakan kod organisasi ataupun nombor kad pengenalan
pengguna sebagai ID Pengguna.
Bolehkah pengguna menukar kata laluan setelah log masuk kali
pertama?
Boleh. Pengguna digalakkan untuk menukar kata laluan.
20.
21.
22.
23.
24.
25.
26.
27.
28
Semakan nombor kad pengenalan, nama penuh seperti dalam
kad pengenalan, gred, jawatan dan tempat bertugas.
Pelantikan Jawatankuasa PBPPP peringkat organisasi.
Penetapan PP1 dan PP2 oleh JK PBPPP.
Proses Penilaian oleh PP1 dan PP2.
Pelarasan markah oleh JK PBPPP.
Sekiranya pengguna terlupa kata laluan, apakah tindakan yang perlu
dilakukan oleh pengguna?
Pengguna boleh menghubungi pengerusi dan setiausaha JK PBPPP di
peringkat organisasi masing-masing untuk set semula kata laluan.
Adakah organisasi (sekolah) boleh mendaftar serta mengemas kini
maklumat guru di sekolah dalam Sistem e-Prestasi?
Tidak. Pengemaskinian maklumat hanya boleh dibuat dalam
e-Operasi.
Apakah yang boleh dilakukan oleh pengguna bagi memastikan data
serta maklumat guru telah dikemas kini dalam e-Prestasi?
Sumber maklumat serta data guru di sekolah diperoleh daripada
sistem e-Operasi. Oleh yang demikian, sebarang pertambahan serta
pengemaskinian data guru perlu dilakukan pada sistem e-Operasi.
Apakah langkah-langkah berkaitan dengan Sistem e-Prestasi yang
perlu dilakukan sepanjang pelaksanaan PBPPP?
Terdapat 5 peringkat utama yang perlu dilaksanakan oleh pihak yang
terlibat dengan PBPPP iaitu:
Siapakah yang boleh menetapkan Pegawai Penilai 1 (PP1) dan
Pegawai Penilai 2 (PP2) bagi kumpulan kepimpinan sekolah dan
kumpulan guru?
Bagi kumpulan kepimpinan sekolah, PP1 dan PP2 akan ditetapkan oleh
pihak PPD/ Bahagian. Manakala JKPBPPP sekolah boleh menetapkan
PP1 dan PP2 bagi semua guru di sekolah tersebut.
28.
29.
30.
31.
32.
a.
b.
c.
d.
e.
29
Apakah punca yang menyebabkan data bagi PP1 dan PP2 bagi guru
kosong (hilang) apabila selesai menghantar penetapan PP1 dan PP2?
Hal ini terjadi disebabkan ketika mengisi maklumat PP1 dan PP2 guru
pada setiap helaian paparan tidak disimpan.
Apakah tindakan yang perlu diambil untuk mengatasi kehilangan
data setelah penetapan PP1 dan PP2 dihantar?
JKPBPPP organisasi perlu menghubungi pegawai penyelaras di PPD/
JPN/ Bahagian untuk membuka semula penetapan PP1 dan PP2.
JKPBPPP organisasi perlu menyimpan (klik simpan) setiap helaian
paparan ketika mengisi PP1 dan PP2 bagi setiap data guru.
Sekiranya jawatankuasa sekolah telah menghantar pelantikan PP1
dan PP2 kepada PPD/ JPN/ Bahagian tetapi terdapat kesalahan atau
ingin menukar Penilai, apakah tindakan yang perlu diambil?
Sekolah boleh menghubungi PPD/ JPN/ Bahagian untuk membuka
Penetapan Semula PP1 dan PP2. Walau bagaimanapun, sekiranya
penilaian sudah dilakukan, sekolah perlu menghantar e-mel aduan
kepada BPPK (aduan.eprestasi@moe.gov.my) dan memberikan
justifikasi untuk penukaran tersebut.
Bilakah Pegawai Penilai yang telah dilantik dibenarkan log masuk ke
dalam Sistem e-Prestasi?
Penilai boleh log masuk ke dalam Sistem e-Prestasi selepas penetapan
PP disahkan oleh PPD/ JPN/ Bahagian.
Adakah pelarasan perlu dilakukan bagi semua keputusan penilaian?
Tidak. Hanya PYD yang mendapat perbezaan markah yang melebihi
10 antara PP1 dan PP2 sahaja yang perlu dibuat pelarasan markah.
Bilakah pelarasan markah boleh dilakukan?
Pelarasan markah boleh dilakukan selepas proses penilaian pada akhir
tahun semasa terhadap semua PYD di organisasi tersebut selesai
dilakukan dan tempoh penilaian tamat.
Siapakah yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan
pelarasan markah dalam Sistem e-Prestasi?
Semua JKPBPPP dibenarkan untuk menguruskan pelarasan markah
tetapi hanya Pengerusi sahaja yang dibenarkan menghantar markah
akhir.
33.
34.
35.
36.
37.
38.
39.
30
40. Bagaimanakah pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan dan
pertanyaan berkaitan Sistem e-Prestasi?
Sekiranya pengguna menghadapi masalah dan ingin menyalurkan
aduan, pengguna boleh mengemukakan aduan serta pertanyaan ke
alamat e-mel aduan.eprestasi@moe.gov.my.
Maklumat aduan perlu lengkap dengan nombor kad pengenalan,
tempat bertugas dan isu yang dihadapi untuk memudahkan
pengurusan aduan.
31
AKRONIM
&
GLOSARI
AKRONIM
SINGKATAN MAKSUD
Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas
Anggota Kumpulan Pelaksana
Bahagian Pendidikan Guru
Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi
Program Pembangunan Profesional Berterusan
Delivery Management Office
Guru Bimbingan dan Kaunseling
Program Transformasi Kerajaan 2.0
Institut Pendidikan Guru
Jawatankuasa Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri
Kolej Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Laporan Penilaian Prestasi Tahunan
New Teacher’s Charter
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan
Pengajaran dan Pembelajaran
Pegawai Penilai
Pegawai Penilai 1
Pegawai Penilai 2
Pejabat Pendidikan Daerah
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Penilaian Kompetensi dan Potensi
Pengajaran dan Pentadbiran bagi Pentadbir di Sekolah dan Institusi Pendidikan
Pengurusan dan Pentadbiran bagi PPP di PPD, JPN dan Bahagian-bahagian di KPM
Penilaian Tahap Kecekapan
Pegawai Yang Dinilai
Saraan Baru Perkhidmatan Awam
School Improvement Partners
School Improvement Specialist Coaches
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
3PK
AKP
BPG
BPPK
CPD
DMO
GBK
GTP 2.0
IPG
JKPBPPP
JPN
KM
KPM
LNPT
NTC
PBPPP
PdP
PP
PP1
PP2
PPD
PPP
PPPM
PROSPEK
PT(A)
PT(B)
PTK
PYD
SBPA
SIPartners+
SISC+
SPP
35
GLOSARI
PERKATAAN MAKSUD
Pegawai dalam organisasi yang dilantik menganggotai
Jawatankuasa PBPPP Organisasi.
Perincian tentang perkara yang dinilai dalam sesuatu elemen
Dokumen yang mengandungi skor PYD bagi setiap aspek penilaian
yang dicetak daripada Sistem e-Prestasi.
Keterangan yang menggambarkan perkara yang diperhatikan dan diukur.
Menggambarkan konstruk yang hendak dinilai.
Bahan rasmi kerajaan seperti sulit, terhad, rahsia dan lain-lain seperti
yang terkandung dalam Arahan Keselamatan.
Pembolehubah bagi sesuatu dimensi (konstruk)
Ciri-ciri khusus mengikut kumpulan bidang tugas Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan.
Ciri-ciri umum yang khusus untuk PPP.
Alat penilaian dalam bentuk dokumen.
Perihal berhasil atau tercapai sesuatu matlamat, rancangan,
tujuan dan usaha.
Perihal sesuatu yang hanya diketahui oleh beberapa orang
yang tertentu sahaja.
Perbezaan markah yang melebihi 10 antara PP1 dan PP2.
Kebolehan untuk melakukan sesuatu setelah diukur
terhadap satu piawaian.
Dimensi manusia yang ingin dinilai bagi melihat kompetensi dan
potensi seseorang PPP dalam tempoh tertentu. Konstruk bersifat
konkrit ataupun abstrak dan boleh diukur.
Mempunyai nilai kejujuran, ketelusan, keutuhan dan seumpamanya.
Merujuk kepada Sekolah/ PPD/ JPN/ Institusi Pendidikan/ Bahagian
di KPM.
Tugas atau tanggungjawab yang perlu dilaksanakan selepas penilaian
akhir PBPPP.
Individu yang berkhidmat dengan kerajaan bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Pegawai yang dilantik bagi menilai PYD bagi satu tempoh penilaian.
Ahli Jawatankuasa
Aspek
Borang Markah
Deskripsi
Dimensi
Dokumen Terperingkat
Elemen
Fungsional
Generik
Instrumen
Keberhasilan
Kerahsiaan
Ketidaktekalan Markah
Kompetensi
Konstruk
Nilai Integriti
Organisasi
Pasca Penilaian
Pegawai
Pegawai Penilai
36
PERKATAAN MAKSUD
Pegawai
Perkhidmatan
Pendidikan
Pegawai Yang Dinilai
Pelarasan
Pemerhatian
Pencerapan
Prapenilaian
Sasaran Keberhasilan
Semakan Dokumen
Semakan Semula
Semasa Penilaian
Temu bual
Pegawai yang dilantik oleh SPP secara tetap atau kontrak yang
berkhidmat di KPM dan agensi bawah seliaan.
PPP yang dilantik oleh SPP secara tetap atau kontrak yang
berkhidmat di KPM dan agensi bawah seliaan.
Perihal tindakan penyesuaian skor di antara julat skor PP1 dan PP2.
Kaedah mendapatkan bukti mengenai sesuatu aspek yang dinilai
melalui pengamatan di luar aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Proses memerhati dan menilai perancangan dan pelaksanaan PdP
dengan menggunakan instrumen yang ditetapkan.
Tugas atau tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebelum PBPPP
bermula.
Sasaran kerja tahunan yang dibuat pada awal tahun penilaian.
Kaedah penilaian untuk mendapatkan bukti (eviden) sesuatu
aspek yang dinilai dengan menyemak dokumen yang berkaitan.
Membuat semakan semula penetapan sasaran kerja tahunan
selepas penilaian pertama sama ada mengekal, meminda, menambah
atau menggugurkan.
Tugas atau tanggungjawab yang perlu dilaksanakan semasa
sesi PBPPP dijalankan.
Kaedah penilaian untuk mendapatkan bukti (eviden) sesuatu
aspek yang dinilai melalui perbualan yang berstruktur/ bebas.
37
BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN KOMPETENSI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Aras 1, blok 2250, Century square 2
off persiaran multimedia, cyber 6
63000 cyberjaya
selangor darul ehsan
+603 8317 9000
+603 8317 9119 / 9091 / 9090
http://www.moe.gov.my/v/bppk

More Related Content

What's hot

Minit Mesyuarat Panitia BM 1.docx
Minit Mesyuarat Panitia BM 1.docxMinit Mesyuarat Panitia BM 1.docx
Minit Mesyuarat Panitia BM 1.docxJULIZABINTIALLIMoe
 
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbpppContoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbpppHairu Nizam
 
PLC Panitia .docx
PLC Panitia .docxPLC Panitia .docx
PLC Panitia .docxNida Atie
 
PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptx
PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptxPENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptx
PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptxNHazaarifaAinS
 
EVIDENS PELAKSANAAN SKPMg2 - STANDARD 1 hingga 4.pptx
EVIDENS PELAKSANAAN SKPMg2 - STANDARD 1 hingga 4.pptxEVIDENS PELAKSANAAN SKPMg2 - STANDARD 1 hingga 4.pptx
EVIDENS PELAKSANAAN SKPMg2 - STANDARD 1 hingga 4.pptxamieryusof2
 
1 Slaid Penataran SKPM Kualiti@Sekolah_10102022_221013_092420.pdf
1 Slaid Penataran SKPM Kualiti@Sekolah_10102022_221013_092420.pdf1 Slaid Penataran SKPM Kualiti@Sekolah_10102022_221013_092420.pdf
1 Slaid Penataran SKPM Kualiti@Sekolah_10102022_221013_092420.pdfShafizad Kamaludin
 
Rancangan tahunan kelab catur 2013
Rancangan tahunan kelab catur 2013Rancangan tahunan kelab catur 2013
Rancangan tahunan kelab catur 2013Farihan Siti Nur
 
Fail pengurusan kokurikulum
Fail pengurusan kokurikulumFail pengurusan kokurikulum
Fail pengurusan kokurikulumduan70
 
Perkongsian Amalan Terbaik dalam PdP
Perkongsian Amalan Terbaik dalam PdPPerkongsian Amalan Terbaik dalam PdP
Perkongsian Amalan Terbaik dalam PdPAsniem CA
 
DIVIDER RPH 2023-2024 (KUMP B) - BUNGA.pdf
DIVIDER RPH 2023-2024 (KUMP B) - BUNGA.pdfDIVIDER RPH 2023-2024 (KUMP B) - BUNGA.pdf
DIVIDER RPH 2023-2024 (KUMP B) - BUNGA.pdfMasfurah Mohd ali
 
eModul PKJR 2020.pptx
eModul PKJR 2020.pptxeModul PKJR 2020.pptx
eModul PKJR 2020.pptxHanisIbrahim
 
NOTA SERAH TUGAS ROHANA SK SEMENTA.docx
NOTA SERAH TUGAS ROHANA SK SEMENTA.docxNOTA SERAH TUGAS ROHANA SK SEMENTA.docx
NOTA SERAH TUGAS ROHANA SK SEMENTA.docxjamil puteh
 
Pengurusan panitia
Pengurusan panitiaPengurusan panitia
Pengurusan panitiaimanmutiara
 
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptx
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptxPENJAMINAN KUALITI PBD.pptx
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptxAzimahDollah2
 
Pelan intervensi bm
Pelan intervensi bmPelan intervensi bm
Pelan intervensi bmnur aliaa
 

What's hot (20)

Minit Mesyuarat Panitia BM 1.docx
Minit Mesyuarat Panitia BM 1.docxMinit Mesyuarat Panitia BM 1.docx
Minit Mesyuarat Panitia BM 1.docx
 
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbpppContoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
 
Intervensi KBAT
Intervensi KBATIntervensi KBAT
Intervensi KBAT
 
Pelan Strategik Sains.docx
Pelan Strategik Sains.docxPelan Strategik Sains.docx
Pelan Strategik Sains.docx
 
laporan dialog prestasi 1.docx
laporan dialog prestasi 1.docxlaporan dialog prestasi 1.docx
laporan dialog prestasi 1.docx
 
PLC Panitia .docx
PLC Panitia .docxPLC Panitia .docx
PLC Panitia .docx
 
PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptx
PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptxPENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptx
PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptx
 
FORMAT MINIT MESYUARAT TS25.docx
FORMAT MINIT MESYUARAT TS25.docxFORMAT MINIT MESYUARAT TS25.docx
FORMAT MINIT MESYUARAT TS25.docx
 
EVIDENS PELAKSANAAN SKPMg2 - STANDARD 1 hingga 4.pptx
EVIDENS PELAKSANAAN SKPMg2 - STANDARD 1 hingga 4.pptxEVIDENS PELAKSANAAN SKPMg2 - STANDARD 1 hingga 4.pptx
EVIDENS PELAKSANAAN SKPMg2 - STANDARD 1 hingga 4.pptx
 
1 Slaid Penataran SKPM Kualiti@Sekolah_10102022_221013_092420.pdf
1 Slaid Penataran SKPM Kualiti@Sekolah_10102022_221013_092420.pdf1 Slaid Penataran SKPM Kualiti@Sekolah_10102022_221013_092420.pdf
1 Slaid Penataran SKPM Kualiti@Sekolah_10102022_221013_092420.pdf
 
Rancangan tahunan kelab catur 2013
Rancangan tahunan kelab catur 2013Rancangan tahunan kelab catur 2013
Rancangan tahunan kelab catur 2013
 
Fail pengurusan kokurikulum
Fail pengurusan kokurikulumFail pengurusan kokurikulum
Fail pengurusan kokurikulum
 
Perkongsian Amalan Terbaik dalam PdP
Perkongsian Amalan Terbaik dalam PdPPerkongsian Amalan Terbaik dalam PdP
Perkongsian Amalan Terbaik dalam PdP
 
DIVIDER RPH 2023-2024 (KUMP B) - BUNGA.pdf
DIVIDER RPH 2023-2024 (KUMP B) - BUNGA.pdfDIVIDER RPH 2023-2024 (KUMP B) - BUNGA.pdf
DIVIDER RPH 2023-2024 (KUMP B) - BUNGA.pdf
 
eModul PKJR 2020.pptx
eModul PKJR 2020.pptxeModul PKJR 2020.pptx
eModul PKJR 2020.pptx
 
NOTA SERAH TUGAS ROHANA SK SEMENTA.docx
NOTA SERAH TUGAS ROHANA SK SEMENTA.docxNOTA SERAH TUGAS ROHANA SK SEMENTA.docx
NOTA SERAH TUGAS ROHANA SK SEMENTA.docx
 
Surat mohon sumbangan pibg
Surat mohon sumbangan pibgSurat mohon sumbangan pibg
Surat mohon sumbangan pibg
 
Pengurusan panitia
Pengurusan panitiaPengurusan panitia
Pengurusan panitia
 
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptx
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptxPENJAMINAN KUALITI PBD.pptx
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptx
 
Pelan intervensi bm
Pelan intervensi bmPelan intervensi bm
Pelan intervensi bm
 

Similar to Manual pbppp

2. i) Manual am pelaksanaan pbppp
2. i) Manual am pelaksanaan pbppp2. i) Manual am pelaksanaan pbppp
2. i) Manual am pelaksanaan pbpppshaleyati mohamed
 
Manual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbpppManual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbpppALSAFII
 
Manual pbppp jawatankuasa
Manual pbppp jawatankuasaManual pbppp jawatankuasa
Manual pbppp jawatankuasaajapunye
 
1 latar belakang
1 latar belakang 1 latar belakang
1 latar belakang Baha Tahir
 
Manual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbpppManual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbpppUmira Mohamad
 
Manual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbpppManual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbpppCikgu Syahidon
 
1.pelaksanaan pbppp tot ppd
1.pelaksanaan pbppp tot ppd1.pelaksanaan pbppp tot ppd
1.pelaksanaan pbppp tot ppdNorlela Razali
 
1. i) Pelaksanaan PBPPP TOT PPD
1. i) Pelaksanaan PBPPP TOT PPD1. i) Pelaksanaan PBPPP TOT PPD
1. i) Pelaksanaan PBPPP TOT PPDshaleyati mohamed
 
1.pelaksanaan pbppp tot ppd
1.pelaksanaan pbppp tot ppd1.pelaksanaan pbppp tot ppd
1.pelaksanaan pbppp tot ppdSafiah Sulaiman
 
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_11. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1Roiamah Basri
 
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_11. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1Cikgu Syahidon
 
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)gpbsmkjk
 
1.pelaksanaan pbppp guru
1.pelaksanaan pbppp guru1.pelaksanaan pbppp guru
1.pelaksanaan pbppp guruLailiah Harun
 
Kendalian sekolah
Kendalian sekolahKendalian sekolah
Kendalian sekolahJimmy Siow
 

Similar to Manual pbppp (20)

Manual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbpppManual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbppp
 
2. i) Manual am pelaksanaan pbppp
2. i) Manual am pelaksanaan pbppp2. i) Manual am pelaksanaan pbppp
2. i) Manual am pelaksanaan pbppp
 
Taklimat PBPP: Manual am pelaksanaan pbppp
Taklimat PBPP: Manual am pelaksanaan pbpppTaklimat PBPP: Manual am pelaksanaan pbppp
Taklimat PBPP: Manual am pelaksanaan pbppp
 
Manual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbpppManual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbppp
 
Manual pbppp jawatankuasa
Manual pbppp jawatankuasaManual pbppp jawatankuasa
Manual pbppp jawatankuasa
 
1 latar belakang
1 latar belakang 1 latar belakang
1 latar belakang
 
Manual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbpppManual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbppp
 
Manual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbpppManual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbppp
 
1 pelaksanaan-pbppp-tot-ppd
1 pelaksanaan-pbppp-tot-ppd1 pelaksanaan-pbppp-tot-ppd
1 pelaksanaan-pbppp-tot-ppd
 
1.pelaksanaan pbppp tot ppd
1.pelaksanaan pbppp tot ppd1.pelaksanaan pbppp tot ppd
1.pelaksanaan pbppp tot ppd
 
Taklimat PBPP: 1.pelaksanaan pbppp tot ppd
Taklimat PBPP: 1.pelaksanaan pbppp tot ppdTaklimat PBPP: 1.pelaksanaan pbppp tot ppd
Taklimat PBPP: 1.pelaksanaan pbppp tot ppd
 
1 pelaksanaan
1 pelaksanaan1 pelaksanaan
1 pelaksanaan
 
1. i) Pelaksanaan PBPPP TOT PPD
1. i) Pelaksanaan PBPPP TOT PPD1. i) Pelaksanaan PBPPP TOT PPD
1. i) Pelaksanaan PBPPP TOT PPD
 
1.pelaksanaan pbppp tot ppd
1.pelaksanaan pbppp tot ppd1.pelaksanaan pbppp tot ppd
1.pelaksanaan pbppp tot ppd
 
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_11. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
 
Pbppp
PbpppPbppp
Pbppp
 
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_11. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
 
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)
 
1.pelaksanaan pbppp guru
1.pelaksanaan pbppp guru1.pelaksanaan pbppp guru
1.pelaksanaan pbppp guru
 
Kendalian sekolah
Kendalian sekolahKendalian sekolah
Kendalian sekolah
 

More from Nor AB

Secondary syllabus form 5
Secondary syllabus form 5Secondary syllabus form 5
Secondary syllabus form 5Nor AB
 
Sow form 5
Sow form 5Sow form 5
Sow form 5Nor AB
 
FORM 5 2021 - download b1unit1-edited
FORM 5 2021 - download b1unit1-editedFORM 5 2021 - download b1unit1-edited
FORM 5 2021 - download b1unit1-editedNor AB
 
Verb agreement exercises ms 2 3 4
Verb agreement exercises   ms 2 3 4Verb agreement exercises   ms 2 3 4
Verb agreement exercises ms 2 3 4Nor AB
 
Verb agreement exercises
Verb agreement exercisesVerb agreement exercises
Verb agreement exercisesNor AB
 
Unit 11 gerunds & infinitives
Unit 11  gerunds & infinitives Unit 11  gerunds & infinitives
Unit 11 gerunds & infinitives Nor AB
 
GERUNDS AND INFINITIVE
GERUNDS AND INFINITIVEGERUNDS AND INFINITIVE
GERUNDS AND INFINITIVENor AB
 
Review 5 units 9-10 (2) with answers
Review 5  units 9-10 (2) with answersReview 5  units 9-10 (2) with answers
Review 5 units 9-10 (2) with answersNor AB
 
Review 5 units 9-10
Review 5  units 9-10Review 5  units 9-10
Review 5 units 9-10Nor AB
 
Untit 10- Reading Exercises
Untit 10- Reading ExercisesUntit 10- Reading Exercises
Untit 10- Reading ExercisesNor AB
 
Unit 10 Close Up textbook pg 122-124
Unit 10 Close Up textbook pg 122-124Unit 10 Close Up textbook pg 122-124
Unit 10 Close Up textbook pg 122-124Nor AB
 
Negative verbs
Negative verbsNegative verbs
Negative verbsNor AB
 
Negative verbs
Negative verbsNegative verbs
Negative verbsNor AB
 
Between-two-worlds
Between-two-worldsBetween-two-worlds
Between-two-worldsNor AB
 
Between-two-worlds page 1 to 3
Between-two-worlds page 1 to 3Between-two-worlds page 1 to 3
Between-two-worlds page 1 to 3Nor AB
 
Articles n determiners
Articles n determinersArticles n determiners
Articles n determinersNor AB
 
2019 skema bi pemahaman pt3 kelantan
2019 skema bi pemahaman pt3 kelantan2019 skema bi pemahaman pt3 kelantan
2019 skema bi pemahaman pt3 kelantanNor AB
 
Bi pt3 pemahaman questions 1 35 ktn2019
Bi pt3 pemahaman questions 1 35 ktn2019Bi pt3 pemahaman questions 1 35 ktn2019
Bi pt3 pemahaman questions 1 35 ktn2019Nor AB
 
Trganu schema trial 2020 section a b c
Trganu schema trial 2020 section a b cTrganu schema trial 2020 section a b c
Trganu schema trial 2020 section a b cNor AB
 
Trganu p2 trial 2020 section a b c
Trganu p2 trial 2020 section a b cTrganu p2 trial 2020 section a b c
Trganu p2 trial 2020 section a b cNor AB
 

More from Nor AB (20)

Secondary syllabus form 5
Secondary syllabus form 5Secondary syllabus form 5
Secondary syllabus form 5
 
Sow form 5
Sow form 5Sow form 5
Sow form 5
 
FORM 5 2021 - download b1unit1-edited
FORM 5 2021 - download b1unit1-editedFORM 5 2021 - download b1unit1-edited
FORM 5 2021 - download b1unit1-edited
 
Verb agreement exercises ms 2 3 4
Verb agreement exercises   ms 2 3 4Verb agreement exercises   ms 2 3 4
Verb agreement exercises ms 2 3 4
 
Verb agreement exercises
Verb agreement exercisesVerb agreement exercises
Verb agreement exercises
 
Unit 11 gerunds & infinitives
Unit 11  gerunds & infinitives Unit 11  gerunds & infinitives
Unit 11 gerunds & infinitives
 
GERUNDS AND INFINITIVE
GERUNDS AND INFINITIVEGERUNDS AND INFINITIVE
GERUNDS AND INFINITIVE
 
Review 5 units 9-10 (2) with answers
Review 5  units 9-10 (2) with answersReview 5  units 9-10 (2) with answers
Review 5 units 9-10 (2) with answers
 
Review 5 units 9-10
Review 5  units 9-10Review 5  units 9-10
Review 5 units 9-10
 
Untit 10- Reading Exercises
Untit 10- Reading ExercisesUntit 10- Reading Exercises
Untit 10- Reading Exercises
 
Unit 10 Close Up textbook pg 122-124
Unit 10 Close Up textbook pg 122-124Unit 10 Close Up textbook pg 122-124
Unit 10 Close Up textbook pg 122-124
 
Negative verbs
Negative verbsNegative verbs
Negative verbs
 
Negative verbs
Negative verbsNegative verbs
Negative verbs
 
Between-two-worlds
Between-two-worldsBetween-two-worlds
Between-two-worlds
 
Between-two-worlds page 1 to 3
Between-two-worlds page 1 to 3Between-two-worlds page 1 to 3
Between-two-worlds page 1 to 3
 
Articles n determiners
Articles n determinersArticles n determiners
Articles n determiners
 
2019 skema bi pemahaman pt3 kelantan
2019 skema bi pemahaman pt3 kelantan2019 skema bi pemahaman pt3 kelantan
2019 skema bi pemahaman pt3 kelantan
 
Bi pt3 pemahaman questions 1 35 ktn2019
Bi pt3 pemahaman questions 1 35 ktn2019Bi pt3 pemahaman questions 1 35 ktn2019
Bi pt3 pemahaman questions 1 35 ktn2019
 
Trganu schema trial 2020 section a b c
Trganu schema trial 2020 section a b cTrganu schema trial 2020 section a b c
Trganu schema trial 2020 section a b c
 
Trganu p2 trial 2020 section a b c
Trganu p2 trial 2020 section a b cTrganu p2 trial 2020 section a b c
Trganu p2 trial 2020 section a b c
 

Recently uploaded

Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 

Recently uploaded (11)

Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 

Manual pbppp

  • 1. BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN KOMPETENSI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
  • 2.
  • 4. © Kementerian Pendidikan Malaysia 2016 Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, gambar dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi Kementerian Pendidikan Malaysia. MANUAL PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN Diterbitkan oleh: Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 1, Blok 2250, Century Square 2, Off Persiaran Multimedia Cyber 6, 63000 Cyberjaya Selangor.
  • 5. 1.0 PENDAHULUAN 1 2.0 PENGENALAN 2 2.1 PUNCA KUASA PELAKSANAAN 4 2.2 MATLAMAT PBPPP 4 2.3 OBJEKTIF PBPPP 4 2.4 KONSEP PENILAIAN 5 2.5 KOMPONEN INSTRUMEN 5 2.5.1 Komponen Generik 6 2.5.2 Komponen Fungsional 6 2.5.3 Komponen Keberhasilan 7 2.6 KONSEP INSTRUMEN 7 2.7 ARAS PENCAPAIAN 9 2.8 SISTEM E-PRESTASI 10 2.9 TEMPOH PENILAIAN 10 2.10 FASA PENILAIAN 11 2.10.1 Prapenilaian 11 2.10.2 Semasa Penilaian 11 2.10.3 Pascapenilaian 12 3.0 JAWATANKUASA PBPPP 13 3.1 STRUKTUR JAWATANKUASA 13 3.2 TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA 14 3.3 PERANAN JAWATANKUASA 15 4.0 PEGAWAI PENILAI 17 4.1 PELANTIKAN PP 17 4.2 TANGGUNGJAWAB PP 18 5.0 PEGAWAI YANG DINILAI 20 5.1 KRITERIA PYD 20 5.2 TANGGUNGJAWAB PYD 21 6.0 PENUTUP 22 SOALAN LAZIM PBPPP 25 AKRONIM 35 GLOSARI 36 ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
  • 6.
  • 7. 1.0 PENDAHULUAN Manual Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) disediakan sebagai panduan kepada semua warga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang terlibat dengan pelaksanaan PBPPP. Kandungan manual ini meliputi: Pengenalan PBPPP secara ringkas mengenai kronologi pembangunan instrumen, matlamat, objektif, konsep penilaian, konsep instrumen, aras pencapaian, sistem e-Prestasi, tempoh dan fasa penilaian PBPPP. Struktur, tanggungjawab dan peranan Jawatankuasa PBPPP Organisasi. Syarat pelantikan dan tanggungjawab Pegawai Penilai (PP). Kriteria dan tanggungjawab Pegawai Yang Dinilai (PYD). Soalan-soalan lazim tentang PBPPP. Akronim dan glosari. a. b. c. d. e. f. 1
  • 8. 2 2.0 PENGENALAN PBPPP adalah penilaian baharu yang memberi fokus kepada elemen pembangunan kompetensi, potensi dan keberhasilan berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira kepelbagaian bidang tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). Pembangunan instrumen PBPPP bermula daripada pemansuhan Penilaian Tahap Kompetensi (PTK) pada Oktober 2010. Selepas pemansuhan PTK, Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK) mula mengorak langkah dengan mengadakan Persidangan Penilaian Kompetensi BPPK dan JPN pada Disember 2010, Persidangan Pegawai Kanan KPM pada Januari 2011 dan Persidangan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) pada Februari 2011 untuk mendapat input dan idea bagi menghasilkan penilaian kompetensi yang boleh diterima oleh semua pihak. Pada tahun 2011, Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) mula diperkenalkan dan BPPK menggunakan keputusan persidangan yang telah dianjurkan dalam membangunkan Instrumen Penilaian Kompetensi dan Potensi (PROSPEK). Pada Februari 2012, SBPA dibatalkan manakala pelaksanaan PROSPEK ditangguhkan, namun pembangunan penilaian ini tidak terhenti kerana pada April sehingga Mei 2012, Makmal Government Transformation Programme 2.0 (GTP 2.0) telah membangunkan instrumen bersepadu (Unified Instrument) untuk guru berasaskan kerangka instrumen PROSPEK dan kajian terhadap instrumen tersebut telah dilaksanakan kepada semua guru di Negeri Sembilan. Pada 15 Disember 2012, Mesyuarat Pelarasan New Teacher’s Charter (NTC) bersama BPPK, Delivery Management Office (DMO) dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah bersetuju supaya BPPK membangunkan Instrumen Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Pembangunan instrumen yang bermula pada tahun 2013 telah menetapkan format instrumen penilaian yang akan digunakan. Malaysia Education Blueprint 2013 - 2025 Foreword Pada peringkat awal, sebanyak 20 instrumen dibangunkan mengikut kumpulan bidang tugas. Namun begitu, pemetaan semula instrumen dilaksanakan dengan 5 kumpulan bidang tugas iaitu Kumpulan PdP, PT(A), PT(B), Fasilitator dan Jurulatih. Pembangunan instrumen PBPPP selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu pada Anjakan 4 (Mentransformasi
  • 9. Penilaian yang adil dan telus berasaskan kepada prestasi/ hasil kerja/ output/ outcome/ impak yang bersesuaian serta perlakuan yang berkaitan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Menggalakkan persaingan positif dalam meningkatkan kualiti dan produktiviti ke arah pencapaian objektif organisasi. Berfokus kepada penilaian terhadap pegawai mengikut tanggungjawab dan bidang tugas. ANJAKAN Mentransformasi Profesion keguruan menjadi profesion pilihan Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi & prestasi mulai 2016 Memperluaskan laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran, & pakar bidang khusus menjelang 2016 Memperkukuh kriteria pemilihan & proses perancangan penggantian bagi pengetua/ guru besar mulai 2013. Melaksanakan Pakej Kerjaya Pengetua/ Guru Besar yang baharu secara berperingkat, dengan lebih sokongan & kebertanggungjawaban yang tinggi bagi meningkatkan keberhasilan murid. a. b. c. PBPPP digubal berdasarkan kepada prinsip asas penilaian berikut: Pembangunan instrumen PBPPP selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu pada Anjakan 4 (Mentransformasi Profesion Keguruan Menjadi Profesion Pilihan) dan Anjakan 5 (Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Ditempatkan di Setiap Sekolah). 3 44 55
  • 10. 4 PBPPP telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan arahan pelaksanaan peringkat KPM telah dikeluarkan pada 20 November 2015. Pelaksanaan PBPPP bagi kumpulan guru dan pemimpin sekolah bermula pada tahun 2015 dan pelaksanaan menyeluruh kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bermula pada tahun 2016. Pelaksanaan PBPPP ini menggantikan semua penilaian prestasi termasuk LNPT kepada semua PPP di KPM. Meningkatkan kecekapan dan komitmen bagi melahirkan PPP yang berprestasi tinggi. Penilaian menyeluruh yang menggabungjalinkan kompetensi dan potensi serta keberhasilan PPP. Mendokong aspirasi ke arah pendidikan yang berkualiti tinggi. 2.1 PUNCA KUASA PELAKSANAAN 2.2 MATLAMAT PBPPP 2.3 OBJEKTIF PBPPP a. b. c. Matlamat PBPPP adalah seperti berikut: Menilai kompetensi dan potensi PPP. Menilai keberhasilan yang merupakan hasil kerja PPP. Mengenal pasti kompetensi dan potensi PPP untuk membolehkan. Program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) dilaksanakan. Mengenal pasti keperluan latihan untuk pembangunan laluan kerjaya PPP. a. b. c. d. Objektif PBPPP adalah seperti berikut: 4
  • 11. 2.5 KOMPONEN INSTRUMEN PBPPP merupakan suatu penilaian yang fleksibel kerana tidak terikat hanya pada satu kaedah, masa dan tempat penilaian. Penilaian boleh dilaksanakan oleh PP mengikut kesesuaian kaedah, masa dan tempat berdasarkan tugas yang dijalankan oleh PYD. Instrumen PBPPP terdiri daripada tiga komponen iaitu Generik, Fungsional, dan Keberhasilan. 2.4 KONSEP PENILAIAN fleksibiliti kepelba gaian kaed ah ke sesuaian m asa tempat k esesuaian GENERIK FUNGSIONAL KEBERHASILAN G F K Dinilai berdasarkan peningkatan dan/atau pencapaian hasil kerja berasaskan bidang tugas PPP. Dinilai berdasarkan pengetahuan dan kemahiran mengikut tugas dan tempat bertugas PPP. Dinilai berdasarkan keperluan kompetensi umum perkhidmatan awam. 5
  • 12. 2.5.1 Komponen Generik Komponen Generik bertujuan untuk menilai tahap profesionalisme dan penglibatan PPP. Semua warga PPP di KPM dinilai menggunakan komponen generik yang sama tanpa mengira bidang tugas. 2.5.2 Komponen Fungsional Komponen Fungsional bertujuan untuk menilai pengetahuan dan kemahiran PPP mengikut bidang tugas yang dijalankan. Terdapat lima kategori kumpulan dalam komponen fungsional berasaskan bidang tugas iaitu PdP, PT(A), PT(B), Fasilitator, dan Jurulatih. PT(A)PT(B) Pengajaran dan Pembelajaran - PPP yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan institusi pendidikan bawah kelolaan KPM (Sektor Pelajaran) Pengajaran dan Pentadbiran (A) - PPP di peringkat pengurusan di sekolah dan institusi pendidikan bawah kelolaan KPM yang terlibat dalam pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran • Kepimpinan Sekolah • Kepimpinan Institusi Pendidikan Pengurusan dan Pentadbiran (B) - PPP di peringkat pengurusan dan pentadbiran di organisasi KPM yang terlibat hanya berkaitan pengurusan dan pentadbiran tanpa pengajaran dan pembelajaran. • Pegawai di Bahagian KPM, Institusi Pendidikan, JPN dan PD FASILITATORJURULATIH PPP yang bertindak sebagai pembimbing dan pemudah cara • Guru Bimbingan Kaunseling, Kaunselor Bahagian, JPN, PPD, & IPG, SISC+, SIPartners+ dan FasiLINUS & Pegawai Pusat Perkhidmatan Pendidikan (3PK) PPP yang mengisi jawatan khusus untuk memberikan latihan dalam bidang sukan dan seni di Sekolah Sukan & Sekolah Seni sahaja. • Jurulatih Sukan dan Seni KATEGORIKUMPULAN PdP 6
  • 13. 2.5.3 Komponen Keberhasilan Komponen Keberhasilan bertujuan menilai peningkatan dan/ atau pencapaian sasaran kerja serta usaha yang dilaksanakan berasaskan bidang tugas PPP yang telah dirancang sepanjang tempoh penilaian. 2.6 KONSEP INSTRUMEN Komponen generik dan fungsional dalam instrumen PBPPP mempunyai struktur yang terdiri daripada Dimensi, Elemen dan Aspek. Dimensi Elemen Aspek Perincian tentang perkara yang dinilai dalam sesuatu elemen Pemboleh ubah bagi sesuatu Dimensi (Konstruk) Menggambarkan konstruk yang hendak dinilai 7
  • 14. 8 Penilaian dibuat mengikut aspek dalam instrument dan pencapaian PYD diberikan mengikut aras penilaian berdasarkan rubrik yang ditetapkan. Struktur Instrumen Rubrik dan Skor Penilaian DIMENSI ELEMEN DAN ASPEK KOD DESKRIPSI Keupayaan pengawal untuk: mengetahui, memahami, menghayati dan mempamerkan: ● etika kerja penjawat awam ● semangat patriotisme, non-partisan, neutrality dan mematuhi tata kelakuan sebagai penjawat awam ● etika kerja keguruan PROFESIONALISMED1 NILAI PROFESIONALE1 AMALAN PROFESIONALA1.1 DIMENSI ELEMEN ASPEK ARAS PENILAIAN CEMERLANG BAIK SEDERHANA LEMAH 4 3 2 1 Mengetahui, memahami dan menghayati semua etika kerja yang berkaitan serta jelas Mengetahui, dan memahami semua etika kerja yang berkaitan serta mempamerkan Kurang mengetahui, dan kurang memahami etika kerja yang berkaitan dan Kurang mengetahui, dan tidak memahami etika kerja yang berkaitan dan tidak ARAS PENILAIAN RUBRIK
  • 15. 9 Prestasi Rendah 0-59.99% Prestasi Sederhana 60-79.99% Prestasi Tinggi 80-89.99% Prestasi Cemerlang 90-100% 2.7 ARAS PENCAPAIAN PPP akan dinilai berdasarkan Penilaian Kompetensi dan Potensi yang merangkumi Generik dan Fungsional serta Penilaian Keberhasilan. Prestasi pencapaian PYD dalam PBPPP dibahagikan kepada empat kategori iaitu Cemerlang, Tinggi, Sederhana dan Rendah. G K F +1 2
  • 16. Sistem e-Prestasi dibangunkan bagi pelaksanaan PBPPP dan boleh dilayari melalui laman sesawang https://eprestasi.moe.gov.my. Sistem ini boleh diakses oleh Ahli Jawatankuasa dan PP sahaja. Walau bagaimanapun, bahan yang berkaitan PBPPP boleh dimuat turun daripada laman sesawang tersebut. Fleksibiliti diberikan kepada organisasi untuk melaksanakan penilaian secara berterusan dalam tempoh satu tahun penilaian mengikut takwim yang dikeluarkan KPM. Penilaian melalui sistem e-Prestasi mestilah dilaksanakan dua kali setahun. 2.8 SISTEM E-PRESTASI 2.9 TEMPOH PENILAIAN https://eprestasi.moe.gov.my 10
  • 17. 2.10.1 Prapenilaian Sepanjang tempoh setahun penilaian, terdapat tiga fasa penilaian iaitu prapenilaian, semasa penilaian dan pascapenilaian. Menerima takwim pelaksanaan PBPPP pada tahun semasa. Taklimat pelaksanaan PBPPP di peringkat organisasi. Pelantikan Jawatankuasa PBPPP peringkat organisasi dan pengesahan. Pelantikan PP dan pengesahan. Perancangan jadual pelaksanaan penilaian peringkat organisasi. a. b. c. d. e. 2.10 FASA PENILAIAN 11 a. b. c. d. e. f. g. PP1 dan PP2 berbincang dengan PYD untuk menetapkan sasaran keberhasilan. PP1 dan PP2 membuat penilaian secara berterusan terhadap PYD. PP1 dan PP2 membuat penilaian melalui sistem e-Prestasi dua kali setahun. PP berbincang dengan PYD berkaitan pencapaian semasa dan memberikan bimbingan untuk meningkatkan pencapaian PYD dalam tugas yang dijalankan. PP1, PP2 dan PYD membuat semakan semula sasaran komponen keberhasilan selepas penilaian pertama. PP1, PP2 dan PYD membuat semakan semula sasaran komponen keberhasilan selepas penilaian pertama. PP mengisi, menyimpan dan menghantar skor PYD dalam secara dalam talian (online) melalui laman sesawang https://eprestasi.moe.gov.my. 2.10.2 Semasa Penilaian
  • 18. 12 a. b. c. h. g. Jawatankuasa PBPPP Organisasi perlu bermesyuarat untuk membuat pelarasan bagi perbezaan markah yang melebihi 10 antara PP1 dan PP2. Jawatankuasa perlu menghantar markah akhir PYD yang telah diselaraskan melalui laman sesawang https://eprestasi.moe.gov.my. PYD boleh mendapatkan (mengakses) markah prestasi PBPPP bagi tahun penilaian melalui Sistem HRMIS. PP membuat salinan borang markah dan menyerahkan sesalinan kepada PYD bagi setiap penilaian yang dilaksanakan. Jawatankuasa PBPPP organisasi perlu memantau pelaksanaan PBPPP di organisasi masing-masing bagi memastikan pelaksanaan mengikut jadual yang ditetapkan. 2.10.3 Pascapenilaian
  • 19. 13 Jawatankuasa PBPPP ditubuhkan untuk melancarkan pelaksanaan PBPPP pada peringkat organisasi masing-masing. Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab untuk memastikan PBPPP dilaksanakan mengikut kaedah dan prosedur yang ditetapkan. Keanggotaan Jawatankuasa PBPPP Organisasi terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha, tiga orang Ahli Jawatankuasa dan seorang Urus Setia. Walau bagaimanapun, bilangan ahli jawatankuasa boleh dilantik melebihi tiga orang di luar sistem e-Prestasi. 3.1 STRUKTUR JAWATANKUASA 3.0 JAWATANKUASA PBPPP PENGERUSI AHL I JAWATANKUA SA1 AHL I JAWATANKUA SA2 AHL I JAWATANKUA SA3 S ETIAUSAH A URU SETIA Dalam kes-kes tertentu, Jawatankuasa PBPPP Organisasi boleh terdiri daripada minimum tiga orang.
  • 20. Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti penilaian di peringkat organisasi. Menetapkan senarai PP dan PYD di organisasi mengikut kriteria yang ditetapkan. Mengesahkan senarai jawatankuasa dan PP yang dikemukakan oleh organisasi yang diselia. Merancang dan melaksanakan latihan dalaman PBPPP kepada warga organisasi. Memastikan pelaksanaan PBPPP mengikut takwim yang telah ditetapkan. Memastikan pengurusan dokumen terperingkat peringkat TERHAD mengikut garis panduan Arahan Keselamatan. Memastikan PP membuat penilaian dalam tempoh masa yang ditetapkan. Memastikan semua PYD dinilai. Menjaga kerahsiaan skor PYD dan dokumen terperingkat sepanjang masa. Menyediakan laporan pelaksanaan penilaian di peringkat organisasi. Membuat pelarasan bagi kes-kes markah yang tidak tekal (perbezaan markah melebihi 10 antara PP1 dengan PP2). a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. k. 3.2 TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA 14
  • 21. Menubuh dan melantik Jawatankuasa. Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa dan mesyuarat pelarasan markah. Menyampaikan taklimat di peringkat organisasi. Menjaga kerahsiaan skor PYD dan dokumen terperingkat sepanjang masa. a. b. c. d. PENGERUSI Menjadi penyelaras kepada Jawatankuasa. Menghadiri mesyuarat. Menyediakan minit mesyuarat. Menyediakan jadual pelaksanaan. Mengurus taklimat kepada PP dan PYD. Menyediakan senarai cadangan PP. Memberi latihan dalaman kepada PP. Memantau status pelaksanaan penilaian. Menjadi perantara organisasi dengan agensi yang berkaitan/ KPM. Memastikan Fail Am 435 (Fail Pengurusan PBPPP) disediakan oleh urus setia. Menjaga kerahsiaan skor PYD dan dokumen terperingkat sepanjang masa. a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. k. SETIAUSAHA 3.3 PERANAN JAWATANKUASA 15
  • 22. Mengurusetiakan mesyuarat. Menyedia dan menguruskan Fail Am 435 (Fail Pengurusan PBPPP). Memantau status pelaksanaan penilaian. Menjaga kerahsiaan skor PYD dan dokumen terperingkat sepanjang masa. URUS SETIA a. b. c. d. Menghadiri mesyuarat. Mencadangkan PP. Memantau pelaksanaan PBPPP. Memantau status pelaksanaan penilaian. Menjaga kerahsiaan skor PYD dan dokumen terperingkat sepanjang masa. a. b. c. d. e. AHLI JAWATANKUASA 16
  • 23. 4.0 PEGAWAI PENILAI Syarat-syarat pelantikan PP adalah seperti berikut: Pegawai Penilai (PP) ialah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Jawatankuasa PBPPP organisasi dan telah disahkan pelantikan. a. b. c. d. e. f. g. h. i. 4.1 PELANTIKAN PP PP mesti mempunyai hubungan kerja dengan PYD. PP yang dilantik terdiri daripada: • sekurang-kurangnya satu gred lebih tinggi daripada PYD; atau • Ketua Organisasi atau Penyelia kepada PYD. Sekiranya kriteria PP di atas tidak dapat dipenuhi maka PP boleh dilantik mengikut kekananan/ lama tempoh berkhidmat dalam gred semasa/ ditentukan oleh jawatankuasa PBPPP organisasi. PP tiada hubungan kekeluargaan terdekat melalui pertalian darah atau perkahwinan (suami, isteri, anak, adik beradik, anak saudara, mertua, menantu, ipar, sepupu atau biras) dengan PYD. PP menyelia PYD sekurang-kurangnya 6 bulan (180 hari) pada tahun semasa. Sekiranya tiada PP yang layak menilai kerana tempoh penyeliaannya kurang dari 6 bulan dalam tahun yang dinilai, maka penilaian hendaklah dilakukan oleh penyelia yang terdekat dan mempunyai hubungan kerja dengan PYD. Bagi kes-kes tertentu, tempoh minimum ialah 3 bulan. Sekiranya PP berkhidmat di dua jabatan yang berlainan dalam tempoh yang sama panjang, maka PP masih boleh menjadi penilai di jabatan sebelum jika perlu. PP boleh dilantik dalam kalangan pegawai yang berlainan skim perkhidmatan. Sekiranya penilaian tidak diselesaikan oleh PP yang telah bersara, meninggal dunia, meletak jawatan atau tidak dapat dikesan, maka Jawatankuasa PBPPP Organisasi perlu melantik PP baharu bagi PYD tersebut. 17
  • 24. a. b. c. d. e. f. g. h. j. 4.2 TANGGUNGJAWAB PP Tanggungjawab PP adalah seperti berikut: PP perlu dilantik dalam organisasi yang sama (Job-Based & Work Place) kecuali bagi kumpulan kepimpinan organisasi, PP dilantik dalam kalangan pegawai dari organisasi yang menyelia. Contohnya, Pengetua/ Guru Besar dan Guru Penolong Kanan dinilai oleh Pegawai di PPD. PP1, PP2 dan PYD perlu mengadakan sesi perbincangan bersama bagi tujuan penetapan sasaran keberhasilan pada awal tahun penilaian. PP mesti memastikan penggunaan instrumen yang betul mengikut bidang tugas PYD bawah seliaannya. PP hendaklah menyelia PYD melalui pengawasan dan bimbingan yang berterusan berdasarkan kompetensi dan prestasi kerja sepanjang tahun yang dinilai. PP hendaklah berbincang dengan PYD mengenai kemajuan kerja sekurang-kurangnya dua kali setahun dan dari semasa ke semasa bagi membuat pengubahsuaian strategi kerja untuk meningkatkan prestasi kerja. PP1, PP2 dan PYD perlu mengadakan sesi perbincangan bersama bagi tujuan semakan semula sasaran keberhasilan selepas penilaian pertama (jika perlu). PP perlu memasukkan skor PYD ke dalam talian (online) melalui laman sesawang https://eprestasi.moe.gov.my. PP perlu memastikan penilaian dilaksanakan tanpa dipengaruhi oleh prestasi tahun-tahun sebelumnya atau faktor yang boleh dianggap sebagai unsur-unsur pilih kasih yang boleh mencemarkan nilai integriti. PP1 dan PP2 boleh mengadakan perbincangan berkaitan prestasi PYD namun tidak boleh berbincang dalam penetapan pemberian skor PYD. 18
  • 25. i. j. k. l. m. n. o. PP membuat penilaian dengan keyakinan bahawa PYD merupakan aset penting yang perlu dan boleh dimajukan dari semasa ke semasa. PP melaksanakan penilaian tanpa tergesa-gesa atau dilakukan pada saat akhir. PP melaksanakan penilaian tanpa mengambil jalan mudah dengan memberikan skor dalam lingkungan pertengahan sahaja. PP menilai tanpa memberikan perhatian yang lebih kepada perkara yang baru berlaku, sama ada bersifat positif atau negatif yang boleh mempengaruhi penilaian keseluruhan seseorang pegawai. PP perlu memaklumkan skor yang diperoleh PYD mengikut aspek yang dinilai. PP perlu menyimpan salinan Borang Markah dan menyerahkan satu salinan kepada PYD. PP perlu menjaga kerahsiaan skor PYD sepanjang masa. 19
  • 26. Kriteria PYD yang terlibat dalam PBPPP adalah seperti berikut: Pegawai yang dinilai merupakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). 5.0 PEGAWAI YANG DINILAI a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. k. 5.1 KRITERIA PYD PPP yang sedang berkhidmat secara tetap atau kontrak di KPM dan agensi bawah seliaan. Melibatkan hanya PPP Gred 54 ke bawah, Gred Khas C dan B (VK). PPP kumpulan JUSA (VU), guru pinjaman dan kader tidak dinilaI menggunakan PBPPP. PPP mesti berkhidmat di tempat bertugas melebihi 6 bulan (180 hari). PPP yang baru dilantik pada tahun penilaian semasa perlu berkhidmat sekurang-kurangnya 6 bulan (180 hari) sebelum dinilai. Jika tempoh berkhidmat pada tahun penilaian semasa tidak mencukupi, PYD akan dinilai setelah genap 6 bulan (180 hari) berkhidmat pada tahun berikutnya. Sekiranya PYD berkhidmat di dua jabatan yang berlainan dalam tempoh yang sama panjang, maka penilaian hendaklah dilaksanakan di jabatan semasa. PYD yang akan bersara pada tahun penilaian semasa tetapi berkhidmat melebihi 6 bulan (180 hari) perlu dinilai. Bagi jawatan tertentu, PYD boleh dinilai oleh seorang PP sahaja seperti jawatan Pegawai Khas dan Ketua Sektor di JPN (WP Labuan dan WP Kuala Lumpur). Pegawai interim/ lantikan secara pentadbiran perlu dinilai di tempat bertugas semasa. PPP status POOL perlu dinilai berdasarkan syarat tempoh penilaian. 20
  • 27. Tanggungjawab PYD adalah seperti berikut: a. b. c. d. e. f. g. h. i. 5.2 TANGGUNGJAWAB PYD PYD perlu mengetahui PP1 dan PP2 yang dilantik untuk menilainya. PYD perlu menghadiri sesi perbincangan bersama PP1 dan PP2 bagi tujuan penetapan sasaran keberhasilan pada awal tahun penilaian. PYD perlu memastikan instrumen yang betul mengikut bidang tugas digunakan untuk menilainya. PYD perlu mendapat pengawasan dan bimbingan yang berterusan berdasarkan kompetensi dan prestasi kerja sepanjang tahun yang dinilai oleh PP. PYD perlu berbincang mengenai kemajuan kerja sekurang-kurangnya dua kali setahun dan dari semasa ke semasa bagi membuat pengubahsuaian strategi kerja untuk meningkatkan prestasi kerja dengan PP. PYD perlu menghadiri sesi perbincangan bersama dengan PP1 dan PP2 bagi tujuan semakan semula sasaran keberhasilan selepas penilaian pertama (jika perlu). PYD perlu memastikan PP memaklumkan skor yang diperoleh mengikut aspek yang dinilai. PYD perlu memastikan PP memberi salinan Borang Markah penilaian bagi setiap sesi penilaian. PYD perlu menyimpan salinan Borang Markah. 21
  • 28. Manual ini diharap dapat membantu pelaksana PBPPP di organisasi untuk merancang pelaksanaan dengan terancang dan tersusun seperti yang dihasratkan. Selain sebagai sumber rujukan bagi pelaksanaan PBPPP, manual ini dapat memberi kefahaman tentang penilaian dan skop tugas serta tanggungjawab individu-individu yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pelaksanaan penilaian. Pelaksanaan penilaian yang dibuat secara tersusun dapat memberikan impak untuk meningkatkan kebolehpercayaan sistem penilaian yang digunakan dan membantu meningkatkan prestasi dan potensi PPP di organisasi. 6.0 PENUTUP 22
  • 30.
  • 31. a. b. c. Apakah PBPPP? Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu bentuk kaedah bersepadu untuk menilai kompetensi, potensi dan keberhasilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job Based and Work Place). Apakah punca kuasa pelaksanaan PBPPP? PBPPP telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan arahan pelaksanaan peringkat KPM telah dikeluarkan pada 20 November 2015. Pelaksanaan PBPPP ini menggantikan semua penilaian prestasi sedia ada termasuk LNPT kepada semua PPP di KPM. Apakah matlamat PBPPP? Matlamat PBPPP adalah seperti berikut: Apakah objektif PBPPP? Objektif PBPPP adalah untuk: meningkatkan kecekapan dan komitmen bagi melahirkan PPP yang berprestasi tinggi. penilaian menyeluruh yang menggabungjalinkan kompetensi dan potensi serta keberhasilan PPP. mendokong aspirasi ke arah pendidikan yang berkualiti tinggi. 1. 2. 3. 4. a. b. c. d. menilai kompetensi dan potensi PPP. menilai keberhasilan yang merupakan hasil kerja PPP. mengenal pasti kompetensi dan potensi PPP untuk membolehkan Program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) dilaksanakan. mengenal pasti keperluan latihan untuk pembangunan laluan kerjaya PPP. 25
  • 32. Siapakah kumpulan sasaran PBPPP? PPP yang telah dilantik oleh SPP secara tetap atau kontrak yang berkhidmat di KPM dan agensi bawah seliaan. Melibatkan PPP dari Gred Khas C dan B, Gred 54 dan ke bawah. Siapakah PYD yang tidak perlu dinilai dalam PBPPP? PYD yang tidak perlu dinilai dalam PBPPP ialah: Bagaimanakah PBPPP dilaksanakan? Penilaian dilaksanakan melalui e-Prestasi berasaskan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job Based and Work Place) dengan menggunakan instrumen PBPPP oleh dua orang pegawai penilai. Bilakah penilaian dijalankan? Fleksibiliti diberikan kepada organisasi untuk melaksanakan penilaian secara berterusan dalam tempoh setahun. Penilaian melalui sistem e-Prestasi mesti dilaksanakan dua kali setahun. Apakah bentuk keputusan penilaian yang akan dikeluarkan? Keputusan penilaian akan dikeluarkan dalam bentuk slip keputusan yang mengandungi peratus markah pencapaian keseluruhan dan Aras Pencapaian selepas markah akhir dimuktamadkan oleh BPSM KPM melalui aplikasi Sistem HRMIS. Apakah tanggungjawab JKPBPPP? Rujuk Topik 3.2 dalam Manual PBPPP. Apakah tanggungjawab PP dalam PBPPP? Rujuk Topik 4.2 dalam Manual PBPPP. a. b. c. d. PPP yang bercuti tanpa gaji melebihi 180 hari dalam tahun penilaian. PPP yang cuti sakit berpanjangan melebihi 180 hari. PPP yang diluluskan cuti belajar bergaji penuh atau cuti belajar separuh gaji melebihi 180 hari dalam tahun penilaian semasa. PPP yang dipinjam keluar dari KPM. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 26
  • 33. Apakah tanggungjawab PYD dalam PBPPP? Rujuk Topik 5.2 dalam Manual PBPPP Sejauh manakah bidang kuasa JKPBPPP dalam pengoperasian PBPPP? JKPBPPP bertanggungjawab menentukan pemilihan dan pelantikan pegawai penilai, merancang, menyelaras dan memantau aktiviti penilaian serta membuat pelarasan bagi kes-kes markah yang tidak tekal (perbezaan markah melebihi 10 antara PP1 dan PP2). Bagaimanakah penentuan pelarasan markah dibuat oleh JKPBPPP? Pelarasan markah yang dibuat oleh JKPBPPP haruslah berada antara markah maksimum dengan minimum yang diberikan oleh PP1 dan PP2. Bagaimanakah keanggotaan JKPBPPP di sekolah bagi Sekolah Kurang Murid? Perlantikan JKPBPPP Sekolah Kurang Murid ialah Guru Besar sebagai Ketua Organisasi manakala Guru Penolong Kanan lantikan sekolah boleh dilantik sebagai Setiausaha dan Ahli Jawatankuasa. Minimum ahli jawatankuasa adalah 3 orang (Pengerusi, Setiausaha, Seorang Ahli). Apakah yang perlu dilakukan oleh Pegawai Penilai (PP) sebelum bertukar/ bersara? PP bertanggungjawab menyelesaikan penilaian kepada setiap PYD dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Apakah yang perlu dilakukan jika PP meninggal dunia? JK PBPPP perlu membuat pengemaskinian semua PYD bawah seliaan PP berkenaan. Adakah PYD dapat melihat skor penilaian yang diberikan oleh PP? Boleh. PYD berhak mendapat sesalinan Borang Markah daripada kedua-dua PP bagi setiap sesi penilaian. Adakah PP dan PYD dapat melihat markah akhir penilaian? Tidak. PP dan PYD hanya dapat mengetahui skor penilaian bagi setiap aspek seperti dalam Borang Markah. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 27
  • 34. Bagaimanakah proses pelarasan markah dilakukan? JK PBPPP organisasi perlu mengadakan mesyuarat pelarasan untuk menyelaras dan memuktamadkan markah PYD yang tidak tekal. Markah akhir dihantar melalui Sistem e-Prestasi. Apakah yang dimaksudkan dengan Sistem e-Prestasi? Sistem e-Prestasi dibangunkan bagi tujuan pelaksanaan PBPPP dapat dibuat secara dalam talian. Siapakah yang boleh mengakses Sistem e-Prestasi? Pada masa ini, hanya pegawai yang dilantik sebagai ahli jawatankuasa, dan penilai sahaja yang boleh mengakses Sistem e-Prestasi. Bagaimanakah pegawai yang terlibat boleh mengakses Sistem e-Prestasi? Pegawai boleh mengakses laman web e-Prestasi melalui laman web di https://eprestasi.moe.gov.my. Bolehkah Sistem e-Prestasi dicapai menggunakan medium lain selain daripada komputer? Boleh. Sistem e-Prestasi boleh dicapai menggunakan medium lain seperti tablet dan telefon pintar. Adakah Sistem e-Prestasi hanya boleh dicapai menggunakan pelayar internet tertentu sahaja? Tidak. Sistem e-Prestasi boleh dicapai menggunakan semua pelayar internet yang ada seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox, Google Chrome dan juga Safari. Perlukah pengguna mendaftar untuk menggunakan Sistem e-Prestasi? Tiada pendaftaran pengguna diperlukan. Pengguna boleh log masuk menggunakan kod organisasi ataupun nombor kad pengenalan pengguna sebagai ID Pengguna. Bolehkah pengguna menukar kata laluan setelah log masuk kali pertama? Boleh. Pengguna digalakkan untuk menukar kata laluan. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28
  • 35. Semakan nombor kad pengenalan, nama penuh seperti dalam kad pengenalan, gred, jawatan dan tempat bertugas. Pelantikan Jawatankuasa PBPPP peringkat organisasi. Penetapan PP1 dan PP2 oleh JK PBPPP. Proses Penilaian oleh PP1 dan PP2. Pelarasan markah oleh JK PBPPP. Sekiranya pengguna terlupa kata laluan, apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh pengguna? Pengguna boleh menghubungi pengerusi dan setiausaha JK PBPPP di peringkat organisasi masing-masing untuk set semula kata laluan. Adakah organisasi (sekolah) boleh mendaftar serta mengemas kini maklumat guru di sekolah dalam Sistem e-Prestasi? Tidak. Pengemaskinian maklumat hanya boleh dibuat dalam e-Operasi. Apakah yang boleh dilakukan oleh pengguna bagi memastikan data serta maklumat guru telah dikemas kini dalam e-Prestasi? Sumber maklumat serta data guru di sekolah diperoleh daripada sistem e-Operasi. Oleh yang demikian, sebarang pertambahan serta pengemaskinian data guru perlu dilakukan pada sistem e-Operasi. Apakah langkah-langkah berkaitan dengan Sistem e-Prestasi yang perlu dilakukan sepanjang pelaksanaan PBPPP? Terdapat 5 peringkat utama yang perlu dilaksanakan oleh pihak yang terlibat dengan PBPPP iaitu: Siapakah yang boleh menetapkan Pegawai Penilai 1 (PP1) dan Pegawai Penilai 2 (PP2) bagi kumpulan kepimpinan sekolah dan kumpulan guru? Bagi kumpulan kepimpinan sekolah, PP1 dan PP2 akan ditetapkan oleh pihak PPD/ Bahagian. Manakala JKPBPPP sekolah boleh menetapkan PP1 dan PP2 bagi semua guru di sekolah tersebut. 28. 29. 30. 31. 32. a. b. c. d. e. 29
  • 36. Apakah punca yang menyebabkan data bagi PP1 dan PP2 bagi guru kosong (hilang) apabila selesai menghantar penetapan PP1 dan PP2? Hal ini terjadi disebabkan ketika mengisi maklumat PP1 dan PP2 guru pada setiap helaian paparan tidak disimpan. Apakah tindakan yang perlu diambil untuk mengatasi kehilangan data setelah penetapan PP1 dan PP2 dihantar? JKPBPPP organisasi perlu menghubungi pegawai penyelaras di PPD/ JPN/ Bahagian untuk membuka semula penetapan PP1 dan PP2. JKPBPPP organisasi perlu menyimpan (klik simpan) setiap helaian paparan ketika mengisi PP1 dan PP2 bagi setiap data guru. Sekiranya jawatankuasa sekolah telah menghantar pelantikan PP1 dan PP2 kepada PPD/ JPN/ Bahagian tetapi terdapat kesalahan atau ingin menukar Penilai, apakah tindakan yang perlu diambil? Sekolah boleh menghubungi PPD/ JPN/ Bahagian untuk membuka Penetapan Semula PP1 dan PP2. Walau bagaimanapun, sekiranya penilaian sudah dilakukan, sekolah perlu menghantar e-mel aduan kepada BPPK (aduan.eprestasi@moe.gov.my) dan memberikan justifikasi untuk penukaran tersebut. Bilakah Pegawai Penilai yang telah dilantik dibenarkan log masuk ke dalam Sistem e-Prestasi? Penilai boleh log masuk ke dalam Sistem e-Prestasi selepas penetapan PP disahkan oleh PPD/ JPN/ Bahagian. Adakah pelarasan perlu dilakukan bagi semua keputusan penilaian? Tidak. Hanya PYD yang mendapat perbezaan markah yang melebihi 10 antara PP1 dan PP2 sahaja yang perlu dibuat pelarasan markah. Bilakah pelarasan markah boleh dilakukan? Pelarasan markah boleh dilakukan selepas proses penilaian pada akhir tahun semasa terhadap semua PYD di organisasi tersebut selesai dilakukan dan tempoh penilaian tamat. Siapakah yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pelarasan markah dalam Sistem e-Prestasi? Semua JKPBPPP dibenarkan untuk menguruskan pelarasan markah tetapi hanya Pengerusi sahaja yang dibenarkan menghantar markah akhir. 33. 34. 35. 36. 37. 38. 39. 30
  • 37. 40. Bagaimanakah pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan dan pertanyaan berkaitan Sistem e-Prestasi? Sekiranya pengguna menghadapi masalah dan ingin menyalurkan aduan, pengguna boleh mengemukakan aduan serta pertanyaan ke alamat e-mel aduan.eprestasi@moe.gov.my. Maklumat aduan perlu lengkap dengan nombor kad pengenalan, tempat bertugas dan isu yang dihadapi untuk memudahkan pengurusan aduan. 31
  • 38.
  • 40.
  • 41. AKRONIM SINGKATAN MAKSUD Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas Anggota Kumpulan Pelaksana Bahagian Pendidikan Guru Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi Program Pembangunan Profesional Berterusan Delivery Management Office Guru Bimbingan dan Kaunseling Program Transformasi Kerajaan 2.0 Institut Pendidikan Guru Jawatankuasa Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Laporan Penilaian Prestasi Tahunan New Teacher’s Charter Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pengajaran dan Pembelajaran Pegawai Penilai Pegawai Penilai 1 Pegawai Penilai 2 Pejabat Pendidikan Daerah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 Penilaian Kompetensi dan Potensi Pengajaran dan Pentadbiran bagi Pentadbir di Sekolah dan Institusi Pendidikan Pengurusan dan Pentadbiran bagi PPP di PPD, JPN dan Bahagian-bahagian di KPM Penilaian Tahap Kecekapan Pegawai Yang Dinilai Saraan Baru Perkhidmatan Awam School Improvement Partners School Improvement Specialist Coaches Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran 3PK AKP BPG BPPK CPD DMO GBK GTP 2.0 IPG JKPBPPP JPN KM KPM LNPT NTC PBPPP PdP PP PP1 PP2 PPD PPP PPPM PROSPEK PT(A) PT(B) PTK PYD SBPA SIPartners+ SISC+ SPP 35
  • 42. GLOSARI PERKATAAN MAKSUD Pegawai dalam organisasi yang dilantik menganggotai Jawatankuasa PBPPP Organisasi. Perincian tentang perkara yang dinilai dalam sesuatu elemen Dokumen yang mengandungi skor PYD bagi setiap aspek penilaian yang dicetak daripada Sistem e-Prestasi. Keterangan yang menggambarkan perkara yang diperhatikan dan diukur. Menggambarkan konstruk yang hendak dinilai. Bahan rasmi kerajaan seperti sulit, terhad, rahsia dan lain-lain seperti yang terkandung dalam Arahan Keselamatan. Pembolehubah bagi sesuatu dimensi (konstruk) Ciri-ciri khusus mengikut kumpulan bidang tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Ciri-ciri umum yang khusus untuk PPP. Alat penilaian dalam bentuk dokumen. Perihal berhasil atau tercapai sesuatu matlamat, rancangan, tujuan dan usaha. Perihal sesuatu yang hanya diketahui oleh beberapa orang yang tertentu sahaja. Perbezaan markah yang melebihi 10 antara PP1 dan PP2. Kebolehan untuk melakukan sesuatu setelah diukur terhadap satu piawaian. Dimensi manusia yang ingin dinilai bagi melihat kompetensi dan potensi seseorang PPP dalam tempoh tertentu. Konstruk bersifat konkrit ataupun abstrak dan boleh diukur. Mempunyai nilai kejujuran, ketelusan, keutuhan dan seumpamanya. Merujuk kepada Sekolah/ PPD/ JPN/ Institusi Pendidikan/ Bahagian di KPM. Tugas atau tanggungjawab yang perlu dilaksanakan selepas penilaian akhir PBPPP. Individu yang berkhidmat dengan kerajaan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Pegawai yang dilantik bagi menilai PYD bagi satu tempoh penilaian. Ahli Jawatankuasa Aspek Borang Markah Deskripsi Dimensi Dokumen Terperingkat Elemen Fungsional Generik Instrumen Keberhasilan Kerahsiaan Ketidaktekalan Markah Kompetensi Konstruk Nilai Integriti Organisasi Pasca Penilaian Pegawai Pegawai Penilai 36
  • 43. PERKATAAN MAKSUD Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Pegawai Yang Dinilai Pelarasan Pemerhatian Pencerapan Prapenilaian Sasaran Keberhasilan Semakan Dokumen Semakan Semula Semasa Penilaian Temu bual Pegawai yang dilantik oleh SPP secara tetap atau kontrak yang berkhidmat di KPM dan agensi bawah seliaan. PPP yang dilantik oleh SPP secara tetap atau kontrak yang berkhidmat di KPM dan agensi bawah seliaan. Perihal tindakan penyesuaian skor di antara julat skor PP1 dan PP2. Kaedah mendapatkan bukti mengenai sesuatu aspek yang dinilai melalui pengamatan di luar aktiviti pengajaran dan pembelajaran Proses memerhati dan menilai perancangan dan pelaksanaan PdP dengan menggunakan instrumen yang ditetapkan. Tugas atau tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebelum PBPPP bermula. Sasaran kerja tahunan yang dibuat pada awal tahun penilaian. Kaedah penilaian untuk mendapatkan bukti (eviden) sesuatu aspek yang dinilai dengan menyemak dokumen yang berkaitan. Membuat semakan semula penetapan sasaran kerja tahunan selepas penilaian pertama sama ada mengekal, meminda, menambah atau menggugurkan. Tugas atau tanggungjawab yang perlu dilaksanakan semasa sesi PBPPP dijalankan. Kaedah penilaian untuk mendapatkan bukti (eviden) sesuatu aspek yang dinilai melalui perbualan yang berstruktur/ bebas. 37
  • 44. BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN KOMPETENSI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Aras 1, blok 2250, Century square 2 off persiaran multimedia, cyber 6 63000 cyberjaya selangor darul ehsan +603 8317 9000 +603 8317 9119 / 9091 / 9090 http://www.moe.gov.my/v/bppk