SlideShare a Scribd company logo
1 of 66
PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA
There is no translation available.
ANGGARAN BELANJA MENGURUS PERJAWATAN
1. Bagaimanakah asas pengiraan norma perjawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
(PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di sekolah?
 Perkiraan perjawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana
(AKP) di sekolah adalah berdasarkan perjawatan dalam norma atau luar norma. Selain itu kelayakan
perjawatan juga adalah berdasarkan bilangan kelas yang beroperasi dan enrolmen murid di sebuah
sekolah. Perincian perkiraan norma perjawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan
Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di sekolah boleh dirujuk melalui Panduan Norma Perjawatan
sekolah yang disediakan oleh Cawangan Perjawatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM.
2. Bagaimanakah proses permohonan keperluan perjawatan Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di sekolah?
 Permohonan keperluan perjawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan
Pelaksana (AKP) adalah melalui permohonan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Perjawatan
tahunan. Tempoh permohonan diumumkan pada setiap awal tahun kepada sekolah melalui
Bahagian-Bahagian, KPM bagi sekolah yang dikawal selia oleh Bahagian dan Jabatan Pendidikan
Negeri bagi sekolah yang dikawal selia oleh JPN.
3. Bagaimanakah pihak sekolah boleh menyemak peruntukan perjawatan mengikut
kelayakan norma perjawatan?
 Pihak sekolah boleh menyemak peruntukan perjawatan yang layak berdasarkan norma perjawatan
melalui Modul Data e-Operasi dengan memuat turun Sijil/Penyata Kelulusan Perjawatan Sekolah.
MAKLUMAT PERJAWATAN
1. Apakah definisi Waran Perjawatan (WP)?
 Waran Perjawatan (WP)adalah dokumen rasmi yang digunakan oleh semua agensi di bawah
Perkhidmatan Awam Persekutuan (PAP) bertujuan untuk meluluskan sesuatu perubahan kepada
Senarai Perjawatan Tahunan sektor awam. Ia juga merupakan dokumen perundangan yang memberi
kuasa bagi mewujud/menambah dan mengurangkan bilangan jawatan atau mengubah tangga gaji
gred jawatan yang diperuntukkan di bawah sesuatu Maksud Perbelanjaan Anggaran Persekutuan dan
seterusnya membenarkan bayaran gaji/imbuhan dibuat.
2. Apakah Waran Perjawatan (WP) secara Zero-Based?
 WP secara Zero-Based merupakan perubahan perjawatan secara keseluruhan terhadap WP berkuat
kuasa. Penyusunan semula secara zero-based melibatkan Program/Aktiviti Maksud Berkenaan dan
semua butiran serta jawatan di bawah Program/Aktiviti berkenaan hendaklah dimansuhkan dan
digantikan dengan Program/Aktiviti dan butiran baharu.
3. Apakah yang dimaksudkan sebagai jawatan Khas Untuk Penyandang (KUP)?
 Jawatan Khas Untuk Penyandang (KUP) adalah jawatan yang diwujudkan bagi membolehkan
penempatan seseorang pegawai di mana gred hakikinya lebih tinggi atau rendah daripada gred
hakiki jawatan.
4. Apakah yang dimaksudkan sebagai jawatan Skim Perkhidmatan Bersepadu?
 Skim Perkhidmatan Bersepadu adalah Skim Perkhidmatan yang menggabungkan Kumpulan
Perkhidmatan yang lebih rendah dengan Kumpulan Perkhidmatan yang lebih tinggi, contohnya
Kumpulan Sokongan dengan Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Jawatan di bawah skim ini
membolehkan kenaikan pangkat daripada Anggota Kumpulan Pelaksana kepada kumpulan
Pengurusan dan Profesional.
5. Apakah Perbezaan Antara Gred Utama dan Gred Khas?
 Gred Utama dan Gred Khas tergolong di dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi namun dibezakan
mengikut peranan berikut :
 Gred Utama – Jawatan yang menjalankan fungsi pengurusan dan penggubalan dasar. Contoh: Ketua
Pengarah di sesebuah Jabatan.
 Gred Khas – Jawatan yang mengiktiraf kepakaran dan pengalaman dalam bidang-bidang khusus,
tidak memainkan peranan ataupun menjalankan tugas yang bersifat pengurusan dan strategik.
Contoh: Pakar Perubatan di Hospital.
6. Mengapakah “Jawatan Terbuka” masih diperlukan di dalam perkhidmatan awam?
 Jawatan terbuka diwujudkan bagi membolehkan pengisian dibuat oleh mana-mana skim
perkhidmatan yang mempunyai kemahiran /kepakaran yang diperlukan dalam menjalankan sesuatu
tugas. Ia turut membuka peluang kemajuan kerjaya bagi organisasi yang bersifat tertutup
memandangkan pengisian jawatan tersebut adalah bersifat fleksibel. Walau bagaimanapun
pewujudan jawatan terbuka ini tidak boleh digunakan bagi tujuan kenaikan pangkat dan pengesahan
jawatan. Bagi tujuan pengesahan kenaikan pangkat penyandang, permohonan perlu dikemukakan
kepada BPO bagi menukar taraf jawatan tersebut kepada tertutup.
PENSTRUKTURAN
1. Apakah maksud Carta Fungsi?
 Carta Fungsi adalah carta keseluruhan yang menyenaraikan setiap fungsi dan bidang tugas setiap
unit/cawangan/sektor/jabatan/pusat di agensi yang berkaitan dan telah diluluskan oleh Agensi
Pusat. Carta Fungsi tersebut perlu dikemaskini dari semasa ke semasa dan dimaklumkan kepada
BPSM, KPM untuk direkod dan dimaklumkan kepada Agensi Pusat.
2. Apakah maksud Carta Organisasi?
 Carta Organisasi adalah carta keseluruhan yang berdasarkan kepada Waran Perjawatan yang
diluluskan serta menggambarkan struktur setiap perjawatan dan hubungan kuasa di setiap
unit/cawangan/sektor/jabatan/pusat di agensi yang berkaitan dan telah diluluskan oleh Agensi
Pusat. Agensi perlu mengemukakan permohonan kepada BPSM, KPM sekiranya terdapat keperluan
untuk mengubah struktur atau/dan perjawatan di Agensi berkenaan.
3. Bilakah permohonan pengukuhan perjawatan dan/atau penstrukturan semula
Bahagian/Institut/JPN/PPD boleh dikemukakan?
 Permohonan pengukuhan perjawatan dan/atau penstrukturan semula Bahagian/Institut/JPN/PPD
boleh dikemukakan sepanjang masa dengan mengemukakan kertas cadangan yang mengandungi
justifikasi yang lengkap mengenai permohonan jawatan baru, permohonan kenaikan gred jawatan,
permohonan pertukaran skim atau lain-lain kepada Cawangan Perjawatan, BPSM. Walau
bagaimanapun, permohonan terakhir yang diluluskan bagi setiap agensi perlu beroperasi sekurang-
kurangnya 3 tahun sebelum permohonan baru dikemukakan.
4. Apakah dokumen yang perlu dikemukakan bersama permohonan?
 Sebarang permohonan perlu terdiri daripada perkara-perkara berikut:
i. Surat iringan permohonan
ii. Kertas Permohonan yang merangkumi perkara berikut :
 Tujuan kertas permohonan
 Latar belakang permohonan
 Permohonan agensi
 Asas pertimbangan/justifikasi permohonan
 Kesimpulan
 Lampiran seperti berikut:
 Carta Organisasi Sedia Ada
 Carta Fungsi Sedia Ada
 Carta Organisasi Cadangan
 Carta Fungsi Cadangan
 Maklumat Perjawatan dan Pengisian Sedia Ada
 Ringkasan Permohonan
 Senarai Tugas Jawatan Berkaitan Permohonan
 Implikasi Kewangan Permohonan
PENGAMBILAN GURU
1. Bagaimanakah proses pengambilan guru baharu dilaksanakan?
 Urusan penyelarasan pengambilan guru baharu bermula di peringkat pengumpulan data graduan
yang diperoleh daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Universiti Awam (UA).
Penyelarasan pengambilan dan penempatan graduan pendidikan ini dilaksanakan berdasarkan
kekosongan perjawatan serta keperluan opsyen. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM),
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mendapatkan maklumat keperluan opsyen daripada
Sektor Operasi Pendidikan (SOP), KPM berdasarkan jumlah kekosongan jawatan semasa bagi
merancang jumlah bekalan graduan yang diperlukan untuk ditempatkan ke sekolah-sekolah di
bawah pentadbiran KPM.
 Seterusnya, jumlah bekalan yang diperlukan akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan
Pelajaran (SPP) bagi tujuan temu duga. di mana calon perlu memohon terlebih dahulu melalui portal
www.jobsmalaysia.com untuk panggilan temu duga SPP. Calon yang berjaya dalam temu duga akan
mengemas kini maklumat melalui sistem e-Graduan dan SOP yang terlibat akan menguruskan
penempatan mereka.
2. Apakah kriteria yang diambil kira dalam melaksanakan urusan unjuran pengambilan
guru?
 Penyelarasan pengambilan dan penempatan graduan pendidikan dilaksanakan berdasarkan
kekosongan jawatan dan keperluan opsyen. Kekosongan jawatan ini merangkumi guru-guru yang
bersara wajib, bersara pilihan, berlakunya peletakan jawatan dan kematian serta pembukaan
institusi (sekolah) baharu. Keperluan opsyen pula berdasarkan kekosongan opsyen guru di sesebuah
sekolah/institusi, jumlah pembukaan institusi baharu serta perubahan dasar semasa Kerajaan.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) akan membuat perancangan
unjuran pengambilan guru baharu dengan mengambil kira kriteria-kriteria tersebut melalui
kerjasama dan maklumat yang diperolehi daripada pelbagai Bahagian peringkat kementerian dan
agensi pusat sebelum diselaraskan dengan IPGM dan juga UA.
3. Apakah Dasar semasa Kerajaan dalam urusan pengambilan guru baharu
memandangkan terdapat banyak Institusi Pengajian Tinggi yang menawarkan Ijazah
dalam bidang pendidikan ?
 Dasar semasa Kementerian dalam urusan pengambilan guru baharu adalah dengan memberi
keutamaan kepada graduan IPGM dan UA keluaran semasa khususnya yang diberi tajaan oleh KPM
untuk ditemu duga lantikan tetap oleh SPP berdasarkan kekosongan jawatan yang terhad dan
keperluan opsyen di sekolah-sekolah di bawah pentadbiran Kementerian KPM.
4. Bilakah graduan Pendidikan yang telah ditemu duga akan ditempatkan?
 Proses penempatan guru baharu akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat berdasarkan
kekosongan jawatan dan keperluan opsyen semasa tertakluk kepada keputusan rasmi temu duga
yang diterima daripada SPP.
5. Apakah prosedur yang perlu dilakukan oleh graduan yang tidak dilantik untuk
berkhidmat dengan KPM?
 Bagi graduan Pendidikan yang tidak dilantik berkhidmat dengan KPM atas pelbagai sebab seperti
gagal temu duga SPP, tidak hadir temu duga, hadir tetapi tidak ditemu duga kerana tidak membawa
dokumen yang lengkap, menolak tawaran pelantikan dan penempatan atau sebagainya, mereka perlu
memohon semula ke SPP melalui portal www.jobsmalaysia.gov.my.
Bagi graduan yang gagal temu duga, mereka boleh memohon semula selepas enam (6) bulan
dari tarikh keputusan temu duga dikeluarkan melalui portal SPP. Tempoh enam (6) diberikan
oleh SPP untuk memohon semula bertujuan memberi peluang kepada calon untuk
memperbaiki kelemahan diri.
Walau bagaimanapun, berdasarkan surat SPP rujukan SPP.30/22/4(19) bertarikh 27 Mac
2015, graduan yang menolak tawaran akan disenarai hitam selama satu (1) tahun sebelum
layak memohon semula ke jawatan PPP Gred DG41. Dalam hal ini, panggilan temu duga adalah
tertakluk kepada kekosongan jawatan dan keperluan opsyen semasa KPM.
Selain itu, setiap calon perlu bersaing dengan graduan semasa dan hanya graduan yang terbaik
sahaja akan dipilih oleh SPP berdasarkan merit, keperluan opsyen dan prestasi temu duga.
6. Terdapat pelbagai sistem online yang digunapakai dalam operasi KPM. Boleh
terangkan tentang sistem e-Graduan?
 Sistem e-Graduan dibangunkan sebagai penambahbaikan dalam urusan pengambilan dan
penempatan guru baharu. e-Graduan merupakan modul baharu bagi Sistem Pengurusan Sekolah
(SPS), KPM di bawah Pengurusan Guru. Modul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat
(BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Bahagian
Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM. Modul ini melibatkan
proses pengambilan dan penempatan guru baharu yang melibatkan beberapa kategori pengguna
iaitu graduan dan pentadbir sistem.
Sistem ini merupakan aplikasi yang dibangunkan bagi memberi peluang kepada graduan
Pendidikan untuk mengemaskini maklumat peribadi terkini untuk memudahkan pelaksanaan
urusan penempatan bagi graduan yang telah lulus temu duga.
PELANTIKAN GURU
1. Apakah dokumen yang diperlukan bagi pegawai yang dilantik secara peminjaman dan
pertukaran sementara?
 Senarai dokumen yang berkaitan boleh dirujuk berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 12/2008.
 Bagi urusan pertukaran sementara ke agensi awam, sijil gaji akhir dan Buku Perkhidmatan Kerajaan
(BPK) pegawai di agensi pembekal hendaklah diserahkan kepada agensi peminjam.
 Bagi urusan peminjaman ke agensi swasta/badan berkanun, sijil gaji akhir dan Buku Perkhidmatan
Kerajaan (BPK) pegawai di agensi pembekal hendaklah dikemukakan kepada BPSM, KPM.
1. Bagaimanakah permohonan pelantikan sebagai Pegawai PerkhidmatanPendidikan
(PPP) Gred DG41?
 Sebarang permohonan hendaklah dibuat melalui portal JobsMalaysia. Walau bagaimanapun, KPM
hanya memperaku calon tajaan KPM mengikut kekosongan jawatan dan keperluan opsyen semasa.
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN (PDP)
1. Apakah syarat-syarat dan tatacara pengesahan dalam perkhidmatan?
 Pegawai yang telah memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan masing-
masing dalam tempoh percubaan boleh disahkan dalam perkhidmatan sekiranya memenuhi syarat-
syarat seperti berikut:
PPP
i. Berkhidmat dalam tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun;
ii. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi/ Program Tranformasi Minda; dan
iii. Diperaku oleh Ketua Jabatan.
AKP
i. Berkhidmat dalam tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun;
ii. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi/ Program Tranformasi Minda;
iii. Lulus Peperiksaan Perkhidmatan seperti yang disyaratkan oleh Skim Perkhidmatan; dan
iv. Diperaku oleh Ketua Jabatan.
Ketua Jabatan hendaklah memperaku PDP pegawai dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh
pegawai itu didapati layak bagi pengesahan dengan mengemukakan dokumen seperti berikut:
 Borang Permohonan PDP Pegawai (SPP/K/002)
(Lampiran I Pekeliling SPP Bil. 4 Tahun 2013)
 Borang Perakuan PDP
Jadual Ketiga (Lampiran II atau Lampiran III Pekeliling SPP Bil. 4 Tahun 2013)
 Borang Opsyen KWSP
Jadual Kelima (Lampiran IV atau Lampiran V Pekeliling SPP Bil. 4 Tahun 2013)
 Salinan Sijil Kursus Induksi / Program Tranformasi Minda (PTM) dan surat pengecualian Kursus
Induksi/ PTM (jika ada)
 Salinan Keputusan Peperiksaan Perkhidmatan (bagi AKP)
 Salinan Buku Rekod Perkhidmatan (Kenyataan Perkhidmatan, Kenyataan Cuti dan Lembaran
Kelakuan) yang kemas kini / teratur dan disahkan
2. Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya seseorang pegawai masih belum
disahkan dalam perkhidmatan setelah tamat tempoh percubaan?
 Ketua Jabatan bagi anggota yang tidak dapat disahkan dalam perkhidmatan dalam tempoh yang
ditetapkan hendaklah mengemukakan permohonan bagi Pelanjutan Tempoh Percubaan (PTP)
anggota kepada SPP dalam tempoh 7 hari sebaik sahaja tamat tempoh percubaan maksimum atau
genap 36 bulan perkhidmatan (Perenggan 9 Pekeliling SPP Bil. 3 Tahun 2013).
3. Sekiranya pegawai telah memenuhi syarat untuk disahkan Dalam perkhidmatan
tetapi tidak diperaku oleh Ketua Jabatan apakah yang perlu dilakukan?
 Jika seseorang pegawai tidak diperakukan untuk disahkan dalam perkhidmatan, Ketua Jabatan
hendaklah mengemukakan kepada Suruhanjaya perakuan untuk tidak mengesahkan pegawai itu
dalam perkhidmatan sebagaimana dalam Jadual Ketiga – Perakuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan.
Para 4, P.U(A) 1/2012.
Jika Ketua Jabatan gagal mengemukakan perakuan bagi pengesahan seseorang pegawai
mengikut subperaturan (3), pegawai itu boleh memohon kepada Suruhanjaya untuk disahkan
dan suatu salinan permohonan itu hendaklah dihantar ke Ketua Jabatan. Para 5, P.U.(A)
1/2012.
4. Bolehkah pegawai memohon untuk pengecualian Program Transformasi Minda
(PTM)?
 Boleh. Pegawai sedang berkhidmat yang kemudiannya dilantik ke skim perkhidmatan atau
perkhidmatan lain dikecualikan daripada menghadiri PTM selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 14 Tahun 2012 sekiranya telah memenuhi syarat berikut di skim perkhidmatan terdahulu:
i. hadir dengan jaya PTM; atau
ii. hadir dengan jaya Kursus Induksi - Modul Umum; atau
iii. lulus Peperiksaan Am Kerajaan
Dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
i. Surat iringan dari Jabatan/Sekolah (berserta justifikasi kelewatan sekiranya melebihi tempoh
percubaan tiga (3) tahun dari tarikh lantikan);
ii. Salinan bukti kehadiran Kursus Induksi (Modul Umum)/ PTM atau slip keputusan Peperiksaan Am
Kerajaan yang disahkan oleh Ketua Jabatan; dan
iii. Salinan surat lantikan ke jawatan terkini pemohon.
Pemohon boleh menyemak dan memuat turun surat kelulusan pengecualian melalui
capaian https://ptm.moe.gov.my/?doit=semakPengecualian .
PEMBERIAN TARAF BERPENCEN (PTB)
1. Apakah yang melayakkan seorang pegawai diberi taraf berpencen?
 Seseorang pegawai layak diberi taraf berpencen sekiranya tidak memilih skim KWSP, telah disahkan
dalam perkhidmatan dan genap tempoh 3 tahun perkhidmatan yang boleh diambilkira. Secara
umumnya, tarikh PTB ditetapkan pada satu hari bulan pada bulan berikutnya selepas SPP menerima
perakuan lengkap daripada Ketua Jabatan. Dokumen yang perlu dikemukakan bagi tujuan Pemberian
Taraf Berpencen adalah seperti berikut:
i. Borang Permohonan PTB Pegawai (SPP/K/003) - (Lampiran VI Pekeliling SPP Bil. 4 Tahun 2013);
ii. Borang Perakuan PTB - Jadual Keenam (Lampiran VII atau Lampiran VIII Pekeliling SPP Bil. 4 Tahun
2013); dan
iii. Salinan Buku Rekod Perkhidmatan (Kenyataan Perkhidmatan, Kenyataan Cuti dan Lembaran
Kelakuan) yang kemas kini/teratur dan disahkan.
PELANJUTAN TEMPOH PERCUBAAN (PTP)
1. Bilakah permohonan Pelanjutan Tempoh Percubaan boleh dikemukakan kepada
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)?
Perakuan permohonan Pelanjutan Tempoh Percubaan boleh dikemukakan kepada Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam apabila pegawai gagal untuk disahkan dalam perkhidmatan sebaik sahaja
tamat tempoh percubaan asalnya iaitu mengikut Peraturan 30(2), Peraturan-peraturan
Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A)
1/2012].
2. Apakah dokumen yang diperlukan untuk pelanjutan tempoh percubaan?
Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan kepada Suruhanjaya:
1. Perakuan daripada Ketua Jabatan melalui Jadual Ketiga – Borang Perakuan Pengesahan Dalam
Perkhidmatan dan Jadual Keempat - Borang Perakuan Pelanjutan Tempoh Percubaan, merujuk
kepada - Peraturan 29(2) & (4) dan 30(3), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan,
Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012] ;
2. Salinan BPK yang telah dikemaskini; dan
3. Surat alasan daripada pegawai tentang kelewatan memenuhi syarat perkhidmatan
3. Berapa tahunkah Pelanjutan Tempoh Percubaan boleh diluluskan?
Mengikut Peraturan 30(5), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat
Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012] tempoh percubaan seseorang pegawai
hanya boleh dilanjutkan tidak melebihi dua belas bulan, tetapi Suruhanjaya boleh dalam hal
keadaan khas melanjutkan tempoh percubaan melebihi dua belas bulan jika difikirkan patut.
Manakala pegawai yang gagal mendapat sokongan Ketua Jabatan, Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam hanya melanjutkan tempoh percubaan selama dua belas bulan sahaja dan diikuti dengan
penamatan, jika pegawai masih gagal untuk diberi Pengesahan Dalam Perkhidmatan.
CUTI REHAT (CRK)
1. Seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29 di lantik mulai 1 Julai
1996. Pegawai dinaikkan pangkat ke Gred DG32 pada 1 Oktober 2006. Pada 1 Januari
2007, pegawai dilantik sebagai Guru Besar. Pegawai telah memilih untuk kekal diberi
kemudahan Cuti Rehat tahunan menut PP 4/2002 atau PP 20/2008. Pada 1 Januari
2010, pegawai telah dilantik ke jawatan PPP Gred DG41 setelah menamatkan pengajian
peringkat Ijagikzah Sarjana Muda dan kekal sebagai Guru Besar di sekolah yang sama.
Berapakah kelayakan Cuti Rehat tahunan pegawai setelah dilantik ke jawatan Gred
DG41?
Kelayakan Cuti Rehat tahunan pegawai adalah sebanyak 25 hari setahun. Berdasarkan PP
14/2008, pegawai awam yang lantikan mulai 1 Januari 2009, kadar kelayakan Cuti Rehat
tahunan adalah sebagaimana yang ditetapkan dalam PP14/2008. Sehubungan itu, kadar Cuti
Rehat tahunan pegawai yang telah memilih opsyen untuk kekal diberi kemudahan Cuti Rehat
tahunan di bawah PP 4/2002 atau PP 20/2005 dan pegawai lantikan mulai 1 Januari 2009
adalah seperti berikut :
PPPLD yang dilantik sebagai PPPS:
Penetapan kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan di jawatan/ skim perkhidmatan yang baharu
(PPPS) adalah berdasarkan tarikh lantikan pegawai ke jawatan/ skim perkhidmatan yang
baharu (PPPS).
2. Adakah kelayakan Cuti Rehat Khas (CRK) sebanyak 7 hari boleh dihabiskan/
digunakan sekaligus pada awal tahun?
Berdasarkan peruntukan Perenggan 4(d)(i), PP 3/2005, kaedah pengambilan CRK adalah
berdasarkan kepada tempoh perkhidmatan yang melayakkan bagi satu tahun kalendar dan
secara pro-rata (proportionate).
Walau bagaimanapun, berdasarkan SPP KPM 1/2015- Pelaksanaan Pemberian Cuti Rehat Khas
Berdasarkan PP 3/2005 berkuatkuasa mulai 19 Mac 2015 menjelaskan berhubung
pelaksanaan terkini pemberian kelulusan CRK seperti berikut :
Ketua Jabatan dalam keadaan tertentu boleh memberi kelulusan CRK melebihi bilangan yang
dilayaki tanpa terikat dengan tempoh perkhidmatan yang melayakkan terhad untuk tujuan-
tujuan berikut:
 Menziarahi ‘ahli keluarga’ dan ‘ahli keluarga rapat’ yang sakit tenat atau meninggal dunia;
 Menziarahi upacara keagamaan yang dianuti oleh pegawai;
 Dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran, banjir dan
sebagainya;
 Majlis konvokesyen bagi pegawai atau ‘ahli keluarga’;
 Mendaftar anak ke sekolah atau institusi pengajian tinggi (di dalam atau di luar negara);
 Menunaikan fardhu haji sekiranya tempoh 40 hari tidak mencukupi;
 Menghadiri kursus suai kenal bagi kursus luar kampus; dan
 Perkahwinan pegawai atau anak pegawai.
Tempoh CRK yang telah diambil secara pendahuluan mengikut tujuan-tujuan di atas hendaklah
dipulangkan dalam bentuk pemotongan emolumen pegawai sekiranya berlaku keadaan di
mana pegawai tidak genap berkhidmat dalam satu tahun kelendar atas sebab cuti tanpa gaji,
cuti separuh gaji, cuti belajar, cuti haji, cuti sakit tibi, kusta dan barah, pegawai meninggal
dunia dalam perkhidmatan atau ditamatkan perkhidmatan.
3. Adakah CRK yang tidak dapat dihabiskan boleh di bawa ke tahun berikutnya?
Berdasarkan perenggan 2(b), PP 3/2005 menjelaskan bahawa CRK yang tidak dapat
dihabiskan tidak boleh di bawa ke tahun berikutnya, tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi
tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR).
CUTI BERSALIN
1. Pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin di antara
60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran. Adakah bermakna pegawai boleh
memohon Cuti Bersalin tidak kira sama ada 68 hari, 70 hari, 82 hari atau 85 hari?
Ya. Tempoh Cuti Bersalin yang dipohon adalah bergantung kepada pemilihan pegawai
tertakluk kepada had tempoh di antara 60 hari sehingga 90 hari.
2. Adakah Cuti Sakit boleh digunakan bagi tujuan menggantikan tempoh Cuti Bersalin
sekiranya pegawai telah menggunakan kelayakan maksimum Cuti Bersalin 300 hari?
Tidak. Cuti Sakit tidak boleh digunakan bagi maksud menggantikan tempoh Cuti Bersalin
kecuali Cuti Tibi, Kusta dan Barah atau tempoh pegawai dimasukkan ke wad hospital kerana
sakit bukan atas sebab bersalin sepertimana yang telah dinyatakan dalam perenggan 11, PP
14/2010.
3. Adakah pegawai boleh meminda tempoh Cuti Bersalin yang telah diluluskan oleh
Ketua Jabatan?
Tidak. Perenggan 15.2 PP 14/2010 telah menjelaskan bahawa pegawai tidak boleh
meminda tempoh Cuti Bersalin yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan.
4. Adakah kelayakan Cuti Bersalin pegawai yang telah menggunakan kemudahan Cuti
Bersalin semasa berkhidmat secara kontrak diambil kira setelah pegawai tersebut
dilantik ke jawatan tetap?
Ya. Kelayakan Cuti Bersalin pegawai diambil kira semasa pegawai berkhidmat secara kontrak
dan dianggap telah digunakan.
5. Adakah pegawai yang mengalami keguguran pada usia kandungan 24 minggu layak
untuk mengambil Cuti Bersalin?
Layak. Bagi pegawai yang telah melahirkan anak selepas 22 minggu mengandung, sama ada
bayi itu hidup atau pun meninggal dunia adalah layak untuk diberi Cuti Bersalin
memandangkan tubuh badan pegawai telah mengalami perubahan fizikal yang memerlukan
Cuti Bersalin bagi tujuan pemulihan.
6. Puan A telah melahirkan 3 orang anak sepanjang perkhidmatan. Beliau telah
mendapat cuti belajar tanpa gaji mulai tahun 2008 hingga 2011. 2 orang anak beliau
dilahirkan dalam tempoh pengajian. Adakah kedua-dua orang anak yang dilahirkan
dalam tempoh cuti belajar tanpa gaji itu diambil kira dalam kemudahan Cuti Bersalin?
Tidak. Sekiranya pegawai bersalin dan sedang menikmati kemudahan Cuti Belajar Separuh
Gaji/ Tanpa Gaji di mana tempoh kemudahan cuti tersebut telah meliputi tempoh Cuti Bersalin,
maka ianya tidak diambil kira dalam kemudahan Cuti Bersalin memandangkan tempoh Cuti
Bersalin itu telah diliputi oleh cuti belajar separuh gaji/ tanpa gaji tersebut.
7. Puan N, PPP Gred DG41 telah memohon untuk menggunakan 90 hari Cuti Bersalin
bagi anak ketiga namun tidak diluluskan oleh Ketua Jabatan. Ketua Jabatan hanya
meluluskan Cuti Bersalin selama 60 hari disebabkan oleh kekurangan tenaga kerja di
sekolah tersebut. Adakah Ketua Jabatan mempunyai hak untuk berbuat demikian?
Ya. Dari segi dasar pemberian kemudahan Cuti Bersalin, pegawai diberi fleksibiliti untuk
menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap
kelahiran. Walau bagaimanapun, tempoh Cuti Bersalin yang diberi adalah diputuskan dengan
rundingan di antara pegawai dengan Ketua Jabatan di mana keputusan yang ditetapkan adalah
berdasarkan kepada kelulusan Ketua Jabatan dan tertakluk kepada kepentingan
perkhidmatan.
8. Berapa kalikah guru layak mengambil Cuti Bersalin Separuh Gaji sehingga 14 hari,
setelah menghabiskan kemudahan Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 300 hari?
Tiada had. Kemudahan Cuti Bersalin Separuh Gaji adalah cuti bersalin yang dibayar separuh
emolumen dan hanya diperuntukkan kepada guru (yang mengajar) selama 14 hari dalam
penggal sekolah. Pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin di
antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran.
Berdasarkan perenggan 8.2 PP 14/2010, Guru (yang mengajar) yang telah menggunakan
kelayakan maksimum 300 hari kemudahan Cuti Bersalin, tempoh Cuti Bersalin adalah seperti
berikut:
1. Semasa penggal sekolah, guru (yang mengajar) boleh :
 mengambil Cuti Bersalin Separuh Gaji sehingga 14 hari; dan
 mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan Cuti Bersalin Separuh Gaji; atau
 menggunakan Cuti Menjaga Anak mulai dari tarikh bersalin sepertimana yang dijelaskan di dalam PP
5/2014 bagi memenuhi tempoh Cuti Bersalin.
2. Semasa cuti penggal sekolah, guru yang bersalin dianggap dalam Cuti Bergaji Penuh.
9. Puan K, Pembantu Pengurusan Murid telah mengambil Cuti Bersalin lebih awal dari
tarikh bersalin sehingga 14 hari (3/3/15 – 16/3/15) dari tarikh dijangka bersalin.
Namun demikian, beliau hanya bersalin pada 20/3/15. Adakah beliau boleh
memberikan sijil sakit kepada Ketua Jabatan bagi tempoh 3 hari (17/3/15 – 19/3/15)?
Tidak, sijil sakit tidak boleh diterima bagi tempoh 3 hari (17/3/15 – 19/3/15). Cuti Bersalin
pegawai hendaklah dikira mulai 3/3/15 – 1/5/15 selama 60 hari (jika pegawai mengambil Cuti
Bersalin 60 hari).
10. Puan B, Pembantu Tadbir telah menggunakan 300 hari kemudahan Cuti Bersalin (60
hari bagi setiap kelahiran). Beliau akan bersalin kali ke enam pada hari Kelepasan Am.
Bilakah tarikh bersalin pegawai bermula?
Cuti Bersalin bermula dari pegawai bersalin iaitu pada hari Kelepasan Am disambung dengan
cuti rehat yang berkelayakan dan seterusnya Cuti Bersalin Tanpa Gaji. Walau
bagaimanapun, pegawai dikehendaki memenuhi tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari
sehingga 90 hari.
11. Seorang PPP yang mempunyai baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 30 hari.
Beliau bersalin semasa cuti penggal sekolah. Adakah guru berkenaan boleh untuk tidak
menggunakan baki Cuti Bersalin?
Tidak boleh. Sebagaimana yang dijelaskan di perenggan 7.2 PP 14/2010, Guru berkenaan
dikehendaki untuk memenuhi tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90
hari seperti turutan berikut:
1. menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh yang dilayaki; dan
2. bagi tempoh yang selebihnya dianggap Cuti Bergaji Penuh.
CUTI MENJAGA ANAK
1. Puan A telah berkahwin dengan seorang bapa tunggal yang mempunyai seorang anak
perempuan berumur 4 tahun 7 bulan yang tinggal bersama dan ditanggung nafkahnya.
Anak tiri pegawai telah ditimpa kemalangan dan beliau bercadang menggunakan
kemudahan Cuti Menjaga Anak. Adakah pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti
Menjaga Anak untuk menjaga anak tiri?
Pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan tempoh
Cuti Bersalin terhad sehingga 5 bulan (152 hari) kerana anak tiri pegawai telah berusia 4 tahun
7 bulan ketika permohonan dikemukakan dan tertakluk kepada syarat satu (1) tahun
sepanjang tempoh perkhidmatan atau sehingga anak berumur lima (5) tahun, mana yang
terdahulu:
Perkiraan = 5 Bulan x 365 hari
_________________
12 Bulan
= 152 hari
2. Puan B telah diluluskan kemudahan Cuti Menjaga Anak bagi tujuan menjaga anak tiri
tanggungan. Dalam tempoh sedang bercuti menjaga anak, pegawai telah bercerai
dengan suami beliau. Bolehkah pegawai meneruskan Cuti Menjaga Anak yang telah
diluluskan?
Pegawai tidak layak untuk meneruskan baki Cuti Menjaga Anak kerana tidak lagi memenuhi
tafsiran anak tiri tanggungan yang tinggal bersama pegawai selepas perceraian tersebut.
3. Puan C telah mengambil Cuti Menjaga Anak selama 200 hari bagi tujuan menjaga anak
angkat yang sakit. Pada hari ke 150, anak angkat pegawai meninggal dunia. Adakah
pegawai masih boleh meneruskan Cuti Menjaga Anak sehingga 200 hari yang telah
diluluskan?
Tidak. Berdasarkan perenggan 11 (vi) PP 5/2014, pegawai dikehendaki melapor diri bertugas
sebaik sahaja tamat tempoh Cuti Menjaga Anak atau apabila hubungan antara pegawai dan
anak terputus atas sebab kematian anak atau lucut hak penjagaan.
4. Puan D telah menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak selepas melahirkan anak
selama 200 hari (2007), 450 hari (2010) dan 650 hari (2012). Pada tahun 2015, pegawai
akan melahirkan anak keempat dan bercadang menggunakan kemudahan Cuti Menjaga
Anak. Adakan pegawai layak?
Pegawai layak baki kemudahan Cuti Menjaga Anak 525 hari (untuk kemudahan Cuti Menjaga
Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin dan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat
dengan Cuti Bersalin). Pengiraan kelayakan Cuti Menjaga Anak adalah seperti yang berikut:
Jumlah Kelayakan Cuti: 1,825 hari Menjaga Anak
(tolak) Cuti Menjaga Anak 2007: 200 hari (anak pertama)
(tolak) Cuti Menjaga Anak 2010: 450 hari (anak kedua)
(tolak) Cuti Menjaga Anak 2012: 650 hari (anak ketiga)
Baki Cuti Menjaga Anak pada 2015 (anak keempat): * 525 hari
*Sekiranya pegawai menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak tidak terikat dengan
Cuti Bersalin kelayakan terhad sehingga 365 hari daripada jumlah kelayakan
keseluruhan 525 hari.
5. Puan N mempunyai baki Cuti Bersalin bergaji penuh sebanyak 60 hari dan tidak
pernah menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak sebelum ini. Adakah pegawai
layak menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti
Bersalin?
Pegawai layak kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin,
terhad sehingga 1,825 hari bermula pada tarikh selepas tamatnya tempoh 60 hari Cuti
Bersalin Bergaji Penuh.
6. Puan S, Pembantu Makmal hanya mempunyai baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh
sebanyak 30 hari dan baki Cuti Rehat sebanyak 20 hari. Disebabkan Cuti Menjaga Anak
merupakan Cuti Tanpa Gaji, pegawai bercadang untuk menghabiskan Cuti Bersalin
Bergaji Penuh dan diikuti dengan Cuti Rehat dan seterusnya Cuti Menjaga Anak. Adakah
pegawai layak untuk menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung
daripada Cuti Bersalin?
Pegawai tidak layak kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin
kerana telah menggunakan kemudahan Cuti Rehat terlebih dahulu selepas Cuti Bersalin Bergaji
Penuh. Namun, pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak
terikat dengan Cuti Bersalin, terhad sehingga 365 hari selepas menggunakan baki Cuti Rehat
sebanyak 20 hari.
7. Puan F, seorang guru akan melahirkan anaknya yang kelapan semasa penggal
sekolah. Pegawai tidak mempunyai baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh dan pernah
menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak sebanyak 900 hari pada tahun 2009.
Adakah pegawai boleh menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak secara sekaligus?
Pegawai layak kemudahan Cuti Menjaga Anak mulai dari tarikh bersalin, terhad kepada baki
sebanyak 925 hari dengan pengiraan seperti berikut:
Jumlah kelayakan Cuti Menjaga Anak yang = 1,825 hari
bersambung dengan Cuti Bersalin
(tolak) Tempoh Cuti Menjaga Anak 2009 = 900 hari
Baki Cuti Menjaga Anak yang bersambung = *925 hari
dengan Cuti Bersalin
* Pegawai boleh menggunakan baki 925 hari secara sekaligus atau sebahagian tertakluk
kepada keperluan.
8. Puan R telah menggunakan kelayakan Cuti Menjaga Anak yang bersambung dengan
Cuti Bersalin sebanyak 630 hari. Selepas kembali bertugas selama 1 tahun, pembantu
rumah beliau telah menghilangkan diri secara tiba-tiba. Beliau berhasrat untuk
menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin.
Pada ketika itu, anak beliau berumur 3 tahun. Adakah pegawai layak menggunakan
kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak berikat dengan tempoh Cuti Bersalin?
Pegawai layak kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin terhad
sehingga 365 hari (1 tahun) sepanjang tempoh perkhidmatan.
9. Puan F, PPP Gred DG48 berhasrat untuk menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak
yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin sebanyak 360 hari untuk menjaga anaknya yang
sakit. Namun demikian, memandangkan kemudahan Cuti Menjaga Anak ini merupakan
Cuti Tanpa Gaji, pegawai risau ia akan menjejaskan kelayakan kemudahan Cuti Tanpa
Gaji di bawah Perintah Am 14 Bab C Tahun 1974. Adakah pegawai masih layak untuk
menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Gaji di bawah Perintah Am 14 Bab C Tahun 1974
selepas menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak?
Pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Gaji di bawah peruntukan Perintah Am 52
Bab C Tahun 1974 memandangkan kemudahan Cuti Menjaga Anak di bawah PP 5/2014 tidak
menjejaskan kelayakan bagi kemudahan di bawah peruntukan Perintah Am 52 Bab C 1974.
Kedua-dua kemudahan Cuti Tanpa Gaji tersebut adalah merupakan dua kemudahan yang
berbeza.
10. Puan D telah menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat
dengan Cuti Bersalin sebanyak 150 hari bagi anaknya yang kedua. Selepas kembali
bertugas selama 6 bulan, anaknya dimasukkan ke hospital. Pegawai juga telah habis
menggunakan Cuti Separuh Gaji di bawah peruntukan Perintah Am Bab C 1974. Adakah
pegawai layak menggunakan baki Kemudahan Cuti Menjaga Anak?
Pegawai layak menggunakan baki kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan
Cuti Bersalin sebanyak 215 hari dengan pengiraan seperti berikut:
Jumlah kelayakan Cuti Menjaga Anak yang : 365 hari
tidak terikat dengan Cuti Bersalin
(tolak) Tempoh Cuti Menjaga Anak telah diambil : 150 hari
Baki Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan
Cuti Bersalin : 215 hari
11. Puan K telah diluluskan kemudahan Cuti Menjaga Anak sebanyak 130 hari meskipun
pegawai masih di dalam tempoh percubaan. Apakah status tempoh percubaan pegawai?
Tempoh percubaan pegawai dibekukan dan akan disambung semula mulai tarikh pegawai
melapor diri bertugas. Walau bagaimanapun, pegawai boleh dikehendaki mengikuti kursus
atau peperiksaan perkhidmatan yang disyaratkan bagi tujuan pengesahan dalam
perkhidmatan.
CUTI BARAH
1. Adakah seorang pegawai boleh dipertimbangkan kemudahan Cuti Barah Bergaji
Penuh selama 720 hari sekaligus oleh Ketua Jabatan?
Tidak. Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan kelulusan Cuti Barah Bergaji Penuh kepada
pegawai yang telah didiagnos mengidap kanser oleh pakar kanser. Pegawai diberi sijil sakit
barah bermula dari tarikh pengesahan diagnos kanser tersebut.
Tempoh kelulusan Cuti Barah Bergaji Penuh adalah berdasarkan tempoh cuti barah yang
dinyatakan dalam sijil sakit barah yang dikeluarkan oleh pakar barah kepada pegawai.
2. Adakah seorang pegawai awam boleh mendapatkan rawatan sakit barah di hospital/
klinik swasta?
Pegawai boleh mendapatkan rawatan barahnya di hospital/ klinik swasta sepenuhnya tetapi
hendaklah mendapatkan kebenaran berubat di yayasan bukan kerajaan daripada Kuasa
Tertentu (BPSM, KPM) terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, apabila pegawai mendapat
kelulusan berubat di yayasan bukan kerajaan, pegawai layak dipertimbangkan kemudahan Cuti
Barah Bergaji Penuh selama 720 hari tetapi dengan syarat segala perbelanjaan rawatan
perubatan barah tidak ditanggung oleh kerajaan.
3. Sekiranya seorang pegawai didiagnos dan disahkan menghidap kanser payu dara
mulai Disember 2012 dan diluluskan Cuti Barah Bergaji Penuh selama 520 hari oleh
Ketua Jabatan. Walau bagaimanapun pada Jun 2014, pegawai tersebut didiagnos dan
disahkan menghidap kanser rahim tahap 2. Dalam kes ini, adakah pegawai layak
mendapat kemudahan Cuti Barah Bergaji Penuh tambahan sebanyak 720 hari bagi
penyakit kanser rahim?
Berdasarkan peruntukan Perintah Am Bab C 31 menjelaskan bahawa kemudahan Cuti Barah
Bergaji Penuh selama 720 hari bagi penyakit barah dan kusta atau yang setaraf dengannya. Ini
bermakna kelayakan Cuti Barah Bergaji Penuh selama 720 hari meliputi kedua-dua jenis barah
yang dihidapi pegawai.
CUTI GANTIAN
1. Seorang pegawai tidak hadir bertugas pada 14 Oktober 2013 dan kelayakan Cuti
Rehat pada tahun berkenaan telah habis digunakan. Ketua Jabatan mengarahkan
pegawai untuk menjalankan tugas lebih masa mulai 17 hingga 20 Oktober 2013.
Berdasarkan pengesahan penyelia, jumlah masa terkumpul bertugas lebih masa adalah
melebihi 9 jam yang melayakkan pegawai dipertimbangkan 1 hari Cuti Gantian. Dalam
kes ini, adakah Cuti Gantian selama 1 hari boleh diambil bagi menggantikan tempoh
ketidakhadiran pegawai pada 14 Oktober 2013 walaupun jumlah masa terkumpul
adalah bermula pada 17 Oktober 2013?
Berdasarkan Perintah Am 40 Bab C 1974 menjelaskan bahawa Cuti Gantian layak
dipertimbangkan kepada adalah pegawai yang diarahkan menjalankan tugas lebih masa pada
hari bekerja biasa, hari cuti am atau hari kelepasan mingguan tetapi tidak berkelayakan
mendapatkan bayaran lebih masa atau sebarang bayaran khas, layak diberi Cuti Gantian
mengikut syarat yang ditetapkan dan diluluskan oleh Ketua Jabatan.
Cuti Gantian boleh diluluskan sama banyak dengan masa yang dipanggil bertugas lebih masa
tersebut. Satu hari Cuti Gantian bersamaan 9 jam kerja-kerja lebih masa dan jumlah jam kerja
lebih masa yang boleh dikumpulkan bagi tujuan Cuti Gantian adalah dalam tempoh 2 bulan
sahaja dan boleh digunakan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kelulusan kerja lebih masa yang
diberikan oleh Ketua Jabatan sebagaimana yang dijelaskan dalam perenggan 5.2, SPP 1/1980,
PP 9/1991 dan PP 4/2002.
Oleh yang demikian, Cuti Gantian kepada pegawai tidak boleh dikebelakangkan tarikhnya
sebagaimana dijelaskan di perenggan 2 di atas.
CUTI SAKIT
1. Seorang pegawai telah jatuh sakit semasa bercuti rehat di Singapura. Beliau telah
menerima rawatan di klinik swasta dan diberikan cuti sakit selama 2 hari. Bolehkan sijil
sakit tersebut diterima?
Berdasarkan surat edaran JPA rujukan JPA(S)223/8/3 Klt.15 (9) bertarikh 21 Oktober 2010 -
Penambahbaikan Dasar Mengenai Penerimaan Sijil Sakit Yang Dikeluarkan Oleh Hospital/
Klinik Di Singapura menjelaskan bahawa:
Ketua Jabatan boleh menerima sijil sakit yang dikeluarkan oleh klinik/ hospital di Singapura
bagi tujuan meluluskan kemudahan Cuti Sakit kepada pegawai tertakluk kepada syarat-syarat
berikut:
1. pegawai telah mendapatkan kelulusan ke luar negara dari Ketua Jabatan bagi apa-apa tujuan
sekalipun;
2. bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit luar di klinik/ hospital di Singapura, sijil sakit
yang dikeluarkan oleh doktor tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima
terhad bagi tempoh jumlah tidak melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun kalendar. Jumlah 15 hari ini
adalah termasuk jumlah penerimaan sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta di dalam negara
tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan sepertimana yang dijelaskan dalam PP 2/2006.
3. bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit dalam di klinik/ hospital di Singapura, sijil
sakit yang dikeluarkan oleh doktor tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima
terhad bagi tempoh tidak melebihi 90 hari dalam sesuatu tahun kalendar; dan
4. bagi pegawai yang berkhidmat di sempadan Malaysia-Singapura yang mendapatkan rawatan sebagai
pesakit luar di klinik/ hospital di negara berkenaan, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor tanpa
sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima tertakluk kepada peraturan di perenggan
(b) di atas.
CUTI KURSUS SAMBILAN (CKS) BAGI MENGIKUTI
PENGAJIAN SECARA JARAK JAUH (PJJ)
1. Apakah Syarat Untuk Mendapatkan Kemudahan Cuti Kursus Sambilan (CKS)?
Berdasarkan perenggan 7, SPP Bil. 7 Tahun 2009, Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan
pemberian CKS tertakluk kepada syarat berikut:
1. Pegawai telah disahkan dalam perkhidmatan;
2. Pegawai telah terlebih dahulu mendapat kebenaran secara bertulis daripada Ketua Jabatan untuk
mengikuit pengajian secara jarak jauh;
3. Kursus yang diikuti adalah kursus yang telah mendapat pengiktirafan Unit Pengiktirafan
Kelayakan Perkhidmatan Awam, Sektor Pengajian Tinggi bagi maksud lantikan ke dalam
perkhidmatan awam yang boleh disemak melalui laman web JPA : eSISRAF;
4. Kemudahan CKS hanya layak untuk dua (2) kali sepanjang tempoh perkhidmatan;
5. Bilangan CKS yang diambil perlu direkod di ruang Maklumat Perkhidmatan dan Maklumat Cuti Buku
Perkhidmatan Kerajaan pegawai;
6. Kemudahan yang diberikan bukan satu hak mutlak pegawai dan ianya tertakluk kepada kelulusan
Ketua Jabatan; dan
7. Kemudahan CKS (iaitu Cuti Tanpa Rekod bagi mengikuti kursus intensif sebanyak 30 hari bagi satu
tahun pengajian) tidak boleh dibawa ke tahun hadapan, sekiranya pegawai tidak menggunakan
kemudahan ini pada tahun semasa.
Kursus intensif meliputi modul-modul yang mewajibkan pegawai mengikutinya secara
sepenuh masa seperti berikut:
1. kuliah;
2. tutorial;
3. seminar/ bengkel/ kolokium; dan
4. latihan amali/ latihan industri yang kurang daripada 30 hari.
2. Sekiranya Seorang Pegawai Telah Memulakan Pengajian Secara Jarak Jauh Sebelum
Berkhidmat Dengan Kerajaan Dan Meneruskan Pengajian Setelah Dilantik Ke
Perkhidmatan Awam, Adakah Pegawai Tersebut Layak Untuk Menikmati Kemudahan
CKS?
Pegawai belum layak dipertimbangkan kemudahan CKS selaras dengan peruntukan SPP Bil.
7/2009 kerana belum disahkan dalam perkhidmatan.
Walau bagaimanapun, bagi maksud menduduki peperiksaan, pegawai layak dipertimbangkan
kemudahan Cuti Tanpa Rekod (CTR) di bawah peruntukan Perintah Am Bab C 44.
PERATURAN MEMBERIKAN KEBENARAN TIDAK
HADIR KERJA ATAS SEBAB-MUSABAB KECEMASAN AM
1. Seorang pegawai diarahkan berpindah ke pusat pemindahan banjir kerana rumah/tempat
kediaman dinaiki air. Pegawai berada selama seminggu di pusat pemindahan banjir sementara
menunggu banjir surut untuk kembali ke rumah. Dalam tempoh berada di pusat pemindahan
banjir, pegawai boleh hadir ke pejabat kerana tidak terhalang perjalanan daripada pusat
pemindahan banjir ke pejabat. Dalam kes ini, adakah peruntukan Pekeliling Perkhidmatan Bil.
1/1986 juga terpakai kepada pegawai bagi tempoh selama mana pegawai berada di pusat
pemindahan banjir tersebut?
Berdasarkan PP 1/1986, Ketua-ketua Jabatan diberi kuasa untuk membenarkan pegawai di
bawah kawalan masing-masing tidak hadir ke pejabat menjalankan tugas akibat sesuatu
kejadian kecemasan yang menyebabkan keadaan memaksa pegawai itu tidak dapat hadir
bekerja. Pertimbangan oleh Ketua Jabatan dalam melaksanakan pekeliling ini adalah seperti
berikut:
1. Pegawai tidak hadir bekerja atas sebab-sebab kecemasan seperti banjir, tanah runtuh, gempa
bumi, jambatan runtuh atau lain-lain malapetaka dan bencana alam, perintah berkurung dan
perintah sekatan am oleh pihak berkuasa yang menyebabkan terhalangnya perjalanan ke
pejabat atau ke tempat bekerja biasa;
2. Kes-kes bencana dan kemalangan yang berlaku atas peribadi atau atas harta benda seseorang
pegawai tidak dianggap kecemasan am dan hendaklah mengambil cuti lain yang layak;
3. Pegawai perlu memaklumkan perkara ini kepada Ketua Jabatan dengan menggunakan borang
permohonan seperti di lampiran kepada PP 1/1986 cuti bagi tempoh tidak hadir itu;
4. Mendapatkan pengesahan tentang bencana alam tersebut dari Pegawai Daerah, Penghulu,
Pejabat Polis, Jabatan Penerangan, Jabatan Kebajikan dan Siaran Media Massa;
5. Tempoh kebenaran tidak hadir kerja yang boleh diberikan adalah sepanjang tempoh berlaku
kecemasan am atau bencana alam;
6. Sekiranya Ketua Jabatan tidak berpuas hati dengan perakuan yang dikemukakan, maka Ketua Jabatan
boleh memotong cuti rehat tahunan pegawai ataupun menganggap tempoh itu sebagai cuti tanpa gaji
sekiranya cuti rehat tahunan pegawai sudah habis digunakan.
Dalam kes ini, pegawai telah diarahkan berpindah ke Pusat Pemindahan Banjir kerana
rumah/tempat kediaman telah dinaiki air. Walaupun perjalanan pegawai dari Pusat
Pemindahan ke tempat bekerja tidak terhalang, tetapi situasi dan keadaan memaksa pegawai
tidak dapat hadir bekerja boleh dipertimbangkan untuk diberikan kebenaran tidak hadir
kerja di bawah PP Bil. 1/1986 oleh Ketua Jabatan sepertimana yang dijelaskan di Perenggan
3.1 pekeliling tersebut. Pada masa yang sama, semua peraturan sebagaimana yang telah
ditetapkan di dalam PP Bil. 1/1986 hendaklah dipatuhi.
2. Seorang pegawai pulang ke kampung di Kelantan tetapi tidak dapat kembali ke Kuala
Lumpur kerana jalan ditutup akibat banjir. Adakah pegawai layak dipertimbangkan
tidak hadir bekerja di bawah PP Bil 1/1986?
Berdasarkan perenggan 1.1, PP Bil. 1/1986, pegawai-pegawai tidak hadir bekerja atas sebab-
sebab kecemasan seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi, jambatan runtuh atau lain-lain
malapetaka dan bencana alam, perintah berkurung dan perintah sekatan am oleh pihak
berkuasa yang menyebabkan terhalangnya perjalanan ke pejabat atau ke tempat bekerja
biasa boleh dipertimbangkan kemudahan tersebut. Ketua Jabatan boleh mendapatkan
pengesahan tentang bencana alam tersebut dari Pegawai Daerah, Penghulu, Pejabat Polis,
Jabatan Penerangan, Jabatan Kebajikan dan Siaran Media Massa. Walau bagaimanapun, Ketua
Jabatan hendaklah memastikan semua peraturan sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam
PP Bil. 1/1986 hendaklah dipatuhi.
3. Status warga KPM yang dilantik sebagai sukarelawan bagi membantu mangsa banjir,
adakah pegawai layak diberi kemudahan Cuti Tanpa Rekod atau pelepasan dan
dianggap bertugas rasmi?
Berdasarkan maklum balas surat JPA rujukan JPA(SARAAN)262/6/3-11 Klt.8 (57) bertarikh 26
Februari 2015 menjelaskan bahawa :
1. Sekiranya program sukarelawan tersebut merupakan anjuran Kementerian/ Jabatan, Ketua Jabatan
dengan menggunakan budi bicaranya dan atas kepentingan perkhidmatan, boleh mengarahkan
pegawai untuk membantu mangsa banjir/ memulihkan keadaan serta fasiliti-fasiliti yang berkenaan
seolah-oleh pegawai menjalankan tugas rasminya.
2. Bagi program anjuran NGO dan atas kerelaan pegawai untuk membantu, tiada peruntukan
kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi tujuan tersebut. Walau bagaimanapun, pegawai boleh
menggunakan kemudahan Cuti Rehat yang ia berkelayakan bagi tujuan tersebut.
CUTI KUARANTIN - PP/ BIL 11/ TAHUN 2016/
BERKUAT KUASA 1 JANUARI 2017
1. Apakah yang dimaksudkan dengan perakuan kuarantin?
Berdasarkan PP Bil. 11/2016, perakuan secara bertulis atau melalui sijil sakit oleh pegawai
perubatan Kerajaan atau swasta.
Perakuan atau sijil sakit tersebut hendaklah di atas nama anak yang dijangkiti penyakit
berjangkit yang disenaraikan di Lampiran A PP Bil. 11/2016 sahaja atau pindaannya dari
semasa ke semasa, bukannya atas nama pegawai.
Kemudahan Cuti Kuarantin ini hanya diperuntukkan untuk menjaga anak yang disahkan
dijangkiti penyakit yang tersenarai di Lampiran A PP Bil. 11/2016.
2. Bagaimana pula jika pegawai yang diberi perintah kuarantin?
Pegawai yang diberi perintah kuarantin adalah layak mendapat Cuti Kuarantin bergaji
penuh sepanjang tempoh kuarantin selaras dengan peraturan dan ketetapan di bawah
Perintan Am 24 Bab C (Cuti).
3. Berapakah tempoh kelayakan Kemudahan Cuti Kuarantin?
1. Tempoh yang diluluskan adalah terhad kepada maksimum lima (5) hari bagi setiap kes
walaupun tempoh perakuan untuk sesuatu kes tersebut adalah melebih lima (5) hari, tidak
termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasaan am.
Contoh 1: Tempoh perakuan bermula 9 Januari 2017 hingga 20 Januari 2017 (12 hari,
termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am).
Pegawai boleh menggunakan Kemudahan Cuti Kuarantin terhad kepada maksimum lima (5)
hari sahaja sepanjang tempoh perakuan bagi satu kes kuarantin, tidak temasuk hari rehat
mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. Dalam kes ini, pegawai boleh
memohon Cuti Kuarantin mulai 9 Januari 2017 atau pada bila-bila masa dalam tempoh 9
Januari 2017 hingga 2017, dan tidak semestinya digunakan lima (5) hari secara berturut-turut.
Contoh 2: Tempoh perakuan bermula 9 Januari 2017 hingga 12 Januari 2017 (4 hari). Pegawai
boleh menggunakan Kemudahan Cuti Kuarantin terhad kepada empat (4) hari sahaja
sepanjang tempoh perakuan tersebut, walaupun kelayakan lima (5) hari.
Contoh 3: Tempoh perakuan bermula 9 Januari 2017 hingga 13 Januari 2017 (5 hari). Pegawai
hanya bercadang menggunakan kemudahan Cuti Kuarantin selama empat (4) hari sahaja demi
kepentingan perkhidmatan walaupun kelayakan lima (5) hari. Oleh yang demikian, baki satu
(1) hari tersebut tidak boleh di bawa ke hadapan bagi kes kuarantin yang lain.
1. Sekiranya anak yang sama/ lain dijangkiti penyakit berulang atau penyakit lain yang
tersenarai di Lampiran A PP Bil. 11/2016, pegawai berkelayakan mendapat Kemudahan Cuti
Kuarantin berdasarkan tempoh perakuan yang dinyatakan.
Contoh 1: Pegawai A telah menggunakan Kemudahan Cuti Kuarantin kerana anak sulungnya
yang sakit pada 9 Januari 2017 sehingga 13 Januari 2017 (5 hari). Namun begitu, anak beliau
sekali lagi telah dijangkiti penyakit yang sama dan diberi tempoh perakuan bermula 2 Februari
2017 sehingga 10 Februari 2017.
Pegawai A layak mendapat Cuti Kuarantin terhad kepada maksimum lima (5) hari sahaja
sepanjang tempoh perakuan bagi kes 2 Februari 2017 sehingga 10 Februari 2017 tersebut,
tidak termasuk hari rehat, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.
Contoh 2: Pegawai B telah menggunakan kemudahan Cuti Kuarantin kerana anak sulungnya
yang sakit pada 9 Januari 2017 sehingga 13 Januari 2017 (5 hari). Selepas itu, anak keduanya
pula dijangkiti penyakit yang sama dan diberi tempoh perakuan bermula 13 Januari 2017
sehingga 20 Januari 2017 (8 hari).
Pegawai B layak mendapat Cuti Kuarantin untuk anak keduanya selepas tamat tempoh Cuti
Kuarantin anak sulungnya pada 13 Januari 2017. Jika pegawai ingin menggunakan Cuti
Kuarantin untuk anak kedua bermula 13 Januari 2017, maka Cuti Kuarantin anak sulungnya
perlu dipendekkan kepada 12 Januari 2017.
1. Sekiranya suami/ isteri merupakan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan, kedua-dua
pegawai suami/ isteri layak mendapat kemudahan Cuti Kuarantin maksimum lima (5) hari
dan boleh digunakan secara serentak atau secara berasingan terhad selama tempoh perakuan
yang dikeluarkan mengikut mana yang lebih rendah.
Contoh: Pegawai C dan pegawai D kedua-duanya merupakan pegawai Perkhidmatan Awam
Persekutuan. Mereka adalah suami dan isteri. Anak sulung mereka telah dijangkiti penyakit
yang tersenarai di Lampiran A PP Bil. 11/2016 dan diberi tempoh perakuan kuarantin bermula
9 Januari 2017 sehingga 20 Januari 2017 (12 hari, termasuk hari rehat mingguan, hari
kelepasan mingguan dan hari kelepasan am). Sehubungan dengan itu, pegawai C dan pegawai
D boleh menggunakan kemudahan Cuti Kuarantin maksimum lima (5) hari secara serentak
atau secara berasingan.
4. Apakah yang dimaksudkan dengan penggunaan Cuti Kuarantin pada bila-bila masa?
Pegawai boleh menggunakan kemudahan Cuti Kuarantin pada bila-bila masa dalam
tempoh perakuan yang diberikan oleh pegawai perubatan Kerajaan atau swasta.
Contoh 1: Tempoh perakuan bermula 2 Februari 2017 sehingga 10 Februari 2017 (9 hari,
temasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am). Pegawai
hanya bercadang menggunakan kemudahan Cuti Kuarantin bermula 6 Februari 2017 sehingga
10 Februari 2017 (4 hari) sahaja kerana 9 Februari 2017 merupakan hari kelepasan am (Hari
Thaipusam). Sehubungan dengan itu, kemudahan Cuti Kuarantin pegawai hanya diluluskan
sebanyak empat (4) hari sahaja dan baki satu (1) hari tidak boleh di bawa ke hadapan bagi kes
kuarantin yang lain.
Contoh 2: Tempoh perakuan bermula 2 Februari 2017 sehingga 13 Februari 2017 (12 hari,
temasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am). Pegawai
hanya bercadang menggunakan kemudahan Cuti Kuarantin bermula 6 Februari 2017 sehingga
13 Februari 2017 (5 hari) sahaja kerana 9 Februari 2017 merupakan hari kelepasan am (Hari
Thaipusam), 11 Februari 2017 dan 12 Februari 2017 merupakan hari rehat mingguan dan hari
kelepasan mingguan. Sehubungan dengan itu, kemudahan Cuti Kuarantin pegawai hanya
diluluskan sebanyak lima (5) hari sahaja.
5. Bagaimana sekiranya anak tersebut mengalami hilang upaya kekal selepas berusia 21
tahun?
1. Syarat anak yang dikuarantin adalah berumur di bawah 18 tahun atau jika masih belajar di bawah 21
tahun; dan
2. Dengan tidak mengira usia anak tersebut, sekiranya cacat otak dari segi jasmani dan secara kekal
serta tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, dengan syarat kesemua perkara tersebut berlaku
ketika usia anak itu di bawah 21 tahun.
Contoh: Pegawai E mempunyai seorang anak yang berusia 23 tahun yang mengalami hilang
upaya kekal kerana mengalami kemalangan jalan raya pada usia anak tersebut 22 tahun.
Sehubungan dengan itu, sekiranya anak tersebut menghidap penyakit berjangkit seperti
senarai penyakit di Lampiran A PP Bil. 11/2016, pegawai E tidak layak mendapat kemudahan
Cuti Kuarantin kerana anaknya mengalami hilang upaya kekal selepas berusia 21 tahun.
6. Apakah yang dimaksudkan penjagaan sementara?
1. Bagi pegawai yang diberi hak penjagaan sementara oleh ibu bapa asal anak selain daripada yang
dinyatakan di perenggan 8(a) – (e) PP Bil. 11/2016, untuk apa-apa jua sebab bagi suatu tempoh yang
berterusan sekurang-kurangnya satu (1) bulan, pegawai tersebut layak mendapat kemudahan Cuti
Kuarantin.
Dalam hal ini, anak pegawai lain bermaksud, anak kepada sesiapa sahaja (penjawat awam atau
swasta) asalkan penjaga tersebut merupakan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang
diberikan hak penjagaan semasa ketiadaan ibu dan bapa atas apa-apa jua sebab.
1. Apakah dokumen pengesahan penjagaan sementera yang diperlukan?
Perakuan bertulis bagi hak penjagaan bagi suatu tempoh yang berterusan sekurang-kurangnya
satu (1) bulan hendaklah diberikan oleh ibu atau bapa kepada penjaga sementara yang
merupakan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.
Contoh 1: Pegawai F telah diberi hak penjagaan sementara oleh jirannya (pekerja swasta),
untuk menjaga anak mereka yang berusia 7 tahun selama dua (2) bulan kerana bertugas di luar
negara. Sekiranya anak jagaan tersebut didapati menghidap penyakit berjangkit seperti senarai
penyakit di Lampiran A PP Bil. 11/2016, pegawai F layak mendapat kemudahan Cuti Kuarantin.
Contoh 2: Pegawai G telah diberi hak penjagaan sementara oleh adiknya yang bertugas di
Majlis Daerah Bentong untuk menjaga anaknya yang berusia tujuh (7) tahun selama 45 hari
untuk menunaikan fadhu haji. Selepas dua (2) minggu, anak jagaan sementara tersebut
disahkan menghidap chickenpox dan diberi perakuan kuarantin selama enam (6) hari.
Pegawai G layak mendapat Cuti Kuarantin selama lima (5) hari, tidak termasuk hari mingguan,
hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am memandangkan perakuan bertulis ibu atau
bapa anak tersebut diberi melebihi satu (1) bulan.
7. Nyatakan keadaan yang tidak melayakkan pegawai mendapat kemudahan Cuti Kuarantin.
Kemudahan Cuti Kuarantin tidak layak diberikan bagi keadaan yang berikut:
1. ibu dan bapa yang anaknya tidak mendapat penyakit berjangkit tetapi dibimbangi boleh
menjadi pembawa penyakit berjangkit kerana terdapat anak-anak di taska/ sekolah yang
disahkan mendapat penyakit berjangkit; dan
2. ibu bapa yang anaknya disahkan sihat tetapi taska/ sekolah telah diisytihar sebagai kawasan
yang dikuarantin untuk mencegah daripada merebaknya penyakit berjangkit.
BAYARAN INSENTIF TUGAS KEWANGAN DAN
BAYARAN INSENTIF TUGAS PENGURUSAN STOR
1. Seorang Pembantu Tadbir (P/O) telah diarahkan oleh Ketua Jabatan untuk menjalankan
tugas kewangan dan tugas pengurusan stor secara sepenuh masa kerana kekurangan
kakitangan. Adakah pegawai layak dibayar Bayaran Insentif Tugas Kewangan dan Bayaran
Insentif Tugas Pengurusan Stor?
Tidak Layak. Pegawai tidak menepati syarat kelayakan mengikut PP 3/1999 dan PP 5/2001
iaitu menjalankan tugas kewangan sepenuh masa atau menjalankan tugas pengurusan stor
sepenuh masa.
2. Seorang Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19 yang diarah menanggung kerja dan
menjalankan tugas pengurusan stor kerana penyandang sedia ada bercuti sakit selama
3 bulan. Bolehkah pegawai ini dibayar BITPS?
Tidak Layak. Mengikut peruntukan di perkara 3, PP 8/1999, Bayaran Insentif Tugas
Pengurusan Stor (BITPS) layak dibayar kepada PT(P/O) yang menjalankan tugas pengurusan
stor sepenuh masa. Oleh kerana pegawai berkenaan diarahkan menanggung tugas jawatan
pengurusan stor, bermakna pegawai perlu menjalankan tugas sendiri disamping tugas jawatan
yang ditanggung kerja. Dalam hal ini, pegawai tidak layak dibayar BITPS kerana tugas yang
dijalankan tidak boleh ditakrifkan sebagai menjalankan tugas pengurusan stor sepenuh masa
dan pegawai berkenaan tidak layak dibayar BITPS.
PEGAWAI BERTUKAR WILAYAH
1. Apakah elaun dan kemudahan yang layak dinikmati oleh ‘pegawai yang bertukar wilayah’?
Pegawai yang bertukar wilayah layak diberi elaun dan kemudahan seperti berikut:
1. Bayaran Insentif Wilayah;
2. Elaun Perumahan Wilayah;
3. Elaun Gangguan;
4. Tambang Mengunjungi Wilayah Asal; dan
5. Tambang Ehsan.
IMBUHAN TETAP PERUMAHAN (ITP)
1. Adakah seseorang yang menduduki Rumah Kerajaan layak menerima Imbuhan Tetap
Perumahan?
Berdasarkan PP 8/2015, Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan termasuk perkhidmatan
Bomba dan perkhidmatan Penjara yang menduduki Rumah Biasa Kerajaan (kuarters) layak
menerima Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) pada kadar 25% daripada kadar ITP pegawai.
Pegawai yang diperuntukkan Rumah Biasa Kerajaan di Labuan layak menerima 50% daripada
kadar ITP pegawai.
PENANGGUNGAN KERJA
1. Bolehkah kekosongan jawatan Pembantu Tadbir Rendah yang diduduki oleh penyandang
(P/O) N17(KUP) ditanggung kerja
Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir Rendah (PTR) telah dimansuhkan melalui PP 6/2009.
Sehubungan dengan itu, jawatan PTR (jumud) yang kosong tidak boleh dilaksanakan secara
penanggungan kerja selepas tarikh berkuat kuasanya pekeliling tersebut iaitu 2 Julai 2009.
2. Bolehkah pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan diarah menanggung kerja.
Bolehkah diberi pengecualian jika tidak ada pegawai lain yang layak?
Tidak Boleh. Dibawah Perenggan 6.2 PP 17/2007, pegawai yang belum disahkan dalam
perkhidmatan boleh diperakukan penanggungan kerja dengan syarat pegawai telah
berkhidmat sekurang-kurangnya satu tahun. Pengecualian tidak boleh diberi walaupun tiada
pegawai lain yang layak. Perakuan boleh dibuat kepada pegawai yang berada dalam organisasi
di lokasi berlainan tetapi dalam lingkungan 25km dengan mengambil kira keperluan dan
keberkesanan tugas secara tanggung kerja.
3. Siapakah yang meluluskan Penanggungan Kerja jawatan berlainan skim perkhidmatan ?
Semua permohonan pengganungan kerja jawatan berlainan skim perkhidmatan perlu diangkat
kepada Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KPM.
4. Apakah jawatan yang tidak sesuai diisi dengan kaedah penanggungan kerja ?
Jawatan SIPartners+, SISC+, FasiLINUS, Guru Kanan Matapelajaran, dan Pembantu Pengurusan
Murid. Bagi Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam hanya boleh ditanggung kerja oleh guru
yang mengajar matapelajaran yang sama, manakala Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
hanya boleh ditanggung kerja oleh guru yang mengajar Pendidikan Khas.
BAYARAN INSENTIF KANAK-KANAK CACAT
1. Siapakah yang layak menerima Bayaran Insentif Kanak-Kanak Cacat dengan kadar RM250?
Selaras dengan SPP 1/2001 dan SPP 1/2008, pegawai yang layak menerima bayaran insentif
adalah:
1. Pengetua/Guru Besar di Sekolah Pendidikan Khas;
2. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mengajar di Sekolah Pendidikan Khas;
3. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mengajar di kelas percantuman di sekolah biasa; dan
4. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mengajar murid-murid berkeperluan khas di SMT/SMV &
Politeknik.
ELAUN WARDEN
1. Apakah kelayakan elaun sekiranya seorang Ketua Warden/ Warden tidak menduduki
Rumah Khas Jabatan yang telah disediakan?
Di bawah peruntukan SPK 6/1995 dan SPP 3/1997, seorang Ketua Warden/Warden yang
menerima elaun warden hendaklah tinggal Rumah Khas Jabatan yang telah disediakan.
Sekiranya Rumah Khas Jabatan disediakan tetapi tidak diduduki maka Ketua Warden/Warden
tidak layak menerima Imbuhan Tetap Perumahan/Elaun Perumahan Wilayah dan Bayaran
Perumahan Khas. Ketua Warden/Warden hanya layak menerima Elaun Warden dan Bayaran
Sara Hidup sahaja.
2. Berapakah kadar bayaran elaun Ketua Warden dan Warden?
Elaun Ketua Warden - (RM280 sebulan)
Elaun Warden - (RM240 sebulan)
ELAUN TANGGUNGJAWAB
1. Siapakah yang layak menerima Elaun Tanggungjawab dan berapakah kadar bayarannya?
Selaras dengan SPP KPM 3/1990, SPP KPM 3/1993 dan SPP KPM 3/2002, Elaun
Tanggungjawab layak dibayar kepada PPP yang telah dilantik mengikut kategori berikut:
Jawatan/ Sekolah Kadar
Sekolah Menengah Gred A
 GPK Pentadbiran
 GPK HEM
 GPK Kokurikulum
 Penyelia Petang
 GKMP (Bahasa, Kemanusiaan, Sains dan Matematik, Teknik dan Vokasional)
RM120 Sebulan
Sekolah Menengah Gred B
 GPK Pentadbiran
 GPK HEM
 GPK Kokurikulum
 Penyelia Petang
RM120 Sebulan
Sekolah Rendah Gred A dan Gred B
 GPK Pentadbiran
 GPK HEM
 GPK Kokurikulum
 Penyelia Petang
RM60 Sebulan
ELAUN PENGETUA/GURU BESAR
1. Berapakah kadar bayaran elaun bagi Pengetua/Guru Besar?
Elaun Pengetua adalah sebanyak RM 300 sebulan dan Elaun Guru Besar adalah sebanyak RM
200 sebulan.
ELAUN KHAS MENGIKUT LOKASI DAN TAHAP
KESUSAHAN (EKMLTK)
1. Apakah kriteria yang melayakkan seorang pegawai dibayar elaun EKMLTK?
PPP dan AKP yang diarah berkhidmat di sekolah-sekolah pedalaman yang dikategorikan
sebagai Pedalaman 1 (P1), Pedalaman 2 (P2) atau Pedalaman 3 (P3).
2. Berapakah kadar bayaran yang layak di terima oleh pegawai mengikut kategori kawasan
pendalaman?
Sekolah kategori P1 - RM 500 sebulan
Sekolah kategori P2 - RM1,000 sebulan
Sekolah kategori P3 - RM1,500 sebulan
3. Siapakah yang layak di bayar, sekiranya pasangan suami isteri berkhidmat di sekolah P1, P2
dan P3?
Kedua-duanya layak di bayar elaun EKMLTK.
BAYARAN INSENTIF PEDALAMAN
1. Apakah perbezaan diantara elaun BIP dan EKMLTK?
BIP dibayar kepada Pegawai Perkhidmatan Awam sebagai galakan untuk berkhidmat di
kawasan pedalaman yang diiktiraf oleh SUK Negeri. Manakala EKMLTK dibayar khusus untuk
PPP dan AKP yang berkhidmat di sekolah pedalaman untuk menarik minat dan mengekalkan
mereka untuk berkhidmat di kawasan tersebut.
ELAUN BALIK KAMPUNG
1. Apakah kriteria dan syarat pembayaran Elaun Balik Kampung (EBK)?
Diberi kepada pegawai yang diarah berkhidmat di sekolah-sekolah pedalaman yang
dikategorikan sebagai Pedalaman 1 (P1), Pedalaman 2 (P2) atau Pedalaman 3 (P3).
2. Berapakah kadar bayaran Elaun Balik Kampung (EBK)?
Mengikut tuntutan perjalanan sebenar pegawai tidak termasuk elaun makan dan bayaran
penginapan.
IMBUHAN TETAP PERUMAHAN KEPADA PEGAWAI
YANG MENDUDUKI RUMAH SUB-STANDARD
1. Apakah maksud rumah Sub-Standard di kawasan pedalaman?
PPP dan AKP yang berkhidmat di kawasan pedalaman dibayar ITP jika rumah yang didiami
mereka tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan
Perdana Menteri.
2. Apakah kriteria dan syarat pembayaran imbuhan ITP kepada PPP dan AKP yang menduduki
Rumah Sub-Standard di kawasan pedalaman?
ITP pada kadar penuh mengikut kumpulan/ gred jawatan.
ELAUN PERUMAHAN WILAYAH
1. Apakah yang dimaksudkan dengan pegawai yang bertukar wilayah dan takrifan “berasal” ?
Pegawai yang bertukar wilayah bermaksud pegawai yang berasal dari wilayah iaitu Sabah,
Sarawak, Labuan atau Semenanjung dan berkhidmat di wilayah berasingan daripada wilayah
asal. Takrifan “berasal” pegawai pula adalah merujuk kepada wilayah kelahiran ibu atau bapa
pegawai.
2. Bolehkah EPW dibayar kepada pegawai yang bertugas di Sabah sedangkan ianya telah
dilahirkan di Sabah dan ibu bapanya juga adalah berasal dari Sabah?
Tidak. Dalam kedudukan ini, pegawai tidak layak dibayar EPW kerana tidak memenuhi kriteria
takrif “berasal”.
3. Bagaimanakah kedudukan EPW pegawai yang bertugas di Semenanjung dan dilahirkan di
Semenanjung sedangkan bapa pegawai berasal dari Sarawak manakala ibunya berasal dari
Semenanjung?
Dalam keadaan ini, pegawai mestilah mengisytiharkan terlebih dahulu wilayah asalnya dan
direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan. Sekiranya ibu bapa pegawai dilahirkan di
wilayah yang berbeza, pegawai perlu memilih sama ada wilayah kelahiran ibu atau bapa
sebagai wilayah asalnya tertakluk kepada sekali pemilihan dalam tempoh perkhidmatan.
4. Adakah pegawai layak dibayar EPW sekiranya pegawai mendiami rumah yang telah dibeli
oleh pasangannya melalui pinjaman perumahan Kerajaan?
Ya. Mengikut Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh 14 Julai 2009, Kerajaan
telah bersetuju meminda supaya pegawai yang mendiami rumah yang dibeli oleh pasangan
pegawai dengan pinjaman perumahan Kerajaan di dalam stesen pegawai berkhidmat adalah
layak diberi EPW.
5. Adakah EPW dibayar mengikut tarikh pegawai lapor diri di wilayah penempatan atau
memohon terlebih dahulu?
PP 11/2001 menyatakan bahawa EPW dibayar kepada pegawai mulai dari tarikh pegawai
melapor diri di wilayah baharu.
6. Adakah pegawai yang membeli rumah berhampiran dengan pejabat beliau bekerja dengan
menggunakan pinjaman kerajaan layak dibayar EPW?
Tidak. Perenggan 6.7, PP11/2001 menjelaskan bahawa pegawai yang telah diberi kemudahan
Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan adalah tidak layak dibayar EPW. Pegawai yang membeli
rumah dengan pinjaman swasta adalah layak dibayar EPW.
7. Pegawai ingin menukarkan EPW kepada ITP. Ini kerana pegawai melihat kadar ITP lebih
tinggi daripada kadar EPW. Adakah pegawai layak untuk menukar elaun tersebut?
Tidak. Pegawai yang telah memilih EPW adalah tidak layak menukarkan EPW kepada ITP
dalam tempoh pertukaran wilayah yang sama. Walau bagaimanapun, pegawai dibenarkan
membuat pemilihan baharu sekiranya melibatkan pertukaran wilayah baharu kecuali
ditukarkan kembali ke wilayah asalnya.
8. Adakah pegawai suami dan isteri layak menerima Elaun Perumahan Wilayah dalam situasi
suami berkhidmat di Sarawak manakala isteri berkhidmat di Sabah?
Berdasarkan perenggan 6.5 PP11/2001, pegawai suami dan isteri yang bertukar wilayah dan
tidak menduduki rumah kerajaan, boleh dibayar ITP masing-masing. Walau bagaimanapun,
salah seorang antara mereka boleh memilih EPW.
BAYARAN INSENTIF WILAYAH
1. Siapakah yang layak menerima Bayaran Insentif Wilayah?
Berdasarkan PP 4/1988, Bayaran Insentif Wilayah layak dibayar kepada:
1. Pegawai bertaraf tetap, kontrak (Contract of Service) dan guru sandaran;
2. Pegawai yang bertukar wilayah dan ditempatkan berkhidmat di Semenanjung, Sabah, Sarawak atau
Labuan; dan
3. Pegawai dari Sabah, Sarawak atau Labuan yang bertugas di negeri asal masing - masing.
2. Apakah status kelayakan Bayaran Insentif Wilayah jika pegawai menduduki rumah
kerajaan?
BIW masih layak dibayar walaupun menduduki rumah kerajaan.
3. Berapakah kadar bayaran Bayaran Insentif Wilayah?
Bayaran Insentif Wilayah dibuat mengikut lingkungan gaji yang telah ditetapkan di dalam PP
1/2012.
4. Adakah pemberhentian Bayaran Insentif Wilayah ini melibatkan kursus di luar negeri
sahaja atau pun tidak kira di mana kursus diadakan yang tempohnya melebihi 3 bulan?
Ya. Bagi pegawai yang berkursus lebih dari tiga (3) bulan, sama ada di dalam atau di luar
negeri, Bayaran Insentif Wilayah ini akan diberhentikan.
5. Adakah pegawai yang telah diberi Bayaran Insentif Wilayah juga layak diberi Bayaran
Bantuan Sara Hidup?
Tidak. Pegawai yang dibayar Bayaran Insentif Wilayah tidak layak menerima Bantuan Sara
Hidup seperti tertakluk di bawah perenggan 4, PP 28/2005.
6. Bagi pegawai yang berkursus lebih dari tiga (3) bulan, sama ada di dalam atau di luar negeri,
Bayaran Insentif Wilayah akan diberhentikan, adakah pegawai layak menerima kos Bantuan
Sara Hidup mengikut di mana wilayah pegawai berkursus?
Bagi pegawai yang menghadiri kursus (termasuk cuti belajar) melebihi tiga (3) bulan adalah
tidak memenuhi syarat kelayakan untuk dibayar Bayaran Insentif Wilayah (BIW), sebaliknya
pegawai akan dibayar Bantuan Sara Hidup (BSH) berdasarkan kepada asas pemberian elaun
yang sama iaitu untuk membantu menangani kos sara hidup yang kian meningkat. Perkara ini
tertakluk di dalam Garis Panduan Kemudahan Cuti Belajar Kepada Pegawai Awam Yang
Mengikuti Kursus Jangka Sederhana Dan Kursus Jangka Panjang Secara Sepenuh Masa yang
dikeluarkan oleh Bahagian Modal Insan, JPA.
Berdasarkan PP 3/2012, BSH dibayar mengikut lokasi institusi pengajian bagi pegawai yang
diluluskan cuti belajar/ kursus jangka panjang dalam negara. Manakala Elaun Perumahan
Wilayah (EPW) juga tidak akan dibayar kepada pegawai yang mengikuti kursus melebihi 3
bulan. Pegawai akan diberikan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP). Perkara ini tertakluk di dalam
Garis Panduan Kemudahan Cuti Belajar Kepada Pegawai Awam Yang Mengikuti Kursus Jangka
Sederhana Dan Kursus Jangka Panjang Secara Sepenuh Masa yang dikeluarkan oleh Bahagian
Modal Insan, JPA.
ELAUN GANGGUAN
1. Apakah syarat dan bilakah Elaun Gangguan boleh dibayar?
Berdasarkan PP 4/1988, Elaun Gangguan (EG) merupakan suatu bayaran yang diberi kepada
‘pegawai yang bertukar wilayah’ apabila pegawai ditukarkan balik ke wilayah asalnya. Pada
dasarnya, EG dibayar atas kadar sebulan gaji hakiki yang ditentukan apabila pegawai bertukar
balik ke wilayah asalnya. Oleh itu, sebelum pegawai bertukar, sekiranya perlu EG dibayar
secara pendahuluan sebanyak separuh daripada gaji yang diterimanya ketika itu. Baki EG akan
dibayar berasaskan kepada gaji terakhir yang diterima oleh pegawai sejurus sebelum ia
bertukar semula ke wilayah asalnya. Bagi dua orang pegawai suami isteri yang bertukar semula
ke wilayah asal, hanya seorang sahaja yang layak menuntut Elaun Gangguan mengikut gaji
siapa yang lebih tinggi.
2. Jabatan manakah yang bertanggung jawab membuat pembayaran Elaun Gangguan?
Elaun Gangguan adalah menjadi tanggungjawab pejabat terakhir pegawai berkhidmat sebelum
bertukar atau kembali ke wilayah asal. Elaun Gangguan hendaklah dibayar oleh jabatan
sebelum pegawai bertukar berdasarkan gaji pegawai pada masa pertukaran berlaku.
3. Adakah terdapat tempoh masa untuk tarikh mengemukakan tuntutan Elaun Gangguan?
Tuntutan Elaun Gangguan perlu dikemukakan oleh pegawai kepada Ketua Jabatan melalui
tempoh masa yang munasabah iaitu setelah arahan pertukaran dikeluarkan dan sebelum
perpindahan berlaku atau dalam tempoh 3 bulan dari tarikh arahan pertukaran. Penetapan
tempoh 3 bulan ini adalah selaras dengan peraturan semasa berhubung Elaun Bertukar/
Berpindah Rumah sepertimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4
Tahun 1995. Pembayaran Elaun Gangguan hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan
Kerajaan.
KEMUDAHAN TAMBANG MENGUNJUNGIWILAYAH
ASAL (TMWA)
1. Siapakah yang layak menerima kemudahan tambang mengunjungi wilayah asal?
Layak diberi kepada pegawai bertaraf tetap yang bertukar wilayah.
2. Apakah syarat dan peraturan yang melayakkan?
1. Untuk kali pertama pegawai hendaklah berkhidmat sekurang-kurangnya selama enam (6) bulan di
wilayah penempatan/ tarikh lapor diri.
2. Kelayakan kali kedua dan seterusnya ialah pada bila-bila masa di dalam tahun berikutnya selepas
tarikh lapor diri pegawai di wilayah penempatan.
3. Kemudahan tambang perjalanan pergi dan balik dari tempat tinggal pegawai di wilayah berkhidmat
ke ibu negeri wilayah asal atau bandar utama bagi pegawai yang berasal dari Sabah, Sarawak atau
Labuan.
4. Diberi sekali dalam tempoh satu (1) tahun perkhidmatan pegawai di wilayah penempatan.
5. Tempoh bercuti tanpa gaji atau bercuti separuh gaji tidak boleh diambil kira untuk menentukan
kelayakan kemudahan ini. Tempoh cuti ini hendaklah ditambah kepada tempoh perkhidmatan
pegawai untuk menentukan kelayakan kemudahan seterusnya.
6. Kemudahan TMWA yang tidak digunakan dalam tempoh tersebut akan luput dan tidak boleh dibawa
ke tahun hadapan.
7. Bagi kedua-dua suami isteri yang bertukar wilayah, hanya seorang sahaja layak memperolehi
kemudahan TMWA atau Elaun Balik Kampung untuk membawa keluarga mengunjungi wilayah asal
dalam sesuatu tahun manakala suami atau isteri menggunakan kadar bujang dalam tempoh sama.
8. Bagi isteri atau suami atau anak-anak yang tidak mengikut pegawai bertukar wilayah, mereka
dibenarkan menggunakan tambang tersebut untuk melawat pegawai berkenaan.
9. Pegawai yang belum berkahwin yang balik ke Wilayah asalnya atas pembiayaan sendiri untuk
berkahwin boleh disediakan tambang perjalanan untuk membawa isteri/ suami ke Wilayah
penempatan pegawai.
3. Apakah kadar bayaran TMWA yang melayakkan?
Kemudahan TMWA boleh dituntut oleh pegawai mengikut tuntutansebenar perjalanan
berdasarkan kelayakan dan gred masing-masing mengikut Pekeliling Perbendaharaan 3/2003.
TAMBANG EHSAN
1. Apakah yang dimaksudkan dengan penjelasan pegawai yang diberi kemudahan Tambang
Ehsan?
Kemudahan Tambang Ehsan disediakan untuk pegawai Perkhidmatan Awam yang memenuhi
takrifan ‘pegawai yang bertukar wilayah’ berdasarkan peraturan perenggan 7, PP 5/1978.
Kemudahan disediakan dari tempat pegawai bertugas ke ibu kota wilayah asal pegawai sekali
bagi salah satu daripada dua tujuan iaitu sakit tenat atau meninggal dunia. Pegawai layak diberi
4 kali sahaja untuk menziarahi ibu, bapa, ibu mertua dan bapa mertua yang sakit tenat atau
meninggal dunia.
2. Siapakah kuasa melulus bagi permohonan Tambang Ehsan?
Kelulusan Tambang Ehsan adalah oleh Ketua Jabatan.
3. Adakah permohonan Tambang Ehsan cuma boleh diberikan kepada seorang pegawai sahaja
bagi suatu urusan ?
Kemudahan Tambang Ehsan hanya diberi untuk seorang sahaja sama ada kepada pegawai
dengan tambang mengikut kelayakan atau seorang ahli keluarga dengan tambang penerbangan
Kelas Ekonomi.
TAMBANG MENGIRINGI JENAZAH
1. Apa yang dimaksudkan dengan Tambang Mengiringi Jenazah Bagi Ahli Keluarga Pegawai
Yang Bertukar Wilayah?
Tambang Mengiringi Jenazah Bagi Ahli Keluarga Pegawai Yang Bertukar Wilayah
diperuntukkan oleh Kerajaan melalui PP 5/1978 dan SPP 3/2003.
Apabila seseorang pegawai yang bertukar wilayah meninggal dunia, Kerajaan akan
menanggung perbelanjaan tambang bagi semua ahli keluarga yang masih dalam tanggungan
pegawai mengiringi jenazah pegawai dari tempat tinggal di wilayah berkhidmat ke tempat
pengkebumiannya, di luar wilayah pegawai berkhidmat.
Isteri/suami pegawai atau seorang ahli keluarga pegawai kemudian dibenarkan kembali ke
tempat tinggal di wilayah pegawai berkhidmat untuk urusan pemindahan barang-barang atas
tanggungan Kerajaan.
ELAUN BANTUAN SARA HIDUP (BSH)
1. Adakah pegawai yang diluluskan Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) layak dibayar BSH?
Ya. Pegawai yang diluluskan CBSG dalam negeri layak dibayar BSH atas kadar separuh apabila
genap sebulan kalendar mulai tarikh CBSG mengikut kadar kawasan institusi berkenaan.
2. Adakah pegawai yang diperuntukkan Rumah Khas Jawatan/ Jabatan (dalam lingkungan
25km dari pejabat) yang dibayar Bayaran Perumahan Khas layak BSH dengan kadar separuh.
Pegawai yang diperuntukkan Rumah Khas Jawatan/ Jabatan yang dibayar Bayaran Perumahan
Khas juga layak diberi BSH atas kadar separuh (50%) daripada kadar pegawai yang tidak
diperuntukkan Rumah Kerajaan.
PENJUMUDAN SKIM PEMBANTU TADBIR RENDAH
1. Siapakah yang terlibat dalam pertukaran pelantikan ke Pembantu Tadbir (Perkeranian /
Operasi) Gred N17?
Pembantu Tadbir Rendah Gred N11, N14 dan Operator Mesin Prosesan Data Gred F11, F14,
2. Apakah syarat pertukaran pelantikan ke Skim Pembantu Tadbir?
a. ) Pegawai yang memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus
Ujian Lisan) di peringkat sijil tersebut akan ditukar lantik ke Gred N17; dan
b. ) Pegawai yang tidak memiliki kelayakan SPM akan ditukar lantik ke Gred N17 mengikut kelonggaran
syarat seperti berikut:
(i) Memiliki kelayakan PMR/SRP atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta
berpengalaman sekurang-kurangnya enam (6) tahun dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir
Rendah atau Operator Mesin Prosesan Data pada Tarikh kuatkuasa pertukaran pelantikan;
atau
(ii) Tamat darjah enam (6) sekolah rendah bantuan penuh Kerajaan serta berpengalaman
sekurang-kurangnya lima belas (15) tahun dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir Rendah atau
Operator Mesin Prosesan Data pada Tarikh kuatkuasa pelantikan.
3. Bilakah tarikh Pengesahan Dalam Perkhidmatan bagi PT(P/O) Gred N17?
Pegawai yang telah disahkan di dalam jawatan asal, hendaklah disahkan dalam perkhidmatan
di jawatan Pembantu Tadbir (P/O) N17 pada bila-bila masa dalam tempoh enam (6) bulan
daripada tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan.
4. Bagi tujuan dihakikikan, adakah pegawai perlu bertukar sekolah untuk mengisi kekosongan
N17 hakiki?
Pegawai boleh mengisi mana-mana jawatan PT(P/O) N17 hakiki yang kosong.
5. Bolehkah PT(P/O) Gred N17 yang telah ditukar lantik kekal dijabatan yang sama dengan
menggunakan post PTR Gred N11 / N14?
Ketua Jabatan hendaklah menempatkan PT(P/O) Gred N17 yang ditukar lantik di jawatan
Pembantu Tadbir (P/O) yang kosong. Sekiranya tiada kekosongan, pegawai boleh dikekalkan di
jawatan asal secara KUP.
6. Bolehkah PT(P/O) Gred N17 yang telah ditukar lantik mengisi kekosongan PT (P/O)
dijabatan yang sama?
PT(P/O) N17 yang telah ditukar lantik boleh mengisi kekosongan jawatan hakiki di Jabatan
yang sama.
7. Bolehkah PT(P/O) KUP memohon pertukaran suka sama suka dengan PT(P/O) KUP yang
berada di jabatan lain?
PT (P/O) N17 (KUP) hendaklah mengisi jawatan hakiki PT(P/O) N17. Sehubungan itu,
pertukaran suka sama suka dengan PT (P/O) N17(KUP) yang lain adalah tidak dibenarkan.
8. Apakah yang terjadi kepada perjawatan PT (P/O) KUP sekiranya penyandang bertukar
keluar atau mengisi kekosongan PT(P/O) Gred N17 ditempat lain?
Sekiranya penyandang PT(P/O), N17 (KUP) bertukar keluar, jawatan tersebut adalah jumud
dan tidak boleh diisi. Jabatan hendaklah memaklumkan Cawangan Perjawatan, Bahagian
Pengurusan Sumber Manusia bagi tujuan pemansuhan waran perjawatan.
9. Bolehkah PT(P/O) Gred N17 KUP dinaikkan pangkat ke Gred N22?
PT (P/O) Gred N17 KUP boleh dinaikkan pangkat ke Gred N22.
10. Siapakah yang meluluskan Pengesahan Dalam Perkhidmatan bagi Pembantu Tadbir Rendah
setuju ditukar lantik? PTR di Negeri. PTR Bahagian?
Pengesahan Dalam Perkhidmatan (PDP) bagi Pembantu Tadbir Rendah (PTR), N11 yang telah
ditukar lantik ke Pembantu Tadbir (P/O), N17 adalah seperti berikut :
1. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi) - Bagi yang berkhidmat di Bahagian atau
institusi di bawah tanggungjawab bahagian
2. Pengaran Pendidikan Negeri - Bagi yang berkhidmat di JPN/PPD atau sekolah di bawah
tanggungjawab JPN.
PERTUKARAN BUKAN GURU
1. Bilakah permohonan pertukaran dalaman Anggota Kumpulan Pelaksana di
Kementerian Pendidikan Malaysia dapat dimohon?
Permohonan pertukaran boleh dibuat melalui aplikasi eTukar Bukan Guru (eTBG) yang dibuka
4 kali setahun.
2. Siapakah yang boleh meluluskan pertukaran dalam
negeri(AKP) bagi sekolah harian biasa?
1. a) Pertukaran AKP bagi sekolah harian biasa dalam negeri yang sama adalah di bawah bidang kuasa
Pengarah Pendidikan Negeri.
3. Bagaimanakahproses kelulusan pertukaran dibuat?
Kelulusan pertukaran setiap permohonan dibuat dengan mengambil kira persetujuan dan
syarat yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan pemohon dan panel pertukaran yang telah dibentuk.
4. Adakah AKP boleh mengemukakan rayuan bagi
permohonan pertukaran yang gagal?
Rayuan pertukaran hanya dibenarkan bagi kes-kes tertentu dan telah mendapat kelonggaran
syarat dari Ketua Jabatan pemohon.
5. Adakah penggunaan surat sokongan daripada
pemimpin Kerajaan dan individu berpengaruh
dibenarkan bagi permohonan pertukaran?
Setiap permohonan diberi pertimbangan adil dan sewajarnya terhadap permohonan. BPSM
juga memberi pertimbangan terhadap setiap permohonan pertukaran berdasarkan Garis
Panduan Tindakan Ke Atas Sokongan Yang Diterima Daripada Pemimpin Kerajaan, Individu
Berpengaruh Atau Mana-Mana Orang Mengenai Sesuatu Urusan Kerajaan yang dikeluarkan
oleh Jabatan Perdana Menteri berkuatkuasa 8 Mac 2010.
6. Adakah permohonan pertukaran boleh dibatalkan?
Pemohon boleh membatalkan permohonan pertukaran yang telah dibuat sebelum kelulusan
pertukaran dikeluarkan.
7. Adakah kelulusan pertukaran boleh dibatalkan?
Pemohonan batal bagi setiap kelulusan pertukaran adalah tidak dibenarkan kerana ianya telah
mengganggu pusingan pertukaran bagi pemohon yang lain. Setiap pemohon perlu mengambil
kira setiap risiko yang perlu ditanggung apabila membuat permohonan pertukaran.
8. Adakah pemohon boleh mengemukakan permohonan
pertukaran ke tempat (sekolah/JPN/ PPD atau Institusi)
tertentusahaja?
Setiap pemohon tidak dibenarkan membuat tempahan bagi tempat untuk bertukar. Kelulusan
setiap pertukaran akan dibuat berdasarkan kekosongan atau suai padan di daerah yang
dimohon.
PERTUKARAN JAWATAN KUMPULAN (POOL)
1. Apakah kriteria-kriteria yang boleh dipertimbangkan
untuk ditempatkan ke dalam Jawatan Kumpulan?
Kriteria-kriteria yang melayakkan pegawai ditukarkan ke Jawatan Kumpulan adalah seperti
berikut:-
(i) Pegawai yang menghadapi masalah sakit yang berpanjangan melebihi 6 bulan.
(ii) Pegawai yang menghidap sakit tibi, kusta atau barah dan penyakit yang setaraf.
(iii) Pegawai yang menghadapi masalah gangguan tekanan jiwa (sakit mental) yang
menyebabkan kehadiran mereka mendatangkan masalah kepada sekolah/ Jabatan.
(iv) Pegawai yang telah diluluskan cuti tanpa gaji iaitu:-
(a) cuti tanpa gaji mengikut pasangan berugas/ berkursus di dalam atau di luar negara
mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 29 Tahun 2009 selama satu tahun atau lebih.
(b) pegawai yang telah diluluskan cuti menjaga anak mengikut Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 15 Tahun 2007.
(c) pegawai yang telah diluluskan cuti tanpa gaji atas urusan persendirian mengikut Perintah
Am Bab C dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991 selama 360 hari secara
berterusan.
(v) Pegawai yang berprestasi rendah.
(vi) Pegawai yang disyaki telah melakukan jenayah.
(vii) Atas kepentingan perkhidmatan.
2. Adakah penempatan pegawai ke Jawatan Kumpulan
secara automatik?
Penempatan pegawai ke Jawatan Kumpulan adalah tidak secara automatik dan ianya adalah
tertakluk kepada perakuan Ketua Jabatan dan adanya kekosongan Jawatan Kumpulan yang
sesuai untuk menempatkan pegawai pada masa tersebut.
3. Bagaimanakahjawatan hakiki pegawai sekiranya
dimasukkan ke dalam Jawatan Kumpulan?
Jawatan hakiki yang ditinggalkan kosong oleh penyandang boleh dibuat pengisian oleh
pengganti secara tetap. Penyandang boleh dikekalkan di sekolah/ Jabatan asal penyandang
bertugas.
Mana-mana penyandang yang dimasukkan ke dalam Jawatan Kumpulan tidak ditempatkan
secara fizikal di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) kecuali diarahkan berbuat
demikian. Semua urusan pentadbiran dan perkhidmatan pegawai adalah masih di bawah
kawalan Ketua Jabatan di mana pegawai tersebut bertugas.
4. Siapakah Ketua Jabatan bagi pegawai yang
dimasukkan ke dalam Jawatan Kumpulan sekiranya
bertugas di sekolah dan tempat bertugas pegawai
bukan di sekolah?
Pegawai yang bertugas di sekolah Ketua Jabatannya adalah Pengetua atau Guru Besar dan
sekiranya pegawai bukan di sekolah Ketua Jabatannya adalah Pengarah, Setiausaha Bahagian
dan Pegawai Pendidikan Daerah.
5. Dimanakah Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) disimpan sekiranya ditukarkan ke Jawatan
Kumpulan?
BPK hendaklah terus disimpan dan diselenggara oleh Ketua Jabatan di mana pegawai bertugas.
6. Bagaimanakah gaji pegawai diuruskan?
Gaji pegawai diuruskan oleh Ketua Jabatan dengan menggunakan waran peruntukan kecil yang
diturunkan kepada Ketua Jabatan/ Bahagian oleh BPSM. Ketua Jabatan hendaklah
mengemukakan permohonan peruntukan bayaran emolumen pegawai dalam Jawatan
Kumpulan yang berada di bawah kawalan masing-masing kepada BPSM.
7. Bagaimanakah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) pegawai yang ditukarkan ke
Jawatan Kumpulan?
LNPT pegawai hendaklah disediakan oleh Ketua Jabatan di mana pegawai bertugas. LNPT
tersebut hendaklah dikemukakan kepada Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) di
mana pegawai bertugas bagi tujuan pemberian pergerakan gaji tahunan.
8. Siapakah yang bertanggungjawab mengeluarkan surat kelulusan pertukaran masuk dan
keluar pegawai dalam Jawatan Kumpulan?
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM)
9. Bolehkah pegawai yang menghadapi masalah kesihatan dan menghadapi masalah sakit
mental dikeluarkan dari Jawatan Kumpulan?
Sekiranya pegawai telah disahkan pulih daripada penyakit yang dihidapi dan boleh
menjalankan tugas oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau Lembaga Perubatan, maka Ketua
Jabatan hendaklah mengemukakan surat permohonan kepada BPSM untuk mengeluarkan
pegawai dari Jawatan Kumpulan. Permohonan hendaklah disertakan bersama-sama Laporan
Perubatan atau Laporan Lembaga Perubatan berserta dengan ulasan dan syor pengetua /guru
besar.
10. Apakah tindakan Ketua Jabatan sekiranya pegawai yang telah dimasukkan ke dalam
Jawatan Kumpulan menghadapi masalah sakit berpanjangan atau sakit mental dan telah
menghabiskan cuti sakit bergaji penuh selama 180 hari dan cuti rehat yang berkelayakan atau
cuti tambahan selama 25 hari (bagi guru yang mengajar) dalam satu tahun kalendar?.
Ketua Jabatan perlu menubuhkan Lembaga Perubatan apabila telah memenuhi syarat-syarat di
bawah Perintah Am 19 Bab F. Prosedur menubuhkan Lembaga Perubatan hendaklah
berpandukan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1995.
PELARASAN GAJI
1. Adakah pegawai lantikan tetap yang belum disahkan dalam perkhidmatan tetapi telah
melalui tempoh percubaan melebihi tiga (3) tahun layak diberikan pergerakan gaji tahunan
(PGT)?
Pegawai lantikan tetap yang belum disahkan dalam perkhidmatan tetapi telah melalui tempoh
percubaan melebihi tiga (3) tahun layak diberikan pergerakan gaji tahunan (PGT) sekiranya
pegawai tersebut telah diluluskan pelanjutan tempoh percubaan tanpa denda. Bagi pegawai
yang dilanjutkan tempoh percubaan dengan denda tidak layak diberikan PGT dalam tempoh
pelanjutan percubaan dengan denda. Walau bagaimanapun, pegawai dalam keadaan berikut
layak dipertimbangkan PGT sebelum atau pada tempoh percubaan pegawai dilanjutkan dengan
denda jika
(a) Tarikh pergerakan gaji (TPG) tahunannya adalah sama dengan tarikh pelanjutan tempoh
percubaan dengan denda dan pegawai belum mendapat PGT kali ketiga dalam tempoh
percubaan asalnya.
(b) Pegawai belum memperoleh PGT kali ketiga dalam tempoh percubaan asalnya.
Contoh pelaksanaan pelarasan gaji bagi situasi di atas boleh dirujuk melalui Lampiran B, C, C1
dan C2, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2009.
2. Pegawai telah mengambil cuti belajar bergaji penuh selama 3 tahun tetapi tidak melapor diri
melebihi 2 minggu dari tarikh tamat tempoh cuti. i) Apakah tindakan yang perlu diambil? ii)
Adakah perlu menahan gaji pegawai tersebut?
Ketua Jabatan hendaklah mendapatkan maklumat terlebih dahulu daripada pihak yang
berkenaan terhadap ketidakhadiran pegawai sebaik sahaja pegawai tamat cuti belajar bergaji
penuh. Sekiranya disahkan pegawai didapati tidak hadir bertugas tanpa kebenaran tanpa cuti
dan tidak dapat dikesan, Penyata Perubahan Pendapatan Seseorang Pegawai (Kew.8-
Pin10/96) hendaklah disediakan mengikut peruntukan di bawah Perintah Am 14A Bab C bagi
tempoh yang pegawai dikehendaki hadir bertugas. Sungguhpun tindakan mengutip kembali
gaji tersebut telah dilaksanakan, selaku Ketua Jabatan urusan untuk merujuk pegawai ke
Lembaga Tatatertib hendaklah diteruskan sejajar dengan Peraturan-peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 2002. Sekiranya ketidak hadiran pegawai tersebut didapati
mengambil masa yang lama atau yang tidak sewajarnya serta pegawai gagal dikesan, maka
urusan menahan gaji hendaklah segera diambil.
3. PPPLD Gred DGA34 telah dinaikkan pangkat sebagai PPPLD Gred DGA38 berkuat kuasa
selepas tarikh beliau dilantik tetap sebagai PPPS Gred DG41. Adakah pegawai tersebut layak
menerima kenaikan pangkat tersebut dan gaji permulaan lantikan sebagai PPPS Gred DG41
dipinda mengikut keputusan kenaikan pangkat tersebut?
Sebaik sahaja dilantik sebagai PPPS Gred DG41, pegawai telah berada di dalam skim Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan urusan kenaikan pangkat dalam skim Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma gred DGA38 tidak boleh dilaksanakan selepas
lantikan tersebut.
Penetapan gaji permulaan lantikan pegawai adalah tertakluk kepada gaji akhir yang hakiki
pada tarikh lantikan tersebut. Menurut peraturan 23 (8), Peraturan-peraturan Pegawai Awam
(Lantikan, Naik Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan)2012, jika seseorang pegawai yang
telah disahkan dalam perkhidmatan dilantik ke jawatan lain pada tarikh yang sama atau lebih
awal dari tarikh pergerakan gaji pegawai dalam jawatan terdahulunya, pergerakan gaji jawatan
terdahulunya, jika ada, hendaklah diberi terlebih dahulu terhad kepada amaun gaji maksimum
di gred tersebut sebelum menentukan gaji permulaan lantikan itu. Ketua Jabatan hendaklah
merujuk penetapan gaji permulaan lantikan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
selaku pihak yang berkuasa melantik selaras dengan peraturan 23, Peraturan-peraturan
Pegawai Awam (Lantikan, Naik Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.
4. Jika pegawai tidak sempat untuk membuat LNPT pada tahun pegawai mula bercuti, bolehkah
pegawai mendapat PGT pada tahun berikutnya dan jika tidak adakah cara lain untuk pegawai
mendapatkannya?
Menurut perenggan 50, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002, salah satu syarat
yang melayakkan seseorang itu diberikan PGT ialah mencapai prestasi yang memuaskan
(markah prestasi melebihi 60% - rujuk SPP 2 Tahun 2009, Lampiran D) dan diperakukan oleh
Ketua Jabatan. Sehubungan dengan itu, pegawai yang tidak sempat untuk membuat LNPT pada
tahun pegawai mula bercuti, tidak layak mendapat PGT pada tahun berikutnya kerana tidak
mempunyai LNPT untuk dipertimbangkan oleh pihak yang berkenaan.
Namun sekiranya pegawai bercuti tanpa gaji kerana mengikut pasangan bertugas atau
berkursus di dalam atau di luar negeri, cuti menjaga anak dan kombinasi mana-mana cuti di
atas, LNPT yang digunakan ialah LNPT terakhir sebelum pegawai bercuti.
5. Pegawai telah menikmati kemudahan tiga kali pergerakan gaji secara isyarat kerana Cuti
Tanpa Gaji Mengikut Pasangan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 29 Tahun 2009,
dan apabila pegawai diluluskan Cuti Sakit Barah di bawah Perintah Am 31 (a) Bab C selama 24
bulan, adakah beliau layak menerima PGT secara isyarat lagi?
Kemudahan Cuti Sakit Barah di bawah Perintah Am 31(a) Bab C dan Lampiran D7, Perenggan
10(a), Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991 adalah kemudahan cuti yang dibayar
secara bergaji penuh yang tidak melebihi 24 bulan manakala Perenggan 10(c ), PP 9/1991
adalah kemudahan cuti yang dibayar secara separuh gaji yang tidak melebihi 12 bulan.
Pegawai yang diberikan kemudahan cuti sakit barah (CSB) bergaji penuh selama 24 bulan
adalah layak menikmati PGT sama seperti pegawai yang sedang berkhidmat dengan syarat
markah LNPT mereka yang terakhir hendaklah berada di tahap yang memuaskan (rujukan :
perenggan 6(i), Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1996). Manakala, pegawai yang
diluluskan kemudahan CSB secara separuh gaji pula akan diberikan kemudahan PGT secara
isyarat tidak lebih daripada tiga (3) kali pergerakan gaji dalam tempoh perkhidmatan.
Menurut perenggan 64, Pekeliling Perkhidmatan 4 Tahun 2002 (Pelaksanaan SSM bagi Anggota
Perkhidmatan Awam Persekutuan), anggota yang diluluskan cuti melebihi 180 hari dalam satu
tahun kalendar bagi cuti belajar separuh gaji atau cuti belajar tanpa gaji, cuti tanpa gaji
mengikut suami atau isteri belajar atau bertugas di dalam atau luar negeri atau cuti separuh
gaji kerana menghidap penyakit tibi, kusta, barah dan penyakit yang seumpamanya akan diberi
PGT secara isyarat tidak lebih daripada tiga kali pergerakan gaji dalam tempoh perkhidmatan
Namun sekiranya pegawai mengambil cuti barah separuh gaji dan tempohnya melebihi 180
hari dalam satu tahun kalendar, maka pada tahun berikutnya pegawai tidak lagi layak
diberikan pergerakan gaji secara isyarat mengikut SPP 5/2002 kerana pegawai telahpun
menikmati 3 kali pergerakan gaji secara isyarat sebelum ini apabila mengambil cuti tanpa gaji
mengikut pasangan di bawah PP 29 Tahun 2009.
6. Pegawai tidak hadir bertugas melebihi 180 hari dalam satu tahun boleh ke diberi pergerakan
gaji pada tahun berikutnya dan layak ke untuk menerima kenaikan pangkat?
Ketua Jabatan hendaklah mengambil tindakan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 terhadap mana-mana pegawai yang tidak hadir bertugas tanpa
kebenaran tanpa cuti. Sekiranya Ketua Jabatan mengambil tindakan tatatertib segera tanpa
menunggu sehingga melebihi 180 hari maka isu ini tidak akan timbul. Walau bagaimanapun,
menurut Lampiran D, SPP 2 Tahun 2009, pegawai yang memiliki kualiti peribadi dan tahap
disiplin di bawah tahap yang diharapkan wajar diberikan markah prestasi sehingga 49.99%
sahaja di mana mereka yang memperoleh markah prestasi di bawah 49.99% akan
mengakibatkan pergerakan gaji tahunan tidak dapat dipertimbangkan kepada beliau.
7. Jika pegawai berada di matagaji maksimum pada tahun 2011 adakah TPG akan berubah pada
tahun 2012?
Pemberian kenaikan gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah SSM mengikut
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012, tidak mengubah tarikh pergerakan gaji
pegawai kecuali pegawai yang berada di matagaji maksimum melebihi satu (1) tahun pada 31
Disember 2011, sama ada di Jadual Gaji Sebaris atau di Peringkat 1 (P1) atau Peringkat 2 (P2)
atau Peringkat 3 (P3) dalam Jadual Gaji Matriks (JGM) dan pegawai yang berada di Jadual Gaji
KUP. Tarikh pergerakan gaji (TPG) baharu diubah kepada 1 Januari mulai tahun 2012 (rujuk
perenggan 15, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012).
8. Apakah yang dimaksudkan dengan MTP? Adakah sama dengan melangkah titik sekatan?
MTP ialah singkatan kepada Melangkah Titik Peningkatan yang diperuntukkan melalui
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1991 yang bermaksud peningkatan gaji seseorang
pegawai dari satu skel gaji yang lebih tinggi dalam tangga gaji yang digabungkan di dalam satu
tingkatan jawatan. Di antara syarat yang diperuntukkan dalam skim perkhidmatan yang
melayakkan seseorang itu dipertimbangkan untuk MTP ialah:
(i) Disahkan dalam perkhidmatan;
(ii) Berkhidmat bagi suatu tempoh atau berada di matagaji tertentu yang ditetapkan oleh skim
perkhidmatan yang berkenaan;
(iii) Mencapai taraf kecemerlangan perkhidmatan/tahap kemahiran yang ditetapkan; dan
(iv) Diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan/Ketua Jabatan
Manakala melangkah sekatan kecekapan ialah peningkatan matagaji di dalam skel gaji yang
sama di mana ia adalah kaedah yang membolehkan seseorang pegawai mendapat peningkatan
gaji.
9. Bagaimana untuk mengetahui pegawai layak menerima MTP?
Pegawai layak menerima MTP apabila terdapat catatan di dalam Kenyataan Perkhidmatan atau
salinan surat MTP untuk meningkat daripada PPP Kategori skel gaji C8 (SPM) ke skel gaji B10
(STPM) atau skel gaji B10 (STPM) ke skel gaji B8 (Diploma). Surat kelulusan MTP dikeluarkan
oleh Kementerian dan Jabatan.
10. Jika pegawai ada pengalaman dalam bidang yang tidak sama dengan jawatan sekarang,
bolehkah pegawai memohon untuk pelarasan semula gaji permulaan?
Penentuan dan penetapan gaji permulaan lantikan adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya
Melantik mengikut peraturan 23, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Lantikan, Kenaikan
Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A)176/2005] dan peraturan 25, Peraturan-
peraturan Pegawai Awam (Lantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan)2012
[P.U.(A)1/2012].
Suruhanjaya boleh mempertimbangkan gaji permulaan yang lebih tinggi bagi lantikan untuk
kali pertama yang memiliki pengalaman kerja yang berkaitan dengan jawatan yang akan
disandangnya tertakluk kepada peraturan 25 (3) dan (4), P.U.(A)1/2012. Menurut peraturan
25(5), P.U.(A)1/2012, pengalaman kerja yang dianggap berkaitan bagi seseorang pegawai
dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional ialah pengalaman kerja yang diperoleh selepas
pegawai itu mendapat kelayakan professional atau akademik sebagaimana yang ditentukan
dalam skim perkhidmatan yang berkenaan.
11. Apakah kaedah penetapan gaji permulaan kenaikan pangkat dan pelarasan gaji kenaikan
pangkat sedia ada dilaksanakan?
Penetapan gaji permulaan dan pelarasan gaji kenaikan pangkat hendaklah dilaksanakan
mengikut Peraturan 44(1), Peraturan–peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan
Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012/ P.U.(A)1/2012 di mana gaji yang diterima oleh
seseorang pegawai yang dinaikkan pangkat hendaklah lebih tinggi daripada gaji akhir yang
diterima dalam gred terdahulu. Walau bagaimanapun, bagi pegawai yang tarikh kenaikan
pangkatnya berkuat kuasa sebelum tarikh pergerakan gaji (TPG) dalam gred asal, Ketua
Jabatan hendaklah melaksanakan PGT dalam gred asal terlebih dahulu sebelum menetapkan
gaji permulaan kenaikan pangkat [peraturan 44(3), P,U.(A)1/2012]. Manakala pegawai yang
tarikh kenaikan pangkatnya berlaku selepas TPG dalam gred asal, penetapan gaji permulaan
kenaikan pangkat terus dilaksanakan berdasarkan gaji akhir tersebut.
Jadual 1 : Tarikh kuat kuasa naik pangkat sebelum tarikh pergerakan gaji tahunan dalam gred
asal. Prinsip mendahulukan PGT dalam gred asal pada tarikh naik pangkat sebelum
menentukan gaji permulaan naik pangkat DG48.
Perkara Tarikh DG44 DG48
Tarikh PGT DG44 01/10/2016 RM5,550.04
Tarikh kuat kuasa naik pangkat DG48 01/01/2017 RM5,550.04 RM6,050.04
Tarikh PGT DG44 01/10/2017 RM5,800.04
Tarikh surat siaran naik pangkat 01/11/2017
Gaji minimum DG48 : RM4,922.00
Jadual 2 : Tarikh kuat kuasa naik pangkat selepas tarikh pergerakan gaji tahunan dalam gred
asal. Gaji permulaan naik pangkat terus diberi tidak kurang satu KGT dalam gred asal.
Perkara Tarikh DG44 DG48
Tarikh PGT DG44 01/10/2016 RM5,550.04
Tarikh kuat kuasa naik pangkat DG48 01/11/2016 RM5,550.04 RM5,800.04
Tarikh PGT DG44/DG48 01/10/2017 RM5,800.04 RM6,070.04
Tarikh surat siaran naik pangkat 01/11/2017
12. Bagaimanakah tarikh pergerakan gaji jawatan kenaikan pangkat ditentukan?
Tarikh pergerakan gaji tahunan pegawai yang dinaikkan pangkat hendaklah ditentukan
mengikut tarikh kenaikan pangkatnya berkuat kuasa selaras dengan JADUAL KEDUA,
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Lantikan, Naik Pangkat dan Penamatan
Perkhidmatan)2012. – rujuk peraturan 45, P.U.(A)1/2012.
Jadual kedua : Pergerakan Gaji Tahunan (Peraturan 27)
Tarikh pelantikan Tarikh pergerakan gaji
1 Januari hingga 31 Mac 1 Januari tahun yang berikutnya
1 April hingga 30 Jun 1 April tahun yang berikutnya
1 Julai hingga 30 September 1 Julai tahun yang berikutnya
1 Oktober hingga 31 Disember 1 Oktober tahun yang berikutnya
13. Bagaimanakah jika seseorang pegawai dinaikkan pangkat sebelum atau sama dengan tarikh
pergerakan gaji pegawai itu dalam jawatan terdahulunya? Contohnya: Pegawai dinaikkan
pangkat dari gred DG29 ke gred DG32 pada 1.1.2014. Tarikh pergerakan lama iaitu gred
DG29: bulan Januari.
Perkhidmatan sumber manusia
Perkhidmatan sumber manusia
Perkhidmatan sumber manusia
Perkhidmatan sumber manusia
Perkhidmatan sumber manusia
Perkhidmatan sumber manusia
Perkhidmatan sumber manusia
Perkhidmatan sumber manusia
Perkhidmatan sumber manusia
Perkhidmatan sumber manusia
Perkhidmatan sumber manusia
Perkhidmatan sumber manusia
Perkhidmatan sumber manusia
Perkhidmatan sumber manusia
Perkhidmatan sumber manusia
Perkhidmatan sumber manusia
Perkhidmatan sumber manusia
Perkhidmatan sumber manusia
Perkhidmatan sumber manusia
Perkhidmatan sumber manusia
Perkhidmatan sumber manusia

More Related Content

What's hot

Minit mesyuarat jawatankuasa aset 1 2015
Minit mesyuarat jawatankuasa aset 1  2015Minit mesyuarat jawatankuasa aset 1  2015
Minit mesyuarat jawatankuasa aset 1 2015shafy terrer
 
Kawalan dokumen terperingkat
Kawalan dokumen terperingkatKawalan dokumen terperingkat
Kawalan dokumen terperingkatsitiaminahsalleh7
 
Kertas kerja integriti 2019
Kertas kerja integriti 2019Kertas kerja integriti 2019
Kertas kerja integriti 2019Siti Rahman
 
Peraturan 26 TIdak Hadir Bertugas Dan Tidak Dapat Dikesan
Peraturan 26 TIdak Hadir Bertugas Dan Tidak Dapat DikesanPeraturan 26 TIdak Hadir Bertugas Dan Tidak Dapat Dikesan
Peraturan 26 TIdak Hadir Bertugas Dan Tidak Dapat DikesanINTAN Bukit Kiara
 
Risiko dan Penemuan Audit Dalam Perolehan
Risiko dan Penemuan Audit Dalam Perolehan Risiko dan Penemuan Audit Dalam Perolehan
Risiko dan Penemuan Audit Dalam Perolehan hambaly ahmad
 
Laporan post mortem bendahari
Laporan post mortem bendahariLaporan post mortem bendahari
Laporan post mortem bendaharinatashaborhan
 
Tatacara pengurusan aset alih kerajaan
Tatacara pengurusan aset alih kerajaanTatacara pengurusan aset alih kerajaan
Tatacara pengurusan aset alih kerajaanNasrul Hakim Zakaria
 
Surat iringan
Surat iringanSurat iringan
Surat iringancikguaton
 
Skala gaji ssm gaji-n17-n22-n26
Skala gaji ssm gaji-n17-n22-n26Skala gaji ssm gaji-n17-n22-n26
Skala gaji ssm gaji-n17-n22-n26share with me
 
Pelupusanhapuskira
PelupusanhapuskiraPelupusanhapuskira
Pelupusanhapuskiraadmatsufie
 
Surat pohon fogging
Surat pohon foggingSurat pohon fogging
Surat pohon foggingCikguKakOm
 
Catatan dlm buku perkhidmatan
Catatan dlm buku perkhidmatanCatatan dlm buku perkhidmatan
Catatan dlm buku perkhidmatansuhail muhammad
 
Konsep sistem fail
Konsep sistem failKonsep sistem fail
Konsep sistem failparani81
 
Taklimat Pembangunan Klasifikasi Fail.pptx
Taklimat Pembangunan Klasifikasi Fail.pptxTaklimat Pembangunan Klasifikasi Fail.pptx
Taklimat Pembangunan Klasifikasi Fail.pptxaisham35
 
Laporan aktiviti makan malam
Laporan aktiviti makan malamLaporan aktiviti makan malam
Laporan aktiviti makan malamArDah ZyEd
 

What's hot (20)

Minit mesyuarat jawatankuasa aset 1 2015
Minit mesyuarat jawatankuasa aset 1  2015Minit mesyuarat jawatankuasa aset 1  2015
Minit mesyuarat jawatankuasa aset 1 2015
 
Kawalan dokumen terperingkat
Kawalan dokumen terperingkatKawalan dokumen terperingkat
Kawalan dokumen terperingkat
 
Kertas kerja integriti 2019
Kertas kerja integriti 2019Kertas kerja integriti 2019
Kertas kerja integriti 2019
 
Peraturan 26 TIdak Hadir Bertugas Dan Tidak Dapat Dikesan
Peraturan 26 TIdak Hadir Bertugas Dan Tidak Dapat DikesanPeraturan 26 TIdak Hadir Bertugas Dan Tidak Dapat Dikesan
Peraturan 26 TIdak Hadir Bertugas Dan Tidak Dapat Dikesan
 
Risiko dan Penemuan Audit Dalam Perolehan
Risiko dan Penemuan Audit Dalam Perolehan Risiko dan Penemuan Audit Dalam Perolehan
Risiko dan Penemuan Audit Dalam Perolehan
 
Laporan post mortem bendahari
Laporan post mortem bendahariLaporan post mortem bendahari
Laporan post mortem bendahari
 
Contoh sasaran kerja tahunan
Contoh sasaran kerja tahunanContoh sasaran kerja tahunan
Contoh sasaran kerja tahunan
 
Tatacara pengurusan aset alih kerajaan
Tatacara pengurusan aset alih kerajaanTatacara pengurusan aset alih kerajaan
Tatacara pengurusan aset alih kerajaan
 
Pengurusan Acara
Pengurusan Acara Pengurusan Acara
Pengurusan Acara
 
Surat iringan
Surat iringanSurat iringan
Surat iringan
 
Skala gaji ssm gaji-n17-n22-n26
Skala gaji ssm gaji-n17-n22-n26Skala gaji ssm gaji-n17-n22-n26
Skala gaji ssm gaji-n17-n22-n26
 
Pelupusanhapuskira
PelupusanhapuskiraPelupusanhapuskira
Pelupusanhapuskira
 
Surat pohon fogging
Surat pohon foggingSurat pohon fogging
Surat pohon fogging
 
C Elaun
C ElaunC Elaun
C Elaun
 
Slide pelupusan
Slide pelupusanSlide pelupusan
Slide pelupusan
 
Catatan dlm buku perkhidmatan
Catatan dlm buku perkhidmatanCatatan dlm buku perkhidmatan
Catatan dlm buku perkhidmatan
 
Konsep sistem fail
Konsep sistem failKonsep sistem fail
Konsep sistem fail
 
Pengurusan fail
Pengurusan failPengurusan fail
Pengurusan fail
 
Taklimat Pembangunan Klasifikasi Fail.pptx
Taklimat Pembangunan Klasifikasi Fail.pptxTaklimat Pembangunan Klasifikasi Fail.pptx
Taklimat Pembangunan Klasifikasi Fail.pptx
 
Laporan aktiviti makan malam
Laporan aktiviti makan malamLaporan aktiviti makan malam
Laporan aktiviti makan malam
 

Similar to Perkhidmatan sumber manusia

Pekeliling perkhidmatan
Pekeliling perkhidmatanPekeliling perkhidmatan
Pekeliling perkhidmatandaproket
 
Buku Garis Panduan Cuti Belajar
Buku Garis Panduan Cuti BelajarBuku Garis Panduan Cuti Belajar
Buku Garis Panduan Cuti BelajarChon Seong Hoo
 
Transformasi minda (kissm)
Transformasi minda (kissm)Transformasi minda (kissm)
Transformasi minda (kissm)Miz Jieha
 
Cca pengajianmalaysia hasrol hashom
Cca pengajianmalaysia hasrol hashomCca pengajianmalaysia hasrol hashom
Cca pengajianmalaysia hasrol hashomfaaarrreeehhhaaahhh
 
Nota SPP Bab 10
Nota SPP Bab 10Nota SPP Bab 10
Nota SPP Bab 10Rainne Lee
 
Spp062011 program transformasi minda
Spp062011   program transformasi mindaSpp062011   program transformasi minda
Spp062011 program transformasi mindaAdura Azlin Ishak
 
garis panduan penyediaan kew8 pergerakan dan pelarasan gaji.pdf
garis panduan penyediaan kew8 pergerakan dan pelarasan gaji.pdfgaris panduan penyediaan kew8 pergerakan dan pelarasan gaji.pdf
garis panduan penyediaan kew8 pergerakan dan pelarasan gaji.pdfWanFadh1
 
Pekeliling 40 dg41 + dg29
Pekeliling 40 dg41 + dg29Pekeliling 40 dg41 + dg29
Pekeliling 40 dg41 + dg29kurdasang
 
PTM (Program Transformasi Minda)
PTM (Program Transformasi Minda) PTM (Program Transformasi Minda)
PTM (Program Transformasi Minda) Cikgu Naqib
 
Garis panduantusyen
Garis panduantusyenGaris panduantusyen
Garis panduantusyenhafidzanazmi
 
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 4 TAHUN 2018
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 4 TAHUN 2018PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 4 TAHUN 2018
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 4 TAHUN 2018Chon Seong Hoo
 
Ebook kajian analisiskeperluanprogramdiplomapengurusanperhidmatanmakanandipol...
Ebook kajian analisiskeperluanprogramdiplomapengurusanperhidmatanmakanandipol...Ebook kajian analisiskeperluanprogramdiplomapengurusanperhidmatanmakanandipol...
Ebook kajian analisiskeperluanprogramdiplomapengurusanperhidmatanmakanandipol...ahmadsobri11
 
TAKLIMAT SKPG 2024 GRADUAN TAHUN AKHIR.pptx
TAKLIMAT SKPG 2024 GRADUAN TAHUN AKHIR.pptxTAKLIMAT SKPG 2024 GRADUAN TAHUN AKHIR.pptx
TAKLIMAT SKPG 2024 GRADUAN TAHUN AKHIR.pptxMuhamadSyahrilHafiz
 

Similar to Perkhidmatan sumber manusia (20)

Pekeliling perkhidmatan
Pekeliling perkhidmatanPekeliling perkhidmatan
Pekeliling perkhidmatan
 
Buku Garis Panduan Cuti Belajar
Buku Garis Panduan Cuti BelajarBuku Garis Panduan Cuti Belajar
Buku Garis Panduan Cuti Belajar
 
Transformasi minda (kissm)
Transformasi minda (kissm)Transformasi minda (kissm)
Transformasi minda (kissm)
 
Cca pengajianmalaysia hasrol hashom
Cca pengajianmalaysia hasrol hashomCca pengajianmalaysia hasrol hashom
Cca pengajianmalaysia hasrol hashom
 
Nota SPP Bab 10
Nota SPP Bab 10Nota SPP Bab 10
Nota SPP Bab 10
 
Spp062011 program transformasi minda
Spp062011   program transformasi mindaSpp062011   program transformasi minda
Spp062011 program transformasi minda
 
Spp062011
Spp062011Spp062011
Spp062011
 
12 2011.pdf
12 2011.pdf12 2011.pdf
12 2011.pdf
 
1317951503
13179515031317951503
1317951503
 
garis panduan penyediaan kew8 pergerakan dan pelarasan gaji.pdf
garis panduan penyediaan kew8 pergerakan dan pelarasan gaji.pdfgaris panduan penyediaan kew8 pergerakan dan pelarasan gaji.pdf
garis panduan penyediaan kew8 pergerakan dan pelarasan gaji.pdf
 
Pekeliling 40 dg41 + dg29
Pekeliling 40 dg41 + dg29Pekeliling 40 dg41 + dg29
Pekeliling 40 dg41 + dg29
 
Pp402013(1)
Pp402013(1)Pp402013(1)
Pp402013(1)
 
Sekolah
SekolahSekolah
Sekolah
 
PTM (Program Transformasi Minda)
PTM (Program Transformasi Minda) PTM (Program Transformasi Minda)
PTM (Program Transformasi Minda)
 
Garis panduantusyen
Garis panduantusyenGaris panduantusyen
Garis panduantusyen
 
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 4 TAHUN 2018
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 4 TAHUN 2018PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 4 TAHUN 2018
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 4 TAHUN 2018
 
Ebook kajian analisiskeperluanprogramdiplomapengurusanperhidmatanmakanandipol...
Ebook kajian analisiskeperluanprogramdiplomapengurusanperhidmatanmakanandipol...Ebook kajian analisiskeperluanprogramdiplomapengurusanperhidmatanmakanandipol...
Ebook kajian analisiskeperluanprogramdiplomapengurusanperhidmatanmakanandipol...
 
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - SELANGOR
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 -  SELANGORLAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 -  SELANGOR
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - SELANGOR
 
Manual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbpppManual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbppp
 
TAKLIMAT SKPG 2024 GRADUAN TAHUN AKHIR.pptx
TAKLIMAT SKPG 2024 GRADUAN TAHUN AKHIR.pptxTAKLIMAT SKPG 2024 GRADUAN TAHUN AKHIR.pptx
TAKLIMAT SKPG 2024 GRADUAN TAHUN AKHIR.pptx
 

More from norliza khairuddin (10)

Tentatif program
Tentatif programTentatif program
Tentatif program
 
Surat jemputan semua ppd
Surat jemputan semua ppdSurat jemputan semua ppd
Surat jemputan semua ppd
 
Mata
MataMata
Mata
 
Pekerjaan slide
Pekerjaan slidePekerjaan slide
Pekerjaan slide
 
Menupra1
Menupra1Menupra1
Menupra1
 
Bacaanrumah2014
Bacaanrumah2014Bacaanrumah2014
Bacaanrumah2014
 
kad imbasan buahan
kad imbasan buahankad imbasan buahan
kad imbasan buahan
 
Baca sukukata
Baca sukukataBaca sukukata
Baca sukukata
 
Bacaanrumah2014
Bacaanrumah2014Bacaanrumah2014
Bacaanrumah2014
 
huruf prasekolah
huruf prasekolahhuruf prasekolah
huruf prasekolah
 

Perkhidmatan sumber manusia

  • 1. PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA There is no translation available. ANGGARAN BELANJA MENGURUS PERJAWATAN 1. Bagaimanakah asas pengiraan norma perjawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di sekolah?  Perkiraan perjawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di sekolah adalah berdasarkan perjawatan dalam norma atau luar norma. Selain itu kelayakan perjawatan juga adalah berdasarkan bilangan kelas yang beroperasi dan enrolmen murid di sebuah sekolah. Perincian perkiraan norma perjawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di sekolah boleh dirujuk melalui Panduan Norma Perjawatan sekolah yang disediakan oleh Cawangan Perjawatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM. 2. Bagaimanakah proses permohonan keperluan perjawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di sekolah?  Permohonan keperluan perjawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) adalah melalui permohonan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Perjawatan tahunan. Tempoh permohonan diumumkan pada setiap awal tahun kepada sekolah melalui Bahagian-Bahagian, KPM bagi sekolah yang dikawal selia oleh Bahagian dan Jabatan Pendidikan Negeri bagi sekolah yang dikawal selia oleh JPN. 3. Bagaimanakah pihak sekolah boleh menyemak peruntukan perjawatan mengikut kelayakan norma perjawatan?  Pihak sekolah boleh menyemak peruntukan perjawatan yang layak berdasarkan norma perjawatan melalui Modul Data e-Operasi dengan memuat turun Sijil/Penyata Kelulusan Perjawatan Sekolah. MAKLUMAT PERJAWATAN 1. Apakah definisi Waran Perjawatan (WP)?  Waran Perjawatan (WP)adalah dokumen rasmi yang digunakan oleh semua agensi di bawah Perkhidmatan Awam Persekutuan (PAP) bertujuan untuk meluluskan sesuatu perubahan kepada Senarai Perjawatan Tahunan sektor awam. Ia juga merupakan dokumen perundangan yang memberi kuasa bagi mewujud/menambah dan mengurangkan bilangan jawatan atau mengubah tangga gaji gred jawatan yang diperuntukkan di bawah sesuatu Maksud Perbelanjaan Anggaran Persekutuan dan seterusnya membenarkan bayaran gaji/imbuhan dibuat.
  • 2. 2. Apakah Waran Perjawatan (WP) secara Zero-Based?  WP secara Zero-Based merupakan perubahan perjawatan secara keseluruhan terhadap WP berkuat kuasa. Penyusunan semula secara zero-based melibatkan Program/Aktiviti Maksud Berkenaan dan semua butiran serta jawatan di bawah Program/Aktiviti berkenaan hendaklah dimansuhkan dan digantikan dengan Program/Aktiviti dan butiran baharu. 3. Apakah yang dimaksudkan sebagai jawatan Khas Untuk Penyandang (KUP)?  Jawatan Khas Untuk Penyandang (KUP) adalah jawatan yang diwujudkan bagi membolehkan penempatan seseorang pegawai di mana gred hakikinya lebih tinggi atau rendah daripada gred hakiki jawatan. 4. Apakah yang dimaksudkan sebagai jawatan Skim Perkhidmatan Bersepadu?  Skim Perkhidmatan Bersepadu adalah Skim Perkhidmatan yang menggabungkan Kumpulan Perkhidmatan yang lebih rendah dengan Kumpulan Perkhidmatan yang lebih tinggi, contohnya Kumpulan Sokongan dengan Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Jawatan di bawah skim ini membolehkan kenaikan pangkat daripada Anggota Kumpulan Pelaksana kepada kumpulan Pengurusan dan Profesional. 5. Apakah Perbezaan Antara Gred Utama dan Gred Khas?  Gred Utama dan Gred Khas tergolong di dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi namun dibezakan mengikut peranan berikut :  Gred Utama – Jawatan yang menjalankan fungsi pengurusan dan penggubalan dasar. Contoh: Ketua Pengarah di sesebuah Jabatan.  Gred Khas – Jawatan yang mengiktiraf kepakaran dan pengalaman dalam bidang-bidang khusus, tidak memainkan peranan ataupun menjalankan tugas yang bersifat pengurusan dan strategik. Contoh: Pakar Perubatan di Hospital. 6. Mengapakah “Jawatan Terbuka” masih diperlukan di dalam perkhidmatan awam?  Jawatan terbuka diwujudkan bagi membolehkan pengisian dibuat oleh mana-mana skim perkhidmatan yang mempunyai kemahiran /kepakaran yang diperlukan dalam menjalankan sesuatu tugas. Ia turut membuka peluang kemajuan kerjaya bagi organisasi yang bersifat tertutup memandangkan pengisian jawatan tersebut adalah bersifat fleksibel. Walau bagaimanapun pewujudan jawatan terbuka ini tidak boleh digunakan bagi tujuan kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan. Bagi tujuan pengesahan kenaikan pangkat penyandang, permohonan perlu dikemukakan kepada BPO bagi menukar taraf jawatan tersebut kepada tertutup. PENSTRUKTURAN 1. Apakah maksud Carta Fungsi?
  • 3.  Carta Fungsi adalah carta keseluruhan yang menyenaraikan setiap fungsi dan bidang tugas setiap unit/cawangan/sektor/jabatan/pusat di agensi yang berkaitan dan telah diluluskan oleh Agensi Pusat. Carta Fungsi tersebut perlu dikemaskini dari semasa ke semasa dan dimaklumkan kepada BPSM, KPM untuk direkod dan dimaklumkan kepada Agensi Pusat. 2. Apakah maksud Carta Organisasi?  Carta Organisasi adalah carta keseluruhan yang berdasarkan kepada Waran Perjawatan yang diluluskan serta menggambarkan struktur setiap perjawatan dan hubungan kuasa di setiap unit/cawangan/sektor/jabatan/pusat di agensi yang berkaitan dan telah diluluskan oleh Agensi Pusat. Agensi perlu mengemukakan permohonan kepada BPSM, KPM sekiranya terdapat keperluan untuk mengubah struktur atau/dan perjawatan di Agensi berkenaan. 3. Bilakah permohonan pengukuhan perjawatan dan/atau penstrukturan semula Bahagian/Institut/JPN/PPD boleh dikemukakan?  Permohonan pengukuhan perjawatan dan/atau penstrukturan semula Bahagian/Institut/JPN/PPD boleh dikemukakan sepanjang masa dengan mengemukakan kertas cadangan yang mengandungi justifikasi yang lengkap mengenai permohonan jawatan baru, permohonan kenaikan gred jawatan, permohonan pertukaran skim atau lain-lain kepada Cawangan Perjawatan, BPSM. Walau bagaimanapun, permohonan terakhir yang diluluskan bagi setiap agensi perlu beroperasi sekurang- kurangnya 3 tahun sebelum permohonan baru dikemukakan. 4. Apakah dokumen yang perlu dikemukakan bersama permohonan?  Sebarang permohonan perlu terdiri daripada perkara-perkara berikut: i. Surat iringan permohonan ii. Kertas Permohonan yang merangkumi perkara berikut :  Tujuan kertas permohonan  Latar belakang permohonan  Permohonan agensi  Asas pertimbangan/justifikasi permohonan  Kesimpulan  Lampiran seperti berikut:  Carta Organisasi Sedia Ada  Carta Fungsi Sedia Ada  Carta Organisasi Cadangan  Carta Fungsi Cadangan  Maklumat Perjawatan dan Pengisian Sedia Ada  Ringkasan Permohonan  Senarai Tugas Jawatan Berkaitan Permohonan  Implikasi Kewangan Permohonan
  • 4. PENGAMBILAN GURU 1. Bagaimanakah proses pengambilan guru baharu dilaksanakan?  Urusan penyelarasan pengambilan guru baharu bermula di peringkat pengumpulan data graduan yang diperoleh daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Universiti Awam (UA). Penyelarasan pengambilan dan penempatan graduan pendidikan ini dilaksanakan berdasarkan kekosongan perjawatan serta keperluan opsyen. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mendapatkan maklumat keperluan opsyen daripada Sektor Operasi Pendidikan (SOP), KPM berdasarkan jumlah kekosongan jawatan semasa bagi merancang jumlah bekalan graduan yang diperlukan untuk ditempatkan ke sekolah-sekolah di bawah pentadbiran KPM.  Seterusnya, jumlah bekalan yang diperlukan akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi tujuan temu duga. di mana calon perlu memohon terlebih dahulu melalui portal www.jobsmalaysia.com untuk panggilan temu duga SPP. Calon yang berjaya dalam temu duga akan mengemas kini maklumat melalui sistem e-Graduan dan SOP yang terlibat akan menguruskan penempatan mereka. 2. Apakah kriteria yang diambil kira dalam melaksanakan urusan unjuran pengambilan guru?  Penyelarasan pengambilan dan penempatan graduan pendidikan dilaksanakan berdasarkan kekosongan jawatan dan keperluan opsyen. Kekosongan jawatan ini merangkumi guru-guru yang bersara wajib, bersara pilihan, berlakunya peletakan jawatan dan kematian serta pembukaan institusi (sekolah) baharu. Keperluan opsyen pula berdasarkan kekosongan opsyen guru di sesebuah sekolah/institusi, jumlah pembukaan institusi baharu serta perubahan dasar semasa Kerajaan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) akan membuat perancangan unjuran pengambilan guru baharu dengan mengambil kira kriteria-kriteria tersebut melalui kerjasama dan maklumat yang diperolehi daripada pelbagai Bahagian peringkat kementerian dan agensi pusat sebelum diselaraskan dengan IPGM dan juga UA. 3. Apakah Dasar semasa Kerajaan dalam urusan pengambilan guru baharu memandangkan terdapat banyak Institusi Pengajian Tinggi yang menawarkan Ijazah dalam bidang pendidikan ?  Dasar semasa Kementerian dalam urusan pengambilan guru baharu adalah dengan memberi keutamaan kepada graduan IPGM dan UA keluaran semasa khususnya yang diberi tajaan oleh KPM untuk ditemu duga lantikan tetap oleh SPP berdasarkan kekosongan jawatan yang terhad dan keperluan opsyen di sekolah-sekolah di bawah pentadbiran Kementerian KPM. 4. Bilakah graduan Pendidikan yang telah ditemu duga akan ditempatkan?  Proses penempatan guru baharu akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat berdasarkan kekosongan jawatan dan keperluan opsyen semasa tertakluk kepada keputusan rasmi temu duga yang diterima daripada SPP.
  • 5. 5. Apakah prosedur yang perlu dilakukan oleh graduan yang tidak dilantik untuk berkhidmat dengan KPM?  Bagi graduan Pendidikan yang tidak dilantik berkhidmat dengan KPM atas pelbagai sebab seperti gagal temu duga SPP, tidak hadir temu duga, hadir tetapi tidak ditemu duga kerana tidak membawa dokumen yang lengkap, menolak tawaran pelantikan dan penempatan atau sebagainya, mereka perlu memohon semula ke SPP melalui portal www.jobsmalaysia.gov.my. Bagi graduan yang gagal temu duga, mereka boleh memohon semula selepas enam (6) bulan dari tarikh keputusan temu duga dikeluarkan melalui portal SPP. Tempoh enam (6) diberikan oleh SPP untuk memohon semula bertujuan memberi peluang kepada calon untuk memperbaiki kelemahan diri. Walau bagaimanapun, berdasarkan surat SPP rujukan SPP.30/22/4(19) bertarikh 27 Mac 2015, graduan yang menolak tawaran akan disenarai hitam selama satu (1) tahun sebelum layak memohon semula ke jawatan PPP Gred DG41. Dalam hal ini, panggilan temu duga adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan keperluan opsyen semasa KPM. Selain itu, setiap calon perlu bersaing dengan graduan semasa dan hanya graduan yang terbaik sahaja akan dipilih oleh SPP berdasarkan merit, keperluan opsyen dan prestasi temu duga. 6. Terdapat pelbagai sistem online yang digunapakai dalam operasi KPM. Boleh terangkan tentang sistem e-Graduan?  Sistem e-Graduan dibangunkan sebagai penambahbaikan dalam urusan pengambilan dan penempatan guru baharu. e-Graduan merupakan modul baharu bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), KPM di bawah Pengurusan Guru. Modul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM. Modul ini melibatkan proses pengambilan dan penempatan guru baharu yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu graduan dan pentadbir sistem. Sistem ini merupakan aplikasi yang dibangunkan bagi memberi peluang kepada graduan Pendidikan untuk mengemaskini maklumat peribadi terkini untuk memudahkan pelaksanaan urusan penempatan bagi graduan yang telah lulus temu duga. PELANTIKAN GURU 1. Apakah dokumen yang diperlukan bagi pegawai yang dilantik secara peminjaman dan pertukaran sementara?  Senarai dokumen yang berkaitan boleh dirujuk berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 12/2008.  Bagi urusan pertukaran sementara ke agensi awam, sijil gaji akhir dan Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) pegawai di agensi pembekal hendaklah diserahkan kepada agensi peminjam.
  • 6.  Bagi urusan peminjaman ke agensi swasta/badan berkanun, sijil gaji akhir dan Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) pegawai di agensi pembekal hendaklah dikemukakan kepada BPSM, KPM. 1. Bagaimanakah permohonan pelantikan sebagai Pegawai PerkhidmatanPendidikan (PPP) Gred DG41?  Sebarang permohonan hendaklah dibuat melalui portal JobsMalaysia. Walau bagaimanapun, KPM hanya memperaku calon tajaan KPM mengikut kekosongan jawatan dan keperluan opsyen semasa. PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN (PDP) 1. Apakah syarat-syarat dan tatacara pengesahan dalam perkhidmatan?  Pegawai yang telah memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan masing- masing dalam tempoh percubaan boleh disahkan dalam perkhidmatan sekiranya memenuhi syarat- syarat seperti berikut: PPP i. Berkhidmat dalam tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun; ii. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi/ Program Tranformasi Minda; dan iii. Diperaku oleh Ketua Jabatan. AKP i. Berkhidmat dalam tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun; ii. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi/ Program Tranformasi Minda; iii. Lulus Peperiksaan Perkhidmatan seperti yang disyaratkan oleh Skim Perkhidmatan; dan iv. Diperaku oleh Ketua Jabatan. Ketua Jabatan hendaklah memperaku PDP pegawai dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh pegawai itu didapati layak bagi pengesahan dengan mengemukakan dokumen seperti berikut:  Borang Permohonan PDP Pegawai (SPP/K/002) (Lampiran I Pekeliling SPP Bil. 4 Tahun 2013)  Borang Perakuan PDP Jadual Ketiga (Lampiran II atau Lampiran III Pekeliling SPP Bil. 4 Tahun 2013)  Borang Opsyen KWSP Jadual Kelima (Lampiran IV atau Lampiran V Pekeliling SPP Bil. 4 Tahun 2013)  Salinan Sijil Kursus Induksi / Program Tranformasi Minda (PTM) dan surat pengecualian Kursus Induksi/ PTM (jika ada)  Salinan Keputusan Peperiksaan Perkhidmatan (bagi AKP)  Salinan Buku Rekod Perkhidmatan (Kenyataan Perkhidmatan, Kenyataan Cuti dan Lembaran Kelakuan) yang kemas kini / teratur dan disahkan
  • 7. 2. Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya seseorang pegawai masih belum disahkan dalam perkhidmatan setelah tamat tempoh percubaan?  Ketua Jabatan bagi anggota yang tidak dapat disahkan dalam perkhidmatan dalam tempoh yang ditetapkan hendaklah mengemukakan permohonan bagi Pelanjutan Tempoh Percubaan (PTP) anggota kepada SPP dalam tempoh 7 hari sebaik sahaja tamat tempoh percubaan maksimum atau genap 36 bulan perkhidmatan (Perenggan 9 Pekeliling SPP Bil. 3 Tahun 2013). 3. Sekiranya pegawai telah memenuhi syarat untuk disahkan Dalam perkhidmatan tetapi tidak diperaku oleh Ketua Jabatan apakah yang perlu dilakukan?  Jika seseorang pegawai tidak diperakukan untuk disahkan dalam perkhidmatan, Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan kepada Suruhanjaya perakuan untuk tidak mengesahkan pegawai itu dalam perkhidmatan sebagaimana dalam Jadual Ketiga – Perakuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan. Para 4, P.U(A) 1/2012. Jika Ketua Jabatan gagal mengemukakan perakuan bagi pengesahan seseorang pegawai mengikut subperaturan (3), pegawai itu boleh memohon kepada Suruhanjaya untuk disahkan dan suatu salinan permohonan itu hendaklah dihantar ke Ketua Jabatan. Para 5, P.U.(A) 1/2012. 4. Bolehkah pegawai memohon untuk pengecualian Program Transformasi Minda (PTM)?  Boleh. Pegawai sedang berkhidmat yang kemudiannya dilantik ke skim perkhidmatan atau perkhidmatan lain dikecualikan daripada menghadiri PTM selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2012 sekiranya telah memenuhi syarat berikut di skim perkhidmatan terdahulu: i. hadir dengan jaya PTM; atau ii. hadir dengan jaya Kursus Induksi - Modul Umum; atau iii. lulus Peperiksaan Am Kerajaan Dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut: i. Surat iringan dari Jabatan/Sekolah (berserta justifikasi kelewatan sekiranya melebihi tempoh percubaan tiga (3) tahun dari tarikh lantikan); ii. Salinan bukti kehadiran Kursus Induksi (Modul Umum)/ PTM atau slip keputusan Peperiksaan Am Kerajaan yang disahkan oleh Ketua Jabatan; dan iii. Salinan surat lantikan ke jawatan terkini pemohon. Pemohon boleh menyemak dan memuat turun surat kelulusan pengecualian melalui capaian https://ptm.moe.gov.my/?doit=semakPengecualian .
  • 8. PEMBERIAN TARAF BERPENCEN (PTB) 1. Apakah yang melayakkan seorang pegawai diberi taraf berpencen?  Seseorang pegawai layak diberi taraf berpencen sekiranya tidak memilih skim KWSP, telah disahkan dalam perkhidmatan dan genap tempoh 3 tahun perkhidmatan yang boleh diambilkira. Secara umumnya, tarikh PTB ditetapkan pada satu hari bulan pada bulan berikutnya selepas SPP menerima perakuan lengkap daripada Ketua Jabatan. Dokumen yang perlu dikemukakan bagi tujuan Pemberian Taraf Berpencen adalah seperti berikut: i. Borang Permohonan PTB Pegawai (SPP/K/003) - (Lampiran VI Pekeliling SPP Bil. 4 Tahun 2013); ii. Borang Perakuan PTB - Jadual Keenam (Lampiran VII atau Lampiran VIII Pekeliling SPP Bil. 4 Tahun 2013); dan iii. Salinan Buku Rekod Perkhidmatan (Kenyataan Perkhidmatan, Kenyataan Cuti dan Lembaran Kelakuan) yang kemas kini/teratur dan disahkan. PELANJUTAN TEMPOH PERCUBAAN (PTP) 1. Bilakah permohonan Pelanjutan Tempoh Percubaan boleh dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)? Perakuan permohonan Pelanjutan Tempoh Percubaan boleh dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam apabila pegawai gagal untuk disahkan dalam perkhidmatan sebaik sahaja tamat tempoh percubaan asalnya iaitu mengikut Peraturan 30(2), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012]. 2. Apakah dokumen yang diperlukan untuk pelanjutan tempoh percubaan? Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan kepada Suruhanjaya: 1. Perakuan daripada Ketua Jabatan melalui Jadual Ketiga – Borang Perakuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Jadual Keempat - Borang Perakuan Pelanjutan Tempoh Percubaan, merujuk kepada - Peraturan 29(2) & (4) dan 30(3), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012] ; 2. Salinan BPK yang telah dikemaskini; dan 3. Surat alasan daripada pegawai tentang kelewatan memenuhi syarat perkhidmatan 3. Berapa tahunkah Pelanjutan Tempoh Percubaan boleh diluluskan? Mengikut Peraturan 30(5), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012] tempoh percubaan seseorang pegawai hanya boleh dilanjutkan tidak melebihi dua belas bulan, tetapi Suruhanjaya boleh dalam hal keadaan khas melanjutkan tempoh percubaan melebihi dua belas bulan jika difikirkan patut.
  • 9. Manakala pegawai yang gagal mendapat sokongan Ketua Jabatan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hanya melanjutkan tempoh percubaan selama dua belas bulan sahaja dan diikuti dengan penamatan, jika pegawai masih gagal untuk diberi Pengesahan Dalam Perkhidmatan. CUTI REHAT (CRK) 1. Seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29 di lantik mulai 1 Julai 1996. Pegawai dinaikkan pangkat ke Gred DG32 pada 1 Oktober 2006. Pada 1 Januari 2007, pegawai dilantik sebagai Guru Besar. Pegawai telah memilih untuk kekal diberi kemudahan Cuti Rehat tahunan menut PP 4/2002 atau PP 20/2008. Pada 1 Januari 2010, pegawai telah dilantik ke jawatan PPP Gred DG41 setelah menamatkan pengajian peringkat Ijagikzah Sarjana Muda dan kekal sebagai Guru Besar di sekolah yang sama. Berapakah kelayakan Cuti Rehat tahunan pegawai setelah dilantik ke jawatan Gred DG41? Kelayakan Cuti Rehat tahunan pegawai adalah sebanyak 25 hari setahun. Berdasarkan PP 14/2008, pegawai awam yang lantikan mulai 1 Januari 2009, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan adalah sebagaimana yang ditetapkan dalam PP14/2008. Sehubungan itu, kadar Cuti Rehat tahunan pegawai yang telah memilih opsyen untuk kekal diberi kemudahan Cuti Rehat tahunan di bawah PP 4/2002 atau PP 20/2005 dan pegawai lantikan mulai 1 Januari 2009 adalah seperti berikut : PPPLD yang dilantik sebagai PPPS: Penetapan kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan di jawatan/ skim perkhidmatan yang baharu (PPPS) adalah berdasarkan tarikh lantikan pegawai ke jawatan/ skim perkhidmatan yang baharu (PPPS). 2. Adakah kelayakan Cuti Rehat Khas (CRK) sebanyak 7 hari boleh dihabiskan/ digunakan sekaligus pada awal tahun? Berdasarkan peruntukan Perenggan 4(d)(i), PP 3/2005, kaedah pengambilan CRK adalah berdasarkan kepada tempoh perkhidmatan yang melayakkan bagi satu tahun kalendar dan secara pro-rata (proportionate). Walau bagaimanapun, berdasarkan SPP KPM 1/2015- Pelaksanaan Pemberian Cuti Rehat Khas Berdasarkan PP 3/2005 berkuatkuasa mulai 19 Mac 2015 menjelaskan berhubung pelaksanaan terkini pemberian kelulusan CRK seperti berikut : Ketua Jabatan dalam keadaan tertentu boleh memberi kelulusan CRK melebihi bilangan yang dilayaki tanpa terikat dengan tempoh perkhidmatan yang melayakkan terhad untuk tujuan- tujuan berikut:  Menziarahi ‘ahli keluarga’ dan ‘ahli keluarga rapat’ yang sakit tenat atau meninggal dunia;  Menziarahi upacara keagamaan yang dianuti oleh pegawai;
  • 10.  Dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran, banjir dan sebagainya;  Majlis konvokesyen bagi pegawai atau ‘ahli keluarga’;  Mendaftar anak ke sekolah atau institusi pengajian tinggi (di dalam atau di luar negara);  Menunaikan fardhu haji sekiranya tempoh 40 hari tidak mencukupi;  Menghadiri kursus suai kenal bagi kursus luar kampus; dan  Perkahwinan pegawai atau anak pegawai. Tempoh CRK yang telah diambil secara pendahuluan mengikut tujuan-tujuan di atas hendaklah dipulangkan dalam bentuk pemotongan emolumen pegawai sekiranya berlaku keadaan di mana pegawai tidak genap berkhidmat dalam satu tahun kelendar atas sebab cuti tanpa gaji, cuti separuh gaji, cuti belajar, cuti haji, cuti sakit tibi, kusta dan barah, pegawai meninggal dunia dalam perkhidmatan atau ditamatkan perkhidmatan. 3. Adakah CRK yang tidak dapat dihabiskan boleh di bawa ke tahun berikutnya? Berdasarkan perenggan 2(b), PP 3/2005 menjelaskan bahawa CRK yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh di bawa ke tahun berikutnya, tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR). CUTI BERSALIN 1. Pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran. Adakah bermakna pegawai boleh memohon Cuti Bersalin tidak kira sama ada 68 hari, 70 hari, 82 hari atau 85 hari? Ya. Tempoh Cuti Bersalin yang dipohon adalah bergantung kepada pemilihan pegawai tertakluk kepada had tempoh di antara 60 hari sehingga 90 hari. 2. Adakah Cuti Sakit boleh digunakan bagi tujuan menggantikan tempoh Cuti Bersalin sekiranya pegawai telah menggunakan kelayakan maksimum Cuti Bersalin 300 hari? Tidak. Cuti Sakit tidak boleh digunakan bagi maksud menggantikan tempoh Cuti Bersalin kecuali Cuti Tibi, Kusta dan Barah atau tempoh pegawai dimasukkan ke wad hospital kerana sakit bukan atas sebab bersalin sepertimana yang telah dinyatakan dalam perenggan 11, PP 14/2010. 3. Adakah pegawai boleh meminda tempoh Cuti Bersalin yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan? Tidak. Perenggan 15.2 PP 14/2010 telah menjelaskan bahawa pegawai tidak boleh meminda tempoh Cuti Bersalin yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan.
  • 11. 4. Adakah kelayakan Cuti Bersalin pegawai yang telah menggunakan kemudahan Cuti Bersalin semasa berkhidmat secara kontrak diambil kira setelah pegawai tersebut dilantik ke jawatan tetap? Ya. Kelayakan Cuti Bersalin pegawai diambil kira semasa pegawai berkhidmat secara kontrak dan dianggap telah digunakan. 5. Adakah pegawai yang mengalami keguguran pada usia kandungan 24 minggu layak untuk mengambil Cuti Bersalin? Layak. Bagi pegawai yang telah melahirkan anak selepas 22 minggu mengandung, sama ada bayi itu hidup atau pun meninggal dunia adalah layak untuk diberi Cuti Bersalin memandangkan tubuh badan pegawai telah mengalami perubahan fizikal yang memerlukan Cuti Bersalin bagi tujuan pemulihan. 6. Puan A telah melahirkan 3 orang anak sepanjang perkhidmatan. Beliau telah mendapat cuti belajar tanpa gaji mulai tahun 2008 hingga 2011. 2 orang anak beliau dilahirkan dalam tempoh pengajian. Adakah kedua-dua orang anak yang dilahirkan dalam tempoh cuti belajar tanpa gaji itu diambil kira dalam kemudahan Cuti Bersalin? Tidak. Sekiranya pegawai bersalin dan sedang menikmati kemudahan Cuti Belajar Separuh Gaji/ Tanpa Gaji di mana tempoh kemudahan cuti tersebut telah meliputi tempoh Cuti Bersalin, maka ianya tidak diambil kira dalam kemudahan Cuti Bersalin memandangkan tempoh Cuti Bersalin itu telah diliputi oleh cuti belajar separuh gaji/ tanpa gaji tersebut. 7. Puan N, PPP Gred DG41 telah memohon untuk menggunakan 90 hari Cuti Bersalin bagi anak ketiga namun tidak diluluskan oleh Ketua Jabatan. Ketua Jabatan hanya meluluskan Cuti Bersalin selama 60 hari disebabkan oleh kekurangan tenaga kerja di sekolah tersebut. Adakah Ketua Jabatan mempunyai hak untuk berbuat demikian? Ya. Dari segi dasar pemberian kemudahan Cuti Bersalin, pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran. Walau bagaimanapun, tempoh Cuti Bersalin yang diberi adalah diputuskan dengan rundingan di antara pegawai dengan Ketua Jabatan di mana keputusan yang ditetapkan adalah berdasarkan kepada kelulusan Ketua Jabatan dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. 8. Berapa kalikah guru layak mengambil Cuti Bersalin Separuh Gaji sehingga 14 hari, setelah menghabiskan kemudahan Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 300 hari? Tiada had. Kemudahan Cuti Bersalin Separuh Gaji adalah cuti bersalin yang dibayar separuh emolumen dan hanya diperuntukkan kepada guru (yang mengajar) selama 14 hari dalam penggal sekolah. Pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran.
  • 12. Berdasarkan perenggan 8.2 PP 14/2010, Guru (yang mengajar) yang telah menggunakan kelayakan maksimum 300 hari kemudahan Cuti Bersalin, tempoh Cuti Bersalin adalah seperti berikut: 1. Semasa penggal sekolah, guru (yang mengajar) boleh :  mengambil Cuti Bersalin Separuh Gaji sehingga 14 hari; dan  mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan Cuti Bersalin Separuh Gaji; atau  menggunakan Cuti Menjaga Anak mulai dari tarikh bersalin sepertimana yang dijelaskan di dalam PP 5/2014 bagi memenuhi tempoh Cuti Bersalin. 2. Semasa cuti penggal sekolah, guru yang bersalin dianggap dalam Cuti Bergaji Penuh. 9. Puan K, Pembantu Pengurusan Murid telah mengambil Cuti Bersalin lebih awal dari tarikh bersalin sehingga 14 hari (3/3/15 – 16/3/15) dari tarikh dijangka bersalin. Namun demikian, beliau hanya bersalin pada 20/3/15. Adakah beliau boleh memberikan sijil sakit kepada Ketua Jabatan bagi tempoh 3 hari (17/3/15 – 19/3/15)? Tidak, sijil sakit tidak boleh diterima bagi tempoh 3 hari (17/3/15 – 19/3/15). Cuti Bersalin pegawai hendaklah dikira mulai 3/3/15 – 1/5/15 selama 60 hari (jika pegawai mengambil Cuti Bersalin 60 hari). 10. Puan B, Pembantu Tadbir telah menggunakan 300 hari kemudahan Cuti Bersalin (60 hari bagi setiap kelahiran). Beliau akan bersalin kali ke enam pada hari Kelepasan Am. Bilakah tarikh bersalin pegawai bermula? Cuti Bersalin bermula dari pegawai bersalin iaitu pada hari Kelepasan Am disambung dengan cuti rehat yang berkelayakan dan seterusnya Cuti Bersalin Tanpa Gaji. Walau bagaimanapun, pegawai dikehendaki memenuhi tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari. 11. Seorang PPP yang mempunyai baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 30 hari. Beliau bersalin semasa cuti penggal sekolah. Adakah guru berkenaan boleh untuk tidak menggunakan baki Cuti Bersalin? Tidak boleh. Sebagaimana yang dijelaskan di perenggan 7.2 PP 14/2010, Guru berkenaan dikehendaki untuk memenuhi tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari seperti turutan berikut: 1. menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh yang dilayaki; dan 2. bagi tempoh yang selebihnya dianggap Cuti Bergaji Penuh. CUTI MENJAGA ANAK 1. Puan A telah berkahwin dengan seorang bapa tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan berumur 4 tahun 7 bulan yang tinggal bersama dan ditanggung nafkahnya. Anak tiri pegawai telah ditimpa kemalangan dan beliau bercadang menggunakan
  • 13. kemudahan Cuti Menjaga Anak. Adakah pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak untuk menjaga anak tiri? Pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan tempoh Cuti Bersalin terhad sehingga 5 bulan (152 hari) kerana anak tiri pegawai telah berusia 4 tahun 7 bulan ketika permohonan dikemukakan dan tertakluk kepada syarat satu (1) tahun sepanjang tempoh perkhidmatan atau sehingga anak berumur lima (5) tahun, mana yang terdahulu: Perkiraan = 5 Bulan x 365 hari _________________ 12 Bulan = 152 hari 2. Puan B telah diluluskan kemudahan Cuti Menjaga Anak bagi tujuan menjaga anak tiri tanggungan. Dalam tempoh sedang bercuti menjaga anak, pegawai telah bercerai dengan suami beliau. Bolehkah pegawai meneruskan Cuti Menjaga Anak yang telah diluluskan? Pegawai tidak layak untuk meneruskan baki Cuti Menjaga Anak kerana tidak lagi memenuhi tafsiran anak tiri tanggungan yang tinggal bersama pegawai selepas perceraian tersebut. 3. Puan C telah mengambil Cuti Menjaga Anak selama 200 hari bagi tujuan menjaga anak angkat yang sakit. Pada hari ke 150, anak angkat pegawai meninggal dunia. Adakah pegawai masih boleh meneruskan Cuti Menjaga Anak sehingga 200 hari yang telah diluluskan? Tidak. Berdasarkan perenggan 11 (vi) PP 5/2014, pegawai dikehendaki melapor diri bertugas sebaik sahaja tamat tempoh Cuti Menjaga Anak atau apabila hubungan antara pegawai dan anak terputus atas sebab kematian anak atau lucut hak penjagaan. 4. Puan D telah menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak selepas melahirkan anak selama 200 hari (2007), 450 hari (2010) dan 650 hari (2012). Pada tahun 2015, pegawai akan melahirkan anak keempat dan bercadang menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak. Adakan pegawai layak? Pegawai layak baki kemudahan Cuti Menjaga Anak 525 hari (untuk kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin dan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin). Pengiraan kelayakan Cuti Menjaga Anak adalah seperti yang berikut:
  • 14. Jumlah Kelayakan Cuti: 1,825 hari Menjaga Anak (tolak) Cuti Menjaga Anak 2007: 200 hari (anak pertama) (tolak) Cuti Menjaga Anak 2010: 450 hari (anak kedua) (tolak) Cuti Menjaga Anak 2012: 650 hari (anak ketiga) Baki Cuti Menjaga Anak pada 2015 (anak keempat): * 525 hari *Sekiranya pegawai menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak tidak terikat dengan Cuti Bersalin kelayakan terhad sehingga 365 hari daripada jumlah kelayakan keseluruhan 525 hari. 5. Puan N mempunyai baki Cuti Bersalin bergaji penuh sebanyak 60 hari dan tidak pernah menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak sebelum ini. Adakah pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin? Pegawai layak kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin, terhad sehingga 1,825 hari bermula pada tarikh selepas tamatnya tempoh 60 hari Cuti Bersalin Bergaji Penuh. 6. Puan S, Pembantu Makmal hanya mempunyai baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 30 hari dan baki Cuti Rehat sebanyak 20 hari. Disebabkan Cuti Menjaga Anak merupakan Cuti Tanpa Gaji, pegawai bercadang untuk menghabiskan Cuti Bersalin Bergaji Penuh dan diikuti dengan Cuti Rehat dan seterusnya Cuti Menjaga Anak. Adakah pegawai layak untuk menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin? Pegawai tidak layak kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin kerana telah menggunakan kemudahan Cuti Rehat terlebih dahulu selepas Cuti Bersalin Bergaji Penuh. Namun, pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin, terhad sehingga 365 hari selepas menggunakan baki Cuti Rehat sebanyak 20 hari. 7. Puan F, seorang guru akan melahirkan anaknya yang kelapan semasa penggal sekolah. Pegawai tidak mempunyai baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh dan pernah menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak sebanyak 900 hari pada tahun 2009. Adakah pegawai boleh menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak secara sekaligus? Pegawai layak kemudahan Cuti Menjaga Anak mulai dari tarikh bersalin, terhad kepada baki sebanyak 925 hari dengan pengiraan seperti berikut: Jumlah kelayakan Cuti Menjaga Anak yang = 1,825 hari bersambung dengan Cuti Bersalin (tolak) Tempoh Cuti Menjaga Anak 2009 = 900 hari Baki Cuti Menjaga Anak yang bersambung = *925 hari dengan Cuti Bersalin
  • 15. * Pegawai boleh menggunakan baki 925 hari secara sekaligus atau sebahagian tertakluk kepada keperluan. 8. Puan R telah menggunakan kelayakan Cuti Menjaga Anak yang bersambung dengan Cuti Bersalin sebanyak 630 hari. Selepas kembali bertugas selama 1 tahun, pembantu rumah beliau telah menghilangkan diri secara tiba-tiba. Beliau berhasrat untuk menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin. Pada ketika itu, anak beliau berumur 3 tahun. Adakah pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak berikat dengan tempoh Cuti Bersalin? Pegawai layak kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin terhad sehingga 365 hari (1 tahun) sepanjang tempoh perkhidmatan. 9. Puan F, PPP Gred DG48 berhasrat untuk menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin sebanyak 360 hari untuk menjaga anaknya yang sakit. Namun demikian, memandangkan kemudahan Cuti Menjaga Anak ini merupakan Cuti Tanpa Gaji, pegawai risau ia akan menjejaskan kelayakan kemudahan Cuti Tanpa Gaji di bawah Perintah Am 14 Bab C Tahun 1974. Adakah pegawai masih layak untuk menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Gaji di bawah Perintah Am 14 Bab C Tahun 1974 selepas menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak? Pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Gaji di bawah peruntukan Perintah Am 52 Bab C Tahun 1974 memandangkan kemudahan Cuti Menjaga Anak di bawah PP 5/2014 tidak menjejaskan kelayakan bagi kemudahan di bawah peruntukan Perintah Am 52 Bab C 1974. Kedua-dua kemudahan Cuti Tanpa Gaji tersebut adalah merupakan dua kemudahan yang berbeza. 10. Puan D telah menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin sebanyak 150 hari bagi anaknya yang kedua. Selepas kembali bertugas selama 6 bulan, anaknya dimasukkan ke hospital. Pegawai juga telah habis menggunakan Cuti Separuh Gaji di bawah peruntukan Perintah Am Bab C 1974. Adakah pegawai layak menggunakan baki Kemudahan Cuti Menjaga Anak? Pegawai layak menggunakan baki kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin sebanyak 215 hari dengan pengiraan seperti berikut: Jumlah kelayakan Cuti Menjaga Anak yang : 365 hari tidak terikat dengan Cuti Bersalin (tolak) Tempoh Cuti Menjaga Anak telah diambil : 150 hari Baki Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin : 215 hari 11. Puan K telah diluluskan kemudahan Cuti Menjaga Anak sebanyak 130 hari meskipun pegawai masih di dalam tempoh percubaan. Apakah status tempoh percubaan pegawai? Tempoh percubaan pegawai dibekukan dan akan disambung semula mulai tarikh pegawai melapor diri bertugas. Walau bagaimanapun, pegawai boleh dikehendaki mengikuti kursus
  • 16. atau peperiksaan perkhidmatan yang disyaratkan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan. CUTI BARAH 1. Adakah seorang pegawai boleh dipertimbangkan kemudahan Cuti Barah Bergaji Penuh selama 720 hari sekaligus oleh Ketua Jabatan? Tidak. Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan kelulusan Cuti Barah Bergaji Penuh kepada pegawai yang telah didiagnos mengidap kanser oleh pakar kanser. Pegawai diberi sijil sakit barah bermula dari tarikh pengesahan diagnos kanser tersebut. Tempoh kelulusan Cuti Barah Bergaji Penuh adalah berdasarkan tempoh cuti barah yang dinyatakan dalam sijil sakit barah yang dikeluarkan oleh pakar barah kepada pegawai. 2. Adakah seorang pegawai awam boleh mendapatkan rawatan sakit barah di hospital/ klinik swasta? Pegawai boleh mendapatkan rawatan barahnya di hospital/ klinik swasta sepenuhnya tetapi hendaklah mendapatkan kebenaran berubat di yayasan bukan kerajaan daripada Kuasa Tertentu (BPSM, KPM) terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, apabila pegawai mendapat kelulusan berubat di yayasan bukan kerajaan, pegawai layak dipertimbangkan kemudahan Cuti Barah Bergaji Penuh selama 720 hari tetapi dengan syarat segala perbelanjaan rawatan perubatan barah tidak ditanggung oleh kerajaan. 3. Sekiranya seorang pegawai didiagnos dan disahkan menghidap kanser payu dara mulai Disember 2012 dan diluluskan Cuti Barah Bergaji Penuh selama 520 hari oleh Ketua Jabatan. Walau bagaimanapun pada Jun 2014, pegawai tersebut didiagnos dan disahkan menghidap kanser rahim tahap 2. Dalam kes ini, adakah pegawai layak mendapat kemudahan Cuti Barah Bergaji Penuh tambahan sebanyak 720 hari bagi penyakit kanser rahim? Berdasarkan peruntukan Perintah Am Bab C 31 menjelaskan bahawa kemudahan Cuti Barah Bergaji Penuh selama 720 hari bagi penyakit barah dan kusta atau yang setaraf dengannya. Ini bermakna kelayakan Cuti Barah Bergaji Penuh selama 720 hari meliputi kedua-dua jenis barah yang dihidapi pegawai. CUTI GANTIAN 1. Seorang pegawai tidak hadir bertugas pada 14 Oktober 2013 dan kelayakan Cuti Rehat pada tahun berkenaan telah habis digunakan. Ketua Jabatan mengarahkan pegawai untuk menjalankan tugas lebih masa mulai 17 hingga 20 Oktober 2013. Berdasarkan pengesahan penyelia, jumlah masa terkumpul bertugas lebih masa adalah
  • 17. melebihi 9 jam yang melayakkan pegawai dipertimbangkan 1 hari Cuti Gantian. Dalam kes ini, adakah Cuti Gantian selama 1 hari boleh diambil bagi menggantikan tempoh ketidakhadiran pegawai pada 14 Oktober 2013 walaupun jumlah masa terkumpul adalah bermula pada 17 Oktober 2013? Berdasarkan Perintah Am 40 Bab C 1974 menjelaskan bahawa Cuti Gantian layak dipertimbangkan kepada adalah pegawai yang diarahkan menjalankan tugas lebih masa pada hari bekerja biasa, hari cuti am atau hari kelepasan mingguan tetapi tidak berkelayakan mendapatkan bayaran lebih masa atau sebarang bayaran khas, layak diberi Cuti Gantian mengikut syarat yang ditetapkan dan diluluskan oleh Ketua Jabatan. Cuti Gantian boleh diluluskan sama banyak dengan masa yang dipanggil bertugas lebih masa tersebut. Satu hari Cuti Gantian bersamaan 9 jam kerja-kerja lebih masa dan jumlah jam kerja lebih masa yang boleh dikumpulkan bagi tujuan Cuti Gantian adalah dalam tempoh 2 bulan sahaja dan boleh digunakan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kelulusan kerja lebih masa yang diberikan oleh Ketua Jabatan sebagaimana yang dijelaskan dalam perenggan 5.2, SPP 1/1980, PP 9/1991 dan PP 4/2002. Oleh yang demikian, Cuti Gantian kepada pegawai tidak boleh dikebelakangkan tarikhnya sebagaimana dijelaskan di perenggan 2 di atas. CUTI SAKIT 1. Seorang pegawai telah jatuh sakit semasa bercuti rehat di Singapura. Beliau telah menerima rawatan di klinik swasta dan diberikan cuti sakit selama 2 hari. Bolehkan sijil sakit tersebut diterima? Berdasarkan surat edaran JPA rujukan JPA(S)223/8/3 Klt.15 (9) bertarikh 21 Oktober 2010 - Penambahbaikan Dasar Mengenai Penerimaan Sijil Sakit Yang Dikeluarkan Oleh Hospital/ Klinik Di Singapura menjelaskan bahawa: Ketua Jabatan boleh menerima sijil sakit yang dikeluarkan oleh klinik/ hospital di Singapura bagi tujuan meluluskan kemudahan Cuti Sakit kepada pegawai tertakluk kepada syarat-syarat berikut: 1. pegawai telah mendapatkan kelulusan ke luar negara dari Ketua Jabatan bagi apa-apa tujuan sekalipun; 2. bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit luar di klinik/ hospital di Singapura, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima terhad bagi tempoh jumlah tidak melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun kalendar. Jumlah 15 hari ini adalah termasuk jumlah penerimaan sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta di dalam negara tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan sepertimana yang dijelaskan dalam PP 2/2006. 3. bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit dalam di klinik/ hospital di Singapura, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima terhad bagi tempoh tidak melebihi 90 hari dalam sesuatu tahun kalendar; dan
  • 18. 4. bagi pegawai yang berkhidmat di sempadan Malaysia-Singapura yang mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di klinik/ hospital di negara berkenaan, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima tertakluk kepada peraturan di perenggan (b) di atas. CUTI KURSUS SAMBILAN (CKS) BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN SECARA JARAK JAUH (PJJ) 1. Apakah Syarat Untuk Mendapatkan Kemudahan Cuti Kursus Sambilan (CKS)? Berdasarkan perenggan 7, SPP Bil. 7 Tahun 2009, Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan pemberian CKS tertakluk kepada syarat berikut: 1. Pegawai telah disahkan dalam perkhidmatan; 2. Pegawai telah terlebih dahulu mendapat kebenaran secara bertulis daripada Ketua Jabatan untuk mengikuit pengajian secara jarak jauh; 3. Kursus yang diikuti adalah kursus yang telah mendapat pengiktirafan Unit Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam, Sektor Pengajian Tinggi bagi maksud lantikan ke dalam perkhidmatan awam yang boleh disemak melalui laman web JPA : eSISRAF; 4. Kemudahan CKS hanya layak untuk dua (2) kali sepanjang tempoh perkhidmatan; 5. Bilangan CKS yang diambil perlu direkod di ruang Maklumat Perkhidmatan dan Maklumat Cuti Buku Perkhidmatan Kerajaan pegawai; 6. Kemudahan yang diberikan bukan satu hak mutlak pegawai dan ianya tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan; dan 7. Kemudahan CKS (iaitu Cuti Tanpa Rekod bagi mengikuti kursus intensif sebanyak 30 hari bagi satu tahun pengajian) tidak boleh dibawa ke tahun hadapan, sekiranya pegawai tidak menggunakan kemudahan ini pada tahun semasa. Kursus intensif meliputi modul-modul yang mewajibkan pegawai mengikutinya secara sepenuh masa seperti berikut: 1. kuliah; 2. tutorial; 3. seminar/ bengkel/ kolokium; dan 4. latihan amali/ latihan industri yang kurang daripada 30 hari. 2. Sekiranya Seorang Pegawai Telah Memulakan Pengajian Secara Jarak Jauh Sebelum Berkhidmat Dengan Kerajaan Dan Meneruskan Pengajian Setelah Dilantik Ke Perkhidmatan Awam, Adakah Pegawai Tersebut Layak Untuk Menikmati Kemudahan CKS? Pegawai belum layak dipertimbangkan kemudahan CKS selaras dengan peruntukan SPP Bil. 7/2009 kerana belum disahkan dalam perkhidmatan.
  • 19. Walau bagaimanapun, bagi maksud menduduki peperiksaan, pegawai layak dipertimbangkan kemudahan Cuti Tanpa Rekod (CTR) di bawah peruntukan Perintah Am Bab C 44. PERATURAN MEMBERIKAN KEBENARAN TIDAK HADIR KERJA ATAS SEBAB-MUSABAB KECEMASAN AM 1. Seorang pegawai diarahkan berpindah ke pusat pemindahan banjir kerana rumah/tempat kediaman dinaiki air. Pegawai berada selama seminggu di pusat pemindahan banjir sementara menunggu banjir surut untuk kembali ke rumah. Dalam tempoh berada di pusat pemindahan banjir, pegawai boleh hadir ke pejabat kerana tidak terhalang perjalanan daripada pusat pemindahan banjir ke pejabat. Dalam kes ini, adakah peruntukan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/1986 juga terpakai kepada pegawai bagi tempoh selama mana pegawai berada di pusat pemindahan banjir tersebut? Berdasarkan PP 1/1986, Ketua-ketua Jabatan diberi kuasa untuk membenarkan pegawai di bawah kawalan masing-masing tidak hadir ke pejabat menjalankan tugas akibat sesuatu kejadian kecemasan yang menyebabkan keadaan memaksa pegawai itu tidak dapat hadir bekerja. Pertimbangan oleh Ketua Jabatan dalam melaksanakan pekeliling ini adalah seperti berikut: 1. Pegawai tidak hadir bekerja atas sebab-sebab kecemasan seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi, jambatan runtuh atau lain-lain malapetaka dan bencana alam, perintah berkurung dan perintah sekatan am oleh pihak berkuasa yang menyebabkan terhalangnya perjalanan ke pejabat atau ke tempat bekerja biasa; 2. Kes-kes bencana dan kemalangan yang berlaku atas peribadi atau atas harta benda seseorang pegawai tidak dianggap kecemasan am dan hendaklah mengambil cuti lain yang layak; 3. Pegawai perlu memaklumkan perkara ini kepada Ketua Jabatan dengan menggunakan borang permohonan seperti di lampiran kepada PP 1/1986 cuti bagi tempoh tidak hadir itu; 4. Mendapatkan pengesahan tentang bencana alam tersebut dari Pegawai Daerah, Penghulu, Pejabat Polis, Jabatan Penerangan, Jabatan Kebajikan dan Siaran Media Massa; 5. Tempoh kebenaran tidak hadir kerja yang boleh diberikan adalah sepanjang tempoh berlaku kecemasan am atau bencana alam; 6. Sekiranya Ketua Jabatan tidak berpuas hati dengan perakuan yang dikemukakan, maka Ketua Jabatan boleh memotong cuti rehat tahunan pegawai ataupun menganggap tempoh itu sebagai cuti tanpa gaji sekiranya cuti rehat tahunan pegawai sudah habis digunakan. Dalam kes ini, pegawai telah diarahkan berpindah ke Pusat Pemindahan Banjir kerana rumah/tempat kediaman telah dinaiki air. Walaupun perjalanan pegawai dari Pusat Pemindahan ke tempat bekerja tidak terhalang, tetapi situasi dan keadaan memaksa pegawai tidak dapat hadir bekerja boleh dipertimbangkan untuk diberikan kebenaran tidak hadir kerja di bawah PP Bil. 1/1986 oleh Ketua Jabatan sepertimana yang dijelaskan di Perenggan 3.1 pekeliling tersebut. Pada masa yang sama, semua peraturan sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam PP Bil. 1/1986 hendaklah dipatuhi.
  • 20. 2. Seorang pegawai pulang ke kampung di Kelantan tetapi tidak dapat kembali ke Kuala Lumpur kerana jalan ditutup akibat banjir. Adakah pegawai layak dipertimbangkan tidak hadir bekerja di bawah PP Bil 1/1986? Berdasarkan perenggan 1.1, PP Bil. 1/1986, pegawai-pegawai tidak hadir bekerja atas sebab- sebab kecemasan seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi, jambatan runtuh atau lain-lain malapetaka dan bencana alam, perintah berkurung dan perintah sekatan am oleh pihak berkuasa yang menyebabkan terhalangnya perjalanan ke pejabat atau ke tempat bekerja biasa boleh dipertimbangkan kemudahan tersebut. Ketua Jabatan boleh mendapatkan pengesahan tentang bencana alam tersebut dari Pegawai Daerah, Penghulu, Pejabat Polis, Jabatan Penerangan, Jabatan Kebajikan dan Siaran Media Massa. Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan hendaklah memastikan semua peraturan sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam PP Bil. 1/1986 hendaklah dipatuhi. 3. Status warga KPM yang dilantik sebagai sukarelawan bagi membantu mangsa banjir, adakah pegawai layak diberi kemudahan Cuti Tanpa Rekod atau pelepasan dan dianggap bertugas rasmi? Berdasarkan maklum balas surat JPA rujukan JPA(SARAAN)262/6/3-11 Klt.8 (57) bertarikh 26 Februari 2015 menjelaskan bahawa : 1. Sekiranya program sukarelawan tersebut merupakan anjuran Kementerian/ Jabatan, Ketua Jabatan dengan menggunakan budi bicaranya dan atas kepentingan perkhidmatan, boleh mengarahkan pegawai untuk membantu mangsa banjir/ memulihkan keadaan serta fasiliti-fasiliti yang berkenaan seolah-oleh pegawai menjalankan tugas rasminya. 2. Bagi program anjuran NGO dan atas kerelaan pegawai untuk membantu, tiada peruntukan kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi tujuan tersebut. Walau bagaimanapun, pegawai boleh menggunakan kemudahan Cuti Rehat yang ia berkelayakan bagi tujuan tersebut. CUTI KUARANTIN - PP/ BIL 11/ TAHUN 2016/ BERKUAT KUASA 1 JANUARI 2017 1. Apakah yang dimaksudkan dengan perakuan kuarantin? Berdasarkan PP Bil. 11/2016, perakuan secara bertulis atau melalui sijil sakit oleh pegawai perubatan Kerajaan atau swasta. Perakuan atau sijil sakit tersebut hendaklah di atas nama anak yang dijangkiti penyakit berjangkit yang disenaraikan di Lampiran A PP Bil. 11/2016 sahaja atau pindaannya dari semasa ke semasa, bukannya atas nama pegawai. Kemudahan Cuti Kuarantin ini hanya diperuntukkan untuk menjaga anak yang disahkan dijangkiti penyakit yang tersenarai di Lampiran A PP Bil. 11/2016.
  • 21. 2. Bagaimana pula jika pegawai yang diberi perintah kuarantin? Pegawai yang diberi perintah kuarantin adalah layak mendapat Cuti Kuarantin bergaji penuh sepanjang tempoh kuarantin selaras dengan peraturan dan ketetapan di bawah Perintan Am 24 Bab C (Cuti). 3. Berapakah tempoh kelayakan Kemudahan Cuti Kuarantin? 1. Tempoh yang diluluskan adalah terhad kepada maksimum lima (5) hari bagi setiap kes walaupun tempoh perakuan untuk sesuatu kes tersebut adalah melebih lima (5) hari, tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasaan am. Contoh 1: Tempoh perakuan bermula 9 Januari 2017 hingga 20 Januari 2017 (12 hari, termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am). Pegawai boleh menggunakan Kemudahan Cuti Kuarantin terhad kepada maksimum lima (5) hari sahaja sepanjang tempoh perakuan bagi satu kes kuarantin, tidak temasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. Dalam kes ini, pegawai boleh memohon Cuti Kuarantin mulai 9 Januari 2017 atau pada bila-bila masa dalam tempoh 9 Januari 2017 hingga 2017, dan tidak semestinya digunakan lima (5) hari secara berturut-turut. Contoh 2: Tempoh perakuan bermula 9 Januari 2017 hingga 12 Januari 2017 (4 hari). Pegawai boleh menggunakan Kemudahan Cuti Kuarantin terhad kepada empat (4) hari sahaja sepanjang tempoh perakuan tersebut, walaupun kelayakan lima (5) hari. Contoh 3: Tempoh perakuan bermula 9 Januari 2017 hingga 13 Januari 2017 (5 hari). Pegawai hanya bercadang menggunakan kemudahan Cuti Kuarantin selama empat (4) hari sahaja demi kepentingan perkhidmatan walaupun kelayakan lima (5) hari. Oleh yang demikian, baki satu (1) hari tersebut tidak boleh di bawa ke hadapan bagi kes kuarantin yang lain. 1. Sekiranya anak yang sama/ lain dijangkiti penyakit berulang atau penyakit lain yang tersenarai di Lampiran A PP Bil. 11/2016, pegawai berkelayakan mendapat Kemudahan Cuti Kuarantin berdasarkan tempoh perakuan yang dinyatakan. Contoh 1: Pegawai A telah menggunakan Kemudahan Cuti Kuarantin kerana anak sulungnya yang sakit pada 9 Januari 2017 sehingga 13 Januari 2017 (5 hari). Namun begitu, anak beliau sekali lagi telah dijangkiti penyakit yang sama dan diberi tempoh perakuan bermula 2 Februari 2017 sehingga 10 Februari 2017. Pegawai A layak mendapat Cuti Kuarantin terhad kepada maksimum lima (5) hari sahaja sepanjang tempoh perakuan bagi kes 2 Februari 2017 sehingga 10 Februari 2017 tersebut, tidak termasuk hari rehat, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. Contoh 2: Pegawai B telah menggunakan kemudahan Cuti Kuarantin kerana anak sulungnya yang sakit pada 9 Januari 2017 sehingga 13 Januari 2017 (5 hari). Selepas itu, anak keduanya
  • 22. pula dijangkiti penyakit yang sama dan diberi tempoh perakuan bermula 13 Januari 2017 sehingga 20 Januari 2017 (8 hari). Pegawai B layak mendapat Cuti Kuarantin untuk anak keduanya selepas tamat tempoh Cuti Kuarantin anak sulungnya pada 13 Januari 2017. Jika pegawai ingin menggunakan Cuti Kuarantin untuk anak kedua bermula 13 Januari 2017, maka Cuti Kuarantin anak sulungnya perlu dipendekkan kepada 12 Januari 2017. 1. Sekiranya suami/ isteri merupakan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan, kedua-dua pegawai suami/ isteri layak mendapat kemudahan Cuti Kuarantin maksimum lima (5) hari dan boleh digunakan secara serentak atau secara berasingan terhad selama tempoh perakuan yang dikeluarkan mengikut mana yang lebih rendah. Contoh: Pegawai C dan pegawai D kedua-duanya merupakan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. Mereka adalah suami dan isteri. Anak sulung mereka telah dijangkiti penyakit yang tersenarai di Lampiran A PP Bil. 11/2016 dan diberi tempoh perakuan kuarantin bermula 9 Januari 2017 sehingga 20 Januari 2017 (12 hari, termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am). Sehubungan dengan itu, pegawai C dan pegawai D boleh menggunakan kemudahan Cuti Kuarantin maksimum lima (5) hari secara serentak atau secara berasingan. 4. Apakah yang dimaksudkan dengan penggunaan Cuti Kuarantin pada bila-bila masa? Pegawai boleh menggunakan kemudahan Cuti Kuarantin pada bila-bila masa dalam tempoh perakuan yang diberikan oleh pegawai perubatan Kerajaan atau swasta. Contoh 1: Tempoh perakuan bermula 2 Februari 2017 sehingga 10 Februari 2017 (9 hari, temasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am). Pegawai hanya bercadang menggunakan kemudahan Cuti Kuarantin bermula 6 Februari 2017 sehingga 10 Februari 2017 (4 hari) sahaja kerana 9 Februari 2017 merupakan hari kelepasan am (Hari Thaipusam). Sehubungan dengan itu, kemudahan Cuti Kuarantin pegawai hanya diluluskan sebanyak empat (4) hari sahaja dan baki satu (1) hari tidak boleh di bawa ke hadapan bagi kes kuarantin yang lain. Contoh 2: Tempoh perakuan bermula 2 Februari 2017 sehingga 13 Februari 2017 (12 hari, temasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am). Pegawai hanya bercadang menggunakan kemudahan Cuti Kuarantin bermula 6 Februari 2017 sehingga 13 Februari 2017 (5 hari) sahaja kerana 9 Februari 2017 merupakan hari kelepasan am (Hari Thaipusam), 11 Februari 2017 dan 12 Februari 2017 merupakan hari rehat mingguan dan hari kelepasan mingguan. Sehubungan dengan itu, kemudahan Cuti Kuarantin pegawai hanya diluluskan sebanyak lima (5) hari sahaja. 5. Bagaimana sekiranya anak tersebut mengalami hilang upaya kekal selepas berusia 21 tahun? 1. Syarat anak yang dikuarantin adalah berumur di bawah 18 tahun atau jika masih belajar di bawah 21 tahun; dan
  • 23. 2. Dengan tidak mengira usia anak tersebut, sekiranya cacat otak dari segi jasmani dan secara kekal serta tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, dengan syarat kesemua perkara tersebut berlaku ketika usia anak itu di bawah 21 tahun. Contoh: Pegawai E mempunyai seorang anak yang berusia 23 tahun yang mengalami hilang upaya kekal kerana mengalami kemalangan jalan raya pada usia anak tersebut 22 tahun. Sehubungan dengan itu, sekiranya anak tersebut menghidap penyakit berjangkit seperti senarai penyakit di Lampiran A PP Bil. 11/2016, pegawai E tidak layak mendapat kemudahan Cuti Kuarantin kerana anaknya mengalami hilang upaya kekal selepas berusia 21 tahun. 6. Apakah yang dimaksudkan penjagaan sementara? 1. Bagi pegawai yang diberi hak penjagaan sementara oleh ibu bapa asal anak selain daripada yang dinyatakan di perenggan 8(a) – (e) PP Bil. 11/2016, untuk apa-apa jua sebab bagi suatu tempoh yang berterusan sekurang-kurangnya satu (1) bulan, pegawai tersebut layak mendapat kemudahan Cuti Kuarantin. Dalam hal ini, anak pegawai lain bermaksud, anak kepada sesiapa sahaja (penjawat awam atau swasta) asalkan penjaga tersebut merupakan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang diberikan hak penjagaan semasa ketiadaan ibu dan bapa atas apa-apa jua sebab. 1. Apakah dokumen pengesahan penjagaan sementera yang diperlukan? Perakuan bertulis bagi hak penjagaan bagi suatu tempoh yang berterusan sekurang-kurangnya satu (1) bulan hendaklah diberikan oleh ibu atau bapa kepada penjaga sementara yang merupakan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. Contoh 1: Pegawai F telah diberi hak penjagaan sementara oleh jirannya (pekerja swasta), untuk menjaga anak mereka yang berusia 7 tahun selama dua (2) bulan kerana bertugas di luar negara. Sekiranya anak jagaan tersebut didapati menghidap penyakit berjangkit seperti senarai penyakit di Lampiran A PP Bil. 11/2016, pegawai F layak mendapat kemudahan Cuti Kuarantin. Contoh 2: Pegawai G telah diberi hak penjagaan sementara oleh adiknya yang bertugas di Majlis Daerah Bentong untuk menjaga anaknya yang berusia tujuh (7) tahun selama 45 hari untuk menunaikan fadhu haji. Selepas dua (2) minggu, anak jagaan sementara tersebut disahkan menghidap chickenpox dan diberi perakuan kuarantin selama enam (6) hari. Pegawai G layak mendapat Cuti Kuarantin selama lima (5) hari, tidak termasuk hari mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am memandangkan perakuan bertulis ibu atau bapa anak tersebut diberi melebihi satu (1) bulan. 7. Nyatakan keadaan yang tidak melayakkan pegawai mendapat kemudahan Cuti Kuarantin. Kemudahan Cuti Kuarantin tidak layak diberikan bagi keadaan yang berikut:
  • 24. 1. ibu dan bapa yang anaknya tidak mendapat penyakit berjangkit tetapi dibimbangi boleh menjadi pembawa penyakit berjangkit kerana terdapat anak-anak di taska/ sekolah yang disahkan mendapat penyakit berjangkit; dan 2. ibu bapa yang anaknya disahkan sihat tetapi taska/ sekolah telah diisytihar sebagai kawasan yang dikuarantin untuk mencegah daripada merebaknya penyakit berjangkit. BAYARAN INSENTIF TUGAS KEWANGAN DAN BAYARAN INSENTIF TUGAS PENGURUSAN STOR 1. Seorang Pembantu Tadbir (P/O) telah diarahkan oleh Ketua Jabatan untuk menjalankan tugas kewangan dan tugas pengurusan stor secara sepenuh masa kerana kekurangan kakitangan. Adakah pegawai layak dibayar Bayaran Insentif Tugas Kewangan dan Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor? Tidak Layak. Pegawai tidak menepati syarat kelayakan mengikut PP 3/1999 dan PP 5/2001 iaitu menjalankan tugas kewangan sepenuh masa atau menjalankan tugas pengurusan stor sepenuh masa. 2. Seorang Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19 yang diarah menanggung kerja dan menjalankan tugas pengurusan stor kerana penyandang sedia ada bercuti sakit selama 3 bulan. Bolehkah pegawai ini dibayar BITPS? Tidak Layak. Mengikut peruntukan di perkara 3, PP 8/1999, Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor (BITPS) layak dibayar kepada PT(P/O) yang menjalankan tugas pengurusan stor sepenuh masa. Oleh kerana pegawai berkenaan diarahkan menanggung tugas jawatan pengurusan stor, bermakna pegawai perlu menjalankan tugas sendiri disamping tugas jawatan yang ditanggung kerja. Dalam hal ini, pegawai tidak layak dibayar BITPS kerana tugas yang dijalankan tidak boleh ditakrifkan sebagai menjalankan tugas pengurusan stor sepenuh masa dan pegawai berkenaan tidak layak dibayar BITPS. PEGAWAI BERTUKAR WILAYAH 1. Apakah elaun dan kemudahan yang layak dinikmati oleh ‘pegawai yang bertukar wilayah’? Pegawai yang bertukar wilayah layak diberi elaun dan kemudahan seperti berikut: 1. Bayaran Insentif Wilayah; 2. Elaun Perumahan Wilayah; 3. Elaun Gangguan; 4. Tambang Mengunjungi Wilayah Asal; dan 5. Tambang Ehsan.
  • 25. IMBUHAN TETAP PERUMAHAN (ITP) 1. Adakah seseorang yang menduduki Rumah Kerajaan layak menerima Imbuhan Tetap Perumahan? Berdasarkan PP 8/2015, Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan termasuk perkhidmatan Bomba dan perkhidmatan Penjara yang menduduki Rumah Biasa Kerajaan (kuarters) layak menerima Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) pada kadar 25% daripada kadar ITP pegawai. Pegawai yang diperuntukkan Rumah Biasa Kerajaan di Labuan layak menerima 50% daripada kadar ITP pegawai. PENANGGUNGAN KERJA 1. Bolehkah kekosongan jawatan Pembantu Tadbir Rendah yang diduduki oleh penyandang (P/O) N17(KUP) ditanggung kerja Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir Rendah (PTR) telah dimansuhkan melalui PP 6/2009. Sehubungan dengan itu, jawatan PTR (jumud) yang kosong tidak boleh dilaksanakan secara penanggungan kerja selepas tarikh berkuat kuasanya pekeliling tersebut iaitu 2 Julai 2009. 2. Bolehkah pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan diarah menanggung kerja. Bolehkah diberi pengecualian jika tidak ada pegawai lain yang layak? Tidak Boleh. Dibawah Perenggan 6.2 PP 17/2007, pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan boleh diperakukan penanggungan kerja dengan syarat pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu tahun. Pengecualian tidak boleh diberi walaupun tiada pegawai lain yang layak. Perakuan boleh dibuat kepada pegawai yang berada dalam organisasi di lokasi berlainan tetapi dalam lingkungan 25km dengan mengambil kira keperluan dan keberkesanan tugas secara tanggung kerja. 3. Siapakah yang meluluskan Penanggungan Kerja jawatan berlainan skim perkhidmatan ? Semua permohonan pengganungan kerja jawatan berlainan skim perkhidmatan perlu diangkat kepada Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KPM. 4. Apakah jawatan yang tidak sesuai diisi dengan kaedah penanggungan kerja ? Jawatan SIPartners+, SISC+, FasiLINUS, Guru Kanan Matapelajaran, dan Pembantu Pengurusan Murid. Bagi Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam hanya boleh ditanggung kerja oleh guru yang mengajar matapelajaran yang sama, manakala Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas hanya boleh ditanggung kerja oleh guru yang mengajar Pendidikan Khas.
  • 26. BAYARAN INSENTIF KANAK-KANAK CACAT 1. Siapakah yang layak menerima Bayaran Insentif Kanak-Kanak Cacat dengan kadar RM250? Selaras dengan SPP 1/2001 dan SPP 1/2008, pegawai yang layak menerima bayaran insentif adalah: 1. Pengetua/Guru Besar di Sekolah Pendidikan Khas; 2. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mengajar di Sekolah Pendidikan Khas; 3. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mengajar di kelas percantuman di sekolah biasa; dan 4. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mengajar murid-murid berkeperluan khas di SMT/SMV & Politeknik. ELAUN WARDEN 1. Apakah kelayakan elaun sekiranya seorang Ketua Warden/ Warden tidak menduduki Rumah Khas Jabatan yang telah disediakan? Di bawah peruntukan SPK 6/1995 dan SPP 3/1997, seorang Ketua Warden/Warden yang menerima elaun warden hendaklah tinggal Rumah Khas Jabatan yang telah disediakan. Sekiranya Rumah Khas Jabatan disediakan tetapi tidak diduduki maka Ketua Warden/Warden tidak layak menerima Imbuhan Tetap Perumahan/Elaun Perumahan Wilayah dan Bayaran Perumahan Khas. Ketua Warden/Warden hanya layak menerima Elaun Warden dan Bayaran Sara Hidup sahaja. 2. Berapakah kadar bayaran elaun Ketua Warden dan Warden? Elaun Ketua Warden - (RM280 sebulan) Elaun Warden - (RM240 sebulan)
  • 27. ELAUN TANGGUNGJAWAB 1. Siapakah yang layak menerima Elaun Tanggungjawab dan berapakah kadar bayarannya? Selaras dengan SPP KPM 3/1990, SPP KPM 3/1993 dan SPP KPM 3/2002, Elaun Tanggungjawab layak dibayar kepada PPP yang telah dilantik mengikut kategori berikut: Jawatan/ Sekolah Kadar Sekolah Menengah Gred A  GPK Pentadbiran  GPK HEM  GPK Kokurikulum  Penyelia Petang  GKMP (Bahasa, Kemanusiaan, Sains dan Matematik, Teknik dan Vokasional) RM120 Sebulan Sekolah Menengah Gred B  GPK Pentadbiran  GPK HEM  GPK Kokurikulum  Penyelia Petang RM120 Sebulan Sekolah Rendah Gred A dan Gred B  GPK Pentadbiran  GPK HEM  GPK Kokurikulum  Penyelia Petang RM60 Sebulan ELAUN PENGETUA/GURU BESAR 1. Berapakah kadar bayaran elaun bagi Pengetua/Guru Besar? Elaun Pengetua adalah sebanyak RM 300 sebulan dan Elaun Guru Besar adalah sebanyak RM 200 sebulan.
  • 28. ELAUN KHAS MENGIKUT LOKASI DAN TAHAP KESUSAHAN (EKMLTK) 1. Apakah kriteria yang melayakkan seorang pegawai dibayar elaun EKMLTK? PPP dan AKP yang diarah berkhidmat di sekolah-sekolah pedalaman yang dikategorikan sebagai Pedalaman 1 (P1), Pedalaman 2 (P2) atau Pedalaman 3 (P3). 2. Berapakah kadar bayaran yang layak di terima oleh pegawai mengikut kategori kawasan pendalaman? Sekolah kategori P1 - RM 500 sebulan Sekolah kategori P2 - RM1,000 sebulan Sekolah kategori P3 - RM1,500 sebulan 3. Siapakah yang layak di bayar, sekiranya pasangan suami isteri berkhidmat di sekolah P1, P2 dan P3? Kedua-duanya layak di bayar elaun EKMLTK. BAYARAN INSENTIF PEDALAMAN 1. Apakah perbezaan diantara elaun BIP dan EKMLTK? BIP dibayar kepada Pegawai Perkhidmatan Awam sebagai galakan untuk berkhidmat di kawasan pedalaman yang diiktiraf oleh SUK Negeri. Manakala EKMLTK dibayar khusus untuk PPP dan AKP yang berkhidmat di sekolah pedalaman untuk menarik minat dan mengekalkan mereka untuk berkhidmat di kawasan tersebut. ELAUN BALIK KAMPUNG 1. Apakah kriteria dan syarat pembayaran Elaun Balik Kampung (EBK)? Diberi kepada pegawai yang diarah berkhidmat di sekolah-sekolah pedalaman yang dikategorikan sebagai Pedalaman 1 (P1), Pedalaman 2 (P2) atau Pedalaman 3 (P3). 2. Berapakah kadar bayaran Elaun Balik Kampung (EBK)?
  • 29. Mengikut tuntutan perjalanan sebenar pegawai tidak termasuk elaun makan dan bayaran penginapan. IMBUHAN TETAP PERUMAHAN KEPADA PEGAWAI YANG MENDUDUKI RUMAH SUB-STANDARD 1. Apakah maksud rumah Sub-Standard di kawasan pedalaman? PPP dan AKP yang berkhidmat di kawasan pedalaman dibayar ITP jika rumah yang didiami mereka tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri. 2. Apakah kriteria dan syarat pembayaran imbuhan ITP kepada PPP dan AKP yang menduduki Rumah Sub-Standard di kawasan pedalaman? ITP pada kadar penuh mengikut kumpulan/ gred jawatan. ELAUN PERUMAHAN WILAYAH 1. Apakah yang dimaksudkan dengan pegawai yang bertukar wilayah dan takrifan “berasal” ? Pegawai yang bertukar wilayah bermaksud pegawai yang berasal dari wilayah iaitu Sabah, Sarawak, Labuan atau Semenanjung dan berkhidmat di wilayah berasingan daripada wilayah asal. Takrifan “berasal” pegawai pula adalah merujuk kepada wilayah kelahiran ibu atau bapa pegawai. 2. Bolehkah EPW dibayar kepada pegawai yang bertugas di Sabah sedangkan ianya telah dilahirkan di Sabah dan ibu bapanya juga adalah berasal dari Sabah? Tidak. Dalam kedudukan ini, pegawai tidak layak dibayar EPW kerana tidak memenuhi kriteria takrif “berasal”. 3. Bagaimanakah kedudukan EPW pegawai yang bertugas di Semenanjung dan dilahirkan di Semenanjung sedangkan bapa pegawai berasal dari Sarawak manakala ibunya berasal dari Semenanjung? Dalam keadaan ini, pegawai mestilah mengisytiharkan terlebih dahulu wilayah asalnya dan direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan. Sekiranya ibu bapa pegawai dilahirkan di wilayah yang berbeza, pegawai perlu memilih sama ada wilayah kelahiran ibu atau bapa sebagai wilayah asalnya tertakluk kepada sekali pemilihan dalam tempoh perkhidmatan.
  • 30. 4. Adakah pegawai layak dibayar EPW sekiranya pegawai mendiami rumah yang telah dibeli oleh pasangannya melalui pinjaman perumahan Kerajaan? Ya. Mengikut Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh 14 Julai 2009, Kerajaan telah bersetuju meminda supaya pegawai yang mendiami rumah yang dibeli oleh pasangan pegawai dengan pinjaman perumahan Kerajaan di dalam stesen pegawai berkhidmat adalah layak diberi EPW. 5. Adakah EPW dibayar mengikut tarikh pegawai lapor diri di wilayah penempatan atau memohon terlebih dahulu? PP 11/2001 menyatakan bahawa EPW dibayar kepada pegawai mulai dari tarikh pegawai melapor diri di wilayah baharu. 6. Adakah pegawai yang membeli rumah berhampiran dengan pejabat beliau bekerja dengan menggunakan pinjaman kerajaan layak dibayar EPW? Tidak. Perenggan 6.7, PP11/2001 menjelaskan bahawa pegawai yang telah diberi kemudahan Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan adalah tidak layak dibayar EPW. Pegawai yang membeli rumah dengan pinjaman swasta adalah layak dibayar EPW. 7. Pegawai ingin menukarkan EPW kepada ITP. Ini kerana pegawai melihat kadar ITP lebih tinggi daripada kadar EPW. Adakah pegawai layak untuk menukar elaun tersebut? Tidak. Pegawai yang telah memilih EPW adalah tidak layak menukarkan EPW kepada ITP dalam tempoh pertukaran wilayah yang sama. Walau bagaimanapun, pegawai dibenarkan membuat pemilihan baharu sekiranya melibatkan pertukaran wilayah baharu kecuali ditukarkan kembali ke wilayah asalnya. 8. Adakah pegawai suami dan isteri layak menerima Elaun Perumahan Wilayah dalam situasi suami berkhidmat di Sarawak manakala isteri berkhidmat di Sabah? Berdasarkan perenggan 6.5 PP11/2001, pegawai suami dan isteri yang bertukar wilayah dan tidak menduduki rumah kerajaan, boleh dibayar ITP masing-masing. Walau bagaimanapun, salah seorang antara mereka boleh memilih EPW. BAYARAN INSENTIF WILAYAH 1. Siapakah yang layak menerima Bayaran Insentif Wilayah? Berdasarkan PP 4/1988, Bayaran Insentif Wilayah layak dibayar kepada: 1. Pegawai bertaraf tetap, kontrak (Contract of Service) dan guru sandaran;
  • 31. 2. Pegawai yang bertukar wilayah dan ditempatkan berkhidmat di Semenanjung, Sabah, Sarawak atau Labuan; dan 3. Pegawai dari Sabah, Sarawak atau Labuan yang bertugas di negeri asal masing - masing. 2. Apakah status kelayakan Bayaran Insentif Wilayah jika pegawai menduduki rumah kerajaan? BIW masih layak dibayar walaupun menduduki rumah kerajaan. 3. Berapakah kadar bayaran Bayaran Insentif Wilayah? Bayaran Insentif Wilayah dibuat mengikut lingkungan gaji yang telah ditetapkan di dalam PP 1/2012. 4. Adakah pemberhentian Bayaran Insentif Wilayah ini melibatkan kursus di luar negeri sahaja atau pun tidak kira di mana kursus diadakan yang tempohnya melebihi 3 bulan? Ya. Bagi pegawai yang berkursus lebih dari tiga (3) bulan, sama ada di dalam atau di luar negeri, Bayaran Insentif Wilayah ini akan diberhentikan. 5. Adakah pegawai yang telah diberi Bayaran Insentif Wilayah juga layak diberi Bayaran Bantuan Sara Hidup? Tidak. Pegawai yang dibayar Bayaran Insentif Wilayah tidak layak menerima Bantuan Sara Hidup seperti tertakluk di bawah perenggan 4, PP 28/2005. 6. Bagi pegawai yang berkursus lebih dari tiga (3) bulan, sama ada di dalam atau di luar negeri, Bayaran Insentif Wilayah akan diberhentikan, adakah pegawai layak menerima kos Bantuan Sara Hidup mengikut di mana wilayah pegawai berkursus? Bagi pegawai yang menghadiri kursus (termasuk cuti belajar) melebihi tiga (3) bulan adalah tidak memenuhi syarat kelayakan untuk dibayar Bayaran Insentif Wilayah (BIW), sebaliknya pegawai akan dibayar Bantuan Sara Hidup (BSH) berdasarkan kepada asas pemberian elaun yang sama iaitu untuk membantu menangani kos sara hidup yang kian meningkat. Perkara ini tertakluk di dalam Garis Panduan Kemudahan Cuti Belajar Kepada Pegawai Awam Yang Mengikuti Kursus Jangka Sederhana Dan Kursus Jangka Panjang Secara Sepenuh Masa yang dikeluarkan oleh Bahagian Modal Insan, JPA. Berdasarkan PP 3/2012, BSH dibayar mengikut lokasi institusi pengajian bagi pegawai yang diluluskan cuti belajar/ kursus jangka panjang dalam negara. Manakala Elaun Perumahan Wilayah (EPW) juga tidak akan dibayar kepada pegawai yang mengikuti kursus melebihi 3 bulan. Pegawai akan diberikan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP). Perkara ini tertakluk di dalam Garis Panduan Kemudahan Cuti Belajar Kepada Pegawai Awam Yang Mengikuti Kursus Jangka Sederhana Dan Kursus Jangka Panjang Secara Sepenuh Masa yang dikeluarkan oleh Bahagian Modal Insan, JPA.
  • 32. ELAUN GANGGUAN 1. Apakah syarat dan bilakah Elaun Gangguan boleh dibayar? Berdasarkan PP 4/1988, Elaun Gangguan (EG) merupakan suatu bayaran yang diberi kepada ‘pegawai yang bertukar wilayah’ apabila pegawai ditukarkan balik ke wilayah asalnya. Pada dasarnya, EG dibayar atas kadar sebulan gaji hakiki yang ditentukan apabila pegawai bertukar balik ke wilayah asalnya. Oleh itu, sebelum pegawai bertukar, sekiranya perlu EG dibayar secara pendahuluan sebanyak separuh daripada gaji yang diterimanya ketika itu. Baki EG akan dibayar berasaskan kepada gaji terakhir yang diterima oleh pegawai sejurus sebelum ia bertukar semula ke wilayah asalnya. Bagi dua orang pegawai suami isteri yang bertukar semula ke wilayah asal, hanya seorang sahaja yang layak menuntut Elaun Gangguan mengikut gaji siapa yang lebih tinggi. 2. Jabatan manakah yang bertanggung jawab membuat pembayaran Elaun Gangguan? Elaun Gangguan adalah menjadi tanggungjawab pejabat terakhir pegawai berkhidmat sebelum bertukar atau kembali ke wilayah asal. Elaun Gangguan hendaklah dibayar oleh jabatan sebelum pegawai bertukar berdasarkan gaji pegawai pada masa pertukaran berlaku. 3. Adakah terdapat tempoh masa untuk tarikh mengemukakan tuntutan Elaun Gangguan? Tuntutan Elaun Gangguan perlu dikemukakan oleh pegawai kepada Ketua Jabatan melalui tempoh masa yang munasabah iaitu setelah arahan pertukaran dikeluarkan dan sebelum perpindahan berlaku atau dalam tempoh 3 bulan dari tarikh arahan pertukaran. Penetapan tempoh 3 bulan ini adalah selaras dengan peraturan semasa berhubung Elaun Bertukar/ Berpindah Rumah sepertimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 1995. Pembayaran Elaun Gangguan hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan. KEMUDAHAN TAMBANG MENGUNJUNGIWILAYAH ASAL (TMWA) 1. Siapakah yang layak menerima kemudahan tambang mengunjungi wilayah asal? Layak diberi kepada pegawai bertaraf tetap yang bertukar wilayah. 2. Apakah syarat dan peraturan yang melayakkan? 1. Untuk kali pertama pegawai hendaklah berkhidmat sekurang-kurangnya selama enam (6) bulan di wilayah penempatan/ tarikh lapor diri. 2. Kelayakan kali kedua dan seterusnya ialah pada bila-bila masa di dalam tahun berikutnya selepas tarikh lapor diri pegawai di wilayah penempatan.
  • 33. 3. Kemudahan tambang perjalanan pergi dan balik dari tempat tinggal pegawai di wilayah berkhidmat ke ibu negeri wilayah asal atau bandar utama bagi pegawai yang berasal dari Sabah, Sarawak atau Labuan. 4. Diberi sekali dalam tempoh satu (1) tahun perkhidmatan pegawai di wilayah penempatan. 5. Tempoh bercuti tanpa gaji atau bercuti separuh gaji tidak boleh diambil kira untuk menentukan kelayakan kemudahan ini. Tempoh cuti ini hendaklah ditambah kepada tempoh perkhidmatan pegawai untuk menentukan kelayakan kemudahan seterusnya. 6. Kemudahan TMWA yang tidak digunakan dalam tempoh tersebut akan luput dan tidak boleh dibawa ke tahun hadapan. 7. Bagi kedua-dua suami isteri yang bertukar wilayah, hanya seorang sahaja layak memperolehi kemudahan TMWA atau Elaun Balik Kampung untuk membawa keluarga mengunjungi wilayah asal dalam sesuatu tahun manakala suami atau isteri menggunakan kadar bujang dalam tempoh sama. 8. Bagi isteri atau suami atau anak-anak yang tidak mengikut pegawai bertukar wilayah, mereka dibenarkan menggunakan tambang tersebut untuk melawat pegawai berkenaan. 9. Pegawai yang belum berkahwin yang balik ke Wilayah asalnya atas pembiayaan sendiri untuk berkahwin boleh disediakan tambang perjalanan untuk membawa isteri/ suami ke Wilayah penempatan pegawai. 3. Apakah kadar bayaran TMWA yang melayakkan? Kemudahan TMWA boleh dituntut oleh pegawai mengikut tuntutansebenar perjalanan berdasarkan kelayakan dan gred masing-masing mengikut Pekeliling Perbendaharaan 3/2003. TAMBANG EHSAN 1. Apakah yang dimaksudkan dengan penjelasan pegawai yang diberi kemudahan Tambang Ehsan? Kemudahan Tambang Ehsan disediakan untuk pegawai Perkhidmatan Awam yang memenuhi takrifan ‘pegawai yang bertukar wilayah’ berdasarkan peraturan perenggan 7, PP 5/1978. Kemudahan disediakan dari tempat pegawai bertugas ke ibu kota wilayah asal pegawai sekali bagi salah satu daripada dua tujuan iaitu sakit tenat atau meninggal dunia. Pegawai layak diberi 4 kali sahaja untuk menziarahi ibu, bapa, ibu mertua dan bapa mertua yang sakit tenat atau meninggal dunia. 2. Siapakah kuasa melulus bagi permohonan Tambang Ehsan? Kelulusan Tambang Ehsan adalah oleh Ketua Jabatan. 3. Adakah permohonan Tambang Ehsan cuma boleh diberikan kepada seorang pegawai sahaja bagi suatu urusan ? Kemudahan Tambang Ehsan hanya diberi untuk seorang sahaja sama ada kepada pegawai dengan tambang mengikut kelayakan atau seorang ahli keluarga dengan tambang penerbangan Kelas Ekonomi.
  • 34. TAMBANG MENGIRINGI JENAZAH 1. Apa yang dimaksudkan dengan Tambang Mengiringi Jenazah Bagi Ahli Keluarga Pegawai Yang Bertukar Wilayah? Tambang Mengiringi Jenazah Bagi Ahli Keluarga Pegawai Yang Bertukar Wilayah diperuntukkan oleh Kerajaan melalui PP 5/1978 dan SPP 3/2003. Apabila seseorang pegawai yang bertukar wilayah meninggal dunia, Kerajaan akan menanggung perbelanjaan tambang bagi semua ahli keluarga yang masih dalam tanggungan pegawai mengiringi jenazah pegawai dari tempat tinggal di wilayah berkhidmat ke tempat pengkebumiannya, di luar wilayah pegawai berkhidmat. Isteri/suami pegawai atau seorang ahli keluarga pegawai kemudian dibenarkan kembali ke tempat tinggal di wilayah pegawai berkhidmat untuk urusan pemindahan barang-barang atas tanggungan Kerajaan. ELAUN BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 1. Adakah pegawai yang diluluskan Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) layak dibayar BSH? Ya. Pegawai yang diluluskan CBSG dalam negeri layak dibayar BSH atas kadar separuh apabila genap sebulan kalendar mulai tarikh CBSG mengikut kadar kawasan institusi berkenaan. 2. Adakah pegawai yang diperuntukkan Rumah Khas Jawatan/ Jabatan (dalam lingkungan 25km dari pejabat) yang dibayar Bayaran Perumahan Khas layak BSH dengan kadar separuh. Pegawai yang diperuntukkan Rumah Khas Jawatan/ Jabatan yang dibayar Bayaran Perumahan Khas juga layak diberi BSH atas kadar separuh (50%) daripada kadar pegawai yang tidak diperuntukkan Rumah Kerajaan. PENJUMUDAN SKIM PEMBANTU TADBIR RENDAH 1. Siapakah yang terlibat dalam pertukaran pelantikan ke Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N17? Pembantu Tadbir Rendah Gred N11, N14 dan Operator Mesin Prosesan Data Gred F11, F14, 2. Apakah syarat pertukaran pelantikan ke Skim Pembantu Tadbir?
  • 35. a. ) Pegawai yang memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat sijil tersebut akan ditukar lantik ke Gred N17; dan b. ) Pegawai yang tidak memiliki kelayakan SPM akan ditukar lantik ke Gred N17 mengikut kelonggaran syarat seperti berikut: (i) Memiliki kelayakan PMR/SRP atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta berpengalaman sekurang-kurangnya enam (6) tahun dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir Rendah atau Operator Mesin Prosesan Data pada Tarikh kuatkuasa pertukaran pelantikan; atau (ii) Tamat darjah enam (6) sekolah rendah bantuan penuh Kerajaan serta berpengalaman sekurang-kurangnya lima belas (15) tahun dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir Rendah atau Operator Mesin Prosesan Data pada Tarikh kuatkuasa pelantikan. 3. Bilakah tarikh Pengesahan Dalam Perkhidmatan bagi PT(P/O) Gred N17? Pegawai yang telah disahkan di dalam jawatan asal, hendaklah disahkan dalam perkhidmatan di jawatan Pembantu Tadbir (P/O) N17 pada bila-bila masa dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan. 4. Bagi tujuan dihakikikan, adakah pegawai perlu bertukar sekolah untuk mengisi kekosongan N17 hakiki? Pegawai boleh mengisi mana-mana jawatan PT(P/O) N17 hakiki yang kosong. 5. Bolehkah PT(P/O) Gred N17 yang telah ditukar lantik kekal dijabatan yang sama dengan menggunakan post PTR Gred N11 / N14? Ketua Jabatan hendaklah menempatkan PT(P/O) Gred N17 yang ditukar lantik di jawatan Pembantu Tadbir (P/O) yang kosong. Sekiranya tiada kekosongan, pegawai boleh dikekalkan di jawatan asal secara KUP. 6. Bolehkah PT(P/O) Gred N17 yang telah ditukar lantik mengisi kekosongan PT (P/O) dijabatan yang sama? PT(P/O) N17 yang telah ditukar lantik boleh mengisi kekosongan jawatan hakiki di Jabatan yang sama. 7. Bolehkah PT(P/O) KUP memohon pertukaran suka sama suka dengan PT(P/O) KUP yang berada di jabatan lain? PT (P/O) N17 (KUP) hendaklah mengisi jawatan hakiki PT(P/O) N17. Sehubungan itu, pertukaran suka sama suka dengan PT (P/O) N17(KUP) yang lain adalah tidak dibenarkan.
  • 36. 8. Apakah yang terjadi kepada perjawatan PT (P/O) KUP sekiranya penyandang bertukar keluar atau mengisi kekosongan PT(P/O) Gred N17 ditempat lain? Sekiranya penyandang PT(P/O), N17 (KUP) bertukar keluar, jawatan tersebut adalah jumud dan tidak boleh diisi. Jabatan hendaklah memaklumkan Cawangan Perjawatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia bagi tujuan pemansuhan waran perjawatan. 9. Bolehkah PT(P/O) Gred N17 KUP dinaikkan pangkat ke Gred N22? PT (P/O) Gred N17 KUP boleh dinaikkan pangkat ke Gred N22. 10. Siapakah yang meluluskan Pengesahan Dalam Perkhidmatan bagi Pembantu Tadbir Rendah setuju ditukar lantik? PTR di Negeri. PTR Bahagian? Pengesahan Dalam Perkhidmatan (PDP) bagi Pembantu Tadbir Rendah (PTR), N11 yang telah ditukar lantik ke Pembantu Tadbir (P/O), N17 adalah seperti berikut : 1. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi) - Bagi yang berkhidmat di Bahagian atau institusi di bawah tanggungjawab bahagian 2. Pengaran Pendidikan Negeri - Bagi yang berkhidmat di JPN/PPD atau sekolah di bawah tanggungjawab JPN. PERTUKARAN BUKAN GURU 1. Bilakah permohonan pertukaran dalaman Anggota Kumpulan Pelaksana di Kementerian Pendidikan Malaysia dapat dimohon? Permohonan pertukaran boleh dibuat melalui aplikasi eTukar Bukan Guru (eTBG) yang dibuka 4 kali setahun. 2. Siapakah yang boleh meluluskan pertukaran dalam negeri(AKP) bagi sekolah harian biasa? 1. a) Pertukaran AKP bagi sekolah harian biasa dalam negeri yang sama adalah di bawah bidang kuasa Pengarah Pendidikan Negeri. 3. Bagaimanakahproses kelulusan pertukaran dibuat?
  • 37. Kelulusan pertukaran setiap permohonan dibuat dengan mengambil kira persetujuan dan syarat yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan pemohon dan panel pertukaran yang telah dibentuk. 4. Adakah AKP boleh mengemukakan rayuan bagi permohonan pertukaran yang gagal? Rayuan pertukaran hanya dibenarkan bagi kes-kes tertentu dan telah mendapat kelonggaran syarat dari Ketua Jabatan pemohon. 5. Adakah penggunaan surat sokongan daripada pemimpin Kerajaan dan individu berpengaruh dibenarkan bagi permohonan pertukaran? Setiap permohonan diberi pertimbangan adil dan sewajarnya terhadap permohonan. BPSM juga memberi pertimbangan terhadap setiap permohonan pertukaran berdasarkan Garis Panduan Tindakan Ke Atas Sokongan Yang Diterima Daripada Pemimpin Kerajaan, Individu Berpengaruh Atau Mana-Mana Orang Mengenai Sesuatu Urusan Kerajaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri berkuatkuasa 8 Mac 2010. 6. Adakah permohonan pertukaran boleh dibatalkan? Pemohon boleh membatalkan permohonan pertukaran yang telah dibuat sebelum kelulusan pertukaran dikeluarkan. 7. Adakah kelulusan pertukaran boleh dibatalkan? Pemohonan batal bagi setiap kelulusan pertukaran adalah tidak dibenarkan kerana ianya telah mengganggu pusingan pertukaran bagi pemohon yang lain. Setiap pemohon perlu mengambil kira setiap risiko yang perlu ditanggung apabila membuat permohonan pertukaran. 8. Adakah pemohon boleh mengemukakan permohonan pertukaran ke tempat (sekolah/JPN/ PPD atau Institusi) tertentusahaja?
  • 38. Setiap pemohon tidak dibenarkan membuat tempahan bagi tempat untuk bertukar. Kelulusan setiap pertukaran akan dibuat berdasarkan kekosongan atau suai padan di daerah yang dimohon. PERTUKARAN JAWATAN KUMPULAN (POOL) 1. Apakah kriteria-kriteria yang boleh dipertimbangkan untuk ditempatkan ke dalam Jawatan Kumpulan? Kriteria-kriteria yang melayakkan pegawai ditukarkan ke Jawatan Kumpulan adalah seperti berikut:- (i) Pegawai yang menghadapi masalah sakit yang berpanjangan melebihi 6 bulan. (ii) Pegawai yang menghidap sakit tibi, kusta atau barah dan penyakit yang setaraf. (iii) Pegawai yang menghadapi masalah gangguan tekanan jiwa (sakit mental) yang menyebabkan kehadiran mereka mendatangkan masalah kepada sekolah/ Jabatan. (iv) Pegawai yang telah diluluskan cuti tanpa gaji iaitu:- (a) cuti tanpa gaji mengikut pasangan berugas/ berkursus di dalam atau di luar negara mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 29 Tahun 2009 selama satu tahun atau lebih. (b) pegawai yang telah diluluskan cuti menjaga anak mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007. (c) pegawai yang telah diluluskan cuti tanpa gaji atas urusan persendirian mengikut Perintah Am Bab C dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991 selama 360 hari secara berterusan. (v) Pegawai yang berprestasi rendah. (vi) Pegawai yang disyaki telah melakukan jenayah. (vii) Atas kepentingan perkhidmatan. 2. Adakah penempatan pegawai ke Jawatan Kumpulan secara automatik?
  • 39. Penempatan pegawai ke Jawatan Kumpulan adalah tidak secara automatik dan ianya adalah tertakluk kepada perakuan Ketua Jabatan dan adanya kekosongan Jawatan Kumpulan yang sesuai untuk menempatkan pegawai pada masa tersebut. 3. Bagaimanakahjawatan hakiki pegawai sekiranya dimasukkan ke dalam Jawatan Kumpulan? Jawatan hakiki yang ditinggalkan kosong oleh penyandang boleh dibuat pengisian oleh pengganti secara tetap. Penyandang boleh dikekalkan di sekolah/ Jabatan asal penyandang bertugas. Mana-mana penyandang yang dimasukkan ke dalam Jawatan Kumpulan tidak ditempatkan secara fizikal di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) kecuali diarahkan berbuat demikian. Semua urusan pentadbiran dan perkhidmatan pegawai adalah masih di bawah kawalan Ketua Jabatan di mana pegawai tersebut bertugas. 4. Siapakah Ketua Jabatan bagi pegawai yang dimasukkan ke dalam Jawatan Kumpulan sekiranya bertugas di sekolah dan tempat bertugas pegawai bukan di sekolah? Pegawai yang bertugas di sekolah Ketua Jabatannya adalah Pengetua atau Guru Besar dan sekiranya pegawai bukan di sekolah Ketua Jabatannya adalah Pengarah, Setiausaha Bahagian dan Pegawai Pendidikan Daerah. 5. Dimanakah Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) disimpan sekiranya ditukarkan ke Jawatan Kumpulan? BPK hendaklah terus disimpan dan diselenggara oleh Ketua Jabatan di mana pegawai bertugas. 6. Bagaimanakah gaji pegawai diuruskan? Gaji pegawai diuruskan oleh Ketua Jabatan dengan menggunakan waran peruntukan kecil yang diturunkan kepada Ketua Jabatan/ Bahagian oleh BPSM. Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan permohonan peruntukan bayaran emolumen pegawai dalam Jawatan Kumpulan yang berada di bawah kawalan masing-masing kepada BPSM. 7. Bagaimanakah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) pegawai yang ditukarkan ke Jawatan Kumpulan?
  • 40. LNPT pegawai hendaklah disediakan oleh Ketua Jabatan di mana pegawai bertugas. LNPT tersebut hendaklah dikemukakan kepada Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) di mana pegawai bertugas bagi tujuan pemberian pergerakan gaji tahunan. 8. Siapakah yang bertanggungjawab mengeluarkan surat kelulusan pertukaran masuk dan keluar pegawai dalam Jawatan Kumpulan? Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) 9. Bolehkah pegawai yang menghadapi masalah kesihatan dan menghadapi masalah sakit mental dikeluarkan dari Jawatan Kumpulan? Sekiranya pegawai telah disahkan pulih daripada penyakit yang dihidapi dan boleh menjalankan tugas oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau Lembaga Perubatan, maka Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan surat permohonan kepada BPSM untuk mengeluarkan pegawai dari Jawatan Kumpulan. Permohonan hendaklah disertakan bersama-sama Laporan Perubatan atau Laporan Lembaga Perubatan berserta dengan ulasan dan syor pengetua /guru besar. 10. Apakah tindakan Ketua Jabatan sekiranya pegawai yang telah dimasukkan ke dalam Jawatan Kumpulan menghadapi masalah sakit berpanjangan atau sakit mental dan telah menghabiskan cuti sakit bergaji penuh selama 180 hari dan cuti rehat yang berkelayakan atau cuti tambahan selama 25 hari (bagi guru yang mengajar) dalam satu tahun kalendar?. Ketua Jabatan perlu menubuhkan Lembaga Perubatan apabila telah memenuhi syarat-syarat di bawah Perintah Am 19 Bab F. Prosedur menubuhkan Lembaga Perubatan hendaklah berpandukan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1995. PELARASAN GAJI 1. Adakah pegawai lantikan tetap yang belum disahkan dalam perkhidmatan tetapi telah melalui tempoh percubaan melebihi tiga (3) tahun layak diberikan pergerakan gaji tahunan (PGT)? Pegawai lantikan tetap yang belum disahkan dalam perkhidmatan tetapi telah melalui tempoh percubaan melebihi tiga (3) tahun layak diberikan pergerakan gaji tahunan (PGT) sekiranya pegawai tersebut telah diluluskan pelanjutan tempoh percubaan tanpa denda. Bagi pegawai yang dilanjutkan tempoh percubaan dengan denda tidak layak diberikan PGT dalam tempoh pelanjutan percubaan dengan denda. Walau bagaimanapun, pegawai dalam keadaan berikut layak dipertimbangkan PGT sebelum atau pada tempoh percubaan pegawai dilanjutkan dengan denda jika
  • 41. (a) Tarikh pergerakan gaji (TPG) tahunannya adalah sama dengan tarikh pelanjutan tempoh percubaan dengan denda dan pegawai belum mendapat PGT kali ketiga dalam tempoh percubaan asalnya. (b) Pegawai belum memperoleh PGT kali ketiga dalam tempoh percubaan asalnya. Contoh pelaksanaan pelarasan gaji bagi situasi di atas boleh dirujuk melalui Lampiran B, C, C1 dan C2, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2009. 2. Pegawai telah mengambil cuti belajar bergaji penuh selama 3 tahun tetapi tidak melapor diri melebihi 2 minggu dari tarikh tamat tempoh cuti. i) Apakah tindakan yang perlu diambil? ii) Adakah perlu menahan gaji pegawai tersebut? Ketua Jabatan hendaklah mendapatkan maklumat terlebih dahulu daripada pihak yang berkenaan terhadap ketidakhadiran pegawai sebaik sahaja pegawai tamat cuti belajar bergaji penuh. Sekiranya disahkan pegawai didapati tidak hadir bertugas tanpa kebenaran tanpa cuti dan tidak dapat dikesan, Penyata Perubahan Pendapatan Seseorang Pegawai (Kew.8- Pin10/96) hendaklah disediakan mengikut peruntukan di bawah Perintah Am 14A Bab C bagi tempoh yang pegawai dikehendaki hadir bertugas. Sungguhpun tindakan mengutip kembali gaji tersebut telah dilaksanakan, selaku Ketua Jabatan urusan untuk merujuk pegawai ke Lembaga Tatatertib hendaklah diteruskan sejajar dengan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 2002. Sekiranya ketidak hadiran pegawai tersebut didapati mengambil masa yang lama atau yang tidak sewajarnya serta pegawai gagal dikesan, maka urusan menahan gaji hendaklah segera diambil. 3. PPPLD Gred DGA34 telah dinaikkan pangkat sebagai PPPLD Gred DGA38 berkuat kuasa selepas tarikh beliau dilantik tetap sebagai PPPS Gred DG41. Adakah pegawai tersebut layak menerima kenaikan pangkat tersebut dan gaji permulaan lantikan sebagai PPPS Gred DG41 dipinda mengikut keputusan kenaikan pangkat tersebut? Sebaik sahaja dilantik sebagai PPPS Gred DG41, pegawai telah berada di dalam skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan urusan kenaikan pangkat dalam skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma gred DGA38 tidak boleh dilaksanakan selepas lantikan tersebut. Penetapan gaji permulaan lantikan pegawai adalah tertakluk kepada gaji akhir yang hakiki pada tarikh lantikan tersebut. Menurut peraturan 23 (8), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Lantikan, Naik Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan)2012, jika seseorang pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan dilantik ke jawatan lain pada tarikh yang sama atau lebih awal dari tarikh pergerakan gaji pegawai dalam jawatan terdahulunya, pergerakan gaji jawatan terdahulunya, jika ada, hendaklah diberi terlebih dahulu terhad kepada amaun gaji maksimum di gred tersebut sebelum menentukan gaji permulaan lantikan itu. Ketua Jabatan hendaklah merujuk penetapan gaji permulaan lantikan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan selaku pihak yang berkuasa melantik selaras dengan peraturan 23, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Lantikan, Naik Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.
  • 42. 4. Jika pegawai tidak sempat untuk membuat LNPT pada tahun pegawai mula bercuti, bolehkah pegawai mendapat PGT pada tahun berikutnya dan jika tidak adakah cara lain untuk pegawai mendapatkannya? Menurut perenggan 50, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002, salah satu syarat yang melayakkan seseorang itu diberikan PGT ialah mencapai prestasi yang memuaskan (markah prestasi melebihi 60% - rujuk SPP 2 Tahun 2009, Lampiran D) dan diperakukan oleh Ketua Jabatan. Sehubungan dengan itu, pegawai yang tidak sempat untuk membuat LNPT pada tahun pegawai mula bercuti, tidak layak mendapat PGT pada tahun berikutnya kerana tidak mempunyai LNPT untuk dipertimbangkan oleh pihak yang berkenaan. Namun sekiranya pegawai bercuti tanpa gaji kerana mengikut pasangan bertugas atau berkursus di dalam atau di luar negeri, cuti menjaga anak dan kombinasi mana-mana cuti di atas, LNPT yang digunakan ialah LNPT terakhir sebelum pegawai bercuti. 5. Pegawai telah menikmati kemudahan tiga kali pergerakan gaji secara isyarat kerana Cuti Tanpa Gaji Mengikut Pasangan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 29 Tahun 2009, dan apabila pegawai diluluskan Cuti Sakit Barah di bawah Perintah Am 31 (a) Bab C selama 24 bulan, adakah beliau layak menerima PGT secara isyarat lagi? Kemudahan Cuti Sakit Barah di bawah Perintah Am 31(a) Bab C dan Lampiran D7, Perenggan 10(a), Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991 adalah kemudahan cuti yang dibayar secara bergaji penuh yang tidak melebihi 24 bulan manakala Perenggan 10(c ), PP 9/1991 adalah kemudahan cuti yang dibayar secara separuh gaji yang tidak melebihi 12 bulan. Pegawai yang diberikan kemudahan cuti sakit barah (CSB) bergaji penuh selama 24 bulan adalah layak menikmati PGT sama seperti pegawai yang sedang berkhidmat dengan syarat markah LNPT mereka yang terakhir hendaklah berada di tahap yang memuaskan (rujukan : perenggan 6(i), Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1996). Manakala, pegawai yang diluluskan kemudahan CSB secara separuh gaji pula akan diberikan kemudahan PGT secara isyarat tidak lebih daripada tiga (3) kali pergerakan gaji dalam tempoh perkhidmatan. Menurut perenggan 64, Pekeliling Perkhidmatan 4 Tahun 2002 (Pelaksanaan SSM bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan), anggota yang diluluskan cuti melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar bagi cuti belajar separuh gaji atau cuti belajar tanpa gaji, cuti tanpa gaji mengikut suami atau isteri belajar atau bertugas di dalam atau luar negeri atau cuti separuh gaji kerana menghidap penyakit tibi, kusta, barah dan penyakit yang seumpamanya akan diberi PGT secara isyarat tidak lebih daripada tiga kali pergerakan gaji dalam tempoh perkhidmatan Namun sekiranya pegawai mengambil cuti barah separuh gaji dan tempohnya melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar, maka pada tahun berikutnya pegawai tidak lagi layak diberikan pergerakan gaji secara isyarat mengikut SPP 5/2002 kerana pegawai telahpun menikmati 3 kali pergerakan gaji secara isyarat sebelum ini apabila mengambil cuti tanpa gaji mengikut pasangan di bawah PP 29 Tahun 2009. 6. Pegawai tidak hadir bertugas melebihi 180 hari dalam satu tahun boleh ke diberi pergerakan gaji pada tahun berikutnya dan layak ke untuk menerima kenaikan pangkat?
  • 43. Ketua Jabatan hendaklah mengambil tindakan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 terhadap mana-mana pegawai yang tidak hadir bertugas tanpa kebenaran tanpa cuti. Sekiranya Ketua Jabatan mengambil tindakan tatatertib segera tanpa menunggu sehingga melebihi 180 hari maka isu ini tidak akan timbul. Walau bagaimanapun, menurut Lampiran D, SPP 2 Tahun 2009, pegawai yang memiliki kualiti peribadi dan tahap disiplin di bawah tahap yang diharapkan wajar diberikan markah prestasi sehingga 49.99% sahaja di mana mereka yang memperoleh markah prestasi di bawah 49.99% akan mengakibatkan pergerakan gaji tahunan tidak dapat dipertimbangkan kepada beliau. 7. Jika pegawai berada di matagaji maksimum pada tahun 2011 adakah TPG akan berubah pada tahun 2012? Pemberian kenaikan gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah SSM mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012, tidak mengubah tarikh pergerakan gaji pegawai kecuali pegawai yang berada di matagaji maksimum melebihi satu (1) tahun pada 31 Disember 2011, sama ada di Jadual Gaji Sebaris atau di Peringkat 1 (P1) atau Peringkat 2 (P2) atau Peringkat 3 (P3) dalam Jadual Gaji Matriks (JGM) dan pegawai yang berada di Jadual Gaji KUP. Tarikh pergerakan gaji (TPG) baharu diubah kepada 1 Januari mulai tahun 2012 (rujuk perenggan 15, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012). 8. Apakah yang dimaksudkan dengan MTP? Adakah sama dengan melangkah titik sekatan? MTP ialah singkatan kepada Melangkah Titik Peningkatan yang diperuntukkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1991 yang bermaksud peningkatan gaji seseorang pegawai dari satu skel gaji yang lebih tinggi dalam tangga gaji yang digabungkan di dalam satu tingkatan jawatan. Di antara syarat yang diperuntukkan dalam skim perkhidmatan yang melayakkan seseorang itu dipertimbangkan untuk MTP ialah: (i) Disahkan dalam perkhidmatan; (ii) Berkhidmat bagi suatu tempoh atau berada di matagaji tertentu yang ditetapkan oleh skim perkhidmatan yang berkenaan; (iii) Mencapai taraf kecemerlangan perkhidmatan/tahap kemahiran yang ditetapkan; dan (iv) Diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan/Ketua Jabatan Manakala melangkah sekatan kecekapan ialah peningkatan matagaji di dalam skel gaji yang sama di mana ia adalah kaedah yang membolehkan seseorang pegawai mendapat peningkatan gaji. 9. Bagaimana untuk mengetahui pegawai layak menerima MTP? Pegawai layak menerima MTP apabila terdapat catatan di dalam Kenyataan Perkhidmatan atau salinan surat MTP untuk meningkat daripada PPP Kategori skel gaji C8 (SPM) ke skel gaji B10
  • 44. (STPM) atau skel gaji B10 (STPM) ke skel gaji B8 (Diploma). Surat kelulusan MTP dikeluarkan oleh Kementerian dan Jabatan. 10. Jika pegawai ada pengalaman dalam bidang yang tidak sama dengan jawatan sekarang, bolehkah pegawai memohon untuk pelarasan semula gaji permulaan? Penentuan dan penetapan gaji permulaan lantikan adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Melantik mengikut peraturan 23, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Lantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A)176/2005] dan peraturan 25, Peraturan- peraturan Pegawai Awam (Lantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan)2012 [P.U.(A)1/2012]. Suruhanjaya boleh mempertimbangkan gaji permulaan yang lebih tinggi bagi lantikan untuk kali pertama yang memiliki pengalaman kerja yang berkaitan dengan jawatan yang akan disandangnya tertakluk kepada peraturan 25 (3) dan (4), P.U.(A)1/2012. Menurut peraturan 25(5), P.U.(A)1/2012, pengalaman kerja yang dianggap berkaitan bagi seseorang pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional ialah pengalaman kerja yang diperoleh selepas pegawai itu mendapat kelayakan professional atau akademik sebagaimana yang ditentukan dalam skim perkhidmatan yang berkenaan. 11. Apakah kaedah penetapan gaji permulaan kenaikan pangkat dan pelarasan gaji kenaikan pangkat sedia ada dilaksanakan? Penetapan gaji permulaan dan pelarasan gaji kenaikan pangkat hendaklah dilaksanakan mengikut Peraturan 44(1), Peraturan–peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012/ P.U.(A)1/2012 di mana gaji yang diterima oleh seseorang pegawai yang dinaikkan pangkat hendaklah lebih tinggi daripada gaji akhir yang diterima dalam gred terdahulu. Walau bagaimanapun, bagi pegawai yang tarikh kenaikan pangkatnya berkuat kuasa sebelum tarikh pergerakan gaji (TPG) dalam gred asal, Ketua Jabatan hendaklah melaksanakan PGT dalam gred asal terlebih dahulu sebelum menetapkan gaji permulaan kenaikan pangkat [peraturan 44(3), P,U.(A)1/2012]. Manakala pegawai yang tarikh kenaikan pangkatnya berlaku selepas TPG dalam gred asal, penetapan gaji permulaan kenaikan pangkat terus dilaksanakan berdasarkan gaji akhir tersebut. Jadual 1 : Tarikh kuat kuasa naik pangkat sebelum tarikh pergerakan gaji tahunan dalam gred asal. Prinsip mendahulukan PGT dalam gred asal pada tarikh naik pangkat sebelum menentukan gaji permulaan naik pangkat DG48. Perkara Tarikh DG44 DG48 Tarikh PGT DG44 01/10/2016 RM5,550.04 Tarikh kuat kuasa naik pangkat DG48 01/01/2017 RM5,550.04 RM6,050.04 Tarikh PGT DG44 01/10/2017 RM5,800.04
  • 45. Tarikh surat siaran naik pangkat 01/11/2017 Gaji minimum DG48 : RM4,922.00 Jadual 2 : Tarikh kuat kuasa naik pangkat selepas tarikh pergerakan gaji tahunan dalam gred asal. Gaji permulaan naik pangkat terus diberi tidak kurang satu KGT dalam gred asal. Perkara Tarikh DG44 DG48 Tarikh PGT DG44 01/10/2016 RM5,550.04 Tarikh kuat kuasa naik pangkat DG48 01/11/2016 RM5,550.04 RM5,800.04 Tarikh PGT DG44/DG48 01/10/2017 RM5,800.04 RM6,070.04 Tarikh surat siaran naik pangkat 01/11/2017 12. Bagaimanakah tarikh pergerakan gaji jawatan kenaikan pangkat ditentukan? Tarikh pergerakan gaji tahunan pegawai yang dinaikkan pangkat hendaklah ditentukan mengikut tarikh kenaikan pangkatnya berkuat kuasa selaras dengan JADUAL KEDUA, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Lantikan, Naik Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan)2012. – rujuk peraturan 45, P.U.(A)1/2012. Jadual kedua : Pergerakan Gaji Tahunan (Peraturan 27) Tarikh pelantikan Tarikh pergerakan gaji 1 Januari hingga 31 Mac 1 Januari tahun yang berikutnya 1 April hingga 30 Jun 1 April tahun yang berikutnya 1 Julai hingga 30 September 1 Julai tahun yang berikutnya 1 Oktober hingga 31 Disember 1 Oktober tahun yang berikutnya 13. Bagaimanakah jika seseorang pegawai dinaikkan pangkat sebelum atau sama dengan tarikh pergerakan gaji pegawai itu dalam jawatan terdahulunya? Contohnya: Pegawai dinaikkan pangkat dari gred DG29 ke gred DG32 pada 1.1.2014. Tarikh pergerakan lama iaitu gred DG29: bulan Januari.