SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
Download to read offline
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari Perspektif
Graduan Kolej Komuniti Sungai Siput
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil
Teknologi Elektrik : Dari Perspektif Graduan Kolej Komuniti
Sungai Siput
Zaharah Alang Ahmad1, Suzzana Noordin2, Mazlini Mastura Yusof3
1 Zaharah Alang Ahmad, Kolej Komuniti Sungai Siput,
zaharaha712@gmail.com
2Suzzana Noordin, Kolej Komuniti Sungai Siput,
suzzananoordin617@gmail.com
3Mazlini Mastura Yusof, Kolej Komuniti Sungai Siput,
mmh_171@yahoo.com
Abstrak
Alumni merupakan suatu aset utama dan dianggap duta bagi sesebuah
pusat pengajian tinggi seperti Kolej Komuniti. Lanjutan daripada itu, maka
setiap pandangan daripada para alumni berkaitan dengan sistem
pengoperasian yang melibatkan kurikulum, pensyarah, prasarana dan
bimbingan kerjaya adalah amat diperlukan. Tujuan kajian ini adalah untuk
mendapatkan pandangan alumni Sijil Teknologi Elektrik Kolej Komuniti
Sungai Siput berkenaan empat elemen yang dinyatakan di atas. Pendekatan
kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan pengedaran
soal selidik secara dalam talian kepada pelajar ambilan Julai 2017 dan Jun
2018 yang telah pun bergraduan. Analisis data pula adalah menggunakan
perisian SPSS. Bilangan alumni yang memberi maklumbalas adalah seramai
lapan puluh empat (84) orang. Dapatan kajian mendapati bahawa alumni
memberikan jawapan yang memberansangkan dan berpuashati dengan
kurikulum, layanan pensyarah, prasarana di kolej dan bimbingan kerjaya
yang diberi. Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan bahawa sistem
pengoperasian di Kolej Komuniti Sungai Siput yang melibatkan empat
elemen iaitu kurikulum, pensyarah, prasarana dan bimbingan kerjaya yang
dikaji adalah berada pada landasan yang baik dan betul.
Kata kunci: Kurikulum; Pensyarah; Prasarana
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari Perspektif
Graduan Kolej Komuniti Sungai Siput
1.0 Pengenalan
Pelajar merupakan pelanggan utama bagi sebuah institusi pengajian
tinggi dan mereka perlu diberi perhatian bagi memenuhi kehendak mereka.
Oleh itu, institusi pengajian tinggi perlu lebih berdaya saing sejajar dengan
dasar kerajaan untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah pusat
kecemerlangan pendidikan serantau yang bertaraf dunia.
Mehdipour & Zerehkafi(2013) menyatakan bahawa adalah perlu bagi
setiap institusi penyedia latihan pendidikan untuk mengenalpasti dan
memahami setiap kekuatan dan kekurangan dalaman serta peluang dan
ancaman luaran mereka bagi menghasilkan taraf pendidikan yang
berkualiti. Hal ini boleh dicapai dengan mendapatkan maklumbalas secara
terus dari pengguna dan penerima. Kajian ini adalah salah satu kajian
kepuasan pelanggan yang menggunapakai pandangan alumni.
2.0 Sorotan Kajian
Kepuasan adalah tingkah laku individu terhadap sesuatu perkara. Ia
melibatkan pengetahuan dan kepercayaan, perasaan dan tingkah laku
tindak balas terhadap perkara tersebut (Hammer dan Organ, 1978).
Menurut Beynon (1997) walaupun intipati pendidikan ialah
pembelajaran pelajarnya, elemen-elemen seperti guru, buku teks, teknologi
pendidikan, kemudahan fizikal dan sistem pantadbiran semuanya
membantu untuk memperkembang dan mempercepatkan proses
pembelajaran. Oleh itu, hubungan antara prasarana yang selesa dengan
pembelajaran adalah perlu untuk memastikan para pelajar boleh memberi
perhatian yang lebih dalam pengajian mereka. Jika berlaku kekurangan
aspek-aspek seperti yang dinyatakan, maka pembelajaran pelajar boleh
terjejas.
Banyak kajian berkaitan tahap kepuasan pelajar terhadap aspek-
aspek pengajaran dan pembelajaran serta sistem sokongan telah dijalankan
dan hasil kajian mendapati tahap kepuasan keseluruhan pelajar adalah di
tahap memuaskan. Di dalam skop Politeknik dan Kolej Komuniti, kepuasan
pelajar ini penting kerana pelajar-pelajar adalah pelanggan yang perlu diberi
keutamaan. Secara tidak langsung pelajar boleh sama-sama mempromosi
Politeknik dan Kolej Komuniti kepada orang luar yang ingin belajar.
Kajian yang dijalankan di Politeknik Port Dickson (PPD) mendapati
secara keseluruhannya kemudahan prasarana di PPD berada pada tahap
sederhana dan memerlukan penambahbaikkan oleh pihak pengurusan
(Noremy dan Fadilah, 2010). Hasil kajian kemudahan prasarana di
Politeknik Syed Sirajudin (PTSS) juga mendapati pelajar berada pada tahap
yang baik. (Minhat, 2007). Tinjauan bagi aspek kepuasan pengajaran dan
pembelajaran pula, satu kajian dilakukan di Kolej Komuniti Selayang ke
atas pelajar jurusan Fesyen dan Pakaian menunjukkan tahap kepuasan
pelajar berada pada tahap yang tinggi (Siti, 2010).
3.0 Objektif Kajian
Berdasarkan perbincangan di atas, maka terdapat empat objektif
kajian yang akan dilihat dalam kajian ini. Objektif kajian yang terlibat
adalah seperti berikut:
i. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap kurikulum Sijil Teknologi
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari Perspektif
Graduan Kolej Komuniti Sungai Siput
Elektrik yang terdapat di Kolej Komuniti Sungai Siput.
ii. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap pensyarah di Kolej
Komuniti Sungai Siput.
iii. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap prasarana yang terdapat
di Kolej Komuniti Sungai Siput.
iv. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap bantuan kerjaya yang
terdapat di Kolej Komuniti Sungai Siput.
Hasil dapatan yang dikupas akan dijadikan panduan terhadap usaha
penambahbaikan di Kolej Komuniti Sungai Siput khasnya untuk program
Sijil Teknologi Elekrik. Semoga usaha yang berlipat ganda dalam
penyelidikan dapat meningkatkan pembangunan modal insan dikalangan
graduan politeknik dan kolej komuniti.
4.0 Metodologi Kajian
4.1 Rekabentuk Kajian
Mohd Najib Abdul Ghafar (1999 ) menyatakan bahawa rekabentuk
kajian memenuhi dua fungsi utama iaitu mewujudkan perbandingan yang
diperlukan dalam persoalan dan membolehkan penggunaan analisis data
untuk membuat interpretasi tentang kepentingan kajian. Dalam kajian ini,
penyelidik menggunakan kaedah deskriptif kuantitatif min kerana ia
menjimatkan kos, masa dan tenaga kerja. Seramai 84 orang alumni telah
menjawab borang soal selidik secara Google Form ini.
4.2 Kerangka Kajian
Rajah 1: Kerangka Kajian
4.3 Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang diadaptasi dari
borang soal selidik pengesanan graduan KPT (SKPG) iaitu Bahagian F yang
meninjau pengalaman graduan semasa pengajian di Kolej Komuniti Sungai
Siput. Soal selidik telah diedarkan secara dalam talian yang mana pautan
soalan telah diedarkan di dalam kumpulan Whatsapp Alumni Ambilan Julai
2017 dan Jun 2018. Soal selidik ini mengandungi soalan-soalan yang
berkaitan kurikulum, tenaga pengajar, kemudahan prasarana dan
perkhidmatan bimbingan kerjaya. Skala Likert digunakan untuk kajian ini
dengan skala 1 mewakili amat tidak memuaskan dan skala 5 sebagai amat
memuaskan. Penggunaan Skala Likert dipilih kerana ia mempunyai tahap
Data
dikumpul
Data
dianalisa
Cadangan &
Kesimpulan
Alumni Ambilan
Julai 2017
Alumni Ambilan
Jun 2018
SPL
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari Perspektif
Graduan Kolej Komuniti Sungai Siput
pengukuran kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 85% (Mohd Najib, 1999).
Data yang telah dikumpul telah dianalisis menggunakan perisian
SPSS. Kadar kebolehpercayaan kepada instrumen soal selidik ini diukur
menggunakan nilai Alpha Cronbach. Dalam statistik kebolehpercayaan
kajian yang menggunakan pekali Alfa Cronbach, Chua(2011) menyatakan
nilai 0.65 – 0.95 dianggap memuaskan. Keputusan daripada kajian rintis
adalah 0.921 menunjukkan item soal selidik mempunyai kesahan yang
tinggi.
5.0 Analisis Dan Perbincangan
Didalam bab ini pengkaji akan menerangkan hasil dapatan yang
diperolehi dari persoalan kajian yang telah dinyatakan.
5.1 Analisis Demografi
Analisis demografik menunjukkan jumlah responden adalah seramai
lapan puluh empat(84) orang terdiri daripada lapan puluh (80) orang lelaki
dan empat (4) orang perempuan. Ini ditunjukkan di dalam Rajah 2.
Rajah 2: Bilangan Responden Mengikut Gender
Dari dapatan ini juga didapati seramai empat puluh tiga(43) orang
responden telah bekerja dan empat puluh satu (41) orang masih tidak
bekerja. Rajah 3 menunjukkan penyataan ini.
[VALUE]
[VALUE]
80
4
Pelajar
Perempuan
Pelajar Lelaki
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari Perspektif
Graduan Kolej Komuniti Sungai Siput
Rajah 3: Bilangan Responden Bekerja Atau Tidak
Seterusnya, untuk pertanyaan samada alumni akan mencadangkan
Kolej Komuniti Sungai Siput sebagai institusi pilihan kepada rakan-rakan
serta ahli keluarga, seramai 79 orang (94%) telah menjawab ‘Ya’ dan
selebihnya seramai 5 orang (6%) telah menjawab ‘Tidak’. Ini ditunjukkan di
dalam Rajah 4.
Rajah 4: Cadangan Kolej Sebagai Institusi Pilihan
5.2 Analisis Persepsi Terhadap Kurikulum
Bagi menjawab objektif kajian yang pertama iaitu untuk
mengenalpasti persepsi pelajar terhadap kurikulum yang terdapat di dalam
Program Sijil Teknologi Elektrik. Hasil dapatan telah ditunjukkan pada
Jadual 1. Terdapat lima aspek yang dikaji iaitu kesesuaian kandungan
pengajian, latihan industri/praktikum, mata pelajaran wajib
universiti/institusi, menyediakan pelajar untuk menghadapi dunia
pekerjaan dan latihan industri telah memberi manfaat dalam mendapatkan
pekerjaan bersesuaian. Dapatan menunjukkan responden berpuas hati
dengan kurikulum pengajian Sijil Teknologi Elektrik Kolej Komuniti yang
mana kelima-lima aspek menunjukkan tahap kepuasan yang tinggi iaitu
purata skor min sebanyak M=4.27. Di dapati aspek latihan industri
memberi manfaat kepada graduan untuk mendapatkan pekerjaan yang
sesuai, telah mencatat skor yang paling tinggi iaitu M=4.35
[VALUE]
[VALUE]
43
41
Tidak bekerja
Bekerja
[VALUE]
[VALUE]
79
5
Tidak
Ya
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari Perspektif
Graduan Kolej Komuniti Sungai Siput
Jadual 1 :Tahap Kepuasan Responden Terhadap Kurikulum Program Sijil
Teknologi Elektrik
5.3 Analisis Persepsi Terhadap Pensyarah
Jadual 2 menunjukkan tahap kepuasan responden terhadap
pensyarah-pensyarah Sijil Teknologi Elektrik Kolej Komuniti Sungai Siput.
Secara keseluruhannya dapatan menunjukkan responden telah menjawab
amat memuaskan dengan peratusan yang paling tinggi dan skor min M=
4.45 bagi aspek penyampaian kuliah dan kualiti pengajaran. Skor min
untuk interaksi dengan pelajar juga tinggi iaitu M=4.43. Ini menunjukkan
majoriti responden berpuashati dengan sikap pensyarah yang bertindak
sebagai fasilator.
Jadual 2 : Tahap Kepuasan Responden Terhadap Pensyarah Kolej Komuniti
Sungai Siput
5.4 Analisis Persepsi Terhadap Prasarana dan Fasiliti
Membangunkan prasarana pembelajaran yang selesa dan canggih
amat diperlukan untuk memberi tumpuan terhadap usaha meningkatkan
kualiti pendidikan supaya dapat melahirkan lebih ramai graduan cemerlang
pada masa depan. Prasarana pembelajaran termasuklah kemudahan
penginapan/ asrama, kemudahan ICT/Internet di kampus, kemudahan
cafeteria/kantin/dewan makan, kemudahan dewan kuliah/bilik tutorial dan
kemudahan makmal (komputer/sains), studio, dapur, bengkel dan lain-lain.
Daripada Jadual 3 jelas menunjukkan skor min tertinggi adalah
kemudahan makmal komputer, makmal sains dan bengkel iaitu M=4.39.
Manakala bagi kemudahan penginapan dan asrama mendapat skor paling
Item Min
Kesesuaian kandungan pengajian 4.24
Program latihan industri/praktikum (jika
berkaitan)
Mata pelajaran wajib universiti/institusi
Menyediakan pelajar untuk menghadapi
dunia pekerjaan yang bersesuaian.
Latihan Industri telah memberi manfaat
kepada saya dalam mendapatkan pekerjaan
bersesuaian
4.24
4.27
4.26
4.35
Item Min
Interaksi dengan pelajar 4.43
Penyampaian kuliah dan kualiti pengajaran 4.45
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari Perspektif
Graduan Kolej Komuniti Sungai Siput
rendah iaitu M=4.00. Ini mungkin disebabkan Kolej Komuniti Sungai Siput
tiada kemudahan asrama dan pelajar duduk dirumah sewa sahaja.
Walaubagaimanapun responden masih berpuashati kerana pihak kolej
masih membantu untuk mencari rumah sewa.
Jadual 3 : Tahap Persepsi Responden Terhadap Prasarana.
Item Min
Makmal (komputer, sains), studio, dapur, bengkel dll 4.39
Kemudahan dewan kuliah/bilik tutorial 4.19
Kemudahan cafeteria/kantin/dewan makan 4.33
Kemudahan penginapan/asrama 4.00
Kemudahan ICT di kampus
4.14
5.5 Analisis Persepsi Terhadap Bimbingan Kerjaya
Pendedahan awal pelajar kolej komuniti terhadap pekerjaan sebenar
telah memberi impak yang baik dalam pembentukan budaya kerja yang
positif dan sekaligus melahirkan tenaga kerja berkualiti yang diperlukan
oleh industri. Berdasarkan dapatan yang merujuk Jadual 4, responden
bersetuju bahawa mereka telah diberi maklumat yang cukup mengenai
peluang pekerjaan dan kerjaya dengan skor min M=4.19. Mereka juga telah
dibantu untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan mereka.
Jadual 4 : Tahap Persepsi Responden Terhadap Bimbingan Kerjaya
Item Min
Maklumat mengenai peluang pekerjaan dan kerjaya 4.19
Bantuan dalam mendapatkan pekerjaan 4.08
6.0 Rumusan Dan Cadangan
Hasil dapatan kajian ini menunjukkan lebih dari 90% graduan yang
menamatkan pengajian dalam Sijil Teknologi Elektrik mempunyai
pengalaman yang positif semasa mengikuti pengajian di Kolej Komuniti
Sungai Siput. Majoriti pelajar sangat berpuashati dengan kandungan
kurikulum yang disediakan terutamanya bagi aspek Latihan industri yang
memberi manfaat dan pendedahan kepada dunia pekerjaan.
Bagi aspek prasarana, responden sangat berpuashati dengan
kemudahan makmal dan bengkel yang disediakan. Manakala bagi
kemudahan penginapan dan asrama yang mendapat skor terendah
menunjukkan responden kurang berpuashati dengan kemudahan ini. Ini
menunjukkan pihak Kolej Komuniti Sungai Siput perlu memperbaiki dan
meningkatkan keupayaan dalam menyediakan penginapan dan rumah sewa
yang lebih selesa untuk pelajar.
Disamping itu, responden berpendapat interaksi pensyarah dalam
pengajaran dan pembelajaran adalah amat baik dan mudah diterima oleh
semua responden. Secara keseluruhannya tahap kepuasan responden
terhadap pensyarah kolej komuniti adalah tinggi dimana keseluruhan item
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari Perspektif
Graduan Kolej Komuniti Sungai Siput
penilaian pensyarah mencapai skor min yang tinggi.
Responden juga berpendapat pihak kolej dan pensyarah telah
membantu dalam memberi maklumat mengenai peluang pekerjaan dan
kerjaya dan memberi bantuan dalam mendapatkan pekerjaan. Ini kerana
pihak pensyarah telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan kursus kad
hijau kepada pelajar Sijil Teknologi Elektrik sebelum mengikuti latihan
industri. Di samping itu, pelajar diberikan kelebihan dengan mengikuti
kursus peningkatan kemahiran untuk mendapatkan Sijil Kecekapan
Kemahiran sebelum mengikuti latihan industri. Segala usaha ini hendaklah
diteruskan supaya dapat membantu para graduan dalam menghadapi dunia
pekerjaan di luar.
Seterusnya, responden atau alumni Kolej Komuniti Sungai Siput juga
secara keseluruhannya bersetuju mencadangkan kolej ini sebagai salah
satu institusi untuk mennyambung pengajian dan mendapat lebih
kemahiran. Situasi ini telah menaikkan nama Politeknik dan Kolej Komuniti
khasnya Kolej Komuniti Sungai Siput.
Rujukan
Beynon, J. (1997). Physical Facilities For Education: What Planers Need To
Know. UNESCO: International Institute For Educational Planning, 18.
Chua Yan Piaw (2011). Kaedah Penyelidikan Buku 1 (2nd ed.). Kuala
Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn Bhd.
Hamner, W.C. and W.D. Organ (1978), Organizational Behaviour. Business
Publications, Texas.
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Retrieved from
http://www.mypolycc.edu.my/ Borang Soal Selidik Pengesanan Graduan
Mehdipour, Y., & Zerehkafi, H. (2013). Student Satisfaction At Osmania
University, 2(6), 233–240.
Minhat, N. (2007). Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan yang Disediakan
di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. 1, 1–13.
Mohd Najib Abdul Ghafar (1999), Penyelidikan Pendidikan, Skudai :
Universiti Teknologi Malaysia.
Noremy Che Azemi, & Fadilah Mat Assain. (2010). Tahap kepuasan pelajar
terhadap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Politeknik Port
Dickson (PPD) bagi sesi Disember 2010. Seminar Penyelidikan Dan Inovasi,
(Isqae), 1–11.
Siti Fatimah, D. (2010). Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Pengajaran Dan
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari Perspektif
Graduan Kolej Komuniti Sungai Siput
Pembelajaran Sijil Kolej Komunti (Modular) Fesyen Dan Pakaian Di Kolej
Komunti Selayang, Selangor. Retrieved from
http://www.kkselayang.edu.my/images/penerbitan/tahapkepuasan.pdf

More Related Content

Similar to Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari Perspektif Graduan Kolej Komuniti Sungai Siput

Tugasan 1 menganalisa jurnal e pendidikan 1
Tugasan 1 menganalisa jurnal e pendidikan 1Tugasan 1 menganalisa jurnal e pendidikan 1
Tugasan 1 menganalisa jurnal e pendidikan 1cifu-master amir
 
Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1Li Fang Li
 
Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010byin85
 
Kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam kalangan ahli akademik
Kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam kalangan ahli akademikKesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam kalangan ahli akademik
Kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam kalangan ahli akademikSharifah Munirah
 
Jurnal e pembelajaran
Jurnal e pembelajaranJurnal e pembelajaran
Jurnal e pembelajaransammuechan
 
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2zalizakpt6044
 
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2zalizakpt6044
 
Jurnalkesedaranpenilaiandanpenerimaane pembelajarandalam-120922161816-phpapp0...
Jurnalkesedaranpenilaiandanpenerimaane pembelajarandalam-120922161816-phpapp0...Jurnalkesedaranpenilaiandanpenerimaane pembelajarandalam-120922161816-phpapp0...
Jurnalkesedaranpenilaiandanpenerimaane pembelajarandalam-120922161816-phpapp0...Sue Said
 
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalamJurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalamsharifahmunirah1002
 
Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Jeya Kumar
 
Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...
Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...
Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...RubinaKhan69
 
Tugasan 1 kpp6044 ( web)
Tugasan 1 kpp6044 ( web)Tugasan 1 kpp6044 ( web)
Tugasan 1 kpp6044 ( web)Kulasingam Kula
 
Critical journal web
Critical journal webCritical journal web
Critical journal webMaslizaOthman
 
Ulasan jurnal kpt 6044 (tugasan 1)
Ulasan jurnal kpt 6044 (tugasan 1)Ulasan jurnal kpt 6044 (tugasan 1)
Ulasan jurnal kpt 6044 (tugasan 1)Shangeetha385
 

Similar to Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari Perspektif Graduan Kolej Komuniti Sungai Siput (20)

Tugasan 1 menganalisa jurnal e pendidikan 1
Tugasan 1 menganalisa jurnal e pendidikan 1Tugasan 1 menganalisa jurnal e pendidikan 1
Tugasan 1 menganalisa jurnal e pendidikan 1
 
Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1
 
Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010
 
Analisis jurnal kpt 6044
Analisis jurnal   kpt 6044Analisis jurnal   kpt 6044
Analisis jurnal kpt 6044
 
Jurnal untuk Interaksi 7
Jurnal untuk Interaksi 7Jurnal untuk Interaksi 7
Jurnal untuk Interaksi 7
 
Kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam kalangan ahli akademik
Kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam kalangan ahli akademikKesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam kalangan ahli akademik
Kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam kalangan ahli akademik
 
Jurnal e pembelajaran
Jurnal e pembelajaranJurnal e pembelajaran
Jurnal e pembelajaran
 
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
 
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
 
Bab[09]
Bab[09]Bab[09]
Bab[09]
 
Jurnalkesedaranpenilaiandanpenerimaane pembelajarandalam-120922161816-phpapp0...
Jurnalkesedaranpenilaiandanpenerimaane pembelajarandalam-120922161816-phpapp0...Jurnalkesedaranpenilaiandanpenerimaane pembelajarandalam-120922161816-phpapp0...
Jurnalkesedaranpenilaiandanpenerimaane pembelajarandalam-120922161816-phpapp0...
 
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalamJurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
 
Tugasan 3
Tugasan 3 Tugasan 3
Tugasan 3
 
Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)
 
Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...
Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...
Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Tugasan 1 kpp6044 ( web)
Tugasan 1 kpp6044 ( web)Tugasan 1 kpp6044 ( web)
Tugasan 1 kpp6044 ( web)
 
Critical journal web
Critical journal webCritical journal web
Critical journal web
 
Ulasan jurnal kpt 6044 (tugasan 1)
Ulasan jurnal kpt 6044 (tugasan 1)Ulasan jurnal kpt 6044 (tugasan 1)
Ulasan jurnal kpt 6044 (tugasan 1)
 
Jurnal ict 1
Jurnal ict 1Jurnal ict 1
Jurnal ict 1
 

Recently uploaded

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 

Recently uploaded (14)

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 

Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari Perspektif Graduan Kolej Komuniti Sungai Siput

  • 1. Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari Perspektif Graduan Kolej Komuniti Sungai Siput Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari Perspektif Graduan Kolej Komuniti Sungai Siput Zaharah Alang Ahmad1, Suzzana Noordin2, Mazlini Mastura Yusof3 1 Zaharah Alang Ahmad, Kolej Komuniti Sungai Siput, zaharaha712@gmail.com 2Suzzana Noordin, Kolej Komuniti Sungai Siput, suzzananoordin617@gmail.com 3Mazlini Mastura Yusof, Kolej Komuniti Sungai Siput, mmh_171@yahoo.com Abstrak Alumni merupakan suatu aset utama dan dianggap duta bagi sesebuah pusat pengajian tinggi seperti Kolej Komuniti. Lanjutan daripada itu, maka setiap pandangan daripada para alumni berkaitan dengan sistem pengoperasian yang melibatkan kurikulum, pensyarah, prasarana dan bimbingan kerjaya adalah amat diperlukan. Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan pandangan alumni Sijil Teknologi Elektrik Kolej Komuniti Sungai Siput berkenaan empat elemen yang dinyatakan di atas. Pendekatan kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan pengedaran soal selidik secara dalam talian kepada pelajar ambilan Julai 2017 dan Jun 2018 yang telah pun bergraduan. Analisis data pula adalah menggunakan perisian SPSS. Bilangan alumni yang memberi maklumbalas adalah seramai lapan puluh empat (84) orang. Dapatan kajian mendapati bahawa alumni memberikan jawapan yang memberansangkan dan berpuashati dengan kurikulum, layanan pensyarah, prasarana di kolej dan bimbingan kerjaya yang diberi. Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan bahawa sistem pengoperasian di Kolej Komuniti Sungai Siput yang melibatkan empat elemen iaitu kurikulum, pensyarah, prasarana dan bimbingan kerjaya yang dikaji adalah berada pada landasan yang baik dan betul. Kata kunci: Kurikulum; Pensyarah; Prasarana
  • 2. Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari Perspektif Graduan Kolej Komuniti Sungai Siput 1.0 Pengenalan Pelajar merupakan pelanggan utama bagi sebuah institusi pengajian tinggi dan mereka perlu diberi perhatian bagi memenuhi kehendak mereka. Oleh itu, institusi pengajian tinggi perlu lebih berdaya saing sejajar dengan dasar kerajaan untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan pendidikan serantau yang bertaraf dunia. Mehdipour & Zerehkafi(2013) menyatakan bahawa adalah perlu bagi setiap institusi penyedia latihan pendidikan untuk mengenalpasti dan memahami setiap kekuatan dan kekurangan dalaman serta peluang dan ancaman luaran mereka bagi menghasilkan taraf pendidikan yang berkualiti. Hal ini boleh dicapai dengan mendapatkan maklumbalas secara terus dari pengguna dan penerima. Kajian ini adalah salah satu kajian kepuasan pelanggan yang menggunapakai pandangan alumni. 2.0 Sorotan Kajian Kepuasan adalah tingkah laku individu terhadap sesuatu perkara. Ia melibatkan pengetahuan dan kepercayaan, perasaan dan tingkah laku tindak balas terhadap perkara tersebut (Hammer dan Organ, 1978). Menurut Beynon (1997) walaupun intipati pendidikan ialah pembelajaran pelajarnya, elemen-elemen seperti guru, buku teks, teknologi pendidikan, kemudahan fizikal dan sistem pantadbiran semuanya membantu untuk memperkembang dan mempercepatkan proses pembelajaran. Oleh itu, hubungan antara prasarana yang selesa dengan pembelajaran adalah perlu untuk memastikan para pelajar boleh memberi perhatian yang lebih dalam pengajian mereka. Jika berlaku kekurangan aspek-aspek seperti yang dinyatakan, maka pembelajaran pelajar boleh terjejas. Banyak kajian berkaitan tahap kepuasan pelajar terhadap aspek- aspek pengajaran dan pembelajaran serta sistem sokongan telah dijalankan dan hasil kajian mendapati tahap kepuasan keseluruhan pelajar adalah di tahap memuaskan. Di dalam skop Politeknik dan Kolej Komuniti, kepuasan pelajar ini penting kerana pelajar-pelajar adalah pelanggan yang perlu diberi keutamaan. Secara tidak langsung pelajar boleh sama-sama mempromosi Politeknik dan Kolej Komuniti kepada orang luar yang ingin belajar. Kajian yang dijalankan di Politeknik Port Dickson (PPD) mendapati secara keseluruhannya kemudahan prasarana di PPD berada pada tahap sederhana dan memerlukan penambahbaikkan oleh pihak pengurusan (Noremy dan Fadilah, 2010). Hasil kajian kemudahan prasarana di Politeknik Syed Sirajudin (PTSS) juga mendapati pelajar berada pada tahap yang baik. (Minhat, 2007). Tinjauan bagi aspek kepuasan pengajaran dan pembelajaran pula, satu kajian dilakukan di Kolej Komuniti Selayang ke atas pelajar jurusan Fesyen dan Pakaian menunjukkan tahap kepuasan pelajar berada pada tahap yang tinggi (Siti, 2010). 3.0 Objektif Kajian Berdasarkan perbincangan di atas, maka terdapat empat objektif kajian yang akan dilihat dalam kajian ini. Objektif kajian yang terlibat adalah seperti berikut: i. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap kurikulum Sijil Teknologi
  • 3. Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari Perspektif Graduan Kolej Komuniti Sungai Siput Elektrik yang terdapat di Kolej Komuniti Sungai Siput. ii. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap pensyarah di Kolej Komuniti Sungai Siput. iii. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap prasarana yang terdapat di Kolej Komuniti Sungai Siput. iv. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap bantuan kerjaya yang terdapat di Kolej Komuniti Sungai Siput. Hasil dapatan yang dikupas akan dijadikan panduan terhadap usaha penambahbaikan di Kolej Komuniti Sungai Siput khasnya untuk program Sijil Teknologi Elekrik. Semoga usaha yang berlipat ganda dalam penyelidikan dapat meningkatkan pembangunan modal insan dikalangan graduan politeknik dan kolej komuniti. 4.0 Metodologi Kajian 4.1 Rekabentuk Kajian Mohd Najib Abdul Ghafar (1999 ) menyatakan bahawa rekabentuk kajian memenuhi dua fungsi utama iaitu mewujudkan perbandingan yang diperlukan dalam persoalan dan membolehkan penggunaan analisis data untuk membuat interpretasi tentang kepentingan kajian. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah deskriptif kuantitatif min kerana ia menjimatkan kos, masa dan tenaga kerja. Seramai 84 orang alumni telah menjawab borang soal selidik secara Google Form ini. 4.2 Kerangka Kajian Rajah 1: Kerangka Kajian 4.3 Instrumen Kajian Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang diadaptasi dari borang soal selidik pengesanan graduan KPT (SKPG) iaitu Bahagian F yang meninjau pengalaman graduan semasa pengajian di Kolej Komuniti Sungai Siput. Soal selidik telah diedarkan secara dalam talian yang mana pautan soalan telah diedarkan di dalam kumpulan Whatsapp Alumni Ambilan Julai 2017 dan Jun 2018. Soal selidik ini mengandungi soalan-soalan yang berkaitan kurikulum, tenaga pengajar, kemudahan prasarana dan perkhidmatan bimbingan kerjaya. Skala Likert digunakan untuk kajian ini dengan skala 1 mewakili amat tidak memuaskan dan skala 5 sebagai amat memuaskan. Penggunaan Skala Likert dipilih kerana ia mempunyai tahap Data dikumpul Data dianalisa Cadangan & Kesimpulan Alumni Ambilan Julai 2017 Alumni Ambilan Jun 2018 SPL
  • 4. Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari Perspektif Graduan Kolej Komuniti Sungai Siput pengukuran kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 85% (Mohd Najib, 1999). Data yang telah dikumpul telah dianalisis menggunakan perisian SPSS. Kadar kebolehpercayaan kepada instrumen soal selidik ini diukur menggunakan nilai Alpha Cronbach. Dalam statistik kebolehpercayaan kajian yang menggunakan pekali Alfa Cronbach, Chua(2011) menyatakan nilai 0.65 – 0.95 dianggap memuaskan. Keputusan daripada kajian rintis adalah 0.921 menunjukkan item soal selidik mempunyai kesahan yang tinggi. 5.0 Analisis Dan Perbincangan Didalam bab ini pengkaji akan menerangkan hasil dapatan yang diperolehi dari persoalan kajian yang telah dinyatakan. 5.1 Analisis Demografi Analisis demografik menunjukkan jumlah responden adalah seramai lapan puluh empat(84) orang terdiri daripada lapan puluh (80) orang lelaki dan empat (4) orang perempuan. Ini ditunjukkan di dalam Rajah 2. Rajah 2: Bilangan Responden Mengikut Gender Dari dapatan ini juga didapati seramai empat puluh tiga(43) orang responden telah bekerja dan empat puluh satu (41) orang masih tidak bekerja. Rajah 3 menunjukkan penyataan ini. [VALUE] [VALUE] 80 4 Pelajar Perempuan Pelajar Lelaki
  • 5. Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari Perspektif Graduan Kolej Komuniti Sungai Siput Rajah 3: Bilangan Responden Bekerja Atau Tidak Seterusnya, untuk pertanyaan samada alumni akan mencadangkan Kolej Komuniti Sungai Siput sebagai institusi pilihan kepada rakan-rakan serta ahli keluarga, seramai 79 orang (94%) telah menjawab ‘Ya’ dan selebihnya seramai 5 orang (6%) telah menjawab ‘Tidak’. Ini ditunjukkan di dalam Rajah 4. Rajah 4: Cadangan Kolej Sebagai Institusi Pilihan 5.2 Analisis Persepsi Terhadap Kurikulum Bagi menjawab objektif kajian yang pertama iaitu untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap kurikulum yang terdapat di dalam Program Sijil Teknologi Elektrik. Hasil dapatan telah ditunjukkan pada Jadual 1. Terdapat lima aspek yang dikaji iaitu kesesuaian kandungan pengajian, latihan industri/praktikum, mata pelajaran wajib universiti/institusi, menyediakan pelajar untuk menghadapi dunia pekerjaan dan latihan industri telah memberi manfaat dalam mendapatkan pekerjaan bersesuaian. Dapatan menunjukkan responden berpuas hati dengan kurikulum pengajian Sijil Teknologi Elektrik Kolej Komuniti yang mana kelima-lima aspek menunjukkan tahap kepuasan yang tinggi iaitu purata skor min sebanyak M=4.27. Di dapati aspek latihan industri memberi manfaat kepada graduan untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai, telah mencatat skor yang paling tinggi iaitu M=4.35 [VALUE] [VALUE] 43 41 Tidak bekerja Bekerja [VALUE] [VALUE] 79 5 Tidak Ya
  • 6. Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari Perspektif Graduan Kolej Komuniti Sungai Siput Jadual 1 :Tahap Kepuasan Responden Terhadap Kurikulum Program Sijil Teknologi Elektrik 5.3 Analisis Persepsi Terhadap Pensyarah Jadual 2 menunjukkan tahap kepuasan responden terhadap pensyarah-pensyarah Sijil Teknologi Elektrik Kolej Komuniti Sungai Siput. Secara keseluruhannya dapatan menunjukkan responden telah menjawab amat memuaskan dengan peratusan yang paling tinggi dan skor min M= 4.45 bagi aspek penyampaian kuliah dan kualiti pengajaran. Skor min untuk interaksi dengan pelajar juga tinggi iaitu M=4.43. Ini menunjukkan majoriti responden berpuashati dengan sikap pensyarah yang bertindak sebagai fasilator. Jadual 2 : Tahap Kepuasan Responden Terhadap Pensyarah Kolej Komuniti Sungai Siput 5.4 Analisis Persepsi Terhadap Prasarana dan Fasiliti Membangunkan prasarana pembelajaran yang selesa dan canggih amat diperlukan untuk memberi tumpuan terhadap usaha meningkatkan kualiti pendidikan supaya dapat melahirkan lebih ramai graduan cemerlang pada masa depan. Prasarana pembelajaran termasuklah kemudahan penginapan/ asrama, kemudahan ICT/Internet di kampus, kemudahan cafeteria/kantin/dewan makan, kemudahan dewan kuliah/bilik tutorial dan kemudahan makmal (komputer/sains), studio, dapur, bengkel dan lain-lain. Daripada Jadual 3 jelas menunjukkan skor min tertinggi adalah kemudahan makmal komputer, makmal sains dan bengkel iaitu M=4.39. Manakala bagi kemudahan penginapan dan asrama mendapat skor paling Item Min Kesesuaian kandungan pengajian 4.24 Program latihan industri/praktikum (jika berkaitan) Mata pelajaran wajib universiti/institusi Menyediakan pelajar untuk menghadapi dunia pekerjaan yang bersesuaian. Latihan Industri telah memberi manfaat kepada saya dalam mendapatkan pekerjaan bersesuaian 4.24 4.27 4.26 4.35 Item Min Interaksi dengan pelajar 4.43 Penyampaian kuliah dan kualiti pengajaran 4.45
  • 7. Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari Perspektif Graduan Kolej Komuniti Sungai Siput rendah iaitu M=4.00. Ini mungkin disebabkan Kolej Komuniti Sungai Siput tiada kemudahan asrama dan pelajar duduk dirumah sewa sahaja. Walaubagaimanapun responden masih berpuashati kerana pihak kolej masih membantu untuk mencari rumah sewa. Jadual 3 : Tahap Persepsi Responden Terhadap Prasarana. Item Min Makmal (komputer, sains), studio, dapur, bengkel dll 4.39 Kemudahan dewan kuliah/bilik tutorial 4.19 Kemudahan cafeteria/kantin/dewan makan 4.33 Kemudahan penginapan/asrama 4.00 Kemudahan ICT di kampus 4.14 5.5 Analisis Persepsi Terhadap Bimbingan Kerjaya Pendedahan awal pelajar kolej komuniti terhadap pekerjaan sebenar telah memberi impak yang baik dalam pembentukan budaya kerja yang positif dan sekaligus melahirkan tenaga kerja berkualiti yang diperlukan oleh industri. Berdasarkan dapatan yang merujuk Jadual 4, responden bersetuju bahawa mereka telah diberi maklumat yang cukup mengenai peluang pekerjaan dan kerjaya dengan skor min M=4.19. Mereka juga telah dibantu untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan mereka. Jadual 4 : Tahap Persepsi Responden Terhadap Bimbingan Kerjaya Item Min Maklumat mengenai peluang pekerjaan dan kerjaya 4.19 Bantuan dalam mendapatkan pekerjaan 4.08 6.0 Rumusan Dan Cadangan Hasil dapatan kajian ini menunjukkan lebih dari 90% graduan yang menamatkan pengajian dalam Sijil Teknologi Elektrik mempunyai pengalaman yang positif semasa mengikuti pengajian di Kolej Komuniti Sungai Siput. Majoriti pelajar sangat berpuashati dengan kandungan kurikulum yang disediakan terutamanya bagi aspek Latihan industri yang memberi manfaat dan pendedahan kepada dunia pekerjaan. Bagi aspek prasarana, responden sangat berpuashati dengan kemudahan makmal dan bengkel yang disediakan. Manakala bagi kemudahan penginapan dan asrama yang mendapat skor terendah menunjukkan responden kurang berpuashati dengan kemudahan ini. Ini menunjukkan pihak Kolej Komuniti Sungai Siput perlu memperbaiki dan meningkatkan keupayaan dalam menyediakan penginapan dan rumah sewa yang lebih selesa untuk pelajar. Disamping itu, responden berpendapat interaksi pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran adalah amat baik dan mudah diterima oleh semua responden. Secara keseluruhannya tahap kepuasan responden terhadap pensyarah kolej komuniti adalah tinggi dimana keseluruhan item
  • 8. Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari Perspektif Graduan Kolej Komuniti Sungai Siput penilaian pensyarah mencapai skor min yang tinggi. Responden juga berpendapat pihak kolej dan pensyarah telah membantu dalam memberi maklumat mengenai peluang pekerjaan dan kerjaya dan memberi bantuan dalam mendapatkan pekerjaan. Ini kerana pihak pensyarah telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan kursus kad hijau kepada pelajar Sijil Teknologi Elektrik sebelum mengikuti latihan industri. Di samping itu, pelajar diberikan kelebihan dengan mengikuti kursus peningkatan kemahiran untuk mendapatkan Sijil Kecekapan Kemahiran sebelum mengikuti latihan industri. Segala usaha ini hendaklah diteruskan supaya dapat membantu para graduan dalam menghadapi dunia pekerjaan di luar. Seterusnya, responden atau alumni Kolej Komuniti Sungai Siput juga secara keseluruhannya bersetuju mencadangkan kolej ini sebagai salah satu institusi untuk mennyambung pengajian dan mendapat lebih kemahiran. Situasi ini telah menaikkan nama Politeknik dan Kolej Komuniti khasnya Kolej Komuniti Sungai Siput. Rujukan Beynon, J. (1997). Physical Facilities For Education: What Planers Need To Know. UNESCO: International Institute For Educational Planning, 18. Chua Yan Piaw (2011). Kaedah Penyelidikan Buku 1 (2nd ed.). Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn Bhd. Hamner, W.C. and W.D. Organ (1978), Organizational Behaviour. Business Publications, Texas. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Retrieved from http://www.mypolycc.edu.my/ Borang Soal Selidik Pengesanan Graduan Mehdipour, Y., & Zerehkafi, H. (2013). Student Satisfaction At Osmania University, 2(6), 233–240. Minhat, N. (2007). Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan yang Disediakan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. 1, 1–13. Mohd Najib Abdul Ghafar (1999), Penyelidikan Pendidikan, Skudai : Universiti Teknologi Malaysia. Noremy Che Azemi, & Fadilah Mat Assain. (2010). Tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Politeknik Port Dickson (PPD) bagi sesi Disember 2010. Seminar Penyelidikan Dan Inovasi, (Isqae), 1–11. Siti Fatimah, D. (2010). Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Pengajaran Dan
  • 9. Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari Perspektif Graduan Kolej Komuniti Sungai Siput Pembelajaran Sijil Kolej Komunti (Modular) Fesyen Dan Pakaian Di Kolej Komunti Selayang, Selangor. Retrieved from http://www.kkselayang.edu.my/images/penerbitan/tahapkepuasan.pdf