1. NAMA : KAMARUDDIN BIN MOHAMMED SAAD
NO MATRIK :M20102000965
KURSUS : KPT 6044
TUGASAN 3 : KAJIAN TINJAUAN
PENSYARAH: PROF.MADYA DR.HJ.ABD. LATIF BIN HJ.GAPOR
Kajian Tinjauan :Penggunaan perisian “ASSET Base” Dalam Melaksanakan Kerja
Kursus Prinsip Perakaunan Kertas 3 Di SMJK YUK CHOY, Ipoh, Perak.
Pengenalan
Peranan pendidikan pada abad ini amat mencabar kerana bidang ini mempunyai
tanggungjawab besar bagi melaksanakan dasar peningkatan penggunaan IT dalam
pengajaran-pembelajaran yang bersesuaian dengan perubahan era ICT. Penggunaan komputer
semakin penting dalam menjana dan memperkembangkan idea dan kreativiti para pendidik
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks ini, globalisasi menyebabkan
wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran
global, konsep perubahan global dan sebagainya (Abd. Rahim, 2005). Perubahan ini
memberikan kesan sama ada positif dan juga negatif kepada masyarakat di negara
membangun.
Sistem pendidikan di Malaysia masa kini sedang mengalami perubahan yang amat
pesat sekali. Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan serta digunakan supaya pengajaran
seseorang pendidik menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih mudah dan
menyeronokkan. Sejak beberapa tahun yang lalu kaedah pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer telah mula diperkenalkan dan kini dengan era teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) yang semakin pesat, ianya semakin mendapat perhatian dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Untuk itu beberapa perubahan kurikulum telah
dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Matapelajaran Teknologi
Maklumat (IT) mula di perkenalkan oleh KPM sebagai mata pelajaran pilihan di sekolah
2. menengah bermula pada penghujung tahun 1998. (Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK),
2000).
Menyedari kepentingan dan keberkesanan penggunaan ICT dalam pendidikan,
kerajaan telah menambahkan pelbagai projek dan perancangan berkaitan dengan ICT yang
bermula di sekolah kebangsaan lagi. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
memperkenalkan pelbagai dasar ataupun langkah-langkah untuk memajukan bidang
pendidikan termasuklah melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-
2010. Salah satu daripada teras PIPP ialah memperkasakan sekolah kebangsaan. Untuk
memperkasakan sekolah kebangsaan ini, program pembestarian sekolah dan pengintegrasian
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) telah diwujudkan. Program pembestarian
sekolah melibatkan penggunaan ICT secara sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran
di sekolah. Untuk melaksanakan program-program tersebut, KPM telah menyediakan
infrastruktur seperti makmal/bilik komputer, perkakasan seperti komputer, komputer riba,
projektor LCD dan pelayan bagi pengajaran dan pembelajaran serta melatih guru berkaitan
ICT.
Pelbagai dasar telah digubal dan diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran bagi
memajukan bidang pendidikan di Malaysia. Sejajar dengan perkembangan teknologi
maklumat kaedah pengajaran dan pembelajaran juga turut mengalami perubahan. Guru-guru
digesa untuk melengkapkan diri dengan pelbagai teknologi atau kemahiran yang berteraskan
teknologi maklumat bagi menghadapi dunia perguruan yang semakin mencabar. Di sinilah
titik tolak bermulanya era penggunaan komputer di sekolahsekolah yang mana komputer
telah dijadikan sebagai alat bahan bantu pengajaran. Walaupun Malaysia telah mengalami
perkembangan yang pesat dalam teknologi perkakasannya tetapi penghasilan bahan-bahan
pengajaran yang digunakan dalam bentuk perisian komputer masih ditahap yang rendah.
Guru-guru yang terlibat dalam pengajaran mata pelajaran yang tertentu seharusnya
mengambil peluang ini untuk menghasilkan perisian komputer yang bersifat ke Malaysiaan
dan direka khas untuk memenuhi keperluan para pelajar mereka mengikut kesesuaian tahap,
kebolehan, pengetahuan dan jangka masa tertentu.
3. Pernyataan Masalah
Sekolah yang telah menerima bekalan Perisian ASSETBase dari Kementerian
Pelajaran Malaysia dibekalkan bersama buku-buku dan bahan-bahan sokongan untuk
menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan Perisian ASSETBase.
Guru-guru Prinsip Perakaunan pula telah dikursuskan berkaitan pengaplikasian perisian
tersebut.
Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan merupakan mata pelajaran elektif, pihak sekolah
boleh memilih untuk menawarkan mata pelajaran ini atau tidak kepada murid-muridnya.
Walaupun penggunaan komputer tidak termasuk dalam sukatan pelajaran, namun apabila
pihak kerajaan telah membekalkan Perisian ASSETBase ke sekolahsekolah terpilih yang
menawarkan mata pelajaran Prinsip Perakaunan, adalah menjadi tanggungjawab guru-guru
untuk mengaplikasikan perisian ini dalam pengajaran dan pembelajaran mereka dengan
berbantukan komputer.
Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan penggunaan perisian „ASSET base‟
yang digunakan dalam melaksanakan kerja kursus Prinsip Perakaunan Kertas 3 dikalangan
pelajar Jurusan Perakaunan di SMJK Yuk Choy, Ipoh. Maka, kajian ini dilakukan untuk
melihat kekerapan penggunaan perisian „ASSET base‟, potensi penggunaan dan halangannya.
Objektif Kajian
Oleh yang demikian, kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan
penggunaan perisian „ASSET base‟ dalam melaksanakan kerja kursus Prinsip Perakaunan
SPM Kertas 3 dalam kalangan pelajar Jurusan Perakaunan.
a) Mengenalpasti jenis perisian yang kerap digunakan dalam melaksanakan kerja kursus Prinsip
Perakaunan SPM Kertas 3.
b) Mengenalpasti potensi penggunaan perisian ‟ASSET base‟ dalam melaksanakan kerja kursus
Prinsip Perakaunan SPM Kertas 3.
c) Mengenalpasti halangan penggunaan perisian ‟ASSET base‟ dalam melaksanakan kerja kursus
Prinsip Perakaunan SPM Kertas 3.
4. Kepentingan Kajian
Kajian ini adalah diharapkan dapat menyumbang maklumat yang berguna kepada:
a) Guru Perakaunan
Kajian ini penting bagi mendapatkan maklumat awal untuk melihat keberkesanan
penggunaan perisian „ASSET base‟ dalam melaksanakan kerja kursus Prinsip Perakaunan
SPM Kertas 3. Ini kerana guru merupakan golongan yang terlibat secara langsung dalam
penggunaan perisian ini, disamping sentiasa berhadapan kesulitan serta cabaran ketika
melaksanakan pengajaran di sekolah.
b) Pelajar
Penggunaan perisian ini adalah untuk membantu pelajar menyiapkan tugasan Kertas 3
Prinsip Perakaunan SPM. Ianya menggalakkan pelajar mencuba dan berdikari dalam
melaksanakan tugasan yang diberi.
c) Kementerian PelajaranMalaysia
Kajian ini diharap dapat membantu Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha
menggubah sistem pendidikan selaras dengan perkembangan teknologi maklumat . Melalui
kajian ini, pihak kementerian boleh mengambil tindakan untuk membaiki kelemahan yang
wujud daripada penggunaan perisian yang dibekalkan ini.
Definisi Istilah
Perisian “ASSET Base”
ASSET Base adalah akronim bagi “Accounting Simulation Specially for Education &
Training” (Simulasi Perakaunan Khas Untuk Pendidikan dan Latihan). Perisian ASSET Base
dibangunkan sebagai alat pembelajaran dan pengajaran perakaunan untuk peringkat tingkatan
empat dan lima. Perisian ASSET Base mengandungi bahan pembelajaran supaya pelajar
dapat membina pengetahuan dan kefahaman sebelum pelajar menggunakan Menu Simulasi
untuk menguji dan mengaplikasikan pengetahuan mengenai kesemua proses yang terlibat
dalam satu kitaran perakaunan.
5. Populasi Kajian
Populasi kajian terdiri dari pelajar-pelajar tingkatan empat yang belajar di SMJK Yuk
Choy, Ipoh. Pelajar-pelajar tersebut mengambil mata pelajaran perakaunan sebagai
matapelajaran elektif.
Skop dan Batasan Kajian
Kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan
perisian‟ASSET base‟ dalam melaksanakan kerja kursus Prinsip Perakaunan SPM Kertas 3.
Maka, kajian ini hanya terbatas kepada pelajar tingkatan empat yang mengambil subjek
Prinsip Perakaunan dalam SPM. Kajian ini melibatkan pelajar di SMJK Yuk Ch, Ipoh.
Instrumen kajian yang digunakan untuk mendapatkan maklumat adalah melalui soal selidik.
Metodologi
Populasi Kajian
Populasi boleh didefinisikan sebagai satu set ciri yang menunjukan cerapan atau
ukuran tertentu ke atas sekumpulan individu atau objek. Seluruh ahli populasi ini mestilah
mempunyai salah satu ciri atau sifat yang boleh dicerap dan diukur antara satu sama lain
Mohd Majid (2004). Populasi merupakan perkara yang penting kerana ia menentukan bidang
masalah yang perlu dikaji serta sebanyak mana data dan maklumat yang perlu dikumpul.
Dalam kajian yang dijalankan ini populasi sasarannya terdiri daripada 68 orang
pelajar di SMJK Yuk Choy, Ipoh iaitu di daerah Kinta Utara. Ianya terdiri daripada 29 pelajar
perempuan dan 39 orang pelajar lelaki yang mengambil mata pelajaran perakaunan di
tingkatan empat.
Sampel Kajian
Menurut Mohd Najib (1999), ahli penyelidik menyarankan 30 peratus dari populasi
adalah telah cukup sesuai sebagai saiz sampel dan ada juga yang berkata 30 sampel telah
mencukupi. Perkara yang lebih penting perlu di atasi selain daripada saiz sampel ialah sampel
mesti dapat mewakili populasi
Instrumen Kajian
Instrumen kajian yang digunakan dalam menjalankan kajian ini adalah berbentuk soal
selidik. Soal selidik selalu digunakan untuk mengukur konsep yang berkaitan dengan sikap,
6. persepsi dan pandangan, selain daripada keterangan latar belakang. Persoalan yang ditanya
melibatkan aspek afektif bukan aspek kognitif atau aspek kecerdasan fizikal Mohd Najib
(1999). Instrumen soal selidik dipilih kerana bersesuaian dengan objektif kajian yang
melibatkan tahap pengetahuan yang melibatkan sikap efektif seperti mana yang telah
ditetapkan dalam kajian ini.
Set soal selidik yang digunakan mengandungi empat bahagian.
Bahagian A
Mengandungi maklumat diri pelajar iaitu seperti jantina dan kelas. Ianya mengandungi dua
soalan dan pelajar perlu mengisi pada ruang yang disediakan.
Bahagian B
Mengandungi lima item yang bertujuan untuk mendapatkan latar belakang dan pengetahuan
sedia ada berkaitan subjek Prinsip Akaun.
Bahagian C
Terdiri daripada lima soalan yang berkaitan dengan penggunaan perisian.
Bahagian D
Mengandungi soalan berkaitan masalah atau kekangan yang dihadapi daripada penggunaan
perisian, di mana ianya terdiri daripada lapan soalan iaitu enam soalan menyediakan pilihan
jawapan dan dua soalan terbuka. Tahap soalan disesuaikan dengan tahap pemikiran sampel
kajian supaya dapat mewujudkan kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
Dapatan Kajian
Aspek latar belakang dan pengetahuan sedia ada berkaitan subjek Prinsip Perakaunan
menunjukkan 52 orang responden pernah mempelajari subjek ini sebelum ini. 50 orang
responden juga menunjukkan minat akan subjek Prinsip Akaun yang dipelajari di sekolah.
Majoriti responden iaitu seramai 45 orang atau 66% memberi alasan memilih jurusan
Perakaunan kerana yakin peluang pekerjaan yang baik ditawarkan selepas tamat
persekolahan. Item seterusnya menunjukkan 50 orang responden menyatakan sumber yang
digunakan untuk mempelajari Prinsip Akaun adalah berdasarkan kepada pengajaran guru dan
buku teks. Bagi aspek kerasionalan kertas Prinsip Akaun Kertas 3 diwajibkan dalam soalan
Prinsip Perakaunan SPM bermula tahun 2010 yang merupakan item terakhir dalam aspek ini
menunjukkan 32 atau 47% orang responden berpendapat ianya dapat melatih pelajar
mengaplikasikan konsep yang telah dipelajari di sekolah.
7. Aspek kedua ialah berkaitan dengan penggunaan perisian. 60 orang responden tidak
pernah mendengar atau didedahkan dengan perisian „ASSET base‟ dalam jurusan ini. Hanya
lapan daripada 68responden (12%) yang pernah mendengar atau didedahkan dengan perisian
„ASSET base‟ dalam jurusan ini. Inipun mereka dapati daripada pelajar tingkatan lima
sebelum ini dan dari kawan di sekolah lain.. Item seterusnya menunjukkan bahawa 14%
responden menggunakan perisian Microsoft Word, 74% responden menggunakan Microsoft
Excel, dan 12% responden menggunakan perisian „ASSET base‟. Majoriti responden
memilih perisian Microsoft Excel kerana bagi responden ianya mudah dan mesra pengguna.
Dapatan daripada bahagian D berkaitan dengan masalah dan kekangan semasa
menggunakan perisian „ASSET base‟ didapati 80% responden tidak mempunyai masalah
dalam menggunakan komputer (Microsoft Word dan Excel ) ketika melaksanakan tugasan
kertas 3 ini. 50% responden menyatakan bahawa perisian perakaunan „ASSET base‟ adalah
paling sukar bagi responden untuk diguna pakai. Item seterusnya menunjukkan 100%
responden bersetuju bahawa penggunaan perisian komputer ini memudahkan kerja. 80%
responden amat berpuas hati dengan perisian yang digunakan. Responden menyatakan
bahawa ianya memudahkan kerja, menjimatkan masa dan dapat mengurangkan kesalahan
terutamanya dalam penggunaan perisian Microsoft Excel.
Kesimpulan, daripada analisis data soal selidik berhubung keberkesanaan penggunaan
„ASSET base‟ dalam menyiapkan kerja Kursus Prinsip Perakaunan Kertas 3 SPM di
kalangan pelajar jurusan Perakaunan, didapati bahawa perisian „ASSET base‟ sangat kurang
digunakan oleh responden berbanding perisian Microsoft Word dan Excel . Ini kerana bagi
responden, perisian „ASSET base‟ merupakan perisian yang baru bagi responden, tidak mesra
pengguna serta mereka kurang didedahkan dengan perisian ini .
Perbincangan
a) Mengenalpasti jenis perisian yang kerap digunakan dalam melaksanakan kerja
kursus Prinsip Perakaunan SPM Kertas 3.
Persoalan kajian pertama dalam kajian ini adalah mengenai jenis media pengajaran yang
kerap digunakan dalam melaksanakan kerja kursus Prinsip Perakaunan SPM Kertas 3 di
8. SMJK Yuk Choy, Ipoh. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, penggunaan perisian
„ASSET base‟ dikalangan pelajar untuk melaksanakan kerja kursus Prinsip Perakaunan
Kertas 3 SPM ini amatlah tidak memberangsangkan. Hanya lapan orang responden daripada
68 orang responden yang menggunakan perisian „ASSET base‟ ini. Kebanyakan mereka lebih
banyak menggunakan perisian lain seperti Microsoft Excel dan Microsoft Word dalam
menyiapkan tugasan yang diberi.
b) Mengenalpasti potensi penggunaan perisian ’ASSET base’ dalam melaksanakan
kerja kursus Prinsip Perakaunan SPM Kertas 3.
Dapatan kajian menunjukan potensi penggunaan perisian ‟ASSET base‟ dilihat dapat
memudahkan pelajar dalam menyiapkan tugasan yang berkaitan dengan pengiraan dalam
perakaunan. Dengan menggunakan perisian ini, pelajar boleh mendapat jawapan secara
langsung setelah memasukkan data-data yang diperlukan. Perisian ini sendiri akan
memproses data-data yang dimasukkan tanpa perlu pelajar mengira secara manual.
c) Mengenalpasti halangan penggunaan perisian ’ASSET base’ dalam melaksanakan
kerja kursus Prinsip Perakaunan SPM Kertas 3.
Dapatan kajian menunjukkan perisian ini jarang sekali digunakan oleh pelajar untuk
melaksanakan tugasan. Ini adalah kerana bagi pelajar-pelajar, perisian ini adalah sukar untuk
digunakan disebabkan tiada pendedahan yang mencukupi diberikan kepada mereka untuk
menggunakannya. Mereka lebih kerap menggunakan perisian lain yang biasa digunakan
kerana mendapati ianya lebih mudah digunakan, diterokai dan tidak perlu bimbingan khas
daripada guru.
Selain itu, penggunaan perisian ‟ASSET base‟ dikatakan kurang mendapat perhatian
dikalangan pelajar kerana ianya memerlukan masa yang panjang untuk mempelajari cara
penggunaannya. Ini kerana, pelajar terlebih dahulu perlu memasukkan perisian program
sebelum ianya boleh digunakan. Pelajar perlu melihat kepada manual penggunaan sebelum
mereka boleh menggunakan perisian tersebut. Mereka menganggap ianya satu kerja yang
remeh dan mengambil masa yang lama.
Halangan yang ketiga ialah kesukaran untuk mendapatkan perisian ini. Ini kerana,
perisian ini dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di mana, setiap sekolah hanya
menerima satu salinan perisian dan manual penggunaan. Ianya tidak terdapat di pasaran luar.
9. Justeru, pelajar perlu berkongsi cd perisian untuk memasukkan perisian ke dalam komputer
masing-masing. Secara tidak langsung, ianya mengambil masa yang panjang semata-mata
untuk memasukkan perisian tersebut ke dalam komputer masing-masing berbanding perisian
lain seperti Microsoft Excel dan Microsoft Word yang telah sedia ada dan boleh terus
digunakan.
Pelajar juga menghadapi masalah kerana kekurangan komputer di sekolah. Ini
disebabkan kebanyakan sekolah hanya ada lebih kurang 20 ke 30 buah set komputer,
sedangkan pelajar yang mengambil perakaunan melebihi 30 orang bagi setiap kelas. Pelajar
terpaksa bergilir-gilir menggunakannya.
Rumusan dan Penambahbaikan
Secara keseluruhannya, dapatlah dirumuskan bahawa penggunaan perisian‟ ASSET
Base‟ dalam kalangan pelajar Jurusan Perakaunan SMJK Yuk Choy, Ipoh dalam
melaksanakan Kerja Kursus Kertas 3 Prinsip Perakaunan SPM adalah sangat tidak
memberangsangkan. Hal ini kerana daripada 68 orang responden, hanya lapan orang
responden sahaja yang menggunakan perisian ini untuk menyiapkan tugasan kertas 3 ini.
Rata-rata responden menyatakan pelbagai masalah yang dihadapi responden jika
menggunakan perisian ASSET Base yang dibekalkan oleh KPM.
Oleh itu, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan bagi mengatasi masalah yang
dinyatakan di atas iaitu :
Pihak sekolah perlu menambahkan lagi bilangan komputer di sekolah masing-masing
kerana ianya tidak mencukupi untuk sebuah kelas yang pelajarnya melebihi tiga puluh
orang.Secara tidak langsung ianya menjimatkan masa dan memudahkan guru-guru serta para
pelajar. Guru-guru Prinsip Perakaunan sentiasa berfikiran terbuka terhadap ICT dan bersedia
pada bila-bila masa untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan
komputer sekiranya kemudahan yang diberikan mencukupi dan disenggara dengan baik serta
segala masalah yang dihapati dapat diberikan perhatian dan diatasi.
Guru Prinsip Perakaunan perlu diberi pendedahan sepenuhnya ke atas penggunaan
perisian ini sebelum mengajarnya kepada pelajar. Guru-guru perlulah dihantar mengikuti
bengkel amali penggunaan perisian ini. Pendedahan yang cukup membolehkan penyampaian
yang betul diberikan kepada pelajar kelak.
10. Guru perakaunan juga hendaklah mewajibkan pelajar menggunakan perisian ASSET
base sepenuhnya. Melalui cara ini pelajar terpaksa belajar dan akan dapat menggunakan
sepenuhnya perisian ini walaupun sukar pada peringkat awalnya.
Pelajar juga dibenarkan untuk memasukkan(install) perisian ini ke dalam komputer
mereka dirumah masing-masing tanpa mengharapkan komputer di makmal komputer
sekolah.Cara ini akan mempercepatkan lagi kerja dan menjimatkan masa.