1. TASAWUF PERBANDINGAN
IUS 4163
PEMBENTANGANGAN ISTILAH
MENURUT AHLI SUFI:
والشرب الذوق
PENSYARAH: PROF. MADYA DR. SYED HADZRULLATHFI
BIN SYED OMAR
DISEDIAKAN OLEH:
NOR MASTURA BINTI AHMAD
035478
ISM USULUDDIN DENGAN KAUNSELING DENGAN
KEPUJIAN
SEMESTER 7
UNISZA
3. Pengenalan الذوق dan الشرب
menurut al-Qusyairi
Apa yang ulama tasawuf dapati hasil daripada
pengalaman kerohanian dan kasyaf yang
diperolehi oleh mereka.
Ulama tasawuf menamakan istilah-istilah
tersebut sebagai
الذوق
الشرب
الري
4. TAHAP PERASAAN ROHANI
Hubungan mereka yang bersih (ikhlas) dalam
pengabdian diri kepada Allah membolehkan mereka
merasai dan memahami makna-makna yang tersirat. Ini
dinamakan sebagai الذوق
Kedudukan mereka yang terpuji serta jujur dalam
pengabdian diri kepada Allah membolehkan mereka
merasai minuman rohani dalam pengalaman tasawuf.
Ini dinamakan sebagai .الشرب
Istiqamah dalam menjaga hubungan dan mencari
redha Allah s.w.t membawa mereka kepada kepuasan
serta ketenangan jiwa. Ini dinamakan sebagai .الري
5. Dalil daripada al-Quran
Sesungguhnya orang-orang yang
beriman ialah mereka yang bila disebut
nama Allah gemetarlah hati mereka, dan
apabila dibacakan ayat-ayatNya
bertambahlah iman mereka (karenanya),
dan Hanya kepada Tuhanlah mereka
bertawakkal. (al-Anfal: 2).
Dan bertakwalah kepada Allah; Allah
mengajarmu; dan Allah Maha
mengetahui segala sesuatu. (al-
Baqarah: 282).
6. Dalil daripada al-Sunnah
Sabda nabi saw:
قال الخدري سعيد أبي عن:وسلم عليه هللا صلى هللا رسول قال" :المؤمن؛ فراسة اتقوا
. هللا بنور ينظر فإنه"قرأ ثم ،:{َينِمِس َوَتُمْلِل ٍتاَي ََل َكِلَذ يِف َّنِإ}
Mafhumnya :
“takutlah (hati-hatilah) dengan firasat orang yang beriman
sesungguhnya dia melihat dengan cahaya Allah”. Firman
Allah swt: sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat tanda-
tanda bagi orang-orang yang ‘al-Mutawassimin’. (Al-Hijr:
75)
Al-mutawassimin menurut pengertian ulama orang yang
mempunyai firasat iaitu yang mampu mengetahui satu hal
dengan mempelajari tanda-tandanya.
7. Kata-kata ulama
Yahya ibnu Muaz telah menulis kepada
Abi Yazid al-Basthoni: inilah dia orang
yang meminum daripada gelas yang
penuh kasih sayang kepada Allah,
nescaya ia tidak akan dahaga buat
selama-lamanya.
8. Al-Qusyairi berkata :
Ketahuilah bahawa jalan-jalan yang menuju
kepada Allah lebih jelas berbanding apa
yang ghaib dan tidak nampak. Ia tidak akan
diketahui melainkan orang-orang yang
benar memahami rahsia yang tersembunyi
dan memiliki jiwa-jiwa yang halus serta
membebaskan jiwa daripada segala-
galanya (dunia).