Dokumen tersebut membahas tentang pengenalan golongan kata dalam bahasa Melayu yang terdiri atas empat golongan utama yaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata ganda. Kata nama dibagi menjadi kata nama khas dan kata nama umum, sedangkan kata kerja dibedakan menjadi kata kerja transitif dan tak transitif. Kata adjektif digolongkan berdasarkan makna dan fungsinya untuk menggambarkan sif
2. PENGENALAN
Penggolongan kata merupakan proses menjeniskan dan
mengelompokkan perkataan-perkataan berdasarkan
keserupaan bentuk dan atau fungsi dengan perkataan-
perkataan lain dalam kumpulan yang sama.
Dalam BM, perkataan digolongkan ke dalam golongan-
golongan tertentu berdasarkan kriteria-kriteria;
• Kriteria semantik
• Kriteria sintaksis
3. Mengikut Nik Safiah Karim (1993), golongan kata dalam
BM terbahagi kepada empat golongan iaitu:
Kata Nama
Kata Kerja
Kata Adjektif
Kata Ganda
5. GOL.KATA NAMA
Golongan kata nama merangkumi sejumlah perkataan
yang boleh menjadi unsur pada binaan frasa nama dan
lazimnya perkataan ini menamakan orang, tempat,
benda, atau konsep.
Kata nama dapat diikuti dengan frasa yang atau yang
sangat.
Penanda bagi kata nama ialah setiap kata nama dapat
didahului oleh kata bilangan, penjodoh bilangan dan
kata penentu ini / itu.
6. Kata nama dapat dipecahkan kepada subgolongan
berdasarkan ciri-ciri semantik iaitu,
7. KATA NAMA KHAS
Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus
pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, bangsa,
pangkat, perbadanan (institusi) dll.
Dalam tulisan, huruf pertama mesti ditulis dengan
huruf besar.
Ia merujuk kepada nama orang, namayang diberikan
untuk haiwan atau tumbuhan, nama tempat, nama hari
, bulan, judul buku. Nama institusi dan sebagainya.
9. KATA NAMA AM
KN am ialah perkataan yang merujuk kepada benda atau
perkara atau konsep yang umum sifatnya.
Contohnya:
benda : orang, dunia, buku
berkara : iklim, udara, cahaya
konsep : mimpi, kedamaian, keadilan
konkrit
abstrak
KATA NAMA AM
10. KATA GANTI NAMA
Dalam perbualan atau tulisan, kita boleh untuk
tidak menyebut nama sebenar orang atau
benda. Oleh itu, kata ganti nama akan
bertugas mengganti nama orang atau benda.
11. KATA GANTI NAMA
KATA GANTI NAMA
Tunjuk
Kata nama yang
Berfungsi menunjuk
Sesuatu perkara/benda
Cth: Itu, Ini
Diri
Kata nama yang menjadi pengganti
sesuatu perkara benda atau manusia
Tanya
Siapa, apa,mana
Diri orang
Pertama
Aku,saya,beta
,kita
Ketiga
Ia,dia,mereka
Beliau,nya
Kedua
Saudara,kamu
awak
12. KATA GANTI NAMA DIRI TANYA
Perkataan yang merujuk kepada benda atau
orang dalam bentuk tanya.
apa merujuk benda atau perkara
siapa merujuk kepada orang.
mana merujuk benda/ orang/ tempat
13. KATA GANTI NAMA DIRI ORANG
Perkataan yang merujuk kepada diri orang
tertentu seperti:
diri orang pertama saya, aku, beta, kita, kami
diri orang kedua anda, engkau, awak
diri orang ketiga ia, dia, mereka, nya.
15. KATA KERJA
Kata kerja ialah perkataan yang digunakan
untuk menunjukkan perbuatan atau keadaan
melakukan sesuatu.
Setiap kata kerja dapat disertai oleh kata
bantu (sudah, telah, belum) atau diperluas
dengan perkataan dengan (berjalan dengan
cepat, menendang dengan kuat).
16. KATA KERJA
Kata kerja terbahagi kepada dua, iaitu
Kata kerja transitif
Kata kerja tak transitif
Kata kerja transitif pula terbahagi kepada
dua, iaitu
Transitif aktif
Tansitif pasif
18. KATA KERJA TRANSITIF
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang
diikuti objek.
Kata kerja transitif tidak boleh berdiri
sendiri tanpa objek.
Kata kerja transitif seperti menendang bola,
menelefon kawan, memukul anjing, dan
memakan nasi.
Penggunaan kata kerja transitif dapat
diperlihat seperti dalam contoh ayat:
19. CONTOH KK TRANSITIF
Subjek Kata Kerja Trnsitif Objek
Babah memotong rumput
Adik melukis lukisan yang cantik itu
Baginda merasmikan pameran yang
bersejarah itu.
Kakak menjahit baju kurung itu.
Saya menerima surat penghargaan.
20. Dua jenis kata kerja transitif:
1. Kata kerja transitif aktif
Menerima awalan ‘meN- dengan atau tanpa
akhiran –kan dan i
Ali mengetuai pasukan bola sepak
sekolahnya.
2. Kata kerja transitif pasif
Proses transformasi, perubahan ayat aktif
menjadi ayat pasif.
Laporan itu telah disahkan oleh Encik Hamid
21. KK TRANSITIF AKTIF
KK yang menerima awalan me N- dengan
atau tanpa akhiran - kan atau – i
Contoh :
Rohana mencuci pakaian.
Saya mencipta lagu.
Bakri mendaki gunung.
22. KK TRANSITIF PASIF
KK hasil daripada perubuhan ayat aktif
menjadi ayat pasif.
Contoh :
Pakaian dicuci oleh Rohana.
Lagu itu saya nyanyi.
23. KK TAK TRANSITIF
Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang
sempurna maknanya dan dapat berdiri sendiri
dalam ayat dengan tidak memerlukan objek.
Kata kerja tak transitif seperti menangis,
berenang, berdering, dan mendarat.
Kesemua contoh kata kerja tersebut tidak perlu
diikuti objek kerana maknnya sudah sempurna.
Contoh:
Jam loceng itu berdering (pagi tadi).
Gadis itu menangis (kerana bapanya meninggal dunia).
Air sungai itu mengalir (deras).
Pesawat itu mendarat (di landasan).
24. KK TAK TRANSITIF
Terdapat dua jenis kk tak transitif iaitu:
KK tak transitif tanpa pelengkap
KK tak transitif berpelengkap
25. KATA KERJA TAK TRANSITIF
TANPA PELENGKAP
Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah
kata kerja yang tidak memerlukan objek atau
penyambut sesudahnya, dan boleh berdiri
sendiri sebagai frasa predikat seperti contoh
berikut:
26. Kata kerja tak transitif tak berpelengkap
Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.Contohnya:
1. Semua orang sudah datang.
2. Dia suka menyanyi.
3. Emak sedang berdoa.
Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap yang diikuti
unsur keterangan. Contohnya:
1. Semua orang sudah datang ke majlis itu.
2. Budak itu menyanyi pada malam hari.
3. Dia suka bergurau dengan adik kecilnya.
4. Emak sedang berdoa dengan khusyuknya.
27. Subjek Kata Kerja Tak Transitif Keterangan
Amri ketawa Terbahak-bahak.
Ravi berlari dengan pantas
•Kata kerja tak transitif ini boleh diikuti oleh
unsur keterangan, yang berfungsi memberi
maklumat tambahan
KATA KERJA TAK TRANSITIF
TANPA PELENGKAP
28. KATA KERJA TAK TRANSITIF
TANPA PELENGKAP
Ciri :Sempurna maknanya dapat berdiri sendiri, tidak
memerlukan objek, dan satu bentuk paradigma inti.
Kata Dasar :bangun, pulang, tidur, pergi, duduk, tumbuh, runtuh,
lupa, lari, kembali…
Berawalan ber :bermain, bersenam, bertani, berbincang, bermenung,
berenang, berjimat, bersila, bercakap, berjalan…
Berawalan meN:mengalir, menangis, melecur, melamun, melalak,
merayu, meraba, meratap, menyesal, menguap…
Berawalan ter :terbatuk, tersilap, terlupa, termenung, tercengang,
ternganga, terjatuh, terjaga, terkejut, tertidur,
terpegun… 28
29. KATA KERJA TAK TRANSITIF
BERPELENGKAP
Kata kerja tak transitif berpelengkap pula
mesti diikuti oleh pelengkap untuk
menyempurnakan maksud ayat. Pelengkap
hadir selepas kata kerja tak transitif, seperti
dalam contoh-contoh berikut:
30. Kata kerja tak transitif berpelengkap
a) Kata nama sebagai pelengkap. Contohnya:
1. Dia menjadi guru bahasa Melayu.
2. Saya berselimutkan embun
3. Rumahnya bertiangkan batang menanti.
a) Kata adjektif sebagai pelengkap. Contohnya:
1. Buah-buahan itu menjadi busuk.
2. Kesihatan Ahmad bertambah baik.
a) Frasa sendi nama sebagai pelengkap. Contohnya:
1. Adik berjalan-jalan di tepi pantai.
2. Burung itu hinggap di dahan pokok.
3. Pelajar itu melawat ke Putrajaya.
31. KATA KERJA TAK TRANSITIF
BERPELENGKAP
subjek kata kerja tak
transitif
pelengkap
keadaan bapanya beransur baik
mereka tinggal di Gong Badak.
Pengembara itu berselimutkan embun
32. KATA KERJA TAK TRANSITIF
BERPELENGKAP
Ciri :Prosesnya produktif, ayat tidak boleh dipasifkan, perlu
pelengkap untuk kesempurnaan ayat, dan maujud yang
merupakan sejenis atau yang digunakan sebagai pangkal
nama.
Kata Adjektif :berbuat baik, bertambah gigih, beransur sihat, menjadi
tegang, tinggal miskin, bersuara lantang, bercita-cita
tinggi, berbunyi bising, berjalan laju…
Kata S. Nama :tinggal di Bangi, berada di Terengganu, membelok ke
kiri, berjumpa dengannya, singgah di pasar, , bekerja di
kilang, berdiri di tangga berjemur di pantai…
Kata Nama :menjadi guru, ada hadiah, berselimutkan embun,
menganggap sahabat,,, beratapkan nipah, berkajangkan
mengkuang, bersenjatakan pistol, menghilang diri,
beristerikan wanita Arab… 32
34. KATA ADJEKTIF
Kata adjektif ialah kata yang menerangkan
sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata
nama.
Kata adjektif boleh dikenal pasti dan
dibezakan daripada KN atau KK dengan
cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh
kata penguat.
Contohnya, amat cantik, sangat rajin dll.
35. JENIS KATA ADJEKTIF
Dapat dibahagikan kepada lapan jenis
berdasarkan makna perkataan-perkataan itu,
iaitu:
1. Kata adjektif sifat atau keadaan
Contohnya; berani, cerdik, gopoh, jahat, kasar
2. Kata adjektif warna
Contohnya:biru, hitam, putih, merah
3. kata adjektif ukuran
Contohnya:cetek, dalam, nipis, tebal
36. JENIS KATA ADJEKTIF
4. kata adjektif bentuk
Contohnya : bulat, bujur, leper, lonjong
5. kata adjektif pancaindera
1. pandang: buruk, cantik, hodoh
2. dengar: bising, mersik, merdu
3. bau: busuk, hapak, harum
6. kata adjektif waktu
Contohnya:baru, lama, segera
37. JENIS KATA ADJEKTIF
7. Kata adjektif cara
Contohnya; cepat, laju, perlahan
8. Kata adjektif perasaan
Contohnya: benci, ingin, cinta