Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
Upcoming SlideShare
Panbm tatabahasa 2011
Panbm tatabahasa 2011
Loading in …3
×
1 of 123

tatabahasa

4

Share

Download to read offline

Related Books

Free with a 30 day trial from Scribd

See all

Related Audiobooks

Free with a 30 day trial from Scribd

See all

tatabahasa

  1. 1. Bahasa Melayu
  2. 2. Kata ialah bunyi atau gabungan bunyi dalam sesuatu bahasa yang diucapkan atau ditulis dengan menggunakan huruf-huruf untuk menyampaikan maksud atau makna tertentu.
  3. 3. BENTUK KATA KATA ASAL / KATA KATA TERBITAN TUNGGAL KATA MAJMUK KATA GANDA
  4. 4. KATA ASAL / KATA TUNGGAL Kata Asal merupakan perkataan yang - tidak menerima imbuhan, - tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian. Contohnya: sekolah aroma cenderamata
  5. 5. KATA TERBITAN Perkataan yang dibentuk melalui proses imbuhan. b. Kata Terbitan Berawalan c. Kata Terbitan Berakhiran d. Kata Terbitan Berapitan e. Kata Terbitan Bersisipan
  6. 6. KATA TERBITAN BERAWALAN i. dengan Awalan Kata Nama: peN, pel-, per-, ke-, juru, maha-, tata-, pra-, sub-, eka-, dwi- ii. dengan Awalan Kata Kerja: meN, memper-, ber-, be-, bel-, ter-, di-, diper- iii. dengan Awalan Kata Adjektif: ter-, se-, te-
  7. 7. KATA TERBITAN BERAKHIRAN i. dengan Akhiran Kata Nama: -an, -wan, -man, -wati, -isme, -in, -at, -ah, ii. dengan Akhiran Kata Kerja : -kan, -i
  8. 8. KATA TERBITAN BERAPITAN • dengan Apitan Kata Nama: peN-...-an, per-...-an, pel-...-an, ke-...-an • dengan Apitan Kata Kerja: meN-...-kan, ber-...-kan, ber-...-an, di-...-kan, meN-...-i, di-...-i, diper-...-kan, diper-...-i, memper-...-kan, memper-...-i, ke-...-an • dengan Apitan Kata Adjektif: ke-...-an
  9. 9. KATA TERBITAN BERSISIPAN i. dengan SIsipan Kata Nama: -el, -em ii. dengan Sisipan Kata Adjektif: -el, -er, -em, -in
  10. 10. KATA MAJMUK Rangkaian dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu.
  11. 11. BENTUK KATA MAJMUK i. Rangkai kata bebas. Contohnya: Duta Besar, gambar rajah, kereta lembu, kuning langsat ii. Istilah khusus. Contohnya: lut sinar, garis pusat iii. Kiasan atau simpulan bahasa. Contohnya: kaki ayam, pilih kasih, bulan madu
  12. 12. KATA MAJMUK YANG TELAH MANTAP antarabangsa kakitangan suruhanjaya jawatankuasa tandatangan setiausaha matahari warganegara pesuruhjaya olahraga kerjasama beritahu bumiputera tanggungjawab sukarela
  13. 13. PENJAMAKAN KATA MAJMUK i. menggandakan pertama sahaja. Contohnya: guru besar guru-guru besar ii. menggunakan penanda jamak. semua, banyak, sekumpulan, beberapa, persatuan, para, pertubuhan, sebilangan, sebahagian Contohnya: semua Menteri Besar, sekumpulan guru besar, Persatuan Bekas Perajurit
  14. 14. PENGIMBUHAN KATA MAJMUK • pengimbuhan awalan atau akhiran sahaja. Contihnya: campur aduk dicampur aduk daya serap daya serapan ii. apitan. Contohnya: campur aduk mencampuradukkan daya serap kedayaserapan
  15. 15. KATA GANDA a. Penggandaan penuh. Contohnya: rama-rama, pulau-pulau b. Penggandaan separa. Contohnya: lelaki, lelayang, dedaun c. Penggandaan berentak. Contohnya: lauk-pauk, anak-pinak
  16. 16. Kesalahan penggunaan bentuk jamak Contoh: salah betul mereka-mereka me re ka rakyat-rakyat r a k ya t kita-kita k it a semua guru-guru s e mua g uru guru besar-guru besar g u r u -g u r u bes ar
  17. 17. GOLONGAN KATA Kata Nama (KN) Kata Kerja (KK) Kata Adjektif (KA) Kata Tugas
  18. 18. Kata Nama (KN) a. Kata Nama Am Contoh: baju, mimpi, idaman, pokok b. Kata Nama Khas Contoh: Rohaya, Kuala Lumpur, Dewan Bandaran Kelang c. Kata Ganti Nama Contoh: saudara, tuan, beta, beliau
  19. 19. Kata Kerja (KK) a. Kata Kerja Transitif: kata kerja yang mesti diikuti oleh objek. Contohnya: membeli (makanan) mendiami (kawasan) mempererat (hubungan)
  20. 20. Kata Kerja (KK) b. Kata Kerja Tak Transitif: kata kerja yang tidak diikuti oleh objek. Contohnya: bangun tersenyum membesar (kk tak transitif tak berpelengkap) beransur berbantalkan (kk tak transitif berpelengkap)
  21. 21. Kata Adjektif (KA) Kata Adjektif (KA) menerangkan sifat, rupa atau keadaan sesuatu.
  22. 22. Kata Tugas Kata yang boleh bersifat pelbagai jenis sama ada sebagai penghubung, penerang, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri ataupun tugas-tugas lain
  23. 23. Kata Tugas a. Kata hubung dan, atau, tetapi b. Kata seru wah, amboi, aduh, aduhai c. Kata tanya bagaimana, siapa, bila, berapa
  24. 24. Kata Tugas d. Kata perintah sila, tolong, harap e. Kata pangkal ayat hatta, maka, syahdan f. Kata bantu akan, pernah, sudah
  25. 25. Kata Tugas g. Kata penguat amat, sangat, paling h. Kata penegas juga, lah, tah, pun i. Kata nafi tidak, bukan
  26. 26. Kata Tugas j. Kata pemeri ialah, adalah k. Kata sendi nama di, dari, dalam l. Kata pembenar ya, benar, betul
  27. 27. Kata Tugas m. Kata bilangan dua, segala, masing-masing n. Kata arah atas, sini, dalam o. Kata pembenda yang, -nya
  28. 28. Kata Tugas p. Kata penekan -nya
  29. 29. AKRONIM Akronim terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan seperti kata yang wajar.
  30. 30. AKRONIM i. Gabungan huruf awal rangkai kata nama khas yang disingkatkan dengan huruf besar. Contohnya: ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia)
  31. 31. AKRONIM ii. Gabungan huruf awal/suku kata pertama bagi rangkai kata nama am ditulis dengan huruf kecil. Contohnya: tabika (taman bimbingan kanak-kanak) cerpen (cerita pendek)
  32. 32. AKRONIM iii. Gabungan huruf awal dan/atau suku kata pertama bagi nama khas, ditulis dengan huruf kecil yang dimulai dengan huruf besar. Contohnya: Bernama ( Berita Nasional Malaysia) Mara ( Majlis Amanah Rakyat)
  33. 33. 1. Kata Ganti Nama: contoh : digunakan apabila bercakap dengan kawan rapat atau kepada aku Tuhan, beta digunakan oleh raja dan sultan apabila bercakap dengan rakyat. digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja dan sultan. patik digunakan untuk merujuk kepada diri orang yang amat mesra dengan kita dan dengan Tuhan. digunakan apabila bercakap dengan orang yang baru dikenal/ saya orang lain pada umumnya. digunakan sebagai ganti diri orang yang berkata serta teman kami atau teman-temannya apabila bercakap dengan diri orang kedua. digunakan sebagai ganti diri dan menyertakan diri orang kedua kita yang menjadi teman bercakap. digunakan untuk merujuk kepada diri orang kedua apabila kita anda tidak berhadapan muka dengan dia.
  34. 34. digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya Awak/ kamu dengan kita seperti kawan/adik. tuanku digunakan ketika bercakap dengan sultan atau raja. baginda digunakan untuk raja, sultan, atau kerabat diraja. digunakan untuk diri orang ketiga yang kita hormati, seperti beliau menteri dan guru. digunakan untuk diri orang ketiga yang umum ia/dia ( untuk manusia sahaja ). apa digunakan untuk menanyakan nama benda dan binatang. digunakanuntuk menanyakan benda, binatang, orang dan mana tempat. siapa digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang. apa-apa digunakan untuk hal atau benda yang tidak tentu. siapa-siapa, digunakan untuk menggantikan orang yang tidak tentu. sesiapa mana-mana digunakan untuk tempat atau benda yang tidak tentu.
  35. 35. •KATA SENDI Kata Sendi : dari dan daripada dari - Digunakan di hadapan Kata Nama yang menyebut tempat, arah, waktu dan masa sahaja. daripada – Digunakan untuk menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, perbandingan atau perbezaan, asal kejadian, benda abstrak dan untuk menunjukkan keanggotaan. •Kata Sendi ‘di’ 1. Kata Sendi ‘di’ TIDAK BOLEH digunakan untuk hal-hal lain KECUALI tempat. 2. Kata Sendi ‘di’ ditulis berpisah daripada kata nama yang mengikutinya. •Kata Sendi ‘di’ TIDAK BOLEH digunakan di hadapan Kata Nama yang menerangkan waktu, masa dan zaman. Contoh : Negeri Melaka telah berkembang maju di zaman pemerintahan Sultan Mansor Syah. ( salah )
  36. 36. •Pada •Digunakan bagi menunjukkan keterangan atau masa. Contoh : Bas kilang itu bertolak pada pukul 6.30 pagi. 2. Menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kerja Contoh : Notis mesyuarat agung ada pada papan kenyataan. 3. TIDAK BOLEH digunakan di hadapan Kata Nama atau Frasa Nama yang bermaksud sasaran. Contoh :Berdoalah pada yang Maha Esa. (salah) Berdoalah kepada yang maha Esa. (betul)
  37. 37. •Ke •TIDAK BOLEH digunakan untuk perkara-perkara lain KECUALI tempat,arah,waktu atau masa. •TIDAK BOLEH digunakan di hadapan kata nama yang merujuk manusia atau haiwan. Contoh : Laporan itu telah diserahkan ke pihak polis. (salah ) Laporan itu telah diserahkan kepada pihak polis. (betul )
  38. 38. •kepada 1. Digunakan untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia,haiwan dan unsur mujarad. contoh: - Minit mesyuarat itu diserahkan kepada Ali. - Adik memberi susu kepada kucing. - Jagalah anak-anak kita supaya tidak terdedah kepada bahaya dadah. 2. Digunakan untuk merujuk institusi yang berkaitan manusia. Contoh: Surat itu hendaklah dihantar kepada Pejabat Pendidikan Daerah dengan segera. 3. Digunakan untuk menyatakan pecahan. Contoh: Pasukan pengakap itu dibahagikan kepada lima kumpulan. 4. Digunakan untuk menyatakan keadaan. Contoh:Suhu badan pesakit itu meningkat kepada 90⁰C . 5. Boleh dipadankan dengan Kata Sendi ‘daripada’ Contoh : daripada 70% kepada 80 %.
  39. 39. •oleh, oleh kerana dan oleh sebab •‘oleh’ digunakan menunjukkan hubungan pembuat dalam ayat pasif.(di,ter dan kena) Contoh: Buku itu ditulis oleh Ali. Budak itu kena pukul oleh ibunya. 2. Yang membawa maksud sebab. Contoh:Pelari pecut negara tewas oleh sebab kekurangan latihan. 3. Kata Sendi ‘oleh’ dan ‘kerana’ TIDAK BOLEH digunakan bersama- sama. Contoh: Dia dimarahi guru oleh kerana tidak hadir ke sekolah.(salah) Dia dimarahi guru oleh sebab tidak hadir ke sekolah.(betul)
  40. 40. •dalam dan di dalam 1.‘dalam’ digunakan di hadapan Kata Nama yang membawa maksud lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Contoh : Beberapa perkara telah dibangkitkan dalam mesyuarat semalam. (betul) 2. ‘dalam’ digunakan sebagai Kata Adjektif. Contoh: Air perigi itu sungguh dalam. 3. ‘di dalam’ untuk menyatakan sesuatu yang konkrit.(ada ruang fizikal) Contoh:Duit saya hilang semasa di dalam teksi.
  41. 41. •antara dan di antara •‘antara’ digunakan untuk menyatakan lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Contoh : Banyak persamaan di antara Siti dengan Ani.(salah) Banyak persamaan antara Siti dengan Ani.(betul) 2. ‘di antara digunakan untuk menunjukkan arah atau ada jarak ruang fizikal. Contoh : Pekan Rengit terletak antara Batu Pahat dengan Pontian. (salah) Pekan Rengit terletak di antara Batu Pahat dengan Pontian. (betul)
  42. 42. •demi dan untuk •Perkataan untuk dan demi TIDAK PERLU disertakan sekali. Contoh : - Kita mesti hidup bersatu padu demi untuk kesejahteraan negara.(salah) - Kita mesti hidup bersatu padu untuk kesejahteraan negara.(betul)
  43. 43. •KATA PEMERI :ialah dan adalah •ialah •Menghubungkan subjek dan predikat. Boleh diletakkan antara subjek dengan predikat berpola FN + FN. •Kedua-dua subjek dan predikat mempunyai makna yang sama. Oleh itu subjek dan predikat boleh bertukar tempat. Contoh1 : Angin ialah udara Udara ialah angin Contoh 2 : Singapura adalah jiran Malaysia.(salah) Singapura ialah jiran Malaysia. (betul) •adalah •Digunakan untuk menghubungkan antara subjek dengan predikat yang berpola FN + FA atau FN + FS. 2. Kata Pemeri ‘adalah’ memberi huraian lanjut subjek yang disebut sebelumnya. Contoh : Perkara ini adalah sangat penting. Surat ini adalah daripada Pejabat Daerah Batu Pahat.
  44. 44. •KATA NAFI •Ada dua bentuk kata nafi – bukan dan tidak. 2.‘bukan’ berfungsi menafikan frasa nama (FN) dan frasa sendi nama(FS). Contoh : Ini bukan buku saya. Sumbangan itu bukan daripada Ali. 3. ‘tidak’ berfungsi menafikan frasa kerja(FK) dan frasa adjektif (FA). Contoh:Dia bukan memanggil saya. (salah) Dia tidak memanggil saya. (betul) Contoh: Ayah bukan sihat hari ini. (salah) Ayah tidak sihat hari ini. (betul)
  45. 45. •KATA ADJEKTIF • Kata Adjektif dapat dikenali apabila BOLEH didahului atau diikuti dengan Kata Penguat Contoh :amat baik / paling cantik / sungguh tinggi/ amat pintar sekali / sangat enak sekali/ teramat pandai / tinggi sekali 2. Kata Adjektif akan menjadi frasa adjektif apabila bertugas sebagai predikat dalam ayat. Contoh : Baju itu cantik (subjek) (predikat) 3. Binaan ‘ter’ dan ‘paling’ + kata adjektif TIDAK PERLU diikuti oleh perkataan sekali.
  46. 46. •KATA PENGUAT ADJEKTIF •Kata Penguat digunakan untuk menguatkan maksud adjektif. Contoh : terlalu nakal / lambat benar 2. Dua unsur Penguat BOLEH HADIR berturutan sebelum Kata Adjektif. Contoh : Sungguh amat merdu Terlalu amat pedih 3. Apabila Kata Adjektif diimbuhi awalan ‘ter”, maka Kata Penguat TIDAK DIPERLUKAN lagi. Contoh; Ali pelajar yang amat/paling/sangat tercerdik. (salah ) Ali pelajar yang tercerdik. (betul ) Ali pelajar yang paling cerdik.
  47. 47. •PENJODOH BILANGAN •Penjodoh Bilangan TIDAK BOLEH digunakan untuk Kata nama Abstrak. Contoh: Jasmin mempunyai sebuah pendapat yang boleh diterima. (salah) Jasmin mempunyai pendapat yang boleh diterima. (betul) 2. Penjodoh Bilangan TIDAK BOLEH digunakan bagi Kata Bilangan Tertentu seperti - setiap, segala, sesetengah, sebahagian dan para. Contoh: Setiap orang pelajar mesti hadir pada hari terbuka sekolah. (salah) Setiap pelajar mesti hadir pada hari terbuka sekolah. (betul)
  48. 48. •KATA TANYA • Apa dan Siapa Kata Tanya ‘apa’ hanya boleh digunakan untuk menanyakan nama benda atau binatang sahaja. Kata tanya ‘siapa’ hanya boleh digunakan untuk menanyakan nama manusia. 2. Kata tanya ‘apa’ TIDAK BOLEH digunakan dalam Ayat Penyata.
  49. 49. •BUNYI HAIWAN nyamuk - dengung ular - desis burung - kicauan keldai - meringkik itik - mengakak tikus - berdecit-decit terkukur - berkukur serigala - meraung cengkerik - mengilai beruang - menderam puyuh - berdengut gajah - bertempik
  50. 50. harimau - mengaum anak ayam - mencicit tebuan - berdengung kumbang - berdengung anjing - menyalak / berdengking kambing - mengembek katak - berdengung kuda - berdengus ikan - berdengus singa jantan - mengaum kera - mengerih
  51. 51. •BAHASA ISTANA beradu - tidur murka - marah gering - sakit kaus - katil wakil Mahkota - wakil raja santap - makan bersiram - mandi kurnia - menganugerahkan bertitah - berkata
  52. 52. jenazah - mayat dinobat - dilantik Bersemayam - tinggal peterana - tempat duduk permaisuri - isteri raja berdaulat - bertuah bahtera - kapal Sepersalinan - sepasang baju almarhum - arwah
  53. 53. KATA BILANGAN •KATA BILANGAN •Kata bilangan tak tentu setengah-setengah, kata bilangan pisahan tiap-tiap, dan kata himpunan kedua-dua dan sebagainya tidak boleh dipisahkan. •Contoh: 1. Setengah orang tidak suka akan durian.(salah) Setengah-setengah/ sesetengah orang tidak suka akan durian. (betul) 2. Tiap pelajar harus berdisiplin. (salah) Tiap-tiap pelajar harus berdisiplin. (betul) 3. Kedua orang itu anggota polis. (salah) Kedua-dua orang itu anggota polis.(betul) 4. Berbagai usaha telah dilakukan. (salah) Berbagai-bagai usaha telah dilakukannya. (betul)
  54. 54. •KATA BILANGAN •Kata bilangan tak tentu, para pula tidak boleh diulang menjadi para-para.Contoh: 1. Para-para peserta sedang berbaris. (salah) Para peserta sedang berbaris. (betul) •Kata bilangan tentu seperti satu, dua ,tiga dan seterusnya tidak boleh didekatkan sekali gus dengan kata bilangan pecahan. Contoh: 1. Sudah satu suku jam dia menunggu.(salah) Sudah satu jam suku dia menunggu. (betul) 2. Harganya tiga setengah ringgit. (salah) Harganya tiga ringgit setengah. (betul)
  55. 55. Keterangan Ringkas Tentang Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu 1. Kesalahan Dari Segi Kata Kesalahan ini meliputi sebahagian besar jenis kata yang terdapat dalam Bahasa Melayu iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata sendi, kata hubung, kata majmuk, kata ganda dan sebagainya. Kesalahan kata nama kebanyakan merujuk kesalahan dari segi penggunaan kata ganti diri, hukum DM, penjodoh bilangan serta kata bilangan. Kebanyakan pengguna terkeliru terhadap penggunaan kata ganti diri pertama untuk 'dia' atau 'beliau'. Juga kesalahan menggunakan kata ganti diri 'ianya' yang sepatutnya tidak boleh disatukan. Bagi kata bilangan, kesalahan kerap dikesan apabila kata bilangan, yang menunjukkan jamak seperti 'semua' digunakan pada kata nama yang digandakan. Begitu juga kesalahan penggunaan kata bilangan himpunan yang berawalan 'ber..' yang perlu digandakan.
  56. 56. Contohnya; Semua pelajar-pelajar (Salah) Semua Pelajar (Betul) Kebanyakan penghuni-penghuni (Salah) Kebanyakan penghuni (Betul) Berminggu lamanya (Salah) Berminggu-minggu lamanya (Betul)
  57. 57. Begitu juga pada penggunaan hukum DM (Diterangkan dan Menerangkan). Contohnya Klinik Aminah atau Aminah Klinik, Contoh lain adalah; Lain-lain hal (Salah) Hal-hal lain (Betul) Lain-lain agenda (Salah) Agenda-agenda lain (Betul)
  58. 58. Begitu juga kesalahan dari segi penggunaan penjodoh bilangan 'buah', dan 'orang’, pada kata bilangan himpunan seperti semua buah rumah atau semua rumah, Contoh lain adalah seperti; Kebanyakan buah kedai (Salah) Kebanyakan kedai (Betul) Beberapa orang pelajar (Betul) Beberapa pelajar (Salah) Penjodoh bilangan 'orang' tidak boleh digunakan pada kata bilangan tak tentu kecuali kata bilangan 'beberapa'. Sementara kesalahan yang paling ketara apabila menggunakan kata bilangan 'ramai' dan 'banyak'. Kedua-dua kata bilangan tersebut bermaksud jamak, namun kata 'banyak' lebih merujuk pada jumlah bilangan sementara kata 'ramai menggambarkan jumlah pada keadaan atau suasana. Bagi kata bilangan pecahan pula seperti 'setengah' tidak boleh berada bersebelahan kata bilangan tentu. Contohnya tiga suku kilometer atau tiga kilometer suku.
  59. 59. •Kesalahan Dari Segi Kata Kerja Kesalahan lebih tertumpu pada kesalahan penggunaan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif dalam ayat. Kedua-dua jenis kata kerja ini berbeza penggunaannya dalam ayat. Contohnya menentukan kesalahan sama ada ibu menanak akan nasi atau ibu menanak nasi. Contoh kesalahan lain adalah; Ayah menanam akan pokok (Salah) Ayah menanam pokok (Betul) Bagi kata kerja transitif setiap kata kerja mestilah diikuti dengan objek frasa nama. Contoh lain; Datuk menghitamkan lagi rambutnya (Salah) Datuk menghitamkan rambutnya lagi (Betul)
  60. 60. Berlainan pula dengan penggunaan kata kerja tak transitif seperti tidur berbantalkan lengan atau tidur berbantalkan dengan lengan. Bagi apitan kata kerja tak transitif ber..kan, tidak memerlukan lagi sebarang kata sendi setelah kata kerja tersebut kecuali imbuhan kata kerja tak transitif ber-. Contoh kesalahan lain adalah seperti; nenek tidur berbantal lengan (Salah) Nenek tidur berbantalkan lengan (Betul) Nenek tidur berbantal akan lengan (Betul)
  61. 61. Bagi kata kerja pasif, kesalahan kerap dilakukan apabila menggunakan kata kerja pasif diri pertama dan kata kerja pasif diri ketiga. Contohnya; Baju itu kakak jahit (Salah) Baju itu dijahit oleh kakak (Betul) Kuih itu dimakan oleh saya (Salah) Kuih itu saya makan (Betul)
  62. 62. 2.1 Apitan me, me.,kan, memper.i, memper.,kan Sering kali juga kita dapat melihat bahawa kesalahan penggunaan apitan me…i, me…kan, memper…i, memper...kan lebih mengelirukan. Kita perlu berhati-hati apabila menggunakan apitan- apitan tersebut kerana apitan tersebut mempunyai fungsi dan maksud tertentu, Contohnya, gadis itu menghadiahi bunga atau gadis itu menghadiahkan bunga. Bagi apitan memper..i dan memper..kan, kedua-dua apitan tersebut membawa maksud yang berbeza apabila digunakan. Contoh-contoh tersebut adalah; Hakim menjatuhkan pesalah itu hukuman gantung (Salah) Hakim menjatuhkan hukuman gantung terhadap pesalah itu (Betul) Tuan kadi memperisteri Aminah dengan jejaka pilihannya (Salah) Tuan kadi memperisterikan Aminah dengan jejaka pilihannya (Betul)
  63. 63. Sementara apitan memper..i dan memper..kan tidak boleh digunakan pada kata dasar yang terdiri daripada kata adjektif. Akhiran pada apitan tersebut digugurkan. Contohnya; Kerajaan memperdalamkan sungai itu (Salah) Kerajaan memperdalam sungai itu (Betul) Namun ada kata yang berapitan menunjukkan perbuatan kena pada objek utama. Contohnya; Doktor menjalani pembedahan (Betul) Doktor menjalankan pembedahan (Betul) Kedua-dua ayat tersebut betul dan membawa maksud yang berlainan. Ayat pertama bermaksud doktor yang kena bedah sementara ayat kedua doktor yang membedah.
  64. 64. 3. Kesalahan Penggunaan Kata Adjektif Kesalahan lebih tertumpu pada kesalahan penggunaan kata penguat hadapan dan kata penguat belakang seperti 'sekali', 'paling', 'sungguh' dan sebagainya mahupun pada imbuhan ter... yang menunjukkan paling. Contohnya; Bangunan itu paling tinggi sekali (Salah) Bangunan itu paling tinggi atau tinggi sekali (Betul) Bangunan itu yang tertinggi sekali (Salah) Rumah itu yang terbesar (Salah) Rumah itu yang paling besar atau besar sekali (Betul)
  65. 65. Kata adjektif yang menggunakan imbuhan ter- tidak boleh berfungsi sebagai predikat dalam ayat. Kesalahan juga dapat dikesan pada penggunaan kata penguat sangat atau 'paling’ pada kata adjektif yang digandakan yang juga telah menunjukkan 'sangat' atau 'paling' tersebut. Contohnya; Keadaan di dalam dewan itu sangat hingar-bingar (Salah) Keadaan di dalam dewan itu hingar-bingar (Betul) Dia berkelakuan seperti keanak-anakan (Salah ) Dia berkelakuan keanak-anakan (Betul)
  66. 66. 1. Kesalahan Penggunaan Kata Sendi Ramai yang terkeliru apabila menggunakan kate sendi 'dari' dan 'daripada' dalam ayat. Contohnya; Kita kini berada di zaman sains dan teknologi (Salah) Kita kini berada pada zaman sains dan teknologi (Betul) Kekerapan kesalahan juga berlaku apabila menggunakan kata sendi 'di’ dan 'ke’ pada kata yang menunjukkan ruang, tempat. Contohnya; Malah di antara pendapat tersebut (Salah) Malah antara pendapat tersebut (Betul) Jauh antara pekan Jerantut dengan pekan Kuantan... (Salah) Jauh di antara pekan Jerantut dengan pekan Kuantan... (Betul) Saya mengucapkan kesyukuran di atas pemberiannya (Salah) Saya mengucapkan kesyukuran atas pemberiannya (Betul)
  67. 67. 1. Kesalahan Dari Segi Kata Hubung Kesalahan yang paling ketara yang dilakukan oieh pengguna bahasa adalah pada aspek kata hubung 'apabila' bagi menggantikan kata tanya 'bila'. Kebanyakan pengguna menyamakan fungsi kata 'apabila' dan 'bila'. Contohnya; Dia kerap menangis bila dinasihati (Salah) Dia kerap menangis apabila dinasihati (Betul)
  68. 68. Begitu juga kesalahan penggunaan kata hubung 'yang' dan 'bahawa' pada ayat pancangan. Kita kerap menyamakan penggunaan kedua-dua kata hubung tersebut. Contohnya; Dia menjelaskan yang hukuman itu tidak adil (Salah) Dia menjelaskan bahawa hukuman itu tidak adil (Betul)
  69. 69. 6. Kesalahan Penggunaan Kata Majmuk Kesalahan penggunaan kata majmuk selalu dikaitkan dengan kesilapan menentukan sama ada kata tersebut dieja jarak atau menggunakan tanda sempang. Umumnya tanda sempang digunakan untuk kata ganda dan kata majmuk yang digandakan. Contohnya; Tiga buah kapal-terbang dikesan di perairan Malaysia (Salah) Tiga buah kapal terbang dikesan di perairan Malaysia (Betul) Guru besar-guru besar dikehendaki mematuhi arahan (Salah) Guru-guru besar dikehendaki mematuhi arahan (Betul) Hanya kata pertama daripada kata majmuk yang dieja terpisah itu yang perlu digandakan. Bagi kata majmuk yang dieja sebagai satu perkataan hendaklah digandakan kesemua kata tersebut. Contohnya setiausaha-setiausaha.
  70. 70. 1. Kesalahan Penggunaan Kata Ganda Kata ganda perlu dieja dengan tanda sempang. Sama ada kata tersebut kata nama, kata kerja dan sebagainya. Hanya yang perlu diberi perhatian ialah kata ganda yang menunjukkan jamak yang digunakan bersama-sama kata bilangan. Contohnya; Semua barang-barang itu (Salah) Semua barang itu (Betul) Banyak kuih-muih dijual di pasar malam (Salah) Banyak kuih / Kuih-muih dijual di pasar malam (Betul)
  71. 71. Kita juga perlu berhati-hati apabila menulis kata ganda yang jelas menunjukkan ‘sangat', 'paling', 'sungguh' atau 'saling'. Bagi kata-kata tersebut tidakperlu lagi ditulis kata 'sangat', 'sungguh' tersebut. Contohnya; Rambutnya yang sangat kusut-masai itu… (Salah) Rambutnya yang sangat kusut / kusut-masai itu…(Betul) Mereka saling bersalam-salaman (Salah) Mereka saling bersalaman / bersalam-salaman (Betul)
  72. 72. 8. Kesalahan Penggunaan Kata Pemeri Aspek penggunaan kata pemeri 'adalah' dan 'ialah' kerap menimbulkan kekeliruan. Kebanyakan pengguna bahasa tidak memahami fungsi kata tersebut. Contohnya; Barang itu ialah untuk kekasihnya (Salah) Barang itu adalah untuk kekasihnya (Betul) Jelasnya kata pemeri 'adalah' digunakan pada kata adjektif atau kata sendi sementara kata pemeri 'ialah' digunakan pada kata nama.
  73. 73. 9. Kesalahan Dari Segi Ejaan Kesalahan ejaan yang paling ketara ialah mengeja kata yang dipinjam daripada bahasa Inggeris, bahasa Jawa atau bahasa asing yang lain. Terdapat juga kegagalan mengeja kata asal dalam bahasa Melayu. Contohnya; Pamer atau pamir , Calon atau calun Oditorium atau auditorium Terdapat juga kata dalam bahasa Melayu yang disalah eja kerana mengikut sebutan biasa penutur jati bahasa Melayu. Contohnya; Raksaksa atau raksasa , nenas atau nanas, tauladan atau teladan Kesalahan dapat dilihat juga dari segi mengeja imbuhan 'di' atau 'ke' pada kata, sama ada perlu dieja rapat atau dijarakkan. Begitu juga kata sendi tersebut yang digunakan pada keadaan yang tidak menunjukan ruang atau tempat. Contohnya; Mengucapkan tahniah di atas kejayaan (Salah) Mengucapkan tahniah atas kejayaan (Betul)
  74. 74. 10. Kesalahan Dari Segi lmbuhan Kadang kala imbuhan yang digunakan pada sesuatu kata itu tidak tepat. Contohnya pada kata pengeboman atau pengboman. Kekeliruan timbul apabila menggunakan awalan tertentu, contohnya sama ada menggunakan awalan ‘per’ atau 'pe' pada kata dasar ‘laksana'. Kesalahan dari segi imbuhan juga dilihat kesalahan pada ketentuan imbuhan yang tepat dengan kata dasar yang digunakan. Contohnya menentukan penggunaan imbuhan 'menge...' Perserta atau peserta Pemprosesan atau pemerosesan Mengambarkan atau menggambarkan Mengcat atau mengecat
  75. 75. 1.Kesalahan Dari Segi Ayat Selain struktur ayat yang salah dan tergantung, kesalahan ayat dapat dilihat daripada kesalahan pada ayat nafi, ayat tanya dan ayat pasif. Kekeliruan timbul untuk menentukan sama ada untuk menggunakan 'bukan atau `tidak' pada ayat nafi. Begitu juga kesalahan menggunakan partikel 'kah' dalam ayat tanya. Contohnya; Dia membeli baju itu bilakah? (Salah) Bilakah dia membeli baju itu? (Betul) Kesalahan juga dilihat pada ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri ketiga. Contohnya; Nota itu Azman taip (Salah) Nota itu ditaip oleh Azman (Betul) Ikan itu dipancing oleh saya (Salah) Ikan itu saya pancing (Betul)
  76. 76. Begitu juga kekeliruan dari segi pembentukan ayat gabungan yang predikatnya mempunyai unsur frasa sendi. Maka kata sendi yang membentuk frasa sendi tersebut tidak boleh ditiadakan. Contohnya; Saya kurang pasti sama ada dia tinggal di Johor atau Melaka (Salah) Saya kurang pasti sama ada dia tinggal di Johor atau di Melaka (Betul)
  77. 77. Peribahasa Maksud Ada padi semua Semua pekerjaan dapat dilaksanakan kerja jadi, ada sekiranya ada kemampuan, kemahiran beras semua kerja atau bayaran. deras. Ada ubi ada batas, Perbuatan jahat akan dibalas jua ada hari boleh akhirnya balas. Adat juara menang Dalam setiap usaha mesti terdapat kalah. untung ruginya Air dicincang tiada Perselisihan antara saudara, tidak putus. akan memutuskan persaudaraan itu. Air yang tenang Orang yang diam bukan pengecut. jangan disangka tiada buaya.
  78. 78. Alah membeli Biar membeli barangan yang mahal menang memakai. sedikit, asalkan tahan lama. Bagai balak Orang yang gemuk dan malas terendam. bergerak. Bagai Belanda Orang yang telah diberi sedikit namun minta tanah. minta banyak lagi. Bagai berkain tiga Berada dalam keadaan yang serba hasta. tidak cukup. Cacing hendak Orang kecil-kecilan yang hendak menjadi naga. menjadi seperti orang besar-besar atau orang kaya. Carik-carik bulu Pergaduhan antara keluarga, akhirnya ayam, lama-lama akan berbaik juga. bercantum juga.
  79. 79. Cubit paha kanan, Jika seseorang ahli keluarga paha kiri sakit juga. mendapat susah yang lain akan turut susah. Dapat durian Mendapat keuntungan atau kekayaan runtuh. dengan mudah. Dapur tidak Terlalu miskin. berasap. Daripada Daripada tidak ada langsung sedikit cempedak baiklah pun cukuplah. nangka. Embun di hujung Bersifat sementara, tidak kekal. rumput. Enggang sama Berkawan dengan orang yang sama enggang, pipit taraf dengan kita. sama pipit.
  80. 80. Gajah mati Orang baik meninggalkan nama yang meninggalkan baik dan orang jahat meninggalkan tulang, harimau nama yang jahat setelah meninggal mati meninggalkan dunia. belang, manusia mati meninggalkan nama. Gajah sama gajah Raja-raja yang berselisih, rakyat yang berjuang, pelanduk mendapat kesusahan mati di tengah- tengah.
  81. 81. •Kata yang telah mantap ditulis sebagai satu perkataan Antarabangsa, tandatangan, pesuruhjaya, suruhanjaya, bumiputera, jawatankuasa, sukarela, kerjasama, kakitangan, setiausaha, olahraga, tanggungjawab, warganegara, matahari, beritahu.
  82. 82. Rangkai kata umum berimbuhan •Kata yang menerima awalan atau akhiran sahaja ditulis sebagai dua perkataan. •Contohnya: diambil alih, menerima pakai, kenal pastikan, diguna semula. •Kata yang menerima apitan ditulis sebagai satu perkataan. •Contohnya: pengambilalihan, pengenalpastian, pengemaskinian.
  83. 83. Penjamakan Kata Majmuk •Mengulang sesuatu kata (menggandakan kata majmuk – melibatkan perkataan pertama) •Contoh alat tulis => alat-alat tulis guru besar => guru-guru besar kapal terbang => kapal-kapal terbang
  84. 84. •Penjamakan Kata Majmuk •Menggunakan kata yang membawa makna jamak (menggunakan penanda jamak) •Contohnya semua menteri besar (√) semua menteri-menteri besar (X) banyak kapal terbang (√) banyak kapal-kapal terbang (X)
  85. 85. Pengimbuhan Kata Majmuk •Kata majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran tetap dieja secara terpisah. •Contohnya: campur aduk => bercampur aduk ambil alih => mengambil alih daya serap => daya serapan •Pengimbuhan Kata Majmuk •Kata majmuk yang menerima apitan, dieja secara bercantum (menjadi satu perkataan) •Contoh campur aduk => mencampuradukan ambil alih => pengambilalihan daya serap => kedayaserapan
  86. 86. Kata Pemeri (ialah) •Kata pemeri ialah digunakan untuk menjelaskan persamaan, dan hadir di hadapan frasa nama •Contoh: •Profesor Hamid ialah pensyarah Bahasa Melayu. •Perkara utama yang diperkatakan oleh penceramah itu ialah pentingnya membaca. Kata Pemeri (adalah) •Kata pemeri adalah digunakan secara huraian, hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh: •Berita kemalangan yang dilaporkan oleh akhbar itu adalah terlalu ringkas. •Bungkusan yang dihadiahkan oleh pengetua adalah untuk pelajar yang cemerlang.
  87. 87. Kesalahan Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan ditutup esok (X) Dengan ini dimaklumkan bahawa sekolah akan ditutup esok (√)
  88. 88. Partikel •Dalam bahasa Melayu, terdapat empat partikel, -lah, -tah, -kah dan pun. •Partikel –lah, -tah, dan –kah ditulis serangkai dengan kata dasar yang mendahuluinya Contoh: Buatlah, biarlah, apatah, benarkah Partikel •Bagi partikel pun, ada dua cara menulisnya. •Partikel pun yang bermaksud juga hendaklah ditulis terpisah Contoh: dia pun pergi, sekali pun engkau belum bayar
  89. 89. Partikel •Ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun. •Adapun, walaupun, kalaupun, mahupun, kendatipun, lagipun, andaipun, biarpun, meskipun, bagaimanapun, ataupun, sekalipun, sungguhpun
  90. 90. Kata Ganti Singkat •Kata singkatan ku dan kau sebagai awalan (pasif) ditulis serangkai dengan kata dasar yang mengikutinya. •Contoh: Kutulis, kulambai, kautulis, kaulihat kaulambai Kata Ganti Singkat •Kata Ganti singkatan ku, mu, dan nya sebagai akhiran ditulis serangkai dengan yang mendahuluinya. •Contoh rumahku, rumahmu, rumahnya untukku, untukmu, untuknya
  91. 91. Kata Ganti Singkat •Kata Ganti singkatan mu dan nya yang merujuk nama Tuhan hendaklah digunakan huruf besar sebagai huruf pertama dan tanda sempang perlu ditulis sebelum kata ganti singkatan itu. •Contoh Rahmatilah hamba-Mu, ya Tuhanku. Kita memohon petunjuk-Nya.
  92. 92. •Adakah ayat “Bola itu ditendang oleh saya” menyalahi tatabahasa? •Ayat tersebut memang salah kerana ayat tersebut ialah ayat pasif kata ganti pertama (saya). •Bagi ayat pasif kata ganti diri pertama dan kedua, kata ganti nama hendaklah hadir sebelum kata kerja pasif. Contohnya: Bola itu saya tendang. Pakaian itu kami simpan di dalam almari. Makanan itu engkau makan sampai habis.
  93. 93. Sehubungan dengan itu atau sehubungan itu? •Bentuk yang lebih tepat ialah sehubungan dengan itu. •Hal ini demikian kerana sehubungan membawa maksud ‘sama hubungan’. •Sehubungan dengan itu bermaksud sama hubungan dengan itu. •Lebih mantap jika ditulis “Sehubungan dengan hal/perkara itu…”
  94. 94. Dari semasa ke semasa atau dari masa ke semasa? •Binaan kata sendi nama dari dan ke tidak membenarkan pengguguran se- secara berasingan. •Sekiranya bentuk se- pada bahagian pertama digugurkan, pengguguran bentuk yang sama hendaklah dilakukan juga pada frasa sendi nama yang kedua untuk keseimbangan (bunyi)
  95. 95. Penggunaan saling sayang-menyayangi •Bentuk tersebut adalah salah. •Hal ini disebabkan sayang-menyayangi, kasih- mengasihi, bantu-membantu merupakan perbuatan yang saling berbalasan dan penggunaan saling tidak diperlukan lagi. •Oleh sebab itu, bentuk di atas boleh digunakan seperti yang berikut: sayang-menyayangi saling menyayangi kasih-mengasihi saling mengasihi
  96. 96. Pelancong itu tertarik __________ sikap ramah-tamah penduduk di Malaysia. A oleh B akan C tentang D dengan
  97. 97. Pelancong barat lebih suka ________ di bawah matahari. A dijemur B berjemur C terjemur D menjemur UPSR2000:21
  98. 98. buah, biji, baris, buku, ekor, das, jambak, genggam, kajang, untai, laras, pucuk, lembar, papan, keping, hiris
  99. 99. Untuk memasak gulai itu, kita perlu memasukkan ___________ asam gelugur dan beberapa ___________ bawang putih. A sepotong...biji B sehiris...ulas C seketul...biji D sekeping...ulas UPSR1992
  100. 100. ada angin, anak buah, angkat kaki, bendera putih, batu api, cahaya mata, darah daging, gaji buta, harga mati, harga pokok, jaga hati, jauh hati, kepala batu, khabar angin, langkah kanan, makan angkat,mata duitan, omong kosong, sebatang kara, tahan lasak
  101. 101. Kecantikan corak kain-kain batik itu menyebabkan pelancong Jepun itu __________ sehingga dia tidak tahu yang mana satu hendak dibelinya. A gelap mata B putih mata C rambang mata D rabun mata UPSR1994:26
  102. 102. Gadis ________ yang memperagakan minyak wangi dalam iklan televisyen itu ialah sepupu saya. A lembut B pemalu C elok D ayu UPSR2002:25
  103. 103. Kesalahan penggunaan kata atau istilah Contoh: Perkarangan rumah saya sangat bersih. Sepatutnya : Pekarangan rumah saya sangat bersih.
  104. 104. Contoh: Kedua ibu bapa saya guru. Sepatutnya : Kedua-dua ibu bapa saya guru.
  105. 105. Contoh: Bila hari hujan, latihan sukan terpaksa diberhentikan. Sepatutnya : Apabila hari hujan, latihan sukan terpaksa diberhentikan.
  106. 106. Kesalahan Struktur Ayat Lantai ini kamu mesti cuci.(Salah) Lantai ini mesti kamu cuci.(Betul) Nota itu Azman taip.(Salah) Nota itu ditaip oleh Azman.(Betul)
  107. 107. Kesalahan penggunaan sendi nama dan awalan 'di' dan 'ke' - Penggunaan sendi nama untuk menunjukkan tempat atau arah, hendaklah ditulis terpisah. Contoh: salah betul didunia di dunia kebawah ke bawah diantara di antara keseluruh ke seluruh
  108. 108. Kesalahan Ejaan Jurukur / Juruukur / Juru ukur ? Istirehat / Istirahat ? Tengah hari / Tengahari / Tengahhari ? Bumiputera / Bumiputra / Bumi putra ?
  109. 109. Kesalahan Ejaan Contoh: salah betul olih oleh bolih boleh bilek bilik masok masuk lebeh lebih anih aneh
  110. 110. Kesalahan Tanda baca Contoh: salah betul tahun 1930an tahun 1930-an kehendakNya kehendak-Nya seMalaysia se-Malaysia antiAmerika anti-Amerika ke2, ke 2 ke-2
  111. 111. Tanda baca membezakan makna. Contoh: Ini jambu monyet. Ini, jambu monyet. Ini jambu, monyet.
  112. 112. Kesalahan Imbuhan Tidak menggunakan imbuhan pada kata yang sepatutnya menerima imbuhan. Contoh : Kakak tanak nasi. Sepatutnya : Kakak menanak nasi. “Kakak, tanak nasi,” kata adik kepada Siti.
  113. 113. Menggunakan imbuhan yang tidak tepat atau tidak sesuai. Contoh : Mike Tyson seorang peninju. Sepatutnya : Mike Tyson seorang petinju.
  114. 114. Menggunakan imbuhan di tempat yang tidak perlu dibubuh imbuhan. Contoh : Saya meninggal di Muar. Sepatutnya : Saya tinggal di Muar.
  115. 115. KGD saya, Bola ini saya sepak. √ I aku, Bola ini disepak oleh saya. × kami. KGD awak, Buku ini awak balut. √ II kamu, Buku ini dibalut oleh awak. × anda. KGD Ali, ibu, Bunga ini ibu tanam. × III dia, Bunga ini ditanam oleh ibu. √ beliau.
  116. 116. √ √ √ √ √ √ √ √ √ √
  117. 117. √ √ √ √ √ × × × × × ×

×