REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
E esei pengajian am 2010
1. SMK RAJA PEREMPUAN, IPOH
SOALAN ESEI PENGAJIAN AM
PRA U 2010
SOALAN ESEI LARAS SASTERA
1. Kecanggihan teknologi maklumat tidak bergerak seiring dengan kematangan minda manusia.
Kemajuan teknologi maklumat menjadikan internet sebagai media baru dalam penyebaran
fitnah.
Pada pendapat anda, mengapakah internet dijadikan media penyebaran fitnah dan cadangkan
langkah-langkah bagi membendung masalah ini.
2. Kes-kes jenayah seksual yang melibatkan remaja pada masa kini semakin kronik. Fenomena ini
membuktikan bahawa tahap jenayah yang membabitkan remaja semakin serius.
Bincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada peningkatan kemelut ini dan usaha-usaha
untuk mengatasinya.
3. Gejala-gejala sosial yang banyak dilaporkan berlaku disekolah belakangan ini adalah juga
berpunca daripada merosotnya penyertaan pelajar-pelajar dalam pelbagai aktiviti kokurikulum.
Pada pendapat anda, apakah strategi yang sesuai yang boleh dilakukan bagi memesatkan
semula aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar sekarang?
4. Menurut Human Rights Watch (HRW), beribu-ribu pembantu rumah Indonesia yang bekerja di
Malaysia menghadapi penderaan dan dalam kesengsaraan disebabkan majikan yang tidak
bertanggungjawab.
Bincangkan punca dan langkah yang boleh diambil bagi menangani masalah ini.
2. ESEI LARAS SAINS
5. Alam sekitar yang bersih adalah penting kepada kehidupan manusia dan ancaman terhadapnya
boleh menimbulkan pelbagai kesan negatif.
Bincangkan.
6. Obesiti merupakan satu masalah kesihatan yang berlaku dalam kalangan anggota masyarakat
tanpa mengira peringkat umur.
Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah tersebut dan kesannya
terhadap kehidupan manusia.
7. Perkembangan dan aplikasi teknologi robotik telah mencapai kemajuan yang membanggakan di
Malaysia.
Bincangkan kepentingan teknologi ini terhadap pembangunan Negara.
3. 8. Pemanasan global dikaitkan dengan kenaikan suhu dunia akibat peningkatan kepekatan gas-gas
rumah kaca. Pemusnahan hutan bukanlah satu-satunya punca yang mencetuskan pemanasan
global.
Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang telah menyebabkan berlakunya pemanasan
global ini dan kesannya kepada manusia.