Dokumen tersebut memberikan contoh perenggan dengan nada positif, netral dan negatif. Ia juga menjelaskan penggunaan kutipan, ilustrasi dan grafik dalam penulisan artikel ilmiah. Secara ringkas:
1) Contoh perenggan dengan nada positif, netral dan negatif.
2) Penjelasan penggunaan kutipan, ilustrasi dan grafik untuk menguatkan idea dan pemahaman pembaca.
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
Seni mengarang
1. 1. Hasilkan satu perenggan bagi setiap nada berikut:i Positif
ii Neutral
iii Negatif
Kemudian, berikan penjelasan dan gariskan kata kunci bagi setiap nada tersebut.
a. Perenggan Bernada Positif
Pekerja yang berkualiti berkait rapat dengan kecememerlangan organisasi, masyarakat dan
individu itu sendiri. Kecemerlangan yang dicapai tidak akan datang dengan sendiri, tetapi
perlu disertakan dengan usaha gigih yang berterusan, amanah, yakin dan penuh iltizam. Hal
ini dapat memantapkan sifat integriti pegawai-pegawai perkhidmatan awam ke arah budaya
kerja yang cemerlang, pegawai yang terbilang dan negara yang gemilang.
Penggunaan kosa kata iaitu berkualiti, kecemerlangan dan gemilang dalam petikan di atas
memberi kesan positif, bahkan seluruh teks tersebut membawa makna dan konotasi yang
positif dengan penerapan tujuan untuk menggalakkan pekerja menanamkan semangat
integriti dalam pekerjaan.
b. Perenggan Bernada Neutral
Perenggan jenis ini dapat dikesan dalam perenggan di bawah menerusi kosa kata, frasa dan
klausa yang sederhana iaitu tidak memihak tetapi memberi pilihan kepada pembaca untuk
berfikir secara matang, membuat keputusan dan mengambil tindakan yang sewajarnya dalam
usaha untuk meningkatkan pendapatan negara.
Di samping itu, guru-guru bertanggungjawab dalam melahirkan modal insan yang cemerlang
dalam kalangan pelajar di sekolah. Di sekolah, guru-guru harus memberi pengetahuan yang
secukupnya kepada para pelajar bagi membolehkan mereka memiliki kemahiran dalam
pelbagai bidang serta pendidikan yang luas dengan penekanan kepada bidang matematik dan
sains.
c. Perenggan Bernada Negatif
Nada negatif menggunakan kosa kata, frasa dan klausa yang mirip ke arah pemupukan sikap
dan tindakan berlawanan, misalnya perasaan kebencian, permusuhan dan ketidakpuasan hati.
Perhatikan kosa kata iaitu berpecah-belah, rusuhan kaum dan musuh dalam selimut mempu
memberi kesan negatif terhadap pemikiran pembaca. Ungkapan ini mampu memberi kesan
dalam mempengaruhi, memujuk dan mengubah pendirian pembaca.
Masyarakat majmuk yang hidup dalam sesebuah negara pastinya akan wujud masalah
berpecah-belah, huru-hara dan bercerai-berai. Keadaan ini mendorong berlakunya pelbagai
masalah lain seperti kes jenayah, pengangguran, rusuhan kaum dan yang lebih teuk lagi akan
mengakibatkan peperangan apabila dalam sesebuah negara itu terdapatnya musuh dalam
selimut.
2. 2. Dalam karangan atau penulisan artikel ilmiah, penulisan kutipan, ilustrasi dan grafik amat
dititikberatkan. Berikan penjelasan apa yang anda fahami tentang penulisan kutipan, ilustrasi
dan grafik.
Pengutipan adalah penggunaan teori, konsep, idea, dan lain yang sejenis yang berasal dari
sumber lain, baik secara langsung mahupun tidak langsung. Semua pengutipan harus disertai
dengan sumber rujukan. Kealpaan untuk merujuk kutipan dapat dianggap melanggar etika
penulisan karya ilmiah. Penggunaan kutipan akan memantapkan idea yang disampaikan oleh
penulis sama ada kutipan secara langsung ataupun kutipan secara tidak langsung. Penggunaan
kutipan tidak mempunyai had dalam sesebuah penulisan bergantung kepada pengarangnya.
Ilustrasi dan grafik dalam penulisan artikel ilmiah adalah bermaksud penggunaan rajah, graf,
carta, jadual, gambar, peta atau sebarang bentuk lakaran ynag dapat mengukuhkan sesuatu
perbincangan dalam sesebuah penulisan. Penggunaan bahan ilustrasi dan grafik akan
memudahkan pembaca untuk memahami dan menambahkan keyakinan pembaca mengenai
topik perbincangan dalam sesebuah penulisan artikel ilmiah. Pelbagai bentuk grafik dan
ilustasi boleh digunakan untuk menguatkan dan mengukuhkan perbincangan dalam
penulisan.