SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Download to read offline
Silat : Ringkasan / A Brief Overview
• Diakui umum sebagai hak asli beladiri bangsa Melayu.
• Hal ini berdasarkan bukti penemuan tinggalan sejarah yang
terdapat di Candi Borobudur dan Candi Prambanan di Jawa
sejak abad ke-8 Masihi.
• Bermula di Kepulauan Riau, sistem beladiri ini dikatakan
merebak ke Minangkabau, Sumatera.
• Di Sumatera, seni pertempuran ini diperhalusi lagi dan dikenali
sebagai Silat atau Silek.
• Pada zaman kekuasaan empayar Majapahit (abad ke-13 hingga
abad ke-16), ilmu silat ini dikatakan telah mencapai kemuncak
kesempurnaannya apabila penggunaan senjata disertakan.
Tentang Pengasas Gayong / About the Founder of Gayong
• Dato’ Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Md. Hashim dilahirkan di Taiping pada 17hb
Ogos 1915.
• Beliau mula mempelajari ilmu persilatan ketika berusia 12 tahun daripada datuknya,
Syed Zainal Abidin Al-Attas. Syed Zainal atau Tuk Jenai.
• Datuknya adalah seorang penghulu di Pekan merupakan seorang pendekar Pahang
yang terkenal dengan perjuangannya menentang penjajahan Inggeris bersama-sama
Allahyarham Mat Kilau, Dato’ Bahaman (orang Kaya Semantan) dan rakan-rakannya.
• Beliau telah berundur dan berkeluarga di Taiping hinggalah dikurniakan beberapa
orang anak, diantaranya Syarifah Alauyah iaitu ibu kepada Dato’ Mahaguru Meor Abdul
Rahman.
• Setelah ilmu persilatannya dikhatamkan, Dato’ Meor Abdul Rahman mula dikenali
ramai.
• Ketika berumur 19 tahun, beliau telah dipanggil menunjukkan kebolehannya di
hadapan Paduka Seri Sultan Perak, Almarhum Sultan Alang Iskandar di Istana Bukit
Chandan dan diberi gelaran Panglima Sendo Perak (The Invincible Warrior of Perak)
dan tinggal di istana buat beberapa ketika sehingga baginda mangkat pada tahun 1938.
• Kehebatan Dato’ Meor Abdul Rahman dalam bidang persilatan turut menyerlahkan
dirinya ketika berhijrah ke Singapura pada tahun 1938.
• Beliau merupakan anak Melayu pertama ditugaskan sebagai jurulatih seni
mempertahankan diri kepada Signal Corps dibawah pemerintahan Lt. Kol Pope di
Gullman Barrack, Singapura.
• Kerana tidak mahu dirinya dijajah, beliau berundur ke Pulau Sudong, 12 km dari
Singapura dalam tahun 1941 apabila tentera Jepun menyerang Singapura.
• Disinilah kali pertama Silat Seni Gayong mula diperkenalkan kepada sekumpulan tujuh
orang belia, iaitu pada 17hb Februari 1942 jam 11.00 pagi.
• Di pulau tersebut dan pulau-pulau sekitarnya, beliau telah membuktikan kepintaran dan
keberaniannya memperdaya, menewaskan tentera Jepun serta melindungi penduduk di
pulau tersebut.
Makna GAYONG / Meaning of GAYONG
Ga - Genggam
Berpegang kepada janji setia dan ikrar yang telah dilafazkan. Juga
bermaksud menjaga segala rahsia dan amanat yang diberikan.
Alif - Angkat
Meletakkan dan menjadikan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai panduan
dan tempat rujukan.
Ya - Yakin
Yakin kepada kebolehan diri sendiri
Wau - Waras
Membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum bertindak.
Nga - Ngeri
Bersungguh-sungguh dalam segala perbuatan. Dalam konteks latihan dan
persembahan, kesungguhan ini digambarkan dalam kengerian orang lain yang
menyaksikannya.
• Lima huruf tersebut melambangkan lima prinsip asas yang menjadi rukun
atau teras agama Islam iaitu mengucapkan dua kalimah Syahadah,
menunaikan solat fardhu, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan
zakat dan mengerjakan ibadah haji.
• Lima huruf yang membina kalimah Gayong itu juga menekankan bahawa
seorang murid Gayong itu mestilah menjaga kewajipan mereka sebagai
seorang Muslim dengan menegakkan tiang agama iaitu menunaikan solat
fardhu lima kali sehari semalam.
• Pada hakikatnya, kekuatan seorang murid Gayong terpancar daripada
keupayaan melaksana segala titah perintah Allah S.W.T. dan menjauhi
segala laranganNya. Apabila wujud segala sifat tersebut, penghayatan
beserta amalan dalam konsep yang disebutkan diatas barulah dianggap
seorang murid Gayong itu benar-benar menuntut dan mendalami ilmu
Silat Seni Gayong
Ikrar GAYONG / Oath of Gayong
Bismillahhirrahmannirrahim.
Bahawasanya ,
kami ahli-ahli Gayong mengaku taat setia menjadi murid Silat Seni Gayong dan ahli Gayong.
Bahawasanya,
Kami mengaku taat setia kepada Allah,
Kami mengaku taat setia kepada baginda Rasulullah (S.A.W.),
Kami mengaku taat setia kepada guru kami,
Kami mengaku taat setia kepada ibu dan ayah kami,
Kami mengaku taat setia kepada negara kami,
Kami mengaku taat setia kepada saudara se-Gayong dengan kami
Bahawasanya,
Kami mengaku taat setia ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong,
Raja Permaisuri Agong dan Sultan-sultan yang memerintah di seluruh Tanah Melayu,
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kau murahkanlah rezeki kami,
Kau panjangkanlah umur kami dan kedua ibu bapa kami,
Kau tetapkanlah iman kami,
Kau lindungilah kami daripada segala mala petaka, jin dan iblis dan manusia yang niat khianat ke atas diri
kami dan negara kami.
Amin Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Logo GAYONG & Simbolism
PEDANG MATA DUA
Pedang Zulfakar milik Saidina Ali a.s. melambangkan
keberanian dan kepahlawanan panglima Islam yang telah
menegakkan kebenaran.
KENDI / BENJANA AIR
Melambangkan Silat Seni Gayong tempat terkumpul segala
ilmu dan teknik beladiri tradisional orang Melayu yang perlu
ditimba oleh setiap lapisan masyarakat.
BUMI
Cita-cita untuk mengembangkan silat di seluruh dunia.
BENGKONG HARIMAU PELANGI CULA SAKTI 7
Kuasa Mahaguru sebagai eksekutif pentadbiran dan ilmu
tertinggi.
Logo GAYONG & Simbolism / GAYONG Logo & Its Symbolism
BULAN DAN BINTANG
Melambangkan agama Islam dan syiarnya berada di puncak
dunia. Silat Gayong meletakkan agama di tempat yang paling
tinggi sebagai penyuluh hidup. Ia juga melambangkan agama
Islam menjadi teras perguruan persilatan ini.
DUA KERIS BERSILANG
Simbolik kepada semangat Laksamana terbilang melayu, Hang
Tuah dan Hang Jebat. Hang Jebat mati sewaktu menjadi
Laksamana. Jawatan Laksamana tidak diambil semula oleh
Hang Tuah selepas kematian Hang Jebat. Keris dalam lambang
tersebut adalah keris Tamingsari yang pernah digunakan oleh
kedua-dua laksamana tersebut. Keris yang merupakan salah
satu pelajaran yang diajar kepada murid Gayong adalah satu
lambang senjata asli bangsa Melayu. Ini membuktikan Silat Seni
Gayong adalah silat melayu seni warisan bangsa yang asli dan
tulen.
Logo GAYONG & Simbolism / GAYONG Logo & Its Symbolism
NAGA
Menunjukkan bahawa Silat Seni Gayong bukan sahaja boleh
diguna di darat, bahkan juga di dalam air. Lambang naga ini
dipercayai telah dihadiahkan oleh Maharaja China kepada
Allahyarham Dato’ Laksamana Hang Tuah atas keberanian dan
kehandalannya semasa melawat negeri China dahulu. Naga
juga merupakan simbol yang berkaitan dengan proses
kelahiran Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman sendiri.
Kedudukan naga yang melingkungi dunia di mana kepalanya
hampir bercantum dengan ekor melambangkan ilmu Silat Seni
Gayong akan terkenal ke seluruh dunia.
HARIMAU
Melambangkan keberanian dan kepahlawanan di darat. Ia
menonjolkan identiti atau corak pelajaran Silat Seni Gayong
yang diasas dari sifat dan ketangkasan seekor harimau. Resam
harimau menyembunyikan kukunya, di kala tertentu sahaja ia
akan menzahirkan kekuatan dan ketajaman cengkaman
kukunya yang boleh mematah dan membunuh mangsanya
dalam cengkaman kukunya yang boleh merobek dan
membunuh mangsanya dalam beberapa saat sahaja.
LAGU RASMI GAYONG
Dengan Bismillah mula dikata,
Mengingati kebesaran Allah yang Mulia.
Kerana wajib telah ternyata,
Segala perbuatan mahulah diserta,
Seni Gayong Payung Pusaka,
Naungan aneka hikmat mulia,
Rahsia tersimpan dipurbakala,
ilham menyusul zahir semula,
Niatnya bersih, baunya suci,
Berseru kepada Putera dan Puteri,
Agama yang Mulia dijunjung tinggi,
Belalah bangsa adat dan negeri,
Gayong bercantum bersatu padu,
Mengingat junjungan empunya seru,
Sama sendiri bantu membantu,
Selamat Sejahtera hajat dituju.

More Related Content

Featured

2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by HubspotMarius Sescu
 
Everything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTEverything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTExpeed Software
 
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsPixeldarts
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthThinkNow
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfmarketingartwork
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024Neil Kimberley
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)contently
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024Albert Qian
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsKurio // The Social Media Age(ncy)
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Search Engine Journal
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summarySpeakerHub
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Tessa Mero
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentLily Ray
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best PracticesVit Horky
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementMindGenius
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...RachelPearson36
 

Featured (20)

2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot
 
Everything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTEverything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPT
 
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
 
Skeleton Culture Code
Skeleton Culture CodeSkeleton Culture Code
Skeleton Culture Code
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
 
How to have difficult conversations
How to have difficult conversations How to have difficult conversations
How to have difficult conversations
 
Introduction to Data Science
Introduction to Data ScienceIntroduction to Data Science
Introduction to Data Science
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best Practices
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project management
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
 

ringkasan Gayong.pdf

  • 1.
  • 2. Silat : Ringkasan / A Brief Overview • Diakui umum sebagai hak asli beladiri bangsa Melayu. • Hal ini berdasarkan bukti penemuan tinggalan sejarah yang terdapat di Candi Borobudur dan Candi Prambanan di Jawa sejak abad ke-8 Masihi. • Bermula di Kepulauan Riau, sistem beladiri ini dikatakan merebak ke Minangkabau, Sumatera. • Di Sumatera, seni pertempuran ini diperhalusi lagi dan dikenali sebagai Silat atau Silek. • Pada zaman kekuasaan empayar Majapahit (abad ke-13 hingga abad ke-16), ilmu silat ini dikatakan telah mencapai kemuncak kesempurnaannya apabila penggunaan senjata disertakan.
  • 3. Tentang Pengasas Gayong / About the Founder of Gayong • Dato’ Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Md. Hashim dilahirkan di Taiping pada 17hb Ogos 1915. • Beliau mula mempelajari ilmu persilatan ketika berusia 12 tahun daripada datuknya, Syed Zainal Abidin Al-Attas. Syed Zainal atau Tuk Jenai. • Datuknya adalah seorang penghulu di Pekan merupakan seorang pendekar Pahang yang terkenal dengan perjuangannya menentang penjajahan Inggeris bersama-sama Allahyarham Mat Kilau, Dato’ Bahaman (orang Kaya Semantan) dan rakan-rakannya. • Beliau telah berundur dan berkeluarga di Taiping hinggalah dikurniakan beberapa orang anak, diantaranya Syarifah Alauyah iaitu ibu kepada Dato’ Mahaguru Meor Abdul Rahman. • Setelah ilmu persilatannya dikhatamkan, Dato’ Meor Abdul Rahman mula dikenali ramai. • Ketika berumur 19 tahun, beliau telah dipanggil menunjukkan kebolehannya di hadapan Paduka Seri Sultan Perak, Almarhum Sultan Alang Iskandar di Istana Bukit Chandan dan diberi gelaran Panglima Sendo Perak (The Invincible Warrior of Perak) dan tinggal di istana buat beberapa ketika sehingga baginda mangkat pada tahun 1938.
  • 4. • Kehebatan Dato’ Meor Abdul Rahman dalam bidang persilatan turut menyerlahkan dirinya ketika berhijrah ke Singapura pada tahun 1938. • Beliau merupakan anak Melayu pertama ditugaskan sebagai jurulatih seni mempertahankan diri kepada Signal Corps dibawah pemerintahan Lt. Kol Pope di Gullman Barrack, Singapura. • Kerana tidak mahu dirinya dijajah, beliau berundur ke Pulau Sudong, 12 km dari Singapura dalam tahun 1941 apabila tentera Jepun menyerang Singapura. • Disinilah kali pertama Silat Seni Gayong mula diperkenalkan kepada sekumpulan tujuh orang belia, iaitu pada 17hb Februari 1942 jam 11.00 pagi. • Di pulau tersebut dan pulau-pulau sekitarnya, beliau telah membuktikan kepintaran dan keberaniannya memperdaya, menewaskan tentera Jepun serta melindungi penduduk di pulau tersebut.
  • 5. Makna GAYONG / Meaning of GAYONG Ga - Genggam Berpegang kepada janji setia dan ikrar yang telah dilafazkan. Juga bermaksud menjaga segala rahsia dan amanat yang diberikan. Alif - Angkat Meletakkan dan menjadikan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai panduan dan tempat rujukan. Ya - Yakin Yakin kepada kebolehan diri sendiri Wau - Waras Membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum bertindak. Nga - Ngeri Bersungguh-sungguh dalam segala perbuatan. Dalam konteks latihan dan persembahan, kesungguhan ini digambarkan dalam kengerian orang lain yang menyaksikannya.
  • 6. • Lima huruf tersebut melambangkan lima prinsip asas yang menjadi rukun atau teras agama Islam iaitu mengucapkan dua kalimah Syahadah, menunaikan solat fardhu, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan ibadah haji. • Lima huruf yang membina kalimah Gayong itu juga menekankan bahawa seorang murid Gayong itu mestilah menjaga kewajipan mereka sebagai seorang Muslim dengan menegakkan tiang agama iaitu menunaikan solat fardhu lima kali sehari semalam. • Pada hakikatnya, kekuatan seorang murid Gayong terpancar daripada keupayaan melaksana segala titah perintah Allah S.W.T. dan menjauhi segala laranganNya. Apabila wujud segala sifat tersebut, penghayatan beserta amalan dalam konsep yang disebutkan diatas barulah dianggap seorang murid Gayong itu benar-benar menuntut dan mendalami ilmu Silat Seni Gayong
  • 7. Ikrar GAYONG / Oath of Gayong Bismillahhirrahmannirrahim. Bahawasanya , kami ahli-ahli Gayong mengaku taat setia menjadi murid Silat Seni Gayong dan ahli Gayong. Bahawasanya, Kami mengaku taat setia kepada Allah, Kami mengaku taat setia kepada baginda Rasulullah (S.A.W.), Kami mengaku taat setia kepada guru kami, Kami mengaku taat setia kepada ibu dan ayah kami, Kami mengaku taat setia kepada negara kami, Kami mengaku taat setia kepada saudara se-Gayong dengan kami Bahawasanya, Kami mengaku taat setia ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong dan Sultan-sultan yang memerintah di seluruh Tanah Melayu, Ya Allah Ya Tuhan kami, Kau murahkanlah rezeki kami, Kau panjangkanlah umur kami dan kedua ibu bapa kami, Kau tetapkanlah iman kami, Kau lindungilah kami daripada segala mala petaka, jin dan iblis dan manusia yang niat khianat ke atas diri kami dan negara kami. Amin Amin Ya Rabbal 'Alamin.
  • 8. Logo GAYONG & Simbolism PEDANG MATA DUA Pedang Zulfakar milik Saidina Ali a.s. melambangkan keberanian dan kepahlawanan panglima Islam yang telah menegakkan kebenaran. KENDI / BENJANA AIR Melambangkan Silat Seni Gayong tempat terkumpul segala ilmu dan teknik beladiri tradisional orang Melayu yang perlu ditimba oleh setiap lapisan masyarakat. BUMI Cita-cita untuk mengembangkan silat di seluruh dunia. BENGKONG HARIMAU PELANGI CULA SAKTI 7 Kuasa Mahaguru sebagai eksekutif pentadbiran dan ilmu tertinggi.
  • 9. Logo GAYONG & Simbolism / GAYONG Logo & Its Symbolism BULAN DAN BINTANG Melambangkan agama Islam dan syiarnya berada di puncak dunia. Silat Gayong meletakkan agama di tempat yang paling tinggi sebagai penyuluh hidup. Ia juga melambangkan agama Islam menjadi teras perguruan persilatan ini. DUA KERIS BERSILANG Simbolik kepada semangat Laksamana terbilang melayu, Hang Tuah dan Hang Jebat. Hang Jebat mati sewaktu menjadi Laksamana. Jawatan Laksamana tidak diambil semula oleh Hang Tuah selepas kematian Hang Jebat. Keris dalam lambang tersebut adalah keris Tamingsari yang pernah digunakan oleh kedua-dua laksamana tersebut. Keris yang merupakan salah satu pelajaran yang diajar kepada murid Gayong adalah satu lambang senjata asli bangsa Melayu. Ini membuktikan Silat Seni Gayong adalah silat melayu seni warisan bangsa yang asli dan tulen.
  • 10. Logo GAYONG & Simbolism / GAYONG Logo & Its Symbolism NAGA Menunjukkan bahawa Silat Seni Gayong bukan sahaja boleh diguna di darat, bahkan juga di dalam air. Lambang naga ini dipercayai telah dihadiahkan oleh Maharaja China kepada Allahyarham Dato’ Laksamana Hang Tuah atas keberanian dan kehandalannya semasa melawat negeri China dahulu. Naga juga merupakan simbol yang berkaitan dengan proses kelahiran Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman sendiri. Kedudukan naga yang melingkungi dunia di mana kepalanya hampir bercantum dengan ekor melambangkan ilmu Silat Seni Gayong akan terkenal ke seluruh dunia. HARIMAU Melambangkan keberanian dan kepahlawanan di darat. Ia menonjolkan identiti atau corak pelajaran Silat Seni Gayong yang diasas dari sifat dan ketangkasan seekor harimau. Resam harimau menyembunyikan kukunya, di kala tertentu sahaja ia akan menzahirkan kekuatan dan ketajaman cengkaman kukunya yang boleh mematah dan membunuh mangsanya dalam cengkaman kukunya yang boleh merobek dan membunuh mangsanya dalam beberapa saat sahaja.
  • 11. LAGU RASMI GAYONG Dengan Bismillah mula dikata, Mengingati kebesaran Allah yang Mulia. Kerana wajib telah ternyata, Segala perbuatan mahulah diserta, Seni Gayong Payung Pusaka, Naungan aneka hikmat mulia, Rahsia tersimpan dipurbakala, ilham menyusul zahir semula, Niatnya bersih, baunya suci, Berseru kepada Putera dan Puteri, Agama yang Mulia dijunjung tinggi, Belalah bangsa adat dan negeri, Gayong bercantum bersatu padu, Mengingat junjungan empunya seru, Sama sendiri bantu membantu, Selamat Sejahtera hajat dituju.