1. • Tamadun Islam mempunyai keunikannya tersendiri dalam menonjolkan hasil seni binaannya , tidak
hairanlah jika pernah suatu ketika tujuh keajaiban dunia adalah hasil daripada sumbangan Tamadun
Islam. Monumen tersebut adalah Taj Mahal di India dan Istana Alhambra di Andalusia(kini Sepanyol).
• Salah satu fokus utama apabila kita membincangkan berkenaan seni bina Islam adalah binaan Masjid
kerana Masjid dan Tamadun Islam seakan-akan mempunyai satu ikatan yang sangat kuat. Binaan
Kubah merupakan satu tanda yang amat jelas dalam memperlihatkan seni bina Islam kerana secara
umumnya setiap masjid tentunya mempunyai kubah.
• Selain binaan kubah yang tersergam indah , ukiran-ukiran kaligrafi ayat-ayat suci Al-Quran merupakan
satu lagi motif islam yang cuba diketengahkan oleh tamadun islam yang berkembang sama ada di
masjid atau pun di istana-istana. Jika tidak ukiran ayat-ayat suci Al-Quran , biasanya ukiran-ukiran lain
adalah berasaskan alam semula jadi seperti unsur tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan
• Unsur air juga turut memainkan peranan penting dalam mencirikan sesuatu binaan itu adalah hasil
pengaruh tamadun islam. Sebagai contoh untuk semua gambaran di atas , di sini disediakan bukti jelas
akan indahnya seni bina yang diwariskan oleh kerajaan-kerajaan islam yang memerintah , kerajaan
Islam terakhir yang memerintah Andalus bermula pada tahun 1238 hingga 1492M(635-897H). Pada
zaman kerajaan ini , Andalus telah mencapai era kemuncak kegemilangan tamadun kesenian Islam
dengan terbinanya istana Alhambra di puncak Banjaran Sierra Nevada(Jabal Shalir/al-Thalj) di Granada
yang tetap menjadi the artistic genius of Muslim Spain.
2. • Seni bina merupakan satu lagi cabang kesenian yang boleh kita lihat
untuk mengkaji bagaimana perkembangan sesebuah tamadun
diukur dari sudut fizikalnya.
• Seni bina boleh memperlihatkan kepada kita akan bagaimana idea-
idea kreatif masyarakat sesebuah tamadun itu diolah untuk
membina identiti sesebuah tamadun itu mengikut acuannya yang
tersendiri.