2. Objektif
Di akhir pelajaran, pelajar akan dapat:
• membubuhkan apitan meN-...-kan dan di-...-kan pada
kata dasar yang diberikan bagi aktiviti ‘cepat tepat’.
• menyatakan perbezaan di antara ayat aktif dan ayat
pasif.
• mengenal pasti sama ada contoh ayat yang diberikan
adalah ayat aktif atau ayat pasif.
• mempasifkan ayat aktif yang diberikan oleh guru.
3. Ayat Aktif
Ayat Aktif: Ayat yang mengandungi kata kerja
yang menerangkan subjek.
• Daud mengutip sampah.
• Devi memasukkan pembalut gula-gula ke dalam tong
sampah.
• Fahmi tinggal di estet perumahan Sengkang.
Apakah subjeknya?
Apakah kata kerja
yang menerangkan
subjek?
Tumpuan bagi pelajaran ini adalah pada apitan
meN-…-kan.
4. Ayat Pasif
• Ayat Pasif: Ayat yang mengandungi kata
kerja pasif di-…-kan dan ter-.
– Tembok itu terlanggar oleh lori
padda bahagian bawahnya.
– Makanan segera dikatakan tidak baik
untuk kesihatan.
Tumpuan bagi pelajaran ini adalah pada kata
kerja pasif di-…-kan.
5. Lihat contoh-contoh berikut:
Puan Roslina mencantikkan kawasan
koridor rumahnya.
Kawasan koridor rumah dicantikkan oleh
Puan Roslina. Yang mana satukah
ayat aktif?
Yang mana pula ayat
pasif?
Ayat aktif
Ayat pasif
6. Lihat contoh-contoh berikut:
Perabot diletakkan oleh para penduduk
Di tempat buangan sampah.
Para penduduk meletakkan perabot di
tempat buangan sampah.
Yang mana satukah
ayat aktif?
Yang mana pula ayat
pasif?
Ayat pasif
Ayat aktif
7. Ayat Aktif Ayat
Pasif
• Apitan di-…-kan ialah bentuk pasif
bagi kata kerja meN-…-kan.
• Apabila kata kerja dalam sepotong ayat
menerima apitan di-…-kan, ayat
tersebut menjadi pasif.
8. Mari kita cuba
bersama:
Tetamu saya menjatuhkan pasu bunga ibu.
Ayat Aktif
Pasu ibu dijatuhkan oleh tetamu saya.
Ayat Pasif
9. Mari kita cuba
bersama:
Syahril mengangakan tingkap bilik tidur.
Ayat Aktif
Tingkap bilik tidur dingangakan oleh
Syahril.
Ayat Pasif
10. Soalan 1:
Abang membelikan ibu sebuah rumah.
Kita hebat!
KUIZ
Sebuah rumah dibelikan untuk ibu oleh
abang.
Sebuah rumah dibelikan oleh abang
untuk ibu.
11. Soalan 2:
Gadis itu menjahitkan adiknya sehelai
baju.
Kita hebat!
KUIZ
Sehelai baju dijahitkan oleh gadis itu
untuk adiknya.
12. Soalan 3:
Baginda menganugerahkan bintang
kehormatan kepada pahlawan itu.
Kita hebat!
KUIZ
Bintang kehormatan dianugerahkan
kepada pahlawan itu oleh baginda.
Bintang kehormatan dianugerahkan
oleh baginda kepada pahlawan itu.
13. Soalan 4:
Amran memasukkan buku catatannya ke
dalam beg yang berwarna jingga.
Kita hebat!
KUIZ
Buku catatan Arman dimasukkannya
ke dalam beg yang berwarna jingga.
14. Soalan 5:
Cikgu Masyitah membahagikan nota kepada
para peserta program pertukaran pelajar.
Kita hebat!
KUIZ
Nota diberikan oleh Cikgu Masyitah
kepada para peserta program
pertukaran pelajar.
15. Soalan 6:
Ramu telah mendapatkan butiran mengenai
negara yang bakal dilawatinya
Kita hebat!
KUIZ
Butiran mengenai negara yang bakal
dilawati Ramu telah didapatkan
olehnya.
16. Soalan 7:
Ramai pelajar mengutarakan pelbagai soalan
tentang perkhemahan pada bulan Disember.
Kita hebat!
KUIZ
Pelbagai soalan tentang perkhemahan
pada bulan Disember diutarakan oleh
ramai pelajar.
17. Soalan 8:
Para peserta darmawisata telah
mengesyorkan lawatan serupa pada tahun
hadapan.
Kita hebat!
KUIZ
Lawatan serupa pada tahun hadapan
disyorkan oleh para peserta
darmawisata.