3. Golongan kata kerja merangkumi sejumlah
perkataan yang dapat menjadi unsur inti
dalam binaan frasa kerja.
4. Kata Kerja
Kata Kerja Tak
Transitif
Kata Kerja Transitif
Tak Berpelengkap
Berpelengkap
Aktif
Pasif
5. Kata Kerja Tak Transitif
-Kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau
objek sesudahnya.
KK Tak Transitif Tak Berpelengkap
- Kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa
objek atau penyambut sesudahnya.
KK Tak Transitif Berpelengkap
- Ialah kata kerja yang mesti diikuti
oleh pelengkap untuk
menyempurnakan maksud ayat.
6. CONTOH KATA KERJA TAK TRANSITIF TAK
BERPELENGKAP
• Contohnya :
- Mereka asyik berbual.
- Pemuda itu tersenyum.
- Padi sedang menguning.
Contoh lain : Bangun, pulang, menjerit
7. KATA KERJA TAK TRANSITIF TAK
BERPELENGKAP
Contohnya :
- Keadaan bapanya beransur baik.
- Mereka tinggal di kampung Samarahan.
- Dia menjadi guru.
* Selepas perkataan condong di atas
ialah pelengkap. Sekiranya pelengkap
digugurkan, ayat-ayat yang terhasil tidak
sempurna.
8. Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
unsur-unsur yang menjadi pelengkap terdiri daripada 3
iaitu :
I. Kata Adjektif sebagai pelengkap
II. Frasa Sendi Nama sebagai pelengkap
III. Kata Nama sebagai pelengkap.
10. Frasa Sendi Nama
sebagai pelengkap
Kata Kerja Tak Transitif
Berpelengkap
Contohnya :
(1) Keluarga Enck Ali berada di
Pahang.
(2) Kereta itu membelok ke kiri.
11. Kata Kerja Tak Transitif
Berpelengkap
Kata Nama sebagai
Pelengkap
Contohnya :
(1) Kami tidur berbantalkan lengan.
(2) Ali menjadi guru sandaran.
12. Kata Kerja Transitif
-Kata kerja yang
mengandungi objek yang
terdiri daripada frasa nama
Aktif
-kata kerja yang
menerima awalan “meN-”
dengan atau tanpa
akhiran “-kan” atau “-i”
Pasif
-kata kerja hasil daripada
proses transfomasi atau
perubahan ayat aktif
menjadi ayat pasif
Kata Kerja Transitif
13. KATA KERJA TRANSITIF
( AYAT AKTIF )
KATA KERJA TRANSITIF
( AYAT PASIF )
mengaturkan Diaturkan
Membelah Dibelah
Mencampakkan Dicampakkan
Mendenda Didenda
mengekori Saya ekori
Kata Kerja Transitif
14.
15. AKTIVITI : UJI MINDA ANDA……
Jeniskan kata kerja di bawah :
1. Bapa Ahmad akan bersara.
2. Kesihatan ibunya beransur baik.
3. Rumah itu siap terbina dalam masa dua bulan.
4. Ibu pandai menjahit baju Melayu.
5. Ali bercita-cita menjadi seorang guru.
6. Perkara itu sudah termaktub dalam peraturan
sekolah.
7. Kami makan nasi lemak di restoran itu.
8. Adik suka menangis.
16. JAWAPAN…..
1. Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.
2. Kata kerja tak transitif berpelengkap.
3. Kata kerja transitif pasif.
4. Kata kerja transitif aktif.
5. Kata kerja tak transitif berpelengkap.
6. Kata kerja transitif aktif.
7. Kata kerja transitif.
8. Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.
17. JAWAB SOALAN BERIKUT :
1. Definisi kata kerja?
2. Definisi kata kerja tak transitif?
3. Definisi kata kerja tak transitif tanpa pelengkap?
4. Definisi kata kerja tak transitif berpelengkap.
5. Definisi kata kerja transitif aktif?
6. Definisi kata kerja transitif pasif?
7. Kata kerja terbahagi kepada berapa bahagian?
18. ISI TEMPAT KOSONG DENGAN JAWAPAN YANG
BETUL.
1) Kata kerja ialah perkataan yang menjadi unsur inti
dalam binaan____________,manakala unsur lain
yang hadir dalam binaan frasa kerja boleh terdiri
daripada __________,_________,________ dan
_________.
2) Kata kerja tak transitif tak berpelengkap boleh
berdiri sendiri sebagai_________ atau sebagai
unsur________ dalam frasa kerja.
3) Kata kerja transitif_______ ialah kata kerja yang
terhasil daripada proses perubahan ayat________
kepada ayat_________.
19. 1) Kata kerja tak transitif berpelengkap memerlukan
pelengkap yang berupa sama ada
__________,___________atau __________bagi
melengkapkan frasa tersebut.
2) kata kerja transitif__________ ialah kata kerja
yang berhubung langsung dengan unsur objek
atau penyambut dalam predikat____________.