SlideShare a Scribd company logo
1 of 111
Download to read offline
6.5 – SISTEM OTOT
SAINS SUKAN TINGKATAN 6
( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )
Objektif Pembelajaran
Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-
a) Mengenal pasti struktur atau lapisan otot,
seperti endomisium, perimisium, dan
epimisium;
b) Memerihalkan fungsi tendon dan ligamen;
c) Memerihalkan fungsi sistem otot;
d) Memerihalkan teori penggelongsoran filamen
dalam penguncupan otot;
e) Menjalankan aktiviti mengenal pasti otot utama
dan tendon.
Sistem Otot ( Pengenalan )
Sebahagian besar daripada berat tubuh manusia adalah disumbangkan
oleh otot. Kira-kira 40 hingga 50 peratus jumlah berat tubuh manusia terdiri
daripada otot. Otot membolehkan tulang dan sendi membuat pergerakan.
Pergerakan berlaku apabila otot melakukan kontraksi (pengecutan) dan
pengenduran. Untuk membolehkan otot berfungsi ia disambungkan pada tulang,
tulang rawan, ligamen dan kulit. Otot yang terletak di bawah permukaan kulit
berbentuk mendatar, manakala otot pada anggota gerak adalah berbentuk lebih
panjang.
Kajian menunjukkan bahan dan reka bentuk struktur sendi dan
sokongan yang tegar menyebabkan pergerakan dapat dilakukan. Pergerakan
dihasilkan oleh penguncupan otot. Otot juga menentukan magnitud pergerakan
dan pergerakan ini dirangsang secara voluntary atau involuntary oleh sistem
saraf. Otot bukan sahaja menghasilkan pergerakan malahan otot juga
mempunyai fungsi-fungsi lain. Otot-otot ini dikenal sebagai otot-otot rangka
untuk membezakan dengan otot kardiak (jantung) dan otot-otot licin iaitu otot-
otot organ dalaman seperti hati dan pankreas. Otot-otot rangka atau skeletal ini
juga dikenali sebagai otot-otot berjalur.
Otot terbahagi kepada tiga jenis:
a) Otot Jantung
Berbentuk segi empat tepat dan dibentuk oleh gentian otot jantung.
Merupakan sejenis otot bebas yang istimewa kerana ia boleh
bertindak tanpa rangsangan saraf. Oleh itu, jantung adalah
dikategorikan sebagai otot tak voluntari (otot luar kawal). Ia tidak
boleh dikawal secara sedar. Gentian-gentian otot jantung
bercabang antara satu sama lain. Cabang – cabang ini membentuk
seperti satu jaringan. Setiap gentian merupakan sel tunggal yang
dikelilingi oleh membran sel. Semua gentian akan terangsang jika
salah satu sahaja serat dalam jaringan tersebut dirangsang.
Jenis – Jenis Tisu Otot
b) Otot Licin
Ianya sama seperti otot jantung, di mana ia adalah otot tak voluntari.
Perbezaannya dengan otot jantung adalah otot licin tidak berjalur. Gentian otot
licin berbentuk fusiform (gelendong). Terdapat satu nukleus berbentuk bujur di
tengahnya. Ukuran serat ini di antara 30 – 200 µm panjang dan bahagian yang
terlebar berukuran antara 5 – 10 µm.
Dua jenis tisu yang dibentuk oleh otot licin ialah:
i. Tisu otot visera (Unit tunggal)
Selalu terdapat di dinding luar arteri dan vena kecil serta visera berongga seperti
gaster, usus, uterus dan pundi kencing. Tisu otot ini terikat kuat antara satu sama
lain untuk membentuk satu jaringan yang berterusan. Serat-serat akan terangsang
apabila impuls dihantar melalui gelombang dalam bentuk kontraksi.
ii. Tisu otot licin (Berbilang unit)
Setiap satu tisu otot ini mempunyai akhiran saraf motor yang tersendiri. Oleh yang
demikian, hanya otot yang terangsang sahaja yang akan berkontraksi. Tisu ini boleh
didapati di dinding arteri besar, saluran udara besar paru-paru, otot arektor pili yang
melekat pada folikel rambut dan iris mata.
Jenis – Jenis Tisu Otot
c) Otot Rangka
Kebanyakan otot ini melekat pada rangka dan menghasilkan pergerakan
rangka. Dikenali juga sebagai otot voluntari kerana ia boleh dikawal secara
sedar. Kadangkala ia dipanggil juga otot berjalur kerana mempunyai jalur yang
merentasinya.
Otot rangka selalunya melekat pada tulang dan merentasi satu atau lebih
sendi. Pergerakan pada sendi akan terhasil apabila berlaku kontraksi. Namun,
bagi otot rangka di muka, ia melekat pada kulit pada satu hujungnya. Keadaan
ini membolehkan kita mengedut dan mengerutkan muka untuk menunjukkan
emosi. Otot – otot ini lebih dikenali sebagai otot ekspresi muka.
Otot artikular pula adalah otot rangka yang mempunyai satu hujung
melekat pada kapsul sendi. Tugas otot ini adalah menarik kapsul sendi semasa
berlaku pergerakan supaya kapsul tidak terperangkap dalam sendi yang
bergerak. Sfinkter pula adalah otot rangka yang berbentuk cecincin. Ia terdapat
di sekeliling kelopak mata, bibir mulut dan anus. Konstriktor adalah otot rangka
yang tersusun berbentuk tiub. Otot ini membentuk farinks dan bahagian atas
esofagus.
Jenis – Jenis Tisu Otot
Jenis – Jenis Tisu Otot
Setiap satu otot rangka dibentuk oleh banyak serat. Setiap
serat otot ini merupakan satu sel otot. Ukuran sel otot rangka adalah
50 – 100 µm lebar dan panjang sehingga mencapai 10 cm. Sel otot
rangka berbentuk silinder dan panjang. Kita boleh melihat sel otot
rangka ini dengan menggunakan mata kasar. Kebanyakan sel otot
mempunyai nukleus di bahagian periferinya.
Endomisium adalah otot perantara yang mengelilingi setiap
serat otot. Fasikulus adalah nama yang diberi kepada sekumpulan
serat otot bersama – sama endomisiumnya. Bagi setiap fasikulus
pula, ia dilitupi tisu perantara yang diberi nama perimisium.
Sekumpulan fasikulus akan membentuk keseluruhan masa otot dan
dikelilingi oleh epimisium.
Serat otot merah adalah kandungan mioglobin yang tinggi pada serat
otot rangka. Manakala, serat otot yang mempunyai kandungan
mioglobin yang rendah dikenali sebagai serat otot putih.
Struktur Internal Otot Rangka
Struktur Internal Otot Rangka
Tendon dan ligamen berperanan penting dalam pergerakan
otot. Hal ini berkaitan dengan fungsi tendon dan ligamen itu sendiri.
Tendon membantu terjadinya pergerakan sendi dengan
mentransmisikan gaya mekanik (tekanan) dari otot ke tulang.
Ligamen pula berfungsi sebagai penghubung antara tulang
dan memberikan stabiliti kepada sendi. Tidak seperti otot, yang
merupakan jaringan aktif dan boleh menghasilkan gaya mekanik,
tendon dan ligamen adalah jaringan pasif yang tidak boleh
berkontraksi untuk menghasilkan gaya.
Jika dilihat dari sudut biologi, tendon dan ligamen mempunyai
struktur hirarki yang menyebabkan kebiasaan pergerakan. Selain itu,
tendon dan ligamen dapat mengadaptasi dengan perubahan
persekitaran seperti luka, penyakit dan latihan fizikal.
Tendon dan Ligamen
Fungsi Sistem Otot
Otot melakukan beberapa fungsi penting melalui kontraksi
seperti:
a) Gerakan
Gerakan adalah apa-apa sahaja gerakan yang
berlaku sama ada boleh dilihat atau tidak. Gerakan luaran
yang boleh dilihat adalah seperti berjalan, berlari, fleksi
dan ekstensi anggota dan tubuh.
Gerakan otot yang tidak boleh dilihat pula adalah
seperti denyutan jantung, gerakan gaster dan usus
semasa proses pencernaan dan kontraksi otot
pernafasan.
b) Penetapan postur
Fungsi tisu otot juga adalah untuk menetapkan postur tubuh
melalui kontraksi otot dan penetapan tegangan otot tanpa memendekkan
otot. Aktiviti ini disebut sebagai kontraksi isometrik. Maksud kontraksi
isometrik adalah kontraksi otot tanpa perubahan panjang. Sementara itu
dalam latihan isotonik, beban yang digunakan adalah tetap sepanjang
perlakuan pergerakan dan berasaskan set ulangan maksimum serta
membangunkan tiga komponen kecergasan iaitu kekuatan, kuasa dan
daya tahan.
Kelebihan latihan ini ialah ia menggunakan alat yang murah dan
senang didapati contohnya berat bebas ataupun freeweights. Kekuatan
dibangunkan melalui rangkaian pergerakan. Kelemahan latihan ini ialah
beban tidak dikekalkan sepanjang rangkaian pergerakan. Tambahan
pula, pertukaran berat untuk senaman yang berbeza memakan masa
dan ini menyebabkan masa latihan terbuang.
Fungsi Sistem Otot
c) Penghasilan haba
Untuk melakukan kontraksi, otot memerlukan tenaga.
Jadi apabila berlaku kontraksi otot, haba akan dihasilkan.
Haba yang dihasilkan ini berfungsi untuk menetapkan suhu
tubuh badan. Adalah dianggarkan 85% daripada haba badan
adalah terhasil dari kontraksi otot.
Fungsi Sistem Otot
Terdapat empat cara tindakan yang dilakukan oleh otot.
Tindakan tersebut adalah penggerak utama (prime mover ),
antagonis, penetap (fixator) dan sinergistik.
Teori Pergerakkan Otot Utama
1) Penggerak utama (Agonis)
Sesuatu otot menjadi penggerak utama apabila otot tersebut
bertindak sebagai otot yang utama atau sebahagian daripada
sekumpulan otot yang bertanggungjawab terhadap sesuatu
gerakan tertentu. Contohnya, otot bisep braki di hadapan lengan
atas menjadi penggerak utama dalam gerakan fleksi sendi siku.
2) Antagonis
Antagonis adalah otot yang pergerakannya berlawanan dengan
penggerak utama. Sebangai contoh, otot trisep yang terletak di
belakang lengan atas melawan tindakan otot biseps braki apabila
sendi siku berada dalam keadaan fleksi. Otot antagonis perlu
berada dalam keadaan relaksasi yang seimbang sebelum otot
penggerak boleh berkontraksi. Tindakan ini dikenali sebagai
perencatan refleks saraf.
Teori Pergerakkan Otot Utama
3) Penetap
Penetap adalah otot yang berkontraksi secara isometrik. Ini
bermaksud otot mempunyai panjang yang tetap dan ketegangan
meningkat. Tindakan penetapan dilakukan untuk menstabilkan
perlekatan proksimal otot penggerak utama. Ini akan menghasilkan
tindakan otot yang berkesan. Contoh, otot yang melekatkan girdel
pektoral pada badan. Otot ini berkontraksi sebagai penetap untuk
membolehkan otot deltoid bertindak lebih berkesan pada sendi
bahu.
4) Sinergistik
Berfungsi sebagai penstabil sendi intermediat dan menghalang
sebarang gerakan yang tidak diperlukan. Contohnya otot fleksor
dan ekstensor pergelangan tangan berkontraksi untuk menetapkan
sendi pergelangan tangan. Dengan ini, otot fleksor dan ekstensor
panjang bertindak dengan cekap pada sendi-sendi jari tangan.
Teori Pergerakkan Otot Utama
1. Isometrik.
2. Isotonik.
3. Isokinetik.
Teori Mekanisma Penguncupan Otot
6.6 – SISTEM
KARDIOVASKULAR
SAINS SUKAN TINGKATAN 6
( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )
Objektif Pembelajaran
Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-
a) Mengenal pasti komponen utama sistem
kardiovaskular;
b) Memerihalkan komponen darah dan fungsinya;
c) Memerihalkan kumpulan darah dan
keserasiannya semasa transfusi darah;
d) Memerihalkan ciri dan fungsi arteri, kapilari, dan
vena;
e) Memerihalkan struktur dan fungsi atrium,
ventrikel, dan injap jantung;
Objektif Pembelajaran
Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-
f) Menghuraikan fungsi sistem kardiovaskular;
g) Mentakrifkan isi padu strok, kadar denyutan jantung,
dan keluaran jantung;
h) Memerihalkan fasa kitaran kardiak dan kaitan dengan
denyutan jantung/kadar nadi;
i) Menjelaskan pengaruh denyutan jantung dan isi padu
strok terhadap keluaran jantung;
j) Menjalankan aktiviti mengenal pasti lokasi, dan
mengesan denyutan nadi;
k) Menjalankan aktiviti mengukur tekanan darah.
Pengenalan
Sistem kardiovaskular adalah sistem yang
terdiri daripada jantung dan salur darah. Sistem
kardiovaskular berfungsi untuk mengangkut bahan
makanan, perkumuhan dan sebagainya.
Tiga komponen asas di dalam sistem ini adalah
darah, jantung dan salur pembuluh darah.
Ketiga-tiga komponen ini harus berfungsi agar
sistem kardiovaskular dapat menjalankan tugasnya
dengan baik.
Jika salah satu daripada komponen ini rosak,
maka sistem ini akan gagal berfungsi.
Sistem Kardiovaskular
Sistem kardiovaskular mempunyai fungsi utama
iaitu mengangkut oksigen daripada paru-paru dan
bahan nutrien yang diserap ke tisu-tisu.
Sekarang kita lihat apa yang terdapat di dalam
sistem kardiovaskular ini.
a) Komposisi Darah, Plasma dan Fungsinya
b) Struktur Jantung dan Fungsinya
c) Peredaran Darah
Komponen Utama Sistem Kardiovaskular
Komponen - komponen utama sistem kardiovaskular atau kardiorespiratori :
a) Jantung
o Organ yang penting mengepam darah ke seluruh tubuh untuk
membekalkan oksigen dan nutrien
o Saiz jantung adalah sebesar penumbuk individu dan beratnya
kurang dari satu paun (600 gram)
o Terdapat empat ruang pada jantung iaitu atrium kanan, atrium kiri,
ventrikel kanan dan ventrikel kiri.
b) Darah
o Tisu cecair yang terdiri daripada pelbagai jenis unsur sel termasuk
eritrosit, leukosit dan platlet yang terkandung di dalam plasma.
o Lebih kurang 55% daripada isipadu darah ialah plasma dan 45%
terdiri daripada eritrosit.
o Darah membentuk lebih kurang 7% daripada berat tubuh orang
dewasa normal. Seorang dewasa yang berat tubuhnya 70 kg
mempunyai kira-kira 5 - 6 liter darah.
Komponen Utama Sistem Kardiovaskular
Komponen - komponen utama sistem kardiovaskular atau kardiorespiratori :
c) Salur darah
o Terdiri daripada arteri, vena dan kapilari.
o Salur darah membolehkan darah mengalir dan melengkapi
peredaran dari jantung ke tisu dan kembali semula ke jantung.
d) Salur pernafasan
o Salur pernafasan membolehkan pengaliran udara ke paru - paru
dan keluar dari tubuh.
o Terdiri daripada salur nasal, farikns, trakea bronkus dan bronkiul.
Komponen Darah dan Fungsinya
Darah boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian-bahagian
tersebut dikenali sebagai plasma dan sel darah.
1) PLASMA
Ia merupakan bahagian cecair darah. 55% daripada isi padu darah
adalah terdiri daripada plasma. Terdapat beberapa komponen di dalam
plasma iaitu:
Air - 91.0%
Protein - 8.0%
Garam galian - 0.9%
Lain-lain - 0.1%
Lain-lain komponen ini adalah:
Zat makanan - Asid amino, vitamin, glukos dan lemak
Gas - Oksigen, karbon dioksida
Bahan-bahan lain - Urea, hormon , enzim dan antibodi
Komponen Darah dan Fungsinya
Plasma bertindak sebagai pengantara untuk menyalurkan
makanan, lemak, glukosa, mineral dan asid amino ke tisu badan. Selain
daripada itu, plasma juga sebagai pembawa bahan buang seperti urea, asid
urik dan beberapa karbon dioksida.
Selain daripada itu, terdapat pelbagai protein di dalam plasma
darah. Antara protein-protein tersebut adalah seperti di dalam jadual di
bawah.
Komponen Darah dan Fungsinya
2) SEL DARAH
Terdapat tiga jenis darah di dalam sistem
badan manusia:
i. Sel darah merah (Eritrosit)
 Berbentuk piring dwicekung;
 Terbentuk daripada selaput sel yang
mengandungi hemoglobin;
 Hemoglobin mengandungi protein
globin dan zat besi (hematin);
 Sel darah merah boleh hidup antara 90 hingga 100 hari;
 Sel-sel darah merah yang tua akan musnah di dalam limpa dimana
zat besi daripada proses ini disimpan untuk pembentukan sel-sel
yang baru; dan
 Sel darah merah berfungsi untuk mengangkut oksigen yang telah
bergabung dengan hemoglobin.
Komponen Darah dan Fungsinya
ii. Sel darah putih (Lukosit)
 Sel darah putih tidak berwarna dan
mempunyai rupa yang jernih;
 Ianya adalah lebih besar daripada sel
darah merah, namun mempunyai
bilangan yang kecil;
 Sel darah putih terbahagi kepada dua
iaitu sel darah putih nukleus aneka
bentuk dan sel darah putih limfosit;
 75% daripada sel darah putih terdiri daripada nukleus aneka bentuk;
 Sel-sel ini boleh didapati di dalam tulang leper dan di hujung tulang
panjang di mana sel darah merah terhasil;
 Limfosit pula adalah 25% daripada jumlah sel darah putih;
 Limfosit dihasilkan di tisu limfatika di seluruh tubuh; dan
 Limfosit berfungsi untuk menahan dan memelihara badan daripada
serangan kuman penyakit-penyakit berjangkit seperti tibi.
Komponen Darah dan Fungsinya
iii. Sel pembeku (Platlet)
 Saiz sel ini hanya sebahagian
daripada saiz sel darah merah;
 Ianya berbentuk cebisan-cebisan sel;
 Bentuk sel ini tidak menentu dan tidak
mempunyai nukleus;
 Sel pembeku berfungsi untuk
membekukan darah di mana ia akan
mengeluarkan trombokinas untuk
membekukan darah;
 Pembekuan darah boleh dipercepatkan dan diperlambatkan;
 Proses pembekuan darah boleh dipercepatkan jika a) terdapat haba
yang lebih tinggi daripada suhu badan dan b) sentuhan dengan bahan
kasar seperti sel epitelium pembuluh darah yang rosak; dan
 Pembekuan darah diperlambatkan jika a) kesejukan, b) darah disimpan
dalam tabung berlapis lilin dan c) kalium sitrat atau natrium sitrat
ditambahkan ke dalam darah.
Fungsi Darah dalam
Sistem Kardiovaskular
1. Mengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh tubuh;
2. Membawa dan memindah bahan kumuh keluar dari tisu tubuh;
3. Mengangkut enzim dan hormon tubuh dari satu bahagian
badan kebahagian yang lain;
4. Bertindak melindungi tubuh daripada serangan kuman
penyakit sel darah putih dan penghasilan antibodi;
5. Darah dapat dibekukan dan luka dapat disembuhkan melalui
sel pembeku dan fibrinogen;
6. Mengawal suhu badan melalui pengaliran darah;
7. Menjadikan warna kulit tubuh normal. Hempedu, najis dan air
kencing diwarnakan melalui pemecahan sel darah merah; dan
8. Mengangkut oksigen ke sel atau tisu dan menyingkirkan
sebahagian karbon dioksida daripada sel atau tisu.
Kumpulan Darah dan Keserasian
Semasa Transfusi Darah
Kumpulan Darah dan Keserasian
Semasa Transfusi Darah
Kumpulan Darah dan Keserasian
Semasa Transfusi Darah
Struktur Jantung dan Fungsinya
Jantung merupakan pusat kepada sistem kardiovaskular. Oleh itu,
jantung memainkan peranan utama dalam peredaran darah. Jantung
mempunyai empat ruangan dan dianggap sebagai sebuah pam kerana ia
berfungsi untuk mengalirkan dan mengedarkan darah ke seluruh tubuh.
Kedudukan jantung adalah di tengah-tengah bahagian dada di
antara dua paru – paru. Bahagian pinggir bawahnya terletak di permukaan
atas otot diafragma. Jantung biasanya bersaiz ‘genggam penumbuk’ bagi
orang dewasa. Darah berjumlah antara tiga hingga enam liter boleh
dimuatkan di dalam jantung pada satu masa.
Jantung dibahagi dua oleh septum. Oleh itu, bahagian kanan dan
bahagian kiri jantung tidak berhubung secara langsung. Manakala di setiap
belah jantung terdapat dua ruang. Ruang sebelah atas dikenali sebagai
serambi jantung (atrium kanan dan kiri) dan bertugas menerima darah.
Ruang sebelah bawah pula adalah bilik jantung (ventrikel kanan dan kiri) di
mana tugasnya adalah menghantar keluar darah daripada jantung.
_______________
_______________
_______________
_______________
_______________
_______________
_______________
___________
Struktur Jantung dan Fungsinya
Jantung terbina daripada otot jantung atau miokardium yang diliputi
epikardium di permukaan luarnya dan endokardium di bahagian dalam.
Dua ruang atas iaitu atrium mempunyai dinding otot yang nipis dan
kedua - dua ruang ini dipisahkan antara satu sama lain oleh septum
interatrial. Dinding otot yang membentuk dua ruang di bawah iaitu ventrikel
adalah lebih tebal. Septum interventrikel terdapat di antara kedua - dua
ventrikel.
Atrium berperanan sebagai ruang penerima darah. Atrium kanan
menerima darah yang kurang beroksigen daripada tisu - tisu tubuh
sementara atrium kiri pula menerima darah yang kaya dengan oksigen dari
paru - paru.
Ventrikel pula bertindak sebagai pam yang mengepam keluar darah
yang diterima dari atrium. Ventrikel kanan mengepam darah ke paru-paru
sementara ventrikel kiri mengepam darah ke seluruh bahagian tubuh.
Injap - injap yang terletak antara atrium dan ventrikel dan pada
arteri - arteri yang terbit daripada jantung membenarkan pengairan darah
pada satu arah sahaja.
Struktur Jantung dan Fungsinya
Injap antrioventrikular (injap mistral dan tricuspid) hanya
membenarkan aliran darah daripada atrium ke ventrikel sahaja. Injap
semilunar pulmonari dan injap semilunar aortik pula penghalang aliran
darah ke belakang yang keluar dari jantung menerusi arteri pulmonari dan
aorta.
Dinding otot jantung terdiri daripada lapisan epikardium, miokardium
dan endokardium. Pada jantung terdapat injap atriovertikular (AV) dan injap
semilunar. Injap atrioventrikular membenarkan darah mengalir ke satu arah
sahaja iaitu dari atrium ke ventrikel dan seterusnya ke arteri. Terdapat dua
injap (AV) iaitu injap trikuspid pada sebelah kanan jantung dan injap
bikuspid pada bahagian kiri jantung.
Injap semilunar menghalang pengaliran balik darah dari arteri
pulmonari dan aorta.
Setiap injap semilunar mempunyai tiga kelopak.
Keluaran jantung (Q)
Struktur Jantung dan Fungsinya
Keluaran jantung boleh diukur dengan menggunakan rumus berikut :
Q = KDJ x IS
Keluaran jantung = Kadar Denyutan Jantung Dalam Seminit x Isipadu Strok
Kadar denyutan jantung adalah kekerapan penguncupan jantung
seminit. Keadaan ini dikawal oleh tindakan sistem saraf autonomik. Kadar
denyutan jantung setiap individu adalah berbeza kerana dipengaruhi oleh
faktor - faktor seperti umur dan tahap keaktifan individu. Kadar denyutan
jantung rehat individu yang aktif adalah rendah berbanding dengan individu
yang sedentari. Kadar denyutan rehat boleh diperolehi dengan mengira
bilangan denyutan jantung seminit di arteri karotid atau arteri radius semasa
individu berada dalam keadaan rehat.
Isipadu strok ialah amaun darah yang dipam oleh ventrikel kiri.
Isipadu ini disukat dalam unit liter sedenyutan. Isipadu strok lelaki adalah
lebih besar berbanding isipadu strok perempuan. Kedudukan badan juga
mempengaruhi isipadu strok. Isipadu strok adalah agak besar pada individu
yang berbaring berbanding dengan individu yang berdiri. Perbezaan ini
berkaitan dengan kesan graviti ke atas sistem kardiovaskular.
Struktur Jantung dan Fungsinya
Keluaran jantung individu yang mempunyai kadar denyutan rehat
sebanyak 72 denyutan seminit dan isipadu strok sebanyak 70 ml
ialah 5L / min.
Q = KDJ x IS
= 72 x 0.07
= 5.04
= 5L / min
Peredaran darah
Sistem peredaran terdiri daripada jantung dan salur darah yang
berfungsi mengekalkan aliran darah di seluruh tubuh. Jantung
mengepam darah beroksigen dari paru - paru ke seluruh bahagian
tubuh melalui arteri dan arteriol. Darah nyahoksigen kembali ke
jantung melalui venul dan vena. Arteriol dan venul dihubungkan oleh
kapilari. Di sinilah pertukaran oksigen dan karbon dioksida antara
darah dengan sel - sel tubuh berlaku.
Sistem Peredaran Darah
Sistem peredaran darah terbahagi kepada kitaran pulmonari
dan kitaran sistemik.
a) Kitaran pulmonari
Peredaran darah dalam kitaran ini membawa darah
nyahoksigen ke paru-paru untuk pertukaran gas sebelum
darah beroksigen dikembalikan ke jantung.
b) Kitaran sistemik
Kitaran sistemik membolehkan darah beroksigen dan dengan
nutrien di bawa ke organ - organ badan dan membawa darah
nyahoksigen ke jantung.
Sistem Peredaran
Darah
Sistem Peredaran Darah
Arteri, Vena dan Kapilari
Dalam proses peredaran darah, terdapat banyak
pembuluh darah yang terlibat. Pembuluh darah merupakan
medium untuk mengepam darah jantung keluar ke tisu dan
mengalirkan kembali darah ke jantung. Mari kita lihat apakah
pembuluh-pembuluh darah yang terlibat dan tugasnya secara
ringkas dalam tubuh kita.
(a) Arteri
Darah yang bertekanan tinggi akan dialirkan oleh arteri,
selalunya darah bertekanan tinggi ini adalah dari ventrikal.
Sehubungan dengan itu, arteri harus mempunyai dinding yang
tebal untuk menampung tekanan darah yang tinggi itu. Arteri
mempunyai tiga lapisan iaitu seperti yang telah diringkaskan
dalam Jadual berikut.
Arteri, Vena dan Kapilari
Arteri, Vena dan Kapilari
b) Kapilari
Kapilari merupakan pembuluh-pembuluh darah kecil yang
tidak terkira. Ianya adalah cabang daripada arteriol. Kapilari dikenali
sebagai pembuluh darah yang paling kecil. Ukuran garis pusatnya
hanya besar sedikit sahaja daripada saiz sel darah merah.
Lapisan dinding kapilari terbentuk daripada lapisan
endotelium. Oleh sebab itu, lapisan dinding kapilari adalah yang
paling nipis. Di sinilah bahan-bahan antara darah dan cecair tubuh
ditukar. Ketebalan dinding kapilari adalah berdasarkan kepada saiz
garis pusatnya. Semakin kecil saiz garis pusat, semakin nipis dinding
kapilari.
Ada dua hujung pada kapilari. Satu hujung adalah hujung
arteri yang bertemu dengan arteriol. Manakala satu hujung lagi
adalah hujung vena yang bertemu dengan venul.
Arteri, Vena dan Kapilari
c) Venul
Cabang-cabang kapilari akan bercantum di penghujung tisu dan
membentuk vena kecil yang dikenali sebagai venul. Saiz venul
adalah lebih besar daripada kapilari. Venul mempunyai satu lapis
tisu perantara dan beberapa sel otot licin. Otot licin ini
berkedudukan mengelilingi endotelium.
d) Vena
Vena adalah gabungan daripada vena-vena kecil. Gabungan vena
ini akan membentuk satu tiub yang semakin membesar dan
dikenali sebagai vena kecil, vena sedang dan vena besar. Vena-
vena ini bertugas untuk membawa darah vena dari tisu ke atrium
jantung. Semakin besar saiz vena maka akan bertambah juga
ketebalan dindingnya. Namun begitu dinding vena tidak setebal
dinding arteri kerana vena mempunyai kurang tisu kenyal dan otot
licin.
Fasa Kitaran Kardiak
Tekanan Darah dan Kepentingannya
Tekanan merupakan daya yang mengedarkan darah dalam sistem
peredaran. Darah mengalir dari bahagian tekanan tinggi ke bahagian tekanan
rendah. Contohnya, apabila ventrikel menguncup, ia menghasilkan tekanan
yang lebih tinggi daripada tekanan di aorta. Darah dari ventrikel kiri ditolak
keluar ke aorta dan lain - lain saluran darah sistemik dan ke bahagian kanan
jantung.
Tekanan darah manusia boleh diukur dengan menggunakan
sfigmomanometer. Tekanan darah berbeza menurut jantina, umur, gerak kerja
dan lain-lain.
Atrium - atrium menguncup serentak pada jantung yang normal.
Apabila atrium mengendur, ventrikel - ventrikel pula menguncup. Penguncupan
jantung dikenali sebagai sistolik dan pengenduran jantung dikenali sebagai
diastolik. Tekanan darah sistolik ialah tekanan darah tertinggi yang disukat
semasa penguncupan ventrikel. Tekanan darah diastolik merupakan tekanan
darah minimum pada akhir pengenduran ventrikel.
Tekanan darah diukur dalam unit mm Hg (millimeter merkuri). Tekanan
darah normal ialah 120 / 80 mm Hg.
Hipertrofi dan Atrofi Jantung
Saiz jantung setiap individu berbeza. Jantung individu boleh bertambah
besar atau mengalami hipertrofi jika individu tersebut mengamalkan gaya
hidup sihat dengan melakukan latihan fizikal secara konsisten dan berterusan.
Saiz jantung seseorang atlit yang aktif adalah lebih besar berbanding saiz
jantung individu sedentari. Apabila hipertrofi jantung berlaku, ketumpatan
kapilari juga meningkat.
Hipertrofi jantung adalah kesan daripada :
a) Penambahan saiz kaviti ventrikel – ventrikel
b) Bertambah ketebalan dinding ventrikel
Atlit - atlit berdaya tahan tinggi seperti perenang dan pelari jarak jauh
mempunyai kaviti ventrikel yang besar. Oleh itu, isipadu darah dalam ventrikel
adalah banyak semasa distol. Isipadu strok atlit-atlit ini adalah lebih tinggi
berbanding dengan individu – individu sedentari dan juga atlit - atlit yang
terlibat dalam acara eksplosif.
Jika individu tidak aktif atau sedentari, otot jantung akan mengalami
pengurangan saiz dan berat. Keadaan ini dikenali sebagai atrofi. Atrofi boleh
berlaku kepada seseorang yang mengalami masalah jantung. Jantung boleh
kehilangan kekuatannya serta keluaran jantung akan berkurangan.
AMALI 7 – ANATOMI DAN
FISIOLOGI
( SISTEM KARDIOVASKULAR )
• Bilangan Waktu Amali = 3 Waktu
• Hari Jumaat
– 8.10 am – 9.55 am ( 105 minit )
a) Mengukur denyutan nadi sebelum
dan selepas senaman naik turun
bangku (Jenis senaman aerobik)
b) Mengukur tekanan darah sebelum
dan selepas melakukan senaman
naik turun bangku.
SAINS SUKAN TINGKATAN 6
( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )
Objektif Pembelajaran
Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-
a) Menyatakan komponen utama sistem respiratori termasuk
diafragma;
b) Memerihalkan fungsi sistem respiratori;
c) Memerihalkan proses inspirasi dan ekspirasi;
d) Memerihalkan proses pertukaran gas respirasi di peparu
dan tisu;
e) Memerihalkan fungsi hemoglobin dalam pengangkutan
gas;
f) Menjalankan aktiviti menentukan ukuran lilit dada semasa
inspirasi, istirehat, dan maksimum;
g) Menjalankan aktiviti menentukan kapasiti peparu dan
kadar hembusan tertinggi (peak flow rate).
Pengenalan
Untuk menjalankan aktiviti, setiap sel memerlukan
oksigen. Hasil akhir daripada aktiviti sel adalah karbon
dioksida. Sebelum ini, kita telah belajar mengenai sistem
kardiovaskular.
Untuk pengetahuan anda, dua sistem yang terlibat
dalam proses dan
adalah sistem kardiovaskular dan sistem
pernafasan (sistem respiratori).
Sistem Respiratori
1. Pernafasan Eksternal
Pertukaran oksigen dan karbon dioksida adalah berlaku
di paru-paru. Semasa bernafas, oksigen akan disalurkan
melalui hidung dan mulut. Oksigen ini akan melalui trakea dan
tiub bronkial ke alveoli. Proses ini mempunyai kaitan rapat
dengan darah dalam kapilari pulmonari. Membran alveolar-
kapilari merupakan satu-satunya lapisan yang memisahkan
oksigen dari darah. Bagaimanakah membran ini memisahkan
oksigen dari darah?
Oksigen akan menembusi membran ini dan hemoglobin
sel darah merah akan membawa oksigen tersebut ke jantung.
Kemudian, darah akan dipam ke seluruh tubuh melalui arteri.
Pada keadaan ini, darah yang keluar dari paru-paru
mempunyai tekanan oksigen 100 mmHg. Pada ketika ini juga,
bacaan hemoglobin adalah 95% tepu oksigen.
1. Pernafasan Eksternal
Karbon dioksida yang terhasil akan menembusi aveolar-kapilari
dari kapilari darah, kemudian melalui tiub bronkial dan trakea
seterusnya dihembus keluar melalui hidung dan mulut.
Pernafasan eksternal mempunyai empat proses.
Proses – proses tersebut adalah:
i. Ventilasi pulmonari menggantikan udara dalam alveoli
dengan udara luar;
ii. Aliran darah melalui paru-paru;
iii. Pengagihan aliran udara dan aliran darah sedemikian
sehingga jumlah tepat dari setiapnya dapat sampai ke
semua bahagian tubuh;dan
iv. Penggabungan gas yang menembusi membran
pemisah alveolar kapilari. Karbon dioksida lebih mudah
bergabung dengan darah berbanding oksigen.
1. Pernafasan Eksternal
Semasa melakukan aktiviti senaman, darah yang datang
ke paru-paru mengandungi lebih banyak karbon dioksida
berbanding oksigen. Justeru itu, karbon dioksida itu tidak dapat
dikumuhkan, maka pengecutan dalam arteri darah bertambah.
Hal ini akan merangsang pusat pernafasan dalam otak untuk
mempercepat dan memperdalamkan pernafasan.
Dengan ini, karbon dioksida dapat dikumuh dan paru-
paru dapat mengambil oksigen dengan lebih banyak.
1. Pernafasan Eksternal
2. Pernafasan Eksternal
Pernafasan internal berlaku pada semua tisu tubuh.
Darah yang sampai di kapilari bergerak dengan lambat. Darah
tersebut juga hemoglobinnya tepu dengan oksigen.
Pengoksigenan
akan berlaku
apabila sel tisu
mengambil
oksigen dari
hemoglobin dan
mengeluarkan
karbon dioksida
daripada aktiviti –
aktiviti sel.
Komponen dan Fungsi
Sistem Respiratori
Komponen dan Fungsi
Sistem Respiratori
Komponen dan Fungsi
Sistem Respiratori
Komponen dan Fungsi
Sistem Respiratori
Komponen dan Fungsi
Sistem Respiratori
Mekanisma dan Kawalan Pernafasan
Mekanisme pernafasan melibatkan dua proses fizikal, iaitu
dan . Mekanisme
pernafasan melibatkan otot-otot interkosta (luar dan dalam) dan otot
diafragma. Perubahan yang berlaku semasa mekanisme tarikan dan
hembusan nafas ditunjukkan dalam jadual berikut.
Apabila kita , otot diafragma akan menguncup
sekaligus menjadikan ruang toraks lebih luas. Pada masa ini, juga
paru-paru akan mengembung dan menjadikan tekanan udara dalam
paru-paru berkurangan. Akibat daripada tindakan itu, udara akan
disedut masuk melalui salur udara ke dalam paru-paru.
Semasa , ruang dada menjadi lebih kecil.
Ini berlaku kerana otot diafragma naik ke atas dan tulang rusuk ditarik
ke bawah oleh otot interkosta dalam. Tekanan udara menjadi lebih
tinggi di dalam paru – paru dan ini menyebabkan udara berasak keluar
dari paru – paru.
Mekanisma dan Kawalan Pernafasan
Mekanisma dan Kawalan Pernafasan
Terdapat beberapa gerakan pernafasan yang dianggap
istimewa kerana ia berbeza daripada gerakan pernafasan
biasa. Ia berlaku pada keadaan berikut:
i. Mengeluh dan menguap – Gerakan menarik nafas yang
panjang.
ii. Batuk dan bersin – Gerakan menghembus nafas yang
terpaksa.
iii. Tersedu – Gerakan menarik nafas dengan mengejut kerana
sentakan otot diafragma. Bunyi tersedu terjadi kerana udara
dihirup dengan segera melalui pita suara.
Kawalan Pernafasan
Dalam sehari kita menarik dan menghembus nafas tanpa henti.
Pada setiap satu minit, orang dewasa melakukan gerakan
pernafasan sebanyak 16 hingga 18 kali.
Mekanisma dan Kawalan Pernafasan
Ada dua faktor yang mengawal pernafasan iaitu kawalan saraf dan kawalan kimia.
a. Kawalan Saraf
Sistem saraf mengawal gerakan pernafasan menjadikannya gerakan otomatik.
Namun begitu manusia boleh mengawal gerakan pernafasan dengan kuasa
kawalan pada jangka masa yang pendek sahaja. Pusat kawalan pernafasan yang
terletak di medula oblongata bertanggungjawab menjadikan gerakan pernafasan
menjadi gerakan otomatik. Di pusat inilah utusan saraf mengalir melalui
gentiangentian saraf khas dan sampai ke otot diafragma dan ke lain-lain otot
pernafasan.
b. Kawalan Kimia
Kepekaan pusat kawalan pernafasan terhadap kehadiran karbon dioksida dalam
darah adalah sangat tinggi. Pusat kawalan pernafasan akan terangsang apabila
penghasilan karbon dioksida bertambah. Ini akan menyebabkan pengaliran
utusan pernafasan ke otot-otot pernafasan untuk mempercepatkan dan
memanjangkan gerakan pernafasan untuk menyingkirkan karbon dioksida.
Secara amnya boleh dikatakan bahawa pusat kawalan pernafasan mengawal atur
jumlah karbon dioksida di dalam darah serta menentukan bilangan dan
panjangnya sesuatu pernafasan.
AMALI – ANATOMI DAN
FISIOLOGI
( SISTEM RESPIRATORI )
• Bilangan Waktu Amali = 3 Waktu
• Hari Jumaat
– 8.10 am – 9.55 am ( 105 minit )
a) Mengukur ukur lilit dada semasa
inspirasi, istirehat dan ekspirasi.
b) Menjalankan aktiviti menentukan
kapasiti peparu dan kadar hembusan
tertinggi (peak flow rate).
6.8 – SISTEM URINARI
SAINS SUKAN TINGKATAN 6
( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )
Objektif Pembelajaran
Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-
a) Menyatakan komponen utama sistem urinari dan
fungsinya;
b) Menghuraikan fungsi sistem urinari;
c) Menghubung kait warna air kencing atau urin
dengan status hidrasi.
Pengenalan
Tugas terpenting sistem urinari adalah mengeluarkan
bahan buangan dan membantu badan mengekalkan
hemeostasis.
Hemeostasis dapat dikekalkan dengan mengawal
kandungan dan isi padu darah. Sistem urinari mengekalkan
homestasis dengan mengeluarkan atau menyimpan isi padu air
dan bahan larutan terpilih.
Organ-organ di dalam sistem urinari adalah dua ginjal,
dua ureter, satu pundi kencing dan satu uretra.
Kedudukan Organ dalam Sistem Urinari
Organ dalam Sistem Urinari dan
Fungsinya
1) GINJAL
• Terletak di setiap sisi kolum vertebra, berwarna kemerahan dan
berbentuk seperti biji kacang hijau.
• Berukuran 10-12 cm panjang, 5-7 cm lebar dan 2.5 cm tebal dan seberat
kira-kira 140 gm bagi orang dewasa.
• Sempadan luarnya berbentuk cembung dan mempunyai pembukaan di
tengahnya yang disebut sebagai hilum.
• Hilum merupakan pintu masuk dan keluar pembuluh – pembuluh ginjal.
• Ginjal kanan adalah lebih pendek dan lebih tebal daripada ginjal kiri.
• Ginjal diselaputi oleh tiga lapisan tisu.
 Pertama, lapisan dalam adalah kapsul renal atau kapsul sebenar
yang terdiri daripada membran berserat nipis;
 Kedua, lapisan yang dikenali sebagai fasia renal atau kapsul palsu
terdiri daripada tisu perantara padat; dan
 Ketiga, lapisan berlemak yang terletak di antara lapisan dalam dan
lapisan luar yang dikenali sebagai lemak perirenal.
Organ dalam Sistem Urinari dan
Fungsinya
Organ dalam Sistem Urinari dan
Fungsinya
2. URETER
• Juga dipanggil sebagai salur ginjal. Ureter merupakan tiub yang keluar dari
setiap ginjal.
• Tugas ureter adalah membawa urin ke pundi kencing.
• Terdiri daripada tiub berotot dan mempunyai panjang kira-kira 25 cm
panjang.
• Dua bahagian ureter:
 Pertama, corong atau pelvis ginjal. Bahagian atas yang kembang
berbentuk seperti mangkuk dan dinamakan kaliks.
 Kedua, salur buah pinggang. Mempunyai panjang lebih kurang
25.4cm. Ia bermula dari hadapan otot belakang abdomen terus ke
ruang pelvis benar dan berakhir di permukaan belakang pundi kencing.
• Tisu-tisu yang terdapat pada ureter adalah:
 Tisu berserat lapisan bahagian luar;
 Tisu otot bebas lapisan tengah, gerakan peraltasis bertanggungjawab
mengalirkan urin dari ginjal ke pundi kencing; dan
 Tisu epitelium peralihan lapisan dalam ureter berfungsi untuk
melindunginya daripada asid urik.
Organ dalam Sistem Urinari dan
Fungsinya
3. PUNDI KENCING
• Adalah organ yang berotot dan berongga. Berfungsi untuk menakung air
kencing.
• Ianya berbentuk bulat apabila penuh dan berbentuk leper berlipat-lipat apabila
kosong.
• Pundi kencing mempunyai apeks, dasar dan tiga dinding. Ruang dalam pundi
kencing berbentuk segi tiga dan disebut sebagai trigon.
• Dasar segi tiga menghala ke atas, manakala bahagian puncaknya menghala ke
bawah.
• Trigon mempunyai banyak hujung saraf deria dan sangat peka terhadap
perubahan isi padu urin dalam pundi kencing.
• Otot pundi kencing terdiri daripada otot licin dan bersifat tidak voluntari.
• Lapisan dalamnya adalah kalis air di mana terbina daripada membran mukus
jenis epitelium peralihan.
• Urin akan disimpan untuk sementara waktu sahaja sehingga ia dikeluarkan
melalui uretra.
• Sebanyak satu liter urin boleh ditakung oleh pundi kencing. Namun, dalam
keadaan luar biasa ia boleh menakung sebanyak tiga liter urin. Pada keadaan
normal, apabila pundi kencing menakung 6 – 10 liter urin, perasaan hendak
kencing akan timbul.
SAINS SUKAN TINGKATAN 6
( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )
Objektif Pembelajaran
Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-
a) Mengenal pasti kelenjar pituitari, tiroid, adrenal,
dan pankreas;
b) Menyenaraikan hormon yang dirembeskan oleh
kelenjar pituitari, tiroid, adrenal, dan pankreas;
c) Memerihalkan fungsi asas hormon yang
dirembeskan oleh kelenjar pituitari, tiroid, adrenal,
dan pankreas.
Pengenalan
Sistem endokrin menghasilkan sejenis bahan kimia yang
dinamakan sebagai hormon. Sistem pengaliran darah
bertanggungjawab untuk membawa hormon ke seluruh tubuh.
HORMON
Hormon yang dihasilkan oleh sistem endokrin mempunyai
kesan yang banyak dan berbeza-beza. Walaupun begitu, terdapat
empat fungsi utama yang dilakukan oleh hormon:
a) Menolong mengawal persekitaran dalaman dengan mengatur
kandungan kimia dan isi padunya di dalam tubuh badan;
b) Membantu tubuh dalam keadaan tertekan seperti semasa keadaan
jangkitan, trauma, stres, pendehidratan, kebuluran, pendarahan dan
perubahan suhu yang melampau;
c) Memainkan peranan dalam pertumbuhan dan perkembangan tubuh;
dan
d) Memainkan peranan dalam pembiakan seperti dalam pembentukan
gamet, persenyawaan, pemakanan kepada embrio dan fetus, proses
bersalin dan pemakanan kepada anak yang baru lahir.
Kalenjar utama dalam Sistem Endoktrin
1. Kalenjar Pituitari
2. Kalenjar Tiroid dan
Paratiroid
3. Kalenjar Timus
4. Kalenjar Adrenal
(Suprarenal)
5. Pankreas
6. Ovari (wanita) dan Testis
(lelaki)
1. Kalenjar Pituitari
1. Kalenjar Pituitari
2. Kalenjar Tiroid
3. Kalenjar
Paratiroid & Timus
Kalenjar
Timus
4. Kalenjar Adrenal
• Berpasangan yg terletak
pada bahagian atas
(superior) ginjal.
• Mempunyai bentuk piramid
yg rata
• Saiz pada dewasa : 3-5 cm
tinggi, 2-3 cm lebar.
• Mempunyai 2 bahagian
utama :
– Adrenal Korteks : bhgn
luar
– Adrenal Medula : bhgn
dalam (tengah)
5. Pankreas
6. Ovari dan Testis
Penghasilan Hormon dan Fungsinya
KALENJAR HORMON FUNGSI
Pituitari
1. Anti Diuretik Hormone
(ADH)
Mengatur keseimbangan air
dalam tubuh badan manusia
2. Oksitosin Meransang kontraksi uterus
semasa melahirkan anak.
Mengawal kalenjar susu
3. Melanocyte Hormone Mengawal pigmen kulit
4. Somatotrofin Hormone Hormon tumbesaran yang
mengawal pembesaran
seseorang manusia.
5. Tirotrofin Hormone Mengawal fungsi tiriod
6. Adreno Cortico Trofic
Hormone (ACTH)
Mengawal fungsi ginjal
7. Follicle Stimulating
Hormon (FSH) and
Luteinizing Hormone (LH)
Mengawal fungsi ovari dan
testis.
Penghasilan Hormon dan Fungsinya
KALENJAR HORMON FUNGSI
Pituitari 8. Hormone Prolaktin
Hormon yang membantu
dalam fungsi kewanitaan
seperti kelenjar susu dan
sebagainya.
9. Hormon Prolaktin
(Luteotropik Hormone)
Kalenjar Tiroid
1. Tiroksin
Mengawal pertukaran tenaga
dalam badan dan
pengambilan O2.
Kalenjar Paratiroid
1. Hormon Paratiriod /
Parathormone
Mengawal penyerapan
Kalsium dalam usus.
Pengeluaran fosfat melalui
urin.
Kalenjar Timus 1. Thymosin
2. Thymic humoral factor
3. Thymic factor
4. thymopoietin
Hormon mengawal
pertahanan badan
Penghasilan Hormon dan Fungsinya
KALENJAR HORMON FUNGSI
Pankreas 1. Insulin
Mengawal paras gula dalam
tubuh badan manusia
2. Hormon Glukagon
Meningkatkan paras glukosa
dalam darah
Kalenjar Adrenal 1. Hormon Adrenalin /
Epinephrin
Mengurangkan risiko
penyakit asma
Meningkatkan tugas dan
fungsi jantung.
2. Hormon Noradrenalin
Mengawal tingkat
metabolisme badan.
Mengawal pergerakkan otot
Ovari 1. Astrogen
2. Progestron
Memberikan sifat kewanitaan
dan mengawal kitaran haid.
Testis ( Testikal ) 1. Androgen
2. Testostoren
Mengawal organ – organ
pembiakan lelaki.
SAINS SUKAN TINGKATAN 6
( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )
Objektif Pembelajaran
Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-
a) Mengenal pasti struktur dan fungsi sistem
reproduktif lelaki dan wanita;
b) Memerihalkan fasa yang terlibat dalam kitaran
haid.
Pengenalan
1. Fungsi sistem reproduktif
a) Menghasilkan zuriat.
b) Menghasilkan hormon seks
2. Sistem reproduktif mengikut jantina
a) Lelaki
– Penis, testis, vesikel semen, kelenjar prostat
dan uretra.
b) Perempuan
– Ovari, tiub faliopio, uterus dan vagina.
3. Kitaran haid
Organ Pembiakan Lelaki
Organ Pembiakan Lelaki
Organ Pembiakan Wanita
Organ Pembiakan Wanita
Kitaran Haid Wanita
Kitaran Haid Wanita
Kitaran Haid Wanita
• Kitaran haid wanita
biasanya mengambil masa
28 – 35 hari.
• 4 fasa penting dalam satu
kitaran.
– Tempoh Haid
– Tempoh Kering
– Tempoh Subur
– Tempoh pemendapan darah
( tempoh tidak subur)
• Emosi dan Perasaan
wanita banyak dipengaruhi
oleh kitaran haidnya.
SEKIAN DAN TERIMA KASIH
BAB 6 – ANATOMI DAN FISIOLOGI
SAINS SUKAN TINGKATAN 6
( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )

More Related Content

What's hot

Daya Tahan Otot - MPP
Daya Tahan Otot - MPPDaya Tahan Otot - MPP
Daya Tahan Otot - MPPShaiful Izham
 
Sistem Kardiovaskular Jantung - 5.1 Keluaran Jantung
Sistem Kardiovaskular Jantung - 5.1 Keluaran JantungSistem Kardiovaskular Jantung - 5.1 Keluaran Jantung
Sistem Kardiovaskular Jantung - 5.1 Keluaran Jantungkakapalapes
 
Sains Sukan STPM: Anatomi & Fisiologi
Sains Sukan STPM: Anatomi & FisiologiSains Sukan STPM: Anatomi & Fisiologi
Sains Sukan STPM: Anatomi & FisiologiPresley Marcel
 
Jenis jenis sendi dan pergerakan
Jenis jenis sendi dan pergerakanJenis jenis sendi dan pergerakan
Jenis jenis sendi dan pergerakanKalam Kitab
 
5.5 keagresifan dalam_sukan
5.5 keagresifan dalam_sukan5.5 keagresifan dalam_sukan
5.5 keagresifan dalam_sukanSing Lin Tiong
 
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal Presley Marcel
 
5.6 kepantasan
5.6 kepantasan5.6 kepantasan
5.6 kepantasanshareShare
 
Pemakanan sukan
Pemakanan sukanPemakanan sukan
Pemakanan sukankalel4426
 
Tajuk 11( kejurulatihan sukan )stpm
Tajuk 11( kejurulatihan sukan )stpmTajuk 11( kejurulatihan sukan )stpm
Tajuk 11( kejurulatihan sukan )stpmAtikahYsf
 
Bab 3 penilaian kecerderaan sukan
Bab 3  penilaian kecerderaan sukanBab 3  penilaian kecerderaan sukan
Bab 3 penilaian kecerderaan sukankhairul azlan taib
 
Sistem otot (Anatomi & Fisiologi) STPM Penggal 2
Sistem otot (Anatomi & Fisiologi) STPM Penggal 2Sistem otot (Anatomi & Fisiologi) STPM Penggal 2
Sistem otot (Anatomi & Fisiologi) STPM Penggal 2Ashraf Azim
 
Piramid aktiviti fizikal
Piramid aktiviti fizikalPiramid aktiviti fizikal
Piramid aktiviti fizikalSyahirahSamsury
 
2.3 kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan
2.3 kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan  2.3 kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan
2.3 kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan Amirul Ezuan
 
Patah dan terkehel
Patah dan terkehelPatah dan terkehel
Patah dan terkeheltokey_sport
 
Bateri Ujian
Bateri UjianBateri Ujian
Bateri UjianFatim Rbh
 

What's hot (20)

Daya Tahan Otot - MPP
Daya Tahan Otot - MPPDaya Tahan Otot - MPP
Daya Tahan Otot - MPP
 
Sistem Kardiovaskular Jantung - 5.1 Keluaran Jantung
Sistem Kardiovaskular Jantung - 5.1 Keluaran JantungSistem Kardiovaskular Jantung - 5.1 Keluaran Jantung
Sistem Kardiovaskular Jantung - 5.1 Keluaran Jantung
 
Sains Sukan STPM: Anatomi & Fisiologi
Sains Sukan STPM: Anatomi & FisiologiSains Sukan STPM: Anatomi & Fisiologi
Sains Sukan STPM: Anatomi & Fisiologi
 
Jenis jenis sendi dan pergerakan
Jenis jenis sendi dan pergerakanJenis jenis sendi dan pergerakan
Jenis jenis sendi dan pergerakan
 
5.5 keagresifan dalam_sukan
5.5 keagresifan dalam_sukan5.5 keagresifan dalam_sukan
5.5 keagresifan dalam_sukan
 
1 asas-kawalan-motor
1 asas-kawalan-motor1 asas-kawalan-motor
1 asas-kawalan-motor
 
Penguncupan otot rangka
Penguncupan otot rangkaPenguncupan otot rangka
Penguncupan otot rangka
 
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
 
5.6 kepantasan
5.6 kepantasan5.6 kepantasan
5.6 kepantasan
 
2 sistem-rangka-tingkatan-4
2 sistem-rangka-tingkatan-42 sistem-rangka-tingkatan-4
2 sistem-rangka-tingkatan-4
 
Pemakanan sukan
Pemakanan sukanPemakanan sukan
Pemakanan sukan
 
Bab 5 - Kecergasan Fizikal & Kesejahteraan (1).pdf
Bab 5 - Kecergasan Fizikal & Kesejahteraan (1).pdfBab 5 - Kecergasan Fizikal & Kesejahteraan (1).pdf
Bab 5 - Kecergasan Fizikal & Kesejahteraan (1).pdf
 
Tajuk 11( kejurulatihan sukan )stpm
Tajuk 11( kejurulatihan sukan )stpmTajuk 11( kejurulatihan sukan )stpm
Tajuk 11( kejurulatihan sukan )stpm
 
Bab 3 penilaian kecerderaan sukan
Bab 3  penilaian kecerderaan sukanBab 3  penilaian kecerderaan sukan
Bab 3 penilaian kecerderaan sukan
 
3 sistem-otot-tingkatan-4
3 sistem-otot-tingkatan-43 sistem-otot-tingkatan-4
3 sistem-otot-tingkatan-4
 
Sistem otot (Anatomi & Fisiologi) STPM Penggal 2
Sistem otot (Anatomi & Fisiologi) STPM Penggal 2Sistem otot (Anatomi & Fisiologi) STPM Penggal 2
Sistem otot (Anatomi & Fisiologi) STPM Penggal 2
 
Piramid aktiviti fizikal
Piramid aktiviti fizikalPiramid aktiviti fizikal
Piramid aktiviti fizikal
 
2.3 kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan
2.3 kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan  2.3 kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan
2.3 kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan
 
Patah dan terkehel
Patah dan terkehelPatah dan terkehel
Patah dan terkehel
 
Bateri Ujian
Bateri UjianBateri Ujian
Bateri Ujian
 

Similar to SISTEM OTOT

Similar to SISTEM OTOT (20)

Sistem Otot
Sistem OtotSistem Otot
Sistem Otot
 
Muskuloskeletal_20231126_210437_0000.pdf
Muskuloskeletal_20231126_210437_0000.pdfMuskuloskeletal_20231126_210437_0000.pdf
Muskuloskeletal_20231126_210437_0000.pdf
 
Fix otot
Fix ototFix otot
Fix otot
 
Sistem rangka
Sistem rangkaSistem rangka
Sistem rangka
 
Makalah tentang Otot Manusia
Makalah tentang Otot ManusiaMakalah tentang Otot Manusia
Makalah tentang Otot Manusia
 
sistem otot
sistem ototsistem otot
sistem otot
 
Makalah tentang anatomi muskuloskeletal
Makalah tentang anatomi muskuloskeletalMakalah tentang anatomi muskuloskeletal
Makalah tentang anatomi muskuloskeletal
 
PRESENTASI_PPT_Powerpoint_OTOT_Muscles_p.pptx
PRESENTASI_PPT_Powerpoint_OTOT_Muscles_p.pptxPRESENTASI_PPT_Powerpoint_OTOT_Muscles_p.pptx
PRESENTASI_PPT_Powerpoint_OTOT_Muscles_p.pptx
 
Makalah biologi
Makalah biologiMakalah biologi
Makalah biologi
 
Td20103 tugasan 1 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 1 jenry saiparudinTd20103 tugasan 1 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 1 jenry saiparudin
 
Sistem gerak aktif
Sistem gerak aktif Sistem gerak aktif
Sistem gerak aktif
 
Anfis tuma
Anfis tumaAnfis tuma
Anfis tuma
 
Sistemotot 130327030933-phpapp01
Sistemotot 130327030933-phpapp01Sistemotot 130327030933-phpapp01
Sistemotot 130327030933-phpapp01
 
Faal muskuloskeletal
Faal muskuloskeletalFaal muskuloskeletal
Faal muskuloskeletal
 
Anatomi Dan Fisiologi Tubuh Manusia Sistem Otot Dan Rangka
Anatomi Dan Fisiologi Tubuh Manusia Sistem Otot Dan RangkaAnatomi Dan Fisiologi Tubuh Manusia Sistem Otot Dan Rangka
Anatomi Dan Fisiologi Tubuh Manusia Sistem Otot Dan Rangka
 
Sistem otot anantha
Sistem otot   ananthaSistem otot   anantha
Sistem otot anantha
 
Sistem gerak pada manusia
Sistem gerak pada manusiaSistem gerak pada manusia
Sistem gerak pada manusia
 
Sistem MUSKULOSKELETAL.pptx
Sistem MUSKULOSKELETAL.pptxSistem MUSKULOSKELETAL.pptx
Sistem MUSKULOSKELETAL.pptx
 
Susunan otot dan bagian bagiannya
Susunan otot dan bagian bagiannyaSusunan otot dan bagian bagiannya
Susunan otot dan bagian bagiannya
 
Makala otot
Makala ototMakala otot
Makala otot
 

More from Sports Science at SMK Elopura (6)

Bab 5 - Kecergasan Fizikal & Kesejahteraan (2).pdf
Bab 5 - Kecergasan Fizikal & Kesejahteraan (2).pdfBab 5 - Kecergasan Fizikal & Kesejahteraan (2).pdf
Bab 5 - Kecergasan Fizikal & Kesejahteraan (2).pdf
 
Bab 6 - Anatomi & Fisiologi (1).pdf
Bab 6 - Anatomi & Fisiologi (1).pdfBab 6 - Anatomi & Fisiologi (1).pdf
Bab 6 - Anatomi & Fisiologi (1).pdf
 
Bab 4 Pemakanan Sukan
Bab 4   Pemakanan SukanBab 4   Pemakanan Sukan
Bab 4 Pemakanan Sukan
 
Bab 3 Kesenggangan dan Rekreasi
Bab 3   Kesenggangan dan RekreasiBab 3   Kesenggangan dan Rekreasi
Bab 3 Kesenggangan dan Rekreasi
 
Bab 2 Pengurusan Sukan
Bab 2   Pengurusan SukanBab 2   Pengurusan Sukan
Bab 2 Pengurusan Sukan
 
Bab 1 Sosiologi Sukan
Bab 1   Sosiologi SukanBab 1   Sosiologi Sukan
Bab 1 Sosiologi Sukan
 

Recently uploaded

KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 

Recently uploaded (20)

KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 

SISTEM OTOT

  • 1. 6.5 – SISTEM OTOT SAINS SUKAN TINGKATAN 6 ( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )
  • 2. Objektif Pembelajaran Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :- a) Mengenal pasti struktur atau lapisan otot, seperti endomisium, perimisium, dan epimisium; b) Memerihalkan fungsi tendon dan ligamen; c) Memerihalkan fungsi sistem otot; d) Memerihalkan teori penggelongsoran filamen dalam penguncupan otot; e) Menjalankan aktiviti mengenal pasti otot utama dan tendon.
  • 3. Sistem Otot ( Pengenalan ) Sebahagian besar daripada berat tubuh manusia adalah disumbangkan oleh otot. Kira-kira 40 hingga 50 peratus jumlah berat tubuh manusia terdiri daripada otot. Otot membolehkan tulang dan sendi membuat pergerakan. Pergerakan berlaku apabila otot melakukan kontraksi (pengecutan) dan pengenduran. Untuk membolehkan otot berfungsi ia disambungkan pada tulang, tulang rawan, ligamen dan kulit. Otot yang terletak di bawah permukaan kulit berbentuk mendatar, manakala otot pada anggota gerak adalah berbentuk lebih panjang. Kajian menunjukkan bahan dan reka bentuk struktur sendi dan sokongan yang tegar menyebabkan pergerakan dapat dilakukan. Pergerakan dihasilkan oleh penguncupan otot. Otot juga menentukan magnitud pergerakan dan pergerakan ini dirangsang secara voluntary atau involuntary oleh sistem saraf. Otot bukan sahaja menghasilkan pergerakan malahan otot juga mempunyai fungsi-fungsi lain. Otot-otot ini dikenal sebagai otot-otot rangka untuk membezakan dengan otot kardiak (jantung) dan otot-otot licin iaitu otot- otot organ dalaman seperti hati dan pankreas. Otot-otot rangka atau skeletal ini juga dikenali sebagai otot-otot berjalur.
  • 4. Otot terbahagi kepada tiga jenis: a) Otot Jantung Berbentuk segi empat tepat dan dibentuk oleh gentian otot jantung. Merupakan sejenis otot bebas yang istimewa kerana ia boleh bertindak tanpa rangsangan saraf. Oleh itu, jantung adalah dikategorikan sebagai otot tak voluntari (otot luar kawal). Ia tidak boleh dikawal secara sedar. Gentian-gentian otot jantung bercabang antara satu sama lain. Cabang – cabang ini membentuk seperti satu jaringan. Setiap gentian merupakan sel tunggal yang dikelilingi oleh membran sel. Semua gentian akan terangsang jika salah satu sahaja serat dalam jaringan tersebut dirangsang. Jenis – Jenis Tisu Otot
  • 5. b) Otot Licin Ianya sama seperti otot jantung, di mana ia adalah otot tak voluntari. Perbezaannya dengan otot jantung adalah otot licin tidak berjalur. Gentian otot licin berbentuk fusiform (gelendong). Terdapat satu nukleus berbentuk bujur di tengahnya. Ukuran serat ini di antara 30 – 200 µm panjang dan bahagian yang terlebar berukuran antara 5 – 10 µm. Dua jenis tisu yang dibentuk oleh otot licin ialah: i. Tisu otot visera (Unit tunggal) Selalu terdapat di dinding luar arteri dan vena kecil serta visera berongga seperti gaster, usus, uterus dan pundi kencing. Tisu otot ini terikat kuat antara satu sama lain untuk membentuk satu jaringan yang berterusan. Serat-serat akan terangsang apabila impuls dihantar melalui gelombang dalam bentuk kontraksi. ii. Tisu otot licin (Berbilang unit) Setiap satu tisu otot ini mempunyai akhiran saraf motor yang tersendiri. Oleh yang demikian, hanya otot yang terangsang sahaja yang akan berkontraksi. Tisu ini boleh didapati di dinding arteri besar, saluran udara besar paru-paru, otot arektor pili yang melekat pada folikel rambut dan iris mata. Jenis – Jenis Tisu Otot
  • 6. c) Otot Rangka Kebanyakan otot ini melekat pada rangka dan menghasilkan pergerakan rangka. Dikenali juga sebagai otot voluntari kerana ia boleh dikawal secara sedar. Kadangkala ia dipanggil juga otot berjalur kerana mempunyai jalur yang merentasinya. Otot rangka selalunya melekat pada tulang dan merentasi satu atau lebih sendi. Pergerakan pada sendi akan terhasil apabila berlaku kontraksi. Namun, bagi otot rangka di muka, ia melekat pada kulit pada satu hujungnya. Keadaan ini membolehkan kita mengedut dan mengerutkan muka untuk menunjukkan emosi. Otot – otot ini lebih dikenali sebagai otot ekspresi muka. Otot artikular pula adalah otot rangka yang mempunyai satu hujung melekat pada kapsul sendi. Tugas otot ini adalah menarik kapsul sendi semasa berlaku pergerakan supaya kapsul tidak terperangkap dalam sendi yang bergerak. Sfinkter pula adalah otot rangka yang berbentuk cecincin. Ia terdapat di sekeliling kelopak mata, bibir mulut dan anus. Konstriktor adalah otot rangka yang tersusun berbentuk tiub. Otot ini membentuk farinks dan bahagian atas esofagus. Jenis – Jenis Tisu Otot
  • 7. Jenis – Jenis Tisu Otot
  • 8. Setiap satu otot rangka dibentuk oleh banyak serat. Setiap serat otot ini merupakan satu sel otot. Ukuran sel otot rangka adalah 50 – 100 µm lebar dan panjang sehingga mencapai 10 cm. Sel otot rangka berbentuk silinder dan panjang. Kita boleh melihat sel otot rangka ini dengan menggunakan mata kasar. Kebanyakan sel otot mempunyai nukleus di bahagian periferinya. Endomisium adalah otot perantara yang mengelilingi setiap serat otot. Fasikulus adalah nama yang diberi kepada sekumpulan serat otot bersama – sama endomisiumnya. Bagi setiap fasikulus pula, ia dilitupi tisu perantara yang diberi nama perimisium. Sekumpulan fasikulus akan membentuk keseluruhan masa otot dan dikelilingi oleh epimisium. Serat otot merah adalah kandungan mioglobin yang tinggi pada serat otot rangka. Manakala, serat otot yang mempunyai kandungan mioglobin yang rendah dikenali sebagai serat otot putih. Struktur Internal Otot Rangka
  • 10.
  • 11. Tendon dan ligamen berperanan penting dalam pergerakan otot. Hal ini berkaitan dengan fungsi tendon dan ligamen itu sendiri. Tendon membantu terjadinya pergerakan sendi dengan mentransmisikan gaya mekanik (tekanan) dari otot ke tulang. Ligamen pula berfungsi sebagai penghubung antara tulang dan memberikan stabiliti kepada sendi. Tidak seperti otot, yang merupakan jaringan aktif dan boleh menghasilkan gaya mekanik, tendon dan ligamen adalah jaringan pasif yang tidak boleh berkontraksi untuk menghasilkan gaya. Jika dilihat dari sudut biologi, tendon dan ligamen mempunyai struktur hirarki yang menyebabkan kebiasaan pergerakan. Selain itu, tendon dan ligamen dapat mengadaptasi dengan perubahan persekitaran seperti luka, penyakit dan latihan fizikal. Tendon dan Ligamen
  • 12.
  • 13. Fungsi Sistem Otot Otot melakukan beberapa fungsi penting melalui kontraksi seperti: a) Gerakan Gerakan adalah apa-apa sahaja gerakan yang berlaku sama ada boleh dilihat atau tidak. Gerakan luaran yang boleh dilihat adalah seperti berjalan, berlari, fleksi dan ekstensi anggota dan tubuh. Gerakan otot yang tidak boleh dilihat pula adalah seperti denyutan jantung, gerakan gaster dan usus semasa proses pencernaan dan kontraksi otot pernafasan.
  • 14. b) Penetapan postur Fungsi tisu otot juga adalah untuk menetapkan postur tubuh melalui kontraksi otot dan penetapan tegangan otot tanpa memendekkan otot. Aktiviti ini disebut sebagai kontraksi isometrik. Maksud kontraksi isometrik adalah kontraksi otot tanpa perubahan panjang. Sementara itu dalam latihan isotonik, beban yang digunakan adalah tetap sepanjang perlakuan pergerakan dan berasaskan set ulangan maksimum serta membangunkan tiga komponen kecergasan iaitu kekuatan, kuasa dan daya tahan. Kelebihan latihan ini ialah ia menggunakan alat yang murah dan senang didapati contohnya berat bebas ataupun freeweights. Kekuatan dibangunkan melalui rangkaian pergerakan. Kelemahan latihan ini ialah beban tidak dikekalkan sepanjang rangkaian pergerakan. Tambahan pula, pertukaran berat untuk senaman yang berbeza memakan masa dan ini menyebabkan masa latihan terbuang. Fungsi Sistem Otot
  • 15. c) Penghasilan haba Untuk melakukan kontraksi, otot memerlukan tenaga. Jadi apabila berlaku kontraksi otot, haba akan dihasilkan. Haba yang dihasilkan ini berfungsi untuk menetapkan suhu tubuh badan. Adalah dianggarkan 85% daripada haba badan adalah terhasil dari kontraksi otot. Fungsi Sistem Otot
  • 16. Terdapat empat cara tindakan yang dilakukan oleh otot. Tindakan tersebut adalah penggerak utama (prime mover ), antagonis, penetap (fixator) dan sinergistik. Teori Pergerakkan Otot Utama
  • 17. 1) Penggerak utama (Agonis) Sesuatu otot menjadi penggerak utama apabila otot tersebut bertindak sebagai otot yang utama atau sebahagian daripada sekumpulan otot yang bertanggungjawab terhadap sesuatu gerakan tertentu. Contohnya, otot bisep braki di hadapan lengan atas menjadi penggerak utama dalam gerakan fleksi sendi siku. 2) Antagonis Antagonis adalah otot yang pergerakannya berlawanan dengan penggerak utama. Sebangai contoh, otot trisep yang terletak di belakang lengan atas melawan tindakan otot biseps braki apabila sendi siku berada dalam keadaan fleksi. Otot antagonis perlu berada dalam keadaan relaksasi yang seimbang sebelum otot penggerak boleh berkontraksi. Tindakan ini dikenali sebagai perencatan refleks saraf. Teori Pergerakkan Otot Utama
  • 18. 3) Penetap Penetap adalah otot yang berkontraksi secara isometrik. Ini bermaksud otot mempunyai panjang yang tetap dan ketegangan meningkat. Tindakan penetapan dilakukan untuk menstabilkan perlekatan proksimal otot penggerak utama. Ini akan menghasilkan tindakan otot yang berkesan. Contoh, otot yang melekatkan girdel pektoral pada badan. Otot ini berkontraksi sebagai penetap untuk membolehkan otot deltoid bertindak lebih berkesan pada sendi bahu. 4) Sinergistik Berfungsi sebagai penstabil sendi intermediat dan menghalang sebarang gerakan yang tidak diperlukan. Contohnya otot fleksor dan ekstensor pergelangan tangan berkontraksi untuk menetapkan sendi pergelangan tangan. Dengan ini, otot fleksor dan ekstensor panjang bertindak dengan cekap pada sendi-sendi jari tangan. Teori Pergerakkan Otot Utama
  • 19. 1. Isometrik. 2. Isotonik. 3. Isokinetik. Teori Mekanisma Penguncupan Otot
  • 20.
  • 21. 6.6 – SISTEM KARDIOVASKULAR SAINS SUKAN TINGKATAN 6 ( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )
  • 22. Objektif Pembelajaran Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :- a) Mengenal pasti komponen utama sistem kardiovaskular; b) Memerihalkan komponen darah dan fungsinya; c) Memerihalkan kumpulan darah dan keserasiannya semasa transfusi darah; d) Memerihalkan ciri dan fungsi arteri, kapilari, dan vena; e) Memerihalkan struktur dan fungsi atrium, ventrikel, dan injap jantung;
  • 23. Objektif Pembelajaran Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :- f) Menghuraikan fungsi sistem kardiovaskular; g) Mentakrifkan isi padu strok, kadar denyutan jantung, dan keluaran jantung; h) Memerihalkan fasa kitaran kardiak dan kaitan dengan denyutan jantung/kadar nadi; i) Menjelaskan pengaruh denyutan jantung dan isi padu strok terhadap keluaran jantung; j) Menjalankan aktiviti mengenal pasti lokasi, dan mengesan denyutan nadi; k) Menjalankan aktiviti mengukur tekanan darah.
  • 24. Pengenalan Sistem kardiovaskular adalah sistem yang terdiri daripada jantung dan salur darah. Sistem kardiovaskular berfungsi untuk mengangkut bahan makanan, perkumuhan dan sebagainya. Tiga komponen asas di dalam sistem ini adalah darah, jantung dan salur pembuluh darah. Ketiga-tiga komponen ini harus berfungsi agar sistem kardiovaskular dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Jika salah satu daripada komponen ini rosak, maka sistem ini akan gagal berfungsi.
  • 25. Sistem Kardiovaskular Sistem kardiovaskular mempunyai fungsi utama iaitu mengangkut oksigen daripada paru-paru dan bahan nutrien yang diserap ke tisu-tisu. Sekarang kita lihat apa yang terdapat di dalam sistem kardiovaskular ini. a) Komposisi Darah, Plasma dan Fungsinya b) Struktur Jantung dan Fungsinya c) Peredaran Darah
  • 26. Komponen Utama Sistem Kardiovaskular Komponen - komponen utama sistem kardiovaskular atau kardiorespiratori : a) Jantung o Organ yang penting mengepam darah ke seluruh tubuh untuk membekalkan oksigen dan nutrien o Saiz jantung adalah sebesar penumbuk individu dan beratnya kurang dari satu paun (600 gram) o Terdapat empat ruang pada jantung iaitu atrium kanan, atrium kiri, ventrikel kanan dan ventrikel kiri. b) Darah o Tisu cecair yang terdiri daripada pelbagai jenis unsur sel termasuk eritrosit, leukosit dan platlet yang terkandung di dalam plasma. o Lebih kurang 55% daripada isipadu darah ialah plasma dan 45% terdiri daripada eritrosit. o Darah membentuk lebih kurang 7% daripada berat tubuh orang dewasa normal. Seorang dewasa yang berat tubuhnya 70 kg mempunyai kira-kira 5 - 6 liter darah.
  • 27. Komponen Utama Sistem Kardiovaskular Komponen - komponen utama sistem kardiovaskular atau kardiorespiratori : c) Salur darah o Terdiri daripada arteri, vena dan kapilari. o Salur darah membolehkan darah mengalir dan melengkapi peredaran dari jantung ke tisu dan kembali semula ke jantung. d) Salur pernafasan o Salur pernafasan membolehkan pengaliran udara ke paru - paru dan keluar dari tubuh. o Terdiri daripada salur nasal, farikns, trakea bronkus dan bronkiul.
  • 28. Komponen Darah dan Fungsinya Darah boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian-bahagian tersebut dikenali sebagai plasma dan sel darah. 1) PLASMA Ia merupakan bahagian cecair darah. 55% daripada isi padu darah adalah terdiri daripada plasma. Terdapat beberapa komponen di dalam plasma iaitu: Air - 91.0% Protein - 8.0% Garam galian - 0.9% Lain-lain - 0.1% Lain-lain komponen ini adalah: Zat makanan - Asid amino, vitamin, glukos dan lemak Gas - Oksigen, karbon dioksida Bahan-bahan lain - Urea, hormon , enzim dan antibodi
  • 29. Komponen Darah dan Fungsinya Plasma bertindak sebagai pengantara untuk menyalurkan makanan, lemak, glukosa, mineral dan asid amino ke tisu badan. Selain daripada itu, plasma juga sebagai pembawa bahan buang seperti urea, asid urik dan beberapa karbon dioksida. Selain daripada itu, terdapat pelbagai protein di dalam plasma darah. Antara protein-protein tersebut adalah seperti di dalam jadual di bawah.
  • 30. Komponen Darah dan Fungsinya 2) SEL DARAH Terdapat tiga jenis darah di dalam sistem badan manusia: i. Sel darah merah (Eritrosit)  Berbentuk piring dwicekung;  Terbentuk daripada selaput sel yang mengandungi hemoglobin;  Hemoglobin mengandungi protein globin dan zat besi (hematin);  Sel darah merah boleh hidup antara 90 hingga 100 hari;  Sel-sel darah merah yang tua akan musnah di dalam limpa dimana zat besi daripada proses ini disimpan untuk pembentukan sel-sel yang baru; dan  Sel darah merah berfungsi untuk mengangkut oksigen yang telah bergabung dengan hemoglobin.
  • 31. Komponen Darah dan Fungsinya ii. Sel darah putih (Lukosit)  Sel darah putih tidak berwarna dan mempunyai rupa yang jernih;  Ianya adalah lebih besar daripada sel darah merah, namun mempunyai bilangan yang kecil;  Sel darah putih terbahagi kepada dua iaitu sel darah putih nukleus aneka bentuk dan sel darah putih limfosit;  75% daripada sel darah putih terdiri daripada nukleus aneka bentuk;  Sel-sel ini boleh didapati di dalam tulang leper dan di hujung tulang panjang di mana sel darah merah terhasil;  Limfosit pula adalah 25% daripada jumlah sel darah putih;  Limfosit dihasilkan di tisu limfatika di seluruh tubuh; dan  Limfosit berfungsi untuk menahan dan memelihara badan daripada serangan kuman penyakit-penyakit berjangkit seperti tibi.
  • 32. Komponen Darah dan Fungsinya iii. Sel pembeku (Platlet)  Saiz sel ini hanya sebahagian daripada saiz sel darah merah;  Ianya berbentuk cebisan-cebisan sel;  Bentuk sel ini tidak menentu dan tidak mempunyai nukleus;  Sel pembeku berfungsi untuk membekukan darah di mana ia akan mengeluarkan trombokinas untuk membekukan darah;  Pembekuan darah boleh dipercepatkan dan diperlambatkan;  Proses pembekuan darah boleh dipercepatkan jika a) terdapat haba yang lebih tinggi daripada suhu badan dan b) sentuhan dengan bahan kasar seperti sel epitelium pembuluh darah yang rosak; dan  Pembekuan darah diperlambatkan jika a) kesejukan, b) darah disimpan dalam tabung berlapis lilin dan c) kalium sitrat atau natrium sitrat ditambahkan ke dalam darah.
  • 33.
  • 34. Fungsi Darah dalam Sistem Kardiovaskular 1. Mengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh tubuh; 2. Membawa dan memindah bahan kumuh keluar dari tisu tubuh; 3. Mengangkut enzim dan hormon tubuh dari satu bahagian badan kebahagian yang lain; 4. Bertindak melindungi tubuh daripada serangan kuman penyakit sel darah putih dan penghasilan antibodi; 5. Darah dapat dibekukan dan luka dapat disembuhkan melalui sel pembeku dan fibrinogen; 6. Mengawal suhu badan melalui pengaliran darah; 7. Menjadikan warna kulit tubuh normal. Hempedu, najis dan air kencing diwarnakan melalui pemecahan sel darah merah; dan 8. Mengangkut oksigen ke sel atau tisu dan menyingkirkan sebahagian karbon dioksida daripada sel atau tisu.
  • 35. Kumpulan Darah dan Keserasian Semasa Transfusi Darah
  • 36. Kumpulan Darah dan Keserasian Semasa Transfusi Darah
  • 37. Kumpulan Darah dan Keserasian Semasa Transfusi Darah
  • 38. Struktur Jantung dan Fungsinya Jantung merupakan pusat kepada sistem kardiovaskular. Oleh itu, jantung memainkan peranan utama dalam peredaran darah. Jantung mempunyai empat ruangan dan dianggap sebagai sebuah pam kerana ia berfungsi untuk mengalirkan dan mengedarkan darah ke seluruh tubuh. Kedudukan jantung adalah di tengah-tengah bahagian dada di antara dua paru – paru. Bahagian pinggir bawahnya terletak di permukaan atas otot diafragma. Jantung biasanya bersaiz ‘genggam penumbuk’ bagi orang dewasa. Darah berjumlah antara tiga hingga enam liter boleh dimuatkan di dalam jantung pada satu masa. Jantung dibahagi dua oleh septum. Oleh itu, bahagian kanan dan bahagian kiri jantung tidak berhubung secara langsung. Manakala di setiap belah jantung terdapat dua ruang. Ruang sebelah atas dikenali sebagai serambi jantung (atrium kanan dan kiri) dan bertugas menerima darah. Ruang sebelah bawah pula adalah bilik jantung (ventrikel kanan dan kiri) di mana tugasnya adalah menghantar keluar darah daripada jantung.
  • 40. Struktur Jantung dan Fungsinya Jantung terbina daripada otot jantung atau miokardium yang diliputi epikardium di permukaan luarnya dan endokardium di bahagian dalam. Dua ruang atas iaitu atrium mempunyai dinding otot yang nipis dan kedua - dua ruang ini dipisahkan antara satu sama lain oleh septum interatrial. Dinding otot yang membentuk dua ruang di bawah iaitu ventrikel adalah lebih tebal. Septum interventrikel terdapat di antara kedua - dua ventrikel. Atrium berperanan sebagai ruang penerima darah. Atrium kanan menerima darah yang kurang beroksigen daripada tisu - tisu tubuh sementara atrium kiri pula menerima darah yang kaya dengan oksigen dari paru - paru. Ventrikel pula bertindak sebagai pam yang mengepam keluar darah yang diterima dari atrium. Ventrikel kanan mengepam darah ke paru-paru sementara ventrikel kiri mengepam darah ke seluruh bahagian tubuh. Injap - injap yang terletak antara atrium dan ventrikel dan pada arteri - arteri yang terbit daripada jantung membenarkan pengairan darah pada satu arah sahaja.
  • 41. Struktur Jantung dan Fungsinya Injap antrioventrikular (injap mistral dan tricuspid) hanya membenarkan aliran darah daripada atrium ke ventrikel sahaja. Injap semilunar pulmonari dan injap semilunar aortik pula penghalang aliran darah ke belakang yang keluar dari jantung menerusi arteri pulmonari dan aorta. Dinding otot jantung terdiri daripada lapisan epikardium, miokardium dan endokardium. Pada jantung terdapat injap atriovertikular (AV) dan injap semilunar. Injap atrioventrikular membenarkan darah mengalir ke satu arah sahaja iaitu dari atrium ke ventrikel dan seterusnya ke arteri. Terdapat dua injap (AV) iaitu injap trikuspid pada sebelah kanan jantung dan injap bikuspid pada bahagian kiri jantung. Injap semilunar menghalang pengaliran balik darah dari arteri pulmonari dan aorta. Setiap injap semilunar mempunyai tiga kelopak. Keluaran jantung (Q)
  • 42. Struktur Jantung dan Fungsinya Keluaran jantung boleh diukur dengan menggunakan rumus berikut : Q = KDJ x IS Keluaran jantung = Kadar Denyutan Jantung Dalam Seminit x Isipadu Strok Kadar denyutan jantung adalah kekerapan penguncupan jantung seminit. Keadaan ini dikawal oleh tindakan sistem saraf autonomik. Kadar denyutan jantung setiap individu adalah berbeza kerana dipengaruhi oleh faktor - faktor seperti umur dan tahap keaktifan individu. Kadar denyutan jantung rehat individu yang aktif adalah rendah berbanding dengan individu yang sedentari. Kadar denyutan rehat boleh diperolehi dengan mengira bilangan denyutan jantung seminit di arteri karotid atau arteri radius semasa individu berada dalam keadaan rehat. Isipadu strok ialah amaun darah yang dipam oleh ventrikel kiri. Isipadu ini disukat dalam unit liter sedenyutan. Isipadu strok lelaki adalah lebih besar berbanding isipadu strok perempuan. Kedudukan badan juga mempengaruhi isipadu strok. Isipadu strok adalah agak besar pada individu yang berbaring berbanding dengan individu yang berdiri. Perbezaan ini berkaitan dengan kesan graviti ke atas sistem kardiovaskular.
  • 43. Struktur Jantung dan Fungsinya Keluaran jantung individu yang mempunyai kadar denyutan rehat sebanyak 72 denyutan seminit dan isipadu strok sebanyak 70 ml ialah 5L / min. Q = KDJ x IS = 72 x 0.07 = 5.04 = 5L / min Peredaran darah Sistem peredaran terdiri daripada jantung dan salur darah yang berfungsi mengekalkan aliran darah di seluruh tubuh. Jantung mengepam darah beroksigen dari paru - paru ke seluruh bahagian tubuh melalui arteri dan arteriol. Darah nyahoksigen kembali ke jantung melalui venul dan vena. Arteriol dan venul dihubungkan oleh kapilari. Di sinilah pertukaran oksigen dan karbon dioksida antara darah dengan sel - sel tubuh berlaku.
  • 44. Sistem Peredaran Darah Sistem peredaran darah terbahagi kepada kitaran pulmonari dan kitaran sistemik. a) Kitaran pulmonari Peredaran darah dalam kitaran ini membawa darah nyahoksigen ke paru-paru untuk pertukaran gas sebelum darah beroksigen dikembalikan ke jantung. b) Kitaran sistemik Kitaran sistemik membolehkan darah beroksigen dan dengan nutrien di bawa ke organ - organ badan dan membawa darah nyahoksigen ke jantung.
  • 47. Arteri, Vena dan Kapilari Dalam proses peredaran darah, terdapat banyak pembuluh darah yang terlibat. Pembuluh darah merupakan medium untuk mengepam darah jantung keluar ke tisu dan mengalirkan kembali darah ke jantung. Mari kita lihat apakah pembuluh-pembuluh darah yang terlibat dan tugasnya secara ringkas dalam tubuh kita. (a) Arteri Darah yang bertekanan tinggi akan dialirkan oleh arteri, selalunya darah bertekanan tinggi ini adalah dari ventrikal. Sehubungan dengan itu, arteri harus mempunyai dinding yang tebal untuk menampung tekanan darah yang tinggi itu. Arteri mempunyai tiga lapisan iaitu seperti yang telah diringkaskan dalam Jadual berikut.
  • 48. Arteri, Vena dan Kapilari
  • 49. Arteri, Vena dan Kapilari b) Kapilari Kapilari merupakan pembuluh-pembuluh darah kecil yang tidak terkira. Ianya adalah cabang daripada arteriol. Kapilari dikenali sebagai pembuluh darah yang paling kecil. Ukuran garis pusatnya hanya besar sedikit sahaja daripada saiz sel darah merah. Lapisan dinding kapilari terbentuk daripada lapisan endotelium. Oleh sebab itu, lapisan dinding kapilari adalah yang paling nipis. Di sinilah bahan-bahan antara darah dan cecair tubuh ditukar. Ketebalan dinding kapilari adalah berdasarkan kepada saiz garis pusatnya. Semakin kecil saiz garis pusat, semakin nipis dinding kapilari. Ada dua hujung pada kapilari. Satu hujung adalah hujung arteri yang bertemu dengan arteriol. Manakala satu hujung lagi adalah hujung vena yang bertemu dengan venul.
  • 50. Arteri, Vena dan Kapilari c) Venul Cabang-cabang kapilari akan bercantum di penghujung tisu dan membentuk vena kecil yang dikenali sebagai venul. Saiz venul adalah lebih besar daripada kapilari. Venul mempunyai satu lapis tisu perantara dan beberapa sel otot licin. Otot licin ini berkedudukan mengelilingi endotelium. d) Vena Vena adalah gabungan daripada vena-vena kecil. Gabungan vena ini akan membentuk satu tiub yang semakin membesar dan dikenali sebagai vena kecil, vena sedang dan vena besar. Vena- vena ini bertugas untuk membawa darah vena dari tisu ke atrium jantung. Semakin besar saiz vena maka akan bertambah juga ketebalan dindingnya. Namun begitu dinding vena tidak setebal dinding arteri kerana vena mempunyai kurang tisu kenyal dan otot licin.
  • 51.
  • 53.
  • 54. Tekanan Darah dan Kepentingannya Tekanan merupakan daya yang mengedarkan darah dalam sistem peredaran. Darah mengalir dari bahagian tekanan tinggi ke bahagian tekanan rendah. Contohnya, apabila ventrikel menguncup, ia menghasilkan tekanan yang lebih tinggi daripada tekanan di aorta. Darah dari ventrikel kiri ditolak keluar ke aorta dan lain - lain saluran darah sistemik dan ke bahagian kanan jantung. Tekanan darah manusia boleh diukur dengan menggunakan sfigmomanometer. Tekanan darah berbeza menurut jantina, umur, gerak kerja dan lain-lain. Atrium - atrium menguncup serentak pada jantung yang normal. Apabila atrium mengendur, ventrikel - ventrikel pula menguncup. Penguncupan jantung dikenali sebagai sistolik dan pengenduran jantung dikenali sebagai diastolik. Tekanan darah sistolik ialah tekanan darah tertinggi yang disukat semasa penguncupan ventrikel. Tekanan darah diastolik merupakan tekanan darah minimum pada akhir pengenduran ventrikel. Tekanan darah diukur dalam unit mm Hg (millimeter merkuri). Tekanan darah normal ialah 120 / 80 mm Hg.
  • 55. Hipertrofi dan Atrofi Jantung Saiz jantung setiap individu berbeza. Jantung individu boleh bertambah besar atau mengalami hipertrofi jika individu tersebut mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan latihan fizikal secara konsisten dan berterusan. Saiz jantung seseorang atlit yang aktif adalah lebih besar berbanding saiz jantung individu sedentari. Apabila hipertrofi jantung berlaku, ketumpatan kapilari juga meningkat. Hipertrofi jantung adalah kesan daripada : a) Penambahan saiz kaviti ventrikel – ventrikel b) Bertambah ketebalan dinding ventrikel Atlit - atlit berdaya tahan tinggi seperti perenang dan pelari jarak jauh mempunyai kaviti ventrikel yang besar. Oleh itu, isipadu darah dalam ventrikel adalah banyak semasa distol. Isipadu strok atlit-atlit ini adalah lebih tinggi berbanding dengan individu – individu sedentari dan juga atlit - atlit yang terlibat dalam acara eksplosif. Jika individu tidak aktif atau sedentari, otot jantung akan mengalami pengurangan saiz dan berat. Keadaan ini dikenali sebagai atrofi. Atrofi boleh berlaku kepada seseorang yang mengalami masalah jantung. Jantung boleh kehilangan kekuatannya serta keluaran jantung akan berkurangan.
  • 56. AMALI 7 – ANATOMI DAN FISIOLOGI ( SISTEM KARDIOVASKULAR ) • Bilangan Waktu Amali = 3 Waktu • Hari Jumaat – 8.10 am – 9.55 am ( 105 minit ) a) Mengukur denyutan nadi sebelum dan selepas senaman naik turun bangku (Jenis senaman aerobik) b) Mengukur tekanan darah sebelum dan selepas melakukan senaman naik turun bangku.
  • 57. SAINS SUKAN TINGKATAN 6 ( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )
  • 58. Objektif Pembelajaran Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :- a) Menyatakan komponen utama sistem respiratori termasuk diafragma; b) Memerihalkan fungsi sistem respiratori; c) Memerihalkan proses inspirasi dan ekspirasi; d) Memerihalkan proses pertukaran gas respirasi di peparu dan tisu; e) Memerihalkan fungsi hemoglobin dalam pengangkutan gas; f) Menjalankan aktiviti menentukan ukuran lilit dada semasa inspirasi, istirehat, dan maksimum; g) Menjalankan aktiviti menentukan kapasiti peparu dan kadar hembusan tertinggi (peak flow rate).
  • 59. Pengenalan Untuk menjalankan aktiviti, setiap sel memerlukan oksigen. Hasil akhir daripada aktiviti sel adalah karbon dioksida. Sebelum ini, kita telah belajar mengenai sistem kardiovaskular. Untuk pengetahuan anda, dua sistem yang terlibat dalam proses dan adalah sistem kardiovaskular dan sistem pernafasan (sistem respiratori).
  • 61. 1. Pernafasan Eksternal Pertukaran oksigen dan karbon dioksida adalah berlaku di paru-paru. Semasa bernafas, oksigen akan disalurkan melalui hidung dan mulut. Oksigen ini akan melalui trakea dan tiub bronkial ke alveoli. Proses ini mempunyai kaitan rapat dengan darah dalam kapilari pulmonari. Membran alveolar- kapilari merupakan satu-satunya lapisan yang memisahkan oksigen dari darah. Bagaimanakah membran ini memisahkan oksigen dari darah? Oksigen akan menembusi membran ini dan hemoglobin sel darah merah akan membawa oksigen tersebut ke jantung. Kemudian, darah akan dipam ke seluruh tubuh melalui arteri. Pada keadaan ini, darah yang keluar dari paru-paru mempunyai tekanan oksigen 100 mmHg. Pada ketika ini juga, bacaan hemoglobin adalah 95% tepu oksigen.
  • 62. 1. Pernafasan Eksternal Karbon dioksida yang terhasil akan menembusi aveolar-kapilari dari kapilari darah, kemudian melalui tiub bronkial dan trakea seterusnya dihembus keluar melalui hidung dan mulut. Pernafasan eksternal mempunyai empat proses. Proses – proses tersebut adalah: i. Ventilasi pulmonari menggantikan udara dalam alveoli dengan udara luar; ii. Aliran darah melalui paru-paru; iii. Pengagihan aliran udara dan aliran darah sedemikian sehingga jumlah tepat dari setiapnya dapat sampai ke semua bahagian tubuh;dan iv. Penggabungan gas yang menembusi membran pemisah alveolar kapilari. Karbon dioksida lebih mudah bergabung dengan darah berbanding oksigen.
  • 63. 1. Pernafasan Eksternal Semasa melakukan aktiviti senaman, darah yang datang ke paru-paru mengandungi lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen. Justeru itu, karbon dioksida itu tidak dapat dikumuhkan, maka pengecutan dalam arteri darah bertambah. Hal ini akan merangsang pusat pernafasan dalam otak untuk mempercepat dan memperdalamkan pernafasan. Dengan ini, karbon dioksida dapat dikumuh dan paru- paru dapat mengambil oksigen dengan lebih banyak.
  • 65. 2. Pernafasan Eksternal Pernafasan internal berlaku pada semua tisu tubuh. Darah yang sampai di kapilari bergerak dengan lambat. Darah tersebut juga hemoglobinnya tepu dengan oksigen. Pengoksigenan akan berlaku apabila sel tisu mengambil oksigen dari hemoglobin dan mengeluarkan karbon dioksida daripada aktiviti – aktiviti sel.
  • 68.
  • 72. Mekanisma dan Kawalan Pernafasan Mekanisme pernafasan melibatkan dua proses fizikal, iaitu dan . Mekanisme pernafasan melibatkan otot-otot interkosta (luar dan dalam) dan otot diafragma. Perubahan yang berlaku semasa mekanisme tarikan dan hembusan nafas ditunjukkan dalam jadual berikut. Apabila kita , otot diafragma akan menguncup sekaligus menjadikan ruang toraks lebih luas. Pada masa ini, juga paru-paru akan mengembung dan menjadikan tekanan udara dalam paru-paru berkurangan. Akibat daripada tindakan itu, udara akan disedut masuk melalui salur udara ke dalam paru-paru. Semasa , ruang dada menjadi lebih kecil. Ini berlaku kerana otot diafragma naik ke atas dan tulang rusuk ditarik ke bawah oleh otot interkosta dalam. Tekanan udara menjadi lebih tinggi di dalam paru – paru dan ini menyebabkan udara berasak keluar dari paru – paru.
  • 73. Mekanisma dan Kawalan Pernafasan
  • 74. Mekanisma dan Kawalan Pernafasan Terdapat beberapa gerakan pernafasan yang dianggap istimewa kerana ia berbeza daripada gerakan pernafasan biasa. Ia berlaku pada keadaan berikut: i. Mengeluh dan menguap – Gerakan menarik nafas yang panjang. ii. Batuk dan bersin – Gerakan menghembus nafas yang terpaksa. iii. Tersedu – Gerakan menarik nafas dengan mengejut kerana sentakan otot diafragma. Bunyi tersedu terjadi kerana udara dihirup dengan segera melalui pita suara. Kawalan Pernafasan Dalam sehari kita menarik dan menghembus nafas tanpa henti. Pada setiap satu minit, orang dewasa melakukan gerakan pernafasan sebanyak 16 hingga 18 kali.
  • 75. Mekanisma dan Kawalan Pernafasan Ada dua faktor yang mengawal pernafasan iaitu kawalan saraf dan kawalan kimia. a. Kawalan Saraf Sistem saraf mengawal gerakan pernafasan menjadikannya gerakan otomatik. Namun begitu manusia boleh mengawal gerakan pernafasan dengan kuasa kawalan pada jangka masa yang pendek sahaja. Pusat kawalan pernafasan yang terletak di medula oblongata bertanggungjawab menjadikan gerakan pernafasan menjadi gerakan otomatik. Di pusat inilah utusan saraf mengalir melalui gentiangentian saraf khas dan sampai ke otot diafragma dan ke lain-lain otot pernafasan. b. Kawalan Kimia Kepekaan pusat kawalan pernafasan terhadap kehadiran karbon dioksida dalam darah adalah sangat tinggi. Pusat kawalan pernafasan akan terangsang apabila penghasilan karbon dioksida bertambah. Ini akan menyebabkan pengaliran utusan pernafasan ke otot-otot pernafasan untuk mempercepatkan dan memanjangkan gerakan pernafasan untuk menyingkirkan karbon dioksida. Secara amnya boleh dikatakan bahawa pusat kawalan pernafasan mengawal atur jumlah karbon dioksida di dalam darah serta menentukan bilangan dan panjangnya sesuatu pernafasan.
  • 76. AMALI – ANATOMI DAN FISIOLOGI ( SISTEM RESPIRATORI ) • Bilangan Waktu Amali = 3 Waktu • Hari Jumaat – 8.10 am – 9.55 am ( 105 minit ) a) Mengukur ukur lilit dada semasa inspirasi, istirehat dan ekspirasi. b) Menjalankan aktiviti menentukan kapasiti peparu dan kadar hembusan tertinggi (peak flow rate).
  • 77. 6.8 – SISTEM URINARI SAINS SUKAN TINGKATAN 6 ( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )
  • 78. Objektif Pembelajaran Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :- a) Menyatakan komponen utama sistem urinari dan fungsinya; b) Menghuraikan fungsi sistem urinari; c) Menghubung kait warna air kencing atau urin dengan status hidrasi.
  • 79. Pengenalan Tugas terpenting sistem urinari adalah mengeluarkan bahan buangan dan membantu badan mengekalkan hemeostasis. Hemeostasis dapat dikekalkan dengan mengawal kandungan dan isi padu darah. Sistem urinari mengekalkan homestasis dengan mengeluarkan atau menyimpan isi padu air dan bahan larutan terpilih. Organ-organ di dalam sistem urinari adalah dua ginjal, dua ureter, satu pundi kencing dan satu uretra.
  • 80. Kedudukan Organ dalam Sistem Urinari
  • 81. Organ dalam Sistem Urinari dan Fungsinya 1) GINJAL • Terletak di setiap sisi kolum vertebra, berwarna kemerahan dan berbentuk seperti biji kacang hijau. • Berukuran 10-12 cm panjang, 5-7 cm lebar dan 2.5 cm tebal dan seberat kira-kira 140 gm bagi orang dewasa. • Sempadan luarnya berbentuk cembung dan mempunyai pembukaan di tengahnya yang disebut sebagai hilum. • Hilum merupakan pintu masuk dan keluar pembuluh – pembuluh ginjal. • Ginjal kanan adalah lebih pendek dan lebih tebal daripada ginjal kiri. • Ginjal diselaputi oleh tiga lapisan tisu.  Pertama, lapisan dalam adalah kapsul renal atau kapsul sebenar yang terdiri daripada membran berserat nipis;  Kedua, lapisan yang dikenali sebagai fasia renal atau kapsul palsu terdiri daripada tisu perantara padat; dan  Ketiga, lapisan berlemak yang terletak di antara lapisan dalam dan lapisan luar yang dikenali sebagai lemak perirenal.
  • 82. Organ dalam Sistem Urinari dan Fungsinya
  • 83. Organ dalam Sistem Urinari dan Fungsinya 2. URETER • Juga dipanggil sebagai salur ginjal. Ureter merupakan tiub yang keluar dari setiap ginjal. • Tugas ureter adalah membawa urin ke pundi kencing. • Terdiri daripada tiub berotot dan mempunyai panjang kira-kira 25 cm panjang. • Dua bahagian ureter:  Pertama, corong atau pelvis ginjal. Bahagian atas yang kembang berbentuk seperti mangkuk dan dinamakan kaliks.  Kedua, salur buah pinggang. Mempunyai panjang lebih kurang 25.4cm. Ia bermula dari hadapan otot belakang abdomen terus ke ruang pelvis benar dan berakhir di permukaan belakang pundi kencing. • Tisu-tisu yang terdapat pada ureter adalah:  Tisu berserat lapisan bahagian luar;  Tisu otot bebas lapisan tengah, gerakan peraltasis bertanggungjawab mengalirkan urin dari ginjal ke pundi kencing; dan  Tisu epitelium peralihan lapisan dalam ureter berfungsi untuk melindunginya daripada asid urik.
  • 84. Organ dalam Sistem Urinari dan Fungsinya 3. PUNDI KENCING • Adalah organ yang berotot dan berongga. Berfungsi untuk menakung air kencing. • Ianya berbentuk bulat apabila penuh dan berbentuk leper berlipat-lipat apabila kosong. • Pundi kencing mempunyai apeks, dasar dan tiga dinding. Ruang dalam pundi kencing berbentuk segi tiga dan disebut sebagai trigon. • Dasar segi tiga menghala ke atas, manakala bahagian puncaknya menghala ke bawah. • Trigon mempunyai banyak hujung saraf deria dan sangat peka terhadap perubahan isi padu urin dalam pundi kencing. • Otot pundi kencing terdiri daripada otot licin dan bersifat tidak voluntari. • Lapisan dalamnya adalah kalis air di mana terbina daripada membran mukus jenis epitelium peralihan. • Urin akan disimpan untuk sementara waktu sahaja sehingga ia dikeluarkan melalui uretra. • Sebanyak satu liter urin boleh ditakung oleh pundi kencing. Namun, dalam keadaan luar biasa ia boleh menakung sebanyak tiga liter urin. Pada keadaan normal, apabila pundi kencing menakung 6 – 10 liter urin, perasaan hendak kencing akan timbul.
  • 85.
  • 86. SAINS SUKAN TINGKATAN 6 ( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )
  • 87. Objektif Pembelajaran Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :- a) Mengenal pasti kelenjar pituitari, tiroid, adrenal, dan pankreas; b) Menyenaraikan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari, tiroid, adrenal, dan pankreas; c) Memerihalkan fungsi asas hormon yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari, tiroid, adrenal, dan pankreas.
  • 88. Pengenalan Sistem endokrin menghasilkan sejenis bahan kimia yang dinamakan sebagai hormon. Sistem pengaliran darah bertanggungjawab untuk membawa hormon ke seluruh tubuh. HORMON Hormon yang dihasilkan oleh sistem endokrin mempunyai kesan yang banyak dan berbeza-beza. Walaupun begitu, terdapat empat fungsi utama yang dilakukan oleh hormon: a) Menolong mengawal persekitaran dalaman dengan mengatur kandungan kimia dan isi padunya di dalam tubuh badan; b) Membantu tubuh dalam keadaan tertekan seperti semasa keadaan jangkitan, trauma, stres, pendehidratan, kebuluran, pendarahan dan perubahan suhu yang melampau; c) Memainkan peranan dalam pertumbuhan dan perkembangan tubuh; dan d) Memainkan peranan dalam pembiakan seperti dalam pembentukan gamet, persenyawaan, pemakanan kepada embrio dan fetus, proses bersalin dan pemakanan kepada anak yang baru lahir.
  • 89.
  • 90. Kalenjar utama dalam Sistem Endoktrin 1. Kalenjar Pituitari 2. Kalenjar Tiroid dan Paratiroid 3. Kalenjar Timus 4. Kalenjar Adrenal (Suprarenal) 5. Pankreas 6. Ovari (wanita) dan Testis (lelaki)
  • 94. 3. Kalenjar Paratiroid & Timus Kalenjar Timus
  • 95. 4. Kalenjar Adrenal • Berpasangan yg terletak pada bahagian atas (superior) ginjal. • Mempunyai bentuk piramid yg rata • Saiz pada dewasa : 3-5 cm tinggi, 2-3 cm lebar. • Mempunyai 2 bahagian utama : – Adrenal Korteks : bhgn luar – Adrenal Medula : bhgn dalam (tengah)
  • 97. 6. Ovari dan Testis
  • 98. Penghasilan Hormon dan Fungsinya KALENJAR HORMON FUNGSI Pituitari 1. Anti Diuretik Hormone (ADH) Mengatur keseimbangan air dalam tubuh badan manusia 2. Oksitosin Meransang kontraksi uterus semasa melahirkan anak. Mengawal kalenjar susu 3. Melanocyte Hormone Mengawal pigmen kulit 4. Somatotrofin Hormone Hormon tumbesaran yang mengawal pembesaran seseorang manusia. 5. Tirotrofin Hormone Mengawal fungsi tiriod 6. Adreno Cortico Trofic Hormone (ACTH) Mengawal fungsi ginjal 7. Follicle Stimulating Hormon (FSH) and Luteinizing Hormone (LH) Mengawal fungsi ovari dan testis.
  • 99. Penghasilan Hormon dan Fungsinya KALENJAR HORMON FUNGSI Pituitari 8. Hormone Prolaktin Hormon yang membantu dalam fungsi kewanitaan seperti kelenjar susu dan sebagainya. 9. Hormon Prolaktin (Luteotropik Hormone) Kalenjar Tiroid 1. Tiroksin Mengawal pertukaran tenaga dalam badan dan pengambilan O2. Kalenjar Paratiroid 1. Hormon Paratiriod / Parathormone Mengawal penyerapan Kalsium dalam usus. Pengeluaran fosfat melalui urin. Kalenjar Timus 1. Thymosin 2. Thymic humoral factor 3. Thymic factor 4. thymopoietin Hormon mengawal pertahanan badan
  • 100. Penghasilan Hormon dan Fungsinya KALENJAR HORMON FUNGSI Pankreas 1. Insulin Mengawal paras gula dalam tubuh badan manusia 2. Hormon Glukagon Meningkatkan paras glukosa dalam darah Kalenjar Adrenal 1. Hormon Adrenalin / Epinephrin Mengurangkan risiko penyakit asma Meningkatkan tugas dan fungsi jantung. 2. Hormon Noradrenalin Mengawal tingkat metabolisme badan. Mengawal pergerakkan otot Ovari 1. Astrogen 2. Progestron Memberikan sifat kewanitaan dan mengawal kitaran haid. Testis ( Testikal ) 1. Androgen 2. Testostoren Mengawal organ – organ pembiakan lelaki.
  • 101. SAINS SUKAN TINGKATAN 6 ( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )
  • 102. Objektif Pembelajaran Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :- a) Mengenal pasti struktur dan fungsi sistem reproduktif lelaki dan wanita; b) Memerihalkan fasa yang terlibat dalam kitaran haid.
  • 103. Pengenalan 1. Fungsi sistem reproduktif a) Menghasilkan zuriat. b) Menghasilkan hormon seks 2. Sistem reproduktif mengikut jantina a) Lelaki – Penis, testis, vesikel semen, kelenjar prostat dan uretra. b) Perempuan – Ovari, tiub faliopio, uterus dan vagina. 3. Kitaran haid
  • 110. Kitaran Haid Wanita • Kitaran haid wanita biasanya mengambil masa 28 – 35 hari. • 4 fasa penting dalam satu kitaran. – Tempoh Haid – Tempoh Kering – Tempoh Subur – Tempoh pemendapan darah ( tempoh tidak subur) • Emosi dan Perasaan wanita banyak dipengaruhi oleh kitaran haidnya.
  • 111. SEKIAN DAN TERIMA KASIH BAB 6 – ANATOMI DAN FISIOLOGI SAINS SUKAN TINGKATAN 6 ( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )