SlideShare a Scribd company logo
1 of 27
Download to read offline
(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU)
TAJUK
1
(SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK)
Sinopsis
• Tajuk ini membincangkan tentang sejarah perkembangan ilmu
linguistik yang bermula pada tahun 500 SM hingga ke zaman moden.
Sejarah pengkajian ilmu linguistik bermula pada zaman Yunani,
zaman Iskandariah, zaman Rom, zaman pertengahan, zaman
Peralihan (Renaissance), zaman Arab, zaman India, zaman Linguitik
perbandingan dan zaman linguistik moden.
• HASIL PEMBELAJARAN
1. Menyusur galur sejarah perkembangan ilmu linguistik.
2. Menghuraikan sejarah ilmu linguistik zaman Yunani, Iskandariah, Rom,
Arab, India hingga zaman moden abad ke 20
Tahukah anda bila kajian bahasa bermula? Berdasarkan catatan awal sejarah
ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum
masihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu
linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan
penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil
kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam
kajian bahasa adalah berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada
zaman linguistik yang bermula di Eropah.
1.1 Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman Rom
Dalam sejaran ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang
pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani.Tamadun Yunani merupakan satu
tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini
merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik.
Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi.
Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian
mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk
falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad
(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU)
ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada
bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat
ketika itu
Untuk pengetahuan anda, tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman
Yunani ialah Plato dan Aristotle, iaitu murid Plato. Plato (427 – 347) merupakan
ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu
masalah dan persoalan melalui karyanya yang berbentuk dialog, iaitu Cratylus.
Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya, iaitu
antara kumpulan analogis yang mempercayai bahawa bahasa bersifat alamiah,
nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang berpegang kepada
kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Plato telah menimbulkan
persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau
konvensyen, iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat. Beliau juga menyelidik
tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja.
Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan
kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan.
Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 – 322 sebelum
masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa, iaitu kata
penghubung. Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang
falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato. Aristotle merupakan sarjana yang
mula-mula mengakui tentang adanya sistem kala atau tense dalam bahasa
Yunani. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa
sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa
bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan
yang menjadi subjek tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja
yang ada di dunia yang menjadi subjek logika.
Secara umumnya, anda dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era
Yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian
mereka lebih bercorak logik dan bukannya saintifik.
Kita telah selesai membincangkan tentang sejarah perkembangan linguistik
zaman Yunani. Sekarang kita beralih pula kepada Zaman Iskandariah. Zaman ini
(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU)
bermula pada abad ketiga tahun masihi. Sebagai sebuah tanah jajahan Yunani,
Iskandariah menjadi pusat perkembangan kesusasteraan dan linguistik tamadun
Yunani, namun penumpuan bahasa pada waktu ini lebih kepada aspek lisan,
iaitu pertuturan. Mereka turut mengkaji sistem fonetik dan membahagikan
perkataan kepada adverb, participal, ganti nama dan kata depan. Para sarjana
turut memperkenalkan bidang sintaksis, iaitu ayat yang merupakan satu unit
deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai
makna.
Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman
Rom. Orang Rom telah mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani
runtuh. Tahukah anda bahawa mereka mengambil ilmu bahasa Yunani dan
membuat kajian dalam bahasa Latin. Jika dikaji perkembangan bahasa pada
zaman ini lebih kepada perubahan sistem bahasa daripada tamadun Yunani
kepada bahasa Latin. Mereka kurang menyumbang kepada perkembangan ilmu
baharu berkenaan bahasa. Walau bagaimanapun sumbangan mereka amat
penting kerana hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji
bahasa selepas zaman itu.
1.2 Zaman Pertengahan, Zaman Arab, Zaman India
Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman
pertengahan yang dikenali juga sebagai zaman Renaissance. Pada era ini ahli
bahasa mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa vernakular. Para pengkaji
pada zaman ini menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk
mengukur kualiti sesuatu bahasa. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu
baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan
tatabahasa. Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasateraan.
Anda harus ingat bahawa pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan logika
dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Golongan
zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mereka juga
dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa
Inggeris.
(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU)
Sekarang mari kita bincang pula perkembangan linguistik zaman Arab. Pada
zaman ini bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di
dunia. Hal ini disebabkan Eropah mengalami zaman gelap. Kebanyakan ahli fikir
yang lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan
daripada pemimpin mereka. Kajian mereka tertumpu kepada sumber al-Qur’an
dan hasilnya perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi
sempurna serta terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan.
Perbincangan seterusnya ialah sejarah perkembangan linguistik zaman India.
Pada era ini bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan kesan
besar kepada ilmu linguistik. Bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa
Inggeris kepada kitab Rig-Veda. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari
aspek fonetik, morfologi dan sintaksis.
Tahukah anda bahawa sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini ialah
kejayaan mereka membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula
mengkaji bahasa secara saintifik. Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa
berasal daripada satu bahasa yang sama. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian,
hampir semua bahasa memiliki perkataan yang hampir sama dan maksud
perkataan juga hampir sama.
1.3 Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden
Untuk pengetahuan anda, zaman ini dikatakan sebagai permulaan kepada
linguistik moden, iaitu sekitar abad ke-19. Bidang bahasa mula berkembang
dengan wujudnya bidang baharu, iaitu antropologi dan sosiologi. Pendekatan
kajian bahasa berdasarkan bukti nyata. Mereka turut mengkaji pertalian dan
hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Mereka mendapati
bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi
wujud daripada satu rumpun yang sama.
Tahukah anda bahawa kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun
bahasa daripada semua bahasa di dunia. Ahli bahasa zaman ini turut
mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa
(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU)
berisolasi, berimbuhan dan bahasa berfleksi. Hukum baharu mula wujud yang
dikenali sebagai hukum R-G-L dan R-D-L.
Sebagai mengakhiri perbincangan tajuk 1 ini, marilah sama-sama kita lihat
sejarah perkembangan linguistik zaman moden sekitar abad ke-20. Pengkajian
ilmu bahasa pada zaman ini lebih cenderung kepada linguistic deskriptif atau
linguistik huraian. Kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada
sinkronis dan diakronis. Para pengkaji turut menelurkan satu teori baharu, iaitu
bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial.
Tugasan:
Buat catatan nota dalam bentuk grafik tentang sejarah perkembangan linguistik
sejak sebelum masihi hingga ke zaman moden. Gunakan bahasa sendiri
menunjukan anda faham apa yang dibincangkan.
Bincangkan sumbangan Plato dan Aristotle kepada perkembangan ilmu linguistik
sehingga kini.
(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU)
TAJUK 2 : PEMIKIRAN DALAM LINGUISTIK
Sinopsis
Tajuk dua ialah pemikiran dalam linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu
pemikiran Edward Sapir, Leonard Bloomfield dan pemikiran Ferdinand de
Saussure. Mereka merupakan tokoh linguistik yang banyak memberi sumbangan
kepada perkembangan ilmu bahasa melalui hasil kajian secara empirikal.
Hasil Pembelajaran
(i) Menghuraikan aliran pemikiran tokoh-tokoh lingustik mengiku zaman
(ii) Menghargai sumbangan tokoh-tokoh dalam perkembangan ilmu bahasa
sejak zaman awal hingga zaman moden
(iii) Membuat banding beza bentuk pemikiran antara tokoh-tokoh linguistik
Kerangka Tajuk
Hasil pemikiran de Saussure telah melayakkan beliau diberikan jolokan sebagai
“Bapa Linguistik Moden”
Hasil pemikiran Bloomfield telah menghasilkan teori behaviourisme
Hasil pemikiran Edward Sapir dapat diterokai melalui bukunya bertajuk
Language (1881)
1.1 Pemikiran Edward Sapir Dalam Bidang Linguistik
• Edward Sapir (1884 – 1939) seorang sarjana linguistik struktural dan
antropologi dari Amerika pada awal abad ke-20. Beliau mengkaji
hubungan bahasa dengan pemikiran manusia dari aspek psikologi.
• Beliau berpendapat psikologi mendasari pengkajian bahasa dalam sains.
Kesimpulan kajian beliau mendapati bahawa struktur bahasa merupakan
unsur yang menentukan sturktur pemikiran manusia.
• Menurut beliau, bahasa ialah sistem manusiawi yang instingtif, iaitu
bersifat arbitrari untuk menyampaikan perasaan dan fikiran. Buku beliau
(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU)
bertajuk Language berbeza dengan Bloomfield kerana menggunakan
pendekatan antropologi yang melihat bahasa dari segi fungsinya dalam
masyarakat.
• Rumusan hasil pemikiran beliau tiada bahasa yang sempurna, bahasa
akan sentiasa berubah.
1.2 Pemikiran Leonard Bloomfield Dalam Bidang Linguistik
• Bloomfield (1887 – 1949) merupakan ahli linguistik yang mempelopori
teori behaviourisme yang berkait rapat dengan fahaman ahli psikologi
dalam menghuraikan bahasa. Beliau beranggapan bahawa bahasa
sebagai pangkalan data ucapan yang boleh mengeluarkan segala unit
bahasa. Dengan kata lain, ayat-ayat itu tersusun di dalam otak dan
dikeluarkan apabila adanya rangsangan.
• Rumusan beliau, sekiranya tingkah laku manusia lain berpunca daripada
adanya rangsangan atau stimulus, maka bahasapun dapat dilahirkan
sebagai gerak balas atau respons terhadap rangsangan itu.
• Beliau juga beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah laku manusia.
Beliau memperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya, iaitu suatu
kenyataan yang menunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah
dapat diperhatikan dan dianalisis secara empirikal. Buku beliau yang
popular ialah Language (1933).
1.3 Pemikiran Ferdinand de Saussure Dalam Bidang Linguistik
• Ferdinand de Saussure (1857 – 1913) ialah orang pertama mengasaskan
ilmu linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai ‘Bapa Ilmu Linguistik
Moden’ telah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan
pendekatan baharu dalam bidang bahasa secara moden.
(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU)
• Dalam sejarah ilmu linguistik moden, beliau merupakan orang pertama
yang mengemukakan dan menekankan peri pentingnya kajian bahasa
dilakukan dari sudut yang berbeza-beza, iaitu secara sinkronis dan
diakronis. Linguistik sinkronis mengkaji bahasa pada suatu masa tertentu.
Linguistik diakronis mengkaji bahasa dari segi sejarah yang dilalui oleh
bahasa serta perubahan-perubanan yang dialami oleh sesuatu bahasa
tersebut.
• De Saussure merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep
‘langue’ dan ‘parole’. Langue bermaksud loghat atau dialek dan parole
bermaksud ciri-ciri bahasa yang dituturkan atau diucapkan oleh individu
dalam masyarakat.
• Ketokohan beliau adalah hasil penelitiannya sehingga menerbitkan buku
bertajuk Couse de Linguistique Generale pada tahun 1915. Karya agung
beliau ini adalah hasil daripada usaha pelajar-pelajarnya yang telah
mengumpul dan menyusun semula bahan-bahan kuliah sehingga
terhasilnya buku tersebut yang kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa
Inggeris pada tahun 1959.
Tugasan :
Buat banding beza dalam bentuk grafik antara pemikiran de Saussure
dengan Bloomfield.
Huraikan dengan ringkas menggunakan ayat sendiri sumbangan dan
kesan teori behaviourisme terhadap pengajaran dan pembelajaran
bahasa.
(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
-
TAJUK 3: BIDANG LINGUISTIK
Sinopsis
Tajuk tiga ialah bidang linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu
Linguistik Am dan Linguistik Gunaan, Linguistik Sejarah dan Linguistik
Perbandingan serta Linguistik Kontekstual.
Hasil Pembelajaran
(i) Menghuraikan tentang bidang ilmu linguistik
(ii) Menghuraikan linguistik am atau umum, linguistik sejarah, linguistik
perbandingan dan linguistik kontekstual
(iii) Membincangkan bidang linguistik gunaan dan hubungannya dengan
pengajaran bahasa.
Kerangka Tajuk
Pengenalan kepada bidang-bidang ilmu linguistik
Linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa
Perbandingan antara bahasa dan ciri persamaan dan perbezaan antara bahasa
Kepentingan linguistik sejarah dalam perkembangan ilmu linguistik
3.1 Linguistik Umum dan Linguistik Gunaan
(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU)
• Linguistik umum disebut juga sebagai linguistik am, iaitu bidang yang
mengkaji aspek-aspek teori Ilmu linguistik secara umum.
• Linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan.
• Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu
pendidikan dan psikologi.
• Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan
teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan
bahasa dan menulis buku-buku teks.
• Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan
makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa
asli dan juga bahasa asing.
• Linguistik ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan
bahan-bahan mengajarkan bahasa.
• Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah terus
yang mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli
pelajarnya.
• Ada aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan,
iaitu terjemahan dan perkamusan, tetapi dalam modul ini kita hanya
menyebut mengenai penggunaan linguistik dalam mengajarkan bahasa
sahaja.
• Perkara yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan konsep
yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum.
• Menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal,
cara dan kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa,
iaitu secara deskriptif.
• Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu
bahasa yang berhubungan dengan pengajaran bahasa.
• Pengenalan linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa
merupakan suatu usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan
moden yang disebut juga sebagai sains gunaan.
(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU)
• Dalam meletakkan linguistik gunaan ke dalam pengajaran bahasa,
seseorang itu sudah mampu menghuraikan bentuk-bentuk dan peraturan
sesuatu bahasa dan mengajarkan bahasa dengan baik.
3.2 Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan
• Linguistik perbandingan (asalnya filologi perbandingan) ialah satu
cabang linguistik sejarah yang membandingkan bahasa-bahasa supaya
dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu.
• “Perhubungan" membayangkan asal yang sama atau bahasa proto, dan
linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa
proto dan menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku pada
bahasa-bahasa yang didokumenkan itu.
• Teknik asas linguistik perbandingan ialah “kaedah perbandingan” yang
bertujuan untuk membandingkan sistem-sistem fonologi, sistem-sistem
morfologi, sintaksis, dan leksikon.
• Pada dasarnya, setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait harus
dapat diterangkan dengan amat munasabah, dan perubahan-perubahan
sistematik, umpamanya dalam sistem-sistem fonologi atau morfologi,
dijangka amat tetap.
• Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh, dan tidak
rapat hubungannya, kaedah perbandingan tidak begitu berguna.
• Kaedah terawal untuk jenis ini ialah glotokronologi yang mencadangkan
satu formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua
bahasa itu berpisah, berdasarkan peratusan perbendaharaan kata teras
sebanyak 100 butir (kemudian 200) yang seketurunan dalam bahasa-
bahasa yang dibandingkan.
• Kaedah glotokronologi mencadangkan penggunaan formula matematik
untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah.
• Terdapat juga cabang-cabang linguistik lain yang melibatkan
pembandingan bahasa yang bukannya sebahagian linguistik
perbandingan:
• Tipologi bahasa membandingkan bahasa supaya dapat mengelaskannya
mengikut ciri-ciri.
(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU)
• Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik tentang
hubungan antara penutur-penutur bahasa yang berbeza, khususnya
sebagaimana yang terbukti dalam kata-kata pinjaman.
• Cabang kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan
perkembangan sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui
masa iaitu dari zaman kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang
tertentu.
• Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal usul(etimologi)
sesuatu bahasa.
• Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman.
• Kajian perlu dilakukan secara sinkronik iaitu kajian secara terperinci dalam
beberapa zaman atau masa dan tempat tertentu.
• Kemudian, kajian perlu dilakukan secara diakronik, iaitu membuat
perbandingan bagi menentukan perubahan dan perkembangan yang
berlaku di dalam bahasa tersebut.
• Linguistik sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang berusaha
untuk memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah yang
dilaluinya melalui masa.
• Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asasl usul
atau etimologi sesuatu bahasa. Tujuannya adalah untuk mengetahui
proses dan perkembangan bahasa dari masa lampau hingga kini.
• Linguistik perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yang
membandingkan antara bahasa yang sekeluarga. Tujuannya adalah untuk
melihat ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara bahasa yang
sekeluarga, yakni bahasa seketurunan daripada bahasa induk.
• Perbandingan dilakukan antara beberapa aspek tertentu sahaja atau
seluruh aspek bahasa yang dibanadingkan itu. Linguistik ini
memperlihatkan hubungan yang erat dengan linguistik huraian. Hal ini
disebabkan huraian yang lengkap diperlukan tentang aspek-aspek yang
dibandingkan itu
3.3 Linguistik Kontekstual
(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU)
• Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan
disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras
mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang
linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan
dunia.
• Sosiolinguistik, linguistik antropologi, dan antropologi linguistik merupakan
sains sosial yagn mengkaji interaksi – interaksi linguistik dengan
masyarakat pada keseluruhannya.
• Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah berinteraksi
dengan linguistik.
• Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sains perubatan
dengan linguistik. Bidang-bidang linguistik merentasi disiplin termasuk
pemerolehan bahasa, linguistik evolusi, linguistik pengiraan, serta sains
kognitif.
Tugasan:
1. Buat perbandingan antara linguistik sejarah dengan linguistik
perbandingan.
2. Bincangkan bidang linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa.
Tajuk 4: LINGUISTIK KONTEKSTUAL
Sinopsis:
Tajuk empat ialah tajuk yang melihat bagaimana linguistik berinteraksi
dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori
teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang
linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan
dunia.
(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU)
Hasil Pembelajaran:
1. Menjelaskan perhubungan antara bahasa dan masyarakat.
2. Mengenalpasti aspek-aspek bahasa, struktur dan penggunaan bahasa dalam
fungsi-fungsi sosial, kebudayaan dan masyarakat.
Linguistik Kontekstual
Menurut J. Lyons, 1968 ;
• Linguistik adalah satu bidang yang mengkaji bahasa secara saintifik
Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur 2005);
• Linguistik ialah-
1. Kajian saintifik tentang bahasa.
2. Berkaitan dengan bahasa.
Menurut Kamus Dwibahasa (1981);
• Menjelaskan bahawa linguistik ialah pengajian ilmu bahasa.
Menurut John Lyons (1968);
• Linguistik adalah suatu ilmu pengkajian bahasa yang dilakukan secara
saintifik.
Definisi kontekstual:
Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur 2005);
• Kontekstual ialah-Berkaitan dengan atau menurut konteks: penyelidikan
sastera dari segi dapat merencanakan perkembangan sastera.
• Kontekstual membawa pengertian:
1.Yang berkenaan, relevan, ada hubungan atau kaitan langsung,
mengikut konteks.
2.Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful).
 Linguistik kontekstual ialah bidang yang melihat bagaimana linguistik
berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan
linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri,
bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa
berinteraksi dengan dunia.
(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU)
Sosioling
Sosiolinguistik
• Sosiolinguistik adalah bidang yang mengkaji perhubungan di antara
bahasa dan gejalanya dalam masyarakat.
• Cenderung berfokus kepada variasi bahasa yang muncul dalam
masyarakat yang kebiasaanya dipengaruhi oleh stratifikasi sosial dalam
masyarakat.
• Merupakan satu kajian yang sangat luas dan pelbagai meliputi bermacam-
macam perkara seperti fungsi bahasa, peranan bahasa, penerimaan
istilah akuntasi di kalangan ahli ekonomi, kata sapaan yang ditinjau dari
perpaduan sosial dan jarak sosial di antara penutur, kriteria dan persepsi
kesantunan berbahasa, pelacakan bahasa rahsia bajak laut,
pengungkapan jati diri secara sosial melalui grafiti, mantra dan pelbagai
istilah lain lagi.
• Pada prinsipnya, ia mengkaji mengenai aspek-aspek linguistik yang
melihat aspek bahasa, struktur dan penggunaan bahasa yang ada dengan
fungsi-fungsi sosial, kebudayaan dan penggunaannya dalam sesebuah
masyarakat yang tertentu.
• Secara mudah, sosiolinguistik adalah bidang yang memperlihatkan
pertalian antara bahasa dengan masyarakat.
• Fungsi linguistik memperkatakan tentang perkara-perkara seperti
perbandingan di antara bahasa rasmi dengan bahasa vernakular yang
(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU)
tidak rasmi, iaitu satu perihal yang melibatkan apa yang dinamakan
“perancangan bahasa” dalam menegakkan identiti sesebuah negara.
• Kesimpulannya, sosiolinguistik mengkaji berbagai bahan sosio-budaya
yang berhubung dengan aspek-aspek linguistik seperti perhubungan
sosial harian yang berkaitan pula dengan kebudayaan, masyarakat,
kumpulan sosial, bahasa, dialek dan bentuk-bentuk gaya yang dibezakan
oleh perihal taraf pemakai-pemakainya.
Pengertian Antropologi
Menurut etnologinya kata antropologi berasal dari kata yunani “Antropo”
yang bererti manusia dan “logy” atau “logos” bererti ilmu yang
mempelajari.
Antropologi Linguistik
 Satu cabang yang mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya
terutama untuk mengamati bagaimana bahasa itu digunakan sehari-hari
sebagai alat dalam tindakan bermasyarakat.
 Adakala disebut etnolinguistik iaitu bidang yang dikatakan memberi
penumpuan kepada perhubungan di antara bahasa dengan penyelidikan
primitif, pertalian bahasa dengan kumpulan-kumpulan etnik.
 Salah satu cara atau kaedah yang dapat digunakan untuk melihat
pemakaian bahasa dalam konteks sosial budaya secara terperinci adalah
participant observation.
 Participant observation merujuk kepada seseorang yang dihantar kepada
sesuatu etnik, menetap dan bergaul dengan etnik berkenaan sehingga
kadang-kadang membawa kepada perkahwinan dan jangka masa yang lama.
Linguistik Antropologikal
Mengkaji hubungan di antara bahasa dan budaya. Melihat aspek-aspek
kehidupan penutur yang tertentu dan seterusnya melihat bagaimana suasana
kehidupan dan sistem nilai yang dipegang oleh para penutur mempengaruhi
cara mereka berbahasa.
Latihan:
1. Huraikan cabang-cabang linguistik kontekstual.
(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU)
TAJUK 5 : STILISTIK
Sinopsis
(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU)
Tajuk 5 ini melihat variasi bahasa yang bersistem yang wujud dalam
sesuatu bahasa yang dituturkan oleh seorang penutur, Perlakuan bahasa
bergantung kepada keadaan dan partisipasi sesuatu pertuturan.
Perbezaan dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang paling
formal kepada bentuk yang agak formal.
Hasil Pembelajaran
1. Mengenal pasti prinsip-prinsip stilistik.
2. Melihat bagaiamana keberkesanan stilistik mempengaruhi bahasa.
Stilistik
Menurut Abdullah Hassan (1990)
 Stilistik atau sylistics adalah ilmu tentang stail atau gaya yang
dihubungkan dengan pemakaian atau penggunaan bahasa
 Fokus dan penekanan terhadap aspek kebahasaan
 Ilmu tersebut muncul dalam bidang linguistik dan diperluas dalam bidang
kesusasteraan yang menggunakan bahasa sebagai wahana pengucapan.
 Kesan penerapan daripada disiplin linguistik tercerminnya ilmu gaya yang
membezakan gaya sastera dan gaya bukan sastera.
Stilistik dari sudut Sastera
 Kajian terhadap keseluruhan karya yang berpusat kepada penggunaan
bahasa.
 Cabang linguistik gunaan atau terapan.
 Karya sastera ditandai kelainan dalam penggunaan gaya bahasanya
untuk menimbulkan kesan artistik.
 Rene Wellek dan Austin Warren (1966:182)-stilistik meneliti penggunaan
bahasa yang menyimpang daripada norma dan berusaha menemukan
fungsi estetik.
Pengenalan am Stilistik Bahasa.
(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU)
 Bermaksud bentuk variasi bersistem yang wujud dalam sesuatu bahasa
yang dituturkan oleh seorang penutur, khasnya bergantung kepada
keadaan dan partisipasi sesuatu pertuturan.
 Perbezaan dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang paling
formal kepada bentuk yang agak formal.
Prinsip Stilistik
 Pertama menganggap dan mengiktiraf bahasa sebagai punca kegiatan
berkreatif dengan merujuk kepada kemampuan berbahasa sebagai satu
anugerah dan bakat seseorang penulis.
 Analisis karya sastera merupakan suatu huraian tentang bakat dan
kebolehan mengarang bagi seseorang pengarang.
 Analisis itu tidak sahaja dalam lingkungan pengaplikasian bahasa tetapi
menjangkaui kepersisan bakat berbahasa penulisnya.
 Kedua, pendekatan stilistik membincangkan aspek tema seperti yang
sering dibicarakan dengan menggunakan pendekatan struktural.
 Namun, penelitian menggunakan pendekatan ini merujuk kepada aspek
bahasa yang melibatkan ayat-ayat yang membina keseluruhan karya.
 Pentafsiran makna ayat melibatkan makna yang mudah difahami, mudah
dimengerti, banyak maksud dan mempunyai makna simbolik.
 Ketiga, penggunaan pendekatan stilistik berhasil memperlihatkan gaya
keperibadian seseorang penulis.
 Murry J.M. (1976:7), kedudukan stilistik sebagai penelitian sesuatu gaya
istimewa dalam eksposisi dan pembentukan satu penyusunan diksi serta
struktur kalimat yang mencerminkan keperibadian atau idiosinkrasi
penulisnya.
 Penulis mempunyai cara tersendiri. Perbezaan ini disebabkan oleh
beberapa faktor antaranya pengalaman, pendidikan, sikap dan
keperibadian penulis
 Keempat, melalui pendekatan stilistik huraian terhadap pemilihan diksi,
pembentukan perkataan dan ayat dapat dilakukan.
 Dalam sesebuah karya sastera yang pelbagai genre itu terdapat pelbagai
jenis dan kategori perkataan dan ayat yang digunakan.
(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU)
 Pengetahuan dan ilmu yang bersangkutan dengan aspek kemasyarakatan
iaitu bidang sosiolinguistik dan dialektologi perlu dikuasai oleh pengkaji
atau peneliti.
 Kelima, pendekatan stilistik membantu mereka memahami makna
perkataan yang sukar serta ayat yang kompleks yang digunakan oleh
pengarang.
 Pengaplikasian kata dan diksi dari bahasa daerah atau tempatan dapat
memperkaya perbendaharaan kata di samping merupakan satu gaya atau
stail bagi seseorang penulis.
 Keenam, pendekatan stilistik juga menekankan penelitian tentang
penghasilan sesebuah karya.
 Semasa berkarya, seseorang penulis didorong oleh pelbagai keadaan dan
rangsangan yang berlaku di sekelilingnya.
 Penelitian yang dilakukan dengan menggunakan pendekatan stilistik ini
akan menemukan gagasan bahawa terdapat unsur-unsur bahasa yang
mendorong seseorang itu berkreatif.
 Ketujuh, pendekatan stilistik selain digunakan untuk menganalisis proses
penghasilan sesebuah karya, juga digunakan untuk menghuraikan
penerimaan dan penghargaan pembaca atau khalayak terhadap
sesebuah karya.
 Aspek bahasa dapat menjelaskan kesan penggunaan sesuatu bahasa
sama ada dapat difahami, menimbulkan keseronokan atau memberi
kecelaruan dan kekaburan tanggapan kesan daripada penggunaan
penanda dan petanda bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan
pemikiran, mesej atau idealisme pengarang.
Latihan:
1. Huraikan prinsip-prinsip stilistik dan bagaimanakah stilistik itu
mempengaruhi kehidupan masyarakat.
(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU)
TAJUK 6: SIFAT BAHASA
Sinopsis
Tajuk 6 ini membincangkan sifat-sifat bahasa menurut Teori Noam Chomsky
Menurut Teori Noam Chomsky. Bahasa apa pun di dunia ini mempunyai
sifat-sifat yang tersendiri.
Hasil Pembelajaran,
1. Boleh menjelaskan sifat-sifat bahasa itu secara tepat.
2. Menguasai dan memahami perbezaan sifat-sifat bahasa itu.
1. Bahasa sebagai satu sistem
• Bahasa mempunyai susunan yang tertentu, sama ada dalam bentuk
bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan , nahu atau bentuk sintaksis.
• Terdapat beberapa unit tertentu yang dicantumkan menjadi satu susunan
yang sempurna dari segi strukturnya (klausa, ayat, kata).
• Tidak semua pencatuman unit-unit itu boleh dilakukan, melainkan
mengikut cara-cara tertentu.
• Sistem yang dimaksudkan ialah aturan.
• Sistem itu telah ditetapkan oleh susunan bahasa.
• Setiap bahasa mempunyai bahasa masing-masing.
• sebagai contoh :
BAHASA MELAYU
1. buku itu
2. sebuah buku merah
3. pensel ini
BAHASA INGGERIS
1. that car (kereta itu)
2. three red books (tiga buah bukuyang merah)
3. the beautiful book (buku yang cantik itu)
(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU)
2. Bahasa bersifat dinamis
• Bahasa adalah berubah dan berkembang selagi penuturnya bergaul dan
berinteraksi dengan manusia lain.
• Pertembungan kebudayaan, pertembungan manusia dengan manusia lain
menyebabkan pertambahan dan pengurangan perbendaharaan kata
sesuatu bahasa itu.
• Walaupun begitu, struktur dan tatabahasanya tidak berubah.
3. Bahasa itu bersifat arbitrari
• Arbitrari ialah pertalian sesuatu bentuk atau lambang dalam bahasa
dengan makna yang diberikan secara kebetulan dan ditentukan oleh
budaya sesuatu masyarakat.
• Tidak semestinya ada hubungan antara bunyi yang dilafazkan dengan
benda-benda yang dimaksudkan.
• Oleh kerana sifat-sifat arbitrari inilah maka kita dapati tiap-tiap bahasa
mempunyai perkataan yang berlainan bagi benda-benda sama.
Sebagai contoh:
• dalam Bahasa Melayu itu dipanggil “pintu”
• dalam Bahasa Inggeris dipanggil “door”
• “puerta” dalam Bahasa Sepanyol.
4. Bahasa sebagai alat berkomunikasi.
• Proses komunikasi ialah adanya maklumat yang hendak di sampaikan
oleh penutur kepada pendengar.
• Faktor yang mengubah bahasanya.
– pendengar : orang yang dilawan bercakap.
– tempat : situasi sekeliling dimana pertuturan itu mengambil
tempat, termasuklah benda-benda yang berada di sekitarnya.
– butir pertuturan : tajuk percakapan antara penutur dengan
pendengar sama ada terdiri daripada hal-hal peribadi atau rasmi.
(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU)
5. Bahasa mempunyai makna
• Makna bererti yang dimaksudkan dan yang dipercakapkan.
• Sesuatu perkataan yang diujarkan mempunyai maksud.
6. Bahasa itu linear
• Bunyi-bunyi itu dihasilkan satu demi satu, iaitu dengan pergerakan alat-
alat artikulasi satu demi satu.
• Sebagai contoh untuk menyebut kalam , bunyi-bunyi yang dihasilkan ialah
‘k’, ’ a’, ’l’, ’a’, dan ‘m’.
• Ini dikatakan linear di mana apa yang ingin dituturkan disebut satu demi
satu untuk melambangkan sesuatu bunyi.
Latihan:
1. Dengan memilih contoh-contoh yang sesuai, huraikan sifat-sifat bahasa
dengan jelas.
(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU)
TAJUK 7 : VARIASI BAHASA
Sinopsis
Tajuk 7 ini membincang dan menjelaskan bentuk-bentuk bahasa yang
digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu.Bahasa ialah
kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya,
makin luas daerah penyebaran bahasa itu dan makin banyak perbezaannya.
Hasil Pembelajaran
1. Menghurai dan menjelaskan variasi-variasi bahasa.
2. Melihat pengaruh variasi bahasa itu mempengaruhi kehidupan masyarakat.
Variasi Bahasa.
 Variasi bahasa bermaksud perbezaan bentuk-bentuk bahasa yang
digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu
 Variasi bahasa merupakan suatu pengkajian terhadap fitur bahasa yang
berbeza secara semantik apabila kita membandingkan kumpulan penutur
berbeza atau suatu kumpulan penutur yang sama dalam keadaan yang
berbeza.
 Halliday (1968) menjeniskan bahasa kepada dua aspek iaitu :
 Pengguna – orang yang menggunakan sesuatu bahasa dan
 Penggunaan – kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dengan
keadaan atau situasi bahasa itu digunakan.
 Aspek ini lebih menekankan kepelbagaian daerah untuk bahasa yang
sama dan bukannya perbandingan fitur antara dua bahasa.
 Variasi bahasa ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa
kata dan tatabahasa.
 Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar
jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin
banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya.
 Demikian juga halnya dengan Bahasa Melayu. Dalam konteks Malaysia,
di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai
(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU)
dialek, seperti dialek Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan,
Melaka, Perak dan Johor.
 Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar
jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin
banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya.
 Demikian juga halnya dengan bahasa Melayu. Dalam rangka Malaysia, di
Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai
dialek, seperti dialek Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan,
Melaka, Perak dan Johor.
 Demikian juga terdapat variasi-variasi bahasa Melayu yang wujud oleh
sebab faktor-faktor sosial, seperti latar belakang pendidikan, jenis
pekerjaan, dan kedudukan sosioekonomi penutur yang berbeza-beza
penggunaannya.
 Hakikat bahasa dan variasi-variasinya sudah lama diakui oleh ahli-ahli
bahasa. Namun apabila mereka merujuk sesuatu bahasa tertentu,
misalnya bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, mereka mempunyai
gambaran tentang satu kesatuan bahasa, yang walaupun mempunyai
berbagai-bagai kelainan, masih terdiri daripada satu keseluruhan.
 Daripada beberapa variasi satu bahasa, satu variasi tertentu dipilih
sebagai mewakili bahasa tersebut dan variasi inilah yang menjadi ukuran
apabila kita merujuk sifat umum bahasa tersebut.
 Dalam bidang ilmu bahasa, variasi yang dipilih untuk mewakili satu
bahasa secara menyeluruh itu disebut bahasa standard atau bahasa
baku.
 Bahasa Melayu baku ialah variasi yang digunakan apabila orang-orang
daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan
berbincang. Tujuannya supaya mudah difahami.
 Tiap-tiap pihak harus gugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan
guna sedikit sebanyak variasi bahasa yang bersifat bahasa melayu
umum, yang dari segi sejarahnya berasaskan dialek bahasa Melayu Johor
Riau.
 Variasi ini, yang sekarang dikenal sebagai bahasa Melayu baku, ialah
variasi yang digunakan dalam sistem pendidikan (bahasa sekolah), dalam
(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU)
semua situasi rasmi seperti dalam ucapan-ucapan, mesyuarat dan
persidangan dan dalam media massa.
 Terdapat 3 jenis variasi iaitu variasi daerah, sosial dan stilistik.
Variasi Bahasa (Dialek)
 Perkataan 'dialek' berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'dialektos' iaitu
perkataan yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan
bahasa Yunani pada waktu itu.
 Dialek merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih
difahami oleh pengguna dalam sesuatau masyarakat bahasa walaupun
ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ini dikenali sebagai dialek.
 Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh
sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa.
 Dialek mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan
berbeza daripada bentuk yang standard/ baku dari segi sebutan,
tatabahasa, dan penggunaan kata-kata tertentu, tetapi perbezaannya
tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain.
 Dialek kawasan ialah variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna
dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun bahasa Austronesia,
cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300
bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan
dan sebagainya.
Bahasa Isyarat
 Bahasa isyarat adalah bahasa yang mengutamakan komunikasi manual,
bahasa tubuh, dan gerak bibir, bukannya suara, untuk berkomunikasi.
 Kaum tunarungu adalah kelompok utama yang menggunakan bahasa ini,
biasanya dengan mengkombinasikan bentuk tangan, orientasi dan gerak
tangan, lengan, dan tubuh, serta ekspresi wajah untuk mengungkapkan
fikiranmereka.
 Bahasa isyarat unik dalam jenisnya di setiap negara.
(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU)
 Bahasa isyarat berbeza di negara-negara yang berbahasa sama.
Contohnya, Amerika Serikat dan Inggeris meskipun memiliki bahasa tulis
yang sama tetapi memiliki bahasa isyarat yang berbeza (American Sign
Language dan British Sign Language). Hal yang sebaliknya juga berlaku.
Ada negara-negara yang memiliki bahasa tulis yang berbeza (contoh:
Inggeris dengan Sepanyol), tetapi menggunakan bahasa isyarat yang
sama.
 Biasanya bahasa isyarat ini hanya digunakan oleh mereka yang
mempunyai kecacatan seperti bisu dan pekak.
 Ini adalah salah satu cara untuk mereka berkomunikasi antara satu sama
lain.
 Golongan pekak dan bisu di negara ini menggunakan kaedah Bahasa
Isyarat Malaysia (BIM), yang memerlukan khidmat jurubahasa apabila
berurusan dengan mereka yang tidak memahami bahasa berkenaan.
 Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) menubuhkan Pusat Latihan
Malaysian Sign Language (MySL) yang digerakkan melalui sumbangan
Yayasan Tan Sri Othman Yeop mensasarkan melatih 100 jurubahasa
dalam tempoh lima tahun.
Latihan:
Dengan memilih cerpen yang sesuai, analisis penggunaan variasi bahasa
yang digunakan dalam cerpen tersebut.

More Related Content

What's hot

Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasaPengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasacikgushamsuddin
 
Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologinelson fredoline
 
Bahasa dan Linguistik
Bahasa dan LinguistikBahasa dan Linguistik
Bahasa dan LinguistikNor Idayu
 
Mari mengenali semantik & pragmatik
Mari mengenali semantik & pragmatikMari mengenali semantik & pragmatik
Mari mengenali semantik & pragmatikmarzieta
 
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)PISMPBM20622AinNajwa
 
Penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remaja
Penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remajaPenggunaan bahasa slanga dalam kalangan remaja
Penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remajaKota Bharu
 
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIFONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIRafiza Diy
 
Teori pemerolehan bahasa (kebaikan & kelemahan)
Teori pemerolehan bahasa (kebaikan & kelemahan)Teori pemerolehan bahasa (kebaikan & kelemahan)
Teori pemerolehan bahasa (kebaikan & kelemahan)ArifahAzlanShah2
 
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptxIPG
 
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya Mohammad Yaqin
 
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUSEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUcikguniza2012
 
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayuAliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayuCaroline Nyandau
 
Tugasan bahasa melayu
Tugasan bahasa melayuTugasan bahasa melayu
Tugasan bahasa melayuElyn Eveline
 
Perbezaan simantik dan pragmatik
Perbezaan simantik dan pragmatik Perbezaan simantik dan pragmatik
Perbezaan simantik dan pragmatik fitri norlida
 
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalManifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalBM2062204RohaiyuBint
 
Penulisan unsur serapan. kata pinjaman
Penulisan unsur serapan. kata pinjamanPenulisan unsur serapan. kata pinjaman
Penulisan unsur serapan. kata pinjamanAINNIEQ
 
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistikGuru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistikEliza Ramlee
 

What's hot (20)

Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasaPengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa
 
Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologi
 
Bahasa dan Linguistik
Bahasa dan LinguistikBahasa dan Linguistik
Bahasa dan Linguistik
 
Mari mengenali semantik & pragmatik
Mari mengenali semantik & pragmatikMari mengenali semantik & pragmatik
Mari mengenali semantik & pragmatik
 
Bmm 3107 sifat bahasa
Bmm 3107 sifat bahasa Bmm 3107 sifat bahasa
Bmm 3107 sifat bahasa
 
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
 
Penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remaja
Penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remajaPenggunaan bahasa slanga dalam kalangan remaja
Penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remaja
 
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIFONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
 
Teori pemerolehan bahasa (kebaikan & kelemahan)
Teori pemerolehan bahasa (kebaikan & kelemahan)Teori pemerolehan bahasa (kebaikan & kelemahan)
Teori pemerolehan bahasa (kebaikan & kelemahan)
 
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
 
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
 
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUSEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
 
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayuAliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
 
LITERASI BAHASA - TOPIK 1
LITERASI BAHASA - TOPIK 1LITERASI BAHASA - TOPIK 1
LITERASI BAHASA - TOPIK 1
 
Tugasan bahasa melayu
Tugasan bahasa melayuTugasan bahasa melayu
Tugasan bahasa melayu
 
Perbezaan simantik dan pragmatik
Perbezaan simantik dan pragmatik Perbezaan simantik dan pragmatik
Perbezaan simantik dan pragmatik
 
fonetik fonologi
fonetik fonologifonetik fonologi
fonetik fonologi
 
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalManifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
 
Penulisan unsur serapan. kata pinjaman
Penulisan unsur serapan. kata pinjamanPenulisan unsur serapan. kata pinjaman
Penulisan unsur serapan. kata pinjaman
 
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistikGuru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik
 

Similar to Pengantar linguistik Bahasa Melayu

09 isi-pelajaran-4
09 isi-pelajaran-409 isi-pelajaran-4
09 isi-pelajaran-4Oh Jenny
 
08bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-208bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-2Oh Jenny
 
08bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-208bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-2Fei Yee
 
08bisi pelajaran interaksi-2 (1)
08bisi pelajaran interaksi-2 (1)08bisi pelajaran interaksi-2 (1)
08bisi pelajaran interaksi-2 (1)Laila Mohd Sarjan
 
08bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-208bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-2Laila Mohd Sarjan
 
Pemikiran dalam linguistik
Pemikiran dalam linguistikPemikiran dalam linguistik
Pemikiran dalam linguistiktaylor
 
Kerja kursus bmm3107 3
Kerja kursus bmm3107 3Kerja kursus bmm3107 3
Kerja kursus bmm3107 3Ryabbi Imp
 
Pemikiran dalam linguistik jee
Pemikiran dalam linguistik jeePemikiran dalam linguistik jee
Pemikiran dalam linguistik jeeWatak Bulat
 
Sejarah perkembangan linguistik (ayu)
Sejarah perkembangan linguistik (ayu)Sejarah perkembangan linguistik (ayu)
Sejarah perkembangan linguistik (ayu)Watak Bulat
 
75748770 nota-ringkas-3403
75748770 nota-ringkas-340375748770 nota-ringkas-3403
75748770 nota-ringkas-3403kee jumat
 
Ferdinand de sausure
Ferdinand de sausureFerdinand de sausure
Ferdinand de sausureXeri Ee
 
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)Khairul Amin Ishak
 

Similar to Pengantar linguistik Bahasa Melayu (20)

09 isi-pelajaran-4
09 isi-pelajaran-409 isi-pelajaran-4
09 isi-pelajaran-4
 
09 isi-pelajaran-4 (1)
09 isi-pelajaran-4 (1)09 isi-pelajaran-4 (1)
09 isi-pelajaran-4 (1)
 
7. es linguistik
7. es linguistik7. es linguistik
7. es linguistik
 
Bmm3107 linguistik
Bmm3107 linguistikBmm3107 linguistik
Bmm3107 linguistik
 
BMM3107 2
BMM3107 2BMM3107 2
BMM3107 2
 
08bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-208bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-2
 
08bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-208bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-2
 
08bisi pelajaran interaksi-2 (1)
08bisi pelajaran interaksi-2 (1)08bisi pelajaran interaksi-2 (1)
08bisi pelajaran interaksi-2 (1)
 
08bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-208bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-2
 
Taj 1 BMM3107
Taj 1 BMM3107Taj 1 BMM3107
Taj 1 BMM3107
 
Pemikiran dalam linguistik
Pemikiran dalam linguistikPemikiran dalam linguistik
Pemikiran dalam linguistik
 
Bahan ass linguistik
Bahan ass linguistikBahan ass linguistik
Bahan ass linguistik
 
Kerja kursus bmm3107 3
Kerja kursus bmm3107 3Kerja kursus bmm3107 3
Kerja kursus bmm3107 3
 
Pemikiran dalam linguistik jee
Pemikiran dalam linguistik jeePemikiran dalam linguistik jee
Pemikiran dalam linguistik jee
 
Sejarah perkembangan linguistik (ayu)
Sejarah perkembangan linguistik (ayu)Sejarah perkembangan linguistik (ayu)
Sejarah perkembangan linguistik (ayu)
 
75748770 nota-ringkas-3403
75748770 nota-ringkas-340375748770 nota-ringkas-3403
75748770 nota-ringkas-3403
 
Ferdinand de sausure
Ferdinand de sausureFerdinand de sausure
Ferdinand de sausure
 
Notabm
NotabmNotabm
Notabm
 
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)
 
Nota tatabahasa
Nota tatabahasaNota tatabahasa
Nota tatabahasa
 

More from Noor Syazwanni

Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca MenulisKemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca MenulisNoor Syazwanni
 
EDU 3105 Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
EDU 3105 Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran EDU 3105 Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
EDU 3105 Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran Noor Syazwanni
 
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSVPengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSVNoor Syazwanni
 
Pengujian pengukuran penilaian
Pengujian pengukuran penilaianPengujian pengukuran penilaian
Pengujian pengukuran penilaianNoor Syazwanni
 
Nota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksisNota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksisNoor Syazwanni
 
KONSEP PROGRAM PEMULIHAN
KONSEP PROGRAM PEMULIHANKONSEP PROGRAM PEMULIHAN
KONSEP PROGRAM PEMULIHANNoor Syazwanni
 

More from Noor Syazwanni (6)

Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca MenulisKemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
 
EDU 3105 Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
EDU 3105 Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran EDU 3105 Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
EDU 3105 Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSVPengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
 
Pengujian pengukuran penilaian
Pengujian pengukuran penilaianPengujian pengukuran penilaian
Pengujian pengukuran penilaian
 
Nota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksisNota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksis
 
KONSEP PROGRAM PEMULIHAN
KONSEP PROGRAM PEMULIHANKONSEP PROGRAM PEMULIHAN
KONSEP PROGRAM PEMULIHAN
 

Recently uploaded

PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023supianzainuddin1
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxdaud5530
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 

Recently uploaded (14)

PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 

Pengantar linguistik Bahasa Melayu

  • 1. (BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) TAJUK 1 (SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK) Sinopsis • Tajuk ini membincangkan tentang sejarah perkembangan ilmu linguistik yang bermula pada tahun 500 SM hingga ke zaman moden. Sejarah pengkajian ilmu linguistik bermula pada zaman Yunani, zaman Iskandariah, zaman Rom, zaman pertengahan, zaman Peralihan (Renaissance), zaman Arab, zaman India, zaman Linguitik perbandingan dan zaman linguistik moden. • HASIL PEMBELAJARAN 1. Menyusur galur sejarah perkembangan ilmu linguistik. 2. Menghuraikan sejarah ilmu linguistik zaman Yunani, Iskandariah, Rom, Arab, India hingga zaman moden abad ke 20 Tahukah anda bila kajian bahasa bermula? Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah. 1.1 Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman Rom Dalam sejaran ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani.Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad
  • 2. (BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu Untuk pengetahuan anda, tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman Yunani ialah Plato dan Aristotle, iaitu murid Plato. Plato (427 – 347) merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan melalui karyanya yang berbentuk dialog, iaitu Cratylus. Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya, iaitu antara kumpulan analogis yang mempercayai bahawa bahasa bersifat alamiah, nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Plato telah menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau konvensyen, iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat. Beliau juga menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan. Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 – 322 sebelum masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa, iaitu kata penghubung. Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato. Aristotle merupakan sarjana yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem kala atau tense dalam bahasa Yunani. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi subjek logika. Secara umumnya, anda dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era Yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian mereka lebih bercorak logik dan bukannya saintifik. Kita telah selesai membincangkan tentang sejarah perkembangan linguistik zaman Yunani. Sekarang kita beralih pula kepada Zaman Iskandariah. Zaman ini
  • 3. (BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) bermula pada abad ketiga tahun masihi. Sebagai sebuah tanah jajahan Yunani, Iskandariah menjadi pusat perkembangan kesusasteraan dan linguistik tamadun Yunani, namun penumpuan bahasa pada waktu ini lebih kepada aspek lisan, iaitu pertuturan. Mereka turut mengkaji sistem fonetik dan membahagikan perkataan kepada adverb, participal, ganti nama dan kata depan. Para sarjana turut memperkenalkan bidang sintaksis, iaitu ayat yang merupakan satu unit deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna. Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman Rom. Orang Rom telah mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh. Tahukah anda bahawa mereka mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin. Jika dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih kepada perubahan sistem bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin. Mereka kurang menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa. Walau bagaimanapun sumbangan mereka amat penting kerana hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas zaman itu. 1.2 Zaman Pertengahan, Zaman Arab, Zaman India Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman pertengahan yang dikenali juga sebagai zaman Renaissance. Pada era ini ahli bahasa mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa vernakular. Para pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasateraan. Anda harus ingat bahawa pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Golongan zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mereka juga dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris.
  • 4. (BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) Sekarang mari kita bincang pula perkembangan linguistik zaman Arab. Pada zaman ini bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di dunia. Hal ini disebabkan Eropah mengalami zaman gelap. Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin mereka. Kajian mereka tertumpu kepada sumber al-Qur’an dan hasilnya perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan. Perbincangan seterusnya ialah sejarah perkembangan linguistik zaman India. Pada era ini bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan kesan besar kepada ilmu linguistik. Bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan sintaksis. Tahukah anda bahawa sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini ialah kejayaan mereka membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa secara saintifik. Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu bahasa yang sama. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian, hampir semua bahasa memiliki perkataan yang hampir sama dan maksud perkataan juga hampir sama. 1.3 Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden Untuk pengetahuan anda, zaman ini dikatakan sebagai permulaan kepada linguistik moden, iaitu sekitar abad ke-19. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu, iaitu antropologi dan sosiologi. Pendekatan kajian bahasa berdasarkan bukti nyata. Mereka turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama. Tahukah anda bahawa kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada semua bahasa di dunia. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa
  • 5. (BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) berisolasi, berimbuhan dan bahasa berfleksi. Hukum baharu mula wujud yang dikenali sebagai hukum R-G-L dan R-D-L. Sebagai mengakhiri perbincangan tajuk 1 ini, marilah sama-sama kita lihat sejarah perkembangan linguistik zaman moden sekitar abad ke-20. Pengkajian ilmu bahasa pada zaman ini lebih cenderung kepada linguistic deskriptif atau linguistik huraian. Kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada sinkronis dan diakronis. Para pengkaji turut menelurkan satu teori baharu, iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial. Tugasan: Buat catatan nota dalam bentuk grafik tentang sejarah perkembangan linguistik sejak sebelum masihi hingga ke zaman moden. Gunakan bahasa sendiri menunjukan anda faham apa yang dibincangkan. Bincangkan sumbangan Plato dan Aristotle kepada perkembangan ilmu linguistik sehingga kini.
  • 6. (BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) TAJUK 2 : PEMIKIRAN DALAM LINGUISTIK Sinopsis Tajuk dua ialah pemikiran dalam linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu pemikiran Edward Sapir, Leonard Bloomfield dan pemikiran Ferdinand de Saussure. Mereka merupakan tokoh linguistik yang banyak memberi sumbangan kepada perkembangan ilmu bahasa melalui hasil kajian secara empirikal. Hasil Pembelajaran (i) Menghuraikan aliran pemikiran tokoh-tokoh lingustik mengiku zaman (ii) Menghargai sumbangan tokoh-tokoh dalam perkembangan ilmu bahasa sejak zaman awal hingga zaman moden (iii) Membuat banding beza bentuk pemikiran antara tokoh-tokoh linguistik Kerangka Tajuk Hasil pemikiran de Saussure telah melayakkan beliau diberikan jolokan sebagai “Bapa Linguistik Moden” Hasil pemikiran Bloomfield telah menghasilkan teori behaviourisme Hasil pemikiran Edward Sapir dapat diterokai melalui bukunya bertajuk Language (1881) 1.1 Pemikiran Edward Sapir Dalam Bidang Linguistik • Edward Sapir (1884 – 1939) seorang sarjana linguistik struktural dan antropologi dari Amerika pada awal abad ke-20. Beliau mengkaji hubungan bahasa dengan pemikiran manusia dari aspek psikologi. • Beliau berpendapat psikologi mendasari pengkajian bahasa dalam sains. Kesimpulan kajian beliau mendapati bahawa struktur bahasa merupakan unsur yang menentukan sturktur pemikiran manusia. • Menurut beliau, bahasa ialah sistem manusiawi yang instingtif, iaitu bersifat arbitrari untuk menyampaikan perasaan dan fikiran. Buku beliau
  • 7. (BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) bertajuk Language berbeza dengan Bloomfield kerana menggunakan pendekatan antropologi yang melihat bahasa dari segi fungsinya dalam masyarakat. • Rumusan hasil pemikiran beliau tiada bahasa yang sempurna, bahasa akan sentiasa berubah. 1.2 Pemikiran Leonard Bloomfield Dalam Bidang Linguistik • Bloomfield (1887 – 1949) merupakan ahli linguistik yang mempelopori teori behaviourisme yang berkait rapat dengan fahaman ahli psikologi dalam menghuraikan bahasa. Beliau beranggapan bahawa bahasa sebagai pangkalan data ucapan yang boleh mengeluarkan segala unit bahasa. Dengan kata lain, ayat-ayat itu tersusun di dalam otak dan dikeluarkan apabila adanya rangsangan. • Rumusan beliau, sekiranya tingkah laku manusia lain berpunca daripada adanya rangsangan atau stimulus, maka bahasapun dapat dilahirkan sebagai gerak balas atau respons terhadap rangsangan itu. • Beliau juga beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah laku manusia. Beliau memperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya, iaitu suatu kenyataan yang menunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat diperhatikan dan dianalisis secara empirikal. Buku beliau yang popular ialah Language (1933). 1.3 Pemikiran Ferdinand de Saussure Dalam Bidang Linguistik • Ferdinand de Saussure (1857 – 1913) ialah orang pertama mengasaskan ilmu linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai ‘Bapa Ilmu Linguistik Moden’ telah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baharu dalam bidang bahasa secara moden.
  • 8. (BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) • Dalam sejarah ilmu linguistik moden, beliau merupakan orang pertama yang mengemukakan dan menekankan peri pentingnya kajian bahasa dilakukan dari sudut yang berbeza-beza, iaitu secara sinkronis dan diakronis. Linguistik sinkronis mengkaji bahasa pada suatu masa tertentu. Linguistik diakronis mengkaji bahasa dari segi sejarah yang dilalui oleh bahasa serta perubahan-perubanan yang dialami oleh sesuatu bahasa tersebut. • De Saussure merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep ‘langue’ dan ‘parole’. Langue bermaksud loghat atau dialek dan parole bermaksud ciri-ciri bahasa yang dituturkan atau diucapkan oleh individu dalam masyarakat. • Ketokohan beliau adalah hasil penelitiannya sehingga menerbitkan buku bertajuk Couse de Linguistique Generale pada tahun 1915. Karya agung beliau ini adalah hasil daripada usaha pelajar-pelajarnya yang telah mengumpul dan menyusun semula bahan-bahan kuliah sehingga terhasilnya buku tersebut yang kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1959. Tugasan : Buat banding beza dalam bentuk grafik antara pemikiran de Saussure dengan Bloomfield. Huraikan dengan ringkas menggunakan ayat sendiri sumbangan dan kesan teori behaviourisme terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa.
  • 9. (BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) ----------------------------------------------------------------------------------------------------------- - TAJUK 3: BIDANG LINGUISTIK Sinopsis Tajuk tiga ialah bidang linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu Linguistik Am dan Linguistik Gunaan, Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan serta Linguistik Kontekstual. Hasil Pembelajaran (i) Menghuraikan tentang bidang ilmu linguistik (ii) Menghuraikan linguistik am atau umum, linguistik sejarah, linguistik perbandingan dan linguistik kontekstual (iii) Membincangkan bidang linguistik gunaan dan hubungannya dengan pengajaran bahasa. Kerangka Tajuk Pengenalan kepada bidang-bidang ilmu linguistik Linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa Perbandingan antara bahasa dan ciri persamaan dan perbezaan antara bahasa Kepentingan linguistik sejarah dalam perkembangan ilmu linguistik 3.1 Linguistik Umum dan Linguistik Gunaan
  • 10. (BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) • Linguistik umum disebut juga sebagai linguistik am, iaitu bidang yang mengkaji aspek-aspek teori Ilmu linguistik secara umum. • Linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan. • Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi. • Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku teks. • Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing. • Linguistik ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan bahan-bahan mengajarkan bahasa. • Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah terus yang mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya. • Ada aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan, iaitu terjemahan dan perkamusan, tetapi dalam modul ini kita hanya menyebut mengenai penggunaan linguistik dalam mengajarkan bahasa sahaja. • Perkara yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan konsep yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum. • Menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal, cara dan kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa, iaitu secara deskriptif. • Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu bahasa yang berhubungan dengan pengajaran bahasa. • Pengenalan linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa merupakan suatu usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai sains gunaan.
  • 11. (BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) • Dalam meletakkan linguistik gunaan ke dalam pengajaran bahasa, seseorang itu sudah mampu menghuraikan bentuk-bentuk dan peraturan sesuatu bahasa dan mengajarkan bahasa dengan baik. 3.2 Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan • Linguistik perbandingan (asalnya filologi perbandingan) ialah satu cabang linguistik sejarah yang membandingkan bahasa-bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu. • “Perhubungan" membayangkan asal yang sama atau bahasa proto, dan linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang didokumenkan itu. • Teknik asas linguistik perbandingan ialah “kaedah perbandingan” yang bertujuan untuk membandingkan sistem-sistem fonologi, sistem-sistem morfologi, sintaksis, dan leksikon. • Pada dasarnya, setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait harus dapat diterangkan dengan amat munasabah, dan perubahan-perubahan sistematik, umpamanya dalam sistem-sistem fonologi atau morfologi, dijangka amat tetap. • Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh, dan tidak rapat hubungannya, kaedah perbandingan tidak begitu berguna. • Kaedah terawal untuk jenis ini ialah glotokronologi yang mencadangkan satu formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah, berdasarkan peratusan perbendaharaan kata teras sebanyak 100 butir (kemudian 200) yang seketurunan dalam bahasa- bahasa yang dibandingkan. • Kaedah glotokronologi mencadangkan penggunaan formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah. • Terdapat juga cabang-cabang linguistik lain yang melibatkan pembandingan bahasa yang bukannya sebahagian linguistik perbandingan: • Tipologi bahasa membandingkan bahasa supaya dapat mengelaskannya mengikut ciri-ciri.
  • 12. (BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) • Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik tentang hubungan antara penutur-penutur bahasa yang berbeza, khususnya sebagaimana yang terbukti dalam kata-kata pinjaman. • Cabang kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa iaitu dari zaman kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu. • Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal usul(etimologi) sesuatu bahasa. • Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman. • Kajian perlu dilakukan secara sinkronik iaitu kajian secara terperinci dalam beberapa zaman atau masa dan tempat tertentu. • Kemudian, kajian perlu dilakukan secara diakronik, iaitu membuat perbandingan bagi menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam bahasa tersebut. • Linguistik sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah yang dilaluinya melalui masa. • Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asasl usul atau etimologi sesuatu bahasa. Tujuannya adalah untuk mengetahui proses dan perkembangan bahasa dari masa lampau hingga kini. • Linguistik perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yang membandingkan antara bahasa yang sekeluarga. Tujuannya adalah untuk melihat ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara bahasa yang sekeluarga, yakni bahasa seketurunan daripada bahasa induk. • Perbandingan dilakukan antara beberapa aspek tertentu sahaja atau seluruh aspek bahasa yang dibanadingkan itu. Linguistik ini memperlihatkan hubungan yang erat dengan linguistik huraian. Hal ini disebabkan huraian yang lengkap diperlukan tentang aspek-aspek yang dibandingkan itu 3.3 Linguistik Kontekstual
  • 13. (BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) • Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia. • Sosiolinguistik, linguistik antropologi, dan antropologi linguistik merupakan sains sosial yagn mengkaji interaksi – interaksi linguistik dengan masyarakat pada keseluruhannya. • Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah berinteraksi dengan linguistik. • Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sains perubatan dengan linguistik. Bidang-bidang linguistik merentasi disiplin termasuk pemerolehan bahasa, linguistik evolusi, linguistik pengiraan, serta sains kognitif. Tugasan: 1. Buat perbandingan antara linguistik sejarah dengan linguistik perbandingan. 2. Bincangkan bidang linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa. Tajuk 4: LINGUISTIK KONTEKSTUAL Sinopsis: Tajuk empat ialah tajuk yang melihat bagaimana linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia.
  • 14. (BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) Hasil Pembelajaran: 1. Menjelaskan perhubungan antara bahasa dan masyarakat. 2. Mengenalpasti aspek-aspek bahasa, struktur dan penggunaan bahasa dalam fungsi-fungsi sosial, kebudayaan dan masyarakat. Linguistik Kontekstual Menurut J. Lyons, 1968 ; • Linguistik adalah satu bidang yang mengkaji bahasa secara saintifik Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2005); • Linguistik ialah- 1. Kajian saintifik tentang bahasa. 2. Berkaitan dengan bahasa. Menurut Kamus Dwibahasa (1981); • Menjelaskan bahawa linguistik ialah pengajian ilmu bahasa. Menurut John Lyons (1968); • Linguistik adalah suatu ilmu pengkajian bahasa yang dilakukan secara saintifik. Definisi kontekstual: Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2005); • Kontekstual ialah-Berkaitan dengan atau menurut konteks: penyelidikan sastera dari segi dapat merencanakan perkembangan sastera. • Kontekstual membawa pengertian: 1.Yang berkenaan, relevan, ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks. 2.Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful).  Linguistik kontekstual ialah bidang yang melihat bagaimana linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia.
  • 15. (BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) Sosioling Sosiolinguistik • Sosiolinguistik adalah bidang yang mengkaji perhubungan di antara bahasa dan gejalanya dalam masyarakat. • Cenderung berfokus kepada variasi bahasa yang muncul dalam masyarakat yang kebiasaanya dipengaruhi oleh stratifikasi sosial dalam masyarakat. • Merupakan satu kajian yang sangat luas dan pelbagai meliputi bermacam- macam perkara seperti fungsi bahasa, peranan bahasa, penerimaan istilah akuntasi di kalangan ahli ekonomi, kata sapaan yang ditinjau dari perpaduan sosial dan jarak sosial di antara penutur, kriteria dan persepsi kesantunan berbahasa, pelacakan bahasa rahsia bajak laut, pengungkapan jati diri secara sosial melalui grafiti, mantra dan pelbagai istilah lain lagi. • Pada prinsipnya, ia mengkaji mengenai aspek-aspek linguistik yang melihat aspek bahasa, struktur dan penggunaan bahasa yang ada dengan fungsi-fungsi sosial, kebudayaan dan penggunaannya dalam sesebuah masyarakat yang tertentu. • Secara mudah, sosiolinguistik adalah bidang yang memperlihatkan pertalian antara bahasa dengan masyarakat. • Fungsi linguistik memperkatakan tentang perkara-perkara seperti perbandingan di antara bahasa rasmi dengan bahasa vernakular yang
  • 16. (BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) tidak rasmi, iaitu satu perihal yang melibatkan apa yang dinamakan “perancangan bahasa” dalam menegakkan identiti sesebuah negara. • Kesimpulannya, sosiolinguistik mengkaji berbagai bahan sosio-budaya yang berhubung dengan aspek-aspek linguistik seperti perhubungan sosial harian yang berkaitan pula dengan kebudayaan, masyarakat, kumpulan sosial, bahasa, dialek dan bentuk-bentuk gaya yang dibezakan oleh perihal taraf pemakai-pemakainya. Pengertian Antropologi Menurut etnologinya kata antropologi berasal dari kata yunani “Antropo” yang bererti manusia dan “logy” atau “logos” bererti ilmu yang mempelajari. Antropologi Linguistik  Satu cabang yang mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya terutama untuk mengamati bagaimana bahasa itu digunakan sehari-hari sebagai alat dalam tindakan bermasyarakat.  Adakala disebut etnolinguistik iaitu bidang yang dikatakan memberi penumpuan kepada perhubungan di antara bahasa dengan penyelidikan primitif, pertalian bahasa dengan kumpulan-kumpulan etnik.  Salah satu cara atau kaedah yang dapat digunakan untuk melihat pemakaian bahasa dalam konteks sosial budaya secara terperinci adalah participant observation.  Participant observation merujuk kepada seseorang yang dihantar kepada sesuatu etnik, menetap dan bergaul dengan etnik berkenaan sehingga kadang-kadang membawa kepada perkahwinan dan jangka masa yang lama. Linguistik Antropologikal Mengkaji hubungan di antara bahasa dan budaya. Melihat aspek-aspek kehidupan penutur yang tertentu dan seterusnya melihat bagaimana suasana kehidupan dan sistem nilai yang dipegang oleh para penutur mempengaruhi cara mereka berbahasa. Latihan: 1. Huraikan cabang-cabang linguistik kontekstual.
  • 17. (BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) TAJUK 5 : STILISTIK Sinopsis
  • 18. (BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) Tajuk 5 ini melihat variasi bahasa yang bersistem yang wujud dalam sesuatu bahasa yang dituturkan oleh seorang penutur, Perlakuan bahasa bergantung kepada keadaan dan partisipasi sesuatu pertuturan. Perbezaan dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang paling formal kepada bentuk yang agak formal. Hasil Pembelajaran 1. Mengenal pasti prinsip-prinsip stilistik. 2. Melihat bagaiamana keberkesanan stilistik mempengaruhi bahasa. Stilistik Menurut Abdullah Hassan (1990)  Stilistik atau sylistics adalah ilmu tentang stail atau gaya yang dihubungkan dengan pemakaian atau penggunaan bahasa  Fokus dan penekanan terhadap aspek kebahasaan  Ilmu tersebut muncul dalam bidang linguistik dan diperluas dalam bidang kesusasteraan yang menggunakan bahasa sebagai wahana pengucapan.  Kesan penerapan daripada disiplin linguistik tercerminnya ilmu gaya yang membezakan gaya sastera dan gaya bukan sastera. Stilistik dari sudut Sastera  Kajian terhadap keseluruhan karya yang berpusat kepada penggunaan bahasa.  Cabang linguistik gunaan atau terapan.  Karya sastera ditandai kelainan dalam penggunaan gaya bahasanya untuk menimbulkan kesan artistik.  Rene Wellek dan Austin Warren (1966:182)-stilistik meneliti penggunaan bahasa yang menyimpang daripada norma dan berusaha menemukan fungsi estetik. Pengenalan am Stilistik Bahasa.
  • 19. (BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU)  Bermaksud bentuk variasi bersistem yang wujud dalam sesuatu bahasa yang dituturkan oleh seorang penutur, khasnya bergantung kepada keadaan dan partisipasi sesuatu pertuturan.  Perbezaan dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang paling formal kepada bentuk yang agak formal. Prinsip Stilistik  Pertama menganggap dan mengiktiraf bahasa sebagai punca kegiatan berkreatif dengan merujuk kepada kemampuan berbahasa sebagai satu anugerah dan bakat seseorang penulis.  Analisis karya sastera merupakan suatu huraian tentang bakat dan kebolehan mengarang bagi seseorang pengarang.  Analisis itu tidak sahaja dalam lingkungan pengaplikasian bahasa tetapi menjangkaui kepersisan bakat berbahasa penulisnya.  Kedua, pendekatan stilistik membincangkan aspek tema seperti yang sering dibicarakan dengan menggunakan pendekatan struktural.  Namun, penelitian menggunakan pendekatan ini merujuk kepada aspek bahasa yang melibatkan ayat-ayat yang membina keseluruhan karya.  Pentafsiran makna ayat melibatkan makna yang mudah difahami, mudah dimengerti, banyak maksud dan mempunyai makna simbolik.  Ketiga, penggunaan pendekatan stilistik berhasil memperlihatkan gaya keperibadian seseorang penulis.  Murry J.M. (1976:7), kedudukan stilistik sebagai penelitian sesuatu gaya istimewa dalam eksposisi dan pembentukan satu penyusunan diksi serta struktur kalimat yang mencerminkan keperibadian atau idiosinkrasi penulisnya.  Penulis mempunyai cara tersendiri. Perbezaan ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya pengalaman, pendidikan, sikap dan keperibadian penulis  Keempat, melalui pendekatan stilistik huraian terhadap pemilihan diksi, pembentukan perkataan dan ayat dapat dilakukan.  Dalam sesebuah karya sastera yang pelbagai genre itu terdapat pelbagai jenis dan kategori perkataan dan ayat yang digunakan.
  • 20. (BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU)  Pengetahuan dan ilmu yang bersangkutan dengan aspek kemasyarakatan iaitu bidang sosiolinguistik dan dialektologi perlu dikuasai oleh pengkaji atau peneliti.  Kelima, pendekatan stilistik membantu mereka memahami makna perkataan yang sukar serta ayat yang kompleks yang digunakan oleh pengarang.  Pengaplikasian kata dan diksi dari bahasa daerah atau tempatan dapat memperkaya perbendaharaan kata di samping merupakan satu gaya atau stail bagi seseorang penulis.  Keenam, pendekatan stilistik juga menekankan penelitian tentang penghasilan sesebuah karya.  Semasa berkarya, seseorang penulis didorong oleh pelbagai keadaan dan rangsangan yang berlaku di sekelilingnya.  Penelitian yang dilakukan dengan menggunakan pendekatan stilistik ini akan menemukan gagasan bahawa terdapat unsur-unsur bahasa yang mendorong seseorang itu berkreatif.  Ketujuh, pendekatan stilistik selain digunakan untuk menganalisis proses penghasilan sesebuah karya, juga digunakan untuk menghuraikan penerimaan dan penghargaan pembaca atau khalayak terhadap sesebuah karya.  Aspek bahasa dapat menjelaskan kesan penggunaan sesuatu bahasa sama ada dapat difahami, menimbulkan keseronokan atau memberi kecelaruan dan kekaburan tanggapan kesan daripada penggunaan penanda dan petanda bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan pemikiran, mesej atau idealisme pengarang. Latihan: 1. Huraikan prinsip-prinsip stilistik dan bagaimanakah stilistik itu mempengaruhi kehidupan masyarakat.
  • 21. (BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) TAJUK 6: SIFAT BAHASA Sinopsis Tajuk 6 ini membincangkan sifat-sifat bahasa menurut Teori Noam Chomsky Menurut Teori Noam Chomsky. Bahasa apa pun di dunia ini mempunyai sifat-sifat yang tersendiri. Hasil Pembelajaran, 1. Boleh menjelaskan sifat-sifat bahasa itu secara tepat. 2. Menguasai dan memahami perbezaan sifat-sifat bahasa itu. 1. Bahasa sebagai satu sistem • Bahasa mempunyai susunan yang tertentu, sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan , nahu atau bentuk sintaksis. • Terdapat beberapa unit tertentu yang dicantumkan menjadi satu susunan yang sempurna dari segi strukturnya (klausa, ayat, kata). • Tidak semua pencatuman unit-unit itu boleh dilakukan, melainkan mengikut cara-cara tertentu. • Sistem yang dimaksudkan ialah aturan. • Sistem itu telah ditetapkan oleh susunan bahasa. • Setiap bahasa mempunyai bahasa masing-masing. • sebagai contoh : BAHASA MELAYU 1. buku itu 2. sebuah buku merah 3. pensel ini BAHASA INGGERIS 1. that car (kereta itu) 2. three red books (tiga buah bukuyang merah) 3. the beautiful book (buku yang cantik itu)
  • 22. (BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) 2. Bahasa bersifat dinamis • Bahasa adalah berubah dan berkembang selagi penuturnya bergaul dan berinteraksi dengan manusia lain. • Pertembungan kebudayaan, pertembungan manusia dengan manusia lain menyebabkan pertambahan dan pengurangan perbendaharaan kata sesuatu bahasa itu. • Walaupun begitu, struktur dan tatabahasanya tidak berubah. 3. Bahasa itu bersifat arbitrari • Arbitrari ialah pertalian sesuatu bentuk atau lambang dalam bahasa dengan makna yang diberikan secara kebetulan dan ditentukan oleh budaya sesuatu masyarakat. • Tidak semestinya ada hubungan antara bunyi yang dilafazkan dengan benda-benda yang dimaksudkan. • Oleh kerana sifat-sifat arbitrari inilah maka kita dapati tiap-tiap bahasa mempunyai perkataan yang berlainan bagi benda-benda sama. Sebagai contoh: • dalam Bahasa Melayu itu dipanggil “pintu” • dalam Bahasa Inggeris dipanggil “door” • “puerta” dalam Bahasa Sepanyol. 4. Bahasa sebagai alat berkomunikasi. • Proses komunikasi ialah adanya maklumat yang hendak di sampaikan oleh penutur kepada pendengar. • Faktor yang mengubah bahasanya. – pendengar : orang yang dilawan bercakap. – tempat : situasi sekeliling dimana pertuturan itu mengambil tempat, termasuklah benda-benda yang berada di sekitarnya. – butir pertuturan : tajuk percakapan antara penutur dengan pendengar sama ada terdiri daripada hal-hal peribadi atau rasmi.
  • 23. (BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) 5. Bahasa mempunyai makna • Makna bererti yang dimaksudkan dan yang dipercakapkan. • Sesuatu perkataan yang diujarkan mempunyai maksud. 6. Bahasa itu linear • Bunyi-bunyi itu dihasilkan satu demi satu, iaitu dengan pergerakan alat- alat artikulasi satu demi satu. • Sebagai contoh untuk menyebut kalam , bunyi-bunyi yang dihasilkan ialah ‘k’, ’ a’, ’l’, ’a’, dan ‘m’. • Ini dikatakan linear di mana apa yang ingin dituturkan disebut satu demi satu untuk melambangkan sesuatu bunyi. Latihan: 1. Dengan memilih contoh-contoh yang sesuai, huraikan sifat-sifat bahasa dengan jelas.
  • 24. (BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) TAJUK 7 : VARIASI BAHASA Sinopsis Tajuk 7 ini membincang dan menjelaskan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu.Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu dan makin banyak perbezaannya. Hasil Pembelajaran 1. Menghurai dan menjelaskan variasi-variasi bahasa. 2. Melihat pengaruh variasi bahasa itu mempengaruhi kehidupan masyarakat. Variasi Bahasa.  Variasi bahasa bermaksud perbezaan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu  Variasi bahasa merupakan suatu pengkajian terhadap fitur bahasa yang berbeza secara semantik apabila kita membandingkan kumpulan penutur berbeza atau suatu kumpulan penutur yang sama dalam keadaan yang berbeza.  Halliday (1968) menjeniskan bahasa kepada dua aspek iaitu :  Pengguna – orang yang menggunakan sesuatu bahasa dan  Penggunaan – kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dengan keadaan atau situasi bahasa itu digunakan.  Aspek ini lebih menekankan kepelbagaian daerah untuk bahasa yang sama dan bukannya perbandingan fitur antara dua bahasa.  Variasi bahasa ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa.  Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya.  Demikian juga halnya dengan Bahasa Melayu. Dalam konteks Malaysia, di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai
  • 25. (BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) dialek, seperti dialek Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Johor.  Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya.  Demikian juga halnya dengan bahasa Melayu. Dalam rangka Malaysia, di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek, seperti dialek Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Johor.  Demikian juga terdapat variasi-variasi bahasa Melayu yang wujud oleh sebab faktor-faktor sosial, seperti latar belakang pendidikan, jenis pekerjaan, dan kedudukan sosioekonomi penutur yang berbeza-beza penggunaannya.  Hakikat bahasa dan variasi-variasinya sudah lama diakui oleh ahli-ahli bahasa. Namun apabila mereka merujuk sesuatu bahasa tertentu, misalnya bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, mereka mempunyai gambaran tentang satu kesatuan bahasa, yang walaupun mempunyai berbagai-bagai kelainan, masih terdiri daripada satu keseluruhan.  Daripada beberapa variasi satu bahasa, satu variasi tertentu dipilih sebagai mewakili bahasa tersebut dan variasi inilah yang menjadi ukuran apabila kita merujuk sifat umum bahasa tersebut.  Dalam bidang ilmu bahasa, variasi yang dipilih untuk mewakili satu bahasa secara menyeluruh itu disebut bahasa standard atau bahasa baku.  Bahasa Melayu baku ialah variasi yang digunakan apabila orang-orang daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang. Tujuannya supaya mudah difahami.  Tiap-tiap pihak harus gugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan guna sedikit sebanyak variasi bahasa yang bersifat bahasa melayu umum, yang dari segi sejarahnya berasaskan dialek bahasa Melayu Johor Riau.  Variasi ini, yang sekarang dikenal sebagai bahasa Melayu baku, ialah variasi yang digunakan dalam sistem pendidikan (bahasa sekolah), dalam
  • 26. (BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) semua situasi rasmi seperti dalam ucapan-ucapan, mesyuarat dan persidangan dan dalam media massa.  Terdapat 3 jenis variasi iaitu variasi daerah, sosial dan stilistik. Variasi Bahasa (Dialek)  Perkataan 'dialek' berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'dialektos' iaitu perkataan yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan bahasa Yunani pada waktu itu.  Dialek merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh pengguna dalam sesuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ini dikenali sebagai dialek.  Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa.  Dialek mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk yang standard/ baku dari segi sebutan, tatabahasa, dan penggunaan kata-kata tertentu, tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain.  Dialek kawasan ialah variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun bahasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya. Bahasa Isyarat  Bahasa isyarat adalah bahasa yang mengutamakan komunikasi manual, bahasa tubuh, dan gerak bibir, bukannya suara, untuk berkomunikasi.  Kaum tunarungu adalah kelompok utama yang menggunakan bahasa ini, biasanya dengan mengkombinasikan bentuk tangan, orientasi dan gerak tangan, lengan, dan tubuh, serta ekspresi wajah untuk mengungkapkan fikiranmereka.  Bahasa isyarat unik dalam jenisnya di setiap negara.
  • 27. (BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU)  Bahasa isyarat berbeza di negara-negara yang berbahasa sama. Contohnya, Amerika Serikat dan Inggeris meskipun memiliki bahasa tulis yang sama tetapi memiliki bahasa isyarat yang berbeza (American Sign Language dan British Sign Language). Hal yang sebaliknya juga berlaku. Ada negara-negara yang memiliki bahasa tulis yang berbeza (contoh: Inggeris dengan Sepanyol), tetapi menggunakan bahasa isyarat yang sama.  Biasanya bahasa isyarat ini hanya digunakan oleh mereka yang mempunyai kecacatan seperti bisu dan pekak.  Ini adalah salah satu cara untuk mereka berkomunikasi antara satu sama lain.  Golongan pekak dan bisu di negara ini menggunakan kaedah Bahasa Isyarat Malaysia (BIM), yang memerlukan khidmat jurubahasa apabila berurusan dengan mereka yang tidak memahami bahasa berkenaan.  Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) menubuhkan Pusat Latihan Malaysian Sign Language (MySL) yang digerakkan melalui sumbangan Yayasan Tan Sri Othman Yeop mensasarkan melatih 100 jurubahasa dalam tempoh lima tahun. Latihan: Dengan memilih cerpen yang sesuai, analisis penggunaan variasi bahasa yang digunakan dalam cerpen tersebut.