SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
Linguistik
TAJUK 1 : SEJARAH PERKEMBANGAN
SINOPSIS
Tajuk ini membincangkan tentang sejarah perkembangan ilmu linguistik
yang bermula pada tahun 500 SM hingga ke zaman moden. Sejarah
pengkajian ilmu linguistik bermula pada zaman Yunani, zaman
Iskandariah, zaman Rom, zaman pertengahan, zaman Peralihan
(Renaissance), zaman Arab, zaman India, zaman Linguitik
perbandingan dan zaman linguistik moden.
HASIL PEMBELAJARAN
(i) Menyusur galur sejarah perkembangan ilmu linguistik.
(ii) Menghuraikan sejarah ilmu linguistik zaman Yunani, Iskandariah,
Rom, Arab, India hingga zaman moden abad ke-20.
1.0 KANDUNGAN ISI
Tahukah anda bila kajian bahasa bermula? Berdasarkan catatan awal
sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800
tahun sebelum masihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun titik
permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani.
Hal ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India
yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-
17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan
bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang
bermula di Eropah.
1.1 Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman Rom
Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam
bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani. Tamadun Yunani
merupakan satu tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini.
Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa,
ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula
kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka
dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak
dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa
bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi.
Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah
yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu.
Untuk pengetahuan anda, tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada
zaman Yunani ialah Plato dan Aristotle, iaitu murid Plato. Plato (427 – 347)
merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidik
bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan melalui karyanya yang
berbentuk dialog, iaitu Cratylus. Dialog Cratylus telah mencetuskan
kontroversi berabad-abad lamanya, iaitu antara kumpulan analogis yang
mempercayai bahawa bahasa bersifat alamiah, nalar dan logis dengan
kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa
tidak nalar sepenuhnya. Plato telah menimbulkan persoalan adakah
ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau konvensyen, iaitu
berdasarkan persetujuan masyarakat. Beliau juga menyelidik tentang
tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Plato
telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan
kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan.
Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 – 322
sebelum masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam
tatabahasa, iaitu kata penghubung. Beliau memperkembang dan
memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh
Plato. Aristotle merupakan sarjana yang mula-mula mengakui tentang
adanya sistem kala atau tense dalam bahasa Yunani. Gagasan lain yang
dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa sebagai alat, khususnya
untuk retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai
suatu juzuk dunia, tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi
subjek tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja yang
ada di dunia yang menjadi subjek logika.
Secara umumnya, anda dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era
Yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian
mereka lebih bercorak logik dan bukannya saintifik.
Kita telah selesai membincangkan tentang sejarah perkembangan
linguistik zaman Yunani. Sekarang kita beralih pula kepada Zaman
Iskandariah. Zaman ini bermula pada abad ketiga tahun masihi. Sebagai
sebuah tanah jajahan Yunani, Iskandariah menjadi pusat perkembangan
kesusasteraan dan linguistik tamadun Yunani, namun penumpuan bahasa
pada waktu ini lebih kepada aspek lisan, iaitu pertuturan. Mereka turut
mengkaji sistem fonetik dan membahagikan perkataan kepada
adverb, participal, ganti nama dan kata depan. Para sarjana turut
memperkenalkan bidang sintaksis, iaitu ayat yang merupakan satu unit
deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai
makna.
Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik
zaman Rom. Orang Rom telah mengambil alih bidang bahasa setelah
tamadun Yunani runtuh. Tahukah anda bahawa mereka mengambil ilmu
bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin. Jika dikaji
perkembangan bahasa pada zaman ini lebih kepada perubahan sistem
bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin. Mereka kurang
menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa.
Walau bagaimanapun sumbangan mereka amat penting kerana hasil
tulisan mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas
zaman itu.
1.2 Zaman Pertengahan, Zaman Arab, Zaman India
Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik
zaman pertengahan yang dikenali juga sebagai zaman Renaissance. Pada
era ini ahli bahasa mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa
vernakular. Para pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu bahasa
sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa. Anggapan
mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu
tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. Bahasa pada era ini masih kekal
kepada fungsi kesusasateraan.
Anda harus ingat bahawa pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan
logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang.
Golongan zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa
pinjaman. Mereka juga dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan
bahasa lain terutama bahasa Inggeris.
Sekarang mari kita bincangikan pula perkembangan linguistik zaman
Arab. Pada zaman ini bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai
sebuah pusat ilmu di dunia. Hal ini disebabkan Eropah mengalami zaman
gelap. Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam
yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin mereka. Kajian
mereka tertumpu kepada sumber al-Qur’an dan hasilnya perkembangan
ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta terciptanya
kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan.
Perbincangan seterusnya ialah sejarah perkembangan linguistik
zaman India. Pada era ini bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan
memberikan kesan besar kepada ilmu linguistik. Bahan kajian turut
berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda. Kajian
mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan
sintaksis.
Tahukah anda bahawa sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa
zaman ini ialah kejayaan mereka membawa pembaharuan dalam ilmu
bahasa dan mula mengkaji bahasa secara saintifik. Tamadun ini turut
mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu bahasa yang sama. Hal
ini dapat dibuktikan melalui kajian, hampir semua bahasa memiliki
perkataan yang hampir sama dan maksud perkataan juga hampir sama.
1.3 Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden
Untuk pengetahuan anda, zaman ini dikatakan sebagai permulaan
kepada linguistik moden, iaitu sekitar abad ke-19. Bidang bahasa mula
berkembang dengan wujudnya bidang baharu, iaitu antropologi dan
sosiologi. Pendekatan kajian bahasa berdasarkan bukti nyata. Mereka turut
mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang
lain. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui
peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama.
Kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada
semua bahasa di dunia. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan
bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa berisolasi,
berimbuhan dan bahasa berfleksi. Hukum baharu mula wujud yang dikenali
sebagai hukum R-G-L dan R-D-L.
Sebagai mengakhiri perbincangan tajuk 1 ini, marilah sama-sama kita
lihat sejarah perkembangan linguistik zaman moden sekitar abad ke-20.
Pengkajian ilmu bahasa pada zaman ini lebih cenderung kepada linguistic
deskriptif atau linguistik huraian. Kajian pada era ini lebih sistematik dan
menekankan kepada sinkronis dan diakronis. Para pengkaji turut
menelurkan satu teori baharu, iaitu bahasa adalah baka dan satu
fenomena sosial.
TAJUK
2
PEMIKIRAN DALAM LINGUISTIK
SINOPSIS
Tajuk dua ialah pemikiran dalam linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk,
iaitu pemikiran Edward Sapir, Leonard Bloomfield dan pemikiran Ferdinand
de Saussure. Mereka merupakan tokoh linguistik yang banyak memberi
sumbangan kepada perkembangan ilmu bahasa melalui hasil kajian secara
empirikal.
HASIL PEMBELAJARAN
(i) Menghuraikan aliran pemikiran tokoh-tokoh lingustik mengiku zaman
(ii) Menghargai sumbangan tokoh-tokoh dalam perkembangan ilmu bahasa
sejak zaman awal hingga zaman moden
(iii) Membuat banding beza bentuk pemikiran antara tokoh-tokoh linguistik
2.0 KANDUNGAN ISI
Hasil pemikiran de Saussure telah melayakkan beliau diberikan jolokan
sebagai “Bapa Linguistik Moden”. Hasil pemikiran Bloomfield pula telah
menghasilkan teori behaviourisme
2.1 Pemikiran Edward Sapir Dalam Bidang Linguistik
• Edward Sapir (1884 – 1939) seorang sarjana linguistik struktural
dan antropologi dari Amerika pada awal abad ke-20. Beliau mengkaji
hubungan bahasa dengan pemikiran manusia dari aspek psikologi.
• Beliau berpendapat psikologi mendasari pengkajian bahasa dalam
sains. Kesimpulan kajian beliau mendapati bahawa struktur bahasa
merupakan unsur yang menentukan sturktur pemikiran manusia.
• Menurut beliau, bahasa ialah sistem manusiawi yang instingtif, iaitu
bersifat arbitrari untuk menyampaikan perasaan dan fikiran. Buku beliau
bertajuk Language berbeza dengan Bloomfield kerana menggunakan
pendekatan antropologi yang melihat bahasa dari segi fungsinya dalam
masyarakat.
• Rumusan hasil pemikiran beliau tiada bahasa yang sempurna,
bahasa akan sentiasa berubah.
2.2 Pemikiran Leonard Bloomfield dalam Bidang Linguistik
• Bloomfield (1887 – 1949) merupakan ahli linguistik yang
mempelopori teori behaviourisme yang berkait rapat dengan fahaman ahli
psikologi dalam menghuraikan bahasa. Beliau beranggapan bahawa
bahasa sebagai pangkalan data ucapan yang boleh mengeluarkan segala
unit bahasa. Dengan kata lain, ayat-ayat itu tersusun di dalam otak dan
dikeluarkan apabila adanya rangsangan.
• Rumusan beliau, sekiranya tingkah laku manusia lain berpunca
daripada adanya rangsangan atau stimulus, maka bahasapun dapat
dilahirkan sebagai gerak balas ataurespons terhadap rangsangan itu.
• Beliau juga beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah laku
manusia. Beliau memperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya, iaitu
suatu kenyataan yang menunjukkan bahawa semua bahan kajian
hendaklah dapat diperhatikan dan dianalisis secara empirikal. Buku beliau
yang popular ialah Language (1933).
2.3 Pemikiran Ferdinand de Saussure dalam Bidang Linguistik
• Ferdinand de Saussure (1857 – 1913) ialah orang pertama yang
mengasaskan ilmu linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai ‘Bapa Ilmu
Linguistik Moden’ telah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan
pendekatan baharu dalam bidang bahasa secara moden.
• Dalam sejarah ilmu linguistik moden, beliau merupakan orang
pertama yang mengemukakan dan menekankan peri pentingnya kajian
bahasa dilakukan dari sudut yang berbeza-beza, iaitu secara sinkronis dan
diakronis. Linguistik sinkronis mengkaji bahasa pada suatu masa tertentu.
Linguistik diakronis mengkaji bahasa dari segi sejarah yang dilalui oleh
bahasa serta perubahan-perubanan yang dialami oleh sesuatu bahasa
tersebut.
• De Saussure merupakan orang pertama yang mengemukakan
konsep ‘langue’ dan ‘parole’. Langue bermaksud loghat atau dialek dan
parole bermaksud ciri-ciri bahasa yang dituturkan atau diucapkan oleh
individu dalam masyarakat.
• Ketokohan beliau adalah hasil penelitiannya sehingga menerbitkan
buku bertajuk Couse de Linguistique Generale pada tahun 1915. Karya
agung beliau ini adalah hasil daripada usaha pelajar-pelajarnya yang telah
mengumpul dan menyusun semula bahan-bahan kuliah sehingga
terhasilnya buku tersebut yang kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa
Inggeris pada tahun 1959.
TAJUK
3
BIDANG LINGUISTIK
SINOPSIS
Tajuk tiga ialah bidang linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu
Linguistik Am dan Linguistik Gunaan, Linguistik Sejarah dan Linguistik
Perbandingan serta Linguistik Kontekstual.
HASIL PEMBELAJARAN
(i) Menghuraikan tentang bidang ilmu linguistik
(ii) Menghuraikan linguistik am atau umum, linguistik sejarah, linguistik
perbandingan dan linguistik kontekstual
(iii) Membincangkan bidang linguistik gunaan dan hubungannya dengan
pengajaran bahasa.
3.0 KANDUNGAN ISI
Perbincangan dalam tajuk ini menjurus kepada pengenalan kepada
bidang-bidang ilmu linguistik, linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa,
perbandingan antara bahasa dan ciri persamaan dan perbezaan antara
bahasa serta kepentingan linguistik sejarah dalam perkembangan ilmu
linguistik.
3.1 Linguistik Umum dan Linguistik Gunaan
• Linguistik umum disebut juga sebagai linguistik am, iaitu bidang
yang mengkaji aspek-aspek teori Ilmu linguistik secara umum.
• Linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan.
• Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu
pendidikan dan psikologi.
• Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori,
deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa
dan menulis buku-buku teks.
• Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan
makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa
asli dan juga bahasa asing.
• Linguistik ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan
bahan-bahan mengajarkan bahasa.
• Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah terus
yang mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli
pelajarnya.
• Ada aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan,
iaitu terjemahan dan perkamusan, tetapi dalam modul ini kita hanya
menyebut mengenai penggunaan linguistik dalam mengajarkan bahasa
sahaja.
• Perkara yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan konsep
yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum.
• Menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal,
cara dan kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa, iaitu
secara deskriptif.
• Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin
ilmu bahasa yang berhubungan dengan pengajaran bahasa.
• Pengenalan linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa
merupakan suatu usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan
moden yang disebut juga sebagai sains gunaan.
• Dalam meletakkan linguistik gunaan ke dalam pengajaran bahasa,
seseorang itu sudah mampu menghuraikan bentuk-bentuk dan peraturan
sesuatu bahasa dan mengajarkan bahasa dengan baik.
3.2 Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan
• Linguistik perbandingan (asalnya filologi perbandingan) ialah
satu cabang linguistik sejarah yang membandingkan bahasa-bahasa
supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu.
• “Perhubungan" membayangkan asal yang sama atau bahasa proto,
dan linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-
bahasa proto dan menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku
pada bahasa-bahasa yang didokumenkan itu.
• Teknik asas linguistik perbandingan ialah “kaedah perbandingan”
yang bertujuan untuk membandingkan sistem-sistem fonologi, sistem-
sistem morfologi, sintaksis, dan leksikon.
• Pada dasarnya, setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait
harus dapat diterangkan dengan amat munasabah, dan perubahan-
perubahan sistematik, umpamanya dalam sistem-sistem fonologi atau
morfologi, dijangka amat tetap.
• Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh, dan
tidak rapat hubungannya, kaedah perbandingan tidak begitu berguna.
• Kaedah terawal untuk jenis ini ialah glotokronologi yang
mencadangkan satu formula matematik untuk menentukan tarikh ketika
kedua-dua bahasa itu berpisah, berdasarkan peratusan perbendaharaan
kata teras sebanyak 100 butir (kemudian 200) yang seketurunan dalam
bahasa-bahasa yang dibandingkan.
• Kaedah glotokronologi mencadangkan penggunaan
formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua
bahasa itu berpisah.
• Terdapat juga cabang-cabang linguistik lain yang
melibatkan pembandingan bahasa yang bukannya sebahagianlinguistik
perbandingan:
• Tipologi bahasa membandingkan bahasa supaya dapat mengelaskannya
mengikut ciri-ciri.
• Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik
tentang hubungan antara penutur-penutur bahasa yang berbeza,
khususnya sebagaimana yang terbukti dalam kata-kata pinjaman.
• Cabang kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan
perkembangan sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa
iaitu dari zaman kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu.
• Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal
usul (etimologi) sesuatu bahasa.
• Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman.
• Kajian perlu dilakukan secara sinkronik iaitu kajian secara terperinci
dalam beberapa zaman atau masa dan tempat tertentu.
• Kemudian, kajian perlu dilakukan secara diakronik, iaitu membuat
perbandingan bagi menentukan perubahan dan perkembangan yang
berlaku di dalam bahasa tersebut.
• Linguistik sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang
berusaha untuk memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah
yang dilaluinya melalui masa.
• Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asasl
usul atau etimologi sesuatu bahasa. Tujuannya adalah untuk mengetahui
proses dan perkembangan bahasa dari masa lampau hingga kini.
• Linguistik perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yang
membandingkan antara bahasa yang sekeluarga.
Tujuannya adalah untuk melihat ciri-ciri perbezaan dan persamaan
antara bahasa yang sekeluarga, yakni bahasa seketurunan
daripada bahasa induk.
• Perbandingan dilakukan antara beberapa aspek tertentu
sahaja atau seluruh aspek bahasa yang dibanadingkan itu. Linguistik
ini memperlihatkan hubungan yang erat dengan linguistik huraian. Hal ini
disebabkan huraian yang lengkap diperlukan tentang aspek- aspek
yang dibandingkan itu
3.3 Linguistik Kontekstual
• Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik
berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan
linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan
sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana
bahasa berinteraksi dengan dunia.
• Sosiolinguistik, linguistik antropologi, dan antropologi
linguistik merupakan sains sosial yang mengkaji interaksi –
interaksi linguistik dengan masyarakat pada keseluruhannya.
• Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah
berinteraksi dengan linguistik.
• Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan
sains perubatan dengan linguistik. Bidang-bidang linguistik
merentasi disiplin termasuk pemerolehan bahasa, linguistik evolusi,
linguistik pengiraan, serta sains kognitif.

More Related Content

What's hot (16)

Bidang bidang linguistik
Bidang bidang linguistikBidang bidang linguistik
Bidang bidang linguistik
 
Pemikiran dalam linguistik
Pemikiran dalam linguistikPemikiran dalam linguistik
Pemikiran dalam linguistik
 
Nota Sosiolinguistik
Nota SosiolinguistikNota Sosiolinguistik
Nota Sosiolinguistik
 
Sejarah perkembangan linguistik (ayu)
Sejarah perkembangan linguistik (ayu)Sejarah perkembangan linguistik (ayu)
Sejarah perkembangan linguistik (ayu)
 
Pemikiran dalam linguistik jee
Pemikiran dalam linguistik jeePemikiran dalam linguistik jee
Pemikiran dalam linguistik jee
 
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasaPengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa
 
Perancangan Bahasa
Perancangan Bahasa Perancangan Bahasa
Perancangan Bahasa
 
Kerja kursus bmm3107 3
Kerja kursus bmm3107 3Kerja kursus bmm3107 3
Kerja kursus bmm3107 3
 
75748770 nota-ringkas-3403
75748770 nota-ringkas-340375748770 nota-ringkas-3403
75748770 nota-ringkas-3403
 
(Sadn1013 h) kump 23
(Sadn1013 h) kump 23(Sadn1013 h) kump 23
(Sadn1013 h) kump 23
 
Falsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayuFalsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayu
 
Menyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasaMenyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasa
 
Bidang makna
Bidang maknaBidang makna
Bidang makna
 
Bmm 3107 sifat bahasa
Bmm 3107 sifat bahasa Bmm 3107 sifat bahasa
Bmm 3107 sifat bahasa
 
Nur hafizah linguistik gunaan
Nur hafizah linguistik gunaanNur hafizah linguistik gunaan
Nur hafizah linguistik gunaan
 
Esp313 tugasan noriza ahmad_e30209120039
Esp313 tugasan noriza ahmad_e30209120039Esp313 tugasan noriza ahmad_e30209120039
Esp313 tugasan noriza ahmad_e30209120039
 

Viewers also liked

Makalah filsum siap di print
Makalah filsum siap di printMakalah filsum siap di print
Makalah filsum siap di print
Liza Fadilah
 
Edyta_Jordan_Resume
Edyta_Jordan_ResumeEdyta_Jordan_Resume
Edyta_Jordan_Resume
edytajordan
 
Thaiföld(2)+ani (nx power lite)
Thaiföld(2)+ani (nx power lite)Thaiföld(2)+ani (nx power lite)
Thaiföld(2)+ani (nx power lite)
VarganeAnny
 
Oldtimer+ani (nx power lite)
Oldtimer+ani (nx power lite)Oldtimer+ani (nx power lite)
Oldtimer+ani (nx power lite)
VarganeAnny
 
Chapter One: Summer Reading 2012
Chapter One: Summer Reading 2012Chapter One: Summer Reading 2012
Chapter One: Summer Reading 2012
LibraryLeroy
 
Fotoalbum(1)+ani (nx power lite)
Fotoalbum(1)+ani (nx power lite)Fotoalbum(1)+ani (nx power lite)
Fotoalbum(1)+ani (nx power lite)
VarganeAnny
 
Világjáró(4)+ani (nx power lite)
Világjáró(4)+ani (nx power lite)Világjáró(4)+ani (nx power lite)
Világjáró(4)+ani (nx power lite)
VarganeAnny
 
Thirteen Ways Of Looking
Thirteen  Ways Of  LookingThirteen  Ways Of  Looking
Thirteen Ways Of Looking
andrea_2610
 
El Sup's birthday greeting to Mumia
El Sup's birthday greeting to MumiaEl Sup's birthday greeting to Mumia
El Sup's birthday greeting to Mumia
jeffzerodivide
 

Viewers also liked (20)

Penjodoh Bilangan
Penjodoh BilanganPenjodoh Bilangan
Penjodoh Bilangan
 
Makalah filsum siap di print
Makalah filsum siap di printMakalah filsum siap di print
Makalah filsum siap di print
 
Bab 9-t4 perkembangan di eropah
Bab 9-t4 perkembangan di eropahBab 9-t4 perkembangan di eropah
Bab 9-t4 perkembangan di eropah
 
Edyta_Jordan_Resume
Edyta_Jordan_ResumeEdyta_Jordan_Resume
Edyta_Jordan_Resume
 
Cooltur
CoolturCooltur
Cooltur
 
Thaiföld(2)+ani (nx power lite)
Thaiföld(2)+ani (nx power lite)Thaiföld(2)+ani (nx power lite)
Thaiföld(2)+ani (nx power lite)
 
Oldtimer+ani (nx power lite)
Oldtimer+ani (nx power lite)Oldtimer+ani (nx power lite)
Oldtimer+ani (nx power lite)
 
Chapter One: Summer Reading 2012
Chapter One: Summer Reading 2012Chapter One: Summer Reading 2012
Chapter One: Summer Reading 2012
 
ETC EXPO/Saskia Vugts Portretschilder
ETC EXPO/Saskia Vugts PortretschilderETC EXPO/Saskia Vugts Portretschilder
ETC EXPO/Saskia Vugts Portretschilder
 
Ictericia neonatal
Ictericia neonatalIctericia neonatal
Ictericia neonatal
 
#HappyRushHour
#HappyRushHour #HappyRushHour
#HappyRushHour
 
Fotoalbum(1)+ani (nx power lite)
Fotoalbum(1)+ani (nx power lite)Fotoalbum(1)+ani (nx power lite)
Fotoalbum(1)+ani (nx power lite)
 
резюме сергей шмаков (2)
резюме сергей шмаков (2)резюме сергей шмаков (2)
резюме сергей шмаков (2)
 
Világjáró(4)+ani (nx power lite)
Világjáró(4)+ani (nx power lite)Világjáró(4)+ani (nx power lite)
Világjáró(4)+ani (nx power lite)
 
Thirteen Ways Of Looking
Thirteen  Ways Of  LookingThirteen  Ways Of  Looking
Thirteen Ways Of Looking
 
Реклама в сообществах ВКонтакте
Реклама в сообществах ВКонтактеРеклама в сообществах ВКонтакте
Реклама в сообществах ВКонтакте
 
For Publishers: Case Studies and Market Research for Mobile B2B Digital Marke...
For Publishers: Case Studies and Market Research for Mobile B2B Digital Marke...For Publishers: Case Studies and Market Research for Mobile B2B Digital Marke...
For Publishers: Case Studies and Market Research for Mobile B2B Digital Marke...
 
El Sup's birthday greeting to Mumia
El Sup's birthday greeting to MumiaEl Sup's birthday greeting to Mumia
El Sup's birthday greeting to Mumia
 
Belajar microsoft exel 2007
Belajar microsoft exel 2007Belajar microsoft exel 2007
Belajar microsoft exel 2007
 
Mervi Käki — Creating world innovation centres. Skolkovo Summit of Innovation...
Mervi Käki — Creating world innovation centres. Skolkovo Summit of Innovation...Mervi Käki — Creating world innovation centres. Skolkovo Summit of Innovation...
Mervi Käki — Creating world innovation centres. Skolkovo Summit of Innovation...
 

Similar to 7. es linguistik

09 isi-pelajaran-4
09 isi-pelajaran-409 isi-pelajaran-4
09 isi-pelajaran-4
Oh Jenny
 
08bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-208bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-2
Oh Jenny
 
08bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-208bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-2
Fei Yee
 
08bisi pelajaran interaksi-2 (1)
08bisi pelajaran interaksi-2 (1)08bisi pelajaran interaksi-2 (1)
08bisi pelajaran interaksi-2 (1)
Laila Mohd Sarjan
 
08bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-208bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-2
Laila Mohd Sarjan
 
Ferdinand de sausure
Ferdinand de sausureFerdinand de sausure
Ferdinand de sausure
Xeri Ee
 
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)
Khairul Amin Ishak
 
20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilah
20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilah20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilah
20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilah
Muhd Rais
 
Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017
Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017
Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017
nealosen
 
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1) BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)
Izzah Zahh
 
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2
NOORSADINA
 
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayuProses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu
Atykah Aura
 
08disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-408disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-4
Laila Mohd Sarjan
 
08disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-408disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-4
Oh Jenny
 

Similar to 7. es linguistik (20)

09 isi-pelajaran-4
09 isi-pelajaran-409 isi-pelajaran-4
09 isi-pelajaran-4
 
08bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-208bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-2
 
08bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-208bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-2
 
08bisi pelajaran interaksi-2 (1)
08bisi pelajaran interaksi-2 (1)08bisi pelajaran interaksi-2 (1)
08bisi pelajaran interaksi-2 (1)
 
08bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-208bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-2
 
Ferdinand de sausure
Ferdinand de sausureFerdinand de sausure
Ferdinand de sausure
 
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)
 
Nota tatabahasa
Nota tatabahasaNota tatabahasa
Nota tatabahasa
 
Notabm
NotabmNotabm
Notabm
 
20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilah
20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilah20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilah
20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilah
 
Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017
Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017
Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017
 
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1) BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)
 
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2
 
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayuProses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu
 
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGETHE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
 
Nota BMM
Nota BMM Nota BMM
Nota BMM
 
Semantik
SemantikSemantik
Semantik
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayu
 
08disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-408disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-4
 
08disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-408disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-4
 

7. es linguistik

  • 1. Linguistik TAJUK 1 : SEJARAH PERKEMBANGAN SINOPSIS Tajuk ini membincangkan tentang sejarah perkembangan ilmu linguistik yang bermula pada tahun 500 SM hingga ke zaman moden. Sejarah pengkajian ilmu linguistik bermula pada zaman Yunani, zaman Iskandariah, zaman Rom, zaman pertengahan, zaman Peralihan (Renaissance), zaman Arab, zaman India, zaman Linguitik perbandingan dan zaman linguistik moden. HASIL PEMBELAJARAN (i) Menyusur galur sejarah perkembangan ilmu linguistik. (ii) Menghuraikan sejarah ilmu linguistik zaman Yunani, Iskandariah, Rom, Arab, India hingga zaman moden abad ke-20. 1.0 KANDUNGAN ISI Tahukah anda bila kajian bahasa bermula? Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India
  • 2. yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke- 17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah. 1.1 Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman Rom Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani. Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu. Untuk pengetahuan anda, tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman Yunani ialah Plato dan Aristotle, iaitu murid Plato. Plato (427 – 347) merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan melalui karyanya yang berbentuk dialog, iaitu Cratylus. Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya, iaitu antara kumpulan analogis yang mempercayai bahawa bahasa bersifat alamiah, nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Plato telah menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau konvensyen, iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat. Beliau juga menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan.
  • 3. Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 – 322 sebelum masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa, iaitu kata penghubung. Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato. Aristotle merupakan sarjana yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem kala atau tense dalam bahasa Yunani. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi subjek logika. Secara umumnya, anda dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era Yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian mereka lebih bercorak logik dan bukannya saintifik. Kita telah selesai membincangkan tentang sejarah perkembangan linguistik zaman Yunani. Sekarang kita beralih pula kepada Zaman Iskandariah. Zaman ini bermula pada abad ketiga tahun masihi. Sebagai sebuah tanah jajahan Yunani, Iskandariah menjadi pusat perkembangan kesusasteraan dan linguistik tamadun Yunani, namun penumpuan bahasa pada waktu ini lebih kepada aspek lisan, iaitu pertuturan. Mereka turut mengkaji sistem fonetik dan membahagikan perkataan kepada adverb, participal, ganti nama dan kata depan. Para sarjana turut memperkenalkan bidang sintaksis, iaitu ayat yang merupakan satu unit deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna. Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman Rom. Orang Rom telah mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh. Tahukah anda bahawa mereka mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin. Jika dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih kepada perubahan sistem bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin. Mereka kurang
  • 4. menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa. Walau bagaimanapun sumbangan mereka amat penting kerana hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas zaman itu. 1.2 Zaman Pertengahan, Zaman Arab, Zaman India Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman pertengahan yang dikenali juga sebagai zaman Renaissance. Pada era ini ahli bahasa mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa vernakular. Para pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasateraan. Anda harus ingat bahawa pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Golongan zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mereka juga dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris. Sekarang mari kita bincangikan pula perkembangan linguistik zaman Arab. Pada zaman ini bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di dunia. Hal ini disebabkan Eropah mengalami zaman gelap. Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin mereka. Kajian mereka tertumpu kepada sumber al-Qur’an dan hasilnya perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan.
  • 5. Perbincangan seterusnya ialah sejarah perkembangan linguistik zaman India. Pada era ini bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan kesan besar kepada ilmu linguistik. Bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan sintaksis. Tahukah anda bahawa sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini ialah kejayaan mereka membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa secara saintifik. Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu bahasa yang sama. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian, hampir semua bahasa memiliki perkataan yang hampir sama dan maksud perkataan juga hampir sama. 1.3 Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden Untuk pengetahuan anda, zaman ini dikatakan sebagai permulaan kepada linguistik moden, iaitu sekitar abad ke-19. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu, iaitu antropologi dan sosiologi. Pendekatan kajian bahasa berdasarkan bukti nyata. Mereka turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama. Kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada semua bahasa di dunia. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan dan bahasa berfleksi. Hukum baharu mula wujud yang dikenali sebagai hukum R-G-L dan R-D-L.
  • 6. Sebagai mengakhiri perbincangan tajuk 1 ini, marilah sama-sama kita lihat sejarah perkembangan linguistik zaman moden sekitar abad ke-20. Pengkajian ilmu bahasa pada zaman ini lebih cenderung kepada linguistic deskriptif atau linguistik huraian. Kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada sinkronis dan diakronis. Para pengkaji turut menelurkan satu teori baharu, iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial. TAJUK 2 PEMIKIRAN DALAM LINGUISTIK SINOPSIS Tajuk dua ialah pemikiran dalam linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu pemikiran Edward Sapir, Leonard Bloomfield dan pemikiran Ferdinand de Saussure. Mereka merupakan tokoh linguistik yang banyak memberi sumbangan kepada perkembangan ilmu bahasa melalui hasil kajian secara empirikal. HASIL PEMBELAJARAN (i) Menghuraikan aliran pemikiran tokoh-tokoh lingustik mengiku zaman (ii) Menghargai sumbangan tokoh-tokoh dalam perkembangan ilmu bahasa sejak zaman awal hingga zaman moden (iii) Membuat banding beza bentuk pemikiran antara tokoh-tokoh linguistik 2.0 KANDUNGAN ISI
  • 7. Hasil pemikiran de Saussure telah melayakkan beliau diberikan jolokan sebagai “Bapa Linguistik Moden”. Hasil pemikiran Bloomfield pula telah menghasilkan teori behaviourisme 2.1 Pemikiran Edward Sapir Dalam Bidang Linguistik • Edward Sapir (1884 – 1939) seorang sarjana linguistik struktural dan antropologi dari Amerika pada awal abad ke-20. Beliau mengkaji hubungan bahasa dengan pemikiran manusia dari aspek psikologi. • Beliau berpendapat psikologi mendasari pengkajian bahasa dalam sains. Kesimpulan kajian beliau mendapati bahawa struktur bahasa merupakan unsur yang menentukan sturktur pemikiran manusia. • Menurut beliau, bahasa ialah sistem manusiawi yang instingtif, iaitu bersifat arbitrari untuk menyampaikan perasaan dan fikiran. Buku beliau bertajuk Language berbeza dengan Bloomfield kerana menggunakan pendekatan antropologi yang melihat bahasa dari segi fungsinya dalam masyarakat. • Rumusan hasil pemikiran beliau tiada bahasa yang sempurna, bahasa akan sentiasa berubah. 2.2 Pemikiran Leonard Bloomfield dalam Bidang Linguistik • Bloomfield (1887 – 1949) merupakan ahli linguistik yang mempelopori teori behaviourisme yang berkait rapat dengan fahaman ahli psikologi dalam menghuraikan bahasa. Beliau beranggapan bahawa bahasa sebagai pangkalan data ucapan yang boleh mengeluarkan segala
  • 8. unit bahasa. Dengan kata lain, ayat-ayat itu tersusun di dalam otak dan dikeluarkan apabila adanya rangsangan. • Rumusan beliau, sekiranya tingkah laku manusia lain berpunca daripada adanya rangsangan atau stimulus, maka bahasapun dapat dilahirkan sebagai gerak balas ataurespons terhadap rangsangan itu. • Beliau juga beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah laku manusia. Beliau memperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya, iaitu suatu kenyataan yang menunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat diperhatikan dan dianalisis secara empirikal. Buku beliau yang popular ialah Language (1933). 2.3 Pemikiran Ferdinand de Saussure dalam Bidang Linguistik • Ferdinand de Saussure (1857 – 1913) ialah orang pertama yang mengasaskan ilmu linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai ‘Bapa Ilmu Linguistik Moden’ telah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baharu dalam bidang bahasa secara moden. • Dalam sejarah ilmu linguistik moden, beliau merupakan orang pertama yang mengemukakan dan menekankan peri pentingnya kajian bahasa dilakukan dari sudut yang berbeza-beza, iaitu secara sinkronis dan diakronis. Linguistik sinkronis mengkaji bahasa pada suatu masa tertentu. Linguistik diakronis mengkaji bahasa dari segi sejarah yang dilalui oleh bahasa serta perubahan-perubanan yang dialami oleh sesuatu bahasa tersebut. • De Saussure merupakan orang pertama yang mengemukakan
  • 9. konsep ‘langue’ dan ‘parole’. Langue bermaksud loghat atau dialek dan parole bermaksud ciri-ciri bahasa yang dituturkan atau diucapkan oleh individu dalam masyarakat. • Ketokohan beliau adalah hasil penelitiannya sehingga menerbitkan buku bertajuk Couse de Linguistique Generale pada tahun 1915. Karya agung beliau ini adalah hasil daripada usaha pelajar-pelajarnya yang telah mengumpul dan menyusun semula bahan-bahan kuliah sehingga terhasilnya buku tersebut yang kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1959.
  • 10.
  • 11. TAJUK 3 BIDANG LINGUISTIK SINOPSIS Tajuk tiga ialah bidang linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu Linguistik Am dan Linguistik Gunaan, Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan serta Linguistik Kontekstual. HASIL PEMBELAJARAN (i) Menghuraikan tentang bidang ilmu linguistik (ii) Menghuraikan linguistik am atau umum, linguistik sejarah, linguistik perbandingan dan linguistik kontekstual (iii) Membincangkan bidang linguistik gunaan dan hubungannya dengan pengajaran bahasa. 3.0 KANDUNGAN ISI Perbincangan dalam tajuk ini menjurus kepada pengenalan kepada bidang-bidang ilmu linguistik, linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa, perbandingan antara bahasa dan ciri persamaan dan perbezaan antara bahasa serta kepentingan linguistik sejarah dalam perkembangan ilmu linguistik. 3.1 Linguistik Umum dan Linguistik Gunaan • Linguistik umum disebut juga sebagai linguistik am, iaitu bidang
  • 12. yang mengkaji aspek-aspek teori Ilmu linguistik secara umum. • Linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan. • Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi. • Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku teks. • Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing. • Linguistik ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan bahan-bahan mengajarkan bahasa. • Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah terus yang mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya. • Ada aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan, iaitu terjemahan dan perkamusan, tetapi dalam modul ini kita hanya menyebut mengenai penggunaan linguistik dalam mengajarkan bahasa sahaja. • Perkara yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan konsep yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum. • Menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal, cara dan kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa, iaitu secara deskriptif. • Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu bahasa yang berhubungan dengan pengajaran bahasa. • Pengenalan linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa merupakan suatu usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai sains gunaan.
  • 13. • Dalam meletakkan linguistik gunaan ke dalam pengajaran bahasa, seseorang itu sudah mampu menghuraikan bentuk-bentuk dan peraturan sesuatu bahasa dan mengajarkan bahasa dengan baik. 3.2 Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan • Linguistik perbandingan (asalnya filologi perbandingan) ialah satu cabang linguistik sejarah yang membandingkan bahasa-bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu. • “Perhubungan" membayangkan asal yang sama atau bahasa proto, dan linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa- bahasa proto dan menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang didokumenkan itu. • Teknik asas linguistik perbandingan ialah “kaedah perbandingan” yang bertujuan untuk membandingkan sistem-sistem fonologi, sistem- sistem morfologi, sintaksis, dan leksikon. • Pada dasarnya, setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait harus dapat diterangkan dengan amat munasabah, dan perubahan- perubahan sistematik, umpamanya dalam sistem-sistem fonologi atau morfologi, dijangka amat tetap. • Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh, dan tidak rapat hubungannya, kaedah perbandingan tidak begitu berguna. • Kaedah terawal untuk jenis ini ialah glotokronologi yang mencadangkan satu formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah, berdasarkan peratusan perbendaharaan kata teras sebanyak 100 butir (kemudian 200) yang seketurunan dalam bahasa-bahasa yang dibandingkan.
  • 14. • Kaedah glotokronologi mencadangkan penggunaan formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah. • Terdapat juga cabang-cabang linguistik lain yang melibatkan pembandingan bahasa yang bukannya sebahagianlinguistik perbandingan: • Tipologi bahasa membandingkan bahasa supaya dapat mengelaskannya mengikut ciri-ciri. • Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik tentang hubungan antara penutur-penutur bahasa yang berbeza, khususnya sebagaimana yang terbukti dalam kata-kata pinjaman. • Cabang kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa iaitu dari zaman kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu. • Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal usul (etimologi) sesuatu bahasa. • Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman. • Kajian perlu dilakukan secara sinkronik iaitu kajian secara terperinci dalam beberapa zaman atau masa dan tempat tertentu. • Kemudian, kajian perlu dilakukan secara diakronik, iaitu membuat perbandingan bagi menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam bahasa tersebut. • Linguistik sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah yang dilaluinya melalui masa. • Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asasl usul atau etimologi sesuatu bahasa. Tujuannya adalah untuk mengetahui proses dan perkembangan bahasa dari masa lampau hingga kini.
  • 15. • Linguistik perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yang membandingkan antara bahasa yang sekeluarga. Tujuannya adalah untuk melihat ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara bahasa yang sekeluarga, yakni bahasa seketurunan daripada bahasa induk. • Perbandingan dilakukan antara beberapa aspek tertentu sahaja atau seluruh aspek bahasa yang dibanadingkan itu. Linguistik ini memperlihatkan hubungan yang erat dengan linguistik huraian. Hal ini disebabkan huraian yang lengkap diperlukan tentang aspek- aspek yang dibandingkan itu 3.3 Linguistik Kontekstual • Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia. • Sosiolinguistik, linguistik antropologi, dan antropologi linguistik merupakan sains sosial yang mengkaji interaksi – interaksi linguistik dengan masyarakat pada keseluruhannya. • Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah berinteraksi dengan linguistik. • Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sains perubatan dengan linguistik. Bidang-bidang linguistik merentasi disiplin termasuk pemerolehan bahasa, linguistik evolusi, linguistik pengiraan, serta sains kognitif.