2. Anda dikehendaki memilih titik hitam
(kawasan jalan raya yang berlaku
kemalangan). Berikan cadangan ringkas
untuk mengurangkan kemalangan. Sertakan
laporan anda dengan gambar-gambar dan
lakaran.
SOALAN:
4. Punca Kemalangan:
Punca utama kerap berlakunya kemalangan di jalan ini
adalah kerana terdapat banyak selekoh tajam yang
merbahaya dan keadaan jalan yang berbukit. Di samping
itu, dikatakan bahawa majoriti kemalangan di jalan ini
berlaku terhadap pemandu yang asing dan tidak arif
tentang keadaan jalan tersebut.
Cadangan:
Saya mencadangkan supaya pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) atau
pihak yang berwajib untuk memperbanyak lagi tanda-tanda isyarat di
sepanjang jalan bagi memastikan pemandu sentiasa sedar akan
keadaan jalan tersebut. Selain itu, lampu-lampu jalan juga perlu
diperbanyakkan lagi kerana keadaan amat gelap di jalan tersebut pada
waktu malam.