1. TAJUK TUGASAN : AUDIT KESELAMATAN JALAN RAYA
LMCP 2502 : PENGANGKUTAN BANDAR
PENSYARAH
PROF. DATO’ IR. DR. RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT
NAMA
NURUL AQILAH BINTI ARIFIN (A167789)
2. SOALAN
Anda dikehendaki memilih titik hitam (kawasan jalan raya
yang banyak berlaku kemalangan). Berikan cadangan ringkas
untuk mengurangkan kemalangan
3. Titik hitam:
Jalan
Gua Musang –
K.krai
Punca kemalangan :
Punca utama kemalangan sering berlaku di
laluan tersebut adalah disebabkan jalan
tersebut yang mempunyai selekoh yang
panjang serta jalan yang tidak rata iaitu
berlubang
4. Cadangan :
Saya mencadangkan supaya
pihak Jabatan Kerja Raya (JKR)
mengambil tindakan yang segera
bagi kes ini iaitu dengan
memasangkan stud road dan
meratakan jalan yang berlubang
Road Studs
Road studs adalah aksesori keselamatan yang digunakan di jalan raya untuk
membantu pemandu-pemandu melihat penjajaran jalan dari jauh dan dengan itu
dapat membantu mengawal pergerakan kenderaan dengan tepat dan selamat. Ia
adalah bahan piawai yang digunakan di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Lokasi, penjarakkan, ketinggian dan orientasi pemasangannya dikawal dengan
ketat untuk memastikan ianya selamat dan dapat memberikan impak maksima
kepada keselamatan jalan raya. Secara mudah; setiap sesuatu itu memerlukan cara
penggunaan yang betul. Ianya adalah bahan yang teruji, terkawal dan digunapakai
di seluruh dunia termasuk di negara-negara maju. Ia bertujuan untuk
meningkatkan keselamatan pemandu dan bukan sebaliknya.
Selain daripada fungsi 'visibility' untuk membantu pemandu di waktu malam, ia
juga berperanan sebagai 'traffic calming device' atau dengan kata lain, ia dapat
memberikan maklumbalas awal kepada pemandu dengan rasa getaran bahawa
pemandu telah memasuki laluan bertentangan. Tahap getaran juga memberikan
maklumbalas kepada pemandu secara rasa bahawa pemandu mungkin sudah
melebihi had laju yang selamat.
Secara amnya, dalam kelajuan yang menasabah, ia tidak akan membahayakan
kenderaan empat roda ataupun motosikal. Had ketinggian pemasangan 25mm
dan rekabentuknya mempastikan keadaan ini.