Dokumen ini merangkum perancangan dan pelaksanaan projek Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Berfikir Kritis (KmR) yang bertujuan untuk menangani masalah obesiti melalui diet seimbang. Projek ini melibatkan murid sebagai pakar pemakanan yang mencadangkan diet kepada keluarga dengan BMI melebihi 30. Dokumen ini menyenaraikan peringkat perancangan kurikulum, bukti penilaian, dan pelaksanaan aktiviti pembel
2. CONTOH RINGKASAN PROJEK
BERDASARKAN G.R.A.S.P.S
Matlamat tugasan ini adalah untuk menghasilkan satu diet seimbang untuk
menangani dan mencegah penyakit obesiti dalam kalangan masyarakat. (GOAL) Untuk
projek ini, murid berperanan sebagai pakar pemakanan (dietician), yang mencadangkan
diet seimbang untuk mencegah obesiti. (ROLE) Sasaran audien projek adalah ahli keluarga
yang mempunyai BMI melebihi 30. (AUDIENCE) Situasi semasa menunjukkan pemakanan
yang tidak seimbang mempengaruhi gaya hidup individu. Lambakan makanan yang telah
diproses dan makanan rapu yang lebih mudah didapati, tidak perlu dimasak serta sedap
dimakan menyebabkan hampir semua lapisan masyarakat menggemarinya dan ini
menyumbang kepada masalah kesihatan. (SITUATION) Melalui projek ini, diet seimbang
suku-suku separuh dengan persembahan yang menarik diperkenalkan agar murid dan ahli
keluarga dapat mengamalkan gaya hidup sihat dengan cara pemakanan yang seimbang.
Projek ini juga menyarankan cara yang sesuai untuk mengatasi masalah obesiti.
(PRODUCT) Hasil projek dan persembahan akan dinilai berdasarkan rubrik dan eviden
proses pelaksanaan. (STANDARD)
3. ISU / MASALAH / SITUASI (DARI DUNIA SEBENAR)
• Secara detail, nyatakan isu/masalah/situasi yang berlaku dalam dunia
sebenar (sama ada isu lokal atau global) yang menjadi justifikasi
kepada projek KmR yang dilaksanakan.
13. IDEA UTAMA / THE BIG IDEA
• RINGKAS (5-10 PATAH PERKATAAN)
• KONSEPTUAL BERMAKNA (BERBENTUK KONSEP YANG ABSTRAK &
MEMBERI SESUATU MAKLUMAT YANG BERMAKNA KEPADA AUDIEN)
• RELEVAN (MERENTAS DISIPLIN ILMU)
• KEKAL (MELANGKAUI ZAMAN)
• CONTOH: ‘PERTANIAN MENJAMIN KELESTARIAN ALAM’
34. OUTCOME PROJEK
• Impak atau hasil-hasil lain dari segi peningkatan pengetahuan,
kefahaman, kemahiran, pengalaman dan nilai murid.
• Elemen keusahawanan dan nilai komersial daripada projek yang
dijalankan.