SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
Rumusan hasil kajian
Secara keseluruhan, boleh dikatakan bahawa penggunaan gambar dapat membantu meningkatkan
kemahiran membaca suku kata KV + KV dalam kalangan murid Tahun 1.Ini dapat dilihat daripada
hasil kajian yang ditunjukkan dalam pencapaian ujian penilaian selepas sesi rawatan (sesi pengajaran
dan pembelajaran).
Adakah Murid Tahun 1 Boleh Membaca Suku Kata KV dengan Lancar
Ujian pengesanan telah dijalankan untuk mengenal pasti adakah murid tahun 1 boleh membaca
suku kata KV dengan lancar pada awal sesi persekolahan. Hasil kajian memperlihatkan bahawa,
secara keseluruhannya murid Tahun 1 masih belum boleh membaca suku kata KV dengan lancar.
Dapatan daripada ujian pengesanan menunjukkan bahawa, responden yang mendapat skor kurang
daripada 19/25 atau kurang daripada 75% ( berada pada skala sederhana, lemah dan terlalu lemah)
adalah lebih ramai iaitu 22 responden berbanding 8 responden yang mendapat skor melebihi 19/25
atau lebih daripada 75%. (berada pada skala cemerlang dan baik).
Berdasarkan hasil dapatan ujian pengesanan, sesi rawatan iaitu sesi pengajaran dan pembelajaran
telah dijalankan oleh pengkaji terhadap responden.Rangsangan gambar telah digunakan dalam sesi
rawatan untuk melihat kesesuaian dan keberkesanannya dalam meningkatkan kemahiran membaca
suku kata KV + KV.
Adakah Penggunaan Gambar, Sesuai dan Dapat Membantu Murid dalam Meningkatkan
Kemahiran Membaca KV + KV.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa pencapaian responden meningkat dalam ujian penilaian yang
dibuat selepas sesi rawatan. Perbezaan yang ketara dapat dilihat daripada kekerapan responden
yang mencapai skala cemerlang dan baik telah meningkat daripada 8 responden sahaja kepada 23
responden. Peningkatan yang begitu ketara menunjukkan bahawa rangsangan gambar memang
sesuai dan dapat membantu murid meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV + KV.
Keberkesanan penggunaan gambar ini juga dapat dilihat daripada penurunan kekerapan responden
yang mencapai skala sederhana lemah dan terlalu lemah.Responden yang mencapai skala
sederhana, lemah dan terlalu lemah telah menurun daripada 22 responden kepada 7 responden
sahaja.Penurunan ini juga memperlihatkan bahawa penggunaan gambar bukan sahaja membantu
meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV + KV tetapi menarik minat kumpulan responden
yang sederhana dan lemah untuk membaca.
Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kebolehan Membaca suku kata KV+KV dalam Kalangan Murid
Tahun 1
Hasil kajian juga menunjukkan bahawa perbezaan latar belakang pendidikan awal prasekolah/tadika
menyebabkan murid sukar menyesuaikan diri dengan kaedah dan teknik yang digunakan di Tahun
1.Tadika yang berbeza mengajar membaca menggunakan teknik dan kaedah yang berbeza. Apabila
murid masuk ke tahun 1, murid menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan kaedah dan
teknik yang digunakan oleh guru di Tahun 1. Responden yang mendapat pendidikan di kelas
prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia telah dikenal pasti adalah yang paling ramai mencapai
skala cemerlang dalam ujian penilaian.7 responden iaitu 70% daripada jumlah responden yang
mencapai skala cemerlang adalah responden yang mengikuti pendidikan awal prasekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia. Manakala yang mencapai skala lemah dalam ujian penilaian adalah
responden yang tidak pernah mengikuti kelas prasekolah/ tadika sebelum ke Tahun 1.
Selain itu, latar belakang sosio ekonomi juga turut mempengaruhi kebolehan membaca dalam
kalangan murid Tahun 1.10 responden terdiri daripada anak-anak buruh ladang iaitu 33%.Buruh
ladang merupakan pecahan terbesar dalam taburan pekerjaan ibu bapa responden mengikut jenis
pekerjaan.Perhatian dan masa bersama anak-anak serta kemampuan ekonomi keluarga buruh
ladang menyebabkan anak-anak mereka tidak mampu untuk mendapatkan bahan-bahan bacaan
yang sesuai dengan peringkat umur.
Dapatan Kajian
Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya murid Tahun 1 masih belum boleh membaca
suku kata KV dengan lancar pada awal sesi persekolahan.Pencapaian responden dalam ujian
penilaian yang dibuat selepas sesi rawatan menunjukkan peningkatan. Peningkatan yang ketara
dapat dilihat daripada kekerapan responden yang mencapai skala cemerlang dan baik telah
meningkat daripada 8 responden sahaja kepada 23 responden. Responden yang mencapai skala
sederhana, lemah dan terlalu lemah telah menurun daripada 22 responden kepada 7 responden
sahaja.
Responden yang mendapat skor kurang daripada 19/25 atau kurang daripada 75% dan berada pada
skala sederhana, lemah dan terlalu lemah adalah lebih ramai iaitu 22 responden berbanding 8
responden yang mendapat skor melebihi 19/25 atau lebih daripada 75% iaitu berada pada skala
cemerlang dan baik.
Responden yang mendapat pendidikan di kelas prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia telah
dikenal pasti adalah yang paling ramai mencapai skala cemerlang dalam ujian penilaian.7 responden
iaitu 70% daripada jumlah responden yang mencapai skala cemerlang adalah responden yang
mengikuti pendidikan awal prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.Kebiasaan guru prasekolah
menggunakan gambar sebagai rangsangan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran telah
membantu responden yang pernah mengikuti kelas prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
ketika sesi rawatan kerana mudah bagi mereka menyesuaikan diri dengan penggunaan gambar dan
teknik pandang sebut yang digunakan oleh pengkaji.
Penggunaan gambar memberi kesan yang positif dalam membantu murid meningkatkan kemahiran
membaca suku kata KV + KV. Selain itu,penggunaan gambar juga dapat menarik minat murid dalam
aktiviti membaca.Ini dapat dilihat daripada pencapaian responden dalam ujian penilaian yang dibuat
selepas sesi rawatan. Rangsangan gambar juga didapati sesuai untuk meningkatkan kemahiran
membaca suku kata KV + KV.
Latar belakang sosio ekonomi dan pendidikan awal prasekolah atau tadika merupakan antara faktor
yang mempengaruhi kebolehan murid membaca dengan lancar ketika di Tahun 1. Responden yang
ibu bapa atau penjaganya bekerja sebagai buruh ladang adalah pecahan terbesar iaitu 33% dalam
taburan kekerapan pekerjaan ibu bapa atau penjaga responden mengikut jenis pekerjaan.
Perbincangan Dapatan Kajian.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya murid Tahun 1 masih belum boleh
membaca suku kata KV dengan lancar di awal sesi persekolahan. Ini dapat dilihat daripada
pencapaian responden dalam ujian pengesanan yang diberikan.Dapatan daripada ujian pengesanan
menunjukkan bahawa, responden yang berada pada skala sederhana, lemah dan terlalu lemah
adalah lebih ramai berbanding dengan responden yang berada pada skala baik dan cemerlang.
Responden yang mendapat skor kurang daripada 19/25 (75%) seramai 22 orang. Manakala
Responden yang mendapat skor melebihi 19/25 atau lebih daripada 75% hanya 8 orang.
Sesi rawatan (sesi pengajaran dan pembelajaran) membaca suku kata KV + KV yang menggunakan
gambar sebagai rangsangan telah dijalankan selepas ujian pengesanan.Rangsangan gambar telah
digunakan dalam sesi rawatan untuk melihat kesesuaian dan keberkesanannya dalam meningkatkan
kemahiran membaca suku kata KV+ KV dalam kalangan murid Tahun 1.
Dapatan kajian juga memperlihatkan peningkatan yang begitu ketara dapat dilihat daripada
kekerapan responden yang mencapai skala cemerlang dan baik telah meningkat daripada 8
responden sahaja kepada 23 responden. Ini bermakna kekerapan responden yang mencapai skala
sederhana dan lemah telah menurun daripada 22 responden kepada 7 responden sahaja. (rujuk
jadual 11).
Peningkatan dan penurunan yang ketara dalam pencapaian ujian penilaian selepas sesi rawatan
menunjukkan, penggunaan gambar sebagai bahan rangsangan telah membantu meningkatkan
kemahiran murid membaca suku kata KV+ KV.
Dapatan kajian juga telah menunjukkan bahawa penggunaan gambar memang sesuai dan dapat
membantu murid meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV + KV. Penurunan kekerapan
responden yang mencapai skala sederhana, lemah dan terlalu lemah juga memperlihatkan bahawa
penggunaan gambar bukan sahaja membantu meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV + KV
tetapi juga menarik minat kumpulan responden yang sederhana dan lemah untuk melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti membaca sama ada dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah atau sebaliknya.
Dapatan kajian juga telah menunjukkan latar belakang pendidikan awal prasekolah/tadika yang
berbeza merupakan antara factor yang memengaruhi kebolehan murid membaca dengan lancar
apabila berada di Tahun 1.Responden dalam kajian ini terdiri daripada murid yang mempunyai latar
belakang pendidikan awal yang berbeza. (rujuk jadual 9) Tadika yang berbeza mengajar membaca
menggunakan teknik dan kaedah yang berbeza.Situasi ini menyebabkan murid sukar untuk
menyesuaikan diri dengan teknik yang digunakan oleh guru Tahun 1 dalam pembelajaran
membaca.Jadual 9 menunjukkan terdapat 1 orang responden yang tidak bersekolah tadika langsung
sebelum melangkah ke Tahun 1. Fenomena ini menjadi salah satu pendorong kepada murid gagal
membaca dengan lancar apabila berada di Tahun 1.
Faktor sosio ekonomi keluarga juga mempengaruhi kebolehan murid membaca dengan
lancar.Responden juga terdiri daripada pelbagai latar belakang pekerjaan ibu bapa atau
penjaga.Jadual 10 menunjukkan taburan pekerjaan ibu bapa dan penjaga responden mengikut jenis
atau sektor.Responden yang mempunyai ibu bapa atau penjaga yang bekerja sebagai buruh ladang
adalah yang paling ramai iaitu 10 orang (33%) daripada 30 responden.Masa bersama anak-anak dan
keprihatinan ibu bapa juga mempengaruhi kebolehan murid membaca dengan lancar apabila berada
di Tahun 1.Keupayaan ibu bapa menyediakan bahan bacaan yang sesuai, pelbagai dan berkualiti juga
turut mempengaruhi kebolehan murid membaca dengan lancar ketika berada di Tahun 1.
Secara keseluruhannya, boleh dirumuskan bahawa dapatan kajian menunjukkan teknik atau kaedah
membaca yang sesuai dengan latar belakang pendidikan awal murid akan membantu meningkatkan
kemahiran membaca khususnya membaca suku kata KV + KV. Penggunaan gambar sebagai
rangsangan memang sesuai dan berkesan dalam membantu meningkatkan kemahiran membaca
suku kata KV + KV dalam kalangan murid Tahun 1.Beberapa faktor juga telah dikenal pasti
mempengaruhi kebolehan murid membaca dengan lancar ketika di Tahun 1.Latar belakang
pendidikan awal (prasekolah/tadika) dan sosio ekonomi keluarga turut mempengaruhi kebolehan
murid membaca dengan lancar.
Implikasi Dapatan Kajian.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan dapatlah dibuat beberapa rumusan terhadap kajian
tersebut. Antaranya seperti berikut ;
Dapatan kajian ini diharap akan dapat membantu mempertingkatkan tahap kecekapan membacadan
diaplikasikan oleh murid-murid. Di samping itu akan memberi dorongandan motivasi kepada murid-
murid yang lain. Kajian ini penting untuk memastikan tiada murid yang tidak menguasai kemahiran
membaca. Hasil dapatan kajian ini boleh digunakan untuk penambahbaikan dalam proses
pembelajaran dan pengajaran. Kaedah dan teknik yang digunakan akan dapat menjadi satu cara
dalam usaha membantu murid-murid yang bermasalah dalam pembelajaran mengusai asas
kemahiran membaca suku kata KV + KV.
Bagi guru-guru pula dapatan dan hasil kajian ini boleh dan akan terus memberi motivasi kepada guru
berkenaan dan guru-guruyang lain.Hasil tersebut kelak akan menjadi sumber inspirasi atau semangat
guru-guru supaya lebih berani untuk mencuba dan menghasilkan sesuatu yang barudalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Dapatan kajian juga dapat memberi kesedaran kepada para guru bahawa penggunaan bahan bantu
mengajar yangsesuai dapat memudahkan pengajaran guru serta memberi rangsangan,motivasi dan
minat untuk murid-murid menguasai kemahiranmembaca dan secara langsung akan meningkatkan
pencapaian akademikdalam kalangan murid-murid.
Dapatan kajian dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa bahawa tugas dan tanggungjawab
memastikan anak-anak boleh membaca dengan lancar apabila melangkah masuk ke Tahun 1 bukan
harus dipikul oleh guru sahaja tetapi juga menjadi tanggungjawab ibu bapa. Ibu bapa berperanan
membimbing dan member galakan agar anak-anak mempunyai tabiat membaca sejak kecil lagi.
Dapatan kajian juga dapat menyedarkan ibu bapa akan kepentingan pendidikan awal
(prasekolah/tadika) sebelum melangkah ke Tahun 1.
Di peringkat pentadbiran, kaedah kajian yang digunakan akan membantu murid mencapai kebolehan
membaca dalam menuju sifar buta huruf akan menjurus kepada pencapaian prestasi akademik yang
cemerlang dan seterusnya manaikkan imej barisan pentadbir dan pengurusan sekolah. Dapatan
kajian ini akan menjadikoleksi sekolah untuk sumber rujukan guru-guru serta sekolah lain
yangmemerlukannya.
Dapatan kajian ini juga dapat membantu pihak yang terlibat secara langsung dengan dasar dan
system pendidikan seperti Pusat Perkembangan Kurikulum dan Kementerian Pelajaran Malaysia
untuk menggubal dasar-dasar baru atau menambah baik dasar dan sistem sedia ada.
Sebagai rumusan, dapatan kajian telah memberi kesan yang besar kepada banyak pihak bermula
daripada murid-murid itu sendiri hinggalah pihak yang terlibat secara langsung dalam proses
penggubalan dasar-dasar negara untuk melahirkan generasi celik huruf dan mampu menjadi
permata negara.
Rumusan
Daripada kajian yang dijalankan ini dapat kita melihat perbezaan pencapaian dalam kebolehan dan
kemahiran membaca suku kata KV + KV dengan menggunakan gambar sebagai rangsangan dalam
kalangan murid-murid yang dikaji.
Secara keseluruhannya, murid-murid Tahun 1 yang dikaji telah dapat meningkatkan kebolehan
membaca suku kata KV + KV menggunakan rangsangan gambar berdasarkan ujian-ujian yang
dijalankan dan instrumen-instrumen yang ditentukan oleh pengkaji. Pemilihan dan penyediaan
instrumen yang sesuai dan sepadan dengan objektif dan persoalan kajian adalah penting kerana ini
akan memberi kesan terhadap dapatan kajian dan seterusnya memastikan keberkesanan kaedah
atau cara yang digunakan dalam mengatasi permasalahan yang dikaji.
Walaupun kajian yang dijalankan oleh pengkaji hanya melibatkan sebahagian kecil murid Sekolah
Kebangsaan Temenggong abdul Rahman 1, Johor Bahru, Johor sahaja, namun diharapkan kajian ini
dapat memberi satu gambaran tentang kebolehan membaca dalam kalangan murid-murid secara
amnya dan kemahiran membaca suku kata KV + KV dalam kalangan murid Tahun 1 khususnya.
Daripada cadangan-cadangan yang diberikan, diharap masalah-masalah yang berkaitan dengan
keupayaan dan kebolehan murid membaca suku kata KV + KV dapat diatasi.
Dapatan kajian juga dapat menyedarkan ibu bapa akan kepentingan pendidikan awal
(prasekolah/tadika) sebelum melangkah ke Tahun 1.
Di peringkat pentadbiran, kaedah kajian yang digunakan akan membantu murid mencapai kebolehan
membaca dalam menuju sifar buta huruf akan menjurus kepada pencapaian prestasi akademik yang
cemerlang dan seterusnya manaikkan imej barisan pentadbir dan pengurusan sekolah. Dapatan
kajian ini akan menjadikoleksi sekolah untuk sumber rujukan guru-guru serta sekolah lain
yangmemerlukannya.
Dapatan kajian ini juga dapat membantu pihak yang terlibat secara langsung dengan dasar dan
system pendidikan seperti Pusat Perkembangan Kurikulum dan Kementerian Pelajaran Malaysia
untuk menggubal dasar-dasar baru atau menambah baik dasar dan sistem sedia ada.
Sebagai rumusan, dapatan kajian telah memberi kesan yang besar kepada banyak pihak bermula
daripada murid-murid itu sendiri hinggalah pihak yang terlibat secara langsung dalam proses
penggubalan dasar-dasar negara untuk melahirkan generasi celik huruf dan mampu menjadi
permata negara.
Rumusan
Daripada kajian yang dijalankan ini dapat kita melihat perbezaan pencapaian dalam kebolehan dan
kemahiran membaca suku kata KV + KV dengan menggunakan gambar sebagai rangsangan dalam
kalangan murid-murid yang dikaji.
Secara keseluruhannya, murid-murid Tahun 1 yang dikaji telah dapat meningkatkan kebolehan
membaca suku kata KV + KV menggunakan rangsangan gambar berdasarkan ujian-ujian yang
dijalankan dan instrumen-instrumen yang ditentukan oleh pengkaji. Pemilihan dan penyediaan
instrumen yang sesuai dan sepadan dengan objektif dan persoalan kajian adalah penting kerana ini
akan memberi kesan terhadap dapatan kajian dan seterusnya memastikan keberkesanan kaedah
atau cara yang digunakan dalam mengatasi permasalahan yang dikaji.
Walaupun kajian yang dijalankan oleh pengkaji hanya melibatkan sebahagian kecil murid Sekolah
Kebangsaan Temenggong abdul Rahman 1, Johor Bahru, Johor sahaja, namun diharapkan kajian ini
dapat memberi satu gambaran tentang kebolehan membaca dalam kalangan murid-murid secara
amnya dan kemahiran membaca suku kata KV + KV dalam kalangan murid Tahun 1 khususnya.
Daripada cadangan-cadangan yang diberikan, diharap masalah-masalah yang berkaitan dengan
keupayaan dan kebolehan murid membaca suku kata KV + KV dapat diatasi.

More Related Content

What's hot

Senarai sekolah dan aliran mpv
Senarai sekolah dan aliran mpvSenarai sekolah dan aliran mpv
Senarai sekolah dan aliran mpvamiesaiful
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksirancikgusuepkhas
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianWan Nor Faezah
 
Elemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKElemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKcwanrzzwt
 
Pembinaan soalan objektif dan subjektif
Pembinaan soalan objektif dan subjektifPembinaan soalan objektif dan subjektif
Pembinaan soalan objektif dan subjektifHaryati Ismail
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...Syrvison Goh
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranBynaNie MaiRa
 
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)Aiisy Afifah
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahRohini Egambaram
 
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)En Asyraf
 
Aplikasi pengajaran dan pembelajaran
Aplikasi pengajaran dan pembelajaranAplikasi pengajaran dan pembelajaran
Aplikasi pengajaran dan pembelajaranfiro HAR
 
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Nur Kareena
 
PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAHPELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAHsmkbl
 
Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan N...
Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan N...Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan N...
Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan N...Kharrenyanyan1605
 
Contoh rph - pendidikan islam
Contoh   rph - pendidikan islamContoh   rph - pendidikan islam
Contoh rph - pendidikan islamonesaf
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHIzny Atikah
 

What's hot (20)

Senarai sekolah dan aliran mpv
Senarai sekolah dan aliran mpvSenarai sekolah dan aliran mpv
Senarai sekolah dan aliran mpv
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiran
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
 
Elemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKElemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMK
 
Pembinaan soalan objektif dan subjektif
Pembinaan soalan objektif dan subjektifPembinaan soalan objektif dan subjektif
Pembinaan soalan objektif dan subjektif
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
 
Aplikasi pengajaran dan pembelajaran
Aplikasi pengajaran dan pembelajaranAplikasi pengajaran dan pembelajaran
Aplikasi pengajaran dan pembelajaran
 
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
 
Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolah
 
PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAHPELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
 
Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan N...
Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan N...Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan N...
Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan N...
 
Isu berkaitan sikap guru
Isu berkaitan sikap guruIsu berkaitan sikap guru
Isu berkaitan sikap guru
 
Contoh rph - pendidikan islam
Contoh   rph - pendidikan islamContoh   rph - pendidikan islam
Contoh rph - pendidikan islam
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
 
Nota.statistik
Nota.statistikNota.statistik
Nota.statistik
 

Viewers also liked

proposal pemulihan khas
proposal pemulihan khasproposal pemulihan khas
proposal pemulihan khasshahlyme
 
Kajian tindakan linus
Kajian tindakan linusKajian tindakan linus
Kajian tindakan linusbenwong733
 
kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
 kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
kajian-kes-murid-mundur-dan-lembamRidzuan Ahmad
 
Rancangan perniagaan taska
Rancangan perniagaan taskaRancangan perniagaan taska
Rancangan perniagaan taskaHafizzah Kudus
 
Proposal kajian tindakan linus
Proposal kajian tindakan linusProposal kajian tindakan linus
Proposal kajian tindakan linusAhmad NazRi
 
Rumusan kajian
Rumusan kajianRumusan kajian
Rumusan kajianmunnianwar
 
Kajian tindakan pra sekolah
Kajian tindakan pra sekolahKajian tindakan pra sekolah
Kajian tindakan pra sekolahAhmad NazRi
 
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanKertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanSuzi Suziyana
 
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikankaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikanNik Zawawi
 

Viewers also liked (10)

proposal pemulihan khas
proposal pemulihan khasproposal pemulihan khas
proposal pemulihan khas
 
Kajian tindakan linus
Kajian tindakan linusKajian tindakan linus
Kajian tindakan linus
 
kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
 kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
 
Rancangan perniagaan taska
Rancangan perniagaan taskaRancangan perniagaan taska
Rancangan perniagaan taska
 
Proposal kajian tindakan linus
Proposal kajian tindakan linusProposal kajian tindakan linus
Proposal kajian tindakan linus
 
Rumusan kajian
Rumusan kajianRumusan kajian
Rumusan kajian
 
Manual Kajian Tindakan
Manual Kajian Tindakan Manual Kajian Tindakan
Manual Kajian Tindakan
 
Kajian tindakan pra sekolah
Kajian tindakan pra sekolahKajian tindakan pra sekolah
Kajian tindakan pra sekolah
 
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanKertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
 
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikankaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
 

Similar to Rumusan hasil kajian

Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5   c1 kertas kerja north spring pri finalPaper5   c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri finalCik BaCo
 
Kajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaKajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaAhmad NazRi
 
Jurnal 1
Jurnal 1Jurnal 1
Jurnal 1iniaron
 
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)Muhri Badri
 
6 chua li
6 chua li6 chua li
6 chua lisp k
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifammart852
 
Kajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjKajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjAtok Shila
 
Contoh kajian tindakan matematik
Contoh kajian tindakan  matematik Contoh kajian tindakan  matematik
Contoh kajian tindakan matematik Jerry Jessy
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1muhammad
 
Prosiding Kajian Tindakan Al Quran
Prosiding  Kajian Tindakan Al QuranProsiding  Kajian Tindakan Al Quran
Prosiding Kajian Tindakan Al QuranIPGM_KDRI
 
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliTrend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliWana Ariza
 
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Pensil Dan Pemadam
 
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayuEmm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayuCahaya Adah II
 

Similar to Rumusan hasil kajian (20)

Laporan t1 a3
Laporan t1 a3Laporan t1 a3
Laporan t1 a3
 
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5   c1 kertas kerja north spring pri finalPaper5   c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final
 
Kajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaKajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membaca
 
Jurnal 1
Jurnal 1Jurnal 1
Jurnal 1
 
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
 
6 chua li
6 chua li6 chua li
6 chua li
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatif
 
Kajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjKajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skj
 
Contoh kajian tindakan matematik
Contoh kajian tindakan  matematik Contoh kajian tindakan  matematik
Contoh kajian tindakan matematik
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1
 
Prosiding Kajian Tindakan Al Quran
Prosiding  Kajian Tindakan Al QuranProsiding  Kajian Tindakan Al Quran
Prosiding Kajian Tindakan Al Quran
 
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliTrend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
 
Jurnal bm
Jurnal bmJurnal bm
Jurnal bm
 
Tugasan emb415
Tugasan emb415Tugasan emb415
Tugasan emb415
 
Contoh abstrak
Contoh abstrakContoh abstrak
Contoh abstrak
 
Peniaian formatif
Peniaian formatifPeniaian formatif
Peniaian formatif
 
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
 
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayuEmm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
 
Laporan penyelidikan tindakan
Laporan penyelidikan tindakanLaporan penyelidikan tindakan
Laporan penyelidikan tindakan
 
Asgmnt bmm3106
Asgmnt bmm3106Asgmnt bmm3106
Asgmnt bmm3106
 

Rumusan hasil kajian

  • 1. Rumusan hasil kajian Secara keseluruhan, boleh dikatakan bahawa penggunaan gambar dapat membantu meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV + KV dalam kalangan murid Tahun 1.Ini dapat dilihat daripada hasil kajian yang ditunjukkan dalam pencapaian ujian penilaian selepas sesi rawatan (sesi pengajaran dan pembelajaran). Adakah Murid Tahun 1 Boleh Membaca Suku Kata KV dengan Lancar Ujian pengesanan telah dijalankan untuk mengenal pasti adakah murid tahun 1 boleh membaca suku kata KV dengan lancar pada awal sesi persekolahan. Hasil kajian memperlihatkan bahawa, secara keseluruhannya murid Tahun 1 masih belum boleh membaca suku kata KV dengan lancar. Dapatan daripada ujian pengesanan menunjukkan bahawa, responden yang mendapat skor kurang daripada 19/25 atau kurang daripada 75% ( berada pada skala sederhana, lemah dan terlalu lemah) adalah lebih ramai iaitu 22 responden berbanding 8 responden yang mendapat skor melebihi 19/25 atau lebih daripada 75%. (berada pada skala cemerlang dan baik). Berdasarkan hasil dapatan ujian pengesanan, sesi rawatan iaitu sesi pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan oleh pengkaji terhadap responden.Rangsangan gambar telah digunakan dalam sesi rawatan untuk melihat kesesuaian dan keberkesanannya dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV + KV. Adakah Penggunaan Gambar, Sesuai dan Dapat Membantu Murid dalam Meningkatkan Kemahiran Membaca KV + KV. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pencapaian responden meningkat dalam ujian penilaian yang dibuat selepas sesi rawatan. Perbezaan yang ketara dapat dilihat daripada kekerapan responden yang mencapai skala cemerlang dan baik telah meningkat daripada 8 responden sahaja kepada 23 responden. Peningkatan yang begitu ketara menunjukkan bahawa rangsangan gambar memang sesuai dan dapat membantu murid meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV + KV. Keberkesanan penggunaan gambar ini juga dapat dilihat daripada penurunan kekerapan responden yang mencapai skala sederhana lemah dan terlalu lemah.Responden yang mencapai skala sederhana, lemah dan terlalu lemah telah menurun daripada 22 responden kepada 7 responden sahaja.Penurunan ini juga memperlihatkan bahawa penggunaan gambar bukan sahaja membantu meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV + KV tetapi menarik minat kumpulan responden yang sederhana dan lemah untuk membaca. Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kebolehan Membaca suku kata KV+KV dalam Kalangan Murid Tahun 1 Hasil kajian juga menunjukkan bahawa perbezaan latar belakang pendidikan awal prasekolah/tadika menyebabkan murid sukar menyesuaikan diri dengan kaedah dan teknik yang digunakan di Tahun 1.Tadika yang berbeza mengajar membaca menggunakan teknik dan kaedah yang berbeza. Apabila murid masuk ke tahun 1, murid menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru di Tahun 1. Responden yang mendapat pendidikan di kelas prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia telah dikenal pasti adalah yang paling ramai mencapai
  • 2. skala cemerlang dalam ujian penilaian.7 responden iaitu 70% daripada jumlah responden yang mencapai skala cemerlang adalah responden yang mengikuti pendidikan awal prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Manakala yang mencapai skala lemah dalam ujian penilaian adalah responden yang tidak pernah mengikuti kelas prasekolah/ tadika sebelum ke Tahun 1. Selain itu, latar belakang sosio ekonomi juga turut mempengaruhi kebolehan membaca dalam kalangan murid Tahun 1.10 responden terdiri daripada anak-anak buruh ladang iaitu 33%.Buruh ladang merupakan pecahan terbesar dalam taburan pekerjaan ibu bapa responden mengikut jenis pekerjaan.Perhatian dan masa bersama anak-anak serta kemampuan ekonomi keluarga buruh ladang menyebabkan anak-anak mereka tidak mampu untuk mendapatkan bahan-bahan bacaan yang sesuai dengan peringkat umur. Dapatan Kajian Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya murid Tahun 1 masih belum boleh membaca suku kata KV dengan lancar pada awal sesi persekolahan.Pencapaian responden dalam ujian penilaian yang dibuat selepas sesi rawatan menunjukkan peningkatan. Peningkatan yang ketara dapat dilihat daripada kekerapan responden yang mencapai skala cemerlang dan baik telah meningkat daripada 8 responden sahaja kepada 23 responden. Responden yang mencapai skala sederhana, lemah dan terlalu lemah telah menurun daripada 22 responden kepada 7 responden sahaja. Responden yang mendapat skor kurang daripada 19/25 atau kurang daripada 75% dan berada pada skala sederhana, lemah dan terlalu lemah adalah lebih ramai iaitu 22 responden berbanding 8 responden yang mendapat skor melebihi 19/25 atau lebih daripada 75% iaitu berada pada skala cemerlang dan baik. Responden yang mendapat pendidikan di kelas prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia telah dikenal pasti adalah yang paling ramai mencapai skala cemerlang dalam ujian penilaian.7 responden iaitu 70% daripada jumlah responden yang mencapai skala cemerlang adalah responden yang mengikuti pendidikan awal prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.Kebiasaan guru prasekolah menggunakan gambar sebagai rangsangan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran telah membantu responden yang pernah mengikuti kelas prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia ketika sesi rawatan kerana mudah bagi mereka menyesuaikan diri dengan penggunaan gambar dan teknik pandang sebut yang digunakan oleh pengkaji. Penggunaan gambar memberi kesan yang positif dalam membantu murid meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV + KV. Selain itu,penggunaan gambar juga dapat menarik minat murid dalam aktiviti membaca.Ini dapat dilihat daripada pencapaian responden dalam ujian penilaian yang dibuat selepas sesi rawatan. Rangsangan gambar juga didapati sesuai untuk meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV + KV. Latar belakang sosio ekonomi dan pendidikan awal prasekolah atau tadika merupakan antara faktor yang mempengaruhi kebolehan murid membaca dengan lancar ketika di Tahun 1. Responden yang ibu bapa atau penjaganya bekerja sebagai buruh ladang adalah pecahan terbesar iaitu 33% dalam taburan kekerapan pekerjaan ibu bapa atau penjaga responden mengikut jenis pekerjaan.
  • 3. Perbincangan Dapatan Kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya murid Tahun 1 masih belum boleh membaca suku kata KV dengan lancar di awal sesi persekolahan. Ini dapat dilihat daripada pencapaian responden dalam ujian pengesanan yang diberikan.Dapatan daripada ujian pengesanan menunjukkan bahawa, responden yang berada pada skala sederhana, lemah dan terlalu lemah adalah lebih ramai berbanding dengan responden yang berada pada skala baik dan cemerlang. Responden yang mendapat skor kurang daripada 19/25 (75%) seramai 22 orang. Manakala Responden yang mendapat skor melebihi 19/25 atau lebih daripada 75% hanya 8 orang. Sesi rawatan (sesi pengajaran dan pembelajaran) membaca suku kata KV + KV yang menggunakan gambar sebagai rangsangan telah dijalankan selepas ujian pengesanan.Rangsangan gambar telah digunakan dalam sesi rawatan untuk melihat kesesuaian dan keberkesanannya dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV+ KV dalam kalangan murid Tahun 1. Dapatan kajian juga memperlihatkan peningkatan yang begitu ketara dapat dilihat daripada kekerapan responden yang mencapai skala cemerlang dan baik telah meningkat daripada 8 responden sahaja kepada 23 responden. Ini bermakna kekerapan responden yang mencapai skala sederhana dan lemah telah menurun daripada 22 responden kepada 7 responden sahaja. (rujuk jadual 11). Peningkatan dan penurunan yang ketara dalam pencapaian ujian penilaian selepas sesi rawatan menunjukkan, penggunaan gambar sebagai bahan rangsangan telah membantu meningkatkan kemahiran murid membaca suku kata KV+ KV. Dapatan kajian juga telah menunjukkan bahawa penggunaan gambar memang sesuai dan dapat membantu murid meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV + KV. Penurunan kekerapan responden yang mencapai skala sederhana, lemah dan terlalu lemah juga memperlihatkan bahawa penggunaan gambar bukan sahaja membantu meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV + KV tetapi juga menarik minat kumpulan responden yang sederhana dan lemah untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti membaca sama ada dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah atau sebaliknya. Dapatan kajian juga telah menunjukkan latar belakang pendidikan awal prasekolah/tadika yang berbeza merupakan antara factor yang memengaruhi kebolehan murid membaca dengan lancar apabila berada di Tahun 1.Responden dalam kajian ini terdiri daripada murid yang mempunyai latar belakang pendidikan awal yang berbeza. (rujuk jadual 9) Tadika yang berbeza mengajar membaca menggunakan teknik dan kaedah yang berbeza.Situasi ini menyebabkan murid sukar untuk menyesuaikan diri dengan teknik yang digunakan oleh guru Tahun 1 dalam pembelajaran membaca.Jadual 9 menunjukkan terdapat 1 orang responden yang tidak bersekolah tadika langsung sebelum melangkah ke Tahun 1. Fenomena ini menjadi salah satu pendorong kepada murid gagal membaca dengan lancar apabila berada di Tahun 1. Faktor sosio ekonomi keluarga juga mempengaruhi kebolehan murid membaca dengan lancar.Responden juga terdiri daripada pelbagai latar belakang pekerjaan ibu bapa atau penjaga.Jadual 10 menunjukkan taburan pekerjaan ibu bapa dan penjaga responden mengikut jenis
  • 4. atau sektor.Responden yang mempunyai ibu bapa atau penjaga yang bekerja sebagai buruh ladang adalah yang paling ramai iaitu 10 orang (33%) daripada 30 responden.Masa bersama anak-anak dan keprihatinan ibu bapa juga mempengaruhi kebolehan murid membaca dengan lancar apabila berada di Tahun 1.Keupayaan ibu bapa menyediakan bahan bacaan yang sesuai, pelbagai dan berkualiti juga turut mempengaruhi kebolehan murid membaca dengan lancar ketika berada di Tahun 1. Secara keseluruhannya, boleh dirumuskan bahawa dapatan kajian menunjukkan teknik atau kaedah membaca yang sesuai dengan latar belakang pendidikan awal murid akan membantu meningkatkan kemahiran membaca khususnya membaca suku kata KV + KV. Penggunaan gambar sebagai rangsangan memang sesuai dan berkesan dalam membantu meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV + KV dalam kalangan murid Tahun 1.Beberapa faktor juga telah dikenal pasti mempengaruhi kebolehan murid membaca dengan lancar ketika di Tahun 1.Latar belakang pendidikan awal (prasekolah/tadika) dan sosio ekonomi keluarga turut mempengaruhi kebolehan murid membaca dengan lancar. Implikasi Dapatan Kajian. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan dapatlah dibuat beberapa rumusan terhadap kajian tersebut. Antaranya seperti berikut ; Dapatan kajian ini diharap akan dapat membantu mempertingkatkan tahap kecekapan membacadan diaplikasikan oleh murid-murid. Di samping itu akan memberi dorongandan motivasi kepada murid- murid yang lain. Kajian ini penting untuk memastikan tiada murid yang tidak menguasai kemahiran membaca. Hasil dapatan kajian ini boleh digunakan untuk penambahbaikan dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Kaedah dan teknik yang digunakan akan dapat menjadi satu cara dalam usaha membantu murid-murid yang bermasalah dalam pembelajaran mengusai asas kemahiran membaca suku kata KV + KV. Bagi guru-guru pula dapatan dan hasil kajian ini boleh dan akan terus memberi motivasi kepada guru berkenaan dan guru-guruyang lain.Hasil tersebut kelak akan menjadi sumber inspirasi atau semangat guru-guru supaya lebih berani untuk mencuba dan menghasilkan sesuatu yang barudalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian juga dapat memberi kesedaran kepada para guru bahawa penggunaan bahan bantu mengajar yangsesuai dapat memudahkan pengajaran guru serta memberi rangsangan,motivasi dan minat untuk murid-murid menguasai kemahiranmembaca dan secara langsung akan meningkatkan pencapaian akademikdalam kalangan murid-murid. Dapatan kajian dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa bahawa tugas dan tanggungjawab memastikan anak-anak boleh membaca dengan lancar apabila melangkah masuk ke Tahun 1 bukan harus dipikul oleh guru sahaja tetapi juga menjadi tanggungjawab ibu bapa. Ibu bapa berperanan membimbing dan member galakan agar anak-anak mempunyai tabiat membaca sejak kecil lagi.
  • 5. Dapatan kajian juga dapat menyedarkan ibu bapa akan kepentingan pendidikan awal (prasekolah/tadika) sebelum melangkah ke Tahun 1. Di peringkat pentadbiran, kaedah kajian yang digunakan akan membantu murid mencapai kebolehan membaca dalam menuju sifar buta huruf akan menjurus kepada pencapaian prestasi akademik yang cemerlang dan seterusnya manaikkan imej barisan pentadbir dan pengurusan sekolah. Dapatan kajian ini akan menjadikoleksi sekolah untuk sumber rujukan guru-guru serta sekolah lain yangmemerlukannya. Dapatan kajian ini juga dapat membantu pihak yang terlibat secara langsung dengan dasar dan system pendidikan seperti Pusat Perkembangan Kurikulum dan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggubal dasar-dasar baru atau menambah baik dasar dan sistem sedia ada. Sebagai rumusan, dapatan kajian telah memberi kesan yang besar kepada banyak pihak bermula daripada murid-murid itu sendiri hinggalah pihak yang terlibat secara langsung dalam proses penggubalan dasar-dasar negara untuk melahirkan generasi celik huruf dan mampu menjadi permata negara. Rumusan Daripada kajian yang dijalankan ini dapat kita melihat perbezaan pencapaian dalam kebolehan dan kemahiran membaca suku kata KV + KV dengan menggunakan gambar sebagai rangsangan dalam kalangan murid-murid yang dikaji. Secara keseluruhannya, murid-murid Tahun 1 yang dikaji telah dapat meningkatkan kebolehan membaca suku kata KV + KV menggunakan rangsangan gambar berdasarkan ujian-ujian yang dijalankan dan instrumen-instrumen yang ditentukan oleh pengkaji. Pemilihan dan penyediaan instrumen yang sesuai dan sepadan dengan objektif dan persoalan kajian adalah penting kerana ini akan memberi kesan terhadap dapatan kajian dan seterusnya memastikan keberkesanan kaedah atau cara yang digunakan dalam mengatasi permasalahan yang dikaji. Walaupun kajian yang dijalankan oleh pengkaji hanya melibatkan sebahagian kecil murid Sekolah Kebangsaan Temenggong abdul Rahman 1, Johor Bahru, Johor sahaja, namun diharapkan kajian ini dapat memberi satu gambaran tentang kebolehan membaca dalam kalangan murid-murid secara amnya dan kemahiran membaca suku kata KV + KV dalam kalangan murid Tahun 1 khususnya. Daripada cadangan-cadangan yang diberikan, diharap masalah-masalah yang berkaitan dengan keupayaan dan kebolehan murid membaca suku kata KV + KV dapat diatasi.
  • 6. Dapatan kajian juga dapat menyedarkan ibu bapa akan kepentingan pendidikan awal (prasekolah/tadika) sebelum melangkah ke Tahun 1. Di peringkat pentadbiran, kaedah kajian yang digunakan akan membantu murid mencapai kebolehan membaca dalam menuju sifar buta huruf akan menjurus kepada pencapaian prestasi akademik yang cemerlang dan seterusnya manaikkan imej barisan pentadbir dan pengurusan sekolah. Dapatan kajian ini akan menjadikoleksi sekolah untuk sumber rujukan guru-guru serta sekolah lain yangmemerlukannya. Dapatan kajian ini juga dapat membantu pihak yang terlibat secara langsung dengan dasar dan system pendidikan seperti Pusat Perkembangan Kurikulum dan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggubal dasar-dasar baru atau menambah baik dasar dan sistem sedia ada. Sebagai rumusan, dapatan kajian telah memberi kesan yang besar kepada banyak pihak bermula daripada murid-murid itu sendiri hinggalah pihak yang terlibat secara langsung dalam proses penggubalan dasar-dasar negara untuk melahirkan generasi celik huruf dan mampu menjadi permata negara. Rumusan Daripada kajian yang dijalankan ini dapat kita melihat perbezaan pencapaian dalam kebolehan dan kemahiran membaca suku kata KV + KV dengan menggunakan gambar sebagai rangsangan dalam kalangan murid-murid yang dikaji. Secara keseluruhannya, murid-murid Tahun 1 yang dikaji telah dapat meningkatkan kebolehan membaca suku kata KV + KV menggunakan rangsangan gambar berdasarkan ujian-ujian yang dijalankan dan instrumen-instrumen yang ditentukan oleh pengkaji. Pemilihan dan penyediaan instrumen yang sesuai dan sepadan dengan objektif dan persoalan kajian adalah penting kerana ini akan memberi kesan terhadap dapatan kajian dan seterusnya memastikan keberkesanan kaedah atau cara yang digunakan dalam mengatasi permasalahan yang dikaji. Walaupun kajian yang dijalankan oleh pengkaji hanya melibatkan sebahagian kecil murid Sekolah Kebangsaan Temenggong abdul Rahman 1, Johor Bahru, Johor sahaja, namun diharapkan kajian ini dapat memberi satu gambaran tentang kebolehan membaca dalam kalangan murid-murid secara amnya dan kemahiran membaca suku kata KV + KV dalam kalangan murid Tahun 1 khususnya. Daripada cadangan-cadangan yang diberikan, diharap masalah-masalah yang berkaitan dengan keupayaan dan kebolehan murid membaca suku kata KV + KV dapat diatasi.