SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
1
1.0 PENGENALAN KONSEP KESENIAN
Kesenian dapat didefinisikan sebagai karya nukilan manusia yang mempunyai nilai
estetika dari segi kepengarangannya, pernyataannya, hiasannya yang menonjol atau
dominan dan lazimnya aspek kegunaannya diambil kira. Kepelbagaian budaya mewujudkan
kepelbagaian kesenian mengikut budaya masing-masing (Alin, 2016). Contohnya, kesenian
budaya Islam mengutamakan konsep ketuhanan berbanding dengan kesenian China yang
lebih menjurus kepada keharmonian dengan alam. Kesenian dapat dibahagikan mengikut
bidang seperti seni muzik, seni bina, seni tulisan, seni tarian, seni mempertahankan diri, seni
kraf dan seni ukir (Panjaman, 2013). Setiap bidang mengandungi warisan-warisan kesenian
yang unik. Sesungguhnya, setiap budaya mempunyai warisan kesenian yang tersendiri bagi
terus mengekalkan kewujudan daripada kepupusan.
2
2.0 KESENIAN PELBAGAI BUDAYA
2.1 BIDANG DAN NILAI KESENIAN ISLAM
Umumnya, tujuan seni dalam Islam adalah kerana Allah. Keindahan kesenian Islam
dapat dilihat melalui keunikan seni tulisan khat. Seni khat merupakan kemahiran menulis
tulisan Arab atau Jawi dengan gaya yang menarik untuk menghasilkan tulisan yang indah
(Rippin, 2008). Khat lazim digunakan sebagai corak dan ukiran pada perhiasan, kad ucapan
dan logo. Terdapat pelbagai jenis tulisan khat, antaranya khat nasakh, thuluth, diwani, riq’ah
dan kufi. Khat yang baik dapat dihasilkan menggunakan pena yang sesuai dan berdasarkan
kreativiti penulis. Selain itu, Islam juga mempunyai kesenian dalam bidang muzik. Seni suara
seperti nasyid dan berzanji amat terkenal dalam kalangan masyarakat Arab (Younos, 2013).
Antara alat muzikyang yang digunakan termasuklah gambus dan kompang. Irama nasyid dan
berzanji lazimnya mengajak manusia untuk memuji-muji Allah dan Nabi Muhammad.
Dalam bidang seni bina pula, keindahan seni bina Islam dapat dilihat pada binaan
masjid, menara masjid dan mimbar (Anderson, 2013). Corak yang dipamerkan dihiasi dengan
corak geometri dan flora berserta tulisan khat. Keindahan seni bina Islam dapat dilihat pada
reka bentuk Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Arab Saudi serta Masjid Biru di Turki.
Kesenian Islam amat menitikberatkan nilai amar makruf dan nahi munkar agar manusia dapat
menyeru ke arah kebaikan. Nilai-nilai tauhid iaitu ketuhanan penting bagi membolehkan
seseorang mendekatkan diri dengan Tuhan. Pemupukan nilai-nilai Islam melalui kesenian
secara tidak langsung mampu menegakkan syiar Islam di persada dunia. Tuntasnya,
kesenian menggalakkan akal berfikir mengenai keagungan Allah melalui kesedaran dan
penghayatan antara seni dengan alam fizikal dan rohaniah.
3
CONTOH KARYA
Gambar 1: Gaya penulisan khat kufi. Gambar 2: Alat muzik gambus yang
digunakan dalam nasyid.
Gambar 3: Seni bina di dalam Masjid Nabawi.
Gambar 4: Corak geometri yang terdapat pada kubah bahagian dalam masjid.
4
2.2 BIDANG DAN NILAI KESENIAN ALAM MELAYU
Kesenian Alam Melayu telah lama wujud melalui penemuan-penemuan pelbagai
artifak seni yang bersejarah. Buktinya dapat ditunjuk pada lukisan di dinding-dinding gua
seperti di Gua Bukit Tambun (Perak), Gua Niah (Sarawak) dan Gua Balambangan (Sabah).
Kesenian Alam Melayu berkonsepkan semangat alam yang dicampur dengan kepercayaan
yang telah diadaptasi dalam kehidupan (Che Husna, 2011). Nilai-nilai seni ini banyak
dipengaruhi oleh kesenian Islam selepas kedatangan Islam pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka. Alam Melayu sememangnya kaya dengan pelbagai kesenian terutamanya dalam
bidang seni mempertahankan diri. Seni silat begitu sinonim dengan bangsa Melayu yang
merangkumi adab dan adat bangsa Melayu serta nilai-nilai Islam yang tersemai di dalamnya.
Antara senjata Melayu lama yang sering digunakan oleh pesilat adalah keris, badik, kerambit,
parang, tumbuk lada, tekpi dan sundang. Silat mempunyai pelbagai jenis bahagian seperti
silat pulut yang biasanya dipersembahkan pada majlis rasmi dan majlis keramaian seperti
majlis perkahwinan. Silat gayung misalnya dapat digunakan untuk mempertahankan diri
daripada sebarang serangan (Syeikh Shamsuddin, 2005).
Dalam seni kraf pula, seni kraf yang terkenal ialah tenunan kain songket. Pada zaman
dahulu, songket hanya dipakai oleh kerabat diraja dan golongan bangsawan (Haziyah, 2006).
Namun, kini songket boleh dipakai oleh seluruh masyarakat sebagai busana perkahwinan dan
sebagainya. Haziyah turut menyatakan penggunaan benang biasa, benang emas dan benang
sutera diperlukan untuk menghasilkan songket yang indah. Susunan bunga songket adalah
berbeza bagi menghasilkan corak yang pelbagai. Corak kain songket bermotifkan unsur
tumbuh-tumbuhan dan flora seperti pucuk rebung, bunga mawar dan bunga kunyit. Kesenian
Alam Melayu amat mementingkan nilai-nilai tradisional yang perlu diwarisi dan nilai-nilai Islam
dalam kehidupan. Nilai-nilai kesopanan dapat dilihat dalam pelbagai aspek kesenian Alam
Melayu seperti dalam persilatan, permainan dan pemakaian. Kesopanan adalah prinsip utama
dalam kemajuan sesebuah peradaban. Natijahnya, Alam Melayu mempunyai kepelbagaian
kesenian yang menarik sama ada dalam aspek seni bela diri mahu pun gaya pemakaian yang
unik.
5
CONTOH KARYA
Gambar 5: Seni mempertahankan diri silat
gayung.
Gambar 6: Corak bunga pada tenunan
kain songket.
Gambar 7: Labu sayong juga merupakan kesenian kraf tangan Alam Melayu.
6
2.3 BIDANG DAN NILAI KESENIAN PRIBUMI
Kesenian pribumi dipengaruhi oleh alam semula jadi dan sumber daripada hutan
(Neave & Blanchard, 2014). Kegiatan kesenian yang paling aktif dihasilkan oleh kaum pribumi
adalah dalam bidang penghasilan kraf tangan. Contohnya ialah raga, tikar mengkuang,
seruling hidung dan sumpit. Kraf tangan sebegini diperbuat daripada rotan, buluh, dan akar
yang mudah dijumpai di kawasan petempatan mereka. Kraf tangan penduduk pribumi yang
paling popular ialah Pua Kumbu yang amat terkenal bagi masyarakat Sarawak khususnya
kaum Iban (Gavin, 2004). Pua Kumbu menjadi kemegahan bagi golongan wanita kaum Iban.
Kain pua ini digunakan dalam upacara dan peristiwa penting termasuklah kelahiran anak,
perkahwinan dan menyambut tetamu tetapi boleh juga dijadikan sebagai perhiasan. Pewarna
pada kain digunakan daripada tumbuh-tumbuhan seperti mengkudu, kulit kayu kepayang dan
kulit kayu janggau. Tenunan pada kain pua lazimnya bermotifkan unsur flora dan fauna (Koh,
2009). Bagi motif fauna, binatang seperti harimau, rusa, katak dan burung digunakan untuk
menghalang bencana dan kuasa-kuasa jahat daripada menyerang penghuni rumah panjang
dan tanam-tanaman. Pua Kumbu juga ada yang bermotifkan unsur flora dan tumbuh-
tumbuhan seperti bunga-bungaan, buah-buahan, pucuk paku dan pucuk rebung. Kesenian
pribumi adalah berpaksikan kepada nilai-nilai menghargai alam sekitar. Mereka
menggunakan alam sebagai aset utama untuk mengasaskan bidang kesenian yang unik.
Pendek kata, kebergantungan terhadap alam semula jadi adalah nadi utama kepada kesenian
masyarakat pribumi.
7
CONTOH KARYA
Gambar 8: Antara hasil kraf tangan masyarakat
pribumi seperti bakul, tudung saji dan dulang.
Gambar 9: Pua Kumbu yang
bermotifkan dewa-dewi
kepercayaan pribumi.
8
2.4 BIDANG DAN NILAI KESENIAN BARAT
Kesenian Barat berkembang semasa zaman kebangkitan Eropah iaitu Zaman
Renaissance (Pater, 1980). Hal ini telah mewujudkan kemunculan seni baru iaitu Gothic dan
Romanesque yang dapat dilihat pada seni bina gereja dan istana. Banyak bangunan dan
gereja besar-besar seperti Charters, Amiens, Rheims dan Bourges dibina dengan ukiran
serambi dan lukisan kaca yang rumit (Watkin, 2005). Watkin menyatakan seni bina ini lebih
mementingkan ciri-ciri kerohanian dan keagamaan. Dalam bidang seni lukis, ramai pelukis
terkenal dilahirkan termasuklah Leonardo da Vinci dengan karya agungnya iaitu lukisan Mona
Lisa (Pater, 1980). Beliau turut menghasilkan lukisan lain yang terkenal seperti St. John, The
Madona and The Child dan Madona and The St. Anne.
Selain itu, pelukis-pelukis tersohor seperti Raphael dan Michaelangelo juga
memainkan peranan semasazamanRenaissance.Michaelangelo lebih menumpukan kepada
pengkajian terhadap anggota tubuh badan dengan penghasilan ukiran-ukiran yang bersaiz
besar (Xu & Chen, 2018). Beliau berjaya menghasilkan ukiran patung David, Nabi Musa,
Night, Dawn dan Day yang telah dijadikan sebagai tugu peringatan Medici. Dalam bidang
muzik pula, penggubah-penggubah muzik telah menggabungkan semua irama muzik
sehingga menjadikan seni muzik semakin rumit. Alat-alat yang digunakan bertambah moden
seperti biola dan piano. Muzik akan bersatu dengan pementasan drama dan hal ini telah
mendorong ke arah kewujudan panggung wayang. Kesenian Barat dilihat mementingkan nilai-
nilai estetika yang indah dan rumit dalam menghasilkan sesuatu yang unik. Semakin sukar
penghasilan sesuatu karya seni, semakin tinggi nilai estetika yang akan dimiliki. Konklusinya,
perkembangan kesenian Barat berkembang pesat selepas berlakunya perubahan pada
zaman Renaissance sehingga menjadi peradaban utama dalam masyarakat kontemporari.
9
CONTOH KARYA
Gambar 10: Keindahan seni bina Barat
yang halus kesan daripada zaman
Renaissance.
Gambar 11: Potret Mona Lisa yang
dihasilkan oleh Leonardo da Vinci.
Gambar 12: Piano mula diperkenalkan dalam bidang seni muzik dan tarian pada zaman
Renaissance.
10
2.5 BIDANG DAN NILAI KESENIAN CHINA
Sejak dahulu lagi, tamadun China telah banyak menyumbang pelbagai bidang
kesenian dalam peradaban tamadun kini. Dalam kesenian China, seni kaligrafi merupakan
tulisan yang direka dalam bentuk lukisan yang indah dan mengandungi unsur-unsur
kecantikan dan kekuatan (Yuho, 1993). Pada awalnya, bentuk awal kaligrafi terdapat pada
tulang binatang dan kulit kura-kura yang dikenali sebagai Jia Gu Wen. Kemudiannya, seni
kaligrafi terus berkembang dengan kewujudan beberapa gaya lakaran seperti Cao-Shu, Xing-
Shu, Kai-Shu, Zhuan-Shu dan Li-Shu (Yuho, 1993). Peralatan dan bahan yang digunakan
adalah unik kerana menggunakan buluh sebagai sumber utamanya (Neave & Blanchard,
2014). Penulisan kaligrafi bergantung kepada kemahiran dan imaginasi si penulis dalam
menghasilkan pelbagai bentuk yang menarik. Dalam bidang seni bina, binaan dipengaruhi
oleh kepercayaan Feng Shui, iaitu susunan dan lokasi bangunan mestilah ditetapkan
berdasarkan kuasa-kuasa alam (Giskin & Walsh, 2001). Kebanyakan bangunan yang dibina
berbentuk geometri seperti oktagon dan binaan mestilah berharmoni dengan alam. Seni bina
Cina yang terulung ialah Tembok Besar China yang masih wujud sehingga kini.
Seterusnya, seni lukis juga merupakan salah satu bidang kesenian yang berkembang
maju dalam kesenian China. Lukisan yang dihasilkan bersifat simbolik yang menggambarkan
hubungan antara manusia dengan alam (Silbergeld, 1982). Bahan yang digunakan dalam
penghasilan lukisan adalah sama dengan bahan penulisan kaligrafi dan dilukis pada kain
sutera dan tembikar. Lukisan Cina dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu xieyi dan
gonghi. Lukisan xieyi dilukis secara bebas dan rawak manakala lukisan gonghi perlu
menggunakan garis-garis halus dan teliti mengikut butiran yang tepat. Dalam catan landskap
Cina tradisional, elemen-elemen yang dilukis mewakili alam sekeliling seperti gunung-ganang,
pokok-pokok dan sungai-sungai yang berkisarkan pemandangan alam yang indah (Silbergeld,
1982). Kesenian China banyak tertumpu kepada nilai keharmonian dengan alam sekitar.
Kepercayaan Feng Shui dan Yin dan Yang menjadi asas utama kepada kesenian China
menggalakkan manusia untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan alam. Ringkasnya,
kesenian masyarakat China adalah keseinambungan daripada perkembangan bidang
kesenian dari tamadun China yang mempunyai nilai-nilai harmoni dengan alam semesta.
11
CONTOH KARYA
Gambar 13: Penulisan kaligrafi Cina yang
menggunakan dakwat buluh.
Gambar 14: Lukisan pemandangan alam
semula jadi yang mengandungi unsur
harmoni.
Gambar 15: Tembok Besar China yang masih megah berdiri sejak beribu tahun dahulu.
12
2.6 BIDANG DAN NILAI KESENIAN INDIA
Kesenian India yang popular ialah seni kolam. Kolam dihasilkan daripada gabungan
beras yang diwarnakan dengan pelbagai warna (Vijaya, 2019). Namun, penggunaan beras
telah ditukarkan kepada tepung beras, pasir dan hampas kelapa pada masa kini. Mengikut
tradisi masyarakat India, kolam dibuat oleh kaum wanita di depan rumah dan kuil pada hari
Deepavali dan Ponggal sebagai simbol adat dan bertujuan memberi makanan kepada semut-
semut (Ramnarayan, 1992). Garisan geometri amat dititikberatkan di mana garisan tersebut
perlu dilukis terlebih dahulu sebagai panduan sebelum beras ditabur. Gabungan pelbagai
beras yang berwarna-warni mewujudkan kesan kesatuan dan keindahan dalam seni kolam.
Dalam bidang seni bina, keindahan bangunan dapat dilihat pada reka bentuk kuil-kuil Hindu
yang diwarnakan dengan pelbagai warna (Suhas, 1998). Seni bina India banyak
mengandungi unsur kepercayan agama Hindu. Kebanyakan binaan kesenian India
mempunyai ukiran patung-patung dewa-dewi agama Hindu pada bahagian bumbung kuil
mahu pun di hadapan kuil. Nilai-nilai keagamaan jelas dilihat dalam kesenian India melalui
binaan kuil. Hal ini disebabkan kepercayaan kuat masyarakat India dalam agama Hindu.
Tegasnya, nilai-nilai kesenian dalam peradaban masyarakat India turut memberikan
kepelbagaian kepada bidang seni di dunia khususnya dalam seni kolam dan binaan.
CONTOH KARYA
Gambar 16: Contoh seni kolam yang dihasilkan.
13
3.0 PERANAN KESENIAN PELBAGAI BUDAYA
Umum mengetahui bahawa pengekalan kesenian warisan kaum merupakan
kesinambungan tamadun. Kesenian berperanan sebagai identiti kepada sesebuah kaum
(Amirul, 2016). Contohnya seperi keunikan pakaian pelbagai kaum yang mempunyai pelbagai
bentuk dan cara pemakaian yang berwarna-warni. Pemuda-pemudi wajib mengetahui asal
usul dengan tidak melupakan tinggalan nenek moyang. Identiti yang wujud penting dalam
membentuk jati diri bangsa malaysia dengan mengamalkan warisan kaum ini dalam
kehidupan seharian (Fazurawati, 2017). Lantaran itu, jelaslah bahawa kesenian warisan kaum
perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun pelbagai kaum.
Selain itu, kesenian warisan kaum juga mampumemupuk semangat perpaduan dalam
kalangan rakyat (Fikri, 2018). Setiap kaum mempunyai warisan dan kepercayaan yang amat
berbeza. Hal ini akan mendatangkan pertelingkahan dan perselisihan faham yang tidak
diingini. Oleh itu, masyarakat perlulah bersifat prihatin, bertolak ansur dan menghormati
antara satu sama lain agar dapat menjamin keharmonian dan kesejahteraan sejagat
(Umavathi, 2019). Jiran tetangga yang mengunjungi dapat mengetahui cara hidup, budaya,
tradisi dan adat resam semasa perayaan sedang dijalankan dan sejarah disebaliknya.
Permainan tradisional seperti wau, congkak dan gasing juga mengeratkan hubungan
silaturahim antara masyarakat kerana bersaing dengan sihat. Persembahan tarian tradisional
seperti zapin, tarian singa dan tarian bharatanatyam boleh dilakukan untuk hiburan sekali gus
dapat memperkenalkan tarian kaum masing-masing (Zain et al., 2013). Maka, perpaduan
yang erat dapat diwujudkan apabila setiap masyarakat memahami budaya kaum yang
berbeza.
14
4.0 KESIMPULAN
Dedukisnya, kepelbagaian budaya khusunya di Malaysia membawa kepada
perbezaan bidang kesenian dalam masyarakat yang pelbagai (Zain et al., 2013). Setiap unsur
kesenian mempunyai keunikan tersendiri yang menarik. Setiap bidang seni yang ditinggalkan
adalah khazanah kepada sesebuah masyarakat agar budaya yang telah lama diamalkan tidak
lenyap begitu sahaja. Seluruh stratifikasi masyarakat terutamanya golongan muda
seyogianya bersatu padu mengekalkan kebudayaan yang diwarisi agar dapat dilihat oleh
generasi yang akan datang (Fazurawati, 2017). Perbezaan seni dan kebudayaan bukanlah
halangan yang besar sebaliknya menjadi sumber kekayaan kepada nilai seni dan budaya
masyarakat kita di mata dunia. Sifat multikultural yang dimiliki oleh masyarakat di negara ini
menjadi aset penting dalam memperkayakan khazanah seni dan budaya malah turut menjadi
daya tarikan pelancong luar (Chandra, 2017). Justeru, kesenian dan kebudayaan adalah
medium yang penting dalam membentuk perpaduan dan keharmonian dalam negara.

More Related Content

What's hot

Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2Mok Ming yan
 
Syed ahmad jamal
Syed ahmad jamalSyed ahmad jamal
Syed ahmad jamalHasni Hamid
 
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...محمد أشرف زين الدين
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKASEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKARafiza Diy
 
Sejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual MalaysiaSejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual MalaysiaAbby Piong
 
Diftong, digraf, vokal berganding, konsonan bergabung
Diftong, digraf, vokal berganding, konsonan bergabungDiftong, digraf, vokal berganding, konsonan bergabung
Diftong, digraf, vokal berganding, konsonan bergabungCpf Chong
 
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)Nursyuhadah Rahwi
 
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...faizzuddinz
 
Prinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni VisualPrinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni VisualHui Chew
 
Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu KunoBahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu KunoAdha Fouat
 
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya Mohammad Yaqin
 
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaranPeranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaranJenry Saiparudin
 
Bab 8 agama dan hubungan etnik
Bab 8 agama dan hubungan etnikBab 8 agama dan hubungan etnik
Bab 8 agama dan hubungan etnikFarid Hasan
 
Jenis-jenis gejala sosial di Malaysia
Jenis-jenis gejala sosial di MalaysiaJenis-jenis gejala sosial di Malaysia
Jenis-jenis gejala sosial di MalaysiaSlumber Je
 
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.HanaFitrah
 

What's hot (20)

Seni islam
Seni islamSeni islam
Seni islam
 
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2
 
Syed ahmad jamal
Syed ahmad jamalSyed ahmad jamal
Syed ahmad jamal
 
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKASEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
 
Sejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual MalaysiaSejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual Malaysia
 
Diftong, digraf, vokal berganding, konsonan bergabung
Diftong, digraf, vokal berganding, konsonan bergabungDiftong, digraf, vokal berganding, konsonan bergabung
Diftong, digraf, vokal berganding, konsonan bergabung
 
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
 
Cetakan
CetakanCetakan
Cetakan
 
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
 
Prinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni VisualPrinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni Visual
 
Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu KunoBahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu Kuno
 
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
 
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaranPeranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Seni
SeniSeni
Seni
 
Bab 8 agama dan hubungan etnik
Bab 8 agama dan hubungan etnikBab 8 agama dan hubungan etnik
Bab 8 agama dan hubungan etnik
 
Jenis-jenis gejala sosial di Malaysia
Jenis-jenis gejala sosial di MalaysiaJenis-jenis gejala sosial di Malaysia
Jenis-jenis gejala sosial di Malaysia
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
 
Isu berkaitan sikap guru
Isu berkaitan sikap guruIsu berkaitan sikap guru
Isu berkaitan sikap guru
 

Similar to KESENIAN PELBAGAI BUDAYA MASYARAKAT DI MALAYSIA

Hbae 3103 711216106404 assignment kraf tradisional
Hbae 3103 711216106404 assignment kraf tradisionalHbae 3103 711216106404 assignment kraf tradisional
Hbae 3103 711216106404 assignment kraf tradisionalAhmad NazRi
 
Seni Suara Dalam Peradaban Islam : Tinjauan Terhadap Tarannum al-Quran (Semin...
Seni Suara Dalam Peradaban Islam : Tinjauan Terhadap Tarannum al-Quran (Semin...Seni Suara Dalam Peradaban Islam : Tinjauan Terhadap Tarannum al-Quran (Semin...
Seni Suara Dalam Peradaban Islam : Tinjauan Terhadap Tarannum al-Quran (Semin...effar76
 
Buletin Eksplorasi Sejarah dan Tamadun Islam di Astaka Morocco
Buletin Eksplorasi Sejarah dan Tamadun Islam di Astaka MoroccoBuletin Eksplorasi Sejarah dan Tamadun Islam di Astaka Morocco
Buletin Eksplorasi Sejarah dan Tamadun Islam di Astaka MoroccoEzad Azraai Jamsari
 
MPW1143 - Bab 9 konsep seni
MPW1143 - Bab  9 konsep seniMPW1143 - Bab  9 konsep seni
MPW1143 - Bab 9 konsep seniMimi Mokhtar
 
Eksplorasi Sejarah dan Tamadun Islam di Muzium Kesenian Islam Malaysia
Eksplorasi Sejarah dan Tamadun Islam di Muzium Kesenian Islam MalaysiaEksplorasi Sejarah dan Tamadun Islam di Muzium Kesenian Islam Malaysia
Eksplorasi Sejarah dan Tamadun Islam di Muzium Kesenian Islam MalaysiaEzad Azraai Jamsari
 
Interaksi tamadun eropah dan asia
Interaksi tamadun eropah dan asia Interaksi tamadun eropah dan asia
Interaksi tamadun eropah dan asia ArifahAzlanShah2
 
Warisan kepelbagaian budaya malaysia t2
Warisan kepelbagaian budaya malaysia t2Warisan kepelbagaian budaya malaysia t2
Warisan kepelbagaian budaya malaysia t2nurfadhillah
 
Kuliah 9 2016 sejarah seni malaysia 2 (STPM)
Kuliah 9 2016 sejarah seni malaysia 2 (STPM)Kuliah 9 2016 sejarah seni malaysia 2 (STPM)
Kuliah 9 2016 sejarah seni malaysia 2 (STPM)Mcc Goh
 

Similar to KESENIAN PELBAGAI BUDAYA MASYARAKAT DI MALAYSIA (13)

Hbae 3103 711216106404 assignment kraf tradisional
Hbae 3103 711216106404 assignment kraf tradisionalHbae 3103 711216106404 assignment kraf tradisional
Hbae 3103 711216106404 assignment kraf tradisional
 
Seni Suara Dalam Peradaban Islam : Tinjauan Terhadap Tarannum al-Quran (Semin...
Seni Suara Dalam Peradaban Islam : Tinjauan Terhadap Tarannum al-Quran (Semin...Seni Suara Dalam Peradaban Islam : Tinjauan Terhadap Tarannum al-Quran (Semin...
Seni Suara Dalam Peradaban Islam : Tinjauan Terhadap Tarannum al-Quran (Semin...
 
Buletin Eksplorasi Sejarah dan Tamadun Islam di Astaka Morocco
Buletin Eksplorasi Sejarah dan Tamadun Islam di Astaka MoroccoBuletin Eksplorasi Sejarah dan Tamadun Islam di Astaka Morocco
Buletin Eksplorasi Sejarah dan Tamadun Islam di Astaka Morocco
 
MPW1143 - Bab 9 konsep seni
MPW1143 - Bab  9 konsep seniMPW1143 - Bab  9 konsep seni
MPW1143 - Bab 9 konsep seni
 
Eksplorasi Sejarah dan Tamadun Islam di Muzium Kesenian Islam Malaysia
Eksplorasi Sejarah dan Tamadun Islam di Muzium Kesenian Islam MalaysiaEksplorasi Sejarah dan Tamadun Islam di Muzium Kesenian Islam Malaysia
Eksplorasi Sejarah dan Tamadun Islam di Muzium Kesenian Islam Malaysia
 
Interaksi tamadun eropah dan asia
Interaksi tamadun eropah dan asia Interaksi tamadun eropah dan asia
Interaksi tamadun eropah dan asia
 
Seni tulisan khat
Seni  tulisan khatSeni  tulisan khat
Seni tulisan khat
 
Btk kesenian
Btk kesenianBtk kesenian
Btk kesenian
 
Pengurusan Gerko
Pengurusan GerkoPengurusan Gerko
Pengurusan Gerko
 
Tamadun islam
Tamadun islamTamadun islam
Tamadun islam
 
Warisan kepelbagaian budaya malaysia t2
Warisan kepelbagaian budaya malaysia t2Warisan kepelbagaian budaya malaysia t2
Warisan kepelbagaian budaya malaysia t2
 
Kuliah 9 2016 sejarah seni malaysia 2 (STPM)
Kuliah 9 2016 sejarah seni malaysia 2 (STPM)Kuliah 9 2016 sejarah seni malaysia 2 (STPM)
Kuliah 9 2016 sejarah seni malaysia 2 (STPM)
 
Anyaman pandan
Anyaman pandanAnyaman pandan
Anyaman pandan
 

More from Muhammad Fateh

MAPHILINDO ( MALAYSIA - FILIPINA - INDONESIA )
MAPHILINDO ( MALAYSIA - FILIPINA - INDONESIA )MAPHILINDO ( MALAYSIA - FILIPINA - INDONESIA )
MAPHILINDO ( MALAYSIA - FILIPINA - INDONESIA )Muhammad Fateh
 
PENGARUH INTERAKSI TERHADAP PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA MURID
PENGARUH INTERAKSI TERHADAP PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA MURIDPENGARUH INTERAKSI TERHADAP PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA MURID
PENGARUH INTERAKSI TERHADAP PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA MURIDMuhammad Fateh
 
THE IMPACT OF DIGITAL TECHNOLOGY ON MODERN LIFE
THE IMPACT OF DIGITAL TECHNOLOGY ON MODERN LIFETHE IMPACT OF DIGITAL TECHNOLOGY ON MODERN LIFE
THE IMPACT OF DIGITAL TECHNOLOGY ON MODERN LIFEMuhammad Fateh
 
PERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANING
PERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANINGPERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANING
PERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANINGMuhammad Fateh
 
Perbezaan Model Objektif & Model Proses
Perbezaan Model Objektif & Model ProsesPerbezaan Model Objektif & Model Proses
Perbezaan Model Objektif & Model ProsesMuhammad Fateh
 
EDUP3013 - PENULISAN AKADEMIK
EDUP3013 - PENULISAN AKADEMIKEDUP3013 - PENULISAN AKADEMIK
EDUP3013 - PENULISAN AKADEMIKMuhammad Fateh
 

More from Muhammad Fateh (7)

MAPHILINDO ( MALAYSIA - FILIPINA - INDONESIA )
MAPHILINDO ( MALAYSIA - FILIPINA - INDONESIA )MAPHILINDO ( MALAYSIA - FILIPINA - INDONESIA )
MAPHILINDO ( MALAYSIA - FILIPINA - INDONESIA )
 
PENGARUH INTERAKSI TERHADAP PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA MURID
PENGARUH INTERAKSI TERHADAP PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA MURIDPENGARUH INTERAKSI TERHADAP PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA MURID
PENGARUH INTERAKSI TERHADAP PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA MURID
 
THE IMPACT OF DIGITAL TECHNOLOGY ON MODERN LIFE
THE IMPACT OF DIGITAL TECHNOLOGY ON MODERN LIFETHE IMPACT OF DIGITAL TECHNOLOGY ON MODERN LIFE
THE IMPACT OF DIGITAL TECHNOLOGY ON MODERN LIFE
 
PERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANING
PERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANINGPERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANING
PERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANING
 
DASAR LUAR MALAYSIA
DASAR LUAR MALAYSIA DASAR LUAR MALAYSIA
DASAR LUAR MALAYSIA
 
Perbezaan Model Objektif & Model Proses
Perbezaan Model Objektif & Model ProsesPerbezaan Model Objektif & Model Proses
Perbezaan Model Objektif & Model Proses
 
EDUP3013 - PENULISAN AKADEMIK
EDUP3013 - PENULISAN AKADEMIKEDUP3013 - PENULISAN AKADEMIK
EDUP3013 - PENULISAN AKADEMIK
 

Recently uploaded

Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANrice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANWawaRusli
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 

Recently uploaded (15)

Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANrice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 

KESENIAN PELBAGAI BUDAYA MASYARAKAT DI MALAYSIA

  • 1. 1 1.0 PENGENALAN KONSEP KESENIAN Kesenian dapat didefinisikan sebagai karya nukilan manusia yang mempunyai nilai estetika dari segi kepengarangannya, pernyataannya, hiasannya yang menonjol atau dominan dan lazimnya aspek kegunaannya diambil kira. Kepelbagaian budaya mewujudkan kepelbagaian kesenian mengikut budaya masing-masing (Alin, 2016). Contohnya, kesenian budaya Islam mengutamakan konsep ketuhanan berbanding dengan kesenian China yang lebih menjurus kepada keharmonian dengan alam. Kesenian dapat dibahagikan mengikut bidang seperti seni muzik, seni bina, seni tulisan, seni tarian, seni mempertahankan diri, seni kraf dan seni ukir (Panjaman, 2013). Setiap bidang mengandungi warisan-warisan kesenian yang unik. Sesungguhnya, setiap budaya mempunyai warisan kesenian yang tersendiri bagi terus mengekalkan kewujudan daripada kepupusan.
  • 2. 2 2.0 KESENIAN PELBAGAI BUDAYA 2.1 BIDANG DAN NILAI KESENIAN ISLAM Umumnya, tujuan seni dalam Islam adalah kerana Allah. Keindahan kesenian Islam dapat dilihat melalui keunikan seni tulisan khat. Seni khat merupakan kemahiran menulis tulisan Arab atau Jawi dengan gaya yang menarik untuk menghasilkan tulisan yang indah (Rippin, 2008). Khat lazim digunakan sebagai corak dan ukiran pada perhiasan, kad ucapan dan logo. Terdapat pelbagai jenis tulisan khat, antaranya khat nasakh, thuluth, diwani, riq’ah dan kufi. Khat yang baik dapat dihasilkan menggunakan pena yang sesuai dan berdasarkan kreativiti penulis. Selain itu, Islam juga mempunyai kesenian dalam bidang muzik. Seni suara seperti nasyid dan berzanji amat terkenal dalam kalangan masyarakat Arab (Younos, 2013). Antara alat muzikyang yang digunakan termasuklah gambus dan kompang. Irama nasyid dan berzanji lazimnya mengajak manusia untuk memuji-muji Allah dan Nabi Muhammad. Dalam bidang seni bina pula, keindahan seni bina Islam dapat dilihat pada binaan masjid, menara masjid dan mimbar (Anderson, 2013). Corak yang dipamerkan dihiasi dengan corak geometri dan flora berserta tulisan khat. Keindahan seni bina Islam dapat dilihat pada reka bentuk Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Arab Saudi serta Masjid Biru di Turki. Kesenian Islam amat menitikberatkan nilai amar makruf dan nahi munkar agar manusia dapat menyeru ke arah kebaikan. Nilai-nilai tauhid iaitu ketuhanan penting bagi membolehkan seseorang mendekatkan diri dengan Tuhan. Pemupukan nilai-nilai Islam melalui kesenian secara tidak langsung mampu menegakkan syiar Islam di persada dunia. Tuntasnya, kesenian menggalakkan akal berfikir mengenai keagungan Allah melalui kesedaran dan penghayatan antara seni dengan alam fizikal dan rohaniah.
  • 3. 3 CONTOH KARYA Gambar 1: Gaya penulisan khat kufi. Gambar 2: Alat muzik gambus yang digunakan dalam nasyid. Gambar 3: Seni bina di dalam Masjid Nabawi. Gambar 4: Corak geometri yang terdapat pada kubah bahagian dalam masjid.
  • 4. 4 2.2 BIDANG DAN NILAI KESENIAN ALAM MELAYU Kesenian Alam Melayu telah lama wujud melalui penemuan-penemuan pelbagai artifak seni yang bersejarah. Buktinya dapat ditunjuk pada lukisan di dinding-dinding gua seperti di Gua Bukit Tambun (Perak), Gua Niah (Sarawak) dan Gua Balambangan (Sabah). Kesenian Alam Melayu berkonsepkan semangat alam yang dicampur dengan kepercayaan yang telah diadaptasi dalam kehidupan (Che Husna, 2011). Nilai-nilai seni ini banyak dipengaruhi oleh kesenian Islam selepas kedatangan Islam pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Alam Melayu sememangnya kaya dengan pelbagai kesenian terutamanya dalam bidang seni mempertahankan diri. Seni silat begitu sinonim dengan bangsa Melayu yang merangkumi adab dan adat bangsa Melayu serta nilai-nilai Islam yang tersemai di dalamnya. Antara senjata Melayu lama yang sering digunakan oleh pesilat adalah keris, badik, kerambit, parang, tumbuk lada, tekpi dan sundang. Silat mempunyai pelbagai jenis bahagian seperti silat pulut yang biasanya dipersembahkan pada majlis rasmi dan majlis keramaian seperti majlis perkahwinan. Silat gayung misalnya dapat digunakan untuk mempertahankan diri daripada sebarang serangan (Syeikh Shamsuddin, 2005). Dalam seni kraf pula, seni kraf yang terkenal ialah tenunan kain songket. Pada zaman dahulu, songket hanya dipakai oleh kerabat diraja dan golongan bangsawan (Haziyah, 2006). Namun, kini songket boleh dipakai oleh seluruh masyarakat sebagai busana perkahwinan dan sebagainya. Haziyah turut menyatakan penggunaan benang biasa, benang emas dan benang sutera diperlukan untuk menghasilkan songket yang indah. Susunan bunga songket adalah berbeza bagi menghasilkan corak yang pelbagai. Corak kain songket bermotifkan unsur tumbuh-tumbuhan dan flora seperti pucuk rebung, bunga mawar dan bunga kunyit. Kesenian Alam Melayu amat mementingkan nilai-nilai tradisional yang perlu diwarisi dan nilai-nilai Islam dalam kehidupan. Nilai-nilai kesopanan dapat dilihat dalam pelbagai aspek kesenian Alam Melayu seperti dalam persilatan, permainan dan pemakaian. Kesopanan adalah prinsip utama dalam kemajuan sesebuah peradaban. Natijahnya, Alam Melayu mempunyai kepelbagaian kesenian yang menarik sama ada dalam aspek seni bela diri mahu pun gaya pemakaian yang unik.
  • 5. 5 CONTOH KARYA Gambar 5: Seni mempertahankan diri silat gayung. Gambar 6: Corak bunga pada tenunan kain songket. Gambar 7: Labu sayong juga merupakan kesenian kraf tangan Alam Melayu.
  • 6. 6 2.3 BIDANG DAN NILAI KESENIAN PRIBUMI Kesenian pribumi dipengaruhi oleh alam semula jadi dan sumber daripada hutan (Neave & Blanchard, 2014). Kegiatan kesenian yang paling aktif dihasilkan oleh kaum pribumi adalah dalam bidang penghasilan kraf tangan. Contohnya ialah raga, tikar mengkuang, seruling hidung dan sumpit. Kraf tangan sebegini diperbuat daripada rotan, buluh, dan akar yang mudah dijumpai di kawasan petempatan mereka. Kraf tangan penduduk pribumi yang paling popular ialah Pua Kumbu yang amat terkenal bagi masyarakat Sarawak khususnya kaum Iban (Gavin, 2004). Pua Kumbu menjadi kemegahan bagi golongan wanita kaum Iban. Kain pua ini digunakan dalam upacara dan peristiwa penting termasuklah kelahiran anak, perkahwinan dan menyambut tetamu tetapi boleh juga dijadikan sebagai perhiasan. Pewarna pada kain digunakan daripada tumbuh-tumbuhan seperti mengkudu, kulit kayu kepayang dan kulit kayu janggau. Tenunan pada kain pua lazimnya bermotifkan unsur flora dan fauna (Koh, 2009). Bagi motif fauna, binatang seperti harimau, rusa, katak dan burung digunakan untuk menghalang bencana dan kuasa-kuasa jahat daripada menyerang penghuni rumah panjang dan tanam-tanaman. Pua Kumbu juga ada yang bermotifkan unsur flora dan tumbuh- tumbuhan seperti bunga-bungaan, buah-buahan, pucuk paku dan pucuk rebung. Kesenian pribumi adalah berpaksikan kepada nilai-nilai menghargai alam sekitar. Mereka menggunakan alam sebagai aset utama untuk mengasaskan bidang kesenian yang unik. Pendek kata, kebergantungan terhadap alam semula jadi adalah nadi utama kepada kesenian masyarakat pribumi.
  • 7. 7 CONTOH KARYA Gambar 8: Antara hasil kraf tangan masyarakat pribumi seperti bakul, tudung saji dan dulang. Gambar 9: Pua Kumbu yang bermotifkan dewa-dewi kepercayaan pribumi.
  • 8. 8 2.4 BIDANG DAN NILAI KESENIAN BARAT Kesenian Barat berkembang semasa zaman kebangkitan Eropah iaitu Zaman Renaissance (Pater, 1980). Hal ini telah mewujudkan kemunculan seni baru iaitu Gothic dan Romanesque yang dapat dilihat pada seni bina gereja dan istana. Banyak bangunan dan gereja besar-besar seperti Charters, Amiens, Rheims dan Bourges dibina dengan ukiran serambi dan lukisan kaca yang rumit (Watkin, 2005). Watkin menyatakan seni bina ini lebih mementingkan ciri-ciri kerohanian dan keagamaan. Dalam bidang seni lukis, ramai pelukis terkenal dilahirkan termasuklah Leonardo da Vinci dengan karya agungnya iaitu lukisan Mona Lisa (Pater, 1980). Beliau turut menghasilkan lukisan lain yang terkenal seperti St. John, The Madona and The Child dan Madona and The St. Anne. Selain itu, pelukis-pelukis tersohor seperti Raphael dan Michaelangelo juga memainkan peranan semasazamanRenaissance.Michaelangelo lebih menumpukan kepada pengkajian terhadap anggota tubuh badan dengan penghasilan ukiran-ukiran yang bersaiz besar (Xu & Chen, 2018). Beliau berjaya menghasilkan ukiran patung David, Nabi Musa, Night, Dawn dan Day yang telah dijadikan sebagai tugu peringatan Medici. Dalam bidang muzik pula, penggubah-penggubah muzik telah menggabungkan semua irama muzik sehingga menjadikan seni muzik semakin rumit. Alat-alat yang digunakan bertambah moden seperti biola dan piano. Muzik akan bersatu dengan pementasan drama dan hal ini telah mendorong ke arah kewujudan panggung wayang. Kesenian Barat dilihat mementingkan nilai- nilai estetika yang indah dan rumit dalam menghasilkan sesuatu yang unik. Semakin sukar penghasilan sesuatu karya seni, semakin tinggi nilai estetika yang akan dimiliki. Konklusinya, perkembangan kesenian Barat berkembang pesat selepas berlakunya perubahan pada zaman Renaissance sehingga menjadi peradaban utama dalam masyarakat kontemporari.
  • 9. 9 CONTOH KARYA Gambar 10: Keindahan seni bina Barat yang halus kesan daripada zaman Renaissance. Gambar 11: Potret Mona Lisa yang dihasilkan oleh Leonardo da Vinci. Gambar 12: Piano mula diperkenalkan dalam bidang seni muzik dan tarian pada zaman Renaissance.
  • 10. 10 2.5 BIDANG DAN NILAI KESENIAN CHINA Sejak dahulu lagi, tamadun China telah banyak menyumbang pelbagai bidang kesenian dalam peradaban tamadun kini. Dalam kesenian China, seni kaligrafi merupakan tulisan yang direka dalam bentuk lukisan yang indah dan mengandungi unsur-unsur kecantikan dan kekuatan (Yuho, 1993). Pada awalnya, bentuk awal kaligrafi terdapat pada tulang binatang dan kulit kura-kura yang dikenali sebagai Jia Gu Wen. Kemudiannya, seni kaligrafi terus berkembang dengan kewujudan beberapa gaya lakaran seperti Cao-Shu, Xing- Shu, Kai-Shu, Zhuan-Shu dan Li-Shu (Yuho, 1993). Peralatan dan bahan yang digunakan adalah unik kerana menggunakan buluh sebagai sumber utamanya (Neave & Blanchard, 2014). Penulisan kaligrafi bergantung kepada kemahiran dan imaginasi si penulis dalam menghasilkan pelbagai bentuk yang menarik. Dalam bidang seni bina, binaan dipengaruhi oleh kepercayaan Feng Shui, iaitu susunan dan lokasi bangunan mestilah ditetapkan berdasarkan kuasa-kuasa alam (Giskin & Walsh, 2001). Kebanyakan bangunan yang dibina berbentuk geometri seperti oktagon dan binaan mestilah berharmoni dengan alam. Seni bina Cina yang terulung ialah Tembok Besar China yang masih wujud sehingga kini. Seterusnya, seni lukis juga merupakan salah satu bidang kesenian yang berkembang maju dalam kesenian China. Lukisan yang dihasilkan bersifat simbolik yang menggambarkan hubungan antara manusia dengan alam (Silbergeld, 1982). Bahan yang digunakan dalam penghasilan lukisan adalah sama dengan bahan penulisan kaligrafi dan dilukis pada kain sutera dan tembikar. Lukisan Cina dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu xieyi dan gonghi. Lukisan xieyi dilukis secara bebas dan rawak manakala lukisan gonghi perlu menggunakan garis-garis halus dan teliti mengikut butiran yang tepat. Dalam catan landskap Cina tradisional, elemen-elemen yang dilukis mewakili alam sekeliling seperti gunung-ganang, pokok-pokok dan sungai-sungai yang berkisarkan pemandangan alam yang indah (Silbergeld, 1982). Kesenian China banyak tertumpu kepada nilai keharmonian dengan alam sekitar. Kepercayaan Feng Shui dan Yin dan Yang menjadi asas utama kepada kesenian China menggalakkan manusia untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan alam. Ringkasnya, kesenian masyarakat China adalah keseinambungan daripada perkembangan bidang kesenian dari tamadun China yang mempunyai nilai-nilai harmoni dengan alam semesta.
  • 11. 11 CONTOH KARYA Gambar 13: Penulisan kaligrafi Cina yang menggunakan dakwat buluh. Gambar 14: Lukisan pemandangan alam semula jadi yang mengandungi unsur harmoni. Gambar 15: Tembok Besar China yang masih megah berdiri sejak beribu tahun dahulu.
  • 12. 12 2.6 BIDANG DAN NILAI KESENIAN INDIA Kesenian India yang popular ialah seni kolam. Kolam dihasilkan daripada gabungan beras yang diwarnakan dengan pelbagai warna (Vijaya, 2019). Namun, penggunaan beras telah ditukarkan kepada tepung beras, pasir dan hampas kelapa pada masa kini. Mengikut tradisi masyarakat India, kolam dibuat oleh kaum wanita di depan rumah dan kuil pada hari Deepavali dan Ponggal sebagai simbol adat dan bertujuan memberi makanan kepada semut- semut (Ramnarayan, 1992). Garisan geometri amat dititikberatkan di mana garisan tersebut perlu dilukis terlebih dahulu sebagai panduan sebelum beras ditabur. Gabungan pelbagai beras yang berwarna-warni mewujudkan kesan kesatuan dan keindahan dalam seni kolam. Dalam bidang seni bina, keindahan bangunan dapat dilihat pada reka bentuk kuil-kuil Hindu yang diwarnakan dengan pelbagai warna (Suhas, 1998). Seni bina India banyak mengandungi unsur kepercayan agama Hindu. Kebanyakan binaan kesenian India mempunyai ukiran patung-patung dewa-dewi agama Hindu pada bahagian bumbung kuil mahu pun di hadapan kuil. Nilai-nilai keagamaan jelas dilihat dalam kesenian India melalui binaan kuil. Hal ini disebabkan kepercayaan kuat masyarakat India dalam agama Hindu. Tegasnya, nilai-nilai kesenian dalam peradaban masyarakat India turut memberikan kepelbagaian kepada bidang seni di dunia khususnya dalam seni kolam dan binaan. CONTOH KARYA Gambar 16: Contoh seni kolam yang dihasilkan.
  • 13. 13 3.0 PERANAN KESENIAN PELBAGAI BUDAYA Umum mengetahui bahawa pengekalan kesenian warisan kaum merupakan kesinambungan tamadun. Kesenian berperanan sebagai identiti kepada sesebuah kaum (Amirul, 2016). Contohnya seperi keunikan pakaian pelbagai kaum yang mempunyai pelbagai bentuk dan cara pemakaian yang berwarna-warni. Pemuda-pemudi wajib mengetahui asal usul dengan tidak melupakan tinggalan nenek moyang. Identiti yang wujud penting dalam membentuk jati diri bangsa malaysia dengan mengamalkan warisan kaum ini dalam kehidupan seharian (Fazurawati, 2017). Lantaran itu, jelaslah bahawa kesenian warisan kaum perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun pelbagai kaum. Selain itu, kesenian warisan kaum juga mampumemupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat (Fikri, 2018). Setiap kaum mempunyai warisan dan kepercayaan yang amat berbeza. Hal ini akan mendatangkan pertelingkahan dan perselisihan faham yang tidak diingini. Oleh itu, masyarakat perlulah bersifat prihatin, bertolak ansur dan menghormati antara satu sama lain agar dapat menjamin keharmonian dan kesejahteraan sejagat (Umavathi, 2019). Jiran tetangga yang mengunjungi dapat mengetahui cara hidup, budaya, tradisi dan adat resam semasa perayaan sedang dijalankan dan sejarah disebaliknya. Permainan tradisional seperti wau, congkak dan gasing juga mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat kerana bersaing dengan sihat. Persembahan tarian tradisional seperti zapin, tarian singa dan tarian bharatanatyam boleh dilakukan untuk hiburan sekali gus dapat memperkenalkan tarian kaum masing-masing (Zain et al., 2013). Maka, perpaduan yang erat dapat diwujudkan apabila setiap masyarakat memahami budaya kaum yang berbeza.
  • 14. 14 4.0 KESIMPULAN Dedukisnya, kepelbagaian budaya khusunya di Malaysia membawa kepada perbezaan bidang kesenian dalam masyarakat yang pelbagai (Zain et al., 2013). Setiap unsur kesenian mempunyai keunikan tersendiri yang menarik. Setiap bidang seni yang ditinggalkan adalah khazanah kepada sesebuah masyarakat agar budaya yang telah lama diamalkan tidak lenyap begitu sahaja. Seluruh stratifikasi masyarakat terutamanya golongan muda seyogianya bersatu padu mengekalkan kebudayaan yang diwarisi agar dapat dilihat oleh generasi yang akan datang (Fazurawati, 2017). Perbezaan seni dan kebudayaan bukanlah halangan yang besar sebaliknya menjadi sumber kekayaan kepada nilai seni dan budaya masyarakat kita di mata dunia. Sifat multikultural yang dimiliki oleh masyarakat di negara ini menjadi aset penting dalam memperkayakan khazanah seni dan budaya malah turut menjadi daya tarikan pelancong luar (Chandra, 2017). Justeru, kesenian dan kebudayaan adalah medium yang penting dalam membentuk perpaduan dan keharmonian dalam negara.