SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
1
Dasar luar sesebuah negara dibentuk untuk mempertahankan dua elemen penting
sesebuah negara; menguruskan penjagaan kemerdekaan dan keselamatan dan memenuhi
serta melindungi kepentingan ekonomi (Deutsch, 1988).1
Menurut Evans & Newnham (1998),
dasar luar merujuk kepada aktiviti apabila aktor negara bertindak, bertindak balas dan
berinteraksi ke atas persekitarannya.2
Namun, Rodee (1985) pula mentakrifkan dasar luar
sebagai pola perlakuan sesebuah negara ketika memenuhi kepentingan dalam hubungan
dengan negara lain.3
Sesuatu dasar luar yang ingin dibentuk hendaklah mengutamakan
kepentingan dan keselamatan penduduk dan negara. Hubungan luar boleh dilakukan secara
bilateral atau pun multilateral. Kaedah bilateral menjalinkan terus hubungan dengan negara
luar seperti Malaysia dan Singapura manakala kaedah multilateral menjalinkan hubungan
dengan negara lain dalam bentuk pertubuhan seperti Association of Southeast Asian Nations
(ASEAN), Organisation of Islamic Cooperation (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-bangsaBersatu
(PBB).4
Sesungguhnya, terdapat pelbagai dasar luar yang telah dibentuk oleh Malaysia dalam
menegakkan pendirian dalam isu-isu antarabangsa bagi menjamin kelangsungan negara.
Pada zaman Tunku Abdul Rahman (1957-1970), dasar luar Malaysia berada di tahap
pengasasan dan pengembangan. Dasar luar Malaysia lebih bercorak pro-Barat dan
antikomunis disebabkan baru mendapat kemerdekaan dan ancaman komunis yang kuat.5
Malaysia telah memeterai Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan
Defence Treaty (AMDA) dengan kerajaan British pada tahun 1957 di mana British akan
memberikan bantuan ketenteraan sekiranya Tanah Melayu diserang oleh kuasa-kuasa asing.
Dasar antikomunis dapat ditunjukkan melalui tindakan Malaysia yang memberi sokongan
penuh kepada Amerika Syarikat dalam menentang pengaruh komunis yang diketuai oleh
Soviet Union dalam Perang Vietnam (1955-1975). Hal ini jelas dilihat semasa lawatan Tunku
yang mewakili Malaysia ke Vietnam Selatan pada tahun 1958 untuk memberi jaminan
persahabatan kepada Presiden Ngo Dinh Diem.6
Malaysia juga tidak mengiktiraf pentadbiran
kerajaan komunis Republik Rakyat China kerana tindakan komunis yang zalim terutamanya
semasa menceroboh Tibet pada tahun 1959. Walaupun Malaysia dilihat terlalu pro-Barat dan
antikomunis, namun Malaysia tetap mengamalkan dasar berkecuali dengan menyertai
Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) bagi mengelakkan negara terlibat dengan
mana-mana blok dunia. Kesannya, Malaysia masih mengamalkan dasar ini dengan
1
Deutsch, K. W., The Analysis of International Relations, New Jersey: Prentice-Hall, 1988, hlm. 1-2.
2
Evans, G. & Newnham,J., Penguin Dictionary of International Relations.London:Penguin Books,1998, hlm. 8.
3
Rodee, C. C., Introduction to Political Science, Singapura: Macmillan, 1988, hlm. 20.
4 Murhaini Termizi, Dasar Luar Malaysia, 2012, https://www.slideshare.net/ainkhasif/dasar-luar-malaysia-
12169813
5 Abdullah Ahmad, Tengku Abdul Rahman dan Dasar Luar Malaysia 1957-1970,Kuala Lumpur:Berita Publishers,
1985, hlm. 10-25.
6 Faridah Jaafar, Perdana Menteri dan Dasar Luar Malaysia, 1957 – 2005, Universiti Malaya: Penerbit Universiti
Malaya, 2007, hlm. 28.
2
menjalinkan hubungan diplomatik dengan pelbagai negara. Pendek kata, zaman pasca
kemerdekaan dapat dikatakan sebagai pengasas utama kepada perkembangan dasar luar
Malaysia.
Pada era pemerintahan Tun Abdul Razak yang merupakan Perdana Menteri Kedua
dari tahun 1970 sehingga 1976, Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan
hampir semua negara tanpa mengira ideologi.7
Malaysia memperkenalkan dasar ZOPFAN
(Zone of Peace, Freedom and Neutrality) yang merupakan pengwujudan suatu kawasan yang
aman, bebas dan berkecuali. Dasar ini telah diisytiharkan pada 27 November 1971 melalui
Deklarasi Kuala Lumpur di Kuala Lumpur, Malaysia dan digunakan sebagai pendirian ASEAN
(Association of Southeast Asian Nations). ZOPFAN bertujuan bagi memastikan Asia
Tenggara tidak terlibat dalam sengketa antara kuasa besar dalam Perang Dingin yang terdiri
daripada Amerika Syarikat dan Soviet Union. Melalui ZOPFAN, keamanan politik di Asia
Tenggara dapat dijamin dengan adanya persepakatan dalam menyelesaikan masalah secara
aman tanpa kekerasan.8
Kesan Perang Dingin yang berlarutan terutamanya selepas
pengunduran tentera-tentera British dari Asia Tenggara dan Amerika Syarikat dari Vietnam
menyebabkan Malaysia mengubah beberapa dasar yang telah digubal oleh Tunku. Malaysia
telah menggantikan AMDA dengan Five Power Defence Arrangement (FPDA) pada tahun
1971 memandangkan pengaruh Britain semakin berkurangan di Timur di samping pergolakan
yang berlaku di Vietnam.9
FPDA dianggotai oleh lima buah negara, iaitu Malaysia, Singapura,
Britain, Australia dan New Zealand bertujuan melindungi keselamatan Malaysia dan
Singapura daripada serangan luar. Sehingga kini, Malaysia masih bergiat aktif dalam
ZOPFAN dan FPDA malah pertubuhan-pertubuhan ini mengukuhkan keselamatan negara
melalui kerjasama yang diwujudkan. Tuntasnya, dasar luar negara yang dibentuk pada zaman
Tun Abdul Razak berjaya mewujudkan keselarasan dalam aspek politik, ekonomi dan
pertahanan bagi memenuhi tuntutan strategik negara.
Seterusnya, semasa pentadbiran Perdana Menteri ketiga iaitu Tun Hussein Onn
(1976-1981), tiada sebarang perubahan drastik yang berlaku dalam dasar luar Malaysia.
Beliau lebih banyak mengekalkan dan meneruskan dasar yang telah diasaskan oleh
pemimpin sebelumnya.10
Orientasi negara dilihat ke arah pendekatan dengan negara-negara
Dunia Ketiga atau pun Negara Selatan-selatan. Malaysia bersama Pertubuhan Negara
7 Yayasan Tun Razak, Tun Abdul Razak: Potret dalam Kenangan, Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd., 2006, hlm. 151.
8
Chandra Muzaffar, Asean: Trade Wars and Zopfan, The Star Online, November 25, 2018,
https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/11/25/asean-trade-wars-and-zopfan-to-assert-its-rights-the-
regional-association-should-enhance-its-interna
9
Faridah Jaafar, Perdana Menteri dan Dasar Luar Malaysia, 1957 – 2005, Universiti Malaya: Penerbit Universiti
Malaya, 2007, hlm. 40.
10 Ibid., hlm. 51.
3
Selatan-selatan menyokong Order Baru Ekonomi Dunia atau pun New International Economic
Order (NIEO) yang telah diwujudkan sejak tahun 1974 dalam Persidangan Khas Ke-6 PBB.11
NIEO diwujudkan bagi membetulkan ketidakseimbangan struktur ekonomi antarabangsa
melalui penghapusan jurang perbezaan ekonomi antara pihak selatan (negara-negara miskin
dan membangun) dengan pihak utara (negara-negara maju). Namun, NIEO gagal
dilaksanakan disebabkan tidak menguntungkan negara-negara Dunia Ketiga. Walau
bagaimanapun, Malaysia tetap bekerjasama dengan Negara Selatan-selatan dengan
mengadakan Kerjasama Selatan-selatan bagi membaiki keadaan ekonomi negara-negara
membangun agar tidak ketinggalan. Di samping itu, Malaysia juga menyokong program
integrasi Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(UNCTAD) yang keempat iaitu Program Integrasi bagi Komoditi atau pun Integrated
Programme for Commodities (IPC) pada tahun 1976.12
Melalui UNCTAD, Malaysia menyeru
agar setiap negara memelihara harga komoditi untuk memberi keuntungan kepada pengguna
dan pengeluar dengan mengambil kira keadaan inflasi dunia. Hal ini telah meningkatkan
jumlah produk negara di pasaran dunia sekali gus meningkatkan hasil pegeluaran negara.
Penyertaan Malaysia di dalam Pertubuhan Negara Selatan-selatan dan UNCTAD sehingga
kini memberikan kemaslahatan bagi mengembangkan ekonomi negara di peringkat global.
Konklusinya, dapat disimpulkan bahawa dasar luar Malaysia dari tahun 1976 sehingga 1981
telah menunjukkan era pengukuhan.
Sementelahan itu, pengganti Tun Hussein Onn, iaitu Tun Dr. Mahathir (1981-2003),
menunjukkan dasar-dasar luar Malaysia berkembang dan persoalan-persoalan mengenai
kebangkitan Islam, PBB, Komanwel dan krisis ekonomi menjadi tumpuan dasar luar Malaysia.
Malaysia telah mengeratkan lagi hubungan dengan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa
yang lain seperti ASEAN, PBB, OIC dan Komanwel. Pada tahun 1985, Malaysia telah
membentangkan tentang isu penjajahan, perdagangan antarabangsa dan juga dasar
apartheid yang diamalkan oleh kerajaan Afrika Selatan dalam Mesyuarat Ketua-ketua
Kerajaan Komanwel atau pun Commonwealth Heads of GovernmentMeeting (CHOGM) yang
ke lapan di Bahamas.13
Persidangan tersebut menjadi medan kepada Malaysia untuk
menentang segala bentuk pencerobohan hak asasi manusia tanpa rasa takut. Pada tahun
1989, Malaysia pula telah menganjurkan CHOGM yang ke-11 di Langkawi. Dalam
persidangan tersebut, Malaysia dengan lantang menyuarakan penentangan terhadap dasar
apartheid di Afrika Selatan yang menyalahgunakan hak asasi manusia. Malaysia juga
11 United Nations, NewInternational Economic Order, 2019,https://www.un.org/development/desa/dpad/tag/new-
international-economic-order/
12
United Nations, United Nations Conference on Trade and Development, 2019,
https://unctad.org/en/Pages/Home.aspx
13
The Commonwealth, Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM), 2019,
http://thecommonwealth.org/chogm
4
mendesak agar isu-isu global seperti masalah dadah, kemerdekaan Namibia, konflik di Asia
Barat, kemiskinan dan kebuluran di Afrika, ekonomi antarabangsa dan isu alam sekitar dapat
diselesaikan dengan segera. Kesannya, persidangan tersebut berjaya mengisytiharkan
Deklarasi Langkawi 1989 yang meliputi pelbagai topik yang berkaitan dengan pemeliharaan
alam sekitar di peringkat global.14
Hal ini membuktikan bahawa penyertaan Malaysia di dalam
pertubuhan Komanwel membantu Malaysia untuk menyuarakan pendapat terhadap isu-isu
yang timbul di dunia sehingga kini. Natijahnya, dasar-dasar luar Malaysia yang telah
diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir menggambarkan pendekatan proaktif Malaysia dalam
menangani isu-isu semasa khususnya yang berkaitan dengan kepentingan Negara Dunia
Ketiga.
Selanjutnya, dasar luar Malaysia semasa Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi
(Perdana Menteri kelima) mentadbir dari tahun 2003 sehingga 2009 disifatkan telah melalui
proses evolusi yang dinamik dengan meneruskan kesinambungan dasar luar Malaysia era
Perdana Menteri sebelumnya. Malaysia masih meneruskan konsep ZOPFAN dan Perjanjian
Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara atau pun Southeast Asia Nuclear Weapon-Free
Zone (SEANWFZ) bagi meningkatkan keamanan negara di Asia Tenggara. Hal ini menjadikan
ASEAN sebagai pertubuhan dominan dalam menjamin pertahanan serantau. Perkara ini
secara langsung berjaya mengurangkan risiko keselamatan di peringkat serantau melalui
hubungan multilateral dan dialog terbuka seperti Forum Serantau ASEAN atau pun ASEAN
Regional Forum (ARF). Hasil daripada ARF yang ke-13 di Kuala Lumpur pada tahun 2006,
ASEAN menyokong dan meminta kerjasama yang berterusan antara negara anggota dalam
menangani isu-isu keganasan melalui peranan pusat-pusat pencegahan keganasan seperti
Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan atau pun Southeast Asia Regional
Centre for Counter-Terrorism (SEARCCT) di Kuala Lumpur.15
Di sini, ARF mampu menjadi
medium bagi menyelesaikan segala isu mengenai keselamatan antara negara anggota
ASEAN secaradiplomatik seperti isu tuntutan Pulau Batu Putih yang menjadi pertikaian antara
Malaysia dan Singapura serta pendirian Malaysia mengenai tanggungjawab mengawal
perairan Selat Melaka bersama Indonesia. Maka, dasar luar Malaysia yang telah dibentuk
memainkan perana penting dalam memupuk kerjasama serantau dalam memelihara
keselamatan negara.
14 Nasran Mohamad & Faisal Ashaari, Dasar Luar Malaysia Era Mahathir Mohamad: dalam Menangani Isu-isu
Islam di Peringkat Antarabangsa, Selangor: One Touch Creative, 2003, hlm. 98-100.
15
ASEAN Regional Forum,Chairman’s Statementofthe Thirteenth ASEAN Regional Forum Kuala Lumpur, 2006,
https://asean.org/chairman-s-statement-of-the-thirteenth-asean-regional-forum-kuala-lumpur/
5
Semasa pentadbiran Perdana Menteri keenam iaitu Dato’ Seri Mohd. Najib Razak
(2009-2018), dasar luar negara dilihat semakin pragmatik terutamanya dalam pertubuhan
OIC. Malaysia berani menyuarakan pendapat bersama-sama dengan negara-negara Islam
yang lain dalam menentang keputusan pengisytiharan kota Baitulmaqdis sebagai ibu kota
Israel pada penghujung tahun 2017 oleh Amerika Syarikat.16
Hal ini kerana Amerika Syarikat
tidak menghormati dasar embargo Malaysia dan negara-negara Islam terhadap Israel yang
melakukan penindasan ke atas Palestin. Persidangan tergempar yang melibatkan majoriti
negara anggota OIC telah diadakan di Istanbul bagi menyeru Majlis Keselamatan PBB
supaya melaksanakan tanggungjawabnya pada kadar segera dengan menggerakkan resolusi
berkaitan kepentingan Baitulmaqdis.17
Pendirian Malaysia yang tegas mengenai isu ini dapat
dilihat dengan lebih jelas apabila membantah langkah beberapa buah negara lain seperti
Guatemala, Paraguay dan Honduras yang turut mengikuti tindakan Amerika Syarikat.
Tindakan Malaysia juga diikuti oleh negara-negara OIC sendiri seperti Arab Saudi, Indonesia
dan Jordan. Walau pun bantahan yang dilakukan tidak memberikan kesan kepada Amerika
Syarikat, Malaysia tetap dengan pendirian dalam mengutuk perbuatan tersebut selagi ia
memberikan manfaat kepada Israel. Oleh itu, kerjasama melalui pertubuhan-pertubuhan
antarabangsa membantu Malaysia untuk tidak bersendirian dalam melakukan tindakan.
Deduksinya, Malaysia dilihat amat berpendirian teguh terhadap isu-isu antarabangsa
demi menjamin keamanan sejagat. Dasar-dasar luar negara yang telah dibuat oleh setiap
Perdana Menteri adalah untuk memastikan rakyat dan negara dapat menikmati keselesaan
yang ada daripada digugat oleh kuasa-kuasa asing. Seluruh stratifikasi masyarakat
sewajarnya menghargai segala perjuangan dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh
kerajaan. Sekiranya Malaysia berpeluk tubuh dan tidak mempunyai sebarang pendirian
mengenai apa-apa isuyang berlaku, hal ini akan menyebabkan negara tersisih daripada dunia
global di samping mampudiserang dan dijajah oleh kuasa luar. Justeru, sebagai warganegara
yang patriotik, tanggungjawab dalam mempertahankan negara adalah penting untuk
menunjukkan kekuatan negara dan tidak dipandang rendah di persada dunia.
16
Amin Ishak, Himpunan Solidariti Mahu Baitulmaqdis Dibebaskkan, Berita Harian Online, Disember 22, 2017,
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/12/366490/himpunan-solidariti-mahu-baitulmaqdis-dibebaskan
17
n.n., Baitulmaqdis Ibu Kota Israel: Malaysia Tolak Selama-lamanya, Harian Metro Online, Disember 7, 2017,
https://www.hmetro.com.my/utama/2017/12/291574/baitulmaqdis-ibu-kota-israel-malaysia-tolak-selama-lamanya

More Related Content

What's hot

Bab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaBab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaAmir Firdaus
 
Pengajian am sem 3 笔记
Pengajian am sem 3 笔记 Pengajian am sem 3 笔记
Pengajian am sem 3 笔记 路人 路过
 
Buletin Khas Sejarah K3 2016
Buletin Khas Sejarah K3 2016Buletin Khas Sejarah K3 2016
Buletin Khas Sejarah K3 2016isharsmiaa
 
Dasar luar malaysia paly
Dasar luar malaysia   palyDasar luar malaysia   paly
Dasar luar malaysia palyIPDA
 
Dasar luar-negara
Dasar luar-negaraDasar luar-negara
Dasar luar-negaramursyidee
 
Pengajian Am dasar luar malaysia
Pengajian Am dasar luar malaysiaPengajian Am dasar luar malaysia
Pengajian Am dasar luar malaysiaShenara Nazrah
 
Kertas 3. SPM2016. Cg Sarah
Kertas 3. SPM2016. Cg SarahKertas 3. SPM2016. Cg Sarah
Kertas 3. SPM2016. Cg Sarahisharsmiaa
 
Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak
Sejarah K3 SPM 2016 JPN PerakSejarah K3 SPM 2016 JPN Perak
Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perakisharsmiaa
 
PENGAJIAN AM: PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSA
PENGAJIAN AM: PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSAPENGAJIAN AM: PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSA
PENGAJIAN AM: PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSAsmka wataniah machang, kelantan
 
Malaysia dalam hubungan antarabangsa
Malaysia dalam hubungan antarabangsaMalaysia dalam hubungan antarabangsa
Malaysia dalam hubungan antarabangsafiro HAR
 
Final presentation pm
Final presentation pmFinal presentation pm
Final presentation pmSasi Kumaran
 
Dasar2 luar malaysia
Dasar2 luar malaysiaDasar2 luar malaysia
Dasar2 luar malaysiafiro HAR
 
Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016
Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016
Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016isharsmiaa
 
Malaysia Dalam Pertubuhan Antarabangsa
Malaysia Dalam Pertubuhan AntarabangsaMalaysia Dalam Pertubuhan Antarabangsa
Malaysia Dalam Pertubuhan AntarabangsaKartini Ali
 
4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)
4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)
4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)sejarahkkb
 
7.0 sumbangan malaysia dalam pertubuhan antarabangsa
7.0 sumbangan malaysia dalam pertubuhan antarabangsa7.0 sumbangan malaysia dalam pertubuhan antarabangsa
7.0 sumbangan malaysia dalam pertubuhan antarabangsasejarahkkb
 
JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016
JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016
JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016isharsmiaa
 
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)Thanushah Soniyasee
 
PENGAJIAN MALAYSIA : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA
PENGAJIAN MALAYSIA : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARAPENGAJIAN MALAYSIA : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA
PENGAJIAN MALAYSIA : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARAsiti anisya
 
Pengajian Malaysia: Modul e subtopik 13 dasar luar 010713 065458
Pengajian Malaysia: Modul e subtopik 13 dasar luar 010713 065458Pengajian Malaysia: Modul e subtopik 13 dasar luar 010713 065458
Pengajian Malaysia: Modul e subtopik 13 dasar luar 010713 065458Brenda Rachel Marie
 

What's hot (20)

Bab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaBab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysia
 
Pengajian am sem 3 笔记
Pengajian am sem 3 笔记 Pengajian am sem 3 笔记
Pengajian am sem 3 笔记
 
Buletin Khas Sejarah K3 2016
Buletin Khas Sejarah K3 2016Buletin Khas Sejarah K3 2016
Buletin Khas Sejarah K3 2016
 
Dasar luar malaysia paly
Dasar luar malaysia   palyDasar luar malaysia   paly
Dasar luar malaysia paly
 
Dasar luar-negara
Dasar luar-negaraDasar luar-negara
Dasar luar-negara
 
Pengajian Am dasar luar malaysia
Pengajian Am dasar luar malaysiaPengajian Am dasar luar malaysia
Pengajian Am dasar luar malaysia
 
Kertas 3. SPM2016. Cg Sarah
Kertas 3. SPM2016. Cg SarahKertas 3. SPM2016. Cg Sarah
Kertas 3. SPM2016. Cg Sarah
 
Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak
Sejarah K3 SPM 2016 JPN PerakSejarah K3 SPM 2016 JPN Perak
Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak
 
PENGAJIAN AM: PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSA
PENGAJIAN AM: PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSAPENGAJIAN AM: PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSA
PENGAJIAN AM: PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSA
 
Malaysia dalam hubungan antarabangsa
Malaysia dalam hubungan antarabangsaMalaysia dalam hubungan antarabangsa
Malaysia dalam hubungan antarabangsa
 
Final presentation pm
Final presentation pmFinal presentation pm
Final presentation pm
 
Dasar2 luar malaysia
Dasar2 luar malaysiaDasar2 luar malaysia
Dasar2 luar malaysia
 
Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016
Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016
Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016
 
Malaysia Dalam Pertubuhan Antarabangsa
Malaysia Dalam Pertubuhan AntarabangsaMalaysia Dalam Pertubuhan Antarabangsa
Malaysia Dalam Pertubuhan Antarabangsa
 
4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)
4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)
4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)
 
7.0 sumbangan malaysia dalam pertubuhan antarabangsa
7.0 sumbangan malaysia dalam pertubuhan antarabangsa7.0 sumbangan malaysia dalam pertubuhan antarabangsa
7.0 sumbangan malaysia dalam pertubuhan antarabangsa
 
JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016
JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016
JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016
 
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
 
PENGAJIAN MALAYSIA : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA
PENGAJIAN MALAYSIA : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARAPENGAJIAN MALAYSIA : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA
PENGAJIAN MALAYSIA : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA
 
Pengajian Malaysia: Modul e subtopik 13 dasar luar 010713 065458
Pengajian Malaysia: Modul e subtopik 13 dasar luar 010713 065458Pengajian Malaysia: Modul e subtopik 13 dasar luar 010713 065458
Pengajian Malaysia: Modul e subtopik 13 dasar luar 010713 065458
 

Similar to DASAR LUAR MALAYSIA

Dasar luar malaysia 1
Dasar luar malaysia 1Dasar luar malaysia 1
Dasar luar malaysia 1yahyaman1
 
Skema Set 1 K3 Pra SPM
Skema Set 1 K3 Pra  SPMSkema Set 1 K3 Pra  SPM
Skema Set 1 K3 Pra SPMisharsmiaa
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysiadka1d
 
Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7
Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7
Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7DORAEMONLINA
 
PENGAJIAN AM - HUBUNGAN DIPLOMATIK
PENGAJIAN AM - HUBUNGAN DIPLOMATIKPENGAJIAN AM - HUBUNGAN DIPLOMATIK
PENGAJIAN AM - HUBUNGAN DIPLOMATIKAzreeShariff
 
Kertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapKertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapantrogirls
 
Kertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapKertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapantrogirls
 
Kertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapKertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkaparidahrashid
 
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1 Cemerlang-[1]
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1  Cemerlang-[1]Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1  Cemerlang-[1]
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1 Cemerlang-[1]isharsmiaa
 
MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA
MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSAMALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA
MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSABhacyrus Rameles
 
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123  Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123 isharsmiaa
 
Ff57a5d3b8b1fd05c7a55fae1f063f8e
Ff57a5d3b8b1fd05c7a55fae1f063f8eFf57a5d3b8b1fd05c7a55fae1f063f8e
Ff57a5d3b8b1fd05c7a55fae1f063f8eHuang Qi Shen
 
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123isharsmiaa
 

Similar to DASAR LUAR MALAYSIA (19)

Dasar luar malaysia 1
Dasar luar malaysia 1Dasar luar malaysia 1
Dasar luar malaysia 1
 
Skema Set 1 K3 Pra SPM
Skema Set 1 K3 Pra  SPMSkema Set 1 K3 Pra  SPM
Skema Set 1 K3 Pra SPM
 
Muaz
MuazMuaz
Muaz
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysia
 
Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7
Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7
Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7
 
PENGAJIAN AM - HUBUNGAN DIPLOMATIK
PENGAJIAN AM - HUBUNGAN DIPLOMATIKPENGAJIAN AM - HUBUNGAN DIPLOMATIK
PENGAJIAN AM - HUBUNGAN DIPLOMATIK
 
Kertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapKertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkap
 
Kertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapKertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkap
 
Kertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapKertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkap
 
Pengetahuan Am
Pengetahuan Am Pengetahuan Am
Pengetahuan Am
 
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1 Cemerlang-[1]
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1  Cemerlang-[1]Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1  Cemerlang-[1]
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1 Cemerlang-[1]
 
KERTAS 3 SPM SEJARAH 2016
KERTAS 3 SPM SEJARAH 2016KERTAS 3 SPM SEJARAH 2016
KERTAS 3 SPM SEJARAH 2016
 
MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA
MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSAMALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA
MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA
 
Kertas 3 2013(rmc)
Kertas 3 2013(rmc)Kertas 3 2013(rmc)
Kertas 3 2013(rmc)
 
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123  Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
 
Kuliah 6 106
Kuliah 6 106Kuliah 6 106
Kuliah 6 106
 
Ff57a5d3b8b1fd05c7a55fae1f063f8e
Ff57a5d3b8b1fd05c7a55fae1f063f8eFf57a5d3b8b1fd05c7a55fae1f063f8e
Ff57a5d3b8b1fd05c7a55fae1f063f8e
 
3 2-bab-9-tkt-5
3 2-bab-9-tkt-53 2-bab-9-tkt-5
3 2-bab-9-tkt-5
 
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
 

More from Muhammad Fateh

KESENIAN PELBAGAI BUDAYA MASYARAKAT DI MALAYSIA
KESENIAN PELBAGAI BUDAYA MASYARAKAT DI MALAYSIA KESENIAN PELBAGAI BUDAYA MASYARAKAT DI MALAYSIA
KESENIAN PELBAGAI BUDAYA MASYARAKAT DI MALAYSIA Muhammad Fateh
 
MAPHILINDO ( MALAYSIA - FILIPINA - INDONESIA )
MAPHILINDO ( MALAYSIA - FILIPINA - INDONESIA )MAPHILINDO ( MALAYSIA - FILIPINA - INDONESIA )
MAPHILINDO ( MALAYSIA - FILIPINA - INDONESIA )Muhammad Fateh
 
PENGARUH INTERAKSI TERHADAP PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA MURID
PENGARUH INTERAKSI TERHADAP PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA MURIDPENGARUH INTERAKSI TERHADAP PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA MURID
PENGARUH INTERAKSI TERHADAP PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA MURIDMuhammad Fateh
 
THE IMPACT OF DIGITAL TECHNOLOGY ON MODERN LIFE
THE IMPACT OF DIGITAL TECHNOLOGY ON MODERN LIFETHE IMPACT OF DIGITAL TECHNOLOGY ON MODERN LIFE
THE IMPACT OF DIGITAL TECHNOLOGY ON MODERN LIFEMuhammad Fateh
 
PERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANING
PERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANINGPERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANING
PERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANINGMuhammad Fateh
 
Perbezaan Model Objektif & Model Proses
Perbezaan Model Objektif & Model ProsesPerbezaan Model Objektif & Model Proses
Perbezaan Model Objektif & Model ProsesMuhammad Fateh
 
EDUP3013 - PENULISAN AKADEMIK
EDUP3013 - PENULISAN AKADEMIKEDUP3013 - PENULISAN AKADEMIK
EDUP3013 - PENULISAN AKADEMIKMuhammad Fateh
 

More from Muhammad Fateh (7)

KESENIAN PELBAGAI BUDAYA MASYARAKAT DI MALAYSIA
KESENIAN PELBAGAI BUDAYA MASYARAKAT DI MALAYSIA KESENIAN PELBAGAI BUDAYA MASYARAKAT DI MALAYSIA
KESENIAN PELBAGAI BUDAYA MASYARAKAT DI MALAYSIA
 
MAPHILINDO ( MALAYSIA - FILIPINA - INDONESIA )
MAPHILINDO ( MALAYSIA - FILIPINA - INDONESIA )MAPHILINDO ( MALAYSIA - FILIPINA - INDONESIA )
MAPHILINDO ( MALAYSIA - FILIPINA - INDONESIA )
 
PENGARUH INTERAKSI TERHADAP PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA MURID
PENGARUH INTERAKSI TERHADAP PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA MURIDPENGARUH INTERAKSI TERHADAP PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA MURID
PENGARUH INTERAKSI TERHADAP PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA MURID
 
THE IMPACT OF DIGITAL TECHNOLOGY ON MODERN LIFE
THE IMPACT OF DIGITAL TECHNOLOGY ON MODERN LIFETHE IMPACT OF DIGITAL TECHNOLOGY ON MODERN LIFE
THE IMPACT OF DIGITAL TECHNOLOGY ON MODERN LIFE
 
PERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANING
PERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANINGPERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANING
PERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANING
 
Perbezaan Model Objektif & Model Proses
Perbezaan Model Objektif & Model ProsesPerbezaan Model Objektif & Model Proses
Perbezaan Model Objektif & Model Proses
 
EDUP3013 - PENULISAN AKADEMIK
EDUP3013 - PENULISAN AKADEMIKEDUP3013 - PENULISAN AKADEMIK
EDUP3013 - PENULISAN AKADEMIK
 

Recently uploaded

Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdfNURULAFIFIBINTIROSLA
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 

Recently uploaded (12)

Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 

DASAR LUAR MALAYSIA

  • 1. 1 Dasar luar sesebuah negara dibentuk untuk mempertahankan dua elemen penting sesebuah negara; menguruskan penjagaan kemerdekaan dan keselamatan dan memenuhi serta melindungi kepentingan ekonomi (Deutsch, 1988).1 Menurut Evans & Newnham (1998), dasar luar merujuk kepada aktiviti apabila aktor negara bertindak, bertindak balas dan berinteraksi ke atas persekitarannya.2 Namun, Rodee (1985) pula mentakrifkan dasar luar sebagai pola perlakuan sesebuah negara ketika memenuhi kepentingan dalam hubungan dengan negara lain.3 Sesuatu dasar luar yang ingin dibentuk hendaklah mengutamakan kepentingan dan keselamatan penduduk dan negara. Hubungan luar boleh dilakukan secara bilateral atau pun multilateral. Kaedah bilateral menjalinkan terus hubungan dengan negara luar seperti Malaysia dan Singapura manakala kaedah multilateral menjalinkan hubungan dengan negara lain dalam bentuk pertubuhan seperti Association of Southeast Asian Nations (ASEAN), Organisation of Islamic Cooperation (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-bangsaBersatu (PBB).4 Sesungguhnya, terdapat pelbagai dasar luar yang telah dibentuk oleh Malaysia dalam menegakkan pendirian dalam isu-isu antarabangsa bagi menjamin kelangsungan negara. Pada zaman Tunku Abdul Rahman (1957-1970), dasar luar Malaysia berada di tahap pengasasan dan pengembangan. Dasar luar Malaysia lebih bercorak pro-Barat dan antikomunis disebabkan baru mendapat kemerdekaan dan ancaman komunis yang kuat.5 Malaysia telah memeterai Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty (AMDA) dengan kerajaan British pada tahun 1957 di mana British akan memberikan bantuan ketenteraan sekiranya Tanah Melayu diserang oleh kuasa-kuasa asing. Dasar antikomunis dapat ditunjukkan melalui tindakan Malaysia yang memberi sokongan penuh kepada Amerika Syarikat dalam menentang pengaruh komunis yang diketuai oleh Soviet Union dalam Perang Vietnam (1955-1975). Hal ini jelas dilihat semasa lawatan Tunku yang mewakili Malaysia ke Vietnam Selatan pada tahun 1958 untuk memberi jaminan persahabatan kepada Presiden Ngo Dinh Diem.6 Malaysia juga tidak mengiktiraf pentadbiran kerajaan komunis Republik Rakyat China kerana tindakan komunis yang zalim terutamanya semasa menceroboh Tibet pada tahun 1959. Walaupun Malaysia dilihat terlalu pro-Barat dan antikomunis, namun Malaysia tetap mengamalkan dasar berkecuali dengan menyertai Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) bagi mengelakkan negara terlibat dengan mana-mana blok dunia. Kesannya, Malaysia masih mengamalkan dasar ini dengan 1 Deutsch, K. W., The Analysis of International Relations, New Jersey: Prentice-Hall, 1988, hlm. 1-2. 2 Evans, G. & Newnham,J., Penguin Dictionary of International Relations.London:Penguin Books,1998, hlm. 8. 3 Rodee, C. C., Introduction to Political Science, Singapura: Macmillan, 1988, hlm. 20. 4 Murhaini Termizi, Dasar Luar Malaysia, 2012, https://www.slideshare.net/ainkhasif/dasar-luar-malaysia- 12169813 5 Abdullah Ahmad, Tengku Abdul Rahman dan Dasar Luar Malaysia 1957-1970,Kuala Lumpur:Berita Publishers, 1985, hlm. 10-25. 6 Faridah Jaafar, Perdana Menteri dan Dasar Luar Malaysia, 1957 – 2005, Universiti Malaya: Penerbit Universiti Malaya, 2007, hlm. 28.
  • 2. 2 menjalinkan hubungan diplomatik dengan pelbagai negara. Pendek kata, zaman pasca kemerdekaan dapat dikatakan sebagai pengasas utama kepada perkembangan dasar luar Malaysia. Pada era pemerintahan Tun Abdul Razak yang merupakan Perdana Menteri Kedua dari tahun 1970 sehingga 1976, Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan hampir semua negara tanpa mengira ideologi.7 Malaysia memperkenalkan dasar ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom and Neutrality) yang merupakan pengwujudan suatu kawasan yang aman, bebas dan berkecuali. Dasar ini telah diisytiharkan pada 27 November 1971 melalui Deklarasi Kuala Lumpur di Kuala Lumpur, Malaysia dan digunakan sebagai pendirian ASEAN (Association of Southeast Asian Nations). ZOPFAN bertujuan bagi memastikan Asia Tenggara tidak terlibat dalam sengketa antara kuasa besar dalam Perang Dingin yang terdiri daripada Amerika Syarikat dan Soviet Union. Melalui ZOPFAN, keamanan politik di Asia Tenggara dapat dijamin dengan adanya persepakatan dalam menyelesaikan masalah secara aman tanpa kekerasan.8 Kesan Perang Dingin yang berlarutan terutamanya selepas pengunduran tentera-tentera British dari Asia Tenggara dan Amerika Syarikat dari Vietnam menyebabkan Malaysia mengubah beberapa dasar yang telah digubal oleh Tunku. Malaysia telah menggantikan AMDA dengan Five Power Defence Arrangement (FPDA) pada tahun 1971 memandangkan pengaruh Britain semakin berkurangan di Timur di samping pergolakan yang berlaku di Vietnam.9 FPDA dianggotai oleh lima buah negara, iaitu Malaysia, Singapura, Britain, Australia dan New Zealand bertujuan melindungi keselamatan Malaysia dan Singapura daripada serangan luar. Sehingga kini, Malaysia masih bergiat aktif dalam ZOPFAN dan FPDA malah pertubuhan-pertubuhan ini mengukuhkan keselamatan negara melalui kerjasama yang diwujudkan. Tuntasnya, dasar luar negara yang dibentuk pada zaman Tun Abdul Razak berjaya mewujudkan keselarasan dalam aspek politik, ekonomi dan pertahanan bagi memenuhi tuntutan strategik negara. Seterusnya, semasa pentadbiran Perdana Menteri ketiga iaitu Tun Hussein Onn (1976-1981), tiada sebarang perubahan drastik yang berlaku dalam dasar luar Malaysia. Beliau lebih banyak mengekalkan dan meneruskan dasar yang telah diasaskan oleh pemimpin sebelumnya.10 Orientasi negara dilihat ke arah pendekatan dengan negara-negara Dunia Ketiga atau pun Negara Selatan-selatan. Malaysia bersama Pertubuhan Negara 7 Yayasan Tun Razak, Tun Abdul Razak: Potret dalam Kenangan, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2006, hlm. 151. 8 Chandra Muzaffar, Asean: Trade Wars and Zopfan, The Star Online, November 25, 2018, https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/11/25/asean-trade-wars-and-zopfan-to-assert-its-rights-the- regional-association-should-enhance-its-interna 9 Faridah Jaafar, Perdana Menteri dan Dasar Luar Malaysia, 1957 – 2005, Universiti Malaya: Penerbit Universiti Malaya, 2007, hlm. 40. 10 Ibid., hlm. 51.
  • 3. 3 Selatan-selatan menyokong Order Baru Ekonomi Dunia atau pun New International Economic Order (NIEO) yang telah diwujudkan sejak tahun 1974 dalam Persidangan Khas Ke-6 PBB.11 NIEO diwujudkan bagi membetulkan ketidakseimbangan struktur ekonomi antarabangsa melalui penghapusan jurang perbezaan ekonomi antara pihak selatan (negara-negara miskin dan membangun) dengan pihak utara (negara-negara maju). Namun, NIEO gagal dilaksanakan disebabkan tidak menguntungkan negara-negara Dunia Ketiga. Walau bagaimanapun, Malaysia tetap bekerjasama dengan Negara Selatan-selatan dengan mengadakan Kerjasama Selatan-selatan bagi membaiki keadaan ekonomi negara-negara membangun agar tidak ketinggalan. Di samping itu, Malaysia juga menyokong program integrasi Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCTAD) yang keempat iaitu Program Integrasi bagi Komoditi atau pun Integrated Programme for Commodities (IPC) pada tahun 1976.12 Melalui UNCTAD, Malaysia menyeru agar setiap negara memelihara harga komoditi untuk memberi keuntungan kepada pengguna dan pengeluar dengan mengambil kira keadaan inflasi dunia. Hal ini telah meningkatkan jumlah produk negara di pasaran dunia sekali gus meningkatkan hasil pegeluaran negara. Penyertaan Malaysia di dalam Pertubuhan Negara Selatan-selatan dan UNCTAD sehingga kini memberikan kemaslahatan bagi mengembangkan ekonomi negara di peringkat global. Konklusinya, dapat disimpulkan bahawa dasar luar Malaysia dari tahun 1976 sehingga 1981 telah menunjukkan era pengukuhan. Sementelahan itu, pengganti Tun Hussein Onn, iaitu Tun Dr. Mahathir (1981-2003), menunjukkan dasar-dasar luar Malaysia berkembang dan persoalan-persoalan mengenai kebangkitan Islam, PBB, Komanwel dan krisis ekonomi menjadi tumpuan dasar luar Malaysia. Malaysia telah mengeratkan lagi hubungan dengan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang lain seperti ASEAN, PBB, OIC dan Komanwel. Pada tahun 1985, Malaysia telah membentangkan tentang isu penjajahan, perdagangan antarabangsa dan juga dasar apartheid yang diamalkan oleh kerajaan Afrika Selatan dalam Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel atau pun Commonwealth Heads of GovernmentMeeting (CHOGM) yang ke lapan di Bahamas.13 Persidangan tersebut menjadi medan kepada Malaysia untuk menentang segala bentuk pencerobohan hak asasi manusia tanpa rasa takut. Pada tahun 1989, Malaysia pula telah menganjurkan CHOGM yang ke-11 di Langkawi. Dalam persidangan tersebut, Malaysia dengan lantang menyuarakan penentangan terhadap dasar apartheid di Afrika Selatan yang menyalahgunakan hak asasi manusia. Malaysia juga 11 United Nations, NewInternational Economic Order, 2019,https://www.un.org/development/desa/dpad/tag/new- international-economic-order/ 12 United Nations, United Nations Conference on Trade and Development, 2019, https://unctad.org/en/Pages/Home.aspx 13 The Commonwealth, Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM), 2019, http://thecommonwealth.org/chogm
  • 4. 4 mendesak agar isu-isu global seperti masalah dadah, kemerdekaan Namibia, konflik di Asia Barat, kemiskinan dan kebuluran di Afrika, ekonomi antarabangsa dan isu alam sekitar dapat diselesaikan dengan segera. Kesannya, persidangan tersebut berjaya mengisytiharkan Deklarasi Langkawi 1989 yang meliputi pelbagai topik yang berkaitan dengan pemeliharaan alam sekitar di peringkat global.14 Hal ini membuktikan bahawa penyertaan Malaysia di dalam pertubuhan Komanwel membantu Malaysia untuk menyuarakan pendapat terhadap isu-isu yang timbul di dunia sehingga kini. Natijahnya, dasar-dasar luar Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir menggambarkan pendekatan proaktif Malaysia dalam menangani isu-isu semasa khususnya yang berkaitan dengan kepentingan Negara Dunia Ketiga. Selanjutnya, dasar luar Malaysia semasa Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri kelima) mentadbir dari tahun 2003 sehingga 2009 disifatkan telah melalui proses evolusi yang dinamik dengan meneruskan kesinambungan dasar luar Malaysia era Perdana Menteri sebelumnya. Malaysia masih meneruskan konsep ZOPFAN dan Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara atau pun Southeast Asia Nuclear Weapon-Free Zone (SEANWFZ) bagi meningkatkan keamanan negara di Asia Tenggara. Hal ini menjadikan ASEAN sebagai pertubuhan dominan dalam menjamin pertahanan serantau. Perkara ini secara langsung berjaya mengurangkan risiko keselamatan di peringkat serantau melalui hubungan multilateral dan dialog terbuka seperti Forum Serantau ASEAN atau pun ASEAN Regional Forum (ARF). Hasil daripada ARF yang ke-13 di Kuala Lumpur pada tahun 2006, ASEAN menyokong dan meminta kerjasama yang berterusan antara negara anggota dalam menangani isu-isu keganasan melalui peranan pusat-pusat pencegahan keganasan seperti Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan atau pun Southeast Asia Regional Centre for Counter-Terrorism (SEARCCT) di Kuala Lumpur.15 Di sini, ARF mampu menjadi medium bagi menyelesaikan segala isu mengenai keselamatan antara negara anggota ASEAN secaradiplomatik seperti isu tuntutan Pulau Batu Putih yang menjadi pertikaian antara Malaysia dan Singapura serta pendirian Malaysia mengenai tanggungjawab mengawal perairan Selat Melaka bersama Indonesia. Maka, dasar luar Malaysia yang telah dibentuk memainkan perana penting dalam memupuk kerjasama serantau dalam memelihara keselamatan negara. 14 Nasran Mohamad & Faisal Ashaari, Dasar Luar Malaysia Era Mahathir Mohamad: dalam Menangani Isu-isu Islam di Peringkat Antarabangsa, Selangor: One Touch Creative, 2003, hlm. 98-100. 15 ASEAN Regional Forum,Chairman’s Statementofthe Thirteenth ASEAN Regional Forum Kuala Lumpur, 2006, https://asean.org/chairman-s-statement-of-the-thirteenth-asean-regional-forum-kuala-lumpur/
  • 5. 5 Semasa pentadbiran Perdana Menteri keenam iaitu Dato’ Seri Mohd. Najib Razak (2009-2018), dasar luar negara dilihat semakin pragmatik terutamanya dalam pertubuhan OIC. Malaysia berani menyuarakan pendapat bersama-sama dengan negara-negara Islam yang lain dalam menentang keputusan pengisytiharan kota Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel pada penghujung tahun 2017 oleh Amerika Syarikat.16 Hal ini kerana Amerika Syarikat tidak menghormati dasar embargo Malaysia dan negara-negara Islam terhadap Israel yang melakukan penindasan ke atas Palestin. Persidangan tergempar yang melibatkan majoriti negara anggota OIC telah diadakan di Istanbul bagi menyeru Majlis Keselamatan PBB supaya melaksanakan tanggungjawabnya pada kadar segera dengan menggerakkan resolusi berkaitan kepentingan Baitulmaqdis.17 Pendirian Malaysia yang tegas mengenai isu ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila membantah langkah beberapa buah negara lain seperti Guatemala, Paraguay dan Honduras yang turut mengikuti tindakan Amerika Syarikat. Tindakan Malaysia juga diikuti oleh negara-negara OIC sendiri seperti Arab Saudi, Indonesia dan Jordan. Walau pun bantahan yang dilakukan tidak memberikan kesan kepada Amerika Syarikat, Malaysia tetap dengan pendirian dalam mengutuk perbuatan tersebut selagi ia memberikan manfaat kepada Israel. Oleh itu, kerjasama melalui pertubuhan-pertubuhan antarabangsa membantu Malaysia untuk tidak bersendirian dalam melakukan tindakan. Deduksinya, Malaysia dilihat amat berpendirian teguh terhadap isu-isu antarabangsa demi menjamin keamanan sejagat. Dasar-dasar luar negara yang telah dibuat oleh setiap Perdana Menteri adalah untuk memastikan rakyat dan negara dapat menikmati keselesaan yang ada daripada digugat oleh kuasa-kuasa asing. Seluruh stratifikasi masyarakat sewajarnya menghargai segala perjuangan dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh kerajaan. Sekiranya Malaysia berpeluk tubuh dan tidak mempunyai sebarang pendirian mengenai apa-apa isuyang berlaku, hal ini akan menyebabkan negara tersisih daripada dunia global di samping mampudiserang dan dijajah oleh kuasa luar. Justeru, sebagai warganegara yang patriotik, tanggungjawab dalam mempertahankan negara adalah penting untuk menunjukkan kekuatan negara dan tidak dipandang rendah di persada dunia. 16 Amin Ishak, Himpunan Solidariti Mahu Baitulmaqdis Dibebaskkan, Berita Harian Online, Disember 22, 2017, https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/12/366490/himpunan-solidariti-mahu-baitulmaqdis-dibebaskan 17 n.n., Baitulmaqdis Ibu Kota Israel: Malaysia Tolak Selama-lamanya, Harian Metro Online, Disember 7, 2017, https://www.hmetro.com.my/utama/2017/12/291574/baitulmaqdis-ibu-kota-israel-malaysia-tolak-selama-lamanya