SlideShare a Scribd company logo
1 of 30
FALSAFAH DAN ISU SEMASA
PENGENALAN KEPADA FALSAFAH
PREVIU
Ilmu falsafah mempunyai pelbagai pentakrifan serta pentafsiran melalui aliran pemahaman yang
berlainan dalam kalangan ahli falsafah. Perbincangan berkaitan ilmu falsafah ini telah berlarutan
zaman berzaman sehingga kini. Ilmu falsafah mempunyai hubungan yang akrab dengan
kehidupan praktis manusia. Setiap bidang yang terdapat dalam kancah kehidupan manusia
umpamanya politik, ekonomi, sosial, undang-undang, sains, teknologi, budaya dan sebagainya
mempunyai kaitan rapat dengan falsafah. Ilmu falsafah ini berperanan untuk menjawab persoalan-
persoalan yang timbul dalam setiap bidang tersebut agar manusia dapat mencapai matlamat dan
hikmah dalam setiap tindakan dan aktiviti yang dilakukan dalam kehidupannya. Bab ini akan
memperincikan tentang pendefinisian dan makna ilmu falsafah mengikut zaman serta menyentuh
juga kedudukan falsafah Timur yang seiringan dan setara dengan falsafah Barat. Bab ini juga
membincangkan tentang elemen di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan juga prinsip
Rukun Negara yang menjadi tonggak perpaduan kaum di Malaysia. Justeru, Prinsip Falsafah
Sejahtera juga dapat dilaksanakan dengan berkesan.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Menjelaskan maksud dan definisi falsafah
2. Memahami Falsafah Pendidikan Kebangsaan
3. Memahami Falsafah Rukun Negara
4. Menghuraikan Falsafah Sejahtera sebagai
pentafsiran Rukun Negara
PENGENALAN
 Falsafah adalah suatu bidang yang merangkumi tentang ilmu logik, metafizik, ideologi,
epistemologi dan sebagainya.
 Falsafah merupakan satu ilmu yang sangat berkait rapat dengan pemikiran manusia.
 Ilmu falsafah merupakan satu tujahan ilmu yang membawa kepada pencarian tentang
kebenaran sesuatu asas ilmu.
 Falsafah juga merupakan satu daya pemikiran yang jitu dan bermatlamat untuk
mendapat kebenaran.
Pengertian
Falsafah
Falsafah berasal dari perkataan Greek iaitu philosophia
Cantuman daripada dua perkataan iaitu philo dan sophia.
Philo bermakna love ataupun cinta. Sophia bermakna
wisdom iaitu kearifan atau kebijaksanaan.
Apabila digabungkan keduanya menjadi love of wisdom atau
cinta terhadap kebijaksanaan atau kearifan sebagai satu ciri
kemanusiaan.
Dalam Bahasa Inggeris disebut philosophy.
Dalam Bahasa Melayu di sebut falsafah- ambilan asal dari perkataan
Bahasa Arab iaitu ‫فلسفة‬ --Falsafah.
Terdapat 3 pendekatan yang dapat di fahami pada maksud falsafah iaitu:
Pertama- Falsafah boleh difahami sebagai pemikiran yang dasar, asas atau fundamental mengenai sesuatu perkara atau isu.
Kedua - Falsafah juga adalah pemikiran yang mendalam mengenai sesuatu perkara dan ia juga bersifat menyeluruh dan tidak
terhad kepada sesuatu subjek, topik atau daerah pemikiran.
Contohnya - persoalan-persoalan falsafah yang terdapat dalam ilmu falsafah ialah soalan-soalan umum seperti:
apakah makna kehidupan? Apakah sifat kewujudan? Apakah hakikat kewujudan itu yang terdapat dalam kajian metafizik?
Persoalan-persoalan dasar seperti ini hanya boleh ditimbulkan dalam bidang falsafah dan bukannya dalam bidang-bidang yang
lain.
Falsafah berperanan membuatkan kita berfikir secara mendalam mengenai perkara yang asas dan persoalan pokok mengenai
sesuatu isu supaya kita dapat satu pemikiran yang jelas tentang apakah persoalan pokok yang terdapat dalam sesuatu bidang itu.
 Ketiganya – melalui pandangan falsafah moden barat dan bukan barat menjelaskan - falsafah
adalah kegiatan untuk menjelaskan konsep-konsep dan pemikiran asas mengenai sesuatu itu
supaya kita dapat menjelaskan dalam pemikiran kita tentang apakah makna signifikan sesuatu
konsep yang digunakan itu sama ada konsep itu mempunyai makna ataupun sebaliknya
FAHAMAN FALSAFAH PADA ZAMAN
GREEK
Ahli falsafah Greek terawal (500-600SM) menyatakan bahawa falsafah adalah ilmu bahasa, retorik dan ilmu yang
terbit daripada sarjana-sarjana yang ingin mengetahui hikmah kejadian sesuatu benda.
Socrates (469-399 SM), falsafah ialah kajian alam tabi’i secara teori untuk mengenal diri sendiri.
Plato (427-347 SM) - memberikan satu kefahaman tentang kebenaran dan kebaikan serta tanggapan yang lebih
tepat tentang Tuhan dalam mengimbangi mitologi Greek
Aristotle (384-322 SM) -mengkaji tentang sebab musabab dan asas segala benda.
Antisthenes (sekitar 406 SM) pula berpendapat etik ialah bahagian penting dalam falsafah
Lain2 cendekia boleh dirujuk di dalam buku teks.
FAHAMAN FALSAFAH PADA ABAD KE-20
 Ahli falsafah pada abad ke 20 seperti Peirce, Wundt, Windelbard, Lipps, Creighton, Groce, Royce dan lain-lain yang cuba
mendalami makna falsafah. Peirce (1839-1914) berpendapat bahawa asas falsafah ialah mantik.
 Wundt (1832-1920), berpendapat, asas falsafah adalah keinsafan.
 Windelbard (1848-1895) menyatakan falsafah adalah ilmu yang membicarakan tentang nilai, etika dan estetika.
 Lipps (1851-1914) menganggap falsafah sebagai sains pengalaman dalaman dan ia menjadi asas psikologi, mantik, etik, estetik
dan metafizik.
 Creighton (1861-1924) menjelaskan falsafah adalah sejarah pemikiran, ilmu kemanusiaan, dan kerohanian.
 More (1873-1958) menegaskan bahawa fungsi falsafah adalah sebagai analisis deria biasa dan falsafah patut diterapkan dalam
semua ilmu berkaitan manusia.
 Jasper (1883- 1969), psikologi dan sejarah menjadi unsur penting ilmu falsafah. Falsafah adalah ‘orientasi alam’, bidang yang
menunjukkan batasan sains, menjelaskan kewujudan melalui pancaindera manusia dan pengalamannya. (Seterusnya rujuk buku
teks)
FAHAMAN FALSAFAH PADA ERA
PASCAMODENIS
 Era pascamodenis timbul aliran yang menolak semua dakwaan terhadap kebenaran pemikiran
metafizik, menyerang kerasionalan, menyamakan sistem taakulan dengan sistem pujukan dan
logik dengan retorik, menegakkan teori tafsiran (hermeneutik).
 Menonjolkan ahli falsafah Jerman bernama Friedrich Nietzsche (1844-1900) dan Martin Heideger
(1889-1976).
 Pada era ini, kemunculan benda baharu untuk menggantikan dengan yang lebih baharu amat
pantas dan tidak berhenti-henti sehingga tidak menggalakkan daya penghasilan yang dianggap
sebagai pembentuk kehidupan moden ini
Peranan Falsafah Dengan Pembinaan Negara MALAYSIA
Falsafah itu pada asasnya bersifat
universal dan tidak terbatas kepada
mana-mana tempat atau lokasi
geografi
Namun, falsafah boleh ditujukan
kepada sesuatu konteks yang spesifik
khususnya dalam konteks pemikiran
sesebuah negara ataupun budaya itu
kerana ini adalah realiti kehidupan
dunia pada hari ini.
terdapat ciri-ciri yang berbeza antara
satu budaya itu dengan satu
masyarakat dan budaya yang lain
Contohnya keadaan di Amerika
Syarikat atau Eropah berbeza dengan
keadaan di Asia atau Malaysia
umpama sejarahnya, pemikirannya,
sifat tempatan dan sebagainya.
Wajar bagi falsafah yang
dibangunkan dalam sesuatu
masyarakat itu mempunyai kaitan
dengan persoalan-persoalan yang
dihadapi masyarakat setempat. Ini
menunjukkan bahawa falsafah juga
mempunyai sifat lokal yang tersendiri
walaupun isu-isu yang ditanganinya
bersifat universal dan global.
PERANAN
Falsafah Dengan
Rukun Negara
Malaysia
 Mengaitkan falsafah dengan satu ideologi
tempatan atau pemikiran kebangsaan
seperti terdapat dalam Rukun Negara
bukan menjadi satu kesalahan. Malahan ini
adalah satu perkembangan yang positif.
 Falsafah Kebangsaan yang termaktub dalam
Rukun Negara adalah bertujuan
membentuk dan membina ideologi
kebangsaan.
 Terdapat 5 Rukun Negara – Kepercayaan
Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan
Negara, Keluhuran Perlembagaan,
Kedaulatan Undang-Undang, Kesopanan
dan Kesusilaan.
1- Kepercayaan Kepada Tuhan
 Ini adalah satu ciri umum yang dianuti oleh ramai peduduk-penduduk di Malaysia yang juga
mewakili masyarakat yang berbilang kaum.
 Prinsip ini tidak menimbulkan kontroversi atau masalah kerana kepercayaan kepada Tuhan adalah
satu kepercayaan yang dianuti oleh mereka dari pelbagai agama.
 Contohnya, Islam, Kristian, Hindu atau agama yang dikaitkan dengan masyarakat Cina seperti
Taoisme dan Budhisme. Semua mempunyai konsep ketuhanan. Walaupun dalam fahaman
Budhisme tidak ada secara eksklusif disebut tentang Tuhan namun ada unsur-unsur kerohanian
yang boleh dikaitkan dengan konsep ketuhanan.
 Rukun pertama ini merupakan sebagai suatu common denominator; iaitu suatu titik pertemuan
antara pelbagai budaya dan kaum yang mempunyai fahaman agama masing-masing.
 Oleh itu, kepercayaan kepada Tuhan wajar diserapkan sebagai prinsip yang pertama dalam
Rukun Negara dan ianya mempunyai unsur pemikiran falsafah kerana dikaitkan dengan fahaman
keagamaan.
2- Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
 Dunia moden kini mempunyai sistem politik berdasarkan kepada konsep negara bangsa iaitu
nation state .
 Malaysia tidak terkecuali adalah satu bentuk nation state; negara bangsa.
 Namun, ciri-ciri nation state Malaysia mengandungi unsur sejarah tersendiri yang diserap
melalui sistem beraja ataupun sistem monarki melalui Kesultanan Melayu Melaka pada abad
ke-14 atau 15.
 Unsur kesetiaan ini adalah penting bagi memastikan bahawa ada aspek kesepaduan dalam
kalangan rakyat dan kesepaduan itu berdasarkan kepada kesetiaan mereka kepada Raja yang
menjadi lambang sebagai ketua negara berpelambagaan.
3- Keluhuran Perlembagaan
 Setiap nation state termaktub secara eksklusif mempunyai perlembagaan
dan perundangan tersendiri tersendiri..
 Keluhuran perlembagaan dipegang untuk menyelesaikan pertikaian
dengan merujuk kepada prinsip perundangan yang paling tinggi iaitu
perlembagaan negara.
 Prinsip ini penting bagi memastikan kestabilan sesebuah negara kerana
konsep masyarakat yang berasaskan kepada law and order hanya boleh
dilaksanakan dengan adanya perundangan yang jelas.
4- Kedaulatan Undang-undang
 Perlaksanaan undang-undang berasaskan perlembagaan the highest form
of law.
 Kedaulatan undang-undang bermaksud tidak ada sesiapa boleh
mengatasi melebihi atau melanggari undang-undang.
 Melalui prinsip ini akan dapat mengekalkan keharmonian dalam negara
ini kerana sebarang pertikaian yang mungkin muncul atas dasar agama
atau bangsa dan sebagainya boleh diselesaikan melalui sistem
perundangan yang ada.
5-
Kesopanan
dan
Kesusilaan
Prinsip yang terakhir ini merujuk kepada sesuatu yang lebih bersifat personal dan
berkaitan dengan perhubungan manusia.
Ia boleh menjamin dan mengekalkan harmoni hubungan yang baik antara rakyat
walaupun ia tidak mempunyai suatu kuasa perundangan.
Ciri ini melahirkan rakyat Malaysia dengan perasaan bertolak ansur, berkesopanan
dan kesusilaan serta harmonis dan lebih bertimbang rasa terhadap fellow human
beings; atau fellow citizens; rakan senegara
Mereka akan sentiasa mengambil kira perasaan, mempunyai rasa hormat dan
bertindak balas dengan orang lain dengan secara sopan dan mengekalkan
kesusilaan.
Semua perkara ini penting dan perlu dipegang oleh setiap rakyat Malaysia untuk
menjamin kestabilan politik dan sebagainya.
Pada masa yang sama kita telah mengenalpasti unsur pemikiran falsafah yang
mendasari prinsip-prinsip tersebut.
FALSAFAH
PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) mula digubal dan
dilaksanakan pada tahun 1988. Sebelum itu, FPK dikenali
sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN).
 Setelah dilakukan semakan dan pengemaskinian maka
terbentuklah strategi pendidikan negara dengan terma baharu
iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
 Aspek yang menjadi keutamaan di dalam FPK ialah usaha yang
berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan konsisten untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari aspek intelek, rohani, emosi
dan jasmani (JERI) berdasarkan kepercayaan dan ketaatan
kepada Tuhan
Ciri-Ciri
Falsafah dalam
Falsafah
Pendidikan
Kebangsaan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertujuan untuk
melahirkan insan yang seimbang melalui proses
pendidikan melalui sistem pendidikan dalam negara.
Ia bukan hanya melihat pendidikan sebagai satu proses
untuk melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran
tertentu untuk mengisi jawatan di pasaran buruh iaitu
melahirkan labour force yang cekap dan efisien sahaja.
Tetapi melahirkan graduan yang seimbang dari segi
kemahiran pekerja serta mempunyai sifat kemanusiaan
yang tinggi dan menjadi insan yang mulia.
Kesembangan yang di maksudkan ialah Keseimbangan
jasmani, emosi, rohani dan intelek. Secara akronimnya
disebut JERI.
Pertama- Aspek
Jasmani
 Iaitu jasad tubuh badan kita.
 Walaupun mahu melahirkan manusia yang pintar
mengenai sesuatu yang mendalam dan pengetahuan
yang luas, tetapi harus akur bahawa manusia
mempunyai jasad. Jika tidak diberikan perhatian kepada
jasad sudah tentulah pemikiran akan terjejas dan tidak
dapat berfungsi secara optimum.
 Pendidikan Jasmani umpamanya adalah satu subjek
yang diadakan di sekolah-sekolah dengan penuh
kesedaran bahawa aspek tubuh badan itu harus diberi
perhatian.
 Jadi, ini dicerminkan dalam sistem pendidikan itu sendiri
dengan adanya subjek seperti Pendidikan Jasmani yang
mempunyai kegiatan-kegiatan kokurikulum yang
menekankan aspek sukan sebagai pembinaan jasmani.
Kedua-
Aspek Emosi.
Emotional Quotion (EQ) menjadi pengukur kestabilan emosi
Terdapat anggapan bahawa pemikiran rasional atau aspek kognitif itu tidak terletak
di satu landasan yang bersifat bukan kognitif kerana dianggap kognitif itu
fundamental tetapi sebenarnya tidak.
Fungsi kognitif juga bergantung pada keadaan emosi yang stabil. Jika, emosi
tertekan misalnya tidak mungkin kita dapat berfikir dengan baik dan tidak mungkin
kita dapat mencapai kognitif yang maksima.
Dalam sistem pendidikan negara dinyatakan beberapa cara yang digunakan oleh
guru-guru untuk berinteraksi dengan pelajar seperti elemen kasih-sayang,
mengambil berat tentang permasalahan yang dihadapi pelajar dan juga dengan satu
saluran formal seperti ada kaunselor dan sesi kaunseling.
Ini semua memainkan peranan dalam menimbulkan emosi yang stabil dalam
kalangan pelajar.
Ketiga- Aspek
Rohani
 Bila kita sebut tentang kerohanian ada kaitannya dengan
keagamaan.
 kerohanian itu tidak terpisah dari fahaman atau kegiatan
asas dari segi pemikiran atau fahaman fundamental yang
dipunyai seorang pelajar itu dalam bentuk keagamaan.
 Ini untuk menjamin bahawa perkembangan rohani seorang
pelajar itu tidak terputus apabila mereka melalui pendidikan
yang formal.
 Selain itu, terdapat subjek-subjek yang memberi pendidikan
dalam aspek kerohanian iaitu subjek mata pelajaran agama
dan sebagainya.
Empat-
Aspek Intelek
 Sistem pendidikan yang mementingkan mata pelajaran bersifat akademik bertujuan membina
ilmu dan juga minda pelajar ke arah pemikiran yang lebih tajam dan lebih luas.
 Bagi meningkatkan pencapaian ini penggunaan sistem penilaian yang tidak hanya tertumpu
kepada keputusan peperiksaan akhir semata-mata dan sebagainya tetapi sistem penilaian juga
memberi ruang kepada penilaian yang lebih kreatif dan lebih sihat.
 Ini adalah penting untuk menghadapi cabaran-cabaran masa depan khususnya dengan adanya
cabaran yang dikemukakan iaitu Industrial Revolution 4.0 (IR 4.0) di mana intellectual
development; kreativiti dalam pemikiran diperlukan bagi membina seorang insan yang dapat
menangani masalah-masalah akademik dan intelektual dalam masyarakat akan datang.
FALSAFAH SEJAHTERA
 Sejahtera membawa maksud, aman, makmur, sentosa, senang, selamat dan tenteram. Terpelihara
daripada bencana seperti kesusahan, gangguan dan sebagainya (Kamus Dewan Edisi Keempat).
 Sejahtera juga merujuk kepada gaya kehidupan yang lestari, melaksanakan program yang
berterusan, adaptasi nilai yang murni serta membaiki perlakuan dan sikap manusia.
 Sejahtera adalah perjalanan kesejahteraan masyarakat yang diinginkan dengan kerjasama semua
pihak untuk mencapai masyarakat yang berteraskan gaya hidup lestari. Sejahtera dan
kesejahteraan diri akan membawa kepada kesejahteraan sejagat.
 Di Malaysia, Falsafah Sejahtera ini diterapkan melalui Rukun Negara.
 Rujuk buku teks untuk penerangan lanjut dan juga dibincangkan dalam bab 8.
Falsafah Sejahtera
 Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan langit ditinggikanNya, dan diadakanNya keseimbangan.
Supaya kamu tidak melampaui batas dalam keseimbangan. Dan
pastikan pengimbangan itu adil, serta janganlah dikurangkan
keseimbangan itu”. (al-Rahman: 8-9)
Menarik Minat Orang Awam Terhadap Falsafah
 Bidang falsafah itu merupakan bidang akademik yang bersifat rasional, intelektual dan konsep-
konsepnya banyak yang abstrak.
 jika gunakan pendekatan yang hanya memberi perhatian kepada intelektual, akademik dan
pemikiran abstrak semata mata, sudah tentu ia tidak dapat disampaikan kepada masyarakat awam
kerana sebahagian besar mereka tidak mempunyai kecenderungan ke arah pemikiran intelektual,
abstrak dan sebagainya.
Cara Menarik Minat Pada Falsafah
 Iaitu dengan cara menyampaikan falsafah bukan secara akademik.
 Gunakan cara bercerita. contoh, buku cerita ataupun novel Sophie’s World. Di situ falsafah disampaikan dalam
bentuk cerita tetapi mengandungi idea-idea falsafah.
 Gunakan teater dan lakonan sebagai medium penyampaian idea-idea falsafah.
 Gunakan medium sejarah dari segi sejarah dan konteks di mana isu-isu falsafah itu dibincangkan.
 Misalnya sejarah pemikiran Islam berkaitan perdebatan di antara Al-Ghazali dan ahli-ahli Falsafah Islam yang
dipengaruhi ahli-ahli Falsafah Greek.
 Jika falsafah itu dibentangkan dalam konteks sejarah maka ini akan lebih bermakna kerana ia ditujukan
kepada satu persoalan yang realistik yang dihadapi oleh masyarakat pada masa itu.
 Dengan itu falsafah dapat dikaitkan dengan kehidupan manusia itu sendiri bukan sebagai satu abstraction
yang hanya bersifat intelektual cuma difahami dan kemudian dihafal sebagai satu bahan intelektual.
KESIMPULAN
 Bidang falsafah dikategorikan sebagai bidang akademik yang bersifat intelektual, rasional dan logik di mana
hujahannya bersifat abstrak.
 Sekiranya kaedah yang ditekankan tertumpu kepada hujahan bersifat akademik, intelektual dan pemikiran
asbtrak semata-mata pastinya bidang ini tidak berjaya diketengahkan kepada masyarakat awam yang lebih
luas.
 Bidang falsafah juga bertujuan untuk melihat sejarah dari aspek konteks dan konsep sejarah terhadap isu-isu
falsafah yang dibincangkan.
RINGKASAN
 Ilmu falsafah secara jelasnya diistilahkan sebagai “love of wisdom” cintakan kebijaksanaan. Ia adalah satu ilmu yang berkaitan
dengan akal fikiran manusia.
 Terdapat pecahan tiga zaman perkembangan ilmu falsafah ini iatu pertama zaman awal yang terdiri daripada Zaman Yunani dan
Zaman Eropah Awal. Keduanya, Zaman Pertengahan iaitu zaman perkembangan falsafah Islam dan modenis ketiganya Zaman
Pascamodenisme.
 Pembentukan sesebuah negara adalah berasaskan kepada acuan falsafah yang tersendiri. Malaysia juga mempunyai acuan
pembentukan negara tersendiri yang sesuai dengan pembudayaan masyarakatnya.
 Pembentukan Falsafah Sejahtera yang berasaskan kepada dua pendekatan utama iaitu Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Ini bertujuan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu, saling menghormati dan berkasih sayang.
SEKIAN, TERIMA KASIH.

More Related Content

What's hot

Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruImplikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruMegala Silva Raju
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan firo HAR
 
Isu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysiaIsu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysiaKulanz Salleh
 
Budaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang MelayuBudaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang MelayuRibut Taufan
 
Falsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan baratFalsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan baratAmir Ibrahim
 
Unsur jasmani n rohani
Unsur jasmani n rohaniUnsur jasmani n rohani
Unsur jasmani n rohanishimahelmi
 
PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL.pptx
PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL.pptxPENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL.pptx
PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL.pptxRNavindranALRamanuja
 
Pengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu Semasa
Pengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu SemasaPengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu Semasa
Pengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu SemasaMahyuddin Khalid
 
Laras bahasa
Laras bahasaLaras bahasa
Laras bahasamarzieta
 
Isu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysiaIsu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysiaMickgun
 
Nota Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 1 : Kaedah dan Sumber Sejarah) (...
Nota Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 1 : Kaedah dan Sumber Sejarah) (...Nota Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 1 : Kaedah dan Sumber Sejarah) (...
Nota Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 1 : Kaedah dan Sumber Sejarah) (...FaFai S.
 
Guru yang berkesan
Guru yang berkesanGuru yang berkesan
Guru yang berkesanAmir Nazif
 
Assignment semantik
Assignment semantikAssignment semantik
Assignment semantikShila Daly
 
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysianoeja99
 
Peranan Falsafah Islam dalam Mendepani Cabaran Globalisasi
Peranan Falsafah Islam dalam Mendepani Cabaran GlobalisasiPeranan Falsafah Islam dalam Mendepani Cabaran Globalisasi
Peranan Falsafah Islam dalam Mendepani Cabaran GlobalisasiKOSPATI UKM
 
Pembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSR
Pembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSRPembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSR
Pembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSRأمير الشفيق
 

What's hot (20)

Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruImplikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
Isu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysiaIsu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysia
 
Budaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang MelayuBudaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang Melayu
 
Falsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan baratFalsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan barat
 
Unsur jasmani n rohani
Unsur jasmani n rohaniUnsur jasmani n rohani
Unsur jasmani n rohani
 
Tajuk 7 Ideologi Semasa
Tajuk 7 Ideologi SemasaTajuk 7 Ideologi Semasa
Tajuk 7 Ideologi Semasa
 
Konsep ilmu
Konsep ilmuKonsep ilmu
Konsep ilmu
 
PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL.pptx
PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL.pptxPENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL.pptx
PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL.pptx
 
Makna sastera
Makna sasteraMakna sastera
Makna sastera
 
Konsep teori sastera
Konsep teori sasteraKonsep teori sastera
Konsep teori sastera
 
Pengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu Semasa
Pengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu SemasaPengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu Semasa
Pengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu Semasa
 
Laras bahasa
Laras bahasaLaras bahasa
Laras bahasa
 
Isu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysiaIsu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysia
 
Nota Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 1 : Kaedah dan Sumber Sejarah) (...
Nota Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 1 : Kaedah dan Sumber Sejarah) (...Nota Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 1 : Kaedah dan Sumber Sejarah) (...
Nota Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 1 : Kaedah dan Sumber Sejarah) (...
 
Guru yang berkesan
Guru yang berkesanGuru yang berkesan
Guru yang berkesan
 
Assignment semantik
Assignment semantikAssignment semantik
Assignment semantik
 
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
 
Peranan Falsafah Islam dalam Mendepani Cabaran Globalisasi
Peranan Falsafah Islam dalam Mendepani Cabaran GlobalisasiPeranan Falsafah Islam dalam Mendepani Cabaran Globalisasi
Peranan Falsafah Islam dalam Mendepani Cabaran Globalisasi
 
Pembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSR
Pembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSRPembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSR
Pembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSR
 

Similar to OPTIMALKAN

MPU Topik 1 pengenalan ilmu falsafah.pptx
MPU Topik 1 pengenalan ilmu falsafah.pptxMPU Topik 1 pengenalan ilmu falsafah.pptx
MPU Topik 1 pengenalan ilmu falsafah.pptxgp21212146
 
Tugas prof. hapzi hubungan filsafat dengan ilmu lainnya
Tugas prof. hapzi hubungan filsafat dengan ilmu lainnyaTugas prof. hapzi hubungan filsafat dengan ilmu lainnya
Tugas prof. hapzi hubungan filsafat dengan ilmu lainnyaJoko Supono
 
Kumpulan Soal beserta Jawaban Filsafat Ilmu Mengandung Makna Epistemologi,Ont...
Kumpulan Soal beserta Jawaban Filsafat Ilmu Mengandung Makna Epistemologi,Ont...Kumpulan Soal beserta Jawaban Filsafat Ilmu Mengandung Makna Epistemologi,Ont...
Kumpulan Soal beserta Jawaban Filsafat Ilmu Mengandung Makna Epistemologi,Ont...anggakurniawan45
 
Pancasila sebagai sistem filsafat @
Pancasila sebagai sistem filsafat @Pancasila sebagai sistem filsafat @
Pancasila sebagai sistem filsafat @Rahmadani Dani
 
Materi 9-10. .Pancasila Sebagai Sistem Filsafat.ppt
Materi 9-10. .Pancasila Sebagai Sistem Filsafat.pptMateri 9-10. .Pancasila Sebagai Sistem Filsafat.ppt
Materi 9-10. .Pancasila Sebagai Sistem Filsafat.pptRasyAlam
 
Makalah pancasila sebagai filsafat
Makalah pancasila sebagai filsafatMakalah pancasila sebagai filsafat
Makalah pancasila sebagai filsafatMuhammadIlhamCahyadi
 
Makalah filsafat pendidikan
Makalah filsafat pendidikanMakalah filsafat pendidikan
Makalah filsafat pendidikanWarnet Raha
 
Makalah filsafat pendidikan
Makalah filsafat pendidikanMakalah filsafat pendidikan
Makalah filsafat pendidikanWarnet Raha
 
Makalah pancasila sebagai filsafat
Makalah pancasila sebagai filsafatMakalah pancasila sebagai filsafat
Makalah pancasila sebagai filsafatDea_tita
 
pancasila sebagai sistem filsafat
pancasila sebagai sistem filsafatpancasila sebagai sistem filsafat
pancasila sebagai sistem filsafatuin suska riau
 
PANCASILA SEBAGAI SISTEM FILSAFAT
PANCASILA SEBAGAI SISTEM FILSAFATPANCASILA SEBAGAI SISTEM FILSAFAT
PANCASILA SEBAGAI SISTEM FILSAFATRifin Sugiarto
 

Similar to OPTIMALKAN (20)

MPU Topik 1 pengenalan ilmu falsafah.pptx
MPU Topik 1 pengenalan ilmu falsafah.pptxMPU Topik 1 pengenalan ilmu falsafah.pptx
MPU Topik 1 pengenalan ilmu falsafah.pptx
 
Tugas prof. hapzi hubungan filsafat dengan ilmu lainnya
Tugas prof. hapzi hubungan filsafat dengan ilmu lainnyaTugas prof. hapzi hubungan filsafat dengan ilmu lainnya
Tugas prof. hapzi hubungan filsafat dengan ilmu lainnya
 
Kumpulan Soal beserta Jawaban Filsafat Ilmu Mengandung Makna Epistemologi,Ont...
Kumpulan Soal beserta Jawaban Filsafat Ilmu Mengandung Makna Epistemologi,Ont...Kumpulan Soal beserta Jawaban Filsafat Ilmu Mengandung Makna Epistemologi,Ont...
Kumpulan Soal beserta Jawaban Filsafat Ilmu Mengandung Makna Epistemologi,Ont...
 
Pancasila sebagai sistem filsafat @
Pancasila sebagai sistem filsafat @Pancasila sebagai sistem filsafat @
Pancasila sebagai sistem filsafat @
 
Filsafat Pancasila
Filsafat PancasilaFilsafat Pancasila
Filsafat Pancasila
 
Bahan perkuliahan ke 4
Bahan perkuliahan ke 4Bahan perkuliahan ke 4
Bahan perkuliahan ke 4
 
Materi 9-10. .Pancasila Sebagai Sistem Filsafat.ppt
Materi 9-10. .Pancasila Sebagai Sistem Filsafat.pptMateri 9-10. .Pancasila Sebagai Sistem Filsafat.ppt
Materi 9-10. .Pancasila Sebagai Sistem Filsafat.ppt
 
Tugas makalah (1)
Tugas makalah (1)Tugas makalah (1)
Tugas makalah (1)
 
Makalah filsafat pendidikan
Makalah filsafat pendidikanMakalah filsafat pendidikan
Makalah filsafat pendidikan
 
Makalah pancasila sebagai filsafat
Makalah pancasila sebagai filsafatMakalah pancasila sebagai filsafat
Makalah pancasila sebagai filsafat
 
Makalah filsafat pendidikan
Makalah filsafat pendidikanMakalah filsafat pendidikan
Makalah filsafat pendidikan
 
Makalah filsafat pendidikan
Makalah filsafat pendidikanMakalah filsafat pendidikan
Makalah filsafat pendidikan
 
Makalah filsafat pendidikan
Makalah filsafat pendidikanMakalah filsafat pendidikan
Makalah filsafat pendidikan
 
Makalah pancasila sebagai filsafat
Makalah pancasila sebagai filsafatMakalah pancasila sebagai filsafat
Makalah pancasila sebagai filsafat
 
pancasila sebagai sistem filsafat
pancasila sebagai sistem filsafatpancasila sebagai sistem filsafat
pancasila sebagai sistem filsafat
 
PANCASILA SEBAGAI SISTEM FILSAFAT
PANCASILA SEBAGAI SISTEM FILSAFATPANCASILA SEBAGAI SISTEM FILSAFAT
PANCASILA SEBAGAI SISTEM FILSAFAT
 
Filsafat pancasila
Filsafat pancasilaFilsafat pancasila
Filsafat pancasila
 
Makalah filsafat pancasila
Makalah filsafat pancasilaMakalah filsafat pancasila
Makalah filsafat pancasila
 
Makalah filsafat pendidikan (2)
Makalah filsafat pendidikan (2)Makalah filsafat pendidikan (2)
Makalah filsafat pendidikan (2)
 
Makalah filsafat pendidikan
Makalah filsafat pendidikanMakalah filsafat pendidikan
Makalah filsafat pendidikan
 

Recently uploaded

PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...Kanaidi ken
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaafarmasipejatentimur
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMIGustiBagusGending
 
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdfaksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfsdn3jatiblora
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...MetalinaSimanjuntak1
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfWidyastutyCoyy
 
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesiapresentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesiaNILAMSARI269850
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...Kanaidi ken
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...Kanaidi ken
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...asepsaefudin2009
 
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptxSirlyPutri1
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajaraksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajarHafidRanggasi
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptPpsSambirejo
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfNurulHikmah50658
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)PUNGKYBUDIPANGESTU1
 

Recently uploaded (20)

PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdfaksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesiapresentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
 
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajaraksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
 

OPTIMALKAN

  • 1. FALSAFAH DAN ISU SEMASA PENGENALAN KEPADA FALSAFAH
  • 2. PREVIU Ilmu falsafah mempunyai pelbagai pentakrifan serta pentafsiran melalui aliran pemahaman yang berlainan dalam kalangan ahli falsafah. Perbincangan berkaitan ilmu falsafah ini telah berlarutan zaman berzaman sehingga kini. Ilmu falsafah mempunyai hubungan yang akrab dengan kehidupan praktis manusia. Setiap bidang yang terdapat dalam kancah kehidupan manusia umpamanya politik, ekonomi, sosial, undang-undang, sains, teknologi, budaya dan sebagainya mempunyai kaitan rapat dengan falsafah. Ilmu falsafah ini berperanan untuk menjawab persoalan- persoalan yang timbul dalam setiap bidang tersebut agar manusia dapat mencapai matlamat dan hikmah dalam setiap tindakan dan aktiviti yang dilakukan dalam kehidupannya. Bab ini akan memperincikan tentang pendefinisian dan makna ilmu falsafah mengikut zaman serta menyentuh juga kedudukan falsafah Timur yang seiringan dan setara dengan falsafah Barat. Bab ini juga membincangkan tentang elemen di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan juga prinsip Rukun Negara yang menjadi tonggak perpaduan kaum di Malaysia. Justeru, Prinsip Falsafah Sejahtera juga dapat dilaksanakan dengan berkesan.
  • 3. HASIL PEMBELAJARAN 1. Menjelaskan maksud dan definisi falsafah 2. Memahami Falsafah Pendidikan Kebangsaan 3. Memahami Falsafah Rukun Negara 4. Menghuraikan Falsafah Sejahtera sebagai pentafsiran Rukun Negara
  • 4. PENGENALAN  Falsafah adalah suatu bidang yang merangkumi tentang ilmu logik, metafizik, ideologi, epistemologi dan sebagainya.  Falsafah merupakan satu ilmu yang sangat berkait rapat dengan pemikiran manusia.  Ilmu falsafah merupakan satu tujahan ilmu yang membawa kepada pencarian tentang kebenaran sesuatu asas ilmu.  Falsafah juga merupakan satu daya pemikiran yang jitu dan bermatlamat untuk mendapat kebenaran.
  • 5. Pengertian Falsafah Falsafah berasal dari perkataan Greek iaitu philosophia Cantuman daripada dua perkataan iaitu philo dan sophia. Philo bermakna love ataupun cinta. Sophia bermakna wisdom iaitu kearifan atau kebijaksanaan. Apabila digabungkan keduanya menjadi love of wisdom atau cinta terhadap kebijaksanaan atau kearifan sebagai satu ciri kemanusiaan. Dalam Bahasa Inggeris disebut philosophy. Dalam Bahasa Melayu di sebut falsafah- ambilan asal dari perkataan Bahasa Arab iaitu ‫فلسفة‬ --Falsafah.
  • 6. Terdapat 3 pendekatan yang dapat di fahami pada maksud falsafah iaitu: Pertama- Falsafah boleh difahami sebagai pemikiran yang dasar, asas atau fundamental mengenai sesuatu perkara atau isu. Kedua - Falsafah juga adalah pemikiran yang mendalam mengenai sesuatu perkara dan ia juga bersifat menyeluruh dan tidak terhad kepada sesuatu subjek, topik atau daerah pemikiran. Contohnya - persoalan-persoalan falsafah yang terdapat dalam ilmu falsafah ialah soalan-soalan umum seperti: apakah makna kehidupan? Apakah sifat kewujudan? Apakah hakikat kewujudan itu yang terdapat dalam kajian metafizik? Persoalan-persoalan dasar seperti ini hanya boleh ditimbulkan dalam bidang falsafah dan bukannya dalam bidang-bidang yang lain. Falsafah berperanan membuatkan kita berfikir secara mendalam mengenai perkara yang asas dan persoalan pokok mengenai sesuatu isu supaya kita dapat satu pemikiran yang jelas tentang apakah persoalan pokok yang terdapat dalam sesuatu bidang itu.
  • 7.  Ketiganya – melalui pandangan falsafah moden barat dan bukan barat menjelaskan - falsafah adalah kegiatan untuk menjelaskan konsep-konsep dan pemikiran asas mengenai sesuatu itu supaya kita dapat menjelaskan dalam pemikiran kita tentang apakah makna signifikan sesuatu konsep yang digunakan itu sama ada konsep itu mempunyai makna ataupun sebaliknya
  • 8. FAHAMAN FALSAFAH PADA ZAMAN GREEK Ahli falsafah Greek terawal (500-600SM) menyatakan bahawa falsafah adalah ilmu bahasa, retorik dan ilmu yang terbit daripada sarjana-sarjana yang ingin mengetahui hikmah kejadian sesuatu benda. Socrates (469-399 SM), falsafah ialah kajian alam tabi’i secara teori untuk mengenal diri sendiri. Plato (427-347 SM) - memberikan satu kefahaman tentang kebenaran dan kebaikan serta tanggapan yang lebih tepat tentang Tuhan dalam mengimbangi mitologi Greek Aristotle (384-322 SM) -mengkaji tentang sebab musabab dan asas segala benda. Antisthenes (sekitar 406 SM) pula berpendapat etik ialah bahagian penting dalam falsafah Lain2 cendekia boleh dirujuk di dalam buku teks.
  • 9. FAHAMAN FALSAFAH PADA ABAD KE-20  Ahli falsafah pada abad ke 20 seperti Peirce, Wundt, Windelbard, Lipps, Creighton, Groce, Royce dan lain-lain yang cuba mendalami makna falsafah. Peirce (1839-1914) berpendapat bahawa asas falsafah ialah mantik.  Wundt (1832-1920), berpendapat, asas falsafah adalah keinsafan.  Windelbard (1848-1895) menyatakan falsafah adalah ilmu yang membicarakan tentang nilai, etika dan estetika.  Lipps (1851-1914) menganggap falsafah sebagai sains pengalaman dalaman dan ia menjadi asas psikologi, mantik, etik, estetik dan metafizik.  Creighton (1861-1924) menjelaskan falsafah adalah sejarah pemikiran, ilmu kemanusiaan, dan kerohanian.  More (1873-1958) menegaskan bahawa fungsi falsafah adalah sebagai analisis deria biasa dan falsafah patut diterapkan dalam semua ilmu berkaitan manusia.  Jasper (1883- 1969), psikologi dan sejarah menjadi unsur penting ilmu falsafah. Falsafah adalah ‘orientasi alam’, bidang yang menunjukkan batasan sains, menjelaskan kewujudan melalui pancaindera manusia dan pengalamannya. (Seterusnya rujuk buku teks)
  • 10. FAHAMAN FALSAFAH PADA ERA PASCAMODENIS  Era pascamodenis timbul aliran yang menolak semua dakwaan terhadap kebenaran pemikiran metafizik, menyerang kerasionalan, menyamakan sistem taakulan dengan sistem pujukan dan logik dengan retorik, menegakkan teori tafsiran (hermeneutik).  Menonjolkan ahli falsafah Jerman bernama Friedrich Nietzsche (1844-1900) dan Martin Heideger (1889-1976).  Pada era ini, kemunculan benda baharu untuk menggantikan dengan yang lebih baharu amat pantas dan tidak berhenti-henti sehingga tidak menggalakkan daya penghasilan yang dianggap sebagai pembentuk kehidupan moden ini
  • 11. Peranan Falsafah Dengan Pembinaan Negara MALAYSIA Falsafah itu pada asasnya bersifat universal dan tidak terbatas kepada mana-mana tempat atau lokasi geografi Namun, falsafah boleh ditujukan kepada sesuatu konteks yang spesifik khususnya dalam konteks pemikiran sesebuah negara ataupun budaya itu kerana ini adalah realiti kehidupan dunia pada hari ini. terdapat ciri-ciri yang berbeza antara satu budaya itu dengan satu masyarakat dan budaya yang lain Contohnya keadaan di Amerika Syarikat atau Eropah berbeza dengan keadaan di Asia atau Malaysia umpama sejarahnya, pemikirannya, sifat tempatan dan sebagainya. Wajar bagi falsafah yang dibangunkan dalam sesuatu masyarakat itu mempunyai kaitan dengan persoalan-persoalan yang dihadapi masyarakat setempat. Ini menunjukkan bahawa falsafah juga mempunyai sifat lokal yang tersendiri walaupun isu-isu yang ditanganinya bersifat universal dan global.
  • 12. PERANAN Falsafah Dengan Rukun Negara Malaysia  Mengaitkan falsafah dengan satu ideologi tempatan atau pemikiran kebangsaan seperti terdapat dalam Rukun Negara bukan menjadi satu kesalahan. Malahan ini adalah satu perkembangan yang positif.  Falsafah Kebangsaan yang termaktub dalam Rukun Negara adalah bertujuan membentuk dan membina ideologi kebangsaan.  Terdapat 5 Rukun Negara – Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, Kesopanan dan Kesusilaan.
  • 13. 1- Kepercayaan Kepada Tuhan  Ini adalah satu ciri umum yang dianuti oleh ramai peduduk-penduduk di Malaysia yang juga mewakili masyarakat yang berbilang kaum.  Prinsip ini tidak menimbulkan kontroversi atau masalah kerana kepercayaan kepada Tuhan adalah satu kepercayaan yang dianuti oleh mereka dari pelbagai agama.  Contohnya, Islam, Kristian, Hindu atau agama yang dikaitkan dengan masyarakat Cina seperti Taoisme dan Budhisme. Semua mempunyai konsep ketuhanan. Walaupun dalam fahaman Budhisme tidak ada secara eksklusif disebut tentang Tuhan namun ada unsur-unsur kerohanian yang boleh dikaitkan dengan konsep ketuhanan.  Rukun pertama ini merupakan sebagai suatu common denominator; iaitu suatu titik pertemuan antara pelbagai budaya dan kaum yang mempunyai fahaman agama masing-masing.  Oleh itu, kepercayaan kepada Tuhan wajar diserapkan sebagai prinsip yang pertama dalam Rukun Negara dan ianya mempunyai unsur pemikiran falsafah kerana dikaitkan dengan fahaman keagamaan.
  • 14. 2- Kesetiaan Kepada Raja dan Negara  Dunia moden kini mempunyai sistem politik berdasarkan kepada konsep negara bangsa iaitu nation state .  Malaysia tidak terkecuali adalah satu bentuk nation state; negara bangsa.  Namun, ciri-ciri nation state Malaysia mengandungi unsur sejarah tersendiri yang diserap melalui sistem beraja ataupun sistem monarki melalui Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-14 atau 15.  Unsur kesetiaan ini adalah penting bagi memastikan bahawa ada aspek kesepaduan dalam kalangan rakyat dan kesepaduan itu berdasarkan kepada kesetiaan mereka kepada Raja yang menjadi lambang sebagai ketua negara berpelambagaan.
  • 15. 3- Keluhuran Perlembagaan  Setiap nation state termaktub secara eksklusif mempunyai perlembagaan dan perundangan tersendiri tersendiri..  Keluhuran perlembagaan dipegang untuk menyelesaikan pertikaian dengan merujuk kepada prinsip perundangan yang paling tinggi iaitu perlembagaan negara.  Prinsip ini penting bagi memastikan kestabilan sesebuah negara kerana konsep masyarakat yang berasaskan kepada law and order hanya boleh dilaksanakan dengan adanya perundangan yang jelas.
  • 16. 4- Kedaulatan Undang-undang  Perlaksanaan undang-undang berasaskan perlembagaan the highest form of law.  Kedaulatan undang-undang bermaksud tidak ada sesiapa boleh mengatasi melebihi atau melanggari undang-undang.  Melalui prinsip ini akan dapat mengekalkan keharmonian dalam negara ini kerana sebarang pertikaian yang mungkin muncul atas dasar agama atau bangsa dan sebagainya boleh diselesaikan melalui sistem perundangan yang ada.
  • 17. 5- Kesopanan dan Kesusilaan Prinsip yang terakhir ini merujuk kepada sesuatu yang lebih bersifat personal dan berkaitan dengan perhubungan manusia. Ia boleh menjamin dan mengekalkan harmoni hubungan yang baik antara rakyat walaupun ia tidak mempunyai suatu kuasa perundangan. Ciri ini melahirkan rakyat Malaysia dengan perasaan bertolak ansur, berkesopanan dan kesusilaan serta harmonis dan lebih bertimbang rasa terhadap fellow human beings; atau fellow citizens; rakan senegara Mereka akan sentiasa mengambil kira perasaan, mempunyai rasa hormat dan bertindak balas dengan orang lain dengan secara sopan dan mengekalkan kesusilaan. Semua perkara ini penting dan perlu dipegang oleh setiap rakyat Malaysia untuk menjamin kestabilan politik dan sebagainya. Pada masa yang sama kita telah mengenalpasti unsur pemikiran falsafah yang mendasari prinsip-prinsip tersebut.
  • 18. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN  Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) mula digubal dan dilaksanakan pada tahun 1988. Sebelum itu, FPK dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN).  Setelah dilakukan semakan dan pengemaskinian maka terbentuklah strategi pendidikan negara dengan terma baharu iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).  Aspek yang menjadi keutamaan di dalam FPK ialah usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan konsisten untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI) berdasarkan kepercayaan dan ketaatan kepada Tuhan
  • 19. Ciri-Ciri Falsafah dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang melalui proses pendidikan melalui sistem pendidikan dalam negara. Ia bukan hanya melihat pendidikan sebagai satu proses untuk melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran tertentu untuk mengisi jawatan di pasaran buruh iaitu melahirkan labour force yang cekap dan efisien sahaja. Tetapi melahirkan graduan yang seimbang dari segi kemahiran pekerja serta mempunyai sifat kemanusiaan yang tinggi dan menjadi insan yang mulia. Kesembangan yang di maksudkan ialah Keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan intelek. Secara akronimnya disebut JERI.
  • 20. Pertama- Aspek Jasmani  Iaitu jasad tubuh badan kita.  Walaupun mahu melahirkan manusia yang pintar mengenai sesuatu yang mendalam dan pengetahuan yang luas, tetapi harus akur bahawa manusia mempunyai jasad. Jika tidak diberikan perhatian kepada jasad sudah tentulah pemikiran akan terjejas dan tidak dapat berfungsi secara optimum.  Pendidikan Jasmani umpamanya adalah satu subjek yang diadakan di sekolah-sekolah dengan penuh kesedaran bahawa aspek tubuh badan itu harus diberi perhatian.  Jadi, ini dicerminkan dalam sistem pendidikan itu sendiri dengan adanya subjek seperti Pendidikan Jasmani yang mempunyai kegiatan-kegiatan kokurikulum yang menekankan aspek sukan sebagai pembinaan jasmani.
  • 21. Kedua- Aspek Emosi. Emotional Quotion (EQ) menjadi pengukur kestabilan emosi Terdapat anggapan bahawa pemikiran rasional atau aspek kognitif itu tidak terletak di satu landasan yang bersifat bukan kognitif kerana dianggap kognitif itu fundamental tetapi sebenarnya tidak. Fungsi kognitif juga bergantung pada keadaan emosi yang stabil. Jika, emosi tertekan misalnya tidak mungkin kita dapat berfikir dengan baik dan tidak mungkin kita dapat mencapai kognitif yang maksima. Dalam sistem pendidikan negara dinyatakan beberapa cara yang digunakan oleh guru-guru untuk berinteraksi dengan pelajar seperti elemen kasih-sayang, mengambil berat tentang permasalahan yang dihadapi pelajar dan juga dengan satu saluran formal seperti ada kaunselor dan sesi kaunseling. Ini semua memainkan peranan dalam menimbulkan emosi yang stabil dalam kalangan pelajar.
  • 22. Ketiga- Aspek Rohani  Bila kita sebut tentang kerohanian ada kaitannya dengan keagamaan.  kerohanian itu tidak terpisah dari fahaman atau kegiatan asas dari segi pemikiran atau fahaman fundamental yang dipunyai seorang pelajar itu dalam bentuk keagamaan.  Ini untuk menjamin bahawa perkembangan rohani seorang pelajar itu tidak terputus apabila mereka melalui pendidikan yang formal.  Selain itu, terdapat subjek-subjek yang memberi pendidikan dalam aspek kerohanian iaitu subjek mata pelajaran agama dan sebagainya.
  • 23. Empat- Aspek Intelek  Sistem pendidikan yang mementingkan mata pelajaran bersifat akademik bertujuan membina ilmu dan juga minda pelajar ke arah pemikiran yang lebih tajam dan lebih luas.  Bagi meningkatkan pencapaian ini penggunaan sistem penilaian yang tidak hanya tertumpu kepada keputusan peperiksaan akhir semata-mata dan sebagainya tetapi sistem penilaian juga memberi ruang kepada penilaian yang lebih kreatif dan lebih sihat.  Ini adalah penting untuk menghadapi cabaran-cabaran masa depan khususnya dengan adanya cabaran yang dikemukakan iaitu Industrial Revolution 4.0 (IR 4.0) di mana intellectual development; kreativiti dalam pemikiran diperlukan bagi membina seorang insan yang dapat menangani masalah-masalah akademik dan intelektual dalam masyarakat akan datang.
  • 24. FALSAFAH SEJAHTERA  Sejahtera membawa maksud, aman, makmur, sentosa, senang, selamat dan tenteram. Terpelihara daripada bencana seperti kesusahan, gangguan dan sebagainya (Kamus Dewan Edisi Keempat).  Sejahtera juga merujuk kepada gaya kehidupan yang lestari, melaksanakan program yang berterusan, adaptasi nilai yang murni serta membaiki perlakuan dan sikap manusia.  Sejahtera adalah perjalanan kesejahteraan masyarakat yang diinginkan dengan kerjasama semua pihak untuk mencapai masyarakat yang berteraskan gaya hidup lestari. Sejahtera dan kesejahteraan diri akan membawa kepada kesejahteraan sejagat.  Di Malaysia, Falsafah Sejahtera ini diterapkan melalui Rukun Negara.  Rujuk buku teks untuk penerangan lanjut dan juga dibincangkan dalam bab 8.
  • 25. Falsafah Sejahtera  Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan langit ditinggikanNya, dan diadakanNya keseimbangan. Supaya kamu tidak melampaui batas dalam keseimbangan. Dan pastikan pengimbangan itu adil, serta janganlah dikurangkan keseimbangan itu”. (al-Rahman: 8-9)
  • 26. Menarik Minat Orang Awam Terhadap Falsafah  Bidang falsafah itu merupakan bidang akademik yang bersifat rasional, intelektual dan konsep- konsepnya banyak yang abstrak.  jika gunakan pendekatan yang hanya memberi perhatian kepada intelektual, akademik dan pemikiran abstrak semata mata, sudah tentu ia tidak dapat disampaikan kepada masyarakat awam kerana sebahagian besar mereka tidak mempunyai kecenderungan ke arah pemikiran intelektual, abstrak dan sebagainya.
  • 27. Cara Menarik Minat Pada Falsafah  Iaitu dengan cara menyampaikan falsafah bukan secara akademik.  Gunakan cara bercerita. contoh, buku cerita ataupun novel Sophie’s World. Di situ falsafah disampaikan dalam bentuk cerita tetapi mengandungi idea-idea falsafah.  Gunakan teater dan lakonan sebagai medium penyampaian idea-idea falsafah.  Gunakan medium sejarah dari segi sejarah dan konteks di mana isu-isu falsafah itu dibincangkan.  Misalnya sejarah pemikiran Islam berkaitan perdebatan di antara Al-Ghazali dan ahli-ahli Falsafah Islam yang dipengaruhi ahli-ahli Falsafah Greek.  Jika falsafah itu dibentangkan dalam konteks sejarah maka ini akan lebih bermakna kerana ia ditujukan kepada satu persoalan yang realistik yang dihadapi oleh masyarakat pada masa itu.  Dengan itu falsafah dapat dikaitkan dengan kehidupan manusia itu sendiri bukan sebagai satu abstraction yang hanya bersifat intelektual cuma difahami dan kemudian dihafal sebagai satu bahan intelektual.
  • 28. KESIMPULAN  Bidang falsafah dikategorikan sebagai bidang akademik yang bersifat intelektual, rasional dan logik di mana hujahannya bersifat abstrak.  Sekiranya kaedah yang ditekankan tertumpu kepada hujahan bersifat akademik, intelektual dan pemikiran asbtrak semata-mata pastinya bidang ini tidak berjaya diketengahkan kepada masyarakat awam yang lebih luas.  Bidang falsafah juga bertujuan untuk melihat sejarah dari aspek konteks dan konsep sejarah terhadap isu-isu falsafah yang dibincangkan.
  • 29. RINGKASAN  Ilmu falsafah secara jelasnya diistilahkan sebagai “love of wisdom” cintakan kebijaksanaan. Ia adalah satu ilmu yang berkaitan dengan akal fikiran manusia.  Terdapat pecahan tiga zaman perkembangan ilmu falsafah ini iatu pertama zaman awal yang terdiri daripada Zaman Yunani dan Zaman Eropah Awal. Keduanya, Zaman Pertengahan iaitu zaman perkembangan falsafah Islam dan modenis ketiganya Zaman Pascamodenisme.  Pembentukan sesebuah negara adalah berasaskan kepada acuan falsafah yang tersendiri. Malaysia juga mempunyai acuan pembentukan negara tersendiri yang sesuai dengan pembudayaan masyarakatnya.  Pembentukan Falsafah Sejahtera yang berasaskan kepada dua pendekatan utama iaitu Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini bertujuan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu, saling menghormati dan berkasih sayang.