Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
Aplikasi Kemahiran Peneguhan dalam Pengajaran dan Pembelajaran.doc
1. Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU
Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Tekek Kod Sekolah: CBA 8009
1. Nama Guru Khairul Shuib Bin Khairul Azizi
2. Judul
Aplikasi Kemahiran Peneguhan
dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Kesusasteraan
Melayu Bakal Guru Bahasa Melayu
3. Bidang: Pedagogi
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Pengajaran dan pembelajaran (PdP) berkesan berlaku apabila guru dapat menguasai setiap
aspek kemahiran dalam pengajaran bagi merangsang minat murid di dalam kelas. Salah satu
kemahiran tersebut adalah kemahiran peneguhan. Kurangnya penguasaan guru terhadap
kemahiran ini membawa kepada masalah seperti masalah kawalan kelas, maklum balas yang
kurang jelas dan disiplin di dalam bilik darjah. Hasil penulisan kajian ini telah dijalankan ke atas
pelajar Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama (PBMP) bagi
mengenal pasti pengetahuan, kesedaran dan kesediaan bakal guru PBMP terhadap aplikasi
kemahiran peneguhan dalam PdP Kesusasteraan Melayu (KM). Kajian ini merupakan kajian
tinjauan deskriptif berpendekatan kuantitatif dengan pemilihan persampelan bertujuan. Seramai
28 orang pelajar Semester 7, telah menjadi responden bagi kajian ini bagi menjawab instrumen
soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan pengetahuan bakal guru PBMP terhadap aplikasi
kemahiran peneguhan adalah pada tahap sederhana tinggi, tahap kesedaran bakal guru PBMP
terhadap aplikasi kemahiran peneguhan dalam PdP KM adalah pada tahap tinggi dan tahap
kesedaran bakal guru PBMP terhadap aplikasi kemahiran peneguhan dalam PdP KM juga pada
tahap tinggi. Dalam penulisan ini juga berkongsikan kepentingan pelaksanaan peneguhan dalam
aktiviti pembelajaran murid.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
- Guru hendaklah sentiasa cakna dan prihatin terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran.
- Semua murid hendaklah diberi peluang akses pendidikan yang sama.
- Semua murid mempunyai pendekatan dan teknik yang berbeza selari dengan prinsip
individu dan kepelbagaian.
2. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
- Guru boleh menggunakan teknik peneguhan dalam pengajaran sebagai salah satu teknik
bagi membolehkan murid menguasai kemahiran.
- Guru juga boleh melakukan beberapa teknik yang dirasakan sesuai berdasarkan minat
dan tahap pencapaian murid.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
........................................................ ........................................................
(KHAIRUL SHUIB BIN KHAIRUL AZIZI) ( )