Pembangunan sosial dalam Islam melibatkan amalan persaudaraan yang berasaskan akhlak mulia, ikhlas, dan belas kasihan. Persaudaraan didefinisikan sebagai perasaan kasih sayang dan tolong-menolong tanpa membezakan individu. Unsur-unsur ini penting untuk mengeratkan ikatan dan kesejahteraan masyarakat.
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Pembangunan Sosial dan Persaudaraan Islam
1. LMCP 1552
PEMBANGUNANMAPAN DALAM ISLAM
Bahagian 3 : Pembangunan Sosial
Amalan Terbaik Dalam Pembangunan Sosial
NAMA : MUHAMMAD FAIZ BIM MOHD SHAFIE
NO MATRIK : A172300
NAMA PENSYARAH : PROF. IR. DATO DR. RIZA ATIQ BIN O.K. RAHMAT
2. DEFINISI PEMBANGUNAN SOSIAL
Secara umum, pembangunan sosial ini merupakan satu usaha untuk
meningkatkan kesejahteraan komuniti, melakukan proses integrasi
penambahbaikan sosial dengan pertumbuhan ekonomi serta memastikan semua
anggota masyarakat mengambil bahagian dalam proses pembangunan. Sikap
pemerintah di beberapa negara maju dan membangun yang benar-benar
menggunakan sumber negara untuk manfaat semua pihak, menyebabkan
pembangunan sosial masih relevan.
4. KONSEP PERSAUDARAAN DALAM ISLAM
(DEFINISI BAHASA)
1) Definisi Bahasa : Perkataan persaudaraan adalah terjemahan daripada perkataan Arab iaitu
ukhuwwah (األخوة) yang berasal dari akar kata Akhun yang membawa erti sebagai sahabat,
teman, saudara dan sebagainya.
5. KONSEP PERSAUDARAAN DALAM ISLAM
(DEFINISI ISTILAH)
2) Definisi istilah boleh dilihat dari beberapa sudut :
Dari kacamata Al-Quran, persaudaraaan diertikan sebagai perasaan kasih sayang, tolong-
menolong, bantu membantu, bertolak-ansur, bermesra dan cinta-mencintai diantara sesama umat
Islam tanpa berkecuali.
Dari kacamata al-Hadith Rasulullah SAW pula, persaudaraan diertikan lebih kurang sama
sepertimana yang dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran. Di mana Rasulullah SAW
menghuraikan konsep persaudaraan itu sebenarnya merupakan tubuh badan, darah daging dan
roh umat Islam sendiri pada keseluruhannya. Sehingga baginda mentamthil ibaratkan perasaan
persaudaraaan sesama umat Islam sebagai satu tubuh badan apabila satu anggota tubuh badan
itu mengalami kecederaan atau terkena sakit, penderitannnya dirasa dan ditanggung bersama oleh
seluruh anggota badan. Sehingga seluruh anggota turut sama berjaga malam untuk sama-sama
merasai kesakitan yang dialami oleh salah satu daripada anggota yang sakit itu tadi.
6. KONSEP PERSAUDARAAN DALAM ISLAM
(DEFINISI ISTILAH)
Dari kacamata ulamak Islam pula, terdapat dua kumpulan pendapat yang terbesar. Golongan yang
mengatakan bahawa konsep persaudaraan ialah dalam bentuk umum iaitu persaudaraan tanpa
mengira aqidah, bangsa, keturunan, warna, kulit dan sebagainya. Malah asal dinamakan manusia
maka perasaan persaudaraan itu wajib dijalin. Golongan kedua menekankan tentang ketunggalan
asal usul manusia yang berasal daripada daripada Adam AS itu bersaudara dan menjadi
tanggungjawab mereka untuk mengeratkan persaudaraan dan kemakmuran manusia sejagat.
7. ASAS PERDAUDARAAN ISLAM
1) Akhlak yang mulia
Akhlak umum : Apabila memperkatakan akhlak yang umum, Al-Quran telah
mempersembahkannya di dalam beberapa bentuk yang disenaraikan di bawah ini. Contohnya
bercakap benar, tidak dusta adalah salah satu daripada sifat akhlak umum Islam yang disarankan
oleh Al-Quran. Betapa pentingnya bercakap benar setiap masa dan tempat dalam mengeratkan
ikatan persaudaraan tanpa tiada siapa yang meraguinya kerana ia merupakan perkara yang dapat
menimbulkan perasaan percaya mempercayai dan kasih-sayang. Sedangkan dusta adalah
merupakan pengkhianatan yang menghancur-luluhkan kasih dan menimbulkan kebencian.
Akhlak khusus : Menekankan pentingnya penunaian janji. Kenyataan ini amatlah penting dan tepat
sekali, di mana penunaian janji dapat mencetuskan perasaan kasih-sayang dan terhutang budi.
Perasaan inilah yang memainkan peranan yang agak penting dalam menyemai, menyubur dan
menghasilkan ikatan persaudaraan yang unggul.
8. ASAS PERDAUDARAAN ISLAM
2) Ikhlas
Dari segi bahasa, perkataan ikhlas dalam bahasa Arab bererti kebersihan, kejernihan, kesucian
dan kemurnian. Oleh itu, perbuatan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan niat di hati
ialah perbuatan yang bersih, jernih, suci dan murni.
Ikhlas dari segi istilah ialah pembersihan dan penyucian niat dari sebarang kekotoran dan
penyakit yang menodai keikhlasan untuk taqarrub atau menghampirkan diri kepada Allah
SWT semata-mata, dalam segala perbuatan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan.
9. ASAS PERDAUDARAAN ISLAM
3) Belas kasihan
Sifat ini dianggap cukup penting kerana tanpa sifat ini, masyarakat manusia menjadi masyarakat
binatang yang suka melakukan kekejaman dan penindasan apabila ia berkuasa melakukannya.
Allah SWT sememangnya mewajibkan agar umat Islam menghayati dan mengamalkan segala sifat
kesempurnaan Allah SWT sepertimana yang terkandung dalam Asma al-Husna. Digalakkan umat
Islam menjiwai sebanyak dan sedalam yang mungkin kerana sifat belas kasihan sentiasa menuju ke
arah peningkatan iman, taqwa dan amal soleh yang sekali gus berfungsi sebagai tali pengikat
ikatan persaudaraan. Dijelaskan oleh Allah SWT sesiapa sahaja yang mempunyai sifat pengasih dan
penyayang serta menaruh belas kasihan kepada makhluknya, diampuni oleh Allah SWT. Mereka
juga dipelihara oleh Allah SWT daripada azab api neraka.
10. KONKLUSI
Di mana sebarang daya usaha untuk berkasih sayang, cinta-mencintai, bermesra, hormat-
menghormati, bekerjasama, tolong-menolong dan sebagainya sesama umat Islam semata-mata
kerana beribadat kepada Allah SWT adalah merupakan ikatan persaudaraan yang sempurna dalam
ertikata yang sebenarnya.