SlideShare a Scribd company logo
1 of 74
Download to read offline
KEMUNCULAN & PERKEMBANGAN
NASIONALISME DI ASIA TENGGARA
SEJARAH
TINGKATAN 5
IMPERIALISME BARAT DI A.
TENGGARA
• Imperialisme berasal daripada perkataan imperialste
yang menggambarkan tentang kehebatan Empayar
Napoleon. Konsep ini diperkenalkan di Perancis pada
1830-an.
• Imperialisme bermaksud dasar perluasan kuasa
sesebuah negara dalam meluaskan pengaruh dan
wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk
kepentingan tertentu.
• Ianya telah berlaku sejak Empayar Rom dan Yunani
lagi.
• Imperialisme moden bermula sejak abad ke-15
apabila kuasa Barat menguasai wilayah-wilayah di
Amerika Latin, Afrika dan Asia.
IMPERIALIS BARAT
• Antara kuasa Barat yang terlibat dengan
imperialisme di Asia Tenggara ialah Portugal,
Sepanyol, Belanda, Perancis dan Amerika.
• Portugal adalah antara yang terawal sebagai
imperialis Barat apabila berjaya menawan
Melaka pada 1511.
• Pada mulanya, mereka bertujuan untuk
menguasai kepentingan perdagangan
rempah sahaja.
• Tetapi apabila tercetus Revolusi
Perindustrian di Eropah, persaingan
antara kuasa Barat semakin sengit dan
perluasan kuasa politik secara langsung
telah berlaku.
• Menjelang 1914, seluruh Asia Tenggara
telah dijajah oleh Barat sepenuhnya
kecuali Thailand.
IMPERIALIS BARAT
IMPERIALIS BARAT
IMPERIALIS BARAT
FAKTOR² IMPERIALISME
BARAT
• REVOLUSI PERINDUSTRIAN
– Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah
telah mengubah dasar imperialisme Barat di
Timur.
– Jika dahulu mereka bertujuan untuk
mendapatkan barang dagangan seperti teh dan
rempah sahaja.
– Apabila berlaku perkembangan yang pesat dalam
sektor perindustrian di Barat pada kurun ke-17,
telah berlaku pengeluaran hasil perkilangan
secara besar-besaran. Ini menyebabkan mereka
memerlukan bekalan bahan mentah yang banyak
dan berterusan.
– Selain itu, mereka juga terpaksa mencari
pasaran baru untuk memasarkan barangan
mereka.
– Ini menyebabkan berlakunya perluasan
imperialisme yang pesat di Timur terutama
sekali di China, India dan Asia Tenggara.
– China dan India menjadi sasaran
imperialisme Barat untuk menjadi pusat
pasaran barangan mereka.
• KEKAYAAN BAHAN MENTAH
– Berbeza dengan India dan China, Asia
Tenggara pula menjadi sasaran mereka untuk
mendapatkan bekalan bahan mentah seperti
bijih timah kerana Asia Tenggara
sememangnya terkenal dengan kekayaan
bahan mentahnya.
– Tanah Melayu, Indonesia dan Thailand kaya
dengan sumber bijih timah yang diperlukan
Imperialis Barat.
• SISTEM PENGANGKUTAN & PERHUBUNGAN
– Ia juga didorong oleh kemajuan sistem pengangkutan
dan perhubungan yang dialami oleh Imperialis Barat.
– Penggunaan kapal berkuasa wap dapat
mempercepatkan perjalanan antara Timur dan Barat.
– Selain itu barang juga dapat diangkut dengan lebih
banyak.
– Pembukaan Terusan Suez juga pada 1869 juga turut
memberi pengaruh yang besar dalam Imperialisme
Barat ini kerana ia dapat memendekkan jarak dan
masa untuk sampai ke Timur dari Barat.
– Penciptaan telegraf juga membawa era baru
dalam sistem perhubungan. Ini kerana
Imperialis Barat dapat memberikan arahan
kepada pegawai-pegawainya di tanah jajahan
dengan lebih cepat dan mudah.
– Ia juga lebih memudahkan urusan perniagaan
serta menggalakkan perdagangan
antarabangsa yang lebih pesat.
• PERSAINGAN KUASA² BARAT
– Imperialisme pada masa itu juga merupakan
cara untuk meningkatkan imej negara.
– Bagi mereka, semakin luas tanah jajahan
semakin tinggi dan dihormati negara serta
bangsa mereka.
– Oleh itu, negara-negara Barat berlumba-
lumba untuk menjadi kuasa besar.
• BEBAN ORANG PUTIH/TUGAS MENYEBARKAN
TAMADUN.
– Slogan beban orang putih sering digunakan British dan
Belanda untuk menjalankan imperialisme. Kedua-dua
kuasa ini mendakwa mereka lebih maju dan bertamadun.
– Mereka berasa bertanggungjawab memimpin orang Timur
ke arah kehidupan yang lebih sejahtera.
– Perancis berpegang kepada slogan tugas menyebarkan
tamadun. Mereka berasa bertanggungjawab untuk
mentamadunkan orang Timur.
– Mubaligh Kristian juga berpendapat mereka
bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian kepada
penduduk tanah jajahan.
PENGENALAN SISTEM
BIROKRASI BARAT
PERUBAHAN SISTEM POLITIK
• Sebelum kedatangan Imperialis Barat,
negara-negara di Asia Tenggara
mengamalkan sistem pemerintahan beraja.
• Imperialis Barat berpendapat penguasaan
terhadap politik negara jajahan sekaligus
dapat menguasai ekonomi negara-negara
jajahan.
• Ini merupakan matlamat dasar Imperialisme
Barat.
PENGENALAN SISTEM
BIROKRASI BARAT
• Apabila kuasa-kuasa Barat mula menguasai
Asia Tenggara, sistem birokrasi Barat telah
diperkenalkan untuk menggantikan sistem
pemerintahan beraja.
• Antara ciri-ciri umum sistem Birokrasi Barat
yang diperkenalkan di negara-negara Asia
Tenggara ialah:
– Penubuhan Kerajaan Pusat hasil penyatuan
wilayah-wilayah di tanah jajahan.
– Pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua
pentadbir di tanah jajahan.
• Gabenor Jeneral sebagai pemerintah tertinggi di
negara-negara jajahan yang bertanggungjawab
terus kepada Kementerian Hal Ehwal Jajahan di
negara masing-masing.
– Pelaksanaan pentadbiran melalui biro
(jabatan).
• Urusan pentadbiran dijalankan melalui biro-biro
(jabatan-jabatan) yang diketuai oleh pegawai-
pegawai Barat.
PENGENALAN SISTEM
BIROKRASI BARAT
– Pelantikan pegawai Barat sebagai ketua biro.
– Pengenalan undang-undang Barat.
• Menggantikan undang-undang tempatan dan
bahasa Barat dijadikan bahasa rasmi.
PENGENALAN SISTEM
BIROKRASI BARAT
SISTEM BIROKRASI BARAT DI
FILIPINA
• Sebelum kedatangan Sepanyol, Filipina
terdiri daripada daerah-daerah kecil dikenali
sebagai barangay yang diperintah oleh
golongan datu.
• Di bahagian selatan Kepulauan Filipina pula
wujud kerajaan-kerajaan Islam.
• Setelah berjaya menguasai Filipina,
Sepanyol kemudiannya memperkenalkan
sistem pentadbiran berpusat dengan
Gabenor Jeneral sebagai pemerintah
tertinggi di peringkat pusat.
• Jawatan Ketua Datuk Bandar pula adalah
sebagai Pentadbir Wilayah dan Gabenor
Kecil sebagai Pentadbir Bandar.
• Manakala pentadbiran pada peringkat
tempatan pula dilaksanakan di bawah
Sistem Encomienda.
• Pemerintah sistem Encomienda ialah
Encomiendero.
• Tugas Encomiendero ialah:
– Menjaga keamanan.
– Mengutip cukai.
– Mengkristiankan penduduk barangay.
• Sistem Encomienda dibenci oleh penduduk
Filipina kerana sistem ini mengenakan cukai yang
tinggi dan kerahan tenaga kepada mereka.
• Encomienda ialah penyatuan barangay-barangay.
• Penyatuan barangay telah menyebabkan
kemerosotan terhadap sistem pemerintahan
tradisional dan pengaruh golongan datu.
SISTEM BIROKRASI BARAT DI
INDONESIA
• Sebelum kedatangan Belanda, Indonesia terdiri
daripada beberapa buah kerajaan yang
berasingan seperti kerajaan Mataram dan Bantam
di Jawa.
• Kerajaan tersebut diketuai oleh raja dan dibantu
oleh golongan pembesar.
• Pada peringkat pentadbiran tempatan pula ia
diketuai oleh pembesar daerah atau bupati (di
Jawa).
• Setelah Indonesia dikuasai, Belanda
membahagikan pentadbiran kepada dua, iaitu
pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan.
• Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor
Jeneral yang bertanggungjawab terhadap
kerajaan Belanda.
• Pentadbiran tempatan merupakan
pentadbiran peringkat rendah yang
dijalankan oleh pembesar-pembesar
tempatan di bawah pengawasan pegawai-
pegawai Belanda.
• Beberapa jabatan kerajaan ditubuhkan
seperti Jabatan Pelajaran (1867) dan
Jabatan Pertanian (1905).
• Dewan-dewan Tempatan telah ditubuhkan
dengan diwakili oleh orang-orang Eropah,
Indonesia dan Cina. Dewan ini berfungsi
sebagai penasihat pentadbiran Belanda
tetapi tidak mempunyai kuasa perundangan.
• 1916, Volksraad (Majlis Rakyat) yang
dianggap satu langkah ke arah kemerdekaan
telah diperkenalkan. Kewujudannya adalah
kesan daripada desakan Sarekat Islam iaitu
sebuah parti politik yang sangat berpengaruh
ketika itu.
SISTEM BIROKRASI BARAT DI
BURMA
• Sebelum kedatangan British, Burma telah
mengamalkan sistem pemerintahan beraja di bawah
Dinasti Konbaung.
• Kemenangan British dalam Perang Inggeris-Burma III
pada 1886 menyebabkan penguasaan British
sepenuhnya terhadap Burma dan menghapuskan
sistem pemerintahan beraja tersebut.
• Pesuruhjaya Tinggi British telah menjadi pemerintah
tertinggi di Burma.
• Institusi Hluttaw (Majlis Diraja) telah hilang fungsi.
Jawatan tradisi seperti wun, myothugyi, ahmudan, dan
athi dimansuhkan.
• Akta Kampung Ulu Burma 1887 dan Akta
Perkampungan Burma 1889 telah melenyapkan
sistem pentadbiran tradisional di Burma.
• Pentadbiran daerah diambil alih oleh Myo-Ok
(pegawai bandaran).
• Sistem undang-undang Barat diperkenalkan dan
dijadikan undang-undang utama. Undang-undang
Barat mengambil alih fungsi raja sebagai penaung
sami-sami Buddha. Ini menyebabkan
kemerosotan pengaruh golongan agama.
• Majlis Perundangan telah diperkenalkan
dan jabatan-jabatan seperti kesihatan,
perhutanan dan pelajaran diwujudkan.
• Balai polis dan kem-kem tentera
diwujudkan.
SISTEM BIROKRASI BARAT DI
TANAH MELAYU
• Sebelum kedatangan Portugis, Kesultanan Melayu Melaka
mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan dan konsep
ini telah menjadi ikutan negeri-negeri di Tanah Melayu.
• Sayangnya, selepas Portugis berjaya menakluk Melaka,
institusi beraja ini telah merosot sedikit demi sedikit.
• Selepas itu, Belanda pula telah menakluk Melaka dan
menyebabkan institusi beraja ini terus terhapus.
• Apabila British memerintah, Negeri-negeri Selat telah
diwujudkan di mana Melaka, Pulau Pinang, dan Singapura
telah digabungkan. Manakala, Perak, Selangor, Pahang dan
Negeri Sembilan telah digabungkan dan dikenali sebagai
Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Begitu juga dengan, Negeri-
negeri Melayu Tidak Bersekutu yang telah menggabungkan
Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu dan Johor.
• Pemerintah tertinggi bagi Negeri-negeri Selat ialah
Gabenor yang dibantu oleh residen kaunselor bagi
ketiga-ketiga negeri tersebut. Manakala, pentadbiran
di peringkat kampung yang diketuai oleh penghulu
telah dikekalkan.
• British telah memperkenalkan Sistem Residen bagi
Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Sistem
Penasihat bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.
• Residen dan Penasihat ini di bawah Gabenor Negeri-
negeri Selat. Tugas utama mereka ialah menasihati
Sultan dalam semua perkara kecuali hal agama Islam
dan adat istiadat Melayu.
• British juga telah memperkenalkan
perubahan lain seperti sistem kehakiman
Barat, pelaksanaan sistem kutipan cukai,
pembahagian negeri kepada beberapa
daerah dan penubuhan balai polis.
• Walaupun struktur pentadbiran di Negeri-
negeri Melayu tidak berubah tetapi
peranan raja dan pembesar Melayu telah
terjejas.
SISTEM BIROKRASI BARAT DI
THAILAND
• Sistem birokrasi Barat di Thailand telah diperkenalkan
sendiri oleh rajanya, iaitu Raja Mongkut dan Raja
Chulalongkorn.
• Raja Mongkut telah melantik 80 orang penasihat Barat
untuk mengetuai jabatan-jabatan yang ditubuhkan
selain melatih pegawai-pegawai tempatan.
• Penasihat kewangan, penasihat pelabuhan dan polis
dibawa dari Britain. Manakala, penasihat kastam dan
ketenteraan dibawa dari Amerika Syarikat dan
Perancis.
• Raja Chulalongkorn memperkenalkan Majlis Penasihat
Rendah, Majlis Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet
Menteri.
• Majlis Penasihat Rendah dan Majlis Mesyuarat
Tertinggi merupakan badan penasihat raja dalam
pentadbiran negara.
• Kabinet Menteri pula terdiri daripada golongan
bangsawan berpendidikan Barat yang mengetuai
kementerian.
• Bukan itu sahaja, juruaudit dari Britain juga telah
dilantik untuk berkhidmat dalam perbendaharaan
negara.
• Kesan daripada itu, muncul golongan baru yang terdiri
daripada pentadbir yang mempunyai kedudukan
dalam birokrasi moden berdasarkan tahap pendidikan
mereka.
• 1932, sistem Raja Berperlembagaan
sebagaimana di Barat telah diperkenalkan untuk
menggantikan sistem raja berkuasa mutlak.
• Perubahan yang dibuat ini telah mengurangkan
pengaruh pembesar tradisional dan institusi raja.
• Pemodenan pentadbiran yang dilakukan telah
mengekalkan kemerdekaan Thailand sehingga
kini di mana Thailand merupakan satu-satunya
negara di Asia Tenggara yang tidak pernah dijajah
oleh Imperialis Barat.
SISTEM BIROKRASI BARAT DI
INDOCHINA
• Sebelum Perancis datang ke Indochina, negeri-negeri di
Indochina ditadbir oleh sebuah kerajaan pusat berkuasa
mutlak yang memberikan kuasa penuh kepada pembesar
tempatan.
• Setiap birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin. Golongan
ini dipengaruhi oleh sistem pentadbiran Tanah Besar China.
• Mereka dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan
kesusasteraan China.
• Selepas Perancis menguasai Indochina, pentadbiran di situ
diketuai oleh seorang Gabenor Jeneral yang
bertanggungjawab terus kepada Tanah Jajahan di Paris.
• Perancis telah membentuk kerajaan pusat dengan
menubuhkan Union Indochinoise.
• Union Indochinoise 1887 itu merupakan
Persekutuan Indochina yang terdiri daripada
Vietnam dan Kemboja.
• Laos menyertainya pada tahun 1904. Ianya
diketuai oleh Gabenor Jeneral dan Perancis
menguasai keseluruhan pentadbiran.
• Semua undang-undang di negara itu diluluskan
oleh Parlimen Perancis.
• Tetapi, pentadbiran kerajaan tempatan tidak
dicampuri oleh kerajaan pusat, mereka hanya
perlu membayar cukai dan menyediakan kerahan
tenaga.
KESAN² PENGENALAN SISTEM
BIROKRASI BARAT
• Institusi Beraja telah terhapus sebagaimana
yang berlaku kepada Melaka dan Burma.
• Peranan raja telah diambil alih oleh Imperialis
Barat sebagaimana yang berlaku ke atas
Tanah Melayu dan Indonesia.
• Sistem Beraja berkuasa mutlak seperti
Thailand telah digantikan dengan sistem Raja
Berperlembagaan Barat.
• Peranan raja sebagai penaung agama
Buddha telah diambil alih sebagaimana yang
berlaku di Burma.
• Wilayah-wilayah atau negeri-negeri telah
disatukan menjadi sebuah negara seperti yang
berlaku di Persekutuan Tanah Melayu, Filipina,
Indochina dan Indonesia.
• Pengaruh pembesar-pembesar tradisional seperti
golongan Mandarin di Indochina dan Datu di
Filipina telah dihapuskan.
• Sistem undang-undang Barat telah diperkenalkan
oleh Imperialis Barat.
• Sistem cukai yang baru diperkenalkan
sebagaimana yang berlaku di Tanah Melayu.
• Balai polis dan pasukan polis telah ditubuhkan.
NASIONALISME DI ASIA
TENGGARA
• Nasionalisme bererti perasaan cintakan
bangsa dan negara yang akan membawa
kepada gerakan membebaskan tanah air
tercinta dalam semua aspek sama ada
politik, ekonomi atau sosial.
FAKTOR² KEMUNCULAN
NASIONALISME
• DASAR PENJAJAHAN BARAT
– Sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan tidak
memberi peluang kepada rakyat tempatan dalam
sistem pentadbiran moden di mana mereka terus
kekal dalam ekonomi tradisional yang serba
kekurangan.
– Sebagai contoh, Sistem Tanaman Paksa (Indonesia)
dan Sistem Polo (Filipina) jelas menunjukkan
penindasan terhadap penduduk peribumi.
– Sebagai contoh, penduduk tempatan di Indonesia
ditindas dan dipaksa menjadi buruh oleh penjajah
bagi menjalankan aktiviti pertanian menerusi Sistem
Paksa.
FAKTOR² KEMUNCULAN
NASIONALISME
• Penjajah juga mewujudkan jurang sosial dengan
menganggap bahawa mereka berada dalam kelas
mereka tersendiri. Mereka hanya layak bargaul
dengan golongan elit tempatan yang terdiri
daripada golongan bangsawan dan golongan
pegawai kerajaan yang berpendidikan Barat.
• Manakala, dasar terbuka penjajah terhadap
kemasukan imigran telah menimbulkan rasa tidak
puas hati rakyat tempatan kerana penguasaan
golongan terbabit dalam bidang ekonomi.
• PENGARUH AGAMA
– Faktor agama telah berjaya menyatukan rakyat
tempatan untuk menghadapi penindasan,
pengaruh budaya Barat dan agama Kristian.
– Penubuhan Gerakan Islah di Tanah Melayu dan
Indonesia serta Persatuan Belia Buddha (1906)
di Burma menunjukkan peranan agama sebagai
alat perpaduan dan golongan agama sebagai
pencetus nasionalisme pada peringkat awal
nasionalisme di Asia Tenggara.
FAKTOR² KEMUNCULAN
NASIONALISME
• Gerakan Islah memperjuangkan Pan-
Islamisme (penyatuan dunia Islam
menentang penjajah Barat).
• Agama Kristian yang diperkenalkan Sepanyol
telah menyatupadukan penduduk peribumi
untuk menentang kuasa tersebut.
• Perkara ini berlaku kerana penganut Kristian
berbangsa Sepanyol menganggap penganut
Kristian tempatan adalah penganut kelas
kedua.
FAKTOR² KEMUNCULAN
NASIONALISME
• KARYA KESUSASTERAAN
– Karya-karya yang dihasilkan menyampaikan mesej
kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penindasan
penjajah yang akhirnya membangkitkan kesedaran rakyat
dan cinta mereka kepada tanah air.
– Sebagai contoh, di Filipina novel Noli Me Tangere karya
Jose Rizal telah mencetuskan gerakan nasionalisme dan
menjadi inspirasi terhadap gerakan nasionalisme di Asia
Tenggara.
– Manakala, di Indonesia pula cerpen Kerikil-kerikil Tajam
dan Ke Makam Bonda karya Chairil Anuar begitu
berpengaruh. Di Tanah Melayu pula, novel Putera Gunung
Tahan karya Pak Sako adalah di antara novel-novel
terkenal yang dapat membangkitkan semangat
nasionalisme.
FAKTOR² KEMUNCULAN
NASIONALISME
• SISTEM PENDIDIKAN
– Sikap penjajah yang pilih kasih semasa menyediakan
kemudahan pendidikan seperti mengutamakan sekolah yang
menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar
adalah salah satu faktor pemangkin nasionalisme Asia
Tenggara.
– Penjajah hanya memberikan pendidikan pada peringkat rendah
dan terhad kepada golongan elit dan penduduk bandar.
– Di Indonesia contohnya, anak golongan priyayi diberi pendidikan
yang tersendiri dan diasingkan daripada anak orang
kebanyakan. Sikap ini telah memecahkan perpaduan rakyat
tempatan.
– Di Burma pula, pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh
yang diperkenalkan telah mengancam sekolah Buddha.
– Manakala, di Tanah Melayu pula, lepasan sekolah vernakular
sukar mendapat pekerjaan berbanding lepasan sekolah Inggeris.
FAKTOR² KEMUNCULAN
NASIONALISME
• KEMUNCULAN GOLONGAN INTELEKTUAL
– Golongan ini adalah golongan yang berpeluang
melanjutkan pelajaran di Barat dan di Asia Barat serta
didedahkan dengan idea falsafah Barat dan Islam.
– Pengalaman mereka telah menyedarkan mereka
bahawa pihak penjajah tidak mentadbir tanah jajahan
sebaik mentadbir negara mereka sendiri.
– Golongan ini telah memimpin gerakan nasionalisme
selepas kembali ke tanah air yang pada mulanya
hanya menuntut taraf hidup bangsa mereka dibela
tetapi lama kelamaan berubah kepada meminta
penjajah memerdekakan negara mereka.
FAKTOR² KEMUNCULAN
NASIONALISME
• PENGARUH MEDIA MASSA
– Akhbar dan majalah menyebarkan idea-idea
nasionalis dan menanamkan perasaan antipenjajah
kepada rakyat jelata.
– Di Tanah Melayu, media massa seperti al-Ikhwan,
Saudara, Warta Malaya dan Majlis adalah akhbar
yang berpengaruh. Manakala, di Vietnam pula,
akhbar yang berpengaruh adalah Tribune Indigene
dan Cloche Felee.
– Pihak penjajah menganggap perkembangan ini
sebagai ancaman terhadap kepentingan politik
mereka di tanah jajahan dan sikap mereka ini
bertentangan dengan kebebasan akhbar yang
diamalkan oleh negara mereka sendiri.
FAKTOR² KEMUNCULAN
NASIONALISME
• SISTEM PERHUBUNGAN DAN
PENGANGKUTAN
– Dengan adanya perkhidmatan telefon dan
telegraf, ianya telah memudahkan hubungan di
kalangan nasionalis.
– Pembinaan jalan raya dan jalan kereta api dapat
menghubungkan kawasan-kawasan yang
sebelum itu terpisah.
– Hal ini telah memudahkan rakyat dan para
pemimpin bertemu dan membincangkan idea-
idea nasionalisme.
FAKTOR² KEMUNCULAN
NASIONALISME
• PENGARUH LUAR
– Kejayaan Jepun mengalahkan China pada
1895 dan Rusia pada 1905 telah membuka
mata para nasionalis di Asia Tenggara kerana
keupayaan sebuah negara kecil mengalahkan
negara besar.
– Perjuangan Mahatma Gandhi di India semasa
menentang British juga telah memberikan
para nasionalis satu inspirasi untuk
menentang penjajah Barat.
FAKTOR² KEMUNCULAN
NASIONALISME
PERKEMBANGAN
NASIONALISME
• Umumnya perkembangan nasionalisme di Asia
Tenggara terbahagi kepada dua tahap.
• Tahap pertama merupakan penentangan penduduk
tempatan secara terbuka tetapi bersifat setempat dan
tidak berorganisasi.
• Antara ciri-ciri lain ialah isu yang dibangkitkan ialah isu-
isu kebudayaan, agama dan hak peribumi.
• Pemimpin yang mengetuai pergerakan ini juga adalah
golongan yang berpendidikan Barat dan Asia Barat.
• Pemimpin-pemimpin ini lebih menekankan
kesedaran politik daripada tindakan politik.
• Mereka juga menuntut hak dan taraf hidup
mereka dikembalikan serta dibaiki.
• Mereka tidak menuntut kemerdekaan dengan
segera.
• Gerakan nasionalisme pada tahap kedua
pula lebih radikal dan berorganisasi. Ini
kerana gerakan nasionalisme pada tahap
pertama tidak berjaya mencapai
matlamatnya.
PERKEMBANGAN
NASIONALISME
• Pemimpin yang memimpin gerakan pada tahap
kedua ini adalah orang yang berpendidikan dan
berpengetahuan luas dalam hal kebudayaan dan
ilmu pengetahuan Barat.
• Pemimpin gerakan nasionalisme ketika itu
menyedari perubahan yang diperkenalkan oleh
penjajah serta kesannya terhadap bangsa dan
negara mereka.
• Menuntut kemerdekaan dan membentuk kerajaan
sendiri yang berdaulat adalah matlamat
perjuangan mereka.
PERKEMBANGAN
NASIONALISME
GERAKAN NASIONALISME DI
FILIPINA
• Gerakan nasionalisme di Filipina adalah yang
terawal di Asia Tenggara.
• Tahap pertama gerakan ini merupakan gerakan
dakyah.
• Ia dipimpin oleh Jose Rizal yang sangat
berpengaruh dan disokong oleh golongan
pertengahan yang berpendidikan Barat.
• Mereka menuntut supaya Filipina diberi hak yang
sama seperti bangsa Sepanyol, menuntut Filipina
dijadikan wilayah Sepanyol dan bangsa Filipina
diberikan kebebasan bersuara.
• Apabila tuntutan mereka tidak mendapat perhatian
dan tindakan sepenuhnya, Jose Rizal telah
menubuhkan Liga Filipina pada 1892 untuk mendesak
Sepanyol melakukan pembaharuan politik, ekonomi
dan sosial.
• Kerajaan Sepanyol yang berasa terancam dengan
tindakan tersebut telah menangkap dan Jose Rizal
dan dibuang negeri ke Dapitan di Mindanao.
• Jose Rizal kemudiannya dijatuhkan hukuman bunuh di
atas tuduhan terlibat di dalam pemberontakan.
• Walaupun dakyah ini berakhir tetapi gerakan
nasionalisme ini telah melancarkan gerakan yang
lebih radikal pada tahap kedua.
GERAKAN NASIONALISME DI
FILIPINA
• Gerakan nasionalisme pada tahap kedua pula
telah bermula apabila Katipunan ditubuhkan.
• Katipunan telah ditubuhkan oleh Andres Bonifacio
yang memulakan penentangan secara radikal ke
atas Sepanyol.
• Matlamat perjuangan gerakan ini ialah
menyatukan bangsa Filipina dan mencapai
kemerdekaan melalui revolusi.
• Media cetak menjadi alat menyebarkan fahaman
revolusi Katipunan kepada rakyat dan akhbar
rasmi pertubuhan tersebut ialah Kalayan.
GERAKAN NASIONALISME DI
FILIPINA
• Pada 1896, Katipunan telah melancarkan revolusi
bersenjata menggulingkan pemerintahan
Sepanyol tetapi gagal.
• Pada 1897, Katipunan semakin lemah selepas
kematian Bonifacio yang dihukum mati oleh Emilio
Aguinaldo selepas berlaku persengketaan antara
keduanya.
• Emilio Aguinaldo merupakan anggota Katipunan
yang sebelum itu telah dilantik sebagai Datuk
Bandar di Cavite pada 1895.
• Pada 1897, Aguinaldo dilantik sebagai Presiden
Kerajaan Revolusi Filipina.
GERAKAN NASIONALISME DI
FILIPINA
• Pada 1898, Aguinaldo telah mengadakan
kerjasama dengan Amerika Syarikat dan berjaya
mengusir Sepanyol daripada Filipina.
• Malangnya, pengusiran tersebut telah
menyebabkan penguasaan Amerika Syarikat ke
atas Filipina.
• 1899, Amerika tidak mengiktiraf pengisytiharan
kemerdekaan Filipina yang telah dibuat oleh
Aguinaldo.
• Oleh itu, revolusi perjuangan yang sedia ada telah
diteruskan oleh Aguinaldo sehinggalah beliau
ditangkap pada 1901.
GERAKAN NASIONALISME DI
FILIPINA
• Kerajaan Amerika terpaksa membenarkan
penubuhan parti-parti politik sederhana.
• Pada 1907, Sergio Osmena dari Parti
Nasional yang memenangi pilihan raya tahun
itu telah dilantik untuk mengetuai Dewan
Perhimpunan.
• Namun demikian, nasionalis Filipina hanya
kembali menuntut kemerdekaan pada 1930-
an melalui Perlembagaan apabila pucuk
pimpinan Amerika Syarikat telah bertukar
kepada yang lebih liberal.
GERAKAN NASIONALISME DI
FILIPINA
GERAKAN NASIONALISME DI
INDONESIA
• Pada tahap pertama, gerakan nasionalis di Indonesia
lebih menumpukan perhatian terhadap isu-isu
pendidikan kerana mereka berpendapat hanya
pendidikan sahaja yang dapat mengubah nasib rakyat
Indonesia.
• Raden Adjeng Kartini adalah nasionalis yang
berusaha memajukan pendidikan khusus untuk kaum
wanita. Karyanya seperti Habis Gelap Terbitlah
Terang dan Penulisan Seorang Puteri Jawa telah
mendedahkan kemunduran rakyat Indonesia dan
penindasan yang dilakukan oleh penjajah.
• Perjuangannya telah menjadi sumber inspirasi kepada
para nasionalis selepasnya untuk menubuhkan
pertubuhan yang lebih tersusun.
• Pada 1908, Dr. Wahidin Sudiro Usada telah
menubuhkan Budi Utomo yang bertujuan untuk
mengembangkan pendidikan Barat, memajukan
kebudayaan dan ekonomi Indonesia.
• Antara pertubuhan penting lain pada tahap ini
ialah Muhammadiyah yang ditubuhkan pada 1912
bermatlamat menyebarkan Islam yang sebenar,
menghindari ancaman sekularisme Barat dan
agama Kristian.
• Pertubuhan ini telah membina sekolah, klinik dan
masjid untuk keperluan dan kepentingan
penduduk tempatan.
GERAKAN NASIONALISME DI
INDONESIA
• Pada tahap kedua pula, gerakan nasionalisme di
Indonesia telah memperlihatkan perjuangan politik
yang lebih radikal seperti Parti Komunis Indonesia
(PKI), Sarekat Islam (SI), dan Parti Nasional
Indonesia (PNI).
• Parti-parti politik pada tahap ini lantang menuntut
kemerdekaan Indonesia sekalipun dengan cara
kekerasan.
• Parti Nasional Indonesia pimpinan Soekarno
begitu popular kerana perjuangannya mendapat
perhatian dan berjaya mempengaruhi rakyat
Indonesia.
GERAKAN NASIONALISME DI
INDONESIA
• Belanda yang semakin tertekan telah menangkap
pemimpin yang radikal termasuklah Soekarno dan
mengharamkan Parti Nasional Indonesia.
• Soekarno telah menubuhkan Parti Nasionalis
Indonesia pada tahun 1927.
• Beliau merupakan seorang pejuang yang radikal.
• Beliau telah dipenjarakan oleh Belanda pada 1929-
1931.
• Beliau telah dibuang ke Flores (Indonesia) pada 1934.
• Beliau telah mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia
pada 17 Ogos 1945 dan menjadi presiden pertama
pada 1949.
GERAKAN NASIONALISME DI
INDONESIA
GERAKAN NASIONALISME DI
INDOCHINA
• Gerakan nasionalisme tahap pertama di Indochina
lebih tertumpu di Vietnam dan dipelopori oleh
golongan bangsawan dan Mandarin.
• Mereka cuba memulihkan pemerintahan Dinasti
Nguyen dan berusaha mengembalikan sistem
pentadbiran tradisional.
• Selain itu, golongan menengah yang
berpendidikan Barat pula, berusaha
memperjuangkan pendidikan Barat di kalangan
rakyat .
• Seorang ketua gerakan ini iaitu Phan Boi Chau telah
memimpin satu gerakan revolusi tetapi gagal dan
akhirnya telah menubuhkan Viet Nam Quang Phu Hoi
(VNQPH) dan melancarkan beberapa pemberontakan
di Tongkin serta telah melancarkan gerakan dakyah di
Vietnam.
• Phan Boi Chau kemudiannya telah dipenjarakan dan
gerakan yang ditubuhkannya telah diharamkan oleh
Perancis.
• Pada tahap kedua, gerakan nasionalisme yang
ditubuhkan di Indochina lebih bersifat radikal kerana
kegagalan parti-parti politik sederhana dalam
mendapatkan kerjasama dengan Perancis.
GERAKAN NASIONALISME DI
INDOCHINA
• Antara gerakan yang dimaksudkan ialah Viet Nam
Quoc Dang Dang dan Parti Komunis Vietnam. Parti ini
cuba menggulingkan Perancis dengan cara kekerasan
dan menubuhkan kerajaan Republik Vietnam.
• Perancis tidak berdiam diri dan telah menangkap
pemimpin-pemimpin Viet Nam Quoc Dang Dang dan
juga telah membunuh Nguyen Thai Hoc.
• Ho Chi Minh daripada Parti Komunis Vietnam telah
menyambung perjuangan Viet Nam Quoc Dang Dang
iaitu menubuhkan kerajaan Republik secara revolusi.
• Perancis berjaya menyekat perjuangan mereka dan ini
telah memaksa Ho Chi Minh melarikan diri ke Hong
Kong.
GERAKAN NASIONALISME DI
INDOCHINA
• Kegagalan kedua-dua parti tersebut telah
membentuk gerakan nasionalisme
bercorak sederhana di bawah pimpinan
Maharaja Bao Dai pada 1932.
• Usaha-usaha pembaharuan yang dibuat
oleh Maharaja Bao Dai telah disekat dan
baginda dilarang daripada terlibat dengan
gerakan nasionalisme.
GERAKAN NASIONALISME DI
INDOCHINA
GERAKAN NASIONALISME DI
BURMA
• Pada tahap pertama, gerakan nasionalisme di Burma telah
dijalankan oleh sami Buddha dan golongan elit berpendidikan
Barat.
• Pada 1906, golongan sami Buddha tersebut telah
menubuhkan Persatuan Belia Buddha.
• Penubuhannya bertujuan untuk mengekalkan tradisi Buddha
dan memajukan pendidikan di kalangan rakyat Burma.
• Mereka menggunakan ISU KASUT untuk membangkitkan
semangat nasionalisme di kalangan rakyat. Isu ini berpunca
daripada sikap orang Inggeris yang telah menyebabkan
kemarahan orang Burma kerana memakai kasut semasa
memasuki kuil Buddha di Burma.
• 1916, persatuan tersebut dipimpin pula oleh nasionalis
yang radikal iaitu U Ba Pe dan ramai lagi.
• 1920, pemimpin-pemimpin persatuan tersebut
kemudiannya telah menubuhkan Majlis Persatuan Am
Kesatuan-Kesatuan Burma.
• Pada tahap kedua pula gerakan nasionalisme muncul
apabila Laporan Montagu-Chelsford menyatakan
Burma masih belum bersedia untuk memerintah
sendiri.
• 1920, Revolusi Pelajar tercetus apabila mereka
menuntut penubuhan sebuah universiti untuk rakyat
Burma.
GERAKAN NASIONALISME DI
BURMA
• 1922, golongan Sami Buddha telah menubuhkan
Majlis Am Sangha Sametggi yang mencetuskan
Pemberontakan Saya San.
• Nama pemberontakan tersebut diambil sempena
nama pemimpinnya iaitu Saya San seorang bekas
pongyi dan pemimpin di Tharawaddy.
• 1930-an muncul pula Liga Anti Pemisahan yang
menganggap pemisahan dengan India hanya
akan melambatkan proses kemerdekaan.
• Perlembagaan Burma 1935 telah membuka
peluang Burma untuk berkerajaan sendiri.
GERAKAN NASIONALISME DI
BURMA
• Pada 1935 juga golongan Thakin
(siswazah universiti) menubuhkan Parti
Dobama Asiayone untuk menuntut
kemerdekaan. Pemimpinnya terdiri
daripada Aung San, U Nu dan Kyaw Nein
(Tuan).
• 1937, Dr. Ba Maw yang memenangi
pilihan raya telah dilantik sebagai Perdana
Menteri pertama.
GERAKAN NASIONALISME DI
BURMA
GERAKAN NASIONALISME DI
THAILAND
• Gerakan nasionalisme di Thailand berbeza
dengan negara Asia Tenggara lain yang anti
penjajah.
• Ia sebaliknya bersifat antiraja berkuasa mutlak.
• Sistem pendidikan Barat yang dipelajari telah
mendedahkan mereka kepada fahaman liberal,
sistem demokrasi, dan sistem raja
berperlembagaan kepada golongan intelek di
Thailand.
• Kelemahan sistem pentadbiran yang dijalankan
oleh Raja Vajiravudh menyebabkan rakyat tidak
berpuas hati.
• Akhirnya, pada 1932, Parti Rakyat telah ditubuhkan oleh Nai
Pridi Panomyong dan Field Marshall Phibul Songram.
• Pada tahun itu juga, Parti Rakyat telah melancarkan Revolusi
Thai yang telah menamatkan sistem raja berkuasa mutlak.
• Pada tahap kedua pula, gerakan nasionalisme disebabkan
oleh rasa tidak puas hati rakyat terhadap penguasaan
ekonomi oleh Kapitalis Barat dan orang Cina.
• Semasa Phibul Songram menjadi Perdana Menteri, beliau
meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan dan
penguasaan ekonomi oleh orang Cina.
GERAKAN NASIONALISME DI
THAILAND
• Bukan itu sahaja, sekolah Cina dan akhbar Cina
juga telah dibubarkan.
• Penduduk peribumi juga telah digalakkan bergiat
aktif dalam aktiviti ekonomi.
• Jawatan tertinggi dalam kerajaan pula hanya
untuk penganut agama Buddha.
• 1939, Phibul Songram telah menukar nama Siam
kepada Thailand (Tanah Bebas).
• Hasil kerjasamanya dengan Jepun semasa
Perang Dunia Kedua, Thailand berjaya
mendapatkan semula wilayah-wilayahnya di
Indochina dan Tanah Melayu.
GERAKAN NASIONALISME DI
THAILAND

More Related Content

What's hot

Ciri Ekonomi Tradisional
Ciri Ekonomi TradisionalCiri Ekonomi Tradisional
Ciri Ekonomi Tradisionalguesta13067f
 
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIKANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIKNormarjana Ibrahim
 
3.3 Kesan Darurat
3.3 Kesan Darurat3.3 Kesan Darurat
3.3 Kesan DaruratMohd Sofian
 
Bab 2 KEBANGKITAN NASIONALISME
Bab 2 KEBANGKITAN NASIONALISMEBab 2 KEBANGKITAN NASIONALISME
Bab 2 KEBANGKITAN NASIONALISMETeh Boon Siang
 
Persidangan raja raja melayu
Persidangan raja raja melayuPersidangan raja raja melayu
Persidangan raja raja melayupikaapull
 
Sejarah T5 bab 5 pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !
Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !
Sejarah T5 bab 5 pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !the NERD
 
Ancaman komunis di malaysia
Ancaman komunis di malaysiaAncaman komunis di malaysia
Ancaman komunis di malaysiaBeela Sensei
 
Ancaman komunis di tanah melayu
Ancaman komunis di tanah melayuAncaman komunis di tanah melayu
Ancaman komunis di tanah melayuSamad Shomie
 
Pengubahsuaian dalam pentadbiran di myanmar
Pengubahsuaian dalam pentadbiran di myanmarPengubahsuaian dalam pentadbiran di myanmar
Pengubahsuaian dalam pentadbiran di myanmarNurul Syasika
 
Faktor & Kesan Perang Dunia Kedua
Faktor & Kesan Perang Dunia KeduaFaktor & Kesan Perang Dunia Kedua
Faktor & Kesan Perang Dunia Keduahasfazera hassan
 
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepun
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepunBandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepun
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepunJimmy Mogolid
 
Dasar & Kesan Pendudukan Jepun Ke Atas Perjuangan Mencapai Kemerdekaan Di Ind...
Dasar & Kesan Pendudukan Jepun Ke Atas Perjuangan Mencapai Kemerdekaan Di Ind...Dasar & Kesan Pendudukan Jepun Ke Atas Perjuangan Mencapai Kemerdekaan Di Ind...
Dasar & Kesan Pendudukan Jepun Ke Atas Perjuangan Mencapai Kemerdekaan Di Ind...Danial Akhmal
 
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2Fitriah Gi Kwang
 
Sejarah hierarki dan peranan pembesar vietnam
Sejarah hierarki dan peranan pembesar vietnamSejarah hierarki dan peranan pembesar vietnam
Sejarah hierarki dan peranan pembesar vietnamamirul ezuan
 
2.3 ( b) huraikan perkembangan ekonomi perdagangan di tanah melayu selepas ke...
2.3 ( b) huraikan perkembangan ekonomi perdagangan di tanah melayu selepas ke...2.3 ( b) huraikan perkembangan ekonomi perdagangan di tanah melayu selepas ke...
2.3 ( b) huraikan perkembangan ekonomi perdagangan di tanah melayu selepas ke...Nurul Atikah
 

What's hot (20)

Ciri Ekonomi Tradisional
Ciri Ekonomi TradisionalCiri Ekonomi Tradisional
Ciri Ekonomi Tradisional
 
Slaid Sejarah Ting 5 Bab 3
Slaid Sejarah Ting 5 Bab 3Slaid Sejarah Ting 5 Bab 3
Slaid Sejarah Ting 5 Bab 3
 
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIKANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
 
3.3 Kesan Darurat
3.3 Kesan Darurat3.3 Kesan Darurat
3.3 Kesan Darurat
 
Bab 2 KEBANGKITAN NASIONALISME
Bab 2 KEBANGKITAN NASIONALISMEBab 2 KEBANGKITAN NASIONALISME
Bab 2 KEBANGKITAN NASIONALISME
 
Faktor kemunculan ng bangsa
Faktor kemunculan ng bangsaFaktor kemunculan ng bangsa
Faktor kemunculan ng bangsa
 
Persidangan raja raja melayu
Persidangan raja raja melayuPersidangan raja raja melayu
Persidangan raja raja melayu
 
Sejarah T5 bab 5 pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !
Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !
Sejarah T5 bab 5 pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !
 
Ancaman komunis di malaysia
Ancaman komunis di malaysiaAncaman komunis di malaysia
Ancaman komunis di malaysia
 
Ancaman komunis di tanah melayu
Ancaman komunis di tanah melayuAncaman komunis di tanah melayu
Ancaman komunis di tanah melayu
 
Pengubahsuaian dalam pentadbiran di myanmar
Pengubahsuaian dalam pentadbiran di myanmarPengubahsuaian dalam pentadbiran di myanmar
Pengubahsuaian dalam pentadbiran di myanmar
 
Faktor & Kesan Perang Dunia Kedua
Faktor & Kesan Perang Dunia KeduaFaktor & Kesan Perang Dunia Kedua
Faktor & Kesan Perang Dunia Kedua
 
Pengubahsuaian pendidikan
Pengubahsuaian pendidikanPengubahsuaian pendidikan
Pengubahsuaian pendidikan
 
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepun
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepunBandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepun
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepun
 
Golongan Pemerintah
Golongan PemerintahGolongan Pemerintah
Golongan Pemerintah
 
Dasar & Kesan Pendudukan Jepun Ke Atas Perjuangan Mencapai Kemerdekaan Di Ind...
Dasar & Kesan Pendudukan Jepun Ke Atas Perjuangan Mencapai Kemerdekaan Di Ind...Dasar & Kesan Pendudukan Jepun Ke Atas Perjuangan Mencapai Kemerdekaan Di Ind...
Dasar & Kesan Pendudukan Jepun Ke Atas Perjuangan Mencapai Kemerdekaan Di Ind...
 
Penentangan myanmar
Penentangan myanmarPenentangan myanmar
Penentangan myanmar
 
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
 
Sejarah hierarki dan peranan pembesar vietnam
Sejarah hierarki dan peranan pembesar vietnamSejarah hierarki dan peranan pembesar vietnam
Sejarah hierarki dan peranan pembesar vietnam
 
2.3 ( b) huraikan perkembangan ekonomi perdagangan di tanah melayu selepas ke...
2.3 ( b) huraikan perkembangan ekonomi perdagangan di tanah melayu selepas ke...2.3 ( b) huraikan perkembangan ekonomi perdagangan di tanah melayu selepas ke...
2.3 ( b) huraikan perkembangan ekonomi perdagangan di tanah melayu selepas ke...
 

Similar to KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

CH1F5f
CH1F5fCH1F5f
CH1F5fcgsha
 
SEJARAH T5 KBSM BAB 1 - Kemunculan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara
SEJARAH T5 KBSM BAB 1 - Kemunculan Perkembangan Nasionalisme di Asia TenggaraSEJARAH T5 KBSM BAB 1 - Kemunculan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara
SEJARAH T5 KBSM BAB 1 - Kemunculan Perkembangan Nasionalisme di Asia TenggaraFasyah Tutor
 
Ulang kaji Bab 1 Tingkatan 5 Sejarah -Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalism...
Ulang kaji Bab 1 Tingkatan 5 Sejarah -Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalism...Ulang kaji Bab 1 Tingkatan 5 Sejarah -Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalism...
Ulang kaji Bab 1 Tingkatan 5 Sejarah -Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalism...Yow Si Tian
 
Bab 1-ting-5 Sejarah SPM
Bab 1-ting-5 Sejarah SPMBab 1-ting-5 Sejarah SPM
Bab 1-ting-5 Sejarah SPMnurul othman
 
Sejarah Tingkatan 5 Bab1
Sejarah Tingkatan 5 Bab1Sejarah Tingkatan 5 Bab1
Sejarah Tingkatan 5 Bab1Tuisyen Geliga
 
Sejarah Kertas 3 SPM 2017 - Bahan Bantu Jawapan
Sejarah Kertas 3 SPM 2017 -  Bahan Bantu JawapanSejarah Kertas 3 SPM 2017 -  Bahan Bantu Jawapan
Sejarah Kertas 3 SPM 2017 - Bahan Bantu JawapanTuisyen Geliga
 
Hist note form 5 chap 1
Hist note form 5 chap 1Hist note form 5 chap 1
Hist note form 5 chap 1far84
 
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahanNur Az
 
Note topik 2
Note topik 2Note topik 2
Note topik 2azlina_ab
 
dokumen.tips_kerajaan-awal-di-alam-melayu.pdf
dokumen.tips_kerajaan-awal-di-alam-melayu.pdfdokumen.tips_kerajaan-awal-di-alam-melayu.pdf
dokumen.tips_kerajaan-awal-di-alam-melayu.pdfzuhairmuazzammuhamad
 
03 Topik 2 - Konsep Etika dan Peradaban
03 Topik 2 - Konsep Etika dan Peradaban03 Topik 2 - Konsep Etika dan Peradaban
03 Topik 2 - Konsep Etika dan PeradabanStacksApp
 
Topik 2 - Konsep Etika dan Peradaban
Topik 2 - Konsep Etika dan PeradabanTopik 2 - Konsep Etika dan Peradaban
Topik 2 - Konsep Etika dan PeradabanLYANANATASHA2
 
Kemunculan & Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara
Kemunculan & Perkembangan Nasionalisme di Asia TenggaraKemunculan & Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara
Kemunculan & Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggaraisharsmiaa
 
Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siap
Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siapHsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siap
Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siapTatulrich Tatul
 
MPU21032 - KONSEP ETIKA & PERADABAN (2.1/2.2)
MPU21032 - KONSEP ETIKA & PERADABAN (2.1/2.2)MPU21032 - KONSEP ETIKA & PERADABAN (2.1/2.2)
MPU21032 - KONSEP ETIKA & PERADABAN (2.1/2.2)Stylist Girl
 

Similar to KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA (20)

CH1F5f
CH1F5fCH1F5f
CH1F5f
 
SEJARAH T5 KBSM BAB 1 - Kemunculan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara
SEJARAH T5 KBSM BAB 1 - Kemunculan Perkembangan Nasionalisme di Asia TenggaraSEJARAH T5 KBSM BAB 1 - Kemunculan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara
SEJARAH T5 KBSM BAB 1 - Kemunculan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara
 
Ulang kaji Bab 1 Tingkatan 5 Sejarah -Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalism...
Ulang kaji Bab 1 Tingkatan 5 Sejarah -Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalism...Ulang kaji Bab 1 Tingkatan 5 Sejarah -Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalism...
Ulang kaji Bab 1 Tingkatan 5 Sejarah -Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalism...
 
Bab 1-ting-5 Sejarah SPM
Bab 1-ting-5 Sejarah SPMBab 1-ting-5 Sejarah SPM
Bab 1-ting-5 Sejarah SPM
 
Nota sejarah!
Nota sejarah!Nota sejarah!
Nota sejarah!
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Sejarah Tingkatan 5 Bab1
Sejarah Tingkatan 5 Bab1Sejarah Tingkatan 5 Bab1
Sejarah Tingkatan 5 Bab1
 
Sejarah Kertas 3 SPM 2017 - Bahan Bantu Jawapan
Sejarah Kertas 3 SPM 2017 -  Bahan Bantu JawapanSejarah Kertas 3 SPM 2017 -  Bahan Bantu Jawapan
Sejarah Kertas 3 SPM 2017 - Bahan Bantu Jawapan
 
SJH 1106 (AT)
SJH 1106 (AT)SJH 1106 (AT)
SJH 1106 (AT)
 
Hist note form 5 chap 1
Hist note form 5 chap 1Hist note form 5 chap 1
Hist note form 5 chap 1
 
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
 
Note topik 2
Note topik 2Note topik 2
Note topik 2
 
dokumen.tips_kerajaan-awal-di-alam-melayu.pdf
dokumen.tips_kerajaan-awal-di-alam-melayu.pdfdokumen.tips_kerajaan-awal-di-alam-melayu.pdf
dokumen.tips_kerajaan-awal-di-alam-melayu.pdf
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
03 Topik 2 - Konsep Etika dan Peradaban
03 Topik 2 - Konsep Etika dan Peradaban03 Topik 2 - Konsep Etika dan Peradaban
03 Topik 2 - Konsep Etika dan Peradaban
 
Topik 2 - Konsep Etika dan Peradaban
Topik 2 - Konsep Etika dan PeradabanTopik 2 - Konsep Etika dan Peradaban
Topik 2 - Konsep Etika dan Peradaban
 
Kemunculan & Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara
Kemunculan & Perkembangan Nasionalisme di Asia TenggaraKemunculan & Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara
Kemunculan & Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara
 
Arnhy makalah
Arnhy makalahArnhy makalah
Arnhy makalah
 
Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siap
Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siapHsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siap
Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siap
 
MPU21032 - KONSEP ETIKA & PERADABAN (2.1/2.2)
MPU21032 - KONSEP ETIKA & PERADABAN (2.1/2.2)MPU21032 - KONSEP ETIKA & PERADABAN (2.1/2.2)
MPU21032 - KONSEP ETIKA & PERADABAN (2.1/2.2)
 

Recently uploaded

Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxErikaPuspita10
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfdemontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfIndri117648
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxc9fhbm7gzj
 

Recently uploaded (20)

Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfdemontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
 

KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

  • 1. KEMUNCULAN & PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA SEJARAH TINGKATAN 5
  • 2. IMPERIALISME BARAT DI A. TENGGARA • Imperialisme berasal daripada perkataan imperialste yang menggambarkan tentang kehebatan Empayar Napoleon. Konsep ini diperkenalkan di Perancis pada 1830-an. • Imperialisme bermaksud dasar perluasan kuasa sesebuah negara dalam meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu. • Ianya telah berlaku sejak Empayar Rom dan Yunani lagi. • Imperialisme moden bermula sejak abad ke-15 apabila kuasa Barat menguasai wilayah-wilayah di Amerika Latin, Afrika dan Asia.
  • 3.
  • 4. IMPERIALIS BARAT • Antara kuasa Barat yang terlibat dengan imperialisme di Asia Tenggara ialah Portugal, Sepanyol, Belanda, Perancis dan Amerika. • Portugal adalah antara yang terawal sebagai imperialis Barat apabila berjaya menawan Melaka pada 1511. • Pada mulanya, mereka bertujuan untuk menguasai kepentingan perdagangan rempah sahaja.
  • 5. • Tetapi apabila tercetus Revolusi Perindustrian di Eropah, persaingan antara kuasa Barat semakin sengit dan perluasan kuasa politik secara langsung telah berlaku. • Menjelang 1914, seluruh Asia Tenggara telah dijajah oleh Barat sepenuhnya kecuali Thailand. IMPERIALIS BARAT
  • 8. FAKTOR² IMPERIALISME BARAT • REVOLUSI PERINDUSTRIAN – Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah telah mengubah dasar imperialisme Barat di Timur. – Jika dahulu mereka bertujuan untuk mendapatkan barang dagangan seperti teh dan rempah sahaja. – Apabila berlaku perkembangan yang pesat dalam sektor perindustrian di Barat pada kurun ke-17, telah berlaku pengeluaran hasil perkilangan secara besar-besaran. Ini menyebabkan mereka memerlukan bekalan bahan mentah yang banyak dan berterusan.
  • 9. – Selain itu, mereka juga terpaksa mencari pasaran baru untuk memasarkan barangan mereka. – Ini menyebabkan berlakunya perluasan imperialisme yang pesat di Timur terutama sekali di China, India dan Asia Tenggara. – China dan India menjadi sasaran imperialisme Barat untuk menjadi pusat pasaran barangan mereka.
  • 10. • KEKAYAAN BAHAN MENTAH – Berbeza dengan India dan China, Asia Tenggara pula menjadi sasaran mereka untuk mendapatkan bekalan bahan mentah seperti bijih timah kerana Asia Tenggara sememangnya terkenal dengan kekayaan bahan mentahnya. – Tanah Melayu, Indonesia dan Thailand kaya dengan sumber bijih timah yang diperlukan Imperialis Barat.
  • 11. • SISTEM PENGANGKUTAN & PERHUBUNGAN – Ia juga didorong oleh kemajuan sistem pengangkutan dan perhubungan yang dialami oleh Imperialis Barat. – Penggunaan kapal berkuasa wap dapat mempercepatkan perjalanan antara Timur dan Barat. – Selain itu barang juga dapat diangkut dengan lebih banyak. – Pembukaan Terusan Suez juga pada 1869 juga turut memberi pengaruh yang besar dalam Imperialisme Barat ini kerana ia dapat memendekkan jarak dan masa untuk sampai ke Timur dari Barat.
  • 12. – Penciptaan telegraf juga membawa era baru dalam sistem perhubungan. Ini kerana Imperialis Barat dapat memberikan arahan kepada pegawai-pegawainya di tanah jajahan dengan lebih cepat dan mudah. – Ia juga lebih memudahkan urusan perniagaan serta menggalakkan perdagangan antarabangsa yang lebih pesat.
  • 13. • PERSAINGAN KUASA² BARAT – Imperialisme pada masa itu juga merupakan cara untuk meningkatkan imej negara. – Bagi mereka, semakin luas tanah jajahan semakin tinggi dan dihormati negara serta bangsa mereka. – Oleh itu, negara-negara Barat berlumba- lumba untuk menjadi kuasa besar.
  • 14. • BEBAN ORANG PUTIH/TUGAS MENYEBARKAN TAMADUN. – Slogan beban orang putih sering digunakan British dan Belanda untuk menjalankan imperialisme. Kedua-dua kuasa ini mendakwa mereka lebih maju dan bertamadun. – Mereka berasa bertanggungjawab memimpin orang Timur ke arah kehidupan yang lebih sejahtera. – Perancis berpegang kepada slogan tugas menyebarkan tamadun. Mereka berasa bertanggungjawab untuk mentamadunkan orang Timur. – Mubaligh Kristian juga berpendapat mereka bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian kepada penduduk tanah jajahan.
  • 15.
  • 17. PERUBAHAN SISTEM POLITIK • Sebelum kedatangan Imperialis Barat, negara-negara di Asia Tenggara mengamalkan sistem pemerintahan beraja. • Imperialis Barat berpendapat penguasaan terhadap politik negara jajahan sekaligus dapat menguasai ekonomi negara-negara jajahan. • Ini merupakan matlamat dasar Imperialisme Barat.
  • 18. PENGENALAN SISTEM BIROKRASI BARAT • Apabila kuasa-kuasa Barat mula menguasai Asia Tenggara, sistem birokrasi Barat telah diperkenalkan untuk menggantikan sistem pemerintahan beraja. • Antara ciri-ciri umum sistem Birokrasi Barat yang diperkenalkan di negara-negara Asia Tenggara ialah: – Penubuhan Kerajaan Pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan.
  • 19. – Pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan. • Gabenor Jeneral sebagai pemerintah tertinggi di negara-negara jajahan yang bertanggungjawab terus kepada Kementerian Hal Ehwal Jajahan di negara masing-masing. – Pelaksanaan pentadbiran melalui biro (jabatan). • Urusan pentadbiran dijalankan melalui biro-biro (jabatan-jabatan) yang diketuai oleh pegawai- pegawai Barat. PENGENALAN SISTEM BIROKRASI BARAT
  • 20. – Pelantikan pegawai Barat sebagai ketua biro. – Pengenalan undang-undang Barat. • Menggantikan undang-undang tempatan dan bahasa Barat dijadikan bahasa rasmi. PENGENALAN SISTEM BIROKRASI BARAT
  • 21. SISTEM BIROKRASI BARAT DI FILIPINA • Sebelum kedatangan Sepanyol, Filipina terdiri daripada daerah-daerah kecil dikenali sebagai barangay yang diperintah oleh golongan datu. • Di bahagian selatan Kepulauan Filipina pula wujud kerajaan-kerajaan Islam. • Setelah berjaya menguasai Filipina, Sepanyol kemudiannya memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat dengan Gabenor Jeneral sebagai pemerintah tertinggi di peringkat pusat.
  • 22. • Jawatan Ketua Datuk Bandar pula adalah sebagai Pentadbir Wilayah dan Gabenor Kecil sebagai Pentadbir Bandar. • Manakala pentadbiran pada peringkat tempatan pula dilaksanakan di bawah Sistem Encomienda. • Pemerintah sistem Encomienda ialah Encomiendero.
  • 23. • Tugas Encomiendero ialah: – Menjaga keamanan. – Mengutip cukai. – Mengkristiankan penduduk barangay. • Sistem Encomienda dibenci oleh penduduk Filipina kerana sistem ini mengenakan cukai yang tinggi dan kerahan tenaga kepada mereka. • Encomienda ialah penyatuan barangay-barangay. • Penyatuan barangay telah menyebabkan kemerosotan terhadap sistem pemerintahan tradisional dan pengaruh golongan datu.
  • 24. SISTEM BIROKRASI BARAT DI INDONESIA • Sebelum kedatangan Belanda, Indonesia terdiri daripada beberapa buah kerajaan yang berasingan seperti kerajaan Mataram dan Bantam di Jawa. • Kerajaan tersebut diketuai oleh raja dan dibantu oleh golongan pembesar. • Pada peringkat pentadbiran tempatan pula ia diketuai oleh pembesar daerah atau bupati (di Jawa). • Setelah Indonesia dikuasai, Belanda membahagikan pentadbiran kepada dua, iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan.
  • 25. • Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral yang bertanggungjawab terhadap kerajaan Belanda. • Pentadbiran tempatan merupakan pentadbiran peringkat rendah yang dijalankan oleh pembesar-pembesar tempatan di bawah pengawasan pegawai- pegawai Belanda. • Beberapa jabatan kerajaan ditubuhkan seperti Jabatan Pelajaran (1867) dan Jabatan Pertanian (1905).
  • 26. • Dewan-dewan Tempatan telah ditubuhkan dengan diwakili oleh orang-orang Eropah, Indonesia dan Cina. Dewan ini berfungsi sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tidak mempunyai kuasa perundangan. • 1916, Volksraad (Majlis Rakyat) yang dianggap satu langkah ke arah kemerdekaan telah diperkenalkan. Kewujudannya adalah kesan daripada desakan Sarekat Islam iaitu sebuah parti politik yang sangat berpengaruh ketika itu.
  • 27. SISTEM BIROKRASI BARAT DI BURMA • Sebelum kedatangan British, Burma telah mengamalkan sistem pemerintahan beraja di bawah Dinasti Konbaung. • Kemenangan British dalam Perang Inggeris-Burma III pada 1886 menyebabkan penguasaan British sepenuhnya terhadap Burma dan menghapuskan sistem pemerintahan beraja tersebut. • Pesuruhjaya Tinggi British telah menjadi pemerintah tertinggi di Burma. • Institusi Hluttaw (Majlis Diraja) telah hilang fungsi. Jawatan tradisi seperti wun, myothugyi, ahmudan, dan athi dimansuhkan.
  • 28. • Akta Kampung Ulu Burma 1887 dan Akta Perkampungan Burma 1889 telah melenyapkan sistem pentadbiran tradisional di Burma. • Pentadbiran daerah diambil alih oleh Myo-Ok (pegawai bandaran). • Sistem undang-undang Barat diperkenalkan dan dijadikan undang-undang utama. Undang-undang Barat mengambil alih fungsi raja sebagai penaung sami-sami Buddha. Ini menyebabkan kemerosotan pengaruh golongan agama.
  • 29. • Majlis Perundangan telah diperkenalkan dan jabatan-jabatan seperti kesihatan, perhutanan dan pelajaran diwujudkan. • Balai polis dan kem-kem tentera diwujudkan.
  • 30. SISTEM BIROKRASI BARAT DI TANAH MELAYU • Sebelum kedatangan Portugis, Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan dan konsep ini telah menjadi ikutan negeri-negeri di Tanah Melayu. • Sayangnya, selepas Portugis berjaya menakluk Melaka, institusi beraja ini telah merosot sedikit demi sedikit. • Selepas itu, Belanda pula telah menakluk Melaka dan menyebabkan institusi beraja ini terus terhapus. • Apabila British memerintah, Negeri-negeri Selat telah diwujudkan di mana Melaka, Pulau Pinang, dan Singapura telah digabungkan. Manakala, Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan telah digabungkan dan dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Begitu juga dengan, Negeri- negeri Melayu Tidak Bersekutu yang telah menggabungkan Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu dan Johor.
  • 31. • Pemerintah tertinggi bagi Negeri-negeri Selat ialah Gabenor yang dibantu oleh residen kaunselor bagi ketiga-ketiga negeri tersebut. Manakala, pentadbiran di peringkat kampung yang diketuai oleh penghulu telah dikekalkan. • British telah memperkenalkan Sistem Residen bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Sistem Penasihat bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. • Residen dan Penasihat ini di bawah Gabenor Negeri- negeri Selat. Tugas utama mereka ialah menasihati Sultan dalam semua perkara kecuali hal agama Islam dan adat istiadat Melayu.
  • 32. • British juga telah memperkenalkan perubahan lain seperti sistem kehakiman Barat, pelaksanaan sistem kutipan cukai, pembahagian negeri kepada beberapa daerah dan penubuhan balai polis. • Walaupun struktur pentadbiran di Negeri- negeri Melayu tidak berubah tetapi peranan raja dan pembesar Melayu telah terjejas.
  • 33. SISTEM BIROKRASI BARAT DI THAILAND • Sistem birokrasi Barat di Thailand telah diperkenalkan sendiri oleh rajanya, iaitu Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn. • Raja Mongkut telah melantik 80 orang penasihat Barat untuk mengetuai jabatan-jabatan yang ditubuhkan selain melatih pegawai-pegawai tempatan. • Penasihat kewangan, penasihat pelabuhan dan polis dibawa dari Britain. Manakala, penasihat kastam dan ketenteraan dibawa dari Amerika Syarikat dan Perancis. • Raja Chulalongkorn memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, Majlis Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Menteri.
  • 34. • Majlis Penasihat Rendah dan Majlis Mesyuarat Tertinggi merupakan badan penasihat raja dalam pentadbiran negara. • Kabinet Menteri pula terdiri daripada golongan bangsawan berpendidikan Barat yang mengetuai kementerian. • Bukan itu sahaja, juruaudit dari Britain juga telah dilantik untuk berkhidmat dalam perbendaharaan negara. • Kesan daripada itu, muncul golongan baru yang terdiri daripada pentadbir yang mempunyai kedudukan dalam birokrasi moden berdasarkan tahap pendidikan mereka.
  • 35. • 1932, sistem Raja Berperlembagaan sebagaimana di Barat telah diperkenalkan untuk menggantikan sistem raja berkuasa mutlak. • Perubahan yang dibuat ini telah mengurangkan pengaruh pembesar tradisional dan institusi raja. • Pemodenan pentadbiran yang dilakukan telah mengekalkan kemerdekaan Thailand sehingga kini di mana Thailand merupakan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tidak pernah dijajah oleh Imperialis Barat.
  • 36. SISTEM BIROKRASI BARAT DI INDOCHINA • Sebelum Perancis datang ke Indochina, negeri-negeri di Indochina ditadbir oleh sebuah kerajaan pusat berkuasa mutlak yang memberikan kuasa penuh kepada pembesar tempatan. • Setiap birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin. Golongan ini dipengaruhi oleh sistem pentadbiran Tanah Besar China. • Mereka dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan China. • Selepas Perancis menguasai Indochina, pentadbiran di situ diketuai oleh seorang Gabenor Jeneral yang bertanggungjawab terus kepada Tanah Jajahan di Paris. • Perancis telah membentuk kerajaan pusat dengan menubuhkan Union Indochinoise.
  • 37. • Union Indochinoise 1887 itu merupakan Persekutuan Indochina yang terdiri daripada Vietnam dan Kemboja. • Laos menyertainya pada tahun 1904. Ianya diketuai oleh Gabenor Jeneral dan Perancis menguasai keseluruhan pentadbiran. • Semua undang-undang di negara itu diluluskan oleh Parlimen Perancis. • Tetapi, pentadbiran kerajaan tempatan tidak dicampuri oleh kerajaan pusat, mereka hanya perlu membayar cukai dan menyediakan kerahan tenaga.
  • 38. KESAN² PENGENALAN SISTEM BIROKRASI BARAT • Institusi Beraja telah terhapus sebagaimana yang berlaku kepada Melaka dan Burma. • Peranan raja telah diambil alih oleh Imperialis Barat sebagaimana yang berlaku ke atas Tanah Melayu dan Indonesia. • Sistem Beraja berkuasa mutlak seperti Thailand telah digantikan dengan sistem Raja Berperlembagaan Barat. • Peranan raja sebagai penaung agama Buddha telah diambil alih sebagaimana yang berlaku di Burma.
  • 39. • Wilayah-wilayah atau negeri-negeri telah disatukan menjadi sebuah negara seperti yang berlaku di Persekutuan Tanah Melayu, Filipina, Indochina dan Indonesia. • Pengaruh pembesar-pembesar tradisional seperti golongan Mandarin di Indochina dan Datu di Filipina telah dihapuskan. • Sistem undang-undang Barat telah diperkenalkan oleh Imperialis Barat. • Sistem cukai yang baru diperkenalkan sebagaimana yang berlaku di Tanah Melayu. • Balai polis dan pasukan polis telah ditubuhkan.
  • 40. NASIONALISME DI ASIA TENGGARA • Nasionalisme bererti perasaan cintakan bangsa dan negara yang akan membawa kepada gerakan membebaskan tanah air tercinta dalam semua aspek sama ada politik, ekonomi atau sosial.
  • 41. FAKTOR² KEMUNCULAN NASIONALISME • DASAR PENJAJAHAN BARAT – Sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan tidak memberi peluang kepada rakyat tempatan dalam sistem pentadbiran moden di mana mereka terus kekal dalam ekonomi tradisional yang serba kekurangan. – Sebagai contoh, Sistem Tanaman Paksa (Indonesia) dan Sistem Polo (Filipina) jelas menunjukkan penindasan terhadap penduduk peribumi. – Sebagai contoh, penduduk tempatan di Indonesia ditindas dan dipaksa menjadi buruh oleh penjajah bagi menjalankan aktiviti pertanian menerusi Sistem Paksa.
  • 42. FAKTOR² KEMUNCULAN NASIONALISME • Penjajah juga mewujudkan jurang sosial dengan menganggap bahawa mereka berada dalam kelas mereka tersendiri. Mereka hanya layak bargaul dengan golongan elit tempatan yang terdiri daripada golongan bangsawan dan golongan pegawai kerajaan yang berpendidikan Barat. • Manakala, dasar terbuka penjajah terhadap kemasukan imigran telah menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat tempatan kerana penguasaan golongan terbabit dalam bidang ekonomi.
  • 43. • PENGARUH AGAMA – Faktor agama telah berjaya menyatukan rakyat tempatan untuk menghadapi penindasan, pengaruh budaya Barat dan agama Kristian. – Penubuhan Gerakan Islah di Tanah Melayu dan Indonesia serta Persatuan Belia Buddha (1906) di Burma menunjukkan peranan agama sebagai alat perpaduan dan golongan agama sebagai pencetus nasionalisme pada peringkat awal nasionalisme di Asia Tenggara. FAKTOR² KEMUNCULAN NASIONALISME
  • 44. • Gerakan Islah memperjuangkan Pan- Islamisme (penyatuan dunia Islam menentang penjajah Barat). • Agama Kristian yang diperkenalkan Sepanyol telah menyatupadukan penduduk peribumi untuk menentang kuasa tersebut. • Perkara ini berlaku kerana penganut Kristian berbangsa Sepanyol menganggap penganut Kristian tempatan adalah penganut kelas kedua. FAKTOR² KEMUNCULAN NASIONALISME
  • 45. • KARYA KESUSASTERAAN – Karya-karya yang dihasilkan menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penindasan penjajah yang akhirnya membangkitkan kesedaran rakyat dan cinta mereka kepada tanah air. – Sebagai contoh, di Filipina novel Noli Me Tangere karya Jose Rizal telah mencetuskan gerakan nasionalisme dan menjadi inspirasi terhadap gerakan nasionalisme di Asia Tenggara. – Manakala, di Indonesia pula cerpen Kerikil-kerikil Tajam dan Ke Makam Bonda karya Chairil Anuar begitu berpengaruh. Di Tanah Melayu pula, novel Putera Gunung Tahan karya Pak Sako adalah di antara novel-novel terkenal yang dapat membangkitkan semangat nasionalisme. FAKTOR² KEMUNCULAN NASIONALISME
  • 46. • SISTEM PENDIDIKAN – Sikap penjajah yang pilih kasih semasa menyediakan kemudahan pendidikan seperti mengutamakan sekolah yang menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar adalah salah satu faktor pemangkin nasionalisme Asia Tenggara. – Penjajah hanya memberikan pendidikan pada peringkat rendah dan terhad kepada golongan elit dan penduduk bandar. – Di Indonesia contohnya, anak golongan priyayi diberi pendidikan yang tersendiri dan diasingkan daripada anak orang kebanyakan. Sikap ini telah memecahkan perpaduan rakyat tempatan. – Di Burma pula, pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh yang diperkenalkan telah mengancam sekolah Buddha. – Manakala, di Tanah Melayu pula, lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan berbanding lepasan sekolah Inggeris. FAKTOR² KEMUNCULAN NASIONALISME
  • 47. • KEMUNCULAN GOLONGAN INTELEKTUAL – Golongan ini adalah golongan yang berpeluang melanjutkan pelajaran di Barat dan di Asia Barat serta didedahkan dengan idea falsafah Barat dan Islam. – Pengalaman mereka telah menyedarkan mereka bahawa pihak penjajah tidak mentadbir tanah jajahan sebaik mentadbir negara mereka sendiri. – Golongan ini telah memimpin gerakan nasionalisme selepas kembali ke tanah air yang pada mulanya hanya menuntut taraf hidup bangsa mereka dibela tetapi lama kelamaan berubah kepada meminta penjajah memerdekakan negara mereka. FAKTOR² KEMUNCULAN NASIONALISME
  • 48. • PENGARUH MEDIA MASSA – Akhbar dan majalah menyebarkan idea-idea nasionalis dan menanamkan perasaan antipenjajah kepada rakyat jelata. – Di Tanah Melayu, media massa seperti al-Ikhwan, Saudara, Warta Malaya dan Majlis adalah akhbar yang berpengaruh. Manakala, di Vietnam pula, akhbar yang berpengaruh adalah Tribune Indigene dan Cloche Felee. – Pihak penjajah menganggap perkembangan ini sebagai ancaman terhadap kepentingan politik mereka di tanah jajahan dan sikap mereka ini bertentangan dengan kebebasan akhbar yang diamalkan oleh negara mereka sendiri. FAKTOR² KEMUNCULAN NASIONALISME
  • 49. • SISTEM PERHUBUNGAN DAN PENGANGKUTAN – Dengan adanya perkhidmatan telefon dan telegraf, ianya telah memudahkan hubungan di kalangan nasionalis. – Pembinaan jalan raya dan jalan kereta api dapat menghubungkan kawasan-kawasan yang sebelum itu terpisah. – Hal ini telah memudahkan rakyat dan para pemimpin bertemu dan membincangkan idea- idea nasionalisme. FAKTOR² KEMUNCULAN NASIONALISME
  • 50. • PENGARUH LUAR – Kejayaan Jepun mengalahkan China pada 1895 dan Rusia pada 1905 telah membuka mata para nasionalis di Asia Tenggara kerana keupayaan sebuah negara kecil mengalahkan negara besar. – Perjuangan Mahatma Gandhi di India semasa menentang British juga telah memberikan para nasionalis satu inspirasi untuk menentang penjajah Barat. FAKTOR² KEMUNCULAN NASIONALISME
  • 51. PERKEMBANGAN NASIONALISME • Umumnya perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara terbahagi kepada dua tahap. • Tahap pertama merupakan penentangan penduduk tempatan secara terbuka tetapi bersifat setempat dan tidak berorganisasi. • Antara ciri-ciri lain ialah isu yang dibangkitkan ialah isu- isu kebudayaan, agama dan hak peribumi. • Pemimpin yang mengetuai pergerakan ini juga adalah golongan yang berpendidikan Barat dan Asia Barat.
  • 52. • Pemimpin-pemimpin ini lebih menekankan kesedaran politik daripada tindakan politik. • Mereka juga menuntut hak dan taraf hidup mereka dikembalikan serta dibaiki. • Mereka tidak menuntut kemerdekaan dengan segera. • Gerakan nasionalisme pada tahap kedua pula lebih radikal dan berorganisasi. Ini kerana gerakan nasionalisme pada tahap pertama tidak berjaya mencapai matlamatnya. PERKEMBANGAN NASIONALISME
  • 53. • Pemimpin yang memimpin gerakan pada tahap kedua ini adalah orang yang berpendidikan dan berpengetahuan luas dalam hal kebudayaan dan ilmu pengetahuan Barat. • Pemimpin gerakan nasionalisme ketika itu menyedari perubahan yang diperkenalkan oleh penjajah serta kesannya terhadap bangsa dan negara mereka. • Menuntut kemerdekaan dan membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat adalah matlamat perjuangan mereka. PERKEMBANGAN NASIONALISME
  • 54. GERAKAN NASIONALISME DI FILIPINA • Gerakan nasionalisme di Filipina adalah yang terawal di Asia Tenggara. • Tahap pertama gerakan ini merupakan gerakan dakyah. • Ia dipimpin oleh Jose Rizal yang sangat berpengaruh dan disokong oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat. • Mereka menuntut supaya Filipina diberi hak yang sama seperti bangsa Sepanyol, menuntut Filipina dijadikan wilayah Sepanyol dan bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara.
  • 55. • Apabila tuntutan mereka tidak mendapat perhatian dan tindakan sepenuhnya, Jose Rizal telah menubuhkan Liga Filipina pada 1892 untuk mendesak Sepanyol melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan sosial. • Kerajaan Sepanyol yang berasa terancam dengan tindakan tersebut telah menangkap dan Jose Rizal dan dibuang negeri ke Dapitan di Mindanao. • Jose Rizal kemudiannya dijatuhkan hukuman bunuh di atas tuduhan terlibat di dalam pemberontakan. • Walaupun dakyah ini berakhir tetapi gerakan nasionalisme ini telah melancarkan gerakan yang lebih radikal pada tahap kedua. GERAKAN NASIONALISME DI FILIPINA
  • 56. • Gerakan nasionalisme pada tahap kedua pula telah bermula apabila Katipunan ditubuhkan. • Katipunan telah ditubuhkan oleh Andres Bonifacio yang memulakan penentangan secara radikal ke atas Sepanyol. • Matlamat perjuangan gerakan ini ialah menyatukan bangsa Filipina dan mencapai kemerdekaan melalui revolusi. • Media cetak menjadi alat menyebarkan fahaman revolusi Katipunan kepada rakyat dan akhbar rasmi pertubuhan tersebut ialah Kalayan. GERAKAN NASIONALISME DI FILIPINA
  • 57. • Pada 1896, Katipunan telah melancarkan revolusi bersenjata menggulingkan pemerintahan Sepanyol tetapi gagal. • Pada 1897, Katipunan semakin lemah selepas kematian Bonifacio yang dihukum mati oleh Emilio Aguinaldo selepas berlaku persengketaan antara keduanya. • Emilio Aguinaldo merupakan anggota Katipunan yang sebelum itu telah dilantik sebagai Datuk Bandar di Cavite pada 1895. • Pada 1897, Aguinaldo dilantik sebagai Presiden Kerajaan Revolusi Filipina. GERAKAN NASIONALISME DI FILIPINA
  • 58. • Pada 1898, Aguinaldo telah mengadakan kerjasama dengan Amerika Syarikat dan berjaya mengusir Sepanyol daripada Filipina. • Malangnya, pengusiran tersebut telah menyebabkan penguasaan Amerika Syarikat ke atas Filipina. • 1899, Amerika tidak mengiktiraf pengisytiharan kemerdekaan Filipina yang telah dibuat oleh Aguinaldo. • Oleh itu, revolusi perjuangan yang sedia ada telah diteruskan oleh Aguinaldo sehinggalah beliau ditangkap pada 1901. GERAKAN NASIONALISME DI FILIPINA
  • 59. • Kerajaan Amerika terpaksa membenarkan penubuhan parti-parti politik sederhana. • Pada 1907, Sergio Osmena dari Parti Nasional yang memenangi pilihan raya tahun itu telah dilantik untuk mengetuai Dewan Perhimpunan. • Namun demikian, nasionalis Filipina hanya kembali menuntut kemerdekaan pada 1930- an melalui Perlembagaan apabila pucuk pimpinan Amerika Syarikat telah bertukar kepada yang lebih liberal. GERAKAN NASIONALISME DI FILIPINA
  • 60. GERAKAN NASIONALISME DI INDONESIA • Pada tahap pertama, gerakan nasionalis di Indonesia lebih menumpukan perhatian terhadap isu-isu pendidikan kerana mereka berpendapat hanya pendidikan sahaja yang dapat mengubah nasib rakyat Indonesia. • Raden Adjeng Kartini adalah nasionalis yang berusaha memajukan pendidikan khusus untuk kaum wanita. Karyanya seperti Habis Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan Seorang Puteri Jawa telah mendedahkan kemunduran rakyat Indonesia dan penindasan yang dilakukan oleh penjajah. • Perjuangannya telah menjadi sumber inspirasi kepada para nasionalis selepasnya untuk menubuhkan pertubuhan yang lebih tersusun.
  • 61. • Pada 1908, Dr. Wahidin Sudiro Usada telah menubuhkan Budi Utomo yang bertujuan untuk mengembangkan pendidikan Barat, memajukan kebudayaan dan ekonomi Indonesia. • Antara pertubuhan penting lain pada tahap ini ialah Muhammadiyah yang ditubuhkan pada 1912 bermatlamat menyebarkan Islam yang sebenar, menghindari ancaman sekularisme Barat dan agama Kristian. • Pertubuhan ini telah membina sekolah, klinik dan masjid untuk keperluan dan kepentingan penduduk tempatan. GERAKAN NASIONALISME DI INDONESIA
  • 62. • Pada tahap kedua pula, gerakan nasionalisme di Indonesia telah memperlihatkan perjuangan politik yang lebih radikal seperti Parti Komunis Indonesia (PKI), Sarekat Islam (SI), dan Parti Nasional Indonesia (PNI). • Parti-parti politik pada tahap ini lantang menuntut kemerdekaan Indonesia sekalipun dengan cara kekerasan. • Parti Nasional Indonesia pimpinan Soekarno begitu popular kerana perjuangannya mendapat perhatian dan berjaya mempengaruhi rakyat Indonesia. GERAKAN NASIONALISME DI INDONESIA
  • 63. • Belanda yang semakin tertekan telah menangkap pemimpin yang radikal termasuklah Soekarno dan mengharamkan Parti Nasional Indonesia. • Soekarno telah menubuhkan Parti Nasionalis Indonesia pada tahun 1927. • Beliau merupakan seorang pejuang yang radikal. • Beliau telah dipenjarakan oleh Belanda pada 1929- 1931. • Beliau telah dibuang ke Flores (Indonesia) pada 1934. • Beliau telah mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945 dan menjadi presiden pertama pada 1949. GERAKAN NASIONALISME DI INDONESIA
  • 64. GERAKAN NASIONALISME DI INDOCHINA • Gerakan nasionalisme tahap pertama di Indochina lebih tertumpu di Vietnam dan dipelopori oleh golongan bangsawan dan Mandarin. • Mereka cuba memulihkan pemerintahan Dinasti Nguyen dan berusaha mengembalikan sistem pentadbiran tradisional. • Selain itu, golongan menengah yang berpendidikan Barat pula, berusaha memperjuangkan pendidikan Barat di kalangan rakyat .
  • 65. • Seorang ketua gerakan ini iaitu Phan Boi Chau telah memimpin satu gerakan revolusi tetapi gagal dan akhirnya telah menubuhkan Viet Nam Quang Phu Hoi (VNQPH) dan melancarkan beberapa pemberontakan di Tongkin serta telah melancarkan gerakan dakyah di Vietnam. • Phan Boi Chau kemudiannya telah dipenjarakan dan gerakan yang ditubuhkannya telah diharamkan oleh Perancis. • Pada tahap kedua, gerakan nasionalisme yang ditubuhkan di Indochina lebih bersifat radikal kerana kegagalan parti-parti politik sederhana dalam mendapatkan kerjasama dengan Perancis. GERAKAN NASIONALISME DI INDOCHINA
  • 66. • Antara gerakan yang dimaksudkan ialah Viet Nam Quoc Dang Dang dan Parti Komunis Vietnam. Parti ini cuba menggulingkan Perancis dengan cara kekerasan dan menubuhkan kerajaan Republik Vietnam. • Perancis tidak berdiam diri dan telah menangkap pemimpin-pemimpin Viet Nam Quoc Dang Dang dan juga telah membunuh Nguyen Thai Hoc. • Ho Chi Minh daripada Parti Komunis Vietnam telah menyambung perjuangan Viet Nam Quoc Dang Dang iaitu menubuhkan kerajaan Republik secara revolusi. • Perancis berjaya menyekat perjuangan mereka dan ini telah memaksa Ho Chi Minh melarikan diri ke Hong Kong. GERAKAN NASIONALISME DI INDOCHINA
  • 67. • Kegagalan kedua-dua parti tersebut telah membentuk gerakan nasionalisme bercorak sederhana di bawah pimpinan Maharaja Bao Dai pada 1932. • Usaha-usaha pembaharuan yang dibuat oleh Maharaja Bao Dai telah disekat dan baginda dilarang daripada terlibat dengan gerakan nasionalisme. GERAKAN NASIONALISME DI INDOCHINA
  • 68. GERAKAN NASIONALISME DI BURMA • Pada tahap pertama, gerakan nasionalisme di Burma telah dijalankan oleh sami Buddha dan golongan elit berpendidikan Barat. • Pada 1906, golongan sami Buddha tersebut telah menubuhkan Persatuan Belia Buddha. • Penubuhannya bertujuan untuk mengekalkan tradisi Buddha dan memajukan pendidikan di kalangan rakyat Burma. • Mereka menggunakan ISU KASUT untuk membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan rakyat. Isu ini berpunca daripada sikap orang Inggeris yang telah menyebabkan kemarahan orang Burma kerana memakai kasut semasa memasuki kuil Buddha di Burma.
  • 69. • 1916, persatuan tersebut dipimpin pula oleh nasionalis yang radikal iaitu U Ba Pe dan ramai lagi. • 1920, pemimpin-pemimpin persatuan tersebut kemudiannya telah menubuhkan Majlis Persatuan Am Kesatuan-Kesatuan Burma. • Pada tahap kedua pula gerakan nasionalisme muncul apabila Laporan Montagu-Chelsford menyatakan Burma masih belum bersedia untuk memerintah sendiri. • 1920, Revolusi Pelajar tercetus apabila mereka menuntut penubuhan sebuah universiti untuk rakyat Burma. GERAKAN NASIONALISME DI BURMA
  • 70. • 1922, golongan Sami Buddha telah menubuhkan Majlis Am Sangha Sametggi yang mencetuskan Pemberontakan Saya San. • Nama pemberontakan tersebut diambil sempena nama pemimpinnya iaitu Saya San seorang bekas pongyi dan pemimpin di Tharawaddy. • 1930-an muncul pula Liga Anti Pemisahan yang menganggap pemisahan dengan India hanya akan melambatkan proses kemerdekaan. • Perlembagaan Burma 1935 telah membuka peluang Burma untuk berkerajaan sendiri. GERAKAN NASIONALISME DI BURMA
  • 71. • Pada 1935 juga golongan Thakin (siswazah universiti) menubuhkan Parti Dobama Asiayone untuk menuntut kemerdekaan. Pemimpinnya terdiri daripada Aung San, U Nu dan Kyaw Nein (Tuan). • 1937, Dr. Ba Maw yang memenangi pilihan raya telah dilantik sebagai Perdana Menteri pertama. GERAKAN NASIONALISME DI BURMA
  • 72. GERAKAN NASIONALISME DI THAILAND • Gerakan nasionalisme di Thailand berbeza dengan negara Asia Tenggara lain yang anti penjajah. • Ia sebaliknya bersifat antiraja berkuasa mutlak. • Sistem pendidikan Barat yang dipelajari telah mendedahkan mereka kepada fahaman liberal, sistem demokrasi, dan sistem raja berperlembagaan kepada golongan intelek di Thailand. • Kelemahan sistem pentadbiran yang dijalankan oleh Raja Vajiravudh menyebabkan rakyat tidak berpuas hati.
  • 73. • Akhirnya, pada 1932, Parti Rakyat telah ditubuhkan oleh Nai Pridi Panomyong dan Field Marshall Phibul Songram. • Pada tahun itu juga, Parti Rakyat telah melancarkan Revolusi Thai yang telah menamatkan sistem raja berkuasa mutlak. • Pada tahap kedua pula, gerakan nasionalisme disebabkan oleh rasa tidak puas hati rakyat terhadap penguasaan ekonomi oleh Kapitalis Barat dan orang Cina. • Semasa Phibul Songram menjadi Perdana Menteri, beliau meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina. GERAKAN NASIONALISME DI THAILAND
  • 74. • Bukan itu sahaja, sekolah Cina dan akhbar Cina juga telah dibubarkan. • Penduduk peribumi juga telah digalakkan bergiat aktif dalam aktiviti ekonomi. • Jawatan tertinggi dalam kerajaan pula hanya untuk penganut agama Buddha. • 1939, Phibul Songram telah menukar nama Siam kepada Thailand (Tanah Bebas). • Hasil kerjasamanya dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua, Thailand berjaya mendapatkan semula wilayah-wilayahnya di Indochina dan Tanah Melayu. GERAKAN NASIONALISME DI THAILAND