SlideShare a Scribd company logo
1 of 52
SISTEM KERAJAAN
AWAL ASIA
TENGGARA
PENDAHULUAN
 Pembentukan sistem kerajaan Asia
Tenggara pada zaman tradisional telah
dibentukkan hasil penyerapan
pengaruh-pengaruh luaran ke dalam
suatu teras yang bersifat asli.
 Pengaruh utara ini termasuk agama
Hindu, Buddha Theravada, Islam dan
faham Neo-Konfusianis.

 Pengaruh ini banyak terdapat dalam
sistem pentadbiran dan budaya kraton.

 Terdapat juga unsur-unsur kedua-dua
agama ini telah digabungkan.
 Oleh itu ramai sarjana merujuk kepada
tradisi Hindu-Buddha dalam sistem
kerajaan Asia Tenggara.

 Setelah negara-negara kepulauan
memeluk Islam upacara kraton dan
amalan-amalan dari zaman Hindu-
Buddha tidak hilang sama sekali.
 Dalam kursus ini kita akan mengkaji
bagaimana pengaruh-pengaruh ini telah
mencorakkan konsep kerajaan dan negara di
rantau ini.

 Kita juga akan cuba mengenal pasti
perubahan-perubahan yang dilaksanakan
oleh penjajahan dan melihat setakat mana
gangguan kepada susunan klasik ini telah
menyebabkan tindak balas masyarakat
tempatan kepada kuasa penjajah.
 Sesuai dengan pendekatan sejarah
"autonomous" Asia Tenggara, kita juga akan
menilai sama ada bentuk reaksi mereka
berpunca daripada sifat-sifat asli masyarakat
ini.

 Selanjutnya, kita juga akan dapat
menimbangkan setakat mana unsur-unsur
tradisional ini mempengaruhi cara negara-
negara Asia Tenggara menghadapi cabaran-
cabaran yang muncul selepas kemerdekaan.
PENGARUH LUAR
DAN SISTEM
KERAJAAN
 Pengaruh India yang meresapi Asia Tenggara
sejak abad ke-5 SM, telah membentuk
landasan sistem politik keseluruhan wilayah
ini kecuali Vietnam dan Filipina.

 Pengaruh agama-agama utama yang datang
kemudian telah membawa
pengubahsuaian, adaptasi dan asimilasi
terhadap sistem sebelumnya berdasarkan
keperluan masing-masing.
 Ahli-ahli sejarah telah merujuk negara-
negara Asia Tenggara mengikut tradisi
agama yang paling menonjol, seperti
negara-negara Buddha Theravada
(Burma, Siam, Kampuchea, Laos), nega
ra-negara Islam (Indonesia dan
Malaysia), negara Konfusianis
(Vietnam) dan negara Kristian
(Filipina).
Pengaruh Hindu-
Buddha
 Konsep asas yang menjadi teras sistem politik
berbentuk Hindu-Buddha ialah politi
galaktik, satu istilah yang telah dicipta oleh
S.J. Tambiah.

 Asas politi galatik ialah kepercayaan bahawa
keselarian wujud antara makrokosmos dan
mikrokosmos, iaitu antara alam semesta dan
alam manusia.

 Menurut kepercayaan ini nasib manusia tetap
dipengaruhi oleh kuasa-kuasa kosmik.
 Kuasa-kuasa ini boleh membawa
kemakmuran atau bencana bergantung
kepada setakat mana sesuatu
masyarakat, terutamanya raja, berjaya
menjalankan kegiatannya secara
berharmoni dengan dunia semesta.
 Kesejahteraan sesuatu negara boleh
dicapai dengan menyusunkannya dalam
bentuk yang sesuai dengan dunia
semesta.
 Dalam doktrin Hindu (Brahmin) mahupun
Buddha, dunia ini digambarkan dalam bentuk
bulatan-bulatan sepusat dengan Gunung
Meru di tengah-tengahnya.

 Dalam alam duniawi pula, kerajaan
(kingdom) dan ibu kota, sebagai
mikrokosmos, juga dibentukkan sedemikian
dengan istana atau quil sebagai Gunung
Merunya.
 Istana sebagai Gunung Meru
mikrokosmos, dianggap tempat yang
suci dan sesiapa yang mendekatinya
mesti menunjukkan penghormatan.

 Malah pengesahan kuasa raja datang
juga daripada taraf baginda sebagai
penghuni istana.
 Hakikat ini membawa bahaya pula
kerana jika pemberontak berjaya
menduduki istana, mereka boleh
mengisytiharkan bahawa seluruh
empayar itu telah ditakluki.

 Lantarannya, ramai raja Burma dan
Thai enggan meninggalkan istana
mereka.
 Kongkongan ini pula membawa
kerugian kerana raja-raja tidak
menerima gambaran yang tepat tentang
kedudukan dalam negeri.

 sebagai akibat semua matlumat
disampaikan kepada mereka melalui
saluran yang tidak langsung, dan
kadang-kadang maklumat itu
dipalsukan pula.
 Oleh sebab itu, keupayaan mereka
mempengaruhi perkembangan di luar
istana kadang-kadang amat terhad.

 Satu lagi prinsip kosmologi Hindu-
Buddha yang sering memandu susun
atur negara dan amalan pihak
pemerintahan ialah pegangan kepada
angka 33 yang mewakili 33 dewa yang
mendiami syurga di puncak Gunung
Meru.
 Justeru itu, kerajaan-kerajaan di Tanah
Besar Asia Tenggara
terutamanya, sering dibahagikan
kepada 32 wilayah dan raja sebagai
Indra (menepati jumlah 33 dewa
tersebut).

 Begitu juga, kerajaan Mon (Burma)
dibahagikan kepada tiga wilayah dan
setiap wilayah ini mengandungi 32
pekan di samping ibukota wilayah, dan
dengan itu akur kepada angka 33.
 Skema ini juga dibayangkan dalam amalan
diraja seperti raja utama yang diiringi oleh 32
orang putera raja, pengambilan 33 permaisuri
daripada 33 keturunan yang
berlainan, pemilikan 33 gajah puteh dan
sebagainya.

 Kosmologi India pula berasaskan gandaan
empat yang mewakili empat arah utama.

 Pematuhan kepada prinsip ini dicerminkan
dalam susun atur ibu kota dan juga dalam
hietarki pemerintahan.
 Contohnya, raja sering mempunyai
empat permaisuri utama dan empat
permaisuri rendah.

 Empat orang menteri utama dilantik
untuk tugas-tugas khas disamping
menguasai empayar berkenaan.
 Demikianlah didapati empat ketua
menteri (wun-gyi) dalam kerajaan
Burma (Ava).

 Di negara Thai terdapat Empat
(senabodi) daripada enam menteri telah
dipertugaskan untuk menjaga wilayah-
wilayah tertentu.
 Menteri-menteri ini ialah
kalahom, mahattliai, phraklang, dan
krom muang.

 Satu lagi aspek utama politi galatik ialah
konsep "devaraja" atau "divine
kingship".
 Menurut agama Hindu, raja dianggap
sebagai penjelmaan dewa, kebanyakan
masa dewa Siva, seperti yang dipercayai
di Jawa dan Kampuchea purba.
 Bagi negara yang menerima pengaruh
Buddha Theravada yang tidak
menerima konsep penjelmaan itu
menganggap raja-raja telah dianugerahi
wahyu berdasarkan "karma" dan jasa-
jasa kepada agama mereka dalam
kehidupan-kehidupan sebelumnya.
 Sebagai pengantara antara
makrokosmos dan mikrosmos, dan
sebagai dhammaraja tugas utama raja
dianggap sebagai pemeliharaan dan
pemulihan ketenteraman serta
pencegahan bencana sosial seperti
wabak, kemarau dan banjir.

 Tugas ini dilakukan dengan memenuhi
pelbagai upacara serta pengumpulan
pahala (merit) yang dipanggil hpon di
Burma dan bun di negara Thai.
 Antara kewajipan-kewajipan raja ialah
berfungsi sebagai penaung dan
pengembang agama, menjamin
pengekalan adat resam.

 Di samping itu, raja yang mempunyai banyak
pahala akan mendatangkan keamanan dan
kesuburan kepada negaranya, manfaat seperti
ini yang dinikmati oleh rakyat jelata akan
memberi pengesahan kepada
pemerintahannya.

 Walaupun konsep devaraja telah
mengurniakan kuasa mutlak kepada raja-
raja, baginda masih boleh dicabar.
 Hura-hara, bencana alam dan penyakit
dianggap sebagai tanda-tanda bahawa
raja tidak mempunyai moral yang tinggi
atau keupayaan memerintah.

 Dalam kedudukan ini, pemberontakan
oleh rakyat adalah dibenarkankan.
 Oleh sebab itu gerakan "millenarian" sering
muncul. Tambahan pula seseorang
pemberontak juga boleh mempergunakan
konsep devaraja ini untuk membolehkan
mereka merampas kuasa.

 Selain daripada itu, ialah peranan raja
sebagai cakkavatti atau raja sejagat yang
didakwa sebagai pemerintah yang terulung di
dunia dan justeru itu semua manusia harus
patuh kepada baginda.
 Cakkavatti juga perlu membuktikan
kehandalannya sebagai penakluk dunia
melalui kemenangan ketenteraan yang
berterusan.

 Satu lagi unsur Buddha Theravada yang
telah menyederhanakan kemutlakan
raja ialah kewujudan segolongan rahib
(sangha) yang dianggap berupaya
mengawal kuasa raja berdasarkan
teladan dan ajaran mereka.
 Pengetahuan sangha ini dalam bidang
kosmologi juga merupakan suatu faktor
yang memperkuatkan pengaruh mereka
dalam bidang politik.

 Pengaruh mereka telah menjadi begitu
kuat di negara Thai menjelang separuh
kedua abad ke-18 sehingga didapati
bahawa raja Thai tidak dapat
memerintah tanpa restu sangha.
 Tambahan pula, di negara Thai dan
Burma setiap lelaki diwajibkan tinggal
di biara untuk mendalami pengetahuan
agama dan anak-anak raja atau
golongan bangsawan tidak terkecuali.

 Dalam tempoh ini mereka mungkin
terpengaruh oleh rahib-rahib tertentu.
Di samping itu, terdapat juga anak-anak
raja yang memegang jawatan tinggi
dalam hierarki sangha.
 Namun demikian, pertalian yang rapat
ini juga sering melahirkan ketegangan
dan persaingan antara
sangha, terutamanya dari segi
penguasaan tenaga manusia dan
pengutipan hasil.

 Selain daripada itu, sangha ini tidak lagi
menghadkan perhatian mereka kepada
kegiatan dan upacara kraton tetapi
telah meresapi semua aspek kehidupan
kaum petani.
 Kuil-kuil telah menjudi pusat
pendidikan dan kegiatan sosial di
kawasan desa dan rahib-rahib ini
semakin terlibat dalam kegelisahan desa
dan memimpinnya.

 Ciri ketiga politi galaktik ialah konsepsi
bahawa wilayah di bawah penguasaan
seseorang raja merupakan sebuah
mandala, namun hujah ini tidak
dibincangkan oleh Heine-Geldern.
Konsep Mandala
 Mandala ini biasanya mengandungi tiga
bulatan sepusat yang mewakili wilayah-
wilayah yang menerima darjah penguasaan
yang berlainan.

 Di tengah-tengah mandala ialah ibu kota dan
kawasan di bawah penguasaan langsung raja.

 Di sekelilingnya ialah wilayah-wilayah yang
diperintah oleh putera-putera dan gabenor-
gabenor yang dilantik oleh raja.
 Di sekeliling wilayah-wilayah ini pula
ialah jajahan-jajahan takluk yang
terikat kepada kuasa pusat melalui
hubungan penguftian.

 Jelas bahawa penguasaan raja terhadap
wilayah-wilayah ini semakin lemah
dengan jarak yang semakin jauh antara
wilayah itu dengan ibu kota.

 Konsep mandala ini adalah secocok
dengan konsep bahawa kuasa diraja
berpancar dari sesuatu pusat, iaitu
istana atau ibu kota.

 Oleh sebab itulah kerajaan-kerajaan
zaman tradisional dinamakan mengikut
ibu kotanya.
 Susunan mandat ini kelihatan dalam
kerajaan Ayuthya seperti digambarkan
oleh Abu Talib seperti di bawah:

 "Di pusat bulatan-bulatan ini terdapat ibu kota dan di tengahnya istana
raja. Kawasan ibu kota ini dikelilingi oleh wilayah diraja yang dikuasai
secara terus oleh raja dari istananya. Di bulatan yang kedua pula yakni di
empat sudut utama (timur, barat, selatan dan utara) terdapat muang atau
provinsi yang diperintah oleli anak-anak raja ataupun keturunan mereka.
Wilayah yang diperintah oleh anak-anak raja boleh disifatkan sebagai
negeri-negeri yang hampir bebas tetapi dianggap juga sebagai mempunyai
taraf anak-anak kepada provinsi ibu kota. Wilayah ini merupakan
pemberian daripada raja yang memerintah dan berikutnya ditadbirkan
dengan cara yang sama seperti yang dilakukan di wilayah diraja (ibu
kota). Di samping itu anak-anak raja juga perlu memberikan kejasama
kepada ayah mereka dari segi pertahanan bersama dan penaklukan.
 Di luar daripada kedua-dua bulatan ini
terdapat pula bulatan ketiga yang mengandungi
negeri-negeri yang bebas tetapi apabila negeri-
negeri ini ditakluk, negeri-negeeri itu
dikehendaki membayar ufti. Ringkasnya, di
bulatan ketiga ini tidak terdapat penguasaan
politik dari pusat secara terus tetapi sebaliknya
huhungan di mana wilayah mengakui ketuanan
pusat. Di Negara Thai, kerajaan Patani dan
Isan adalah termasuk dalam hubungan seperti
ini."
Mandala Pertama
(Ibu Kota)
Mandala kedua
(wilayah gabenor)
Mandala
ketiga
(Tanah
Jajahan)
 Susunan ini telah dirombak pada awal
zaman Bangkok, dengan jumlah muang
ditingkatkan dan muang-muang ini pula
dikelaskan mengikut kepentingan
mereka kepada istana.

 Sehubungan dengan konsep mandala ini
didapati bahawa kerajaan-kerajaan ini
tidak menpunyai birokrasi yang
kukuh, terutamanya untuk
menguruskan hal-hal wilayah.
 Walaupun wujud susunan kementerian
mengikut tugas, pembahagian tugas itu
tidak begitu jelas atau ketat.

 Aspek yang lebih menonjol ialah
penguasaan wilayah-wilayah tertentu
oleh putera-putera raja atau pembesar-
pembesar.
 Umpamanya, di negara Thai walaupun
mengikut pembahagian tugas, Kalahom
bertanggungjawab untuk hal-hal tentera
sementara Mahatthai
bertanggungjawab untuk hal-hal
awam, mereka lebih dikenali sebagai
ketua wilayah untuk bahagian selatan
dan bahagian utara masing-masing.
 Penguasaan wilayah oleh putera-putera
raja dan pembesar-pembesar sering
bertelagah dalam hubungan antara
pusat dan wilayah.

 Contohnya apabila putera-putera raja
atau pembesar-pembesar ini
menggunakan asas kekuatan mereka di
wilayah untuk mencabar kuasa pusat.
Kesimpulan
 Pemerintahan dalam politi-politi ini
adalah lebih berlandaskan perhubungan
pengufitan daripada kawalan kewangan
dan kehakiman.

 Dari segi teorinya raja memiliki semua
tanah, mempunyai hak memungut cukai
dan memegang kuasa pengadilan
terulung.
 Tetapi dari segi amalan, corak
penentuan kuasa, pengerahan tenaga
manusia, pungutan cukai dan ganjaran
tersebar di kalangan pembesar-
pembesar.

 Ini bermakna bahawa sistem sebenar
yang wujud itu tidak bersifat terpusat
atau birokratik.
 Tambahannya, “dinamika-dinamika
organisasi politik” ditentukan oleh:

– perikatan yang pasang-surut
– penguasaan wilayah yang berubah
– perebutan takhta
– pemberontakan yang kerap.
 Ibu kota dan istana yang berubah itu
bukanlah merupakan pusat-pusat yang
mempunyai sempadan yang tetap (atau
jelas) tetapi sebaliknya merupakan
kawasan yang berkembang atau
mengecil penguasaannya.

 Walaupun retorik dan ideologi
menegaskan raja berkuasa
mutlak, tetapi hakikatnya ialah
kewujudan pusat-pusat kekuasaan
menyebabkan mereka saling
bertandingan.
 Keupayaan raja-raja mengawal sumber-
sumber ekonomi dan mengumpul
kekayaan serta pengagihan semula
kepada para pembesar dan pengikut
merupakan elemen utama untuk
mengekalkan ketaatan mereka dan
selanjutnya menjamin perpaduan
negara.
Hen Gap Lai

More Related Content

What's hot

Kesan Dasar Imperialisme kepada semangat Nasionalisme
Kesan Dasar Imperialisme kepada semangat NasionalismeKesan Dasar Imperialisme kepada semangat Nasionalisme
Kesan Dasar Imperialisme kepada semangat Nasionalismeamiraaa96
 
Pengurusan penasihatan murid
Pengurusan penasihatan muridPengurusan penasihatan murid
Pengurusan penasihatan muridAzurah Razak
 
Struktur sbub
Struktur sbubStruktur sbub
Struktur sbubfiro HAR
 
Sejarah malaysia dan asia tenggara
Sejarah malaysia dan asia tenggaraSejarah malaysia dan asia tenggara
Sejarah malaysia dan asia tenggaraaminahjhr9811
 
Campur Tangan British Di Burma (Myanmar)
Campur Tangan British Di Burma (Myanmar)Campur Tangan British Di Burma (Myanmar)
Campur Tangan British Di Burma (Myanmar)Russlan Ssvs
 
Sejarah dunia pemerintahan beraja di china
Sejarah dunia pemerintahan beraja di chinaSejarah dunia pemerintahan beraja di china
Sejarah dunia pemerintahan beraja di chinaNURFITRAH ZAINAL
 
Pengaruh agama hindhu dan buddha dalam kerajaan awal
Pengaruh agama hindhu dan buddha dalam kerajaan awalPengaruh agama hindhu dan buddha dalam kerajaan awal
Pengaruh agama hindhu dan buddha dalam kerajaan awalnoorulshuhadah
 
Strategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksiaStrategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksiaFatiha Khaidzir
 
sejarah penggal 2 stpm-Pengubahsuaian di indonesia
sejarah penggal 2 stpm-Pengubahsuaian di indonesia sejarah penggal 2 stpm-Pengubahsuaian di indonesia
sejarah penggal 2 stpm-Pengubahsuaian di indonesia Syazwani Idris
 
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)saadiah alidrus
 
KARYA AGUNG Topik 1 sejarah
KARYA AGUNG Topik 1   sejarahKARYA AGUNG Topik 1   sejarah
KARYA AGUNG Topik 1 sejarahHasnah Bukini
 
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonialBab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonialfiro HAR
 
Pengaruh hindu buddha
Pengaruh hindu buddhaPengaruh hindu buddha
Pengaruh hindu buddhafarsya1305
 
Bab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaBab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaAmir Firdaus
 
Pendidikan alam sekitar merentas kurikulum
Pendidikan alam sekitar merentas kurikulumPendidikan alam sekitar merentas kurikulum
Pendidikan alam sekitar merentas kurikulumSarina Juma
 

What's hot (20)

Kesan Dasar Imperialisme kepada semangat Nasionalisme
Kesan Dasar Imperialisme kepada semangat NasionalismeKesan Dasar Imperialisme kepada semangat Nasionalisme
Kesan Dasar Imperialisme kepada semangat Nasionalisme
 
Pertahanan
PertahananPertahanan
Pertahanan
 
Pengurusan penasihatan murid
Pengurusan penasihatan muridPengurusan penasihatan murid
Pengurusan penasihatan murid
 
Penebangan hutan
Penebangan hutanPenebangan hutan
Penebangan hutan
 
Struktur sbub
Struktur sbubStruktur sbub
Struktur sbub
 
Sejarah malaysia dan asia tenggara
Sejarah malaysia dan asia tenggaraSejarah malaysia dan asia tenggara
Sejarah malaysia dan asia tenggara
 
Campur Tangan British Di Burma (Myanmar)
Campur Tangan British Di Burma (Myanmar)Campur Tangan British Di Burma (Myanmar)
Campur Tangan British Di Burma (Myanmar)
 
Sejarah dunia pemerintahan beraja di china
Sejarah dunia pemerintahan beraja di chinaSejarah dunia pemerintahan beraja di china
Sejarah dunia pemerintahan beraja di china
 
Pengaruh agama hindhu dan buddha dalam kerajaan awal
Pengaruh agama hindhu dan buddha dalam kerajaan awalPengaruh agama hindhu dan buddha dalam kerajaan awal
Pengaruh agama hindhu dan buddha dalam kerajaan awal
 
Strategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksiaStrategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksia
 
sejarah penggal 2 stpm-Pengubahsuaian di indonesia
sejarah penggal 2 stpm-Pengubahsuaian di indonesia sejarah penggal 2 stpm-Pengubahsuaian di indonesia
sejarah penggal 2 stpm-Pengubahsuaian di indonesia
 
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)
 
KARYA AGUNG Topik 1 sejarah
KARYA AGUNG Topik 1   sejarahKARYA AGUNG Topik 1   sejarah
KARYA AGUNG Topik 1 sejarah
 
Dasar negara
Dasar negaraDasar negara
Dasar negara
 
Negeri negeri melayu
Negeri negeri melayuNegeri negeri melayu
Negeri negeri melayu
 
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonialBab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
 
Pengaruh hindu buddha
Pengaruh hindu buddhaPengaruh hindu buddha
Pengaruh hindu buddha
 
Bab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaBab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysia
 
Sukhotai
SukhotaiSukhotai
Sukhotai
 
Pendidikan alam sekitar merentas kurikulum
Pendidikan alam sekitar merentas kurikulumPendidikan alam sekitar merentas kurikulum
Pendidikan alam sekitar merentas kurikulum
 

Similar to 20120323170318 kuliah 2 sistem kerajaan awal asia tenggara

Masyarakat Pra sejarah awal & Pra sejarah Akhir
Masyarakat Pra sejarah awal & Pra sejarah AkhirMasyarakat Pra sejarah awal & Pra sejarah Akhir
Masyarakat Pra sejarah awal & Pra sejarah Akhirfiro HAR
 
Sistem feudal di asia tenggara
Sistem feudal di asia tenggaraSistem feudal di asia tenggara
Sistem feudal di asia tenggarafiro HAR
 
Tajuk sejarah spm 2012
Tajuk sejarah spm 2012Tajuk sejarah spm 2012
Tajuk sejarah spm 2012eppy25
 
Esei kebudayaan melayu
Esei kebudayaan melayuEsei kebudayaan melayu
Esei kebudayaan melayuStudent
 
BAB 6: SISTEM PEMERINTAHAN
BAB 6: SISTEM PEMERINTAHANBAB 6: SISTEM PEMERINTAHAN
BAB 6: SISTEM PEMERINTAHANsyaffiqahroslan
 
Bab 5 kedudukan dan kuasa raja dalam fatwa di malaysia
Bab 5 kedudukan dan kuasa raja dalam fatwa di malaysiaBab 5 kedudukan dan kuasa raja dalam fatwa di malaysia
Bab 5 kedudukan dan kuasa raja dalam fatwa di malaysiawmkfirdaus
 
6. Pengurusan Tamadun
6. Pengurusan Tamadun6. Pengurusan Tamadun
6. Pengurusan Tamadunbangaukambing
 
6. Pengurusan Tamadun
6. Pengurusan Tamadun6. Pengurusan Tamadun
6. Pengurusan Tamadunratna elva
 
Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional
Strata Sosial Masyarakat Melayu TradisionalStrata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional
Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisionalgeehamid
 
Bab 8 - Pengaruh Islam di Malaysia
Bab 8 - Pengaruh Islam di Malaysia Bab 8 - Pengaruh Islam di Malaysia
Bab 8 - Pengaruh Islam di Malaysia panitiasejarahsgb
 
Bab 8 - Pengaruh Islam di Malaysia
Bab 8 - Pengaruh Islam di MalaysiaBab 8 - Pengaruh Islam di Malaysia
Bab 8 - Pengaruh Islam di Malaysiapanitiasejarahsgb
 
Bab 8 - Pengaruh Islam Di Malaysia
Bab 8 - Pengaruh Islam Di MalaysiaBab 8 - Pengaruh Islam Di Malaysia
Bab 8 - Pengaruh Islam Di Malaysiapanitiasejarahsgb
 
Bab 8 - Pengaruh Islam Di Malaysia
Bab 8 - Pengaruh Islam Di MalaysiaBab 8 - Pengaruh Islam Di Malaysia
Bab 8 - Pengaruh Islam Di Malaysiapanitiasejarahsgb
 
INSTITUSI PEMERINTAHAN.pptx
INSTITUSI PEMERINTAHAN.pptxINSTITUSI PEMERINTAHAN.pptx
INSTITUSI PEMERINTAHAN.pptxAlyssaShahira1
 
BAB 5 TAMADUN CINA.ppt
BAB 5 TAMADUN CINA.pptBAB 5 TAMADUN CINA.ppt
BAB 5 TAMADUN CINA.pptRoyMusa
 
hikayat merong mahawangsa
hikayat merong mahawangsahikayat merong mahawangsa
hikayat merong mahawangsaEika Sempoi
 

Similar to 20120323170318 kuliah 2 sistem kerajaan awal asia tenggara (20)

Masyarakat Pra sejarah awal & Pra sejarah Akhir
Masyarakat Pra sejarah awal & Pra sejarah AkhirMasyarakat Pra sejarah awal & Pra sejarah Akhir
Masyarakat Pra sejarah awal & Pra sejarah Akhir
 
Sistem feudal di asia tenggara
Sistem feudal di asia tenggaraSistem feudal di asia tenggara
Sistem feudal di asia tenggara
 
Tajuk sejarah spm 2012
Tajuk sejarah spm 2012Tajuk sejarah spm 2012
Tajuk sejarah spm 2012
 
Esei kebudayaan melayu
Esei kebudayaan melayuEsei kebudayaan melayu
Esei kebudayaan melayu
 
BAB 6: SISTEM PEMERINTAHAN
BAB 6: SISTEM PEMERINTAHANBAB 6: SISTEM PEMERINTAHAN
BAB 6: SISTEM PEMERINTAHAN
 
Bab 5 kedudukan dan kuasa raja dalam fatwa di malaysia
Bab 5 kedudukan dan kuasa raja dalam fatwa di malaysiaBab 5 kedudukan dan kuasa raja dalam fatwa di malaysia
Bab 5 kedudukan dan kuasa raja dalam fatwa di malaysia
 
6. Pengurusan Tamadun
6. Pengurusan Tamadun6. Pengurusan Tamadun
6. Pengurusan Tamadun
 
6. Pengurusan Tamadun
6. Pengurusan Tamadun6. Pengurusan Tamadun
6. Pengurusan Tamadun
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional
Strata Sosial Masyarakat Melayu TradisionalStrata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional
Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional
 
Tut0rial 3
Tut0rial 3Tut0rial 3
Tut0rial 3
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Bab 8 - Pengaruh Islam di Malaysia
Bab 8 - Pengaruh Islam di Malaysia Bab 8 - Pengaruh Islam di Malaysia
Bab 8 - Pengaruh Islam di Malaysia
 
Bab 8 - Pengaruh Islam di Malaysia
Bab 8 - Pengaruh Islam di MalaysiaBab 8 - Pengaruh Islam di Malaysia
Bab 8 - Pengaruh Islam di Malaysia
 
Bab 8 - Pengaruh Islam Di Malaysia
Bab 8 - Pengaruh Islam Di MalaysiaBab 8 - Pengaruh Islam Di Malaysia
Bab 8 - Pengaruh Islam Di Malaysia
 
Bab 8 - Pengaruh Islam Di Malaysia
Bab 8 - Pengaruh Islam Di MalaysiaBab 8 - Pengaruh Islam Di Malaysia
Bab 8 - Pengaruh Islam Di Malaysia
 
INSTITUSI PEMERINTAHAN.pptx
INSTITUSI PEMERINTAHAN.pptxINSTITUSI PEMERINTAHAN.pptx
INSTITUSI PEMERINTAHAN.pptx
 
BAB 5 TAMADUN CINA.ppt
BAB 5 TAMADUN CINA.pptBAB 5 TAMADUN CINA.ppt
BAB 5 TAMADUN CINA.ppt
 
hikayat merong mahawangsa
hikayat merong mahawangsahikayat merong mahawangsa
hikayat merong mahawangsa
 
Bmm kkp
Bmm  kkpBmm  kkp
Bmm kkp
 

20120323170318 kuliah 2 sistem kerajaan awal asia tenggara

  • 2. PENDAHULUAN  Pembentukan sistem kerajaan Asia Tenggara pada zaman tradisional telah dibentukkan hasil penyerapan pengaruh-pengaruh luaran ke dalam suatu teras yang bersifat asli.
  • 3.  Pengaruh utara ini termasuk agama Hindu, Buddha Theravada, Islam dan faham Neo-Konfusianis.   Pengaruh ini banyak terdapat dalam sistem pentadbiran dan budaya kraton.   Terdapat juga unsur-unsur kedua-dua agama ini telah digabungkan.
  • 4.  Oleh itu ramai sarjana merujuk kepada tradisi Hindu-Buddha dalam sistem kerajaan Asia Tenggara.   Setelah negara-negara kepulauan memeluk Islam upacara kraton dan amalan-amalan dari zaman Hindu- Buddha tidak hilang sama sekali.
  • 5.  Dalam kursus ini kita akan mengkaji bagaimana pengaruh-pengaruh ini telah mencorakkan konsep kerajaan dan negara di rantau ini.   Kita juga akan cuba mengenal pasti perubahan-perubahan yang dilaksanakan oleh penjajahan dan melihat setakat mana gangguan kepada susunan klasik ini telah menyebabkan tindak balas masyarakat tempatan kepada kuasa penjajah.
  • 6.  Sesuai dengan pendekatan sejarah "autonomous" Asia Tenggara, kita juga akan menilai sama ada bentuk reaksi mereka berpunca daripada sifat-sifat asli masyarakat ini.   Selanjutnya, kita juga akan dapat menimbangkan setakat mana unsur-unsur tradisional ini mempengaruhi cara negara- negara Asia Tenggara menghadapi cabaran- cabaran yang muncul selepas kemerdekaan.
  • 8.  Pengaruh India yang meresapi Asia Tenggara sejak abad ke-5 SM, telah membentuk landasan sistem politik keseluruhan wilayah ini kecuali Vietnam dan Filipina.   Pengaruh agama-agama utama yang datang kemudian telah membawa pengubahsuaian, adaptasi dan asimilasi terhadap sistem sebelumnya berdasarkan keperluan masing-masing.
  • 9.  Ahli-ahli sejarah telah merujuk negara- negara Asia Tenggara mengikut tradisi agama yang paling menonjol, seperti negara-negara Buddha Theravada (Burma, Siam, Kampuchea, Laos), nega ra-negara Islam (Indonesia dan Malaysia), negara Konfusianis (Vietnam) dan negara Kristian (Filipina).
  • 11.  Konsep asas yang menjadi teras sistem politik berbentuk Hindu-Buddha ialah politi galaktik, satu istilah yang telah dicipta oleh S.J. Tambiah.   Asas politi galatik ialah kepercayaan bahawa keselarian wujud antara makrokosmos dan mikrokosmos, iaitu antara alam semesta dan alam manusia.   Menurut kepercayaan ini nasib manusia tetap dipengaruhi oleh kuasa-kuasa kosmik.
  • 12.  Kuasa-kuasa ini boleh membawa kemakmuran atau bencana bergantung kepada setakat mana sesuatu masyarakat, terutamanya raja, berjaya menjalankan kegiatannya secara berharmoni dengan dunia semesta.  Kesejahteraan sesuatu negara boleh dicapai dengan menyusunkannya dalam bentuk yang sesuai dengan dunia semesta.
  • 13.  Dalam doktrin Hindu (Brahmin) mahupun Buddha, dunia ini digambarkan dalam bentuk bulatan-bulatan sepusat dengan Gunung Meru di tengah-tengahnya.   Dalam alam duniawi pula, kerajaan (kingdom) dan ibu kota, sebagai mikrokosmos, juga dibentukkan sedemikian dengan istana atau quil sebagai Gunung Merunya.
  • 14.  Istana sebagai Gunung Meru mikrokosmos, dianggap tempat yang suci dan sesiapa yang mendekatinya mesti menunjukkan penghormatan.   Malah pengesahan kuasa raja datang juga daripada taraf baginda sebagai penghuni istana.
  • 15.  Hakikat ini membawa bahaya pula kerana jika pemberontak berjaya menduduki istana, mereka boleh mengisytiharkan bahawa seluruh empayar itu telah ditakluki.   Lantarannya, ramai raja Burma dan Thai enggan meninggalkan istana mereka.
  • 16.  Kongkongan ini pula membawa kerugian kerana raja-raja tidak menerima gambaran yang tepat tentang kedudukan dalam negeri.   sebagai akibat semua matlumat disampaikan kepada mereka melalui saluran yang tidak langsung, dan kadang-kadang maklumat itu dipalsukan pula.
  • 17.  Oleh sebab itu, keupayaan mereka mempengaruhi perkembangan di luar istana kadang-kadang amat terhad.   Satu lagi prinsip kosmologi Hindu- Buddha yang sering memandu susun atur negara dan amalan pihak pemerintahan ialah pegangan kepada angka 33 yang mewakili 33 dewa yang mendiami syurga di puncak Gunung Meru.
  • 18.  Justeru itu, kerajaan-kerajaan di Tanah Besar Asia Tenggara terutamanya, sering dibahagikan kepada 32 wilayah dan raja sebagai Indra (menepati jumlah 33 dewa tersebut).   Begitu juga, kerajaan Mon (Burma) dibahagikan kepada tiga wilayah dan setiap wilayah ini mengandungi 32 pekan di samping ibukota wilayah, dan dengan itu akur kepada angka 33.
  • 19.  Skema ini juga dibayangkan dalam amalan diraja seperti raja utama yang diiringi oleh 32 orang putera raja, pengambilan 33 permaisuri daripada 33 keturunan yang berlainan, pemilikan 33 gajah puteh dan sebagainya.   Kosmologi India pula berasaskan gandaan empat yang mewakili empat arah utama.   Pematuhan kepada prinsip ini dicerminkan dalam susun atur ibu kota dan juga dalam hietarki pemerintahan.
  • 20.  Contohnya, raja sering mempunyai empat permaisuri utama dan empat permaisuri rendah.   Empat orang menteri utama dilantik untuk tugas-tugas khas disamping menguasai empayar berkenaan.
  • 21.  Demikianlah didapati empat ketua menteri (wun-gyi) dalam kerajaan Burma (Ava).   Di negara Thai terdapat Empat (senabodi) daripada enam menteri telah dipertugaskan untuk menjaga wilayah- wilayah tertentu.
  • 22.  Menteri-menteri ini ialah kalahom, mahattliai, phraklang, dan krom muang.   Satu lagi aspek utama politi galatik ialah konsep "devaraja" atau "divine kingship".  Menurut agama Hindu, raja dianggap sebagai penjelmaan dewa, kebanyakan masa dewa Siva, seperti yang dipercayai di Jawa dan Kampuchea purba.
  • 23.  Bagi negara yang menerima pengaruh Buddha Theravada yang tidak menerima konsep penjelmaan itu menganggap raja-raja telah dianugerahi wahyu berdasarkan "karma" dan jasa- jasa kepada agama mereka dalam kehidupan-kehidupan sebelumnya.
  • 24.  Sebagai pengantara antara makrokosmos dan mikrosmos, dan sebagai dhammaraja tugas utama raja dianggap sebagai pemeliharaan dan pemulihan ketenteraman serta pencegahan bencana sosial seperti wabak, kemarau dan banjir. 
  • 25.  Tugas ini dilakukan dengan memenuhi pelbagai upacara serta pengumpulan pahala (merit) yang dipanggil hpon di Burma dan bun di negara Thai.  Antara kewajipan-kewajipan raja ialah berfungsi sebagai penaung dan pengembang agama, menjamin pengekalan adat resam. 
  • 26.  Di samping itu, raja yang mempunyai banyak pahala akan mendatangkan keamanan dan kesuburan kepada negaranya, manfaat seperti ini yang dinikmati oleh rakyat jelata akan memberi pengesahan kepada pemerintahannya.   Walaupun konsep devaraja telah mengurniakan kuasa mutlak kepada raja- raja, baginda masih boleh dicabar.
  • 27.  Hura-hara, bencana alam dan penyakit dianggap sebagai tanda-tanda bahawa raja tidak mempunyai moral yang tinggi atau keupayaan memerintah.   Dalam kedudukan ini, pemberontakan oleh rakyat adalah dibenarkankan.
  • 28.  Oleh sebab itu gerakan "millenarian" sering muncul. Tambahan pula seseorang pemberontak juga boleh mempergunakan konsep devaraja ini untuk membolehkan mereka merampas kuasa.   Selain daripada itu, ialah peranan raja sebagai cakkavatti atau raja sejagat yang didakwa sebagai pemerintah yang terulung di dunia dan justeru itu semua manusia harus patuh kepada baginda.
  • 29.  Cakkavatti juga perlu membuktikan kehandalannya sebagai penakluk dunia melalui kemenangan ketenteraan yang berterusan.   Satu lagi unsur Buddha Theravada yang telah menyederhanakan kemutlakan raja ialah kewujudan segolongan rahib (sangha) yang dianggap berupaya mengawal kuasa raja berdasarkan teladan dan ajaran mereka.
  • 30.  Pengetahuan sangha ini dalam bidang kosmologi juga merupakan suatu faktor yang memperkuatkan pengaruh mereka dalam bidang politik.   Pengaruh mereka telah menjadi begitu kuat di negara Thai menjelang separuh kedua abad ke-18 sehingga didapati bahawa raja Thai tidak dapat memerintah tanpa restu sangha.
  • 31.  Tambahan pula, di negara Thai dan Burma setiap lelaki diwajibkan tinggal di biara untuk mendalami pengetahuan agama dan anak-anak raja atau golongan bangsawan tidak terkecuali.   Dalam tempoh ini mereka mungkin terpengaruh oleh rahib-rahib tertentu. Di samping itu, terdapat juga anak-anak raja yang memegang jawatan tinggi dalam hierarki sangha.
  • 32.  Namun demikian, pertalian yang rapat ini juga sering melahirkan ketegangan dan persaingan antara sangha, terutamanya dari segi penguasaan tenaga manusia dan pengutipan hasil.   Selain daripada itu, sangha ini tidak lagi menghadkan perhatian mereka kepada kegiatan dan upacara kraton tetapi telah meresapi semua aspek kehidupan kaum petani.
  • 33.  Kuil-kuil telah menjudi pusat pendidikan dan kegiatan sosial di kawasan desa dan rahib-rahib ini semakin terlibat dalam kegelisahan desa dan memimpinnya.   Ciri ketiga politi galaktik ialah konsepsi bahawa wilayah di bawah penguasaan seseorang raja merupakan sebuah mandala, namun hujah ini tidak dibincangkan oleh Heine-Geldern.
  • 35.  Mandala ini biasanya mengandungi tiga bulatan sepusat yang mewakili wilayah- wilayah yang menerima darjah penguasaan yang berlainan.   Di tengah-tengah mandala ialah ibu kota dan kawasan di bawah penguasaan langsung raja.   Di sekelilingnya ialah wilayah-wilayah yang diperintah oleh putera-putera dan gabenor- gabenor yang dilantik oleh raja.
  • 36.  Di sekeliling wilayah-wilayah ini pula ialah jajahan-jajahan takluk yang terikat kepada kuasa pusat melalui hubungan penguftian.   Jelas bahawa penguasaan raja terhadap wilayah-wilayah ini semakin lemah dengan jarak yang semakin jauh antara wilayah itu dengan ibu kota. 
  • 37.  Konsep mandala ini adalah secocok dengan konsep bahawa kuasa diraja berpancar dari sesuatu pusat, iaitu istana atau ibu kota.   Oleh sebab itulah kerajaan-kerajaan zaman tradisional dinamakan mengikut ibu kotanya.
  • 38.  Susunan mandat ini kelihatan dalam kerajaan Ayuthya seperti digambarkan oleh Abu Talib seperti di bawah:   "Di pusat bulatan-bulatan ini terdapat ibu kota dan di tengahnya istana raja. Kawasan ibu kota ini dikelilingi oleh wilayah diraja yang dikuasai secara terus oleh raja dari istananya. Di bulatan yang kedua pula yakni di empat sudut utama (timur, barat, selatan dan utara) terdapat muang atau provinsi yang diperintah oleli anak-anak raja ataupun keturunan mereka. Wilayah yang diperintah oleh anak-anak raja boleh disifatkan sebagai negeri-negeri yang hampir bebas tetapi dianggap juga sebagai mempunyai taraf anak-anak kepada provinsi ibu kota. Wilayah ini merupakan pemberian daripada raja yang memerintah dan berikutnya ditadbirkan dengan cara yang sama seperti yang dilakukan di wilayah diraja (ibu kota). Di samping itu anak-anak raja juga perlu memberikan kejasama kepada ayah mereka dari segi pertahanan bersama dan penaklukan.
  • 39.  Di luar daripada kedua-dua bulatan ini terdapat pula bulatan ketiga yang mengandungi negeri-negeri yang bebas tetapi apabila negeri- negeri ini ditakluk, negeri-negeeri itu dikehendaki membayar ufti. Ringkasnya, di bulatan ketiga ini tidak terdapat penguasaan politik dari pusat secara terus tetapi sebaliknya huhungan di mana wilayah mengakui ketuanan pusat. Di Negara Thai, kerajaan Patani dan Isan adalah termasuk dalam hubungan seperti ini."
  • 40. Mandala Pertama (Ibu Kota) Mandala kedua (wilayah gabenor) Mandala ketiga (Tanah Jajahan)
  • 41.  Susunan ini telah dirombak pada awal zaman Bangkok, dengan jumlah muang ditingkatkan dan muang-muang ini pula dikelaskan mengikut kepentingan mereka kepada istana.   Sehubungan dengan konsep mandala ini didapati bahawa kerajaan-kerajaan ini tidak menpunyai birokrasi yang kukuh, terutamanya untuk menguruskan hal-hal wilayah.
  • 42.  Walaupun wujud susunan kementerian mengikut tugas, pembahagian tugas itu tidak begitu jelas atau ketat.   Aspek yang lebih menonjol ialah penguasaan wilayah-wilayah tertentu oleh putera-putera raja atau pembesar- pembesar.
  • 43.  Umpamanya, di negara Thai walaupun mengikut pembahagian tugas, Kalahom bertanggungjawab untuk hal-hal tentera sementara Mahatthai bertanggungjawab untuk hal-hal awam, mereka lebih dikenali sebagai ketua wilayah untuk bahagian selatan dan bahagian utara masing-masing.
  • 44.  Penguasaan wilayah oleh putera-putera raja dan pembesar-pembesar sering bertelagah dalam hubungan antara pusat dan wilayah.   Contohnya apabila putera-putera raja atau pembesar-pembesar ini menggunakan asas kekuatan mereka di wilayah untuk mencabar kuasa pusat.
  • 46.  Pemerintahan dalam politi-politi ini adalah lebih berlandaskan perhubungan pengufitan daripada kawalan kewangan dan kehakiman.   Dari segi teorinya raja memiliki semua tanah, mempunyai hak memungut cukai dan memegang kuasa pengadilan terulung.
  • 47.  Tetapi dari segi amalan, corak penentuan kuasa, pengerahan tenaga manusia, pungutan cukai dan ganjaran tersebar di kalangan pembesar- pembesar.   Ini bermakna bahawa sistem sebenar yang wujud itu tidak bersifat terpusat atau birokratik.
  • 48.  Tambahannya, “dinamika-dinamika organisasi politik” ditentukan oleh:  – perikatan yang pasang-surut – penguasaan wilayah yang berubah – perebutan takhta – pemberontakan yang kerap.
  • 49.  Ibu kota dan istana yang berubah itu bukanlah merupakan pusat-pusat yang mempunyai sempadan yang tetap (atau jelas) tetapi sebaliknya merupakan kawasan yang berkembang atau mengecil penguasaannya. 
  • 50.  Walaupun retorik dan ideologi menegaskan raja berkuasa mutlak, tetapi hakikatnya ialah kewujudan pusat-pusat kekuasaan menyebabkan mereka saling bertandingan.
  • 51.  Keupayaan raja-raja mengawal sumber- sumber ekonomi dan mengumpul kekayaan serta pengagihan semula kepada para pembesar dan pengikut merupakan elemen utama untuk mengekalkan ketaatan mereka dan selanjutnya menjamin perpaduan negara.