SlideShare a Scribd company logo
1 of 19
Download to read offline
Isi Kandungan
Pendahuluan____________________________________________________2
Definisi________________________________________________________3
Latar Belakang Persatuan__________________________________________5
Carta Organisasi Persatuan ________________________________________6
Matlamat dan Objektif ____________________________________________7
Pendekatan Persatuan_____________________________________________8
Kepakaran dan Kekuatan__________________________________________10
Perancangan____________________________________________________11
Program Khas___________________________________________________13
Penutup________________________________________________________15
Rujukan _______________________________________________________16
Lampiran_______________________________________________________17
2
Pendahuluan
Dakwah Islamiyah bukanlah perkara baharu tetapi ianya merupakan kesinambungan
daripada dakwah para Nabi AS yang terdahulu dimulai dengan Nabi Adam AS sehinggalah Nabi
Muhammad SAW. Perjuangan dakwah ini tidak terhenti di zaman Nabi Muhammad sahaja,
malah diteruskan lagi oleh para sahabat, tabiin, tabi’ tabiin, ulama dan lain-lain lagi sehinggalah
ke hari ini.
Dakwah bukan sahaja terhad kepada golongan-golongan ulama, mufti, orang alim dan
lain-lain tetapi ianya wajib kepada seluruh kaum Muslim. Dakwah juga, bukan sahaja kepada
golongan Non-Muslim tetapi ianya juga kepada kaum Muslim itu sendiri. Sepertimana yang
dilakukan oleh Persatuan Belia Masjid Selangor (PBMS) mereka telah mewujudkan satu
persatuan dimana berdirinya demi untuk mengembangkan dakwah Islamiyah di Malaysia
khususnya Selangor. Dengan tertubuhnya persatuan ini, pelbagai cara dilakukan bagi
mengembangkan kembali Islam.
Oleh itu, dakwah haruslah diteruskan oleh setiap Muslim tanpa mengira penat dan lelah
demi untuk memartabatkan kembali Islam. Hubungan diantara Muslim dan Non-Muslim juga
haruslah dijaga sepertimana Sirah Islam yang telah mencatatkan hubungan diantara Muslim dan
Non-Muslim sejak tertubuhnya Negara Islam pertama di Madinah di bawah pimpinan Nabi
Muhammad SAW dan diikuti dengan pemerintahan khalifah-khalifah selepas baginda.
Hubungan ini haruslah berkekalan dan dakwah juga haruslah berkekalan seiring dengan apa yang
dituntut oleh agama.
3
Definisi
Dakwah
Perkataan dakwah berasal dari perkataan Arab yang membawa erti seruan, panggilan atau
ajakan. Seruan yang digunakan dalam dakwah bertujuan untuk mengajak seseorang baik dalam
melakukan sesuatu kegiatan atau dalam merubah pola serta kebiasaan hidup. Dari kata Seruan,
dakwah memiliki banyak erti yang boleh digunakan secara meluas tidak hanya dalam Agama,
dimana perkataan dakwah sering digunakan namun seruan yang diberikan boleh dimaksudkan
sebagai perkara positif ataupun negatif.1
Dr. Muslih al-Bayumi (1976) mendefinsikan dakwah itu sebagai pelaksanaan alim
ulama’ dan orang-orang yang memahami agama, mengajar orang ramai supaya mereka dapat
memahami perkara-perkara agama dan dunia sekadar kuasa yang ada pada mereka. Zaidan
(1978) mendefinisikan dakwah sebagai panggilan ke jalan Allah S.W.T. iaitu agama Islam
agama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Yusuf al-Qardhawi (1983)
menakrifkan dakwah sebagai satu usaha menarik orang lain kepada agama Islam supaya
mengikut petunjuk Allah S.W.T. dan melaksanakan segala ketentuan Allah S.W.T.2
Muhammad al-Ghazali (1985) pula menegaskan bahawa dakwah adalah satu program
yang sempurna dan lengkap, kesemua peringkatnya mengandungi semua jenis ilmu pengetahuan
yang diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup serta bagi
menyingkap petunjuk jalan yang akan menyinari kehidupan mereka.
Di dalam al-Quran, perkataan dakwah disebut sebanyak 198 kali dalam 55 surah dan
dalam 176 ayat. Ayat-ayat tersebut sebahagian besarnya turun di Makkah iaitu sebanyak 141
ayat, 30 ayat turun di Madinah dan 5 ayat lagi terdapat perbezaan pendapat antara turun di
Makkah dan Madinah.
1
Muhammad Yusof Marlon Abdullah, Razaleigh Muhamat, Mariam Abd. Majid, Dr. SyarulAzman, Ain Natasha, Nur
Fida’iy. Meodologi Dakwah terhadap Bukan Muslim. KUIS. Selangor.
2
Syahrul Faizaz Binti Abdullah. Kefahaman Tentang Konsep Asas Dakwah Islamiah dan Metodologi Dakwah Islamiah
di Kalangan Pelajar-pelajar Institut Agama Islam Kedah (INSANIAH).
4
Oleh yang demikian, ilmu mesti mendahului sebelum seseorang pendakwah
menyampaikan dakwahnya. Dengan ilmu dapat membimbing seseorang kearah pencapaian
dakwah yang cemerlang begitu juga ilmu dakwah mesti bersandarkan dengan wahyu iaitu al-
Quran dan al-Sunnah.
Istilah Non-Muslim
Istilah ini merujuk kepada orang-orang yang belum kembali kepada Islam atau bukan
beragama Islam atau yang mempunyai kepercayaan atau agama selain dari agama Islam. Istilah
Non-Muslim lebih ideal untuk digunakan dalam konteks dakwah berbanding istilah-istilah yang
lain seperti al-Kufr, al-Munafiq dan al-Syirik kerana ketiga-tiga istilah ini lebih sesuai untuk
diasimilasikan terhadap golongan yang menolak Islam setelah sampai kepadanya kebenaran.
Maka tidak adil untuk disama-ratakan kesemua golongan bukan Islam sebagai tiga golongan
tersebut.
Zaidan (1976) membahagikan orang bukan Islam kepada tiga bahagian, iaitu:
i. Golongan atasan, dimana biasanya lebih banyak menentang dakwah dan sukar
untuk diajak kepada Islam kerana ingin mempertahankan kedudukan mereka.
ii. Golongan orang awam, yang biasanya lebih senang menerima dakwah kerana
mereka tiada apa-apa kepentingan untuk menolak Islam.
iii. Golongan munafik, yang sering melakukan kerosakan dalaman masyarakat
Islam. Mereka juga susah untuk menerima dakwah kerana terikat dengan
kepentingan mereka.
5
Latar Belakang Persatuan Belia Masjid Selangor
Persatuan Belia Masjid Selangor (PBMS) telah ditubuhkan secara rasminya pada tahun
2008 bertarikh 17 Julai dimana bertempat di Pusat Kegiatan Ibadah dan Riadah, Sukida Resort,
Sungai Tekala, Semenyih, Selangor. Pada asalnya, persatuan ini hanyalah bergerak atas dasar
menyahut seruan Allah untuk memakmurkan masjid-masjid, dan juga bagi merealisasikan tujuan
pembinaan kemudahan di masjid dengan sebaik-baiknya, sebagaimana yang dibawa serta
diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.3
Persatuan Belia Masjid Selangor (PBMS) merasakan bahawa perlunya program-program
yang mampu mengimarahkan masjid terutamanya melibatkan kalangan para belia. Bermula dari
itulah pihak PBMS mengambil inisiatif menubuhkan persatuan yang didaftarkan di bawah
Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia serta mencari peluang mengadakan program-program
agar masjid-masjid yang sedia ada mampu dimanfaatkan sepenuhnya mengikut acuan Kitabullah
iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya.
Tercetusnya idea untuk menubuhkan persatuan ini bermula atas landasan aktiviti-aktiviti
yang pernah diadakan di kawasan masjid-masjid bermula dari tahun 2006 lagi. Antara aktiviti-
aktiviti itu ialah Program Kelas Bimbingan secara percuma pada setiap hari ahad di beberapa
masjid di mukim Semenyih, Program khatan anak-anak asnaf bersama Lembaga Zakat Selangor
di Masjid Raja Alang, Beranang dan Program Ambang Kasih iaitu perkhemahan 3 hari 2 malam
di kawasan Masjid Felda Bukit Damar.
Pihak PBMS juga telah mengadakan perbincangan bersama Pegawai Kanan dari
Cawangan Sahsiah di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan kemudian beliau
mencadangkan agar usaha-usaha sebegini sewajarnya diteruskan serta patut didaftarkan sebagai
sebuah pertubuhan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia 2007,
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Atas dorongan tersebut, pihak PBMS telah terpanggil
untuk mendaftarkan persatuan ini dan berjaya disijilkan pada tarikh 17 Julai 2008.
3
En. Mohd Aliff bin Mohd Razuki, Pengerusi Persatuan Belia Masjid Selangor.
6
Carta organisasi PBMS
PENGERUSI
En.Mohd Aliff B. Mohd Razuki
TIMB. PENGERUSI
En. Ahmad Darun Naim B.Mohamed Ali
NAIB PENGERUSI
En. Shahril B. Mohamad En Zulkifli Chek Din
SETIAUSAHA
En.Aswadi B. AbdJalil
BENDAHARI
Pn. Zaira Aniza Bt. Samsudin
PEN. SETIAUSAHA
Cik Mazlina Binti Adan
PEMERIKSA KIRA-KIRA
Pn. Nurliyana Bt Hashim
Cik Haslinah Bt Roslan
AHLI JAWATANKUASA
En. Izwan Razif B Mohd
Johar
Cik Sharidatul Akma Bt.
Mohd Zin
Cik Nur Syafinas Binti
Roslan
Pn. Maria Binti Samuri
En. Mohamad Syahir bin
Mohamad Saharif
Pn. Khairun Nisaa Bt Mat
Saad
Cik Safinah Bt Ismail
7
Matlamat dan Objektif
Persatuan Belia Masjid Selangor (PBMS) meletakkan matlamat dan objektif mereka
adalah untuk memberikan khidmat kepada masyarakat setempat khususnya dan masyarakat
Malaysia amnya melalui beberapa langkah iaitu:4
Pertamanya adalah menjadikan objektifnya sebagai salah satu landasan untuk
mengimarahkan Masjid-masjid khususnya di Selangor, Malaysia. Ini kerana, kebanyakan masjid
kini kekurangan ahlinya tidak kira yang muda mahupun yang tua. Masjid hanya dijadikan tempat
persinggahan sahaja dan bukannya rumah kedua buat masyarakat muslim tidak seperti zaman
Rasulullah dahulu. Oleh itu, Persatuan Belia Masjid Selangor meletakkan objektif utamanya
adalah untuk mengimarahkan masjid seperti yang dilakukan oleh Nabi dan Para Sahabat.
Keduanya adalah dengan mewujudkan silaturrahim dikalangan para belia dan penduduk
di seluruh kawasan masjid-masjid negeri Selangor khususnya dan Malaysia amnya. Para belia
kini lebih banyak tertumpu pada media sosial semata dan amat tidak menjalinkan hubungan
silaturrahim diantara penduduk, sedangkan para belia adalah waris kepada kekuatan agama,
bangsa dan Negara. Namun kini para belia tidak lagi mempedulikannya, ini kerana mereka telah
lalai di buai hanyut oleh barat yang ingin melemahkan akidah mereka. Oleh itu, satu
tanggungjawab buat Persatuan Belia Masjid Selangor untuk mengembalikan kembali
silaturrahim dikalangan belia dan penduduk.
Ketiganya pula adalah dengan mewujudkan rasa kasih sayang serta percaya mempercayai
antara satu sama lain melalui aktiviti yang dijalankan. Dengan kasih sayang ini masyarakat dapat
mewujudkan sifat percaya antara satu sama lain dan mampu menggalas tugas-tugas yang telah
diamanahkan oleh masyarakat. Seterusnya, menambahkan ilmu dan kemahiran anak-anak
didalam bidang lain disamping penguasaan akademik yang cemerlang dan dalam pada masa
yang sama juga bersama berusaha menjadikan Institusi Masjid sebagai pusat penyatuan ummah
dan bebas dari sebarang perpecahan serta berusaha membetulkan tanggapan atau paradigma
ummah terhadap peranan masjid yang sebenar.
4
Mohd Aliff Razuki. Profile Persatuan Belia Masjid Selangor. 2016
8
Pendekatan Persatuan Belia Masjid Selangor
Persatuan Belia Masjid Selangor (PBMS) mempunyai beberapa perkara utama dalam
pendekatan dakwahnya, dimana Persatuan Belia Masjid Selangor lebih memfokus kan
pendekatan dakwahnya kepada para belia Muslim yang berumur 15 hingga 40 tahun. Ini kerana
mereka merupakan pelapis Agama, bangsa dan Negara yang akan meneruskan legasi dakwah
mereka.
Selain itu, Persatuan Belia Masjid Selangor juga melakukan pendekatan dakwahnya
terhadap Non-Muslim iaitu golongan orang asli. Perkara utama yang dilaksanakan oleh persatuan
ini dimana ia meliputi kepada tiga teras utama iaitu pendidikan, pembanguna modal insan dan
pembangunan teknologi maklumat. Ketiga-tiga perkara utama ini merupakan teras kepada
aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan Belia Masjid Selangor dan diantara aktiviti yang
dilakukan terhadap golongan belia Muslim adalah melalui:5
1. Pendidikan
1.1 Projek Memperkasakan ilmu (e-Pembelajaran & projek wifi) di masjid
1.2 Program Pelita Hati
2. Pembangunan Modal Insan
2.1 Jawatankuasa Kecil Persatuan Belia Masjid Selangor (JKKBM)
2.2 Program-program pengimarahan Masjid
2.3 Fasilitator JAIS
2.4 Pelapis jawatankuasa pengurusan masjid
2.5 Institut Tahfiz Quran Lil Muttaqin (INSTAQLIM)
5
Ibid no4
9
3. Pembangunan Teknologi Maklumat
3.1 Pembangunan Sistem e-Pembelajaran
3.2 Pangkalan Data
3.2 Portal P-Masjid
3.3 Projek e-jawi
Manakala pendekatan dakwahnya terhadap golongan Non-Muslim adalah melalui
program-program yang berteraskan alam sekitar, kemasyarakatan, jamuan dan lain-lain lagi.
Pendekatan ini diambil kerana ia merupakan salah satu daripada manhaj-manhaj yang digunakan
bagi mendekati golongan-golongan seperti ini. Antara program-program yang telah dilakukan
adalah:
1. Program Khemah Ibadah Modal Insan Bagi Warga Industri – Panasonic, 10-11
JamadilAkhir 1432H, 14 -15 Mei 201.
2. Program Ibadah Qurban 1432H, 12 Zulhijjah 1432, 8 November 2011.
3. Program Jom Chat (Cuit Hati Anak Teruna), 20 Jamadilakhir 1433, 12 Mei 2012.
4. Program Kem Smart Akidah (Malam Bina Insan dan Taqwa-Mabit 2), 5 -6 Rejab 1433,
26 -27 Mei 2012.
5. Program Ziarah Dakwah Orang Asli Tama Desa Kemandol, 29-30 Jun 2013.
6. Program Bersama Masyarakat Orang Asli Sg Lalang dan Cintai Alam Sekitar Dengan
Pelajar Smk Dusun Nanding, 28 September 2013.
7. Program Ziarah Kasih Orang Asal Di Kampung Orang Asli Sungai Kurau, Pulau Carey,
Kuala Langat, 8-9 Feb 2014 / 8-9 R.akhir 1435H.
8. Program Kemasyarakatan Mendekati Warga Gelandangan (Kami Peduli, Kami Empati),
23 Ogos 2014.
9. Ceramah Ustaz Azhar Idrus, 28 Feb 2015 (Sabtu).
10. Melawat Gelandangan, 27 Mac 2015/ 6 Jamadil Akhir 1436H.
10
Kepakaran dan Kekuatan
Setiap organisasi mempunyai kepakaran dan kekuatan mereka. Dimana semua perkara itu
dapat dijadikan kelebihan kepada sesebuah organisasi dan boleh menjadi kayu pengukur buat
masyarakat yang ingin turut serta bersama-sama sesebuah organisasi itu. Sepertimana Persatuan
Belia Masjid Selangor, mereka mempunyai kepakaran dan kekuatan mereka tersendiri yang
boleh membantu mengembangkan Islam dipersada dunia. Maka dengan itu, kepakaran dan
kekuatan mereka adalah:6
1. Kepakaran
1.1 Teknologi Maklumat (ICT)
1.2 Pendidikan Elektronik (e-Pembelajaran @ e-Learning)
1.3 Program Pembangunan Modal Insan
2. Kekuatan
2.1 Kepelbagaian latar belakang pendidikan ahli
2.2 Keahlian terdiri daripada ahli akademik, professional dan teknikal
2.3 Maahad Tahfiz yang ada kemudahan Pusat Perkhemahan/Motivasi
Melalui kepakaran dan kekuatan mereka ini, mereka mampu memberi sumbangan yang
besar kepada masyarakat, agama, bangsa dan Negara. Oleh itu, kepakaran dan kekuatan amatlah
penting dalam sesebuah pertubuhan ataupun organisasi demi mengembangkan dan
memertabatkan kembali Islam di persada dunia.
6
Ibid no3
11
Perancangan
Didalam kehidupan, manusia haruslah merancang kehidupan mereka untuk menempuh
hari-hari yang mendatang. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai perancangan hidup, sudah
pasti kehidupannya tidak teratur dan tidak mempunyai halatujunya. Perancangan haruslah dibuat
sebaik mungkin, sepertimana yang dilakukan oleh kedua ibu bapa kita yang telah merancang
kehidupan kita dari kecil sehingga dewasa dan sehinggalah berjaya. Kegagalan merancang akan
menjadi salah satu punca kepincangan didalam kehidupan.
Maka dari itu, sesebuah organisasi haruslah mempunyai perancangan yang sempurna
bagi merancang perjalan organisasi mereka. Seperti itu juga Persatuan Belia Masjid Selangor,
mereka mempunyai perancangan mereka tersendiri yang merangkumi:7
1. Membentuk jawatankuasa daerah-daerah di Negeri Selangor.
2. Mendapatkan keahlian sekurang-kurangnya lima orang pada setiap Masjid di Negeri
Selangor. Fakta semasa mencatatkan, Selangor mempunyai 371 buah masjid dan
hampir 1700 surau.Anggaran keahlian adalah seramai 1500 orang di seluruh Negeri
Selangor.
3. Menggalakkan penyertaan ahli-ahli didalam program pembangunan komuniti
setempat. Antara program yang dirancang ialah Pelaksanaan dan Pengurusan Program
Ibadah Qurbanyang dilakukan oleh belia-belia di masjid dan secara tidak langsung
menarik penyertaan belia masjid dan sebagai pelapis-pelapis AJK masjid-masjid serta
membantu dan mengimarahkan lagi Program Ibadah Qurban.
4. Berusaha melahirkan seorang belia untuk setiap masjid mendapat tauliah sembelih
halal daripadaJabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Pernah diadakan perbincangan
bersama Penolong Pengarah Unit Halal JAIS mengenai perancangan tersebut. Dengan
ini setiap masjid akan mempunyai pelapis penyembelih halal khususnya untuk
Program Ibadah Qurban atau Aqiqah.
5. Membentuk satu pasukan fasilitator dalam mengadakan Kem-Kem Motivasi untuk
pelajar-pelajar bermasalah di Sekolah Rendah dan juga Menengah. Masjid yang
7
Ibid no4
12
terpilih dan beberapa buah Pusat Kem Motivasi akan menjadi tempat untuk program
motivasi tersebut.
6. Mengadakan Program Ibadah Qurban bersama Koperasi Urusan Ibadah Qurban
Selangor Berhad di perkampungan-perkampungan Orang Asli di negeri Selangor. Di
Selangor terdapat lebih kurang 73 kawasan perkampungan Orang Asli dan secara
tidak langsung akan memberi mesej-mesej dakwah, kebaikan dan pendidikan kepada
Masyarakat Orang Asli yang bukan Islam untuk lebih mendekatinya, memahami,
menghayati dan menarik minat mereka kepada Islam. Program akan dilakukan pada
Hari Raya Qurban, Insya‟ALLAH berjalan pada setiap tahun.
7. Mengadakan kelas bimbingan di Masjid terpilih melalui kaedah “e-pembelajaran”
yang menggunakan kemudahan ICT dengan memberi penekanan kepada konsep
pembelajaran dan latih tubi secara dalam talian. Bertujuan untuk mewujudkan satu
kaedah efektif didalam pembelajaran, melahirkan pelajar-pelajar cemerlang dan
membina sahsiah diri pelajar berlandaskan ajaran Islam.
Oleh itu, dengan adanya perancangan seperti ini sesebuah organisasi mampu menyusun
dan membentuk perjalan sepanjang hari, minggu, bulan dan tahun. Perancangan sesebuah
organisasi haruslah merangkumi pelbagai aspek sepertimana yang dilakukan oleh Persatuan
Belia Masjid Selangor.
13
Program Khas
Persatuan Belia Masjid Selangor mempunyai beberapa program khas dimana untuk
memberi peruntukan dan sebagai sumbangan kepada masyarakat. Ini menunjukkan
bahawasanya, setiap organisasi ataupun persatuan haruslah mencari atau membina peruntukan
mereka bagi menampung perbelanjaan persatuan dan masyarakat. Peruntukan tidak akan hadir
tanpa usaha, oleh itu Persatuan Belia Masjid Selangor membina peruntukan mereka untuk
membantu persatuan dan masyarakat melalui program-program khas, antaranya adalah:8
1. Program Jualan Amal Tilapia Merah
Merupakan satu program kebajikan dan pembangunan sosio-ekonomi melalui Program
Pengembangan Pendidikan Akuakultur, penternakan ikan air tawar jenis tilapia merah
(Oreochromis niloticus).
Ikan yang diternak akan di sumbangkan kepada Maahad-maahad Tahfiz, Rumah
Kebajikan, Masyarakat Orang Asli dan Rumah Anak Yatim yang memerlukan.
Program ini telah bermula pada 19 Syawal 1436H dan tuaian dan penyerahan sumbangan
pertama telah berlaku pada 28 Muharram 1437H.
Jumlah Institusi Jumlah
Sumbangan
(Kilogram)
Jenis Institusi
35 1549.5 Maahad Tahfiz
13 775.0 Rumah Anak
Yatim
1 231.6 Kg. Orang Asli
2 75.0 Rumah Kebajikan
8
Ibid no4
14
51 2556.1 JUMLAH
2. Program Agihan Daging Qurban
Program ini merupakan kesinambungan kepada Program Ibadah Qurban 1436H.
Sebanyak enam (6) ekor lembu sedekah pada program tersebut telah di simpan sempurna di
sebuah Rumah Sejuk Beku (Freezer House). Anggaran berat daging yang terlibat adalah sekitar
1,000 Kg (1 tan). Semua daging tersebut telah di agihankan kepada penerima yang layak pada 10
dan 16 Safar 1437H yang lalu (63 hari selepas Hari Raya Qurban 1436H).
 Sejumlah dua (2) Kampung Orang Asli menerima agihan fasa ke dua ini, melibatkan 135
keluarga Islam Masyarakat Orang Asli
 Tujuh (7) buah Maahad Tahfiz Al Quran
 Empat (4) buah Rumah Anak Yatim Islam
 126 Keluarga Masyarakat Orang Asli Islam, Kampung Orang Asli Sungai Lalang Baru,
Semenyih, Selangor.
 11 Keluarga Masyarakat Orang Asli Islam, Kampung Orang Asli Ulu Batu, Mukim
Gombak, Selangor.
15
Penutup
Dakwah merupakan suatu tuntutan ke atas setiap orang Islam. Hal ini kerana, adalah
menjadi tanggungjawab Muslim bagi mengajak mereka yang belum menganal Islam agar
beriman kepada Allah dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu. Asas kejayaan sesuatu usaha
dakwah yang dilakukan terlatak pada diri pendakwah itu sendiri. Hal ini kerana, pendakwah
memainkan peranan penting dalam usaha menarik serta meyakinkan masyrakat bukan islam
kepada kebenaran islam. Adalah amat penting bagi seseorang pendakwah itu untuk
mempersiapkan diri sebelum menjalankan dakwah bagi memastikan apa yang cuba disampaikan
itu dapat diterima serta tidak dapat disangkal olehh golongan sasaran.
Selain itu, dakwah dilihat sebagai suatu usaha yang amat penting bagi menjamin
kebahagiaan bersama sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak. Hal ini kerana, kehidupan di
dunia ini hanyalah sementara dan dunia ini merupakan jambatan bagi menuju ke akhirat. Oleh
itu, adalah menjadi kewajipan bagi setiap individu yang bergelar Muslim tidak kira secara
individual mahupun berkumpulan sepertimana yang telah dilakukan Persatuan Belia Masjid
Selangor bagi menjalankan dakwah bagi mengajak manusia agar kembali ka jalan yang benar
iaitu dengan mentauhidkan Allah SWT.
Akhir kata, semoga usaha-usaha yang telah laksanakan oleh Persatuan Belia Masjid
Selangor sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah SWT dan akan sentiasa
memberi penekanan dalam memastikan setiap ahli-ahli di dalam persatuan memahami fungsi diri
sebagai seorang muslim dan seterusnya menggalakkan mereka aktif secara langsung didalam
setiap aktiviti yang dianjurkan. Semoga Allah SWT mempersatukan hati-hati mereka didalam
usaha-usaha dan memperteguhkan niat murni mereka untuk terus beramal.
16
Rujukan
1. Muhammad Yusof Marlon Abdullah, Razaleigh Muhamat, Mariam Abd. Majid, Dr.
SyarulAzman, Ain Natasha, Nur Fida’iy. Meodologi Dakwah terhadap Bukan Muslim.
KUIS. Selangor.
2. En. Mohd Aliff bin Mohd Razuki, Pengerusi Persatuan Belia Masjid Selangor.
(Temubual)
3. Mohd Aliff Razuki. Profile Persatuan Belia Masjid Selangor. 2016
4. Syahrul Faizaz Binti Abdullah. Kefahaman Tentang Konsep Asas Dakwah Islamiah dan
Metodologi Dakwah Islamiah di Kalangan Pelajar-pelajar Institut Agama Islam Kedah
(INSANIAH).
5. Ghalwash, Ahmad, Ahmad. 1978. Al-Dakwah Al-Islamiah: Usuluha wa Wasailuha. Al-
Qahirah: Dar al-Kitab al-Misry.
6. Abdul Ghafar Hj. Don & Zulkiple Abd. Ghani. 2009. Dakwah Kepada Non-Muslim Di
Malaysia: Konsep, Metode dan Pengalaman. Selangor: Pusat Penerbitan Dan Percetakan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
17
Lampiran
18
19
Bil. Perkara Markah
1 Pendahuluan /2
2 Definisi Topic Yang Dibahaskan /4
3 Isi Kandungan Perbahasan Topik /10
4 Kesimpulan /2
5 Rujukan /4
6 Aspek Teknikal/Susun Atur/Kekemasan /3
Jumlah Keseluruhan /25

More Related Content

What's hot

Tugas resume 100 tokoh mu ariya ratna n. kelas a (2)
Tugas resume 100 tokoh mu ariya ratna n. kelas a (2)Tugas resume 100 tokoh mu ariya ratna n. kelas a (2)
Tugas resume 100 tokoh mu ariya ratna n. kelas a (2)EvaKrisnawati
 
Makalah Kemuhammadiyahan
Makalah KemuhammadiyahanMakalah Kemuhammadiyahan
Makalah KemuhammadiyahanApapunituzar
 
Pengakaderan Partai Keadilan Sejahtera
Pengakaderan Partai Keadilan SejahteraPengakaderan Partai Keadilan Sejahtera
Pengakaderan Partai Keadilan SejahteraMuhamad Yogi
 
PENGKADERAN PARTAI KEADILAN SEJAHTERA
PENGKADERAN PARTAI KEADILAN SEJAHTERAPENGKADERAN PARTAI KEADILAN SEJAHTERA
PENGKADERAN PARTAI KEADILAN SEJAHTERAMuhamad Yogi
 
Bab khittah muhammadiyah
Bab khittah muhammadiyahBab khittah muhammadiyah
Bab khittah muhammadiyahsartono mupat
 
Pergerakan puteri islam
Pergerakan puteri islamPergerakan puteri islam
Pergerakan puteri islamRais Wahab
 
Makalah Majelis dan Lembaga Muhammadiyah
Makalah Majelis dan Lembaga MuhammadiyahMakalah Majelis dan Lembaga Muhammadiyah
Makalah Majelis dan Lembaga MuhammadiyahDesy Rahmawati
 
2012 05-isi buku dilema pks-rev
2012 05-isi buku dilema pks-rev2012 05-isi buku dilema pks-rev
2012 05-isi buku dilema pks-revA Fanar Syukri
 
Amal usaha muhammadiyah kedudukan dan fungsinya
Amal usaha muhammadiyah  kedudukan dan fungsinyaAmal usaha muhammadiyah  kedudukan dan fungsinya
Amal usaha muhammadiyah kedudukan dan fungsinyaMmama ImmaHakimah
 
UNSUR PEMBBANTU PIMPINAN > KEMUHAMMADIYAHAN
UNSUR PEMBBANTU PIMPINAN > KEMUHAMMADIYAHANUNSUR PEMBBANTU PIMPINAN > KEMUHAMMADIYAHAN
UNSUR PEMBBANTU PIMPINAN > KEMUHAMMADIYAHANKhanifah Nur Rahmah
 
Muhammadiyah sebagai gerakan islam berwatak tajdid
Muhammadiyah sebagai gerakan islam berwatak tajdidMuhammadiyah sebagai gerakan islam berwatak tajdid
Muhammadiyah sebagai gerakan islam berwatak tajdidErik Kuswanto
 
Makalah matan keyakinan riko
Makalah matan keyakinan rikoMakalah matan keyakinan riko
Makalah matan keyakinan rikorikoa agustiawan
 
Syarifudin gerakan memakmurkan masjid
Syarifudin gerakan memakmurkan masjidSyarifudin gerakan memakmurkan masjid
Syarifudin gerakan memakmurkan masjidSyarifudin Amq
 
Ruu Pesantren Laporan Raker
Ruu Pesantren Laporan RakerRuu Pesantren Laporan Raker
Ruu Pesantren Laporan RakerSabar Artiyono
 
Khittah perjuangan muhammadiyah
Khittah perjuangan muhammadiyahKhittah perjuangan muhammadiyah
Khittah perjuangan muhammadiyaharipratomo5
 

What's hot (20)

Makalah gerakan muhammadiyah
Makalah gerakan muhammadiyahMakalah gerakan muhammadiyah
Makalah gerakan muhammadiyah
 
Tugas resume 100 tokoh mu ariya ratna n. kelas a (2)
Tugas resume 100 tokoh mu ariya ratna n. kelas a (2)Tugas resume 100 tokoh mu ariya ratna n. kelas a (2)
Tugas resume 100 tokoh mu ariya ratna n. kelas a (2)
 
Panduan mengisi buku log
Panduan mengisi buku logPanduan mengisi buku log
Panduan mengisi buku log
 
Makalah Kemuhammadiyahan
Makalah KemuhammadiyahanMakalah Kemuhammadiyahan
Makalah Kemuhammadiyahan
 
Laporan aktiviti mingguan ppim
Laporan  aktiviti mingguan  ppimLaporan  aktiviti mingguan  ppim
Laporan aktiviti mingguan ppim
 
Pengakaderan Partai Keadilan Sejahtera
Pengakaderan Partai Keadilan SejahteraPengakaderan Partai Keadilan Sejahtera
Pengakaderan Partai Keadilan Sejahtera
 
Pemberdayaan Ranting Muhammadiyah
Pemberdayaan Ranting MuhammadiyahPemberdayaan Ranting Muhammadiyah
Pemberdayaan Ranting Muhammadiyah
 
PENGKADERAN PARTAI KEADILAN SEJAHTERA
PENGKADERAN PARTAI KEADILAN SEJAHTERAPENGKADERAN PARTAI KEADILAN SEJAHTERA
PENGKADERAN PARTAI KEADILAN SEJAHTERA
 
Bab khittah muhammadiyah
Bab khittah muhammadiyahBab khittah muhammadiyah
Bab khittah muhammadiyah
 
Pergerakan puteri islam
Pergerakan puteri islamPergerakan puteri islam
Pergerakan puteri islam
 
Makalah Majelis dan Lembaga Muhammadiyah
Makalah Majelis dan Lembaga MuhammadiyahMakalah Majelis dan Lembaga Muhammadiyah
Makalah Majelis dan Lembaga Muhammadiyah
 
Aik 6
Aik 6Aik 6
Aik 6
 
2012 05-isi buku dilema pks-rev
2012 05-isi buku dilema pks-rev2012 05-isi buku dilema pks-rev
2012 05-isi buku dilema pks-rev
 
Amal usaha muhammadiyah kedudukan dan fungsinya
Amal usaha muhammadiyah  kedudukan dan fungsinyaAmal usaha muhammadiyah  kedudukan dan fungsinya
Amal usaha muhammadiyah kedudukan dan fungsinya
 
UNSUR PEMBBANTU PIMPINAN > KEMUHAMMADIYAHAN
UNSUR PEMBBANTU PIMPINAN > KEMUHAMMADIYAHANUNSUR PEMBBANTU PIMPINAN > KEMUHAMMADIYAHAN
UNSUR PEMBBANTU PIMPINAN > KEMUHAMMADIYAHAN
 
Muhammadiyah sebagai gerakan islam berwatak tajdid
Muhammadiyah sebagai gerakan islam berwatak tajdidMuhammadiyah sebagai gerakan islam berwatak tajdid
Muhammadiyah sebagai gerakan islam berwatak tajdid
 
Makalah matan keyakinan riko
Makalah matan keyakinan rikoMakalah matan keyakinan riko
Makalah matan keyakinan riko
 
Syarifudin gerakan memakmurkan masjid
Syarifudin gerakan memakmurkan masjidSyarifudin gerakan memakmurkan masjid
Syarifudin gerakan memakmurkan masjid
 
Ruu Pesantren Laporan Raker
Ruu Pesantren Laporan RakerRuu Pesantren Laporan Raker
Ruu Pesantren Laporan Raker
 
Khittah perjuangan muhammadiyah
Khittah perjuangan muhammadiyahKhittah perjuangan muhammadiyah
Khittah perjuangan muhammadiyah
 

Similar to Metodologi dakwah Persatuan Belia Masjid Selangor (PBMS)

Profile Malaysia Reverted Muslim (MRM)
Profile Malaysia Reverted Muslim (MRM)Profile Malaysia Reverted Muslim (MRM)
Profile Malaysia Reverted Muslim (MRM)Firdaus Wong Wai Hung
 
PEMBINAAN AGAMA DAN KEPRIBADIAN REMAJA MASJID DESA KENDEL KECAMATAN KEMS KABU...
PEMBINAAN AGAMA DAN KEPRIBADIAN REMAJA MASJID DESA KENDEL KECAMATAN KEMS KABU...PEMBINAAN AGAMA DAN KEPRIBADIAN REMAJA MASJID DESA KENDEL KECAMATAN KEMS KABU...
PEMBINAAN AGAMA DAN KEPRIBADIAN REMAJA MASJID DESA KENDEL KECAMATAN KEMS KABU...Wisnu58
 
MAKALAH MUHAMMADIYAH SEBAGAI GERAKAN SOSIAL.pptx
MAKALAH MUHAMMADIYAH SEBAGAI GERAKAN SOSIAL.pptxMAKALAH MUHAMMADIYAH SEBAGAI GERAKAN SOSIAL.pptx
MAKALAH MUHAMMADIYAH SEBAGAI GERAKAN SOSIAL.pptxHairul1983
 
Muhammadiyah-Sebagai-Gerakan-Sosial.pptx
Muhammadiyah-Sebagai-Gerakan-Sosial.pptxMuhammadiyah-Sebagai-Gerakan-Sosial.pptx
Muhammadiyah-Sebagai-Gerakan-Sosial.pptxMustariAr
 
Lmcp1552 – pembangunan mapan dalam islam (tugasan 3)
Lmcp1552 – pembangunan mapan dalam islam (tugasan 3)Lmcp1552 – pembangunan mapan dalam islam (tugasan 3)
Lmcp1552 – pembangunan mapan dalam islam (tugasan 3)kimi94
 
Muhammadiyah-Sebagai-Gerakan-Sosial [Autosaved].pptx
Muhammadiyah-Sebagai-Gerakan-Sosial [Autosaved].pptxMuhammadiyah-Sebagai-Gerakan-Sosial [Autosaved].pptx
Muhammadiyah-Sebagai-Gerakan-Sosial [Autosaved].pptxMustariAr
 
Muhammadiyah-Sebagai-Gerakan-Sosial [Autosaved].pptx
Muhammadiyah-Sebagai-Gerakan-Sosial [Autosaved].pptxMuhammadiyah-Sebagai-Gerakan-Sosial [Autosaved].pptx
Muhammadiyah-Sebagai-Gerakan-Sosial [Autosaved].pptxMustariAr
 
Makalah STAI Miftahul Ulum -Objek Dakwah.docx
Makalah STAI Miftahul Ulum -Objek Dakwah.docxMakalah STAI Miftahul Ulum -Objek Dakwah.docx
Makalah STAI Miftahul Ulum -Objek Dakwah.docxEndang Mahpudin
 
Proposal program lembaga pendidikan al quran sma islam cendekia muda
Proposal program lembaga pendidikan al quran sma islam cendekia mudaProposal program lembaga pendidikan al quran sma islam cendekia muda
Proposal program lembaga pendidikan al quran sma islam cendekia mudasyaefulginanjar
 
BK Pend.Islam (2).pptx
BK Pend.Islam (2).pptxBK Pend.Islam (2).pptx
BK Pend.Islam (2).pptxMitaFitria2
 
Muhammadiyah Sebagai Gerakan Dakwah dan Tajdid.pptx
Muhammadiyah Sebagai Gerakan Dakwah dan Tajdid.pptxMuhammadiyah Sebagai Gerakan Dakwah dan Tajdid.pptx
Muhammadiyah Sebagai Gerakan Dakwah dan Tajdid.pptxRafdianRisly
 
Profil BKPRMI Jakarta
Profil BKPRMI JakartaProfil BKPRMI Jakarta
Profil BKPRMI Jakartabkprmijakarta
 
Makalah Ekonomi Masjid.pdf
Makalah Ekonomi Masjid.pdfMakalah Ekonomi Masjid.pdf
Makalah Ekonomi Masjid.pdfHappyRosiyani
 
PEMANTAPAN KOMPONEN AKHLAK DALAM PENDIDIKAN ISLAM BAGI MENANGANI ERA GLOBALISASI
PEMANTAPAN KOMPONEN AKHLAK DALAM PENDIDIKAN ISLAM BAGI MENANGANI ERA GLOBALISASIPEMANTAPAN KOMPONEN AKHLAK DALAM PENDIDIKAN ISLAM BAGI MENANGANI ERA GLOBALISASI
PEMANTAPAN KOMPONEN AKHLAK DALAM PENDIDIKAN ISLAM BAGI MENANGANI ERA GLOBALISASIyizreel nicholas
 
Kepribadian muhammadiah KLP 5.pptx
Kepribadian muhammadiah KLP 5.pptxKepribadian muhammadiah KLP 5.pptx
Kepribadian muhammadiah KLP 5.pptxrini elvri
 
Dakwah dan pemberdayaan umat islam di indonesia
Dakwah dan pemberdayaan umat islam di indonesiaDakwah dan pemberdayaan umat islam di indonesia
Dakwah dan pemberdayaan umat islam di indonesiaudinasep
 
bimbingan dan konseling klp 7.docx
bimbingan dan konseling klp 7.docxbimbingan dan konseling klp 7.docx
bimbingan dan konseling klp 7.docxIrfanmuhajar1
 

Similar to Metodologi dakwah Persatuan Belia Masjid Selangor (PBMS) (20)

Profile Malaysia Reverted Muslim (MRM)
Profile Malaysia Reverted Muslim (MRM)Profile Malaysia Reverted Muslim (MRM)
Profile Malaysia Reverted Muslim (MRM)
 
PEMBINAAN AGAMA DAN KEPRIBADIAN REMAJA MASJID DESA KENDEL KECAMATAN KEMS KABU...
PEMBINAAN AGAMA DAN KEPRIBADIAN REMAJA MASJID DESA KENDEL KECAMATAN KEMS KABU...PEMBINAAN AGAMA DAN KEPRIBADIAN REMAJA MASJID DESA KENDEL KECAMATAN KEMS KABU...
PEMBINAAN AGAMA DAN KEPRIBADIAN REMAJA MASJID DESA KENDEL KECAMATAN KEMS KABU...
 
MAKALAH MUHAMMADIYAH SEBAGAI GERAKAN SOSIAL.pptx
MAKALAH MUHAMMADIYAH SEBAGAI GERAKAN SOSIAL.pptxMAKALAH MUHAMMADIYAH SEBAGAI GERAKAN SOSIAL.pptx
MAKALAH MUHAMMADIYAH SEBAGAI GERAKAN SOSIAL.pptx
 
Muhammadiyah-Sebagai-Gerakan-Sosial.pptx
Muhammadiyah-Sebagai-Gerakan-Sosial.pptxMuhammadiyah-Sebagai-Gerakan-Sosial.pptx
Muhammadiyah-Sebagai-Gerakan-Sosial.pptx
 
Lmcp1552 – pembangunan mapan dalam islam (tugasan 3)
Lmcp1552 – pembangunan mapan dalam islam (tugasan 3)Lmcp1552 – pembangunan mapan dalam islam (tugasan 3)
Lmcp1552 – pembangunan mapan dalam islam (tugasan 3)
 
Muhammadiyah-Sebagai-Gerakan-Sosial [Autosaved].pptx
Muhammadiyah-Sebagai-Gerakan-Sosial [Autosaved].pptxMuhammadiyah-Sebagai-Gerakan-Sosial [Autosaved].pptx
Muhammadiyah-Sebagai-Gerakan-Sosial [Autosaved].pptx
 
Muhammadiyah-Sebagai-Gerakan-Sosial [Autosaved].pptx
Muhammadiyah-Sebagai-Gerakan-Sosial [Autosaved].pptxMuhammadiyah-Sebagai-Gerakan-Sosial [Autosaved].pptx
Muhammadiyah-Sebagai-Gerakan-Sosial [Autosaved].pptx
 
Makalah STAI Miftahul Ulum -Objek Dakwah.docx
Makalah STAI Miftahul Ulum -Objek Dakwah.docxMakalah STAI Miftahul Ulum -Objek Dakwah.docx
Makalah STAI Miftahul Ulum -Objek Dakwah.docx
 
Proposal program lembaga pendidikan al quran sma islam cendekia muda
Proposal program lembaga pendidikan al quran sma islam cendekia mudaProposal program lembaga pendidikan al quran sma islam cendekia muda
Proposal program lembaga pendidikan al quran sma islam cendekia muda
 
BK Pend.Islam (2).pptx
BK Pend.Islam (2).pptxBK Pend.Islam (2).pptx
BK Pend.Islam (2).pptx
 
Ke-IMM-an-.pptx
Ke-IMM-an-.pptxKe-IMM-an-.pptx
Ke-IMM-an-.pptx
 
Muhammadiyah Sebagai Gerakan Dakwah dan Tajdid.pptx
Muhammadiyah Sebagai Gerakan Dakwah dan Tajdid.pptxMuhammadiyah Sebagai Gerakan Dakwah dan Tajdid.pptx
Muhammadiyah Sebagai Gerakan Dakwah dan Tajdid.pptx
 
Profil BKPRMI Jakarta
Profil BKPRMI JakartaProfil BKPRMI Jakarta
Profil BKPRMI Jakarta
 
Makalah Ekonomi Masjid.pdf
Makalah Ekonomi Masjid.pdfMakalah Ekonomi Masjid.pdf
Makalah Ekonomi Masjid.pdf
 
PEMANTAPAN KOMPONEN AKHLAK DALAM PENDIDIKAN ISLAM BAGI MENANGANI ERA GLOBALISASI
PEMANTAPAN KOMPONEN AKHLAK DALAM PENDIDIKAN ISLAM BAGI MENANGANI ERA GLOBALISASIPEMANTAPAN KOMPONEN AKHLAK DALAM PENDIDIKAN ISLAM BAGI MENANGANI ERA GLOBALISASI
PEMANTAPAN KOMPONEN AKHLAK DALAM PENDIDIKAN ISLAM BAGI MENANGANI ERA GLOBALISASI
 
Kmd
KmdKmd
Kmd
 
Kepribadian muhammadiah KLP 5.pptx
Kepribadian muhammadiah KLP 5.pptxKepribadian muhammadiah KLP 5.pptx
Kepribadian muhammadiah KLP 5.pptx
 
Dakwah dan pemberdayaan umat islam di indonesia
Dakwah dan pemberdayaan umat islam di indonesiaDakwah dan pemberdayaan umat islam di indonesia
Dakwah dan pemberdayaan umat islam di indonesia
 
BAB VIII Muhammadiyah sebagai Gerakan Sosial.pptx
BAB VIII Muhammadiyah sebagai Gerakan Sosial.pptxBAB VIII Muhammadiyah sebagai Gerakan Sosial.pptx
BAB VIII Muhammadiyah sebagai Gerakan Sosial.pptx
 
bimbingan dan konseling klp 7.docx
bimbingan dan konseling klp 7.docxbimbingan dan konseling klp 7.docx
bimbingan dan konseling klp 7.docx
 

Recently uploaded

Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMIGustiBagusGending
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaafarmasipejatentimur
 
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptx
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptxPPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptx
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptxSaefAhmad
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptxHR MUSLIM
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxssuser8905b3
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...asepsaefudin2009
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxNurindahSetyawati1
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...Kanaidi ken
 
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfaksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfwalidumar
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidupfamela161
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 

Recently uploaded (20)

Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptx
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptxPPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptx
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptx
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
 
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfaksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 

Metodologi dakwah Persatuan Belia Masjid Selangor (PBMS)

  • 1. Isi Kandungan Pendahuluan____________________________________________________2 Definisi________________________________________________________3 Latar Belakang Persatuan__________________________________________5 Carta Organisasi Persatuan ________________________________________6 Matlamat dan Objektif ____________________________________________7 Pendekatan Persatuan_____________________________________________8 Kepakaran dan Kekuatan__________________________________________10 Perancangan____________________________________________________11 Program Khas___________________________________________________13 Penutup________________________________________________________15 Rujukan _______________________________________________________16 Lampiran_______________________________________________________17
  • 2. 2 Pendahuluan Dakwah Islamiyah bukanlah perkara baharu tetapi ianya merupakan kesinambungan daripada dakwah para Nabi AS yang terdahulu dimulai dengan Nabi Adam AS sehinggalah Nabi Muhammad SAW. Perjuangan dakwah ini tidak terhenti di zaman Nabi Muhammad sahaja, malah diteruskan lagi oleh para sahabat, tabiin, tabi’ tabiin, ulama dan lain-lain lagi sehinggalah ke hari ini. Dakwah bukan sahaja terhad kepada golongan-golongan ulama, mufti, orang alim dan lain-lain tetapi ianya wajib kepada seluruh kaum Muslim. Dakwah juga, bukan sahaja kepada golongan Non-Muslim tetapi ianya juga kepada kaum Muslim itu sendiri. Sepertimana yang dilakukan oleh Persatuan Belia Masjid Selangor (PBMS) mereka telah mewujudkan satu persatuan dimana berdirinya demi untuk mengembangkan dakwah Islamiyah di Malaysia khususnya Selangor. Dengan tertubuhnya persatuan ini, pelbagai cara dilakukan bagi mengembangkan kembali Islam. Oleh itu, dakwah haruslah diteruskan oleh setiap Muslim tanpa mengira penat dan lelah demi untuk memartabatkan kembali Islam. Hubungan diantara Muslim dan Non-Muslim juga haruslah dijaga sepertimana Sirah Islam yang telah mencatatkan hubungan diantara Muslim dan Non-Muslim sejak tertubuhnya Negara Islam pertama di Madinah di bawah pimpinan Nabi Muhammad SAW dan diikuti dengan pemerintahan khalifah-khalifah selepas baginda. Hubungan ini haruslah berkekalan dan dakwah juga haruslah berkekalan seiring dengan apa yang dituntut oleh agama.
  • 3. 3 Definisi Dakwah Perkataan dakwah berasal dari perkataan Arab yang membawa erti seruan, panggilan atau ajakan. Seruan yang digunakan dalam dakwah bertujuan untuk mengajak seseorang baik dalam melakukan sesuatu kegiatan atau dalam merubah pola serta kebiasaan hidup. Dari kata Seruan, dakwah memiliki banyak erti yang boleh digunakan secara meluas tidak hanya dalam Agama, dimana perkataan dakwah sering digunakan namun seruan yang diberikan boleh dimaksudkan sebagai perkara positif ataupun negatif.1 Dr. Muslih al-Bayumi (1976) mendefinsikan dakwah itu sebagai pelaksanaan alim ulama’ dan orang-orang yang memahami agama, mengajar orang ramai supaya mereka dapat memahami perkara-perkara agama dan dunia sekadar kuasa yang ada pada mereka. Zaidan (1978) mendefinisikan dakwah sebagai panggilan ke jalan Allah S.W.T. iaitu agama Islam agama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Yusuf al-Qardhawi (1983) menakrifkan dakwah sebagai satu usaha menarik orang lain kepada agama Islam supaya mengikut petunjuk Allah S.W.T. dan melaksanakan segala ketentuan Allah S.W.T.2 Muhammad al-Ghazali (1985) pula menegaskan bahawa dakwah adalah satu program yang sempurna dan lengkap, kesemua peringkatnya mengandungi semua jenis ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup serta bagi menyingkap petunjuk jalan yang akan menyinari kehidupan mereka. Di dalam al-Quran, perkataan dakwah disebut sebanyak 198 kali dalam 55 surah dan dalam 176 ayat. Ayat-ayat tersebut sebahagian besarnya turun di Makkah iaitu sebanyak 141 ayat, 30 ayat turun di Madinah dan 5 ayat lagi terdapat perbezaan pendapat antara turun di Makkah dan Madinah. 1 Muhammad Yusof Marlon Abdullah, Razaleigh Muhamat, Mariam Abd. Majid, Dr. SyarulAzman, Ain Natasha, Nur Fida’iy. Meodologi Dakwah terhadap Bukan Muslim. KUIS. Selangor. 2 Syahrul Faizaz Binti Abdullah. Kefahaman Tentang Konsep Asas Dakwah Islamiah dan Metodologi Dakwah Islamiah di Kalangan Pelajar-pelajar Institut Agama Islam Kedah (INSANIAH).
  • 4. 4 Oleh yang demikian, ilmu mesti mendahului sebelum seseorang pendakwah menyampaikan dakwahnya. Dengan ilmu dapat membimbing seseorang kearah pencapaian dakwah yang cemerlang begitu juga ilmu dakwah mesti bersandarkan dengan wahyu iaitu al- Quran dan al-Sunnah. Istilah Non-Muslim Istilah ini merujuk kepada orang-orang yang belum kembali kepada Islam atau bukan beragama Islam atau yang mempunyai kepercayaan atau agama selain dari agama Islam. Istilah Non-Muslim lebih ideal untuk digunakan dalam konteks dakwah berbanding istilah-istilah yang lain seperti al-Kufr, al-Munafiq dan al-Syirik kerana ketiga-tiga istilah ini lebih sesuai untuk diasimilasikan terhadap golongan yang menolak Islam setelah sampai kepadanya kebenaran. Maka tidak adil untuk disama-ratakan kesemua golongan bukan Islam sebagai tiga golongan tersebut. Zaidan (1976) membahagikan orang bukan Islam kepada tiga bahagian, iaitu: i. Golongan atasan, dimana biasanya lebih banyak menentang dakwah dan sukar untuk diajak kepada Islam kerana ingin mempertahankan kedudukan mereka. ii. Golongan orang awam, yang biasanya lebih senang menerima dakwah kerana mereka tiada apa-apa kepentingan untuk menolak Islam. iii. Golongan munafik, yang sering melakukan kerosakan dalaman masyarakat Islam. Mereka juga susah untuk menerima dakwah kerana terikat dengan kepentingan mereka.
  • 5. 5 Latar Belakang Persatuan Belia Masjid Selangor Persatuan Belia Masjid Selangor (PBMS) telah ditubuhkan secara rasminya pada tahun 2008 bertarikh 17 Julai dimana bertempat di Pusat Kegiatan Ibadah dan Riadah, Sukida Resort, Sungai Tekala, Semenyih, Selangor. Pada asalnya, persatuan ini hanyalah bergerak atas dasar menyahut seruan Allah untuk memakmurkan masjid-masjid, dan juga bagi merealisasikan tujuan pembinaan kemudahan di masjid dengan sebaik-baiknya, sebagaimana yang dibawa serta diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.3 Persatuan Belia Masjid Selangor (PBMS) merasakan bahawa perlunya program-program yang mampu mengimarahkan masjid terutamanya melibatkan kalangan para belia. Bermula dari itulah pihak PBMS mengambil inisiatif menubuhkan persatuan yang didaftarkan di bawah Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia serta mencari peluang mengadakan program-program agar masjid-masjid yang sedia ada mampu dimanfaatkan sepenuhnya mengikut acuan Kitabullah iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya. Tercetusnya idea untuk menubuhkan persatuan ini bermula atas landasan aktiviti-aktiviti yang pernah diadakan di kawasan masjid-masjid bermula dari tahun 2006 lagi. Antara aktiviti- aktiviti itu ialah Program Kelas Bimbingan secara percuma pada setiap hari ahad di beberapa masjid di mukim Semenyih, Program khatan anak-anak asnaf bersama Lembaga Zakat Selangor di Masjid Raja Alang, Beranang dan Program Ambang Kasih iaitu perkhemahan 3 hari 2 malam di kawasan Masjid Felda Bukit Damar. Pihak PBMS juga telah mengadakan perbincangan bersama Pegawai Kanan dari Cawangan Sahsiah di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan kemudian beliau mencadangkan agar usaha-usaha sebegini sewajarnya diteruskan serta patut didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia 2007, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Atas dorongan tersebut, pihak PBMS telah terpanggil untuk mendaftarkan persatuan ini dan berjaya disijilkan pada tarikh 17 Julai 2008. 3 En. Mohd Aliff bin Mohd Razuki, Pengerusi Persatuan Belia Masjid Selangor.
  • 6. 6 Carta organisasi PBMS PENGERUSI En.Mohd Aliff B. Mohd Razuki TIMB. PENGERUSI En. Ahmad Darun Naim B.Mohamed Ali NAIB PENGERUSI En. Shahril B. Mohamad En Zulkifli Chek Din SETIAUSAHA En.Aswadi B. AbdJalil BENDAHARI Pn. Zaira Aniza Bt. Samsudin PEN. SETIAUSAHA Cik Mazlina Binti Adan PEMERIKSA KIRA-KIRA Pn. Nurliyana Bt Hashim Cik Haslinah Bt Roslan AHLI JAWATANKUASA En. Izwan Razif B Mohd Johar Cik Sharidatul Akma Bt. Mohd Zin Cik Nur Syafinas Binti Roslan Pn. Maria Binti Samuri En. Mohamad Syahir bin Mohamad Saharif Pn. Khairun Nisaa Bt Mat Saad Cik Safinah Bt Ismail
  • 7. 7 Matlamat dan Objektif Persatuan Belia Masjid Selangor (PBMS) meletakkan matlamat dan objektif mereka adalah untuk memberikan khidmat kepada masyarakat setempat khususnya dan masyarakat Malaysia amnya melalui beberapa langkah iaitu:4 Pertamanya adalah menjadikan objektifnya sebagai salah satu landasan untuk mengimarahkan Masjid-masjid khususnya di Selangor, Malaysia. Ini kerana, kebanyakan masjid kini kekurangan ahlinya tidak kira yang muda mahupun yang tua. Masjid hanya dijadikan tempat persinggahan sahaja dan bukannya rumah kedua buat masyarakat muslim tidak seperti zaman Rasulullah dahulu. Oleh itu, Persatuan Belia Masjid Selangor meletakkan objektif utamanya adalah untuk mengimarahkan masjid seperti yang dilakukan oleh Nabi dan Para Sahabat. Keduanya adalah dengan mewujudkan silaturrahim dikalangan para belia dan penduduk di seluruh kawasan masjid-masjid negeri Selangor khususnya dan Malaysia amnya. Para belia kini lebih banyak tertumpu pada media sosial semata dan amat tidak menjalinkan hubungan silaturrahim diantara penduduk, sedangkan para belia adalah waris kepada kekuatan agama, bangsa dan Negara. Namun kini para belia tidak lagi mempedulikannya, ini kerana mereka telah lalai di buai hanyut oleh barat yang ingin melemahkan akidah mereka. Oleh itu, satu tanggungjawab buat Persatuan Belia Masjid Selangor untuk mengembalikan kembali silaturrahim dikalangan belia dan penduduk. Ketiganya pula adalah dengan mewujudkan rasa kasih sayang serta percaya mempercayai antara satu sama lain melalui aktiviti yang dijalankan. Dengan kasih sayang ini masyarakat dapat mewujudkan sifat percaya antara satu sama lain dan mampu menggalas tugas-tugas yang telah diamanahkan oleh masyarakat. Seterusnya, menambahkan ilmu dan kemahiran anak-anak didalam bidang lain disamping penguasaan akademik yang cemerlang dan dalam pada masa yang sama juga bersama berusaha menjadikan Institusi Masjid sebagai pusat penyatuan ummah dan bebas dari sebarang perpecahan serta berusaha membetulkan tanggapan atau paradigma ummah terhadap peranan masjid yang sebenar. 4 Mohd Aliff Razuki. Profile Persatuan Belia Masjid Selangor. 2016
  • 8. 8 Pendekatan Persatuan Belia Masjid Selangor Persatuan Belia Masjid Selangor (PBMS) mempunyai beberapa perkara utama dalam pendekatan dakwahnya, dimana Persatuan Belia Masjid Selangor lebih memfokus kan pendekatan dakwahnya kepada para belia Muslim yang berumur 15 hingga 40 tahun. Ini kerana mereka merupakan pelapis Agama, bangsa dan Negara yang akan meneruskan legasi dakwah mereka. Selain itu, Persatuan Belia Masjid Selangor juga melakukan pendekatan dakwahnya terhadap Non-Muslim iaitu golongan orang asli. Perkara utama yang dilaksanakan oleh persatuan ini dimana ia meliputi kepada tiga teras utama iaitu pendidikan, pembanguna modal insan dan pembangunan teknologi maklumat. Ketiga-tiga perkara utama ini merupakan teras kepada aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan Belia Masjid Selangor dan diantara aktiviti yang dilakukan terhadap golongan belia Muslim adalah melalui:5 1. Pendidikan 1.1 Projek Memperkasakan ilmu (e-Pembelajaran & projek wifi) di masjid 1.2 Program Pelita Hati 2. Pembangunan Modal Insan 2.1 Jawatankuasa Kecil Persatuan Belia Masjid Selangor (JKKBM) 2.2 Program-program pengimarahan Masjid 2.3 Fasilitator JAIS 2.4 Pelapis jawatankuasa pengurusan masjid 2.5 Institut Tahfiz Quran Lil Muttaqin (INSTAQLIM) 5 Ibid no4
  • 9. 9 3. Pembangunan Teknologi Maklumat 3.1 Pembangunan Sistem e-Pembelajaran 3.2 Pangkalan Data 3.2 Portal P-Masjid 3.3 Projek e-jawi Manakala pendekatan dakwahnya terhadap golongan Non-Muslim adalah melalui program-program yang berteraskan alam sekitar, kemasyarakatan, jamuan dan lain-lain lagi. Pendekatan ini diambil kerana ia merupakan salah satu daripada manhaj-manhaj yang digunakan bagi mendekati golongan-golongan seperti ini. Antara program-program yang telah dilakukan adalah: 1. Program Khemah Ibadah Modal Insan Bagi Warga Industri – Panasonic, 10-11 JamadilAkhir 1432H, 14 -15 Mei 201. 2. Program Ibadah Qurban 1432H, 12 Zulhijjah 1432, 8 November 2011. 3. Program Jom Chat (Cuit Hati Anak Teruna), 20 Jamadilakhir 1433, 12 Mei 2012. 4. Program Kem Smart Akidah (Malam Bina Insan dan Taqwa-Mabit 2), 5 -6 Rejab 1433, 26 -27 Mei 2012. 5. Program Ziarah Dakwah Orang Asli Tama Desa Kemandol, 29-30 Jun 2013. 6. Program Bersama Masyarakat Orang Asli Sg Lalang dan Cintai Alam Sekitar Dengan Pelajar Smk Dusun Nanding, 28 September 2013. 7. Program Ziarah Kasih Orang Asal Di Kampung Orang Asli Sungai Kurau, Pulau Carey, Kuala Langat, 8-9 Feb 2014 / 8-9 R.akhir 1435H. 8. Program Kemasyarakatan Mendekati Warga Gelandangan (Kami Peduli, Kami Empati), 23 Ogos 2014. 9. Ceramah Ustaz Azhar Idrus, 28 Feb 2015 (Sabtu). 10. Melawat Gelandangan, 27 Mac 2015/ 6 Jamadil Akhir 1436H.
  • 10. 10 Kepakaran dan Kekuatan Setiap organisasi mempunyai kepakaran dan kekuatan mereka. Dimana semua perkara itu dapat dijadikan kelebihan kepada sesebuah organisasi dan boleh menjadi kayu pengukur buat masyarakat yang ingin turut serta bersama-sama sesebuah organisasi itu. Sepertimana Persatuan Belia Masjid Selangor, mereka mempunyai kepakaran dan kekuatan mereka tersendiri yang boleh membantu mengembangkan Islam dipersada dunia. Maka dengan itu, kepakaran dan kekuatan mereka adalah:6 1. Kepakaran 1.1 Teknologi Maklumat (ICT) 1.2 Pendidikan Elektronik (e-Pembelajaran @ e-Learning) 1.3 Program Pembangunan Modal Insan 2. Kekuatan 2.1 Kepelbagaian latar belakang pendidikan ahli 2.2 Keahlian terdiri daripada ahli akademik, professional dan teknikal 2.3 Maahad Tahfiz yang ada kemudahan Pusat Perkhemahan/Motivasi Melalui kepakaran dan kekuatan mereka ini, mereka mampu memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat, agama, bangsa dan Negara. Oleh itu, kepakaran dan kekuatan amatlah penting dalam sesebuah pertubuhan ataupun organisasi demi mengembangkan dan memertabatkan kembali Islam di persada dunia. 6 Ibid no3
  • 11. 11 Perancangan Didalam kehidupan, manusia haruslah merancang kehidupan mereka untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai perancangan hidup, sudah pasti kehidupannya tidak teratur dan tidak mempunyai halatujunya. Perancangan haruslah dibuat sebaik mungkin, sepertimana yang dilakukan oleh kedua ibu bapa kita yang telah merancang kehidupan kita dari kecil sehingga dewasa dan sehinggalah berjaya. Kegagalan merancang akan menjadi salah satu punca kepincangan didalam kehidupan. Maka dari itu, sesebuah organisasi haruslah mempunyai perancangan yang sempurna bagi merancang perjalan organisasi mereka. Seperti itu juga Persatuan Belia Masjid Selangor, mereka mempunyai perancangan mereka tersendiri yang merangkumi:7 1. Membentuk jawatankuasa daerah-daerah di Negeri Selangor. 2. Mendapatkan keahlian sekurang-kurangnya lima orang pada setiap Masjid di Negeri Selangor. Fakta semasa mencatatkan, Selangor mempunyai 371 buah masjid dan hampir 1700 surau.Anggaran keahlian adalah seramai 1500 orang di seluruh Negeri Selangor. 3. Menggalakkan penyertaan ahli-ahli didalam program pembangunan komuniti setempat. Antara program yang dirancang ialah Pelaksanaan dan Pengurusan Program Ibadah Qurbanyang dilakukan oleh belia-belia di masjid dan secara tidak langsung menarik penyertaan belia masjid dan sebagai pelapis-pelapis AJK masjid-masjid serta membantu dan mengimarahkan lagi Program Ibadah Qurban. 4. Berusaha melahirkan seorang belia untuk setiap masjid mendapat tauliah sembelih halal daripadaJabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Pernah diadakan perbincangan bersama Penolong Pengarah Unit Halal JAIS mengenai perancangan tersebut. Dengan ini setiap masjid akan mempunyai pelapis penyembelih halal khususnya untuk Program Ibadah Qurban atau Aqiqah. 5. Membentuk satu pasukan fasilitator dalam mengadakan Kem-Kem Motivasi untuk pelajar-pelajar bermasalah di Sekolah Rendah dan juga Menengah. Masjid yang 7 Ibid no4
  • 12. 12 terpilih dan beberapa buah Pusat Kem Motivasi akan menjadi tempat untuk program motivasi tersebut. 6. Mengadakan Program Ibadah Qurban bersama Koperasi Urusan Ibadah Qurban Selangor Berhad di perkampungan-perkampungan Orang Asli di negeri Selangor. Di Selangor terdapat lebih kurang 73 kawasan perkampungan Orang Asli dan secara tidak langsung akan memberi mesej-mesej dakwah, kebaikan dan pendidikan kepada Masyarakat Orang Asli yang bukan Islam untuk lebih mendekatinya, memahami, menghayati dan menarik minat mereka kepada Islam. Program akan dilakukan pada Hari Raya Qurban, Insya‟ALLAH berjalan pada setiap tahun. 7. Mengadakan kelas bimbingan di Masjid terpilih melalui kaedah “e-pembelajaran” yang menggunakan kemudahan ICT dengan memberi penekanan kepada konsep pembelajaran dan latih tubi secara dalam talian. Bertujuan untuk mewujudkan satu kaedah efektif didalam pembelajaran, melahirkan pelajar-pelajar cemerlang dan membina sahsiah diri pelajar berlandaskan ajaran Islam. Oleh itu, dengan adanya perancangan seperti ini sesebuah organisasi mampu menyusun dan membentuk perjalan sepanjang hari, minggu, bulan dan tahun. Perancangan sesebuah organisasi haruslah merangkumi pelbagai aspek sepertimana yang dilakukan oleh Persatuan Belia Masjid Selangor.
  • 13. 13 Program Khas Persatuan Belia Masjid Selangor mempunyai beberapa program khas dimana untuk memberi peruntukan dan sebagai sumbangan kepada masyarakat. Ini menunjukkan bahawasanya, setiap organisasi ataupun persatuan haruslah mencari atau membina peruntukan mereka bagi menampung perbelanjaan persatuan dan masyarakat. Peruntukan tidak akan hadir tanpa usaha, oleh itu Persatuan Belia Masjid Selangor membina peruntukan mereka untuk membantu persatuan dan masyarakat melalui program-program khas, antaranya adalah:8 1. Program Jualan Amal Tilapia Merah Merupakan satu program kebajikan dan pembangunan sosio-ekonomi melalui Program Pengembangan Pendidikan Akuakultur, penternakan ikan air tawar jenis tilapia merah (Oreochromis niloticus). Ikan yang diternak akan di sumbangkan kepada Maahad-maahad Tahfiz, Rumah Kebajikan, Masyarakat Orang Asli dan Rumah Anak Yatim yang memerlukan. Program ini telah bermula pada 19 Syawal 1436H dan tuaian dan penyerahan sumbangan pertama telah berlaku pada 28 Muharram 1437H. Jumlah Institusi Jumlah Sumbangan (Kilogram) Jenis Institusi 35 1549.5 Maahad Tahfiz 13 775.0 Rumah Anak Yatim 1 231.6 Kg. Orang Asli 2 75.0 Rumah Kebajikan 8 Ibid no4
  • 14. 14 51 2556.1 JUMLAH 2. Program Agihan Daging Qurban Program ini merupakan kesinambungan kepada Program Ibadah Qurban 1436H. Sebanyak enam (6) ekor lembu sedekah pada program tersebut telah di simpan sempurna di sebuah Rumah Sejuk Beku (Freezer House). Anggaran berat daging yang terlibat adalah sekitar 1,000 Kg (1 tan). Semua daging tersebut telah di agihankan kepada penerima yang layak pada 10 dan 16 Safar 1437H yang lalu (63 hari selepas Hari Raya Qurban 1436H).  Sejumlah dua (2) Kampung Orang Asli menerima agihan fasa ke dua ini, melibatkan 135 keluarga Islam Masyarakat Orang Asli  Tujuh (7) buah Maahad Tahfiz Al Quran  Empat (4) buah Rumah Anak Yatim Islam  126 Keluarga Masyarakat Orang Asli Islam, Kampung Orang Asli Sungai Lalang Baru, Semenyih, Selangor.  11 Keluarga Masyarakat Orang Asli Islam, Kampung Orang Asli Ulu Batu, Mukim Gombak, Selangor.
  • 15. 15 Penutup Dakwah merupakan suatu tuntutan ke atas setiap orang Islam. Hal ini kerana, adalah menjadi tanggungjawab Muslim bagi mengajak mereka yang belum menganal Islam agar beriman kepada Allah dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu. Asas kejayaan sesuatu usaha dakwah yang dilakukan terlatak pada diri pendakwah itu sendiri. Hal ini kerana, pendakwah memainkan peranan penting dalam usaha menarik serta meyakinkan masyrakat bukan islam kepada kebenaran islam. Adalah amat penting bagi seseorang pendakwah itu untuk mempersiapkan diri sebelum menjalankan dakwah bagi memastikan apa yang cuba disampaikan itu dapat diterima serta tidak dapat disangkal olehh golongan sasaran. Selain itu, dakwah dilihat sebagai suatu usaha yang amat penting bagi menjamin kebahagiaan bersama sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak. Hal ini kerana, kehidupan di dunia ini hanyalah sementara dan dunia ini merupakan jambatan bagi menuju ke akhirat. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan bagi setiap individu yang bergelar Muslim tidak kira secara individual mahupun berkumpulan sepertimana yang telah dilakukan Persatuan Belia Masjid Selangor bagi menjalankan dakwah bagi mengajak manusia agar kembali ka jalan yang benar iaitu dengan mentauhidkan Allah SWT. Akhir kata, semoga usaha-usaha yang telah laksanakan oleh Persatuan Belia Masjid Selangor sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah SWT dan akan sentiasa memberi penekanan dalam memastikan setiap ahli-ahli di dalam persatuan memahami fungsi diri sebagai seorang muslim dan seterusnya menggalakkan mereka aktif secara langsung didalam setiap aktiviti yang dianjurkan. Semoga Allah SWT mempersatukan hati-hati mereka didalam usaha-usaha dan memperteguhkan niat murni mereka untuk terus beramal.
  • 16. 16 Rujukan 1. Muhammad Yusof Marlon Abdullah, Razaleigh Muhamat, Mariam Abd. Majid, Dr. SyarulAzman, Ain Natasha, Nur Fida’iy. Meodologi Dakwah terhadap Bukan Muslim. KUIS. Selangor. 2. En. Mohd Aliff bin Mohd Razuki, Pengerusi Persatuan Belia Masjid Selangor. (Temubual) 3. Mohd Aliff Razuki. Profile Persatuan Belia Masjid Selangor. 2016 4. Syahrul Faizaz Binti Abdullah. Kefahaman Tentang Konsep Asas Dakwah Islamiah dan Metodologi Dakwah Islamiah di Kalangan Pelajar-pelajar Institut Agama Islam Kedah (INSANIAH). 5. Ghalwash, Ahmad, Ahmad. 1978. Al-Dakwah Al-Islamiah: Usuluha wa Wasailuha. Al- Qahirah: Dar al-Kitab al-Misry. 6. Abdul Ghafar Hj. Don & Zulkiple Abd. Ghani. 2009. Dakwah Kepada Non-Muslim Di Malaysia: Konsep, Metode dan Pengalaman. Selangor: Pusat Penerbitan Dan Percetakan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • 18. 18
  • 19. 19 Bil. Perkara Markah 1 Pendahuluan /2 2 Definisi Topic Yang Dibahaskan /4 3 Isi Kandungan Perbahasan Topik /10 4 Kesimpulan /2 5 Rujukan /4 6 Aspek Teknikal/Susun Atur/Kekemasan /3 Jumlah Keseluruhan /25