Alat-alat tangan penting untuk menanda dan mesin logam termasuk penebuk pusat, sesiku, jangka tolok, dan kikir. Penebuk pusat digunakan untuk membuat tanda tekan pada garis-garis panduan sementara kikir diperlukan untuk memotong dan memahat logam dengan tepat.
1. ALAT-ALAT TANGAN
TAKRIFAN MENYUSUN TANDA
- tanda di atas permukaan logam yang akan dimesin
atau digegas.
- - termasuklah menanda garisan, bulatan lengkok,
jarak dan juga pusat.
- digunakan sebagai panduan.
4. PENEBUK PUSAT
Membuat tanda tekan(cucuk) yang halus pada
garisan tandaan
supaya tandaan tidak hilang walau pun garisan yang
dibuat itu terpadam.
5. SESIKU L
Sesiku L merupakan satu tolok yang digunakan
untuk memasang dan mengukur sudut 90 darjah
sama ada di dalam atau di luar. Bahagian badan
sesiku lebih tebal dan pendek daripada bahagian
mata.
6. Penggunaan sesiku L
Menguji ketepatan sudut tepat
iaitu 90 darjah pada sebelah luar atau dalam
Membuat garisan tegak dan selari pada tepi benda
kerja yang rata
Set benda kerja supaya tegak untuk kerja melulas
ataupun untuk mengulir benang sekeru.
9. Jangka tolok
mempunyai dua batang penggarit keluli yang di
keraskan. Hujung matanya tajam dan pada
pangkalnya pula terdapat pegas yang disangga
dengan tuas untuk membolehkan ianya dilaraskan
dengan mudah.
Kegunaan : i. membuat lengkok dan bulatan
ii. mengukur dan menguji jarak
11. Sesiku bergabung
Sesiku bergabung merupakan kombinasi empat alat
yang dipasangkan pada pembaris
i. Pembaris keluli
ii. Kepala sesiku
iii. Kepala jangka sudut
iv. Kepala Pusat
12. PLAT SUDUT
Plat sudut berbentuk L diperbuat daripada besi
tuangan atau keluli yang dikeraskan. Saiznya
75mm-300mm panjang.
Kegunaannya
Menyokong benda kerja supaya kedudukannya kukuh
semasa menanda.
15. TOLOK PERENGGANG
Kegunaan Tolok Perenggang
mengambil ukuran yang kecil pada lurah
menentukan gegas dalam pemasangan komponen
mesin
Untuk menentukan ruang kecil diantara mata
peraut dengan bendakerja
17. JANGKA SUDUT VERNIAR
Kegunaannya:
- Untuk mengukur sudut dengan tepat. Ketepatan
boleh di baca sehingga kepada 5 darjah atau ½”
- Untuk kerja-kerja menanda atau menguji sesuatu
sudut
18. TOLOK DAIL
Tolok dail mempunyai senggatan-senggatan
tentukuran(calibration) untuk menujukkan
jumlah ralat bagi sesuatu saiz.Bacaan boleh di buat
dalam dua arah.
Kegunaan tolok dail
i. Menguji penjajaran sesuatu komponen dengan
tepat
ii. Menempatkan benda kerja yang hendak dimesin
dengan tepat
iii. Menguji dengan pantas benda-kerja yang
berukuran serba sama
22. Mata gergaji
Diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi,keluli
tahan lasak, keluli aloi tungsten dan keluli aloi
molidenum. Pemiliham mata bergantung kepada
bahan yang hendak di potong. logam. G.S.I.ialah
bilangan mata gergaji dalam seinci.Mata gergaji
terkuak kiri dan kanan bertujuan supaya mata
gergaji tidak tersepit semasa kerja memotong
dijalankan.
24. KIKIR
Kikir ialah sejenis alat tangan diperbuat dari keluli
bermutu tinggi ianya digunakan untuk memotong,
menipiskan atau melicinkan permukaan logam
25. Pengkelasan Kikir
Kikir berbeza dari segi panjang. Bentuk, jenis
potongan gigi dan kasar atau halus matanya
Panjang kikir - diukur dari hujung hingga ke
bahunya
Bentuk kikir - berbentuk
segiempat sama, segitiga tirus, separuh bulat dan
bulat
29. Kikir segitiga
Kikir ini digunakan untuk mengikir segitiga yang tajam.
Digunakan untuk membersihkan pepenjuru yang
bersudut.
Giginya bersilang dan terdapat dalam gred kasar hingg
sangat halus
30. Gaya mengikir
Mengikir memerlukan kemahiran yang tinggi.
Seseorang jurugegas bukan sahaja boleh mengikir
dengan tepat tetapi boleh membuat pemasangan
benda kerja dengan menggunakan alat tangan
33. Keselamatan /penjagaan kikir
Pastikan hulu kikir dipasang dengan hulu yang
sesuai
Kikir mestilah sentiasa dalam keadaan bersih.
Kerak-kerak besi yang melekat dicelah mata
kikir boleh merosakan mata kikir dan bendakerja
jika dibiarkan tanpa dibersihkan
Dibersihkan dan diletakkan dirak yang khas
setiap satu di simpan berasingan
iv. Jangan gunakan kikir selain mengikir
34. Keselamatan /penjagaan kikir
Sesuai dengan bahan yang hendak dikikir. Kikir
yang halus digunakan untuk bahan yang lebih
keras
Elakkan kikir dari terkena air atau minyak Jika
terkena air ia mudah berkarat dan jika terkena
minyak ia akan mudah tergelinjir semasa
mengikir
Gunakan berus kikir untuk membersihkan kikir
Gunakan kikir yang kasar terlebih dahulu dan
siapkan dengan kikir yang halus
35. Pinning
“Pinning” bermaksud gigi kikir yang tersumbat
oleh habuk besi.
Mencalarkan permukaan logam yang dikikir.