4. Dia lelaki bergelar perkasa
Dengan cemeti keberanian di tangan
Rembat angkuhnya memacu takut
Menghalau kuda-kuda di padang
Berebutan memburu kandang.
5. Maksud
Sang gembala kuda ialah seorang lelaki yang gagah.
Berbekalkan keberanian yang dimilikinya, dia dengan
angkuh merembat kuda dengan menggunakan cemeti
untuk menakutkan kuda-kuda itu sambil menghalau
kuda-kuda yang sedang berada di padang bersegera
balik ke kandang.
6.
7. Rumput dan jerami yang terhidang
Adalah kanun janji kesetiaan
Dimamah rakus kala lapar
Tak peduli nasib diri setelah kenyang
Jadi tunggangan memburu rakan.
8. Sementera itu, rumput dan jerami
merupakan makanan yang lazim terhidang
dan akan dimakan oleh kuda-kuda ketika
lapar. Setelah kenyang, kuda-kuda itu tidak
peduli akan nasib mereka dijadikan kuda
tunggangan untuk menjejaki kuda-kuda
yang lain.
9.
10. Dia lelaki punya kuasa
Sesekali suaranya lebih gempita
Daripada ringkik kuda sekandang
Pacuannya diiring seribu keberanian
Meredah onak di rimba perburuan
Meranduk lumpur di paya penindasan
Sambil melibas cemeti durjana
Dia melampar muslihat
Aku penyelamat maruah
Berjuang atas dasar kebenaran
Menentang semua kebobrokan.
11. Dengan kuasa yang ada padanya dan
apabila sesekali bersuara nyaring, sang
gembala kuda begitu berani dan yakin
menunggang kuda-kuda itu menempuh
segala rintangan dan kepayahan. Dai bijak
menggunakan tipu helahnya dengan
berpura-pura sebagai penyelamat maruah
yang kononnya berjuang atas dasar
kebenaran dan menentang segala penipuan.
12.
13. Dia lelaki sang gembala kuda
Hanya mengenal pantas tunggangan
Tanpa membaca keletihannya
Dia lelaki sang gembala kuda
Hanya tahu mengejar kehebatan
Tanpa menghitung kesakitannya
Dan kuda-kuda itu ditunggangi
Ditunggangi dan ditunggangi!
14. Sang gembala kuda ialah seorang lelaki
yang hanya ingin mengetahui kepantasan
larian kudanya tanpa mempedulikan
kepenatan kuda itu. Sang gembala kuda
juga hanya tahu mengejar kejayaan tanpa
mengambil kira kesengasaraan kuda itu.
Sang gembala kuda hanya mementingkan
diri apabila kuda-kuda itu terus
ditunggangi berulang-ulang kali tanpa rasa
belas.
18. PERSOALAN
Kekuasaan mempengaruhi gaya kepemimpinan.
Ketegasan dalam memimpin
Penganiayaan terhadap haiwan.
Kepatuhan menurut perintah.
Keberanian menempuh cabaran dan rintangan.
Kebijaksanaan mengeksploitasi golongan yang
lemah
Pasrah dan reda akan ketentuan Ilahi.
20. BENTUK SAJAK
Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat.
Sajak ini terdiri daripada empat rangkap.
Bilangan barisnya tidak sama.
Jumlah patah kata dalam setiap baris tidak
sama, iaitu antara tiga hingga enam patah kata
sebaris.
Jumlah suku kata dalam setiap baris terdiri
daripada lapan hingga tiga belas suku kata.
Rima akhir sajak ini bebas
(abcdd,abcad,aabcccadecc dan abaabacc.)
24. NADA
Sajak ini berda sinis kerana menyatakan sikap
mementingkan diri penjaga kuda dalam menjalankan
tugasnya hinggan menganiayai dan mengakibatkan soal-
soal penjagaan khusus terhadap haiwan itu.
27. 1. Nilai tanggungjawab
Penjaga kuda bertanggungjawab menjaga kuda tunggangannya
dengan mengurus makan dan minum secara baik.
2. Nilai keberanian
Penjaga kuda berani menempuh berbagai-bagai kepayahan dan
rintangan sewaktu menjaga kuda-kuda itu.
3. Nilai kebijaksanaan
Penjaga kuda bijak mengawal kuda tunggangannya ketika dia
menghalau kuda-kuda itu masuk ke kandang.
4.Nilai kegigihan
Penjaga kuda gigih melaksanakan tugasnya menjaga kuda-kuda
tunggangan walaupun terpaksa menggunakan kekerasan
terhadap kuda-kuda itu.
5. Nilai kepatuhan
Sekumpulan kuda digambarkan patuh akan arahan penjaga
kuda.
29. • Kita hendaklah bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugas yang diberikan oleh ketua.
• Kita mestilah berani menghadapi berbagai-bagai
rintangan tanpa mudah berputus asa.
• Kita perlulah gigih berusaha dalam melaksanakan
satu-satu tugas agar kejayaan dapat dikecapi akhirnya.
• Kita sewajarnya patuh akan arahan dan suruhan ketua
demi keharmonian sesebuah organisasi.
• Kita hendaklah bijak dalam merancang dan
menjalankan tugas dengan baik dan sempurna.