3. Rangkap 1
Dia lelaki bergelar perkasa
dengan cemeti keberanian di tangan
rembat angkuhnya memacu takut
menghalau kuda-kuda di padang
berebutan memburu kandang.
Maksud
Seorang lelaki gagah/penjaga kuda sedang
Menghalau kuda-kuda yang ada di padang
Dengan cemeti (rotan panjang-alat untuk
mengawal kuda)supaya segera masuk ke dalam
kandang.
4. Rangkap 2
Rumput dan jerami terhidang
adalah kanun janji kesetiaan
dimamah rakus kala lapar
tak peduli nasib diri setelah kenyang
jadi tunggangan memburu rakan.
Maksud
Di dalam kandang telah tersedia rumput dan jerami
sebagai makanan dan akan dimakan oleh kuda ketika
lapar. Setelah kenyang,kuda-kuda ini tidak sedar
dijadikan tunggangan untuk menjejaki kuda yang
lain.
5. Rangkap 3
Dia lelaki punya kuasa
sesekali suaranya lebih gempita
daripada ringkik kuda sekandang
pacuannya diiring seribu keberanian
meredah onak di rimba perburuan
meranduk lumpur di paya penindasan
sambil melibas cemeti durjana
dia melampar muslihat
aku penyelamat maruah
berjuang atas dasar kebenaran
menentang semua kebobrokan
Maksud
Penjaga kuda/ sang gembala kuda diibarat penguasa yang mempunyai kemampuan
untuk mengawal seluruh pengikut . Dia menggunakan seluruh kekuasaan untuk
menindas . Dia juga bijak menggunakan tipu helahnya dengan berpura-pura sebagai
penyelamat maruah yang kononnya berjuang atas dasar kebenaran dan menentang
segala penipuan. Namun ada juga yang berani menentang kekejaman dan
menghalang penindasan penguasa.
6. Rangkap 4
Dia lelaki sang gembala kuda
hanya mengenal pantas tunggangan
tanpa membaca keletihannya
dia lelaki sang gembala kuda
hanya tahu mengejar kehebatan
tanpa menghitung kesakitannya
dan kuda-kuda itu ditunggangi
ditunggangi dan ditunggangi!
Maksud
Sang gembala hanya mahu kudanya berlari dengan kencang
tanpa mengambil kira kepenatan kuda yang ditunggangnya.Dia
juga hanya mahu kuda yang dapat membawa kemenangan dan tidak
menghiraukan penderitaan kuda yang ditunggangnya.Semua kudanya
terus ditunggangi berulang kali tanpa belas kasihan.
8. PERSOALAN
1. Kekuasaan mempengaruhi gaya kepimpinan.
2.Ketegasan dalam memimpin.
3.Penganiyaan terhadap haiwan.
4.Kepatuhan menurut pemerintah.
5.Keberaniaan menempuh cabaran dan rintangan.
6.Kebijaksanaan mengeksploitasi golongan yang
lemah.
7.Pasrah dan reda akan ketentuan Ilahi.
9. BENTUK SAJAK
1.Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat.
2.Sajak ini terdiri daripada empat rangkap.
3.Bilangan barisnya tidak sama, iaitu rangkap
pertama ada lima baris, rangkap kedua
ada lima baris, rangkap ketiga ada sebelas baris,
dan rangkap keempat ada lapan baris.
4.Jumlah patah kata dalam setiap baris juga tidak
sama, iaitu antara tiga hingga enam patah kata
setiap baris.
5.Jumlah suku kata dalam setiap baris terdiri
daripada lapan hingga tiga belas suku kata.
6.Rima akhir sajak ini bebas/tidak sama; abcdd,
abcab, aabccadecc, abaabacc.
10. GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI
1. Pemilihan kata yang indah dan ayat atau baris yang dibentuk adalah
puitis. Contohnya:
(a) Rembat angkuhnya memacu takut – rangkap 1, baris 3
(b) Meredah onak di rimba perburuan – rangkap 3, baris 5
2.Epifora. Contohnya, perulangan kata ditunggangi – rangkap 4, baris 7
dan baris 8.
3.Repetisi atau perulangan.
Contohnya:Ditunggangi dan ditunggangi – rangkap 4, baris 8.
4. Penggunaan metafora.
Contohnya:
(a) Rimba perburuan
(b) Paya penindasan
(c) Cemeti durjana
5. Personifikasi. Contohnya:
(a) Rembat angkuhnya memacu takut – rangkap 1, baris 3
(b) Pacuannya diiringi seribu keberanian – rangkap 3, baris 4
6.Hiperbola. Contohnya:Dimamah rakus kala lapar – rangkap 2, baris 3
7. Sinkope. Contohnya: Tak peduli nasib diri setelah kenyang – rangkap
2, baris 4
11. 8.Inversi.
Contohnya:
Dan kuda-kuda itu ditunggangi – rangkap 4, baris 7
Sepatutnya: kuda-kuda itu ditunggangi dan
9. Unsur bunyi:
(a) Asonansi. (perulangan bunyi vokal). Contohnya:
i.sesekali suaranya lebih gempita
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vocal I sebanyak tiga
kali.
ii.menentang semua kebobrokan
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vocal e sebanyak tiga
kali.
(b) Aliterasi. (perulangan bunyi konsonan). Contohnya:
i.ditunggangi dan ditunggangi!
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan dsebanyak tiga
kali.
ii.dia melampar muslihat
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan msebanyak dua
kali.
12. NILAI
1.Nilai tanggungjawab.
Contohnya, penjaga kuda bertanggungjawab menjaga kuda
tunggangannya dengan mengurus makan dan minum secara baik.
2. Nilai keberanian.
Contohnya, penjaga kuda berani menempuhberbagai-bagai
kepayahan dan rintangan sewaktu menjaga kuda-kuda itu.
3.Nilai kebijaksanaan.
Contohnya, penjaga kuda bijak mengawal kuda tunggangannya
detika dia menghalau kuda-kuda itu masuk ke kandang.
4.Nilai kegigihan.
Contohnya, penjaga kuda gigih melaksanakan tugasnya menjaga
kuda-kuda tunggangan walaupun terpaksa menggunakan
kekerasan terhadap kuda-kuda itu.
5.Nilai kepatuhan.
Contohnya, sekumpulan kuda digambarkan patuh akan arahan penjaga
kuda.
13. PENGAJARAN
1. Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan
tugas yang telah diberikan oleh ketua.
2. Kita mestilah berani mengahadapi berbagai-bagai
rintangan tanpa mudah berputus asa.
3. Kita perlulah gigih berusaha dalam melaksanakan satu-
satu tugas agar kejayaan dapat dikecapi akhirnya.
4. Kita sewajarnya patuh akan arahan dan suruhan
ketua demi keharmonian sesebuah organisasi.
5. Kita hendaklah bijak dalam merancang dan menjalankan
tugas dengan baik dan sempurna.