Jurnal ini membahas pentingnya pemantapan komponen akhlak dalam pendidikan Islam untuk menghadapi era globalisasi. Ia menjelaskan latar belakang penulis dan jurnal, serta menganalisis pendidikan akhlak dan adab dalam Islam yang menekankan pembentukan karakter melalui iman dan taqwa. Jurnal ini juga membahas upaya pemantapan kurikulum pendidikan Islam untuk membentuk akhlak mulia siswa."
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
PEMANTAPAN KOMPONEN AKHLAK DALAM PENDIDIKAN ISLAM BAGI MENANGANI ERA GLOBALISASI
1. 1
1.0 Pengenalan
Dalam kursus HMF 3023 akhlak Islam, jurnal yang di pilih untuk di analisis adalah
Jurnal yang bertajuk pemantapan komponen akhlak dalam pendidikan Islam bagi
menangani era globalisasi. Jurnal ini di tulis daripada seorang penerbit yang terkemuka
iaitu Profesor.Madya. Dr. Asmawati Suhid yang kini berkhidmat di Universiti Putra
Malaysia. Jurnal yang di pilih ini mestilah berkait rapat dengan kursus akhlak Islam.
Dalam mengkaji jurnal ini, kami hendaklah membuat penulisan berdasarkan skop kajian
yang telah ditetapkan dalam tugasan ini. Antaranya ialah, mengkaji latar belakang penulis
jurnal, membuat ringkasan dan menganalisis jurnal, mengkaji kekuatan jurnal dan yang
terakhir sekali ialah mengkaji kelemahan jurnal ini. Dalam menganalisis jurnal tersebut,
kelemahan dan kelebihan jurnal juga akan di lihat daripada perbandingan jurnal-jurnal
yang lain, yang mana jurnal tersebut mempunyai kaitan dengan jurnal ini.
2. 2
1.0 Latar Belakang Penulis
Asmawati Suhid
Nama Beliau ialah Asmawati Suhid. Beliau mempunyai gelaran Profesor. Madya.
Dr. Beliau kini memegang jawatan sebagai Profesor Madya di Universiti Putera Malaysia.
Beliau mempunyai kelayakan dalam bidang akademik iaitu melalui pembelajaran beliau di
B.Ed (Pendidkan Islam) Universiti Malaya, M.Ed (Teaching and Learning of Islamic
Education ) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Adv. Dploma of Education (Islamic
Education) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Phd (Pedagogi) Universiti Putera
Malaysia. Beliau berkhidmat di fakulti Pendidikan Bahasa dan kemanusiaan. Beliau
mempunyai kepakaran dari segi Pendidikan Islam, Pedagogi, dan Pendidikan Nilai.
Sebelum ini, beliau merupakan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia sejak 1990. Beliau dilantik sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia pada
tahun 1998. Kini beliau berkhidmat sebagai Profesor Madya di Jabatan Pendidikan Bahasa
dan Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Pendidikan. Beliau amat berminat dan telah terlibat
dengan beberapa aktiviti penyelidikan, penerbitan dan perundingan dalam bidang
Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral/Nilai. Beliau juga banyak membentangkan kertas
kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Selain itu, beliau juga telah banyak melakukan penyelidikan. bidang-bidang
penyelidikan yang telah beliau lakukan adalah bidang pendidikan Islam, Pengajaran dan
pembelajaran pendidikan Islam, pedagogi, pendidikan Nilai atau Moral dan pendidikan
nilai akhlak. Seterusnya, beliau juga telah melaksanakan penyelidikan-penyelidikan
semasa iaitu dalam bidang pemahaman dan penelitian terhadap model j-QAF, kurikulum
dan Pengajaran pendidikan Islam di Sekolah Banduan Muda di Malaysia, Pelaksanaan
Sekolah Rendah Islam Swasta di Malaysia, Pendidikan Untuk Murid Berkahwin Bawah
Umur, Women in Divorced Families : Socio-Legal Process and Challenges.
3. 3
2.0 Latar belakang Jurnal
Jurnal ini telah di karang oleh Asmawati Bte Suhid yang telah diterbitkan pada tahun
2005 di Universiti Teknologi Malaysia. Tajuk jurnal yang di karang oleh A.Suhid ini
bertajuk Pemantapan Komponen Akhlak dalam Pendidikan Islam bagi menangani Era
globalisasi. Dalam jurnal ini, beliau telah memfokuskan dua isi yang terkandung dalam
jurnal tersebut iaitu pendidikan akhlak dan adab serta pemantapan pendidikan Islam dan
komponen akhlak. Dalam jurnal ini beliau menulis tentang pendidikan akhlak merupakan
wadah penting untuk merungkai permasalahan akhlak dan melahirkan manusia yang baik.
Penekanan pendidikan akhlak dalam Pendidikan Islam adalah jelas. Ini kerana Pendidikan
Islam antara lainnya bertujuan membangun dan melahirkan insan secara bersepadu dan
seimbang demi merealisasikan fungsi manusia sebagai hamba dan khalifah Allah di muka
bumi.
3.0 Sinopsis Jurnal
3.1 Pendahuluan
Pemantapan akhlak ini sangat penting di era globalisasi pada masa kini. Akhlak
yang baik dapat mencerminkan diri seseorang tersebut. Oleh itu, di era globalisasi ini
pelbagai pemodenan dan teknologi yang canggih ini menghantui masyarakat pada masa
ini. Globalisasi ini dapat diertikan mensosialisasikan pola atau sistem tertentu yang di
miliki oleh sesuatu negara atau kelompok sehingga menembusi ke seluruh dunia. Terdapat
banyak pandangan tentang pengertian globalisasi ini. Tetapi kesemua pandangan tersebut
dapat di simpulkan globalisasi ini menuju ke arah pemodenan. Oleh hal yang sedemikian,
globalisasi dari segi positifnya dapat memberikan banyak manfaat , tetapi berbeza pula
dengan negatifnya, globalisasi ini juga merisaukan sesetengah pihak yang mana terdapat
mereka semakin melupakan akhlak dan adab kerana arus globalisasi ini. Akhlak dan adab
ini perlu di semaikan ke dalam diri seseorang terutama kepada pelajar.
4. 4
4.2 Pendidikan Akhlak dan Adab
Dalam pendidikan akhlak dan adab ini agama Islam di kenali sebagai Ad-Deen atau
Way to life yang menekankan kepada pemikiran akhlak. Dalam Hadis oleh Rasulullah
s.a.w bermaksud “agama itu adalah nasihat “ ( Sahiih Muslim, Jilid 1, Bil. 43), nasihat
tentang yang betul dan yang salah. Selain itu, nilai akhlak adalah sebahagian daripada
agama Islam itu sendiri. Banyak Hadis yang menunjukkan kaitan iman dengan akhlak.
Dalam hal ini, di katakan orang yang paling sempurna imannya adalah orang yang
mempunyai akhlak yang baik. Orang yang memiliki akhlak dalam diri mereka dapat
dikategorikan sebagai Muslim yang benar-benar beriman.
Iman sangat penting dalam diri seseorang umat Islam. Hal ini kerana dapat
menjadikan perilaku nya dapat di terima oleh Allah s.w.t. Dalam hal ini juga, pengajaran
melalui nilai akhlak ini berkesan apabila mereka percaya kepada tuhan. Akhlak ini dapat
menjadi pelengkap kepada keimanan serta mencantikkan lagi ibadah terhadap seseorang
Muslim.
Seterusnya, adab ini juga penting dalam diri seseorang Muslim. Hal ini kerana,
akhlak juga terkandung dengan adab seseorang. Adab ini diberi maksud sebagai adab yang
di lakukan sebagai suatu kebiasaan, budi pekerti dan juga perilaku manusia. Dalam adab
Islam, bertujuan untuk menyusun kehidupan seharian, yang memberikan ketenangan dan
maruah. Justeru itu adab Islam in menyentuh soal-soal kehidupan umat Islam perkara
yang kecil sehingga perkara yang besar.
Aspek akhlak sangat ditekankan dalam Islam, malah ia merupakan sebahagian
daripada agama Islam itu sendiri. Penekanan kepada sudut keagamaan dan kerohanian
amatlah penting terutama dalam penekanan iman yang berlandaskan tauhid kepada Allah
s.w.t. Pendidikan akhlak berteraskan nilai agama adalah lebih sempurna dan menjamin
melahirkan insan yang berkualiti sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi.
Islam mengambil berat tentang peranan iman dan rohani atau agama dalam
pendidikan akhlak, namun terdapat pelbagai pandangan yang menolak kepentingannya.
Masyarakat Barat kini menolak agama untuk memperkembangkan tamadun mereka.
Di Malaysia, pelbagai langkah telah diambil bagi menyedarkan masyarakat untuk
kembali kepada nilai-nilai mulia. Perkara ini jelas dalam Rukun Negara (khususnya
berkaitan dengan kalimah ‘kepercayaan kepada Tuhan’) dan cabaran keempat yang
terkandung dalam Wawasan 2020.
5. 5
Pelan Integriti Nasional (PIN) yang digubal oleh pihak kerajaan yang merangkumi
semangat dan prinsip Perlembagaan Persekutuan serta falsafah dan prinsip Rukun Negara
merupakan suatu pelan induk dalam usaha membina masyarakat yang bermoral dan
beretika. Suatu bentuk sistem pendidikan akhlak dan moral yang mengambil kira peranan
dan nilai agama perlu diberi perhatian dan ditekankan ke atas pelajar.
3.2 pemantapan pendidikan Islam dan komponen akhlak
Dalam hal ini, pemantapan ini di lakukan kepada pelajar Islam mengikut
pendidikan Islam dan pelajar bukan Islam mengikuti pendidikan Moral. Pelaksanaan
kurikulum Pendidikan Islam boleh dilihat menerusi perkembangan pendidikan Islam di
negara ini. Empat jenis sistem pendidikan Islam.
Pertama, pembelajaran di rumah guru. struktur dan kurikulum pendidikan Islam di
rumah guru pada zaman Kerajaan Melayu Melaka lebih menekankan kepada pengajian
membaca al-Qur’an. Kedua, institusi pondok yang dikenali sebagai pendidikan tradisional
dan merupakan satu legacy pendidikan Islam yang tertua dan berpengaruh dalam
melahirkan pelajar berpengetahuan agama, berakhlak tinggi serta dapat membimbing
masyarakatnya Ketiga, sistem madrasah yang lebih Sistematik dan formal. Ia merupakan
satu alternatif yang menarik perhatian masyarakat Melayu kerana taraf pelajaran di
madrasah adalah tinggi dan kurikulumnya bersifat lebih komprehensif.
Kemunculan madrasah tidak melupuskan atau melemahkan sistem pondok yang
sedia ada. kedua-dua sistem pondok dan madrasah memainkan peranan penting dalam
memelihara identiti Islam pada orang Melayu.
Pada akhir abad ke-19 mengalami cabaran dengan kehadiran penjajah Inggeris di
Tanah Melayu. Proses sekularisasi telah d guna pakai di tanah Melayu pada masa itu dan
mengawal ketat penggunaan al-Quran. sistem pendidikan digunakan sepenuhnya oleh
pihak penjajah untuk mencapai agenda mereka yang tersendiri, termasuk menyebarluaskan
fahaman sekular dan meminggirkan agama.
Setelah mencapai kemerdekaan, institusi madrasah (dikenali juga sebagai sekolah
agama atau sekolah Arab) berterusan menghadapi cabaran. Sistem pendidikan kebangsaan
telah memasukkan pendidikan agama Islam sebagai satu mata pelajaran. Oleh itu, Sistem
madrasah ini telah kehilangan kedudukan dalam mengajar agama Islam ini.
Dalam hal ini, pendidikan agama Islam yang di ajar di sekolah kerajaan sangat
diberi penekanan yang mana semua murid Islam wajib mengikuti pendidikan agama
6. 6
Islam. Dalam isi kandungan pendidikan Islam itu, mengandungi pengajian al-Qur’an yang
merupakan komponen asas, di samping hadis dan mata pelajaran tauhid, fiqah, akhlak,
tulisan, tata bahasa Arab, kesusasteraan dan sejarah. Oleh itu, pendidikan agama Islam
yang di masukkan dalam sekolah kerajaan adalah untuk memajukan nilai-nilai akhlak
dalam diri seseorang pelajar.
Kurikulum Pendidikan Islam telah dipertingkatkan lagi apabila Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) diikuti dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) diperkenalkan. Peningkatannya boleh dilihat dari segi status dan sukatan
pelajaran berbanding Kurikulum Lama Sekolah Menengah. Terdapat dua bidang yang di
ajarkan dalam Islam iaitu, bidang Tilawah al-Quran dan bidang Ulum Syariah. Sistem dan
kurikulum pendidikan sentiasa bersifat dinamik. Tiada kurikulum yang berkekalan.
Pendidikan Akhlak Islamiah yang berfokus kepada pembentukan peribadi pelajar ke arah
tingkah laku Muslim mukmin melalui pengetahuan dan pemahaman tentang peraturan dan
cara hidup Muslim dalam hubungannya dengan Allah s.w.t, diri, keluarga, masyarakat,
negara dan alam sekitar.
Setelah 3 tahun sistem pendidikan agama Islam di perkenalkan, banyak perubahan
telah dilakukan. Adab dan akhlak Islam (AAI) di perkenalkan yang mana terdiri daripada
enam bidang pembelajaran. Dalam sudut struktur, terdapat empat aspek hubungan iaitu
hubungan dengan diri sendiri, individu lain, alam sekitar dan negara serta Rasul dan
Pencipta (Allah). Sudut kaedah penyampaiannya, guru dikehendaki menerapkan nilai-nilai
akhlak Islam ketika menerangkan adab dan amalannya dalam kehidupan pelajar.
Adab dan akhlak Islam dalam kurikulum sekolah dapat meningkatkan dan
mengemas kini lagi pengajaran dan pembelajaran akhlak di sekolah. Pelajar mempunyai
ilmu yang mantab dengan , menguasai ilmu fardu ain dan fardu kifayah, sebagai pedoman
dan amalan hidup, mengamalkan tuntutan fardu ain dan fardu kifayah bagi memenuhi
tanggungjawab ibadah dan berakhlak mulia sebagai pelengkap diri dan tonggak budaya.
AAI dapat membentuk pelajar yang mampu mengharungi nilai-nilai luar menerusi iman
dan taqwa yang mantap, sebagaimana dijelaskan adab dan akhlak juga akan dapat
mengawal diri daripada gejala negatif. penampilan diri guru di sekolah memainkan
peranan penting dalam menerapkan nilai-nilai akhlak Islam. Dalam hal ini, guru atau
pendidik perlu bertindak sebagai role model dan mengamalkan nilai-nilai moral dan adab
yang baik untuk diteladani oleh pelajar.
7. 7
4.0 Ulasan dan kritikan Jurnal
4.1 Kekuatan jurnal
Dalam kajian jurnal ini, kekuatan jurnal ini sangat memainkan peranan untuk
melihat sejauh mana kekuatan ini dapat membantu jurnal ini supaya lebih menarik.
Dalam kekuatan jurnal ini, terdapat beberapa perkara yang di kaji yang pertama iaitu,
melalui isi yang di bangkitkan, persoalan kajian, rujukan serta tokoh yang terlibat.
a) Mempunyai Isu yang relevan
Dalam jurnal yang telah di kaji, jurnal ini mempunyai isu yang relevan, yang
mana isu yang diutarakan atau di bangkitkan adalah bersesuaian dengan masyarakat zaman
sekarang. Dalam jurnal beliau iaitu pemantapan komponen akhlak dalam pendidikan
Islam bagi menangani era globalisasi ini di bangkitkan adalah untuk menyemaikan adab
dan akhlak bagi masyarakat di era globalisasi masa kini. Yang mana pada masa kini arus
globalisasi barat telah banyak mengubah sistem dalam politik, ekonomi, dan sosial serta
pendidikan. Hal ini menyebabkan adab dan akhlak di pinggirkan atau kurang diberi
perhatian terutamanya kepada golongan remaja pada masa kini. Menurut Asmawati Suhid
(2005) , dalam jurnal yang di karang oleh beliau mengatakan,
“masyarakat Barat kini tidak pasti akan peranan agama berhubung
dengan pendidikan nilai, moral dan akhlak. Tidak keterlaluan jika
dikatakan “masyarakat Barat yang tidak beriman”, yang sekular sedang
menolak kepentingan agama secara menyeluruh.
Oleh itu, dalam kenyataan yang di utarakan oleh beliau adalah untuk membangkitkan Isu
ini menangani era globalisasi pada masa kini. Pendidikan adad dan akhlak ini di
laksanakan dalam sekolah terutamanya kepada pelajar-pelajar. Pelajar Islam di wajibkan
untuk mempelajari pendidikan Islam manakala bagi pelajar bukan Islam di wajibkan
mempelajari Pendidikan Moral. Hal ini dapat membantu menyemai adab dan akhlak dalam
diri seseorang pelajar tersebut.
Secara kesimpulannya, jurnal yang di bangkitkan oleh A.Suhid, merupakan isu
yang relevan serta dapat memberikan impak yang positif jika di terapkan nilai adab dan
akhlak Islam pada masa kini. Oleh hal yang sedemikian, dengan cara ini dapat
membanteras hal era globalisasi pada masa kini.
8. 8
b) Mempunyai rujukan yang menarik
Selain itu juga, jurnal beliau juga terdapat rujukan-rujukan yang dapat membantu
menguatkan jurnal beliau tersebut. Rujukan-rujukan yang di ambil daripada buku-buku
dan jurnal yang terpilih tertentu dapat membantu isu beliau menjadi lebih terperinci.
Rujukan-rujukan yang di rujuk oleh beliau ini mempunyai kaitan dengan pengarusan
globalisasi pada masa kini serta membantu dalam menerapkan nilai adab dan Akhlak Islam
dalam Islam. Selain itu, definisi, konsep, dan contoh juga kebanyakan di ambil daripada
buku-buku serta jurnal yang telah rujuk oleh beliau.
Salah satunya rujukan melalui jurnal, daripada Sahih Muslim, jilid 1, Bil.43. “
agama Islam sebagai ad-Deen atau way of life amat menekankan kepada pendidikan
akhlak. Sesuai dengan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud “agama itu adalah
nasihat”. Dalam hal ini, nasihat tersebut terdapat nasihat yang betul serta nasihat yang
salah. Selain itu, melalui jurnal Sahih Bukhari, Jilid 1, Bil 10, mengatakan bahawa, “tidak
sempurna Iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia
mengasihi dirinya sendiri”. Dalam isi yang di petik ini , di terangkan bahawa seseorang
individu yang mempunyai adab dan akhlak perlu mengasihi saudara-saudaranya untuk
menjadikan iman mereka lebih sempurna.
Selain itu juga, rujukan melalui buku-buku juga di gunakan untuk menerangkan
definisi-definisi tertentu dengan lebih jelas. Salah satu contoh iaitu, Melalui kutipan yang
di ambil melalui Yusof al-Qardhawi (2001), beliau mengatakan “Globalisasi merupakan
mensosialisasikan pola atau sistem tertentu yang di miliki oleh sesuatu negara atau
kelompok sehingga menembusi seluruh dunia”. Dalam hal ini, globalisasi ini merupakan
sesuatu sistem yang moden yang mana, melalui sistem yang ini sesebuah negara mampu
menguasai keseluruhan dunia.
Secara kesimpulannya, rujukan yang menarik dan pelbagai dapat membantu
menguatkan jurnal beliau ini dengan lebih jelas lagi. Melalui rujukan yang di buat dalam
jurnal ini dapat meyakinkan kepada seseorang pembaca untuk mereka membuat tafsiran
serta memperoleh maklumat yang lebih mendalam dalam jurnal tersebut. Rujukan yang
pelbagai dapat menerangkan setiap isi kandungan yang ingin di bincangkan oleh beliau.
9. 9
c) Mempunyai tokoh-tokoh tertentu
4.2 Kelemahan jurnal
Dalam jurnal A.suhid ini, terdapat juga beberapa kekurangan yang di hadapi dalam
jurnal ini. Kekurangan yang bukanlah menunjukkan jurnal tersebut tidak baik tetapi
terdapat beberapa kekurangan dari aspek-aspek tertentu. Kekurangan ini di lihat dalam
jurnal beliau itu sendiri. Dalam kelemahan jurnal ini, dilihat dari beberapa perkara iaitu,
terdapat kekurangan dalam penggunaan kaedah metodologi kajian, sub topik terlalu
sedikit.
a) Kurang penggunaan kaedah metodologi kajian
Jurnal yang di karang oleh A.suhid ini terdapat beberapa kekurangan dalam jurnal
ini setelah di buat selidik dengan lebih jelas, Dalam jurnal ini, tidak terdapat metodologi
kajian. Metodologi kajian ini adalah penting untuk melihat responden terhadap kajian yang
di jalankan. Sebagai contoh, jurnal ini tidak terdapat seperti responden kajian serta tidak
terdapat penggunaan data di gunakan. Dalam metodologi kajian ini sangat penting untuk
melaksanakan sebuah kajian. Kerana melalui kaedah ini ,jurnal yang di terbitkan dapat di
jelaskan dengan lebih mendalam lagi. Selain itu, responden ini juga penting untuk
mengetahui tahap kefahaman mereka tentang adab dan akhlak pada masa sekarang.
Melalui kaedah ini juga, pengkaji dapat maklumat yang tepat kerana di buat secara nyata
tetapi dalam bentuk responden ini. Kaedah-kaedah kajian ini juga boleh di buat dengan
menggunakan borang soal selidik, temu ramah, dan temu bual.
Secara kesimpulannya, kaedah seperti metodologi kajian ini sangat penting untuk
mereka melaksanakan sebuah kajian. Selain itu, jurnal tersebut menjadi lebih menarik jika
mempunyai hasil kajian serta pengutipan data-data daripada responden. Hal ini kerana,
kajian yang di lakukan dengan melakukan soal selidik kepada responden ini dapat
membantu kajian beliau sama ada berkesan atau pun tidak.
10. 10
b) Sub topik terlalu sedikit
Seterusnya, jurnal ini dapat di lihat tidak mempunyai sub topik yang banyak atau
terlalu kurang. Berdasarkan pemerhatian yang telah di kaji, di dapati hanya dua sub topik
yang utama. Kekurangan dalam sub topik ini menyebabkan penyusunan isi kandungan
tidak begitu menarik. Jika sub topik tersebut di bahagikan kepada 5 hingga 7 sub topik,
jurnal ini akan menjadi menarik. Dalam penyusunan isi kandungan jurnal ini, tidak
tersusun. Isi-isi kandungan yang berlainan sub topik di sertakan dalam satu sub topik.
Dalam hal ini, menyebabkan seseorang pembaca susah untuk memahami dengan lebih
mudah tentang apa yang di tulis oleh beliau. Sub topik yang diberikan tersusun serta
mempunyai sub topik satu isi penting ini dapat menarik minat kepada para pembaca.
Dalam jurnal tersebut dapat di lihat , isi-isi penting ,sejarah pendidikan Islam
sebelum dan selepas, kepentingan pendidikan Islam, kesan-kesan pendidikan Islam di
campurkan dalam satu isi. Hal ini menyebabkan penulisan beliau tidak menarik dan sukar
untuk di fahami oleh pembaca. Jika bahagian-bahagian tertentu di bahagikan kepada sub
topik tertentu maka penulisan beliau menjadi sangat menarik dan mudah di fahami.
Sejarah pendidikan Islam di Malaysia pada sebelum dan selepas negara mencapai
kemerdekaan adalah sangat penting untuk di ceritakan dalam sub topik yang berlainan. Hal
ini kerana, pendidikan Islam di tanah Melayu pada masa itu mempunyai perubahan-
perubahannya tertentu. Perubahan-perubahan tersebut membawa kepada kebangkitan
masyarakat Muslim di tanah Melayu pada masa itu. Seterusnya, dapat di bandingkan adab
dan akhlak masyarakat pada zaman sebelum penjajah dengan setelah zaman penjajahan.
Secara kesimpulannya, jurnal yang di karang oleh beliau tidak begitu menarik dari
segi pembahagian sub topiknya. Sub topik yang mempunyai percampuran dalam isi
menyebabkan jurnal tersebut sukar di fahami. Setiap sub topik mestilah mempunyai satu
isi penting serta mempunyai penjelasan dan juga contoh-contoh tertentu. Isi kandung akan
lebih menarik jika sub topik di susun mengikut sejarahnya atau mengikut penceritaan
dalam isi kandung tersebut.
11. 11
5.0 Penutup
Secara kesimpulannya, pemantapan akhlak dalam pendidikan Islam bagi
menangani era globalisasi adalah sangat penting pada masa kini. Pendidikan Islam yang
secara langsung berperanan mendidik dan membentuk individu Muslim yang berakhlak
dan beriman. Seseorang Insan yang bakal di lahirkan pasti tidak mempunyai kekuatan
rohani dan mudah dihanyutkan oleh arus pemodenan yang bercanggah dengan prinsip
Islam. Pendidikan akhlak perlu menekankan kepada aspek penghayatan pelajar bukan
hanya mementingkan aspek kognitif sahaja. Justeru itu, suatu langkah yang lebih
menyeluruh perlu di fikirkan dan di ambil bagi menilai aspek penghayatan pelajar dari
segi akhlak dan moral.
Selain itu, ulasan dan kritikan dalam jurnal tersebut merupakan kekuatan dan
kelemahan yang terdapat dalam jurnal tersebut. Segala kekuatan jurnal tersebut
merupakan kelebihan yang terdapat jurnal tersebut. Kekuatan yang ada dalam jurnal
tersebut dapat menjadikan jurnal tersebut lebih menarik. Oleh hal yang sedemikian,
terdapat juga kelemahan dalam jurnal tersebut, kelemahan tersebut merupakan suatu
kekurangan atau suatu hal yang di dapat di lakukan semasa kajian tersebut.
Oleh itu, nilai adab dan akhlak Islam ini dapat menangani era globalisasi pada
masa kini dengan melakukan perkara-perkara yang baik ini di buat bermula mereka kecil
dan sehingga mereka besar. Seterusnya, di era globalisasi masa kini tidak dapat menguasai
sepenuhnya dalam nilai adab dan akhlak Islam.
12. 12
Rujukan
Asmawati. S. (2005). Pemantapan Komponen dalam pendidikan Islam bagi menangani
era globalisasi . Di ambil daripada
http://eprints.utm.my/1407/4/AsmawatiSuhid2005_PemantapanKomponenAkhlak
DalamPendidik.pdf
Laman Portal Fakulti Pengajian Pendidikan UPM. Curriculum vitae Asmawati Suhid . Di
ambil pada 18 Oktober 2015, daripada
http://www.educ.upm.edu.my/sp/page/3343/asmawatibm
Sahih Muslim, (2003). ( Terjemahan oleh Ma’mur Daud). Singapura : Darel Fajr
Publishing House.
Yusof al-qardhawi, (2001). Islam dan Globalisasi Dunia. Jakarta : Pustaka al-kauthar.