Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat

26,576 views

Published on

Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat

  1. 1. CTU 151 PEMIKIRAN TAMADUN ISLAM TAJUK: PERBEZAAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN BARAT DISEDIAKAN OLEH: NUR ATHIRAH HANIS BINTI ROZMAN (2012137391) NURUL SYAZWANIE BINTI MOHD AZMI (2012131581) SITI NOR SYAFIQAH BINTI MOHD ROZLAN (2012126773) EMELIA SHERMILA BINTI IDRIS (2012192111) NUR ADLEENA BINTI NAZLAN (2012915071) DISEMAK OLEH: USTAZAH RUZAINIM BINTI MOHD ZELANI FAKULTI PERAKAUNAN SEMESTER 2 SESI 2012/2013 AC 110 – 2B
  2. 2. 2 KANDUNGAN TAJUK HALAMAN 1.0 PENDAHULUAN 3 2.0 PELBAGAI ISTILAH TAMADUN 3 3.0 PERBEZAAN PERSPEKTIF ISLAM DAN BARAT 4 4.0 PERBEZAAN ANTARA TAMADUN ISLAM DAN BARAT 5.0 PERBEZAAN MATLAMAT TAMADUN USLAM DAN BARAT 7 - 9 6.0 PERBEZAAN SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DAN BARAT 7.0 PERBEZAAN AGAMA DAN KEPERCAYAAN TAMADUN 5-6 9 ISLAM DAN BARAT 10 8.0 PERBEZAAN KONSEP TAMADUN ISLAM DAN BARAT 11 9.0 PERBEZAAN PRINSIP-PRINSIP TAMADUN ISLAM DAN BARAT 12 10.0 PERBEZAAN SUMBER TAMADUN ISLAM DAN BARAT 13 11.0 KESIMPULAN 14 RUJUKAN 15
  3. 3. 3 1.0 PENDAHULUAN Sudut „dalaman‟ Islam, seperti ajaran Islam, al-Quran,al-Sunnah, kepimpinan dan peribadi Rasulullah SAW, tauhid, syariah, pendidikan Islam dan lain-lain, adalah sudut terpenting untuk melihat bagaimana Islam membentuk tamadun. Inilah sudut tamadun yang lebih penting yang diketepikan atau yang kurang difahami sesetengah sarjana bukan Islam bila mereka mengulas tentang tamadun Islam.Sesungguhnya peranan Islam dalam mengasas dan membangunkan tamadun adalah satu fakta yang tidak dapat ditolak.Sebagai perbandingan dengan peradaban barat, didapati identiti tamadun barat adalah aspek pemikiran yang muncul jauh lebih awal daripada kemajuan fizikal.Konsep sekularisme, modenisme, liberalisme, humanisme, rasionalisme, adalah dasar tamadun barat dan menjadi pencetus kepada sains dan teknologi.Pemikiran dan falsafah barat juga menentukan identiti halatuju dan destinasi peradaban barat. 2.0 PELBAGAI ISTILAH TAMADUN  UMRAN - Istilah terkenal pada abad ke 14-18. Diperkenalkan oleh Ibn Khaldun (1322-1406M) dalam al-Muqaddimah, terbitan dari perkataan „Amara‟ yang merujuk kepada pembangunan / kemajuan, kehidupan Bandar / kota teratur dan stabil.  HADHARAH – Istilah ini juga diperkenalkan oleh Ibn Khaldun dan popular pada abad ke 20, merujuk satu wilayah / daerah / kawasan atau kampung. Berasal dari „hadara‟ yang bererti “kehidupan menetap @ wilayah yang maju”.
  4. 4. 4 3.0 PERBEZAAN PERSPEKTIF ISLAM DAN BARAT PERSPEKTIF ISLAM i) Karya-karya : Seperti Tarikh al-tamaddun al-islami (jurji Zaidan), tarikh alhadharah al-islamiah fi al-sarq (jamal al-din al-surur). ii) Negara : Pemerintahan yang teratur. iii) Kota : Bandar. iv) Ilmu : Pendidikan, sains, intelektual. v) Seni : Senibina, khat, lukisan. vi) Masyarakat : Kehidupan sosial yang teratur dan baik. vii) Kehidupanekonomi : Perdagangan dan perindustrian. PERSPEKTIF BARAT i) Karya-karya :Wujudnya penempatan masyarakat manusia disesebuah kawasan. ii) Negara : Peningkatan kualiti kehidupan ke arah lebih positif dan sempurna. iii) Kota : Wujudnya organisasi dan institusi sosial yang baik serta sistematik. iv) Ilmu : Wujudnya bahasa atau beberapa bahasa serumpun dengan sistem tulisan tersendiri. v) Seni : Wujudnya daya kekreatifan yang tinggi seperti seni, sastera dan sebagainya.
  5. 5. 5 4.0 PERBEZAAN CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM DAN BARAT Tamadun Islam: Berkembang selaras dengan acuan mengikut al-Quran dan al-Sunnah dimana tamadun terhasil melalui bagaimana umat Islam menghasilkannya menurut panduan ilahi. Namun, dalam hal ini acuan tersebut perlulah dikonkritkan dengan usaha dan akal manusia bagi mencapai keseimbangan keharmonian manusia.  Bersifat menyeluruh (sempurna) - Islam yang dijadikan sebagai cara hidup adalah meliputi seluruh keperluan dan kehendak manusia dari pelbagai segi sama ada secara spiritual dan material. Ia juga bukan untuk umat Islam semata-mata, bahkan untuk semua insan di alam ini. Tidak ada satu pun kecacatan yang boleh ditimbulkan oleh mana-mana pihak.  Bersifat umum – Tamadun Islam bersifat sejagat dan terbuka. Maka tidak hairanlah apabila ia sesuai diamalkan oleh semua orang pada setiap masa dan tempat.  Bersifat tetap dan anjal – Tamadun Islam berperanan menetapkan hukum yang disabitkan bersandarkan dalil-dalil yang qatie (tetap) dan zanni. Menutup aurat misalnya adalah yang wajib dan ia bersifat qatie (pasti). Namun dalam hal-hal tertentu (dharurah dan masyaqqah), kelonggaran turut dibenarkan oleh Islam sebagai laluan keluar pada masa dan ketika itu sahaja seperti doktor membuka aurat pesakit ketika membuat rawatan atau menghimpunkan waktu solat fardu tertentu kerana bermusafir.  Bersifat ideal dan realistik – Tamadun Islam yang bersumberkan wahyu sentiasa memenuhi kehendak dan keperluan manusia di seluruh pelosok alam ini. Ia sesuai diamalkan tanpa mengira batasan masa, tempat, masyarakat, warna kulit atau taraf kedudukan manusia. Keperluan manusia terhadapnya adalah amat besar, malah tanpanya akan membuat manusia sentiasa memerlukannya.
  6. 6. 6 Tamadun Barat: Hidup menetap membawa kepada kelahiran Bandar dan seterusnya Negara. Tamadun adalah jenis kebudayaan yang terdapat di Bandar-bandar.Bandar menjadi pusat industri, pentadbiran, perdagangan dan perkhidmatan.  Sistem tulisan – Mula dicipta dalam memenuhi keperluan kehidupan seperti untuk merekod sesuatu dengan menggunakan simbol-simbol tertentu. Penggunaan sistem tulisan telah menggalakkan aktiviti keilmuan, ekonomi dan pentadbiran.  Agama dan kepercayaan – Dalam tamadun awal agama berkaitan dengan sistem pemerintahan iaitu raja dianggap mendapat mandat dan restu dari tuhan atau dewa-dewa untuk memerintah. Jenis kepercayaan pada zaman tamadun awal adalah berbentuk politeisme atau mempercayai banyak tuhan. Unsurunsur alam sekitar disembah untuk mengelakkan malapetaka.  Sains dan teknologi – Muncul dari penemuan-penemuan baru seperti penciptaan kalendar, roda, alat menyukat, pembinaan bangunan, jalan raya, terusan dan lain-lain. Kemajuan sains dan teknologi menjadi ukuran dalam menentukan bangsa-bangsa yang bertamadun seperti tamadun Mesir yang terkenal dalam teknologi pembinaan, tamadun Mesopotamia dalam bidang astronomi dan pembinaan terusan dan lain-lain.
  7. 7. 7 5.0 PERBEZAAN MATLAMAT TAMADUN ISLAM DAN BARAT Tamadun Islam :Dalam mana-mana kelahiran tamadun , keperluan menetapkan matlamat perlu wujud dan berlaku. Tamadun Islam turut sama menetapkan matlamat agar tidak melampaui garis sempadan yang ditetapkan. Dalam melahirkan matlamat adalah perlu diperhatikan fokus sesebuah tamadun. Tamadun Islam menetapkan sasaran menjadikan agama sebagai satu cara hidup. Maka matlamat tamadun Islam adalah mencapai konsep al-Falah (kejayaan) dari sudut material dan spiritual.Konsep al-Falahboleh dilihat dari tiga sudut iaitu : i) Huquq Allah (Hak Allah) – Islam menjelaskan bahawa pemikiran manusia adalah terbatas kepada perkara yang mampu dilihat, didengari, disentuh sehinggalah perkara yang boleh dibuktikan melalui eksperimen sahaja. Allah SWT juga menetapkan garis panduan dan undang-undang tersendiri. Ia dibahagikan kepada dua iaitu :  Sunnatullah (hukum alam)  Wahyu Hukum yang diperkenalkan melalui pesuruh-Nya yang menjadi garis panduan manusia meneruskan hidup.Ia diperjelaskan menerusi wahyu yang menjadi doktrin kepada pembentukan tamadun dan kejadian alam tidak boleh dipisahkan dari hukum di atas.
  8. 8. 8 ii) Huquq al-„Ibad (hak manusia) – Kesedaran terhadap mengenali diri dan pencipta adalah teras utama. Manusia merupakan salah satu kejadian Allah teristimewa di mana mereka dikurniakan akal yang berbeza dari makhlukmakhluk lain yang terbentuk dari roh dan jasad. Manusia perlu bekerjasama dengan beberapa sektor lain bagi meneruskan kelangsungan kehidupannya antaranya :  Manusia memerlukan pengaruh untuk meneruskan kehidupan yang tanpanya akan menjadikan manusia bersendirian. Berbeza dengan binatang yang masih mampu meneruskan kehidupan.  Manusia juga memerlukan usaha dan perhatian yang berterusan di mana tanpanya kehidupan manusia tidak berguna. Oleh itu, manusia memerlukan makanan dan mencari nafkah.  Manusia memerlukan suatu organisasi sosial bagi keselesaan. Ini sesuai dengan naluri dan sifat semulajadi manusia yang perlu bantumembantu demi mencapai sesuatu taraf. iii) Huquq al-Alam (hak alam) – Alam secara fitrah ada permulaan dan pasti ada penamatnya yang bersifat baru dan ia tidak kekal bertahan lama. Selain itu, alam adalah amat penting terhadap kelangsungan kehidupan manusia dan seterusnya menjadi tugas manusia memeliharanya. Apabila alam berperanan terhadap kelangsungan kehidupan manusia, maka adalah manusia berusaha gigih. Mempertahankan bahkan memanjangkan jangka hayat alam menerusi pelbagai daya usaha. Kejadian dan keunikan alam adalah manifestasi kebesaran tuhan. Keunikan tersebut tidak mampu difikir dan dihuraikan oleh pemikiran manusia secara logik akal semata-mata.
  9. 9. 9 Tamadun Barat :Matlamat tamadun Barat khusus kepada kepuasan diri semata-mata. Antaranya ialah seperti berikut ; Materialism Kolonialism Pragmatism Kapitalism Liberalism Rasionalism Modenisme Sekularism 6.0 PERBEZAAN SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DAN BARAT Tamadun Islam :Sumbangan yang paling besar dan penting yang diberikan oleh Islam kepada masyarakat dunia ialah akidah. Iaitu kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa.Melalui akidah, manusia hidup bebas tanda rasa takut kecuali kepada tuhan.Akidah menjadikan manusia hidup dan bekerja secara jujur dan ikhlas.Islam bersifat universal membolehkannya diterima oleh semua kaum tanpa mengira keturunan,bangsa,giografi dan sebagainya.Oleh itu, Islam telah membentuk manusia yang sempurna yang merangkumi roh, akal dan jasad. Tamadun Barat :Sumbangan tamadun Rom kepada kehidupan hari ini ialah mereka menggunakan sistem berbentuk Republik dan mereka juga mengamalkan Undang-undang Justinian. Seperti mana yang kita ketahui, mereka telah membina bangunan Colloseum dan juga membina saliran air bersih iaitu Aquaduct. Selain itu, kalendar yang digunakan pada hari ini adalah berasaskan kalendar Rom. Malah, sumbangan yang paling besar pada zaman dahulu adalah penyatuan wilayah yang ditakluki oleh Julius Caesar telah menjadi empayar.Undang-undang Rom turut diguna pakai seperti undang-undang sivil dan sevara tidak langsung dapat mengembangkan agama Kristian.
  10. 10. 10 7.0 PERBEZAAN AGAMA DAN KEPERCAYAAN TAMADUN ISLAM DAN BARAT Tamadun Islam :Agama menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia adalah sistem yang mengatur tata keimanan (kepercayaan) dan peribadatan kepada Tuhan Yang Mahakuasa serta tata kaedah yang berhubungan dengan pergaulan manusia dan manusia serta lingkungannya. Kata “agama” berasal dari bahasa Sanskerta, agama yang bererti “tradisi”. Kepercayaan pula adalah kemahuan seseorang untuk bertumpu pada orang lain dimana kita memiliki keyakinan padanya. Kepercayaan merupakan kondisi mental yang didasarkan oleh situasi seseorang dan konteks sosialnya. Tamadun Barat :Masyarakat Rom mempunyai kuasa luar biasa mempengaruhi kehidupan mereka. Perayaan orang Rom pula mengikut setiap bulan dalam calendar.Orang Rom percaya kepada banyak Tuhan dan menghubungkan tuhan-tuhan tersebut dengan alam semulajadi.Agama orang Rom tidak menitikberatkan tentang kehidupan masa hadapan.Ia disebaliknya berhubung rapat dengan pertanian iaitu pengeluaran yang banyak dan tentang kebajikan rumah tangga dan keluarga. Perayaan orang Rom yang memuja Tuhan yang dikaitkan dengan bulan-bulan tertentu adalah: i) Februari – Bertemu di sempadan Termini untuk memperingati semangat Termini. ii) April – Memperingati Canes kerana menyuburkan jagung. iii) Julai – Upacaraca flora, lelaki dan wanita dikalungkan bunga. Ia juga adalah musim menuai.
  11. 11. 11 8.0 PERBEZAAN KONSEP TAMADUN ISLAM DAN BARAT Tamadun Islam : Syed Naquib Al Attas menyatakan bahawa keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya yang di dukung oleh konsep tauhid dan kesatuan ummah. Perbincangan tentang sesuatu kekuasaan, kehebatan, kemakmuran, kemajuan sesuatu bangsa. Perbincangan mengenai pemerintahan yang berilmu, beradab, kemajuan industri dan pembangunan ekonomi. Islam menjadi cara hidup yang mencakupi keseluruhan kehidupan manusia, samada keduniaan atau keagamaan. Pembaharuan dalam Islam adalah mengikut agama bukan agama mengikut pembaharuan.Segala bentuk pembangunan kebendaan berkait rapat dengan kerohanian.Segala urusan tidak terlepas daripada mengikut prinsip-prinsip akidah, syariah dan akhlak. Selain itu, mengambil kira aspek kemajuan dan perubahan tetapi dengan menegaskan bagaimana cara ia dicapai dan apakah matlamatnya. Islam menolak konsep „matlamat menghalalkan cara‟. Ia menekankan kedua-dua aspek kebendaan dan kerohanian dalam mencapai kemajuan. Tamadun Barat:Sebuah tamadun yang diasaskan kepada Faham Sekular (sekularisme). Ia adalah moral yang bersandarkan semata-mata kepada kepentingan manusia di dunia dan menafikan sama sekali pertimbangan kepercayaan kepada tuhan atau hari akhirat (Oxford English Dictionary) serta kepercayaan bahawa agama tidak patut dilibatkan dalam aktiviti-aktiviti social dan politik dalam sesebuah negara. (Cambridge international Dictionary Of English). Istilah sekular berasal dari bahasa latin, „saeculum‟ bermaksud tempat – di sini, masa-masa kini. Yang hakiki, benar dan mutlak hanyalah dunia ini sahaja. Dengan erti kata lain, pemikiran dan keinginan nafsu manusia menjadi sumber dan rujukan utama dalam pembangunan dan pembinaan tamadun mereka.Melihat perkara-perkara keduniaan hanya untuk kehidupan dunia semata-mata.Segala urusan tidak ada kaitan dengan agama dan agama adalah sebahagian daripada kebudayaan.Agama dicorak oleh perubahan budaya. Kemajuan berdasarkan keuntungan dan mengamalkan konsep matlamat meghalalkan cara.
  12. 12. 12 9.0 PERBEZAAN PRINSIP-PRINSIP TAMADUN ISLAM DAN BARAT Tamadun Islam :  Memelihara agama  Memelihara nyawa  Memelihara harta benda  Memelihara maruah dan keturunan  Memelihara akal fikiran Tamadun Barat :  Dibina atas ideologi materialistik  Aspek kerohanian tidak penting  Mementingkan harta benda  Lahir daripada khayalan, imaginasi, ideologi dan hasrat manusia  Dikuasai oleh hawa nafsu
  13. 13. 13 10.0 PERBEZAAN SUMBER TAMADUN ISLAM DAN BARAT Tamadun Islam : Sumber tamadun Islam terbahagi kepada tiga iaitu;  Sumber Am: a) Al-Ijtihad i- Ijma‟ ii- Qiyas iii- Istilah iv- Istihsan  Sumber Khusus a) Al-Quran b) As-Sunnah  Tamadun-tamadun lain Tamadun Barat : Sumber tamadun barat terbahagi kepada tiga iaitu;  Logik akal  Percaya kepada yang dapat dilihat oleh pancaindera  Kebendaan (keinginan nafsu)
  14. 14. 14 11.0 KESIMPULAN Tamadun Islam dan barat boleh wujud bersama, jika barat berusaha memahami Islam dan umat Islam.Namun hakikatnya, ini sangat sukar dicapai kerana dari kajian yang dibuat, barat tidak pernah ikhlas untuk melakukannya.Fenomena ini terjadi akibat dari persepsi barat bahawa Islam telah menjadi ancaman kepada mereka. Oleh itu mereka sentiasa mengkritik dan mencemuh tamadun Islam dengan desakan supaya Islam akan tunduk kepada dasar dan cara berfikir barat. Malah kemunculan kelompok Islam liberal yang banyak dipengaruhi oleh kelompok orienstalis yang menanggap Islam sebagai kolot, dogmatik dan literal telah membantu secara tidak langsung pihak barat menjayakan agenda mensekularisasikan fahaman umat Islam. Yang paling membimbangkan sekiranya sekularisasi menjadi satu proses sejarah yang mungkin tidak mampu berpatah balik! Hakikatnya, Allah SWT telah menegaskan bahawa agama Islam adalah jalan yang terbaik untuk diikuti sekalian umatNya, seperti di dalam firmanNya: “Dan bahawasa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya, dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam) kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa”. (al-an‟am:153).
  15. 15. 15 RUJUKAN Nadiah bt Abdul Rahman. 2008. Tamadun Islam dan Asia.Perpustakaan Negara Malaysia. Mahayudin Hj. Yahaya. 1984. Pengertian Sejarah Islam dan Permasalahannya. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana (M) SDN. BHD. Samuel P. Huntington. 2008. Pertembungan Tamadun dan Pembentukan Semula Orde Dunia.Selangor Darul Ehsan: Pencetakan Dawama Sdn. Bhd. Sivachandralingam Sundara Raja. 2008. Tamadun Rom. Shah Alam: Karisma Publications SDN. BHD. Sazelin Arif. 2007. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Perpustakaan Negara Malaysia.

×