Pelajar Cemerlang mempunyai berbagai sifat keperibadian yang istimewa. Mereka mengenal potensi dan bakat kejayaan yang terpendam dan mereka tidak mahu diri mereka diracun oleh pelajar yang berjiwa kecil. Mereka membina landasan kejayaan dengan ketabahan, kesungguhan dan semangat yang tinggi. Mereka juga mahu menjulang nama sebagai pelajar yang paling hebat. Program ini menyemai kualiti kejayaan yang unik ini kepada setiap pelajar yang mengharapkan kejayaan. Dengan mengamalkan kesemua sifat kejayaan ini, mencapai straight A bukanlah suatu impian kosong. Sesiapa yang berhajat dan sudi berusaha berteraskan ilmu psikologi pasti akan mencapai harapannya.