SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
PENGENALAN
       Pendidikan Melayu sekular telah diperkenalkan oleh British pada abad ke-19.Sebelum

itu pendidikan Melayu pada umumnya berbentuk keagamaan dan sangat menekankan

pengajian agama Islam.Murid-murid diajar mengaji dan membaca Al-Quran serta cara-cara

bersembahyang.Bahasa penghantarnya ialah bahasa Arab dan guru-guru biasanya terdiri

daripada imam-imam masjid.Bahasa Melayu tidak dititikberatkan .Hal ini kerana para ibu

bapa pada ketika itu sangat mementingkan pendidikan agama Islam.[1] Perkara ini dapat

dibuktikan dengan kata-kata Lebai Abdul Razak seorang guru Al-Quran di Melaka yang

memberitahu Sir Stamford Raffles bahawa orang Melayu yang mempunyai anak akan

disuruh untuk belajar Al-Quran dahulu dan barulah belajar bahasa Melayu.Beliau juga

mengatakan memang itulah adat orang Melayu dan tiada lagi adat dimana para ibu bapa

menghantar anak-anak mereka belajar bahasa Melayu dahulu.[2]Pada waktu ini taraf para

ulama adalah tinggi kerana jika terdapat sultan yang menuntut ilmu,baginda haruslah pergi

berjumpa ulama.Pada waktu itu juga pendidikan agama telah mencapai peringkat ketiga iaitu

peringkat tinggi.[3]


       Kanak-kanak Melayu telah mendapat pendidikan di surau,masjid dan sekolah pondok

sebelum kedatangan British di Tanah Melayu.Cara pendidikan tersebut diajar ialah dengan

membaca dan memahami Al-Quran,mempelajari bahasa Arab,hukum-hukum agama serta

kemahiran membaca,menulis dan mengira.Pada waktu itu juga sekolah pondok telah

ditubuhkan dan dari segi pelajaran yang diajar ialah lebih kepada ajaran agama.Pelajar yang

lulus sekolah pondok ini akan berkhidmat sebagai guru agama.Pengajian di sekolah pondok

mengambil tempoh masa yang agak lama iaitu sehingga sepuluh tahun.Antara buku-buku

rujukan yang digunakan di sekolah pondok ialah daripada kitab-kitab Al-Quran, Hadis,

Fiqah,Tauhid dan Tasawuf .Buku-buku ini di datangkan khas dari Mesir dan negara-negara

                                                                                              1
Arab yang lain. Biasanya pelajar-pelajar sekolah pondok akan menjalankan kerja bertani

,menangkap ikan , mencari kayu api ,mengangkat air bai membantu tuan guru menyarai

hidup mereka semua pada waktu pag manakala pengajaran akan diadakan selepas waktu

subuh, petang dan malam. [4]


       Dasar awal pemerintahan kolonial ditentukan berdasarkan peranan ekonomi yang

dijalankan oleh setaip kumpulan etnik yang terdapat di Tanah Melayu. Hanya segelintir elit

setempat yang telah mendapat keistimewaan diberi pendidikan dalam bahasa Inggeris untuk

menyediakan mereka bagi menjalankan tugas-tugas perkeranian sama ada dalam birokrasi

kerajaan kolonial ataupun dalam syarikat yang dikuasai orang Eropah.Bagi sebahagian besar

orang-orang tempatan,pada pandangan kerajaan memadailah jika setiap kumpulan mereka

diberi pelajaran dalam bahasa sendiri serta bersedia menerima peranan yang ditentukan oleh

pemerintah kolonial itu. [5]


       Pada tahun 1874 , British telah datang ke Tanah Melayu di Negeri-Negeri Melayu

Bersekutu dan mengajar orang Melayu yang pada pendapatnya tidak mempunyai

pengetahuan pendidikan. Sekolah -sekolah awal yang di bangunkan lebih merupakan insaitif

persendirian kerana residen -residen awal yang dilantik lebih mengutamakan aspek -aspek

seperti undang-undang , penyeragaman pungutan hasil , pentadbiran keadilan ,perdagangan

dan sistem komunikasi.Hal ini dapat dibuktikan melalui kata-kata Sir Frank Swetthenham

yang menyatakan bahawa British tidak datang ke Negeri-Negeri Melayu sebagai dermawan

tetapi naluri sebagai kuasa imperialisme telah membawa British ke negeri-negeri

tersebut.tetapi apabila kusa mereka semakin kukuh ,pihak British mula memberi perhatian

terhadap pendidikan dan penyediaan perkhidmatan kebajikan yang lain . Sekolah Melayu

kerajaan yang pertama yang di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu terletak di Klang , Selangor

pada bulan September 1875 oleh residen Selangor yang pertama iaitu J,G Davidson.[6]



                                                                                             2
DASAR YANG DIPERKENALKAN OLEH BRITISH TERHADAP

ORANG MELAYU DARI TAHUN 1875 HINGGA TAHUN 1922

Dasar 3M (membaca ,menulis dan mengira)


       Pada mulanya dasar pendidika British terhadap orang Melayu adalah hanya untuk

memberi sedikit pengetahuan asas kepada orang Melayu.Pendidikan Melayu diadakan hanya

diperingkat rendah sahaja.Anak-anak Melayu yang bercita-cita tinggi dan ingin melanjutkan

pelajaran terpaksa memasuki sekolah menengah Inggeris di bandar.Tujuan utama sekolah-

sekolah Melayu diasaskan pada abad ke 19 dan awal abad ke 20 ialah untuk membolehkan

anak-anak Melayu terus kekal di desa, mewarisi kemiskinan keluarga.Oleh itu pendidikan

yang berbentuk sekular dalam bahasa melayu dihadkan kepada empat tahun sahaja dengan

skop dan kokurikulum yang terhad. Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah cara hidup

orang Melayu atau menyumbangkan kepada mobiliti menegak di kalangan masyarakat

Melayu.


       British telah memperuntukkan sebanyak RM10,000 kepada Jabatan Polis dan hanya

RM122 untuk pendidikan di Perak pada tahun 1881.Di Selangor pula,British

memperuntukkan sebanyak RM8000 untuk Jabatan Polis dan sebanyak RM37 untuk

pendidikan.Akibat daripada penumpuan yang tidak jelas ini iaitu tumpuannya hanya untuk

memperkenalkan orang Melayu supaya tidak buta huruf dan bukannya untuk pandai.British

hanya hendak atasi buta huruf di kalangan anak Melayu.,keadaan ini telah menyebabkan

kadar kehadiran murid-murid ke sekolah adalah rendah




                                                                                            3
Pertumbuhan Sekolah-Sekolah Melayu di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu


       Sekolah Melayu juga turut dibina di Negeri -Negeri Melayu Bersekutu seperti Perak

dan Selangor. Sekolah Melayu kerrajaan yang pertama di bina di Selangor Selangor atas

usaha residen Selangor pada ketika itu J.G Davidson, terletak di Klang pada tahun 1875

manakala sekolah Melayu pertama yang dibina di Perak pula terletak di Sayung yang

ditubuhkan pada tahun 1878 oleh Hugh Low , Residen British Perak yang ketiga.[7]Pada

akhir 1870-an dan awal 1880-an pendapatan di negeri-negeri ini semakin meningkat. Walau

bagaimanapun perbelanjaan keatas pendidikan tetap kekeal rendah.Misalnya perbelanjaan

pendidiakan di Perak pada tahun 1881 hanya $122.92 berbanding dengan peruntukan kepada

Jabatan Polis iaitu sebanyak $10,364 daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan negeri

Perak sebanyak $650,000. Manakala di Selangor pula perbelanjaan ke atas pendididkan

adalah serendah $37.10 berbanding peruntukan yamg di terima oleh jabatan polis sebanyak

$7,962 dari pada jumlah perbelanjaan keseluruhan negeri Selangor iaitu sebanyak $

230,000..[8]


       Pertumbuhan Sekolah-Sekolah Melayu di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dapat

dilihat Melalui perlantikan Nazir Sekolah-Sekolah Melayu di Negeri-Negeri Melayu

Bersekutu pada tahun 1897. Bilangan sekolah Melayu di negeri-negeri tersebut telah

meningkat daripada 168 buah dengan bilangam murid lelaki sebanyak 157 orang dan murid

perempuan seramai 11 orang pada tahun 1898 kepada 226 buah sekolah pada tahun 1907

dengan bilangan murid lelaki seramai 232 orang dan murid perempuan seramai 34 orang. [9]

Satu masalah yang lebih serius lagi dan tidak mudah dihuraikan ialah tentang kedatangan

murid-murid.Walaupun diberi pelajaran percuma dan buku-buku serta papan batu disediakan

oleh kerajaan,masih sukar orang-orang Melayu memahami relevannya pendidikan

sekular.Namun demikian perihal membaca Al-Quran tidak dipersoalkan tetapi faedah dari

seorang anak-anak Melayu yang tahu membaca dan menulis dalam bahasa Melayu serta

                                                                                           4
membuat kira-kira tidak nampak faedahnya.Kebanyakan ibu bapa mengkehendaki anak-anak

mereka membantu di rumah ataupun di sawah ladang.Kedatangan murid yang semakin

merosot itu menyebabkan pemerintah Inggeris melaksanakan dasar wajib sekolah pada tahun-

tahun 1880an dan awal tahun-tahun 1890an. [10]


Pertumbuhan Sekolah-Sekolah Melayu di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.


       Pertumbuhan sekolah-sekolah Melayu di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu

bermula agak lewat berbanding di Negeri-Negeri Selat dan di Negeri-Negeri Melayu

Bersekutu. Di Kedah, sekolah Melayu yang pertama dikatakan ditubuhkan pada tahun 1897

atas inisiatif Allahyarham Tuan Haji Abdullah , Menteri Besar Kedah pada ketika itu.Sekolah

ini pada mula-mulanya dikhaskan untuk anak-anak lelaki orang-orang besar sahaja.Pada

tahun1910 telah ada 20 buah sekolah Melayu di Kedah dan seterusnya meningkat kepada 29

buah pada tahun 1911. Pada tahun yang sama jugajawatan Nazir Pelajaran telah

diperkenalkan di Kedah dan nazir akan dibantu oleh seorang guru pelawat di Selatan

Kedah.[11]


       Sekolah Melayu pertama di Kelantan di tubuhkan pada tahun 1903. Manakala

Terengganu pula tidak mempunyai sebuah pun sekolah Melayu sebelum tahun 1915,

sedangkan Perlis sebuah negeri yang terkecil di Semenanjung telah mempunyai 5 buah

sekolah Melayu dengan pendaftaran seramai 320 orang murid dalam tahun 1913. Pada tahun

1915 barulah terdiri sebuah sekolah Melayu di Terengganu dengan bilangan murid seramai

80 orang yang semuanya murid lelaki. Seterusnya , Johor merupakan sebuah negeri Melayu

yang beruntung keran hubungan rapatnya dengan Singapura dimana perkembangan

pendidikannya sangat pesat. Oleh itu ,tidak menghairankan apaila kita mendapati dalam

tahun 1913 ,sedang Kedah mempunyai 34 buah sekolah Melayu, Perlis sebayak 5 buah ,




                                                                                          5
Kelantan 8 buah sekolah dan Terengganu pada ketika itu belum mempunyai sekolah

manakala negeri Johor telah pun mempunyai 56 buah sekolah.[12]


Penggabungan jabatan pelajaran Negeri-Negeri Selat dengan Negeri-Negeri Melayu

Bersekutu


        Pada bulan November 1906,Jabatan-jabatan Pelajaran Negeri-negeri Selat dan

Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah digabungkan dan jawatan Wilkinson sebagai Federal

Inspector dihapuskan.Setelah pengaruh Wilkinson yang kuat itu tamat,pendidikan Melayu

telah dibiarkan terbengkalai sehingga tahun 1916,apabila R.O.Winstedt dilantik menjadi

Assistant Director of Education di Tanah Melayu dan merupakan satu jawatan baru yang

diluluskan oleh Pejabat Tanah Jajahan.Negeri Johor sahaja yang tidak memperkembangkan

sistem sekolah pondok ini oleh sebab kedua-dua pendidikan agama dan sekular diletakkan di

tangan Jabatan Pelajaran Johor sendiri yang telah dibentuk pada tahun 1885.Di Kelantan

terdapat juga perkembangan di bidang pendidikan yang penting iaitu pembentukan Majlis

Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan pada tahun 1915.Dua tahun kemudian,majlis itu

telah melancarkan program pendidikannya dengan mendirikan sebuah sekolah agama yang

moden,Madrasah Muhammadiah,yang sekaligus mengajar tiga bahasa iaitu Melayu,Arab dan

Inggeris. [13]


Kelas Raja telah ditubuhkan.


       Satu Kelas Raja telah ditubuhkan dengan inisiatif daripada Sultan Idris iaitu Raja

Muda negeri Perak.Kelas tersebut ditubuhkan di istana ibu negeri Kuala Kangsar pada tahun

1888.Sebagai mengikut jejak Perak,Raja Muda Selangor telah meminta bantuan Inggeris

mendirikan sebuah sekolah bagi anak-anak Raja di negeri itu.Pada bulan Disember

1890,Sekolah Raja yang baru di Selangor telah dimulakan dengan seorang Paderi kelulusan

Oxford sebagai gurunya.Menurut W.E.Maxwell,tujuan sekolah tersebut ditubuhkan adalah

                                                                                            6
untuk mendidik anak-anak Raja dan Orang Besar yang pada dasarnya beliau melihat

pendidikan yang mereka perolehi itu sebagai kelebihan yang memungkinkan anak-anak Raja

dan pembesar-pembesar itu diberikan pekerjaan sebagai kerani kerajaan dan jawatan-jawatan

rasmi lain yang lebih rendah.Tujuan utama sekolah itu,selain memindahkan ilmu yang berupa

kebolehan bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris serta memahaminya,ialah untuk

membina wakta yang baik menurut ukuran zaman Victoria di England.Sekolah Raja di

Selangor itu telah ditutup pada bulan Januari 1894,namun anak-anak Melayu yang berminat

boleh memasuki Victoria Institution di Kuala Lumpur yang telah didirikan setahun sebelum

itu. [17]


Perkhidmatan Civil Melayu(MCS).


            Keadaan ini berubah selepas tahun 1896 dengan terbentuknya Negeri-negeri

Melayu Bersekutu.Salah satu akibatnya ialah perkhidmatan awam di keempat-empat negeri

itu digabungkan untuk menjadi Perkhidmatan Civil Malaya(MCS),yang membawa kepada

perluasan perkhidmatan pentadbiran dan ikhtisas yang semuanya berpegawaikan orang

Eropah.Serentak dengan itu juga terdapat pertumbuhan dalam bilangan kakitangan kerani

tempatan dan juga teknik,yang kebanyakannya adalah Tamil Jaffna,orang-orang India,Serani

dan Cina.[14]


Skim Biasiswa telah diperkenalkan.


            Setengah pegawai Inggeris telah menyatakan keraguan mereka oleh kerana

kerajaan telah gagal memenuhi maksud yang dinyatakannya untuk mendidik kaum

bangsawan Melayu dalam memerintah tanah air mereka sendiri.Berikutan dengan itu,skim

biasiswa telah diperkenalkan untuk memberikan peluang yang lebih baik memasuki sekolah-

sekolah Inggeris bagi orang-orang Melayu dari keturunan yang baik-baik.Menerusi skim

ini,orang-orang Melayu dapat belajar di sekolah-sekolah Ingeris yang bertaraf tinggi seperti

                                                                                               7
Victoria Institution di Selangor,Taiping Central School yang kemudiannya menjadi King

Edward VII School di Perak dan St.Paul „s School di Negeri Sembilan.Percubaan juga telah

dibuat untuk memasukkan anak-anak Melayu dari kalangan biasa yang cerdik dari sekolah-

sekolah Melayu dalam program ini.[15]


       Institusi ini kemudiannya menjadi tumpuan beberapa skim biasiswa bagi kedua-dua

golongan orang melayu sama ada golongan bangsawan atau penduduk kampung.Selangor

menjadi negeri yang merintis jalan dalam pengenalan skim biasiswa. Hal ini keranausaha

Residen Selangor iaitu J.P Roger dan Inspektor Sekolah, F.W Haines.Menjelang akhir tahun

1896, satu skim telah diperkenalkan di selangor secara percubaan mana biasiswa telah

diberikan kepada 10 orang pelajar lelaki Melayu kampung yang telah mendapat kerutusan

yang baik dalam peperiksaan tahap III mereka dan yang baik dilaporkan oleh Pegawai

Daerah.Hal ini bertujuan untuk membolehkan mereka hidup di Kuala Lumpur dan mereka

diberikan elaun bulanan $ 5.00, dan dikecualikan daripada membayar yuran tuitition biasa

$ 1.00 sebulan.[24]


Tujuan Sekolah Melayu ditubuhkan


       Menurut Dr Awang Had Salleh, pendidikan sekular anjuran British mempunyai empat

tujuan utama iaitu mengekalkan kestabilan politik dengan tidak memberi pelajaran yang

berlebihan kepada orang Melayu .Kedua bagi mengekalkan status quo dengan memastikan

orang Melayu tinggal terus di kampung-kampung sebagai penanam padi.seterusnya adalah

bagi menghasilkan pekerja-pekerja rendah seperti pemandu kereta lembu, nelayan, pekedai-

pekedai kecil dan kerani-kerani rendah. Tujuan keempat adalah untuk menghapuskan buta

huruf supaya orang Melayu tidak tertipu dalam masyarakat berbilang bangsa. Pada

hakikatnya ,pendidikan bahasa Melayu sebelum tahu 1942 kurang memberi peluang kepada




                                                                                           8
orang Melayu mencapai kemajuan dalam bidang social ,dan ekonomi. Pendidikan Melayu

hanya bertujuan untuk memelihara cara hidup tradisional orang Melayu. [16]




Perkembangan pendidikan Melayu


       Perkembangan pendidikan Melayu terutamanya bagi kanak-kanak perempuan adalah

lembab disebabkan oleh faktor-faktor seperti sikap ibu bapa yang cemburukan kehilangan

tenaga anak-anak merekayang di perlukan bagi kerja rumah,perasaan curiga para ibu bapa

terhadap pendidikan sekular yang tidak menitikberatkan pengajaran Al-Quran dan ibu bapa

lebih suka anak-anak perempuan duduk di rumah sehingga mereka dikahwinkan. Mulai abad

ke-20 pendidikan Mlayu mula berkembang maju apabila kerajaan British di Negeri-Negeri

Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah meluluskan beberapa enakmen yang

mewajibkan kanak-kanak lelaki Melayu yang berumur antara 7 hinnga 14 tahun bersekolah

sekurang-kurangnya selama setengah tahun jika mereka tinggal dalam lingkungan dua batu

dari sekolah.


       Enakmen-enakmen tersebut telah menggalakkan perkembangan pendidikan sekular

Melayu di Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.Berbagai – bagai usaha

telah diambil untuk memperbaiki nilai pendidikan bahasa Melayu selepas perlantikan R.J.

Wilkinson sebagai Nazir Sekolah-Sekolah Persekutuan pada tahun 1903.Antara usaha yang

telah diambil oleh R.J.Wilkinson ialah dengan memperkenalkan tulisan rumi yang sistematik

serta menyusun kamus Melayu yang pertama.Beliau juga bertanggungjawab menerbitkan

buku-buku klasik Melayu yang membangkitkan minat orang Melayu terhadap bahasa dan

kesusasteraannya sendiri.Selain itu ,kerajaan British juga telah telah menubuhkan beberapa



                                                                                             9
maktab latihan perguruan Melayu bagi meninggikan lagi mutu pengajaran di sekolah-

sekolah Melayu.


Penyediaan Guru-guru Lelaki.


         Satu rancangan khas telah dbuat bagi melatih guru-guru Melayu dalam tahun 1878

apabila sebuah maktab Melayu ditubuhkan di Singapura.Setelah tujuh belas tahun ia

ditubuhkan,maktab tersebut telah ditutup pada tahun 1895 dan telah mengeluarkan

kumpulann pertama guru-guru Melayu terlatih di British Malaya.Usaha tersebut telah

disambung semula dalam tahun 1900 apabila terdapat sebuah lagi maktab latihan perguruan

dibuka di Melaka.Pada waktu yang sama terdapat sebuah maktab yang dibuka di Taiping

tetapi hanya dalam tempoh yang singkat sahaja.Pada tahun 1913,sebuah maktab Perguruan

telah dibuka di Perak iaitu di Matang.Akhirnya kedua-dua maktab ini iaitu Maktab Melaka

dan Maktab Matang telah digantikan oleh Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjong Malim

dalam tahun 1922.


         Johor tidak seperti Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu yang lain,iaitu yang

menghantar penuntutnya ke Melaka dan ke Tanjong Malim untuk terima latihan tetapi Johor

telah melatih bakal-bakal gurunya sendiri di Maktab Perguruannya Melayu di Johor

Bahru.Kebanyakkn Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu menderita kerana kekurangan

guru-guru terlatih.Bilangan penuntut-penuntut mereka yang diterima masuk ke Maktab

Perguruan Sultan Idris amat kecil.Langkah-langkah terpaksa diambil iaitu Kelantan telah

menggunakan dua orang guru terlatih yang dipinjam dari Melaka dan Negeri Sembilan

supaya memberi latihan perguruan kepada calon-calon di Kelantan.




                                                                                          10
Penubuhan maktab-maktab perguruan di Tanah Melayu


       Selaras dengan perkembangan sepanjang tahun 1890-an kaedah latihan guru dan

pengambilan bekerja oleh kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu di dapati bilangan guru

tidak mencukupi akibat daripada pertambahan bilangan sekolah. Kemasukkan guru yang

berkelayakan dari Negeri-Negeri Selat ,walupun tidak lebih sebagai muslihat pihak penjajah,

tamat selepas penutupan Maktab Perguruan Melayu Singapura pada tahun 1894.[19]Sewaktu

Maktab Perguruan Singapura ditutup dalam tahun 1895,baru separuh sahaja daripada guru-

guru terlatih yang dikehendaki oleh sekolah-sekolah Melayu di Negeri-negeri Selat dapat

dipenuhi dan hal ini lebih buruk lagi di Negeri-negeri Melayu. Dalam tahun 1898,Nazir

sekolah-sekolah Persekutuan bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah dilantik.Langkah

yang diambil untuk atasi masalah ini dengan menubuhkan sebuah sekolah Perguruan

Taiping.Dalam suratnya kepada Residen Jeneral,bertarikh 14hb Jun 1898.Nazir itu

menamakan sekolah itu sebagai”Sekolah Persediaan Perguruan untuk guru-guru lelaki

Melayu dan telah bermula dalam bulan Mei,1898 . [20]


                R.J.Wilkinson telah mengusahakan penubuhan maktab Perguruan Melayu

Melaka dan beliau telah menjadi Pemangku Nazir sekolah-sekolah bagi Negeri-negeri Selat

sekitar Ogos 1898 hingga Ogos 1900.Wilkinson tidak memandang tinggi keluaran Maktab

Perguruan Melayu Singapura kerana beliau berkata guru-guru sekolah Melayu sekarang ini

menyebabkan kesulitan kerana ketidak cekapan mereka.Mengenai tempat maktab baharu

yang diusulkannya itu,awal-awal lagi ia menolak kemungkinan memilih Singapura atau

Pulau Pinang kerana kehidupan di bandar-bandar besar selalunya tidak sihat bagi budak-

budak lelaki Melayu dari pedalaman.Akhirnya Melaka terpilih dan maktab itu dibuka pada 1

Mac 1900 dengan 24 orang penuntut dan Tuan S.E.Codrington menjadi pengetuanya yang

pertama.Maktab ini telah ditutup dalam tahun 1922 untuk memberi jalan kepada Maktab



                                                                                          11
Perguruan Sultan Idris.Pada tahun 1900 maktab ini telah mengeluarkan seramai 705 orang

guru dan peneroka seramai 24 orang selama 22 tahun ia ditubuhkan. [21]


        Maktab Singapura memberikan kursus setahun,maktab-maktab Melaka dan Matang

masing-masing memberikan kursus dua tahun,tetapi Maktab Perguruan Johor menyediakan

penuntut-penuntutnya selama tiga tahun.Maktab telah berfungsi pada tahun 1919.Penyata

Tahunan Negeri Johor ada menyatakan bahawa Maktab Perguruan Melayu itu melatih 10

orang guru dan maktab tersebut tidak dapat membekalkan guru dengan sepenuhnya,oleh itu

sebuah bangunan yang lebih sesuai akan didirikan.Seorang penuntut maktab tersebut akan

menerima wang saku sebanyak $3.00 sebulan.Makan,penginapan dan buku-buku adalah

disediakan.Apabila keluar dari maktab ini,gaji yang dibayar ialah bermula dari $45.00

sebulan.Gaji permulaan amat tinggi jika dibandingkan dengan $35.00 gaji permulaan sebulan

yang dibayar kepada guru-guru keluaran Maktab Perguruan Sultan Idris.[22]


Pembukaan Maktab Perguruan Sultan Idris.


          Anjuran Winstedt supaya dipusatkan maktab-maktab perguruan Melayu,telah

diterima kerajaan.Persidangan Residen-residen yang berlangsung pada 10hb Mei 1917

meluluskan penerimaan itu,dan dalam tahun yang sama,Pesuruhjaya Tinggi,setelah

memperkenalkan rancangan tersebut pada 26hb Mei 1917 dan mendapatkan titah persetujuan

dari Sultan Abdul Jalil Perak.Winstedt mencadangkan supaya sebuah sekolah pertukangan

dinamakan Sultan Idris,tetapi pertimbangan untuk mendirikan sekolah itu baru dibuat dalam

tahun 1922 dan pada waktu itu,Maktab Pusat ini telah pun terdiri.Oleh itu Maktab Pusat yang

baru itu diberi nama Sultan Idris yang menurut O.T. Dussek,pengetua maktab itu,

“menyayangi rakyat Melayunya dengn sungguh-sungguh dan mengharapkan orang-orang

Melayu akan mendapat pelajaran yang penting untuk jawatan-jawatan kerajaan.”[23]




                                                                                         12
Maktab ini secara rasmi di buka pada 29hb. November 1922 oleh W.G . Maxwell,

Ketua Setiausaha, C.G.M dengan penuntut seramai 120 orang. Dalam ucapan pembukaan

Pengarah Pelajaran , Mr. Wolffe mengatakan bahawa pembukaan maktab ini menandakan

zaman baru dalam sejarah pelajaran vernakular Melayu Semenanjung Tanah Melayu .hal ini

kerana sebelumnya tidak pernah ada percubaan yang sungguh-sungguh untuk melatih guru-

guru Melayu.[25] Antara bidang pelajaran yang di ajar di Maktab Perguruan Sultan Idris

ialah pertanian asas atau perkebunandan pekerjaan pertukangan tangan seperti pertukangan

kayu, mengayam jaring, pertukangan tangan dan menjilid buku. Selain itu, mata pelajaran

Agama ,Ilmu Kira-Kira,bahasa dan kesusasteraan Melayu,Sejarah,Ilmu Alam, tulisan dan

lukisan iaitu penuntut dilatih menulis jawi dan rumidi kertas dan di papan hitam . Seterusnya

terdapat jga mata pelajaran lain yang turut diajar di maktab ini seperti Teori dan Amalan

Pengajaran, Ilmu Kesihatan dan latihan tubuh. [26]




                                                                                            13
KESIMPULAN

       Pada permulaannya pendidikan orang Melayu berasakan keagamaan dan taraf ulama

adalah sangat tinggi pada ketika itu. Pada ketika itu,pendidikan agama telah mencapai

terperingkat tinggi.Pendidikan sekular yang telah diperkenalkan oleh British hanya hendak

anak-anak Melayu hanya tahu membaca,menulis dan mengira. Pihak British hanya mahu

anak-anak Melayu ini lebih pandai sedikit daripada ibu bapa mereka.Pelbagai dasar

pendidikan telah dibuat oleh British untuk menarik minat orang Melayu untuk menghantar

anak-anak mereka masuk ke sekolah.British juga telah menubuhkan sebuah sekolah yang

mempunyai pendidikan agama dan sekular iaitu pendidikan sekular dijalankan pada waktu

pagi dan pendidikan agama pada waktu petang Pendidikan Inggeris turut diberikan kepada

golongan yang baik-baik sahaja yang terdiri daripada golongan bangsawan yang membawa

kepada Kelas Raja di Perak dan di Selangor.Dasar pendidikan yang diperkenalkan oleh

British pada waktu itu telah membawa kepada sistem pendidikan yang ada pada waktu

sekarang.




                                                                                            14

More Related Content

What's hot

Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
Perkembangan pendidikan sebelum merdekaPerkembangan pendidikan sebelum merdeka
Perkembangan pendidikan sebelum merdekaIPGKTI
 
Tutorial 3.3
Tutorial 3.3Tutorial 3.3
Tutorial 3.3firo HAR
 
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaanSistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaanalexsonn
 
M1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
M1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdekaM1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
M1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdekaVince Here
 
Tajuk 1 pkmbgn sistem pendidikan di malaysia
Tajuk 1  pkmbgn sistem pendidikan di malaysiaTajuk 1  pkmbgn sistem pendidikan di malaysia
Tajuk 1 pkmbgn sistem pendidikan di malaysiaRosliza Rethwan
 
Tutorial 3.1
Tutorial 3.1Tutorial 3.1
Tutorial 3.1firo HAR
 
Hikayat abdullah ( Biodata penulis dan sinopsis keseluruhan )
Hikayat abdullah ( Biodata penulis dan sinopsis keseluruhan )Hikayat abdullah ( Biodata penulis dan sinopsis keseluruhan )
Hikayat abdullah ( Biodata penulis dan sinopsis keseluruhan )FaFai S.
 
Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102
Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102
Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102 CIKGU NAZARINANAWAWI
 
Nasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia kedua
Nasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia keduaNasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia kedua
Nasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia kedualadykathy
 
Sejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnik
Sejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnikSejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnik
Sejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnikHafizah Jupri
 
Sej Sosioeko sbh & srwk
Sej Sosioeko sbh & srwkSej Sosioeko sbh & srwk
Sej Sosioeko sbh & srwkFaz Teeyta
 
26499947 perkembangan-sistem-pendidikan-di-malaysia-sebelum-merdeka-peringkat...
26499947 perkembangan-sistem-pendidikan-di-malaysia-sebelum-merdeka-peringkat...26499947 perkembangan-sistem-pendidikan-di-malaysia-sebelum-merdeka-peringkat...
26499947 perkembangan-sistem-pendidikan-di-malaysia-sebelum-merdeka-peringkat...asyikin hashim
 
Pengajian islam selepas merdeka
Pengajian islam selepas merdekaPengajian islam selepas merdeka
Pengajian islam selepas merdekamzaidin
 
Sejarah tingkatan 5 bab 2
Sejarah  tingkatan 5 bab 2Sejarah  tingkatan 5 bab 2
Sejarah tingkatan 5 bab 2Hidayati Husain
 
SJH1034 - Kesan sosioekonomi
SJH1034 - Kesan sosioekonomi SJH1034 - Kesan sosioekonomi
SJH1034 - Kesan sosioekonomi dzulkiflijks
 
Bincangkan gerakan gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.
Bincangkan gerakan  gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.Bincangkan gerakan  gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.
Bincangkan gerakan gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.Norazman Mohd Nor
 
Tutorial 3.2
Tutorial 3.2Tutorial 3.2
Tutorial 3.2firo HAR
 

What's hot (20)

Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
Perkembangan pendidikan sebelum merdekaPerkembangan pendidikan sebelum merdeka
Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
 
Tutorial 3.3
Tutorial 3.3Tutorial 3.3
Tutorial 3.3
 
Soalan 1
Soalan 1Soalan 1
Soalan 1
 
Bab 10-t4(2)
Bab 10-t4(2)Bab 10-t4(2)
Bab 10-t4(2)
 
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaanSistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
 
M1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
M1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdekaM1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
M1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
 
Tajuk 1 pkmbgn sistem pendidikan di malaysia
Tajuk 1  pkmbgn sistem pendidikan di malaysiaTajuk 1  pkmbgn sistem pendidikan di malaysia
Tajuk 1 pkmbgn sistem pendidikan di malaysia
 
Tutorial 3.1
Tutorial 3.1Tutorial 3.1
Tutorial 3.1
 
Hikayat abdullah ( Biodata penulis dan sinopsis keseluruhan )
Hikayat abdullah ( Biodata penulis dan sinopsis keseluruhan )Hikayat abdullah ( Biodata penulis dan sinopsis keseluruhan )
Hikayat abdullah ( Biodata penulis dan sinopsis keseluruhan )
 
Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102
Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102
Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102
 
Nasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia kedua
Nasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia keduaNasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia kedua
Nasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia kedua
 
Sejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnik
Sejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnikSejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnik
Sejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnik
 
Sej Sosioeko sbh & srwk
Sej Sosioeko sbh & srwkSej Sosioeko sbh & srwk
Sej Sosioeko sbh & srwk
 
26499947 perkembangan-sistem-pendidikan-di-malaysia-sebelum-merdeka-peringkat...
26499947 perkembangan-sistem-pendidikan-di-malaysia-sebelum-merdeka-peringkat...26499947 perkembangan-sistem-pendidikan-di-malaysia-sebelum-merdeka-peringkat...
26499947 perkembangan-sistem-pendidikan-di-malaysia-sebelum-merdeka-peringkat...
 
Pengajian islam selepas merdeka
Pengajian islam selepas merdekaPengajian islam selepas merdeka
Pengajian islam selepas merdeka
 
Sejarah tingkatan 5 bab 2
Sejarah  tingkatan 5 bab 2Sejarah  tingkatan 5 bab 2
Sejarah tingkatan 5 bab 2
 
Laporan fenn wu
Laporan fenn wuLaporan fenn wu
Laporan fenn wu
 
SJH1034 - Kesan sosioekonomi
SJH1034 - Kesan sosioekonomi SJH1034 - Kesan sosioekonomi
SJH1034 - Kesan sosioekonomi
 
Bincangkan gerakan gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.
Bincangkan gerakan  gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.Bincangkan gerakan  gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.
Bincangkan gerakan gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.
 
Tutorial 3.2
Tutorial 3.2Tutorial 3.2
Tutorial 3.2
 

Viewers also liked

Motivationalpresentation
MotivationalpresentationMotivationalpresentation
MotivationalpresentationTriciabeninato
 
CH3F2
CH3F2CH3F2
CH3F2cgsha
 
Peluasan kuasa British melalui perjanjian terhadap negeri-negeri melayu
Peluasan kuasa British melalui perjanjian terhadap negeri-negeri melayuPeluasan kuasa British melalui perjanjian terhadap negeri-negeri melayu
Peluasan kuasa British melalui perjanjian terhadap negeri-negeri melayuMiz Jaye
 
20120531200506 kuliah 9 kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara
20120531200506 kuliah 9   kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara20120531200506 kuliah 9   kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara
20120531200506 kuliah 9 kesan penguasaan barat terhadap asia tenggaraTatulrich Tatul
 
Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siap
Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siapHsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siap
Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siapTatulrich Tatul
 
Bab 3- Sejarah tingkatan 2
Bab 3- Sejarah tingkatan 2Bab 3- Sejarah tingkatan 2
Bab 3- Sejarah tingkatan 2Shamsuddin Frans
 
GIÁO TRÌNH CHỈ HUY TRƯỞNG CÔNG TRÌNH XÂY DỰNG
GIÁO TRÌNH CHỈ HUY TRƯỞNG CÔNG TRÌNH XÂY DỰNGGIÁO TRÌNH CHỈ HUY TRƯỞNG CÔNG TRÌNH XÂY DỰNG
GIÁO TRÌNH CHỈ HUY TRƯỞNG CÔNG TRÌNH XÂY DỰNGTai Nguyen Ngoc
 

Viewers also liked (13)

Majapahit
MajapahitMajapahit
Majapahit
 
Motivationalpresentation
MotivationalpresentationMotivationalpresentation
Motivationalpresentation
 
CH3F2
CH3F2CH3F2
CH3F2
 
Peluasan kuasa British melalui perjanjian terhadap negeri-negeri melayu
Peluasan kuasa British melalui perjanjian terhadap negeri-negeri melayuPeluasan kuasa British melalui perjanjian terhadap negeri-negeri melayu
Peluasan kuasa British melalui perjanjian terhadap negeri-negeri melayu
 
20120531200506 kuliah 9 kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara
20120531200506 kuliah 9   kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara20120531200506 kuliah 9   kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara
20120531200506 kuliah 9 kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara
 
Pdf
PdfPdf
Pdf
 
Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siap
Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siapHsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siap
Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siap
 
Ppt thailand
Ppt thailandPpt thailand
Ppt thailand
 
Bab 3 sejarah ting 2
Bab 3 sejarah ting 2Bab 3 sejarah ting 2
Bab 3 sejarah ting 2
 
Bab 3- Sejarah tingkatan 2
Bab 3- Sejarah tingkatan 2Bab 3- Sejarah tingkatan 2
Bab 3- Sejarah tingkatan 2
 
Sejarah spm kbat
Sejarah spm kbatSejarah spm kbat
Sejarah spm kbat
 
Saludj
SaludjSaludj
Saludj
 
GIÁO TRÌNH CHỈ HUY TRƯỞNG CÔNG TRÌNH XÂY DỰNG
GIÁO TRÌNH CHỈ HUY TRƯỞNG CÔNG TRÌNH XÂY DỰNGGIÁO TRÌNH CHỈ HUY TRƯỞNG CÔNG TRÌNH XÂY DỰNG
GIÁO TRÌNH CHỈ HUY TRƯỞNG CÔNG TRÌNH XÂY DỰNG
 

Similar to Assgmnt sej msia

Pembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayu
Pembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayuPembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayu
Pembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayuhidayahperlis
 
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptxSejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptxAdibahIbrahim3
 
Sejarah maktab di malaysia
Sejarah maktab di malaysiaSejarah maktab di malaysia
Sejarah maktab di malaysiaIlya Shuhada
 
Waj3106berpasangan
Waj3106berpasanganWaj3106berpasangan
Waj3106berpasanganUjang Abu
 
Pengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan completePengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan completeAzman Hanafi
 
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysiaKronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysiaJudee Kelantan
 
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysiasyedx
 
Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSiti Rohayu Rohan
 
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahKurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahmmdlutfy
 
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahKurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahmmdlutfy
 
Sejarah pendidikan negara
Sejarah pendidikan negaraSejarah pendidikan negara
Sejarah pendidikan negarafiro HAR
 
Sejarah Pendidikan Sebelum Penjajahan
Sejarah Pendidikan Sebelum PenjajahanSejarah Pendidikan Sebelum Penjajahan
Sejarah Pendidikan Sebelum PenjajahanAzizi Ahmad
 
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptxBAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptxNurulHudaHusin
 
Sistem pendidikan sebelum merdeka
Sistem pendidikan sebelum merdekaSistem pendidikan sebelum merdeka
Sistem pendidikan sebelum merdekaArra Asri
 
01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina
01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina
01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrinaFAZUAN MOHAMAD NOR
 
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Yayasan Negeri
 

Similar to Assgmnt sej msia (20)

Pembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayu
Pembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayuPembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayu
Pembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayu
 
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptxSejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
 
Sejarah maktab di malaysia
Sejarah maktab di malaysiaSejarah maktab di malaysia
Sejarah maktab di malaysia
 
Waj3106berpasangan
Waj3106berpasanganWaj3106berpasangan
Waj3106berpasangan
 
Pengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan completePengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan complete
 
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysiaKronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
 
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia
 
Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysia
 
Pemerkasaan pendidikan
Pemerkasaan pendidikanPemerkasaan pendidikan
Pemerkasaan pendidikan
 
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahKurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
 
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahKurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
 
Pengubahsuaian pendidikan
Pengubahsuaian pendidikanPengubahsuaian pendidikan
Pengubahsuaian pendidikan
 
Sejarah pendidikan negara
Sejarah pendidikan negaraSejarah pendidikan negara
Sejarah pendidikan negara
 
Sejarah Pendidikan Sebelum Penjajahan
Sejarah Pendidikan Sebelum PenjajahanSejarah Pendidikan Sebelum Penjajahan
Sejarah Pendidikan Sebelum Penjajahan
 
Sejarah ting 2
Sejarah ting 2Sejarah ting 2
Sejarah ting 2
 
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptxBAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
 
Sistem Pendidikan di Sabah & Sarawak
Sistem Pendidikan di Sabah & SarawakSistem Pendidikan di Sabah & Sarawak
Sistem Pendidikan di Sabah & Sarawak
 
Sistem pendidikan sebelum merdeka
Sistem pendidikan sebelum merdekaSistem pendidikan sebelum merdeka
Sistem pendidikan sebelum merdeka
 
01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina
01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina
01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina
 
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
 

Assgmnt sej msia

  • 1. PENGENALAN Pendidikan Melayu sekular telah diperkenalkan oleh British pada abad ke-19.Sebelum itu pendidikan Melayu pada umumnya berbentuk keagamaan dan sangat menekankan pengajian agama Islam.Murid-murid diajar mengaji dan membaca Al-Quran serta cara-cara bersembahyang.Bahasa penghantarnya ialah bahasa Arab dan guru-guru biasanya terdiri daripada imam-imam masjid.Bahasa Melayu tidak dititikberatkan .Hal ini kerana para ibu bapa pada ketika itu sangat mementingkan pendidikan agama Islam.[1] Perkara ini dapat dibuktikan dengan kata-kata Lebai Abdul Razak seorang guru Al-Quran di Melaka yang memberitahu Sir Stamford Raffles bahawa orang Melayu yang mempunyai anak akan disuruh untuk belajar Al-Quran dahulu dan barulah belajar bahasa Melayu.Beliau juga mengatakan memang itulah adat orang Melayu dan tiada lagi adat dimana para ibu bapa menghantar anak-anak mereka belajar bahasa Melayu dahulu.[2]Pada waktu ini taraf para ulama adalah tinggi kerana jika terdapat sultan yang menuntut ilmu,baginda haruslah pergi berjumpa ulama.Pada waktu itu juga pendidikan agama telah mencapai peringkat ketiga iaitu peringkat tinggi.[3] Kanak-kanak Melayu telah mendapat pendidikan di surau,masjid dan sekolah pondok sebelum kedatangan British di Tanah Melayu.Cara pendidikan tersebut diajar ialah dengan membaca dan memahami Al-Quran,mempelajari bahasa Arab,hukum-hukum agama serta kemahiran membaca,menulis dan mengira.Pada waktu itu juga sekolah pondok telah ditubuhkan dan dari segi pelajaran yang diajar ialah lebih kepada ajaran agama.Pelajar yang lulus sekolah pondok ini akan berkhidmat sebagai guru agama.Pengajian di sekolah pondok mengambil tempoh masa yang agak lama iaitu sehingga sepuluh tahun.Antara buku-buku rujukan yang digunakan di sekolah pondok ialah daripada kitab-kitab Al-Quran, Hadis, Fiqah,Tauhid dan Tasawuf .Buku-buku ini di datangkan khas dari Mesir dan negara-negara 1
  • 2. Arab yang lain. Biasanya pelajar-pelajar sekolah pondok akan menjalankan kerja bertani ,menangkap ikan , mencari kayu api ,mengangkat air bai membantu tuan guru menyarai hidup mereka semua pada waktu pag manakala pengajaran akan diadakan selepas waktu subuh, petang dan malam. [4] Dasar awal pemerintahan kolonial ditentukan berdasarkan peranan ekonomi yang dijalankan oleh setaip kumpulan etnik yang terdapat di Tanah Melayu. Hanya segelintir elit setempat yang telah mendapat keistimewaan diberi pendidikan dalam bahasa Inggeris untuk menyediakan mereka bagi menjalankan tugas-tugas perkeranian sama ada dalam birokrasi kerajaan kolonial ataupun dalam syarikat yang dikuasai orang Eropah.Bagi sebahagian besar orang-orang tempatan,pada pandangan kerajaan memadailah jika setiap kumpulan mereka diberi pelajaran dalam bahasa sendiri serta bersedia menerima peranan yang ditentukan oleh pemerintah kolonial itu. [5] Pada tahun 1874 , British telah datang ke Tanah Melayu di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan mengajar orang Melayu yang pada pendapatnya tidak mempunyai pengetahuan pendidikan. Sekolah -sekolah awal yang di bangunkan lebih merupakan insaitif persendirian kerana residen -residen awal yang dilantik lebih mengutamakan aspek -aspek seperti undang-undang , penyeragaman pungutan hasil , pentadbiran keadilan ,perdagangan dan sistem komunikasi.Hal ini dapat dibuktikan melalui kata-kata Sir Frank Swetthenham yang menyatakan bahawa British tidak datang ke Negeri-Negeri Melayu sebagai dermawan tetapi naluri sebagai kuasa imperialisme telah membawa British ke negeri-negeri tersebut.tetapi apabila kusa mereka semakin kukuh ,pihak British mula memberi perhatian terhadap pendidikan dan penyediaan perkhidmatan kebajikan yang lain . Sekolah Melayu kerajaan yang pertama yang di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu terletak di Klang , Selangor pada bulan September 1875 oleh residen Selangor yang pertama iaitu J,G Davidson.[6] 2
  • 3. DASAR YANG DIPERKENALKAN OLEH BRITISH TERHADAP ORANG MELAYU DARI TAHUN 1875 HINGGA TAHUN 1922 Dasar 3M (membaca ,menulis dan mengira) Pada mulanya dasar pendidika British terhadap orang Melayu adalah hanya untuk memberi sedikit pengetahuan asas kepada orang Melayu.Pendidikan Melayu diadakan hanya diperingkat rendah sahaja.Anak-anak Melayu yang bercita-cita tinggi dan ingin melanjutkan pelajaran terpaksa memasuki sekolah menengah Inggeris di bandar.Tujuan utama sekolah- sekolah Melayu diasaskan pada abad ke 19 dan awal abad ke 20 ialah untuk membolehkan anak-anak Melayu terus kekal di desa, mewarisi kemiskinan keluarga.Oleh itu pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa melayu dihadkan kepada empat tahun sahaja dengan skop dan kokurikulum yang terhad. Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah cara hidup orang Melayu atau menyumbangkan kepada mobiliti menegak di kalangan masyarakat Melayu. British telah memperuntukkan sebanyak RM10,000 kepada Jabatan Polis dan hanya RM122 untuk pendidikan di Perak pada tahun 1881.Di Selangor pula,British memperuntukkan sebanyak RM8000 untuk Jabatan Polis dan sebanyak RM37 untuk pendidikan.Akibat daripada penumpuan yang tidak jelas ini iaitu tumpuannya hanya untuk memperkenalkan orang Melayu supaya tidak buta huruf dan bukannya untuk pandai.British hanya hendak atasi buta huruf di kalangan anak Melayu.,keadaan ini telah menyebabkan kadar kehadiran murid-murid ke sekolah adalah rendah 3
  • 4. Pertumbuhan Sekolah-Sekolah Melayu di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Sekolah Melayu juga turut dibina di Negeri -Negeri Melayu Bersekutu seperti Perak dan Selangor. Sekolah Melayu kerrajaan yang pertama di bina di Selangor Selangor atas usaha residen Selangor pada ketika itu J.G Davidson, terletak di Klang pada tahun 1875 manakala sekolah Melayu pertama yang dibina di Perak pula terletak di Sayung yang ditubuhkan pada tahun 1878 oleh Hugh Low , Residen British Perak yang ketiga.[7]Pada akhir 1870-an dan awal 1880-an pendapatan di negeri-negeri ini semakin meningkat. Walau bagaimanapun perbelanjaan keatas pendidikan tetap kekeal rendah.Misalnya perbelanjaan pendidiakan di Perak pada tahun 1881 hanya $122.92 berbanding dengan peruntukan kepada Jabatan Polis iaitu sebanyak $10,364 daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan negeri Perak sebanyak $650,000. Manakala di Selangor pula perbelanjaan ke atas pendididkan adalah serendah $37.10 berbanding peruntukan yamg di terima oleh jabatan polis sebanyak $7,962 dari pada jumlah perbelanjaan keseluruhan negeri Selangor iaitu sebanyak $ 230,000..[8] Pertumbuhan Sekolah-Sekolah Melayu di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dapat dilihat Melalui perlantikan Nazir Sekolah-Sekolah Melayu di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1897. Bilangan sekolah Melayu di negeri-negeri tersebut telah meningkat daripada 168 buah dengan bilangam murid lelaki sebanyak 157 orang dan murid perempuan seramai 11 orang pada tahun 1898 kepada 226 buah sekolah pada tahun 1907 dengan bilangan murid lelaki seramai 232 orang dan murid perempuan seramai 34 orang. [9] Satu masalah yang lebih serius lagi dan tidak mudah dihuraikan ialah tentang kedatangan murid-murid.Walaupun diberi pelajaran percuma dan buku-buku serta papan batu disediakan oleh kerajaan,masih sukar orang-orang Melayu memahami relevannya pendidikan sekular.Namun demikian perihal membaca Al-Quran tidak dipersoalkan tetapi faedah dari seorang anak-anak Melayu yang tahu membaca dan menulis dalam bahasa Melayu serta 4
  • 5. membuat kira-kira tidak nampak faedahnya.Kebanyakan ibu bapa mengkehendaki anak-anak mereka membantu di rumah ataupun di sawah ladang.Kedatangan murid yang semakin merosot itu menyebabkan pemerintah Inggeris melaksanakan dasar wajib sekolah pada tahun- tahun 1880an dan awal tahun-tahun 1890an. [10] Pertumbuhan Sekolah-Sekolah Melayu di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pertumbuhan sekolah-sekolah Melayu di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu bermula agak lewat berbanding di Negeri-Negeri Selat dan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Di Kedah, sekolah Melayu yang pertama dikatakan ditubuhkan pada tahun 1897 atas inisiatif Allahyarham Tuan Haji Abdullah , Menteri Besar Kedah pada ketika itu.Sekolah ini pada mula-mulanya dikhaskan untuk anak-anak lelaki orang-orang besar sahaja.Pada tahun1910 telah ada 20 buah sekolah Melayu di Kedah dan seterusnya meningkat kepada 29 buah pada tahun 1911. Pada tahun yang sama jugajawatan Nazir Pelajaran telah diperkenalkan di Kedah dan nazir akan dibantu oleh seorang guru pelawat di Selatan Kedah.[11] Sekolah Melayu pertama di Kelantan di tubuhkan pada tahun 1903. Manakala Terengganu pula tidak mempunyai sebuah pun sekolah Melayu sebelum tahun 1915, sedangkan Perlis sebuah negeri yang terkecil di Semenanjung telah mempunyai 5 buah sekolah Melayu dengan pendaftaran seramai 320 orang murid dalam tahun 1913. Pada tahun 1915 barulah terdiri sebuah sekolah Melayu di Terengganu dengan bilangan murid seramai 80 orang yang semuanya murid lelaki. Seterusnya , Johor merupakan sebuah negeri Melayu yang beruntung keran hubungan rapatnya dengan Singapura dimana perkembangan pendidikannya sangat pesat. Oleh itu ,tidak menghairankan apaila kita mendapati dalam tahun 1913 ,sedang Kedah mempunyai 34 buah sekolah Melayu, Perlis sebayak 5 buah , 5
  • 6. Kelantan 8 buah sekolah dan Terengganu pada ketika itu belum mempunyai sekolah manakala negeri Johor telah pun mempunyai 56 buah sekolah.[12] Penggabungan jabatan pelajaran Negeri-Negeri Selat dengan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Pada bulan November 1906,Jabatan-jabatan Pelajaran Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah digabungkan dan jawatan Wilkinson sebagai Federal Inspector dihapuskan.Setelah pengaruh Wilkinson yang kuat itu tamat,pendidikan Melayu telah dibiarkan terbengkalai sehingga tahun 1916,apabila R.O.Winstedt dilantik menjadi Assistant Director of Education di Tanah Melayu dan merupakan satu jawatan baru yang diluluskan oleh Pejabat Tanah Jajahan.Negeri Johor sahaja yang tidak memperkembangkan sistem sekolah pondok ini oleh sebab kedua-dua pendidikan agama dan sekular diletakkan di tangan Jabatan Pelajaran Johor sendiri yang telah dibentuk pada tahun 1885.Di Kelantan terdapat juga perkembangan di bidang pendidikan yang penting iaitu pembentukan Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan pada tahun 1915.Dua tahun kemudian,majlis itu telah melancarkan program pendidikannya dengan mendirikan sebuah sekolah agama yang moden,Madrasah Muhammadiah,yang sekaligus mengajar tiga bahasa iaitu Melayu,Arab dan Inggeris. [13] Kelas Raja telah ditubuhkan. Satu Kelas Raja telah ditubuhkan dengan inisiatif daripada Sultan Idris iaitu Raja Muda negeri Perak.Kelas tersebut ditubuhkan di istana ibu negeri Kuala Kangsar pada tahun 1888.Sebagai mengikut jejak Perak,Raja Muda Selangor telah meminta bantuan Inggeris mendirikan sebuah sekolah bagi anak-anak Raja di negeri itu.Pada bulan Disember 1890,Sekolah Raja yang baru di Selangor telah dimulakan dengan seorang Paderi kelulusan Oxford sebagai gurunya.Menurut W.E.Maxwell,tujuan sekolah tersebut ditubuhkan adalah 6
  • 7. untuk mendidik anak-anak Raja dan Orang Besar yang pada dasarnya beliau melihat pendidikan yang mereka perolehi itu sebagai kelebihan yang memungkinkan anak-anak Raja dan pembesar-pembesar itu diberikan pekerjaan sebagai kerani kerajaan dan jawatan-jawatan rasmi lain yang lebih rendah.Tujuan utama sekolah itu,selain memindahkan ilmu yang berupa kebolehan bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris serta memahaminya,ialah untuk membina wakta yang baik menurut ukuran zaman Victoria di England.Sekolah Raja di Selangor itu telah ditutup pada bulan Januari 1894,namun anak-anak Melayu yang berminat boleh memasuki Victoria Institution di Kuala Lumpur yang telah didirikan setahun sebelum itu. [17] Perkhidmatan Civil Melayu(MCS). Keadaan ini berubah selepas tahun 1896 dengan terbentuknya Negeri-negeri Melayu Bersekutu.Salah satu akibatnya ialah perkhidmatan awam di keempat-empat negeri itu digabungkan untuk menjadi Perkhidmatan Civil Malaya(MCS),yang membawa kepada perluasan perkhidmatan pentadbiran dan ikhtisas yang semuanya berpegawaikan orang Eropah.Serentak dengan itu juga terdapat pertumbuhan dalam bilangan kakitangan kerani tempatan dan juga teknik,yang kebanyakannya adalah Tamil Jaffna,orang-orang India,Serani dan Cina.[14] Skim Biasiswa telah diperkenalkan. Setengah pegawai Inggeris telah menyatakan keraguan mereka oleh kerana kerajaan telah gagal memenuhi maksud yang dinyatakannya untuk mendidik kaum bangsawan Melayu dalam memerintah tanah air mereka sendiri.Berikutan dengan itu,skim biasiswa telah diperkenalkan untuk memberikan peluang yang lebih baik memasuki sekolah- sekolah Inggeris bagi orang-orang Melayu dari keturunan yang baik-baik.Menerusi skim ini,orang-orang Melayu dapat belajar di sekolah-sekolah Ingeris yang bertaraf tinggi seperti 7
  • 8. Victoria Institution di Selangor,Taiping Central School yang kemudiannya menjadi King Edward VII School di Perak dan St.Paul „s School di Negeri Sembilan.Percubaan juga telah dibuat untuk memasukkan anak-anak Melayu dari kalangan biasa yang cerdik dari sekolah- sekolah Melayu dalam program ini.[15] Institusi ini kemudiannya menjadi tumpuan beberapa skim biasiswa bagi kedua-dua golongan orang melayu sama ada golongan bangsawan atau penduduk kampung.Selangor menjadi negeri yang merintis jalan dalam pengenalan skim biasiswa. Hal ini keranausaha Residen Selangor iaitu J.P Roger dan Inspektor Sekolah, F.W Haines.Menjelang akhir tahun 1896, satu skim telah diperkenalkan di selangor secara percubaan mana biasiswa telah diberikan kepada 10 orang pelajar lelaki Melayu kampung yang telah mendapat kerutusan yang baik dalam peperiksaan tahap III mereka dan yang baik dilaporkan oleh Pegawai Daerah.Hal ini bertujuan untuk membolehkan mereka hidup di Kuala Lumpur dan mereka diberikan elaun bulanan $ 5.00, dan dikecualikan daripada membayar yuran tuitition biasa $ 1.00 sebulan.[24] Tujuan Sekolah Melayu ditubuhkan Menurut Dr Awang Had Salleh, pendidikan sekular anjuran British mempunyai empat tujuan utama iaitu mengekalkan kestabilan politik dengan tidak memberi pelajaran yang berlebihan kepada orang Melayu .Kedua bagi mengekalkan status quo dengan memastikan orang Melayu tinggal terus di kampung-kampung sebagai penanam padi.seterusnya adalah bagi menghasilkan pekerja-pekerja rendah seperti pemandu kereta lembu, nelayan, pekedai- pekedai kecil dan kerani-kerani rendah. Tujuan keempat adalah untuk menghapuskan buta huruf supaya orang Melayu tidak tertipu dalam masyarakat berbilang bangsa. Pada hakikatnya ,pendidikan bahasa Melayu sebelum tahu 1942 kurang memberi peluang kepada 8
  • 9. orang Melayu mencapai kemajuan dalam bidang social ,dan ekonomi. Pendidikan Melayu hanya bertujuan untuk memelihara cara hidup tradisional orang Melayu. [16] Perkembangan pendidikan Melayu Perkembangan pendidikan Melayu terutamanya bagi kanak-kanak perempuan adalah lembab disebabkan oleh faktor-faktor seperti sikap ibu bapa yang cemburukan kehilangan tenaga anak-anak merekayang di perlukan bagi kerja rumah,perasaan curiga para ibu bapa terhadap pendidikan sekular yang tidak menitikberatkan pengajaran Al-Quran dan ibu bapa lebih suka anak-anak perempuan duduk di rumah sehingga mereka dikahwinkan. Mulai abad ke-20 pendidikan Mlayu mula berkembang maju apabila kerajaan British di Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah meluluskan beberapa enakmen yang mewajibkan kanak-kanak lelaki Melayu yang berumur antara 7 hinnga 14 tahun bersekolah sekurang-kurangnya selama setengah tahun jika mereka tinggal dalam lingkungan dua batu dari sekolah. Enakmen-enakmen tersebut telah menggalakkan perkembangan pendidikan sekular Melayu di Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.Berbagai – bagai usaha telah diambil untuk memperbaiki nilai pendidikan bahasa Melayu selepas perlantikan R.J. Wilkinson sebagai Nazir Sekolah-Sekolah Persekutuan pada tahun 1903.Antara usaha yang telah diambil oleh R.J.Wilkinson ialah dengan memperkenalkan tulisan rumi yang sistematik serta menyusun kamus Melayu yang pertama.Beliau juga bertanggungjawab menerbitkan buku-buku klasik Melayu yang membangkitkan minat orang Melayu terhadap bahasa dan kesusasteraannya sendiri.Selain itu ,kerajaan British juga telah telah menubuhkan beberapa 9
  • 10. maktab latihan perguruan Melayu bagi meninggikan lagi mutu pengajaran di sekolah- sekolah Melayu. Penyediaan Guru-guru Lelaki. Satu rancangan khas telah dbuat bagi melatih guru-guru Melayu dalam tahun 1878 apabila sebuah maktab Melayu ditubuhkan di Singapura.Setelah tujuh belas tahun ia ditubuhkan,maktab tersebut telah ditutup pada tahun 1895 dan telah mengeluarkan kumpulann pertama guru-guru Melayu terlatih di British Malaya.Usaha tersebut telah disambung semula dalam tahun 1900 apabila terdapat sebuah lagi maktab latihan perguruan dibuka di Melaka.Pada waktu yang sama terdapat sebuah maktab yang dibuka di Taiping tetapi hanya dalam tempoh yang singkat sahaja.Pada tahun 1913,sebuah maktab Perguruan telah dibuka di Perak iaitu di Matang.Akhirnya kedua-dua maktab ini iaitu Maktab Melaka dan Maktab Matang telah digantikan oleh Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjong Malim dalam tahun 1922. Johor tidak seperti Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu yang lain,iaitu yang menghantar penuntutnya ke Melaka dan ke Tanjong Malim untuk terima latihan tetapi Johor telah melatih bakal-bakal gurunya sendiri di Maktab Perguruannya Melayu di Johor Bahru.Kebanyakkn Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu menderita kerana kekurangan guru-guru terlatih.Bilangan penuntut-penuntut mereka yang diterima masuk ke Maktab Perguruan Sultan Idris amat kecil.Langkah-langkah terpaksa diambil iaitu Kelantan telah menggunakan dua orang guru terlatih yang dipinjam dari Melaka dan Negeri Sembilan supaya memberi latihan perguruan kepada calon-calon di Kelantan. 10
  • 11. Penubuhan maktab-maktab perguruan di Tanah Melayu Selaras dengan perkembangan sepanjang tahun 1890-an kaedah latihan guru dan pengambilan bekerja oleh kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu di dapati bilangan guru tidak mencukupi akibat daripada pertambahan bilangan sekolah. Kemasukkan guru yang berkelayakan dari Negeri-Negeri Selat ,walupun tidak lebih sebagai muslihat pihak penjajah, tamat selepas penutupan Maktab Perguruan Melayu Singapura pada tahun 1894.[19]Sewaktu Maktab Perguruan Singapura ditutup dalam tahun 1895,baru separuh sahaja daripada guru- guru terlatih yang dikehendaki oleh sekolah-sekolah Melayu di Negeri-negeri Selat dapat dipenuhi dan hal ini lebih buruk lagi di Negeri-negeri Melayu. Dalam tahun 1898,Nazir sekolah-sekolah Persekutuan bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah dilantik.Langkah yang diambil untuk atasi masalah ini dengan menubuhkan sebuah sekolah Perguruan Taiping.Dalam suratnya kepada Residen Jeneral,bertarikh 14hb Jun 1898.Nazir itu menamakan sekolah itu sebagai”Sekolah Persediaan Perguruan untuk guru-guru lelaki Melayu dan telah bermula dalam bulan Mei,1898 . [20] R.J.Wilkinson telah mengusahakan penubuhan maktab Perguruan Melayu Melaka dan beliau telah menjadi Pemangku Nazir sekolah-sekolah bagi Negeri-negeri Selat sekitar Ogos 1898 hingga Ogos 1900.Wilkinson tidak memandang tinggi keluaran Maktab Perguruan Melayu Singapura kerana beliau berkata guru-guru sekolah Melayu sekarang ini menyebabkan kesulitan kerana ketidak cekapan mereka.Mengenai tempat maktab baharu yang diusulkannya itu,awal-awal lagi ia menolak kemungkinan memilih Singapura atau Pulau Pinang kerana kehidupan di bandar-bandar besar selalunya tidak sihat bagi budak- budak lelaki Melayu dari pedalaman.Akhirnya Melaka terpilih dan maktab itu dibuka pada 1 Mac 1900 dengan 24 orang penuntut dan Tuan S.E.Codrington menjadi pengetuanya yang pertama.Maktab ini telah ditutup dalam tahun 1922 untuk memberi jalan kepada Maktab 11
  • 12. Perguruan Sultan Idris.Pada tahun 1900 maktab ini telah mengeluarkan seramai 705 orang guru dan peneroka seramai 24 orang selama 22 tahun ia ditubuhkan. [21] Maktab Singapura memberikan kursus setahun,maktab-maktab Melaka dan Matang masing-masing memberikan kursus dua tahun,tetapi Maktab Perguruan Johor menyediakan penuntut-penuntutnya selama tiga tahun.Maktab telah berfungsi pada tahun 1919.Penyata Tahunan Negeri Johor ada menyatakan bahawa Maktab Perguruan Melayu itu melatih 10 orang guru dan maktab tersebut tidak dapat membekalkan guru dengan sepenuhnya,oleh itu sebuah bangunan yang lebih sesuai akan didirikan.Seorang penuntut maktab tersebut akan menerima wang saku sebanyak $3.00 sebulan.Makan,penginapan dan buku-buku adalah disediakan.Apabila keluar dari maktab ini,gaji yang dibayar ialah bermula dari $45.00 sebulan.Gaji permulaan amat tinggi jika dibandingkan dengan $35.00 gaji permulaan sebulan yang dibayar kepada guru-guru keluaran Maktab Perguruan Sultan Idris.[22] Pembukaan Maktab Perguruan Sultan Idris. Anjuran Winstedt supaya dipusatkan maktab-maktab perguruan Melayu,telah diterima kerajaan.Persidangan Residen-residen yang berlangsung pada 10hb Mei 1917 meluluskan penerimaan itu,dan dalam tahun yang sama,Pesuruhjaya Tinggi,setelah memperkenalkan rancangan tersebut pada 26hb Mei 1917 dan mendapatkan titah persetujuan dari Sultan Abdul Jalil Perak.Winstedt mencadangkan supaya sebuah sekolah pertukangan dinamakan Sultan Idris,tetapi pertimbangan untuk mendirikan sekolah itu baru dibuat dalam tahun 1922 dan pada waktu itu,Maktab Pusat ini telah pun terdiri.Oleh itu Maktab Pusat yang baru itu diberi nama Sultan Idris yang menurut O.T. Dussek,pengetua maktab itu, “menyayangi rakyat Melayunya dengn sungguh-sungguh dan mengharapkan orang-orang Melayu akan mendapat pelajaran yang penting untuk jawatan-jawatan kerajaan.”[23] 12
  • 13. Maktab ini secara rasmi di buka pada 29hb. November 1922 oleh W.G . Maxwell, Ketua Setiausaha, C.G.M dengan penuntut seramai 120 orang. Dalam ucapan pembukaan Pengarah Pelajaran , Mr. Wolffe mengatakan bahawa pembukaan maktab ini menandakan zaman baru dalam sejarah pelajaran vernakular Melayu Semenanjung Tanah Melayu .hal ini kerana sebelumnya tidak pernah ada percubaan yang sungguh-sungguh untuk melatih guru- guru Melayu.[25] Antara bidang pelajaran yang di ajar di Maktab Perguruan Sultan Idris ialah pertanian asas atau perkebunandan pekerjaan pertukangan tangan seperti pertukangan kayu, mengayam jaring, pertukangan tangan dan menjilid buku. Selain itu, mata pelajaran Agama ,Ilmu Kira-Kira,bahasa dan kesusasteraan Melayu,Sejarah,Ilmu Alam, tulisan dan lukisan iaitu penuntut dilatih menulis jawi dan rumidi kertas dan di papan hitam . Seterusnya terdapat jga mata pelajaran lain yang turut diajar di maktab ini seperti Teori dan Amalan Pengajaran, Ilmu Kesihatan dan latihan tubuh. [26] 13
  • 14. KESIMPULAN Pada permulaannya pendidikan orang Melayu berasakan keagamaan dan taraf ulama adalah sangat tinggi pada ketika itu. Pada ketika itu,pendidikan agama telah mencapai terperingkat tinggi.Pendidikan sekular yang telah diperkenalkan oleh British hanya hendak anak-anak Melayu hanya tahu membaca,menulis dan mengira. Pihak British hanya mahu anak-anak Melayu ini lebih pandai sedikit daripada ibu bapa mereka.Pelbagai dasar pendidikan telah dibuat oleh British untuk menarik minat orang Melayu untuk menghantar anak-anak mereka masuk ke sekolah.British juga telah menubuhkan sebuah sekolah yang mempunyai pendidikan agama dan sekular iaitu pendidikan sekular dijalankan pada waktu pagi dan pendidikan agama pada waktu petang Pendidikan Inggeris turut diberikan kepada golongan yang baik-baik sahaja yang terdiri daripada golongan bangsawan yang membawa kepada Kelas Raja di Perak dan di Selangor.Dasar pendidikan yang diperkenalkan oleh British pada waktu itu telah membawa kepada sistem pendidikan yang ada pada waktu sekarang. 14