Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
http://notappismpsejarah.blogspot.com/

Laporan Razak
Laporan Razak (Penyata Razak) mempunyai 17 cadangan dengan mengambil...
http://notappismpsejarah.blogspot.com/

Selepas itu Sistem Pendidikan Anika Jurusan ditubuhkan pada 1965 bagi Sekolah Mene...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Tutorial 3.1

696 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Tutorial 3.1

  1. 1. http://notappismpsejarah.blogspot.com/ Laporan Razak Laporan Razak (Penyata Razak) mempunyai 17 cadangan dengan mengambilkira matlamat akhirnya membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan. Di antara perkara yang diperkatakan ialah: 1. Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama 2. Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama. 3. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan menengah. 4. Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa pengantar. 5. Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. 6. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum. 7. Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan. 8. Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti. 9. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan. Selepas daripada Penyata Razak ini maka telah disesuaikan lagi sistem pendidikan kita ini oleh Abdul Rahman Talib yang dikenali sebagai Laporan Talib (1960) yang seterusnya menjadi Akta Pelajaran 1961. Laporan Rahman Talib (1960) /Akta Pelajaran 1961 Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Razak yang dikenali dengan Laporan Rahman Talib ialah: 1. 2. 3. 4. 5. Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan. Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun. Murid naik darjah secara otomatik Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurannya 15 orang. 6. Pendidikan akhlak dititikberatkan. 1
  2. 2. http://notappismpsejarah.blogspot.com/ Selepas itu Sistem Pendidikan Anika Jurusan ditubuhkan pada 1965 bagi Sekolah Menengah Rendah menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang dihapuskan. Mata pelajaran aneka jurusan di sekolah menengah pada waktu itu ialah Seni Perusahaan, Sains Rumah tangga, Sains Pertanian dan Perdagangan. Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tiggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka. Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-laporan seperti Laporan Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan ini adalah untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib. Sumber : http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2002&dt=0125&sec=Kertas_Kerja&pg=kk_01.htm 2

×