Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
SEJARAH PERKEMBANGAN   PROFESIONAL GURU BAHASA            MELAYU                 Raja Azleen Binti Raja Anuar             ...
Latar Belakang• Pada abad ke 19, British telah menjajah di Tanah Melayu, sistem  pelajaran sekular telah diperkenalkan den...
• Sistem pelajaran Barat yang telah diperkenalkan di Tanah  Melayu, bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa  Melayu d...
SEJARAH PERKEMBANGAN AWAL LATIHAN        PERGURUAN DI TANAH MELAYU•   Latihan perguruan bertujuan penyediaan guru untuk me...
• Kedua-dua maktab Melaka dan Matang ini ditutup dengan bermula Maktab  Perguruan Sultan Idris pada tahun 1922.• Pelajar-p...
SEJARAH PERGURUAN SEBELUM            MERDEKA• Latihan perguruan untuk sekolah-sekolah Melayu  diutamakan.• Corak perkemban...
PUSAT LATIHAN GURU MELAYU SINGAPURA 1878• Pusat Latihan Guru Melayu Singapura telah ditubuhkan  pada tahun 1878 di Istana ...
LATIHAN PERGURUAN TAIPING 1898• Latihan perguruan Taiping ditubuhkan pada 1898  dengan tujuan memenuhi keperluan guru.• Se...
MAKTAB LATIHAN MELAYU MELAKA 1898• Maktab Melayu Melaka ditubuhkan pada 1898 untuk  mengatasi kelemahan yang pelbagai dala...
MAKTAB LATIHAN MELAYU MATANG 1913• Maktab Latihan Melayu Matang, Perak yang  ditubuhkan pada 1913 dengan tujuan menarik  p...
MAKTAB PERGURUAN SULTAN IDRIS• Penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris dianggap sebagai suatu era  menyemarakkan alam pemi...
• Pada bulan Mac 1924, Maktab Perguruan Sultan Idris telah  mengeluarkan guru terlatih yang pertama seramai 58 orang.  Jum...
• O.T Dussek berminat untuk mempelajari bahasa  Melayu dan membuat perancangan jangka pendek dan  jangka panjang bagi meng...
KURIKULUM LATIHAN PERGURUAN• Sepanjang menjalani latihan perguruan, guru-guru  telah didedahkan semua aktiviti dan mata pe...
ZAMAN PRA MERDEKA (Sebelum 1957)• Semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah di Tanah Melayu dipecahkan kepada  empat ali...
LAPORAN BARNES 1951• Pada tahun 1948, Jawatankuasa Barnes telah dibentuk dan dipengerusikan  oleh L.J Barnes. Tujuan untuk...
LAPORAN FENN-WU 1951• Jawatankuasa Fenn ditubuhkan di bawah pimpinan Dr Fenn dan  Dr Wu. Tujuan untuk mengkaji pendidikan ...
ORDINAN PELAJARAN 1952  – Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan    British untuk mengkaji Laporan Barnes dan ...
SEJARAH PERGURUAN SELEPAS               MERDEKA• Menteri Pelajaran telah menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan  mengesyork...
• Pendidikan guru merupakan salah satu bahagian  yang terpenting dalam sistem pendidikan. Peranan  guru semakin mencabar b...
• Perubahan dan perkembangan kurikulum pendidikan guru di  Malaysia berlaku ekoran usaha untuk menjadikan bahasa Melayu  s...
KELEBIHAN•   Semangat guru-guru untuk mendidik anak-anak bangsa Melayu yang bakal menjadi    pemimpin harapan bangsa.•   P...
KELEMAHAN• Pada peringkat awal, latihan perguruan ini  dijalankan secara ad hoc dan laissez-faire mengikut  perkembangan s...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Pembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayu

4,023 views

Published on

Sem 2/2012

  • Be the first to comment

Pembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayu

  1. 1. SEJARAH PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU BAHASA MELAYU Raja Azleen Binti Raja Anuar JM40141Master Pendidikan (Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama)
  2. 2. Latar Belakang• Pada abad ke 19, British telah menjajah di Tanah Melayu, sistem pelajaran sekular telah diperkenalkan dengan tujuan mengajar kemahiran bagi tujuan ekonomi dan sosial yang berkembang di benua Eropah. Sistem pelajaran ini hanya untuk menguasai ekonomi sahaja.• Sekolah yang diperkenalkan oleh British bermula pada 1816 ialah Penang Free School. Kemahiran asas yang diajar di sekolah ialah membaca, menulis dan mengira. Sekolah itu menggunakan bahasa pengantar bahasa Inggeris dan guru yang diambil daripada kalangan orang Eropah.• The Penang Free School beraliran Melayu ditubuhkan pada tahun 1821 di Gelugor, Pulau Pinang.• Di Singapura, dua buah sekolah Melayu telah dibuka pada tahun 1856 manakala Melaka pula sembilan buah sekolah Melayu telah dibuka pada tahun 1858 dengan 1863.
  3. 3. • Sistem pelajaran Barat yang telah diperkenalkan di Tanah Melayu, bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Sekolah Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil telah berkembang pesat maka bilangan sekolah turut berkembang. Dengan terdiri beberapa sekolah maka keperluan tenaga guru untuk mengajar di sekolah-sekolah. Penjajah British mula menyedari bahawa guru memainkan peranan penting dalam pelajaran Inggeris dan sekolah vernakular dapat berkembang.• Pada abad ke-20, guru hanya mengajar kanak-kanak Melayu menguasai kemahiran asas ialah membaca, menulis dan mengira. Bahasa Inggeris tidak diperkenalkan di sekolah- sekolah Melayu hingga tahun 1945.
  4. 4. SEJARAH PERKEMBANGAN AWAL LATIHAN PERGURUAN DI TANAH MELAYU• Latihan perguruan bertujuan penyediaan guru untuk mengajar di sekolah-sekolah yang telah diperkenalkan oleh British. Latihan membawa maksud dididikan untuk menjadikan seseorang itu mahir.• Latihan perguruan di Malaysia bermula pada tahun 1872 apabila A.M Skinner menggunakan guru-guru agama sebagai guru di sekolah vernakular. Para mubaligh Islam dan mualim menerusi pengajian al-Quran dan kitab di rumah, di surau, di masjid, di institusi pondok, di madrasah dan di maahad (sekolah) telah menjadi guru pelatih setelah agama Islam tersebar di Nusantara.• Tahun1878, terdapat sebuah Maktab Melayu yang ditubuhkan di Teluk Belanga, Singapura telah melatih seramai 10 orang iaitu kumpulan pertama untuk mengajar di sekolah melayu negeri-negeri Selat. Tujuan melatih guru mengajar di sekolah-sekolah dengan menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.• Maktab Melayu di Teluk Belanga berjaya melatih seramai 95 orang guru sebelum ditutup pada tahun 1895.• Pada tahun 1900 iaitu sebelum merdeka, sebuah maktab latihan guru telah ditubuhkan di Melaka yang dikenali sebagai the Malay Training College yang memberi kursus dua tahun kepada calon-calon guru terutama untuk Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Terdapat empat jenis sekolah ialah Sekolah Rendah Kebangsaan, Sekolah Bahasa Pengantar Cina, Sekolah Bahasa Pengantar Tamil dan Sekolah Pengantar Inggeris.• Pada tahun 1913, pusat latihan guru juga ditubuhkan di Matang, Perak untuk memenuhi keperluan tenaga guru terlatih di Perak.
  5. 5. • Kedua-dua maktab Melaka dan Matang ini ditutup dengan bermula Maktab Perguruan Sultan Idris pada tahun 1922.• Pelajar-pelajar lepasan sekolah rendah kebangsaan berpeluang mengikuti kurikulum latihan perguruan yang tertumpu kepada pengetahuan asas keguruan. Mereka hanya mengajar secara sambilan dan menghadiri kursus pada hujung minggu. Mereka perlu menduduki peperiksaan dinamakan Darjah Pelatih selama tiga tahun. Mereka yang tidak berjaya dalam peperiksaan tahun ketiga akan mengajar tetapi tidak memperolehi sijil. Bagi mereka yang berjaya, mereka akan melanjutkan pelajaran di maktab perguruan selama dua tahun di Maktab Perguruan Sultan Idris atau Maktab Perguruan Melayu Melaka.• Dalam tempoh 1816 hingga 1922, kebanyakan pertumbuhan sekolah ini berlaku secara ad hoc maka rancangan penyediaan guru juga dibuat ad hoc.• Pada tahun 1870, Jawatankuasa Woolley juga ditubuhkan untuk mengkaji kedudukan pelajaran di Negeri-Negeri Selat.• Sebelum zaman merdeka, sekolah-sekolah Inggeris telah menjadi institusi untuk mengembangkan kebudayaan orang Barat terutama Inggeris. Apabila sekolah bertambah banyak dan murid bertambah ramai, guru-guru telah menjadi keperluan utama. Penjajah British telah menubuhkan pusat-pusat latihan guru dan maktab- maktab untuk melatih para guru di Tanah Melayu termasuk di Sabah dan Sarawak
  6. 6. SEJARAH PERGURUAN SEBELUM MERDEKA• Latihan perguruan untuk sekolah-sekolah Melayu diutamakan.• Corak perkembangan latihan perguruan sebelum tahun 1922 ialah secara ad hoc dan laissez-faire mengikut perkembangan sekolah-sekolah yang mengikut aliran bahasa pengantar masing-masing.
  7. 7. PUSAT LATIHAN GURU MELAYU SINGAPURA 1878• Pusat Latihan Guru Melayu Singapura telah ditubuhkan pada tahun 1878 di Istana Lama, Teluk Belanga. Kemudian, berpindah ke Teluk Ayer kerana wabak beri- beri telah merebak ke pusat latihan guru.• Pusat latihan guru telah melatih guru-guru dari segi persiapan, penyediaan di sekolah-sekolah vernakular Melayu.• Penjajah British telah mengambil guru Melayu yang berpengetahuan agama Islam untuk mengajar di semua sekolah vernakular. Kemudian, pusat latihan guru Melayu Singapura ditutup pada tahun 1895.
  8. 8. LATIHAN PERGURUAN TAIPING 1898• Latihan perguruan Taiping ditubuhkan pada 1898 dengan tujuan memenuhi keperluan guru.• Sekolah latihan perguruan Taiping dikenali Sekolah Persediaan Perguruan untuk Guru Lelaki Melayu.• Akhirnya, sekolah latihan perguruan Taiping ditutup kerana tiada orang yang mentadbir sekolah itu.
  9. 9. MAKTAB LATIHAN MELAYU MELAKA 1898• Maktab Melayu Melaka ditubuhkan pada 1898 untuk mengatasi kelemahan yang pelbagai dalam pengajaran di sekolah-sekolah vernakular.• Di dalam Maktab Melayu Melaka, semua masalah ini akan diatasi dengan mengikuti kursus selama dua tahun. Mata pelajaran yang diajarkan kepada semua guru ialah bahasa Melayu, senaman dan sebagainya di dalam kurikulum perguruan.• R.J Wilkinson mempunyai pandangan bahawa kesusasteraan Melayu sesuai dijadikan subjek penting di Maktab Melayu Melaka.• Hal ini kerana sastera Melayu sungguh klasik. Pusat Latihan Guru Melayu Melaka ini berjaya melahirkan guru-guru melayu yang berjaya dalam bidang kesusasteraan Melayu.
  10. 10. MAKTAB LATIHAN MELAYU MATANG 1913• Maktab Latihan Melayu Matang, Perak yang ditubuhkan pada 1913 dengan tujuan menarik perhatian orang ramai berkhidmat sebagai guru melalui kenaikan gaji.• Sepanjang berada di Maktab Latihan Melayu Matang, guru-guru telah dilatih menjadi guru cekap melalui latihan perguruan.• Maktab Latihan Melayu Matang ditutup pada tahun 1922 dan semua guru pelatih dipindahkan ke Maktab Perguruan Sultan Idris.
  11. 11. MAKTAB PERGURUAN SULTAN IDRIS• Penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris dianggap sebagai suatu era menyemarakkan alam pemikiran dan pendidikan bangsa Melayu.• Walaubagaimanapun, pelajaran Inggeris penting bagi mencapai hasrat untuk memperoleh kedudukan tinggi dalam masyarakat, namun pendidikan dalam bahasa Melayu merupakan tapak pertama dalam mengenali erti hidup yang sebenar.• Kumpulan pertama penuntut adalah seramai 120 orang iaitu 70 orang dari Maktab Perguruan Melaka (34 penuntut tahun kedua, 36 penuntut tahun pertama) dan 50 orang dari Maktab Perguruan Matang (24 penuntut tahun kedua dan 26 penuntut tahun pertama). Kumpulan pertama guru pelatih ini sebenarnya terdiri daripada 70 orang dari Maktab Perguruan Melayu Melaka dan 50 orang lagi dari Maktab Perguruan Matang, Perak Mereka semua telah menerima latihan selama setahun atau dua tahun sebelumnya di maktab-maktab asal dan dihantar ke Maktab Perguruan Sultan Idris untuk menerima latihan lanjutan selama setahun atau dua tahun lagi, bergantung sama ada mereka telah menerima latihan setahun atau dua tahun di maktab-maktab sebelumnya.
  12. 12. • Pada bulan Mac 1924, Maktab Perguruan Sultan Idris telah mengeluarkan guru terlatih yang pertama seramai 58 orang. Jumlah guru terlatih yang dikeluarkan terus meningkat dari setahun ke setahun.• Dalam era ini, jugalah bermulanya usaha membina peradaban bangsa menerusi bahasa Melayu. Pejabat Karang-Mengarang menjadi lidah rasmi yang memartabatkan dan meninggikan bahasa ibunda• Pejabat terjemah-Menterjemah pada tahun 1924 ditubuhkan untuk menerbitkan pelbagai buku yang digunakan di sekolah-sekolah Melayu.• Pada tahun 1925, pejabat telah dikemaskini dan dinamakan Pejabat Karang Mengarang. Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba) telah menjadi ketua pejabat karang-mengarang. Tugas yang dijalankan di Pejabat Karang-Mengarang ialah menterjemah surat rasmi kerajaan, menerbitkan buku teks dalam Bahasa Melayu dan buku- buku tambahan yang digunakan di sekolah-sekolah.
  13. 13. • O.T Dussek berminat untuk mempelajari bahasa Melayu dan membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang bagi menghasilkan buku-buku yang boleh digunakan di sekolah-sekolah Melayu.• O.T Dussek boleh menterjemahkan buku-buku karya sastera dalam bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Akhirnya, beliau diberhentikan pada tahun 1936.• Haji Hashim Talib yang telah mendapat pendidikan awal di Maktab Melayu Melaka dan dilantik sebagai guru besar pada tahun 1922. Beliau menghasilkan buku karangan yang bertajuk Pelita Mengarang dan Kitab Pedoman Guru.
  14. 14. KURIKULUM LATIHAN PERGURUAN• Sepanjang menjalani latihan perguruan, guru-guru telah didedahkan semua aktiviti dan mata pelajaran sebelum ditempatkan di sekolah-sekolah Melayu. Subjek utama yang diajarkan kepada guru-guru pelatih ialah Kesusasteraan Melayu.• Ini adalah kerana R.J Wilkinson meminati bidang sastera. Kebanyakan, buku sastera ini dijadikan buku teks di peringkat maktab. Misalnya, Hikayat Awang Sulong Merah Muda, Hikayat Malim Deman dan Hikayat Gul Baka-wali.• Kurikulum juga menjurus ke arah urusan rumah tangga, keperluan hidup, kemahiran anyaman dan sebagainya.
  15. 15. ZAMAN PRA MERDEKA (Sebelum 1957)• Semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah di Tanah Melayu dipecahkan kepada empat aliran , iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan sekolah Tamil. Setiap sekolah mempunyai bahasa penghantarnya sendiri dan kurikulum yang berbeza di antara satu sama lain.• Namun menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan. Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporan-laporan berikut: – Laporan Barnes (1951) – menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum Melayu; – Laporan Fenn-Wu (1951) – menyemak pendidikan kaum Cina; – Ordinan Pelajaran (1952) – mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan – Laporan Razak (1956) – meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.
  16. 16. LAPORAN BARNES 1951• Pada tahun 1948, Jawatankuasa Barnes telah dibentuk dan dipengerusikan oleh L.J Barnes. Tujuan untuk menyiasat dan memperbaiki pendidikan orang Melayu. Cadangan laporan ini ialah :• Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan.• Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu sebagai bahasa pengantar.• Pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka.• Bahasa Melayu wajib diajar di Sekolah Inggeris dan bahasa lnggeris wajib diajar di Sekolah Melayu.• Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.• Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil ditukarkan kepada Sekolah kebangsaan. Sekolah- sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.• Walaubagaimanapun, laporan Barnes ditentang oleh kaum Cina dan kaum India, maka hasilnya Laporan Fenn Wu 1951
  17. 17. LAPORAN FENN-WU 1951• Jawatankuasa Fenn ditubuhkan di bawah pimpinan Dr Fenn dan Dr Wu. Tujuan untuk mengkaji pendidikan vernacular Cina di Tanah Melayu. Masyarakat Cina menganggap Laporan Barnes berhasrat untuk menghapuskan bahasa dan budaya kaum Cina.• Terdapat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas kepada Ordinan Pelajaran 1952. Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Fenn Wu. Antaranya ialah – Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga bahasa iaitu Melayu, Cina dan Tamil dan bahasa kebangsaan juga diadakan. – Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan – Sekolah-sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara.
  18. 18. ORDINAN PELAJARAN 1952 – Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan British untuk mengkaji Laporan Barnes dan Fenn Wu. – Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan Pelajaran 1952. Sekolah kebangsaan – corak sistem persekolahan kebangsaan iaitu Sekolah Vernakular Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan. – Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga.• Ordinan Pelajaran 1952 tidak menjadi kenyataan kerana masalah kewangan.
  19. 19. SEJARAH PERGURUAN SELEPAS MERDEKA• Menteri Pelajaran telah menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan. Laporan ini dikenali sebagai Laporan Penyata Razak 1956. Antara cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957.• Tujuan Penyata Razak ialah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah, mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu, mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan. Oleh itu, guru bahasa Melayu memainkan peranan penting dalam bahasa pengantar di sekolah.• Perkembangan perguruan di Malaysia selepas merdeka menunjukkan satu pengembangan yang jauh berbeza daripada perkembangannya pada zaman penjajah British. Jika pada zaman penjajahan, perkembangan perguruan lebih bersifat perkauman tetapi dengan terbentuknya Penyata Razak 1956, perkembangan perguruan yang bercorak kebangsaan telah wujud.
  20. 20. • Pendidikan guru merupakan salah satu bahagian yang terpenting dalam sistem pendidikan. Peranan guru semakin mencabar berikutan perkembangan bidang pendidikan yang begitu pesat sekali. Oleh itu Kementerian Pendidikan Malaysia akan menyediakan kursus teknik pengajaran secara formal dan kaedah kepada semua bakal guru, sama ada di maktab-maktab perguruan, pusat pengajian tinggi awam bagi menyesuaikan bakal guru dengan tugas apabila berada di bilik darjah nanti.
  21. 21. • Perubahan dan perkembangan kurikulum pendidikan guru di Malaysia berlaku ekoran usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat universiti.• Tumpuan kepada professional guru bahasa Melayu bermula pada tahun 1956 selepas laporan Penyata Razak 1956. Bagi melatih guru-guru yang dianggap sebagai pakar bahasa, jawatankuasa telah mencadangkan Maktab Perguruan Bahasa (MPB) yang bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan pada tahun 1958 di Bukit Senyum, Johor Bahru dan dipindahkan ke Lembah Pantai.• Maktab Perguruan Bahasa akan mengadakan kursus khas selama setahun bagi guru-guru Melayu supaya mereka boleh bertugas dengan lebih berkesan sebagai guru bahasa Melayu di sekolah- sekolah menengah jenis kebangsaan dan di maktab-maktab.
  22. 22. KELEBIHAN• Semangat guru-guru untuk mendidik anak-anak bangsa Melayu yang bakal menjadi pemimpin harapan bangsa.• Perancangan bahasa menjadi sebahagian penting daripada perjuangan kebangsaan orang- orang Melayu• Mereka mengarang buku, menubuhkan pelbagai persatuan dan mengadakan pelbagai aktiviti untuk menegakkan kedaulatan bahasa Melayu.• Guru-guru berjuang untuk membela bangsa Melayu melalui pendidikan dengan bahasa pengantar bahasa Melayu.• Guru-guru Melayu dalam perjuangan memerdekakan tanah air di samping mempelopori pemikiran baru mendidik anak bangsa untuk menjadi bangsa berilmu.• Kesedaran orang Melayu terhadap bahasanya menyebabkan mereka bertindak memajukan pengajaran bahasa Melayu dan memperjuangkan kedudukannya di dalam masyarakat Semenanjung.• Selepas negara Malaysia mencapai kemerdekaan, laporan-laporan turut diperkenalkan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di peringkat sekolah, universiti dan maktab.• Guru-guru memainkan peranan penting dalam pendidikan bahasa Melayu.
  23. 23. KELEMAHAN• Pada peringkat awal, latihan perguruan ini dijalankan secara ad hoc dan laissez-faire mengikut perkembangan sekolah-sekolah yang mengikut aliran bahasa pengantar masing-masing. Terdapat beberapa sekolah yang ditubuhkan mengikut perkauman ialah sekolah Inggeris, sekolah Cina dan sekolah India. Bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa perkauman masing-masing sebelum laporan diperkenalkan.

×