Kuliah 3
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Kuliah 3

on

  • 13,101 views

 

Statistics

Views

Total Views
13,101
Views on SlideShare
13,073
Embed Views
28

Actions

Likes
1
Downloads
388
Comments
3

2 Embeds 28

http://www.slideshare.net 27
http://webcache.googleusercontent.com 1

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Kuliah 3 Kuliah 3 Presentation Transcript

  • KULIAH 3 PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA
  • PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU DALAM SEJARAH - Dua konsep yg sering digunakan untuk menjelaskan ciri- ciri Asia Tenggara ialah pluraliti dan masyarakat plural (plural society). Pluraliti: istilah yg digunakan untuk merujuk kepada masyarakat pelbagai bangsa di alam Melayu sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah (Eropah) yg terbentuk melalui proses semula jadi tanpa sebarang rancangan pemaksaan di sebaliknya.
  • Masyarakat Plural: Terbentuk selepas zaman kedatangan orang-orang Eropah. Penjajah membawa masuk pendatang asing dari China dan India ke Asia Tenggara untuk kepentingan ekonomi. Dasar penjajah menyebabkan mereka gagal berasimilasi dengan penduduk, alam sekitar dan sistem sosial-politik-agama yg wujud di Asia Tenggara. Kesannya wujud kelompok-kelompok masyarakat yg hidup terasing daripada kelompok yg lain walaupun tinggal di tempat yg sama (Masyarakat Majmuk) - Penjajahan Barat : menjadi titik pemisah antara Pluraliti dan masyarakat Plural.
  • - Pluraliti alam Melayu boleh dikaji berdasarkan pluraliti sosial dan alam sekitar. - Pluraliti sosial dapat dilihat berdasarkan realiti kehidupan masyarakat yang ada. - Pluraliti alam sekitar merujuk kepada keadaan alam sekitar dan muka bumi alam Melayu yang begitu mudah berinteraksi dengan kawasan-kawasan lain di dunia. - Cth: Bunga raya – dibawa dari kepulauan Pasifik. Getah – dibawa dari Brazil.
  • Pembentukan Pluraliti di alam Melayu 1. Hubungan dengan Cina dan India. - Hubungan antara alam Melayu dengan Cina dan India telah lama berlaku. - faktor perdagangan- alam Melayu menjadi persinggahan para pedagang dari kedua-dua benua tersebut. - Abad ke-7 Masehi - kewujudan institusi pengajian agama di alam Melayu pada zaman kerajaan Melayu Sri Vijaya. Alam Melayu terkenal sebagai pusat pengajian dan penyebaran ilmu pengetahuan.
  • 1. Zaman Hinduisme dan Buddhisme. - Hinduisme dan Buddhisme tidak memberi kesan yg besar dalam kehidupan rakyat biasa berbeza dengan pengaruh Islam (menurut Syed Muhammad Naguib Al- Attas). - Bukti: tidak terdapat kitab-kitab yg membincangkan idea-idea besar seperti falsafah, ketuhanan dll yg berasaskan Hinduisme & Buddhisme di alam Melayu, yg ada Cuma kitab-kitab yg bersifat kesenian. - Hinduisme & Buddhisme diterima baik di kalangan pemerintah alam Melayu sebelum kedatangan Islam. Mitos Hinduisme mengukuhkan institusi raja di alam Melayu. Kebesaran raja-raja juga digambarkan menerusi candi-candi yg didirikan.
  • 1. Penjelmaan dari segi material dan non-material. - Dapat dilihat dan difahami berdasarkan perubahan yg bersifat epistemologikal yg dibawa oleh penjajah Inggeris. Epistemologikal: iaitu asal mula sesuatu ilmu pengetahuan. Perubahan epistemologikal: perubahan dari segi ilmu pengetahuan yg melibatkan cara berfikir dan cara melihat sesuatu yg seterusnya akan melibatkan perubahan terhadap cara memahami sesuatu. - Sebelum kedatangan penjajah Inggeris, ilmu pengetahuan di alam Melayu banyak berasaskan epistemologi yg bercorak metafizik atau ilmu yg bersumberkan alam ghaib.
  • - Amalan perubatan perdukunan dan perbomohan yg menggunakan jampi mantera dalam berinteraksi dengan pihak alam ghaib adalah manifestasi yg jelas mengenai ilmu metafizik alam Melayu. - Kedatangan Inggeris mengubah epistemologi yg bersifat non-material ini kepada epistemologi fizikal yg bersifat rasional saintifik. Asasnya ialah pembuktian sesuatu material menerusi panca indera dan kemudiannya dipertingkatkan menerusi alat-alat saintifik. - Kesannya muncul pelbagai ilmu dan institusi moden, pengenalan kepada ekonomi kapitalis yg berorientasikan pasaran dan birokrasi politik. Kesemua ini kemudiannya dikenali sebagai ilmu kolonial.
  • Puncak Pluraliti: Empayar Melaka Mercu Hubungan Etnik Pra-Penjajahan. - Zaman empayar Melaka: zaman keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan Melayu. - Melaka menjadi tempat pertemuan para pedagang dari seluruh pelosok dunia sehingga digelar “The Venice of the East”. Dari segi pemerintahan - Para pegawai istana terdiri drp campuran orang-orang Melayu tempatan dengan bangsa-bangsa asing yg datang berdagang dan menetap di istana. - Perkahwinan campur di antara pemerintah Melaka dengan anak pemerintah China dll.
  • - Pemerintah Melaka mengambil kira keharmonian di antara kaum. - Perlembagaan Melaka yg berasaskan ajaran Islam (Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka) menyumbang kepada kemakmuran dan kemajuan sistem pemerintahan Melaka. Dari aspek perdagangan. - Perdagangan Melaka berjalan dengan lancar hasil daripada sistem pemerintahan terbuka dan pentadbiran pelabuhan yg cekap. - Pelaksanaan Undang-undang Laut Melaka menjamin tahap keselamatan yg tinggi kepada ribuan kapal pedagang.
  • - Kecekapan kawalan terhadap hasil rempah-ratus yg menjadi tarikan kepada kedatangan pedagang asing. Kependudukan. - Zaman empayar Melaka – zaman pluraliti. Berlaku penghijrahan secara alamiah tanpa ada paksaan daripada mana-mana pihak, mereka tidak memerlukan pasport dan visa untuk memasuki sesuatu kawasan. - Pedagang Arab, Cina, India dll telah berasimilasi dengan penduduk tempatan dengan baik sekali dan telah mewujudkan kategori masyarakat yg tidak pernah wujud sebelumnya iaitu masyarakat Baba dan Mamak. - Empayar Melaka memperlihatkan wujudnya interaksi aktif di kalangan pelbagai kaum dan bangsa di Melaka.
  • Kebudayaan. - Keterbukaan pemerintah empayar Melaka menerima kehadiran para pedagang daripada seluruh pelosok dunia tanpa syarat-syarat yg menyulitkan memungkinkan pelabuhan Melaka berkembang sbg pelabuhan penting dunia. - Kemajuan perdagangan dan kemajuan sebagai kota metropolitan memungkinkan Melaka wujud sebagai kota multi-budaya, setiap budaya mempunyai tempat masing- masing.
  • - Pluralisme budaya bukanlah suatu fenomena baharu dlm alam Melayu. Interaksi antara pelbagai budaya seperti Arab pra-Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam dan Eropah (Portugis, Sepanyol, Belanda & British) dgn budaya alam Melayu telah berlaku sekurang-kurangnya sejak abad ke-5 Masihi lagi. - Pertemuan & pertembungan budaya-budaya besar dunia tersebut telah melahirkan satu ciri fenomena sosial yg istimewa dlm alam Melayu, iaitu fenomena kepluralitian budaya
  • Pengasasan Masyarakat Plural. - Penjajahan British membawa bersama-sama dasar pentadbiran yg selaras dengan kemajuan mereka dari segi ilmu pengetahuan. - Prinsip, sistem, struktur dan dasar yg diamalkan dalam pemerintahan mereka jauh berbeza dengan sistem yg ada di alam Melayu. - Perubahan epistemologikal yg besar ialah dari segi pemisahan di antara Negara dan Agama. Kesannya di alam Melayu, pemerintahan negara dikawal oleh penjajah manakala agama & adat istiadat peribumi di bawah pengawasan sultan Melayu.
  • - Sistem pentadbiran berasaskan pengagihan kuasa di antara tiga unsur penting: Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman diperkenalkan. Berbeza dengan kuasa mutlak raja yg tiada agihan kuasa. - Hasil daripada pemerintahan moden itu berkembangnya sistem ekonomi kapitalis yg berasaskan ekonomi perindustrian dan perdagangan. Sistem ekonomi ini bergantung kepada pasaran, modal dan buruh. - Perkembangan pesat ekonomi kapitalis inilah yg mendorong kepada kewujudan masyarakat plural di alam Melayu dengan kemasukan bangsa asing yg dibawa oleh penjajah untuk tujuan pengeksploitasian ekonomi dengan segera dan menguntungkan.
  • LATAR BELAKANG BANGSA MALAYSIA DALAM KONTEKS KEPULAUAN MELAYU. • Aspek Geo.budaya. – Kepulauan Melayu (Nusantara): Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Borneo, selatan Filipina, gugusan Kepulauan Maluku, Jawa & Sumatera. – Penduduk - masyarakat terawal ialah orang Melayu yg terdiri daripada pelbagai suku etnik & mempunyai pelbagai kepercayaan & cara hidup.
  • • Mereka terangkum sebagai Rumpun Melayu (mempunyai ciri-ciri persamaan budaya yg jelas antara satu suku dgn suku yg lain) • Aspek Rumpun Bangsa. – Di Semenanjung Tanah Melayu: Penduduknya ialah kelompok Melayu yg bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan cara hidup orang Melayu & beragama Islam. – Sebahagiannya datang dari sekitar Kepulauan Melayu (cth: Jawa, Banjar, Bugis, Minangkabau, Melayu- Patani) – Suku asli - Jakun, Sakai, Senoi dll.
  • • Sabah. – Penduduknya lebih heterogenes & dikenali sebagai bumiputera. – Terdapat pelbagai suku peribumi: Kadazandusun, Murut, Bajau, Bisaya, Suluk, Iranun, Idahan, Melayu- Brunei, Kedayan dll. – Bajau, Brunei, Bisaya, Suluk - masyarakat bumiputera Islam. – Kadazandusun dan Murut - masyarakat bumiputera bukan Islam (beragama Kristian & fahaman animisme) tetapi sebahagiannya juga beragama Islam.
  • • Sarawak. – Penduduknya lebih heterogenes & dikenali sebagai bumiputera. – Terdapat pelbagai suku peribumi: Iban, Melanau, Kelabit, Bidayuh, Penan, Melayu, Murut, Bisaya, Kenyah, Kayan, Kedayan dll. – Melayu, Melanau & Kedayan- masyarakat bumiputera Islam. – Iban, Murut, Kelabit, Kenyah, Kayan & Bisaya - masyarakat bumiputera bukan Islam (beragama Kristian & fahaman animisme) tetapi sebahagiannya juga beragama Islam.
  • • Aspek Bahasa. – Bahasa Melayu - berasal drp bahasa Austronesia / dikenali sebagai bahasa Malay-Polinesia. BM berkembang menjadi 150 cabang bahasa lain mengikut suku yg ada di Kepulauan Melayu. – Kedatangan ajaran Hindu - pengaruh bahasa Sanskrit dalam BM kuno. – Pengaruh Islam (Abad ke-13 & ke-14 M) - BM berkembang pesat, pengenalan tulisan Jawi menyebabkan perkembangan ilmu (Kesusasteraan, Teologi, Falsafah & Tasawuf)
  • – BM bersifat dinamik - menjadi Lingua-franca di alam Melayu terutamanya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. – Kerajaan Tradisi Melayu. • Zaman Hindu-Buddha - pemerintahan beraja. Cth: Kerajaan Kedah Tua, Langkasuka, Srivijaya & Majapahit. • Zaman Islam- kerajaan Melaka, Aceh. • Selepas Melaka - kerajaan Johor-Riau, Brunei.
  • CAMPUR TANGAN BRITISH & KELAHIRAN MASYARAKAT PLURALISTIK • Penguasaan ke atas Melaka: Portugis - 1511, Belanda -1641. • Penguasaan British ke atas pelabuhan P.Pinang -1786, Melaka - 1824 & Singapura - 1826. • Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 - Pembentukan sempadan Kepulauan Melayu di bawah pengaruh British dan Belanda. • 1874 - Pengenalan Sistem Residen di Negeri2 Melayu Bersekutu & Sistem Penasihat di NNMTB.
  • • Di Sarawak - Penguasaan keluarga Brooke (1841-1946. • Di Sabah - Pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) -(1881-1946) • Dalam proses campur tangan ke atas kerajaan Melayu, kuasa Barat (British) mengiktiraf orang Melayu sebagai Tuan kepada tanah airnya. British berhubung dgn sultan- sultan Melayu untuk mendapatkan persetujuan mereka. • Penjajahan - mengakibatkan penentangan tokoh/masyarakat tempatan. • Penjajahan British - meninggalkan kesan yg besar dlm politik, demografik & sosioekonomi T.Melayu.
  • KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK/PLURALISTIK • Berkait rapat dengan dasar British mengeksploitasi ekonomi T. Melayu untuk keuntungan yg cepat dan maksimum. • Migrasi orang Cina - dari Kwangtung & Fukien - dibawa masuk melalui sistem kontrak buruh, tiket kredit, secara berkumpulan & persendirian. • Bertumpu di sekitar P.Pinang hingga ke Singapura (negeri2 pantai barat)
  • • 1895-1927 - lebih drp 6 juta org Cina berhijrah ke T.Melayu. • 1931 - 34% drp penduduk T.Melayu ialah org Cina. • Di Sarawak - org Cina bertumpu di kawasan bandar Sibu, Miri & Bintulu. • Di Sabah - SBBU membawa masuk buruh asing spt org Cina, Filipina, Jawa & Jepun - bekerja di ladang tembakau, getah, kelapa, pembalakan & pemeliharaan mutiara.
  • • Migrasi orang India - dari India Selatan & dibawa melalui sistem Kangani • Bermula pada th 1880-an & pesat pada abad ke-20. • 1911- org India - 10% drp penduduk T.Melayu. & meningkat kpd 15% pd th 1921. • Mereka bekerja di ladang2 getah, sektor perkhidmatan & kerja raya. • Migrasi penduduk Melayu dr Indonesia, Jawa & Sumatera: bekerja dlm sektor pertanian & tinggal di luar bandar. • Terdapat juga migrasi penduduk Arab-Parsi & Ceylon.
  • • Imigran yg masih tinggal di T.Melayu membentuk satu masyarakat yg tetap & mengasaskan organisasi sosial masing-masing. • Cth: orang-orang Cina membentuk persatuan & pertubuhan sosial masyarakat mereka (Huatuan). • British melaksanakan dasar Pecah dan Perintah bagi memudahkan kawalan ke atas imigran tersebut. • Kesannya: Pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi, pengasingan tempat tinggal dan pengasingan sistem pendidikan
  • • Kumpulan etnik menceburi sektor ekonomi yg berbeza: • Melayu - nelayan & petani (sektor luar bandar) • Cina - perlombongan dan perdagangan • India - perladangan dan kerja raya. • Sistem Ekonomi Duaan /Dualisme Ekonomi: Perkembangan sistem Ekonomi Moden & Ekonomi Tradisional tidak seimbang. • Sistem pendidikan: Sekolah Inggeris, sekolah Melayu, sekolah Cina dan sekolah Tamil. • Hubungan kaum baik dalam konteks ‘bercampur tetapi tidak bersatu’.