SlideShare a Scribd company logo
1 of 42
BMS 3022 KARYA AGUNG
MELAYU
NAMA AHLI KUMPULAN NO. MATRIK
NUR AMMARAH BINTI
MOHD ZAIN
D20101037108
TEE TING TING D20101037163
Tajuk: Ilmu Firasat, Perdukunan, Jampi
dan Pengasih (Hikayat Hang Tuah)
Pensyarah: Dr. Hj. Mohd Rashid Bin Hj. Md Idris
PENGENALAN
Penelitian sesebuah teks dalam karya
agung Melayu dapat membantu kita
menjejaki cara hidup nenek moyang kita
pada waktu dahulu. Contohnya seperti
ilmu firasat, perdukunan, jampi, dan
pengasih yang sememangnya merupakan
suatu amalan bagi masyarakat terdahulu.
Hikayat Hang Tuah telah dipilih untuk
mengkaji penggunaan keempat-empat
ilmu tersebut.
LATAR BELAKANG PENGKAJI
TEKS
Hikayat Hang Tuah ini diterbitkan semula dalam edisi
Karya Agung Melayu berdasarkan edisi Dewan
Bahasa dan Pustaka 1964. Hikayat Hang Tuah ini
dikaji dan diperkenalkan oleh Kassim Ahmad dengan
pengenalan tambahan oleh Noriah Mohamed.
Kassim Ahmad merupakan sarjana Melayu yang
pertama melakukan kajian teks Hikayat Hang Tuah
secara ilmiah.
Noriah Mohamed telah menulis beberapa banyak
rencana dan kertas kerja, di samping menyunting dan
menulis beberapa buah buku khususnya tentang
kesusasteraan Jawa dan pengaruhnya dalam
kesusasteraan Melayu tradisional.
SINOPSIS HIKAYAT HANG
TUAH
Kisah awal
 Menceritakan kisah Hang Tuah semasa kecil yang
dikaitkan dengan zaman awal kerajaan Melayu Melaka.
Zaman Kegemilangan
 Kegemilangan kerajaan Melayu Melaka dikaitkan
dengan ketokohan dan kepahlawanan Hang Tuah.
Zaman Kemerosotan
 Kemunduran kerajaan Melayu Melaka.
ILMU FIRASAT
Ilmu firasat ialah pengetahuan mengenai
tanda-tanda pada muka, iaitu anggota badan
dan lain-lain untuk mengetahui kelakuan
atau nasib orang.
(Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 412))
Menurut Sulastin Sutrisno, ilmu firasat merupakan seseorang
yang mempunyai ilmu yang dapat merasa, melihat atau
mengetahui lebih dahulu segala sesuatu yang akan berlaku.
Melalui ilmu firasat juga seseorang itu dapat mengetahui
kelemahan dan kekuatan orang lain, antaranya berdasarkan
nama, hari atau ketika.
(Sumber: buku Penghayatan Karya Agung Melayu: 125)
Firasat
Firasat Terhadap
Binatang
Firasat
Mimpi
Firasat Tilik
Nasib
Firasat Mimpi
Maka pada malam itu Hang Mahmud bermimpi bulan turun dari
langit; maka cahayanya penuh di atas kepala Hang Tuah. Hang
Mahmud pun terkejut lalu bangun daripada tidur, lalu diriba
anaknya Hang Tuah dan diangkatnya, maka diciumnya seluruh
tubuh. Setelah sudah, hari pun sianglah, maka segala mimpinya
itu semuanya dikatakannya pada anaknya dan isterinya.
(Hikayat Hang Tuah: 23)
Berdasarkan petikan di atas, mimpi yang dialami oleh Hang
Mahmud iaitu bulan turun dari langit dan cahayanya penuh di
atas kepala Hang Tuah menunjukkan bahawa Hang Tuah akan
menjadi seorang yang terkenal apabila dewasa kelak dan tokoh
yang bertuah kerana bakal mendukung kedaulatan negeri
Melaka.
Firasat Tilik Nasib
Syahadan maka Laksamana pun menurunkan segala perahunya
dan mengerahkan segala orangnya berlengkap. Setelah sudah
mustaid maka datanglah kepada tujuh harinya. Maka bendahara
dan Laksamana pun masuk mengadap berdatang sembah,
“Daulat tuanku, patik dititahkan berlengkap itu sudahlah patik
lengkapi seperti titah Duli Yang Dipertuan itu. Maka titah patik
junjung, tetapi pada bicara patik, baiklah Duli Syah Alam
berangkat pada tengah naik matahari ini, alamat geroda alah
oleh ular.” Maka baginda pun berangkat masuk mendapatkan
isterinya keduanya, seraya bertitah, “Marilah adinda kita turun,
kerana hari sudah tinggi.
(Hikayat Hang Tuah: 476)
Berdasarkan petikan, Laksamana dapat mengetahui sekiranya
melakukan perjalanan matahari sedang naik akan mendatangkan
sesuatu peristiwa yang buruk. Ketika dalam perjalanan ke
Singapura, iaitu di Selat Melaka, baginda telah ternampak seekor
ikan emas yang sangat cantik. Kemudian baginda memandang ke
bawah perahu sehingga mahkotanya terjatuh ke dalam air. Lalu
Hang Tuah terjun untuk mendapatkannya. Ketika hampir sampai
ke perahu, tiba-tiba seekor buaya putih datang menyambar
kerisnya, lalu Hang Tuah terkejut dan menyebabkan mahkota
terjatuh kembali. Kemudian , Hang Tuah menarik ekor buaya
tersebut sehingga lemas dan akhirnya timbul kembali tanpa
mahkota dan keris. Setelah Hang Tuah kehilangan keris dan
baginda kehilangan mahkota, kedua-duanya menjadi sakit kepala
dan demam.
Firasat Terhadap Binatang
Maka titah baginda, “Hai mamak bendahara, hai segala menteri yang tua-
tua, adakah pernah melihat pelanduk putih seekor, seperti kambing
besarnya, menerajangkan anjing ke dalam sungai? Apa gerang padahnya?”
Maka sembah Bendahara Paduka Raja dan segala menteri yang tua-tua
itu. Ya Tuanku Syah Alam, ada patik dengar kata orang tua-tua patik, jika
ada pelanduk putih pada hutan atau barang tempat sekalipun, baiklah
tempat, patut diperbuat negeri; berdaulat negeri, tuanku.” Setelah baginda
menengar sembah bendahara dan segala menteri tua-tua demikian itu
maka baginda pun terlalu sukacita serta bertitah, “Jika demikian, baiklah
pulau ini kita berbuat negeri.”
(Hikayat Hang Tuah: 64)
Berdasarkan petikan di atas, jelas menggambarkan peranan binatang
seperti pelanduk dikatakan dapat menjelaskan kesaktian tempat tersebut
sehingga jika dijadikan negeri, maka negeri tersebut akan maju dan
makmur.
ILMU PERDUKUNAN
Dukun merupakan orang yang mengubat
orang sakit atau memberi ubat cara
kampung atau tradisional dengan
membaca jampi serapah dan sebagainya.
Perdukunan pula didefinisikan sebagai
sesuatu yang mengenai atau berkaitan
dengan pengubatan cara kampung atau
tradisional yang berkaitan dengan ilmu
dukun.
(Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 369))
Terdapat beberapa istilah untuk orang yang mengamalkan ilmu
perdukunan ini seperti kahin, ‘arraf, rammal, munajjim atau ahli
nujum, sahir atau tukang sihir dan lain-lain.
Bassam Salmah (2004: 301) mengatakan bahawa al-kahin
merupakan seseorang yang mengkhabarkan sesuatu yang akan
terjadi pada masa akan datang. Namun demikian, ada juga yang
mengatakan al-kahin adalah individu yang memberitahu apa yang
tersirat di dalam hati seseorang.
Istilah yang kedua yang berkaitan dengan perdukunan ialah
‘arraf. ‘Arraf dikatakan oleh Al-Baghawi dalam Bassam Salmah
(2004:302) sebagai orang yang mengaku tahu akan urusan-urusan
tertentu melalui cara yang tertentu dan mungkin juga mengetahui
tempat sesuatu barang yang hilang itu disorokkan.
(Sumber: Buku Penampakan dari Dunia Lain)
Menurut Niknik M. Kuntarto et. al. (2010:168-172) dalam Bassam Salamah (2004),
terdapat beberapa ciri-ciri pendukunan seperti:
i. Bertanya namanya, nama ayahnya dan nama ibunya untuk dimanterai.
ii. Menanyakan hari dan waktu lahirnya sama ada siang atau malam.
iii.Meminta salah satu benda (foto, kain, sapu tangan, baju) sebagai syarat ritual.
iv. Adakalanya meminta binatang dengan sifat tertentu
v. Membaca mantera-mantera yang tidak difahami.
vi. Kadang-kadang menyuruh orang yang sakit menyepi tidak terkena sinar matahari.
vii. Kadang-kadang tidak boleh menyentuh air atau mandi pada waktu tengah malam.
viii.Memberi benda-benda yang harus ditanam.
ix. Kadang-kadang sudah tahu masalah sebelum pesakit sempat memberitahu.
x. Menulis ayat al-Quran dengan songsang.
xi. Membakar kemenyan.
xii.Memberikan ramalan ghaib tentang sesuatu yang sudahsedang atau akan terjadi.
(Sumber: Buku Penampakan dari Dunia Lain)
Maka kata Nala Sang Guna, “Anakku tahukah berbuat ubat beranak,
kerana ayahanda terlalu hasrat hendak beranak. Beberapa pula
ayahanda minta kepada segala orang yang tahu, tiada juga diberi
Allah Taala.” Maka kata Laksamana, “Insya-Allah Taala, adapun yang
kehendak ayahanda bonda akan anak itu beroleh. Ada suatu ubat
hamba tahu; akan ayahanda dianugerahkan Allah Taala anak seperti
kehendak bonda itu.”… “Maka Laksamana pun berbuat suatu ubat,
rupanya seperti madat. Setelah sudah maka ubat itu pun disuruh oleh
Laksamana hantarkan kepada Nala Sang Guna.”
(Hikayat Hang Tuah : 394-395)
Berdasarkan petikan di atas, Nala Sang Guna telah meminta
Laksamana Hang Tuah membuat ubat beranak untuk isterinya. Hang
Tuah telah membuat suatu jenis ubat yang berupa seperti candu.
Setelah sebulan akhirnya isteri Nala Sang Guna telah melahirkan
seorang bayi lelaki. Kemudian, Hang Tuah telah diberikan ganjaran
oleh Nala Sang Guna.
ILMU JAMPI
Jampi merupakan kata-kata tertentu yang diucapkan
untuk mendatangkan kesaktian seperti boleh
menyembuhkan penyakit.
Jampi juga dikenali sebagai mantera.
(Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 605))
Jampi Mantera (al-Ruqyah)
Perkataan al-Ruqa adalah kata jamak kepada perkataan
Ruqyah, iaitu jampi mantera. Jampi mantera merujuk
kepada “bacaan-bacaan yang memiliki ciri-ciri berdoa dan
memohon perlindungan dan pertolongan” yang dibacakan
terhadap mereka yang sakit dengan tujuan untuk merawat
daripada penyakit yang menimpa mereka, seperti penyakit
demam, disengat ular dan kala jengking, dirasuk jin,
syaitan dan sebagainya.
(Sumber: Buku Azimat, Jampi, Sihir dan Berubat Menurut Islam: 17-18)
Mana Sikana (1996) dalam Seri Lanang Jaya Hj. Rohani et. al
(2013) menyatakan bahawa jampi merupakan jampi serapah
bukan sekadar penglahiran perasaan seperti puisi. Ia ada
hubungannya dengan kejiwaan dan sistem kepercayaan. Jampi
dikatakan sesuatu yang dibaca untuk memberi kesaktian
terutamnya perubatan. Pawang sebagai pembaca jampi adalah
manusia yang luar biasa dan disifatkan sebagai manusia
perantaraan makhluk dengan Khaliq atau supernatural.
Jampi
Jampi Menolak
syaitan
Jampi Tawar
Bisa
Jampi
Pendinding
(Sumber: buku Penghayatan Karya Agung Melayu: 129-130)
Contoh jampi menolak syaitan:
Bismillah, ya Allah, adalah bangma bakma
Bersama-sama dunia al-akhirat
Kiraman katibin memberi aku
Tanggung hak aku siang dan malam
Aku daripada Allah
Kun Lailaha illallah.
Jampi ini sebagai azimat, surat pada kain, bubuh pada bunga tiang
rumah. Bab ini azimat angka maha besar gunanya. Maka disurat
pada perca putih, maka bubuh pada tiang rumah; maha baik
dianugerahkan Allah Taala. Segala mara bahaya pun baik,
diluputkan Allah sekaliannya. Pada yang menolakkan bala, dan
syaitan iblis itu tiada hampir dengan berkat angka ini.
(Kitab Tib:
122)
Contoh mantera tawar bisa:
Hei bisa maha bisa
Aku tahu akan asal bisa
Datang daripada setitik racun yang bisa
Nyah engakau dari sini
Jikalau engkau tidak mahu pergi
Engkau derhaka kepada Allah
Engkau derhaka kepada Muhammad
Engkau derhaka kepada gurumu
Kenerang Salleh dan Malim Kelimun
Berkat perkataanku
La illaha illa’llah, Muhammadar Rasulullah.
(Hanapiah Mat Alim: Jengka, Pahang)
(Mantera Melayu: 36)
Dalam contoh di atas, ‘bisa’ diberikan sifat orang dan digunakan ganti nama ‘engkau’.
Kalau diperhatikan, ternyata pengamal seolah-olah berhadapan dengan ‘seseorang’
kerana ‘orang itu’ (bisa) boleh diseur dan diberitahu asal usulnya. Seterusnya ‘orang itu’
diperintahkan supaya keluar dari diri pesakit. Kemudian diikuti dengan amaran,jikalau
engkau tidak mahu pergi, engkau derhaka kepada Allah dan lain-lain.
Mantera pendinding berfungsi untuk melindungi diri daripada musuh, sama ada
manusia, makhluk halus, binatang atau sebagainya. Ia juga sering disebut
mantera pagar diri dan penyangga. Di dalam jenis ini kebanyakan mereka
membangkitkan kudrat Allah dan malaikat, namun ada juga yang menggunakan
jin.
Contoh mantera pendinding (guna Allah):
Mantera Pendinding
Bismi ‘Illahi-Rahmani’l-Rahim
Allah payung aku
Jibrail kota aku
Malaikat empat puluh empat pagar aku
Aku berjalan dengan kuasa Allah
Aku berlenggang dengan lenggang Muhammad
Bukan kata aku, kata Allah
Berkat doa,
La illaha illa’llah, Muhammadar Rasulullah.
(Saadia Said: Taiping, Perak)
(Mantera Melayu: 87)
Setelah Tun Tuah melihat kelakuan Tun Teja itu, maka Tun
Tuah pun fikir di dalam hatinya, ‘Adapun jika selaku ini juga
kelakuan Tun Teja ini nescaya gilalah akan aku. Jika
demikian, baiklah kuperbuat suatu hikmat pembenci.’ Setelah
sudah Tun Tuah fikir demikian itu, maka Tun Tuah pun
membaca pustakanya, lalu ditiupkannya ke dalam kurung itu.
Maka Tun Teja pun bencilah hatinya akan Tun Tuah dan
jangankan melihat rupanya, menengar suaranya pun benci
serta menutup akan telinganya.
(Hikayat Hang Tuah: 234)
Berdasarkan petikan di atas, Laksamana telah menggunakan
jampi supaya Tun Teja membencinya setelah dia melihat Tun
Teja begitu menaruh hati kepada Laksamana. Setelah
Laksamana membacakan jampi, Tun Teja tidak ingin lagi
melihat rupa dan mendengar suara Laksamana.
Mantera pembenci digunakan untuk menimbulkan rasa benci antara dua orang
yang bersahabat, pasangan yang sedang berkasih, bahkan suami dengan isteri
dengan tujuan yang buruk. Pelbagai cara boleh digunakan bagi menimbulkan
rasa benci seseorang antaranya ialah mantera dibacakan pada kapur, kemudian
kapur dipangkah pada rumah mangsa. Selain itu, mantera juga dapat dibaca
pada pasir atau limau lalu dilemparkan ke atas bumbung rumah orang
berkenaan dengan tujuan penghuni membencikan rumah tersebut dan
meninggalkannya.
Contoh mantera pembenci:
Hei jumpu-jumpu, nanti-nanti
Engkau duduk seperti hantu
Makan seperti syaitan
Mari helang bersama dengan ayam
Engkau tidak boleh bersama dengan laki engkau
Berpecah awan ini
Berpecahlah engkau dengan laki engkau.
(Kamis Itam : Kangar, Perlis)
(Mantera Melayu: 100)
ILMU PENGASIH
Ilmu pengasih ialah pengetahuan tentang
jampi, azimat, atau guna-guna untuk
mendatangkan atau membangkitkan rasa
kasih terhadap individu yang dikehendaki.
Ilmu ini hanya akan berkesan kepada
individu yang dimaksudkan sahaja.
(Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 682))
Menurut Maryati (1993) dalam Haron Daud (2001)
menyatakan bahawa ‘asihan’ digunakan untuk menguasai
jiwa orang lain yang dicintai agar orang itu mencintainya.
Pengamal ‘asihan’ akan menjadi lebih menawan. Ia dapat
menarik perhatian orang yang dihajatinya sehingga orang
tersebut langsung datang kepadanya.
Haron Daud (2001), ada juga isi mantera, terutama jenis
pengasih, yang berkaitan dengan unsur alam seperti
bintang, bulan dan matahari. Unsur-unsur itu digunakan
sebagai kiasan kepada anggota badan pengamal supaya
kelihatan cantik. Malah penggunaan unsur alam itu
memberikan keyakinan dan merupakan satu syarat yang
perlu ada pada diri pengamal atau orang yang berkaitan
dengannya dalam menentukan keberkesanan mantera itu.
(Sumber: Mantera Melayu: 187)
Contoh mantera pengasih:
Matahari empat, bulan lima
Bintang tujuh ke mata aku
Bintang berayunke dagu aku
Bulan purnama ke kening aku
Semut beriring di bibir aku
Gajah sekawan di gigi aku
Ombak beralun di lidah aku
Suara aku seperti suara Nabi Daud
Rupa aku seperti rupa Nabi Yusuf
Cahaya aku seperti cahaya Nabi Muhammad
Berkat aku memakai pemanis
Dengan berkat La ilaha illah ‘llah.
(Senawi Ahmad : Alor Setar, Kedah)
(Mantera Melayu: 187)
Cara membuat jampi pengasih
(http://www.harmoni-my.org/forum/index.php?topic=2889.0)
Sebelum bermula menulis azimat kamu hendaklah membaca SALAM
PEMBUKA di bawah terlebih dahulu :
Assalamualaikum ya rasul Allah
Ya ashadu rasulullah
Ya hadrata halillah
Ya harahul mukadisha
Ya ibbadallah
Ya rijjah lullah
Ya hallah nau bah
Ya nik bahyi, ya nuj bahyi ya ibadahli ya autadi ya akhyi ya
ashabulkahpi ya kuthfi ya ghausi ya saidina khadri yatul minni
illaikum wahha tawasilu bikum illahi bi qha dha hi hajati (baca 3 kali).
A ghi suni sari a bi ghau sillahi a I nuni bi au nillah-unzururu ila bi
nazra tillah wam du ni bi mad dadillahi bijahi habibbi wa saiyidina
Muhammad sallallahu ala wassalam wabirahmatil anbi yai wal
mursahi na wal malai mukarrabii na wal auliyai wassolihin- apabila
sampai sini baca fatihah sekali.
Setelah selesai menulis azimat hendaklah dikunci. Contohnya :
1. Ayatul kursi 1 kali
2. Fatihah sekali
3. Al- ikhlas 3 kali
4. Al-falaq sekali
5. Annas sekali
Kemudian azimat dilipat di dalam lingkungan asap kemenyan sambil
membaca selawat hingga terlipat dan kemudian bolehlah dipakai.
Selepas selesai baca doa penutup.
Jadi jalan selamat
Ikutlah jalan wali selamat
Selamat dalam panduan wahyu Ilahi
Selamat dalam bendungan sunnah nabi
Tidak jemu dipandang berkali-kali
Cantik akhlak manis senyum dari hati yang suci
Inilah ilmu pengasih yang sejati.
Maka Tun Tuah pun mengambil jebat itu, maka diberinya
pitis sekeping akan orang tua itu. Setelah Tun Tuah
beroleh jebat itu, maka Tun Tuah pun kembalilah ke
rumahnya berbuat suatu guna pengasih namanya. Setelah
diperbuat guna itu, maka pada malam itu juga Tun Tuah
berjaga membaca pustakanya datang siang.
(Hikayat Hang Tuah : 216-217)
Berdasarkan petikan di atas, Hang Tuah telah membeli
jebat iaitu sejenis bau-bauan yang harum baunya untuk
membuat ubat pengasih. Setelah siap membuat ubat
guna-guna tersebut, lalu Hang Tuah membaca pustaka
(buku nujum untuk ilmu sihir) dari malam sehingga
keesokkan paginya. Ubat guna-guna ini telah digunakan
untuk menawan hati Tun Teja.
KESIMPULAN
Penggunaan ilmu firasat, perdukunan, jampi dan
pengasih sudah semakin dilupakan. Hal ini demikian
kerana masyarakat Melayu sudah berpaut kepada
ajaran agama Islam.
Ilmu firasat merupakan ilmu yang berbeza daripada
ilmu-ilmu yang lain seperti ilmu jampi, perdukunan
dan pengasih. Ilmu jampi memberi kesan positif dan
negatif kepada manusia. Kesan positif adalah dapat
mengubati penyakit manakala kesan negatif
merangkumi penganiayaan terhadap orang lain
dengan menggunakan jampi.
BIBLIOGRAFI
Bassam Salamah (2004). Penampakan dari Dunia Lain. Jakarta:
Penerbit Hikmah.
Haron Daud (2001). Mantera Melayu : Analisis Pemikiran. Pulau
Pinang : Universiti Sains Malaysia.
Harun Mat Piah (2006). Kitab Tib: Ilmu Perubatan Melayu.
Kuala Lumpur : Perpustakaan Negara Malaysia.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Kassim Ahmad (1997). Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur:
Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rushdi Ramli (2003). Azimat, Jampi, Sihir & Berubat Menurut
Islam. Selangor: Intel Multimedia and Publication.
Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, Abd. Rahman Napiah, Mohd
Rashid Md. Idris dan Naffi Mat (2013). Penghayatan
Karya Agung Melayu. Perak: Pusat Pendidikan Luar
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
SEKIAN,
TERIMA KASIH…
LAMPIR
AN
PERKAITAN KHADAM DENGAN
PENDAMPING
Khadam adalah pembantu atau suruhan yang akan
membantu tuannya apabila diminta. Khadam terbahagi
atas dua golongan, iaitu:
Khadam Asal Khadam Bersyarat
Khadam asal adalah terdiri dari
rohani Malaikat dan Jin Islam
peringkat tinggi yang nama
mereka adalah nama malaikat. Ia
tidak meminta syarat apapun
kepada tuannya. Khadam jenis ini
diharuskan oleh syarak.
Khadam jenis ini adalah terdiri
dari Jin alam rendah terdiri
dari Jin Islam atau Jin kafir.
Golongan ini datang ke tuannya
dengan perjanjian dan beberapa
syarat khusus dan umum, baik
yang bertepatan dengan hukum
syariah atau yang diharamkan
oleh syarak. Khadam jenis ini
diharamkan oleh Islam.
(Sumber: http://www.islampos.com/apa-itu-jin-khadam-57230/)
Khadam bersyarat ini akan datang menolong melalui
salah satu cara berikut:
Jin yang meresap dalam cara ini memungkinkan orang yang diresapi itu
menunjukkan keajaiban dan hal-hal yang luar biasa seperti berbicara dalam
bahasa Jawa, Arab, Inggris dan sebagainya, padahal sebelumnya orang
tersebut tidak mengetahui sedikit pun bahasa-bahasa tersebut. [edy witanto]
(Sumber: http://www.islampos.com/apa-itu-jin-khadam-57230/)
KHADAM
Apabila anda menuntut sesuatu ilmu maka antaranya
ada 5 sumber bagaimana anda boleh mendapatkan
khadam, iaitu :
1. Khadam Amalan
Iaitu amalan itu menggunakan khadam atau memanggil khadam.
2. Khadam Alat
Iaitu amalan itu tak menggunakan khadam tapi ada barang pada
aliran perguruan tersebut yang dijaga khadam.
Contohnya, semua pengamal diberikan senjata, gelang, kalung
dan sebagainya di mana barang tersebut ada khadam yang
menjaganya.
3. Khadam Guru
Iaitu, amalan itu tak guna khadam dan tak ada barangan
khadam tapi guru ada khadam yang kemudiannya diturunkan
kepada muridnya samada secara sengaja atau tidak.
(Sumber: http://junied-rahsianampakjin.blogspot.com/2011/04/khadam.html)
4. Jin Saka
Amalan tak ada khadam tak ada barangan berkhadam dan guru juga
tak ada khadam tapi anda ada jin saka tak kira dari keturunan,
barangan berkhadam, sihir atau sebagainya. Maka jin saka itu datang
kepada anda dan menyamar atau menempatkan dirinya sebagai
khadam kepada anda. Itu sebabnya ada guru tak guna khadam tapi
muridnya pula berkhadam.
5. Jin Ilmu Bebas
Iaitu ada kalangan jin bebas yang sentiasa mencari peluang untuk
berdamping dengan manusia. Maka ia mengambil kesempatan dengan
mendatangi manusia yang mahu atau mencari khadam. Jin ini
mungkin bergerak sendirian atau bekas peliharaan orang yang sudah
meninggal dunia atau ia jin yang berjaya dibuang oleh perawat atau
oleh tuannya dan sebagainya. Dan ia mungkin juga bergerak secara
berkeluarga, berkumpulan atau dalam satu pertubuhan besar yang
bergerak sejak zaman berzaman dan sebagainya.
(Sumber: http://junied-rahsianampakjin.blogspot.com/2011/04/khadam.html
ASAL USUL KHADAM
1. Malaikat
2. Dewa Dewi
3. Jin
4. Roh manusia yang sudah meninggal, terutamanya roh para nabi, wali, orang-
orang soleh, roh guru, roh keluarga yang sudah meninggal dan sebagainya.
5. Rijalul ghoib
6. Khadam ayat
7. Khadam barangan antik, barang aneh, senjata, tangkal dan sebagainya.
8. Khadam yang datang dari alam ghaib atas sesuatu sebab
9. Penjaga gunung
10. Penjaga busut
11. Penjaga Laut
12. Penjaga hutan
13. Penjaga batu
14. Penjaga harta
15. Penjaga gua
16. penjaga rumah
17. Penjaga kubur dan sebagainya.
PENGGUNAAN
MANTERA/JAMPI
Penggunaan mantera dalam kalangan
orang Melayu semakin berkurang kerana
bertentangan dengan akidah Islam. Selain
itu, kesan perkembangan ilmu pengetahuan
moden yang diperkenalkan oleh penjajah
Inggeris turut menjadi punca terjejasnya
penggunaan mantera. (Haron Daud, 2001)
MASYARAKAT CINA (TILIK
NASIB)
Garisan-garisan yang ada pada tapak tangan seseorang manusia akan ditilik
untuk mengetahui nasib seseorang itu. Selain itu, tarikh dan masa lahir
mempengaruhi nasib seseorang.
Tukang tilik merujuk kitab-kitab tertentu untuk menilik nasib dan meramalkan
kematian. Tukang tilik menggunakan kalendar Cina tua yang hanya meliputi 60
hari.
Unsur-unsur yang diambil kira untuk penilikan berdasarkan kalendar 60 hari
iaitu:
 Bintang seperti Jupiter, Mars, Saturn, Venus dan Merkuri
 Lima unsur, iaitu air, kayu, api, angin dan tanah
 Emosi seperti marah, gembira, suka, duka dan nafsu
 Lima arah, iaitu timur, barat, utara, selatan dan tengah
 Binatang berbisa, iaitu ular, katak, cicak, kala jengking dan lipan
MELIHAT NASIB MELALUI
MUKA
Diambil kira dari bentuk hidung, mulut, tulang
pipi, dahi, kening, mata, pelipis, misai dan janggut.
Masa depan diramal melalui kombinasi bentuk
muka dalam susunan Yin dan Yang.
Perwatakan, peribadi dan tingkah laku ditentukan
melalui bentuk muka yang memberikan tafsiran
berlainan.
Kepercayaan
Melalui 12
Zodiak Haiwan
PAKUA DAN AZIMAT
Pakua merupakan satu benda yang
digunakan untuk mengelakkan diri
daripada diganggu oleh hantu dan
roh jahat.
Azimat mempunyai fungsi yang
sama dengan pakua tetapi berbeza,
iaitu dari sudut fizikalnya.

More Related Content

What's hot

Kemerosotan melaka
Kemerosotan melakaKemerosotan melaka
Kemerosotan melakaHamizan Md
 
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPerbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPensil Dan Pemadam
 
Kata Nama Am,Khas
Kata Nama Am,KhasKata Nama Am,Khas
Kata Nama Am,Khashanifazis
 
Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik)
Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik) Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik)
Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik) NabihahNazri
 
KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)
KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)
KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)nur_waniatul
 
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIALCORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIALAlif Akram
 
Sejarah Tingkatan 1: Bab 3 KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 3 KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARASejarah Tingkatan 1: Bab 3 KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 3 KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARAhamdan che hassan
 
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS Santa Barbara
 
LATAR BELAKANG SABAH & SARAWAK
LATAR BELAKANG SABAH & SARAWAKLATAR BELAKANG SABAH & SARAWAK
LATAR BELAKANG SABAH & SARAWAKBilcher Bala
 
Asal usul-bahasa-melayu
Asal usul-bahasa-melayuAsal usul-bahasa-melayu
Asal usul-bahasa-melayuHam Dan
 
Bab-3- Keunikan-karya-agung
Bab-3- Keunikan-karya-agungBab-3- Keunikan-karya-agung
Bab-3- Keunikan-karya-agungfiro HAR
 
Ayat tunggal susunan biasa
Ayat tunggal susunan biasaAyat tunggal susunan biasa
Ayat tunggal susunan biasaHazila Yang
 
Prjnjian pangkor
Prjnjian pangkorPrjnjian pangkor
Prjnjian pangkorfiro HAR
 
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasaJenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasaNicholas Lidang Mud
 
Pengaruh agama hindhu dan buddha dalam kerajaan awal
Pengaruh agama hindhu dan buddha dalam kerajaan awalPengaruh agama hindhu dan buddha dalam kerajaan awal
Pengaruh agama hindhu dan buddha dalam kerajaan awalnoorulshuhadah
 

What's hot (20)

Kemerosotan melaka
Kemerosotan melakaKemerosotan melaka
Kemerosotan melaka
 
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPerbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
 
Kata Nama Am,Khas
Kata Nama Am,KhasKata Nama Am,Khas
Kata Nama Am,Khas
 
Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektif
 
Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik)
Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik) Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik)
Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik)
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)
KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)
KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)
 
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIALCORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
 
Gaya bahasa
Gaya bahasaGaya bahasa
Gaya bahasa
 
Sejarah Tingkatan 1: Bab 3 KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 3 KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARASejarah Tingkatan 1: Bab 3 KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 3 KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA
 
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
 
LATAR BELAKANG SABAH & SARAWAK
LATAR BELAKANG SABAH & SARAWAKLATAR BELAKANG SABAH & SARAWAK
LATAR BELAKANG SABAH & SARAWAK
 
sukan dan rekreasi
sukan dan rekreasisukan dan rekreasi
sukan dan rekreasi
 
Asal usul-bahasa-melayu
Asal usul-bahasa-melayuAsal usul-bahasa-melayu
Asal usul-bahasa-melayu
 
Bab-3- Keunikan-karya-agung
Bab-3- Keunikan-karya-agungBab-3- Keunikan-karya-agung
Bab-3- Keunikan-karya-agung
 
Ayat tunggal susunan biasa
Ayat tunggal susunan biasaAyat tunggal susunan biasa
Ayat tunggal susunan biasa
 
Prjnjian pangkor
Prjnjian pangkorPrjnjian pangkor
Prjnjian pangkor
 
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasaJenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
 
Pengaruh agama hindhu dan buddha dalam kerajaan awal
Pengaruh agama hindhu dan buddha dalam kerajaan awalPengaruh agama hindhu dan buddha dalam kerajaan awal
Pengaruh agama hindhu dan buddha dalam kerajaan awal
 
Kepentingan alam sekitar
Kepentingan alam sekitarKepentingan alam sekitar
Kepentingan alam sekitar
 

Viewers also liked

(12) dzikir pembuka & pembersih
(12) dzikir pembuka & pembersih(12) dzikir pembuka & pembersih
(12) dzikir pembuka & pembersihDr. Maman SW
 
Rahasia dari segala rahasia kehidupan
Rahasia dari segala rahasia kehidupanRahasia dari segala rahasia kehidupan
Rahasia dari segala rahasia kehidupanWiyanto Suud
 
CTU 551 - Bab. 5
CTU 551 - Bab. 5CTU 551 - Bab. 5
CTU 551 - Bab. 5hakimizaki
 
Amalan menambah cahaya aura diwajah cahaya kalau bahasa
Amalan menambah cahaya aura diwajah cahaya kalau bahasaAmalan menambah cahaya aura diwajah cahaya kalau bahasa
Amalan menambah cahaya aura diwajah cahaya kalau bahasaTanpa Nama
 
Sastera panji
Sastera panjiSastera panji
Sastera panjilauchen32
 
Mengenal diri melalui rasa hati
Mengenal diri melalui rasa hatiMengenal diri melalui rasa hati
Mengenal diri melalui rasa hatiKayrol Anwar
 
Zikir membangkitkan kekuatan bashirah
Zikir membangkitkan kekuatan bashirah Zikir membangkitkan kekuatan bashirah
Zikir membangkitkan kekuatan bashirah Erman Hidayat
 
Mengenal Diri Mengenal Pencipta Terbukalah Rahasia Hidup
Mengenal Diri Mengenal Pencipta Terbukalah Rahasia HidupMengenal Diri Mengenal Pencipta Terbukalah Rahasia Hidup
Mengenal Diri Mengenal Pencipta Terbukalah Rahasia Hidupandrew gromiko
 

Viewers also liked (12)

(20) jalan sufi
(20) jalan sufi(20) jalan sufi
(20) jalan sufi
 
(12) dzikir pembuka & pembersih
(12) dzikir pembuka & pembersih(12) dzikir pembuka & pembersih
(12) dzikir pembuka & pembersih
 
Rahasia dari segala rahasia kehidupan
Rahasia dari segala rahasia kehidupanRahasia dari segala rahasia kehidupan
Rahasia dari segala rahasia kehidupan
 
3 marifatullah
3 marifatullah3 marifatullah
3 marifatullah
 
Peribahasa / Proverbs
Peribahasa / ProverbsPeribahasa / Proverbs
Peribahasa / Proverbs
 
CTU 551 - Bab. 5
CTU 551 - Bab. 5CTU 551 - Bab. 5
CTU 551 - Bab. 5
 
Amalan menambah cahaya aura diwajah cahaya kalau bahasa
Amalan menambah cahaya aura diwajah cahaya kalau bahasaAmalan menambah cahaya aura diwajah cahaya kalau bahasa
Amalan menambah cahaya aura diwajah cahaya kalau bahasa
 
Sastera panji
Sastera panjiSastera panji
Sastera panji
 
Mengenal diri melalui rasa hati
Mengenal diri melalui rasa hatiMengenal diri melalui rasa hati
Mengenal diri melalui rasa hati
 
Kesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayuKesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayu
 
Zikir membangkitkan kekuatan bashirah
Zikir membangkitkan kekuatan bashirah Zikir membangkitkan kekuatan bashirah
Zikir membangkitkan kekuatan bashirah
 
Mengenal Diri Mengenal Pencipta Terbukalah Rahasia Hidup
Mengenal Diri Mengenal Pencipta Terbukalah Rahasia HidupMengenal Diri Mengenal Pencipta Terbukalah Rahasia Hidup
Mengenal Diri Mengenal Pencipta Terbukalah Rahasia Hidup
 

Similar to Bms 3022 karya agung melayu (1)1

AL-QUR’AN SEBAGAI SUMBER INSPIRASI TAMADUN ISLAM
AL-QUR’AN SEBAGAI SUMBER INSPIRASI TAMADUN ISLAMAL-QUR’AN SEBAGAI SUMBER INSPIRASI TAMADUN ISLAM
AL-QUR’AN SEBAGAI SUMBER INSPIRASI TAMADUN ISLAMBiani Mawal
 
Al quran sebagai sumber inspirasi Tamadun Islam
Al quran sebagai sumber inspirasi Tamadun IslamAl quran sebagai sumber inspirasi Tamadun Islam
Al quran sebagai sumber inspirasi Tamadun IslamBiani Mawal
 
Buku text kelas x
Buku text kelas  xBuku text kelas  x
Buku text kelas xUlin Nuha
 
Hikayat Raja Pasai Kump. 5
Hikayat Raja Pasai Kump. 5Hikayat Raja Pasai Kump. 5
Hikayat Raja Pasai Kump. 5M-ma NurNa
 
Slaid Pembentangan Hikayat Acheh
Slaid Pembentangan Hikayat AchehSlaid Pembentangan Hikayat Acheh
Slaid Pembentangan Hikayat AchehAmie Gy
 
Makalah Qashash Al qur'an
Makalah Qashash Al qur'anMakalah Qashash Al qur'an
Makalah Qashash Al qur'anLutfyHikmah
 
Makalah SEJARAH NUZULUL QUR’AN
Makalah SEJARAH NUZULUL QUR’ANMakalah SEJARAH NUZULUL QUR’AN
Makalah SEJARAH NUZULUL QUR’ANSri Wiji Lestari
 
Tugas ips kerajaan jundu dan ali
Tugas ips kerajaan jundu dan aliTugas ips kerajaan jundu dan ali
Tugas ips kerajaan jundu dan aliPuzo L
 
SUMBER HUKUM ISLAM
SUMBER HUKUM ISLAMSUMBER HUKUM ISLAM
SUMBER HUKUM ISLAMEko Setyawan
 
Ibnu Thufail (Makalah Usman Jambak)
Ibnu Thufail (Makalah Usman Jambak)Ibnu Thufail (Makalah Usman Jambak)
Ibnu Thufail (Makalah Usman Jambak)Usman Jambak
 
Buletin jumat al furqon tahun 05 volume 07 nomor 02 menyelami kandungan ayat ...
Buletin jumat al furqon tahun 05 volume 07 nomor 02 menyelami kandungan ayat ...Buletin jumat al furqon tahun 05 volume 07 nomor 02 menyelami kandungan ayat ...
Buletin jumat al furqon tahun 05 volume 07 nomor 02 menyelami kandungan ayat ...muslimdocuments
 

Similar to Bms 3022 karya agung melayu (1)1 (20)

Hikayat inderaputera
Hikayat inderaputeraHikayat inderaputera
Hikayat inderaputera
 
Aliran sesat
Aliran sesatAliran sesat
Aliran sesat
 
Ilmu qashashil qur an
Ilmu qashashil qur anIlmu qashashil qur an
Ilmu qashashil qur an
 
AL-QUR’AN SEBAGAI SUMBER INSPIRASI TAMADUN ISLAM
AL-QUR’AN SEBAGAI SUMBER INSPIRASI TAMADUN ISLAMAL-QUR’AN SEBAGAI SUMBER INSPIRASI TAMADUN ISLAM
AL-QUR’AN SEBAGAI SUMBER INSPIRASI TAMADUN ISLAM
 
Al quran sebagai sumber inspirasi Tamadun Islam
Al quran sebagai sumber inspirasi Tamadun IslamAl quran sebagai sumber inspirasi Tamadun Islam
Al quran sebagai sumber inspirasi Tamadun Islam
 
Buku text kelas x
Buku text kelas  xBuku text kelas  x
Buku text kelas x
 
Hikayat Raja Pasai Kump. 5
Hikayat Raja Pasai Kump. 5Hikayat Raja Pasai Kump. 5
Hikayat Raja Pasai Kump. 5
 
Studi al qur'an
Studi al qur'anStudi al qur'an
Studi al qur'an
 
Hikayat
HikayatHikayat
Hikayat
 
Slaid Pembentangan Hikayat Acheh
Slaid Pembentangan Hikayat AchehSlaid Pembentangan Hikayat Acheh
Slaid Pembentangan Hikayat Acheh
 
Sah
SahSah
Sah
 
Makalah Qashash Al qur'an
Makalah Qashash Al qur'anMakalah Qashash Al qur'an
Makalah Qashash Al qur'an
 
Makalah SEJARAH NUZULUL QUR’AN
Makalah SEJARAH NUZULUL QUR’ANMakalah SEJARAH NUZULUL QUR’AN
Makalah SEJARAH NUZULUL QUR’AN
 
2 mantra
2 mantra2 mantra
2 mantra
 
Tugas ips kerajaan jundu dan ali
Tugas ips kerajaan jundu dan aliTugas ips kerajaan jundu dan ali
Tugas ips kerajaan jundu dan ali
 
Makalah agama-
Makalah agama-Makalah agama-
Makalah agama-
 
SUMBER HUKUM ISLAM
SUMBER HUKUM ISLAMSUMBER HUKUM ISLAM
SUMBER HUKUM ISLAM
 
Ibnu Thufail (Makalah Usman Jambak)
Ibnu Thufail (Makalah Usman Jambak)Ibnu Thufail (Makalah Usman Jambak)
Ibnu Thufail (Makalah Usman Jambak)
 
Buletin jumat al furqon tahun 05 volume 07 nomor 02 menyelami kandungan ayat ...
Buletin jumat al furqon tahun 05 volume 07 nomor 02 menyelami kandungan ayat ...Buletin jumat al furqon tahun 05 volume 07 nomor 02 menyelami kandungan ayat ...
Buletin jumat al furqon tahun 05 volume 07 nomor 02 menyelami kandungan ayat ...
 
Kel. 4. studi qur'an
Kel. 4. studi qur'anKel. 4. studi qur'an
Kel. 4. studi qur'an
 

More from NorWahida Salim

Sistem sosial masyarakat
Sistem sosial masyarakatSistem sosial masyarakat
Sistem sosial masyarakatNorWahida Salim
 
Bahasa dan kesusasteraan
Bahasa dan kesusasteraanBahasa dan kesusasteraan
Bahasa dan kesusasteraanNorWahida Salim
 
MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT
MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBATMATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT
MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBATNorWahida Salim
 
Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)
Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)
Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)NorWahida Salim
 
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agung
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agungTakrif dan etimologi melayu serta konsep karya agung
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agungNorWahida Salim
 
Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing
Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asingBinaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing
Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asingNorWahida Salim
 
Matinya seorang pahlawan
Matinya seorang pahlawanMatinya seorang pahlawan
Matinya seorang pahlawanNorWahida Salim
 

More from NorWahida Salim (14)

Sistem sosial masyarakat
Sistem sosial masyarakatSistem sosial masyarakat
Sistem sosial masyarakat
 
Sains dan teknologi
Sains dan teknologiSains dan teknologi
Sains dan teknologi
 
Perundangan
PerundanganPerundangan
Perundangan
 
Perluasan kuasa
Perluasan kuasaPerluasan kuasa
Perluasan kuasa
 
Bahasa dan kesusasteraan
Bahasa dan kesusasteraanBahasa dan kesusasteraan
Bahasa dan kesusasteraan
 
Aspek sosial
Aspek sosialAspek sosial
Aspek sosial
 
Aspek sosial falsafah
Aspek sosial falsafahAspek sosial falsafah
Aspek sosial falsafah
 
Aspek ekonomi
Aspek ekonomiAspek ekonomi
Aspek ekonomi
 
MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT
MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBATMATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT
MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT
 
Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)
Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)
Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)
 
Karya agung melayu
Karya agung melayuKarya agung melayu
Karya agung melayu
 
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agung
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agungTakrif dan etimologi melayu serta konsep karya agung
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agung
 
Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing
Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asingBinaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing
Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing
 
Matinya seorang pahlawan
Matinya seorang pahlawanMatinya seorang pahlawan
Matinya seorang pahlawan
 

Bms 3022 karya agung melayu (1)1

  • 1. BMS 3022 KARYA AGUNG MELAYU NAMA AHLI KUMPULAN NO. MATRIK NUR AMMARAH BINTI MOHD ZAIN D20101037108 TEE TING TING D20101037163 Tajuk: Ilmu Firasat, Perdukunan, Jampi dan Pengasih (Hikayat Hang Tuah) Pensyarah: Dr. Hj. Mohd Rashid Bin Hj. Md Idris
  • 2. PENGENALAN Penelitian sesebuah teks dalam karya agung Melayu dapat membantu kita menjejaki cara hidup nenek moyang kita pada waktu dahulu. Contohnya seperti ilmu firasat, perdukunan, jampi, dan pengasih yang sememangnya merupakan suatu amalan bagi masyarakat terdahulu. Hikayat Hang Tuah telah dipilih untuk mengkaji penggunaan keempat-empat ilmu tersebut.
  • 3. LATAR BELAKANG PENGKAJI TEKS Hikayat Hang Tuah ini diterbitkan semula dalam edisi Karya Agung Melayu berdasarkan edisi Dewan Bahasa dan Pustaka 1964. Hikayat Hang Tuah ini dikaji dan diperkenalkan oleh Kassim Ahmad dengan pengenalan tambahan oleh Noriah Mohamed. Kassim Ahmad merupakan sarjana Melayu yang pertama melakukan kajian teks Hikayat Hang Tuah secara ilmiah. Noriah Mohamed telah menulis beberapa banyak rencana dan kertas kerja, di samping menyunting dan menulis beberapa buah buku khususnya tentang kesusasteraan Jawa dan pengaruhnya dalam kesusasteraan Melayu tradisional.
  • 4. SINOPSIS HIKAYAT HANG TUAH Kisah awal  Menceritakan kisah Hang Tuah semasa kecil yang dikaitkan dengan zaman awal kerajaan Melayu Melaka. Zaman Kegemilangan  Kegemilangan kerajaan Melayu Melaka dikaitkan dengan ketokohan dan kepahlawanan Hang Tuah. Zaman Kemerosotan  Kemunduran kerajaan Melayu Melaka.
  • 5. ILMU FIRASAT Ilmu firasat ialah pengetahuan mengenai tanda-tanda pada muka, iaitu anggota badan dan lain-lain untuk mengetahui kelakuan atau nasib orang. (Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 412))
  • 6. Menurut Sulastin Sutrisno, ilmu firasat merupakan seseorang yang mempunyai ilmu yang dapat merasa, melihat atau mengetahui lebih dahulu segala sesuatu yang akan berlaku. Melalui ilmu firasat juga seseorang itu dapat mengetahui kelemahan dan kekuatan orang lain, antaranya berdasarkan nama, hari atau ketika. (Sumber: buku Penghayatan Karya Agung Melayu: 125) Firasat Firasat Terhadap Binatang Firasat Mimpi Firasat Tilik Nasib
  • 7. Firasat Mimpi Maka pada malam itu Hang Mahmud bermimpi bulan turun dari langit; maka cahayanya penuh di atas kepala Hang Tuah. Hang Mahmud pun terkejut lalu bangun daripada tidur, lalu diriba anaknya Hang Tuah dan diangkatnya, maka diciumnya seluruh tubuh. Setelah sudah, hari pun sianglah, maka segala mimpinya itu semuanya dikatakannya pada anaknya dan isterinya. (Hikayat Hang Tuah: 23) Berdasarkan petikan di atas, mimpi yang dialami oleh Hang Mahmud iaitu bulan turun dari langit dan cahayanya penuh di atas kepala Hang Tuah menunjukkan bahawa Hang Tuah akan menjadi seorang yang terkenal apabila dewasa kelak dan tokoh yang bertuah kerana bakal mendukung kedaulatan negeri Melaka.
  • 8. Firasat Tilik Nasib Syahadan maka Laksamana pun menurunkan segala perahunya dan mengerahkan segala orangnya berlengkap. Setelah sudah mustaid maka datanglah kepada tujuh harinya. Maka bendahara dan Laksamana pun masuk mengadap berdatang sembah, “Daulat tuanku, patik dititahkan berlengkap itu sudahlah patik lengkapi seperti titah Duli Yang Dipertuan itu. Maka titah patik junjung, tetapi pada bicara patik, baiklah Duli Syah Alam berangkat pada tengah naik matahari ini, alamat geroda alah oleh ular.” Maka baginda pun berangkat masuk mendapatkan isterinya keduanya, seraya bertitah, “Marilah adinda kita turun, kerana hari sudah tinggi. (Hikayat Hang Tuah: 476)
  • 9. Berdasarkan petikan, Laksamana dapat mengetahui sekiranya melakukan perjalanan matahari sedang naik akan mendatangkan sesuatu peristiwa yang buruk. Ketika dalam perjalanan ke Singapura, iaitu di Selat Melaka, baginda telah ternampak seekor ikan emas yang sangat cantik. Kemudian baginda memandang ke bawah perahu sehingga mahkotanya terjatuh ke dalam air. Lalu Hang Tuah terjun untuk mendapatkannya. Ketika hampir sampai ke perahu, tiba-tiba seekor buaya putih datang menyambar kerisnya, lalu Hang Tuah terkejut dan menyebabkan mahkota terjatuh kembali. Kemudian , Hang Tuah menarik ekor buaya tersebut sehingga lemas dan akhirnya timbul kembali tanpa mahkota dan keris. Setelah Hang Tuah kehilangan keris dan baginda kehilangan mahkota, kedua-duanya menjadi sakit kepala dan demam.
  • 10. Firasat Terhadap Binatang Maka titah baginda, “Hai mamak bendahara, hai segala menteri yang tua- tua, adakah pernah melihat pelanduk putih seekor, seperti kambing besarnya, menerajangkan anjing ke dalam sungai? Apa gerang padahnya?” Maka sembah Bendahara Paduka Raja dan segala menteri yang tua-tua itu. Ya Tuanku Syah Alam, ada patik dengar kata orang tua-tua patik, jika ada pelanduk putih pada hutan atau barang tempat sekalipun, baiklah tempat, patut diperbuat negeri; berdaulat negeri, tuanku.” Setelah baginda menengar sembah bendahara dan segala menteri tua-tua demikian itu maka baginda pun terlalu sukacita serta bertitah, “Jika demikian, baiklah pulau ini kita berbuat negeri.” (Hikayat Hang Tuah: 64) Berdasarkan petikan di atas, jelas menggambarkan peranan binatang seperti pelanduk dikatakan dapat menjelaskan kesaktian tempat tersebut sehingga jika dijadikan negeri, maka negeri tersebut akan maju dan makmur.
  • 11. ILMU PERDUKUNAN Dukun merupakan orang yang mengubat orang sakit atau memberi ubat cara kampung atau tradisional dengan membaca jampi serapah dan sebagainya. Perdukunan pula didefinisikan sebagai sesuatu yang mengenai atau berkaitan dengan pengubatan cara kampung atau tradisional yang berkaitan dengan ilmu dukun. (Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 369))
  • 12. Terdapat beberapa istilah untuk orang yang mengamalkan ilmu perdukunan ini seperti kahin, ‘arraf, rammal, munajjim atau ahli nujum, sahir atau tukang sihir dan lain-lain. Bassam Salmah (2004: 301) mengatakan bahawa al-kahin merupakan seseorang yang mengkhabarkan sesuatu yang akan terjadi pada masa akan datang. Namun demikian, ada juga yang mengatakan al-kahin adalah individu yang memberitahu apa yang tersirat di dalam hati seseorang. Istilah yang kedua yang berkaitan dengan perdukunan ialah ‘arraf. ‘Arraf dikatakan oleh Al-Baghawi dalam Bassam Salmah (2004:302) sebagai orang yang mengaku tahu akan urusan-urusan tertentu melalui cara yang tertentu dan mungkin juga mengetahui tempat sesuatu barang yang hilang itu disorokkan. (Sumber: Buku Penampakan dari Dunia Lain)
  • 13. Menurut Niknik M. Kuntarto et. al. (2010:168-172) dalam Bassam Salamah (2004), terdapat beberapa ciri-ciri pendukunan seperti: i. Bertanya namanya, nama ayahnya dan nama ibunya untuk dimanterai. ii. Menanyakan hari dan waktu lahirnya sama ada siang atau malam. iii.Meminta salah satu benda (foto, kain, sapu tangan, baju) sebagai syarat ritual. iv. Adakalanya meminta binatang dengan sifat tertentu v. Membaca mantera-mantera yang tidak difahami. vi. Kadang-kadang menyuruh orang yang sakit menyepi tidak terkena sinar matahari. vii. Kadang-kadang tidak boleh menyentuh air atau mandi pada waktu tengah malam. viii.Memberi benda-benda yang harus ditanam. ix. Kadang-kadang sudah tahu masalah sebelum pesakit sempat memberitahu. x. Menulis ayat al-Quran dengan songsang. xi. Membakar kemenyan. xii.Memberikan ramalan ghaib tentang sesuatu yang sudahsedang atau akan terjadi. (Sumber: Buku Penampakan dari Dunia Lain)
  • 14. Maka kata Nala Sang Guna, “Anakku tahukah berbuat ubat beranak, kerana ayahanda terlalu hasrat hendak beranak. Beberapa pula ayahanda minta kepada segala orang yang tahu, tiada juga diberi Allah Taala.” Maka kata Laksamana, “Insya-Allah Taala, adapun yang kehendak ayahanda bonda akan anak itu beroleh. Ada suatu ubat hamba tahu; akan ayahanda dianugerahkan Allah Taala anak seperti kehendak bonda itu.”… “Maka Laksamana pun berbuat suatu ubat, rupanya seperti madat. Setelah sudah maka ubat itu pun disuruh oleh Laksamana hantarkan kepada Nala Sang Guna.” (Hikayat Hang Tuah : 394-395) Berdasarkan petikan di atas, Nala Sang Guna telah meminta Laksamana Hang Tuah membuat ubat beranak untuk isterinya. Hang Tuah telah membuat suatu jenis ubat yang berupa seperti candu. Setelah sebulan akhirnya isteri Nala Sang Guna telah melahirkan seorang bayi lelaki. Kemudian, Hang Tuah telah diberikan ganjaran oleh Nala Sang Guna.
  • 15. ILMU JAMPI Jampi merupakan kata-kata tertentu yang diucapkan untuk mendatangkan kesaktian seperti boleh menyembuhkan penyakit. Jampi juga dikenali sebagai mantera. (Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 605)) Jampi Mantera (al-Ruqyah) Perkataan al-Ruqa adalah kata jamak kepada perkataan Ruqyah, iaitu jampi mantera. Jampi mantera merujuk kepada “bacaan-bacaan yang memiliki ciri-ciri berdoa dan memohon perlindungan dan pertolongan” yang dibacakan terhadap mereka yang sakit dengan tujuan untuk merawat daripada penyakit yang menimpa mereka, seperti penyakit demam, disengat ular dan kala jengking, dirasuk jin, syaitan dan sebagainya. (Sumber: Buku Azimat, Jampi, Sihir dan Berubat Menurut Islam: 17-18)
  • 16. Mana Sikana (1996) dalam Seri Lanang Jaya Hj. Rohani et. al (2013) menyatakan bahawa jampi merupakan jampi serapah bukan sekadar penglahiran perasaan seperti puisi. Ia ada hubungannya dengan kejiwaan dan sistem kepercayaan. Jampi dikatakan sesuatu yang dibaca untuk memberi kesaktian terutamnya perubatan. Pawang sebagai pembaca jampi adalah manusia yang luar biasa dan disifatkan sebagai manusia perantaraan makhluk dengan Khaliq atau supernatural. Jampi Jampi Menolak syaitan Jampi Tawar Bisa Jampi Pendinding (Sumber: buku Penghayatan Karya Agung Melayu: 129-130)
  • 17. Contoh jampi menolak syaitan: Bismillah, ya Allah, adalah bangma bakma Bersama-sama dunia al-akhirat Kiraman katibin memberi aku Tanggung hak aku siang dan malam Aku daripada Allah Kun Lailaha illallah. Jampi ini sebagai azimat, surat pada kain, bubuh pada bunga tiang rumah. Bab ini azimat angka maha besar gunanya. Maka disurat pada perca putih, maka bubuh pada tiang rumah; maha baik dianugerahkan Allah Taala. Segala mara bahaya pun baik, diluputkan Allah sekaliannya. Pada yang menolakkan bala, dan syaitan iblis itu tiada hampir dengan berkat angka ini. (Kitab Tib: 122)
  • 18. Contoh mantera tawar bisa: Hei bisa maha bisa Aku tahu akan asal bisa Datang daripada setitik racun yang bisa Nyah engakau dari sini Jikalau engkau tidak mahu pergi Engkau derhaka kepada Allah Engkau derhaka kepada Muhammad Engkau derhaka kepada gurumu Kenerang Salleh dan Malim Kelimun Berkat perkataanku La illaha illa’llah, Muhammadar Rasulullah. (Hanapiah Mat Alim: Jengka, Pahang) (Mantera Melayu: 36) Dalam contoh di atas, ‘bisa’ diberikan sifat orang dan digunakan ganti nama ‘engkau’. Kalau diperhatikan, ternyata pengamal seolah-olah berhadapan dengan ‘seseorang’ kerana ‘orang itu’ (bisa) boleh diseur dan diberitahu asal usulnya. Seterusnya ‘orang itu’ diperintahkan supaya keluar dari diri pesakit. Kemudian diikuti dengan amaran,jikalau engkau tidak mahu pergi, engkau derhaka kepada Allah dan lain-lain.
  • 19. Mantera pendinding berfungsi untuk melindungi diri daripada musuh, sama ada manusia, makhluk halus, binatang atau sebagainya. Ia juga sering disebut mantera pagar diri dan penyangga. Di dalam jenis ini kebanyakan mereka membangkitkan kudrat Allah dan malaikat, namun ada juga yang menggunakan jin. Contoh mantera pendinding (guna Allah): Mantera Pendinding Bismi ‘Illahi-Rahmani’l-Rahim Allah payung aku Jibrail kota aku Malaikat empat puluh empat pagar aku Aku berjalan dengan kuasa Allah Aku berlenggang dengan lenggang Muhammad Bukan kata aku, kata Allah Berkat doa, La illaha illa’llah, Muhammadar Rasulullah. (Saadia Said: Taiping, Perak) (Mantera Melayu: 87)
  • 20. Setelah Tun Tuah melihat kelakuan Tun Teja itu, maka Tun Tuah pun fikir di dalam hatinya, ‘Adapun jika selaku ini juga kelakuan Tun Teja ini nescaya gilalah akan aku. Jika demikian, baiklah kuperbuat suatu hikmat pembenci.’ Setelah sudah Tun Tuah fikir demikian itu, maka Tun Tuah pun membaca pustakanya, lalu ditiupkannya ke dalam kurung itu. Maka Tun Teja pun bencilah hatinya akan Tun Tuah dan jangankan melihat rupanya, menengar suaranya pun benci serta menutup akan telinganya. (Hikayat Hang Tuah: 234) Berdasarkan petikan di atas, Laksamana telah menggunakan jampi supaya Tun Teja membencinya setelah dia melihat Tun Teja begitu menaruh hati kepada Laksamana. Setelah Laksamana membacakan jampi, Tun Teja tidak ingin lagi melihat rupa dan mendengar suara Laksamana.
  • 21. Mantera pembenci digunakan untuk menimbulkan rasa benci antara dua orang yang bersahabat, pasangan yang sedang berkasih, bahkan suami dengan isteri dengan tujuan yang buruk. Pelbagai cara boleh digunakan bagi menimbulkan rasa benci seseorang antaranya ialah mantera dibacakan pada kapur, kemudian kapur dipangkah pada rumah mangsa. Selain itu, mantera juga dapat dibaca pada pasir atau limau lalu dilemparkan ke atas bumbung rumah orang berkenaan dengan tujuan penghuni membencikan rumah tersebut dan meninggalkannya. Contoh mantera pembenci: Hei jumpu-jumpu, nanti-nanti Engkau duduk seperti hantu Makan seperti syaitan Mari helang bersama dengan ayam Engkau tidak boleh bersama dengan laki engkau Berpecah awan ini Berpecahlah engkau dengan laki engkau. (Kamis Itam : Kangar, Perlis) (Mantera Melayu: 100)
  • 22. ILMU PENGASIH Ilmu pengasih ialah pengetahuan tentang jampi, azimat, atau guna-guna untuk mendatangkan atau membangkitkan rasa kasih terhadap individu yang dikehendaki. Ilmu ini hanya akan berkesan kepada individu yang dimaksudkan sahaja. (Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 682))
  • 23. Menurut Maryati (1993) dalam Haron Daud (2001) menyatakan bahawa ‘asihan’ digunakan untuk menguasai jiwa orang lain yang dicintai agar orang itu mencintainya. Pengamal ‘asihan’ akan menjadi lebih menawan. Ia dapat menarik perhatian orang yang dihajatinya sehingga orang tersebut langsung datang kepadanya. Haron Daud (2001), ada juga isi mantera, terutama jenis pengasih, yang berkaitan dengan unsur alam seperti bintang, bulan dan matahari. Unsur-unsur itu digunakan sebagai kiasan kepada anggota badan pengamal supaya kelihatan cantik. Malah penggunaan unsur alam itu memberikan keyakinan dan merupakan satu syarat yang perlu ada pada diri pengamal atau orang yang berkaitan dengannya dalam menentukan keberkesanan mantera itu. (Sumber: Mantera Melayu: 187)
  • 24. Contoh mantera pengasih: Matahari empat, bulan lima Bintang tujuh ke mata aku Bintang berayunke dagu aku Bulan purnama ke kening aku Semut beriring di bibir aku Gajah sekawan di gigi aku Ombak beralun di lidah aku Suara aku seperti suara Nabi Daud Rupa aku seperti rupa Nabi Yusuf Cahaya aku seperti cahaya Nabi Muhammad Berkat aku memakai pemanis Dengan berkat La ilaha illah ‘llah. (Senawi Ahmad : Alor Setar, Kedah) (Mantera Melayu: 187)
  • 25. Cara membuat jampi pengasih (http://www.harmoni-my.org/forum/index.php?topic=2889.0) Sebelum bermula menulis azimat kamu hendaklah membaca SALAM PEMBUKA di bawah terlebih dahulu : Assalamualaikum ya rasul Allah Ya ashadu rasulullah Ya hadrata halillah Ya harahul mukadisha Ya ibbadallah Ya rijjah lullah Ya hallah nau bah Ya nik bahyi, ya nuj bahyi ya ibadahli ya autadi ya akhyi ya ashabulkahpi ya kuthfi ya ghausi ya saidina khadri yatul minni illaikum wahha tawasilu bikum illahi bi qha dha hi hajati (baca 3 kali). A ghi suni sari a bi ghau sillahi a I nuni bi au nillah-unzururu ila bi nazra tillah wam du ni bi mad dadillahi bijahi habibbi wa saiyidina Muhammad sallallahu ala wassalam wabirahmatil anbi yai wal mursahi na wal malai mukarrabii na wal auliyai wassolihin- apabila sampai sini baca fatihah sekali.
  • 26. Setelah selesai menulis azimat hendaklah dikunci. Contohnya : 1. Ayatul kursi 1 kali 2. Fatihah sekali 3. Al- ikhlas 3 kali 4. Al-falaq sekali 5. Annas sekali Kemudian azimat dilipat di dalam lingkungan asap kemenyan sambil membaca selawat hingga terlipat dan kemudian bolehlah dipakai. Selepas selesai baca doa penutup. Jadi jalan selamat Ikutlah jalan wali selamat Selamat dalam panduan wahyu Ilahi Selamat dalam bendungan sunnah nabi Tidak jemu dipandang berkali-kali Cantik akhlak manis senyum dari hati yang suci Inilah ilmu pengasih yang sejati.
  • 27. Maka Tun Tuah pun mengambil jebat itu, maka diberinya pitis sekeping akan orang tua itu. Setelah Tun Tuah beroleh jebat itu, maka Tun Tuah pun kembalilah ke rumahnya berbuat suatu guna pengasih namanya. Setelah diperbuat guna itu, maka pada malam itu juga Tun Tuah berjaga membaca pustakanya datang siang. (Hikayat Hang Tuah : 216-217) Berdasarkan petikan di atas, Hang Tuah telah membeli jebat iaitu sejenis bau-bauan yang harum baunya untuk membuat ubat pengasih. Setelah siap membuat ubat guna-guna tersebut, lalu Hang Tuah membaca pustaka (buku nujum untuk ilmu sihir) dari malam sehingga keesokkan paginya. Ubat guna-guna ini telah digunakan untuk menawan hati Tun Teja.
  • 28. KESIMPULAN Penggunaan ilmu firasat, perdukunan, jampi dan pengasih sudah semakin dilupakan. Hal ini demikian kerana masyarakat Melayu sudah berpaut kepada ajaran agama Islam. Ilmu firasat merupakan ilmu yang berbeza daripada ilmu-ilmu yang lain seperti ilmu jampi, perdukunan dan pengasih. Ilmu jampi memberi kesan positif dan negatif kepada manusia. Kesan positif adalah dapat mengubati penyakit manakala kesan negatif merangkumi penganiayaan terhadap orang lain dengan menggunakan jampi.
  • 29. BIBLIOGRAFI Bassam Salamah (2004). Penampakan dari Dunia Lain. Jakarta: Penerbit Hikmah. Haron Daud (2001). Mantera Melayu : Analisis Pemikiran. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia. Harun Mat Piah (2006). Kitab Tib: Ilmu Perubatan Melayu. Kuala Lumpur : Perpustakaan Negara Malaysia. Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kassim Ahmad (1997). Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Rushdi Ramli (2003). Azimat, Jampi, Sihir & Berubat Menurut Islam. Selangor: Intel Multimedia and Publication. Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, Abd. Rahman Napiah, Mohd Rashid Md. Idris dan Naffi Mat (2013). Penghayatan Karya Agung Melayu. Perak: Pusat Pendidikan Luar Universiti Pendidikan Sultan Idris.
  • 32. PERKAITAN KHADAM DENGAN PENDAMPING Khadam adalah pembantu atau suruhan yang akan membantu tuannya apabila diminta. Khadam terbahagi atas dua golongan, iaitu: Khadam Asal Khadam Bersyarat Khadam asal adalah terdiri dari rohani Malaikat dan Jin Islam peringkat tinggi yang nama mereka adalah nama malaikat. Ia tidak meminta syarat apapun kepada tuannya. Khadam jenis ini diharuskan oleh syarak. Khadam jenis ini adalah terdiri dari Jin alam rendah terdiri dari Jin Islam atau Jin kafir. Golongan ini datang ke tuannya dengan perjanjian dan beberapa syarat khusus dan umum, baik yang bertepatan dengan hukum syariah atau yang diharamkan oleh syarak. Khadam jenis ini diharamkan oleh Islam. (Sumber: http://www.islampos.com/apa-itu-jin-khadam-57230/)
  • 33. Khadam bersyarat ini akan datang menolong melalui salah satu cara berikut: Jin yang meresap dalam cara ini memungkinkan orang yang diresapi itu menunjukkan keajaiban dan hal-hal yang luar biasa seperti berbicara dalam bahasa Jawa, Arab, Inggris dan sebagainya, padahal sebelumnya orang tersebut tidak mengetahui sedikit pun bahasa-bahasa tersebut. [edy witanto] (Sumber: http://www.islampos.com/apa-itu-jin-khadam-57230/)
  • 34. KHADAM Apabila anda menuntut sesuatu ilmu maka antaranya ada 5 sumber bagaimana anda boleh mendapatkan khadam, iaitu :
  • 35. 1. Khadam Amalan Iaitu amalan itu menggunakan khadam atau memanggil khadam. 2. Khadam Alat Iaitu amalan itu tak menggunakan khadam tapi ada barang pada aliran perguruan tersebut yang dijaga khadam. Contohnya, semua pengamal diberikan senjata, gelang, kalung dan sebagainya di mana barang tersebut ada khadam yang menjaganya. 3. Khadam Guru Iaitu, amalan itu tak guna khadam dan tak ada barangan khadam tapi guru ada khadam yang kemudiannya diturunkan kepada muridnya samada secara sengaja atau tidak. (Sumber: http://junied-rahsianampakjin.blogspot.com/2011/04/khadam.html)
  • 36. 4. Jin Saka Amalan tak ada khadam tak ada barangan berkhadam dan guru juga tak ada khadam tapi anda ada jin saka tak kira dari keturunan, barangan berkhadam, sihir atau sebagainya. Maka jin saka itu datang kepada anda dan menyamar atau menempatkan dirinya sebagai khadam kepada anda. Itu sebabnya ada guru tak guna khadam tapi muridnya pula berkhadam. 5. Jin Ilmu Bebas Iaitu ada kalangan jin bebas yang sentiasa mencari peluang untuk berdamping dengan manusia. Maka ia mengambil kesempatan dengan mendatangi manusia yang mahu atau mencari khadam. Jin ini mungkin bergerak sendirian atau bekas peliharaan orang yang sudah meninggal dunia atau ia jin yang berjaya dibuang oleh perawat atau oleh tuannya dan sebagainya. Dan ia mungkin juga bergerak secara berkeluarga, berkumpulan atau dalam satu pertubuhan besar yang bergerak sejak zaman berzaman dan sebagainya. (Sumber: http://junied-rahsianampakjin.blogspot.com/2011/04/khadam.html
  • 37. ASAL USUL KHADAM 1. Malaikat 2. Dewa Dewi 3. Jin 4. Roh manusia yang sudah meninggal, terutamanya roh para nabi, wali, orang- orang soleh, roh guru, roh keluarga yang sudah meninggal dan sebagainya. 5. Rijalul ghoib 6. Khadam ayat 7. Khadam barangan antik, barang aneh, senjata, tangkal dan sebagainya. 8. Khadam yang datang dari alam ghaib atas sesuatu sebab 9. Penjaga gunung 10. Penjaga busut 11. Penjaga Laut 12. Penjaga hutan 13. Penjaga batu 14. Penjaga harta 15. Penjaga gua 16. penjaga rumah 17. Penjaga kubur dan sebagainya.
  • 38. PENGGUNAAN MANTERA/JAMPI Penggunaan mantera dalam kalangan orang Melayu semakin berkurang kerana bertentangan dengan akidah Islam. Selain itu, kesan perkembangan ilmu pengetahuan moden yang diperkenalkan oleh penjajah Inggeris turut menjadi punca terjejasnya penggunaan mantera. (Haron Daud, 2001)
  • 39. MASYARAKAT CINA (TILIK NASIB) Garisan-garisan yang ada pada tapak tangan seseorang manusia akan ditilik untuk mengetahui nasib seseorang itu. Selain itu, tarikh dan masa lahir mempengaruhi nasib seseorang. Tukang tilik merujuk kitab-kitab tertentu untuk menilik nasib dan meramalkan kematian. Tukang tilik menggunakan kalendar Cina tua yang hanya meliputi 60 hari. Unsur-unsur yang diambil kira untuk penilikan berdasarkan kalendar 60 hari iaitu:  Bintang seperti Jupiter, Mars, Saturn, Venus dan Merkuri  Lima unsur, iaitu air, kayu, api, angin dan tanah  Emosi seperti marah, gembira, suka, duka dan nafsu  Lima arah, iaitu timur, barat, utara, selatan dan tengah  Binatang berbisa, iaitu ular, katak, cicak, kala jengking dan lipan
  • 40. MELIHAT NASIB MELALUI MUKA Diambil kira dari bentuk hidung, mulut, tulang pipi, dahi, kening, mata, pelipis, misai dan janggut. Masa depan diramal melalui kombinasi bentuk muka dalam susunan Yin dan Yang. Perwatakan, peribadi dan tingkah laku ditentukan melalui bentuk muka yang memberikan tafsiran berlainan.
  • 42. PAKUA DAN AZIMAT Pakua merupakan satu benda yang digunakan untuk mengelakkan diri daripada diganggu oleh hantu dan roh jahat. Azimat mempunyai fungsi yang sama dengan pakua tetapi berbeza, iaitu dari sudut fizikalnya.