Kedua-dua cerpen mengangkat tema tanggung jawab dan kasih sayang. Cerpen Gerhana Manusia membahaskan tanggung jawab doktor tanpa memandang status, manakala Flicking Fantastic menggambarkan kasih sayang antara dua beradik walaupun berbeza. Walaupun latar dan watak berbeza, kedua-dua cerpen mencapai penyelesaian yang membina melalui nilai-nilai positif.
2. Maklumat Assessment
Unit Title: Kesusasteraan Melayu
Key Concept: Perspective
Related Concept: Setting, Purpose
Global Context: Personal and Cultural Expression
4. Cerpen Gerhana Manusia
oleh Aminah Mokhtar
Mengisahkan Aku (Nusia) yang tidak berpuas hati apabila Doktor Murni ingin memasukkan
darah kepada Tuan Besar Musa yang sedang koma di Wad Unit Rawatan Rapi. Aku beranggapan
Tuan Besar tidak layak hidup kerana dia bukanlah seorang yang baik.
Sebenarnya Tuan Besar bukanlah seorang yang baik kerana dia koma disebabkan perbuatannya
yang mengambil minuman keras selama bertahun-tahun. Selain itu, mereka telah memasukkan
50 pek darah dan sebanyak itu jugalah yang keluar.
Namun sebaliknya bagi Profesor Doktor Juaidi yang mempunyai kepentingan tersendiri yang
mahukan Tuan Besar itu terus hidup. Aku merasakan terdapat nyawa lain yang lebih
memerlukan darah tersebut. Misalnya seperti Solehah yang tenat akibatnya pundi janinnya
pecah di ovari, Al-Hafiz patah riuk tulang selangkanya, bayi buangan yang kekeringan darah,
gadis malang yang hampir mati serta mahasiswa yang mengalami leukemia.
Konflik timbul apabila Profesor Doktor Juaidi tetap mengarahkan mereka mendapatkan 10 pek
darah untuk Tuan Besar sedangkan hospital telah kehabisan stok darah. Aku merasakan dunia
ini tidak adil kerana orang lebih memerlukan darah tidak mendapatnya dan hanya diberi
gelafundin (seakan-akan darah).
Tuan Besar Musa akhirnya gagal diselamatkan. Hal ini menyebabkan Doktor Juaidi berasa
tertekan atas kematian Tuan Besar Musa kerana Kelab Elit mereka akan kehilangan tajaan
sebanyak RM 100 ribu.
Doktor Murni mengambil keputusan dengan menyerahkan surat perletakan jawatannya di
hospital itu atas dasar ingin menjadi doktor atas nilai kemanusiaan. Seterusnya doktor Murni
mengajak Nusia ke bank darah mendermakan darah mereka kepada pesakit yang sedang koma
di Unit Rawatan Rapi.
5. Cerpen 'Flicking Fantastic'
oleh Jane Langford
Berkisahkan dua saudara lelaki, James dan Tristan. Walaupun mereka kembar, mereka
berbeza dalam pelbagai cara. Tristan lumpuh secara fizikal dan berkerusi roda
sementara James adalah normal. Tristan kelihatan lebih bijak daripada James. Tristan
suka drama manakala James membencinya. Walau bagaimanapun, James baik dalam
sukan dan permainan. Dalam kisah ini, mereka baru sahaja menyelesaikan sekolah
rendah dan akan dipisahkan selepas itu. Tristan pergi ke sekolah kediaman dengan
kemudahan istimewa sementara James akan menyertai sekolah hari biasa. Mereka
bertarung dengan pelbagai emosi yang disebabkan oleh pemisahan antara dua orang
beradik itu. Malah ibu mereka tertanya-tanya sama ada dia telah melakukan perkara
yang betul untuk memisahkan kedua-dua lelaki itu. Akhirnya semua berakhir dengan
baik. Tristan pergi ke Chesterlea Grange seperti yang dirancang manakala James
menyertai Highfields. Kedua-duanya gembira dengan sekolah baru mereka masing-
masing.
7. Cerpen Gerhana Manusia
oleh Aminah Mokhtar
Sikap mementingkan ganjaran sehingga
mengabaikan nilai kemanusiaan
Profesor Doktor Juaidi mementingkan ganjaran dalam
melaksanakan tanggung jawabnya sehingga
mengabaikan nilai kemanusian terhadap pesakit di
hospitalnya
10. Cerpen Gerhana Manusia
oleh Aminah Mokhtar
Persoalan bertanggung jawab dalam melaksanakan tugas.
Contohnya, Doktor Murni dan Nusia bertanggung jawab merawat
semua pesakit tanpa mengira darjat dan pangkat
Persoalan keprihatinan terhadap nasib yang menimpa orang
lain. Contohnya, Doktor Murni dan Nusia prihatin terhadap Solehah
yang sedang koma akibat pundi janinnya pecah di ovari dan
memerlukan darah yang banyak. Oleh itu, mereka mengambil tiga pek
darah daripada bank darah.
Persoalan tentang keberanian membuat keputusan.
Contohnya, Doktor Murni sanggup meletakkan jawatan sebagai doktor
daripada melakukan ketidakadilan terhadap orang lain.
11. Cerpen 'Flicking Fantastic'
oleh Jane Langford
Persoalan tentang kebijaksanaan dalam membuat
pilihan.
Contohnya, James dan Tristan akhirnya membuat keputusan
yang baik yang membuatkan hubungan mereka bertambah
lebih erat
Persoalan tentang kasih sayang seorang ibu terhadap
anaknya
Contohnya, Ibu Tristan dan James sentiasa mendengar
luahan hati anak – anak mereka dan tidak mempertikaikan
keputusan yang dibuat oleh kedua – dua adik beradik itu.
13. Cerpen Gerhana Manusia
oleh Aminah Mokhtar
Nilai bertanggungjawab
Contohnya, Doktor Murni dan Nusia bertanggung jawab
merawat semua pesakit tanpa mengira darjat dan pangkat
Nilai keprihatinan
Contohnya, Doktor Murni dan Nusia prihatin terhadap Solehah
yang sedang koma akibat pundi janinnya pecah di ovari dan
memerlukan darah yang banyak. Oleh itu, mereka
mengambil tiga pek darah daripada bank darah.
14. Cerpen 'Flicking Fantastic'
oleh Jane Langford
Nilai kebijaksanaan
Contohnya, James dan Tristan akhirnya membuat keputusan
yang baik yang membuatkan hubungan mereka bertambah
lebih erat
Nilai kasih sayang
Contohnya, Ibu Tristan dan James sentiasa mendengar
luahan hati anak – anak mereka dan tidak mempertikaikan
keputusan yang dibuat oleh kedua – dua adik beradik itu.
16. Kedua-dua cerpen ini mempunyai persamaan apabila
watak utama dalam cerpen Gerhana Manusia dan
cerpen Flicking Fantastic mampu menyelesaikan
sebuah masalah yang diakhiri dengan penamat yang
baik.
Di samping itu, watak utama dalam cerpen-cerpen ini
menghasilkan kefahaman kepada watak yang lain dan
juga membuahkan nilai pengorbanan dan sikap
penyayang terhadap watak yang lain.
18. Perbezaan diantara cerpen Gerhana Manusia dan
Flicking Fantastic adalah daripada segi latar belakang
yang digunakan dalam cerita ini. Cerpen Gerhana
Manusia berlaku di Hospital manakala cerpen Flicking
Fantastic pula berlaku dalam suasana persekolahan
dan juga di rumah.
Watak utama di dalam cerpen Gerhana Manusia juga
sudah besar dan bekerja manakala watak utama di
dalam cerpen Flicking Fantastic merupakan dua adik
beradik yang memasuki alam sekolah menengah.
20. Gerhana Manusia
Saya mencadangkan agar
pengakhiran cerita cerpen ini
diceritakan dengan lebih lanjut
atau mempunyai pengakhiran
yang jelas
Saya berharap ada
penambahbaikkan di dalam
cerita di mana penulis
menceritakan tentang
kehidupan pesakit yang
terdampar di hospital.
Flicking Fantastic
Saya mencadangkan agar penulis
menceritakan sedikit tentang
hubungan antara dua kembar itu
pada masa hadapan
22. Kesimpulannya, cerpen tempatan kita mampu berjalan
sejajar dengan cerpen luar negara dan jika
dibandingkan dengan cerpen luar negara, cerpen di
Malaysia juga menghasilkan cerita yang berkualiti dan
lebih untuk teladan