Your SlideShare is downloading. ×
Vokal dan konsonan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Saving this for later?

Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime - even offline.

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Vokal dan konsonan

13,387
views

Published on


3 Comments
9 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
13,387
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
401
Comments
3
Likes
9
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htmDefinisi FonologiFonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi yangberfungsi dalam sesuatu bahasa.Alat-alat sebutanBunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan seperti beikut:Bunyi Bahasa MelayuDefinisi FonologiFonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi yangberfungsi dalam sesuatu bahasa.Alat-alat sebutanBunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan seperti beikut:Bibir Rongga tekakGigi Rongga mulutGusi Lelangitkeras Rongga hidungLelangit lembut Paru-paruAnak tekak Peti suara dan pita suaraLidah
  • 2. Alat-alat sebutan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:(a) pengeluar (artikulator) - alat yang dapat digerak-gerakkan dengan bebas dan dapatdiletakkan di beberapa kedudukan. Contoh: hujung lidah, bibir lelangit lembut dan sebagainya.(b) daerah pengeluar (artikulasi) - merupakan tempat-tempat yang dapat dicapai olahartikulator.Contoh: gigi atas, gusi dan lelangit keras.Penggolongan Bunyi Bahasa MelayuUmumnya, dalam bahasa Melayu, terdapat tiga golongan bunyi iaitu vokal, konsonan dandiftong.Kumpulan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut.Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit.Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir.Kumpulan bunyi yang dihasilkan demikian dikenali sebagai vokal.Golongan kedua ialah bunyi yang dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat sebutansehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara disekat atau dihalangdan udara keluar melalui ronga mulut atau rongga hidung.Kumpulan bunyi yang terhasil dikenali sebagai konsonan.Selain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi geluncuran, iaitu bunyi yang bermuladaripada satu vioakl dan beralih kepada bunyi vokal yag lain.Geluncuran bunyi vokal ini dikenali sebagai diftong.Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan luas (a) dan mluncur kepadabunyi vokal depan sempit [i].
  • 3. VokalTerdapat enam vokal dalam Bahasa Melayu. Lihat jadual di bawah. Lambang fonetik Contoh perkataan Nota[a] anak, tanah, lada[è] ela, semak, sate[i] iring, kita, seri Tidak terdapat di hujung[] emak, betul perkataan[o] obor, botak, moto[u] ular, sultan, sakuKonsonan asli bahasa MelayuDalam bahasa Melayu terdapat 18 bunyi konsonan asli sembilan konsonan pinjaman.Sembilan konsonan asli dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan iaitu p, t, m, n,/ng/, s, h, r dan l.Konsonan b, d, g, c dan j hanya hadir pada akhir perkataan pinjaman seperti bab, had, beg,koc dan kolej. Huruf konosnan /ny/, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan.Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara yang tersekat atau terhalang olehsalah satu alat sebutan seperti bibir, gusi, lelangit lembut, dan sebagainya dan udaradilepaskan melalui rongga mulut atau rongga hidung.[p], [b], [t], [d], [k], [g], [q], [c], [j], [m], [n], [], [], [f], [v], [], [], [s], [z], [],[x], [], [h], [r], [l], [w], [y]FonemFonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi.Satu unit ujaran yang bermakna, atau perkataan, terdiri daripada beberapa unit bunyi,misalnya kata palu.Kata ini terdiri daripada empat unit bunyi, iaitu p, a, l, u.Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem, iaitu unit terkecil yang berfungsi.Jika p diganti dengan m, maka palu akan bertukar menjadi malu.
  • 4. Oleh itu, p dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksudujaran.AlofonFonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon.Misalnya fonem p dalam palu, lupa dan luap.Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna , tetapi dalamluap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna, yakni tidak diletupkan.Dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh kata di atas, fonem p mempunyai dua alofon.Suku KataSuku kata ialah bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Suku kata ditandaioleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan.Dalam bahasa Melayu terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir denganvokal dipanggil suku kata terbuka.Suku kata lain ialah suku kata tertutup kerana diakhiri dengan konsonan. Beberapa jenissuku kata:1. Kata tunggal satu suku kata Suku kata ContohKV yuVK amKKVK draf, gred. brek2. Kata tunggal dua suku kata Suku Kata ContohV + KV ibu, ela, eraV + VK air, aibV + KVK adat, emas
  • 5. VK + KV anda, unta, angsaVK + KVK antah, untuk, ingkar,KV + KVK bukan, dekat3. Kata tunggal tiga suku kata Suku Kata ContohKV+V+KV biasa, cuaca, suaraKV + V +KV kaedahV + KV + V abai, usiaKV+KV+VK maruah, peluangKV+KVK+KVK kelompok, kumandang4. Kata tunggal empat suku kata Suku Kata ContohKV+KV+KV+KV panoramaKV+KV+KV+KVK masyarakakatKVK+KV+V+KV sentiasa5. Kata-kata tunggal yang lebih daripada empat suku kata ialah:universiti = V + KV + KVK +KV+KV ( lima suku kata)http://ilmubahasamelayu.blogspot.com/2011/05/fonem-dan-alofon.htmlFonem dan Alofon1) Pemenggalan Bunyi • Spektogram menunjukkan bahawa pertuturan adalah bunyi-bunyi yang berpadu antara satu sama lain (tidak terpisah-pisah) • Pertuturan adalah ungkapan yang bersifat kontinum oleh seseorang yang bermula dan berakhir dengan kesenyapan.2) Segmen • Unit bahasa yang diabstraksikan dari suatu kontinum
  • 6. • Salah satu andaian yang teoritis dalam fonologi ialah pertuturan boleh direpresentasikan sebagai suatu urutan entiti yang terpisah • Berasaskan andaian ini, maka kita boleh membicarakan segmen-segmen secara individu. • Urutan-urutan segmen seterusnya membolehkan kita menggunakan lambang-lambang yang terpisah untuk merepresentasikan pertuturan. • Bukti yang menyokong andaian berkenaan: • 1)Sistem tulisan-lambang grafik yang berurutan dengan bunyi tuturan yang berurutan • 2)Ketersasulan • 3)Rima • 4)Bahasa rahsia • 5)Perubahan bunyi • Fonologi yang mengkaji segmen dikenali sebagai fonologi segmental • Unit bahasa yang tidak boleh disegmentalkan dikenali sebagai suprasegmental-e.g tekanan dan nada3) Fonem • Unit bunyi terkecil yang membezakan makna • Setiap bahasa ada fonem berbeza(inventori fonem yang berbeza) • Setiap bahasa ada pola atau sistem tersendiri dalam menyusun bunyi2 tersebut (meskipun dua bahasa itu memiliki fonem yang sama namun distribusi/penyebaran berbeza e.g /k/ dalam bahasa Melayu dan Inggeris.4) Kaedah penentuan fonem dan alofon 1. Kaedah Pasangan Minima Kaedah ini adalah kaedah utama untuk mengenal pasti sesuatu segmen sebagai fonem. Konseppasangan minima merujuk kepada keadaan dua kata yang mempunyai perbezaan hanya pada satubunyi sahaja, dan perbezaan ini wujud pada lingkungan atau kedudukan yang sama. Bunyi-bunyiatau segmen-segmen berkenaan boleh dianggap fonem sekiranya ia ada persamaan dari segifonetik dan penggantian satu segmen dengan segmen yang satu lagi itu menghasilkan perbezaandari segi makna. Sebagai contohnya:[tari] [dari][patah] [padah][tuli] [ duli][saku] [sagu][kari] [gari][pakar] [pagar]
  • 7. Perkataan [tari] dan [dari], [tuli] dan [duli], [patah] dan [padah] memperlihatkan perbezaanhanya pada satu segmen iaitu [t] dan [d]. Perbezaan itu pula adalah dalam lingkungan yang samaiaitu sama ada (a) di awal kata suku kata pertama at au (b) di awal kata suku kata kedua. Segmen[t] dan (d] mempunyai persamaan dari segi fonetik kerana keduaduanya dihasilkan secaraletupan dan di daerah artikulasi yang sama iaitu gigi-gusi (alveolar). Kehadiran kedua-duasegmen berkenaan dalam perkataan [tari] dan [dari], [tuli] dan [duli], [patah] dan [padah] di atas,jelas menghasilkan perbezaan dari segi makna. Oleh yang demikian, kedua-dua segmenberkenaan boleh dianggap dua fonem yang berbeza. 2. Kaedah Pasangan minima terdekat.Kaedah ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sesuatu segmen sebagai fonem. Kaedah iniditerapkan sekiranya kaedah pertama di atas tidak dapat dilaksanakan. Berdasarkan kaedah ini,sekiranya terdapat cilia segmen yang berbeza (tetapi mempunyai persamaan dari segi fonetik)hadir pada lingkungan yang sam a dalam dua perkataan yang berbeza makna dan maka kedua-dua segmen tersebut boleh dianggap sebagai dua fonem yang berbeza (bukan alofon kepada satufonem). Sebagai contohnya:Perkataan-perkataan dalam kolum (a) memperlihatkan kehadiran dua segmen yang berbeza.Begitu juga dengan kolum (b). Kedua-dua segmen berkenaan yang terdapat dalam perkataan-perkataan dalam kolum (a) hadir pada lingkungan yang sama dengan kedua-dua segmen yangterdapat dalam perkataan-perkataan dalam kolum (b). Misalnya segmen [p] dan [g] dalamperkataan [pagar]. dan segmen [b] dan [k] dalam perkataan [bakar]. Dengan kata lain, perkataan-perkataan dalam kolum (a) dan (b) memaparkan hakikat dua kata yang yang mempunyaiperbezaan dua bunyi pada lingkungan yang sama. Bunyi-bunyi dalam lingkungan yang sama itupula mempunyai persamaan dari segi fonetik, misalnya [p]~[b] dan [g]~[k] dalam perkataan[pagar] dan [bakar]. Kewujudan bunyi-bunyi tersebut pula menghasilkan makna yang berbeza-beza pada setiap perkataan berkenaan. Oleh yang demikian, bolehlah dianggap bahawa segmen-segmen berkenaan iaitu /p/, /b/, /k/, /g/, /t/, /d/, /tS/, /dZ/, /s/, dan /z/ adalah fonem-fonem yangberbeza.3. Kaedah Penyebaran saling melengkapiKaedah ini adalah kaedah utama dalam usaha mengenal pasti sesuatu segmen sebagai alofon.Konsep penyebaran saling mclcngkapi ini wujud apabila terdapatnya dua segmen (yang terdiridari satu kelompok yang sama) tidak boleh hadir dalam Iingkungan yang sama. Dengan katalain, satu segmen mungkin hanya boleh hadir di lingkungan awal kata (ia tidak boleh hadir diIingkungan tengah dan akhir kata) manakala segmen yang satu lagi pula tidak boleh hadir dilingkungan awal kat a (ia hanya boleh hadir di lingkungan tengah dan akhir kata) Secara tidak
  • 8. langsung, situasi ini memperlihatkan kehadiran segmen-segmen berkenaan adalah dalamlingkungan saling lengkap-melengkapi. Dalam hal ini segmen-segmen yang memperlihatkanpenyebaran sating melengkapi adalah alofon kepada satu fonem. Sila teliti situasi kehadiransegmen [k] dan [] dalam perkataan-perkataan di bawah:[kita] [suka] [to][kaju] [baki] [soro][kalau] [tSuka] [gaga]Contoh-contoh perkataan di atas memperlihatkan kepada kita bahawa lingkungan yang bolehdihadiri oleh segmen [k] dan [] adalah saling lengkap melengkapi . Segmen [k] hanya bolehhadir di lingkungan awal dan tengah kata rnanakala segmen [] pula hanya boleh hadir di akhirkata. Oleh yang dernikian, segmen [k] dan [] adalah alofon kepada suatu fonem.4. Kaedah Variasi bebasKaedah ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sesuatu segrnen sebagai alofon. Kaedah iniditerapkan sekiranya kaedah penyebaran saling melengkapi tidak dapat dilaksanakan.Variasi bebas merujuk kepada suatu keadaan di mana alofon kepada satu fonem tersebar dalamsatu lingkungan yang sama tetapi tidak membezakan erti. Misalnya: Makna bagi perkataan[orang] dan [�rang] adalah sama dalarn bahasa Melayu Justeru, [o] dan [�] bukanlah duafonem yang berlainan tetapi merupakan alofon kepada suatu fonern Daiam kes bahasa Melayu,segmen [o] dipilih sebagai fonem kerana lingkungan penyebarannya lebih rneluas berbandingdengan segmen [�] .
  • 9. http://retibasa.blogspot.com/2010/09/normal-0-false-false-false-en-my-x-none.htmlHURAIAN HURUF VOKAL DAN KONSONAN, DAN CARAMEMBUNYIKANNYA JUNAINAH HARUN TEH BOON ENG SYUHADA BT HUSSAINPENDAHULUANBahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alatpertuturan ini sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan menggunakankod-kod tertentu. Asmah Hj Omar (1986) mengatakan bahasa yangdigunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran yang terdapatdalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit danpita suara. Huraian mengenai vokal dan konsonan tergolong dalam bab fonetikdan fonologi. Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan(1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan denganpenyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakalamengikut Merriam Webster’s Collengiate Dictionary tenth edition(1996:873), fonetik dikatakan sebagai “the system of speech sounds of alanguage or group of languages”.
  • 10. Maksud dan makna fonologi adalah seperti yang berikut menurutkamus dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalamsesuatu bahasa (1996:354). Dalam Merriam Webster’s CollegaiteDictionanry tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai “thescience of speech sounds including, especially the history and theory ofsound changes in a language or in two or more related languages”. Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51)memberikan definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistik yangmenyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.Huraian huruf VokalMenurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal Dalambahasa Melayu. Ini diterapkan dalam rajah berikut. Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], [ɛ]dan [a] manakala tiga Vokal belakang iaitu [u], [o] dan [‫ ]כ‬dan satu vokaltengah, iaitu [ə]. secara nyata vokal-vokal Ini tidak betul-betul menyerupaivokal kardinal sepenuhnya. Walau bagaimanapun Vokal Melayu ini dapatdijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-vokal Kardinal. Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketikamenghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui ronggatekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan ataugeseran. Dengan kata lain bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri sepertibersuara, udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpasekatan atau geseran.
  • 11. Manakala penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu iaitu, keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama ada depan lidah atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari paru -paru keluar melalui rongga mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga hidung ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaukan) dan keadaan glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar. Selain vokal terdapat juga separuh vokal, diftong dan vokal rangkap. Huraian Huruf konsonan Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara. Dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam bahasa melayu terdapat 9 jenis konsonan iaitu :a) Dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ).
  • 12. b) Dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ). c) Dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ). d) Satu konsonan hentian glotis. ( ? ) e) Dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j ) f) Dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s) dan geseran glotis bersuara ( h ). g) Satu konsonan getaran bersuara ( r ). h) Satu konsonan sisian bersuara ( i ). i) Empat konsonan sengauan bersuara (m, n, ŋ , n ) j) Dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( i ) dan separuh vokal dua bibir bersuara (w). k) Satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ). Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga hidung. Cara membunyikan huruf vokal Dalam pertuturan sebenar, kita perlu peka bahawa terdapat lapan jenis huruf vokal yang wujud dalam bahasa Melayu. Huraian berikut menyatakan peranan dan keadaan serta kedudukan alat-alat artikulasi seperti bibir, lidah, anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan vokal-vokal bahasa Melayu. (a) Vokal depan sempit [i]. cara membunyikannya:(a) Keadaan bibir hampar(b) Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras
  • 13. (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari paru- paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan sempit [i] seperti pada perkataan berikut: Awal Tengah Akhir Ikan Bila Tali Ibu Tiba Padi (a) Vokal depan separuh sempit [e]. cara membunyikannya: · Keadaan bibir hampar · Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah gigi gusi · Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga · hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari · paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh sempit [e] seperti pada perkataan berikut: Awal Tengah Akhir Enak Teleng Tauge Elok Leher Tempe (b) Vokal depan separuh luas atau lapang [ε]. Cara membunyikannya: (a) Keadaan bibir hampar (b) Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung
  • 14. (d) Udara dari paru-paru keluar dari rongga mulut(e) Pita suara digetarkan. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh luas atau lapang [ε] seperti pada perkataan berikut: Awal Tengah Akhir Esa Belek Tauge Enak Belok Tempe
  • 15. (c) Vokal depan luas atau lapang [a]. Cara membunyikannya:(a) Keadaan bibir hampar(b) Depan lidah diturunkan serendah mungkin(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut(e) Pita suara digetarkan. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas atau lapang [a] seperti pada perkataan yang berikut: Awal Tengah Akhir Awan Kadar Siapa Anak Beras Nama(d) Vokal belakang sempit [u]. Cara membunyikannya:(a) Keadaan bibir hampar(b) Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut(e) Pita suara digetarkan. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang sempit [u] seperti pada perkataan yang berikut: Awal Tengah Akhir ubat bulat Batu ular sudu Palu
  • 16. (a) Vokal belakang separuh sempit [o]. Cara membunyikannya:(a) Keadaan bibir hampar(b) Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut(e) Pita suara digetarkan. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o]. seperti pada perkataan yang berikut: Awal Tengah Akhir Orang Tolong Pidato Otak Bohong Koko(b) Vokal belakang separuh luas atau lapang [‫ .]כ‬Cara membunyikannya:(a) Keadaan bibir hampar(b) Belakang lidah dinaikkan separuh rendah(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut(e) Pita suara digetarkan. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh luas atau lapang seperti [‫ ]כ‬seperti pada perkataan yang berikut: Awal Tengah Akhir Orang Borong Soto Oleh Bolot Teko
  • 17. (f) Vokal tengah [ə]. Cara membunyikannya:(a) Keadaan bibir antara hampar dengan bundar(b) Tengah lidah dinaikkan kea rah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut(e) Pita suara digetarkan. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal tengah [ə] seperti pada perkataan berikut: Awal Tengah Akhir Emak Penat Sosialisme Empat Tenat Behaviurisme Cara Membunyikan Konsonan
  • 18. Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat diklasifikasikan mengikut cara dan daerah sebutannya seperti yang terdapat dalam jadual berikut: Daerah sebutan Cara bibir Gigi-gusi Lelangit Lelangit Glottis sebutan keras lembut Letupan Pb Td - Kg - Letusan - - Cj - - Sengau M N (ny) (ng) ŋ - Geseran - S - - H Getaran - R - - - Sisian - L - - - Separuh W - Y - - vokal Hanya sepuluh sahaja huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan, iaitu p,t, k, m, n, ng, s, h, r dan l. konsonan b, d, g, c dan jbab, had, koc dan kolej. Huruf konsonan ny, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan . hanya berada pada akhir perkataan dalam perkataan- perkataan pinjaman seperti Huraian berikut dapat menjelaskan peranan, keadaan dan kedudukan alat-alat artikulasi seperti bibir, lidah anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan konsonan bahasa Melayu asli. Huraian ini disertakan dengan gambar rajah bagi membantu memahami cara setiap konsonan tersebut dihasilkan.(a) Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dan konsonan letupan dua bibir bersuara [b]. Cara membunyikannya: Bunyi konsonan [p] Bunyi konsonan [b]
  • 19. 1. Dua bibir dirapatkan untuk Cara membunyikan sama seperti membuat sekatan penuh pada arus membunyikan konsonan [p]. yang udara dari paru-paru ke rongga berbeza ialah: mulut. 2. Lelangit lembut dinaikkan 1. ke Pita suara dirapatkan. 2. belakang atau ke dinding rongga Arus udara dari paru-paru keluar tekak untuk membuat sekatan melalui rongga mulut dengan udara dari paru-paru ke rongga mengetarkan pita suara. hidung. 3. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan 3. Pita suara direnggangkan. dua bibir bersuara [b]. 4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. 5. Sekatan pada dua bibir dilepaskan serta- merta. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir tidak bersuara [p]. Contoh perkataan: Huruf Awal Tengah Akhir Konsonan [p] Palu Lapik Atap Konsonan [b] Batek Rabun Adab(b) Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] dan konsonan letupan gusi bersuara [d] Cara membunyikannya: Bunyi konsonan [t] Bunyi konsonan [d]1. Hujung lidah dinaikkan rapat ke Cara membunyikan konsonan sama
  • 20. gusi untuk membuat sekatan penuh seperti membunyikan konsonan [t]. pada arus udara. yang berbeza ialah:2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau 1. ke Pita suara dirapatkan. 2. dinding rongga tekak untuk menutup Arus udara dari paru-paru keluar arus udara ke rongga hidung. melalui rongga mulut dengan3. Pita suara direnggangkan . menggetarkan pita suara.4. 3. Arus udara dari paru-paru keluar Bunyi yang dihasilkan ialah letusan melalui rongga mulut tanpa gusi bersuara [d]. menggetarkan pita suara.5. Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan serta- merta.6. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tidak bersuara [t]. Contoh perkataan: Huruf Awal Tengah Akhir Konsonan [t] Takut Batas Padat Konsonan [d] Dalam Tanduk Abad(c) Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dan konsonan letupan langit lembut bersuara [g]. Cara membunyikannya: Bunyi konsonan [k] Bunyi konsonan [g] 1. Belakang lidah dirapatkan ke Cara membunyikan konsonan sama lelangit lembut untuk membuat seperti membunyikan konsonan [k]. sekatan penuh pada arus udara . yang berbeza ialah: 2. Lelangit lembut dan anak tekak 1. Pita suara dirapatkan . dirapatkan ke rongga tekak bagi 2. Arus udara dari paru-paru yang
  • 21. menyekat arus udara dari paru- keluar melalui rongga mulut paru ke rongga hidung. mengetarkan pita suara. 3. Pita suara di renggangkan. 3. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan 4. Arus udara keluar dari paru-paru lelangit lembut bersuara [g]. melaui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. 5. Sekatan udara yang dibuat oleh belakang lidah dilepaskan serta merta. 6. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [k]. Contoh perkataan: Huruf Awal Tengah Akhir Konsonan [k] Kala Makan Tamak Konsonan [g] Garam Pagar Dialog(d) Hentian glotis [?] dan Cara membunyikannya:(a) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung(b) Pita suara dirapatkan sepenuhnya(c) Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat dibelakang rapatan pita suara.(d) Udara disekat oleh rapatan pita suara tanpa menggetarkan pita suara
  • 22. Bunyi yang dihasilkan ialah hentian glotis [?] seperti pada perkataan berikut: Awal Tengah Akhir Anak Saat Lemak Ikan Rakyat Budak(e) Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č] dan konsonan letusan lelangit keras bersuara [Ĵ]. Cara membunyikannya: Bunyi konsonan [č] Bunyi konsonan [Ĵ]1. Hadapan lidah rapat ke lelengit Cara membunyikan konsonan sama keras untuk membuat sekatan pada seperti membunyikan konsonan [Ĵ]. arus udara. yang berbeza ialah:2. Lelangit lembut dan anak tekak 1. Pita suara dirapatkan. dinaikkan ke belakang atau ke 2. Arus udara dari paru-paru keluar dinding rongga tekak untuk melalui rongga mulut dengan membuat sekatan terhadap arus menggetarkan pita suara. udara dari paru-paru ke rongga 3. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan hidung. lelangit keras gusi bersuara [Ĵ]3. Pita suara direnggangkan.4. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.5. Udara yang tersekat oleh hadapan lidah di lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan.6. Bunyi yang dihasilkan ialah
  • 23. letusan lelangit keras gusi tidak bersuara [č]. Contoh perkataan: Huruf Awal Tengah Akhir Konsonan [č] Cara Laci Koc Konsonan [Ĵ] Jala Kanji Kolej(f) Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]:(a) Hadapan lidah dinaikan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara.(b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.(c) Pita suara di renggangkan.(d) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara(e) Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]. Contoh perkataan: Awal Tengah Akhir Silap Lasak Pedas Satu Lesu Lemas(f) Konsonan getaran gusi bersuara [r]:(a) Hujung lidah dikenakan pada gusi.(b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.(c) Pita suara dirapatkan.(d) arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita suara
  • 24. (e) arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidah Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan getaran gusi bersuara [r] seperti pada perkataan berikut: Awal Tengah Akhir Rapat Tiram Sabar Rugi Seram Lebar(f) Konsonan gusi bersuara [I]:(a) Hujung lidah dikenakan pada gusi.(b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga hidung untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.(c) Pita suara dirapatkan(d) Arus udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara(e) Arus udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja. Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sisian gusi bersuara [I] seperti pada perkataan yang berikut: Awal Tengah Akhir Lagu Tilam Tebal Lipat Kelam Kekal(f) Konsonan sengau dua bibir bersuara [m]:(a) Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus udara.(g) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
  • 25. (h) Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung.(i) Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran.(j) Arus udara dilepaskan perlahan-lahan. Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau dua bibir bersuara [m] seperti pada perkataan yang berikut: Awal Tengah Akhir Macam Teman Ketam Murah Lumba Badam(k) Konsonan sengau gusi bersuara [n] cara membunyikannya:(a) Hujung lidah dinaikkan pada gusi atau gigi gusi untuk membuat sekatan arus udara.(b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.(c) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung(d) Arus udara dilepaskan perlahan-lahan Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau gusi bersuara [n] seperti pada perkataan berikut: Awal Tengah Akhir Naga Tanah Taman Nilam Panah Laman (e) Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] cara membunyikannya:
  • 26. (a) Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus udara.(b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang keluar dari paru-paru masuk ke rongga hidung.(c) Pita suara dirapatkan dan digetarkan(d) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung.(e) Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut dilepaskan pelahan-pelahan. Bunyi yang yang dihasilkan ialah kosonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] seperti yang berikut: Awal Tengah Akhir Ngilu Bingka Lalang Ngeri Rangkap Tulang(f) Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [‫ .] תּ‬Cara membunyikannya:(a) Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara(b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang terkeluar dari paru-paru ke rongga hidung(c) Pita suara dirapatkan dan digetarkan(d) Arus udara daripada paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke rongga hidung(e) Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan
  • 27. Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara ( ‫ )תּ‬seperti perkataan yang berikut: Awal Tengah Akhir Nyaris Banyak - Nyala Senyap -(f) Separuh vokal dua bibir bersuara [w]:(a) Bibir di bundarkan.(b) Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.(c) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara udara dari paru-paru ke rongga hidung(d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut(e) Pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal tengah [w]. Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w] seperti pada perkataan yang berikut: Awal Tengah Akhir Waris Kawan Takraw Wajar Lawan -(g) Separuh vokal lelangit keras bersuara [j]. Cara membunyikannya:(a) Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi.(b) Bibir di hamparkan.(c) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara dari paru-paru ke rongga hidung.
  • 28. (d) Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal [j].(e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi separuh vokal lelangit keras bersuara [j] Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [j] seperti pada perkataan berikut: Awal Tengah Akhir Yakin Tayang - Yuran Payah -
  • 29. KESIMPULANKajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secaralansung. Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyakalat artikulasi manusia dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsiyang berbeza dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun demikian terdapatunsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapimempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsurtersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalammenghasilkan bunyi. Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yangdihasilkan oleh alat artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakanbunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang bersuara dan adayang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapatdengan keadaan pita suara. sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutuprapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku padapita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pitasuara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, makagetaran pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yangtidak bersuara.RUJUKANAbdullah Hassan Dan Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu Untuk MaktabPerguruan. Kuala Lumpur: Fajar BaktiAhmad Kamal Muhammad (1992). Kejayaan Komunikasi. Kuala Lumpur:Nurin EnterpriseArbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. KualaLumpur: Penerbitan Sarjana.
  • 30. http://www.scribd.com/doc/13416756/Fonetik-Dan-Fonologi-Vokalhttp://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htmhttp://www.e-learn-dot.com/downloadcorner/PDF/bm_training.pdf