SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
Sukukata
Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu
1
Bab 9
Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu
Pada akhir topik, pelajar akan dapat
a. memahami konsep suku kata dalam bahasa Melayu.
b. mengenal jenis-jenis suku kata dalam bahasa Melayu.
c. menjelaskan stuktur suku kata dan pola-polanya.
d. memahami konsep tekanan dalam suku kata dan perkataan serta
penggunaan tekanan dalam ayat bahasa Melayu.
e. mengenal sebutan e pepetdalam bahasa Melayu.
Garis latar modul
9.1. Pengenalan
9.2. Suku Kata dalam Bahasa Melayu
9.3. Jenis-jenis Suku Kata
9.4. Tekanan suku kata dan perkataan
9.5. Sebutan pepet
Istilah penting
Ringkasan
Rujukan
Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu
2
Suku kata ialah unit ujaran yang penting dalam bahasa.Suku kata
merupakan sebahagian daripada perkataan.Setiap suku kata ada
strukturnya.Suku kata mengandungi fonem tertentu mengikut urutan yang
tertentu.
Apakah itu suku kata? Suku kata difahami sebagai unit bunyi yang boleh
terdiri daripada satu vokal atau daripada vokal yang didahului atau diikuti
oleh konsonan.Suku kata ialah unit bunyi yang lebih besar daripada bunyi
tunggal seperti [b] tetapi lebih kecil daripada perkataan.Ada juga ahli
fonetik yang berpendapatbahawa suku kata menjadi unit terkecil
penghasilan bahasa dan bukannya fonem atau alofon.
Perkataan dalam bahasa terdiri daripada satu atau lebih suku kata.Setiap
bahasa terdiri daripada bunyi bahasa yang bercantum untuk menjadi suku
kata, sepertib dan a bercantum menjadi ba,atau r dan u bercantum
menjadi ru. Setiap suku kata bahasa Melayu hendaklah ditandai oleh vokal.
Vokal itu didahului atau diikuti oleh konsonan, sepertidalam ba dan tu.
Suku kata ba dan ru pula boleh bercantum untuk membentuk perkataan,
sepertibaru. Demikian juga suku kata babolehbergabung dengan pa untuk
membentuk perkataan bapa.
Bunyi vokal ialah bunyi silabik.Bunyi silabik bermaksud bunyi yang menjadi
puncak kelantangan dalam sesuatu perkataan (Kamus Linguistik, 1997).
Suku kata juga ialah gabungan bunyi dengan satu kemuncak utama antara
bunyi. Contohnya, dalam suku kata ba, kemuncak utama terletak pada
bunyi kedua [a] dan bunyi kedua [u] dalam suku kata ru. Kemuncaknya
terletak pada bunyi vokal. Hal ini demikian kerana dalam bahasa Melayu,
bunyi vokal lebih menonjol daripada konsonan.
9.1 PENGENALAN
ma
Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu
3
Apabila bercakap tentang struktur suku kata, halnya adalah berkenaan
dengan susunan fonem
untuk membentuk sesuatu suku kata. Struktur suku kata membawa
maksud binaan fonem
dalam perkataan. Sesuatu suku kata haruslah mempunyai puncak, dan
puncak ini hendaklah
terdiri daripada fonem yang mempunyai ciri vokalik. Fonem sepertiini
terdiri daripada vokal
dan juga konsonan. Dalam bahasa
Melayu, fonem yang berfungsisebagai
puncak bagi suku kata ialah vokal.
Suku kata mengandungi fonem dalam
urutan yang tertentu.Misalnya, kata kek,
sen dan pen terdiri daripada tiga fonem
dalam urutan yang tertentu.Fonem dalam
ketiga-tiga perkataan terdiri daripada
urutan fonem yang berbeza.
Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga
binaan suku kata. Yang pertama terdiri
daripada satu vokal, seperti u dalam yu.
Binaan suku kata kedua terdiri daripada deretan konsonan dan diikuti oleh
vokal, sepertibu
dalam bukit. Binaan suku kata yang ketiga ialah konsonan dan diikuti oleh
vokal dan
diakhirinya oleh konsonan lagi, sepertiter dalam terbit.
9.1 STUKTUR SUKU KATA BAHASA MELAYU
1. Apakah maksud suku kata?
2. Berapakah suku kata yang terdapat dalam perkataan yang berikut?
buku sekolah makan mahasiswa
3. Bunyi silabik ialah …………………………………………………………..
Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu
4
Sebahagian besar perkataan dalam bahasa mempunyai gabungan bunyi
konsonan (K) dan vokal (V), sepertiVK, KV, KVK,dan VKK.Gabungan
antara konsonan dan vokal ini disebut suku kata.Dari segi persukuan kata,
perkataan mengandungi satu suku atau lebih daripada satu suku kata.
Sesuatu suku kata pula dibentuk oleh satu vokal sahaja atau satu vokal
disertai satu konsonan atau beberapakonsonan. Konsonan hadir sama
ada di hadapan vokal atau di belakangnya atau di hadapan vokal dan di
belakangnya secara serentak.
Setiap suku kata ada segmensuku kata, biasanya terdiri daripada vokal
dan kebanyakan suku kata ada juga konsonan yang merupakan segmen
bukan silabik.Konsonan biasanya berdiri sebelum atau selepas vokal.
Ciri silabik adalah di tengah atau nukleus perkataan.Konsonan yang
menyusulinya ialah permula atau onset suku kata tersebut. Konsonan yang
akhirnya disebutpenutup atau koda (coda). Adakala pemula terdiri daripada
fonem kosong, seperti dalam kata enak, ikan, oren, dan penutup terdiri
daripada fonem kosong, sepertidalam kata buka, sila, dan mi. Struktur
suku kata dalam perkataan dapat ditunjukkan sepertidalam Rajah 9.1:
Rajah 9.1 Stuktur suku kata
Suku kata
Pemula Tengah Penutup (Onset) (Nukleus) (Koda) b i n (bin) p
ə n (pen) t o ŋ (tong) Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis suku kata,
iatu ekasuku, dwisuku, dan banyak suku.Setiap jenis ini ada ciri-cirinya
yang tertentu.
Suku kata
Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu
5
a. Ekasuku
Ekasuku ialah perkataan yang mempunyai satu suku kata.Dalam bahasa-
bahasa dunia tidak terdapat banyak bahasa yang mempunyai ekasuku.
Misalnya, dalam bahasa Inggeris terdapat perkataan sepertiI, eye, oh yang
mempunyai satu suku kata sahaja. Dalam bahasa Melayu pula, terdapat
kira-kira dua puluh ekasuku, iaitu perkataan yang mempunyai satu suku
kata.
Kebanyakan ekasuku dalam bahasa Melayu terdiri daripada konsonan dan
vokal.Antaranya termasuk ru, yu dan ya. Ada sebilangan kecil yang
terbentuk oleh vokal dan konsonan, sepertikata am. Namun,
bilanganperkataan berekasuku terhad dalam bahasa Melayu. Lihat
beberapacontoh ekasuku yang wujud dalam bahasa Melayu dalam Rajah
9.1.
Rajah 9.1 Kata ekasuku dalam bahasa Melayu
ai am ba ca ci di ke ga ha mi oh po ro wa za
b. Dwisuku
Dwisuku ialah perkataan yang mempunyai dua suku kata.Kebanyakan
perkataan asas dalam bahasa Melayu terbentuk oleh perkataan yang
dwisuku.Antaranya termasuk perkataan sepertiair, aib dan wang.Lihat
beberapacontoh perkataan Melayu yang mempunyai dwisuku dalam
Jadual 9.2 Jadual 9.2Perkataan dwisuku dalam bahasa Melayu
a+bu a+jal ba+ca ba+la ca+ci can+du da+da da+na e+nak fa+ham ge+lut
gi+la ka+ki la+yar ma+kin na+kal pa+ti re+da
Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu
6
c. Banyak suku kata
Oleh sebab perbendaharan kata bahasa Melayu mengalami
perkembangan yang pesat,
banyak perkataan asing masuk ke dalamnya.Dengan pertambahan kosa
kata Melayu,
banyak perkataan telah terbentuk oleh lebih dua suku kata.Perkataan yang
mempunyai
lebih dua suku kata disebut sebagaibanyak suku (polysyllable). Perhatikan
antara
beberapaperkataan Melayu yang mempunyai banyak suku dalam Jadual
9.3:
Jadual 9.3 Banyak suku dalam perkataan Melayu
Bilangan Suku Kata Contoh
Tiga suku kata per+ka+kas ke+lin+dan
Empat suku kata re+for+ma+sipe+da+go+gi
Lima suku kata ma+la+pe+ta+ka si+la+tur+ra+him
Enam suku kata ma+ha+ra+ja+le+la per+so+ni+fi+ka+si
1. Ekasuku bermaksud ……………………………………………
2. Berikan DUA contoh perkataan Melayu yang mempunyai dua suku kata.
3. Nyatakan bilangan suku kata dalam perkataan Melayu yang berikut:
- masalah kugiran gembleng
- sosiopolitikcemerlang penyelewengan
Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu
7
Pada mulanya, pola suku kata dalam bahasa Melayu mempunyai pola
yang mudah, iaitu yang terdiri daripada empat pola sahaja. Hal ini demikian
kerana struktur suku kata bahasa Melayu yang asli adalah sepertiyang
berikut:
V= a+pa
VK= am+bang
KV=ba+ru
KVK=a+nak
Namun dengan kemasukan kata-kata asing ke dalam bahasa Melayu, kini
sudah terdapat rangkap konsonan yang berfungsisebagai pemula dan
penutup suku kata.Hal ini telah menyebabkan binaan pola-pola suka kata
yang baharu dalam bahasa Melayu. Antara pola suku kata yang baharu
tersebut ialah:
KKV=dra+ma,indus+tri
KKVK = draf
KVKK=teks+til
VKK = eks+tra
KKVK = trak+tor, elek+trik
KKVKK=kom+pleks
KKKV = stra+tegi, skru
KKKVK = struk+tur, skrip
Dengan hal yang demikian, bilangan pola suku kata kini sudah bertambah.
Sekarang, terdapat sebelas pola suku kata dalam bahasa Melayu seperti
yang berikut:
Pola Contoh i. V i-bu, gu-a ii. VK er-ti, ma-in iii. KV ra-kit, ba-tu iv. KVK pin-
tu, hi-lang
9.2. Pola Suku Kata
Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu
8
v. KKV dra-ma, indus-tri vi. KKKV trak-tor,elek-trik vii. VKK eks-portviii.
KVKK bank-rap, kon-teks ix. KKVKK kom-pleks x. KKKV stra-tegi, skru xi.
KKKVK struk-tur, spring (Dipetik daripada Daftar Ejaan Rumi Bahasa
Malaysia, 1989)
Pola (i) hingga (iv) ialah empat pola umum suku kata yang terdapat pada
kebanyakan kata dasar di dalam bahasa Melayu. Pola (v) hingga (xi) ialah
tujuh pola suku kata yang dibentuk oleh huruf konsonan rangkap, iaitu
daripada perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris.
a. Jenis Suku Kata
Dalam bahasa Melayu, terdapat dua jenis suku kata, iaitu suku kata
terbuka dan suku kata tertutup. Suku kata terbuka ialah suku kata yang
berakhir dengan vokal, sepertibuka. Manakala, suku kata tertutup berakhir
dengan konsonan, sepertikasut. Sebelas pola suku kata di dalam bahasa
Melayu terdiri daripada empat pola suku kata terbuka dan tujuh pola suku
kata tertutup. Perhatikan contoh suku kata terbuka dan tertutup dalam
Jadual 9.4 dan 9.5 yang berikut:
i. Suku kata terbuka
Suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri dengan vokal dalam
bahasa. Perhatikan beberapacontoh suku kata terbuka dalam Jadual 9.4:
Jadual 9.4 Suku Kata Terbuka
a+pi ru+pa sa+na sa+ya ka+ki na+ma dra+ma ke-lam-bu pu+lau
Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu
9
bo+ne+ka as+ta+ka pu+sa+ra
er-ti sa+ri sen+da+wa
ii. Suku Kata Tertutup
Suku kata tertutup ialah suku kata yang berakhiri dengan konsonan. Lihat
beberapacontoh
suku kata tertutup dalam Jadual 9.5 di bawah:
kam+pung sem+pitja+lan
se+ko+lah bi+lik co+ret
stuk+tur sem+pa+danlong+kang
mi+si+kin pu+lang sing+gah
Jadual 9.5 Suku Kata Tertutup
1. Nyatakan bilangan suku kata asli dalam bahasa Melayu.
2. Bezakan antara suku kata tertutp dan tertutup.
3. Nyatakan pola suku kata bagi perkataan yang berikut:
banyak perigi sentiasa
santun desa melankolik
Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu
10
Tekanan merupakan aspek yang penting dalam hal memahami dan
mempelajari bahasa lisan.Unsur tekanan merupakan salah satu aspek
sebutan dalam bahasa.Tekanan diberikan pada suku kata dan perkataan
dalam bahasa.Tekanan perkataan juga dikenal sebagaitekanan leksikal.
Tekanan biasanya ditandakan dengan lambang [ʹ] dalam
penulisan.Lambang ini diletakkan di atas suku kata yang menerima
tekanan itu, sepertidalam [búda?] dan [méjε]. Tekanan membawa maksud
suku kata yang diucapkan lebih keras daripada kata atau suku kata yang
lain. Ringkasnya, tekanan suku kata bermaksud suku kata diucapkan
dengan keras atau lembut penyebutan suku kata.Ada kala tekanan dirujuk
sebagai aksen dalam bahasa, iaitu tekanan suara yang diberikan pada
perkataan atau suku kata.
a. Tekanan pada perkataan
Dalam bahasa Melayu, tekanan keras selalu berlaku pada suku kata kedua
dalam perkataan, seperti [ruʹmah], dan [kamʹpung]. Dalam setiap perkataan
yang dibentuk oleh dua atau lebih suku kata diberi tekanan kepada satu
suku kata. Contohnya, dalam perkataan makan, suku kata ma diberi
tekanan dan dalam buku suku kata bu diberikan tekanan. Apabila struktur
sesuatu perkataan dihuraikan, hal tekanan menjadi penting.
Dalam beberapabahasa tertentu, tekanan bagi perkataan telah ditetapkan,
sepertitekanan pada suku kata awal atau suku kata akhir. Perkataan
cónduct berbezamaknanya dengan condućt dalam bahasa Inggeris.Yang
pertama ialah kata nama yang bermaksud ‘kelakuan’ dan yang kedua ialah
kata kerja yang bermaksud ‘mengendalikan’.
9.3. TEKANAN SUKU KATA DAN PERKATAAN
Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu
11
Dalam bahasa Inggeris,tekanan digunakan dalam perkataan untuk
menunjukkan perbezaan makna, sepertidalam rajah di sebelah.Olehhal
yang demikian, unsur tekanan menjadi unsur fomenikdalam bahasa
Inggeris kerana [ʹ] merupakan salah satu fonem.Hal yang demikian tidak
berlaku dalam bahasa Melayu kerana tekanan tidak digunakan untuk
membezakan makna perkataan.Dalam kamus Inggeris,lambang [ʹ]
digunakan untuk bagi entri perkataan Inggeris yang diberikan tekanan,
sepertidalam gambar di sebelah.Namun, lambang seumpamaini tidak
terdapat dalam kamus Melayu.
Dengan hal yang demikian, perkataan yang diberi tekanan dan ada
perkataan yang tidak diberitekanan. Dalam bahasa hal ini dirujuk sebagai
bentuk kuat dan bentuk lemah.Hal bentuk kuat dan lemah amat ketara
dalam bahasa, sepertidalam bahasa Inggeris.Hal yang sedemikian
tidaklah penting dalam bahasa Melayu.Tekanan hanya diberikan semasa
ayat diujarkan dalam situasi yang tertentu, terutamanya untuk menekankan
sesuatu hal melalui perkataan yang diberikan tekanan.
Tekanan dalam suku kata dan perkataan merujuk kepada darjah tekanan
yang digunakan untuk menghasilkan kemuncak pada suku kata kerana
terdapat suara nyaring bagi suku kata yang diberikan tekanan.Lazimnya,
bunyi suku kata dipanjangkan dan dibunyi dalam nada tinggi.Pendekkata,
tekanan memainkan peranannya dalam hal menyebut perkataan dengan
betul.
a. Tekanan dalam ayat
Tekanan dalam ayat bermaksud tekanan yang diberikan pada sesuatu
perkataan di dalam ayat untuk memberitegasan (Kamus Linguistik,
1997).Umumnya, tekanan tidak diberikan kepada semua perkataan dalam
satu-satu ayat.Biasanya, berlaku perubahan apabila perkataan dibunyikan
dalam ayat.Perubahan atau modifikasibermaksud ada perkataan yang
diberikan tekanan dahulu, kini tidak diberikan tekanan dalam ayat
(Ladefoged,P, 2006).Tekanan pada perkataan dalam ayat bergantung
pada golongan kata yang hendak ditekankan dalam ayat
Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu
12
tersebut.Misalnya, dalam ayat “Saya ditanya”, saya ditekankan, manakala
dalam ayat “Saya
ditanya”, ditanya ditekankan.
Umumnya, kata isi, iaitu seperti kata nama, kata adjektif, kata kerja dan
adverba diberikan
tekanan. Kata tugas yang terdapat dalam ayat jarang-jarang diberikan
tekanan. Perhatikan
tekanan yang diberikan pada perkataan dalam ayat-ayat yang berikut:
i. ˈPak Mat ˈmembina sebuah ˈrumah baharu di ˈTaiping.
ii. ˈPelajar-pelajar sekolah hendaklah ˈmemakai lencana ˈsekolah semasa
ˈberada
di kawasan ˈsekolah.
iii. ˈMasyakarat Malaysia ˈhidup berharmoni dan ˈsaling menghormati
antara satu
sama lain untuk ˈmemelihara ˈperpaduan
Dalam ayat (i), kata nama khas Pat Mat, Taiping, kata nama am rumah dan
kata kerja
membina diberi tekanan. Kata tugas sepertidi dan sebuah tidak diberi
tekanan. Dalam ayat
(ii) pula, kata nama am pelajar, sekolah dan kata kerja memakai diberi
tekanan. Kata tugas
sepertihendaklah dan di tidak ditekankan dalam ayat tersebut.Akhirnya,
kata nama khas am
masyarakat, perpaduan, dan kata kerja hidup dan saling menghormati
diberikan tekanan.
Kata tugas seperti dan, antara, dan untuk tidak diberikan tekanan.
1. Apakah tujuan sesuatu perkataan diberikan tekanan?
2. Mengapa semua perkataan tidak diberikan tekanan dalam ayat?
Jelaskan.
3. Sila letakkan lambang ˈ pada perkataan dalam ayat berikut yang harus
diberikan tekanan:
i. Nama saya Mohan.
ii. Saya bertugas sebagai guru di sekolah tersebut.
iii. Apabila hujan turun, perlawanan bola sepak antara sekolah ini akan
diberhentikan.
Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu
13
Schwa didefinisikan dalam bahasa Inggeris sebagaivokal [e] yang tidak
ditekankan pada kedudukan tengah perkataan, seperti[matə] matter
(Matthews, P.H. 1997).Schwa dianggap vokal ditekankan secara lembut
dan lemah dalam bahasa Inggeris sepertidalam perkataan the, and dan
for.
Dalam bahasa Melayu pula, schwa dirujuk sebagai e pepet.Dalam bahasa
Melayu, terdapat lima vokal, iaitu /a/, /e/, /i/, /o/ dan /u/. Dengan demikian,
hurufe merupakan salah satu vokal daripada lima vokal.Semua vokal ini
dilafazkan dengan satu bunyi yang tertentu, kecuali bunyi vokal /e/. Vokal
/e/ pula dibunyikan dua cara yang berbeza. Hal ini bererti huruf e, ada dua
bunyi.Huruf e digunakan untuk melambangkan dua fonem huruf e, iaitu:
i. fonem e pepetyang ditulis secara fonetik [ə] dan ii. fonem e taling yang
ditulis secara fonetik [e].
Oleh hal yang demikian, schwadalam bahasa Melayu merujuk kepada
bunyi pepet[ə] yang dibunyikan berbeza daripada bunyi e taling [e].Huruf e
pepetdikenal sebagai huruf e bertanda di atas, iaitu ĕ dalam ejaan lama
atau ejaan Rumi Za’ba (sebelum tahun 1972).Tandadiakritik di atas e
pepet(ĕ) tidak lagi digunakan dalam ejaan Rumi sekarang. Lihat
penggunaan (ĕ) dan (e) dalam contoh di bawah:
ĕmak jadi emak kĕledek jadi keledekmĕnteri jadi menteri tĕmpohjadi
tempohpĕtak jadi petak
Bunyi pepet[ə ] boleh berlaku di awal dan tengah perkataan Melayu. Kini,
bunyi pepetjuga berlaku pada akhir perkataan.Bilangan bunyi pepete di
akhir perkataan tidaklah banyak dalam bahasa Melayu.Kebanyakan
perkataan tersebut merupakan kata serapan. Perhatikan beberapasebutan
bunyi e pepet[ə] di awal, tengah dan akhir perkataan Melayu di bawah:
9.4 SEBUTAN PEPET (SCHWA)
Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu
14
[ə+mak] [əm+but] [ə+nau]
[ə+rat] [ər+ti] [ə+sa]
[kə+mas] [cə+tə+ra] [fi+ləm]
[in+də+ra] [ka+bəl] [pə+cah]
[rə+zə+ki] [si+rən] [tə+lah]
[na+sio+na+lis+mə] [e+go+is+mə][sə +ku+la+ris+mə]
Jadual 9.6 Bunyi e pepetdalam perkataan Melayu
1. Apakah maksud schwa dalam bahasa Melayu?
2. Dua jenis fonem e adalah…………………….. dan ………………………
3. Bulatkan perkataan dalam senarai di bawah yang mempunyai bunyi e
pepet.
erat teliti tekun
sate nasionalisme sukses
cederamereka mesin
Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu
15
Suku kata ialah unit bunyi yang boleh terdiri daripada satu vokal atau
daripada vokal yang didahului atau diikuti oleh konsonan.
Setiap suku kata bahasa Melayu ditandai oleh sebuah vokal.
Terdapat tiga binaan suku kata dalam bahasa Melayu, iaitu ekasuku,
dwisuku dan banyak suku.
Terdapat sebelas pola suku kata dalam bahasa Melayu
Dalam bahasa Melayu, terdapat dua jenis suku kata, iaitu suku kata
terbuka dan suku kata tertutup.
Tekanan membawa maksud suku kata yang diucapkan lebih keras
daripada kata atau suku kata yang lain.
Tekanan perkataan dalam ayat terjadi pada kata isi dalam bahasa
Melayu.
Schwa dalam bahasa Inggeris dirujuk sebagaie pepetdalam bahasa
Melayu.
Sebutan e pepetmerupakan salah satu bunyi bagi huruf e dalam bahasa
Melayu.
Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu
16
Abdullah Hassan. 2006.Linguistik Am. Kuala Lumpur: PTS Professional
Asmah Hj Omar. 2008.EnsiklopediaBahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia. 1981.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka
Daftar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu. 1991.Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Ismail Dahaman. 2000.PedomanEjaaan Rumi Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kamus Linguistik. 1997.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kreidler. 1997.Charles. M. Describing SpokenEnglish: An Introduction.
London: Routledge
PedomanEjaan Rumi Bahasa Melayu. 2000.Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Small. Larry. H. 1999.Phonetics:A Practical Guide for Students. Boston:
Allyn & Bacaon.
Yunus Maris. The Malay Sound System.1980.Kuala Lumpur: Penerbit
Fajar Bakti Sdn Bhd

More Related Content

What's hot (20)

Aktiviti penulisan mentalis
Aktiviti penulisan mentalisAktiviti penulisan mentalis
Aktiviti penulisan mentalis
 
BMMB3023 Pembentukan Kata Tunggal Dan Kata Terbitan
BMMB3023 Pembentukan Kata Tunggal Dan Kata TerbitanBMMB3023 Pembentukan Kata Tunggal Dan Kata Terbitan
BMMB3023 Pembentukan Kata Tunggal Dan Kata Terbitan
 
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
 Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved) Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
 
Tajuk 1 prabacaan
Tajuk 1  prabacaanTajuk 1  prabacaan
Tajuk 1 prabacaan
 
Pembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bm
 
Mofologi BAHASA MELAYU
Mofologi BAHASA MELAYUMofologi BAHASA MELAYU
Mofologi BAHASA MELAYU
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Ayat Dasar
Ayat DasarAyat Dasar
Ayat Dasar
 
Kemahiran berbahasa
Kemahiran berbahasaKemahiran berbahasa
Kemahiran berbahasa
 
Fonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologiFonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologi
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)
 
Bab 2 Sebutan dan Intonasi
Bab 2 Sebutan dan IntonasiBab 2 Sebutan dan Intonasi
Bab 2 Sebutan dan Intonasi
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
BAB 6 - SINTAKSIS
BAB 6 - SINTAKSISBAB 6 - SINTAKSIS
BAB 6 - SINTAKSIS
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASA
 
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
 
Vokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa MelayuVokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa Melayu
 
kemahiran menulis
kemahiran menuliskemahiran menulis
kemahiran menulis
 
Assgmnt tokoh sastera
Assgmnt tokoh sasteraAssgmnt tokoh sastera
Assgmnt tokoh sastera
 
Perbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologiPerbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologi
 

Similar to Suku kata

WEEK_3_-_SISTEM_EJAAN_DAN_SEBUTAN_BAKU.pptx
WEEK_3_-_SISTEM_EJAAN_DAN_SEBUTAN_BAKU.pptxWEEK_3_-_SISTEM_EJAAN_DAN_SEBUTAN_BAKU.pptx
WEEK_3_-_SISTEM_EJAAN_DAN_SEBUTAN_BAKU.pptxEwei Voon
 
Bab 9 Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 2
Bab 9 Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 2 Bab 9 Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 2
Bab 9 Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 2 Thanushah Soniyasee
 
Fonologi bahasa melayu
Fonologi bahasa melayuFonologi bahasa melayu
Fonologi bahasa melayuZaimah Bakar
 
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1Roziah Geera
 
Bab 2 intonasi
Bab 2 intonasiBab 2 intonasi
Bab 2 intonasiwanarizwan
 
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologiTugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi640119045499
 
Fonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullFonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullprincess Sakura
 
Fonologi (bahagian awal)
Fonologi (bahagian awal)Fonologi (bahagian awal)
Fonologi (bahagian awal)Norzila Nasir
 
Kerja lengkap - BM1
Kerja lengkap - BM1Kerja lengkap - BM1
Kerja lengkap - BM1FakhaiMD
 
Assighment sintaksis
Assighment sintaksisAssighment sintaksis
Assighment sintaksisShila Daly
 
Nota bab 3 (1)
Nota bab 3 (1)Nota bab 3 (1)
Nota bab 3 (1)wanarizwan
 
Bunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonanBunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonanzazunzin
 

Similar to Suku kata (20)

Atrikulasi hidung
Atrikulasi hidungAtrikulasi hidung
Atrikulasi hidung
 
WEEK_3_-_SISTEM_EJAAN_DAN_SEBUTAN_BAKU.pptx
WEEK_3_-_SISTEM_EJAAN_DAN_SEBUTAN_BAKU.pptxWEEK_3_-_SISTEM_EJAAN_DAN_SEBUTAN_BAKU.pptx
WEEK_3_-_SISTEM_EJAAN_DAN_SEBUTAN_BAKU.pptx
 
Bab 9 Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 2
Bab 9 Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 2 Bab 9 Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 2
Bab 9 Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 2
 
109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5
109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5
109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5
 
Fonologi bahasa melayu
Fonologi bahasa melayuFonologi bahasa melayu
Fonologi bahasa melayu
 
Sebutan baku
Sebutan bakuSebutan baku
Sebutan baku
 
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
 
Bab 2 intonasi
Bab 2 intonasiBab 2 intonasi
Bab 2 intonasi
 
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologiTugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
 
Fonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullFonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide full
 
Nota bab 2
Nota bab 2Nota bab 2
Nota bab 2
 
Bm
BmBm
Bm
 
Fonologi (bahagian awal)
Fonologi (bahagian awal)Fonologi (bahagian awal)
Fonologi (bahagian awal)
 
Frasa klausa ayat
Frasa klausa ayatFrasa klausa ayat
Frasa klausa ayat
 
Bm
BmBm
Bm
 
Kerja lengkap - BM1
Kerja lengkap - BM1Kerja lengkap - BM1
Kerja lengkap - BM1
 
Assighment sintaksis
Assighment sintaksisAssighment sintaksis
Assighment sintaksis
 
Nota bab 3 (1)
Nota bab 3 (1)Nota bab 3 (1)
Nota bab 3 (1)
 
KOMPONEN-KOMPONEN DALAM BAHASA
KOMPONEN-KOMPONEN DALAM BAHASAKOMPONEN-KOMPONEN DALAM BAHASA
KOMPONEN-KOMPONEN DALAM BAHASA
 
Bunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonanBunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonan
 

Recently uploaded

Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 

Recently uploaded (8)

Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 

Suku kata

  • 1. Sukukata Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu 1 Bab 9 Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu Pada akhir topik, pelajar akan dapat a. memahami konsep suku kata dalam bahasa Melayu. b. mengenal jenis-jenis suku kata dalam bahasa Melayu. c. menjelaskan stuktur suku kata dan pola-polanya. d. memahami konsep tekanan dalam suku kata dan perkataan serta penggunaan tekanan dalam ayat bahasa Melayu. e. mengenal sebutan e pepetdalam bahasa Melayu. Garis latar modul 9.1. Pengenalan 9.2. Suku Kata dalam Bahasa Melayu 9.3. Jenis-jenis Suku Kata 9.4. Tekanan suku kata dan perkataan 9.5. Sebutan pepet Istilah penting Ringkasan Rujukan Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu 2 Suku kata ialah unit ujaran yang penting dalam bahasa.Suku kata merupakan sebahagian daripada perkataan.Setiap suku kata ada strukturnya.Suku kata mengandungi fonem tertentu mengikut urutan yang tertentu. Apakah itu suku kata? Suku kata difahami sebagai unit bunyi yang boleh terdiri daripada satu vokal atau daripada vokal yang didahului atau diikuti oleh konsonan.Suku kata ialah unit bunyi yang lebih besar daripada bunyi tunggal seperti [b] tetapi lebih kecil daripada perkataan.Ada juga ahli fonetik yang berpendapatbahawa suku kata menjadi unit terkecil penghasilan bahasa dan bukannya fonem atau alofon.
  • 2. Perkataan dalam bahasa terdiri daripada satu atau lebih suku kata.Setiap bahasa terdiri daripada bunyi bahasa yang bercantum untuk menjadi suku kata, sepertib dan a bercantum menjadi ba,atau r dan u bercantum menjadi ru. Setiap suku kata bahasa Melayu hendaklah ditandai oleh vokal. Vokal itu didahului atau diikuti oleh konsonan, sepertidalam ba dan tu. Suku kata ba dan ru pula boleh bercantum untuk membentuk perkataan, sepertibaru. Demikian juga suku kata babolehbergabung dengan pa untuk membentuk perkataan bapa. Bunyi vokal ialah bunyi silabik.Bunyi silabik bermaksud bunyi yang menjadi puncak kelantangan dalam sesuatu perkataan (Kamus Linguistik, 1997). Suku kata juga ialah gabungan bunyi dengan satu kemuncak utama antara bunyi. Contohnya, dalam suku kata ba, kemuncak utama terletak pada bunyi kedua [a] dan bunyi kedua [u] dalam suku kata ru. Kemuncaknya terletak pada bunyi vokal. Hal ini demikian kerana dalam bahasa Melayu, bunyi vokal lebih menonjol daripada konsonan. 9.1 PENGENALAN ma Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu 3 Apabila bercakap tentang struktur suku kata, halnya adalah berkenaan dengan susunan fonem untuk membentuk sesuatu suku kata. Struktur suku kata membawa maksud binaan fonem dalam perkataan. Sesuatu suku kata haruslah mempunyai puncak, dan puncak ini hendaklah terdiri daripada fonem yang mempunyai ciri vokalik. Fonem sepertiini terdiri daripada vokal dan juga konsonan. Dalam bahasa Melayu, fonem yang berfungsisebagai puncak bagi suku kata ialah vokal. Suku kata mengandungi fonem dalam urutan yang tertentu.Misalnya, kata kek, sen dan pen terdiri daripada tiga fonem dalam urutan yang tertentu.Fonem dalam ketiga-tiga perkataan terdiri daripada
  • 3. urutan fonem yang berbeza. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga binaan suku kata. Yang pertama terdiri daripada satu vokal, seperti u dalam yu. Binaan suku kata kedua terdiri daripada deretan konsonan dan diikuti oleh vokal, sepertibu dalam bukit. Binaan suku kata yang ketiga ialah konsonan dan diikuti oleh vokal dan diakhirinya oleh konsonan lagi, sepertiter dalam terbit. 9.1 STUKTUR SUKU KATA BAHASA MELAYU 1. Apakah maksud suku kata? 2. Berapakah suku kata yang terdapat dalam perkataan yang berikut? buku sekolah makan mahasiswa 3. Bunyi silabik ialah ………………………………………………………….. Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu 4 Sebahagian besar perkataan dalam bahasa mempunyai gabungan bunyi konsonan (K) dan vokal (V), sepertiVK, KV, KVK,dan VKK.Gabungan antara konsonan dan vokal ini disebut suku kata.Dari segi persukuan kata, perkataan mengandungi satu suku atau lebih daripada satu suku kata. Sesuatu suku kata pula dibentuk oleh satu vokal sahaja atau satu vokal disertai satu konsonan atau beberapakonsonan. Konsonan hadir sama ada di hadapan vokal atau di belakangnya atau di hadapan vokal dan di belakangnya secara serentak. Setiap suku kata ada segmensuku kata, biasanya terdiri daripada vokal dan kebanyakan suku kata ada juga konsonan yang merupakan segmen bukan silabik.Konsonan biasanya berdiri sebelum atau selepas vokal. Ciri silabik adalah di tengah atau nukleus perkataan.Konsonan yang menyusulinya ialah permula atau onset suku kata tersebut. Konsonan yang akhirnya disebutpenutup atau koda (coda). Adakala pemula terdiri daripada fonem kosong, seperti dalam kata enak, ikan, oren, dan penutup terdiri daripada fonem kosong, sepertidalam kata buka, sila, dan mi. Struktur suku kata dalam perkataan dapat ditunjukkan sepertidalam Rajah 9.1: Rajah 9.1 Stuktur suku kata Suku kata
  • 4. Pemula Tengah Penutup (Onset) (Nukleus) (Koda) b i n (bin) p ə n (pen) t o ŋ (tong) Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis suku kata, iatu ekasuku, dwisuku, dan banyak suku.Setiap jenis ini ada ciri-cirinya yang tertentu. Suku kata Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu 5 a. Ekasuku Ekasuku ialah perkataan yang mempunyai satu suku kata.Dalam bahasa- bahasa dunia tidak terdapat banyak bahasa yang mempunyai ekasuku. Misalnya, dalam bahasa Inggeris terdapat perkataan sepertiI, eye, oh yang mempunyai satu suku kata sahaja. Dalam bahasa Melayu pula, terdapat kira-kira dua puluh ekasuku, iaitu perkataan yang mempunyai satu suku kata. Kebanyakan ekasuku dalam bahasa Melayu terdiri daripada konsonan dan vokal.Antaranya termasuk ru, yu dan ya. Ada sebilangan kecil yang terbentuk oleh vokal dan konsonan, sepertikata am. Namun, bilanganperkataan berekasuku terhad dalam bahasa Melayu. Lihat beberapacontoh ekasuku yang wujud dalam bahasa Melayu dalam Rajah 9.1. Rajah 9.1 Kata ekasuku dalam bahasa Melayu ai am ba ca ci di ke ga ha mi oh po ro wa za b. Dwisuku Dwisuku ialah perkataan yang mempunyai dua suku kata.Kebanyakan perkataan asas dalam bahasa Melayu terbentuk oleh perkataan yang dwisuku.Antaranya termasuk perkataan sepertiair, aib dan wang.Lihat beberapacontoh perkataan Melayu yang mempunyai dwisuku dalam Jadual 9.2 Jadual 9.2Perkataan dwisuku dalam bahasa Melayu a+bu a+jal ba+ca ba+la ca+ci can+du da+da da+na e+nak fa+ham ge+lut gi+la ka+ki la+yar ma+kin na+kal pa+ti re+da Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu 6 c. Banyak suku kata Oleh sebab perbendaharan kata bahasa Melayu mengalami perkembangan yang pesat,
  • 5. banyak perkataan asing masuk ke dalamnya.Dengan pertambahan kosa kata Melayu, banyak perkataan telah terbentuk oleh lebih dua suku kata.Perkataan yang mempunyai lebih dua suku kata disebut sebagaibanyak suku (polysyllable). Perhatikan antara beberapaperkataan Melayu yang mempunyai banyak suku dalam Jadual 9.3: Jadual 9.3 Banyak suku dalam perkataan Melayu Bilangan Suku Kata Contoh Tiga suku kata per+ka+kas ke+lin+dan Empat suku kata re+for+ma+sipe+da+go+gi Lima suku kata ma+la+pe+ta+ka si+la+tur+ra+him Enam suku kata ma+ha+ra+ja+le+la per+so+ni+fi+ka+si 1. Ekasuku bermaksud …………………………………………… 2. Berikan DUA contoh perkataan Melayu yang mempunyai dua suku kata. 3. Nyatakan bilangan suku kata dalam perkataan Melayu yang berikut: - masalah kugiran gembleng - sosiopolitikcemerlang penyelewengan Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu 7 Pada mulanya, pola suku kata dalam bahasa Melayu mempunyai pola yang mudah, iaitu yang terdiri daripada empat pola sahaja. Hal ini demikian kerana struktur suku kata bahasa Melayu yang asli adalah sepertiyang berikut: V= a+pa VK= am+bang KV=ba+ru KVK=a+nak Namun dengan kemasukan kata-kata asing ke dalam bahasa Melayu, kini sudah terdapat rangkap konsonan yang berfungsisebagai pemula dan penutup suku kata.Hal ini telah menyebabkan binaan pola-pola suka kata yang baharu dalam bahasa Melayu. Antara pola suku kata yang baharu tersebut ialah: KKV=dra+ma,indus+tri
  • 6. KKVK = draf KVKK=teks+til VKK = eks+tra KKVK = trak+tor, elek+trik KKVKK=kom+pleks KKKV = stra+tegi, skru KKKVK = struk+tur, skrip Dengan hal yang demikian, bilangan pola suku kata kini sudah bertambah. Sekarang, terdapat sebelas pola suku kata dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: Pola Contoh i. V i-bu, gu-a ii. VK er-ti, ma-in iii. KV ra-kit, ba-tu iv. KVK pin- tu, hi-lang 9.2. Pola Suku Kata Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu 8 v. KKV dra-ma, indus-tri vi. KKKV trak-tor,elek-trik vii. VKK eks-portviii. KVKK bank-rap, kon-teks ix. KKVKK kom-pleks x. KKKV stra-tegi, skru xi. KKKVK struk-tur, spring (Dipetik daripada Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, 1989) Pola (i) hingga (iv) ialah empat pola umum suku kata yang terdapat pada kebanyakan kata dasar di dalam bahasa Melayu. Pola (v) hingga (xi) ialah tujuh pola suku kata yang dibentuk oleh huruf konsonan rangkap, iaitu daripada perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris. a. Jenis Suku Kata Dalam bahasa Melayu, terdapat dua jenis suku kata, iaitu suku kata terbuka dan suku kata tertutup. Suku kata terbuka ialah suku kata yang berakhir dengan vokal, sepertibuka. Manakala, suku kata tertutup berakhir dengan konsonan, sepertikasut. Sebelas pola suku kata di dalam bahasa Melayu terdiri daripada empat pola suku kata terbuka dan tujuh pola suku kata tertutup. Perhatikan contoh suku kata terbuka dan tertutup dalam Jadual 9.4 dan 9.5 yang berikut: i. Suku kata terbuka Suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri dengan vokal dalam bahasa. Perhatikan beberapacontoh suku kata terbuka dalam Jadual 9.4: Jadual 9.4 Suku Kata Terbuka
  • 7. a+pi ru+pa sa+na sa+ya ka+ki na+ma dra+ma ke-lam-bu pu+lau Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu 9 bo+ne+ka as+ta+ka pu+sa+ra er-ti sa+ri sen+da+wa ii. Suku Kata Tertutup Suku kata tertutup ialah suku kata yang berakhiri dengan konsonan. Lihat beberapacontoh suku kata tertutup dalam Jadual 9.5 di bawah: kam+pung sem+pitja+lan se+ko+lah bi+lik co+ret stuk+tur sem+pa+danlong+kang mi+si+kin pu+lang sing+gah Jadual 9.5 Suku Kata Tertutup 1. Nyatakan bilangan suku kata asli dalam bahasa Melayu. 2. Bezakan antara suku kata tertutp dan tertutup. 3. Nyatakan pola suku kata bagi perkataan yang berikut: banyak perigi sentiasa santun desa melankolik Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu 10 Tekanan merupakan aspek yang penting dalam hal memahami dan mempelajari bahasa lisan.Unsur tekanan merupakan salah satu aspek sebutan dalam bahasa.Tekanan diberikan pada suku kata dan perkataan dalam bahasa.Tekanan perkataan juga dikenal sebagaitekanan leksikal. Tekanan biasanya ditandakan dengan lambang [ʹ] dalam penulisan.Lambang ini diletakkan di atas suku kata yang menerima tekanan itu, sepertidalam [búda?] dan [méjε]. Tekanan membawa maksud suku kata yang diucapkan lebih keras daripada kata atau suku kata yang lain. Ringkasnya, tekanan suku kata bermaksud suku kata diucapkan dengan keras atau lembut penyebutan suku kata.Ada kala tekanan dirujuk sebagai aksen dalam bahasa, iaitu tekanan suara yang diberikan pada perkataan atau suku kata. a. Tekanan pada perkataan Dalam bahasa Melayu, tekanan keras selalu berlaku pada suku kata kedua
  • 8. dalam perkataan, seperti [ruʹmah], dan [kamʹpung]. Dalam setiap perkataan yang dibentuk oleh dua atau lebih suku kata diberi tekanan kepada satu suku kata. Contohnya, dalam perkataan makan, suku kata ma diberi tekanan dan dalam buku suku kata bu diberikan tekanan. Apabila struktur sesuatu perkataan dihuraikan, hal tekanan menjadi penting. Dalam beberapabahasa tertentu, tekanan bagi perkataan telah ditetapkan, sepertitekanan pada suku kata awal atau suku kata akhir. Perkataan cónduct berbezamaknanya dengan condućt dalam bahasa Inggeris.Yang pertama ialah kata nama yang bermaksud ‘kelakuan’ dan yang kedua ialah kata kerja yang bermaksud ‘mengendalikan’. 9.3. TEKANAN SUKU KATA DAN PERKATAAN Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu 11 Dalam bahasa Inggeris,tekanan digunakan dalam perkataan untuk menunjukkan perbezaan makna, sepertidalam rajah di sebelah.Olehhal yang demikian, unsur tekanan menjadi unsur fomenikdalam bahasa Inggeris kerana [ʹ] merupakan salah satu fonem.Hal yang demikian tidak berlaku dalam bahasa Melayu kerana tekanan tidak digunakan untuk membezakan makna perkataan.Dalam kamus Inggeris,lambang [ʹ] digunakan untuk bagi entri perkataan Inggeris yang diberikan tekanan, sepertidalam gambar di sebelah.Namun, lambang seumpamaini tidak terdapat dalam kamus Melayu. Dengan hal yang demikian, perkataan yang diberi tekanan dan ada perkataan yang tidak diberitekanan. Dalam bahasa hal ini dirujuk sebagai bentuk kuat dan bentuk lemah.Hal bentuk kuat dan lemah amat ketara dalam bahasa, sepertidalam bahasa Inggeris.Hal yang sedemikian tidaklah penting dalam bahasa Melayu.Tekanan hanya diberikan semasa ayat diujarkan dalam situasi yang tertentu, terutamanya untuk menekankan sesuatu hal melalui perkataan yang diberikan tekanan. Tekanan dalam suku kata dan perkataan merujuk kepada darjah tekanan yang digunakan untuk menghasilkan kemuncak pada suku kata kerana terdapat suara nyaring bagi suku kata yang diberikan tekanan.Lazimnya, bunyi suku kata dipanjangkan dan dibunyi dalam nada tinggi.Pendekkata, tekanan memainkan peranannya dalam hal menyebut perkataan dengan betul.
  • 9. a. Tekanan dalam ayat Tekanan dalam ayat bermaksud tekanan yang diberikan pada sesuatu perkataan di dalam ayat untuk memberitegasan (Kamus Linguistik, 1997).Umumnya, tekanan tidak diberikan kepada semua perkataan dalam satu-satu ayat.Biasanya, berlaku perubahan apabila perkataan dibunyikan dalam ayat.Perubahan atau modifikasibermaksud ada perkataan yang diberikan tekanan dahulu, kini tidak diberikan tekanan dalam ayat (Ladefoged,P, 2006).Tekanan pada perkataan dalam ayat bergantung pada golongan kata yang hendak ditekankan dalam ayat Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu 12 tersebut.Misalnya, dalam ayat “Saya ditanya”, saya ditekankan, manakala dalam ayat “Saya ditanya”, ditanya ditekankan. Umumnya, kata isi, iaitu seperti kata nama, kata adjektif, kata kerja dan adverba diberikan tekanan. Kata tugas yang terdapat dalam ayat jarang-jarang diberikan tekanan. Perhatikan tekanan yang diberikan pada perkataan dalam ayat-ayat yang berikut: i. ˈPak Mat ˈmembina sebuah ˈrumah baharu di ˈTaiping. ii. ˈPelajar-pelajar sekolah hendaklah ˈmemakai lencana ˈsekolah semasa ˈberada di kawasan ˈsekolah. iii. ˈMasyakarat Malaysia ˈhidup berharmoni dan ˈsaling menghormati antara satu sama lain untuk ˈmemelihara ˈperpaduan Dalam ayat (i), kata nama khas Pat Mat, Taiping, kata nama am rumah dan kata kerja membina diberi tekanan. Kata tugas sepertidi dan sebuah tidak diberi tekanan. Dalam ayat (ii) pula, kata nama am pelajar, sekolah dan kata kerja memakai diberi tekanan. Kata tugas sepertihendaklah dan di tidak ditekankan dalam ayat tersebut.Akhirnya, kata nama khas am masyarakat, perpaduan, dan kata kerja hidup dan saling menghormati
  • 10. diberikan tekanan. Kata tugas seperti dan, antara, dan untuk tidak diberikan tekanan. 1. Apakah tujuan sesuatu perkataan diberikan tekanan? 2. Mengapa semua perkataan tidak diberikan tekanan dalam ayat? Jelaskan. 3. Sila letakkan lambang ˈ pada perkataan dalam ayat berikut yang harus diberikan tekanan: i. Nama saya Mohan. ii. Saya bertugas sebagai guru di sekolah tersebut. iii. Apabila hujan turun, perlawanan bola sepak antara sekolah ini akan diberhentikan. Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu 13 Schwa didefinisikan dalam bahasa Inggeris sebagaivokal [e] yang tidak ditekankan pada kedudukan tengah perkataan, seperti[matə] matter (Matthews, P.H. 1997).Schwa dianggap vokal ditekankan secara lembut dan lemah dalam bahasa Inggeris sepertidalam perkataan the, and dan for. Dalam bahasa Melayu pula, schwa dirujuk sebagai e pepet.Dalam bahasa Melayu, terdapat lima vokal, iaitu /a/, /e/, /i/, /o/ dan /u/. Dengan demikian, hurufe merupakan salah satu vokal daripada lima vokal.Semua vokal ini dilafazkan dengan satu bunyi yang tertentu, kecuali bunyi vokal /e/. Vokal /e/ pula dibunyikan dua cara yang berbeza. Hal ini bererti huruf e, ada dua bunyi.Huruf e digunakan untuk melambangkan dua fonem huruf e, iaitu: i. fonem e pepetyang ditulis secara fonetik [ə] dan ii. fonem e taling yang ditulis secara fonetik [e]. Oleh hal yang demikian, schwadalam bahasa Melayu merujuk kepada bunyi pepet[ə] yang dibunyikan berbeza daripada bunyi e taling [e].Huruf e pepetdikenal sebagai huruf e bertanda di atas, iaitu ĕ dalam ejaan lama atau ejaan Rumi Za’ba (sebelum tahun 1972).Tandadiakritik di atas e pepet(ĕ) tidak lagi digunakan dalam ejaan Rumi sekarang. Lihat penggunaan (ĕ) dan (e) dalam contoh di bawah: ĕmak jadi emak kĕledek jadi keledekmĕnteri jadi menteri tĕmpohjadi tempohpĕtak jadi petak Bunyi pepet[ə ] boleh berlaku di awal dan tengah perkataan Melayu. Kini,
  • 11. bunyi pepetjuga berlaku pada akhir perkataan.Bilangan bunyi pepete di akhir perkataan tidaklah banyak dalam bahasa Melayu.Kebanyakan perkataan tersebut merupakan kata serapan. Perhatikan beberapasebutan bunyi e pepet[ə] di awal, tengah dan akhir perkataan Melayu di bawah: 9.4 SEBUTAN PEPET (SCHWA) Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu 14 [ə+mak] [əm+but] [ə+nau] [ə+rat] [ər+ti] [ə+sa] [kə+mas] [cə+tə+ra] [fi+ləm] [in+də+ra] [ka+bəl] [pə+cah] [rə+zə+ki] [si+rən] [tə+lah] [na+sio+na+lis+mə] [e+go+is+mə][sə +ku+la+ris+mə] Jadual 9.6 Bunyi e pepetdalam perkataan Melayu 1. Apakah maksud schwa dalam bahasa Melayu? 2. Dua jenis fonem e adalah…………………….. dan ……………………… 3. Bulatkan perkataan dalam senarai di bawah yang mempunyai bunyi e pepet. erat teliti tekun sate nasionalisme sukses cederamereka mesin Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu 15 Suku kata ialah unit bunyi yang boleh terdiri daripada satu vokal atau daripada vokal yang didahului atau diikuti oleh konsonan. Setiap suku kata bahasa Melayu ditandai oleh sebuah vokal. Terdapat tiga binaan suku kata dalam bahasa Melayu, iaitu ekasuku, dwisuku dan banyak suku. Terdapat sebelas pola suku kata dalam bahasa Melayu Dalam bahasa Melayu, terdapat dua jenis suku kata, iaitu suku kata terbuka dan suku kata tertutup. Tekanan membawa maksud suku kata yang diucapkan lebih keras daripada kata atau suku kata yang lain. Tekanan perkataan dalam ayat terjadi pada kata isi dalam bahasa
  • 12. Melayu. Schwa dalam bahasa Inggeris dirujuk sebagaie pepetdalam bahasa Melayu. Sebutan e pepetmerupakan salah satu bunyi bagi huruf e dalam bahasa Melayu. Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu 16 Abdullah Hassan. 2006.Linguistik Am. Kuala Lumpur: PTS Professional Asmah Hj Omar. 2008.EnsiklopediaBahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia. 1981.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Daftar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu. 1991.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Ismail Dahaman. 2000.PedomanEjaaan Rumi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kamus Linguistik. 1997.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kreidler. 1997.Charles. M. Describing SpokenEnglish: An Introduction. London: Routledge PedomanEjaan Rumi Bahasa Melayu. 2000.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Small. Larry. H. 1999.Phonetics:A Practical Guide for Students. Boston: Allyn & Bacaon. Yunus Maris. The Malay Sound System.1980.Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd