SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
Download to read offline
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PARAS 7, BLOK J
PUSAT BANDAR DAMANSARA
50604 KUALA LUMPUR
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
Tel : 03-2586900
Fax : 03-2535150
Laman Web : http://www.moe.gov.my
KP(BS) 8591/Jld.XVII (8)
19 Julai 2001
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 8/2001 :
Pemantapan Pengurusan Disiplin Di Sekolah
Kes Jenayah berat yang melibatkan murid sekolah kerap terjadi sejak akhir-akhir ini. Ia
menimbulkan banyak persoalan tentang bagaimana perbuatan jenayah seumpama ini boleh
dilakukan oleh golongan murid sekolah. Walaupun secara umum diketahui bahawa
kejadian-kejadian ini mempunyai pelbagai kaitan dengan perkara yang berlaku di luar
persekitaran sekolah, namun pentadbiran sekolah harus memandang serius apa jua kes
yang membabitkan murid sekolah. Ringkasnya, ia bersangkutan dengan ketidakseimbangan
mental dan emoasi yang didorong oleh pelbagai sebab. Dalam menanganinya, kita tidak
kekurangan pendapat dan saranan. Ada yang menyimpulkan rentetan kejadian yang berlaku
seperti murid dirogol dan dibunuh oleh murid sesama sekolah, murid bergaduh dan
bertumbuk di perhimpunan sekolah, dan murid koma akibat dipukul oleh murid lain adalah
kerana murid-murid ini tidak mempunyai kestabilan emosi akibat tekanan sosial yang hebat,
sama ada di dalam mahupun di luar sekolah.
2. Sehubungan dengan itu, Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan
untuk memperingatkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Bahagian dan
Daerah (PPB/PPD), semua Pengetua dan Guru Besar supaya mengambil langkah-langkah
yang berkesan untuk memantapkan pengurusan disiplin di sekolah-sekolah. Pengurusan hal
ehwal murid (HEM) hendaklah dimantapkan serta dipertingkatkan kecekapannya di pelbagai
peringkat institusi pendidikan, iaitu di JPN, PPB/PPD, dan sekolah. Pengetua/Guru Besar
dan Guru Penolong Kanan (HEM) hendaklah memikul tanggungjawab bagi melaksanakan
sistem pengurusan hal ehwal murid yang berkesan serta mempunyai rekod murid yang
kemas kini.
2.1 Pemantapan Sistem Pengurusan Murid Di Sekolah
Sistem rekod murid yang sedia (Kad 01 & 02) perlu dilihat semula, sama ada
telah memenuhi keperluan pengurusan hal ehwal murid yang cekap dan
berkesan. Sistem tambahan boleh dicipta sekiranya ia dapat membantu pihak
sekolah dan guru dalam hal pemantauan dan kawalan mengenai perkembangan
akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku murid sepanjang mereka bersekolah.
Melalui sistem pengurusan hal ehwal murid, sekolah diminta supaya
memperkemaskan profil murid dari hari pertama persekolahan di sekolah
masing-masing. Profil yang mengandungi maklumat murid seperti gambar murid,
butiran peribadi dan keluarga, rekod disiplin, prestasi akademik, minat, hobi,
pilihan kerjaya dan kemahiran sosial hendaklah dikemas kini dari semasa ke
semasa. Profil ini hendaklah dipindahkan secara sulit mengikut pergerakan
murid, sama ada ketika berpindah kelas atau bertukar sekolah. Kaedah sebegini
adalah bertujuan supaya guru-guru dapat mengenali murid dan keluarganya
dengan lebih dekat lagi.
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
Laporan kes-kes yang khusus merujuk salah laku murid yang berpindah sekolah
juga perlu dihantar ke sekolah baru secara sulit supaya pemantauan dan
pemulihan berterusan dapat dilakukan terhadap murid berkenaan. Semua rekod
disiplin dan profil murid hendaklah disimpan dengan baik di tempat yang selamat.
Sekolah hendaklah menyimpan salinan maklumat rekod dan profil murid dalam
tempoh masa yang sesuai walaupun murid telah menamatkan persekolahan
untuk keperluan-keperluan tertentu.
2.2 Pemantapan Pengurusan Disiplin
Setiap sekolah mesti mempunyai jawatankuasa disiplin sekolah yang berfungsi
merancang dan mengurus hal-hal berkaitan dengan masalah disiplin di kalangan
murid. Dalam masa yang sama, semua guru mesti mengambil tanggungjawab
bersama dalam menentukan disiplin sekolah sentiasa berada dalam keadaan
baik dan terkawal. Guru-guru kelas terutamanya, boleh memainkan peranan
yang penting sebagai guru disiplin bagi kumpulan murid-murid di kelasnya.
Semua guru perlu diberikan pendedahan tentang cara mengenal pasti murid-
murid yang bermasalah dalam kelas masing-masing. Guru sewajarnya
membantu murid yang bermasalah atau merujuk murid yang berkenaan kepada
Guru Kaunseling atau Kaunselor sekolah supaya murid-murid sedemikian dapat
meluahkan apa jua masalah yang terpendam dalam hati sanubari mereka.
Guru Besar atau Pengetua boleh secara pentadbiran mengurangkan bilangan
waktu mengajar Ketua Guru Disiplin supaya mereka mempunyai masa yang
cukup untuk menyediakan laporan atau profil yagn lengkap mengenai segala
salah laku murid serta langkah yang wajar diambil untuk memulihkan murid
berkenaan.
2.3 Pemantapan Pengurusan Kaunseling Di Sekolah
Sekolah hendaklah memastikan guru kaunseling sentiasa mempunyai maklumat
y ang kemas kini mengenai murid yang mempunyai masalah daripada guru kelas
atau guru tingkatan. Murid-murid berkenaan perlu diberikan khidmat nasihat
sehingga keadaan permasalahan yang mereka hadapi dapat dipulihkan
sepenuhnya.
2.4 Sekolah Penyayang
Konnsep ’Sekolah Penyayang’ yang menekankan kepada rasa sayang
menyayangi serta menimbulkan kemesraan di antara guru dengan murid, murid
dengan murid serta antara warga sekolah dengan ibu bapa hendaklah
dipertingkatkan lagi. Dengan wujudnya kemesraan ini maka gejala yang tidak
sihat yang berkemungkinan dilakukan oleh murid dapat dihindar dan dibendung.
Sekolah dengan kerjasama dan Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) hendaklah merangka program ”Lawatan ke Rumah” (Home Visit) bagi
membolehkan guru-guru lebih mengenali latar belakang murid dan keluarganya.
Pendekatan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan serta
kemesraan antara guru-guru dengan ibu bapa. Selain daripada itu, sekolah juga
harus menggalakkan program timbal-balik yang meminta ibu bapa berkunjung ke
sekolah bagi membincangkan perkembangan anak mereka dengan guru dari
masa ke masa.
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
2.5 Pendidikan Keselamatan dan Perlindungan Diri
Setiap murid seharusnya tidak memandang ringan hal-hal yang berkaitan dengan
keselamatan diri mereka, sama ada di sekolah atau di luar waktu sekolah.
Pendidikan keselamatan diri boleh dilakukan melalui aktiviti kelab-kelab yang
ditubuhkan di sekolah seperti Kelab Pencegahan Jenayah, Pembimbing Rakan
Sebaya, Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) dan Badan-Badan Beruniform yang
lain. Melalui Aktiviti kelab-kelab ini, penyebaran maklumat berkaitan dengan
kemalangan/jenayah hendaklah disampaikan dan dibincangkan untuk difahami
oleh murid-murid.
Kesedaran keselamatan diri ataupun perlindungan diri perlu ditekankan di
sekolah-sekolah bagi mengingatkan murid supaya tidak berseorangan apabila
ketika di luar waktu rasmi persekolahan, iaitu ketika balik dari sekolah dan pada
keadaan-keadaan amalan biasa seperti tertinggal bas, ibu bapa tidak menjemput
seperti biasa, tertinggal oleh rakan atau berada di tempat-tempat sunyi.
Sekolah perlu sentiasa mengingatkan hal-hal yang berkaitan dengan
keselamatan diri sewaktu perhimpunan rasmi dari semasa ke semasa. Guru-guru
pula boleh menyampaikan panduan tentang keperluan menjaga keselamatan
sewaktu pendidikan formal di kelas atau kegiatan kokurikulum di luar bilik darjah.
Bahaya penggunaan alatan elektrik, bahan kimia, alatan sukan dan permainan
serta tingkah laku yang boleh memudaratkan diri hendaklah sentiasa
diperingatkan oleh guru-guru. Sekolah hendaklah mempamerkan maklumat
penting mengenai panduan keselamatan ini di tempat yang strategik serta
memaklumkan kepada murid-murid nombor-nombor telefon yang boleh dihubungi
ketika mereka berada dalam kecemasan.
2.6 Permuafakatan Ibu Bapa, Sekolah dan Masyarakat
Pihak sekolah perlu melibatkan ibu bapa supaya anak-anak mereka yang
bermasalah dapat sama-sama dibantu. Dalam hal ini pihak sekolah perlu
memaklumkan kepada ibu bapa tentang apa jua masalah atau perlanggaran
disiplin yang dilakukan oleh murid. Dalam hal yang sama, ibu bapa juga harus
diminta supaya memberikan kerjasama supaya tidak merahsiakan masalah anak
mereka, malah memaklumkan tingkah laku anak-anak mereka yang luar biasa
kepada pihak sekolah atau guru kaunseling supaya tindakan pembetulan dapat
dibincangkan secara muafakat.
Masyarakat sekitar seperti pihak polis, Majlis Perbandaran atau Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT), Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKK) dan Rukun Tetangga
perlu dilibatkan bersama untuk memainkan peranan dalam menentukan
persekitaran yang selamat kepada pelajar dan penduduk setempat. Sekolah
perlu mewujudkan program-program permuafakatan dan perkongsian yang
melibatkan pihak sekolah, ibu bapa, dan masyarakat setempat sesuai dengan
konsep ”School-Home-Community Partnership”.
2.7 Sekolah Selamat (Safe School)
Aspek keselamatan dalam sistem persekolahan hendaklah diberi keutamaan
dalam pengurusan sekolah. Pemeriksaan secara berkala hendaklah dilakukan
terhadap sistem pendawaian elektrik, sistem bekalan gas, atau apa juga sistem
yang boleh mengundang bahaya di sekolah. Jabatan atau agensi yang
bertanggungjawab seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Bekalan
Elektrik dan Gas, Polis Diraja Malaysia dan sebagainya hendaklah dihubungi
untuk pemeriksaan segera sekiranya terdapat tanda-tanda awal kerosakan atau
kecemasan yang boleh membahayakan guru-guru, kakitangan, dan murid-murid
di sekolah.
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
Konsep ”Sekolah Selamat” (Safe School) hanya dapat dijayakan sepenuhnya
dengan warganya mengamalkan tingkah laku yang boleh menghindarkan bahaya
terhadap diri sendiri, rakan sebaya serta orang lain. Pengetua/Guru Besar dan
guru-guru mesti selallu mengingatkan tentang kepentingan menjaga keselamatan
diri, harta benda, dan segala peralatan yang ada di sekolah. Penjagaan serta
penyelenggaraan yang baik terhadap segala kemudahan ini akan menjamin
persekitaran yang selamat di sekolah.
3. Sehubungan dengan itu, Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan dipohon untuk memaklumkan
Kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan
Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah serta semua Pengetua dan Guru
Besar sekolah yang berada di bawah pentabdiran Y.B hg. Dato’/Tuan/Puan untuk tindakan
selanjutnya.
Sekian. Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
s.k 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad
Menteri Pelajaran Malaysia
2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir
Setiausaha Parliman, Kementerian Pendidikan Malaysia
5. Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia
6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
8. Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia
9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia
10. Ketua Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan Malaysia

More Related Content

What's hot

Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan
Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatanTanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan
Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatanEdmond Manogaran
 
PENDIDIKAN KESELAMATAN
PENDIDIKAN KESELAMATANPENDIDIKAN KESELAMATAN
PENDIDIKAN KESELAMATANRafiza Diy
 
Qgk3023 program kesihatan_sekolah_tajuk
Qgk3023 program kesihatan_sekolah_tajukQgk3023 program kesihatan_sekolah_tajuk
Qgk3023 program kesihatan_sekolah_tajukPea Paradiso
 
Program kesihatan-sekolah
Program kesihatan-sekolahProgram kesihatan-sekolah
Program kesihatan-sekolahpriya devi
 
PKES3072 PROGRAM SUSU SEKOLAH 1 MALAYSIA
PKES3072 PROGRAM SUSU SEKOLAH 1 MALAYSIAPKES3072 PROGRAM SUSU SEKOLAH 1 MALAYSIA
PKES3072 PROGRAM SUSU SEKOLAH 1 MALAYSIAMary Lemok
 
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...Rosdi Ramli
 
Laporan unit kesihatan 2016 obesiti
Laporan unit kesihatan 2016 obesitiLaporan unit kesihatan 2016 obesiti
Laporan unit kesihatan 2016 obesitiJenice Kow
 
buku-panduan-penarafan-keselamatan-sekolah
buku-panduan-penarafan-keselamatan-sekolahbuku-panduan-penarafan-keselamatan-sekolah
buku-panduan-penarafan-keselamatan-sekolahFADHILATUNJAMIE
 
Tugasan 2 qgk3023 laporan
Tugasan 2 qgk3023   laporanTugasan 2 qgk3023   laporan
Tugasan 2 qgk3023 laporanAhmad NazRi
 
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolahPonteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolahnikfaiznurfirda
 

What's hot (16)

Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan
Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatanTanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan
Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan
 
PENDIDIKAN KESELAMATAN
PENDIDIKAN KESELAMATANPENDIDIKAN KESELAMATAN
PENDIDIKAN KESELAMATAN
 
Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamat
 
Qgk3023 program kesihatan_sekolah_tajuk
Qgk3023 program kesihatan_sekolah_tajukQgk3023 program kesihatan_sekolah_tajuk
Qgk3023 program kesihatan_sekolah_tajuk
 
Gejala ponteng
Gejala pontengGejala ponteng
Gejala ponteng
 
Program kesihatan-sekolah
Program kesihatan-sekolahProgram kesihatan-sekolah
Program kesihatan-sekolah
 
Teks ucapan kpn
Teks ucapan kpnTeks ucapan kpn
Teks ucapan kpn
 
PKES3072 PROGRAM SUSU SEKOLAH 1 MALAYSIA
PKES3072 PROGRAM SUSU SEKOLAH 1 MALAYSIAPKES3072 PROGRAM SUSU SEKOLAH 1 MALAYSIA
PKES3072 PROGRAM SUSU SEKOLAH 1 MALAYSIA
 
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...
 
Laporan unit kesihatan 2016 obesiti
Laporan unit kesihatan 2016 obesitiLaporan unit kesihatan 2016 obesiti
Laporan unit kesihatan 2016 obesiti
 
buku-panduan-penarafan-keselamatan-sekolah
buku-panduan-penarafan-keselamatan-sekolahbuku-panduan-penarafan-keselamatan-sekolah
buku-panduan-penarafan-keselamatan-sekolah
 
Tugasan 2 qgk3023 laporan
Tugasan 2 qgk3023   laporanTugasan 2 qgk3023   laporan
Tugasan 2 qgk3023 laporan
 
Program susu sekolah
Program susu sekolahProgram susu sekolah
Program susu sekolah
 
Ulasan jurnal sosioemosi
Ulasan jurnal sosioemosiUlasan jurnal sosioemosi
Ulasan jurnal sosioemosi
 
Bahan kesihatan ep14
Bahan kesihatan ep14Bahan kesihatan ep14
Bahan kesihatan ep14
 
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolahPonteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah
 

Viewers also liked

Стратегічна сесія Миколаїв:безпека та антикорупція
Стратегічна сесія Миколаїв:безпека та антикорупціяСтратегічна сесія Миколаїв:безпека та антикорупція
Стратегічна сесія Миколаїв:безпека та антикорупціяАгенція розвитку Миколаєва
 
O desafio da internacionalização das instituições de ensino superior - o caso...
O desafio da internacionalização das instituições de ensino superior - o caso...O desafio da internacionalização das instituições de ensino superior - o caso...
O desafio da internacionalização das instituições de ensino superior - o caso...Anabela Mesquita
 
Newsletter CSC 159, 4 de dezembro 2015
Newsletter CSC 159, 4 de dezembro   2015Newsletter CSC 159, 4 de dezembro   2015
Newsletter CSC 159, 4 de dezembro 2015Rui de Almeida
 
Dekadne jedinice do milion
Dekadne jedinice do milion Dekadne jedinice do milion
Dekadne jedinice do milion Alek Gera
 
Early School Leaving – Contributions from Portugal.
Early School Leaving – Contributions from Portugal.Early School Leaving – Contributions from Portugal.
Early School Leaving – Contributions from Portugal.Anabela Mesquita
 
SEARCA’s Priorities and Perspectives on Higher Education for Sustainable Agri...
SEARCA’s Priorities and Perspectives on Higher Education for Sustainable Agri...SEARCA’s Priorities and Perspectives on Higher Education for Sustainable Agri...
SEARCA’s Priorities and Perspectives on Higher Education for Sustainable Agri...SIANI
 
Risk perception and risk management: the eFinLit European project case
Risk perception and risk management: the eFinLit European project caseRisk perception and risk management: the eFinLit European project case
Risk perception and risk management: the eFinLit European project caseAnabela Mesquita
 
INTEGRATION OF INNOVATIE TEACHING PRACTICES IN TEACHING AND LEARNING PROCESS
INTEGRATION OF INNOVATIE TEACHING PRACTICES IN TEACHING AND LEARNING PROCESSINTEGRATION OF INNOVATIE TEACHING PRACTICES IN TEACHING AND LEARNING PROCESS
INTEGRATION OF INNOVATIE TEACHING PRACTICES IN TEACHING AND LEARNING PROCESSDr. Sushma H.B
 
V2 panduan-penggunaan-ssdm-versi-2.0 gds
V2 panduan-penggunaan-ssdm-versi-2.0 gdsV2 panduan-penggunaan-ssdm-versi-2.0 gds
V2 panduan-penggunaan-ssdm-versi-2.0 gdsUnithem Ppdkb
 
V2 panduan-penggunaan-ssdm-versi-2.0 gkk
V2 panduan-penggunaan-ssdm-versi-2.0 gkkV2 panduan-penggunaan-ssdm-versi-2.0 gkk
V2 panduan-penggunaan-ssdm-versi-2.0 gkkUnithem Ppdkb
 

Viewers also liked (16)

Taman Bermain Anak
Taman Bermain AnakTaman Bermain Anak
Taman Bermain Anak
 
Стратегічна сесія Миколаїв: освіта
Стратегічна сесія Миколаїв: освітаСтратегічна сесія Миколаїв: освіта
Стратегічна сесія Миколаїв: освіта
 
Стратегічна сесія Миколаїв:безпека та антикорупція
Стратегічна сесія Миколаїв:безпека та антикорупціяСтратегічна сесія Миколаїв:безпека та антикорупція
Стратегічна сесія Миколаїв:безпека та антикорупція
 
Taman bermain anak
Taman bermain anakTaman bermain anak
Taman bermain anak
 
O desafio da internacionalização das instituições de ensino superior - o caso...
O desafio da internacionalização das instituições de ensino superior - o caso...O desafio da internacionalização das instituições de ensino superior - o caso...
O desafio da internacionalização das instituições de ensino superior - o caso...
 
Cacao
CacaoCacao
Cacao
 
Newsletter CSC 159, 4 de dezembro 2015
Newsletter CSC 159, 4 de dezembro   2015Newsletter CSC 159, 4 de dezembro   2015
Newsletter CSC 159, 4 de dezembro 2015
 
Dekadne jedinice do milion
Dekadne jedinice do milion Dekadne jedinice do milion
Dekadne jedinice do milion
 
Early School Leaving – Contributions from Portugal.
Early School Leaving – Contributions from Portugal.Early School Leaving – Contributions from Portugal.
Early School Leaving – Contributions from Portugal.
 
SEARCA’s Priorities and Perspectives on Higher Education for Sustainable Agri...
SEARCA’s Priorities and Perspectives on Higher Education for Sustainable Agri...SEARCA’s Priorities and Perspectives on Higher Education for Sustainable Agri...
SEARCA’s Priorities and Perspectives on Higher Education for Sustainable Agri...
 
Risk perception and risk management: the eFinLit European project case
Risk perception and risk management: the eFinLit European project caseRisk perception and risk management: the eFinLit European project case
Risk perception and risk management: the eFinLit European project case
 
INTEGRATION OF INNOVATIE TEACHING PRACTICES IN TEACHING AND LEARNING PROCESS
INTEGRATION OF INNOVATIE TEACHING PRACTICES IN TEACHING AND LEARNING PROCESSINTEGRATION OF INNOVATIE TEACHING PRACTICES IN TEACHING AND LEARNING PROCESS
INTEGRATION OF INNOVATIE TEACHING PRACTICES IN TEACHING AND LEARNING PROCESS
 
V2 panduan-penggunaan-ssdm-versi-2.0 gds
V2 panduan-penggunaan-ssdm-versi-2.0 gdsV2 panduan-penggunaan-ssdm-versi-2.0 gds
V2 panduan-penggunaan-ssdm-versi-2.0 gds
 
V2 panduan-penggunaan-ssdm-versi-2.0 gkk
V2 panduan-penggunaan-ssdm-versi-2.0 gkkV2 panduan-penggunaan-ssdm-versi-2.0 gkk
V2 panduan-penggunaan-ssdm-versi-2.0 gkk
 
MENTORSHIP TOOL
MENTORSHIP TOOLMENTORSHIP TOOL
MENTORSHIP TOOL
 
POSTER
POSTERPOSTER
POSTER
 

Similar to Mantap disiplin

Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahKertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahzuridah wahab
 
Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamaterielatio
 
Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamatrajnand
 
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaranHbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaranfatimah Baharin
 
Tugasan budaya dan pembelajaran
Tugasan budaya dan pembelajaranTugasan budaya dan pembelajaran
Tugasan budaya dan pembelajaranahzai09
 
Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamatPutry Lily
 
T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)mayangmul
 
Cth kajian tindakan ponteg sekolah
Cth kajian tindakan ponteg sekolahCth kajian tindakan ponteg sekolah
Cth kajian tindakan ponteg sekolahJue Mokhtar
 
Garis panduan mengurus murid berisiko cicir di sekolah
Garis panduan mengurus murid berisiko cicir di sekolah Garis panduan mengurus murid berisiko cicir di sekolah
Garis panduan mengurus murid berisiko cicir di sekolah SHAHIBOL
 
Taklimat unit pembangunan kemanusiaanppdg
Taklimat unit pembangunan kemanusiaanppdgTaklimat unit pembangunan kemanusiaanppdg
Taklimat unit pembangunan kemanusiaanppdgRosli Ramli
 
Nota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingNota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingJessika Denis
 

Similar to Mantap disiplin (20)

Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahKertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
 
Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamat
 
Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamat
 
Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamat
 
Kertas
KertasKertas
Kertas
 
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaranHbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
 
Tugasan budaya dan pembelajaran
Tugasan budaya dan pembelajaranTugasan budaya dan pembelajaran
Tugasan budaya dan pembelajaran
 
Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamat
 
T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)
 
Teks ucapan kppm
Teks ucapan kppmTeks ucapan kppm
Teks ucapan kppm
 
Aktiviti 7.3
Aktiviti 7.3Aktiviti 7.3
Aktiviti 7.3
 
Cth kajian tindakan ponteg sekolah
Cth kajian tindakan ponteg sekolahCth kajian tindakan ponteg sekolah
Cth kajian tindakan ponteg sekolah
 
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN 2019 NORZALINA
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN 2019 NORZALINASEMINAR KAJIAN TINDAKAN 2019 NORZALINA
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN 2019 NORZALINA
 
Hal ehwal murid
Hal ehwal muridHal ehwal murid
Hal ehwal murid
 
Garis panduan mengurus murid berisiko cicir di sekolah
Garis panduan mengurus murid berisiko cicir di sekolah Garis panduan mengurus murid berisiko cicir di sekolah
Garis panduan mengurus murid berisiko cicir di sekolah
 
Artikel review 1
Artikel review 1Artikel review 1
Artikel review 1
 
Taklimat unit pembangunan kemanusiaanppdg
Taklimat unit pembangunan kemanusiaanppdgTaklimat unit pembangunan kemanusiaanppdg
Taklimat unit pembangunan kemanusiaanppdg
 
9 bimbingan dan kaunseling
9 bimbingan dan kaunseling9 bimbingan dan kaunseling
9 bimbingan dan kaunseling
 
Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2
 
Nota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingNota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan Kaunseling
 

More from Unithem Ppdkb

V2 panduan-penggunaan-ssdm-versi-2.0 pgb-2
V2 panduan-penggunaan-ssdm-versi-2.0 pgb-2V2 panduan-penggunaan-ssdm-versi-2.0 pgb-2
V2 panduan-penggunaan-ssdm-versi-2.0 pgb-2Unithem Ppdkb
 
V2 panduan-penggunaan-ssdm-versi-2.0
V2 panduan-penggunaan-ssdm-versi-2.0V2 panduan-penggunaan-ssdm-versi-2.0
V2 panduan-penggunaan-ssdm-versi-2.0Unithem Ppdkb
 
V2 carta-alir-pengurusan-sistem-salah-laku-disiplin-murid
V2 carta-alir-pengurusan-sistem-salah-laku-disiplin-muridV2 carta-alir-pengurusan-sistem-salah-laku-disiplin-murid
V2 carta-alir-pengurusan-sistem-salah-laku-disiplin-muridUnithem Ppdkb
 
Surat panduan pengurusan menangani histeria
Surat panduan pengurusan menangani histeriaSurat panduan pengurusan menangani histeria
Surat panduan pengurusan menangani histeriaUnithem Ppdkb
 
Pengurusan keselamatan murid
Pengurusan keselamatan muridPengurusan keselamatan murid
Pengurusan keselamatan muridUnithem Ppdkb
 
Penerangan intervensi .pptx edit
Penerangan intervensi .pptx editPenerangan intervensi .pptx edit
Penerangan intervensi .pptx editUnithem Ppdkb
 

More from Unithem Ppdkb (8)

V2 panduan-penggunaan-ssdm-versi-2.0 pgb-2
V2 panduan-penggunaan-ssdm-versi-2.0 pgb-2V2 panduan-penggunaan-ssdm-versi-2.0 pgb-2
V2 panduan-penggunaan-ssdm-versi-2.0 pgb-2
 
V2 panduan-penggunaan-ssdm-versi-2.0
V2 panduan-penggunaan-ssdm-versi-2.0V2 panduan-penggunaan-ssdm-versi-2.0
V2 panduan-penggunaan-ssdm-versi-2.0
 
V2 carta-alir-pengurusan-sistem-salah-laku-disiplin-murid
V2 carta-alir-pengurusan-sistem-salah-laku-disiplin-muridV2 carta-alir-pengurusan-sistem-salah-laku-disiplin-murid
V2 carta-alir-pengurusan-sistem-salah-laku-disiplin-murid
 
Surat panduan pengurusan menangani histeria
Surat panduan pengurusan menangani histeriaSurat panduan pengurusan menangani histeria
Surat panduan pengurusan menangani histeria
 
Mencegah buli
Mencegah buliMencegah buli
Mencegah buli
 
Displin sop
Displin sopDisplin sop
Displin sop
 
Pengurusan keselamatan murid
Pengurusan keselamatan muridPengurusan keselamatan murid
Pengurusan keselamatan murid
 
Penerangan intervensi .pptx edit
Penerangan intervensi .pptx editPenerangan intervensi .pptx edit
Penerangan intervensi .pptx edit
 

Recently uploaded

SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 

Recently uploaded (8)

SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 

Mantap disiplin

  • 1. PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PARAS 7, BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA 50604 KUALA LUMPUR Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia Tel : 03-2586900 Fax : 03-2535150 Laman Web : http://www.moe.gov.my KP(BS) 8591/Jld.XVII (8) 19 Julai 2001 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 8/2001 : Pemantapan Pengurusan Disiplin Di Sekolah Kes Jenayah berat yang melibatkan murid sekolah kerap terjadi sejak akhir-akhir ini. Ia menimbulkan banyak persoalan tentang bagaimana perbuatan jenayah seumpama ini boleh dilakukan oleh golongan murid sekolah. Walaupun secara umum diketahui bahawa kejadian-kejadian ini mempunyai pelbagai kaitan dengan perkara yang berlaku di luar persekitaran sekolah, namun pentadbiran sekolah harus memandang serius apa jua kes yang membabitkan murid sekolah. Ringkasnya, ia bersangkutan dengan ketidakseimbangan mental dan emoasi yang didorong oleh pelbagai sebab. Dalam menanganinya, kita tidak kekurangan pendapat dan saranan. Ada yang menyimpulkan rentetan kejadian yang berlaku seperti murid dirogol dan dibunuh oleh murid sesama sekolah, murid bergaduh dan bertumbuk di perhimpunan sekolah, dan murid koma akibat dipukul oleh murid lain adalah kerana murid-murid ini tidak mempunyai kestabilan emosi akibat tekanan sosial yang hebat, sama ada di dalam mahupun di luar sekolah. 2. Sehubungan dengan itu, Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memperingatkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Bahagian dan Daerah (PPB/PPD), semua Pengetua dan Guru Besar supaya mengambil langkah-langkah yang berkesan untuk memantapkan pengurusan disiplin di sekolah-sekolah. Pengurusan hal ehwal murid (HEM) hendaklah dimantapkan serta dipertingkatkan kecekapannya di pelbagai peringkat institusi pendidikan, iaitu di JPN, PPB/PPD, dan sekolah. Pengetua/Guru Besar dan Guru Penolong Kanan (HEM) hendaklah memikul tanggungjawab bagi melaksanakan sistem pengurusan hal ehwal murid yang berkesan serta mempunyai rekod murid yang kemas kini. 2.1 Pemantapan Sistem Pengurusan Murid Di Sekolah Sistem rekod murid yang sedia (Kad 01 & 02) perlu dilihat semula, sama ada telah memenuhi keperluan pengurusan hal ehwal murid yang cekap dan berkesan. Sistem tambahan boleh dicipta sekiranya ia dapat membantu pihak sekolah dan guru dalam hal pemantauan dan kawalan mengenai perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku murid sepanjang mereka bersekolah. Melalui sistem pengurusan hal ehwal murid, sekolah diminta supaya memperkemaskan profil murid dari hari pertama persekolahan di sekolah masing-masing. Profil yang mengandungi maklumat murid seperti gambar murid, butiran peribadi dan keluarga, rekod disiplin, prestasi akademik, minat, hobi, pilihan kerjaya dan kemahiran sosial hendaklah dikemas kini dari semasa ke semasa. Profil ini hendaklah dipindahkan secara sulit mengikut pergerakan murid, sama ada ketika berpindah kelas atau bertukar sekolah. Kaedah sebegini adalah bertujuan supaya guru-guru dapat mengenali murid dan keluarganya dengan lebih dekat lagi.
  • 2. Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia Laporan kes-kes yang khusus merujuk salah laku murid yang berpindah sekolah juga perlu dihantar ke sekolah baru secara sulit supaya pemantauan dan pemulihan berterusan dapat dilakukan terhadap murid berkenaan. Semua rekod disiplin dan profil murid hendaklah disimpan dengan baik di tempat yang selamat. Sekolah hendaklah menyimpan salinan maklumat rekod dan profil murid dalam tempoh masa yang sesuai walaupun murid telah menamatkan persekolahan untuk keperluan-keperluan tertentu. 2.2 Pemantapan Pengurusan Disiplin Setiap sekolah mesti mempunyai jawatankuasa disiplin sekolah yang berfungsi merancang dan mengurus hal-hal berkaitan dengan masalah disiplin di kalangan murid. Dalam masa yang sama, semua guru mesti mengambil tanggungjawab bersama dalam menentukan disiplin sekolah sentiasa berada dalam keadaan baik dan terkawal. Guru-guru kelas terutamanya, boleh memainkan peranan yang penting sebagai guru disiplin bagi kumpulan murid-murid di kelasnya. Semua guru perlu diberikan pendedahan tentang cara mengenal pasti murid- murid yang bermasalah dalam kelas masing-masing. Guru sewajarnya membantu murid yang bermasalah atau merujuk murid yang berkenaan kepada Guru Kaunseling atau Kaunselor sekolah supaya murid-murid sedemikian dapat meluahkan apa jua masalah yang terpendam dalam hati sanubari mereka. Guru Besar atau Pengetua boleh secara pentadbiran mengurangkan bilangan waktu mengajar Ketua Guru Disiplin supaya mereka mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan laporan atau profil yagn lengkap mengenai segala salah laku murid serta langkah yang wajar diambil untuk memulihkan murid berkenaan. 2.3 Pemantapan Pengurusan Kaunseling Di Sekolah Sekolah hendaklah memastikan guru kaunseling sentiasa mempunyai maklumat y ang kemas kini mengenai murid yang mempunyai masalah daripada guru kelas atau guru tingkatan. Murid-murid berkenaan perlu diberikan khidmat nasihat sehingga keadaan permasalahan yang mereka hadapi dapat dipulihkan sepenuhnya. 2.4 Sekolah Penyayang Konnsep ’Sekolah Penyayang’ yang menekankan kepada rasa sayang menyayangi serta menimbulkan kemesraan di antara guru dengan murid, murid dengan murid serta antara warga sekolah dengan ibu bapa hendaklah dipertingkatkan lagi. Dengan wujudnya kemesraan ini maka gejala yang tidak sihat yang berkemungkinan dilakukan oleh murid dapat dihindar dan dibendung. Sekolah dengan kerjasama dan Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) hendaklah merangka program ”Lawatan ke Rumah” (Home Visit) bagi membolehkan guru-guru lebih mengenali latar belakang murid dan keluarganya. Pendekatan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan serta kemesraan antara guru-guru dengan ibu bapa. Selain daripada itu, sekolah juga harus menggalakkan program timbal-balik yang meminta ibu bapa berkunjung ke sekolah bagi membincangkan perkembangan anak mereka dengan guru dari masa ke masa.
  • 3. Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 2.5 Pendidikan Keselamatan dan Perlindungan Diri Setiap murid seharusnya tidak memandang ringan hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan diri mereka, sama ada di sekolah atau di luar waktu sekolah. Pendidikan keselamatan diri boleh dilakukan melalui aktiviti kelab-kelab yang ditubuhkan di sekolah seperti Kelab Pencegahan Jenayah, Pembimbing Rakan Sebaya, Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) dan Badan-Badan Beruniform yang lain. Melalui Aktiviti kelab-kelab ini, penyebaran maklumat berkaitan dengan kemalangan/jenayah hendaklah disampaikan dan dibincangkan untuk difahami oleh murid-murid. Kesedaran keselamatan diri ataupun perlindungan diri perlu ditekankan di sekolah-sekolah bagi mengingatkan murid supaya tidak berseorangan apabila ketika di luar waktu rasmi persekolahan, iaitu ketika balik dari sekolah dan pada keadaan-keadaan amalan biasa seperti tertinggal bas, ibu bapa tidak menjemput seperti biasa, tertinggal oleh rakan atau berada di tempat-tempat sunyi. Sekolah perlu sentiasa mengingatkan hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan diri sewaktu perhimpunan rasmi dari semasa ke semasa. Guru-guru pula boleh menyampaikan panduan tentang keperluan menjaga keselamatan sewaktu pendidikan formal di kelas atau kegiatan kokurikulum di luar bilik darjah. Bahaya penggunaan alatan elektrik, bahan kimia, alatan sukan dan permainan serta tingkah laku yang boleh memudaratkan diri hendaklah sentiasa diperingatkan oleh guru-guru. Sekolah hendaklah mempamerkan maklumat penting mengenai panduan keselamatan ini di tempat yang strategik serta memaklumkan kepada murid-murid nombor-nombor telefon yang boleh dihubungi ketika mereka berada dalam kecemasan. 2.6 Permuafakatan Ibu Bapa, Sekolah dan Masyarakat Pihak sekolah perlu melibatkan ibu bapa supaya anak-anak mereka yang bermasalah dapat sama-sama dibantu. Dalam hal ini pihak sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa tentang apa jua masalah atau perlanggaran disiplin yang dilakukan oleh murid. Dalam hal yang sama, ibu bapa juga harus diminta supaya memberikan kerjasama supaya tidak merahsiakan masalah anak mereka, malah memaklumkan tingkah laku anak-anak mereka yang luar biasa kepada pihak sekolah atau guru kaunseling supaya tindakan pembetulan dapat dibincangkan secara muafakat. Masyarakat sekitar seperti pihak polis, Majlis Perbandaran atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKK) dan Rukun Tetangga perlu dilibatkan bersama untuk memainkan peranan dalam menentukan persekitaran yang selamat kepada pelajar dan penduduk setempat. Sekolah perlu mewujudkan program-program permuafakatan dan perkongsian yang melibatkan pihak sekolah, ibu bapa, dan masyarakat setempat sesuai dengan konsep ”School-Home-Community Partnership”. 2.7 Sekolah Selamat (Safe School) Aspek keselamatan dalam sistem persekolahan hendaklah diberi keutamaan dalam pengurusan sekolah. Pemeriksaan secara berkala hendaklah dilakukan terhadap sistem pendawaian elektrik, sistem bekalan gas, atau apa juga sistem yang boleh mengundang bahaya di sekolah. Jabatan atau agensi yang bertanggungjawab seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas, Polis Diraja Malaysia dan sebagainya hendaklah dihubungi untuk pemeriksaan segera sekiranya terdapat tanda-tanda awal kerosakan atau kecemasan yang boleh membahayakan guru-guru, kakitangan, dan murid-murid di sekolah.
  • 4. Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia Konsep ”Sekolah Selamat” (Safe School) hanya dapat dijayakan sepenuhnya dengan warganya mengamalkan tingkah laku yang boleh menghindarkan bahaya terhadap diri sendiri, rakan sebaya serta orang lain. Pengetua/Guru Besar dan guru-guru mesti selallu mengingatkan tentang kepentingan menjaga keselamatan diri, harta benda, dan segala peralatan yang ada di sekolah. Penjagaan serta penyelenggaraan yang baik terhadap segala kemudahan ini akan menjamin persekitaran yang selamat di sekolah. 3. Sehubungan dengan itu, Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan dipohon untuk memaklumkan Kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah serta semua Pengetua dan Guru Besar sekolah yang berada di bawah pentabdiran Y.B hg. Dato’/Tuan/Puan untuk tindakan selanjutnya. Sekian. Terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia s.k 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad Menteri Pelajaran Malaysia 2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir Setiausaha Parliman, Kementerian Pendidikan Malaysia 5. Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia 6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia 7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 8. Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia 9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia 10. Ketua Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan Malaysia