Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp

40,605 views

Published on

Published in: Education
4 Comments
14 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
40,605
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
5
Actions
Shares
0
Downloads
1,881
Comments
4
Likes
14
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp

  1. 1. KERTAS CADANGANPROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 1 MALAYSIASK BANDAR TASIK PUTERI48000 RAWANG, SELANGOR1.0 PENDAHULUANSistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamatfalsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan danberkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satufaktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut.Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perludititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasamemberi perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah melalui pertandingan 3K. Persekitaranyang bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajarandengan lebih berkesan dan efektif.Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui jawatankuasa 3K (Keselamatan, kesihatan dankebersihan ) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti gotong-royong perdana bersamapihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian PelajaranMalaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajartentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah.Di samping itu, aktiviti akan membolehkan pelajar menerapkan nilai-nilai murni dalam dirimereka. Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan kawasanlongkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan kawasan sekitar sekolah sertamenghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes bersama pihak Jabatan Kesihatan DaerahGombak yang akan dijemput hadir untuk memberikan perkhidmatan ‘fogging’ atau menyemburasap disekitar kawasan sekolah.Adalah menjadi harapan agar murid, ibu bapa, guru serta warga SKBTP akan memperolehmanfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat 3K.
  2. 2. Program 3K atau Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam SekitarSekolah telah diadakan selama lebih 18 tahun sejak tahun 1991. Program ini telah memberiimpak yang besar terhadap pembangunan pendidikan di sekolah-sekolah di seluruh negara.Sekolah-sekolah lebih ceria dan selamat malah kadar kemalangan di kawasan sekolah juga amatberkurangan. Program ini telah mengubah budaya warga sekolah dan masyarakat setempatkepada budaya yang lebih baik. Kerja berpasukan dalam kalangan warga kerja sekolah dankerjasama yang diberikan oleh penduduk setempat serta kepimpinan pengetua telahmembuahkan hasil dengan meningkatnya prestasi kecemerlangan pendidikan di sekolah- sekolahberkenaan.Penekanan kepada perkembangan kanak-kanak adalah perlu diberikan secara menyeluruh darisegi jasmani, mental dan juga rohani. Perkembangan yang menyeluruh dan seimbang ini akanmembantu murid-murid untuk mencapai kemajuan pada peringkat yang terbaik. Untukmemastikan kejayaan ini bukan sahaja perlu dilihat daripada kejayaan akademik sahaja tetapijuga dari segi kebersihan, kesihatan dan keselamatannya. Ini kerana tiada nilai sesuatu kejayaanitu jika tiada moral yang baik. Oleh yang demikian, keseimbangan menyeluruh dari segiJasmani,Emosi,Rohani,Intelek dan Sosial amat diutamakan sejajar dengan Falsafah PendidikanNegara.Program gotong-royong yang dicadangkan ini adalah meliputi kegiatan serta aktiviti yang telahdirancang untuk menyemai nilai murni yang tinggi melalui kesedaran kebersihan dan kesihatandiri kerana apa yang pasti dengan adanya tahap kesihatan yang tinggi ianya akan menjaminkeharmonian seseorang dan memastikan kejayaan yang menyeluruh. Selain daripada melaluikesedaran kesihatan, program ini juga menekankan aspek kebersihan dari segi fizikal danpersekitaran. Untuk belajar dengan selesa maka seseorang itu sentiasa berada dalam situasi yangbersih dan menjaga kebersihan diri atau tempat pembelajarannya supaya rasa selesa dan tenangketika menjalani aktiviti-aktiviti di sekolah. . Disamping itu, penekanan utama juga diberikankepada kesihatan diri . Untuk mendapat kesihatan yang optimum maka perlulah seseorang itumengamalkan cara hidup yang sihat, sama ada dari segi pemakanan ataupun aktiviti harian yanglain.
  3. 3. 2.0 TujuanProgram ini dirancang dan dilaksanakan bertujuan untuk menceriakan persekitaran sekolah .Keceriaan yang dihasilkan ini adalah untuk keselesaan semua pihak. Sekolah yang ceria akanmemastikan murid dapat belajar dan berada di sekolah dalam keadaan yang menyeronokkan danmereka akan dapat menimba ilmu dengan lebih bersemangat dan bermotivasi..Bagi guru pula sekolah yang ceria ini akan memberikan mereka semangat untuk memberikanilmu kepada murid dengan lebih baik. Ibu bapa juga akan merasa lebih selesa ketika berada disekolah atau mengikuti program yang diadakan oleh pihak sekolah yang melibatkan ibu bapa.Mereka juga berasa bangga dan yakin untuk menempatkan anak-anak untuk menimba ilmu danmelakukan pelbagai aktiviti dalam suasana yang selamat dan ceria.3.0 Nama Program“GOTONG-ROYONG PERDANA 1 MALAYSIA”4.0 Tema Program“Persekitaran yang bersih dan ceria menjana suasana pembelajaran di sekolah”5.0 Matlamat Program Gotong –royong Perdana 1 Malaysia.Matlamat gotong-royong ini adalah untuk memberi pendedahan yang sebenar kepada wargasekolah mengenai amalan keceriaan serta menyemai sifat cintakan kebersihan dan keceriaansekolah. Memandangkan amalan ini kurang mendapat pendedahan yang sebenar dan muridkerap kali kurang mengambil perhatian dan mengabaikan amalan kebersihan di persekitaransekolah berbanding di rumah . Namun demikian sebenarnya cara amalan kebersihan inimempunyai ciri-ciri yang khusus dan piawaian yang sempurna. Murid kurang memahamimaksud sebenar ceria , indah , wangi , bersih , berfungsi dan selamat.
  4. 4. Melalui aktiviti gotong royong ini , warga sekolah juga boleh ,meningkatkan rasa tanggungjawabterhadap kebersihan di mana mereka melibatkan diri dengan aktiviti membersihkan persekitaransekolah tersebut. Matlamat penting program ini adalah untuk membentuk sikap dan perlakuanyang positif terhadap kebersihan dan keceriaan serta melahirkan warga sekolah yang pekaterhadap persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara.Selain itu, memberi peluang kepada ibubapa untuk menyediakan suasana yang ceria, selesa,bersih dan harmoni untuk anak-anak belajar. Ibubapa dapat bekerjasama dengan kakitangansekolah iaitu guru-guru dan pekerja serta wakil PIBG untuk menyediakan suasana yang lebihceria, selesa, harmoni dan bersih serta perasaan seronok untuk hadir ke sekolah demi menimbailmu baik di waktu pagi dan petang.Kawasan yang menjadi tumpuan ialah tempat rehat wakafdan kawasan belakang sekolah yang terbiar agar boleh memberi tempat untuk murid membaca,berbincang dan mengulangkaji di tempat yang selesa dan ceria.6. 0 ObjektifObjektif program ini adalah:i. Mewujudkan kawasan tempat rehat wakaf dan taman belakang sekolah yang lebihceria dan harmonis. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah pentingbagi meningkatkan mutu pendidikan dan menjadikan iklim sekolah yang ceria,tenang dan selesa penting untuk mencapai visi dan misi sekolah serta FalsafahPendidikan Kebangsaan.ii. Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yangbersih, indah, selamat dan ceria.iii. Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.iv. Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara muridibu bapa, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yangberkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.
  5. 5. v. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadapkebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telahdisediakanvi. Mengembeling tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikankeberkesanan aktiviti.7. 0 Format PelaksanaanManual Pelaksanaan ProgramBIL PELAKSANAAN TUGAS TINDAKAN1 Penyediaan kertas kerja program :- Membentangkan kertas kerja dan mendapatkanpersetujuan dari pihak-pihak penganjur dan pelaksanaanprogram melalui mesyuarat dan bersemuka.- Mesyuarat kali pertama.SetiausahaProgram2 Pelantikan AJK Program secara rasmi. SetiausahaProgram3 Menetapkan sebuah tempat bagi pelaksanaan kerja-kerja asasprogram :Cadangan : bilik mesyuarat sekolah.SetiausahaProgram4 Mesyuarat AJK Program kali ke 2. SetiausahaProgram5 Menjalankan kerja-kerja penyediaan , percetakan dan mengirimsurat menyurat , kad dan surat jemputan.SetiausahaProgram6 Mengirim surat dan kad jemputan menggunakan khidmat poslaju , e-mel, mesin faksimili atau pertemuan peribadi (kepadaagensi-agensi dan individu yang terlibat )SetiausahaProgram7 Menyenaraikan dan menyediakan peralatan-peralatan yang perludigunakan untuk gotong-royong.AJK Peralatan
  6. 6. 8 Menyediakan hadiah dan cenderahati AJK Hadiah9 Tempahan makanan untuk jamuan. AJK Jamuan10 Menyediakan dewan untuk kegunaan Ucapan Perasmian danPelancaran.AJK Persiapan Tempat11 Kerja pembersihan tempat / kawasan gotong royong. Semua AJK danpeserta.8.0 PENGANJURProgram ini dianjurkan oleh unit 3K dengan kerjasama Unit Hal-Ehwal-Murid dan Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG)9.0 CADANGAN TARIKH26 Februari 2011 ( Sabtu )10.0 TEMPATSekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri10.1 FOKUS KAWASANTerdapat 2 kawasan yang menjadi fokus utama di dalam projek gotong royong ini iaitu TempatRehat Wakaf dan Kawasan Belakang Sekolah. Kedua-dua kawasan ini dipilih memandangkanbanyak penambahbaikan yang perlu dilakukan di kawasan ini supaya lebih ceria dan memberimanfaat kepada murid serta warga sekolah.i. Kawasan Rehat / Wakaf perlu diceriakan dengan : Meletakkan “pavement” dari bangunan sekolah ke wakaf dan antara wakaf. Menyediakan tong sampah kitar semula memandangkan ianya adalah tempat tumpuanpelajar.
  7. 7.  Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan. Memperbanyakkan tanaman hiasan Menanam rumputTempat Rehat Wakaf yang ceria boleh dijadikan tempat yang menarik dan boleh menarik minatmurid untuk belajar , berbincang dan melakukan pelbagai aktiviti terutama sekali ketikamenjalankan aktiviti kokurikulum kerana sekolah ini terdapat dua sesi persekolahan. Maka amatsesuai sekali kawasan rehat wakaf yang ceria, menarik dan selesa dijadikan salah satu tempatuntuk menjalankan aktiviti.ii. Kawasan Belakang Sekolah perlu juga diceriakan untuk : Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan. Memperbanyakkan tanaman hiasan Menanam rumput Memperbanyakkan wakaf atau tempat berehat pelajar Meletakkan buku-buku bacaan di wakaf tersebut Menanam pokok sebagai teduhanKawasan belakang sekolah yang kelihatan terbiar juga merupakan salah satu tempat di manaaktiviti Pengajaran dan Pembelajaran dapat dilakukan. Kawasan tersebut boleh di ubahsuaimenjadi kawasan istirehat murid-murid ketika rehat dan juga menjadi tempat perbincangan danbelajar semasa proses P&P dijalankan.11.0 PENYERTAAN KUMPULAN SASARAN:Seluruh warga SK Bandar Tasik Puteri iaitu guru-guru, pekerja sekolah , murid-murid tahun 5dan 6 , ibu bapa dan komuniti setempat iaitu ahli jawatan kuasa Perumahan Bandar TasikPuteri dan Majlis Perbandaran Selayang.Sasaran : Warga sekolah, Ibu bapa serta jabatan-jabatan lain
  8. 8. 12.0 Carta OrganisasiOrganisasi pelaksanaan program Gotong-royong Perdana 1 MalaysiaJAWATANKUASA INDUKPROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 2011PenasihatEn Rosman bin Mansor(Guru Besar)PengerusiPn Norazizah binti Lamijan(Guru Penolong Kanan HEM)Naib Pengerusi IPn Noriah binti Mohd Nor(Guru Penolong Kanan Kurikulum)Naib Pengerusi IIPn Roshida binti Md Isa(Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum)SetiausahaPn. Ruzina binti amrun(Guru Penyelaras 3K)BendahariPn. Nurita Azleena bt Husin
  9. 9. Ahli JawatankuasaEncik Tarmizi binti SallehPn. Rohana binti sameonEn. Izham bin AdamEn Ahmad Fuad b. Fauzi (wakil PIBG)En. Shahrizal b. Ahmad (wakil Kantin)Encik Mohd Rizal bin Karim ( wakil MPS)AJK PELAKSANAPROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 1 MALAYSIAPENYAMBUT TETAMU PERALATANEn Rosman bin Mansor En. Syed AkmalPn Norazizah binti Lamijan En. Roslan bin SallehPN Noriah binti Mohd Nor En. Mohamed bin MahmudPn Roshida binti Md Isa En Amin bin TaufiqCENDERAHATI DOKUMENTASI JAMUANPn. Sharmilla bt Mat Pn. Hamimi bt KarimPn. Kamalia bt Sidik Pn. Kartina bt HusniPENGERUSI MAJLIS BUKU PROGRAMPN Latifah binti Zakaria Pn Zarina binti HassanBACAAN DOA PERSIAPAN TEMPATEn. Mazli bin Husin Encik Anuar binti AliSIARANRAYA DOKUMENTASIEn. Nazim bin Nazri Pn Suraya binti Naim.
  10. 10. 13.0 Program Tentatif1. Semua guru, murid dan ibu bapa berkumpul di tapak perhimpunan sekolah.2. Ucapan aluan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri, Rawang.3. Semua yang hadir dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu untuk aktiviti di TempatRehat Wakaf dan juga di Belakang Sekolah.4. Aktiviti aktiviti di tempat rehat wakaf :Meletakkan “pavement” dari bangunan sekolah ke wakaf dan antara wakaf.Menyediakan tong sampah kitar semula memandangkan ianya adalah tempattumpuan pelajar.Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan.Memperbanyakkan tanaman hiasanMenanam rumput5. Aktiviti-aktiviti di belakang sekolah:Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan.Memperbanyakkan tanaman hiasanMenanam rumputMemperbanyakkan wakaf atau tempat berehat pelajarMeletakkan buku-buku bacaan di wakaf tersebutMenanam pokok sebagai teduhan
  11. 11. 13.1 Tentatif perjalanan aktiviti7: 30 pagi : Semua guru , murid serta ibu bapa berkumpul di tapak perhimpunan.8:00 pagi : Guru Besar menyampaikan ucapan aluan.8:15 pagi : Taklimat gotong royong: Pengagihan kumpulan Kumpulan 1 - Kawasan Tempat Rehat Wakaf dan Persekitarannya Kumpulan 2 – Kawasan Belakang Sekolah8: 20 pagi : Aktiviti gotong royong dimulakan.12:30 t/hari : Jamuan1.00 t/hari : Bersurai14.0 Anggaran perbelanjaanCadangan anggaran perbelanjaan bagi menjayakan program ini telah dirancang dengan baik agarprogram ini dapat diteruskan dan berjalan dengan lancar. Kebanyakkan sumber yang digunakanuntuk menjayakan aktiviti ini disumbangkan oleh ibu bapa, pihak kantin, dan MPS. Berikutdisenaraikan anggaran perbelanjaan untuk aktiviti ini :BIL PERKARA PERBELANJAAN1 Perbelanjaan cetakan1. Buku Program2. Surat-menyuratRM 0.50 X 10RM 0.50 X 4RM 5.00RM 2.00JUMLAH PERBELANJAAN CETAKAN2 Peralatan:1. Tin cat2. Berus cat3. Cangkul4. Plastik Sampah5. Tong Sampah6. PakuRM 25.00 X 3RM 2.50 X 10RM 6.00 X 5RM 1.00 X 2RM 50.00 X 10RM 25.00 X 1RM 75.00RM 25.00RM 30.00RM 2.00RM 500.00RM 25.00
  12. 12. 7. Gergaji8. Kayu / papanRM 6.00 X 20RM 8.00 X 30RM120.00RM240.00JUMLAH PERBELANJAAN PERALATAN RM 547.003 Jamuan makan tengah hari RM 2.00 X 100 RM 200.00JUMLAH PERBELANJAAN JAMUAN RM 200.004 Hadiah dan Cenderahati RM 10.00 X 1 RM 10.00JUMLAH PERBELANJAAN HADIAH RM 10.005 Lain-lain perbelanjaan RM 100.00JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN RM 757.00Tajaan:a) Pokok-pokok bunga dan baja ditaja oleh MPSb) Rumput ditaja oleh MPSc) Tong Sampah Kitar Semula ditaja oleh MPSd) Minuman ringan ditaja oleh Pengusaha kantin15.0 PenutupAdalah diharapkan aktiviti Gotong Royong Perdana 1 Malaysia ini akan dapat menghasilkansatu kawasan persekitaran sekolah yang ceria, bersih, selamat serta dapat menarik minat muriduntuk datang ke sekolah. Selain itu ianya juga adalah selaras dengan hasrat KementerianPelajaran Malaysia untuk menjadikan sekolah sebagai pusat pengembangan ilmu kepada seluruhmasyarakat serta tempat yang dapat menjamin kesihatan murid dan seluruh warga sekolahkhasnya dan ibu bapa dan masyarakat setempat Dalam menjalankan aktiviti gotong royongperdana muhibbah ini, dapat menggalakkan dan mengeratkan hubungan rapat dan mesra antaramasyarakat dan pihak sekolah. Ini akan dapat menarik perhatian semua pihak untuk salingbekerjasama antara satu sama lain.
  13. 13. Adalah diharapkan program ini mendapat kerjasama dari pihak sekolah serta semua pihak yangterlibat dan menjadikannya sebagai amalan kepada murid-murid dalam menghadapi kehidupanharian. Semoga segala sumbangan, kebaikan dan jasa baik ibu bapa yang sama menjayakanprogram ini diberkati dan dirahmati.Disediakan oleh:………………………………………….( RUZINA BINTI AMRUN )Setiausaha 3K.SK Bandar Tasik Puteri, RawangSelangorSetelah disemak bahawasanya kertas kerja ini DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN di atassebab-sebab berikut:……………………………………………………………………………………………………..……………………………………..( ROSMAN BIN MANSOOR )Guru Besar,SK Bandar Tasik Puteri, RawangSelangor.

×