SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
10
PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL
KERTAS KONSEP
KERTAS KONSEP
SYARAHAN PIALA PERPADUAN
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL
A. PENGENALAN
Syarahan ialah pengucapan umum yang memerlukan seseorang pengucap
menyampaikan idea-idea melalui pemikiran logik, menaakul, menganalisis dan
berhujah dengan baik untuk menjelaskan, menerangkan dan menghuraikan topik.
Penyampaian yang menarik semasa bersyarah memerlukan penguasaan nada
suara dan intonasi yang sesuai. Contohnya nada tinggi, lantang dan bersemangat
untuk menarik perhatian, nada perlahan untuk merayu dan membujuk.
Penyusunan format syarahan
Syarahan yang baik mestilah mengandungi pengenalan (introduction), isi (body) dan
penutup (conclusion).
Pengenalan syarahan
Syarahan harus dimulakan dengan pembuka kata yang mengandungi perkara-
perkara yang berkaitan dengan kaedah memberikan hormat dan mengucapkan
salam kepada khalayak mengikut protokol dan pangkat mereka. Ucapan yang biasa
digunakan seperti “Selamat Pagi”, “Selamat Sejahtera” dan sebagainya. Selepas
pembuka kata, peserta harus memperkenal dan mendefinisikan tajuk secara
konseptual sahaja dan bukan secara lateral(perkataan demi perkataan).
Isi syarahan
Seterusnya susunan isi kandungan syarahan hendaklah disusun dengan rapi bagi
memudahkan khalayak mengikutinya. Setiap isi perlu disertakan contoh, petikan,
statistik dan bukti yang berfungsi untuk menyokong dan menguatkan sesuatu
syarahan. Sebelum memulakan isi-isi yang baru, peserta-peserta hendaklah
melafazkan kata-kata penegasan seperti “Hadirin yang dihormati”, “Hadirin sekalian”,
“Hadirin yang dimuliakan” atau yang seumpamanya.
Penutupan syarahan
Penutupan syarahan merupakan bahagian akhir sebuah syarahan. Perlu diingat
bahawa penutupan syarahan sama pentingnya dengan bahagian pengenalan
syarahan. Jika pengenalan bertujuan menarik perhatian khalayak, penutupan
syarahan adalah untuk mewujudkan kesan yang mendalam kepada khalayak.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
10
PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL
KERTAS KONSEP
Langkah yang perlu dititikberatkan semasa mengakhiri syarahan:
1. Membuat rumusan pada keseluruhan isi secara ringkas untuk mengembalikan
tumpuan khalayak agar mereka mengingati fakta utama semula yang telah
disampaikan.
2. Penggunaan bahasa berirama/frasa, ungkapan menarik /peribahasa/pantun
dan lain-lain mengikut kreativiti amat digalakkan.
3. Mengakhiri syarahan dengan lafaz ucapan terima kasih.
B. KERTAS KONSEP SYARAHAN BAHASA MALAYSIA SJKC & SJKT
1.0 NAMA PERTANDINGAN
1.1 Pertandingan Syarahan Bahasa Malaysia Sekolah Jenis Kebangsaan (
Cina ) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Piala Perpaduan
Peringkat Kebangsaan 2014.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Untuk menggalakkan murid-murid SJK(Cina) dan SJK(Tamil)
menguasai serta mempertingkat tahap penggunaan bahasa Malaysia.
2.2 Menggalakkan murid-murid SJK(Cina) dan SJK(Tamil) bertutur dalam
bahasa Malaysia
2.3 Merapatkan hubungan antara guru serta murid SJK(Cina) SJK(Tamil)
di Malaysia.
2.4 Menanam dan menyuntik semangat perpaduan dan muhibah
2.5 Menanamkan semangat ‘Cintailah Bahasa Malaysia’.
2.6 Membiasakan murid-murid SJK(Cina) dan SJK(Tamil) menggunakan
bahasa Malaysia sebagai bahasa pertuturan harian mereka.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
10
PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL
KERTAS KONSEP
3.0 KELAYAKAN PENYERTAAN
3.1 Semua murid warganegara Malaysia bukan kaum Melayu (Rujuk Sijil
Kelahiran) di SJK(Cina) dan SJK(Tamil) Tahap 2 dan bahasa
ibundanya bukan bahasa Malaysia layak mengambil bahagian.
3.2 Johan Kebangsaan tahun sebelumnya tidak dibenarkan menyertai
pertandingan ini pada semua peringkat.
3.3 Setiap murid hanya boleh menyertai satu jenis pertandingan sahaja.
4.0 BILANGAN PESERTA
Setiap negeri layak menghantar (1) seorang peserta sahaja untuk menyertai
pertandingan ini pada peringkat kebangsaan.
5.0 HAD MASA
Setiap peserta diberi masa (5) lima minit untuk bahagian pertama dan masa
(3) tiga minit untuk bahagian kedua. Tiada peruntukan markah selepas loceng
kedua dibunyikan. Loceng akan dibunyikan sekali (1) minit sebelum masa
tamat dan loceng akan dibunyikan (2) dua kali apabila masa telah tamat.
6.0 Format Pertandingan
Pertandingan dijalankan dalam DUA (2) bahagian dan setiap peserta wajib
bertanding dalam kedua-dua bahagian tersebut. Giliran peserta setiap
bahagian ditentukan mengikut undian. Proses undian ini dijalankan oleh
Jawatankuasa Pertandingan di hadapan semua peserta. Pengacara majlis
dan peserta syarahan TIDAK DIBENARKAN memperkenalkan diri,
sekolah dan negeri masing-masing.
6.1. Bahagian Pertama
Peserta akan menyampaikan syarahan masing-masing dengan tajuk
yang telah disediakan oleh pihak sekolah yang mengambil bahagian.
Tema tajuk mestilah berdasarkan tema 'Gagasan 1Malaysia'.
6.2 Bahagian Kedua
6.2.1 Pertandingan syarahan secara spontan ini dijalankan selepas
sahaja selesai pertandingan syarahan bahagian pertama .
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
10
PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL
KERTAS KONSEP
6.2.2 Peserta akan menyampaikan syarahan masing-masing secara
spontan berdasarkan tajuk yang ditentukan oleh jawatankuasa
pertandingan.
6.2.3 Peserta dikehendaki memilih tajuk di dalam sampul yang
disediakan di meja Ketua Hakim dan menyerahkannya kepada
juruacara tanpa membuka sampul tersebut.
6.2.4 Juruacara akan membaca tajuk tersebut apabila peserta telah
berada di atas pentas.
6.2.5 Masa persediaan (1) satu minit bermula sebaik sahaja juruacara
selesai membaca tajuk syarahan spontan. Semasa persediaan
di pentas, peserta tidak dibenarkan mendapat bantuan oleh
mana-mana pihak, alat tulis, kertas catatan, alat komunikasi dan
alat elektronik.
6.2.6 Loceng akan dibunyikan (1) sekali menandakan bermulanya
masa persediaan dan (2) dua kali menandakan tamatnya masa
persediaan dan bermulanya masa syarahan spontan.
6.2.7 Peserta tidak dibenarkan memulakan syarahan spontan
sebelum tamatnya masa persediaan.
6.3 Syarat-syarat Pertandingan
6.3.1 Peserta diberi masa (5) lima minit untuk syarahan bahagian
pertama, dan (3) tiga minit untuk syarahan bahagian kedua.
6.3.2 Loceng akan dibunyikan sekali, (1) satu minit sebelum tamat,
dan dua kali setelah tamat bagi setiap bahagian pertandingan.
6.3.3 Penyampaian syarahan selepas loceng penamat dibunyikan
bagi setiap bahagian pertandingan, tidak akan diberi markah.
6.3.4 Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan
agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian
seseorang adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan
markah adab dipotong.
6.3.5 Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah
dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab
dipotong.
6.3.6 Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif,
menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat
membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/ mana-mana
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
10
PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL
KERTAS KONSEP
satu daripadanya) tidak layak untuk diumumkan sebagai
pemenang pada semua peringkat pertandingan.
6.3.7 Peserta-peserta diwajibkan memakai blazer sekolah yang tidak
menunjukkan identiti sekolah atau negeri. Warna blazer
hendaklah berwarna gelap. Peserta lelaki juga dikehendaki
bertali leher dan berseluar panjang yang juga berwarna gelap.
6.3.8 Pengerusi majlis berhak menegur peserta yang melanggar
mana-mana peraturan di atas.
7.0 TAJUK
Tajuk bahagian pertama akan disediakan oleh pihak sekolah yang mengambil
bahagian dalam pertandingan syarahan ini dan tajuk tersebut boleh
digunakan pada semua peringkat pertandingan. Manakala tajuk bahagian
kedua akan disediakan oleh pihak urus setia pertandingan di sekolah, daerah,
negeri dan kebangsaan. Tajuk hendaklah berdasarkan tema 'Gagasan
1Malaysia' dengan menggunakan kata kunci seperti faedah-faedah,
kesan-kesan dan faktor-faktor. Contoh tajuk 'Kebaikan mengadakan
rumah terbuka di Malaysia'.
8.0 PERTANDINGAN SARINGAN
Pertandingan saringan akan diadakan untuk memilih 10 orang peserta terbaik
sahaja. 10 orang peserta terbaik ini akan bertanding di peringkat akhir dan
diadili oleh hakim yang berbeza.
9.0. PERATURAN PEMARKAHAN / FORMAT PENGHAKIMAN
9.1. Pembahagian Markah Syarahan Bahagian Pertama
9.1.1 Idea / Isi ( 20 markah )
Peserta syarahan akan diadili dari segi pengutaraan tiga
idea/ isi. Isi/idea hendaklah bernas yang disokong oleh
data / bahan yang tepat / logik sebagai peneguh
huraiannya.
Panduan Pemarkahan
Idea/isi tepat – 2 markah
Huraian – 3 markah
Data / contoh – 1 markah
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
10
PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL
KERTAS KONSEP
Markah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 6 markah (6m x
3 = 18 markah + 2 markah takrifan tajuk = 20 markah).
9.1.2 Bahasa ( 30 markah )
Peserta syarahan akan diadili dari segi bahasa yang
jelas, baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang
berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak
disampaikan.
9.1.3 Gaya Persembahan ( 50 markah )
9.1.3.1 Peserta syarahan akan diadili dari segi
persembahan yang lancar dan meyakinkan,
gaya yang menarik dan susunan isi yang tertib.
(Pergerakan tangan yang keterlaluan tidak
digalakkan dan menjejaskan markah
persembahan)
9.1.3.2 Intonasi dan nada yang sesuai. (nada suara
yang tinggi, menjerit, menyanyi, berlakon,
dialog, bersyair tidak dibenarkan dan akan
menjejaskan markah persembahan)
9.1.3.3 Peserta syarahan WAJIB memberi ucap
selamat dan kata-kata aluan sebelum
memulakan syarahan. Markah keseluruhan
akan terjejas sekiranya peserta tidak memberi
ucap selamat terlebih dahulu. Lima markah
maksimum akan dipotong jika peserta
menyentuh isu sensitif / menunjukkan
perlakuan / tutur kata yang kurang sopan.
9.2. Pembahagian Markah Syarahan Bahagian Kedua (Spontan)
9.2.1 Isi ( 40 markah )
Peserta syarahan akan diadili dari segi pengutaraan dua
idea / isi. Idea/isi hendaklah bernas/logik dan dihuraikan
dengan jelas.
Panduan Pemarkahan
Idea / isi – 5 markah
Huraian – 10 markah
Data / contoh – 4 markah
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
10
PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL
KERTAS KONSEP
Markah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 19 markah (19m
x 2 = 38 markah + 2 markah takrifan tajuk = 40 markah).
9.2.2 Bahasa ( 30 markah )
Peserta syarahan akan diadili dari segi bahasa yang jelas
dan baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang
berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak
disampaikan.
9.2.3 Gaya Persembahan ( 30 markah )
9.2.3.1 Peserta syarahan akan diadili dari segi
persembahan yang lancar dan meyakinkan,
gaya yang menarik dan susunan isi yang tertib.
(Pergerakan tangan yang keterlaluan tidak
digalakkan dan akan menjejaskan markah
persembahan)
9.2.3.2 Intonasi dan nada yang sesuai. (nada suara
yang tinggi, menjerit, menyanyi, berlakon,
dialog, bersyair tidak dibenarkan dan akan
menjejaskan markah persembahan)
9.2.3.3 Peserta syarahan WAJIB memberi ucap
selamat dan kata-kata aluan sebelum
memulakan syarahan. Markah keseluruhan
akan terjejas sekiranya peserta tidak memberi
ucap selamat terlebih dahulu. Lima markah
maksimum akan dipotong jika peserta
menyentuh isu sensitif / menunjukkan
perlakuan/ tutur kata yang kurang sopan.
10.0 PANDUAN KEPADA PANEL HAKIM
10.1 Peserta syarahan setiap bahagian akan diadili dari segi isi/idea,
bahasa dan persembahan. Panel hakim tidak boleh terpengaruh oleh
reaksi emosi / tepuk sorak penyokong.
10.2 Panel hakim diingatkan agar tidak memilih peserta syarahan yang
membaca nota/teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa
yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan (semua
kesalahan tersebut / mana-mana satu daripadanya) sebagai
pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga.
10.3 Panel hakim perlu membuat keputusan MENGGUNAKAN SISTEM
JURI.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
10
PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL
KERTAS KONSEP
10.4 Keputusan panel hakim adalah muktamad.
11.0 KUASA DAN TUGAS PENGERUSI PERTANDINGAN
11.1 Setiap sesi pertandingan akan dipengerusikan oleh seorang pengerusi
pertandingan yang telah dilantik oleh Jawatankuasa Pelaksana.
11.2 Kuasa dan tugas pengerusi pertandingan:
i. Mengelolakan pertandingan dari awal hingga akhir.
ii. Menasihati peserta supaya berhenti jika melebihi 7 minit.
iii. Berhak memberhentikan peserta yang menyentuh isu-isu
sensitif.
12.0. Tarikh Pertandingan
12.1 Peringkat Daerah :
12.2 Peringkat Negeri :
12.3 Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan :
Tempat :
12.4 Peringkat Akhir Kebangsaan :
Tempat :
13.0 Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan
Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan dipengerusikan oleh
Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan
Malaysia. Ahli Jawatankuasa terdiri daripada semua Jabatan Pendidikan
Negeri.
Jawatankuasa pertandingan Peringkat Kebangsaan berhak membuat
keputusan yang difikirkan wajar dan munasabah jika berlaku sebarang
perkara yang tidak diingini demi memastikan kelancaran perjalanan
pertandingan pada satu-satu masa.
14.0 HAL-HAL LAIN
13.1 Segala peraturan ini tertakluk kepada perubahan oleh
Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Peringkat Kebangsaan.
13.2 Maklumat lanjut, sila hubungi pegawai-pegawai di Jabatan
Pendidikan Negeri masing-masing.
15.0 AM
Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan
Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
10
PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL
KERTAS KONSEP
PERATURAN
PERTANDINGAN UJIAN BERTULIS
1.0 NAMA PERTANDINGAN
Pertandingan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia Sekolah Jenis Kebangsaan
(Cina) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil), Piala Perpaduan Perdana
Menteri Peringkat Kebangsaan 2014.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Untuk menggalakkan murid-murid SJK(Cina) dan SJK(Tamil)
menguasai serta mempertingkatkan tahap penggunaan bahasa
Malaysia.
2.2 Menggalakkan murid-murid SJK(Cina) dan SJK(Tamil) bertutur dalam
bahasa Malaysia.
2.3 Merapatkan hubungan antara guru serta murid SJK(Cina) SJK(Tamil)
di Malaysia.
2.4 Menanam dan menyuntik semangat perpaduan dan muhibah.
2.5 Menanamkan semangat ‘Cintailah Bahasa Malaysia’.
2.6 Membiasakan murid-murid SJK(Cina) dan SJK(Tamil) menggunakan
Bahasa Malaysia sebagai bahasa pertuturan harian mereka.
3.0 KELAYAKAN DAN SYARAT-SYARAT
3.1 Semua murid warganegara Malaysia bukan bangsa Malaysia di SJK
(Cina) dan SJK (Tamil) Tahap 2 dan bahasa ibundanya bukan
Bahasa Malaysia layak mengambil bahagian.
3.2 Peserta yang telah berjaya memenangi Johan Peringkat Kebangsaan
pada tahun sebelumnya sahaja tidak dibenarkan menyertai
pertandingan ini di semua peringkat.
3.3 Setiap murid hanya boleh menyertai SATU JENIS pertandingan
sahaja.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
10
PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL
KERTAS KONSEP
4.0 BILANGAN PESERTA
Setiap negeri layak menghantar TIGA (3) orang peserta sahaja untuk
menyertai pertandingan ini pada Peringkat Kebangsaan.
5.0 SOALAN-SOALAN
5.1 Soalan-soalan Ujian Bertulis Peringkat Kebangsaan akan disediakan
oleh panel yang dilantik oleh Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan
Peringkat Kebangsaan.
5.2 Semua soalan berdasarkan aspek-aspek bahasa dalam sukatan
pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah. Perkara-perkara yang
akan diuji termasuklah pemahaman, peribahasa, tatabahasa,
perkataan berlawanan, perkataan seerti dan perkataan-perkataan lain
yang termasuk dalam sukatan pelajaran.
5.3 Jumlah soalan objektif ialah seratus (100) bagi bahagian I dan 20
soalan tambahan di bahagian II.
5.4 Masa untuk menjawab Bahagian I - 1 jam (100 soalan)
Bahagian II - 20 minit (20 soalan)
6.0 CARA PENGHAKIMAN
6.1 Jawapan akan disemak oleh satu panel pemeriksa yang dilantik oleh
Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Peringkat Kebangsaan.
6.2 Markah bagi tiap-tiap soalan ialah satu (1) markah dan markah penuh
ialah (100).
6.3 Bagi peserta-peserta yang mendapat markah yang sama, pemenang
akan ditentukan berdasarkan markah yang diperoleh pada bahagian II.
6.4 Jika masih mendapat markah yang sama, maka pemenang akan
dirujuk kepada markah bahagian petikan(Pemahaman Bahagian 1).
6.5 Keputusan para hakim adalah MUKTAMAD.
7.0 PENGIRAAN MARKAH
7.1 Hadiah Berpasukan (Johan Kebangsaan)
Bagi menentukan hadiah berpasukan, jumlah markah purata bagi ujian
bertulis ditambah dengan jumlah markah purata syarahan untuk
menentukan Johan Kebangsaan. Johan Kebangsaan akan
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
10
PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL
KERTAS KONSEP
menggondol Piala Perpaduan dan boleh menyimpan piala pusingan itu
selama satu tahun. Jika terdapat negeri yang memperoleh jumlah
markah yang sama, negeri yang mendapat markah tertinggi dalam
ujian bertulis akan diisytiharkan sebagai Johan Kebangsaan. Sekiranya
jumlah markah masih sama, mereka akan diumumkan sebagai Johan
Bersama.
7.2 Cara pengiraan markah :
i Syarahan - Jumlah markah syarahan = X
1
ii Ujian bertulis - Jumlah markah ujian bertulis = Y
3
Markah X dan Y akan dicampurkan untuk menentukan Johan
Kebangsaan.
7.3 Semua peserta yang mengambil bahagian akan mendapat sijil
penghargaan.
8.0 PAKAIAN PESERTA
Semua peserta wajib memakai pakaian seragam sekolah semasa
pertandingan.
10.0 HAL-HAL LAIN
Segala peraturan ini tertakluk kepada perubahan oleh Jawatankuasa
Pengelola Pertandingan Peringkat Kebangsaan.
11.0 AM
Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan
Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

More Related Content

What's hot

Rph pdpr bm_t6_01-07.09.2021-m29&m30
Rph pdpr bm_t6_01-07.09.2021-m29&m30Rph pdpr bm_t6_01-07.09.2021-m29&m30
Rph pdpr bm_t6_01-07.09.2021-m29&m30Edwin Lang Nanyang
 
Rph pola 5 terbeza edited 2 copy
Rph pola 5 terbeza  edited 2  copyRph pola 5 terbeza  edited 2  copy
Rph pola 5 terbeza edited 2 copyRaziah Abdul Rahim
 
04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)
04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)
04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)Chon Seong Hoo
 
Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013
Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013
Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013Mohd Nuruzzaman
 
Bm lembaran kerja
Bm lembaran kerjaBm lembaran kerja
Bm lembaran kerjasaaidisudin
 
LEMBARAN KERJA BM PEMULIHAN KHAS
LEMBARAN KERJA BM PEMULIHAN KHASLEMBARAN KERJA BM PEMULIHAN KHAS
LEMBARAN KERJA BM PEMULIHAN KHASTini Aziz
 
5 panduan pelaksanaan model 6 bulan khatam al-quran
5 panduan pelaksanaan model 6 bulan khatam al-quran5 panduan pelaksanaan model 6 bulan khatam al-quran
5 panduan pelaksanaan model 6 bulan khatam al-quranDayang Rohayati
 
1. perayaan-kawan-saya
1. perayaan-kawan-saya1. perayaan-kawan-saya
1. perayaan-kawan-sayaroseryzal
 
51527826 18584642-kajian-jawi
51527826 18584642-kajian-jawi51527826 18584642-kajian-jawi
51527826 18584642-kajian-jawiAinul Mardhiah
 
Contoh rph abad ke 21 (sainsbm)
Contoh rph abad ke 21 (sainsbm)Contoh rph abad ke 21 (sainsbm)
Contoh rph abad ke 21 (sainsbm)nur habibah yusuf
 
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...Suhana Kamaluddin
 
Pelan strategik panitia bahasa inggeris 2015
Pelan strategik panitia bahasa inggeris 2015Pelan strategik panitia bahasa inggeris 2015
Pelan strategik panitia bahasa inggeris 2015Nurulzatul Irkin
 

What's hot (20)

Minit mesy bm bil 1
Minit mesy bm bil 1Minit mesy bm bil 1
Minit mesy bm bil 1
 
Rph pdpr bm_t6_01-07.09.2021-m29&m30
Rph pdpr bm_t6_01-07.09.2021-m29&m30Rph pdpr bm_t6_01-07.09.2021-m29&m30
Rph pdpr bm_t6_01-07.09.2021-m29&m30
 
Rph pola 5 terbeza edited 2 copy
Rph pola 5 terbeza  edited 2  copyRph pola 5 terbeza  edited 2  copy
Rph pola 5 terbeza edited 2 copy
 
04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)
04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)
04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)
 
Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013
Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013
Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013
 
Bm lembaran kerja
Bm lembaran kerjaBm lembaran kerja
Bm lembaran kerja
 
LEMBARAN KERJA BM PEMULIHAN KHAS
LEMBARAN KERJA BM PEMULIHAN KHASLEMBARAN KERJA BM PEMULIHAN KHAS
LEMBARAN KERJA BM PEMULIHAN KHAS
 
5 panduan pelaksanaan model 6 bulan khatam al-quran
5 panduan pelaksanaan model 6 bulan khatam al-quran5 panduan pelaksanaan model 6 bulan khatam al-quran
5 panduan pelaksanaan model 6 bulan khatam al-quran
 
Bm t4
Bm t4Bm t4
Bm t4
 
1. perayaan-kawan-saya
1. perayaan-kawan-saya1. perayaan-kawan-saya
1. perayaan-kawan-saya
 
51527826 18584642-kajian-jawi
51527826 18584642-kajian-jawi51527826 18584642-kajian-jawi
51527826 18584642-kajian-jawi
 
Journal article kualitative
Journal article kualitativeJournal article kualitative
Journal article kualitative
 
Pelan taktikal
Pelan taktikalPelan taktikal
Pelan taktikal
 
Contoh rph abad ke 21 (sainsbm)
Contoh rph abad ke 21 (sainsbm)Contoh rph abad ke 21 (sainsbm)
Contoh rph abad ke 21 (sainsbm)
 
Pengenalan komsas
Pengenalan komsasPengenalan komsas
Pengenalan komsas
 
RPH BAHASA MELAYU TAHUN 5
RPH BAHASA MELAYU TAHUN 5RPH BAHASA MELAYU TAHUN 5
RPH BAHASA MELAYU TAHUN 5
 
Minggu 1
Minggu 1Minggu 1
Minggu 1
 
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
 
Pelan strategik panitia bahasa inggeris 2015
Pelan strategik panitia bahasa inggeris 2015Pelan strategik panitia bahasa inggeris 2015
Pelan strategik panitia bahasa inggeris 2015
 
Rph surat rasmi
Rph surat rasmiRph surat rasmi
Rph surat rasmi
 

Similar to Kertas konsep

1.1 kertas konsep bercerita ms1-7
1.1 kertas konsep bercerita ms1-71.1 kertas konsep bercerita ms1-7
1.1 kertas konsep bercerita ms1-7rosnita ariffin
 
Akademik bengkel i- think tingkatan 3 2014
Akademik   bengkel i- think tingkatan 3 2014Akademik   bengkel i- think tingkatan 3 2014
Akademik bengkel i- think tingkatan 3 2014SAMSUL AHMAD
 
900 sp pengajian am (19.4.12)portal mpm
900 sp pengajian am  (19.4.12)portal mpm900 sp pengajian am  (19.4.12)portal mpm
900 sp pengajian am (19.4.12)portal mpmalhakimi007
 
BAHASA MELAYU DI MALAYSIA PADA HARI INI DAN AKAN DATANG
BAHASA MELAYU DI MALAYSIA  PADA HARI INI DAN AKAN DATANGBAHASA MELAYU DI MALAYSIA  PADA HARI INI DAN AKAN DATANG
BAHASA MELAYU DI MALAYSIA PADA HARI INI DAN AKAN DATANGJafriBinHussinIPGKTI
 
Taklimat TUGASAN KERJA KURSUS EDUP3073.pptx
Taklimat TUGASAN KERJA KURSUS EDUP3073.pptxTaklimat TUGASAN KERJA KURSUS EDUP3073.pptx
Taklimat TUGASAN KERJA KURSUS EDUP3073.pptxNurulHanisah24
 
FORMAT KERTAS 3 SEJARAH TINGKATAN 5
FORMAT KERTAS 3 SEJARAH TINGKATAN 5FORMAT KERTAS 3 SEJARAH TINGKATAN 5
FORMAT KERTAS 3 SEJARAH TINGKATAN 5Pendidik Bangsa
 
Rancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianRancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianmidiewahab
 
RPT SEJARAH THN 6 2023-2024 By Rozayus Academy.pdf
RPT SEJARAH THN 6 2023-2024 By Rozayus Academy.pdfRPT SEJARAH THN 6 2023-2024 By Rozayus Academy.pdf
RPT SEJARAH THN 6 2023-2024 By Rozayus Academy.pdfRozayus Academy
 
RPT SEJARAH THN 6 2023-2024 By Rozayus Academy.pdf
RPT SEJARAH THN 6 2023-2024 By Rozayus Academy.pdfRPT SEJARAH THN 6 2023-2024 By Rozayus Academy.pdf
RPT SEJARAH THN 6 2023-2024 By Rozayus Academy.pdfRozayus Academy
 
DASAR KURIKULUM SEKOLAH 2021_SKHAS.doc
DASAR KURIKULUM SEKOLAH 2021_SKHAS.docDASAR KURIKULUM SEKOLAH 2021_SKHAS.doc
DASAR KURIKULUM SEKOLAH 2021_SKHAS.docsekolahkebangsaanhaj
 
SLAID_TAKLIMAT_PENYELARASAN_BENGKEL_LATIHAN_PENDEKATAN_BERTEMA_SEKOLAH.pptx
SLAID_TAKLIMAT_PENYELARASAN_BENGKEL_LATIHAN_PENDEKATAN_BERTEMA_SEKOLAH.pptxSLAID_TAKLIMAT_PENYELARASAN_BENGKEL_LATIHAN_PENDEKATAN_BERTEMA_SEKOLAH.pptx
SLAID_TAKLIMAT_PENYELARASAN_BENGKEL_LATIHAN_PENDEKATAN_BERTEMA_SEKOLAH.pptxNaimMahmud10
 
SLAID_TAKLIMAT_PENYELARASAN_BENGKEL_LATIHAN_PENDEKATAN_BERTEMA_SEKOLAH.pptx
SLAID_TAKLIMAT_PENYELARASAN_BENGKEL_LATIHAN_PENDEKATAN_BERTEMA_SEKOLAH.pptxSLAID_TAKLIMAT_PENYELARASAN_BENGKEL_LATIHAN_PENDEKATAN_BERTEMA_SEKOLAH.pptx
SLAID_TAKLIMAT_PENYELARASAN_BENGKEL_LATIHAN_PENDEKATAN_BERTEMA_SEKOLAH.pptxNaimMahmud10
 
6 bentuk komunikasi di khalayak
6 bentuk komunikasi di khalayak6 bentuk komunikasi di khalayak
6 bentuk komunikasi di khalayakkhairul azlan taib
 

Similar to Kertas konsep (20)

1.1 kertas konsep bercerita ms1-7
1.1 kertas konsep bercerita ms1-71.1 kertas konsep bercerita ms1-7
1.1 kertas konsep bercerita ms1-7
 
Akademik bengkel i- think tingkatan 3 2014
Akademik   bengkel i- think tingkatan 3 2014Akademik   bengkel i- think tingkatan 3 2014
Akademik bengkel i- think tingkatan 3 2014
 
Soalan prm3103
Soalan prm3103Soalan prm3103
Soalan prm3103
 
900 sp pengajian am (19.4.12)portal mpm
900 sp pengajian am  (19.4.12)portal mpm900 sp pengajian am  (19.4.12)portal mpm
900 sp pengajian am (19.4.12)portal mpm
 
Sudut pidato
Sudut pidatoSudut pidato
Sudut pidato
 
BAHASA MELAYU DI MALAYSIA PADA HARI INI DAN AKAN DATANG
BAHASA MELAYU DI MALAYSIA  PADA HARI INI DAN AKAN DATANGBAHASA MELAYU DI MALAYSIA  PADA HARI INI DAN AKAN DATANG
BAHASA MELAYU DI MALAYSIA PADA HARI INI DAN AKAN DATANG
 
Taklimat TUGASAN KERJA KURSUS EDUP3073.pptx
Taklimat TUGASAN KERJA KURSUS EDUP3073.pptxTaklimat TUGASAN KERJA KURSUS EDUP3073.pptx
Taklimat TUGASAN KERJA KURSUS EDUP3073.pptx
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
FORMAT KERTAS 3 SEJARAH TINGKATAN 5
FORMAT KERTAS 3 SEJARAH TINGKATAN 5FORMAT KERTAS 3 SEJARAH TINGKATAN 5
FORMAT KERTAS 3 SEJARAH TINGKATAN 5
 
Rancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianRancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harian
 
PLBS (Pn. Anisah Muhamad Tauhid)
PLBS (Pn. Anisah Muhamad Tauhid)PLBS (Pn. Anisah Muhamad Tauhid)
PLBS (Pn. Anisah Muhamad Tauhid)
 
RPT SEJARAH THN 6 2023-2024 By Rozayus Academy.pdf
RPT SEJARAH THN 6 2023-2024 By Rozayus Academy.pdfRPT SEJARAH THN 6 2023-2024 By Rozayus Academy.pdf
RPT SEJARAH THN 6 2023-2024 By Rozayus Academy.pdf
 
RPT SEJARAH THN 6 2023-2024 By Rozayus Academy.pdf
RPT SEJARAH THN 6 2023-2024 By Rozayus Academy.pdfRPT SEJARAH THN 6 2023-2024 By Rozayus Academy.pdf
RPT SEJARAH THN 6 2023-2024 By Rozayus Academy.pdf
 
Kkbi (1)
Kkbi (1)Kkbi (1)
Kkbi (1)
 
DASAR KURIKULUM SEKOLAH 2021_SKHAS.doc
DASAR KURIKULUM SEKOLAH 2021_SKHAS.docDASAR KURIKULUM SEKOLAH 2021_SKHAS.doc
DASAR KURIKULUM SEKOLAH 2021_SKHAS.doc
 
SLAID_TAKLIMAT_PENYELARASAN_BENGKEL_LATIHAN_PENDEKATAN_BERTEMA_SEKOLAH.pptx
SLAID_TAKLIMAT_PENYELARASAN_BENGKEL_LATIHAN_PENDEKATAN_BERTEMA_SEKOLAH.pptxSLAID_TAKLIMAT_PENYELARASAN_BENGKEL_LATIHAN_PENDEKATAN_BERTEMA_SEKOLAH.pptx
SLAID_TAKLIMAT_PENYELARASAN_BENGKEL_LATIHAN_PENDEKATAN_BERTEMA_SEKOLAH.pptx
 
SLAID_TAKLIMAT_PENYELARASAN_BENGKEL_LATIHAN_PENDEKATAN_BERTEMA_SEKOLAH.pptx
SLAID_TAKLIMAT_PENYELARASAN_BENGKEL_LATIHAN_PENDEKATAN_BERTEMA_SEKOLAH.pptxSLAID_TAKLIMAT_PENYELARASAN_BENGKEL_LATIHAN_PENDEKATAN_BERTEMA_SEKOLAH.pptx
SLAID_TAKLIMAT_PENYELARASAN_BENGKEL_LATIHAN_PENDEKATAN_BERTEMA_SEKOLAH.pptx
 
Rph bm siawping (a)
Rph bm siawping (a)Rph bm siawping (a)
Rph bm siawping (a)
 
6 bentuk komunikasi di khalayak
6 bentuk komunikasi di khalayak6 bentuk komunikasi di khalayak
6 bentuk komunikasi di khalayak
 
48
4848
48
 

Recently uploaded

Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 

Recently uploaded (8)

Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 

Kertas konsep

  • 1. 10 PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL KERTAS KONSEP KERTAS KONSEP SYARAHAN PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL A. PENGENALAN Syarahan ialah pengucapan umum yang memerlukan seseorang pengucap menyampaikan idea-idea melalui pemikiran logik, menaakul, menganalisis dan berhujah dengan baik untuk menjelaskan, menerangkan dan menghuraikan topik. Penyampaian yang menarik semasa bersyarah memerlukan penguasaan nada suara dan intonasi yang sesuai. Contohnya nada tinggi, lantang dan bersemangat untuk menarik perhatian, nada perlahan untuk merayu dan membujuk. Penyusunan format syarahan Syarahan yang baik mestilah mengandungi pengenalan (introduction), isi (body) dan penutup (conclusion). Pengenalan syarahan Syarahan harus dimulakan dengan pembuka kata yang mengandungi perkara- perkara yang berkaitan dengan kaedah memberikan hormat dan mengucapkan salam kepada khalayak mengikut protokol dan pangkat mereka. Ucapan yang biasa digunakan seperti “Selamat Pagi”, “Selamat Sejahtera” dan sebagainya. Selepas pembuka kata, peserta harus memperkenal dan mendefinisikan tajuk secara konseptual sahaja dan bukan secara lateral(perkataan demi perkataan). Isi syarahan Seterusnya susunan isi kandungan syarahan hendaklah disusun dengan rapi bagi memudahkan khalayak mengikutinya. Setiap isi perlu disertakan contoh, petikan, statistik dan bukti yang berfungsi untuk menyokong dan menguatkan sesuatu syarahan. Sebelum memulakan isi-isi yang baru, peserta-peserta hendaklah melafazkan kata-kata penegasan seperti “Hadirin yang dihormati”, “Hadirin sekalian”, “Hadirin yang dimuliakan” atau yang seumpamanya. Penutupan syarahan Penutupan syarahan merupakan bahagian akhir sebuah syarahan. Perlu diingat bahawa penutupan syarahan sama pentingnya dengan bahagian pengenalan syarahan. Jika pengenalan bertujuan menarik perhatian khalayak, penutupan syarahan adalah untuk mewujudkan kesan yang mendalam kepada khalayak. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
  • 2. 10 PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL KERTAS KONSEP Langkah yang perlu dititikberatkan semasa mengakhiri syarahan: 1. Membuat rumusan pada keseluruhan isi secara ringkas untuk mengembalikan tumpuan khalayak agar mereka mengingati fakta utama semula yang telah disampaikan. 2. Penggunaan bahasa berirama/frasa, ungkapan menarik /peribahasa/pantun dan lain-lain mengikut kreativiti amat digalakkan. 3. Mengakhiri syarahan dengan lafaz ucapan terima kasih. B. KERTAS KONSEP SYARAHAN BAHASA MALAYSIA SJKC & SJKT 1.0 NAMA PERTANDINGAN 1.1 Pertandingan Syarahan Bahasa Malaysia Sekolah Jenis Kebangsaan ( Cina ) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Piala Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2014. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Untuk menggalakkan murid-murid SJK(Cina) dan SJK(Tamil) menguasai serta mempertingkat tahap penggunaan bahasa Malaysia. 2.2 Menggalakkan murid-murid SJK(Cina) dan SJK(Tamil) bertutur dalam bahasa Malaysia 2.3 Merapatkan hubungan antara guru serta murid SJK(Cina) SJK(Tamil) di Malaysia. 2.4 Menanam dan menyuntik semangat perpaduan dan muhibah 2.5 Menanamkan semangat ‘Cintailah Bahasa Malaysia’. 2.6 Membiasakan murid-murid SJK(Cina) dan SJK(Tamil) menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pertuturan harian mereka. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
  • 3. 10 PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL KERTAS KONSEP 3.0 KELAYAKAN PENYERTAAN 3.1 Semua murid warganegara Malaysia bukan kaum Melayu (Rujuk Sijil Kelahiran) di SJK(Cina) dan SJK(Tamil) Tahap 2 dan bahasa ibundanya bukan bahasa Malaysia layak mengambil bahagian. 3.2 Johan Kebangsaan tahun sebelumnya tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini pada semua peringkat. 3.3 Setiap murid hanya boleh menyertai satu jenis pertandingan sahaja. 4.0 BILANGAN PESERTA Setiap negeri layak menghantar (1) seorang peserta sahaja untuk menyertai pertandingan ini pada peringkat kebangsaan. 5.0 HAD MASA Setiap peserta diberi masa (5) lima minit untuk bahagian pertama dan masa (3) tiga minit untuk bahagian kedua. Tiada peruntukan markah selepas loceng kedua dibunyikan. Loceng akan dibunyikan sekali (1) minit sebelum masa tamat dan loceng akan dibunyikan (2) dua kali apabila masa telah tamat. 6.0 Format Pertandingan Pertandingan dijalankan dalam DUA (2) bahagian dan setiap peserta wajib bertanding dalam kedua-dua bahagian tersebut. Giliran peserta setiap bahagian ditentukan mengikut undian. Proses undian ini dijalankan oleh Jawatankuasa Pertandingan di hadapan semua peserta. Pengacara majlis dan peserta syarahan TIDAK DIBENARKAN memperkenalkan diri, sekolah dan negeri masing-masing. 6.1. Bahagian Pertama Peserta akan menyampaikan syarahan masing-masing dengan tajuk yang telah disediakan oleh pihak sekolah yang mengambil bahagian. Tema tajuk mestilah berdasarkan tema 'Gagasan 1Malaysia'. 6.2 Bahagian Kedua 6.2.1 Pertandingan syarahan secara spontan ini dijalankan selepas sahaja selesai pertandingan syarahan bahagian pertama . KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
  • 4. 10 PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL KERTAS KONSEP 6.2.2 Peserta akan menyampaikan syarahan masing-masing secara spontan berdasarkan tajuk yang ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan. 6.2.3 Peserta dikehendaki memilih tajuk di dalam sampul yang disediakan di meja Ketua Hakim dan menyerahkannya kepada juruacara tanpa membuka sampul tersebut. 6.2.4 Juruacara akan membaca tajuk tersebut apabila peserta telah berada di atas pentas. 6.2.5 Masa persediaan (1) satu minit bermula sebaik sahaja juruacara selesai membaca tajuk syarahan spontan. Semasa persediaan di pentas, peserta tidak dibenarkan mendapat bantuan oleh mana-mana pihak, alat tulis, kertas catatan, alat komunikasi dan alat elektronik. 6.2.6 Loceng akan dibunyikan (1) sekali menandakan bermulanya masa persediaan dan (2) dua kali menandakan tamatnya masa persediaan dan bermulanya masa syarahan spontan. 6.2.7 Peserta tidak dibenarkan memulakan syarahan spontan sebelum tamatnya masa persediaan. 6.3 Syarat-syarat Pertandingan 6.3.1 Peserta diberi masa (5) lima minit untuk syarahan bahagian pertama, dan (3) tiga minit untuk syarahan bahagian kedua. 6.3.2 Loceng akan dibunyikan sekali, (1) satu minit sebelum tamat, dan dua kali setelah tamat bagi setiap bahagian pertandingan. 6.3.3 Penyampaian syarahan selepas loceng penamat dibunyikan bagi setiap bahagian pertandingan, tidak akan diberi markah. 6.3.4 Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong. 6.3.5 Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong. 6.3.6 Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/ mana-mana KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
  • 5. 10 PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL KERTAS KONSEP satu daripadanya) tidak layak untuk diumumkan sebagai pemenang pada semua peringkat pertandingan. 6.3.7 Peserta-peserta diwajibkan memakai blazer sekolah yang tidak menunjukkan identiti sekolah atau negeri. Warna blazer hendaklah berwarna gelap. Peserta lelaki juga dikehendaki bertali leher dan berseluar panjang yang juga berwarna gelap. 6.3.8 Pengerusi majlis berhak menegur peserta yang melanggar mana-mana peraturan di atas. 7.0 TAJUK Tajuk bahagian pertama akan disediakan oleh pihak sekolah yang mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan ini dan tajuk tersebut boleh digunakan pada semua peringkat pertandingan. Manakala tajuk bahagian kedua akan disediakan oleh pihak urus setia pertandingan di sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Tajuk hendaklah berdasarkan tema 'Gagasan 1Malaysia' dengan menggunakan kata kunci seperti faedah-faedah, kesan-kesan dan faktor-faktor. Contoh tajuk 'Kebaikan mengadakan rumah terbuka di Malaysia'. 8.0 PERTANDINGAN SARINGAN Pertandingan saringan akan diadakan untuk memilih 10 orang peserta terbaik sahaja. 10 orang peserta terbaik ini akan bertanding di peringkat akhir dan diadili oleh hakim yang berbeza. 9.0. PERATURAN PEMARKAHAN / FORMAT PENGHAKIMAN 9.1. Pembahagian Markah Syarahan Bahagian Pertama 9.1.1 Idea / Isi ( 20 markah ) Peserta syarahan akan diadili dari segi pengutaraan tiga idea/ isi. Isi/idea hendaklah bernas yang disokong oleh data / bahan yang tepat / logik sebagai peneguh huraiannya. Panduan Pemarkahan Idea/isi tepat – 2 markah Huraian – 3 markah Data / contoh – 1 markah KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
  • 6. 10 PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL KERTAS KONSEP Markah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 6 markah (6m x 3 = 18 markah + 2 markah takrifan tajuk = 20 markah). 9.1.2 Bahasa ( 30 markah ) Peserta syarahan akan diadili dari segi bahasa yang jelas, baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan. 9.1.3 Gaya Persembahan ( 50 markah ) 9.1.3.1 Peserta syarahan akan diadili dari segi persembahan yang lancar dan meyakinkan, gaya yang menarik dan susunan isi yang tertib. (Pergerakan tangan yang keterlaluan tidak digalakkan dan menjejaskan markah persembahan) 9.1.3.2 Intonasi dan nada yang sesuai. (nada suara yang tinggi, menjerit, menyanyi, berlakon, dialog, bersyair tidak dibenarkan dan akan menjejaskan markah persembahan) 9.1.3.3 Peserta syarahan WAJIB memberi ucap selamat dan kata-kata aluan sebelum memulakan syarahan. Markah keseluruhan akan terjejas sekiranya peserta tidak memberi ucap selamat terlebih dahulu. Lima markah maksimum akan dipotong jika peserta menyentuh isu sensitif / menunjukkan perlakuan / tutur kata yang kurang sopan. 9.2. Pembahagian Markah Syarahan Bahagian Kedua (Spontan) 9.2.1 Isi ( 40 markah ) Peserta syarahan akan diadili dari segi pengutaraan dua idea / isi. Idea/isi hendaklah bernas/logik dan dihuraikan dengan jelas. Panduan Pemarkahan Idea / isi – 5 markah Huraian – 10 markah Data / contoh – 4 markah KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
  • 7. 10 PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL KERTAS KONSEP Markah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 19 markah (19m x 2 = 38 markah + 2 markah takrifan tajuk = 40 markah). 9.2.2 Bahasa ( 30 markah ) Peserta syarahan akan diadili dari segi bahasa yang jelas dan baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan. 9.2.3 Gaya Persembahan ( 30 markah ) 9.2.3.1 Peserta syarahan akan diadili dari segi persembahan yang lancar dan meyakinkan, gaya yang menarik dan susunan isi yang tertib. (Pergerakan tangan yang keterlaluan tidak digalakkan dan akan menjejaskan markah persembahan) 9.2.3.2 Intonasi dan nada yang sesuai. (nada suara yang tinggi, menjerit, menyanyi, berlakon, dialog, bersyair tidak dibenarkan dan akan menjejaskan markah persembahan) 9.2.3.3 Peserta syarahan WAJIB memberi ucap selamat dan kata-kata aluan sebelum memulakan syarahan. Markah keseluruhan akan terjejas sekiranya peserta tidak memberi ucap selamat terlebih dahulu. Lima markah maksimum akan dipotong jika peserta menyentuh isu sensitif / menunjukkan perlakuan/ tutur kata yang kurang sopan. 10.0 PANDUAN KEPADA PANEL HAKIM 10.1 Peserta syarahan setiap bahagian akan diadili dari segi isi/idea, bahasa dan persembahan. Panel hakim tidak boleh terpengaruh oleh reaksi emosi / tepuk sorak penyokong. 10.2 Panel hakim diingatkan agar tidak memilih peserta syarahan yang membaca nota/teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut / mana-mana satu daripadanya) sebagai pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga. 10.3 Panel hakim perlu membuat keputusan MENGGUNAKAN SISTEM JURI. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
  • 8. 10 PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL KERTAS KONSEP 10.4 Keputusan panel hakim adalah muktamad. 11.0 KUASA DAN TUGAS PENGERUSI PERTANDINGAN 11.1 Setiap sesi pertandingan akan dipengerusikan oleh seorang pengerusi pertandingan yang telah dilantik oleh Jawatankuasa Pelaksana. 11.2 Kuasa dan tugas pengerusi pertandingan: i. Mengelolakan pertandingan dari awal hingga akhir. ii. Menasihati peserta supaya berhenti jika melebihi 7 minit. iii. Berhak memberhentikan peserta yang menyentuh isu-isu sensitif. 12.0. Tarikh Pertandingan 12.1 Peringkat Daerah : 12.2 Peringkat Negeri : 12.3 Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan : Tempat : 12.4 Peringkat Akhir Kebangsaan : Tempat : 13.0 Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Ahli Jawatankuasa terdiri daripada semua Jabatan Pendidikan Negeri. Jawatankuasa pertandingan Peringkat Kebangsaan berhak membuat keputusan yang difikirkan wajar dan munasabah jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini demi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan pada satu-satu masa. 14.0 HAL-HAL LAIN 13.1 Segala peraturan ini tertakluk kepada perubahan oleh Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Peringkat Kebangsaan. 13.2 Maklumat lanjut, sila hubungi pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. 15.0 AM Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
  • 9. 10 PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL KERTAS KONSEP PERATURAN PERTANDINGAN UJIAN BERTULIS 1.0 NAMA PERTANDINGAN Pertandingan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil), Piala Perpaduan Perdana Menteri Peringkat Kebangsaan 2014. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Untuk menggalakkan murid-murid SJK(Cina) dan SJK(Tamil) menguasai serta mempertingkatkan tahap penggunaan bahasa Malaysia. 2.2 Menggalakkan murid-murid SJK(Cina) dan SJK(Tamil) bertutur dalam bahasa Malaysia. 2.3 Merapatkan hubungan antara guru serta murid SJK(Cina) SJK(Tamil) di Malaysia. 2.4 Menanam dan menyuntik semangat perpaduan dan muhibah. 2.5 Menanamkan semangat ‘Cintailah Bahasa Malaysia’. 2.6 Membiasakan murid-murid SJK(Cina) dan SJK(Tamil) menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pertuturan harian mereka. 3.0 KELAYAKAN DAN SYARAT-SYARAT 3.1 Semua murid warganegara Malaysia bukan bangsa Malaysia di SJK (Cina) dan SJK (Tamil) Tahap 2 dan bahasa ibundanya bukan Bahasa Malaysia layak mengambil bahagian. 3.2 Peserta yang telah berjaya memenangi Johan Peringkat Kebangsaan pada tahun sebelumnya sahaja tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini di semua peringkat. 3.3 Setiap murid hanya boleh menyertai SATU JENIS pertandingan sahaja. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
  • 10. 10 PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL KERTAS KONSEP 4.0 BILANGAN PESERTA Setiap negeri layak menghantar TIGA (3) orang peserta sahaja untuk menyertai pertandingan ini pada Peringkat Kebangsaan. 5.0 SOALAN-SOALAN 5.1 Soalan-soalan Ujian Bertulis Peringkat Kebangsaan akan disediakan oleh panel yang dilantik oleh Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Peringkat Kebangsaan. 5.2 Semua soalan berdasarkan aspek-aspek bahasa dalam sukatan pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah. Perkara-perkara yang akan diuji termasuklah pemahaman, peribahasa, tatabahasa, perkataan berlawanan, perkataan seerti dan perkataan-perkataan lain yang termasuk dalam sukatan pelajaran. 5.3 Jumlah soalan objektif ialah seratus (100) bagi bahagian I dan 20 soalan tambahan di bahagian II. 5.4 Masa untuk menjawab Bahagian I - 1 jam (100 soalan) Bahagian II - 20 minit (20 soalan) 6.0 CARA PENGHAKIMAN 6.1 Jawapan akan disemak oleh satu panel pemeriksa yang dilantik oleh Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Peringkat Kebangsaan. 6.2 Markah bagi tiap-tiap soalan ialah satu (1) markah dan markah penuh ialah (100). 6.3 Bagi peserta-peserta yang mendapat markah yang sama, pemenang akan ditentukan berdasarkan markah yang diperoleh pada bahagian II. 6.4 Jika masih mendapat markah yang sama, maka pemenang akan dirujuk kepada markah bahagian petikan(Pemahaman Bahagian 1). 6.5 Keputusan para hakim adalah MUKTAMAD. 7.0 PENGIRAAN MARKAH 7.1 Hadiah Berpasukan (Johan Kebangsaan) Bagi menentukan hadiah berpasukan, jumlah markah purata bagi ujian bertulis ditambah dengan jumlah markah purata syarahan untuk menentukan Johan Kebangsaan. Johan Kebangsaan akan KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
  • 11. 10 PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL KERTAS KONSEP menggondol Piala Perpaduan dan boleh menyimpan piala pusingan itu selama satu tahun. Jika terdapat negeri yang memperoleh jumlah markah yang sama, negeri yang mendapat markah tertinggi dalam ujian bertulis akan diisytiharkan sebagai Johan Kebangsaan. Sekiranya jumlah markah masih sama, mereka akan diumumkan sebagai Johan Bersama. 7.2 Cara pengiraan markah : i Syarahan - Jumlah markah syarahan = X 1 ii Ujian bertulis - Jumlah markah ujian bertulis = Y 3 Markah X dan Y akan dicampurkan untuk menentukan Johan Kebangsaan. 7.3 Semua peserta yang mengambil bahagian akan mendapat sijil penghargaan. 8.0 PAKAIAN PESERTA Semua peserta wajib memakai pakaian seragam sekolah semasa pertandingan. 10.0 HAL-HAL LAIN Segala peraturan ini tertakluk kepada perubahan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Peringkat Kebangsaan. 11.0 AM Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA