Buku panduan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu untuk program pemulihan khas dihasilkan untuk membantu guru-guru dalam merancang aktiviti pengajaran bagi murid-murid yang menghadapi masalah dalam kemahiran membaca dan menulis. Ia mengandungi 32 kemahiran asas serta cadangan aktiviti yang dapat disesuaikan mengikut keperluan pengajaran. Diharapkan buku ini dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran murid dan memberi manfaat kepada masyarakat, terutamanya ibu bapa.